Sistem Usrah نظــام الأســـــر

Himpunan Risalah ( مجموعة الرسائل )

Sistem Usrah نظــام الأســـــر
   
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Segala puji bagi Allah serta salawat dan salam buat rasulNya dan mereka yang menyembahNya. الحمد لله والصلاة والسلام على رسوله ومن والاه
   
Usrah الأســـرة
Islam mengambil berat soal pembentukan keluarga di kalangan sesama umat Islam. Islam membimbing mereka ke arah kedudukan yang tinggi. Islam mengeratkan ikatan dan hubungan sesama mereka. Islam juga meningkatkan tahap persaudaraan mereka daripada hanya pada tahap teori ke tahap amali. Saudara, berusahalah supaya anda menjadi sebahagian daripada batu-bata yang baik dalam binaan Islam ini. يحرص الإسلام على تكوين أسر من أهله يوجههم إلى المثل العليا ويقوي روابطهم , ويرفع أخوتهم من مستوى الكلام و النظريات إلى مستوى الأفعال والعمليات , فاحرص يا أخي أن تكون لبنة صالحة في هذا البناء الإسلام .
Sistem usrah ini mempunyai tiga rukun. Jagalah rukun-rukun ini. Cubalah sedaya upaya untuk merealisasikannya supaya hubungan ini wujud bukan sekadar kerana suatu arahan sebaliknya ada roh di sebalik pelaksanaannya. وأركان هذا الرباط ثلاثة فاحفظها واهتم بتحقيقها حتى لا يكون هذا تكليفا لا روح فيه :
1. Taaruf (kenal-mengenali) : Ini adalah rukun yang pertama. Kenal mengenalilah antara satu sama lain dan wujudkanlah suasana kasih sayang sesama kamu dengan roh Allah. Hayatilah nilai persaudaraan yang sebenar dan ideal sesama kamu. Berusahalah sedaya upaya supaya kamu tidak melakukan sesuatu yang boleh mengeruhkan hubungan kamu. Sentiasalah laksanakan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang mulia. Sentiasalah renungi ayat-ayat dan hadis-hadis berikut Ingatlah firman Allah Taala: 1 – التعارف: هو أول هذه الأركان , فتعارفوا وتحابوا بروح الله تعالى، واستشعروا معنى الأخوة الصحيحة الكاملة فيما بينكم , واجتهدوا ألا يعكر صفو علاقتكم شيء وتمثوا الآيات الكريمة دائما والأحاديث الشريفة , اجعلوها نصب أعينكم وتذاكروا قول الله تعالى
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara. (Al-Hujurat: 10) (إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ) (الحجرات:10) ,
وقوله تعالى :
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam). (Aali Imran: 103) (وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيعاً وَلا تَفَرَّقُوا) (آل عمران:103) ,
Rasulullah saw. juga pernah bersabda: وقول رسول الله صلى الله عليه وسلم :
 “Lelaki mukmin dengan lelaki mukmin yang lain ibarat bangunan yang saling menguatkan antara satu sama lain.” (المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا) ,  
 “Lelaki Islam adalah saudara lelaki Islam yang lain, dia tidak akan menzaliminya dan tidak akan membiarkannya.” (المسلم أخو المسلم لا يظلمه ولا يسلمه)
“Kasih sayang, belas kasihan dan simpati sesama orang-orang yang beriman ibarat satu tubuh.” (مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم وتعاطفهم كمثل الجسد الواحد) .
Selepas berlalu zaman awal Islam, perintah Tuhan dan pedoman Muhammad ini hanya menjadi buah mulut dan khayalan umat Islam sahaja. Hinggalah lahirnya kamu wahai Ikhwan yang saling kenal mengenali. Kamu cuba laksanakan perintah ini sesama kamu. Kamu mahu wujudkan semula sebuah umat yang saling berkasih sayang dengan roh Allah. Kamu mahu hidupkan semula persaudaraan Islam. Kehadiran kamu ini amat dialu-alukan jika kamu benar-benar jujur. Itulah yang saya harapkan. Hanya Allah sahaja yang memberikan taufiq kepada kamu. ولقد ظلت هذه الأوامر الربانية والتوجيهات المحمدية بعد الصدر الأول كلاما على ألسنة المسلمين , وخيالا في نفوسهم , حتى جئتم معشر الإخوان المتعارفين , تحاولون تطبيقها في مجتمعكم , وتريدون تأليف الأمة , المتآخية بروح الله وأخوة الإسلام من جديد , فهنيئا لكم عن كنتم صادقين , وأرجو أن تكونوا كذلك , والله ولي توفيقكم .
2. Tafahum (faham-memahami) : Inilah rukun kedua dalam sistem ini. Istiqamahlah di atas jalan yang benar. Laksanakanlah segala perintah Allah dan jauhilah segala larangan Allah. Nilailah diri kamu sehalus-halusnya. Adakah kamu orang yang taat atau orang yang derhaka. 2 – والتفاهم :  وهو الركن الثاني من أركان هذا النظام , فاستقيموا على منهج الحق ، وافعلوا ما أمركم الله به ، واتركوا ما نهاكم عنه ، وحاسبوا أنفسكم حساباً دقيقاً على الطاعة والمعصية , 
Setelah itu hendaklah kamu nasihatkan saudara kamu jika kamu lihat ada kelemahan padanya. Hendaklah saudara menerima nasihat daripada saudara kamu dengan gembira dan senang hati. Berterima kasihlah kepadanya kerana nasihatnya itu. Janganlah saudara yang memberi nasihat itu berubah hati walaupun sebesar kuman terhadap saudara yang dinasihatnya. Janganlah sehingga dia merasakan saudaranya itu lebih rendah daripadanya atau dia merasakan dia lebih baik daripada saudaranya itu. ثم بعد ذلك لينصح كل منكم أخاه متى رأى فيه عيباً ، وليقبل الأخ نصح أخيه بسرور وفرح ، وليشكر له ذلك , وليحذر الناصح أن يتغير قلبه على أخيه المنصوح بمقدار شعرة , وليحذر أن يشعر بانتقاصه , أو بتفضيل نفسه عليه ,
Hendaklah dia sembunyikan kelemahan itu selama sebulan dan dia tidak memberitahu apa yang diperhatikan itu kepada sesiapa kecuali kepada naqib usrah sahaja. Itupun jika dia gagal untuk mengubahnya. Namun selepas itu dia hendaklah mengekalkan semangat kasih sayang, rasa hormat dan kemesraannya dengan saudaranya itu sehinggalah Allah menentukannya. Janganlah pula saudara yang dinasihati bersikap ego dan degil. Janganlah hatinya berubah terhadap saudaranya yang memberi nasihat walau sebesar kuman. Kedudukan kasih sayang yang dijalin kerana Allah adalah kedudukan yang tertinggi. Selain nasihat itu sendiri adalah rukun agama ini: “Agama itu nasihat”. Semoga Allah memperkukuhkan hubungan sesama kamu dan Allah berikan kamu kekuatan untuk mentaatiNya. Semoga Allah menjauhkan kita semua daripada angkara tipu daya syaitan. ولكنه يتستر عليه شهرا كاملا , ولا يخبر بما لاحظه أحدا إلا رئيس الأسرة وحده إذا عجز عن الإصلاح , ثم لا يزال بعد ذلك على حبه لأخيه وتقديره إياه مودته له , حتى يقضي الله أمرا كان مفعولا , وليحذر المنصوح من العناد والتصلب وتغير القلب على أخيه الناصح قيد شعرة ، فإن مرتبة الحب في الله هي أعلى المراتب ، والنصيحة ركن الدين : (الدين النصيحة) والله يعصمكم من بعض , ويعزكم بطاعته , ويصرف عنا وعنكم كيد الشيطان .
3. Takaful (bantu-membantu) : Ini adalah rukun ketiga. Hendaklah kamu saling bantu-membantu, pikullah tanggungjawab bersama-sama. Inilah tanda keimanan dan teras persaudaraan. Hendaklah kamu berjanji untuk saling bertanya khabar dan membuat kebajikan. Hendaklah kamu sentiasa bersedia membantu saudara kamu setiap kali diperlukan. Hayatilah sabda Rasulullah saw.: 3 – والتكافل : هو الركن الثالث , فتكافلوا , وليحمل بعضكم عبء بعض ، وذلك صريح الإيمان ولب الأخوة , فليتعهد بعضكم بعضاً بالسؤال والبر ، وليبادر إلى مساعدته ما وجد إلى ذلك سبيلاً , وتصورا قول رسول الله :
“Jika salah seorang di antara kamu berjalan kerana mahu menunaikan keperluan saudaranya itu adalah lebih baik daripada dia beriktikaf selama sebulan di masjid saya ini.” (لأن يمشي أحدكم في  حاجة أخيه خير له من أن يعتكف في مسجدي هذا شهرا) ,
“Sesiapa yang membawa kegembiraan kepada sebuah keluarga muslim nescaya Allah akan memperlihatkan kepadanya ganjaran yang tidak kurang daripada syurga.” (من أدخل السرور على أهل بيت من المسلمين لم ير الله له جزاء دون الجنة) , 
Allah menyatukan hati kamu dengan rohNya, Dia adalah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. والله يؤلف بين قلوبكم بروحه إنه نعم المولى ونعم النصير .
Wahai Ikhwan, kewajipan-kewajipan yang ada di hadapan kamu itu jika kamu peka dan amalan-amalan yang ada di hadapan kamu itu jika kamu ikuti sudah cukup untuk merealisasikan kesemua rukun ini. Sentiasalah semak kewajipan seorang akh (saudara) dalam aspek bekerjasama. Hendaklah setiap kamu menilai diri sendiri sejauhmana dia telah melaksanakannya. Kemudian setiap seorang akh mestilah berusaha menghadiri setiap perjumpaan yang ditetapkan walau apa sekalipun alasan yang ada. Setelah itu hendaklah setiap kamu cuba membayar kutipan yang perlu kamu bayar kepada tabung usrah supaya dengan ini kamu tidak ketinggalan melaksanakan kewajipan kamu. أيها الإخوان : في الواجبات التي بين أيديكم إن وعيتموها والأعمال التي بين أيديكم إن اتبعتموها ما يكفل تحقيق هذه الأركان , فراجعوا دائما واجبات الأخ التعاوني , وليحاسب كل منكم نفسه على إنفاذها , ثم ليحرص كل أخ على الاجتماعات المحددة مهما كانت أعذاره , ثم ليبادر كل منكم إلى تسديد ما عليه لصندوق أسرته , حتى لا يتخلف عن الواجبات متخلف , فإذا أديتم هذه الواجبات الفردية و الاجتماعية و المالية ,
Jika semua kewajipan individu, kumpulan dan kewangan ini telah kamu laksanakan ia bermakna semua rukun dalam sistem ini telah terlaksana. Jika kamu abaikan kewajipan ini, sistem ini lemah dan akhirnya akan mati. Jika sistem ini tidak berfungsi ia merupakan suatu kerugian besar kepada dakwah ini. Dakwah ini adalah harapan Islam dan harapan umat Islam hari ini. Ramai yang bertanya, apakah yang perlu mereka lakukan sepanjang perjumpaan mingguan supaya ia bertindak sebagai sebuah keluarga. Perkara ini amat mudah, kita ada banyak kewajipan tetapi masa kita sedikit. Hendaklah di sepanjang perjumpaan, usrah ini bertindak seperti berikut: فإن هذا النظام سيتحقق ولا شك , وإذا قصرتم فيها فسيتضاءل حتى يموت , وفي موته أكبر خسارة لهذه الدعوة , وهي اليوم أمل الإسلام والمسلمين .  ويسال كثر منكم عما يشغلون به وقت اجتماعهم الأسبوعي كأسرة , وذلك أمر سهل ميسور , وما أكثر الواجبات وأقل الأوقات فليكن ما تشغل به الأسرة وقتها واجتماعاتها :
1. Setiap seorang saudara akan mengemukakan masalah dan saudara-saudara yang lain akan berkongsi bagi menyelesaikan masalah tersebut dalam suasana persaudaraan yang jujur dan ikhlas mengharapkan keredaan Allah. Cara ini akan memantapkan lagi kepercayaan dan mengukuhkan lagi hubungan, “Seorang mukmin adalah cermin kepada saudaranya”. أ ـ يعرض كل أخ مشاكله ويشاركه إخوانه في دراسة حلولها في جو من صدق الأخوة وإخلاص التوجه إلى الله , وفي ذلك توطيد للثقة , وتوثيق للرابطة (والمؤمن مرآة أخيه) ،
Dengan ini kita akan dapat merealisasikan hadis Rasulullah saw.: وحتى يتحقق فينا شيء من مأثور قوله عليه الصلاة والسلام
“Kasih sayang, belas kasihan dan simpati sesama orang-orang yang beriman ibarat satu tubuh. Apabila satu anggota mengadu sakit seluruh tubuh akan bersama dengannya berjaga malam dan merasa demam.” (مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم وتعاطفهم , كمثل الجسد الواحد إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالسهر والحمى) .
2. Berbincang mengenai soal-soal Islam, membaca risalah dan arahan yang dinyatakan oleh pemimpin tertinggi kepada usrah-usrah. Dalam usrah tiada ruang untuk berdebat atau berbahasa kasar atau bersuara tinggi. Semua itu adalah dilarang dalam konteks usrah. Sebaliknya usrah adalah tempat untuk memberi keterangan atau meminta penjelasan dalam suasana yang penuh sopan dan saling hormat menghormati sesama ahli. Apabila sesuatu perkara telah diputuskan atau sesuatu cadangan ingin dikemukakan atau ada yang ingin meminta sesuatu penjelasan, ia hendaklah ditangguhkan oleh naqib sehingga dia merujuk kepada pimpinan. Allah pernah mengecam sekumpulan manusia: ب ـ مذاكرة حول شؤون الإسلام ، وتلاوة الرسائل والتوجيهات الواردة من القيادة العامة للأسر ، ولا محل في الأسرة للجدل أو الحدة ورفع الصوت , فذلك حرام في فقه الأسرة , ولكن بيان واستيضاح في حدود الأدب والتقدير المتداول من الجميع ,فإذا أغلق شيء أو أريد اقتراح شيء أو استيضاحه احتفظ به النقيب حتى يرجع إلى القيادة , وقد عاب الله أقواما فقال :
Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya. (Al-Nisa’: 83) (وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِنَ الأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ ..) 
Namun Allah kemudiannya mengajar mereka apa yang sepatutnya mereka lakukan: ثم أرشدهم إلى ما يجب أن يكون فقال :
Padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada – Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka. (Al-Nisa’: 83) (وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَى أُولِي الأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنْبِطُونَهُ) (النساء:83) .
3. Membuat kajian mengenai isi kandungan beberapa buku yang bermutu. Selepas itu, setiap Ikhwan perlu berusaha menerapkan nilai persaudaraan dalam setiap pergaulan mereka sepertimana yang dihuraikan oleh banyak buku dan panduan. جـ ـ مدارسة نافعة في كتاب من الكتب القيمة ، وليحرص الإخوان بعد هذا على تحقيق معنى الأخوة في المجاملات الطارئة , التي لا تحضرها الكتب ولا تحيط بها التوجيهات ,
Sebahagian bentuk pergaulan ini dinyatakan oleh Nabi saw. seperti menziarahi orang sakit, membantu orang yang memerlukan walaupun dengan memberi kata-kata perangsang, mencari orang yang hilang dan mengikat semula hubungan yang terputus. Semua ini dapat mengukuhkan hubungan ukhuwwah dan menambah perasaan kasih sayang. وأشار إليها الصادق الأمين : عيادة المريض , ومواساة المحتاج ولو بالكلمة الطيبة , وتفقد الغائب , وتعهد المنقطع .. كلها تزيد رابطة الإخاء , وتضاعف في النفوس والشعور بالحب والصلة .
Bagi mengukuhkan lagi hubungan sesama Ikhwan, mereka perlu melakukan beberapa aktiviti berikut: ولزيادة الترابط بين الإخوان عليهم أن يحرصوا على :
1.  Mengadakan lawatan ilmiah seperti melawat tempat bersejarah, kilang dan sebagainya. 1 – القيام برحلات ثقافية لزيارة الآثار والمصانع وغير ذلك
2.  Mengadakan rehlah riadah. 2 – القيام برحلات قمرية رياضية.
3.  Mengadakan rehlah di sungai seperti berkayak. 3 – القيام برحلات نهرية للتجديف .
4.  Mengadakan rehlah ke gunung atau padang pasir atau ladang. 4 – القيام برحلات جبلية أو صحراوية أو حقلية .
5.  Mengadakan rehlah berbasikal. 5 – القيام برحلات متنوعة بالدراجة .
6.  Berpuasa sehari dalam seminggu atau dua minggu sekali. 6 – صيام يوم في الأسبوع أو كل أسبوعين .
7.  Sembahyang Subuh berjamaah di masjid sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. 7 – صلاة الفجر جماعة مرة كل أسبوع على الأقل في المسجد.
8.  Cuba sedaya upaya bermalam sesama Ikhwan sekali dalam seminggu atau dua minggu. 8 – الحرص على مبيت الإخوان مع بعضهم مرة كل أسبوع أو أسبوعين .