Prinsip-prinsip Dakwah Islamiyah


A. PARA DA’IE YANG BERADA DI PINGGIR DA’WAH

 Ramai di kalangan para da’ie masa kini yang belum benar-benar memahami tentang selok-belok dan tujuan yang harus mereka ikuti; memahami berapa jauhkah jarak yang akan mereka tempuh. Mereka belum insaf bahawa da’wah adalah pengorbanan. Mereka belum mengerti tentang apa yang harus mereka korbankan dalam melaksanakan tugasnya itu, baik yang berupa harta dan jiwa raganya. Hal ini menyebabkan para da’iee sering menjadi contoh yang tidak baik terhadap ajaran Islam yang mereka sampaikan kepada masyarakat. Mereka menjadi contoh yang tidak mulia terhadap perbuatan baik yang mereka kemukakan dalam Amar-ma’rufnya. Dengan demikian mereka menjadi beban yang berat bagi da’wah. Mereka menjadi batu penghalang yang memperlambatkan kelancaran da’wah.

Di antara mereka ada yang menyangka bahawa perintah-perintah Islam itu gugur dari pundak mereka kalau mereka sudah menulis buku tentang Islam, atau menulis artikel yang dimuatkan dalam surat khabar atau majalah, atau menyampaikan khutbah yang jitu di masjid, atau mengisi pengajian tetap Ada pula yang menyangka bahawa puncak kemuliaan dan kedudukan yang dicita-citakan ialah terdaftar namanya sebagai pengurus yang aktif dalam sesuatu jama’ah Islam dan nampak kegiatannya menghadiri program-program yang bertujuan memajukan jama’ah itu….!

Kita tidak ragu lagi bahawa mereka ini dan mereka itu adalah para petugas yang baru tegak di pinggir da’wah, di tepi ‘amal keislaman. Mereka belum turut terjun ke bidang da’wah. Mereka malahan belum turut masuk ke RUANG LINGKUP agama Islam yang sebenamya, malah masih belum turut menghirup udaranya yang segar…!

Pengertian yang benar tentang tugas ber’amal dalam Islam, seharusnya mendarah daging dalam fikiran mereka yang bertugas di lapangan itu. Mereka sedang mengajak masyarakat dan memberi contoh untuk mengerjakan sesuatu yang bernama “PENGORBANAN”. Pengorbanan dalam ertinya yang luas, melewati batas-batas jenisnya dan sifatnya. Pengorbanan mencakupi segala peredaran dalam roda Islam, walau bagaimanapun hangatnya keadaan dan suasana alam sekitar, dan bagaimanapun beratnya tugas yang harus dilaksanakan!

قدرشحوك لامرلوفطنت له، فاربابنفسك ان ترعىمع الهمل.

Sesungguhnya anda sudah dicalonkan unuk tugas itu….

Jika anda telah mengerti hal itu….,

Maka anda perlu mempersiapkan diri….,

Agar jangan sampai tejadi…,

Anda dikenang orang di samping kegagalan

‘Amal dalam Islam merupakan usaha, yang bertujuan merombak masyarakat Jahiliyyah dalam segala seginya; kemudian membangun masyarakat Islam dalam segala aspek kehidupan! Jadi, mencabut kebudayaan Jahiliyyah sampai ke akar-akarnya, baik Jahiliyyah cara berfikir, atau Jahiliyyah susunan masyarakat, atau Jahiliyyah budi pekerti! Hal itu bererti, bahawa para da’iee harus berhadapan dengan mereka yang menyiarkan dan mempertahankan kebudayaan, cara berfikir, budi pekerti, dan segala Ajaran Jahiliyyah itu! Tujuan terakhir dari da’wah ialah menegakkan agama Allah di bumi ini, dan meruntuhkan kekuasaan Thaghut….

Jalan yang begini sukar menempuhnya, dan tujuan yang begitu agung, di samping tugas yang begitu berat, tentu saja sukar untuk dipikul oleh petugas yang lemah imannya. Yang sanggup mengerjakan tugas itu hanyalah para penda’wah yang telah mewaqafkan hidupnya untuk berjuang menegakkan agama Allah…., mereka yang sudah tidak ada yang lebih dicintainya selain Allah dan Rasul-Nya. Mereka bersedia melepaskan dirinya dari kesenangan hidup dunia dan segala keinginannya. Mereka tidak mahu mengarahkan kegiatannya untuk meni’mati godaan dunia ini, dengan segala ragamnya….!

وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى (40) فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى (41)

 “Dan adapun arang yang takut memikirkan kedudukannya di sisi Tuhan-Nya, dan ia melarang dirinya dari memperturutkan kemauannya, maka syurga itulah kelak yang akan menjadi tempat menetap……

(Surah Al-Nazi’at: Ayat 40-41)

Ber’amal untuk Islam belumlah dapat dijangkau oleh para penda’wah yang berda’wah hanya dengan lisan saja, hanya berbicara meyampaikan ajaran-ajaran Islam kepada masyarakat! Kata-kata yang diucapkannya itu harus disertainya dengan niat yang ikhlas, hidup untuk Islam, mati kerana Islam… tidak pernah lengah kerana berdagang dan berjual-beli. Ia tidak pernah lupa untuk mengingati Allah, dan berjuang untuk menegakkan agama Allah….!

إِنَّ اللّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللّهِ فَاسْتَبْشِرُواْ بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

 “Mereka bejuang untuk menegakkan agama Allah; akhimya mereka membunuh musuh kemudian terbunuh itulah janji Tuhan yang benar, yang telah termaktub dalam Taurat, Injil dan Qur-an. Dan tidak ada siapa pun yang lebih sempurna menepati janjinya dari Allah. Oleh sebab itu bergembiralah kamu dengan perdaganganmu yang telah kamu iqrarkan. Dan itulah dia, kemenangan yang besar.”
(Surah Al-Taubah: Ayat 111)

Para penda’wah perlu mengingati bahawa memang sebenarnya jalan ke syurga itu sulit dan sempit. Barang dagangan Allah itu hanya dapat dijangkau oleh mereka yang mahu membayar harganya dan mencukupi perhitungannya! Sungguh tepat penjelasan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam, pada waktu baginda bersabda:

من خاف ادلج ومن ادلج بلغ المنزل. الا اسلعة الله غالية ألا ان سلعة الله الجنة (رواه الترمذي ولحاكم)

“Barangsiapa yang takut kepada Allah, tentu ia tidak akan maju-mundur. Barangsiapa yang tidak maju-mundur tentu akan sampai ke tempat tujuan. Ketahuilah, bahawa barang dagangan Allah itu mahal, Ketahuilah, bahawa barang dagangan Allah itu ialah syurga”
(Hadith Riwayat: Tirmidzi dan Al-Hakim).

Syadad Ibnu’l-Hadi pernah berkata: “Dahulu ada seorang laki-laki Badui datang menghadap Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam lalu menyatakan bahawa dia beriman dan mengikuti Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam. Kemudian ia berkata:

اهاجرمعك

“Saya ingin hijrah bersama-sama dengan Rasulullah”

Maka Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam menasihatkan kepada beberapa orang sahabat, supaya memelihara orang itu. Kemudian tibalah sa’atnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam berangkat ke Perang Khaibar. Di sana beliau berhasil menang dan memperoleh banyak harta rampasan perang. Beliau lalu membagi harta itu. Beliau sendiri, dan orang Badui itu sama turut dapat bahagian. Lalu orang Badui itu berkata:

ماعلى هذا اتبعتك ولكن اتبعتك ان ارمى هاهنا (اوأشارالى خلقه بسهم) فاموت فادخل الجنة

 “Bukanlah untuk memperoleh harta ini aku mengikuti Rasulullah! Aku mengikuti Rasulullah kerana ingin kena lempar di sini dengan ini (sambil menunjuk ke lehemya dan ke anak panah) , agar supaya aku mati dan lalu masuk syurga.”

Mendengar kata-katanya itu, RasuluLlah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:

ان تصدق الله ليصد قنك الله

“Jika anda berkata benar, kerana Allah, tentu Allah akan membenarkan kata-katamu itu.”

Kemudian mereka tegak kembali, untuk melanjutkan pertempuran. Akhirnya orang itu dibawa ke hadapan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam dalam keadaan ia sudah syahid. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam lalu bertanya:

أهوهم؟

“Benarkah dia..?

Para sahabat menjawab:

نعم

“Ya benar!”

Akhirnya Rasulullah bersabda:

صدق الله فصد قه.

“Dia benar-benar berjuang kerana Allah, maka Allah membenarkan kata-kata yang telah diucapkannya”

Wahai para da’ie! Inilah dia jalan ke syurga! Perjuangan yang terus-menerus, pekerjaan yang tak kunjung selesai! Semuanya disertai keinginan untuk termasuk golongan syuhada’!

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

“Dan mereka yang bejuang untuk menegakkan agama Kami, tentu akan Kami tunjuki ke jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah selalu bersama-sama dengan orang-orang yang berbuat baik.”

(Surah Al-’Ankabut: Ayat 69)

B. KEWAJIPAN MENYERU KEPADA ISLAM

Mengajak masyarakat untuk melaksanakan ajaran-ajaran islam, menyuruh mereka berbuat baik dan melarang mereka berbuat yang tidak baik adalah kewajiban dalam agama Islam. Maka kita sebagai warga, yang berada dalam lingkungan medan Islam, seharusnya tegak membawa tugas itu memikulnya dengan segala kesungguhan, mengerahkan tenaga, serta waktu dan pemikiran kita. Dan inilah tugas utama bag setiap da’ie. Dalam Al-Qur’an yang mulia, banyak ayat-ayat yang mendorong setiap Muslim untuk melaksanakan tugas ini; di antaranya Firman Allah Ta’ ala:

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

“Dan hendaklah ada di antara kamu suatu golongan yang mengajak orang berbuat baik, menyuruh mereka mengerjakan kebaikan dan melarang mereka dari berbuat yang mungkar dan hanya mereka itulah orang-orang yang betul-betul beruntung”
(Surah Ali-’Imran: Ayat 104)

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“Dan tidak ada orang yang lebih baik kata-katanya dan seorang, yang mengajak ummat manusia ke jalan Allah, dan ber’amal Saleh, dan berkata: Sesunggthnya saya tennasu* golongan kaum Muslimin”.
(Surah Fusilat: Ayat 33)

فَلِذَلِكَ فَادْعُ وَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءهُمْ

“Oleh sebab itu, ajaklah mereka itu ke jalan Allah, dan tetaplah pendirianmu sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau mengikuti kemahuan mereka.”

(Surah Al-Syura: Ayat 15)

وَادْعُ إِلَى رَبِّكَ إِنَّكَ لَعَلَى هُدًى مُّسْتَقِيمٍ

“Dan ajaklah ummat manusia ke jalan Tuhanmu; sesungguhnya engkau benar-benar berada di atas petunjuk yang lurus.”
(Surah Al-Hajj: Ayat 67)

يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ وَإِن لَّمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ

“Wahai rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan apa yang diperintahkan itu, bererti kamu tidak menyampaikan amanahNya.”
(Surah Al-Ma’idah: Ayat 67)

Itulah sekeumit ayat yang mendorong kita untuk berda’wah. Ayat yang belum dicantumkan masih banyak lagi. Demikian juga, Sunnah yang suci, padat berisikan sabda dan pesan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam menerangkan bahawa usaha memikul tugas berda’wah, mengajak ummat ke jalan Allah, itu adalah kewajipan yang agung; berjuang meratakan kemakmuran lahir dan batin, dan membanteras kemungkaran dengan segala macamnya. Kita ketengahkan sekadar contoh-contohnya, di antaranya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda;

من راى منكم منكرا فليغيره بيده فان لم يستطع فبلسا نه فان لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف االايمان، وليس وراء ذلك حبة خر دل من ايمان.

“Barangsiapa di antara kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah ia ‘mengubahnya dengan tangannya; kalau tidak sanggup maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya; dan kalau tidak sanggup maka hendaklah mengubahnya dengan hatinya; dan itulah keimanan yang selemah-lemahnya. Dan tidak ada lagi  keimanan di belakangnya, walaupun hanya sebesar biji bayam.”
(H.R. Muslim)

ياايها الناس ان الله يقول لكمن: مروا بالمعروف وانهوا عن المنكر قبل ان تدعوا فلا اجيب لكم وتسالونى فلا اعطيكم وتستنصرونى فلاانصركم.

“Wahai manusia, sesungguhnya Allah memerintahkan kepada kamu: “Kamu sekalian suruhlah orang mengerjakan kebaikan, dan laranglah mereka mengerjakan kejahatan, sebelum kamu mendo’a tetapi Aku tidak mengabulkannya, dan kamu minta apa-apa kepadaKu tetapi Aku tidak memberikannya, dan kamu meminta pertolongan kepadaKu tetapi Aku tidak menolong kamu.”
(H.R. Tirmidzi)

من كتم علما مما ينفع الله به الناس فى امر الدين الجمه الله يوم القيامة بلجام من نار  

“Barangsiapa menyembunyikan sesuatu ilmu, pada hal dengan ilmu itu Allah memberi manfa’at kepada manusia dalam masalah agama, maka kelak di hari qiamat ia akan dikekang oleh Allah, dengan kekang dari api neraka.”
(H.R. Ibnu Majah)

مابال قوم لايفقهون جيرانهم ولايعلمونهم ولايعظونهم ولا يأمرونهم ولاينهم نهم. ومابال اقوام لأ يتعلمون من خيرانهم ولا يتفقهون ولا يتعظون. والله ليعلمن قوم جيرانهم ويفقهونهم ويعظونهم وينهونهم واليتعلمن قوم من جيرانهم ويتفقهون ويتعظون اولأعا جلنهم بالعقاب.

“Apa halnya dengan kaum mereka tidak mahu memberi pengertian kepada tetangganya, tidak mahu mengajar dan tidak mahu menasihati, mereka, tidak menyuruh dan tidak melarang mereka? Dan apa-apaan pula beberapa kaum? Mereka tidak mahu belajar kepada tetangganya tidak mahu bertanya dan tidak mahu menerima nasihat? Sungguh, demi Allah, hendaklah suatu kaum mengajar tetangganya, memberi pengertian dan menasihat serta menyuruh dan melarang mereka. Dan hendaklah kaum yang tidak tahu, mahu belajar kepada tetangganya, mahu bertanya dan mahu menerima nasihat… atau, kalau tidak demikian, maka Aku akan segera menimpakan siksa kepada mereka.
(H.R. Thabrani dalam Kitabnya “Al Kabir”)

Demikianlah Hadith-hadith Qudsi dan Sabda Rasulullah Sallahu‘alaihi Wasallam dan yang tidak dimuat di sini masih lebih banyak lagi. Kesemuanya merupakan dorongan untuk da’wah, disertai ancaman bagi yang meninggalkan da’wah. Dalam melaksanakan tugas Da’wah itu, perlu diperhatikan TIGA bahan renungan, iaitu:

1) Sesuatu tugas sampingan, yang tidak sempurna sesuatu yang wajib tanpa mengerjakannya, hukumnya menjadi wajib:

Solat tidak dapat dikerjakan tanpa bersuci; maka bersuci menjadi wajib. Demikian juga, berda’wah, mengajak orang menghayati dan melaksanakan ajaran-ajaran Islam, menyakinkan mereka tentang kebenaran Islam, mempersiapkan mereka untuk meratakan dasar-dasar dan hukum-hukum Islam, itu semuanya termasuk jalan yang harus ditempuh untuk menegakkan masyarakat Islam, dan memulai kehidupan secara Islam. Kalau kita sudah tahu, bahawa mewujudkan masyarakat Islam dan merombak masyarakat Jahiliyyah itu hukumnya wajib, maka sehubungan dengan kewajiban itu, tentulah segala jalan yang harus ditempuh untuk membentuk masyarakat itu, hukumnya menjadi wajib juga….!

Persoalannya malahan menjadi lebih jauh dan itu….! Kerana, sebenarnya Islam sekarang ini tidak mempunyai Negara, tempat melaksanakan hukum dalam segala persoalannya. Islam belum dijadikan sumber, tempat munculnya segala tindakan-tindakan dalam sesuatu negara secara menyeluruh! Hukum-hukum tindakan dalam sesuatu negara secara menyeluruh! Hukum-hukum Islam dewasa ini banyak yang seolah-olah “menganggur,” tidak dilaksanakan. Maka kalau menetapkan hukum berdasarkan Syari’ah Allah itu hukumnya wajib, tentulah mewujudkan kewajipan ini erat hubungannya dengan usaha membentuk suatu masyarakat Islam yang sebenarnya. Maka untuk selanjutnya, segala usaha untuk membentuk masyarakat Islam itu hukumnya wajib, fardhu’ain, yang ditugaskan kepada setiap individu yang beragama Islam. Dan jalan yang paling tepat untuk menegakkan masyarakat Islam itu ialah Da’wah. Maka jelaslah bahawa da’wah itu hukumnya wajib, fardhu’ain dan orang-orang yang meninggalkan Da’wah itu berdosa, kerana meninggalkan kewajiban yang dituntut oleh Islam. Dan dosa ini tidak dapat ditebus, kecuali dengan tegak dan bangkit, untuk memikul beban da’wah. Semua ummat Islam berkewajipan turut mempunyai saham dalam usaha ini, sesuai dengan kemampuan dan kemungkinannya masing-masing, supaya mereka sama berusaha melaksanakan segala macam kegiatan, yang bertujuan membangun masyarakat Islam yang sebenar-benarnya….!

2) ‘Amal adalah cabang dari Iman dan hasilnya:

Iman sendiri, belumlah betul-betul bernama Iman, jika belum mendorong orangnya untuk bekerja terus-menerus, dalam rangka menyampaikan ajaran-ajaran Islam itu kepada orang lain, yang belum turut menikmatinya. Iman merupakan keyakinan tentang kebenaran sesuatu, ketenangan hati menikmatinya, dan keinginan jiwa untuk berjuang menyampaikannya kepada orang lain. Dalam Al Qur’an diterangkan:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ

“Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu, agar Kami mengetahui siapa yang berjuang dan yang bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan baik-buruknya hal ehwal kamu.”
(Surah Muhammad: Ayat 31)

Dan sungguh tepatlah peringatan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam:

ليس الايمان بالتمنى ولا بالتحلى ولكن هوماوقر فى القلب وصدقه العمل.

“Iman itu bukanlah angan-angan dan juga bukan perhiasan: tetapi Iman itu adalah sesuatu yang menetap di dalam hati, dan dibenarkan dengan amal.”

(H.R. Ad Dailami)

Demikianlah Keimanan yang sebenarnya! Dan saudara-saudara para da’ie perlu ingat, bahawa langkah pertama dalam beramal ialah membersihkan jiwa, melepaskan jiwa dari penyakit-penyakit dan penyelewengan-penyelewengan. Dan dalam hal ini, sesama orang-orang yang beriman haruslah saling bermuhasabah saling  nasihat-menasihati dalam menegakkan kebenaran, dan sama bersabar dalam mengajak umat ke jalan Allah, dan berjuang menegakkan agama-Nya.

Jadi, para daie diharapkan supaya mengorbankan jerih payahnya untuk menegakkan ajaran-ajaran Islam dan melaksanakan tuntutan dakwah. Daie sajalah yang bertugas menyampaikan ajaran Islam itu kepada umat manusia, dan menjelaskannya dengan panjang lebar sesuai dengan taraf kecerdasan dan pengertian masyarakat yang mereka hadapi. Itulah dia. Amanah yang diserahkan kepada saudara-saudara para daie agar merekan menjadi pewaris dari para Nabi.dan dalam melaksanakan tugasnya itu, daie perlu merenungkan pesan Rasulullah Sallallahu ’alaihi Wasallam.

Ertinya:

“Tidak ada seorang pun di antara Nabi-nabi, yang dibangkitkan oleh Allah sebelum aku, yang tidak mempunyai ”Hawary,” sahabat-sahabat yang terdekat kepada beliau dari kalangan umatnya, dan yang secara langsung menerima Sunnah-nya dan mengikuti perintahnya. Kemudian kelak akan muncul satu generasi, yang mengatakan sesuatu yang tidak mereka perbuat, dan suka memperbuat sesuatu yang tidak diperintahkan kepada mereka. Maka barangsiapa yang berjuang menghadapi mereka dengan tangannya, maka dialah orang yang beriman. Dan barangsiapa yang berjuangan menghadapi mereka dengan lidahnya, maka dialah orang yang beriman. Dan barangsiapa yang berjuangan menghadapi mereka dengan hatinya, maka dialah orang yang beriman. Dan di bawah tingkatan itu, tidak ada lagi suatu keimanan, walaupun hanya seberat sebiji bayam.”                                                                                                                  Hadith riwayat Muslim

3) Allah lebih pantas untuk kamu takuti:

 Sering terjadi, para daie mengelakkan diri untuk berbicara di tempat-tempat yang seharusnya ia berbicara! Sebenarnya, sepatah kata yang benar, sangat diperlukan di saat itu, tetapi para daie merasa segan untuk mencetuskannya. Mungkin kerana khuatir, kalau-kalau kata-katanya itu , menyebabkan ia ditimpa bencana kemarahan dan kebencian orang….!

 Tetapi para daie perlu ingat, bahawa tindakan yang demikian itu jelas merupakan salah satu pewujudan dari sifat takut dan pengecut! Padahal sifat takut dan pengecut itu adalah dua tamu yang tidak boleh diterima! Sepatutnya kedua tamu itu jangan dilayani kalau datang menjenguk pintu! Malahan sedapat mungkin mestilah diusahakan sepaya kedua tamu itu tidak mengetahui dari mana pintu masuknya ke dalam hatu orang yang beriman….!

 Sebenarnya, Allah lebih pantas untuk kita takuti….! Allah lebih pantas untuk kita segani…..! seharusnya kita sebagai orang-orang beriman, selamanya berusaha keras untuk mencari keredhaan Allah! Keredhaan Allah itulah yang kita harapkan sekalipun akan menyebabkan timbulnya kemarahan dan kebencian ummat manusia ini seluruhnya….! Daie perlu merenungkan doa Rasulullah Sallallahu ’alaihi Wasallam:

اللهم ان لم يكن بك غضب على فلا أبالى.

“Ya Allah! Jika kamu dalam hal ini tidak ada kemarahan kepadaku, maka aku tidak peduli…!”

Allah Subhanahu Wata’ala sudah mewajibkan kepada para da’ie, supaya mereka menerima warisan kenabian, dan supaya mereka memikul beban itu! Dan warisan yang paling penting dari kenabian itu ialah menghadapi dan menggarap suasana Jahiliyyah, dengan segala macam bentuk dan ragamnya! Da’ie wajib berjuang merombak kemungkaran, walau bagaimanapun bentuk dan luas wilayahnya. Itu adalah tugas daie; sedang berhasil atau tidak usaha itu, hal itu tidaklah termasuk dalam wilayah kekuasaannya. Da’ie perlu mengingat

Firman Allah Subhanahu Wata’ala:

وَقُلِ الْحَقُّ مِن رَّبِّكُمْ فَمَن شَاء فَلْيُؤْمِن وَمَن شَاء فَلْيَكْفُرْ

“Katakanlah “Kebenaran telah datang dari Tuhan kamu. Maka barangsiapa yang mahu beriman, biarlah dia beriman. Dan barangsiapa yang ingin kafir, maka biarlah dia kafir”
(Surah AI-Kahfi: Ayat 29)

Dan sahabat ‘Ubadah ibn Shamith berkata:

بايعنا رسول الله صلى الله عليم وسلم على ان نقول الحق اينما كنالا نخاف فى الله لومةل لائم

“Kami telah bersumpah di hadapan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam untuk mengatakan yang benar, di mana saja Kami berada. Kami tidak takut kepada celaan orang yang mencela, demi menegakkan agama Allah…..”
(H.R. Abu Daud dan Tirmidzi; dan Tirmidzi mengatakan; Hadits ini Hasan).

Jadi, seharusnya para da’ie berhati-hati, agar jangan sampai terjadi, mereka bertindak pengecut di tempat yang seharusnya mereka menunjukkan keberanian, bersikap penakut di saat mereka diharapkan untuk memberi nasihat Hendaklah mereka merenungkan lagi Hadith Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmidzi dan ‘Abdullah ibn Mas’ud r.a, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:

ان اول مادخل النقص على بنى اسرإيل انه كان الرجل يلقي الرجل فيقول: ياهذا اتق الله ودع مادصنع فانه لايحل لك. ثم يلقاه من الغد فلا يمنعه ذلك ان يكون اكيله وشريبه وقعيده. فلما فعلوا ذلك ضرب الله قلوب بعضهم ببعض.

“Sesungguhnya kekurangan pertama yang menyusup ke tengah-tengah bangsa Israel ialah, bahawa salah seorang di antara mereka menemukan temannya sedang mengerjakan dosa, lalu ia berkata: “Oh, teman! Bertaqwalah kepada Allah, dan tinggalkanlah apa yang anda perbuat itu! Itu tidak boleh!” Kemudian keesokan harinya mereka bertemu lagi dalam suasana yang sama, lalu orang pertama tadi tidak merasa janggal lagi untuk makan dan minum, dan duduk bersama-sama dengan orang yang dilarangnya kemarin itu…! Dan setelah keadaannya demikian, maka Allah memukulkan hati mereka satu sama lain, sehingga mereka saling bertengkar dan saling mempersalahkan antara sesamanya.”

Kemudian Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam membacakan Ayat Al-Qur’an:

لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُواْ يَعْتَدُونَ (78)

كَانُواْ لاَ يَتَنَاهَوْنَ عَن مُّنكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُواْ يَفْعَلُونَ

“Telah kena laknat orang-orang kafir dan kalangan bangsa Israel, dengan ucapan Daud dan ‘Isa putera Maryam. Yang demikian itu adalah disebabkan mereka durhaka dan sekilu melewati batas. Mereka satu sama lain selalis tidak saling melarang perbuatan mungkar yang mereka perbuat. Sungguh, amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu…”
(Surah AI-Ma’idah: Ayat 78-79)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *