Sistem Ekonomi النظــام الاقتصـــادي
Himpunan Risalah ( مجموعة الرسائل )
Kandungan | |
Pendahuluan | تمهيد |
Realiti Perekonomian Kita | واقعنا الاقتصـادي |
Tanggungjawab Pemerintah | إلى الإســلام |
Perpaduan Rakyat | قواعد النظام الاقتصادي الإسلامي |
Menghormati Aspirasi Rakyat | صور تطبيق النظام الاقتصادي الإسلامي |
Realiti Pemerintahan Kini | خـاتمـة |
Sistem Ekonomi | النظــام الاقتصـــادي |
Pendahuluan | تمـهـيد |
Di dalam tajuk krisis dalaman kita menurut perspektif Islam, saya telah menulis bahawa sistem politik Islam berlandaskan tiga asas iaitu: | كتبت تحت عنوان (مشكلاتنا الداخلية في ضوء النظام الإسلامي) عدة كلمات سالفة بينت فيها أن نظام الحكم الإسلامي يعتمد على قواعد ثلاث : |
1. Pemerintah yang bertanggungjawab. | أ ـ مسؤولية الحاكم |
2. Menghormati aspirasi rakyat. | ب ـ احترام إرادة الأمة |
3. Memelihara perpaduan rakyat. | ج ـ والمحافظة على وحدتها |
Secara kebetulan asas-asas ini juga adalah elemen utama sistem parlimen moden yang diamalkan. Saya juga sebutkan bahawa kita tidak melaksanakan dengan betul sistem Islam dan sistem parlimen moden ini. Kesannya semua perkara menjadi tidak stabil rentetan perkara tadi. Sesungguhnya urusan pemerintahan dan sistemnya adalah asas dan semua yang lain bergantung kepadanya. | وإن من حسن الحظ أن هذه هي أيضا دعائم النظام النيابي الحديث الذي اخترناه لأنفسنا , كما بينت أننا لم نطبق هذا النظام ولا ذاك تطبيقا صحيحا , وبذلك اضطربت الأمور تبعا لذلك , فإن هذا المر اصل وما عداه تابع له : |
“Ketahuilah dalam badan ini ada seketul daging jika ia sihat sihatlah seluruh badan dan jika ia sakit sakitlah seluruh badan ketahuilah ia adalah hati.” | (ألا وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله , وإذا فسدت فسد الجسد كله , ألا وهي القلب ) , |
Tidak dinafikan kerajaan adalah hati kepada pemulihan masyarakat secara menyeluruh. Jika kerajaan ini rosak rosaklah semuanya. Jika kerajaan ini elok, eloklah semuanya. Saya menggesa supaya mereka yang memegang tampuk kerajaan supaya segera membuat perubahan. Saya juga menyeru mereka supaya kembali kepada Islam yang suci, agama yang mengandungi segala kebaikan ini. Agar dengan ini mereka akan dipimpin dan melangkah berpandukan cahaya Islam. Tanpa panduan ini kita tidak mungkin akan dapat membuat perubahan sebenar seperti yang diharapkan. | الحكومة ولا شك قلب الإصلاح الاجتماعي كله , فإذا فسدت أوضاعها فسد الأمر كله وإذا صلحت صلح المر كله … وقد أهبت بالقائمين أن يبادروا بالإصلاح , وأن يعودوا إلى الإسلام الحنيف جماع الخير ليهتدوا بهديه ويسيروا على ضوئه , وبغير ذلك لا يمكن أن نظفر بالإصلاح الحقيقي . |
Kali ini saya ingin menyentuh aspek ekonomi kita. Saya berharap tulisan yang ikhlas ini akan mendapat perhatian, menyentuh hati, memberi kesedaran dan seterusnya berbuat sesuatu untuk mengatasinya. Sebelum penyakit ini merebak dan tidak lagi dapat dirawat. Sebelum jurang ini semakin meluas. Tiada suatu perkara lain yang menyentuh hati dan perasaan selain masalah ekonomi. Masalah ini akan menjerut masyarakat sehingga masyarakat tidak lagi mampu memperolehi keperluan hidup mereka. Apatah lagi untuk memperolehi lebih daripada itu. Ketika itu tidak ada krisis yang lebih besar daripada krisis roti. Tiada kesengsaraan yang lebih dahsyat daripada sengsara kebuluran. Tiada keperluan yang lebih penting daripada keperluan mendapatkan makanan asasi. “Orang yang mencari sesuap makanan tidak akan dipersalahkan”. Seorang hamba wanita menemui Muhammad bin al-Hasan al-Syaibani, sahabat Abu Hanifah seraya berkata: Tuan, tepung sudah habis. Muhammad membalas: Celaka engkau, engkau telah menghilangkan empat puluh masalah agama dalam kepalaku. | وهنا أتناول (وضعنا الاقتصادي) بمثل هذا البيان ، رجاء أن تجد هذه الكلمات المخلصة آذاناً مصغية ، وقلوباً واعية ، تستشعر الخطر وتعمل على تلافيه ، من قبل أن يستشري الداء ، ويعز الدواء ، ويتسع الخرق على الراقع …ولا يحرك النفوس ويثير الخواطر ، ويؤلم المشاعر شئ كالضائقة المالية ، تأخذ بخناق الجماهير فتحول بينهم وبن الحصول على ضروريات الحياة فضلاً عن كماليتها .. ولا أزمة أعنف من أزمة الرغيف ، ولا عضة أقوى من عضة الجوع والمسغبة .. ولا حاجة أشد من حاجة القوت ، وطالب القوت ما تعدى . دخلت الجارية على محمد بن الحسن الشيباني صاحب أبي حنيفة ، فقالت : يا سيدي فني الدقيق . فقال : قاتلك الله ! أذهبت من رأسي أربعين مسألة. |
Ada beberapa fakta yang tidak dapat dinafikan atau ditolak oleh sesiapa, iaitu: | وهناك حقائق لا يستطيع أحد أن ينكرها أو يتجاهلها منها : |
Kekayaan Hasil Bumi | واقعنا الاقتصـادي |
Negara ini bukanlah negara yang miskin. Malah mungkin negara ini adalah bumi Allah Taala yang paling kaya dengan sumber semulajadi atau pelbagai hasil mahsul yang lain seperti pertanian, perikanan, ternakan, galian, termasuklah Sungai Nilnya yang menakjubkan dan lembahnya yang subur. Malahan begitu banyak kurniaan Allah Taala yang dikurniakan kepada Mesir dan rakyat Mesir semenjak sekian lain. | إن هذا البلد ليس فقيراً ، بل لعله أغنى بلاد الله تبارك وتعالى بخيراته الطبيعية ، وثرواته المختلفة من زراعية ومائية وحيوانية ومعدنية ، ونيله العجيب ، وواديه الخصيب ، وما شئت من فضل الله تبارك وتعالى على مصر وأهل مصر منذ القدم : |
Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu. (Al-Baqarah: 61) | (اهْبِطُوا مِصْراً فَإِنَّ لَكُمْ مَا سَأَلْتُمْ) (البقرة:61) . |
Monopoli Asing | غنى الطبيعة |
Bangsa asing yang menjajah bumi ini akibat kelalaian rakyatnya, kerana sikap sambil lewa pemerintahnya di samping kerana kekejaman pihak yang menjajah, hidup mereka di bumi ini lebih senang berbanding rakyat dan peribuminya. Mereka telah menguasai sepenuhnya sumber kekayaan yang paling berharga dalam negara ini. Kesemua syarikat atau individu seperti kilang, syarikat perniagaan, kemudahan awam dan kemudahan asas berada dalam genggaman bangsa asing ataupun dipunyai oleh bangsa asing yang memiliki kerakyatan Mesir hanya pada zahirnya tetapi masih setia dengan negara asal mereka. Mereka menyalurkan kekayaan mereka kepada negara asal mereka. Kebanyakan bangsa asing ini masih memandang rendah rakyat, buruh dan pemerintah Mesir. | ومنها أن الأجانب الذين احتلوا هذا الوطن بغفلة من أهله , وتساهل من حكامه , وظلم من غاصبيه , أسعد حالا من أهله وبنيه , وأنهم قد وضعوا أيديهم على أفضل منابع الثروات فيه, شركات أو أفرادا , فالصناعة والتجارة , والمنافع العامة , والمرافق الرئيسية , كلها بيد هؤلاء الأجانب حقيقة ,أو الأجانب الذين اتخذوا من الجنسية المصرية شعارا ومازالوا يحنون بعد إلى أوطانهم ويؤثرونها بأكبر أرباحهم , ..وإن كثيرا مازال ينظر إلى المواطن المصري , والعامل المصري , والحاكم المصري نظرة لا تقدير فيها ولا إنصاف. |
Jurang Antara Kekayaan Dan Kemiskinan | ثراء فاحش وفقر مدقع |
Wujudnya jurang yang jauh antara pelbagai lapisan masyarakat. Yang kaya terlalu kaya dan yang miskin terlalu miskin. Hampir-hampir tidak wujud kelas pertengahan. Golongan yang kita gelar sebagai kelas menengah hari ini sebenarnya masih merupakan golongan yang miskin walaupun kita senaraikan mereka sebagai kelas menengah. Namun sepertimana kata pepatah: “Setengah keburukan lebih ringan daripada sesetengah keburukan yang lain”. Semoga Allah merahmati para ulama kita yang telah membuat kajian mendalam bagi membezakan antara orang fakir dan orang miskin. Kedua-dua golongan ini masih dianggap golongan yang susah dan memerlukan bantuan. | ومنها أن التفاوت عظيم ، والبون شاسع ، والفرق كبير ، بين الطبقات المختلفة في هذا الشعب ، فثراء فاحش وفقر مدقع ، والطبقة المتوسطة تكاد تكون معدومة ، والذي نسميه نحن الطبقة المتوسطة ليس إلا من الفقراء المعوزين وإن كنا نسميهم متوسطين ، على قاعدة : بعض الشر أهون من بعض . ورحم الله فقهاءنا الذين حبَّروا البحوث الطويلة في الفرق بين الفقراء والمساكين وإن كلاهما من المحتاجين البائسين . |
Ketidak Tentuan Ekonomi | تخبط اقتصادي |
Suatu perkara yang amat penting ialah dalam kita mengharungi persaingan sengit antara teori-teori ekonomi seperti kapitalisme atau sosialisme atau komunisme, kita masih belum menetapkan corak ekonomi kita sendiri. Sedangkan masa mendesak kita untuk membuat keputusan. Keadaan semakin kompleks dan kita tidak lagi dapat mengambil jalan tengah. Kita tiada pilihan selain terpaksa membuat keputusan. Kita kini perlu menentukan halatuju kita dengan jelas. Kita perlu mengorak langkah bagi melaksanakannya dengan nekad dan bersungguh-sungguh. | ومنها وهو الأهم ، أننا في وسط هذا المعترك الحاد الصاخب العنيف بين المبادئ الاقتصادية، من رأسمالية أو اشتراكية أو شيوعية ، لم نحدد لوناً نصبغ به حياتنا الاقتصادية , في وقت تحتم فيه التحديد ، وتعقدت فيه الأمور ، بحيث لم تعد تنفع فيها أنصاف الحلول ، ولم يعد يجدي إلا الوضوح الكامل ، وتحديد الأهداف تحديداً دقيقاً ، والسير إليها في قوة وعزيمة . |
Walaupun semua fenomena ini pada segi zahirnya dipengaruhi oleh aspek politik namun faktor dan kesannya masih dianggap sebagai fenomena ekonomi. Dengan ini kita perlu memilih salah satu daripada teori yang ada atau teori-teori lain jika ada. Agar kita dapat hidup dengan pengetahuan yang jelas tentang kelebihan dan keistimewaan teori tersebut. Seterusnya kita dapat tahu matlamat utama kita dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk sampai ke matlamat tersebut. | وهذه الأوضاع ، وإن امتزجت بها المعاني السياسية ، إلا أنها في أغلب صورها ودوافعها ونتائجها تعاليم وأوضاع اقتصادية ، ولهذا لا بد لنا من أن نختار لوناً من هذه الألوان أو من غيرها إن استطعنا ، لنعيش في حدود وضع معلوم له خصائصه ومميزاته ، يحدد أهدافنا الرئيسية ، ويرسم لنا طريق العمل للوصول إلى هذه الأهداف . |
Kembali Kepada Islam | إلى الإســلام |
Namun demikian saya amat-amat yakin, tiada satupun di antara teori-teori tersebut yang mampu membawa kebaikan kepada kita. Setiap teori tersebut ada kelemahan yang ketara dan kelebihan yang tersendiri. Semua teori ini lahir bukan dalam negara kita dan ia lahir untuk budaya asing yang berbeza dengan budaya kita. Apatah lagi kita sendiri sebenarnya telahpun memiliki suatu sistem yang lengkap dan mampu membuat perubahan yang menyeluruh iaitu sistem Islam. Islam telah menggariskan beberapa asas ekonomi yang menyeluruh dan asasi. Jika asas-asas ini kita pelajari dan kita laksanakan dengan betul nescaya segala masalah kita akan selesai. Malah lebih dari itu kita mampu menggarap pula segala kelebihan yang ada dalam teori lain. Di samping itu kita juga dapat mengelak segala kelemahan yang ada dalam teori-teori tersebut. Seterusnya kita akan dapat mengetahui bagaimana cara untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Kita juga akan mampu memperbaiki keadaan hidup setiap lapisan masyarakat. Tidak syak lagi kita akan menemui cara yang terbaik untuk memperolehi kehidupan yang selesa. | وأعتقد أنه لا خير لنا في واحد من هذه النظم جميعاً ، فلكل منها عيوبه الفاحشة ، كما له حسناته البادية ، وهى نظم نبتت في غير أرضنا لأوضاع غير أوضاعنا ، ومجتمعات فيها غير ما في مجتمعنا … فضلاً عن أن بين أيدينا النظام الكامل الذي يؤدى إلى الإصلاح الشامل في توجيهات الإسلام الحنيف ، وما وضع للاقتصاد قواعد كلية أساسية لو علمناها وطبقناها تطبيقاً سليماً ، لانحلت مشكلاتنا ، ولظفرنا بكل ما في هذه النظم من حسنات ، وتجنبنا كل ما فيها من سيئات ، وعرفنا كيف يرتفع مستوى المعيشة وتستريح كل الطبقات ، ووجدنا أقرب الطرق إلى الحياة الطيبة . |
Asas Sistem Ekonomi Islam | قواعد النظام الاقتصادي في الإسلام |
Dalam tulisan saya yang lalu saya ada menulis bahawa Mesir dihujani dengan pelbagai teori ekonomi. Dalam masa yang sama wujud pertembungan antara pelbagai teori ekonomi moden di Mesir seperti kapitalisme, sosialisme dan komunisme. Cara yang terbaik sebenarnya ialah kita ketepikan kesemua teori ini. Sebaliknya kita tumpukan segala aspek ekonomi kita kepada asas-asas dan ajaran Islam yang mulia ini. Kita perlu cedok dan laksanakan sepenuhnya asas-asas ini. Dengan ini, kita akan terselamat daripada terjebak dengan kesilapan dan kelemahan yang wujud dalam teori-teori yang lain. Seterusnya kita akan dapat menyelesaikan segala masalah ekonomi kita dengan cara yang paling mudah. | قدمت في الكلمة السابقة أن مصر تتقاذفها الألوان الاقتصادية وتتضارب فيها النظم والآراء العصرية , من رأسمالية أو اشتراكية أو شيوعية , وأن من الخير كل الخير أن تبرأ مصر من هذه الألوان كلها ، وأن تركز حياتها الاقتصادية على قواعد الإسلام وتوجيهاته العليا ، وتستمد منه وتعتمد عليه ، وذلك تسلم من كل ما يصحب هذه الآراء من أخطاء وما يلصق بها من عيوب عليه ، وبذلك تسلم من كل ما يصحب هذه الآراء من أخطاء ، وما يلصق بها من عيوب ، وتنحل مشاكلنا الاقتصادية من أقصر طريق . |
Asas terpenting dalam sistem ekonomi Islam secara ringkasnya adalah seperti berikut: | ويتلخص نظام الإسلام الاقتصادي في أهمها : |
1. Meletakkan harta yang baik sebagai tunjang kehidupan. Harta ini perlu dicari, diurus dan dilabur dengan baik. | 1 – اعتبار المال الصالح قوام الحياة ، ووجوب الحرص عليه ، وحسن تدبيره وتثميره. |
2. Mewajibkan mereka yang berkemampuan supaya bekerja dan mencari rezeki. | 2 – إيجاب العمل والكسب على قادر. |
3. Meneroka sumber asli dan semua sumber yang ada perlu dimanfaatkan. | 3 – الكشف عن منابع الثروات الطبيعية ، ووجوب الاستفادة من كل ما في الوجود من قوى ومواد. |
4. Mengharamkan sumber pendapatan yang tidak bersih. | 4 – تحريم موارد الكسب الخبيث. |
5. Merapatkan jurang antara lapisan masyarakat sehingga tidak wujud golongan yang terlalu kaya dan golongan yang terlalu miskin. | 5 – تقريب الشقة بين مختلف الطبقات ، تقريباً يقضى على الثراء الفاحش والفقر المدقع . |
6. Jaminan sosial untuk setiap warganegara, melindungi kehidupan mereka dan berusaha mewujudkan suasana selesa dan bahagia untuk mereka. | 6 – الضمان الاجتماعي لكل مواطن , وتأمين حياته , والعمل على راحته وإسعاده. |
7. Menggalakkan masyarakat supaya memberi sumbangan untuk tujuan kebajikan, mewujudkan budaya tolong-menolong di kalangan rakyat dan mewajibkan kerjasama untuk tujuan kebaikan dan ketakwaan. | 7 – الحث على الإنفاق في وجوه الخير ، وافتراض التكافل بين المواطنين ، ووجوب التعاون على البر والتقوى . |
8. Mengiktiraf hak milik peribadi selagimana tidak bertentangan dengan kepentingan awam. | 8 – تقرير حرمة المال ، واحترام الملكية الخاصة ما لم تتعارض مع المصلحة العامة. |
9. Mengatur urusan kewangan melalui undang-undang yang adil dan penyayang. Mewujudkan kawalan yang ketat dalam soal matawang. | 9 – تنظيم المعاملات المالية بتشريع عادل رحيم ، والتدقيق في شؤون النقد. |
10. Meletakkan negara sebagai pihak yang bertanggungjawab memelihara sistem ini. | 10 – تقرير مسؤولية الدولة في حماية هذا النظام . |
Mereka yang mengkaji sistem Islam akan mendapati kesemua asas ini tercatat di dalam al-Quran al-Karim, sunnah dan buku-buku fikah Islam dengan keterangan yang mendalam. | والذي ينظر في تعاليم الإسلام ، يجد فيه هذه القواعد مبينة في القرآن الكريم والسنة المطهرة وكتب الفقه الإسلامي بأوسع بيان . |
Harta Yang Baik Sebagai Tunjang Kehidupan | المال الصالح قوام الحيــاة |
Islam memuji harta yang baik. Islam mewajibkan harta ini dicari, diurus dan dilabur dengan baik. Islam menyanjung tinggi kedudukan orang kaya yang bersyukur iaitu orang kaya yang menggunakan hartanya untuk kepentingan orang ramai dan untuk mendapat keredaan Allah. Tiada satu nilai pun dalam Islam ini yang mengajak manusia supaya hidup dalam keadaan miskin dan melarat seperti yang disalah ertikan tentang zuhud. | فقد امتدح الإسلام المال الصالح ، وأوجب الحرص عليه وحسن تدبيره وتثميره ، وأشاد بمنزلة الغنى الشاكر الذي يستخدم ماله في نفع الناس ومرضاة الله ، وليس في الإسلام هذا المعنى الذي يدفع الناس إلى الفقر والفاقة من فهم الزهد على غير معناه . |
Kecaman yang ditujukan kepada dunia, harta dan kekayaan sebenarnya mengajak manusia supaya tidak terlalu mengejar dunia dan membazir atau menggunakan harta ini untuk tujuan melakukan dosa, maksiat, kejahatan dan mengkufuri nikmat Allah. Dalam sebuah hadis: | وما ورد في ذم الدنيا والمال والغنى والثروة إنما يراد به ما يدعو إلى الطغيان والفتنة والإسراف , ويستعان به على الإثم والمعصية والجور وكفران نعمة الله ، وفى الحديث |
“Alangkah eloknya, harta yang baik yang dimiliki oleh lelaki yang baik.” | (نعم المال الصالح للرجل الصالح) ، |
Dalam ayat al-Quran: Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu. (An-Nisa’: 5) | وفى الآية الكريمة : (وَلا تُؤْتُوا السُّفَهَاءَ أَمْوَالَكُمُ الَّتِي جَعَلَ اللهُ لَكُمْ قِيَاماً) (النساء:5). |
Semua ini menunjukkan bahawa
harta adalah asas atau tunjang kepada segala amalan. Rasulullah saw. melarang
manusia mensia-siakan harta mereka. Baginda bersabda: “Allah melarang kamu kata mengata, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.” Tambahan pula orang yang mati kerana mempertahankan hartanya adalah syahid. Ini dinyatakan oleh sebuah hadis: “Orang yang mati kerana mempertahankan maruahnya adalah syahid dan orang yang mati kerana mempertahankan hartanya adalah syahid…” | وفى ذلك الإشارة إلى أن الأموال قوام الأعمال ، وقد نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن إضاعة المال في غير وجهه ، فقال : (إن الله ينهاكم عن قيل وقال ، وكثرة السؤال ، وإضاعة المال) كما أن من مات مدافعا عن ماله فهو شهيد كما جاء في الحديث : (من مات دون عرضه فهو شهيد ، ومن مات دون ماله فهو شهيد …) الحديث . |
Bekerja Bagi Yang Mampu | العمل على كل قادر |
Islam menggalakkan supaya manusia bekerja dan mencari rezeki. Malah Islam menetapkan adalah wajib orang yang berkemampuan bekerja. Islam amat memuji pekerja-pekerja yang mahir lagi profesional. Islam juga mengharamkan manusia meminta-minta. Islam menjelaskan bahawa ibadat yang terbaik ialah bekerja. Bekerja adalah sunnah para nabi. Hasil usaha yang terbaik adalah hasil usaha tangan sendiri. Islam mengecam mereka yang menganggur. Islam mengecam mereka yang menjadi beban kepada masyarakat walau apa sekalipun alasan untuk mereka menganggur. Walaupun kerana mereka mahu memberi tumpuan kepada ibadat. Islam tidak pernah mengenal erti pengangguran sebegini. Bertawakal kepada Allah adalah dengan cara melakukan sesuatu dan yang boleh mendatangkan hasil. Jika salah satu perkara ini tidak dilakukan ia bukan tawakal. Rezeki yang ditentukan dikaitkan dengan usaha yang berterusan. Allah Taala berfirman: | وفى الإسلام الحث على العمل والكسب ، واعتبار الكسب واجباً على كل قادر عليه , والثناء كل الثناء على العمال والمحترفين ، وتحريم السؤال ، وإعلان أن من أفضل العبادة العمل ، وأن العمل من سنة الأنبياء ، وأن أفضل الكسب ما كان من عمل اليد ، والزراية على أهل البطالة ، والذين هم عالة على المجتمع مهما كان سبب تبطلهم ، ولو كان الانقطاع لعبادة الله . فإن الإسلام لا يعرف هذا الضرب من التبطل .. والتوكل على الله إنما هو الأخذ في الأسباب وأيضاً بالنتائج ، فمن فقد أحدهما فليس بمتوكل .. والرزق المقدور مقرن بالسعي الدائب ، والله تبارك وتعالى يقول : |
Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan. (At-Taubah: 105) | (وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ) (التوبة:105) . |
Rasulullah saw. juga ada bersabda: | ويقول الرسول : |
“Makanan yang paling baik dimakan ialah makanan yang dimakan daripada usaha tangan sendiri. Nabi Allah Daud a.s. makan daripada hasil tangannya sendiri.” | (ما أكل أحد طعاماً قط خيرا من أن يأكل من عمل يده ، وإن نبي الله داود عليه السلام كان يأكل من عمل يده) , |
Umar ra. pernah berkata: | ويقول عمر : |
“Janganlah kamu berhenti mencari rezeki kemudian kamu berdoa pula: Ya Allah, berilah aku rezeki. Sedangkan kamu tahu langit tidak menurunkan emas dan perak.” | (لا يقعد أحدكم عن طلب الرزق وهو يقول اللهم ارزقني ، وقد علم أن السماء لا تمطر ذهباً ولا فضة) , |
Dalam sebuah hadis: | وفى الحديث : |
“Seorang lelaki yang selalu meminta-minta daripada manusia akan datang pada hari kiamat nanti dalam keadaan mukanya tiada berdaging.” | (ولا يزال الرجل يسأل الناس حتى يأتي يوم القيامة وليس في وجهه مزعة لحم) . |
Meneroka Khazanah Bumi | الكشف عن منابع الثروات |
Islam juga mengajak manusia memerhatikan sumber bumi dan kekayaan yang ada. Sumber ini perlu dipelihara dan diguna. Setiap yang ada di alam yang menakjubkan ini adalah dijadikan untuk manusia supaya manusia menggunakan dan memanfaatkannya. | كما أن فيه لفت النظر إلى في الوجود من منابع الثروة ومصادر الخير ، والحث على العناية بها ووجوب استغلالها ، وأن كل ما في هذا الكون العجيب مسخر للإنسان ليستفيد منه وينتفع به |
Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nikmatNya yang zahir dan yang batin? (Luqman: 20) | (أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللهَ سَخَّرَ لَكُمْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً) (لقمان:20) , |
Dan Ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti. (Al-Jathiyah: 13) | (وَسَخَّرَ لَكُمْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ جَمِيعاً) (الجاثـية:13) . |
Sesiapa sahaja yang membaca ayat-ayat al-Quran pasti akan memahami huraian lebih lanjut mengenai perkara ini. | ومن قرأ آيات القرآن الكريم ، علم تفصيل ذلك بأوسع بيان وأوفاه . |
Mengharamkan Pendapatan Yang Tidak Bersih | تحريم الكسب الخبيث |
Salah satu ajaran Islam ini ialah mengharamkan sumber pendapatan yang tidak bersih. Sumber pendapatan yang tidak bersih ialah pendapatan yang diperolehi tanpa sebarang usaha seperti riba, judi, loteri dan sebagainya. Ataupun pendapatan yang diperolehi dengan cara yang tidak betul seperti merompak, mencuri, menipu dan sebagainya. Termasuklah pendapatan yang diperolehi daripada hasil yang tidak baik seperti hasil jualan arak, khinzir, dadah dan sebagainya. Semua hasil pendapatan ini tidak dibenarkan dan tidak diiktiraf oleh Islam. | ومن تعاليمه : تحريم موارد الكسب الخبيثة ، وتحديد الخبث في الكسب بأنه ما كان بغير مقابل من عمل : كالربا والقمار واليناصيب ونحوها ، أو كان بغير حق : كالنصب والسرقة والغش ونحوها . أو كان عوضاً لما يضر : كثمن الخمر والخنزير والمخدر ونحوها . فكل هذه موارد للكسب لا يبيحها الإسلام ، ولا يعترف بها . |
Merapatkan Jurang Antara Lapisan Masyarakat | التقريب بين الطبقات |
Islam telah berusaha merapatkan jurang antara semua lapisan masyarakat dengan cara mengharamkan tindakan mengumpulkan harta simpanan dan orang kaya tidak dibenarkan menunjuk-nunjukkan kemewahan mereka. Islam menggalakkan supaya taraf hidup orang miskin ditingkatkan. Islam juga menetapkan hak fakir miskin dalam harta negara dan harta golongan kaya. Islam juga telah menggariskan langkah-langkah praktikal bagi mencapai tujuan itu. | وقد عمل الإسلام على التقريب بين الطبقات بتحريم الكنز ومظاهر الترف على الأغنياء ، والحث على رفع مستوى المعيشة بين الفقراء ، وتقرير حقهم في مال الدولة ومال الأغنياء ، ووصف الطريق العملي لذلك . |
Islam sentiasa menggalakkan supaya manusia memberi sumbangan untuk tujuan kebajikan. Dalam masa yang sama Islam mengecam sikap bakhil, riak dan mengungkit-ungkit. Islam mewujudkan hubungan tolong-menolong dan budaya memberi pinjaman sebagai cara untuk memperolehi keredaan Allah dan mengharapkan ganjaranNya. | وأكثر من الحث على الإنفاق في وجوه الخير والترغيب في ذلك ، وذم البخل والرياء والمنّ والأذى ، وتقرير طريق التعاون والقرض الحسن ابتغاء مرضاة الله تبارك وتعالى ورجاء ما عنده : |
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. (Al-Maidah: 2) | (وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ) (المائدة:2). |
Menjamin Keselamatan Harta Dan Menghormati Hak Milik Peribadi | حرمة المال واحترام الملكيات |
Islam menjamin keselamatan harta dan menghormati hak milik peribadi selagimana tidak bercanggah dengan kepentingan awam. | وقرر حرمة المال ، واحترام الملكية الخاصة ما دامت لا تتعارض مع المصلحة العامة : |
“Maruah, harta dan darah setiap muslim adalah diharamkan ke atas muslim lain.” | (كل المسلم على المسلم حرام : دمه وعرضه وماله) .. |
“Tidak boleh mendatangkan mudarat dan tiada pemudaratan.” | و (لا ضرر ولا ضرار) . |
Mentadbir Urusan Kewangan | تنظيم المعاملات المالية |
Islam mentadbir urusan kewangan dengan mengambil kira beberapa perkara iaitu memelihara kepentingan individu dan masyarakat, menghormati perjanjian dan peraturan serta mengawal ketat soal kewangan. Malah perundangan Islam mengkhususkan masalah ini dalam beberapa bab dan mengharamkan amalan spekulasi matawang seperti yang boleh berlaku dalam masalah tukaran matawang[1] dan sebagainya. Di sini jelas wujudnya hikmah di sebalik pengharaman penggunaan emas dan perak kerana kedua-duanya adalah aset matawang dunia.[2] | وشرع تنظيم المعاملات المالية في حدود مصلحة الأفراد والمجتمع ، واحترام العقود والالتزامات ، والدقة في شؤون النقد والتعامل به ، حتى أفردت له أبواب في الفقه الإسلامي تحرم التلاعب فيه كالصرف ونحوه ولعل هنا موضعاً من مواضع الحكمة في تحريم استخدام الذهب والفضة باعتبارهما الرصيد العالمي للنقد . |
Jaminan Sosial | الضمان الاجتماعي |
Islam mewujudkan jaminan sosial dan menjamin keselesaan setiap rakyat selagimana mereka melaksanakan tangungjawab mereka atau apabila mereka tidak berupaya untuk menunaikan tanggungjawab kerana sebab-sebab yang di luar kemampuan mereka. Suatu ketika Umar ra. terserempak dengan seorang Yahudi yang sedang meminta-minta bantuan orang ramai. Lalu Umar menegurnya dan bertanya sebab dia meminta-minta sedekah. Apabila diketahui ketidak upayaan Yahudi ini mencari rezeki Umar mengkritik dirinya sendiri dan berkata kepada Yahudi tadi: | وقرر الضمان الاجتماعي لكل مواطن ، وتأمين راحته ومعيشته كائناً من كان ، مادام مؤدياً لواجبه ، أو عاجزاً عن هذا الأداء بسبب قهري لا يستطيع أن يتغلب عليه . ولقد مر عمر على يهودي يتكفف الناس ، فزجره واستفسر عما حمله على السؤال ، فلما تحقق من عجزه رجع على نفسه باللائمة وقال له : |
“Alangkah tidak adil kami kepada engkau. Kami ambil jizyah ketika engkau kuat dan kami abaikan engkau ketika engkau lemah. Berikanlah kepadanya sumbangan Baitul Mal secukupnya.” | (ما أنصفناك يا هذا ، أخذنا منك الجزية قوياً وأهملناك ضعيفاً ، افرضوا له من بيت المال ما يكفيه). |
Apa yang menarik, peristiwa ini berlaku ketika masih wujud suasana kemesraan dan keharmonian di kalangan anggota masyarakat. | وهذا مع إشاعة روح الحب والتعاطف بين الناس جميعاً . |
Tanggungjawab Negara | مسؤولية الدولة |
Islam menegaskan bahawa negara perlu bertanggungjawab memelihara sistem ini dan cermat membelanjakan harta rakyat. Negara perlu mengambil harta ini dengan betul dan membelanjakannya dengan betul. Pengagihan hendaklah dilakukan dengan adil. Umar ra. pernah berkata yang bermaksud: | وأعلن مسؤولية الدولة عن حماية هذا النظام , وعن حسن التصرف في المال العام , تأخذه بحقه وترفه بحقه , وتعدل في جبايته , , ولقد قال عمر ما معناه : |
“Harta ini adalah harta Allah dan kamu adalah hamba-hambaNya. Seorang penggembala yang berhak menerima harta ini pasti akan menerima bahagiannya walaupun dia sedang mengembala kambing di hujung dunia. Sesiapa yang menyeleweng dia akan dibakar di neraka kelak.” | (إن هذا المال مال الله , وأنتم عباده , وليصلن الراعي بأقصى الأرض قسمه من هذا المال وإنه ليرعى في غنمه , ومن غَلّ غلّ في النار). |
Salahguna Kuasa… Dari Mana Kamu Memperolehi Harta Ini? | استغلال النفوذ .. من أين لك هذا ؟ |
Selain mengharamkan penyalahgunaan kuasa, Islam juga mengecam pemberi, penerima dan orang yang terlibat dengan rasuah. Islam mengharamkan pemberian hadiah kepada mana-mana pemerintah dan pegawai kerajaan. Pada zaman Umar dahulu, beliau akan menyoal siasat mana-mana pegawainya yang memiliki harta yang berlebihan. Beliau akan berkata kepada mereka: “Dari mana kamu perolehi semua ini? Adakah kamu mahu menghimpunkan bala dan melakukan perkara yang memalukan?” Pemerintah pula hanya berhak memperolehi peruntukan yang mencukupi untuk sara hidupnya. Abu Bakar ra. pernah berkata kepada sekumpulan orang Islam ketika beliau dilantik sebagai khalifah: “Dahulu saya bekerja untuk keluarga saya. Saya mencari makanan untuk mereka. Namun sekarang saya bekerja untuk kamu maka peruntukkanlah untuk saya wang daripada Baitul Mal kamu.” Maka Abu Ubaidah telah memberikan Abu Bakar sejumlah makanan yang cukup untuk seorang Islam yang tidak terlalu kaya dan tidak terlalu miskin, pakaian untuk musim sejuk dan untuk musim panas, kenderaan untuk ditunggang dan untuk menunaikan haji. Segala peruntukan ini bernilai dua ribu dirham. Apabila Abu Bakar berkata: Ia tidak mencukupi untuk saya. Lalu Abu Ubaidah menambah lima ratus dirham lagi. | كما حظر الإسلام استخدام السلطة والنفوذ ، ولعن الراشي والمرتشي والرائش , وحرم الهدية على الحكام والأمراء ، وكان عمر يقاسم عمّاله ما يزيد عن ثرواتهم ، ويقول لأحدهم : (من أين لك هذا ؟ إنكم تجمعون النار وتورثون العار) ، وليس للوالي من مال الأمة إلا ما يكفيه ، وقد قال أبو بكر لجماعة المسلمين حين ولي عليهم : (كنت أحترف لعيالي فأكتسب قوتهم ، وأنا الآن احترف لكم ، فافرضوا لي من بيت مالكم) , ففرض له أبو عبيدة قوت رجل من المسلمين ليس بأعلاهم ولا بأوكسهم ، وكسوة الشتاء وكسوة الصيف ، وراحلة يركبها ويحج عليها ، وقُوُّمت هذه الفريضة بألفي درهم .. ولما قال أبو بكر : لا يكفيني ، زادها له خمسمائة وقُضي الأمر . |
Itulah nilai yang ada dalam sistem ekonomi Islam. Asas-asas sistem ini telah saya bentangkan secara ringkas. Setiap satu asas ini memerlukan huraian yang panjang. Jika kita benar-benar menggunakan panduan ini sudah tentu kita akan perolehi pelbagai manfaat. | تلك هي روح النظام الاقتصادي في الإسلام , وخلاصة قواعده أوجزناها منتهى الإيجاز ، ولكل واحدة منها تفصيل يستغرق مجلدات ضخاماً ، ولو اهتدينا يهديها وسرنا على ضوئه لوجدنا في ذلك الخير الكثير |
Matawang Yang Bebas | صور تطبيق النظام الاقتصادي الإسلامي |
استقلال النقد | |
Saya telah sebutkan beberapa asas yang menjadi landasan kepada sistem ekonomi Islam. Saya juga ada menyentuh tentang nilai yang perlu wujud bersama asas ini. Jika asas-asas ini dilaksanakan dengan betul ia akan menghasilkan suasana ekonomi yang selamat dan ideal. Asas ini memerlukan kita mengamalkan sistem matawang sendiri. Matawang ini perlu berdasarkan aset yang kukuh dalam simpanan dan emas kita sendiri. Bukan bergantung kepada kebenaran Jabatan Perbendaharaan Britain, Jabatan Cukai Britain dan Bank Nasional Britain walaupun semua premisnya berada di Mesir. Sila perhatikan ayat berikut: | ذكرنا بعض الأصول التي يقوم عليها النظام الاقتصادي الإسلامي , والروح التي تمليها علينا تلك الأصول , التي تنتج مع التطبيق الصحيح وضعا اقتصاديا سليما ليس أفضل منه , فهي توجب استقلال نقدنا , واعتماده على رصيد ثابت من مواردنا ومن ذهبنا , لا على أذونات الخزانة البريطانية ودار الضرب البريطانية والبنك الأهلي البريطاني – وإن كان مقره مصر – وتأمل الآية الكريمة : |
Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu. (An-Nisa’: 5) | (وَلا تُؤْتُوا السُّفَهَاءَ أَمْوَالَكُمُ الَّتِي جَعَلَ اللهُ لَكُمْ قِيَاماً) (النساء:5) . |
Hukuman yang paling berat dikenakan kepada rakyat negara ini ialah apabila ia terpaksa menyerahkan segala tenaga dan hasil usaha mereka untuk memperolehi kertas-kertas saham yang hanya bernilai jika dijamin sah oleh kerajaan Inggeris. Jika Mesir benar-benar mengatur segala urusannya dan bertindak dengan bijak nescaya Mesir akan dapat memperolehi matawang sendiri. Kita telahpun memisahkan diri daripada blok matawang sterling. Kita juga telah mula memikirkan untuk mengambil alih Bank Nasional. Kita juga telah menuntut segala hutang yang dipinjam oleh Inggeris. Semua usaha-usaha ini dan usaha-usaha berikutnya akan membuka jalan untuk kita mewujudkan matawang Mesir. Namun apakah yang telah berlaku dengan usaha-usaha ini? Apakah persediaan kita untuk menjamin kejayaan usaha-usaha ini? | ومن أفظع التغرير بهذا الشعب , أن يسلم جهوده ومنتجاته نظير أوراق لا قيمة لها إلا بالضمان الإنجليزي , وإن مصر إذا حزمت أمرها , وأحكمت تصرفاتها , ستصل ولا شك إلى هذا الاستقلال … ولقد انفصلنا عن الكتلة الإسترلينية , وفكرنا في تأميم البنك الأهلي , وطالبنا بالديون التي لنا على الإنجليز , وكل هذه ونحوها مشروعات تؤمن النقد المصري … فماذا فعل الله بها؟ وماذا أعددنا العدة لإنقاذها؟ |
Mungkin apa yang aneh ialah ketika saya menulis artikel ini tersebar berita yang mengatakan bahawa rundingan antara Mesir dan Inggeris berhubung aset matawang sterling telah atau hampir menemui kegagalan kerana keengganan Inggeris. Mereka hanya bersedia membayar tidak lebih daripada 12 juta kepada Mesir untuk tahun 1948. Walaupun jumlah yang dituntut oleh Mesir hanya sekadar 18 juta. | لعل من المفارقات أن أكتب هذه الكلمات في الوقت الذي يذاع فيه أن المفاوضات بين مصر وإنجلترا حول الأرصدة الإسترلينية باءت أو قاربت أن تبوء بالفشل , لتعنت الإنجليز وتمسكهم بألا يدفعوا لمصر عن سنة 1948 أكثر من 12 مليونا , في الوقت الذي تطلب فيه مصر طلبا متواضعا هو 18 مليونا. |
Kesan kelemahan dalam pengawalan matawang ditambah pula dengan sikap sambil lewa dan tidak serius dalam menangani masalah inflasi yang kita hadapi kini, menyebabkan harga barangan melambung naik dan wujud pelbagai masalah dalam urusan eksport dan import. | ولقد أنتج ضعف الرقابة على النقد , والاستهانة بأمره استهانة بلغت حد الاستهتار , هذه المآسي التي نصطلي بنارها من التضخم الذي استتبع غلاء المعيشة , وصعوبة الاستيراد والتصدير. |
Tidak pernah berlaku dalam sebuah negara maju sepanjang pengetahuan kita sebuah bank menyalahguna keputusan seorang menteri dengan begitu jelek sekali seperti kes yang berlaku kepada Bank Nasional. Dengan hanya keputusan Menteri Kewangan yang tidak ditandatangani, maka pada hari Ahad 5 Jun 1916 wang telah dikeluarkan dengan sewenang-wenangnya. | ولم يحدث في تاريخ الدول الراقية فيما نعلم أن بنكا يستغل قرارا من وزير هذا الاستغلال الشائن , كما فعل ذلك البنك الأهلي بقرار من وزير المالية غير الموقع عليه من أحد في يونيو سنة 1916 , فيصدر بمقتضاه من الأوراق ما يشاء . |
Memiliknegara Syarikat-syarikat | تمصير الشركات |
Asas ekonomi ini juga bererti tumpuan sepenuhnya perlu diberikan untuk memiliknegara dan mengambil alih syarikat-syarikat asing serta menukar modal asing kepada modal tempatan jika boleh. Di samping itu, usaha perlu dijalankan bagi mengambil alih prasarana awam (keperluan asasi rakyat) daripada bangsa asing. Tidak sepatutnya tanah, bangunan, pengangkutan, air, elektrik, perhubungan dalam dan luar negara malah garam dan soda dimiliki oleh syarikat asing. Aset dan keuntungannya mencecah berjuta-juta pound namun tidak sedikitpun dapat dinikmati oleh rakyat dan buruh negara ini. | كما توجب هذه الأصول الاهتمام الكامل بتمصير الشركات , وإحلال رؤوس الأموال الوطنية محل رؤوس الأموال الأجنبية كلما أمكن ذلك , وتخليص المرافق العامة – وهي أهم شيء للأمة – من يد غير أبنائها , فلا يصح بحال أن تكون الأرض والبناء والنقل والماء والنور والمواصلات الداخلية والنقل الخارجي حتى الملح و الصودا .. في يد شركات أجنبية تبلغ رؤوس أموالها وأرباحها الملايين من الجنيهات , لا يصيب الجمهور الوطني ولا العامل الوطني منها إلا البؤس والشقاء والحرمان . |
Memanfaatkan Sumber Khazanah Bumi | استغلال منابع الثروة |
Memanfaatkan hasil kekayaan semulajadi dengan pantas dan produktif adalah suatu yang diwajibkan oleh Islam. Al-Quran telah menarik perhatian kita kepada rahmat Allah yang dikurniakan di alam ini dan sumber kekayaan yang wujud di bumi dan di langit. Al-Quran mengemukakan undang-undang harta karun dan menggalakkan manusia supaya mencari kekayaan walau di mana sekalipun. Kekayaan yang ada di perairan kita. Kekayaan yang ada di padang pasir kita. Kekayaan yang ada di mana-mana. Segala kekayaan ini akan hanya diperolehi jika adanya tumpuan, keazaman dan usaha. Ambillah segala kekayaan yang kamu kehendaki. | واستغلال منابع الثروة الطبيعية استغلالاً سريعاً منتجاً ، أمر يوجبه الإسلام ، الذي لفت كتابه أنظارنا إلى آثار رحمة الله في الوجود ، وما أودع في الكون من خيرات في الأرض وفى السماء ، وأفاض في أحكام الركاز ، وحث على طلب الخير أينما كان . في الماء عندنا ثروات ، وفى الصحاري ثروات ، وفى كل مكان ثروات ، لا ينقصها إلا فكر يوجه ، وعزيمة تدفع ، ويد تعمل ، وخذ بعد ذلك من الخير ما تشاء : |
Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam; Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. (Faatir: 27-28) | (أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللهَ أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ ثَمَرَاتٍ مُخْتَلِفاً أَلْوَانُهَا وَمِنَ الْجِبَالِ جُدَدٌ بِيضٌ وَحُمْرٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهَا وَغَرَابِيبُ سُودٌ , وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَلِكَ إِنَّمَا يَخْشَى اللهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ) (فاطر:27-28) ، |
Ulama yang dimaksudkan di sini pada pandangan saya ialah mereka yang mengetahui tentang ilmu berkenaan alam ini. Ulama yang mengetahui tentang perkara yang baik untuk manusia. Ulama yang mengetahui tentang keluasan ilmu Allah, pencipta langit dan bumi. Semuanya diketahui melalui ciptaan Allah yang begitu kemas. | والعلماء هنا فيما يظن الذين يعلمون علم الكائنات وما فيها للناس من خير ، وما يتجلى في دقيق صنعها من واسع علم الله خالق الأرض والسموات . |
Tumpuan perlu diberikan kepada projek mega negara yang terbengkalai terlalu lama. Mungkin akibat tindakan yang lembab dan malas. Termasuk projek yang terhenti akibat persengketaan di kalangan parti atau oleh manipulasi kepentingan peribadi atau akibat mainan politik dan rasuah. Semua perkara ini perlu diberikan tumpuan semula. | والعناية بالمشروعات الوطنية الكبرى المهملة التي طال عليها الأمد ، وقعد بها التراخي والكسل ، أو أحبطتها الخصومة الحزبية أو طمرتها المنافع الشخصية ، أو قضت عليها الألاعيب السياسية والرشوة الحرام ، كل هذه يجب أن تتوجه إليها الهمم من جديد : |
“Allah suka jika kamu bekerja, kamu bekerja dengan tekun.” | (إن الله يحب من أحدكم إذا عملَ عملاً أن يتقنه) . |
Berapakah keuntungan kita jika projek empangan Aswan benar-benar berjaya semenjak tahun 1937. Mungkin kita terpaksa menanggung sengsara jika tidak kerana Allah memberi ilham kepada Talaat Harb (semoga diredaiNya) untuk bertindak mewujudkan pelbagai projek lain (Muhalla). | كم كنا نربح لو أن مشروع خزان أسوان تحقق فعلا منذ سنة 1937 , وكم كنا نحتاج ونعرى لو لم يلهم الله طلعت حرب – عليه الرضوان – أن يتقدم بمشروعات (المحلة) . |
Terdapat pelbagai projek sebelum perang yang telah dirancang dan dikaji tetapi kemudian terbiar di atas rak dan terbengkalai. Sebenarnya tiada alasan yang boleh diterima kerana kecuaian ini. Padahal kesemua projek ini amat diperlukan dan tidak boleh ditangguhkan lagi. | هناك مشروعات كثيرة درست وبحثت ، ثم وضعت على الرف وطال عليها الأمد قبل الحرب ، ولا موجب لهذا الإهمال ، والضرورة قاسية والحاجة ملحة ، والأمر لا يحتمل التأخير . |
Buangkan debu-debu yang telah menutupi fail-fail tersebut dan ingatkan semula tentang projek-projek yang terbengkalai tadi. Dan..laksanakan. | انفضوا الغبار عن ملفات هذه المشروعات واستذكروها من جديد ونفذوا : |
Maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; (At-Taubah: 105) | (فَسَيَرَى اللهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ) (التوبة:105) . |
Industri Perusahaan | الصناعـة |
Tindakan pantas untuk
beralih kepada industri adalah digalakkan oleh Islam seperti yang dinyatakan
oleh Nabi saw.: “Allah suka orang beriman yang mahir bekerja.” “Sesiapa yang kepenatan pada waktu malam kerana bekerja sendiri maka pada malam itu dia diampunkan.” | والتحول إلى الصناعة فوراً من روح الإسلام الذي يقول نبيه : (إن الله يحب المؤمن المحترف) , (من أمسى كالاً من عمل يده أمسى مغفوراً له) . |
Al-Quran juga memuji Nabi Daud dan Nabi Sulaiman kerana kerja yang mereka lakukan. Al-Quran juga menyebut kemahiran tinggi yang ada pada mereka yang tidak dimiliki oleh manusia lain. Al-Quran menyebut bagaimana mereka menggunakan tenaga jin dan syaitan. | والذي أثنى كتابه على داود وسليمان بهذا التقدم الصناعي ، وذكر لنا من دقائق الرقى فيه ما أعجز البشر ، واستغل قوى الجن والشيطان .. |
Tidak sepatutnya umat Islam yang membaca pujian yang diberikan kepada Daud a.s. dalam kitab mereka namun mereka masih tidak memiliki sebarang industri membuat senjata. | حرام على الأمة التي تقرأ في كتابها من الثناء على داود عليه السلام : |
Dan juga telah melembutkan besi baginya; (Serta Kami wahyukan kepadanya): Buatlah baju-baju besi yang luas labuh, dan sempurnakanlah jalinannya sekadar yang dikehendaki; dan kerjakanlah kamu (wahai Daud dan umatmu) amal-amal yang soleh, sesungguhnya Aku Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan. (Saba’: 10-11) | (وَأَلَنَّا لَهُ الْحَدِيدَ , أَنِ اعْمَلْ سَابِغَاتٍ وَقَدِّرْ فِي السَّرْدِ وَاعْمَلُوا صَالِحاً إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ) (سـبأ:10-11) ، |
Dan mereka juga membaca: Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur? (Al-Anbiya’: 80) | وتقرأ : (وَعَلَّمْنَاهُ صَنْعَةَ لَبُوسٍ لَكُمْ لِتُحْصِنَكُمْ مِنْ بَأْسِكُمْ فَهَلْ أَنْتُمْ شَاكِرُونَ) (الأنبياء:80) , |
Malah mereka juga turut membaca di dalam kitab mereka: | ثم لا يكون فيها مصنع للسلاح . |
ثم تقرأ في كتابها : | |
Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya matair dari tembaga; dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka. Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): Bekerjalah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur. (Saba’: 12-13) | (وَلِسُلَيْمَانَ الرِّيحَ غُدُوُّهَا شَهْرٌ وَرَوَاحُهَا شَهْرٌ وَأَسَلْنَا لَهُ عَيْنَ الْقِطْرِ وَمِنَ الْجِنِّ مَنْ يَعْمَلُ بَيْنَ يَدَيْهِ بِإِذْنِ رَبِّهِ وَمَنْ يَزِغْ مِنْهُمْ عَنْ أَمْرِنَا نُذِقْهُ مِنْ عَذَابِ السَّعِيرِ , يَعْمَلُونَ لَهُ مَا يَشَاءُ مِنْ مَحَارِيبَ وَتَمَاثِيلَ وَجِفَانٍ كَالْجَوَابِ وَقُدُورٍ رَاسِيَاتٍ اعْمَلُوا آلَ دَاوُدَ شُكْراً) (سـبأ:12-13) .. |
Namun malangnya mereka masih tidak memiliki kilang besar atau industri untuk mengeluarkan alat-alat logam. | ثم لا يكون فيها مسبك عظيم , ولا مصنع كامل للأدوات المعدنية . |
Mereka membaca lagi: | ثم تقرأ : |
Dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Al-Hadid: 25) | (وَأَنْزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ) (الحديد:25) .. |
Malangnya mereka masih mengabaikan bahan logam yang mereka miliki ini. Sedangkan semua bahan logam ini bermutu tinggi. Menurut anggaran yang dibuat oleh para pakar, logam besi yang ada di bumi ini mencukupi untuk bekalan dunia selama dua ratus tahun. | ثم تهمل ما عندها من هذا المعدن هذا الإهمال ، وهو من أجود الأنواع ويكفي العالم مائتي عام كما قدر الخبراء … |
Kecuaian ini adalah haram!! | حرام هذا كله !!! |
Sistem Hakmilik Di Mesir | نظام الملكيات في مصر |
Dalam tulisan saya yang lalu saya telah kemukakan beberapa cara pelaksanaan yang ditunjukkan kepada kita oleh kaedah-kaedah sistem ekonomi Islam. Saya juga telah kemukakan beberapa cara yang ditunjukkan oleh asas ini untuk memulihkan ekonomi negara. | عرضت في الكلمة السابقة لبعض صور التطبيق التي تمليها علينا قواعد النظام الإسلامي الاقتصادي , وأعرض في هذه الكلمة لبعض الصور التي تمليها هذه القواعد أيضا في صميم الإصلاح الاقتصادي القومي . |
Ajaran Islam yang suci ini dan asas-asas Islam dalam ekonomi sebuah negara telah mewajibkan kita untuk menilai semula pandangan kita terhadap sistem hak milik di Mesir. Kita hadkan hak milik mana-mana individu yang memiliki harta yang banyak. Kita berikan mereka pampasan yang setimpal dengan hak mereka dan sesuai dengan hak masyarakat. Dalam masa yang sama kita galakkan pemilikan harta secara kecil-kecilan. Dengan langkah ini golongan fakir miskin akan merasakan negara ini prihatin dengan masalah mereka. Seterusnya kita agih-agihkan hak milik kerajaan kepada pemilik-pemilik kecil ini sehingga mereka meningkat maju. | توجب علينا روح الإسلام الحنيف ، وقواعده الأساسية في الاقتصاد القومي ، أن نعيد النظر في نظام الملكيات في مصر , فنختصر الملكيات الكبيرة , ونعوض أصحابها عن حقهم بما هو أجدى عليهم وعلى المجتمع , ونشجع الملكيات الصغيرة ، حتى يشعر الفقراء المعدمون بأنه قد أصبح لهم في هذا الوطن ما يعنيهم أمره ، ويهمهم شأنه .. وأن نوزع أملاك الحكومة حالاً على هؤلاء الصغار كذلك حتى يكبروا . |
Pengurusan Cukai | تنظيم الضرائب |
Budaya Islam dalam sistem ekonomi mewajibkan kita bertindak mengurus cukai-cukai rakyat terutama zakat. Tiada satupun sistem cukai di dunia yang mengenakan cukai ke atas aset bukan sahaja ke atas keuntungan seperti yang dilakukan oleh Islam. Amalan ini membawa kebaikan yang besar. Antaranya menghalang pembolotan dan penimbunan harta serta sebarang bentuk amalan yang menghalang aliran matawang. Sebenarnya matlamat diwujudkan harta adalah sebagai cara untuk mewujudkan aliran matawang. Ini akan memberi faedah kepada sesiapa sahaja yang menerima aliran matawang ini. | وتوجب علينا روح الإسلام في تشريعه الاقتصادي ، أن نبادر بتنظيم الضرائب الاجتماعية ، وأولها الزكاة ، وليس في الدنيا تشريع فرض الضريبة على رأس المال لا على الربح وحده كالإسلام ، وذلك لحكم جليلة منها : محاربة الكنز وحبس الأموال عن التداول ، وما جعلت الأموال إلا وسيلة لهذا التداول الذي يستفيد من ورائه كل الذين يقع في أيديهم هذا المال المتداول .. |
Islam menetapkan seluruh kutipan zakat diagihkan sepenuhnya kepada masyarakat. Langkah ini bagi menampung kelemahan yang mungkin tidak mampu ditampung oleh sifat prihatin dan perikemanusiaan yang ada pada masyarakat. Dengan usaha ini budaya masyarakat akan dapat dimurnikan. Jiwa manusia juga akan menjadi suci dan mulia. | وإنما جعل الإسلام مصارف الزكاة اجتماعية بحتة لتكون سبباً في جبر النقص والقصور الذي لا تستطيع المشاعر الإنسانية والعواطف الطيبة أن تجبره ، فيطهر بذلك المجتمع ويزكو ، وتصفو النفوس وتسمو : |
Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk). (At-Taubah: 103) | (خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا) (التوبة:103). |
Oleh itu tumpuan perlu diberikan untuk mengenakan cukai sosial berdasarkan sistem percukaian progresif iaitu sistem cukai yang berdasarkan seluruh pendapatan bukan berdasarkan keuntungan sahaja. Sudah tentu sistem ini tidak dikenakan kepada fakir miskin. Cukai ini akan dipungut daripada golongan kaya. Hasilnya akan digunakan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dengan menggunakan segala cara yang boleh. Salah satu kepintaran Umar ra. ialah beliau mengenakan cukai yang tinggi kepada buah anggur kerana buah ini adalah makanan orang kaya. Dalam pada itu beliau mengenakan cukai yang terlalu rendah kepada buah tamar kerana buah ini adalah makanan fakir miskin. Beliau adalah orang yang pertama di kalangan pemerintah yang menyedari nilai sosial ini. | فلا بد من العناية بفرض ضرائب اجتماعية على النظام التصاعدي – بحسب المال لا بحسب الربح – يعفى منها الفقراء طبعاً ، وتجبى من الأغنياء الموسرين وتنفق في رفع مستوى المعيشة بكل الوسائل المستطاعة .. ومن لطائف عُمر رضى الله عنه ، أنه كان يفرض الضرائب الثقيلة على العنب لأنه فاكهة الأغنياء ، والضريبة التي لا تذكر على التمر لأنه طعام الفقراء , فكان أول من لاحظ هذا المعنى الاجتماعي في الحكام والأمراء رضى الله عنه. |
Menghapuskan Amalan Riba | محاربة الربا |
Ajaran Islam mewajibkan kita menghapuskan sama sekali amalan riba. Kita mengharamkan dan menghapuskan semua amalan yang berlandaskan riba. | ويوجب علينا روح الإسلام أن نحارب الربا حالاً ، ونحرمه ونقضي على كل تعامل على أساسه : |
“Ketahuilah bahawa riba telah dihapuskan dan riba pertama yang saya hapuskan ialah riba bapa saudara saya, al-Abbas bin Abdul Mutalib.” Benarlah Rasulullah saw. | (ألا وإن الربا موضوع ، وأول ربا أبدأ به ربا عمى العباس بن عبد المطلب) وصدق رسول الله . |
Suatu ketika dahulu para penggerak pembaharuan mengelak untuk membincangkan persoalan ini kerana bimbang ia dikatakan sebagai suatu yang mustahil atas alasan semua urusan ekonomi dunia mengamalkannya. Namun pada hari ini, segala hujah ini tidak boleh dipakai lagi. Rusia telah mengharamkan riba dan meletakkan riba sebagai jenayah paling berat dalam negara mereka. Tidak sepatutnya negara Rusia yang mengamalkan komunisme itu lebih terkehadapan berbanding kita di negara Islam ini. Riba adalah haram, haram dan haram. Umat Islam dan negara Islam adalah orang yang pertama sepatutnya mengharamkannya. | ولقد كان المصلحون يتجنبون أن يقولوا في الماضي هذا الكلام حتى لا يقال لهم إن هذا مستحيل وعليه دولاب الاقتصاد العالمي كله , أما اليوم .. فقد أصبحت هذه الحجة واهية ساقطة لا قيمة لها بعد أن حرمّت روسيا الربا وجعلته أفظع المنكرات في دارها ,وحرام أن تسبقنا روسيا الشيوعية إلى هذه المنقبة الإسلامية , فالربا حرام … حرام … حرام وأولى الناس بتحريمه أمم الإسلام ودول الإسلام . |
Menggalakkan Perusahaan Rumah (Industri Ringan) | تشجيع الصناعات المنزلية |
Ajaran Islam mewajibkan kita menggalakkan perusahaan tangan di rumah. Langkah ini sebagai tindakan segera bagi menyelamatkan keluarga yang malang. Di samping itu langkah ini juga sebagai permulaan untuk beralih kepada budaya bekerja. Perusahaan pertama yang boleh diusahakan untuk mereka yang menganggur ini ialah menenun dengan alat tenun yang kecil, perusahaan membuat sabun, membuat minyak wangi dan jem. Terdapat pelbagai perusahaan yang dapat diusahakan oleh wanita dan anak-anak bagi mengisi masa mereka. Hasilnya mereka akan memperolehi keuntungan yang besar. Ini akan menghindar mereka daripada merempat dan terpaksa memohon belas orang ramai. | وتوجب علينا روح الإسلام تشجيع الصناعات اليدوية المنزلية ، وهذا هو باب الإسعاف السريع لهذه العائلات المنكوبة ، وباب التحول إلى الروح الصناعي والوضع الصناعي .. وأول ما تفعله هذه الأيدي العاطلة ، الغزل والنسيج بالأنوال الصغيرة ، وصناعة الصابون ، وصناعة العطور والمربيات ، وأنواع كثيرة من صنوف كبيرة تستطيع النساء والبنات والأولاد أن يشغلوا الوقت فيها ، فتعود بالربح الوفير ، وتمنعهم بؤس الحاجة وذل السؤال .. |
Kita dapat lihat sendiri keadaan ini tidak berapa lama dahulu. Keadaan ini pernah berlaku di Fauh Gharbiah, Bani Adi Manfalut dan beberapa daerah lain di Mesir. Kita dapat lihat keadaan kawasan-kawasan ini yang kaya-raya dan senang. Suatu ketika dahulu pihak kementerian ada merancang projek kampung ini dan telah membekalkan beberapa jenis alat tenun. Namun kita tidak tahu apakah kesudahan projek ini…Hangat-hangat tahi ayam…Walau bagaimanapun masalah ini tidak boleh ditangguhkan lagi. | وقد رأينا هذا بأعيننا منذ زمن في (فوه)-غربية , و(بني عدي) – منفلوط , وغيرها من بلدان القطر المصري ، ورأينا في هذه البلاد الثروة والغنى ويسر الحال .ولقد كانت وزارة الشئون قد فكرت في هذا المشروع الحيوي , واستحضرت أصنافا من المغازل , ولا ندري ماذا فعل الله بها … ويوم الحكومة بسنة كما يقولون , ولكن الأمر لم يعد يحتمل الانتظار |
Mengurangkan Budaya Bermewah Dan Berpada Dengan Yang Perlu | تقليل الكماليات والاكتفاء بالضروريات |
Rakyat perlu dididik supaya tidak terlalu bermewah sebaliknya mereka perlu hidup berpada. Golongan dewasa perlu menjadi contoh kepada golongan muda dalam mengamalkan budaya ini. Hentikanlah segala majlis yang tidak sopan. Hentikan segala amalan bermewah dan membazir. Penampilan dengan tubuh badan yang mantap, tegar, personaliti yang tenang dan hebat serta tidak merasa rendah diri apabila berada di rumah-rumah besar dan istana juga apabila berhadapan dengan orang-orang ternama dan kelab-kelab, semuanya ini diwajibkan oleh Islam yang mulia dan ia memerlukan persediaan.. | وإرشاد الشعب إلى التقليل من الكماليات والاكتفاء بالضروريات ، وأن يكون الكبار في ذلك قدوة للصغار ، فتبطل هذه الحفلات الماجنة ، ويحرم هذا الترف والإسراف الفاسد ، وظهور الجسد بخشونته وعبوسته ووقاره وهيبته على الدور والقصور والوجوه والمنتديات .. أمر يحتمه الإسلام الحنيف ، وكل ذلك يحتاج إلى إعداد . |
Semua ini adalah kewajipan yang perlu kita laksanakan segera. Ayuhlah lakukannya. | هذه كلها واجبات لابد أن تنهض بأعبائها حالاً .. فإلى العمل . |
Penutup | خـاتمـة |
وبعد … | |
Akhirnya, berdasarkan kepada kenyataan tadi kita dapat lihat kita sebenarnya tidak menurut sistem ekonomi yang sebenar. Baik dari segi teori mahupun dari segi amali. Segala kekeliruan dan sikap tidak tetap pendirian ini menyebabkan kita hidup dalam kesengsaraan dan menjerut seluruh rakyat. | فهنا نحن قد رأينا مما تقدم كيف أننا لم نسر على نظام اقتصادي معروف لا نظرياً ولا عملياً ، وأن هذا الغموض والارتجال قد أدَّّيا بنا إلى ضائقة أخذت بمخانق الناس جميعاً . |
Kita tidak sepatutnya tergopoh-gapah dalam menyelesaikan masalah ini. Kita juga tidak sepatutnya menghadapi situasi ini dengan menelan pil pelali kerana ia akan hanya membawa kepada kesan yang lebih buruk. Apa yang penting ialah kita perlu melihat masalah ini secara menyeluruh. Kita perlu menilai masalah ini berdasarkan asas yang kukuh dan boleh diharapkan. Sudah tentu hanya ada satu sahaja jalan penyelesaiannya iaitu sistem Islam. Islam yang bersifat menyeluruh dan mempunyai cara penyelesaian yang tepat. | وليس الشأن أن نرتجل الحلول ، ونواجه الظروف ، بالمخدرات والمسكنات التي يكون لها من رد الفعل ما ينذر بأخطر العواقب ، ولكن المهم في أن ننظر إلى الأمور نظرة شاملة محيطة ، وأن نردها إلى أصل ثابت تستند إليه ، وترتكز علي . وليس ذلك الأمر إلا (النظام الإسلامي) الشامل الدقيق ، وفيه خير السداد . |
Allah telah mengurniakan kita asas-asas ekonomi yang mantap. Kita juga menikmati kelebihan dari sudut material yang tidak dimiliki oleh bangsa lain. Kita mempunyai hubungan yang kukuh dari sudut bahasa, akidah, kepentingan bersama, sejarah dengan bangsa-bangsa Arab dan Islam yang lain. Syukur kepada Allah kesemua negara ini adalah negara yang terkaya di dunia, paling subur, beriklim sederhana, paling banyak sumber bumi dan paling kaya dengan segala bahan mentah. | لقد أتاح الله لنا من أسباب اليسر الاقتصادي ، والنجاح المادي ما لم يتجه لغيرنا من الأمم والشعوب ، فهذه الرابطة الوثيقة من اللغة والعقيدة والمصلحة والتاريخ بيننا وبين أمم العروبة والإسلام ، وهى بحمد الله أغنى بلاد الله في أرضه ، أخصبها تربة ، وأعدلها جواً ، وأكثرها خيرات ، وأثراها بالمواد الأولية وبالخامات من كل شئ .. |
Semua hubungan ini akan membuka jalan kepada kita (jika mahu memanfaatkan hubungan ini) untuk kita berdikari dan menguasai ekonomi kita sendiri. Seterusnya akan membebaskan kita daripada kongkongan Barat yang menguasai eksport dan import. | هذه الرابطة ، تمهد لنا – لو أحسنا الانتفاع بها – سبيل الاكتفاء الذاتي والاستقلال الاقتصادي ، وتنقذنا من هذا التحكم الغربي في التصدير والاستيراد وما إليهما . |
Apa yang perlu kita lakukan hanyalah tanamkan azam dan kita mula melangkah. Kita perkukuhkan hubungan kita, kita eratkan solidariti kita, kita adakan hubungan dua hala dan kita adakan kajian bersama. Kita cuba sedaya upaya kita untuk mewujudkan rangkaian perniagaan. Kita suburkan semangat perpaduan dan kerjasama antara bangsa-bangsa Arab dan Islam yang lain. | ولا يكلفنا الأمر أكثر من أن نعزم ونتقدم ، ونقوي الصلة ، ونحكم الرابطة ، ونوالي البعثات والدراسات ، ونحاول بكل سبيل إنشاء أسطول تجارى ، ونشيع روح الوحدة والتعاون بيننا وبين أمم العروبة وشعوب الإسلام . |
Rakyat Mesir sudah terlalu lama menjalani hidup yang amat sengsara ini. Serba kekurangan yang kita alami ini tidak akan mampu ditanggung oleh mana-mana manusia kecuali hanya dengan bantuan mukjizat iman sahaja. Sesiapa yang memerhatikan golongan buruh, peladang dan rakyat kebanyakan Mesir akan merasa kagum dengan ketahanan dan kesabaran mereka. | لقد صبر الشعب المصري صبراً طويلاً على هذه الحياة الجافية القاسية ، وهذا الحرمان العجيب الذي لا يصبر عليه آدمي إلا بمعجزة من معجزات الإيمان ، ومن نظر إلى العامل المصري والفلاح المصري ومن إليهما من عامة الشعب المصري ، أخذه العجب مما يشاهد من فاقة وصبر . |
Saya merasa malu dengan seorang saudara kita daripada India yang datang daripada England baru-baru ini. Beliau berpeluang membuat lawatan ringkas ke Kaherah. Beliau berkata kepada saya: “Dahulu kami sangka apa yang disebarkan oleh akhbar-akhbar di England mengenai keadaan rakyat Mesir yang begitu teruk dan taraf hidup mereka yang rendah hanyalah sebagai propaganda yang bertujuan menjatuhkan imej Mesir. Namun apabila saya berada di Kaherah dalam tempoh yang singkat ini dan saya berpeluang melawat ke beberapa penempatan rakyat Mesir saya merasa amat sedih dengan apa yang saya lihat.” Saya merasa malu mendengar apa yang beliau katakan itu. Namun saya menjawab bagi pihak diri saya dan rakyat Mesir: Beritahulah akhbar-akhbar yang menyiarkan berita ini, bukankah kemelaratan ini akibat kekejaman penjajah? | لقد أخجلني أحد الإخوان الهنود وقد قدم من إنجلترا , حين عاد من جولة قصيرة في القاهرة ، يقول لي : لقد كنا نظن أن ما تنشره الصحف في إنجلترا من سوء حالة الشعب المصري ، وانخفاض مستوى معيشته ، مجرد دعاية يراد بها الحطّ من كرامته ولكنى قضيت هذه الفترة القصيرة في القاهرة وزرت بعض أحياء عامتها فأسفت لما رأيت فخجلت لقوله هذا , ولكنني رددت عن نفسي وعن الشعب بقولي له: سل هذه الجرائد التي تنشر , أليس هذا البؤس من مظالم الاحتلال؟ |
Sekali lagi hati saya terasa sedih apabila seorang pengarah syarikat asing berkata kepada saya: Apakah engkau rela melihat keadaan para pekerja yang miskin itu? Namun saya membalas: Bukankah engkau tahu punca kemiskinan ini ialah monopoli syarikat ini dan sikap bakhil syarikat yang tidak mahu memberikan upah yang memenuhi keperluan hidup para pekerja itu? | وتألمت مرة ثانية حين وجه إليّ مدير شركة أجنبي قوله : أأنت راضٍ عن حال هؤلاء العمال المساكين ؟! ولكنني رددت عليه أيضا : أولست تعلم أن السبب في هذه المسكنة استئثار هذه الشركات وبخلها على هؤلاء العمال بما يوازي ضروريات الحياة؟! |
Perkara ini serius dan tidak boleh dipandang ringan. Masalah ini telah sampai ke kemuncak. Ia perlu diatasi dengan tegas dan pantas. Seperti yang saya katakan tadi penyelesai kepada masalah ini hanyalah Islam. | إن الأمر جدٌ لا هزل فيه ، وقد بلغ غايته ، ووصل إلى مداه ، ولا بد من علاج حاسم وسريع ، ولن نجده كما قلت إلا في طب الإسلام الحنيف وعلاجه |
Wahai ketua kerajaan, wahai para pemimpin pertubuhan dan jamaah, wahai mereka yang peka dengan keharmonian dan kesejahteraan bumi ini, | فيا رئيس الحكومة ، ويا رؤساء الهيئات والجماعات ، ويا من يعنيهم أمر الطمأنينة والسلام في هذا الوطن .. |
Tanganilah perkara ini dengan bersungguh-sungguh dan kembalikan kepada Islam… | تداركوا الأمر بحزم … وعودوا إلى نظام الإسلام .. |
Sesungguhnya saya telah sampaikan, ya Allah saksikanlah. | ألا قد بلغت .. اللهم فاشهد .. |
[1] Tukaran matawang antara dua jenis matawang. Proses ini perlu menurut beberapa syarat yang dinyatakan dalam buku-buku fikah.
[2] Islam mengharamkan sama sekali emas dan perak digunakan sebagai bekas minum dan alat-alat tertentu. Islam juga mengharamkan lelaki menggunakan emas sebagai perhiasan dan juga penggunaannya yang berlebihan oleh wanita. Mungkin kerana keperluan dunia kepada kedua-dua logam ini lebih utama berbanding kegunaan individu.