Sistem Politik نظــام الحكــم

Himpunan Risalah ( مجموعة الرسائل )

Kandungan
Kerajaan Menurut Pandangan Islam الحكومة في الإسلام
Krisis Dalaman Menurut Perspektif Islam دعائم الحكم الإسلامي
Tanggungjawab Pemerintah مسؤولية الحاكم
Perpaduan Rakyat وحدة الأمة
Menghormati Aspirasi Rakyat احترام رأى الأمة
Realiti Pemerintahan Kini الواقع الحالي

Sistem Politik نظــام الحكــم
1. Sistem Politik  
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. (Al-Maidah: 49) وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللهُ وَلا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللهُ إِلَيْكَ
Kerajaan Menurut Pandangan Islam الحكومة في الإسلام
Islam yang suci ini meletakkan kerajaan sebagai salah satu elemen sistem sosial Islam kerana Islam tidak dapat menerima suasana yang tidak stabil. Islam juga tidak membenarkan masyarakat Islam hidup tanpa pemimpin. Rasulullah saw. pernah bersabda kepada beberapa orang sahabatnya: يفترض الإسلام الحنيف الحكومة قاعدة من قواعد النظام الاجتماعي الذي جاء به للناس ، فهو لا يقر الفوضى ، ولا يدع الجماعة المسلمة بغير إمام ، ولقد قال الرسول صلى الله عليه وسلم لبعض أصحابه : 
“Apabila kamu tiba di sebuah negeri yang tiada pemimpin hendaklah kamu beredar meninggalkannya.” (إذا نزلت ببلد وليس فيه سلطان فارحل عنه),
Pada ketika yang lain baginda bersabda kepada beberapa orang sahabatnya: Jika kamu bertiga, hendaklah kamu melantik seseorang mengetuai kamu.” كما قال في حديث آخر لبعض أصحابه كذلك : (إذا كنتم ثلاثة فأمروا عليكم رجلا) .
Sesiapa yang mendakwa agama ini (atau lebih tepat Islam) tidak menyentuh aspek politik atau politik tidak termasuk dalam bidang Islam, dia sebenarnya telah menzalimi diri sendiri atau menzalimi ilmunya. Saya tidak katakan dia menzalimi Islam kerana Islam adalah syariat Allah yang tiada sedikitpun salah silap dan cacat celanya. Alangkah indah sekali kata-kata Imam al-Ghazali ra.: “Sedarlah bahawa syariat itu adalah dasar dan kuasa itu adalah penjaganya. Perkara yang tiada dasar akan roboh dan perkara yang tiada penjaga akan lenyap.” فمن ظن أن الدين – أو بعبارة أدق الإسلام – لا يعرض للسياسة ، أو أن السياسة ليست من مباحثه ، فقد ظلم نفسه ، وظلم علمه بهذا الإسلام ولا أقول ظلم الإسلام فإن الإسلام شريعة الله لا يأتيها الباطل من بين يده ولا من خلفه .. وجميل قول الإمام الغزالي رضى الله عنه : (اعلم أن الشريعة أصل ، والملك حارس ، وما لا أصل له فمهدوم وما لا حارس له فضائع)
Negara Islam mestilah dibina berlandaskan dakwah supaya negara ini mempunyai wawasan tersendiri bukan sekadar sebuah jentera pentadbiran. Kerajaan bukanlah suatu struktur yang beku dan kaku tanpa sebarang roh. Demikian juga dakwah mestilah diletakkan di bawah suatu pengawasan yang akan menjaga, menyebar, menyampai dan memantapkannya. فلا تقوم الدولة الإسلامية إلا على أساس الدعوة ، حتى تكون دولة رسالة لا تشكيل إدارة ، ولا حكومة مادة جامدة صماء لا روح فيها , كما لا تقوم الدعوة إلا في حماية تحفظها وتنشرها وتبلغها وتقويها .
Kesilapan kita yang pertama ialah kita lupa dasar ini. Akibatnya kita memisahkan agama dan politik secara praktikal walaupun kita tidak sanggup untuk memisahkannya secara teori. Kita masih muatkan dalam perlembagaan kita bahawa agama rasmi negara adalah agama Islam. Namun teks perlembagaan ini tidak menghalang tokoh-tokoh politik atau pemimpin parti politik untuk menimbulkan tanggapan buruk kepada nilai-nilai Islam. Tindakan mereka juga tidak dapat memperlihatkan wawasan Islam atau keindahan Islam dalam diri dan budaya masyarakat. Keyakinan, ucapan serta tindakan mereka sentiasa memisahkan antara ajaran agama dan tuntutan politik. Inilah kelemahan utama dan punca segala masalah. وأول خطئنا أننا نسينا هذا الأصل ففصلنا الدين عن السياسة عملياً , وإن كنا لن نستطيع أن نتنكر له نظرياً فنصصنا في دستورنا على أن دين الدولة الرسمي هو الإسلام , ولكن هذا النص لم يمنع رجال السياسة وزعماء الهيئات السياسية أن يفسدوا الذوق الإسلامي في الرؤوس ، والنظرة الإسلامية في النفوس , والجمال الإسلامي في الأوضاع ، باعتقادهم وإعلانهم وعملهم على أن يباعدوا دائما بين توجيه الدين ومقتضيات السياسة ، وهذا أول الوهم و أصل الفساد .
Asas-Asas Politik Islam دعائم الحكم الإسلامي
Kerajaan dalam Islam tertegak berlandaskan asas-asas yang telah diketahui dan diakui umum. Kerajaan adalah elemen utama kepada sistem politik Islam. Kerajaan ini mestilah berlandaskan kepada asas-asas iaitu tanggungjawab pemerintah, perpaduan umat dan menghormati aspirasi rakyat. Tanpa mengira walau apapun istilah atau struktur yang digunakan. والحكومة في الإسلام تقوم على قاعدة معروفة مقررة ، هي الهيكل الأساسي لنظام الحكم الإسلامي .. فهي تقوم على مسؤولية الحاكم ووحدة الأمة واحترام أرادتها ولا عبرة بعد ذلك بالأسماء والأشكال .
Tanggungjawab Pemerintah مسئولية الحاكم
Pemerintah adalah orang yang bertanggungjawab di hadapan Allah dan rakyat. Pemerintah adalah orang suruhan dan khadam kepada rakyat. Rasulullah sendiri pernah bersabda: فالحاكم مسئول بين يدي الله وبين الناس ، وهو أجير لهم وعامل لديهم ، ورسول الله صلى الله عليه وسلم يقول :
“Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanya tentang pimpinan kamu.” (كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته) ،
Ketika Abu Bakar ra. ditabalkan sebagai Khalifah dan naik ke mimbar, beliau berucap: “Wahai sekalian manusia, dahulu saya bekerja untuk keluarga saya dan saya mencari makan minum mereka tetapi sekarang saya bekerja untuk kamu maka tetapkanlah bahagian saya daripada perbendaharaan kamu.” وأبو بكر رضى الله عنه يقول : عندما ولى الأمر وصعد المنبر: (أيها الناس ، كنت أحترف لعيالي فأكتسب قوتهم ، فأنا الآن أحترف لكم ، فافرضوا لي من بيت مالكم) .
Melalui ucapan ini, beliau telah mengemukakan tafsiran yang terbaik dan adil berhubung teori kontrak sosial. Malah beliau adalah orang pertama yang meletakkan batu asasnya. Kontrak ini ialah perjanjian antara rakyat dan pemerintah bertujuan memelihara kepentingan umum. Jika pemerintah melakukannya dengan baik dia akan mendapat ganjarannya dan jika tidak dia akan menerima akibatnya. وهو بهذا قد فسر نظرية العقد الاجتماعي أفضل وأعدل تفسير ، بل هو وضع أساسه , فما هو إلا تعاقد بين الأمة والحاكم على رعاية المصالح العامة , فإذا أحسن فله أجره , وإن أساء فعليه عقابه .
Perpaduan Umat وحدة الأمة
Umat Islam adalah umat yang satu kerana persaudaraan yang menyatukan hati-hati manusia atas nama Islam adalah salah satu asas iman. Iman ini tidak lengkap tanpa persaudaraan dan persaudaraan tidak akan dicapai tanpa kewujudan iman. Namun ini tidak bermakna tidak wujudnya kebebasan bersuara atau memberi nasihat daripada pihak bawahan kepada pihak atasan atau daripada pihak atasan kepada pihak bawahan. Inilah yang dikenali dalam budaya Islam sebagai memberi nasihat dan amar makruf nahi mungkar. Rasulullah saw. bersabda: والأمة الإسلامية واحدة , لأن الأخوة التي جمع الإسلام عليها القلوب أصل من أصول الإيمان لا يتم إلا بها ولا يتحقق إلا بوجودها . ولا يمنع ذلك حرية الرأي وبذل النصح من الصغير إلى الكبير ، ومن الكبير إلى الصغير ، وذلك هو المعبر عنه في عرف الإسلام ببذل نصيحة ، والأمر المعروف النهى عن المنكر ، وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
“Agama itu nasihat. Para sahabat bertanya: Untuk siapa, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Untuk Allah, rasul-Nya, kitab-Nya dan untuk para pemerintah dan rakyat Islam.” (الدين النصيحة) ، قالوا: لمن يا رسول الله ؟ قال: (لله ولرسوله ولكتابه ولأئمة المسلمين وعامتهم)
Baginda juga bersabda: “Jika engkau lihat umatku takut untuk berkata kepada orang yang zalim: Wahai, orang zalim. Maka ucapkanlah selamat tinggal kepada mereka.” وقال : (إذا رأيت أمتي تهاب أن تقول للظالم يا ظالم فقد تودع منها) ،
Dalam satu Riwayat: “Berada di perut bumi lebih baik untuk mereka daripada mereka berada di atas bumi.” وفي رواية : (وبطن الأرض خير لهم من ظهرها) ، وقال :
Baginda bersabda: “Pemimpin para syahid ialah Hamzah bin Abdul Mutalib dan lelaki yang berhadapan dengan pemerintah yang kejam. Dia menasihat dan menegur pemerintah itu lalu pemerintah itu membunuhnya.” (سيد الشهداء حمزة بن عبد المطلب ، ورجل قام إلى إمام جائر فأمره ونهاه فقتله) .
Tidak wujud perpecahan di kalangan umat Islam dalam soal-soal asasi kerana sistem sosial yang diamalkan oleh umat ini hanya satu iaitu Islam. Islam diiktiraf oleh semua anggota umat ini. Tiada masalah jika wujud perbezaan pendapat dalam soal-soal kecil. Perbezaan pendapat tidak semestinya menimbulkan ketegangan atau permusuhan atau amalan berpuak selagimana ia hanya membabitkan masalah cabang. Sebaliknya masalah ini boleh dibahas, dikaji dan dibincang dalam budaya nasihat menasihati. Perkara-perkara yang telah disentuh nas tidak lagi boleh diijtihad. Sementara perkara yang tidak disentuh oleh nas maka keputusan pemerintah akan dapat menyatukan umat. Dengan ini tidak timbul lagi sebarang masalah. ولا تكون الفرقة في الشؤون الجوهرية في الأمة الإسلامية ، لأن نظام الحياة الاجتماعية الذي يضمها نظام واحد هو الإسلام ، معترف به من أبنائها جميعاً . والخلاف في الفروع لا يضر ، ولا يوجد بغضا ولا خصومة ولا حزبية يدور معها الحكم كم تدور .. ولكنه يستلزم البحث والتمحيص والتشاور وبذل النصيحة , فما كان من المنصوص عليه فلا اجتهاد فيه وما لا نص فيه فقرار ولى الأمر يجمع الأمة عليه وهى شيء بعد هذا .
Hormati Aspirasi Rakyat احترام إرادة الأمة
Salah satu hak rakyat ialah mengawasi setiap tingkah laku pemerintah. Rakyat perlu memberi pandangan kepada pemerintah jika ada sesuatu yang baik. Pemerintah pula perlu meminta pandangan rakyat dan menghormati kehendak mereka. Pemerintah perlu menerima pandangan yang baik yang diutarakan oleh rakyat. Malah Allah telah memerintahkan agar pemerintah menjadikan perkara ini sebagai amalannya: ومن حق الأمة الإسلامية أن تراقب الحاكم أدق مراقبة ، وأن تشير عليه بما ترى فيه الخير , وعليه أن يشاورها وأن يحترم إرادتها , وأن يأخذ بالصالح من آراءها , وقد أمر الله الحاكمين بذلك فقال :
Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. (Aali Imran:159) (وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ) (آل عمران:159)
Allah turut memuji orang-orang beriman kerana amalan baik mereka ini:  . وأثنى به على المؤمنين خيرا فقال :
Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka. (As-Shura: 38) (وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ) (الشورى:38).
Amalan ini tercatat dalam sunnah Rasulullah saw. dan amalan para khalifah al-rashidin selepas baginda. Apabila berlaku sesuatu perkara mereka akan menghimpunkan para cendikiawan di kalangan umat Islam. Mereka akan bermesyuarat dan akur dengan pendapat yang betul. Malah mereka akan melantik atau menggalakkan mereka untuk turut serta dalam mesyuarat tersebut. Abu Bakar ra. pernah berkata: “Jika kamu lihat saya di pihak yang benar bantulah saya dan jika kamu lihat saya di pihak yang salah perbetulkanlah saya.” ونصت على ذاك سنة رسول الله صلى الله عليه وسلم والخلفاء الراشدين المهدين من بعدهم .. إذا جاءهم , أمر جمعوا أهل الرأي من المسلمين واستشاروهم ونزلوا عند الصواب من آرائهم ، بل أنهم ليندبونهم إلى ذلك ويحثونهم عليه . فيقول أبو بكر رضى الله عنه :
Umar bin al-Khattab pernah berkata: “Siapa yang melihat ada kepincangan pada diri saya perbetulkanlah saya.” (فإن رأيتموني على حق فأعينوني وإن رأيتموني على باطل فسددوني أو قوموني) , ويقول عمر بن الخطاب: (من رأى فيّ اعوجاجاً فليقومه) .
Sistem Islam tidak mementingkan struktur atau istilah selagimana dasar-dasar utama yang perlu bagi mewujudkan politik yang baik ini wujud. Selagimana ia dilaksanakan secara seimbang tidak hanya mementingkan satu-satu sudut sahaja. Namun sudah tentu keseimbangan ini tidak dapat dipertahankan tanpa wujudnya penghayatan sebenar kepada kesucian ajaran Islam ini. Apabila dasar-dasar ini mampu dipertahankan ia akan membawa kepada kejayaan di dunia dan akhirat. Dalam dunia moden hari ini perkara ini disebut sebagai “kesedaran nasional” atau “kematangan politik” atau “pendidikan patriotik” atau sebagainya. Namun sebenarnya kesemua istilah ini hanya merujuk kepada satu maksud sahaja iaitu keyakinan kepada keberkesanan sistem yang ada dan merasakan sistem ini perlu dipertahankan. Sebabnya, teks sahaja tidak akan mampu membangkitkan sebuah bangsa. Tidak ubah seperti undang-undang kerana undang-undang tidak akan berguna jika tidak dilaksanakan oleh hakim yang adil dan bersih. (والنظام الإسلامي) في هذا لا يعنيه الأشكال ولا الأسماء متى تحققت هذه القواعد الأساسية التي لا يكون الحكم صالحاً بدونها , ومتى طبقت تطبيقاً يحفظ التوازن ولا يجعل بعضها يطغى على بعض , ولا يمكن أن يحفظ هذا التوازن بغير الوجدان الحي والشعور الحقيقي بقدسية هذه التعاليم ، وإن في المحافظة عليها وصيانتها الفوز في الدنيا والنجاة في الآخرة ، وهو ما يعبرون عنه فالاصطلاح الحديث (بالوعي القومي) أو النضج السياسي أو (التربية الوطنية) أو نحو هذه الألفاظ ، ومردها جميعاً إلى حقيقة واحدة هي اعتقاد صلاحية النظام ، والشعور بفائدة المحافظة عليه … إذ أن النصوص وحداها لا تنهض بأمة كاملة كما لا ينفع القانون إذا لم يطبقه قاضٍ عادل نزيه .
Kita pada hari ini meminjam sistem parlimen daripada Eropah yang kini menjadi landasan kepada kerajaan kita. Kita gubal perlembagaan kita berasaskan sistem ini. Kita pernah pinda perlembagaan kita kerana mahu menurut sistem ini. Kita telah lalui pelbagai pengalaman dalam melaksanakan sistem ini. Sejauhmana sistem ini selari dengan Islam? Sejauhmana pula hasil yang kita perolehi sepanjang tempoh ini? ونحن في حياتنا العصرية قد نقلنا من أوربا هذا النظام النيابي الذي تعيش في ظله حكوماتنا الآن , ووضعنا دستورنا على أساسه ، وتغيير هذا الدستور مرة باسمه كذلك ، وجربنا الكثير من آثاره ، فإلى أي مدى ينطبق هذا النظام على الإسلام ؟ وإلى أي مدى كانت فائدتنا منه طوال هذه المدة ؟
Perkara ini akan kita bincangkan, dengan izin Allah. ذلك ما سنعرض له إن شاء الله .
2. Sistem Politik مسؤولية الحاكم
Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. (Al-Maidah: 50) أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللهِ حُكْماً لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ
Dalam kandungan yang lalu saya telah bentangkan tiga elemen yang menjadi landasan kepada sistem politik Islam: قدمت في الكلمة السابقة أن الدعائم التي يقوم عليها نظام الحكم الإسلامي ثلاث :
a.  Tanggungjawab pemerintah. ( أ ) مسؤولية الحاكم .
b.  Perpaduan rakyat. (ب) ووحدة الأمة .
c.  Menghormati aspirasi rakyat. (جـ) واحترام إرادتها .
Sistem ini telah berjaya dipraktikkan sepenuhnya pada zaman Khulafa al-Rashidin selepas zaman Rasulullah saw. berlalu. Mereka menghayati sepenuhnya tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka sebagai seorang pemerintah yang bertanggungjawab dengan rakyat. Kenyataan ini dapat dilihat melalui ucapan dan tindakan mereka. Anda sendiri boleh membaca apa yang dikatakan oleh Umar bin al-Khattab ra. ketika beliau ditabalkan sebagai khalifah. Begitu juga dengan ucapan Umar bin Abdul Aziz ketika beliau ditabalkan. ولقد تحقق هذا النظام بأكمل صورة في عهد الخلفاء الراشدين بعد رسول الله صلى الله عليه وسلم الله عليه وسلم . فكانوا يشعرون أتم الشعور بالتبعات الملقاة على كواهلهم كحكام مسؤولين عن رعاياهم . ويظهر ذلك في كل أقوالهم وتصرفاتهم وحسبك أن تقرأ ما قاله عمر بن الخطاب رضى الله عنه حيت ولي الخلافة ، وعمر بن عبد العزيز حين وليها كذلك ,
Seluruh hidup mereka bertepatan dengan apa yang mereka katakan: Umar r.a berkata: “Wahai sekalian hadirin, saya telah ditabalkan memerintah kamu. Hanya kerana saya merasakan saya akan dapat melakukan yang terbaik untuk memimpin kamu. Saya merasakan saya  paling berkemampuan memerintah kamu dan paling berkebolehan menjalankan segala urusan kamu. Jika tidak sudah tentu saya tidak akan menerima perlantikan ini. Biarlah Umar menanggung segala kerisauan dan kesedihan sementara menunggu perhitungan. Dia mengambil hak-hak kamu. Bagaimana dia akan mengambilnya? Bagaimana dan di mana pula dia akan menyerahkannya? Dia akan memerintah kamu. Namun bagaimana dia akan memerintah? Moga-moga Allah akan membantu.” وجاءت سيرتاهما مطابقتين لقولهما : (أيها الناس قد وليت عليكم ، ولولا رجاء أن أكون خيركم لكم ، وأقواكم عليكم ، وأشدكم اضطلاعا بما ينوب من مهم أموركم ، ما توليت ذلك منكم ، وكفي عمر مُهِماً محزنا انتظار موافقة الحساب ، يأخذ حقوقكم كيف أخذها ووضعها أين أضعها ، وبالسير منكم كيف أسير فربى المستعان) ،
Umar seolah-olah tidak lagi yakin dengan mana-mana kuasa dan keupayaannya namun Allah melimpahkan rahmat, bantuan dan sokongan kepadanya. Umar pernah berkata: “Mungkin kerana seekor unta yang mati akibat kelalaian di tebing Sungai Furat, keluarga al-Khattab akan ditanya.” فإن عمر أصبح لا يثق بقوة و لا حيلة إن لم يتداركه الله عز وجل برحمته وعونه وتأييده ، وكان يقول : (لو أن جملاً هلك ضياعاً بشط الفرات لخشيت أن يسأل الله عنه آل الخطاب) .
Umar bin Abdul Aziz pernah berucap: “Tiada nabi selepas Nabi saw. dan tiada kitab lain selain kitab yang diturunkan kepada baginda. Ketahuilah apa yang dihalalkan oleh Allah adalah halal hingga ke hari kiamat. Apa yang diharamkan oleh Allah adalah haram hingga ke hari kiamat. Ketahuilah saya bukanlah penentu tetapi saya hanyalah pelaksana. Ketahuilah saya bukan orang yang mereka-reka tetapi saya hanyalah orang yang akan mengikut. Ketahuilah bahawa tiada siapapun yang boleh ditaati jika semata-mata untuk menderhakai Allah Taala. Ketahuilah saya bukan orang yang terbaik di antara kamu. Saya sama seperti kamu tetapi Allah telah letakkan saya sebagai orang yang paling berat bebanannya.” وقال عمر بن عبد العزيز في خطبته : (أما بعد ، فإنه ليس بعد نبيكم صلى الله عليه وسلم نبي ,ولا بعد الكتاب الذي أنزل عليه كتاب , ألا ما أحل الله عز وجل إلى يوم القيامة ، وما حرم الله حرام إلى يوم القيامة ، ألا لست يقاض ولكنني منفذ ، ألا إني لست بخيركم ولكنى رجل منكم غير أن الله جعلني أثقلكم حملاً) .
Setelah upacara pengkebumian Sulaiman bin Abdul Malik, sebuah kenderaan khalifah telah dihadapkan di hadapan beliau. Namun beliau menyuruh kenderaan tersebut dikembalikan. Sebaliknya beliau menunggang baghalnya dan pulang ke rumah. Khadam beliau, Muzahim menemui beliau dan berkata: Wahai Amirul Mukminin, adakah engkau rungsing?! Beliau membalas: Sudah tentu dengan perkara ini dibebankan kepada saya, saya pasti akan rungsing. Setiap seorang umat Muhammad baik di timur mahupun di barat mempunyai hak terhadap saya yang perlu saya tunaikan. Itu tidak termasuk yang menulis kepada saya atau menuntut hak daripada saya. وقدمت إليه مراكب الخلافة بعد دفن سليمان بن عبد الملك فأمر بتأخيرها ، وركب بغلته وعاد إلى منزله ، فدخل عليه مولاه مزاحم فقال : يا أمير المؤمنين لعلك مهتم؟‍ فقال : (بمثل هذا الأمر الذي نزل بي اهتممت ، إن ليس من أمة محمد في مشرق ولا مغرب أحد إلا له قبلي حق يحق علي أداؤه إليه ، غير كاتب إلي فيه ولا طالبه مني) .
Suatu ketika dahulu, umat ini bersatu padu dengan memelihara sempadan agama. Mereka amat-amat meyakini segala hukum yang dinyatakan oleh agama. Mereka mengambil berat segala perintah Rasulullah saw. dan ketegasan baginda dalam soal perpaduan. Malah baginda pernah memerintah supaya orang yang memecah belahkan jamaah atau tidak taat kepada jamaah agar dibunuh. Baginda bersabda: وكانت الأمة مجتمعة الكلمة باستمساكها بأهداب الدين ، واعتقادها فضل ما جاء به من أحكام ، ورعايتها لأمر رسول الله صلى الله عليه وسلم وتشديده في الوحدة حتى أمر بقتل من فارق الجماعة أو خرج على الطاعة ، فقال :
“Barangsiapa yang mendatangkan kepada kamu sesuatu perkara sedangkan kamu bersatu padu semata-mata kerana mahu memecah belahkan kekuatan kamu maka pancunlah kepalanya dengan pedang meskipun siapa dia” (من أتاكم وأمركم جميع يريد أن يشق عصاكم فاضربوه بالسيف كائنا من كان) ،
Baginda juga bersabda: “Sesiapa yang engkar untuk taat dan membelakangkan jamaah maka dia mati dalam keadaan jahiliyyah. Sesiapa yang berperang di bawah panji amiyyah[1]  di mana dia marah kerana asabah[2]  atau menyeru ke arah asabah atau memenangkan asabah lalu dia mati maka dia mati dalam keadaan jahiliyyah. Sesiapa yang menyerang umatku lalu membunuh sesiapa sahaja yang baik mahupun yang jahat, tidak mengecualikan orang yang beriman dan tidak memelihara janji yang dibuat dengan orang dalam perjanjian, maka dia bukan dari kalangan saya dan saya bukan dari kalangannya.” كما قال : (من خرج على الطاعة وخالف الجماعة فمات ، مات ميتة جاهلية ، ومن قاتل تحت راية عميّة يغضب لعصبة أو يدعو إلى عصبة ، أو ينصر عصبة ، فقتل ، فقتلة جاهلية . ومن خرج على أمتي يضرب برها وفاجرها ولا يتحاشى من مؤمنها ، ولا يفي ذا عهد عهده ، فليس منى ولست منه) .
Begitu juga suatu ketika dahulu segala kehendak umat ini dihormati dan diambil kira. Abu Bakar r.a tidak akan memutuskan sesuatu perkara kecuali setelah mengambil pandangan mereka terutama dalam perkara yang tiada nas. Demikian juga dengan Umar bin al-Khattab, beliau menetapkan khalifah selepas beliau ditentukan melalui mesyuarat enam orang sahabat yang diredai oleh Rasulullah saw. كما كانت إرادتها محترمة مقدرة ، فما كان أبو بكر يمضى في الناس أمراً إلا بعد أن يستشيرهم وخصوصاً فيما لا نص فيه ، وكذلك كان عمر بن الخطاب ، فقد جعل الخلافة من بعده شورى في الستة اللذين توفي رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو عنهم راض .
Seperti yang saya katakan tadi, sistem parlimen yang menjadi landasan kerajaan kita ini kita cedok daripada Eropah. Namun sejauhmana sistem ini bertepatan dengan Islam? Apakah faedah yang kita perolehi semenjak kita melaksanakan sistem ini di negara kita hingga ke hari ini iaitu dalam tempoh hampir mencecah suku abad? وقلت في الكلمة السابقة أيضا إننا نقلنا هذا النظام النيابي ، الذي تعيش حكومتنا في ظله ، عن أوربا ، فإلى أي مدى ينطبق على الإسلام ؟ وما الذي أفدناه منه منذ طبق في عهده الأخير في بلادنا إلا الآن , وهي مدة تبلغ ربع قرن من الزمان تقريبا ؟
Pendirian Islam Terhadap Sistem Parlimen Dan Perlembagaan Mesir موقف الإسلام من النظام النيابي والدستور المصري
Para ahli perlembagaan menyebut bahawa sistem parlimen mestilah berlandaskan kepada asas pemerintah yang bertanggungjawab, kuasa rakyat dan hormat kepada aspirasi rakyat. Jadi tidak sepatutnya wujud dalam sistem ini perkara yang boleh menghalang perpaduan rakyat. Perpecahan dan persengketaan sebenarnya bukan syarat sistem ini. Walaupun ada sesetengah pihak yang mendakwa salah satu elemen sistem parlimen ialah kepelbagaian parti. Namun ia hanya dalam sesetengah budaya sahaja bukan menjadi dasar dalam sistem ini. Sistem ini tetap boleh dilaksanakan walaupun tanpa kepelbagaian parti ini dan tanpa mengenepikan dasar-dasar utamanya. يقول علماء الفقه الدستوري إن النظام النيابي يقوم على مسؤولية الحاكم ، وسلطة الأمة ، واحترام إرادتها ، وإنه لا مانع فيه يمنه وحده الأمة واجتماع كلمتها ، وليست الفرقة والخلاف شرطاً فيه , وإن كان بعضهم يقول إن من دعائم النظام النيابي البرلماني : الحزبية , ولكن هذا إذا كان عرفا فليس أصلا في قيم هذا النظام , لأنه يمكن تطبيقه بدون هذه الحزبية وبدون إخلال بقواعده الأصلية .
Atas dasar ini tidak wujud sebarang perkara dalam sistem parlimen yang bercanggah dengan dasar yang ditetapkan oleh Islam untuk sistem politik. Dengan ini sistem parlimen tidak jauh berbeza dengan sistem Islam. Atas landasan ini juga dengan yakin kita nyatakan di sini bahawa dasar-dasar yang menjadi landasan kepada perlembagaan Mesir tidak bercanggah dengan dasar-dasar Islam. Dasar-dasar ini tidak jauh berbeza dengan sistem Islam. Malah walaupun penggubal perlembagaan Mesir menggubal perlembagaan ini berdasarkan prinsip-prinsip dan pendapat-pendapat moden yang berkenaan dengan perlembagaan namun mereka telah memastikan tiada kandungan perlembagaan ini yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam. Ada di antara perlembagaan ini jelas bertepatan dengan dasar Islam seperti fasal: “Agama negara adalah Islam.” Ada juga yang boleh ditafsirkan bahawa ia tidak bercanggah dengan dasar Islam seperti fasal: “Kebebasan beragama dibenarkan.” وعلى هذا فليس في قواعد هذا النظام النيابي ما يتنافى مع القواعد التي وضعها الإسلام لنظام الحكم ، وهو بهذا الاعتبار ليس بعيداً عن النظام الإسلامي ولا غريبا عنه , وبهذا الاعتبار يمكن أيضاً أن نقول في اطمئنان إن القواعد الأساسية التي قام عليها الدستور المصري لا تتنافى مع قواعد الإسلام ، وليست بعيدة من النظام الإسلامي ولا غريبة عنه , بل إن واضعي الدستور المصري رغم أنهم وضعوه على أحدث المبادئ والآراء الدستورية وأرقاها ، فقد توخوا فيه ألا يصطدم أي نص من نصوصه بالقواعد الإسلامية ، فهي إما متمشية معها صراحة كالنص الذي يقول : (دين الدولة الإسلام) أو قابلة للتفسير الذي يجعلها لا تتنافى معها كالنص الذي يقول : (حرية الاعتقاد مكفولة).
Ingin saya sentuh di sini perbezaan antara perlembagaan dengan undang-undang yang dilaksanakan di mahkamah. Kebanyakan undang-undang ini jelas bercanggah dengan ajaran Islam. Walau bagaimanapun perkara ini akan dibincangkan dalam tajuk lain yang akan kita bincangkan kemudian, dengan izin Allah. وأحب أن أنبه هنا إلى الفرق بين الدستور وبين القوانين التي تسير عليها المحاكم إذ أن كثيراً من هذه القوانين يتنافى صراحة مع ما جاء به الإسلام ، وذلك بحث أخر سنعرض له في موضعه إن شاء الله .
Walaupun dasar-dasar sistem parlimen dan perlembagaan Mesir tidak bercanggah dengan sistem politik Islam namun terus terang kita katakan bahawa masih ada kelemahan dalam teks perlembagaan dan pelaksanaan perlembagaan ini. Masih wujud kecuaian dalam memelihara dasar-dasar yang disepakati bersama oleh Islam dan perlembagaan. Semua ini menyebabkan berlakunya penyelewengan dan kepincangan dalam setiap perjalanan parlimen. ومع أن النظام النيابي والدستور المصري في قواعدهما الأساسية لا يتنافيان مع ما وضعه الإسلام في نظام الحكم ، فإننا نصرح بأن هناك قصورا في عبارات الدستور ، وسوءاً في التطبيق ، وتقصيرا في حماية القواعد الأساسية التي جاء بها الإسلام وقام عليها الدستور ، أدت جميعاً إلى ما نشكو منه ، ما وقعنا فيه من اضطراب في كل هذه الحياة النيابية .
Saya akan huraikan perkara ini dengan lebih mendalam. وستناول هذا الإيجاز بشيء من البيان .
Tanggungjawab Pemerintah – Kementerian الــوزارة
Berhubung dengan pemerintah yang bertanggungjawab, perkara yang menjadi asas dalam sistem Islam ialah orang yang bertanggungjawab ialah ketua negara itu sendiri. Ketua negara ini boleh bertindak tetapi perlu mengemukakan segala tindakannya kepada rakyat. Jika baik rakyat akan membantunya dan jika tidak rakyat akan membetulkannya. Dalam Islam tidak salah jika ketua negara melantik seorang wakil untuk menjalankan kuasa ini atau memikul tanggungjawab sesuatu tugas. Di zaman Islam perkara ini dikenali sebagai “wizarah tafwid”. Para ulamak Islam membenarkan perkara ini selagimana ada keperluan. Perkara seumpama ini berlandaskan konsep “memelihara kepentingan umum”. Menurut al-Mawardi dalam bukunya, al-Ahkam al-Sultaniyyah: “Wizarah (kementerian) terbahagi kepada dua iaitu wizarah tafwid dan wizarah tanfiz. Wizarah tafwid ialah apabila pemerintah melantik seorang menteri supaya mentadbir sesuatu masalah menurut pandangan sendiri dan menjalankan perkara tersebut menurut ijtihadnya sendiri. Kementerian seperti ini dibenarkan. Allah berfirman menceritakan kisah nabi-Nya Musa a.s.: فأما عن مسؤولية الحاكم فإن الأصل فيها في النظام الإسلامي أن المسؤول فيها هو رئيس الدولة كائنا من كان ، له أن يتصرف ، وعليه أن يقدم حساب تصرفه للأمة ، فإن أحسن أعانته ، وإن أساء قومته ، ولا مانع في الإسلام في أن يفوض رئيس الدولة غيره في مباشرة هذه السلطة وتحمل هذه المسؤولية ، كما عرف ذلك في (وزارات التفويض) في كثير من العهود الإسلامية ، ورخص الفقهاء المسلمون في ذلك وأجازوه ما دام فيه مصلحة ، والقاعدة في مثل هذه الأمور رعاية المصلحة العامة ، قال الماوردي في كتاب الأحكام السلطانية : (والوزارة على ضربين ، وزارة تفويض ، ووزارة تنفيذ ، فأما وزارة التفويض فهو أن يستوزر الإمام من يفوض إليه تدبير الأمور برأيه ، وإمضاءها على مقتضى اجتهاده ، وليس يمتنع جواز هذه الوزارة ، قال تعالى حكاية عن نبيه عليه الصلاة والسلام :
Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku. Iaitu Harun saudaraku; kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku, dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku. (Taha: 29-32) (وَاجْعَلْ لِي وَزِيراً مِنْ أَهْلِي , هَارُونَ أَخِي , اشْدُدْ بِهِ أَزْرِي , وَأَشْرِكْهُ فِي أَمْرِي) (طـه:29-32) .
Jika perkara ini dibolehkan kepada nabi maka apatah lagi pada pemerintah. Pemerintah tidak mampu melakukan semua tanggungjawab mentadbir rakyat tanpa memerlukan sebarang bantuan. Menyerahkan sesuatu tugas kepada menteri untuk berganding bahu mentadbir adalah tindakan yang lebih tepat berbanding jika ia dilakukan secara sendirian. Menteri ini akan membantu kerja-kerjanya. Dengan cara ini juga akan mengurangkan kesilapan dan penyelewengan.” فإذا جاز ذلك في النبوة كان في الإمامة أجوز . لأن ما وكل إلى الإمام من تدبير الأمة لا يقدر على مباشرة جميعها إلا باستنابة ، ونيابة الوزير المشارك له في التدبير أصح في تنفيذ الأمور في تفرده بها ليستظهر بها على نفسه ، وبها يكون أبعد من الزلل وأمنع من الخلل) .
Dalam sistem parlimen adalah menjadi dasar segala tanggungjawab dipikul oleh menteri bukan dipikul oleh ketua negara. Dasar ini telah diamalkan dalam perlembagaan Mesir dan Inggeris. Kedua-dua perlembagaan ini dengan jelas menyatakan menteri sebagai orang yang bertanggungjawab. Dasar ini mengecualikan sebarang tanggungjawab ketua negara kerana ketua negara dianggap tidak boleh melakukan kesalahan di samping kedudukan ketua negara adalah kedudukan yang terpelihara dan tidak boleh disentuh. والأصل في هذه المسؤولية في النظام النيابي ، أن المسؤول هو الوزارة مسؤولية على رئيس الدولة ، وقد جرى على هذا الدستور المصري والدستور الإنجليزي ، فصرح كل منهما بمسؤولية الوزارة ، وإخلاء رئيس الدولة من كل مسؤولية واعتباره لا يخطئ ، واعتبار ذاته مصونة لا تمس .
Walau bagaimanapun, amalan sistem parlimen sebenarnya tidak menghalang untuk meletakkan ketua negara sebagai orang yang bertanggungjawab dan menteri hanya sebagai menurut arahan. Ini diamalkan dalam perlembagaan Amerika Syarikat. Apa yang aneh, buku-buku perundangan Islam turut menyentuh dasar ini. Perkara ini dinamakan sebagai “wizarat tanfiz”. Al-Mawardi dalam bukunya, al-Ahkam al-Sultaniyyah ada menyebut: “Wizarat tanfiz mempunyai kuasa yang lebih rendah dan syarat-syaratnya lebih longgar kerana semua pandangan mestilah berdasarkan pandangan dan arahan pemerintah. Menteri ini hanyalah sebagai orang tengah antara pemerintah dengan rakyat dan gabenor. Menteri ini hanya melaksanakan arahan dan menjalankan keputusan pemerintah…” على أنه لا مانع في النظام النيابي من تحمل رئيس الدولة المسؤولية واعتبار الوزارة تابعة له في ذلك ، كما يقرر ذلك دستور الولايات المتحدة . والغريب أن تشير كتب الفقه الإسلامي إلى هذا الوضع أيضاً ، وتسمى هذه الوزارة (وزارة التنفيذ) فيقول الماوردي في كتابه (الأحكام السلطانية) أيضا : (وأما وزارة التنفيذ فحكمها أضعف ، وشروطها أقل ، لأن النظر مقصور فيها على رأى الإمام وتدبيره ، وهذا الوزير وسط بينه وبين الرعايا والولاة ، يؤدى عنه ما أمر ، وينفذ ما ذكر ويُمضي ما حكم …)
Tidak syak lagi, inilah tanda bahawa kandungan perundangan Islam adalah lengkap, bersifat anjal dan sesuai untuk setiap masa dan tempat. ولا شك أن هذا من سعة مادة الفقه الإسلامي ومرونته وصلاحيته لكل زمان ومكان .
Kekaburan Perlembagaan Mesir غموض الدستور المصري
Apa yang dikatakan tadi adalah dasar-dasar yang ada pada Islam dan yang ada pada sesebuah sistem parlimen berhubung tanggungjawab pemerintah. Apakah yang kita lakukan di Mesir? Kita berada di pertengahan jalan antara teks perlembagaan dan pelaksanaan. Perlembagaan kita kabur dan berbelit, tidak jelas dan tidak terperinci. Sedangkan ia adalah titik tolak penting untuk menentukan corak perjalanan parlimen dan corak hidup Islam yang kita amalkan. Bagi menjelaskan apa yang saya katakan ini saya akan petik apa yang ditulis oleh Dr. Ibrahim Madkur, ahli Majlis Senat Mesir dan Tuan Murait Ghali, dalam laporan mereka bertajuk “Sistem Baru” di bawah tajuk kecil, “Perlembagaan dan kekaburan”. هذه هي قواعد النظام الإسلامي والنيابي معاً في (مسؤولية الحاكم) , فماذا فعلنا نحن في مصر؟ وقفنا في منتصف الطريق نصاً وتطبيقاً . وجاء دستورنا في هذا المعنى غامضاً مقتضباً غير واضح ولا مفصل ، مع أنها أهم نقطة في تحديد لون الحياة النيابية والإسلامية التي نحياها .. وشرحا لذلك سأسوق ما كتبه الأستاذان الدكتور إبراهيم مدكور عضو مجلس الشيوخ المصري , والأستاذ مريت غالي في مذكرتهما (نظام جديد) قالا تحت عنوان الدستور وغموضه :
“Faktor pertama secara ringkasnya ialah walaupun perlembagaan kita agak terperinci dan menggunakan istilah yang tepat namun masih kabur sama seperti perlembagaan lain sebelum ini. Ia mengabaikan isi penting berkenaan kuasa parlimen dengan tidak memberikan huraian yang secukupnya. Apa yang saya maksudkan ini merujuk kepada  kuasa menteri dan hubungan mereka dengan rakyat. Dari satu sudut mereka adalah wakil kepada rakyat. Dari sudut lain pula mereka bertanggungjawab menyediakan khidmat kepada rakyat melalui jabatan dan agensi kerajaan yang ada. Perlembagaan juga tidak menyatakan dengan jelas kedudukan mereka dengan ketua negara atau raja. Dalam perkara ini, perlembagaan hanya mengemukakan beberapa potong ayat. Malangnya ayat-ayat ini boleh membawa pelbagai maksud. Apa yang jelas, kabinet menteri adalah tonggak kepada struktur sistem parlimen. Mereka menjadi perantara antara undang-undang dan pelaksanaan. Mereka menjadi penentu kepada hidup dan halatuju suatu sistem yang berperanan untuk menghormati kuasa rakyat. Mereka juga bertanggungjawab mentadbir urusan negara dengan cara yang bijak dan pantas. Apabila kita rujuk perlembagaan ini kita akan dapati fasal yang menyentuh perkara yang penting ini tidak lebih daripada tiga baris sahaja dan semuanya kabur serta mengelirukan. Dalam fasal 29 disebut; “Kuasa eksekutif adalah di bawah kuasa raja dalam batasan (yang dibenarkan) perlembagaan ini.” Fasal 48 pula menyebut: “Raja mengamalkan kuasanya melalui menteri-menterinya.” Fasal 49 pula: “Raja boleh melantik dan melucutkan menteri-menterinya.” Fasal 57 menyebut: “Kabinet menteri berkuasa menentukan kepentingan negara.” Fasal 61 menyebut: “Menteri-menteri bertanggungjawab sepenuhnya dalam parlimen berhubung dasar am negara dan masing-masing bertanggungjawab dengan setiap tindakan kementerian mereka.” Fasal 63 pula menyebut: “Titah diraja sama ada secara lisan atau bertulis tidak akan dalam apa keadaan sekalipun melucutkan tanggungjawab menteri.” { فأما العامل الأول فملخصه أن دستورنا على الرغم من دقته وضبط عباراته ، قد وقع في نفس الغموض الذي وقعت فيه دساتير أسبق منه ، وترك أهم نقطة في الحكم النيابي دون أن يحددها التحديد الكافي ، ونعني بها سلطة الوزراء وصلتهم بالشعب ممثلة في نوابه من جهة ، وإشراقهم على ما يؤدى إليه من خدمات من طريق المصالح والإدارات من جهة أخرى . كما أجمل إجمالاً مخلاً في بيان موقفهم من رئيس الدولة و مليك البلاد ، واكتفى بأن يصوغ هنا في عبارات تصلح لكل ما يراد منها , وواضح أن الوزارة هي العمود الفقري لهيكل النظام النيابي الجديد وحلقة الاتصال بين التشريع والتنفيذ ومبعث الحياة والحركة في نظام يراد به احترام سلطة الشعب مع تصريف شؤون الدولة تصريفاً محكماَ سريعاً . وإذا ما رجعنا إلى الدستور وجدنا أن ما جاء به متصلا بهذه النقطة الحساسة لا يكاد يتجاوز ثلاثة أسطر كلها غموض وعموم , فيقرر في المادة 29 : (أن السلطة التنفيذية يتولاها الملك في حدود هذا الدستور) , وفي المادة 48 : (الملك يتولى سلطته بواسطة وزرائه) , وفي المادة 49 : (الملك يعين وزراءه ويقيلهم) , وفي المادة 57 : (مجلس وزرائه هو المهيمن على مصالح الدولة) , وفي المادة 61 : (الوزراء مسؤولون متضامنون لدى مجلس النواب عن السياسة العامة للدولة , وكل منهم مسؤول عن أعمال وزارته) , وفي المادة 63 : (أوامر الملك – شفهية أو كتابية – لا تخلي الوزراء من المسؤولية على أية حال) }
Inilah secara ringkasnya teks perlembagaan yang ada menyentuh mengenai perkara ini. Saya rasa tiada satupun kandungan teks perlembagaan ini yang mampu menyelesaikan segala masalah yang saya sebutkan tadi. تلك تقريبا جملة النصوص المتصلة بهذا الموضوع , ولا نظن أن فيها ما يكفي مطلقا لحل أي مشكل من المشاكل التي أشرنا إليها .
Kedua-dua tokoh tadi turut memberikan huraian lanjut berserta contoh bagi menjelaskan masalah ini. Apa yang penting ialah perkara ini yang dianggap sebagai perkara pokok masih perlu kepada penjelasan dan pemantapan. Perkara ini adalah teras utama kepada sistem Islam dan juga sistem parlimen. Tanpa teras ini tidak mungkin perkara lain dapat diselesaikan. وقد أفاضا بعد ذلك في الشرح والتمثيل بما يفصل ما تقدم من هذه المعاني .. والمهم أن هذه النقطة وهي لب الأمر تحتاج على إيضاح واستقرار , وهي القاعدة الأولى من قواعد (النظام الإسلامي) أو النيابي على السواء , و بغير ذلك لا يمكن أن تستقيم الأمور أو تسلم .
3. Sistem Politik
Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat. (Al-Maidah: 48) فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللهُ وَلا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنَ الْحَقِّ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجاً وَلَوْ شَاءَ اللهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً
Perpaduan Rakyat وحـدة الأمـــة
Saya telahpun jelaskan bahawa Islam yang suci ini amat mengambil berat soal perpaduan. Islam meletakkan soal perpaduan ini sebagai aspek asasi dalam kehidupan masyarakat Islam. Bagi Islam aspek ini tidak boleh sama sekali dipandang ringan. Apatah lagi Islam telah meletakkan perpaduan seiring dengan iman: وأما عن وحدة الأمة فقد أبنت أن الإسلام الحنيف يفترضها افتراضاً , ويعتبرها جزءاً أساسياً في حياة المجتمع الإسلامي لا يتساهل فيه بحال , إذ أنه يعتبر الوحدة قرين الإيمان
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara. (Al-Hujurat: 10) (إنما المؤمنون أخوةً) ,
Malah Islam juga meletakkan perpecahan dan persengketaan setaraf dengan kekufuran. كما يعتبر الخلاف والفرقة قرين الكفر كما فال تعالى :
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman. (Aali Imran: 100) (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا فَرِيقاً مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ يَرُدُّوكُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ كَافِرِينَ) (آل عمران:100).
Iaitu setelah perpaduan kamu hancur. Rasulullah saw. juga pernah bersabda: “Janganlah kamu kembali kufur selepas saya apabila kamu saling berbunuh antara satu sama lain.” Jadi baginda menggunakan perkataan kufur bagi melambangkan perpecahan dan persengketaan, apabila mereka saling berbunuh antara satu sama lain. أي بعد وحدتكم متفرقين كما قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (لا ترجعوا بعدى كفاراً يضرب بعضكم وجوه بعض) فعبر بكلمة الكفر على الفرقة والخلاف وأن يضرب بعضهم وجوه بعض .
Saya yakin sistem perwakilan sama ada parlimen atau bukan parlimen tidak bercanggah dengan semangat perpaduan ini. Apatah lagi apabila budaya hidup masyarakat adalah sama dari sudut dasar dan fahaman seperti apa yang diamalkan oleh umat Islam hari ini. Amalan kepartian, perpecahan dan persengketaan dalam arena parlimen ini hanya berlaku di Eropah dan tempat-tempat yang lain kerana Eropah membangun di atas runtuhan ini. Di sana persengketaan berdarah yang kerap berlaku antara rakyat dengan pemerintah adalah punca pertumbuhan sistem perwakilan ini. Walaupun demikian masih wujud perbezaan sumber dan pendapat. Keadaan ini berbeza dengan umat Islam kerana Allah memelihara mereka daripada segala keretakan dan ketidak stabilan ini. Allah mengukuhkan ikatan mereka melalui ikatan Islam dan semangat toleransi. وأعتقد أن الحكم النيابي – برلمانيا وغير برلماني – لا يأبى هذه الوحدة , وبخاصة إن كان لون الحياة الاجتماعية واحداً في أصوله واتجاهاته العامة , كما هو شأن الأمة الإسلامية جميعاً في هذه الأيام , وإنما لازمت الحزبية والفرقة والخلاف هذا النظام النيابي في أوربا وغيرها , لأنها نشأت على أنقاضها , وكانت الخلافات المتكررة الدامية بين الشعوب وحكامها هي السبب في نشأته فعلاً مع تباين المشارب واختلاف الآراء … أما الأمم الإسلامية فقد حماها الله من ذلك كله , وعصمها بوحدة الإسلام وسماحته من هذا التبلبل والاضطراب .
Namun demikian sistem parlimen dengan amalan pelbagai parti yang membuang masa ini tidak berlaku di tempat asalnya. Di England hanya terdapat dua parti sahaja. Kuasa memerintah pula hanya bergilir antara dua parti ini. Malah amalan kepartian ini hanya dianggap sebagai masalah dalaman negara. Mereka akan sentiasa bersatu apabila berhadapan dengan masalah bersama. Dengan ini, amalan kepartian ini tidak mempengaruhi budaya mereka. Demikian juga dengan Amerika, di sana hanya dua parti sahaja yang wujud. Malah kedua-dua parti ini hanya wujud pada musim pilihanraya sahaja. Selepas tamat musim pilihanraya tidak wujud lagi amalan kepartian dan juga parti. Sementara negara yang mempunyai pelbagai parti dan berlumba-lumba membentuk pelbagai parti berhadapan dengan pelbagai masalah. Baik ketika perang mahupun ketika aman. Perancis adalah contoh terbaik untuk itu. ومع هذا فإن الحكم النيابي في أعرق مواطنه لم يقم على هذه الحزبية المسرفة , فليس في إنجلترا إلا حزبان هما اللذان يتداولان فيها الأمر , وتكاد تكون حزبيتهما داخلية بحتة , وتجمعهما دائما المسائل القومية المهمة , فلا تجد لهذه الحزبية أثرا البتة , كما أن أمريكا ليس فيها إلا حزبان كذلك لا نسمع عنهما شيئا إلا في مواسم الانتخابات , أما فيما عدا هذا فلا حزبية ولا أحزاب , والبلاد التي تطورت في الحزبية وأسرفت في تكوين الأحزاب ذاقت وبال أمرها في الحرب والسلم على السواء , وفرنسا أوضح مثال لذلك.
Jika perpaduan rakyat menjadi asas kepada sistem sosial Islam dan ia tidak bercanggah dengan sistem parlimen, ini bermakna kita kini wajib segera berubah ke arah perpaduan. Amalan kepartian di Mesir ini telah memusnahkan segala-galanya. وإذا كان الأمر كذلك , وكانت وحدة الأمة أساسا في النظام الاجتماعي الإسلامي ولا يأباه النظام النيابي فإن من الواجب أن نتحول سريعا إلى الوحدة بعد أن أهلكت الحزبية في مصر الحرث والنسل .
Parti-Parti Di Mesir الأحزاب المصرية
Suatu perkara yang maklum ialah parti-parti yang ada di Mesir ini hanya membawa imej buruk kepada negara yang hebat ini. Parti-parti ini adalah punca segala kepincangan masyarakat yang kita alami sekarang ini. Parti-parti ini sebenarnya bukanlah parti-parti dalam erti kata sebenar sebagaimana yang difahami oleh negara-negara dunia yang lain. Ia hanyalah suatu siri persengketaan akibat perselisihan peribadi antara beberapa orang tokoh dalam negara ini. Secara kebetulan keadaan ketika itu mendorong mereka untuk berucap atas nama parti dan berjuang menuntut hak-hak sebagai warganegara. Seperkara lagi yang semua maklumi ialah kesemua parti ini tidak mempunyai sebarang program atau agenda. Persengketaan yang berlaku antara parti-parti ini tidak lain hanyalah soal-soal peribadi. Buktinya jelas melalui kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan ketika tidak berkuasa dan ucapan-ucapan yang disampaikan ketika berkuasa. Oleh kerana parti-parti ini membekalkan ahli senat dan ahli parlimen maka mereka inilah yang menentukan corak pemerintahan dalam parlimen. Ini bermakna apa yang pasti, politik tidak akan stabil selagimana inilah sikap mereka yang menentukan corak pemerintahan. لقد انعقد الإجماع على أن الأحزاب المصرية هي سيئة هذا الوطن الكبرى , وهي أساس الفساد الاجتماعي الذي نصطلي بناره الآن , وأنها ليست أحزابا حقيقية بالمعنى الذي تعرف به الأحزاب في أي بلد من بلاد الدنيا , فهي ليست أكثر من سلسلة انشقاقات  أحدثتها خلافات شخصية بين نفر من أبناء هذه الأمة , اقتضت الظروف في يوم ما أن يتحدثوا باسمها وأن يطالبوا بحقوقها القومية , كما انعقد الإجماع على أن هذه الأحزاب لا برامج لها ولا مناهج , ولا خلاف بينها في شيء أبدا إلا في الشخصيات , وآية ذلك واضحة فيما تعلن من بيانات خارج الحكم وفيما تطلع به من خطب العرش داخل الحكم , وبما أن الأحزاب هي التي تقدم الشيوخ و النواب , وهي التي تسيّر دفة الحكم في الحياة النيابية فإن من البديهي ألا يستقيم أمر الحكم وهذا حال من يسيّرون دفته .
Kenyataan ini diakui oleh semua pihak dan pernah disebut sendiri oleh beberapa tokoh ahli senat, ahli parlimen, ahli perundangan dan ahli-ahli perlembagaan. Sesiapa yang pernah membaca tulisan Alwi Basha dalam bukunya, “Dasar Patriotisme” atau buku Hasan al-Gadawi, “Kepincangan Politik Mesir” atau penulis-penulis lain nescaya anda akan dapati apa yang saya katakan ini adalah benar. Di sini saya ingin memetik tulisan seorang pakar perlembagaan, Sayed Sobri dalam buku “Prinsip Undang-undang Perlembagaan” berkenaan dengan parti-parti di Mesir, menurut beliau: “Pada hakikatnya, kebanyakan parti-parti politik di Mesir tidak lagi mempunyai program yang diperjuangkan oleh ahlinya. Malah setiap parti kini hanyalah sebagai lambang kepada seorang bekas menteri yang mempunyai pengikut dan ahli. Perkara ini memberikan kesan yang amat besar kerana kini pilihanraya bukan lagi berdasarkan perbandingan antara manifesto yang diajukan. Sebaliknya kini semua parti mempunyai manifesto yang sama. Pilihanraya lebih bergantung kepada kepercayaan kepada individu tertentu atau persaingan antara individu tertentu. Pilihanraya kini lebih bersifat persaingan peribadi bukan bersifat persaingan antara parti sepertimana yang diamalkan oleh masyarakat di Barat. Sudah tentu kewujudan pelbagai parti dengan budaya yang sedemikian akan memecah belahkan negara kepada puak-puak dan kumpulan. Keadaan ini juga menimbulkan persengketaan dan perbalahan antara individu dan antara keluarga tanpa sebab yang munasabah atau rasional.” وهذا الكلام الذي انعقد إجماع الأمة عليه , أعلنه شيوخ ونواب وفقهاء ودستوريون في صراحة ووضوح , ومن قرأ ما كتبه علوبة باشا في كتابه (مبادئ وطنية) , أو الأستاذ حسن الجداوي في كتابه (عيوب الحكم في مصر) أو غيرهما من الكتاب , رأى صدق ما نقول , وحسبنا هنا أن ننقل فقرة من كتاب الفقيه الدستوري الأستاذ سيد صبري (مبادئ القانون الدستوري) عن الأحزاب المصرية قال : (والواقع أنه لم يعد لأغلب الأحزاب السياسية في مصر برنامج يدافع عنه أنصاره , بل أصبح كل حزب عبارة عن وزير سابق له أنصار ومريدون , ولهذه النتيجة أهميتها , فإن الانتخاب لن يقوم على المفاضلة بين البرامج , فقد أصبحت واحدة للجميع , بل سيقوم على الثقة بالأشخاص أو المفاضلة بينهم , وستكون الانتخابات شخصية لا حزبية بالمعنى المفهوم لدى الشعوب الغربية , وبديهي أن بقاء الأحزاب على هذا المنوال يقسم البلاد شيعا وأحزابا ويثير الشقاق والمنازعات بين الأفراد والأسر بلا سبب مفهوم ولا أساس معقول).
Apa yang lebih memburukkan lagi ialah Mesir sehingga kini masih lagi merupakan sebuah negara yang dijajah. Satu-satunya pihak yang mendapat keuntungan akibat perpecahan ini ialah pihak penjajah. Sepatutnya penduduk Lembah Nil ini bersatu padu untuk memperjuangkan kemerdekaan dan melakukan usaha transformasi dalaman. Jika semua ini diambil kira, perkara ini amat berat untuk diambil ringan atau dipandang sambil lewa. وإذا أضيف إلى هذا أن مصر بلدا محتلا إلى الآن , وأن الذي يستفيد من هذه الفرقة هم المحتلون الغاصبون فقط , وأنه إذا استسيغ الخلاف – وهو غير مستساغ بحال – في أمة من الأمم , فإن أمة وادي النيل هي أحوج ما تكون إلى أكمل معاني الوحدة لتتجمع قواها في نضال الاستقلال وفي عمل الإصلاح الداخلي , إذا أضيف هذا كله كان الأمر أخطر من أن يهمل أو يستهان به .
Pembubaran Parti-Parti Di Mesir حل الأحزاب المصرية
Jika demikian keadaannya, kita tidak faham kenapa bangsa yang baik, gagah dan mulia ini perlu berpuak-puak dengan bertopengkan nama parti-parti politik? ولا أدري إذا كان الأمر كذلك فلا أدري ما الذي يفرض على هذا الشعب الطيب المجاهد المناضل الكريم هذه الشيع والطوائف من الناس التي تسمي نفسها الأحزاب السياسية؟
Perkara ini sebenarnya sangat serius. Ada pihak yang cuba menyatukan parti-parti ini. Mereka cuba untuk menghentikan budaya berpuak yang melanda negara ini walaupun untuk seketika namun mereka gagal. Keadaan ini sudah tidak dapat dipulihkan lagi. Kini tiada jalan lain selain semua parti-parti ini perlu dibubarkan. Seluruh keupayaan rakyat perlu disatukan di bawah satu parti yang akan bertindak memperjuangkan kemerdekaan dan kebebasan negara. Sebuah parti yang akan mengatur dasar-dasar pemulihan yang menyeluruh dalam negara. Seterusnya segala peristiwa yang berlaku selepas itu akan menentukan cara-cara bagaimana masyarakat akan berganding bahu dalam suasana perpaduan yang diwajibkan oleh Islam. إن الأمر خطير , ولقد حاول المصلحون أن يصلوا إلى وحدة ولو مؤقتة لمواجهة هذه الظروف العصيبة التي تجتازها البلاد , فيئسوا وأخفقوا , ولم يعد الأمر يحتمل أنصاف الحلول , ولا مناص بعد الآن من أن تحل هذه الأحزاب جميعا وتجمع قوى الأمة في حزب واحد يعمل لاستكمال استقلالها وحريته , ويضع أصول الإصلاح الداخلي العام , ثم ترسم الحوادث بعد ذلك للناس طرائق في التنظيم في ظل الوحدة التي يفرضها الإسلام.
4. Sistem Politik احترام رأى الأمة
Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: Kami dengar dan kami taat. (An-Nur: 51) إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَنْ يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا
Menghormati Aspirasi Rakyat – Sistem Pilihanraya نظام الانتخابات
Berhubung soal menghormati aspirasi rakyat di samping perlunya perkongsian kuasa dengan cara yang betul bersama rakyat, Islam tidak mewajibkan pandangan setiap rakyat diambil dalam semua perkara. Dalam istilah moden masalah ini dinamakan pungutan suara. Bagi sesuatu situasi yang biasa memadai dengan mengambil kira pandangan ahl al-hal wa al-aqd. Namun tidak pula ditentukan siapa nama atau bagaimana peribadi mereka. Berpandukan kepada pendapat ulamak dan sifat-sifat yang diberikan, sifat yang dinyatakan itu wujud pada tiga golongan: وأما عن احترام رأى الأمة , ووجوب تمثيلها واشتراكها في الحكم اشتراكاً صحيحاً ، فإن الإسلام لم يشترط استبانة رأى أفرادها جميعاً في كل نازلة ، وهو المعبر عنه ، في الاصطلاح الحديث بالاستفتاء العام ، ولكنه اكتفى في الأحوال العادية (بأهل الحل والعقد) ولم يعينهم بأسمائهم ، ولا بأشخاصهم ، والظاهر من أقوال الفقهاء ووصفهم إياهم أن هذا الوصف ينطبق على ثلاث فئات هم :
1.  Para ulamak mujtahid yang mana fatwa dan terbitan hukum mereka diguna pakai. 1 – الفقهاء المجتهدون الذين يعتمد على أقوالهم في الفتيا واستنباط الأحكام .
2.  Golongan yang pakar dalam pelbagai bidang. 2 – وأهل الخبرة في الشؤون العامة .
3.  Golongan yang memiliki kuasa sebagai pemimpin atau ketua seperti ketua rumah, ketua keluarga, ketua kabilah dan ketua kumpulan. 3- ومن لهم نوع قيادة أو رئاسة في الناس كزعماء البيوت والأسر وشيوخ القبائل ورؤوساء المجموعات .
Kesemua mereka ini termasuk dalam erti kata “ahl al-hal wa al-aqd”. فهؤلاء جميعاً يصح أن تشملهم عبارة “أهل الحل والعقد” .
Sistem parlimen hari ini telah menggariskan kaedah untuk memilih ahl al-hal wa al-aqd. Ia dilakukan melalui pilihanraya atau pelbagai cara yang digariskan oleh para pakar perlembagaan. Islam tidak menolak kaedah ini selagimana kaedah ini membantu pemilihan ahl al-hal wa al-aqd. Malah ia boleh dilakukan jika wujud dalam sesebuah sistem itu ciri-ciri ahl al-hal wa al-aqd yang ditetapkan. Hanya mereka yang memenuhi ciri-ciri ini sahaja yang dibenarkan untuk mewakili rakyat. ولقد رتب النظام النيابي الحديث طريق الوصول إلى أهل الحل والعقد بما وضع الفقهاء الدستوريون من نظام الانتخابات وطرائقه المختلفة ، والإسلام لا يأبى هذا التنظيم ما دام يؤدى إلى اختيار أهل الحل والعقد ، وذلك ميسور إذا لوحظ في أي نظام من نظم تحديد الانتخاب صفات أهل الحل والعقد ، وعدم السماح لغيرهم بالتقدم للنيابة عن الأمة .
Kelemahan Sistem Pilihanraya Di Mesir عيوب نظم الانتخابات في مصر
Kita di Mesir telah mengamalkan sistem pilihanraya satu pusingan pada tahun 1923. Dalam tahun 1930 pula kita mengamalkan sistem pilihanraya dua pusingan. Malangnya kedua-dua sistem ini tidak mencapai maksud yang diharapkan. Ketika sistem ini diamalkan wujud beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki secara menyeluruh. Sebenarnya kelemahan bukanlah suatu kesalahan.  ونحن في مصر قد أخذنا بنظام الانتخاب المباشر تارة في قانون سنة 1923 , وبنظام الانتخاب على درجتين في قانون سنة 1930 , وكلاهما في الواقع لم يحقق الغرض المقصود منه , وظهر له حين التطبيق عيوب يجب أن نعمل على إصلاحها بتعديل شامل , وليس الخطأ عيبا في ذاته , ولكن الرضا به والاستمرار عليه والدفاع عنه هو الخطأ كل الخطأ .
Apa yang salah ialah kekal dan mempertahankan kelemahan tersebut. Semua pihak merasakan akta pilihanraya yang sedia ada tidak mampu mencapai maksud pilihanraya itu sendiri iaitu memilih orang yang layak untuk mewakili rakyat. Pelbagai kritikan diajukan yang mendedahkan pelbagai kelemahan sistem ini. Kelemahan yang paling ketara telah dinyatakan oleh Sayed Sobri dalam bukunya, “Prinsip undang-undang perlembagaan”: “Sistem ini mewujudkan satu badan yang dipilih tetapi tidak mampu untuk merealisasikan maksud sebenar di sebalik pilihanraya ini. Sistem ini juga tidak merealisasikan idea perwakilan rakyat yang sebenar. Sistem ini tidak berjaya mewujudkan suatu badan yang bertindak untuk kepentingan semua tanpa terikat dengan sebarang halangan…” Beliau seterusnya membentangkan satu statistik lengkap yang menunjukkan keputusan yang dicapai dalam beberapa sesi parlimen Mesir sebenarnya tidak menggambarkan keputusan keseluruhan rakyat ataupun majoriti rakyat. Malah langsung tidak menggambarkan pandangan minoriti rakyat. Sebaliknya ia hanya mewakili segelintir kecil rakyat yang layak mengundi dan tidak pernah walau sekalipun mencecah 12 peratus. Kenyataannya adalah seperti berikut: ولقد شعر الجميع بقصور قانون الانتخابات الحالي عن الوفاء بالغرض الذي وضع من أجله وهو الوصول إلى اختيار الصالحين للنيابة عن الأمة ، ووجهت إليه انتقادات مرة كشفت عن كثير من العيوب وأهمها ما ذكره الدكتور سيد صبري في كتابه (مبادئ القانون الدستوري) : {أنه أوجد هيئة ناخبة لا يمكنها تحقيق الغرض من الانتخابات على الوجه المطلوب ، وأنه لم يحقق فكرة تمثيل الأمة تمثيلاً صحيحاً ، وأنه لم يصل إلى إيجاد هيئة تعمل للصالح العام مجردة من كل قيد … ) وقد أورد بعد ذلك إحصائية دقيقة خلص منها بالأرقام إلى أن قرارات البرلمان المصري في أدواره المختلفة لا تعبر عن رأى الأمة ولا عن رأى أكثريتها ، ولا عن رأى أقلية محترمة عن أبنائها , وإنما تعبر عن رأى نسبة ضئيلة من مجموع من له حق الانتخاب , لم تصل يوما إلى 12% وبيان ذلك :
Pada sesi parlimen tahun 1936, walaupun dari segi undang-undang badan ini sah dan berkuasa namun hanya 10.75 peratus daripada ahli sesi ini yang terlibat membuat keputusan. أن مجلس نواب سنة 1936 لا تمثل قراراته – مع أنها صحيحة ونافذة بحكم القانون – إلا 10.75% من هيئة الناخبين .
Sesi tahun 1929 hanya 9.25 peratus. ومجلس سنة 1929 نسبة التمثيل فيه 9.25% .
Sesi tahun 1936 hanya 9.25 peratus. ومجلس سنة  1936 النسبة فيه 10.75% .
Sesi tahun 1938 hanya 11.75 peratus. ومجلس سنة 1938 النسبة فيه  11.75% .
Sesi tahun 1942 hanya 9.75 peratus. ومجلس سنة 1942 النسبة فيه 9.75% .
Sesi tahun ini juga tidak jauh berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. فكيف يقال بعد هذا إن ذلك تعبير عن رأي الأمة
Oleh yang demikian tidak mungkin keputusan yang dicapai di sini boleh menggambarkan keputusan rakyat atau boleh mewakili rakyat yang sah!  وتمثيل لها تمثيلا صحيحا؟!
Pindaan Dan Pengubalan تعديل وإصلاح
Akta pilihanraya perlu dipinda dan dibaiki. Beberapa kandungan yang perlu diubah adalah seperti berikut: لا بد من تعديل وإصلاح لقانون الانتخاب ، ومن وجوه هذا الإصلاح الضرورة :
1.  Garis panduan bagi memilih calon-calon yang layak bertanding dalam pilihanraya. Jika mereka mewakili badan-badan tertentu badan-badan ini mestilah mempunyai program yang tersusun dan agenda terperinci yang akan dibentang oleh calon. Jika mereka tidak mewakili mana-mana badan mereka perlu mempunyai sifat-sifat tertentu dan progam pembangunan tertentu yang melayakkan mereka untuk mewakili rakyat. Perkara ini secara tidak langsung memerlukan parti-parti di Mesir dipulihkan dan perubahan kepada segala asas yang menjadi landasan parti-parti politik. 1 – وضع صفات خاصة للمرشحين أنفسهم ، فإذا كانوا ممثلين لهيئات فلا بد أن يكون لهذه الهيئات برامج واضحة وأغراض مفصلة يتقدم على أساسها هذا المرشح ، وإذا لم يكونوا ممثلين لهيئات فلا بد أن يكون لهم من الصفات والمناهج الاصلاحية ما يؤهلهم للتقدم للنيابة عن الأمة ، وهذا المعنى مرتبط إلى حد كبير بإصلاح الأحزاب في مصر ، وما يجب أن يكون عليه أمر الهيئات السياسية فيها .
2.  Garis panduan bagi kempen pilihanraya. Hukuman perlu dikenakan bagi mereka yang melanggar garis panduan ini. Kempen pilihanraya tidak boleh menyentuh soal keluarga atau rumah atau soal peribadi yang tiada kena mengena dengan kelayakan calon. Sebaliknya kempen mesti tertumpu kepada program dan rancangan pembangunan. 2 – وضع حدود للدعاية الانتخابية ، وفرض عقوبات على من يخالف هذه الحدود ، بحيث لا تتناول الأسر ولا البيوت ولا المعاني الشخصية البحتة التي لا دخل لها في أهلية المرشح وإنما تدور حول المناهج والخطط الإصلاحية .
3.  Proses pilihanraya perlu dibaiki dan proses pengesahan identiti pengundi perlu diluaskan. Proses pilihanraya ini kini menjadi suatu yang mengelirukan apabila ia menjadi mainan parti-parti politik dan kerajaan semenjak kebelakangan ini. Pengundian kini dijalankan secara paksa. 3 – إصلاح جداول الانتخابات ، وتعميم نظام تحقيق الشخصية ، فقد أصبح أمر جداول الانتخابات أمراً عجباً بعد أن لعبت بها الأهواء الحزبية والأغراض الحكومية طول هذه الفترات المتعاقبة ، وفرض التصويت إجبارياً .
4.  Hukuman yang berat kepada apa jua bentuk penipuan termasuklah amalan rasuah. 4 – وضع عقوبة قاسية للتزوير من أي نوع كان ، وللرشوة الانتخابية كذلك.
5.  Jika boleh pilihanraya dibuat secara berkumpulan bukan secara individu kerana ia lebih baik. Dengan ini wakil rakyat tidak perlu berhadapan dengan tekanan pengundi. Di samping itu, wakil rakyat dan para pengundi akan lebih mengutamakan kepentingan umum daripada kepentingan peribadi. 5 – وإذا عدل إلى الانتخابات بالقائمة ، لا الانتخاب الفردي كان ذلك أولى وأفضل ، حتى يتحرر النواب من ضغط ناخبيهم  ، وتحل المصالح العامة محل المصالح الشخصية في تقدير النواب والاتصال بهم .
Namun demikian, masih banyak yang perlu dipinda dan dibaiki. Ini hanyalah sebagai contoh. Jika kita berazam dengan penuh kesungguhan jalan akan terbuka luas. Kesilapan besar kita ialah masih mahu mengekalkan dan menerima keadaan ini tanpa cuba untuk mengubah dan membaikinya. وعلى كل حال فأبواب الإصلاح والتعديل كثيرة ، هذه نماذج منها ، وإذا صدق العزم وضح السبيل ، والخطأ كل الخطأ في البقاء على هذا الحال والرضا به ، والانصراف عن محاولة الإصلاح.
5. Sistem Politik الواقع الحالي
Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat. (Al-Nisa’: 105) إِنَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللهُ وَلا تَكُنْ لِلْخَائِنِينَ خَصِيماً
Dalam tulisan saya yang lalu saya membentangkan tiga elemen utama kepada sistem politik Islam atau sistem parlimen hari ini iaitu: عرضت في الكلمات السابقة لدعائم الحكم الصالح الثلاث في النظام الإسلامي أو النيابي على السواء , وهي :
1.  Pemerintah yang bertanggungjawab. 1 – مسؤولية الحاكم
2.  Perpaduan umat. 2 – ووحدة الأمة
3.  Menghormati aspirasi rakyat. 3 – واحترام إرادتها
Secara amat ringkas saya telah jelaskan beberapa perkara yang kabur dalam perlembagaan dan kelemahan yang wujud dalam pelaksanaannya. Begitu juga kelemahan yang wujud dalam corak pemerintahan yang kita amalkan semenjak wujudnya perlembagaan Mesir hingga ke hari ini. Akibat segala kekaburan dan kelemahan ini, kita hari ini menjadi bingung, gelisah dan terumbang-ambing. Malah kita berhadapan dengan perpecahan. وأشرت في إيجاز بالغ إلى نواحي الغموض في التشريع , والقصور والفساد في التطبيق , في أسلوب الحكم الذي جربناه منذ صدور الدستور المصري إلى الآن , وقد كانت نتيجة هذا الغموض والقصور والفساد … ما نحن عليه الآن من حيرة قلق و ارتباك , وما وصلنا إليه من فرقة وتمزق وشتات .
Kelemahan kerajaan ضعف الحكومات
Tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa kerajaan-kerajaan yang wujud sejak kebelakangan ini gagal melaksanakan tanggungjawab mereka. Kewibawaan mereka sebagai kerajaan telah dipertikaikan disebabkan oleh budaya kata mengata sama ada benar mahupun palsu yang menjadi budaya dalam parti. Di samping kelemahan yang sedia ada disebabkan tidak wujudnya garis panduan kepada tanggungjawab yang perlu dimainkan dan dipikul sepenuhnya oleh kerajaan. Jikalau tidak kerana masyarakat Mesir ini memiliki sifat ketaatan dan kesediaan yang tinggi dan dalam masa yang sama semua urusan masih dapat berjalan dengan lancar secara rutin walaupun tanpa sebarang pembaharuan dan inovasi, nescaya segala urusan akan terbantut dan jentera pentadbiran yang kucar-kacir ini tidak akan mampu memenuhi keperluan rakyat atau mewujudkan ruang kerja untuk rakyat. لا يجادل أحد في أن الحكومات المتعاقبة قد ضعفت عن أداء واجبها ، وفقد معظم هيبتها في النفوس كحكومة , بسبب هذا التجريح بالحق وبالباطل الذي تمليه الروح الحزبية البحتة ، وبسبب هذا العجز الناتج عن عدم تحديد المسؤولية والاضطلاع بها كاملة غير منقوصة ، ولولا أن النفوس في مصر مطبوعة بطابع الطاعة والاستسلام ، والأعمال تسير بطريق روتيني لا تجديد فيه ولا ابتكار .. لتعطل كل شئ ، ولعجز الدولاب الإداري المضطرب عن أن ينهض بحاجات الشعب أو أن يؤدى للناس عملاً.
Kewibawaan Undang-Undang هيبة القانون
Tidak dapat dinafikan kuasa undang-undang telah lemah dan tidak dihormati lagi. Ini disebabkan oleh wujudnya pelbagai amalan diskriminasi, nepotisme dan helah. Malah ada kalanya undang-undang dipinda demi kepentingan peribadi. Walaupun secara lahirnya pindaan ini mengikut undang-undang namun alasan pindaan ini biasanya diketahui oleh umum. Segala gejala ini memberi kesan kepada rakyat dan mengubah pandangan mereka terhadap kewibawaan undang-undang dan sistem. ولا شك أن سلطان القانون قد تزعزع وفقد معظم احترامه كذلك ، بسبب هذه الاستثناءات والمحسوبيات والحيل المتكررة ، والاعتداء أحياناً بنسخ القانون لغرض شخصي .. ولو أن هذا النسخ بقانون في ظاهر الأمر , ولكن الدوافع تكون معروفة دائماً ولا تخفي على أحد ، فيعمل ذلك عمله في النفوس وينال من هيبة القانون واحترام النظام .
Amalan Kepartian Buta حزبية عمياء
Tidak dinafikan api permusuhan dan hasad dengki telah merobek hati pemerintah dan juga rakyat akibat budaya kepartian yang sumbang ini. Suatu hakikat yang rakyat Mesir belum fahami ialah perbezaan pendapat tidak semestinya merosakkan hubungan mesra. Sebaliknya apa yang kita faham sekarang ialah perbezaan pendapat adalah suatu tanda permusuhan. Malah akibat perbezaan pendapat ini kita ketepikan segala kepentingan umum dengan memutuskan segala hubungan dalam semua perkara. Kita melihat kebenaran yang ada pada pihak parti lawan adalah salah dan kesalahan di pihak parti kita adalah benar. Sentimen ini mempengaruhi segala tindak-tanduk kita. Penyakit ini semakin tenat dan merebak walau dalam keadaan genting. Kita tidak mampu bersatu untuk berhadapan dengan apa jua krisis walaupun demi kebaikan bersama dan demi kepentingan negara. ولا شك أن نار الخصومة والحقد قد اضطرب في نفوس الحاكمين والمحكومين على السواء ، بفعل هذه الحزبية الخاطئة , التي لم نفهمها نحن في مصر في يوم من الأيام على أنها خلاف في الرأي لا يفسد للود قضية , بل فهمناها عداوة وبغضاء تتعدى النظر في المصالح العامة إلى المقاطعة في كل الشؤون عامة وخاصة , وإلى أن نرى الحق في جانب خصومنا الحزبيين باطلا , والباطل في جانب أنصارنا الحزبيين حقا , ونصدر من هذا الشعور في كل تصرفاتنا وصلاتنا , ويستفحل هذا الداء ويستشري حتى في أحرج المواقف , فلا نستطيع أن نوحد صفوفنا في أي موقف قومي مهما يكن يتوقف عليه إصلاح أمرنا ومستقبل بلادنا .
Sentimen seperti ini dan salah faham terhadap amalan kepartian mewujudkan budaya bermusuh yang sudah sebati. Kesannya, segala potensi akal dan tenaga pemimpin kita hanya tertumpu kepada dua perkara iaitu menjatuhkan parti lawan dan mengelakkan rancangan jahat lawan. Oleh itu segala tumpuan pemerintah hanya kepada dua perkara ini. Demikian juga dengan tumpuan pihak pembangkang. Dalam usaha mencapai matlamat ini, segala hak dan kepentingan rakyat diketepikan. Keadaan ini menyedihkan bagi seorang sahabat tetapi menggembirakan bagi seorang musuh. Musuh akan mengambil kesempatan ini untuk menguasai hasil bumi negara. وهذا الشعور البغيض , والفهم الخاطئ للحزبية الذي تحول إلى عداوة متأصلة , قد كان من نتائجه : أن انصرفت معظم الجهود الفكرية والعملية إلى أمرين استغرقا كل اهتمام رجالنا , وهما : الإيقاع بالخصوم الحزبيين واتقاء مكائدهم , فالحاكم يصرف جل همه في هاتين الناحيتين , والمعارضة لا تقل عن الحاكم اهتماما بها , وفي سبيل ذلك تضيع الحقوق وتتعطل المصالح , ويرثى الأصدقاء ويشمت الأعداء , ويستفيد الخصم الجاثم على صدر البلاد .
Fenomena ini menyebabkan semangat manusia menjadi lemah dan zahir mereka tidak stabil dan hancur. Masalah ini telah sampai ke kemuncak dan tidak boleh dibiarkan lagi. Justeru perlu wujud perubahan yang menyeluruh dan pantas. Golongan pemerintah perlu memahami hakikat ini dan segera mengambil tindakan sewajarnya untuk melakukan perubahan yang betul dengan inisiatif dan usaha sendiri. Jika mereka lakukan, itulah yang sebaik-baiknya demi menjamin kestabilan. Masa masih ada untuk membuat pengislahan. Sebaliknya jika mereka masih tidak peka, masalah ini akan menjadi tidak terkawal. Akhirnya kuasa mereka akan terancam dan hanya Allah sahaja yang tahu akibatnya. هذه الحال قد أنتجت التحطم في المعنويات ، والفساد والاضطراب في الماديات وقد بلغ الأمر منتهاه ولم يعد قوس الصبر منزع ، ولابد من تغيير حازم حاسم سريع .. فأما أن يفقه أولو الأمر هذه الحقيقة ويقدروها ، فيبادروا في سرعة إلى إجراء التغيير الصالح برأيهم وعلى أيديهم ، وفي ذلك السلامة والاستقرار ، ومازال في الوقت متسع للإصلاح ، وإما أن يظلوا في هذا الانصراف فتسبقهم الحوادث ، ويفلت من يدهم الزمام ، ولا يدري عاقبة ذلك إلا الله .
Wahai pemerintah negara ini… يا أولى الأمر في هذا البلد ..
Wahai ketua kerajaan… ويا دولة رئيس الحكومة ..
Wahai ulamak-ulamak al-Azhar… ويا رجال الأزهر …
Wahai pemimpin-pemimpin parti, pertubuhan dan kumpulan… ويا زعماء الأحزاب والهيئات والجماعات …
Wahai mereka yang prihatin dengan nasib negara yang malang ini: ويا ذوى الغيرة على هذا الوطن الأسيف :
Sedarlah dan bertindaklah sebelum terlewat… di hadapan kamu ada sistem Islam sebagai penyelamat kamu… Namun segala-galanya terserah kepada Allah jua. تداركوا الأمر قبل الفوات .. وأمامكم سفينة النجاة من نظام الإسلام .. ولله عاقبة الأمور .
   
Sesungguhnya saya telah sampaikan, ya Allah saksikanlah. ألا هل بلغت … اللهم فاشهد .

[1] Kekacauan dan kejahilan.

[2]  Ahli keluarga. Maksud di sini ialah dia berperang, mengajak dan membantu seseorang bukan kerana agama dan kebenaran tetapi kerana taksub kepada kaum dan nafsunya.