Wanita Muslimah المــرأة المسـلمة

Himpunan Risalah ( مجموعة الرسائل )

Wanita Muslimah المــرأة المسـلمة
 
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (Al-Tahrim: 6)
   
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang بِســمِ اللهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيـمِ
Seorang penulis telah menulis surat kepada saya meminta saya menulis berkenaan wanita, kedudukan wanita dengan lelaki dan kedudukan lelaki dengan wanita serta pandangan Islam terhadap wanita agar masyarakat dapat berpegang dengan pandangan Islam dan akur dengan hukum Islam. كتب إلى كاتب فاضل يطلب أن أكتب عن المرأة وموقفها من الرجل وموقف الرجل منها ، ورأي الإسلام في ذلك وحث الناس على التمسك به والنزول على حكمه.
Sebenarnya, bukan saya tidak sedar betapa perlunya tajuk seperti ini ditulis. Saya tidak menafikan kedudukan wanita di tengah umat ini. Wanita merupakan setengah daripada bangsa ini. Malah mereka adalah elemen terpenting dalam hidup sesebuah bangsa kerana wanita adalah institusi pertama yang membentuk generasi muda. Nasib sesebuah bangsa dan hala tuju ummah bergantung kepada sejauhmana didikan yang diterima oleh seorang anak daripada ibunya. Wanita juga merupakan faktor utama yang mempengaruhi kehidupan pemuda dan juga lelaki. لست أجهل أهمية الكتابة في موضوع كهذا ولا أهمية انتظام شأن المرأة في الأمة ، فالمرأة نصف الشعب بل هي النصف الذي يؤثر في حياته أبلغ التأثير لأنه المدرسة الأولى التي تكون الأجيال وتصوغ الناشئة ، وعلى الصورة التي يتلقاها الطفل من أمه يتوقف مصير الشعب واتجاه الأمة , وهى بعد ذلك المؤثر الأول في حياة الشباب والرجال على السواء.
Bukan saya tidak sedar. Malah aspek ini tidak pernah diabaikan oleh Islam yang suci ini. Apatah lagi Islam sebagai agama yang membawa cahaya dan petunjuk kepada manusia. Islam mengatur seluruh aspek urusan hidup manusia. Malah Islam merupakan dasar dan sistem yang terbaik. Memang benar, Islam tidak pernah mengabaikan aspek ini. Islam tidak pernah membiarkan manusia terumbang-ambing mencari jawapan sendiri. Malah Islam menjelaskan secara mendalam perkara ini sedalam-dalamnya sehingga tidak perlu kepada penjelasan lagi. لست أجهل كل هذا , ولم يهمله الإسلام الحنيف وهو الذي جاء نورا وهدى للناس ينظم لهم كل شئون الحياة على أدق النظم وأفضل القواعد والنواميس ، أجل لم يهمل الإسلام كل هذا ، ولم يدع الناس يهيمون فيه في كل واد بل بين لهم الأمر بيانا لا يدع زيادة لمستزيد.
Namun demikian apa yang penting bukanlah untuk kita tahu pandangan Islam mengenai wanita dan lelaki. Ataupun hubungan dan tanggungjawab antara kedua-dua jenis ini. Perkara ini telahpun dimaklumi oleh semua. Apa yang penting sebenarnya ialah kita perlu bertanya diri kita apakah kita bersedia untuk akur dengan hukum Allah? وليس المهم في الحقيقة أن نعرف رأى الإسلام في المرأة والرجل وعلاقتهما وواجب كل منهما نحو الآخر فذلك أمر يكاد يكون معروفا لكل الناس ولكن المهم أن نسأل أنفسنا هل نحن مستعدون للنزول على حكم الإسلام.
Hakikatnya, negara ini dan negara-negara Islam yang lain sedang dilanda budaya suka meniru gaya hidup Eropah dan tenggelam dalam budaya ini. الواقع أن هذه البلاد وغيرها من البلاد الإسلامية تتغشاها موجة ثائرة قاسية من حب التقليد الأوربي والانغماس فيه إلى الأذقان ,
Malah bukan setakat tenggelam dengan budaya meniru ini sahaja. Lebih dahsyat lagi mereka cuba menipu diri sendiri dengan mengubahsuai hukum Islam agar ia sesuai dengan kehendak dan budaya Barat. Mereka mengeksploitasi sikap keterbukaan dan keanjalan agama ini sebaik-baiknya semata-mata untuk mengubah sama sekali hukum Islam. Mereka menukar hukum Islam sehingga ia berubah menjadi sesuatu yang lain dan berbeza sama sekali. Mereka mengenepikan sama sekali landasan perundangan Islam dan kebanyakan nas yang bercanggah dengan kehendak mereka. ولا يكفي بعض الناس أن ينغمسوا هذا الانغماس في التقليد بل هم يحاولون أن يخدعوا أنفسهم بأن يديروا أحكام الإسلام وفق هذه الأهواء الغربية والنظم الأوربية ويستغلوا سماحة هذا الدين ومرونة أحكامه استغلالا سيئا يخرجها عن صورتها الإسلامية إخراجا كاملا ويجعلها نظما أخرى لا تتصل به بحال من الأحوال ويهملون كل الإهمال روح التشريع الإسلامي وكثيرا من النصوص التي لا تتفق مع أهوائهم؟
Pada hakikatnya, apa yang dilakukan ini amat serius. Mereka tidak akan berhenti membuat jenayah ini. Malah mereka akan menggunakan saluran undang-undang untuk membenarkan jenayah mereka. Mereka akan jadikan apa yang mereka lakukan itu sebagai sah agar mereka tidak perlu bertaubat dan sentiasa boleh melakukannya. هذا خطر مضاعف في الحقيقة , فهم لم يكفهم أن يخالفوا حتى جاءوا يتلمسون المخارج القانونية لهذه المخالفة ويصبغوها بصبغة الحل والجواز حتى لا يتوبوا منها ولا يقلعوا عنها يوما من الأيام.
Apa yang penting kini sebenarnya ialah kita perlu melihat hukum-hakam Islam tanpa dipengaruhi oleh hawa nafsu. Kita perlu bersedia menerima perintah Allah Taala terutama dalam masalah ini. Apatah lagi masalah ini dianggap sebagai masalah penting dan mustahak dalam kehidupan kita hari ini. فالمهم الآن أن ننظر إلى الأحكام الإسلامية نظرا خاليا من الهوى وأن نعد أنفسنا ونهيئها لقبول أوامر الله تعالى ونواهيه وبخاصة في هذا الأمر الذي يعتبر أساسيا وحيويا في نهضتنا الحاضرة.
Atas dasar ini, saya akan menyatakan di sini hukum Islam yang telah dan perlu diketahui oleh masyarakat dalam soal ini. وعلى هذا الأساس لا بأس بأن نذكر الناس بما عرفوا وبما يجب أن يعرفوا من أحكام الإسلام في هذه الناحية:
Pertama: Islam mengangkat darjat wanita dan menjadikan wanita setaraf dengan lelaki dari segi hak dan tanggungjawab أولا: الإسلام يرفع قيمة المرأة ويجعلهما شريكة الرجل في الحقوق والواجبات وهذه قضية مفروغ منها تقريبا ,
Hakikat ini tidak boleh dipertikaikan lagi. Islam telah mengangkat darjat wanita dan meletakkan wanita sebagai saudara dan rakan kongsi dalam hidup lelaki. Wanita bergantung pada lelaki dan lelaki bergantung pada wanita. “Sesetengah kamu adalah daripada sesetengah yang lain”. Islam mengiktiraf sepenuhnya hak-hak asasi wanita, hak-hak mereka dalam aspek kemasyarakatan dan politik. Islam melayan wanita sebagai manusia yang sempurna, manusia yang mempunyai hak dan tanggungjawab. Jika tanggungjawab ini ditunaikan mereka akan diberikan penghargaan sekaligus mereka berhak menerima hak mereka. Banyak nas al-Quran dan hadis yang menyokong dan menjelaskan nilai ini. فالإسلام قد أعلى منزلة المرأة ورفع قيمتها واعتبرها أختا للرجل وشريكة له في حياته هي منه وهو منها “بعضكم من بعض” وقد اعترف الإسلام للمرأة بحقوقها الشخصية كاملة وبحقوقها المدنية كاملة كذلك وبحقوقها السياسية كاملة أيضا وعاملها على أنها إنسان كامل الإنسانية له حق وعليه واجب يشكر إذا أدى واجباته ويجب أن تصل إليه حقوقه والقرآن والأحاديث فياضة بالنصوص التي تؤكد هذا المعنى وتوضحه.
Kedua: Perbezaan hak antara lelaki dan wanita dilakukan berdasarkan perbezaan semulajadi antara lelaki dan wanita yang tidak dapat dinafikan. Juga berdasarkan perbezaan peranan yang perlu dimainkan oleh mereka. Bertujuan memelihara hak-hak yang telah diberikan kepada kedua-dua jenis. ثانيا : التفريق بين الرجل والمرأة في الحقوق إنما جاء تبعا للفوارق الطبيعية التي لا مناص منها بين الرجل والمرأة , وتبعا لاختلاف المهمة التي يقوم بها كل منهما وصيانة للحقوق الممنوحة لكليهما.
Seperti yang dikatakan, Islam membezakan antara lelaki dan wanita dalam banyak keadaan dan ketika. Malah Islam tidak pernah menyamakan mereka sama sekali. Ini benar. Walau bagaimanapun dari sudut lain perlu disedari bahawa walaupun Islam mengurangkan hak wanita dalam satu hal namun Islam telah menggantikannya dengan suatu yang lebih baik dalam hal yang lain.[1] Ataupun ketidak samaan hak ini hanya demi kebaikan wanita itu sendiri. Adakah sesiapa yang mendakwa tubuh dan emosi wanita sama seperti lelaki tanpa sebarang perbezaan? Adakah sesiapa yang boleh mendakwa peranan yang perlu dimainkan oleh wanita dalam hidup ini sama seperti peranan yang perlu dimainkan oleh lelaki? وقد يقال : إن الإسلام فرق بين الرجل والمرأة في كثير من الظروف والأحوال ولم يسو بينهما تسوية كاملة ، وذلك صحيح ولكنه من جانب آخر يجب أن يلاحظ أنه إن انتقص من حق المرأة شيء في ناحية منه فيدعو خيرا منه في ناحية أخرى . أو يكون هذا الانتقاص لفائدتها وخيرها قبل أن يكون لشيء آخر. وهل يستطيع أحد كائنا من كان أن يدعي أن تكوين المرأة الجسماني والروحي كتكوين الرجل سواء بسواء , وهل يستطيع أحد كائنا من كان أن يدعي أن الدور الذي يجب أن تقوم به المرأة في الحياة هو الدور الذي يجب أن يقوم به
Itupun jika kita akui di sana ada apa yang dinamakan sebagai ibu dan juga bapa. الرجل ما دمنا نؤمن بأن هناك أمومة وأبوة.
Saya yakin apabila struktur tubuh berbeza sudah tentu peranan juga berbeza. Perbezaan ini sudah tentu membawa kepada perbezaan seluruh budaya hidup yang ada kaitan dengan kedua-dua jenis ini. Inilah rahsia apabila Islam meletakkan hak dan tanggungjawab lelaki dan wanita berbeza. أعتقد أن التكوينين مختلفين وأن المهمتين مختلفتين كذلك وأن هذا الاختلاف لابد أن يستتبع اختلافا في نظم الحياة المتصلة بكل منهما وهذا هو سر ما جاء في الإسلام من فوارق بين المرأة والرجل في الحقوق والواجبات.
Ketiga: Tarikan semulajadi yang kuat antara wanita dan lelaki menjadi asas kepada hubungan antara mereka. Matlamat hubungan ini bukan sahaja untuk berseronok atau sebagainya. Malah tujuan utamanya ialah untuk bekerjasama menjaga kelangsungan bangsa manusia dan juga bekerjasama memikul beban hidup. ثالثا: بين المرأة والرجل تجاذب فطرى قوى هو الأساس الأول للعلاقة بينهما وأن الغاية منه قبل أن تكون المتعة وما إليها هي التعاون على حفظ النوع واحتمال متاعب الحياة.
Islam turut mengambil kira naluri ini. Islam berusaha membersihkan naluri tersebut dan mahu mengubah naluri yang bersifat haiwani kepada yang lebih baik dan bersifat rohani. Ini akan membawa perubahan besar kepada matlamat dan halatuju naluri ini daripada sekadar berbentuk keseronokan kepada berbentuk kerjasama erat. Silalah dengar firman Allah Taala: وقد أشار الإسلام إلى هذا الميل النفساني وزكاه وصرفه عن المعنى الحيواني أجمل الصرف إلى معنى روحي يعظم غايته ويوضح المقصود منه ويسمو به عن صورة الاستمتاع البحت إلى صورة التعاون التام ولنسمع قول الله تبارك وتعالى:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. (Ar-Rum: 21) (وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجاً لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لآياتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ) (الروم:21)
Inilah asas-asas yang diambil kira oleh Islam dan asas-asas ini dijadikan landasan dalam persoalan wanita. Berdasarkan kepada asas-asas ini juga Islam mengemukakan undang-undangnya yang bijaksana. Ia cukup bagi mewujudkan kerjasama erat antara dua jenis jantina ini. Dengan ini masing-masing memperolehi faedah hasil kerjasama ini serta saling bantu-membantu menjalankan urusan hidup. هذه هي الأصول التي راعاها الإسلام وقررها في نظرته إلى المرأة ، وعلى أساسها جاء تشريعه الحكيم كافلا للتعاون التام بين الجنسين بحيث يستفيد كل منهما من الآخر ويعينه على شئون الحياة.
Perbincangan mengenai kedudukan wanita dalam masyarakat menurut perspektif Islam dapat digariskan dalam beberapa noktah berikut: والكلام عن المرأة في المجتمع في نظر الإسلام يتلخص في هذه النقط:
Pertama: Kewajipan mendidik wanita
Islam berpandangan akhlak wanita wajib dibentuk. Semenjak lahir lagi mereka perlu dididik supaya memiliki sopan santun dan budi pekerti yang tinggi. Islam menggalakkan ibu bapa atau penjaga seseorang wanita supaya mengambil berat soal ini. Allah menjanjikan mereka pahala yang besar. Namun dalam masa yang sama Allah ingatkan mereka azab berat yang bakal mereka terima jika mereka cuai. Firman Allah:
أولا: يرى الإسلام وجوب تهذيب خلق المرأة وتربيتها على الفضائل والكمالات النفسانية منذ النشأة ، ويحث الآباء وأولياء أمور الفتيات على هذا ، ويعدهم عليه الثواب الجزيل من الله ويتوعدهم بالعقوبة إن قصروا . وفى الآيات الكريمة:
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.(At-Tahrim: 6) (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ) (التحريم:6).
Sebuah hadis sahih menyebut: “Kamu semua adalah penjaga dan kamu akan ditanya tentang jagaannya. Imam (pemerintah) adalah penjaga dan akan ditanya tentang jagaannya. Lelaki adalah penjaga keluarganya dan dia akan ditanya tentang jagaannya. Wanita adalah penjaga di rumah suaminya dan dia akan ditanya tentang jagaannya. Khadam adalah penjaga dan dia akan ditanya tentang jagaannya. Kamu semua adalah penjaga dan kamu akan ditanya tentang jagaan kamu.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Umar وفى الحديث الصحيح (كلكم راع ومسئول عن رعيته: الإمام راع ومسئول عن رعيته ، والرجل راع في أهله ومسئول عن رعيته ، والمرأة راعية في بيت زوجها ومسئولة عن رعيتها ، والخادم راع في مال سيده ومسئول عن رعيته ، وكلكم راع ومسئول عن رعيته) أخرجه الشيخان من حديث عبد الله بن عمر ،
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas ra. katanya: Rasulullah saw. bersabda: “Setiap orang Islam yang mempunyai dua orang anak perempuan, lalu dia melayan mereka dengan baik sepanjang dia bersama mereka dan mereka bersamanya, nescaya kerana anak-anak perempuan ini dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Riwayat Ibnu Majah dengan sanad yang sahih dan riwayat Ibnu Hibban dalam Sahihnya. وعن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : (ما من مسلم له ابنتان فيحسن إليهما ما صحبتاه أو صحبهما إلا أدخلتاه الجنة) رواه ابن ماجة بإسناد صحيح وابن حبان في صحيحه.
Diriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudri ra. katanya: Rasulullah saw. bersabda: “Sesiapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan atau tiga orang saudara perempuan atau dua orang anak perempuan atau dua orang saudara perempuan lalu dia menjaga mereka dengan baik dan menjauhi kemurkaan Allah sepanjang menjaga mereka ini nescaya dia akan beroleh syurga.” Riwayat al-Tirmizi. وعن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : (من كان له ثلاث بنات أو ثلاث أخوات أو بنتان أو أختان فأحسن صحبتهن واتقى الله فيهن فله الجنة) رواه الترمذي
Hadis ini riwayat al-Tirmizi dan Abu Daud.
Riwayat Abu Daud menyebut: “Lalu dia mendidik mereka dengan adab sopan dan menjaga mereka dengan baik kemudian mengahwinkan mereka, dia akan beroleh syurga.”
واللفظ له وأبو داود إلا أنه قال: (فأدبهن وأحسن إليهن وزوجهن فله الجنة).
Antara didikan yang baik ialah mengajar mereka apa yang perlu supaya mereka mampu melaksanakan peranan mereka. Contohnya membaca, menulis, mengira, mempelajari agama dan sejarah (sejarah generasi yang baik di zaman silam, lelaki dan perempuan), cara mengurus rumah, aspek kesihatan, asas-asas kependidikan dan penjagaan kanak-kanak. Termasuk juga segala pengetahuan yang diperlukan oleh seorang ibu untuk mengurus rumahtangga dan mendidik anak-anaknya. Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari ra.: ومن حسن التأديب أن يعلمهن ما لا غنى لهن عنه من لوازم مهمتهن كالقراءة والكتابة والحساب والدين وتاريخ السلف الصالح رجالا ونساء , وتدبير المنزل والشئون الصحية ومبادئ التربية وسياسة الأطفال وكل ما تحتاج إليه الأمم في تنظيم بيتها ورعاية أطفالها , وفي حديث البخاري رضي الله عنه:
Wanita paling baik adalah wanita Ansar, perasaan malu mereka tidak menghalang mereka untuk mempelajari agama ini.” (نعم النساء نساء الأنصار لم يمنعهن الحياء أن يتفقهن في الدين) ,
Ramai di kalangan wanita generasi silam mempunyai ilmu, adab dan kefahaman yang luas mengenai agama Allah Taala. وكان كثير من نساء السلف على جانب عظيم من العلم والفضل والفقه في دين الله تبارك وتعالى.
Namun mengenai ilmu-ilmu lain yang tidak diperlukan oleh wanita, ia adalah sia-sia dan tidak berfaedah untuk dipelajari. Wanita tidak memerlukannya. Lebih baik mereka tumpukan masa mereka kepada perkara yang berfaedah dan bermanfaat. أما المجالات في غير ذلك من العلوم التي لا حاجة للمرأة بها فعبث لا طائل تحته ، فليست المرأة في حاجة إليه وخير لها أن تصرف وقتها في النافع المفيد ,
Wanita tidak perlu mendalami pelbagai ilmu bahasa.
Wanita juga tidak perlu mempelajari ilmu-ilmu kemahiran tertentu. Lambat laun anda akan tahu bahawa tempat wanita hanya di rumah, dari mula hingga ke akhir.
ليست المرأة في حاجة إلى التبحر في اللغات المختلفة , وليست في حاجة إلى الدراسات الفنية الخاصة ، فستعلم عن قريب أن المرأة للمنزل أولا وأخيرا , 
Wanita tidak perlu mendalami ilmu undang-undang. Mereka hanya perlu tahu apa yang perlu diketahui oleh orang biasa sahaja. وليست المرأة في حاجة إلى التبحر في دراسة الحقوق والقوانين ، وحسبها أن تعلم من ذلك ما يحتاج إليه عامة الناس.
Abu al-‘Ala al-Maari pernah menasihatkan kaum wanita, katanya: كان أبو العلاء المعرى يوصي بالنساء فيقول:
“Ajarlah mereka menenun, menganyam dan menjahit
Tidak perlulah ajar mereka menulis dan membaca
علموهن الغزل والنسج والرد   ن وخلـوا كتـابة وقـراءة
Sembahyang anak gadis dengan membaca al-Hamd dan al-Ikhlas
Sudah menyamai Yunus dan Bara‘ah.”
فصلاة الفتاة بالحمد والإخـلا   ص تجزئ عن يونس وبراءة
Namun kita tidak mahu hingga ke tahap itu. Dalam masa yang sama kita juga tidak mahu sepertimana mereka yang bertindak keterlaluan mengajak wanita mempelajari pelbagai bidang ilmu. Kita tegaskan di sini: Ajarlah wanita apa yang mereka perlukan sesuai dengan tugas dan peranan mereka yang Allah tentukan untuk mereka iaitu mengurus rumahtangga dan menjaga anak-anak. ونحن لا نريد أن نقف عند هذا الحد ، ولا نريد ما يريد أولئك المغالون المفرطون في تحميل المرأة مالا حاجة لها به من أنواع الدراسات ، ولكنا نقول: علموا المرأة ما هي في حاجة إليه بحكم مهمتها ووظيفتها التي خلقها الله لها: تدبير المنزل ورعاية الطفل.
Kedua: Perbezaan antara lelaki dan wanita
Islam berpandangan pergaulan antara lelaki dan wanita adalah suatu ancaman besar. Kedua-dua jenis perlu dipisahkan kecuali setelah berkahwin. Atas dasar ini masyarakat Islam adalah masyarakat yang terasing, bukan masyarakat kolektif.
ثانيا: التفريق بين المرأة وبين الرجل: يرى الإسلام في الاختلاط بين المرأة والرجل خطرا محققا ، فهو يباعد بينهما إلا بالزواج ، ولهذا فإن المجتمع الإسلامي مجتمع انفرادي لا مجتمع مشترك . 
Mereka yang memperjuangkan pergaulan antara lelaki dan perempuan mendakwa tindakan ini (menyekat pergaulan) menghalang kedua-dua jenis menikmati hubungan yang menyeronokkan dan intim apabila mereka berdua-duaan. Bagi mereka, hubungan ini akan mewujudkan perasaan yang akan membina tatasusila sosial seperti sikap prihatin, berbudi bahasa, bersopan santun dan sebagainya. Menurut mereka lagi, penyisihan ini akan menyebabkan kedua-dua jenis sentiasa saling mengimpikan pasangannya. Sebaliknya dengan adanya hubungan antara dua jenis ini tumpuan mereka kepada perkara ini akan berkurangan. Seterusnya hubungan ini akan diterima sebagai suatu yang biasa. Seperti kata pepatah: “Perkara yang paling disukai oleh manusia ialah perkara yang paling dilarang.” “Apa yang telah ada di tangan tidak akan diminta oleh hati.” سيقول دعاة الاختلاط إن في ذلك حرمانا للجنسين من لذة الاجتماع وحلاوة الأنس التي يجدها كل منهما في سكونه للآخر ، والتي توجد شعورا يستتبع كثيرا من الآداب الاجتماعية من الرقة وحسن المعاشرة ولطف الحديث ودماثة الطباع … الخ , وسيقولون إن هذه المباعدة بين الجنسين ستجعل كلا منهما مشوقا أبدا إلى الآخر ، ولكن الاتصال بينهما يقلل من التفكير في هذا الشأن ويجعله أمرا عاديا في النفوس (وأحب شيء إلى الإنسان ما منعا) وما ملكته اليد زهدته النفس.
Itulah yang mereka katakan dan pandangan ini mempengaruhi ramai pemuda. Apatah lagi fahaman ini sesuai dengan hawa nafsu dan selari dengan kehendak mereka. Kita katakan kepada mereka: Kami tidak bersetuju dengan apa yang kamu sebutkan pada awal tadi. Malah kami tegaskan di sini bahawa akibat keseronokan dan keintiman ini akan membawa mereka hilang maruah diri, fikiran tidak menentu, jiwa mereka akan ternoda, rumahtangga akan hancur, hubungan kekeluargaan akan renggang dan jenayah bermaharajalela. Pergaulan bebas ini bukan sahaja menanam sifat-sifat kelembutan dan mengikis sifat kejantanan para lelaki malah melahirkan lelaki yang pondan dan lembik. Hakikat ini sudah tentu tidak boleh dipertikaikan. كذا يقولون ويفتتن بقولهم كثير من الشبان ، ولا سيما وهي فكر توافق أهواء النفوس ، وتساير شهواتها , ونحن نقول لهؤلاء: مع أننا لا نسلم بما ذكرتم في الأمر الأول ، نقول لكم إن ما يعقب لذة الاجتماع وحلاوة الأنس من ضياع الأعراض وخبث الطوايا وفساد النفوس ، وتهدم البيوت ، وشقاء الأسر ، وبلاء الجريمة ، وما يستلزمه هذا الاختلاط من طراوة في الأخلاق ولين في الرجولة لا يقف عند حد الرقة ، بل هو يتجاوز ذلك إلى حد الخنوثة والرخاوة ، وكل ذلك ملموس لا يماري فيه إلا مكابر .
Kesan negatif akibat pergaulan bebas jauh beribu kali ganda berbanding faedah yang diharapkan. Jika perlu membuat pilihan antara satu yang baik dan satu yang tidak baik, menolak perkara yang tidak baik adalah lebih utama. Apatah lagi jika perkara yang baik itu amat kecil berbanding keburukan yang bakal menimpa. كل هذه الآثار السيئة التي تترتب على الاختلاط تربو ألف مرة على ما ينتظر منه من فوائد ، وإذا تعارضت المصلحة والمفسدة فدرء المفسدة أولى ، ولا سيما إذا كانت المصلحة لا تعد شيئا بجانب هذا الفساد.
Demikian juga dengan alasan kedua tadi. Dakwaan itu tidak benar. Sebaliknya pergaulan bebas akan meningkatkan lagi kecenderungan mereka untuk sentiasa berdua-duaan. Pepatah lama ada menyebut: “Makan akan menguatkan lagi selera makan.” Walaupun telah sekian lama bergaul dengan isterinya namun itu tidak menghalang seorang lelaki untuk semakin intim dengan isterinya. Jadi kenapa hubungannya dengan seseorang wanita tidak boleh menjadi faktor untuk dia lebih intim dengan wanita tersebut? Sementara wanita yang selalu bergaul dengan lelaki pula akan sentiasa terdorong untuk mempamerkan segala kecantikannya. Dia tidak akan berhenti menarik perhatian lelaki. Selain kesan itu, masalah ini juga membawa kesan buruk kepada sektor ekonomi kesan pergaulan bebas ini. Wujud amalan membazir wang untuk membeli hiasan sehingga boleh menyebabkan manusia jatuh muflis dan miskin. أما الأمر الثاني فغير صحيح ، وإنما يزيد الاختلاط قوة الميل ، وقديما قيل: إن الطعام يقوي شهوة النهم ، والرجل يعيش مع امرأته دهرا ، ويجد الميل إليها يتجدد في نفسه فما باله لا تكون صلته بها مذهبة لميله إليها ، والمرأة التي تخالط الرجال تتفنن في إبداء ضروب زينتها ، ولا يرضيها إلا أن تثير في نفوسهم الإعجاب بها ، وهذا أيضا أثر اقتصادي من أسوأ الآثار التي يعقبها الاختلاط ، وهو الإسراف في الزينة والتبرج المؤدى إلى الإفلاس والخراب والفقر.
Atas dasar ini kita dengan tegas menyatakan bahawa masyarakat Islam adalah masyarakat tunggal bukan masyarakat berpasangan. Dalam masyarakat Islam kaum lelaki ada ruangnya yang tersendiri dan kaum wanita ada ruangnya yang tersendiri. Memang benar, Islam membenarkan wanita turut serta dalam majlis perayaan, menghadiri perhimpunan dan keluar berperang ketika darurat tetapi kebenaran yang diberikan hanya setakat itu sahaja. Malah Islam meletakkan pelbagai syarat yang ketat seperti tidak memakai sebarang bentuk perhiasan, menutup tubuh, berpakaian yang melitupi seluruh tubuh, pakaian yang tidak menunjuk bentuk badan dan tidak jarang, tidak berdua-dua dengan lelaki asing walau apa keadaan sekalipun dan sebagainya. لهذا نحن نصرح بأن المجتمع الإسلامي مجتمع فردى لا زوجي ، وأن للرجال مجتمعاتهم وللنساء مجتمعاتهن ، ولقد أباح الإسلام للمرأة شهود العيد وحضور الجماعة والخروج في القتال عند الضرورة الماسة ، ولكنه وقف عند هذا الحد ، واشترط له شروطا شديدة: من البعد عن كل مظاهر الزينة ، ومن ستر الجسم ، ومن إحاطة الثياب به ، فلا تصف , ولا تشف ، ومن عدم الخلوة بأجنبي مهما تكن الظروف.. وهكذا.
Salah satu kesalahan besar dalam Islam ialah apabila lelaki dan wanita berdua-duaan tanpa muhrim. Islam telah letakkan syarat-syarat yang ketat berhubung pergaulan kedua-dua jantina ini. إن من أكبر الكبائر في الإسلام أن يخلو الرجل بامرأة ليست بذات محرم له , ولقد أخذ الإسلام السبيل على الجنسين في هذا الاختلاط أخذا قويا محكما .
Pakaian yang menutup badan adalah salah satu daripada adab Islam. فالستر في الملابس أدب من آدابه ,
Mengharamkan khalwat adalah salah satu hukum Islam. وتحريم الخلوة بالأجنبي حكم من أحكامه . 
Mengelak pandangan adalah antara yang diwajibkan oleh Islam. والعكوف في المنازل للمرأة حتى في الصلاة شعيرة من شعائره ,
Memerintahkan wanita supaya menetap di rumah walaupun untuk sembahyang adalah sebahagian syiar Islam. والبعد عن الإغراء بالقول والإشارة وكل مظاهر الزينة وبخاصة عند الخروج حد من حدوده.
Mengharamkan percakapan dan penampilan yang menggoda, termasuk segala bentuk hiasan terutama ketika keluar rumah menjadi sebahagian batas yang ditetapkan oleh Islam. كل ذلك إنما يراد به أن يسلم الرجل من فتنة المرأة وهى أحب الفتن إلى نفسه ،
Semua peraturan ini bertujuan menyelamatkan kaum lelaki daripada godaan wanita yang sudah tentu merupakan sesuatu yang paling disukai oleh lelaki. Ia juga bertujuan menyelamatkan wanita daripada godaan lelaki yang juga merupakan suatu yang paling disukai oleh hati wanita. Banyak ayat dan hadis yang menyentuh perkara ini. وأن تسلم المرأة من فتنة الرجل وهى أقرب الفتن إلى قلبها ، والآيات الكريمة والأحاديث المسرة تنطق بذلك.
Allah berfirman dalam surah al-Nur: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nur: 30-31) يقول الله تبارك وتعالى في سورة النور: (قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ , وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الأِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللهِ جَمِيعاً أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ) (النور:30-31)
Dalam surah al-Ahzab: Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. (Al-Ahzab: 59) Banyak lagi ayat lain yang berkenaan hal tersebut وفي سورة الأحزاب: (يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللهُ غَفُوراً رَحِيماً) (الأحزاب:59).. إلى آيات أخرى كثيرة.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas‘ud ra. katanya:
Rasulullah saw. bersabda meriwayatkan daripada Tuhannya Azza wa Jalla: “Pandangan itu adalah panahan beracun Iblis. Siapa yang meninggalkannya kerana takutkan Aku nescaya akan Aku gantikan ia dengan iman dan dia akan memperolehi kemanisan di dalam hatinya.” Riwayat al-Tabarani dan al-Hakim meriwayatkan daripada Huzaifah.
وعن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم يعني عن ربه عز وجل: (النظرة سهم مسموم من سهام إبليس من تركها مخافتي أبدلته إيمانا يجد حلاوته في قلبه). رواه الطبراني والحاكم من حديث حذيفة.
Diriwayatkan daripada Abu Umamah ra. bahawa Nabi saw. bersabda: “Hendaklah kamu menundukkan pandangan kamu dan menjaga kemaluan kamu atau Allah akan benamkan muka kamu.” Riwayat al-Tabarani. وعن أبي أمامة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه و سلم قال: (لتغضن أبصاركم ولتحفظن فروجكم ، أو ليكسفن الله وجوهكم) رواة الطبراني.
Diriwayatkan daripada Abu Sa‘id ra. katanya: Rasulullah saw. bersabda: “Setiap pagi dua malaikat akan menyeru: Celakalah lelaki kerana wanita dan celakalah wanita kerana lelaki.” Riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim. وعن أبي سعيد رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : (ما من صباح إلا وملكان يناديان: ويل للرجال من النساء ، ويل للنساء من الرجال). رواه ابن ماجة والحاكم.
Diriwayatkan daripada Uqbah bin Amir ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Janganlah kamu datang kepada wanita (bersendirian). Lalu seorang lelaki Ansar bertanya: Apakah pandanganmu tentang “hamu”? Baginda bersabda: Hamu[2]  itu maut.” Riwayat al-Bukhari, Muslim dan al-Tirmizi. وعن عقبة بن عامر رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: (إياكم والدخول على النساء) , فقال رجل من الأنصار: أفرأيت الحمو؟ قال: (الحمو الموت). رواه البخاري ومسلم والترمذي ،
Ayat “kamu datang kepada wanita” membawa maksud bersendirian dengan wanita. Hadis ini sama seperti sabda Rasulullah saw.: “Setiap kali seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita, syaitan akan menjadi orang ketiga.” والمراد بدخول الأحماء على المرأة الخلوة بها . كما قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : (لا يخلون رجل بامرأة إلا كان ثالثهما الشيطان).
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Janganlah kamu bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ada muhrim.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim. وعن ابن عباس رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال: (لا يخلون أحدكم بامرأة إلا مع ذي محرم) رواه البخاري ومسلم.
Diriwayatkan daripada Ma’qal bin Yassar ra. katanya: Rasulullah saw. bersabda: “Jika kepala kamu ditikam dengan jarum besi itu adalah lebih baik daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal untuk kamu.” Riwayat al-Tabarani dan al-Baihaqi. Sanad al-Tabari adalah siqah dan sahih menurut al-Hafiz al-Munziri. وعن معقل بن يسار رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : (لأن يطعن في رأس أحدكم بمخيط من حديد خير له من أن يمس امرأة لا تحل له). رواه الطبراني والبيهقي ورجال الطبراني ثقاة من رجال الصحيح كذا قال الحافظ المنذري.
Diriwayatkan daripada Abu Umamah ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Jangan sekali-kali kamu bersendirian dengan wanita. Demi Tuhan yang menguasai jiwaku, setiap kali seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita syaitan akan berada di tengah mereka. Adalah lebih baik jika seorang lelaki itu berselisih dengan khinzir yang diselaputi tanah atau lumpur daripada bahunya berselisih dengan bahu wanita yang tidak halal untuknya.” Riwayat al-Tabarani. وروي عن أبي أمامة رضي الله عنه عن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال: (إياك والخلوة بالنساء والذي نفسي بيده ما خلا رجل بامرأة إلا دخل الشيطان بينهما ، ولأن يزحم رجل خنزيرا متلطخا بطين أو حمأة خير له من أن يزحم منكبيه منكب امرأة لا تحل له) رواه الطبراني.
Diriwayatkan daripada Abu Musa ra. bahawa Nabi saw. bersabda:
“Semua mata berzina termasuklah seorang wanita yang memakai wangian kemudian melalui suatu majlis, dia juga sedemikian.”
وعن أبي موسى رضى الله عنه عن النبي صلى الله عليه و سلم قال: (كل عين زانية والمرأة إذا استعطرت فمرت بالمجلس فهي كذا) 
Frasa, “dia juga sedemikian” bermaksud dia juga berzina. Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi (katanya hadis ini hasan sahih), al-Nasaie serta Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban yang meriwayatkan hadis ini dalam buku sahih mereka. Menurut hadis riwayat mereka, Nabi saw. bersabda: وكذا يعنى: زانية. رواه أبي داود والترمذي وقال حسن صحيح ، ورواه النسائي وابن خزيمة وابن حبان ف صحيحيهما ، ولفظهم: قال النبي صلى الله عليه و سلم :
“Mana-mana wanita yang memakai wangian kemudian melalui satu kumpulan manusia dan mereka boleh mencium baunya maka wanita itu berzina dan semua mata itu berzina.” Ia merujuk kepada setiap mata yang tertarik melihat wanita. (أيما امرأة استعطرت فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي زانية وكل عين زانية) أي كل عين نظرت إليها نظرة إعجاب واستحسان.
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas ra. katanya: “Rasulullah saw. melaknat  lelaki-lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki.” Riwayat al-Bukhari, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasaie, Ibnu Majah dan al-Tabarani. وعن ابن عباس رض الله عنهما قال: (لعن رسول الله صلى الله عليه و سلم المتشبهين من الرجال بالنساء والمتشبهات من النساء بالرجال). رواه البخاري وأبو داود والترمذي والنسائي وابن ماجة والطبراني.
Diriwayatkan juga daripada Ibnu Abbas ra. bahawa seorang wanita lalu di hadapan Rasulullah saw. sambil memegang sebatang busar panah. Lantas baginda bersabda:
 “Allah melaknat wanita-wanita yang menyerupai lelaki dan lelaki-lelaki yang menyerupai wanita.”
وعنه: أن امرأة مرت على رسول الله صلى الله عليه و سلم متقلدة قوسا ، فقال: (لعن الله المتشبهات من النساء بالرجال ، والمتشبهين من الرجال بالنساء).
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra. katanya: “Rasulullah saw. melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki.” Riwayat Abu Daud, al-Nasaie, Ibnu Majah, Ibnu Hibban (dalam buku sahihnya) dan al-Hakim (menurut beliau hadis ini sahih menurut syarat Muslim). وعن أبي هريرة رضى الله عنه قال: (لعن رسول الله صلى الله عليه و سلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل). رواه أبو داود والنسائي وابن ماجة وابن حبان في صحيحه والحاكم وقال صحيح على شرط مسلم.
Diriwayatkan daripada Ibnu Mas‘ud ra. katanya: “Allah melaknat wanita yang membuat tatu, wanita yang bertatu, wanita yang mencabut rambut untuk kelihatan cantik, wanita yang mengikir gigi untuk kelihatan cantik dan wanita yang mengubah ciptaan Allah.” Lalu seorang wanita bertanya kepadanya (ibnu Mas’ud) mengenai perkara ini dan beliau membalas: Kenapa saya tidak melaknat orang yang dilaknat oleh Rasulullah saw. sedangkan ada dinyatakan dalam kitab Allah, firman Allah Taala: وعن ابن مسعود رضي الله عنه أنه قال : (لعن الله الواشمات و المتوشمات والمتنمصات والمتفلجات للحسن المغيرات خلق الله ، فقالت له امرأة في ذلك ، فقال: ومالي لا ألعن من لعنه رسول الله صلى الله عليه و سلم ، وهو في كتاب الله قال الله تعالى : 
Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Al-Hasyr: 7) Hadis ini riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Nasaie. (وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا) (الحشر:7) , رواه البخاري ومسلم وأبو داود والترمذي وابن ماجة والنسائي.
Diriwayatkan daripada Aisyah ra. bahawa suatu ketika seorang hamba wanita Ansar berkahwin. Dia menghidap penyakit yang menyebabkan rambutnya gugur. Lalu mereka mahu menyambungkan rambutnya. Mereka bertanya Nabi saw. dan baginda menjawab: “Allah melaknat wanita yang menyambungkan rambut dan wanita yang disambungkan rambut.” وعن عائشة رضي الله عنها أن جارية من الأنصار تزوجت ، وأنها مرضت فتمعط شعرها ، فأرادوا أن يصلوها ، فسألوا النبي صلى الله عليه و سلم فقال: (لعن الله الواصلة والمستوصلة)
Dalam riwayat yang lain: “Seorang wanita Ansar ingin mengahwinkan anaknya kemudian rambut anaknya gugur. Dia datang bertemu Nabi saw. dan menceritakannya kepada baginda. Dia berkata: Suami anak perempuannya menyuruh saya menyambungkan rambut isterinya. Lalu baginda bersabda: Tidak, kerana wanita yang menyambungkan rambut akan dilaknat.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim. وفى رواية: (أن امرأة من الأنصار زوجت ابنتها فتمعط شعر رأسها ، فجاءت إلى النبي صلى الله عليه و سلم ، فذكرت ذلك له وقالت: إن زوجها أمرني أن أصل شعرها ، فقال لا ، إنه قد لعن الموصولات) رواه البخاري ومسلم .
Diriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudri ra. katanya: Rasulullah saw. bersabda: “Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman dengan Allah dan hari akhirat bermusafir selama tiga hari atau lebih kecuali jika dia bersama bapanya atau saudara lelakinya atau suaminya atau anak lelakinya atau mahram lelakinya.” Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibnu Majah. وعن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : (لا يحل لامرأة تؤمن بالله واليوم الآخر أن تسافر سفرا يكون ثلاثة أيام فصاعدا إلا ومعها أبوها أو أخوها أو زوجها أو ابنها أو ذو محرم منها). رواه البخاري ومسلم وأبو داود والترمذي وابن ماجة.
Menurut riwayat al-Bukhari dan Muslim: “Seorang wanita tidak boleh bermusafir selama dua hari kecuali jika dia bersama mahram lelaki ataupun suaminya.” وفى رواية للبخاري ومسلم : (لا تسافر المرأة يومين من الدهر إلا ومعها ذو محرم منها أو زوجها).
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra. katanya: Rasulullah saw. bersabda: “Ada dua golongan penghuni neraka yang saya belum pernah melihat mereka: Satu golongan yang mempunyai cemeti seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia. Satu golongan lagi ialah wanita yang berpakaian seperti telanjang, wanita yang melinggang-linggangkan tubuh badan (apabila berjalan), kepala mereka seperti bonggol unta yang condong (tidak bertudung). Mereka ini tidak akan masuk ke syurga dan tidak akan mencium baunya. Walaupun bau syurga boleh dicium sejauh ini.” Riwayat Muslim dan yang lain. وعن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : (صنفان من أهل النار لم أرهما: قوم معهم سياط كأذناب البقر ، يضربون بها الناس , ونساء كاسيات عاريات ، مميلات مائلات ، رءوسهن كأسنمة البخت المائلة ، لا يدخلن الجنة ولا يجدن ريحها ، وإن ريحها لتوجد من مسيرة كذا وكذا). رواه مسلم وغيره.
Diriwayatkan daripada Aisyah ra. bahawa Asma’ binti Abu Bakar bertemu Rasulullah saw. dengan memakai pakaian yang nipis. Lalu Rasulullah saw. mengalihkan mukanya sambil berkata: “Wahai Asma’, wanita yang telah didatangi haid tidak boleh dilihat kecuali ini, sambil tangannya menunjuk ke arah muka dan tapak tangannya.” Riwayat Abu Daud, katanya hadis ini hadis mursal kerana Khalid bin Duraik tidak sempat bertemu Aisyah. وعن عائشة رضي الله عنها أن أسماء بنت أبي بكر دخلت على رسول الله صلى الله عليه و سلم وعليها ثياب رقاق ، فأعرض عنها رسول الله صلى الله عليه و سلم وقال: (يا أسماء إن المرأة إذا بلغت المحيض لم يصح أن يرى منها إلا هذا وهذا ، وأشار إلى وجهه وكفيه). رواه أبو داود وقال هذا مرسل ، وخالد بن دريك لم يدرك عائشة.
Diriwayatkan bahawa Ummu Humaid, isteri kepada Abu Humaid al-Sa‘idi ra. datang bertemu Nabi saw. lalu dia berkata:
Wahai Rasulullah, saya suka sembahyang bersamamu. Baginda bersabda: Saya tahu engkau suka sembahyang bersama saya tetapi sembahyangmu di tempat tidurmu lebih baik daripada sembahyangmu di bilikmu, sembahyangmu di bilikmu lebih baik daripada sembahyangmu di dalam rumahmu, sembahyangmu di dalam rumahmu lebih baik daripada sembahyangmu di masjid kaummu, sembahyangmu di masjid kaummu lebih baik daripada sembahyangmu di masjid saya ini.” Lalu wanita ini menyuruh supaya dibina untuknya sebuah tempat sembahyang paling tersorok dan paling gelap di bilik tidurnya. Dia sembahyang di situ sehingga dia menemui tuhannya Azza wa Jalla.” Riwayat Ahmad serta Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam sahih mereka.
وعن أم حميد امرأة أبي حميد الساعدي رضي الله عنها أنها جاءت إلى النبي صلى الله عليه و سلم فقالت يا رسول الله: (إني أحب الصلاة معك) قال: (قد علمت أنك تحبين الصلاة معي ، وصلاتك في بيتك خير من صلاتك في حجرتك ، وصلاتك في حجرتك خير من صلاتك في دارك ، وصلاتك في دارك خير من صلاتك في مسجد قومك ، وصلاتك في مسجد قومك خير من صلاتك في مسجدي) فأمرت فبني لها مسجد في أقصى شيء من بيتها وأظلمه ، وكانت تصلى فيه حتى لقيت الله عز وجل. رواه أحمد وابن خزيمة وابن حبان في صحيحيهما.
Rasanya, dengan segala penjelasan ini semuanya kini jelas. Dari sini kita sedar bahawa amalan kita hari ini tidak sedikitpun bertepatan dengan Islam. Pergaulan yang wujud di sekolah, kuliah, universiti dan tempat umum. Demikian juga dengan kunjungan ke tempat-tempat hiburan, restoran dan taman bunga. Begitu juga budaya berfesyen dan bersolek hingga ke tahap berkelakuan tidak senonoh. Semua budaya asing ini tidak sedikitpun ada kaitan dengan Islam. Sementelah pula semua budaya tersebut akan membawa kesan yang amat negatif terhadap budaya masyarakat kita. وليس بعد هذا البيان بيان ، ومنه يعلم أن ما نحن عليه ليس من الإسلام في شيء , فهذا الاختلاط الفاشي بيننا في المدارس والمعاهد والمجامع والمحافل العامة ، وهذا الخروج إلى الملاهي والمطاعم والحدائق ، وهذا التبذل والتبرج الذي وصل إلى حد التهتك والخلاعة ، كل هذه بضاعة أجنبية لا تمت إلى الإسلام بأدنى صلة ، ولقد كان لها في حياتنا الاجتماعية أسوأ الآثار.
Ramai yang berkata Islam tidak mengharamkan wanita melakukan kerja-kerja umum dan tiada nas berhubung perkara tersebut. Jadi bawakan nas yang mengharamkan amalan ini. Orang seperti ini sama sahaja dengan mereka yang berkata: Memukul ibubapa itu boleh kerana al-Quran hanya melarang berkata “oh” kepada ibu bapa. Tiada nas yang melarang memukul ibubapa. يقول كثير من الناس: إن الإسلام لم يحرم على المرأة مزاولة الأعمال العامة وليس هناك من النصوص ما يفيد هذا ، فأتوني بنص يحرم ذلك ، ومثل هؤلاء مثل من يقول: إن ضرب الوالدين جائز ، لأن المنهي عنه في الآية أن يقال لهما: “أف” ولا نص على الضرب!!
Islam mengharamkan wanita mendedahkan tubuhnya. Wanita tidak boleh bersendirian dengan lelaki. Wanita juga hanya dibenarkan bergaul sesama mereka. Mereka digalakkan sembahyang di rumah. Melihat wanita dianggap sebagai panahan iblis. Wanita dilarang membawa busar panah semata-mata kerana ia menyerupai lelaki. Apakah dengan semua tegahan ini masih timbul pendapat yang mengatakan Islam tidak mengemukakan nas yang mengharamkan wanita melakukan kerja-kerja umum? إن الإسلام حرم على المرأة أن تكشف عن بدنها , وأن تخلو بغيرها وأن تخالط سواها ، ويحبب إليها الصلاة في بيتها ، ويعتبر النظرة سهما من سهام إبليس ، وينكر عليها أن تحمل قوسا متشبهة في ذلك بالرجل , أفيقال بعد هذا إن الإسلام لا ينص على حرمة المرأة للأعمال العامة؟
Islam berpandangan wanita mempunyai tugas yang sesuai dengan semulajadi mereka iaitu di rumah dan bersama anak-anak. Sebagai anak gadis dia perlu mempersiapkan dirinya untuk memikul tanggungjawab keluarga di masa depan. Sebagai isteri dia perlu memberikan seluruh tumpuannya kepada rumah dan suaminya. Sebagai ibu dia perlu berkhidmat untuk suami dan anak-anaknya. Dia perlu memberi tumpuan kepada rumahnya. Dia adalah surirumah dan pengurus rumahtangga. Apakah dengan segala urusan rumahtangga ini wanita ada masa lapang untuk melakukan perkara-perkara lain…? إن الإسلام يرى للمرأة مهمة طبيعية أساسية هي المنزل والطفل ، فهي كفتاة يجب أن تهيأ لمستقبلها الأسرى ، وهى كزوجة يجب أن تخلص لبيتها وزوجها ، وهي كأم يجب أن تكون لهذا الزوج ولهؤلاء الأبناء ، وأن تتفرغ لهذا البيت ، فهي ربته ومدبرته وملكته . ومتى فرغت المرأة من شئون بيتها لتقوم على سواه؟
Jika wujud tuntutan masyarakat yang memerlukan wanita melakukan kerja-kerja lain selain tugas semulajadi mereka ini, ketika itu mereka perlu memelihara beberapa syarat yang ditetapkan oleh Islam bagi mengelak godaan wanita terhadap lelaki dan godaan lelaki kepada wanita. Salah satu syaratnya ialah kerja yang dilakukan itu mestilah hanya mengikut keperluan bukan menjadi suatu dasar umum di mana setiap wanita perlu bekerja menurut dasar ini. وإذا كان من الضرورات الاجتماعية ما يلجئ المرأة إلى مزاولة عمل آخر غير هذه المهمة الطبيعية لها ، فإن  واجبها حينئذ أن تراعى هذه الشرائط التي وضعها الإسلام لإبعاد فتنة المرأة عن الرجل وفتنة الرجل عن المرأة ومن واجبها أن يكون عملها هذا بقدر ضرورتها ، لا أن يكون هذا نظاما عاما ، من حق كل امرأة أن تعمل على أساسه . والكلام في هذه الناحية أكثر من أن يحاط به ،
Perbincangan mengenai perkara ini terlalu luas terutama di zaman teknologi ini. Satu zaman di mana masalah pengangguran kaum lelaki menjadi masalah terbesar dalam mana-mana masyarakat dan negara di dunia ini. ولا سيما في هذا ا الحصر “الميكانيكي” الذي أصبحت فيه مشكلة البطالة وتعطل الرجال من أعقد مشاكل المجتمعات البشرية في كل شعب وفى كل دولة.
Islam juga menjaga beberapa adab sopan berhubung hak suami terhadap isterinya, hak isteri terhadap suaminya, hak ibubapa terhadap anak-anak mereka, hak anak-anak terhadap ibubapa mereka. Islam juga menjaga suasana kasih sayang dan saling bekerjasama yang perlu wujud dalam sebuah keluarga. Islam menjaga tanggungjawab besar yang perlu dimainkan demi kepentingan ummah ini. Jika tanggungjawab ini dilaksanakan nescaya seluruh manusia akan berjaya menikmati kebahagiaan di dunia dan akhirat. وللإسلام بعد ذلك آداب كريمة في حق الزوج على زوجته , والزوجة على زوجها ,والوالدين على أبنائهما , والأبناء على والديهم وما يجب أن يسود الأسرة من حب وتعاضد على الخير , وما يجب أن تقدمه للأمة من خدمات جلى مما لو أخذ الناس بها لسعدوا في الحياتين ولفازوا بالعبادتين.
Hasan al-Banna حسـن البنــا

[1] Contohnya dalam pusaka, Islam memberikan bahagian perempuan separuh daripada bahagian lelaki tetapi Islam mewajibkan lelaki menanggung nafkah hidup.

[2] Lelaki daripada sebelah suami seperti abang ipar dan bapa mertua. Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari.