Salah faham dalam memahami cubaan dan kesulitan

Oleh – Ustaz Mustafa Masyhur – semoga Allah merahmati beliau

Pertama : Salah jika ada yang berfikir bahawa cubaan itu bukan hal yang normal di jalan dakwah, atau ia adalah natijah dari kesalahan yang dilakukan oleh qiyadah jamaah. Kemudian tercetus dari salah faham ini di dalam barisan jamaah kekacauan yang merosakkan kemajuan jalan ini. Kita telah melihat yang sebaliknya menurut kefahaman yang sahih iaitu ketika mana kami berhadapan dengan cubaan ia membuktikan yang kita sedang mengikuti jalan para daie. Sekiranya kita tidak berhadapan dengan cubaan semestinya kita akan tertanya akan kesalahan atau penyimpangan. Adakah dapat diterima untuk mengatakan yang Rasulullah ﷺ dan para mukminin yang bersamanya dan para rasul yang ditimpa ujian adalah hasil dari kesalahan yang mereka lakukan? Hakikatnya yang sebenar adalah musuh-musuh Allah sedang memerangi para penyeru kebenaran, agar kebenaran ini tidak melenyapkan kebatilan mereka. Ayat-ayat dan hadits adalah bukti terbaik bahawa kesulitan dan kesengsaraan adalah hal yang biasa di sepanjang jalan dakwah.

Kedua : Bahawa cubaan itu menyebabkan kegoncangan dalam thiqah terhadap jalan ini dengan mengatakan jika kita berada di atas landasan kebenaran maka kemenangan Allah berpihak kepada kita dan musuh Allah tidak berupaya untuk melakukan apa yang mereka lakukan kepada kita. Ini telah menimbulkan banyak keraguan dan dipengaruhi oleh sebahagian orang. Pemahaman ini adalah salah sepertimana yang telah kami jelaskan pada point sebelumnya. Sungguh salah seorang pegawai yang bertanggung jawab ke atas penyeksaan memberitahu kami hal seumpama ini pada mihnah tahun 1965. Katanya, “Pemerintah dan Presiden Abdul Nassir berada di atas kebenaran dan kamu (para penentang) di atas kebatilan kerana jika anda benar maka Allah akan memenangkan kamu. Dan apa yang berlaku tidak akan menimpa kamu”. Inilah sepertimana logika Firaun di hadapan Musa عليه السلام dan logika para munafik.

Ketiga : Berlaku penyimpangan apabila sebahagian menyangkakan ada kemungkinan untuk menghindari mihnah dengan dengan kebijaksanaan, politik atau apa yang disebut sebagai diplomasi dengan musuh. Tetapi para pegawai pemerintahan sama sekali tidak memiliki semua itu dan inilah yang terjadi. Ini juga merupakan fahaman yang sesat menyimpang kerana musuh sama sekali tidak akan menghentikan perang terhadap para pendakwah untuk menghapus kan mereka atau dakwah mereka. Kecuali jika mereka meninggalkannya atau sekurang-kurangnya melepaskan sebahagian aspek khususnya yang membahayakan musuh atau merugikan posisi dan kepercayaan mereka.

Keempat : Ujian itu membawa kepada berhenti duduk dan tidak meneruskan perjalanan kerana berprinsip kepada kestabilan yang mana kita mengkonsolidasikan diri kita atas kesabaran, daya tahan, dan mencari pertolongan dan keteguhan dari Allah. Jika kita imaginasi kan yang sebahagian besar mengambil posisi ini dan tidak tetap teguh maka harakah itu akan terdedah kepada bahaya dan kesannya adalah kekecewaan dan keputusasaan terhadap generasi berikutnya. Bertentangan dengan prinsip iaitu tsabat dan menghadapi mihnah dan kesusahan kerana itulah yang akan menginspirasikan tekad dalam jiwa generasi ini. Apa yang membantu saya untuk tsabat adalah dengan melakukan perbandingan antara seksaan Allah dan fitnah manusia dan kami menemukan perbezaan yang sangat besar. Menanggung cubaan manusia membawa kepada kejayaan dari azab Allah sedangkan kita tidak mengumpamakan atau menjadikan cubaan manusia sepertimana azab Allah.

Kelima : Terjadi di mana di kalangan pimpinan menjadi lemah ketika menghadapi mihnah dan sebahagian berpendapat bahwa ini adalah bukti terhadap pemilihan kepimpinan yang buruk dan perkara ini terjadi sedemikian tanpa ketelitian, kesopanan atau selainnya. Ini adalah kefahaman yang salah dan tidak benar. Kemampuan kita sebagai manusia  tidak memungkinkan kita untuk mengetahui keupayaan sifulan jika berhadapan dengan mihnah, dia akan tsabat atau tidak dan kemudiannya dipilih sebagai ketua atau tidak. Tetapi yang berlaku adalah ijtihad dalam pemilihan. Apa yang tidak nampak, hati, dan yang ghaib adalah di sisi Allah.

Keenam : Adalah kesalahan apabila kita menidakkan hikmah Allah pada mihnah kerana ia adalah sarana penilaian dan pembezaan seseorang rijal. Apabila kita melantik kepimpinan atau memberikan pertanggungjawaban sebahagian dari mereka melemah dan tidak tsabat menghadapi ujian dan mereka menjadi semakin lemah ketika mana berhadapan dengan ujian yang lebih berat atau ujian selainnya. Mereka membawa mudharat ketika mana ditempatkan di posisi tanggung jawab yang lebih besar.

Ketujuh : Begitu juga kesalahan apabila kita tidak memberikan keu’zuran kepada seseorang yang tidak mampu untuk menangung beratnya ujian dan kemudiannya melemah meskipun dia tetap teguh ataupun berpaling. Tidak benar untuk menutup pintu (peluang) di hadapan wajahnya atau mencegahnya dari beramal dakwah kerana  Hatib bin Abi Balta’ah juga melemah. Namun kami menemukan yang Allah memanggilnya di Surah Al-Mumtahanah, (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا..‏) yang bermaksud Wahai orang-orang yang beriman … Ini adalah pengajaran dan bimbingan kepada barisan Muslimin. Ambil posisi yang bersesuaian, jangan menangung beban yang lebih berat dari kekuatan, dan jangan ditugaskan kepadanya celah-celah yang penting.

Kelapan :  Menjadi kesalahan apabila keprihatinan kita tertumpu kepada bagaimana untuk menghentikan kemudaratan dan penyiksaan ke atas para individu dengan apa cara sekalipun walaupun dengan mengorbankan dakwah dan amal islami. Misalnya kita mempermalukan diri kita di hadapan para penindas atau mengikat perjanjian yang mengenepikan sebahagian dari prinsip dakwah, tujuan atau sejenisnya. Ini adalah perlanggaran syariah dan usul yang mendasari amal Islami. Kita memiliki uswah hasanah pada Rasulullah ﷺ ketika baginda melihat para sahabatnya diseksa dan ditawarkan kepadanya oleh sang raja wang. Kita melihat jawapan baginda pada situasi ini. Kejayaan dakwah itu adalah pada prinsip dan niat dan bukanlah pada perorangan.

Kesembilan : Ada satu poin penting dan salah tanggapan di mana ada yang menganggap bahawa ujian itu merupakan pukulan yang mematikan, menghancurkan, menjatuhkan, atau melumpuhkan segala yang dibina dan menyebabkan hilangnya motivasi untuk terus berusaha kerana walau apa pun akan menatijahkan kehancuran terhadap yang dibina. Tidak masuk akal untuk menyatakan yang ujian membawa kepada hasil ini. Persepsi ini salah dan berbahaya kepada dakwah dan para pendakwah kerana ujian itu adalah sunnatullah dalam berdakwah. Sesungguhnya Allah menetapkan pada dakwah ini adalah manfaat bukan kerosakan, pembangunan, pembaharuan bukannya kehancuran. Inilah yang akan memperkuatkan para pendakwah untuk meneruskan perjalanan mereka dengan tekad dan kuat, bukan untuk duduk dan berhenti. Ia adalah pemurnian jiwa dan niat dari kekotoran dan keduniaan. Ia adalah pembersihan barisan dari titik kelemahan dan membezakan antara keimanan dan kemunafikan, kebenaran dan penipuan agar bangunan dapat naik tinggi menjulang di atas tapak yang kuat dan kukuh.

Kesepuluh : Sebahagian menyangka yang kesyahidan para syuhada’ itu membawa kerugian kepada jamaah kerana kehilangan elemen-elemen terbaiknya. Sebaliknya jamaah sebenarnya yang beruntung atas kesyahidan mereka yang dianggap sebagai bahan bakar yang menyalakan api keimanan di hati ratusan bahkan ribuan para pemuda baru. Semoga Allah menggantikan mereka dengan barisan yang berlipat kali ganda. Sepertimana penjara yang mengekang dan mengganggu keupayaan merupakan madrasah yang bermanfaat kepada para pendakwah dan kesempatan untuk mempersiapkan elemen-elemen tangguh dengan ujian, tajarrud dan sabar, yang menjadi qudwah dalam tsabat di atas kebenaran biarpun seberat dan sepanjang manapun.

(وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ (216)). البقرة

“dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” Surah Al-Baqarah: 216.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *