Bagaimana Menyeru Kepada Islam

Muqaddimah

بسم الله الرحمن الرحيم

Para da’ie yang bergerak di dalam gerakan Islam pada hari ini sangat berhajat kepada suatu manhaj kerja dalam kerja-kerja mereka – dan sudut fikrah dan harakah sebagai landasan perjalanan dalam usaha mereka menyeru manusia kembali kepada Islam. Mereka memerlukan manhaj yang disusun dengan jelas, teliti lagi terperinci agar darinya dapat melihat dengan terang jarak perjalanan yang akan ditempuhi, ciri-ciri khusus serta sifat-sifatnya. Perkara-perkara ini sangat penting diketahui untuk diambil sebagai pedoman agar para da’iee tidak terseleweng dari jalan sebenar dalam kerja-kerja da’wah mereka. Dengan demikian tidak lagi dikhuatiri mereka melakukan sesuatu yang merugikan Islam pada hal mereka menyangka mereka melakukan kebaikan untuk Islam.

Untuk tujuan di atas, para da’ie memerlukan kepada suatu manhaj yang memandu mereka dalam kerja-kerja mereka menyeru manusia kepada Allah Subhanahu wata’ala, cara penyampaian yang berkesan serta meyakinkan, begitu juga cara menentukan atau memilih tajuk-tajuk, bahan dan ruang-lingkup ceramah atau perbicaraan yang ingin disampaikan agar orang yang mendengar dapat menerimanya dengan rasa puas. Manhaj ini menurut pandangan saya terdiri dan empat perkara pokok:

Pertama — Persoalan wajibnya Da’wah.

Sebenarnya beriman dengan Islam bererti kita wajib beramal untuk-Nya, menyeru orang lain menta’ati ajaran-Nya, serta berjihad dan berkorban pada jalan-Nya. Usaha-usaha demikian menuntut adanya jama’ah yang bersifat gerakan kerana usaha-usaha yang dilakukan oleh individu (fardi) tidak mungkin sama sekali dapat mencorakkan suasana kelslaman apa lagi menegakkan masyarakat Islam.

Kedua – Persoalan memilih serta meneliti uslub (cara-gaya) yang baik untuk diikuti dalam usaha menyeru manusia kepada Islam.

Adalah menjadi kewajiban ke atas para da’iee memilih cara (dan medan) yang disertai dengan kadar kemampuan orang-orang yang diseru agar mereka dapat menerimanya dengan baik. Dalam kerja-kerja ini para da’iee mestilah memiliki ilmu pengetahuan yang luas serta bersikap bijaksana dan sentiasa bersabar.

Ketiga – Persoalan bahan da’wah yang merupakan huraian dan garis-garis besar Islam seperti ‘Aqidah dan Syari’ah kerana di atasnyalah Manhaj Islami dibina. Permasalahan ini dengan segala perinciannya merupakan bahan-bahan yang wajar diketengahkan di hadapan orang yang diserunya.

Keempat – Persoalan terakhir yang perlu disebutkan ialah tentang tuntutan (darurah) melaksanakan ‘amal Jama’iy yang bersifat haraki untuk perjuangan menegakkan Islam. Sesungguhnya amal Jama’iy yang bersifat haraki merupakan satu-satunya jalan yang dilalui oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dalam usaha baginda membina Jama’ah Islam yang pertama. Usaha-usaha yang dilakukan secara fardi (individu) sukar mendatangkan hasil jika tidak terikat dengan tanzim haraki. Sesungguhnya semua kewajiban-kewajiban ini difardhukan oleh Islam ke atas orang-orang Mu’min agar mereka membina tanzim haraki (Harakah Islamiyyah) atau mereka melibatkan diri di dalam Harakah Islamiyyah yang sudah sedia ada.

Saya mengemukakan isi kandungan risalah ini kepada saudara-saudara saya para penda’wah di mana saja mereka berada. Saya memohon Allah ‘Azza Wajalla berkenaan menerima usaha ini sebagai amal kebaikan dan menghapuskan ketelanjuran. Semuga ianya mendatangkan menfaat.
Dan sesungguhnya Allah Subhanahu wata’ala sahaja yang dapat menunjukki orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.

Pengarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *