Warkah Buat Para Murabbi

Oleh : Dr. Mohammed Badie (محمد بديع)

Tajuk artikel asal : رسالتي إلى مسئولي العمل التربوي

الحمد لله حمدًا يليق بجلال وجهه وعظيم سلطانه، وصلاة وسلامًا على سيد خلق الله سيدنا وإمامنا وقدوتنا، محمد صلى الله عليه وسلم، وبعد

Para kekasihku kerana Allah,

Ketahuilah bahawa kamu sekalian berada di garisan hadapan dari pelbagai lapangan dakwah kita yang penuh barokah. Dan kamu sekalian mengemban peranan yang besar di hadapan Allah سبحانه وتعالى  iaitu peranan yang diamanahkan kepadamu untuk mentarbiyah para ikhwah, memastikan mereka senantiasa dalam jagaan dan bimbingan menurut kaedah Islam yang benar dan asas prinsip dakwah kita yang penuh barokah. Inilah amanah yang mana gunung-pun tidak mampu untuk menanggungnya.

إِنَّا عَرَضْنَا الأَمَانَةَ عَلَى السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الإِنْسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولاً

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (Al-Ahzaab 33:72)

Anda perlu merasakan betapa pentingnya tanggungjawab yang dipercayakan ke atas bahu kalian dan menjalankan amanah ini sesuai dengan haknya. Laksanakannya sepertimana dengan cara yang dicintai dan diredhoi oleh Tuhanmu. Letakkan tsiqah terhadap ganjaran daripada Tuhanmu, pada keredhoanNya dan bantuanNya.

Perbaikilah hubungan kamu dengan Allah عز وجل secara rahsia mahupun di depan umum. Bawalah dirimu dan para ikhwah di atas jalan untuk menggapai keredhoan Tuhanmu. Di mana sahaja, sepanjang waktu dan masa, bertindaklah sepertimana yang diinginkan Tuhanmu. Lakukanlah amal-amal yang akan menaikkan keimanan dan perhambaan dirimu dan para ikhwah. Galas amanah ini dengan penuh perhatian dari upaya, masa dan program kamu dengan menukar setiap amalan, pergerakan dan tempat tinggal kamu untuk memenuhi tuntutan ibadah kepada Allah سبحانه وتعالى. Di samping itu perlu upaya untuk memastikan tumbuh dan subur keinginan dan perhatian terhadap ibadah, nilainya, hakikatnya di dalam jiwa, dan kesan tarbawi ke atas individu, jamaah dan ummah seluruhnya yang diantaranya adalah; komitmen terhadap solat berjamaah, melakukan qiamullail, puasa, tilawah Al-Quran, sedekah, memperbanyakkan zikir kepada Allah, berbuat baik terhadap ibu bapa, menjaga tali silaturrahim, dan segala macam kebaikan lainnya. Ketahuilah bahwa ketikamana kamu berada di dalam sesuatu situasi, sedarlah yang Allah mengetahuinya, dan Dia akan mempermudahkan urusan kamu dengan rahmahNya, barokahNya dan kemurahanNya. Dan Allah akan menghantar bala tenteraNya untuk membantumu sedangkan kamu tidak mengetahuinya.

Tarbiyahlah para ikhwah untuk mencintai masjid, menziarahinya dan duduk di dalamnya kerana di sana ada perlindungan dan keselamatan. Di situlah bermulanya kebaikan. Berusahalah untuk menjadi ahli masjid, yang beribadah kepada Allah, menuruti sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم, para sahabat dan salafussoleh sehingga hatimu terpaut kepada masjid sepertimana terpautnya hati mereka.

Memastikan aplikasi usrah yang maknawi terhadap keluarga dan masyarakat. Untuk mewujudkan sebuah usrah yang memenuhi kriteria sosial dan kekeluargaan ini memerlukan kepada kebersamaan dalam kehidupan, ziarah menziarahi, bersembang, berbincang, bersenang-senang dan pelbagai jaulah bersama, baik outdoor, bulanan atau selainnya untuk ice breaking sesame kamu, sehingga wujud sebuah usrah yang membumi dan merealisasikan rukun-rukunnya iaitu, tafahum, ta’aruf dan takaful.

Hubungkan setiap individu dengan dakwah, prinsip-prinsipnya, program-programnya dan manhajnya bukan kepada individu kerana jika sebaliknya begitulah permulaan kepada bahaya ke atas kamu dan dakwah kamu.

Sepertimana yang kami inginkan iaitu sebuah usrah yang muntij, muntij dalam dakwah dan kemasyarakatan, kesannya akan terlihat pada lingkungan sekitarnya, dan usrah ini menjadi paksi atau model kepada sekitarnya dengan syiarnya, “Tidak ada yang akan mendahului kita di hadapan Allah (لنيسبقنا إلى الله أحد)”

Kami juga ingin menanam nilai positif terbesar dalam terdapat di dalam perjalanan anda, terutama sekali yang menginspirasikan harapan di dalam jiwa. Ianya bermula dengan perubahan dalam masyarakat dan memandu mereka untuk berubah, menunjuk ke arah kebaikan, memberi dan berkorban untuk Allah pada setiap masa dan ketika, dan menggerakkan masyarakat supaya positif kepada kebaikan, pembaikan dan pembaharuan.

Sematkan dalam diri para ikhwah intimak kepada agama Allah, dakwahnya, negaranya dan ummahnya sehingga mereka berasa bangga dengan intimak mereka kerana sesungguhnya mereka adalah pilihan Allah. Nilai ini akan menundukkan segala kepayahan yang bakal dihadapi sepanjang perjalanan mereka. Begitulah bagaimana nilai-nilai tadi membangun harapan, kemahuan dan semangat yang tinggi.

Ikhwahku dan kekasihku sekalian,

Jadilah teladan yang baik dalam semua perkataan dan perbuatan kamu, dan contoh terbaik bagi kita semua adalah Al-Mustafa صلى الله عليه وسلم (Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang (Al-Ahzaab 333:22))). Hiasilah dirimu dengan mencontohi akhlak Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang agung, sifat-sifat baginda yang mulia dan perbuatan-perbuatan baginda yang baik. Dan pastikan kamu menjadi contoh yang baik di hadapan para ikhwah. Berikan daripada dirimu contoh dan qudwah yang baik. Pastikan mereka mendapati yang kamu berada di barisan hadapan setiap pekerjaan atau pertanggungjawaban, dan waspada terhadap apa yang kamu tugaskan tetapi kamu sendiri tidak melakukannya. Sesungguhnya Allah yang pertama sekali memerhatikan kamu, kemudian barulah para ikhwah. Hendaklah kamu senantiasa berada di bawah perhatian Allah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ  كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لا تَفْعَلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (As-Saff 61:2-3)

Ikhwah yang kucintai,

Dirikanlah kewajipan-kewajipan yang berada dipundakmu, sepertimana yang telah digariskan oleh As-Syahid Imam Hassan al-Banna – يرحمه الله – yang berkata, “Dan terhadap pimpinan dakwah Ikhwan adalah haknya sebagai seorang ayah dengan ikatan hati, seorang guru yang memberikan manfaat ilmiah, seorang syeikh dengan tarbiyah spiritual, seorang ketua yang memimpin dengan kebijakan umum untuk dakwah, dan dakwah kita menyatukan kesemua makna ini.” Di sini muncul satu persoalan penting : Bagaimana hak-hak ini akan diberikan sedangkan mereka tidak melaksanakannya!? Maka sempurnakan amanah dengan haknya dan kebaikan akan sampai kepada pelakunya.

Ketahuilah bahwa salah satu karakteristik terpenting pada anda sebagai murabbi adalah menjaga diri daripada sifat keegoan dan pentingkan diri sendiri. Maka hulurkan bantuan kepada para ikhwah, dan bantulah mereka untuk melaksanakan hak-hak ini dengan penuh cinta, penjagaan dan perhatian, dan berikan hak-hak mereka sebelum kamu meminta memberikan hak mereka terhadapmu.

Berkenaan kewajipan, ketahuilah bahwa tahapan tarbawi itu adalah hak kepada siapa yang melepasi syarat-syarat pada setiap marhalah berdasarkan asas, piawaian dan kawalan yang ditetapkan oleh para murabbi tanpa terlebih atau terkurang. Janganlah anda menyesatkan para ikhwah dan meletakkan syarat-syarat sewenang-wenangnya. Di samping itu janganlah anda berlebihan dalam menggunakan kuasa anda untuk menaikkan orang yang tidak sepatutnya kerana sesungguhnya ia adalah amanah dan tanggungjawab di hadapan Allah terlebih dahulu.

Kekasihku,

Cinta yang kamu berikan kepada para ikhwah mestilah ikhlas, praktikal dan zahir pada mereka. Seorang ayah tidak hanya berkata kepada anak-anaknya yang dia mencintai mereka, dan tidak pula memberikan mereka syarahan tentang cinta, kemurahan hati dan kasih saying, tetapi mereka merasakan kesan cintanya dan pengorbanannya kepada mereka. Oleh itu biarlah para ikhwah melihat cintamu yang ikhlas dan kamu akan mendapati hasil dan kesannya pada akhlak, pergerakan, aktiviti dan pencapaian mereka.

Untuk memperbaiki prestasi para ikhwah dan menunjukkan kepada mereka kewajibanmu, perelokkanlah pembahagian tugas supaya mereka mampu untuk menggalas tugas yang pelbagai. Janganlah kamu bertengkar dengan mereka dengan alasan berhati-hati yang berlebihan. Kita memiliki model tarbiyah nabawi yang mulia dengan menghadirkan Usama bin Zayed رضي الله عنه sebagai model dan qudwah dalam persiapan awal untuk kepimpinan. Imam Al-Mursyid Hassan al-Banna رحمه الله telah menuruti jalan ini untuk mempersiapkan para ikhwah untuk mengemban kepimpinan dan tanggungjawab. Dengan rahmat daripada Allah dan bersangka baik, semakin kamu menghadirkan individu terbaik dan tepat untuk dakwah kamu, semakin produktif dan bergelora dakwah kamu.

Memberikan peluang kepada seseorang untuk menjadi pemimpin – apabila syarat terpenuhi tanpa sewenang-wenangnya – adalah pencapaian terbesar para murabbi yang sebenar. Janganlah kamu berhenti oleh kerana kekurangan-kekurangan yang ada, dan janganlah berhenti untuk membetulkannya. Lakukan pembaikan sepanjang pergerakan dan pekerjaan kamu. Ketahuilah bahwa apa yang mendorong situasi seperti itu adalah jaminan Allah عز وجل bagi mereka yang melahirkan kepimpinan yang cemerlang terhadap para ikhwah, dan baginya ganjaran yang tidak akan mengurangkan ganjaran mereka. Saya ingin mengingatkan kepada kalian akan contoh daripada akh yang mulia, yang telah menghadirkan Ustaz Umar Tilmisani رحمه الله kepada dakwah ini, Allah membantunya dan memberi manfaat terhadapnya.

Aku merisaukan jika ada seseorang daripada kamu yang menjadi penghalang kepada para ikhwah untuk maju kehadapan. Dan dia – malang sekali – adalah penghalang kepada kebaikan yang banyak terhadap dakwahnya, baik pada urusan dakwah, pentadbiran mahupun organisasi. Siapakah yang akan menanggung semua ini wahai yang kucintai?

Ikhwah yang kucintai,

Untuk memastikan perlaksanaan sistem pentadbiran dengan penuh cinta sesama-kamu, dan menyebarkan ruh mawaddah, rahmah, simpati dan tolong menolong sesama-kamu di dalam usrah, (dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu (Aali-Imran 3:139)), dan untuk merangkul prinsip kebebasan bersuara di kalangan kamu, janganlah kamu bertengkar atas pandangan, dan janganlah kamu mencederakan pemberi pandangan itu. Untuk menerima kritikan dan nasihat dengan berlapang dada, ingatlah pesan Ustaz Mustafa Masyhur رحمه الله kepada kita, “Berilah nasihat dengan sepenuhnya dan terima dengan apa cara sekalipun.” Untuk memperbaiki persembahan kepimpinan kamu di hadapan para ikhwah, ikutlah wasiat yang termaktub di dalam Surah Al-‘Asr di dalam kehidupan kamu.

وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلاَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3)

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-‘Asr 103:1-3)

Ketahuilah bahwa salah satu karakteristik terpenting daripada pimpinan tarbawi adalah kemampuan untuk menyelesaikan masalah, mengatasi kesulitan, menampung individu dan masalah. Jadi pastikan kamu mampu itu mengawal permasalahan yang ada dan memberikan rawatan yang terbaik.

Berwaspadalah kerana boleh jadi andalah pembuat dan peledak kepada permasalahan itu. Maka menjauhlah para ikhwah, mereka membangkang, dan menyebabkan kemarahan daripada tuhanmu. Jika berpecahnya hati-hati, perasaan menjadi keras, emosi terhakis dan berpecah barisan, bagaimana mungkin rahmat, kemenangan dan dokongan Allah akan turun.

وَأَطِيعُوا اللهَ وَرَسُولَهُ وَلا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (Al-Anfaal 8:46)

Kekasihku … Tazkirah Akhir

Jangan kamu tinggalkan pembacaan tentang sejarah dakwah kita, qiyadah kita dan mursyid kita kerana padanya perumpamaan dan pelajaran, dan bekalan yang hakiki kepada kamu di jalan dakwah. Terkandung juga di dalamnya respon praktikal terhadap segala syubhat yang muncul tentang dakwah kamu, dan wajib kamu mempelajari Risalah-Risalah Imam Syahid Hassan al-Banna dengan cermat, faham, sedar dan merangkupi; untuk belajar dan mengajarkan prinsip sebenar dakwah kita.

Berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk menerapkan sepuluh muwasofat invididu muslim yang pengemban dakwah yang disebutkan oleh Imam Syahid Hassan al-Banna terhadap diri kamu dan seterusnya kepada mereka di bawah jagaan kamu, iaitu,

سليم العقيدة، صحيح العبادة، متين الخلق، مثقف الفكر، قويّ الجسم، مجاهدًا لنفسه، نافعًا لغيره، قادرًا على الكسب، حريصًا على وقته، منظمًا في شئونه

Inilah tazkirahku kepada kamu semua, dan alasanku di hadapan Allah, berdoa kepada Allah سبحانه وتعالى agar membantumu dan memimpin perjalananmu di atas kebenaran, dan mengurniakan kepadamu ikhlas dalam perkataan dan amalan, secara rahsia dan di khalayak ramai, dan menegakkan urusan agama ini dan dakwah ini.. Sesungguhnya Dialah penjaga segala urusan itu dan maha berkuasa keatasnya.

وصلِّ اللهم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم، والله أكبر ولله الحمد

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *