Risalah Muktamar Keenam
Himpunan Risalah ( مجموعة الرسائل )
Kandungan | |
Siapakah Ikhwan Al-Muslimin | من هم الإخوان المسلمون؟ |
Adakah Kita Sukar Difahami atau Misteri? | هـل نحن قوم غـامضون؟ |
Matlamat Ikhwan al-Muslimin | غاية الإخوان المسلمين |
Beberapa Kesan Buruk Akibat Kepincangan Sistem Sosial Di Mesir Hari Ini | نتائج فساد النظام الحالي |
Penyakit Dan Rawatan | الـداء والـدواء |
Pendekatan Ikhwan al-Muslimin | وسيلة الإخوان المسلمين |
Kita Dan Politik | نحن و السياسة |
Kita Dan Kerajaan | نحن والحكومات |
Kita Dan Parti-Parti Yang Ada | نحن و الأحزاب |
Kenyataan Sebenar | نحن والهيئات الإسلامية |
Sikap Kita Berhubung Beberapa Isu Semasa | كلمة حـق |
Siapakah Ikhwan Al-Muslimin | موقفنا في الظروف الحاضرة |
Risalah Muktamar Keenam | رســالة المؤتمـر السـادس |
Pada Januari 1941 | |
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang | بِسْــمِ اللهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيـمِ |
Segala puji bagi Allah yang telah memimpin kita ke arah ini dan kita tidak akan mendapat hidayah ini jika tidak kerana hidayah Allah. | الْحَمْدُ للهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلا أَنْ هَدَانَا اللهُ |
Selawat dan salam buat junjungan kita Muhammad s.a.w, pemimpin para mujahidin, buat kaum keluarga dan para sahabat baginda serta mereka yang berjuang demi menegakkan dakwah baginda hingga ke hari kiamat. | والصلاة والسلام علي سيدنا محمد إمام المجاهدين وعلي آله وصحبه ومن جاهد في سبيل دعوته إلى يوم الدين |
Siapakah Ikhwan Al-Muslimin | من هم الإخوان المسلمون؟ |
Wahai Ikhwan al-Muslimin, | أيها الإخوان المسلمون : |
Dua tahun telah berlalu semenjak muktamar terakhir yang diadakan di rumah keluarga Lutfillah (pada tiga belas Zul Hijjah tahun 1357 Hijrah), semenjak itu banyak peristiwa yang telah berlaku. Sepanjang tempoh itu dunia berkesempatan melihat pelbagai perkembangan. Baru-baru ini berlaku letupan di gedung simpanan peluru dan dunia dikejutkan semula dengan paluan gendang perang. Walaupun selama ini dunia mendakwa mereka telah berjaya mewujudkan keamanan. Wahai Ikhwan, kini kamu berhimpun untuk menilai semula segala yang telah kamu lakukan dan mengenal pasti di mana kedudukan kamu kini. Mudah-mudahan kamu dapat berbincang sesama sendiri seterusnya kamu dapat berbicara kepada masyarakat tentang dakwah kamu. Moga-moga langkah ini dapat memberikan kita peringatan. Sememangnya peringatan itu amat bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. | بعد عامين من مؤتمركم الماضي بدار آل لطف الله (في الثالث عشر من ذي الحجة سنة 1357 هجرية ) دار فيهما الفلك دورته ، ورأي العالم فيها مختلف الأحداث والظروف ، وانفجر أخيراً (مخزن البارود) ، ودوي علي الأرض من جديد نفير الحرب بعد أن زعم أهلوها أنهم قد أقروا فيها السلام ، تجتمعون الآن ـ أيها الإخوان ـ لتراجعوا صفحة أعمالكم ، ولتبينوا مراحل منهاجكم ، ولتتحدثوا إلى أنفسكم وإلي الناس عن دعوتكم من جديد ، لعل في ذلك تبصرة وذكري ، والذكري تنفع المؤمنين . |
Wahai Ikhwan mujahid yang berhimpun pada malam ini dari seluruh pelusuk Mesir. | أيها الإخوان المجاهدون الذين اجتمعت الليلة من أقصي مصر المباركة إلى أقصاها .. |
Saya mahu kamu memahami dengan jelas kedudukan kamu di celah-celah masyarakat dunia hari ini. Apakah perbezaan dakwah kamu dengan dakwah yang lain? Apakah jamaah kamu ini? Apakah tujuan Allah menggabungkan kamu dan menyatukan hati kamu? Kenapa Allah mengenengahkan gagasan kamu di saat dunia begitu mengharapkan keamanan dan kesejahteraan. | أحب أن تتبينوا جيداً من أنتم في أهل هذا العصر ؟ .. وما دعوتكم بين الدعوات .. وأية جماعة جماعتكم .. ولأي معني جمع الله بينكم ووحد قلوبكم ووجهتكم ، وأظهر فكرتكم في هذا الوقت العصيب الذي تتلهف فيه الدنيا إلى دعوة السلام والإنقاذ . |
Saudara, ingatlah baik-baik bahawa kamu adalah orang asing yang mengajak ke arah kebaikan ketika nilai kemanusiaan sedang hancur luluh. Kamu adalah pemikiran baru. Allah mahu dengan kewujudan kamu ini kamu akan dapat memisahkan manusia kepada dua pihak, pihak yang benar dan pihak yang salah. Ketika ini manusia sedang bergelumang dengan kebenaran dan kepalsuan. Kamu mengajak manusia ke arah Islam, kamu mendokong al-Quran, kamu menghubungkan bumi dengan langit, kamu adalah pewaris Muhammad saw. dan kamu adalah pengganti para sahabat selepas ketiadaan baginda. Dengan ini, dakwah kamu lebih mulia berbanding gerakan yang lain. Matlamat kamu lebih tinggi berbanding gerakan yang lain. Kamu bersandar kepada landasan yang kukuh. Kamu berpegang kepada tali yang kukuh dan tidak akan terputus. Kamu dilimpahi cahaya yang terang benderang tatkala seluruh manusia sedang tersasar daripada jalan yang sebenar. | فاذكروا جيداً أيها الاخوة .. أنكم الغرباء الذين يصلحون عند فساد الناس ، وأنكم العقل الجديد الذي يريد الله أن يفرق به بين الحق والباطل في وقت التبس عليها فيه الحق بالباطل ، وأنكم دعاة الإسلام ، وحملة القرآن ، وصلة الأرض بالسماء ، وورثه محمد وخلفاء صحابته من بعده ، فضلت دعوتكم الدعوات ، وسمت غايتكم علي الغايات ، واستندتم إلى ركن شديد ، واستمسكتم بعروة وثقي لا انفصام له ، وأخذتم بنور مبين وقد التبست علي الناس المسالك وضلوا سواء السبيل , |
Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya. (Yusuf: 21) | والله غالب على أمره. |
Tajarrud (Jatidiri) | تجــرد |
Saudara, ingatlah baik-baik tiada seorang pun di kalangan kamu (termasuk saudara-saudara kamu yang tidak dapat hadir pada hari ini kerana sesuatu sebab) yang bertekad memperjuangkan dakwah ini dan bekerja di bawah naungan dakwah ini, mempunyai matlamat mengejar kepentingan dunia atau apa jua kesenangan dunia. Sebaliknya kamu mengorbankan segala-gala hasil usaha kamu dan hasil usaha tangan kamu. Kamu hanya bergantung kepada Allah. Kamu hanya mengharapkan bantuan Allah. Kamu hanya mengharapkan ganjaran Allah. Kamu hanya mencari keredaan Allah. | واذكروا جيداً أيها الإخوان أنه ما من رجل منكم ـ أومن إخوانكم الذين حبسهم العذر عن حضور مؤتمركم ـ يرجو بمناصرة هذه الدعوة والعمل تحت رايتها غاية من غايات الدنيا أو عرضاً من أعراضها ، وأنكم تبذلون من ذات أنفسكم وذات يدكم ، لا تعتمدون إلا علي الله ، ولا تستمدون المعونة والتأييد إلا منه ، ولا ترجون إلا ثوابه ولا تبتغون إلا وجهه , |
Dan cukuplah Allah sebagai Pengawal yang melindungi, dan cukuplah Allah sebagai Penolong (yang menyelamatkan kamu dari angkara mereka). (Al-Nisa’: 45) | (وَكَفَى بِاللهِ وَلِيّاً وَكَفَى بِاللهِ نَصِيراً) (النساء:45) . |
Faham | فهــم |
Saudara, ingatlah baik-baik… kerana nikmat Allah, kamu telah memahami Islam ini dengan fahaman yang sebenar dan sejati. Kamu memahami bahawa Islam itu mudah, menyeluruh dan lengkap. Islam seiringan dengan zaman dan mampu memenuhi kehendak seluruh manusia, seterusnya mampu memberikan kebahagiaan kepada manusia. Islam tidak jumud seperti yang dimahukan oleh golongan yang jumud namun Islam itu tidaklah terlalu bebas seperti golongan yang terlalu bebas. Islam tidaklah rumit seperti yang difahami oleh ahli falsafah. Islam bersifat sederhana, tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Ia bersumberkan kitab Allah, sunnah rasulNya dan cara hidup para generasi silam yang soleh. Kamu kutip sumber ini dengan penuh rasional dan sedar, dengan hati yang yakin dan percaya, dengan akal yang cerdas dan tajam. Kamu mengenali Islam yang sebenar iaitu Islam yang mencakupi akidah dan ibadah, negara dan bangsa, akhlak dan material, toleransi dan kuasa, ilmu dan undang-undang. Kamu yakini Islam dengan ertikata yang sebenar iaitu Islam yang mencakupi agama dan negara, kerajaan dan rakyat, mashaf dan pedang. Kamu yakin Allah telah melantik umat Islam sebagai khalifah kepada seluruh manusia di muka bumi ini. | واذكروا جيداً أيها الإخوان .. أن الله قد من عليكم ، ففهمتم الإسلام فهماً نقياً صافياً ، سهلاً شاملاً ، كافياً ووافياً ، يساير العصور ويفي بحاجات الأمم ، ويجلب السعادة للناس ، بعيداً عن جمود الجامدين وتحلل الإباحيين وتعقيد المتفلسفين ، لا غلو فيه ولا تفريط ، مستمداً من كتاب الله وسنة رسوله وسيرة السلف الصالحين استمداداً منطبقاً منصفاً ، بقلب المؤمن الصادق ، وعقل الرياضي الدقيق ، وعرفتموه علي وجهه : عقيدة وعبادة ، ووطن وجنس ، وخلق ومادة ، وسماحة وقوة ، وثقافة وقانون . واعتقدتموه علي حقيقته : دين ودولة ، وحكومة وأمة ، ومصحف وسيف ، وخلافة من الله للمسلمين في أمم الأرض أجمعين : |
Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Al-Baqarah: 143) | (وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطاً لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيداً) (البقرة:143) . |
Ukhuwwah (Persaudaraan) | أُخــوّة |
Saudara, ingatlah baik-baik… semua cawangan kamu ini ibarat satu unit. Semuanya dihubungkan oleh roh dan hati yang saling bertaut. Demi satu matlamat semua cawangan ini telah berjaya disatukan ke satu arah, satu cita-cita, satu derita dan satu jihad. Kesemua unit ini saling bertaut antara satu sama lain, saling berhubung antara satu sama lain, saling bermesra antara satu sama lain, saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Setiap unit merasakan mereka tidak lengkap tanpa hubungan persaudaraan sesama mereka. Persaudaraan mereka juga tidak lengkap tanpa hubungan sesama unit ini. Unit-unit ini ibarat batu-bata yang saling sokong menyokong antara satu sama lain. Semua unit ini mempunyai hubungan yang amat erat dan amat suci dengan ibu pejabat dari segi semangat, organisasi, tugas dan imej. Semua unit-unit berpaksi dengan ibu pejabat ibarat bintang-bintang yang mengelilingi paksinya. Agar dengan ini terlaksanalah firman Allah. | واذكروا جيداً أيها الإخوان .. أن كل شعبة من شعبكم وحدة متصلة الروح مؤتلفة القلوب ، جمعتها الغاية السامية علي هدف واحد وأمل واحد وألم واحد وجهاد واحد ، وأن هذه الوحدات المؤتلفة يرتبط بعضها ببعض ويتصل بعضها ببعض ويحن بعضها إلى بعض ويقدر بعضها بعضاً ، وتشعر كل أمة منها أنها لا تتم إلا باخوتها ولا تكمل أخوتها إلا بها ، كلبنات البناء المرصوص يشد بعضه بعضاً ، وأنها جميعاً ترتبط بمركزها العام أوثق ارتباط وأسماه وأعلاه ، روحياً وإدارياً وعملياً ومظهرياً ، وتدور حوله كما تدور المجموعة المتماسكة من الكواكب المنيرة حول محورها الجاذب وأصلها الثابت ، لتحقق بذلك قول الله تبارك وتعالي : |
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara. (Al-Hujurat: 10) | (إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ) (الحجرات:10) . |
Jihad | جـهاد |
Saudara, ingatlah baik-baik… Allah Taala memberkati jihad kamu ini. Dialah yang mengembangkan gagasan kamu ini dan Dialah yang menyatukan hati-hati kamu. Setiap hari ada cawangan baru yang ditubuhkan. Prinsip yang kamu perjuangkan kini diperjuangkan oleh mereka yang sebelum ini tidak memahaminya atau tidak yakin dengan kejayaannya atau menolaknya atau bertindak jahat terhadapnya. Ini bermakna dakwah kamu telah diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Dakwah kamu telah menyerap masuk ke tengah masyarakat. Kini pengikut dan pendokong dakwah kamu wujud di segenap lapisan masyarakat dan persekitaran. | واذكروا جيداً أيها الأخوة أن الله تبارك وتعالي قد بارك جهادكم ونشر فكرتكم وجمع القلوب عليكم ، فلا يمر يوم حتى تتكون لكم شعب وينتصر لمبادئكم عدد غير قليل ممن كانوا يجهلونها أو ييأسون من نجاحها أو يتبرمون بها أو يكيدون لها ، وبذلك وصلت دعوتكم إلى مختلف الطبقات ، وتغلغلت في المجتمعات ، ووجدت الأتباع والأنصار في كل الأوساط البيئات : |
Beribu-ribu pemuda yang beriman kini bersedia untuk beramal dan berjihad demi melakukan perubahan sebenar. | ـ آلاف من الشباب المؤمن مستعدون للعمل والجهاد في سبيل الإصلاح الحق . |
Markas-markas wujud di merata tempat sedia beroperasi bagi tujuan dakwah dan bimbingan. | ـ دور في كل مكان مجهزة للدعوة والإرشاد والتوجيه الصالح . |
Kumpulan-kumpulan yang tersusun dan mengamalkan riadah jasmani dan rohani dengan penuh semangat dan riang. | ـ فرق منظمة تزاول الرياضة البدنية والروحية بلذة وشغف وسرور . |
Cawangan-cawangan yang tumbuh di kampung-kampung dan bandar-bandar berjumlah lebih lima ratus buah semuanya, bekerjasama berganding bahu dan berlumba-lumba melakukan kebajikan. | ـ شعب منبثة في القرى والكفور والنجوع والمدن والحواضر تربو علي الخمسمائة تتعاون وتتكاتف وتتسابق في الخيرات . |
Lisan dan pena yang petah dan lantang mengenengahkan keindahan Islam, keunikan Islam dan hakikat Islam yang sebenar kepada masyarakat. | ـ ألسنة وأقلام مفصحة مبينة تكشف للناس عن جمال الإسلام وروعة الإسلام وحقائق الإسلام. |
Utusan-utusan dihantar bertebaran di jalan Allah untuk mendalami agama dan mengajarkannya pula kepada masyarakat. | ـ بعثات مستمرة تنفر في سبيل الله لتتفقه في الدين ولتعلمه الناس . |
Saudara, ini adalah sebahagian hasil jihad kamu. Kamu dapat lihat hasilnya begitu ketara. Ia semakin berkembang dan bertambah. | هذه بعض آثار جهادكم أيها الإخوان ترونها واضحة تتضاعف وتزداد : |
Yang demikian itu ialah petunjuk Allah, yang dengannya Ia memimpin sesiapa yang dihendakiNya. (Al-An‘am: 88) | (ذَلِكَ هُدَى اللهِ يَهْدِي بِهِ مَنْ يَشَاءُ) (الأنعام:88) . |
Pengorbanan | تضـحية |
Saudara, ingatlah baik-baik… dakwah kamu adalah dakwah yang terbaik. Jamaah kamu adalah jamaah yang paling mulia. Sumber kewangan kamu adalah dari saku kamu sendiri bukan daripada saku orang lain. Perbelanjaan untuk dakwah kamu adalah daripada catuan makanan anak-anak kamu dan perbelanjaan rumah kamu sendiri. Kamu tidak mengharapkan bantuan daripada mana-mana individu atau pertubuhan atau kerajaan atau negara. Bagi sebuah gerakan yang menuntut ahli-ahlinya mengorbankan sekurang-kurang nyawa dan harta, pengorbanan seperti ini adalah kecil. | واذكروا جيداً أيها الإخوة أن دعوتكم أعف الدعوات ، وأن جماعتكم أشرف الجماعات ، وأن مواردكم من جيوبكم لا من جيوب غيركم ، ونفقات دعوتكم من قوت أولادكم ومخصصات بيوتكم وأن أحداً من الناس أو هيئة من الهيئات أو حكومة من الحكومات , أو دولة من الدول .. لا تستطيع أن تجد لها في ذلك منة عليكم , وما ذلك بكثير على دعوة أقل ما يطلب من أهلها النفس والمال : |
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga. (Al-Taubah: 111) | (إِنَّ اللهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ) (التوبة:111) . |
Ikhlas | إخـلاص |
Saudara, ingatlah baik-baik… Janganlah kamu merasa angkuh dan besar diri. Sedarlah bahawa Allah mewajibkan dakwah kamu ini diiringi oleh iman, ikhlas, faham, sentiasa bersatu, bekerjasama dan berkorban tidak sepertimana gerakan-gerakan lain yang ada di medan, gerakan-gerakan yang kelihatan hebat dan ternama. Sifat-sifat tadi adalah tonggak kepada gerakan dakwah yang betul. Oleh itu, berusahalah dengan gigih untuk memiliki kesemua nilai-nilai itu. Mantapkanlah nilai-nilai itu dalam diri kamu. Sedarlah bahawa apa sahaja yang telah kamu lakukan ia bukan kerana kelebihan dan kehendak kamu. | اذكروا هذا جيدا ـ أيها الإخوان ـ لا للفخر و لا للمباهاة , ولكن لتعلموا أن الله قد كتب لدعوتكم من الإيمان والإخلاص والفهم والوحدة والتأييد والتضحية ما لم يكتبه لكثير من الدعوات الرائجة السوق , العالية البوق , الفخمة المظاهر , وتلك الصفات هي دعائم الدعوات الصالحة . فاجتهدوا أن تحرصوا عليها كاملة ، وأن تزيدوها في أنفسكم ثباتاً وقوة ، واعلموا أنه ليس لكم في ذلك فضل ولا منة , |
Kerana Dia lah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu), kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (Al-Hujurat: 17) | (بَلِ اللهُ يَمُنُّ عَلَيْكُمْ أَنْ هَدَاكُمْ لِلإِيمَانِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ) (الحجرات:17). |
Adakah Kita Sukar Difahami atau Misteri? | هـل نحن قوم غـامضون؟ |
Ikhwan al-Muslimin, | أيها الإخوان المسلمين .. |
Sudah dua belas tahun kamu kemukakan dakwah kamu kepada masyarakat. Namun masih ada yang tertanya-tanya tentang Ikhwan al-Muslimin. Mereka melihat jamaah ini jamaah yang sukar difahami dan misteri. Adakah kamu manusia yang sukar difahami? Saya akan jawab soalan ini dengan jelas. Saya juga akan berucap mengenai matlamat Ikhwan al-Muslimin, tentang cara yang mereka gunakan, tentang pendirian mereka terhadap pertubuhan yang lain, dan pendirian mereka terhadap keadaan yang melanda masyarakat hari ini. Kebanyakan daripada kamu sendiripun telah mengetahuinya. Kita sendiri telahpun menjelaskan perkara ini di dalam risalah-risalah, buku-buku dan ceramah-ceramah Ikhwan. Namun kita ingin jelaskan sekali lagi perkara ini sebagai renungan semula kepada yang lupa dan sebagai pengetahuan bagi yang masih tidak tahu. | بعد اثني عشرة عاماً مضت وأنتم تجهرون بدعوتكم وتبلغونها للناس , لا زال هناك فريق يتساءل عن الإخوان المسلمين , ويراهم أمامه جماعة غامضة , فهل أنتم قوم غامضون؟ وسأجيب على هذا السؤال بصراحة ووضوح . وسأتكلم عن غاية الإخوان المسلمين , وعن وسيلتهم وعن موقفهم من الهيئات المختلفة , وعن موقفهم في هذه الظروف الحاضرة التي تظلل الناس حوادثها . والكثير منكم أحاط بذلك علما , وقد سبق لنا أن فصلناه في رسائل الإخوان وكتاباتهم ومحاضراتهم , وإنما نذكر ذلك الآن في إيجاز تذكرة للغافل وتعليما لمن لم يكن يعلم . |
Matlamat Ikhwan al-Muslimin | غاية الإخوان المسلمين |
Ikhwan al-Muslimin bekerja bagi mencapai dua matlamat. Pertama, matlamat jangka pendek yang boleh difahami dan dirasai kesannya pada hari pertama seseorang itu terlibat dalam jamaah ini ataupun matlamat ini boleh dilihat melalui kerja-kerja yang dilakukan oleh beberapa orang Ikhwan di lapangan umum. Kedua, matlamat jangka panjang yang memerlukan Ikhwan menanti peluang, menunggu masa yang sesuai, melakukan persediaan yang baik dan melalui pembinaan insan. | يعمل الإخوان المسلمون لغايتين : غاية قريبة يبدو هدفها وتظهر ثمرتها لأول يوم ينضم فيه الفرد إلى الجماعة , أو تظهر الجماعة الإخوانية فيه في ميدان العمل العام . وغاية بعيدة لابد فيها من ترقب الفرص وانتظار الزمن وحسن الإعداد وسبق التكوين . |
Matlamat yang pertama ialah melibatkan diri dengan kerja-kerja kebajikan umum walau apapun bentuknya dan memberikan khidmat kemasyarakatan apabila peluang tersedia. | فأما الغاية الأولى فهي مساهمة في الخير العام أيا كان لونه ونوعه , والخدمة الاجتماعية كلما سمحت بها الظروف . |
Apabila seorang saudara berhubung dengan Ikhwan, dia dituntut supaya membersihkan jiwanya, memperbaiki akhlaknya, mempersiapkan roh, akal dan jasmaninya untuk mengharungi jihad yang lama yang akan ditempuhinya satu masa nanti. Setelah itu dia diminta pula untuk mengembangkan semangat itu kepada ahli keluarganya, sahabat-sahabatnya dan orang-orang di sekelilingnya. Seorang akh akan hanya menjadi seorang muslim yang sebenar jika dia melaksanakan hukum dan akhlak Islam. Dia juga perlu berpegang kuat dengan segala perintah dan larangan yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. daripada Tuhannya. | يتصل الأخ بالإخوان , فيكون مطالبا بتطهير نفسه وتقويم مسلكه وإعداد روحه وعقله وجسمه للجهاد الطويل الذي ينتظره في مستقبل الأيام , ثم هو مطالب بأن يشيع هذه الروح في أسرته وأصدقائه وبيئته , فلا يكون الأخ أخا مسلما حقا حتى يطبق على نفسه أحكام الإسلام وأخلاق الإسلام , ويقف عند حدود الأمر والنهي التي جاء بها رسول الله صلى الله عليه وسلم عن ربه : |
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; – Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (Al-Syams: 7-10) | (وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا , فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا , قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا , وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا) (الشمس:7-10) . |
Akhirnya terbentuk sebuah jamaah hasil gabungan kumpulan-kumpulan Ikhwan. Jamaah ini menubuhkan sebuah pejabat dan kemudian mengorak langkah mendidik orang-orang yang buta huruf dan mengajar orang ramai hukum-hukum agama. Jamaah ini menyampaikan nasihat dan bimbingan, meleraikan perkelahian, memberikan bantuan kepada yang memerlukan, mendirikan infrastruktur yang yang diperlukan seperti sekolah, institut, hospital dan masjid menurut keupayaan dan keperluan semasa. Kebanyakan cawangan Ikhwan telahpun melaksanakan tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya. | وتتكون الجماعة من جماعات الإخوان ، فتتخذ داراً وتعمل علي تعليم الأميين وتلقين الناس أحكام الدين وتقوم بالوعظ والإرشاد والإصلاح بين المتخاصمين ، وإقامة المنشآت النافعة من مدارس ومعاهد و مستوصفات ومساجد في حدود مقدرتها والظروف التي تحيط بها ، وكثير من شعب الإخوان ينهض بهذه الواجبات يؤديها غلي حالة مرضية من حسن الأداء . |
Adakah ini yang Ikhwan al-Muslimin mahukan dan adakah kerana ini mereka membuat persiapan diri? | فهل هذا ما يريده الإخوان المسلمون ويجهزون أنفسهم له ويأخذونها به ؟! |
Tidak saudara, bukan ini sahaja yang kita inginkan. Ini hanyalah sebahagian kecil yang kita lakukan kerana mencari keredaan Allah. Ini adalah matlamat jangka pendek kita. Kita memenuhi masa dengan melakukan amalan-amalan kebajikan sehingga tiba masa dan suasana yang sesuai untuk kita melakukan perubahan yang menyeluruh seperti yang kita impikan. | لا أيها الإخوان ليس هذا ك ما نريد ، هو بعض ما نريد ابتغاء مرضاة الله .. هو الهدف الأول القريب ، صرف الوقت في طاعة وخير حتى يجيء الظرف المناسب وتحين ساعة العمل للإصلاح الشامل المنشود . |
Tentang matlamat utama Ikhwan… Tentang matlamat agung Ikhwan… Tentang perubahan yang diinginkan oleh Ikhwan. Di mana mereka membuat persediaan untuk perubahan ini… Perubahan yang Ikhwan mahukan ialah perubahan yang menyeluruh dan bersepadu yang dibantu oleh seluruh potensi ummah yang melangkah ke satu arah mengganti dan menukar keadaan yang sedia ada.. | أما غاية الإخوان الأساسية .. أما هدف الإخوان الأسمى .. أما الإصلاح الذي يريده الإخوان ويهيؤن له أنفسهم .. فهو إصلاح شامل كامل تتعاون عليه قوي الأمة جميعاً وتتجه نحوه الأمة جميعاً ويتناول كل الأوضاع القائمة بالتغيير والتبديل . |
Dakwah inilah yang diketengahkan oleh Ikhwan al-Muslimin. Mereka meyakini cara ini dan mendokong akidah ini. Mereka bekerja demi membimbing manusia ke arah satu sistem masyarakat yang akan menyentuh seluruh aspek hidup yang dinamakan sebagai Islam. Islam itu dibawa oleh Roh al-Amin dan disematkan ke dalam hati penghulu para rasul dalam bahasa Arab yang fasih. Ikhwan mahu melahirkan satu ummah contoh yang berpegang dengan Islam yang sebenar. Ummah ini pula bakal menjadi petunjuk dan pemimpin. Masyarakat manusia inilah contoh negara al-Quran yang menghayati al-Quran, yang berpandukan al-Quran, yang mengajak ke arah al-Quran, yang berjuang demi al-Quran, berkorban dengan nyawa dan harta mereka. | إن الإخوان المسلمين يهتفون بدعوة ، ويؤمنون بمنهاج ، ويناصرون عقيدة ، ويعملون في سبيل إرشاد الناس إلى نظام اجتماعي يتناول شؤون الحياة جميعاً اسمه (الإسلام) .. نزل به الروح الأمين علي قلب سيد المرسلين ليكون به من المنذرين بلسان عربي أمين .. ويريدون بعث الأمة الإسلامية النموذجية التي تدين بالسلام الحق ، فيكون لها هادياً وإماماً ، وتعرف في الناس بأنها دولة القرآن التي تصطبغ به والتي تذود عنه والتي تدعو إليه والتي تجاهد في سبيله وتضحي في هذا السبيل بالنفوس والأموال . |
Islam datang sebagai satu sistem dan sebagai pemimpin, sebagai agama dan negara, sebagai undang-undang dan pengamalan. Namun yang tinggal hanyalah sistem sementara kepemimpinan telah lenyap. Apa yang kekal hanyalah agama sementara negara telah pupus. Apa yang berkembang ialah undang-undang sementara pengamalannya telah terhakis. Saudara, bukankah ini hakikat hari ini! Jika ini tidak benar, maka di manakah letaknya hukum yang Allah tetapkan bagi memelihara darah, harta dan harga diri? Allah Taala berfirman kepada nabiNya. | لقد جاء الإسلام نظاماً وإماماً ، ديناً ودولة ، تشريعاً وتنفيذاً ، فبقي النظام وزال الإمام ، واستمر الدين وضاعت الدولة ، وازدهر التشريع وذوي التنفيذ . أليس هذا هو الواقع أيها الإخوان ؟! وإلا فأين الحكم بما أنزل الله في الدماء والأموال والأعراض ؟ والله تبارك وتعالي يقول لنبيه : |
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah. (Al-Maidah: 49-50) | (وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللهُ وَلا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيراً مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ) (المائدة:49) . |
Ikhwan al-Muslimin bekerja supaya sistem ini disokong oleh pemerintah, supaya sebuah negara Islam yang baru akan muncul, supaya segala hukum-hakam Islam ini dilaksanakan sepenuhnya, supaya muncul sebuah kerajaan Islam di tengah masyarakat yang akan didokong oleh umat Islam. di mana kehidupan masyarakat ini akan diatur menurut syariat Islam sepertimana perintah Allah yang disampaikan kepada Nabi saw. di dalam kitabNya. Firman Allah: | والإخوان المسلمون يعلمون ليتأيد النظام بالحكام ، ولتحيا من جديد دولة الإسلام ، ولتشمل بالنفاذ هذه الأحكام ، ولتقوم في الناس حكومة مسلمة ، تؤيدها أمة مسلمة ، تنظم حياتها شريعة مسلمة أمر الله بها نبيه في كتابه حيث قال : |
Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar). Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu sedikitpun dari (azab) Allah (kalau engkau menurut mereka); dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu setengahnya menjadi penolong dan penyokong bagi setengahnya yang lain (dalam perkara yang salah); dan (sebaliknya) Allah menjadi penolong dan pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa (yang engkaulah pemimpinnya). (Al-Jathiyah: 18-19) | (ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَى شَرِيعَةٍ مِنَ الأَمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَ الَّذِينَ لا يَعْلَمُون , إِنَّهُمْ لَنْ يُغْنُوا عَنْكَ مِنَ اللهِ شَيْئاً وَإِنَّ الظَّالِمِينَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَاللهُ وَلِيُّ الْمُتَّقِينَ) (الجاثـية:18-19) |
Beberapa Kesan Buruk Akibat Kepincangan Sistem Sosial Di Mesir Hari Ini | بعض نتائج فساد النظام الاجتماعي الحالي في مصر |
Saudara, | أيها الإخوان .. |
Kita berada di bumi yang paling subur, airnya paling menyegarkan, berhawa sederhana, rezeki yang melimpah, negara paling kaya, terletak di tengah-tengah, tamadun paling tua dengan ilmu pengetahuan, negara yang paling banyak warisan sejarah kerohanian, kebendaan, kemahiran dan kebudayaan. Negara kita ini memiliki bahan asli, bahan-bahan industri, hasil pertanian dan segala yang diperlukan oleh sebuah bangsa yang kuat dan mahu berdikari serta memimpin bangsa lain ke arah kesejahteraan. Mana-mana bangsa asing yang menjejakkan kakinya ke bumi yang aman sentosa ini pasti akan hilang segala rasa sakit mereka, hilang segala kesulitan mereka, hilang rasa rendah diri mereka, hilang segala kemiskinan mereka. Malangnya apakah yang dinikmati oleh rakyat Mesir sendiri? Tiada apa-apa. Apakah ada sebuah negara bertamadun tetapi rakyatnya hidup dalam keadaan miskin, jahil, berpenyakit dan daif seperti yang berlaku pada Mesir danyang kaya raya ini? Sebuah negara tempat lahir segala tamadun dan ilmu. Negara yang menjadi pemimpin rantau timur ini. | إننا في اخصب بقاع الأرض وأعذبها ماء , وأعدلها هواء , وأيسرها رزقا ,وأكثرها خيرا , وأوسطها دارا ,وأقدمها مدنية وحضارة وعلما ومعرفة , وأحفلها بآثار العمران الروحي والمادي والعملي والفني , وفي بلدنا المواد الأولية والخامات الصناعية والخيرات الزراعية وكل ما تحتاج إليه أمة قوية تريد أن تستغني بنفسها وتسوق الخير إلى غيرها , وما من أجنبي هبط هذا البلد الأمين إلا صح بعد مرض واغتنى بعد فاقة وعز بعد ذلة وأترف بعد البؤس والشقاء .. فماذا أفاد المصريون أنفسهم من ذلك كله؟ لا شيء .. وهل ينتشر الفقر والجهل والمرض والضعف في بلد كما ينتشر في مصر الغنية مهد الحضارة وزعيمة أقطار الشرق غير مدافعة؟! |
Saudara, di sini ada beberapa statistik yang menunjukkan ancaman sosial yang amat hebat yang sedang kita hadapi. Jika tidak kerana rahmat Allah sudah tentu kesannya terlalu berat untuk kita terima. | إليكم أيها الإخوان بعض الأرقام التي تنطق بما يهددنا من أخطار اجتماعية ماحقة ساحقة إن لم يتداركنا فيها الله برحمته فسيكون لها أفدح النتائج وأعظم الآثار: |
1. Petani di Mesir berjumlah 8 juta orang dan tanah yang sesuai untuk diusahakan hampir 6 juta ekar. Ini bermakna nisbah setiap petani ialah dua pertiga ekar. | ( 1 ) الفلاحون في مصر يبلغون ثمانية ملايين , والأرض المنزرعة نحو ستة ملايين من الأفدنة وعلى هذا الاعتبار يخص الفرد الواحد نحو ثلثي فدان . |
Di sebalik fakta ini kita dapat perhatikan, bumi Mesir kini hilang kelebihannya kerana kelemahan sistem pengairan dan penggunaan yang berlebihan. Atas alasan ini tanah pertanian di Mesir memerlukan baja buatan yang berlipat kali ganda lebih banyak berbanding kawasan pertanian yang lebih rendah dari segi kualiti dan kesuburannya. Jumlah penduduk bertambah dengan pesat. Agihan tanah pertanian pula adalah seperti berikut, 4 juta petani tidak memiliki sebarang tanah, 2 juta hanya memiliki tidak sampai setengah ekar sementara kebanyakan petani yang lain hanya memiliki tidak lebih lima ekar tanah. Keadaan ini menunjukkan sejauhmana kadar kemiskinan para petani Mesir. Taraf hidup mereka berada di tahap yang membimbangkan. | فإذا لاحظنا على جانب هذا أن الأرض تفقد خواصها لضعف المصارف وكثرة الإجهاد , وإنها لهذا السبب تأخذ من السماد الصناعي أضعاف غيرها من التي تقل عنها جودة وخصوبة , وإن عدد السكان يتكاثر تكاثرا سريعا , وإن التوزيع في هذه الأرض يجعل من هذا العدد أربعة ملايين لا يملكون شيئا , ومليونين لا يزيد ملكهم عن نصف فدان ومعظم الباقي لا يزيد ملكه على خمسة أفدنة , علمنا مبلغ الفقر الذي يعانيه الفلاحون المصريون ودرجة إنحطاط مستوى المعيشة بينهم درجة ترعب وتخيف. |
4 juta rakyat Mesir memperolehi pendapatan maksimum hanya sebanyak 80 sen sebulan. Jika kita andaikan mereka memiliki seorang isteri dan tiga orang anak iaitu mengikut purata keadaan hidup penduduk desa di Mesir malah seluruh penduduk Mesir amnya maka purata pendapatan penduduk Mesir dalam setahun ialah 2 pound. Jumlah ini jauh lebih rendah berbanding perbelanjaan diperlukan untuk seekor keldai. Bagi perbelanjaan seekor keldai, pemiliknya perlu membelanjakan: | إن أربعة ملايين من المصريين لا يحصل أحدهم على ثمانين قرشا في الشهر بشق النفس , فإذا فرضنا أن له زوجة وثلاثة أولاد وهو متوسط ما يكون عليه الحال في الريف المصري بل الأسر المصرية عامة , كان متوسط ما يخص الفرد في العام جنيهين , وهو أقل بكثير مما يعيش به الحمار , فإن يتكلف صاحبه |
140 sen untuk 5 ikat rumput kering. | (140 قرشا خمس فدان برسيم و |
30 sen untuk 1 ½ pikul makanan haiwan. | 30 قرشا حملا ونصف الحمل من التبن و |
150 sen untuk satu guni kacang. | 150 قرشا أردب فول و |
20 sen untuk 4 qirat bijirin jagung. | 20 قرشا أربعة قراريط عفش ذرة |
Semuanya berjumlah 340 sen. Jumlah ini jauh lebih besar berbanding perbelanjaan hidup untuk seorang di Mesir. Ini bermakna 4 juta rakyat Mesir hidup di bawah tahap haiwan. | ومجموعها 340 قرشا) وهو ضعف ما يعيش به الفرد من هؤلاء الآدميين في مصر , وبذلك يكون أربعة ملايين مصري يعيشون اقل من عيشة الحيوان. |
Dalam pada itu, golongan yang memiliki jumlah tanah yang luas pula dicengkam hutang. Mereka terpaksa tunduk kepada mahkamah dan bank. | ثم إذا نظرت إلى طبقة الملاك الكبار وجدتهم مكبلين بالديون أذلاء للمحاكم والبنوك. |
Bank Pertanian sahaja memperolehi hasil gadaian sehingga setengah juta ekar. Pinjaman yang dikeluarkan untuk pemilik tanah di Mesir sehingga Oktober 1936 mencecah 17 juta pound. Ini baru satu bank. | إن البنك العقاري وحده يحوز من الرهون قريبا من نصف مليون فدان , ويبلغ دينه على الملاك المصريين 17 مليونا من الجنيهات إلى أكتوبر سنة 1936 , وهذا بنك واحد. |
Pada tahun 1939, nilai tanah dan rumah yang dirampas akibat kegagalan membayar hutang berjumlah 346,256 pound. Apakah petunjuk di sebalik angka ini? | وقد بلغ ثمن ما نزعت ملكيته للديون من الأرض والمنازل في سنة 1939 (346.256 جنيها) فعلى أي شيء تدل هذه الأرقام؟ |
2. Buruh di Mesir berjumlah 5,718,127 orang iaitu hampir 6 juta orang. Seramai 511,119 orang menganggur iaitu lebih daripada setengah juta orang tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Dalam masa yang sama ramai anggota tentera kini memegang sijil menganggur. | ( 2 ) العمال في مصر يبلغون (5.718.127) أي نحوا من ستة ملايين عامل , يشكو التعطل (511.119) أي أكثر من نصف مليون لا يجدون شيئا , وهناك الجيوش من حملة الشهادات العاطلين. |
Bagaimana seorang manusia mampu menghayati nilai mereka sebagai seorang manusia yang bermaruah atau memahami nilai semangat kebangsaan atau patriotik jika dalam negara sendiri mereka masih tidak mampu makan. Nabi saw. sendiri pernah memohon dijauhkan daripada kefakiran. Pepatah ada menyebut, kefakiran itu boleh membawa kepada kekufuran. Lebih buruk lagi, mereka yang mempunyai pekerjaan pula terpaksa berhadapan dengan eksploitasi majikan, dengan upah yang rendah dan kerja yang berat. Kerajaan masih gagal menggubal akta yang mampu mempertahankan golongan yang tertindas ini. Suasana perang kini menyebabkan jumlah penganggur semakin bertambah. Mereka yang mempunyai pekerjaan pula semakin susah dan tertindas. | فكيف يشعر إنسان هذه حاله بكرامته الإنسانية أو يعرف معنى العاطفة القومية والوطنية وهو بلد لا يستطيع أن يجد فيه القوت , ولقد استعاذ النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ من الفقر , وقديما قيل : يكاد الفقر أن يكون كفرا , فضلا عن أن المشتغلين من العمال مهددون باستغلال أصحاب رأس المال وضعف الأجور والإرهاق في العمل , ولم تصدر الحكومات بعد التشريع الكافي لحماية هؤلاء البائسين , وقد ضاعفت حالة الحرب القائمة هذا العدد من المتعطلين وزادت العاملين منهم بؤسا على بؤسهم. |
3. Syarikat-syarikat monopoli di Mesir telah menguasai sepenuhnya infrastruktur utama seperti elektrik, air, garam, pengangkutan dan sebagainya. Semua keperluan ini dimiliki syarikat-syarikat yang tidak sedikitpun mempedulikan nasib rakyat Mesir. Walaupun mereka memperolehi keuntungan yang besar tetapi masih terlalu kedekut untuk mengambil rakyat Mesir sebagai pekerja mereka. | ( 3 ) شركات الاحتكار في مصر قد وضعت يدها على مرافق الحياة والمنافع العامة , فالنور والمياه والملح والنقل ونحوها كلها في يد هذه الشركات التي لا ترقب في مصري إلاّ ولا ذمة , والتي تحقق أفحش الأرباح وتضن حتى باستخدام المصريين في أعمالها. |
Semenjak ditubuhkan pada 27 Mei 1865 hingga tahun 1933, keuntungan syarikat-syarikat pembekal air di Kaherah mencecah 20 juta pound. Sikap tidak peka dan sambil lewa menyaksikan kerajaan Mesir pada zaman Riyadh Basha (Menteri Buruh ketika itu ialah Muhammad Zaki Basha) telah menjual pegangan dalam saham syarikat hanya dengan harga 20 ribu pound walaupun keuntungan bersih hasil pegangan saham pada tarikh dijual iaitu antara 10 Julai 1889 hingga 1934 sahaja mencecah 2 ½ juta pound. | لقد بلغت أرباح شركة المياه منذ تأسست في 27 مايو سنة 1865 إلى سنة 1933 عشرين مليونا من الجنيهات , وقد بلغ التفريط والتهاون بالحكومة المصرية أن باعت حصتها في أرباح الشركة في عهد وزارة رياض باشا (وكان ناظر الشغال حينذاك محمد زكي باشا) بمبلغ عشرين ألفا من الجنيهات مع أن حصتها في صافي الربح من تاريخ البيع وهو 10 يوليو سنة 1899 إلى سنة 1934 فقط مبلغ مليونين ونصف من الجنيهات . |
Di Mesir terdapat 320 buah syarikat asing yang menguasai sepenuhnya infrastruktur utama. Pada tahun 1938 yang lalu, jumlah keuntungan yang diperolehi oleh syarikat-syarikat ini ialah 7,637,482 pound. Semua ini hasil titik peluh rakyat Mesir walaupun setengah daripada jumlah penduduk tidak mampu menikmati sebarang makanan. Pada tahun 1938, Syarikat Air Iskandariah sahaja memperolehi keuntungan berjumlah 122,850 pound. Kesemua syarikat ini tidak mematuhi syarat-syarat perjanjian yang telah ditandatangani. Dalam pada itu segala urusan yang dijalankan dengan syarikat-syarikat ini terlalu lembab dan hanya merugikan pihak kerajaan dan rakyat. | إن في مصر 320 شركة أجنبية تستغل جميع مرافق الحياة , وقد بلغت أرباحها في سنة 1938 الماضية (7.637.482 جنيها) وهذه الشركات جميعا تخالف نصوص العقود في كثير من التصرفات ثم لا يكون التصرف معها إلا متراخيا ضعيفا يفوت الفائدة على الحكومة والجمهور معا. |
Apa yang menarik dan menyedihkan ialah jumlah syarikat milik Mesir sehingga tahun 1938 hanya berjumlah 11 buah syarikat jika hendak dibandingkan dengan 320 buah syarikat asing. | ولعل من الطريف المبكي أن نقول إن عدد الشركات المصرية إلى سنة 1938 بلغ إحدى عشر شركة فقط مقابل 320 شركة أجنبية. |
4. Pada tahun 1934, klinik-klinik kerajaan menerima seramai 7,241,383 orang pesakit. 1 juta di antara mereka menghidap bilharsia. Setengah juta menghidap penyakit inklastoma dan 1 ½ juta orang menghidap penyakit ophthalmia. Di Mesir, 90% penduduk menghidap penyakit mata dan parasit. Dari jumlah itu seramai 55,575 orang hilang penglihatan mereka. Pemeriksaan perubatan yang dijalankan di sekolah, kolej, universiti termasuk akademi tentera menunjukkan sesuatu yang luarbiasa iaitu para pelajar memiliki tubuh badan yang lemah. Padahal mereka adalah golongan muda dalam negara ini. Hakikat ini wujud dalam sebuah bangsa yang diajar oleh Nabi mereka supaya memohon agar Allah memberikan mereka kekuatan pada tubuh, pendengar dan penglihatan. | ( 4 ) لقد استقبلت العيادات الحكومية المصرية سنة 1934 (7.241.383) مريضا منهم مليون بالبلهارسيا , وأكثر من نصف مليون بالأنكلستوما , ومليون ونصف بالرمد , وفي مصر 90 في المائة مريض بالرمد والطفيليات , وفيها 55.575 من فاقدي البصر , ويكشف لنا الكشف الطبي في المدارس وفي المعاهد وفي الجامعة ـ ومنها الكلية الحربية ـ حقائق عجيبة عن ضعف بنية الطلاب وهم زهرة شباب الأمة , وكل ذلك في أمة علمها نبيها أن تسأل الله أن يعافيها في أبدانها وفي سمعها وفي بصرها. |
5. Di Mesir walaupun sekian lama usaha dijalankan namun masih wujud beribu-ribu rakyat yang masih belum boleh menulis huruf alif. Sementara jumlah yang mendapat pendidikan tidak lebih 20%. Jumlah tersebut termasuk pelajar-pelajar yang mendapat pendidikan di sekolah wajib yang tidak mengetahui apa-apa. Kebanyakan mereka tidak berjaya mencapai sijil penuh sekolah rendah. Malahan mereka yang menerima pendidikan tinggi turut tidak terlepas daripada menerima kritikan kerana kelayakan mereka dikatakan tidak membolehkan mereka untuk berjaya dalam dunia kerjaya. Kritikan ini kerapkali dinyatakan oleh Menteri Pendidikan, pegawai-pegawai jabatan pendidikan dan sebagainya. | ( 5 ) إن مصر بعد هذا الجهاد الطويل لا زالت بها آلاف كثير ممن لا يخط الألف , ولازال عدد المتعلمين فيها لا يجاوز الخمس (20 في المائة) من بينهم تلاميذ المدارس الإلزامية الذين لا يحسنون شيئا وكثير منهم لم يجاوز شهادة إتمام الدراسة الابتدائية و حتى الذين تعلموا تعليما عاليا لا تنقطع الشكوى من أن مؤهلاتهم العلمية لا تمكنهم من النجاح الكامل في الحياة العملية , وتتردد هذه الشكوى على لسان وزراء المعارف ورؤساء دوائر العمال وغيرهم . |
6. Kemerosotan prestasi akhlak begitu membimbangkan. Dalam tahun 1938, jumlah mereka yang dihukum kerana pelbagai jenayah melebihi satu juta orang, lelaki dan wanita. Dari jumlah itu, 100 ribu atau lebih merengkok dalam penjara. Ini tidak termasuk mereka yang masih bebas dan tidak dihukum lagi. | ( 6 ) وقد انحط مستوى الخلُق انحطاطا عجيبا فقد بلغ عدد الذين حوكموا بجرائم تخالف القانون في سنة 1938 أكثر من مليون مصري ومصرية دخل منهم السجن زهاء مائة ألف أو يزيدون , عدا من لم تصل إليهم يد القضاء ولم تعرف جرائمهم بعد. |
Dalam pada itu, ramai di kalangan pemuda dan pemudi begitu berani melanggar hukum agama yang tidak dititik beratkan oleh undang-undang manusia seperti minum arak, berjudi, main loteri, perlumbaan(lumba kuda) dan seumpamanya Ada yang berjoli sana sini dan banyak lagi, semuanya dilakukan tanpa rasa takut atau malu. | هذا مع جرأة كثير من الشبان وغير الشبان على المخالفات الدينية التي لا يؤاخذ عليها القانون الوضعي كشرب الخمر والإقبال على القمار واليانصيب والسباق ونحوها , والعبث وما إليه مما لا يحصيه العد , بدون خشية ولا حياء. |
7. Setelah kita kehilangan segala keupayaan material kita dalam bidang ilmu dunia, kekayaan, kewangan dan kesihatan, apakah kita masih mahu mempertahankan kekuatan rohani kita? Tidak, sama sekali tidak. | ( 7 ) ومع أننا فقدنا مقومات الحياة المادية من العلم الدنيوي النافع ومن الثروة والمال ومن القوة الصحية , فهل أبقينا على شيء من قوانا الروحية؟ كلا .. كلا. |
Berapa ramai rakyat Mesir yang benar-benar mengimani Allah dan benar-benar bergantung padaNya? | كم من المصريين يؤمن بالله حق الإيمان , ويعتمد عليه حق الاعتماد؟ … |
Berapa ramai rakyat Mesir yang masih merasa bangga dengan identiti mereka sebagai Islam? | وكم منهم يعتز بكرامته القومية وعزته الإسلامية؟ … |
Berapa ramai yang mendirikan sembahyang? | وكم منهم يؤدي الصلوات؟ … |
Berapa ramai yang mendirikan sembahyang benar-benar sembahyang dengan cara yang betul dan memahami hukum dan rahsia sembahyang? | وكم من هؤلاء المؤدين يقيمها على وجهها ويتعرف أحكامها وأسرارها؟ … |
Berapa ramai yang membayar zakat serta peka dengan agihan dan matlamat zakat? | وكم منهم يؤدي الزكاة ويتحرى بها مصارفها والغاية منها؟ … |
Berapa ramai yang takutkan Allah, menjauhi kemurkaan Allah, menjauhi maksiat, dosa besar dan amalan yang keji? | وكم منهم يخشى الله ويتقيه ويبتعد عن المعصية ويتجنب كبائر الإثم والفواحش؟ … |
Berdasarkan kepada kenyataan hari ini ternyata jawapan bagi segala soalan tadi amat menyedihkan dan membimbangkan hati orang yang benar-benar beriman. | يجيبنا الواقع المشاهد عن الأسئلة جميعا جوابا يؤلم ويحزن ويحز نفس كل مؤمن غيور. |
Penyakit Dan Rawatan | الـداء والـدواء |
Saudara sekalian, Inilah yang dinyatakan oleh statistik. Apa yang ditunjukkan ini hanya sedikit daripada segala gejala buruk yang melanda Mesir. Apakah punca semua fenomena ini? Siapakah yang bertanggungjawab? Bagaimana kita boleh selesaikan segala masalah ini? Apakah cara penyelesaiannya? |
أيها الإخوان .. هذه لغة الأرقام , وهذا قليل من كثير من مظاهر البؤس والشقاء في مصر. فما سبب ذلك كله؟ .. ومن المسؤول عنه؟ .. وكيف نتخلص منه وما الطريق , وما الطريق إلى الإصلاح؟ .. |
Punca segala gejala ini ialah kepincangan sistem sosial yang diamalkan di Mesir yang sememangnya perlu diubah. Semenjak seratus tahun yang lalu kita telah diserang oleh Eropah melalui serangan politik, ketenteraan, undang-undang, sistem, pendidikan, bahasa, ilmu dan kesenian. Kita juga dilanda serangan arak, wanita, hiburan, kemewahan dan budaya buatan Eropah. Ada di kalangan kita dengan hati yang terbuka menerima segala yang disajikan kepada kita. Kita begitu kagum dengan segala yang kita terima. Tidak cukup setakat memanfaatkan segala ilmu pengetahuan, kesenian, sistem, kekuatan, kekuasaan, harga diri dan jatidiri, malah dengan tanpa syak wasangka kita serahkan teraju kepimpinan kita kepada penjajah. Demi menurut telunjuk mereka kita ketepikan agama kita. Mereka hulurkan kepada kita barangan yang tidak berguna dan kita dengan mudah menerimanya. Mereka sembunyikan barangan yang berguna dan kita dengan mudah mendiamkannya. Lebih dahsyat lagi, kita berpecah kepada puak-puak yang saling bercakaran sesama sendiri, tanpa sebarang matlamat dan agenda. | السـبب : أما سبب ذلك ففساد النظام الاجتماعي في مصر فسادا لابد له من علاج , فقد غزتنا أوربا منذ مائة سنة بجيوشها السياسية وجيوشها العسكرية وقوانينها ونظمها ومدارسها وعلومها وفنونها, وإلى جانب هذا بخمرها ونسائها ومتعها وترفها وعاداتها وتقاليدها , ووجدت منا صدورا رحبة وأدوات طيعة تقبل كل ما يعرض عليها , ولقد أعجبنا بذلك كله , ولم نقف عند حد الانتفاع بما يفيد من علم ومعرفة وفن ونظام وقوة ومنعة وعزة واستعلاء ,بل كنا عند حسن ظن الغاصبين بنا فأسلمنا لهم قيادنا , وأهملنا من أجلهم ديننا , وقدمو لنا الضار من بضاعتهم فأقبلنا عليه , وحجبوا عنا النافع منها وغفلنا عنه , وزاد الطين بلّة أن تفرقنا على الفتات شيعا وأحزابا يضرب بعضنا وجوه بعض وينال بعضنا من بعض , لا نتبين هدفا ولا نجتمع على منهاج. |
Pemerintah dan rakyat adalah orang yang bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Pemerintah telah tunduk menyerah diri kepada penjajah. Mereka menyerahkan tampuk kuasa kepada penjajah. Mereka lebih mementingkan diri sendiri daripada nasib bangsa. Seluruh jentera pentadbiran Mesir telah dijangkiti penyakit yang menyebabkan jentera ini sudah tidak berfungsi dan membawa kesengsaraan kepada rakyat. Sikap keakuan, amalan rasuah, pilih kasih, lembab, malas dan remeh menjadi amalan dalam semua jabatan kerajaan Mesir. | المسؤول : أما المسؤول عن ذلك فالحاكم والمحكوم على السواء : الحاكم الذي لانت قناته للغامزين , وسلس قياده للغاصبين , وعني بنفسه اكثر مما عني بقومه , حتى فشت في الإدارة المصرية عطلت فائدتها وجرت على الناس بلائها .. فالأنانية والرشوة والمحاباة والعجز والتكاسل والتعقيد كلها صفات بارزة في الإدارة المصرية , |
Dalam masa yang sama rakyat pula, lebih rela berada di tempat yang hina, tidak peka dengan tanggungjawab mereka, terpedaya dengan segala kepalsuan, tunduk kepada hawa nafsu. Mereka hilang kekuatan iman dan kekuatan perpaduan menyebabkan mereka sentiasa menjadi mainan golongan yang berkuasa. | والمحكوم الذي رضي بالذلة وعجز وغفل عن الواجب وخدع بالباطل وانقاد وراء الأهواء وفقد قوة الإيمان وقوة الجماعة فأصبح نهب الناهبين وطعمة الطامعين. |
Cara untuk kita bebaskan diri kita daripada segala gejala ini ialah dengan jihad dan perjuangan. Kita tidak boleh berputus asa dalam hidup ini. Kita akan selamat daripada segala gejala ini apabila kita berjaya hapuskan segala budaya yang tidak baik ini dan kita ubah kepada budaya yang lebih baik. Budaya ini pula perlu dijaga oleh sebuah kerajaan yang tegas dan sedia berkorban untuk negara, berusaha gigih untuk menyelamatkan rakyatnya. Kerajaan ini pula disokong oleh rakyat yang bersatu padu, mempunyai keazaman yang tinggi dan iman yang mantap. Walaupun dalam melangkah ke arah perubahan ini, manusia lain telah kehilangan cahaya penunjuk jalan. Namun Islam yang ada pada kita ini boleh menjadi cahaya yang akan memimpin kita ke arah jalan yang betul. | الخــلاص : أما كيف نتخلص من ذلك فبالجهاد والكفاح , ولا حياة مع اليأس ولا يأس مع الحياة , فنخلص من ذلك كله بتحطيم هذا الوضع الفاسد وأن نستبدل به نظاما اجتماعيا خيرا منه , تقوم عليه وتحرسه حكومة حازمة تهب نفسها لوطنها وتعمل جاهدة لإنقاذ شعبها , يؤيدها شعب متحد الكلمة قوي الإيمان ,ولئن فقدت الأمة مصباح وهاج نهتدي بنوره ونسير على هداه. |
Kerajaan Mesir tidak akan mampu melakukan perubahan dalam masyarakat kecuali setelah ia bebas sepenuhnya daripada sifat lemah dan takut. Bebas daripada campur tangan politik yang menyebabkan Mesir tidak mampu melangkah ke hadapan akibat campur tangan Eropah yang telah melemahkan kita serta kebangkitan kita. | ولا تستطيع حكومة مصرية أن تقوم بهذا الإصلاح الاجتماعي حتى تتحرر تماما من الضعف والعجز والخوف والتدخل السياسي الذي يقيد خطواتها , وتتخلص من هذا النير الفكري الذي وضعته أوربا في أعناقنا فأضعف نفوسنا وأوهن مقاومتنا. |
Kini kita berhadapan dengan pelbagai peristiwa penting yang banyak mengubah sistem dan budaya. Banyak negara dan kerajaan baru muncul. Kita sepatutnya mengambil kesempatan ini untuk membuang segala halangan lama. Kita bina masa hadapan yang lebih gemilang berlandaskan asas yang kukuh iaitu asas Islam yang sebenar. | ونحن نستقبل في هذه الأيام حوادث جساما تغير النظم والأوضاع وتجدد الدول والممالك , فاولى بنا أن نتخذها فرصة سانحة للتحلل من آثار الماضي وبناء المستقبل المجيد على دعائم قويمة من هذا الإصلاح الإسلامي القويم. |
Dengan ini matlamat Ikhwan al-Muslimin boleh disimpulkan kepada dua : | ولهذا كان هدف الإخوان المسلمين يتلخص في كلمتين : |
iaitu kembali kepada sistem Islam dan sistem kemasyarakatan, kemudian membebaskan diri sepenuhnya daripada cengkaman kuasa asing. Hanya dengan cara ini sahaja kita akan dapat menyelamatkan Mesir daripada segala malapetaka. |
ـ العودة للنظام الإسلامي الاجتماعي ـ والتحرر الكامل من كل سلطان أجنبي وبذلك نستطيع أن ننقذ مصر من آثار هذه الويلات . |
Ini diikuti dengan impian setinggi gunung untuk mengembalikan semua kegemilangan Islam. Manusia melihat semua ini hanyalah khayalan tetapi kita lihat ia bakal menjadi adalah suatu kenyataan. | ولنا بعد ذلك آمال جسام في إحياء مجد الإسلام وعظمة الإسلام , يراها الناس بعيدة ونراها قريبة : |
Oleh itu, bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah itu benar. (Al-Rum: 60) | (فَاصْبِرْ إِنَّ وَعْدَ اللهِ حَقٌّ وَلا يَسْتَخِفَّنَّكَ الَّذِينَ لا يُوقِنُونَ) (الروم:60). |
Pendekatan Ikhwan al-Muslimin | وسيلة الإخوان المسلمين |
Cara-cara atau wahana yang kita gunakan ialah, meyakinkan orang ramai, sebarkan dakwah dengan apa cara sekalipun supaya seluruh masyarakat memahami dan menegakkannya dengan penuh keyakinan dan keimanan. Selepas itu, kita saring anasir-anasir yang baik untuk dijadikan tonggak yang kukuh bagi mendokong gagasan perubahan ini. Seterusnya kita melangkah ke medan perjuangan mengikut lunas undang-undang dengan tujuan dakwah ini dapat diketengahkan ke institusi-institusi rasmi. Dengan ini dakwah akan dibantu dan didokong oleh kuasa yang efektif. Atas dasar ini, apabila tiba masa yang sesuai calon-calon daripada Ikhwan al-Muslimin akan tampil ke hadapan menjadi wakil kepada rakyat di badan-badan perwakilan rakyat. Kami amat yakin Allah akan membantu kami memperoleh kejayaan jika apa yang kami lakukan ini hanya demi keredaan Allah. | أما وسائلنا العامة: ـ فالإقناع ونشر الدعوة بكل وسائل النشر حتى يفقهها الرأي العام ويناصرها عن عقيدة وإيمان. ثم استخلاص العناصر الطيبة لتكون هي الدعائم الثابتة لفكرة الإصلاح. ثم النضال الدستوري حتى يرتفع صوت هذه الدعوة في الأندية الرسمية وتناصرها وتنحاز إليها القوة التنفيذية، وعلى هذا الأساس سيتقدم مرشحو الإخوان المسلمين حين يجيء الوقت المناسب إلى الأمة ليمثلوها في الهيئات النيابية، ونحن واثقون بعون الله من النجاح مادمنا نبتغي بذلك وجه الله |
Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; – (Al-Haj: 40) | (وَلَيَنْصُرَنَّ اللهُ مَنْ يَنْصُرُهُ إِنَّ اللهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ) (الحج:40). |
Cara yang lain selain daripada yang dikemukakan ini akan hanya kita guna jika terpaksa. Kita tidak akan guna cara-cara lain kecuali jika terdesak. Ketika itu kita akan tampil ke hadapan dengan penuh yakin. Kita akan nyatakan pendirian kita dengan tegas, tanpa berselindung dan bermuka-muka. Ketika itu kita bersedia menanggung walau apa sekalipun akibat tindakan kita. Kita tidak akan menunding jari ke arah orang lain dan kita tidak akan mencari kesalahan orang lain. Kita memahami bahawa apa yang ada pada Allah lebih baik dan lebih kekal abadi. Berkorban demi menegakkan kebenaran adalah jalan menuju hidup yang abadi. Dakwah menuntut perjuangan dan perjuangan bererti terdedah kepada penyeksaan. Pada ketika itu, saat kemenangan sudah hampir tiba. Itulah saat kejayaan. Terlaksanalah firman Allah yang pasti benar: | أما سوي ذلك من الوسائل فلن نلجأ إليه إلا مكرهين ن ولن نستخدمه إلا مضطرين ، وسنكون حينئذ صرحاء شرفاء ، لا نحجم عن إعلان موقفنا واضحاً لا لبس فيه ولا غموض معه ، ونحن علي استعداد تام لتحمل نتائج عملنا أياً كانت ، لا نلقي التبعة علي غيرنا ، ولا نتمسح بسوانا ، ونحن نعلم أن ما عند الله خير وأبقي ، وأن الفناء في الحق هو عين البقاء ، وأنه لا دعوة بغير جهاد ، ولا جهاد بغير اضطهاد ، وعندئذ تدنو ساعة النصر ويحين وقت الفوز ، ويتحقق قول الملك الحق المبين : |
(Orang-orang yang mendustakan ugama Allah itu telah diberi tempoh yang lanjut sebelum ditimpakan dengan azab) hingga apabila rasul-rasul berputus asa terhadap kaumnya yang ingkar dan menyangka bahawa mereka telah disifatkan oleh kaumnya sebagai orang-orang yang berdusta, datanglah pertolongan Kami kepada mereka, lalu diselamatkanlah sesiapa yang Kami kehendaki. Dan (ingatlah bahawa) azab Kami tidak akan dapat ditolak oleh sesiapapun daripada menimpa kaum yang berdosa. (Yusuf: 110) | (حَتَّى إِذَا اسْتَيْأَسَ الرُّسُلُ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ قَدْ كُذِبُوا جَاءَهُمْ نَصْرُنَا فَنُجِّيَ مَنْ نَشَاءُ وَلا يُرَدُّ بَأْسُنَا عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِينَ) (يوسف:110). |
Kita Dan Politik | نحن و السياسة |
Ada sesetengah pihak yang mempersoalkan: Apa kena mengena Ikhwan dengan Parlimen? Ikhwan adalah pertubuhan agama sedangkan parlimen adalah ruang untuk badan politik? Bukankah betul apa yang dikatakan oleh orang ramai bahawa Ikhwan al-Muslimin adalah pertubuhan politik. Mereka bukan mengajak manusia kepada Islam sahaja, seperti yang mereka dakwa. | وقد يقول بعض الناس : وما للإخوان والبرلمان والإخوان جماعة دينية وهذه سبيل الهيئات السياسية؟ أليس هذا يؤيد ما يقول الناس من أن الإخوان المسلمين قوم سياسيون لا يقفون عند حد الدعوة للإسلام كما يدعون؟ |
Dengan penuh yakin saya menjawab segala persoalan ini: Saudara, jika ada yang mengatakan kita pertubuhan politik kepartian dan amalan kami ialah menyokong parti tertentu dan menentang parti yang lain, bukan ini sifat kami dan kami tidak akan sama sekali bertindak sedemikian. Tiada siapapun yang dapat mendatangkan sebarang bukti membuktikan tuduhan ini. Jika kami dikatakan sebagai pertubuhan politik atas dasar kami mengambil berat soal umat Islam ini, atau kerana kami berfahaman bahawa kuasa eksekutif dan maruah bangsa adalah sebahagian rukun atau fardhu Islam, atau kerana kami bekerja dengan penuh gigih untuk memperolehi kemerdekaan mutlak dan memulihkan badan pentadbiran, maka memang benar itulah kami. Kami yakin kami bukan bawa perkara yang baru. Apa yang diperkatakan ini difahami oleh setiap orang Islam yang benar-benar mempelajari Islam. Kami amat memahami apa yang kami perjuangkan. Apalah erti hidup ini jika kami tidak berusaha mencapai segala matlamat ini. Dalam usaha ini, kami tidak akan terseleweng daripada hanya mahu mengajak manusia ke arah Islam. Islam tidak sahaja menuntut umatnya supaya memberi nasihat dan bimbingan sebaliknya Islam sentiasa mendesak mereka supaya mereka berjuang dan berjihad. | وأقول لهذا القائل في صراحة ووضوح : أيها الأخ .. أما أنا سياسيون حزبيون نناصر حزبا ونناهض آخر فلسنا كذلك ولن نكونه , ولا يستطيع أحد أن يأتي على هذا بدليل أو شبه دليل. وأما أننا سياسيون بمعنى أننا نهتم بشئون أمتنا ، ونعتقد أن القوة التنفيذية جزء من تعاليم الإسلام تدخل في نطاقه وتندرج تحت أحكامه ، وأن الحرية السياسية والعزة القومية ركن من أركانه وفريضة من فرائضه ، وأننا نعمل جاهدين لاستكمال الحرية ولإصلاح الأداة التنفيذية فنحن كذلك ، ونعتقد أننا لم نأت فيه بشيء جديد ، فهذا المعروف عن كل مسلم درس الإسلام دراسة صحيحة ونحن لا نعلم دعوتنا ولانتصور معنى لوجودنا إلا تحقيق هذه الأهداف. ولم نخرج بذلك قيد شعرة عن الدعوة إلى الإسلام ، والإسلام لا يكتفي من المسلم بالوعظ والإرشاد ولكنه يحدوه دائما إلى الكفاح والجهاد |
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (Al-Ankabut: 69) | (وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ) (العنكبوت:69). |
Berkenaan dengan pendirian kita terhadap pertubuhan-pertubuhan lain di Mesir, pendirian kita cukup jelas, pendirian ini kita suarakan dan kita catatkan dalam segenap kesempatan yang ada. | أما موقفنا من الهيئات في مصر فصريح واضح نتحدث به ونكتب عنه في كل الظروف والمناسبات…… |
Kita Dan Kerajaan | نحن والحكومات |
Pendirian kita terhadap kerajaan-kerajaan yang memerintah Mesir walau apa sekalipun bentuknya ialah kita berperanan sebagai memberi nasihat dan bersimpati. Kita berharap kerajaan ini bertindak tepat dan mendapat petunjuk. Kita berharap semoga kerajaan ini mampu memulihkan segala kepincangan yang ada dengan izin Allah. Walau bagaimanapun pengalaman banyak mengajar dan meyakinkan kita bahawa kita dan kerajaan-kerajaan ini tidak pernah sehaluan. | فأما موقفنا من الحكومات المصرية على اختلاف ألوانها فهو موقف الناصح الشفيق , الذي يتمنى لها السداد والتوفيق , وأن يصلح الله بها الفساد , وإن كانت التجارب الكثيرة كلها تقنعنا بأننا في واد وهي في واد , ويا ويح الشجيّ من الخليّ. |
Kita telah banyak kali mengemukakan cadangan pemulihan kepada kerajaan-kerajaan Mesir yang silih berganti. Malah kita telah kemukakan beberapa memorandum yang menyentuh isu utama masyarakat Mesir. | لقد رسمنا للحكومات المصرية المتعاقبة كثيرا من مناهج الإصلاح , وتقدمنا لكثير منها بمذكرات إضافية في كثير من الشؤون التي تمس صميم الحياة المصرية .. |
Kita telah cuba sedarkan mereka betapa perlunya usaha dijalankan bagi memulihkan jentera pentadbiran kerajaan dengan cara memilih pegawai yang betul, memberi tumpuan kepada sesuatu kerja, memudahkan segala urusan, mengambil kira aspek kelayakan dan menghapuskan keistimewaan yang diberikan. | لقد لفتنا نظرها إلى وجوب العناية بإصلاح الأداة الحكومية نفسها باختيار الرجال وتركيز الأعمال وتبسيط الإجراءات ومراعاة الكفايات و القضاء على الاستثناءات .. |
Kita juga menuntut supaya bidang pendidikan dibaiki dengan cara mengkaji semula dasar pendidikan dan memantau penerbitan akhbar, buku, filem, pementasan dan radio. Segala kelemahan bidang ini perlu diatasi dan dipimpin ke arah yang betul. | وإلى إصلاح منابع الثقافة العامة بإعادة النظر في سياسة التعليم ومراقبة الصحف والكتب والسينما والمسارح والإذاعة , واستدراك نواحي النقص فيها وتوجيهها الوجهة الصالحة. |
Lakukan perubahan kepada aspek undang-undang supaya ia hanya bersumberkan syariat Islam, mencegah kemungkaran, membanteras jenayah melalui undang-undang hudud dan hukuman yang menginsafkan. | وإصلاح القانون باستمداده من شرائع الإسلام , ومحاربة المنكر ومقاومة الإثم بالحدود وبالعقوبات الزاجرة الرادعة .. |
Mendidik rakyat supaya mengamalkan budaya kerja yang bermanfaat ketika masa lapang. | وتوجيه الشعب وجهة صالحة بشغله بالنافع من الأعمال في أوقات الفراغ. |
Namun apakah hasil segala usaha ini? Tiada. Kementerian Hal Ehwal Masyarakat telah berusaha mengisi kekosongan ini tetapi apa yang telah dilakukannya selama satu tahun setengah ini? | فماذا أفاد كل ذلك؟ .. لا شيء , ولقد قامت وزارة الشؤون الاجتماعية لسد هذا الفراغ فماذا فعلت وقد مضى عليها أكثر من عام ونصف عام؟ |
Apakah yang diperolehi daripada segala usaha ini? Tiada. Jawapan bagi segala persoalan ini akan kekal tiada, selagimana kita masih tidak cukup berani untuk keluar daripada kepompong taqlid buta dan masih tidak bangkit melawan rutin kuno ini. Semua ini tiada penghujungnya. Selagimana kita tidak menggariskan agenda kita dan kita tidak memilih pegawai-pegawai yang berkelayakan bagi melaksanakan agenda ini. Dalam tempoh ini kita akan terus memberi nasihat sehingga tiba harinya Allah akan memutuskan siapakah yang benar antara kita dan kaum kita itu. Allah jua sebaik-sebaik yang membuat keputusan. | ماذا أنجزت من الأعمال ؟ .. لا شيء , وستظل “لا شيء” هي الجواب لكل المقترحات مادمنا لا نجد الشجاعة الكافية للخروج من سجن التقليد والثورة على هذا الروتين العتيق , وما دمنا لم نحدد المنهاج ولم نتخير لإنفاذه الأكفاء من الرجال , ومع هذا فسنظل في موقف الناصحين يفتح الله بيننا وبين قومنا بالحق وهو خير الفاتحين. |
Kita Dan Parti-Parti Yang Ada | نحن و الأحزاب |
Berhubung sikap kita terhadap parti-parti politik yang ada, sikap kita ialah kita tidak menyebelahi mana-mana parti. Namun kita yakin semua parti adalah sama dari beberapa segi: | أما موقفنا من الأحزاب السياسية فلسنا نفاضل بينها ولا ننحاز إلى واحد منها ولكننا نعتقد أنها تتفق جميعا في عدة أمور : |
Kebanyakan tokoh parti-parti ini telah berjasa menangani isu-isu politik di Mesir. Mereka turut serta berjuang demi kepentingan Mesir. Sedikit sebanyak apa yang berjaya dicapai oleh Mesir hari ini adalah hasil perjuangan mereka. Dari aspek ini, kita perlu hargai sumbangan mereka ini. | تتفق في أن كثيراً من رجالها قد عملوا على خدمة القضية السياسية المصرية، واشتركوا فعلاً في الجهاد في سبيلها، وفي الوصول إلى ما وصلت إليه مصر من ثمرات هذا الجهاد الضئيلة أو الجليلة، فنحن في هذه الناحية لا نبخس هؤلاء الرجال حقهم. |
Namun dalam masa yang sama tiada satupun antara parti-parti ini yang menggariskan agenda yang mantap dalam usaha melakukan perubahan. Mereka tidak menggariskan matlamat yang ingin dicapai. Atas sebab ini, semua parti ini mempunyai agenda dan matlamat yang berbeza. | وتتفق كذلك في أن حزباً منها لم يحدد بعدُ منهاجًا دقيقاً لما يريد من ضروب الإصلاح ، ولم يضع هدفاً يرمي إليه ، وهي لهذا لا تتفاوت في المناهج والأغراض والغايات. |
Parti-parti ini juga masih tidak yakin bahawa perubahan masyarakat yang diperjuangkan perlu berlandaskan asas dan ajaran Islam. Kebanyakan tokoh-tokoh penting parti-parti ini memahami Islam hanyalah amalan ibadat dan kerohanian yang tiada kaitan sama sekali dalam mencorak hidup manusia, aspek kemasyarakatan dan keduniaan. | وتتفق كذلك في أنها جميعاً لم تقتنع بعدُ بوجوب المناداة بالإصلاح الاجتماعي على قواعد الإسلام وتعاليم الإسلام ، ولا زال أقطابها جميعاً يفهمون الإسلام على أنه ضروب من العبادات والروحانيات لا صلة لها بحياة الأمم والشعوب الاجتماعية والدنيوية. |
Walapun parti-parti ini silih berganti memerintah Mesir namun tiada satupun yang membawa perkara baru. Di bawah pemerintahan mereka, rakyat tidak memperolehi sebarang kemajuan fizikal dan mental sebagaimana yang diharapkan. Suasana ini mewujudkan kesan negatif apabila beberapa kerajaan bukan parti muncul di Mesir dalam keadaan yang kritikal termasuk kerajaan yang memerintah hari ini. | وتتفق بعد ذلك في أنها تعاقبت على حكم هذا البلد فلم تأت بجديد ، ولم يجد الناس في ظل حكمها ما كانوا يأملون من تقدم مادّي أو أدبيّ , ولقد كان لهذا أثر العملي , فقامت في مصر الحكومات غير الحزبية في أحرج الظروف وأدق المواقف , ومنها الحكومة الحالية. |
Dengan ini, sebenarnya tidak wujud sebarang perbezaan antara parti-parti yang ada di Mesir. Perbezaan yang ada hanyalah dari aspek penampilan dan tokoh sedangkan aspek ini tidak penting bagi Ikhwan al-Muslimin. Atas dasar ini juga Ikhwan mempunyai pandangan yang sama terhadap semua parti ini. Mereka meletakkan dakwah mereka (warisan Rasulullah saw. ini) berada di tahap yang lebih tinggi berbanding parti-parti yang ada. Mereka mengemukakan dakwah ini secara jelas dan nyata kepada semua pemimpin parti secara saksama. Mereka berharap supaya para pemimpin parti ini memahami hakikat yang berlaku dan membuat penilaian yang tepat. Ikhwan berharap mereka ini akur kepada semangat patriotik yang sebenar supaya mereka boleh bersatu dan memperjuangkan agenda yang satu. Mudah-mudahan mereka mampu mengubah keadaan dan merealisasikan segala impian. Mereka tiada pilihan lain selain terpaksa menerima agenda yang dianjur oleh Ikhwan al-Muslimin. Lebih tepat lagi, hidayah yang diturunkan oleh Tuhan sekalian alam. | وإذاً فلا خلاف بين الأحزاب المصرية إلا في مظاهر شكلية ، وشؤون شخصية ، لا يهتم لها الإخوان المسلمون ، ولهذا فهم ينظرون إلى هذه الأحزاب جميعاً نظرة واحدة ، ويرفعون دعوتهــم ـ وهي ميراث رسول الله ـ فوق هذا المستوى الحزبي كله ، ويوجهونها واضحة مستنيرة إلى كل رجال هذه الأحزاب على السواء ، ويودّون أن لو أدرك حضراتهم هذه الحقيقة ، وقدّروا هذه الظروف الدقيقة ، ونزلوا على حكم الوطنية الصحيحة ، فتوحدت كلمتهم ، واجتمعوا على منهاج واحد ، تصلح به الأحوال وتتحقق الآمال ، وليس أمامهم إلا منهاج الإخوان المسلمين ، بل هدى رب العالمين |
Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan. (Al-Shura: 53) | (صِرَاطِ اللهِ الَّذِي لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ أَلا إِلَى اللهِ تَصِيرُ الأُمُورُ) (الشورى:53) |
ونحن لا نهاجم لأننا في حاجة إلى الجهد الذي يبذل في الخصومة والكفاح السلبي لننفقه في عمل نافع وكفاح إيجابي وندع حسابهم للزمن معتقدين أن البقاء للأصلح (فَأَمَّا الزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَاءً وَأَمَّا مَا يَنْفَعُ النَّاسَ فَيَمْكُثُ فِي الأَرْضِ) (الرعد:17). | |
Ikhwan dan Organisasi-Organisasi Islam | نحن والهيئات الإسلامية |
Adapun sikap kami terhadap organisasi-organisasi Islam dengan segala kecenderungannya, adalah sikap cinta, ta’awun, dan setia. Kami berusaha mengadakan pendekatan pandangan dan pemikiran demi membela kebenaran dengan jiwa ta’awun dan mahabbah. Perbezaan ijtihad fiqih dan keberagaman madzhab tidak menjauhkan kita. Agama Allah itu mudah, siapa pun yang membelanya akan dimenangkan. Allah telah memberi taufik kepada kita di saat kita mencari kebenaran dengan cara lemah lembut, sehingga menyejukkan hati dan menenangkan pikiran. Kami yakin akan datang suatu hati di mana nama, gelar-gelar formal, dan pandangan akan sirna dan akan digusur oleh kesatuan kerja yang menghimpun seluruh pasukan Islam. Mereka semua adalah Ikhwan yang bekerja dan berjuang demi agama dan fi sabilillah | وأما موقفنا من الهيئات الإسلامية علي اختلاف نزعاتها ، فموقف حب و إخاء وتعاون وولاء ، نحبها ونعاونها ، ونحاول جاهدين أن نقرب بين وجهات النظر ونوفق بين مختلف الفكر توفيقاً ينتصر به الحق في ظل التعاون والحب . ولا يباعد بيننا وبينها رأي فقهي أو خلاف مذهبي ، فدين الله يسر ، ولن يشاد الدين أحد إلا غلبه . ولقد وفقنا الله إلى خطة مثلي ، إذ نتحري الحق في أسلوب لين يستهوي القلوب وتطمئن إليه العقول ، ونعتقد أنه سيأتي اليوم الذي تزول فيه الأسماء والألقاب والفوارق الشكلية والحواجز النظرية وتحل محلها وحدة عملية تجمع صفوف الكتيبة المحمدية حيث لا يكون هناك إلا إخوان مسلمون ، للدين عاملون وفي سبيل الله مجاهدون : |
“Dan barangsiapa yang mengambil Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya, sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang.” (Al-Maidah 56) | (وَمَنْ يَتَوَلَّ اللهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللهِ هُمُ الْغَالِبُونَ) (المائدة:56) . |
Kenyataan Sebenar | كلمة حــق |
Kini, kita ingin jelaskan kepada pihak yang masih merasakan bahawa Ikhwan al-Muslimin bekerja demi kepentingan individu tertentu atau organisasi tertentu: Saudara, takutilah kemurkaan Allah dan janganlah kamu katakan apa yang kamu tidak tahu. Ingatlah firman Allah Taala: | نحب بعد هذا أن نقول كلمة صريحة لأولئك الذين لا زالوا يظنون أن الإخوان يعملون لحساب شخص أو جماعة : اتقوا الله أيها الناس ، ولا تقولون ما لا تعملون . واذكروا قول الله تعالي : |
Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata. (Al-Ahzab: 58) | (وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَاناً وَإِثْماً مُبِيناً) (الأحزاب:58) ، |
Rasulullah saw. juga pernah bersabda: | وقول رسول الله : |
“Orang yang paling saya murkai dan orang yang paling jauh daripada saya pada hari kiamat nanti ialah orang yang menyebarkan fitnah, memecah belahkan mereka yang berkasih sayang dan mencari keaiban orang yang tidak berdosa.” | (وإن أبغضكم إلى وأبعدكم مني مجلساً يوم القيامة المشاؤون بالنميمة المفرقون بين الأحبة الملتمسون للبرءاء العيب) ، |
Mereka perlu betul-betul faham bahawa hari di mana Ikhwan al-Muslimin akan bekerja untuk orang lain atau menjadi alat kepada agenda yang tiada kena mengena dengan agenda Ikhwan, masih belum wujud lagi. Saya masih ingat, dalam satu kesempatan saya pernah menulis sepucuk surat kepada seorang Basha, di mana di akhir surat tersebut saya catatkan: | وليعلموا تماماً أن اليوم الذي يكون فيه الإخوان المسلمون مطية لغيرهم أو أداة لمنهاج لا يتصل بمنهاجهم لم يخلق بعد . و أذكر أنني كتبت في إحدى المناسبات خطاباً لأحد الباشوات جاء في آخره : |
“Yang dimuliakan Basha, Ikhwan al-Muslimin tidak akan tunduk kepada sebarang sogokan ataupun ancaman. Mereka tidak akan takut kepada sesiapa kecuali hanya kepada Allah. Mereka tidak akan terpedaya dengan kedudukan dan pangkat. Mereka tidak mengharapkan kekayaan dan harta. Hati mereka tidak akan terpikat dengan kesenangan dunia yang akan lenyap ini. Mereka hanya mencari keredaan Allah dan mengharapkan ganjaran akhirat. Mereka akur kepada firman Allah Taala: | (والإخوان المسلمون يا رفعة الباشا لا يقادون برغبة ولا برهبة ، ولا يخشون أحداً إلا الله ، ولا يغريهم جاه ولا منصب ، ولا يطمعون في منفعة ولا مال ، ولا تعلق نفوسهم بعرض من أعراض هذه الحياة الفانية ، ولكنهم يبتغون رضوان الله ويرجون ثواب الآخرة ، ويتمثلون في كل خطواتهم قول الله تبارك وتعالي : |
(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata. (Al-Zariyat: 50) | (فَفِرُّوا إِلَى اللهِ إِنِّي لَكُمْ مِنْهُ نَذِيرٌ مُبِينٌ) (الذريات:50) |
Ikhwan mengenepikan segala matlamat dan cita-cita yang lain demi matlamat yang satu dan hasrat yang satu iaitu keredaan Allah. Atas dasar ini mereka tidak akan menggunakan agenda lain selain agenda mereka. Mereka tidak akan menerima dakwah lain selain dakwah mereka. Mereka tidak akan membawa penampilan lain selain penampilan Islam. | فهم يفرون من كل الغايات والمطامع إلى غاية واحدة ومقصد واحد هو رضوان الله ، وهم لهذا لا يشتغلون في منهاج غير منهاجهم ولا يصلحون لدعوة غير دعوتهم ، ولا يصطبغون بلون غير الإسلام : |
Celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Al-Baqarah: 138) | (صِبْغَةَ اللهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللهِ صِبْغَةً) (البقرة:138) … |
Sesiapa yang cuba memperdaya atau mengambil kesempatan daripada mereka pasti akan menyesal. Sesiapa yang cuba mempergunakan Ikhwan untuk kepentingan mereka pasti akan kecewa. Sesiapa yang ikhlas untuk berkongsi matlamat dan turut serta bersama perjuangan mereka pasti akan merasa senang hati dan akan disambut dengan senang hati. Dia akan dapat lihat mereka ini adalah tentera yang gagah berani dan teman yang setia. Mereka akan mengorbankan nyawa mereka untuknya, menyerahkan segala hati dan tenaga mereka untuknya. Dalam masa sama mereka akan tetap merasakan dia lebih baik daripada mereka. | فمن حاول أن يخدعهم خدع ، ومن أراد أن يستغلهم خسر ، ومن طمع في تسخيرهم لهواه أخفق … ومن أخلص معهم في غايتهم ووافقهم على متن طريقهم سعد بهم وسعدوا به ، ورأى فيهم الجنود البسلاء والإخوة الأوفياء ، يفدونه بأرواحهم ويحوطونه بقلوبهم وجهودهم ، ويرون له بعد ذلك الفضل عليهم…….. |
Yang dimuliakan Basha, saya tulis surat ini kepada tuan bukan kerana ingin meminta sumbangan untuk Jamaah Ikhwan al-Muslimin atau untuk tujuan membantu seorang anggota Ikhwan. Surat ini bertujuan mengajak tuan untuk turut sama dalam barisan Ikhwan setelah tuan mengkaji secara mendalam tentang mereka. Setelah tuan yakin dengan agenda mereka dan tuan bersedia untuk bekerjasama dengan mereka dalam usaha memajukan masyarakat Mesir dengan berteraskan akhlak dan ajaran Islam. | أكتب لكم هذا يا رفعة الباشا لا رجاء معونة مادية لجماعة الإخوان المسلمين ولا رغبة في مساعدة نفعية لأحد أعضائها العاملين ، ولكن لأدعوكم إلى صف هؤلاء الإخوان بعد دراستهم دراسة جدية صحيحة تقنعكم بمنهاجهم وتنتج تعاونكم معهم في إصلاح المجتمع المصري على أساس متين من الخلق الإسلامي وتعاليم الإسلام .. و |
Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira – Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. (Ar-Rum: 4-5) | (للهِ الأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ , بِنَصْرِ اللهِ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ) (الروم:4-5) . |
Cara inilah yang kita gunakan ketika kita berinteraksi dengan orang ramai. Kita pernah menulis kepada Yang Mulia al-Nahhas Basha, Muhammad Mahmud Basha, Ali Mahir Basha, Hussein Sari Basha dan ramai lagi. Tujuan kita ialah dengan menyampaikan dakwah ini kita akan menghindari kemurkaan Allah. Di samping itu kita dapat pandu mereka ke arah apa yang kita yakin ia baik untuk mereka dan untuk semua manusia. | بمثل هذا الأسلوب نخاطب الناس , ونكتب لرفعة النحاس باشا ومحمد محمود باشا وعلي ماهر باشا وحسين سري باشا , وغيرهم مما نريد أن نعذر إلى الله بإبلاغهم الدعوة وتوجيههم إلى ما نعتقد أن فيه الخير والصواب لهم وللناس .. |
Apakah dengan segala keterangan ini masih ada yang mendakwa Ikhwan al-Muslimin bekerja untuk individu tertentu atau organisasi tertentu, yang kecil atau yang besar? Sedikit atau ramai… | أفيقال بعد هذا أن الإخوان المسلمين يعملون لحساب شخص أو هيئة كبر ذلك أم صغر قل أم كثر .. |
Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata. (An-Nur: 12) | (لَوْلا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنْفُسِهِمْ خَيْراً وَقَالُوا هَذَا إِفْكٌ مُبِينٌ) (النور:12) . |
Peliharalah kami ya Allah, semoga kami bekerja hanya untuk membawa manusia ke arah al-Quran dan ajaran Islam. | ومعاذ الله أن نكون في يوم من الأيام لغير الإسلام وتعاليم الإسلام . |
Sikap Kita Berhubung Beberapa Isu Semasa | موقفنا في الظروف الحاضرة |
Dua tahun telah berlalu semenjak Muktamar Ke-5 hingga ke Muktamar ke-6 ini. Pelbagai peristiwa penting telah berlaku di dalam dan di luar negara yang membabitkan Mesir. Ibu pejabat Ikhwan al-Muslimin dan semua cawangannya telah menyatakan sikap mereka terhadap kesemua peristiwa ini. Mereka memberikan tindak balas yang sesuai dengan kesemua peristiwa ini. Mereka membantu atau memperbetulkan atau mengkritik atau menyokong, berbekalkan satu matlamat yang agung dan berlandaskan manhaj yang betul. | من المؤتمر الخامس إلى المؤتمر السادس مضى عامان , تعاقبت فيها الحوادث الجسام على مصر في الداخل والخارج . وقد قابل المركز العام للإخوان المسلمين ومن ورائه شعبه جميعا كل حادثة بما يناسبها , ووقفوا منها الموقف الذي يلائمها , من تأييد أو تسديد أو نقد أو تزكية , مستنيرين في ذلك بوحي الغاية السامية , وبقواعد منهاجهم السليم . |
Peristiwa yang paling hebat dan paling penting ialah peristiwa pengisytiharan perang yang turut membabitkan Mesir. Ketika itu Eropah terbahagi kepada dua paksi yang saling berperang untuk menghancurkan pihak lawan. Segala cara damai telah gagal dan kata bicara sudah tidak berguna lagi. | وكان أجل تلك الحوادث وأشدها خطرا وأعمقها أثرا إعلان الحرب وامتداد لهيبها إلى مصر ,ووقوف أوربا معسكرين متناحرين يعمل كل منهما على إفناء الآخر وإبادته ,حتى أخفقت وسائل التهدئة وسل الحسام بعد أن خرس الكلام . |
Kerajaan Mesir ketika itu telah menyatakan pendirian Mesir dan pendirian ini disokong oleh parlimen. Rakyat menyokong pendirian ini begitu juga dengan Ikhwan al-Muslimin. Secara ringkas pendirian ini boleh disifatkan sebagai, “berkecuali dan bersiap sedia.” | لقد أعلنت الحكومة المصرية موقف مصر , وأيدها في ذلك البرلمان , وأيدها في ذلك الرأي العام , وأيدها الإخوان المسلمون أيضا , ويمكن تلخيص هذا الموقف في كلمتين (الحياد والاستعداد) . |
Pendirian ini amat tegas dan tepat jika ia dinyatakan secara ikhlas. Namun pada hakikatnya sikap berkecuali ini mustahil dilaksanakan kerana perjanjian Mesir-British mewajibkan kita membekalkan segala bentuk bantuan kepada angkatan tentera British. Kita telahpun laksanakan isi perjanjian ini dan pada hakikatnya rakyat Mesir sendiri telah dikerahkan untuk membantu British. Mesir telah diisytiharkan dalam undang-undang darurat, akhbar dikawal ketat, segala alat perhubungan seperti jalan keretapi, lapangan terbang, pelabuhan, telefon dan telegraf telah digunakan. Arahan pihak tentera British akan diberikan keutamaan dalam segala urusan. Bahan-bahan yang diperlukan oleh tentera dan perang telah disimpan walaupun ia diperlukan untuk keperluan lain. Tentera Mesir telah dihantar ke sempadan dan ke Sudan. Tidak dapat dinafikan Mesir kini berada dalam suasana perang dan sikap berkecuali seperti yang didakwa sebenarnya tidak wujud. | وهو موقف واضح مستنير لو استكمل شروط الصحة فإن هذا الحياد محال أن يكون حقيقيا والمعاهدة المصرية الإنجليزية تفرض علينا أن نقدم كل المساعدات الممكنة للقوات البريطانية ونحن قد قمنا بذلك فعلا , وجندت مصر تجنيدا حقيقيا لمساعدة إنجلترا , فأعلنت الأحكام العرفية وفرضت الرقابة على الصحف واستخدمت السكك الحديدية والمطارات والموانئ والتليفونات والتلغرافات وكل طرق المواصلات , وقدمت طلبات السلطة العسكرية البريطانية في جميع الشؤون على كل الطلبات , وحجزت المواد اللازمة للجيش وللأعمال الحربية مهما كانت الحاجة إليها شديدة , وأرسل الجيش المصري إلى الحدود وإلى السودان , وصارت مصر حقيقة لا خيالا في حالة حرب مما جعل هذا الحياد لا قيمة له في الواقع . |
Langkah bersiap siaga juga tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana wujudnya pelbagai halangan, dari segi material dan politik. Akibatnya setelah sekian lama, kita masih belum mampu mempersiapkan diri dengan keupayaan tentera dan rakyat. | كما أن الاستعداد لن يكون كاملا وأمامه عقبات مادية وسياسية تجعل الوقت يمر دون أن نجهز أنفسنا بالقليل من المعدات العسكرية أو المدنية . |
Ini bermakna, sikap hipokrit yang ditunjukkan oleh Mesir ini bukan lahir secara sukarela atau pilihan sendiri sebaliknya ia hasil paksaan dan tekanan. Inilah sikap terbaik sekarang ini ketika kita terpaksa untuk mempersetujuinya. Kita merayu kerajaan Mesir agar berusaha sedaya upaya untuk melengkapkan keupayaan negara, melengkapkan negara dengan keupayaan pertahanan, tentera dan rakyat sebagai langkah berjaga-jaga dan bersiap sedia | وإذاً فرضاء مصر بهذا الموقف الصوري العجيب ليس عن طواعية واختيار , وكلنه عن كراهية واضطرار , وليس هناك موقف أفضل منه مادمنا مجبرين عليه ,ونهيب بالحكومة المصرية جاهدين أن تعمل ما وسعها العمل على استكمال العدة , وتجهيز الشعب بوسائل الدفاع العسكرية والمدنية أخذا بالحيطة واستعدادا للطوارئ . |
Kedudukan Mesir sepatutnya hanya dua iaitu sama ada: | أما الوقف الذي ترضاه مصر وتهش له وتقنع به فلا يخرج عن أحد أمرين : |
1. British tidak yakin dan tidak mempercayai kita serta tidak mengiktiraf kita sebagai sekutu mereka. Ini bermakna British perlu jelaskan pendirian mereka dan tinggalkan bumi kita ini. Kembalikan segala bantuan kita dan bebaskan kita daripada terpaksa terikat kepada penjanjian yang meletakkan kita sebagai sekutu dan mewajibkan kita memberikan bantuan. Kemungkinan ini sudah tentu tidak benar. | إما أن إنجلترا لا تثق بنا ولا تعتمد علينا ولا تعتبرنا حلفاء حقيقين لها , وحينئذٍ يكون عليها أن تصارحنا بذلك وأن تخلي أرضنا وأن توفر علينا مساعداتنا وأن تحلنا من قيود المعاهدة التي تنص على المحالفة وترتب عليها المساعدة , وذلك فرض مستبعد طبعا . |
2. Ataupun British yakin dan mengiktiraf kita sebagai sekutu mereka. Mereka perlu mengakui kejujuran kita dan bantuan yang akan kita berikan. Kita telah buktikan perkara ini. Semenjak tercetusnya perang hingga ke hari ini, kerajaan Mesir tidak kedekut untuk turut sama menghadapi pahit getir peperangan. Ini bermakna, British perlu meyakinkan kita berhubung masa depan kita selepas ini. Kini British perlu jelaskan secara rasmi bahawa mereka akan menghormati sepenuhnya taraf kemerdekaan Mesir dan Sudan. Kewujudan angkatan tentera British di Lembah Nil perlulah bersifat sementara hanya dalam tempoh perang ini sahaja . Pengiktirafan ini juga bermakna mereka perlu memberikan bantuan kepada kita. Mereka perlu membenarkan kita menambah bilangan tentera kita, mempertingkatkan keupayaan persenjataan kita dan melatih rakyat kita. Ketika itu, kita akan memberikan kerjasama sepenuhnya dan kita akan turut sama menanggung kesan perang. Kita akan mengagihkan tugas-tugas ketenteraan dan kemasyarakatan. Contohnya, tentera Mesir akan memikul tugas ketenteraan di Sudan bagi mengusir musuh. Tentera British pula akan mengawal sempadan bahagian barat. Mereka akan berada di sana sehingga perang tamat. | وإما أنها تثق بنا وتعتبرنا حلفاء لها وتقدر حسن نيتنا وصدق معونتنا , وقد قدمنا البرهان على ذلك فعلا ,فمنذ نشبت الحرب إلى الآن والحكومة المصرية لا تدخر وسعا في مشاركتها سراء الحرب وضرائها , فعليها حينئذٍ أن تطمئنا على مستقبلنا في هذه الحوادث وبعدها , فتعلن الآن بصفة رسمية المحافظة على استقلال مصر والسودان , وأن بققاء القوات البريطانية في مصر موقوت بالحرب , وتشمل هذا الإعلان بالمساعدة الفعلية لنا , فتسمح لنا بزيادة عدد جيشنا وبتقوية سلاحنا وبإعداد شعبنا , وحينئذٍ نتعاون تعاونا صادقا ونحمل أعباء الحرب معا ونتقاسم الأعمال العسكرية والمدنية ,فيحمل الجيش المصري عبء الحرب في السودان مثلا حتى يطهره الله من العدو المغير , وتحرس الجيوش البريطانية الحدود الغربية حتى تضع الحرب أوزارها |
Kenyataan yang tegas ini kita yakin ada baiknya ia difahami dengan jelas. Mesir tidak mendapat apa-apa faedah di sebalik sanjungan yang diberikan oleh pihak akhbar dan majalah British ataupun di sebaliknya sanjungan yang diucapkan oleh para pemimpin British. Tidak cukup sekadar ucapan penghargaan bagi membalas bantuan yang diberikan oleh Mesir. Sebaliknya ia perlu dibalas dengan kenyataan rasmi dan tindakan yang efektif. | هذا كلام صريح نعتقد أنه من الخير أن يكون واضحا , ولا يغني مصر شيئا أن تسمع ثناء الجرائد والمجلات الإنجليزية وعبارات المجاملة التي يحييها بها الساسة البريطانيون , ولا عبارات التقدير التي يشكرون بها المساعدة المصرية الجليلة , وإنما ينفعها الكلام الرسمي والعمل المنتج . |
Mesir pasti akan mengotakan segala butir yang dipersetujui di dalam perjanjian tersebut kerana Mesir tiada pilihan lain dan tiada kemampuan dari segi material dan moral. Namun sikap kerajaan British terhadap perjanjian ini begitu dingin. Tambahan pula, mereka mentafsir isi perjanjian ini secara berat sebelah. Dalam keadaan lain, mereka menidakkan hak banyak negara, bangsa, harta, nyawa, rakyat, kerajaan dan perjanjian. Sikap sebegini mungkin boleh diterima dalam budaya politik tetapi tidak boleh diterima oleh bangsa yang mempunyai harga diri. Rakyat Mesir telah berjuang demi mencapai kemerdekaan ini dan mereka akan terus berjuang demi kemerdekaan jika itu yang diperlukan. Rakyat Mesir tidak akan rela kemerdekaan ini dirampas atau dihancurkan. Mesir tidak rela berada di bawah telunjuk atau simpati orang lain walaupun ia bermakna mereka terpaksa berkorban. Jika kerajaan British terdengar kenyataan yang lain daripada kenyataan ini daripada kerajaan Mesir maka itu hanyalah kenyataan politik. | إن مصر ستفي من جانبها بالتزاماتها التي سجلتها عليها المعاهدة , لأنها لا تملك إلا هذا ولا تستطيع غيره ماديا وأدبيا , ولكن تمسك الحكومة البريطانية تمسكا جامدا بروح المعاهدة ونصها في وقت واحد تفسر فيه هذه النصوص لمصلحة طرف واحد , وفي ظروف تعصف بالدول والشعوب والأموال والأرواح والأمم والحكومات والنظم والمعاهدات , فهو تمسك إن رضيه الفقه السياسي فلن يرضاه الشعب الأبي , ولقد جاهدت مصر في سبيل استقلالها , وستجاهد في سبيل ذلك إن أعوزها الجهاد , وهي ضنية بهذا الاستقلال أن يسلب قبل أن يكتمل ,ويزول قبل أن يتم , ولا تريد أن تكون في حمى غيرها , أو أن تظل تحت رحمة سواها مهما كلفها ذلك من التضحيات , وإذ كانت الحكومة البريطانية تسمع من الحكومة المصرية أو الساسة المصريين كلاما غير هذا فإنما هي المجاملة الدبلوماسية . |
Kita hanya mahu meluahkan perasaan sebenar rakyat dalam bentuk yang sebenar. Tujuan kita hanya mahu melihat kerjasama yang adil dan berlandaskan asas yang betul. | أما نحن فنصور عقائد الشعب الحقيقية على صورتها الطبيعية , لا نبتغي من وراء ذلك إلا تعاونا سليما على أساس سليم . |
Malah kita mahu mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan secara ikhlas kepada para pemimpin Barat bahawa mereka perlu peka dengan peluang yang tersedia untuk mereka. Mungkin peluang ini hanya datang sekali dan tidak akan datang lagi selepas ini. Jika mereka sedia untuk mengambil kesempatan ini ia adalah untuk kebaikan mereka dan untuk kebaikan seluruh dunia. | بل إننا نريد أن ننتهز هذه الفرصة , فنتقدم مخلصين إلى الساسة الغربيين فنلفت أنظارهم إلى فرصة سانحة لعلها إن أفلتت منهم اليوم فلن تعود إلا بعد حين لا يعلم إلا الله مداه , وإن وفقوا إلى الانتفاع بها فهو الخير لهم وللعالم أجمع . |
Para pemimpin dunia hari ini sering mengungkapkan istilah “Orde Baru”. Hitler mahu membawa masyarakat dunia ke arah Orde Baru. Churchill pernah berkata bahawa Britain akan memimpin masyarakat dunia berdasarkan Orde Baru. Roosevelt pernah membayangkan dan mengalu-alukan Orde Baru ini. Semua pihak bersetuju Orde Baru ini akan menyusun semula Eropah dan akan mengembalikan semula keamanan dan kesejahteraan Eropah. Namun apakah nasib Timur dan umat Islam dalam Orde Baru ini? | لقد ردد الساسة جميعا كلمة ” النظام الجديد ” … فهتلر يريد أن يتقدم للناس بنظام جديد ، وتشرشل يقول إن إنجلترا المنتصرة ستحمل الناس على نظام جديد ، وروزفلت يتنبأ ويشيد بهذا النظام الجديد ، والجميع يشيرون إلى أن هذا النظام الجديد سينظم أوروبا ويعيد إليها الأمن والطمأنينة والسلام ، فأين حظ الشرق والمسلمين من هذا النظام المنشود ؟ |
Kita mahu menarik perhatian para pemimpin Barat hakikat bahawa idea penjajahan yang pernah gagal pada suatu ketika dahulu pasti akan menemui kegagalan lebih besar pada masa akan datang. Jiwa dan sentimen masyarakat dunia hari ini amat peka. Dasar memaksa dan menindas semenjak dahulu lagi hanya membawa kesan negatif. Dasar ini telah gagal menguasai hati masyarakat dunia hari ini apatah lagi pada masa hadapan. | نريد هنا أن نلفت أنظار الساسة الغربيين إلى أن الفكرة الاستعمارية إن كانت قد أفلست في الماضي مرة ، فهي في المستقبل أشد فشلاً لا محالة ، وقد تنبهت المشاعر وتيقظت حواس الشعوب ، وان سياسة القهر والضغط والجبروت لم تأت في الماضي إلا بعكس المقصود منه ، وقد عجزت عن قيادة القلوب والشعوب ، وهى في المستقبل أشد عجزاً . |
Kaedah menipu, putar belit, muslihat politik walaupun adakalanya mampu menenangkan keadaan namun ia tidak akan mampu bertahan selamanya. Jelas kaedah ini membawa banyak keburukan, masalah dan krisis. Sudah tentu kaedah yang sama tidak akan dapat merealisasikan segala impian pada masa akan datang. | وأن سياسة الخداع والدهاء والمرونة السياسية إن هدأ بها الجو حينا فلا تلبث أن تهب العاصفة قوية عنيفة . وقد تكشفت هذه السياسة عن كثير من الأخطاء والمشكلات والمنازعات ، وهى في المستقبل أضعف من أن توصل إلى المقصود . |
Jadi kita memerlukan dasar baru iaitu dasar bekerjasama dan berganding bahu secara jujur berlandaskan semangat persaudaraan, berkongsi kepentingan material dan moral sebagai satu keluarga antara Timur dan Barat bukan hanya sesama negara-negara Eropah sahaja. Hanya dengan mengamalkan dasar ini sahaja akan dapat menjamin kestabilan Orde Baru Dunia dan akan mewujudkan keamanan dan kesejahteraan di seluruh dunia. | وإذاً فلا بد من سياسة جديدة ، وهى سياسة التعاون والتحالف الصادق البريء ، المبنى على التآخي والتقدير ، وتبادل المنافع والمصالح المادية والأدبية بين أفراد الأسرة الإنسانية في الشرق والغرب ، لا بين دول أوروبا فقط ، وبهذه السياسة وحدها يستقر النظام الجديد وينتشر في ظله الأمن والسلام . |
Dasar kuku besi dan diktator sudah ketinggalan zaman. Hari ini Eropah tidak akan mampu menguasai Timur dengan cengkaman besi dan api. Dasar yang telah lapuk ini sudah tidak bersesuaian dengan perkembangan semasa dan kemajuan yang dinikmati negara Islam. Sudah tidak sesuai lagi dengan prinsip dan sentimen yang bakal diyakini oleh masyarakat dunia selepas peperangan ini. | إن حكم الجبروت والقهر قد فات ، ولن تستطيع أوروبا بعد اليوم أن تحكم الشرق بالحديد والنار . وأن هذه النظريات السياسية البالية لن تتفق مع تطور الحوادث ورقى الشعوب ونهضة الأمم الإسلامية ، ولا مع المبادئ والمشاعر التي ستطلع بها هذه الحرب الضروس على الناس . |
Bukan kita sahaja yang mengenengahkan perkara ini. Malah hakikat ini diakui sendiri oleh para pemimpin Eropah. Kita kemukakan teori ini untuk perhatian para pimpinan British, Perancis dan negara-negara penjajah yang lain sebagai nasihat yang lebih untuk kebaikan mereka daripada kebaikan kita sendiri. Terserahlah jika mereka hendak menerimanya atau tidak. Kita telahpun bertekad untuk hidup sebagai orang yang merdeka atau mati sebagai orang yang bermaruah. | ولسنا وحدنا الذين نقول هذا ، بل هم الساسة الأوروبيون أنفسهم ، ونحن نضع هذه النظريات أمام أعين الساسة البريطانيين والساسة الفرنسيين وغيرهم من ساسة الدول الاستعمارية ، على أنها نصائح تنفعهم أكثر مما هي مطالب تنفعنا ، فليأخذوا أو ليدعوا ، وقد وطَنًا أنفسنا على ان نعيش أحراراً عظماء أو نموت أطهاراً كرماء . |
Kita tidak meminta hak orang lain dalam masa yang sama tiada siapa yang boleh menidakkan hak kita. Apa yang baik ialah setiap bangsa hidup saling bekerjasama antara satu sama lain daripada saling bersaing sepanjang masa. Akibat persaingan inilah timbulnya pelbagai pemberontakan di negara yang dijajah dan dalam masa yang sama tercetus peperangan di kalangan negara-negara yang menjajah. | ونحن لا نطمع في حق سوانا ، ولا يستطيع أحد أن ينكر علينا حقنا. وان خيراً لكل أمة أن تعيش متعاونة مع غيرها ، من أن تعيش متنافسة مع سواها حينا من الدهر، يندلع بعده لهيب الثورة في البلاد المغصوبة ، وجحيم الحرب بين الدول المتنافسة |
Mungkin ada yang merasakan kenyataan ini terlalu optimis dan lebih bersifat fantasi. Mungkin ada yang merasakan adalah lebih baik kenyataan seperti ini tidak dikeluarkan dalam suasana sekarang ini. Namun saya yakin, kenyataan secara terbuka dalam semua keadaan adalah lebih baik untuk mencapai apa yang diharapkan. Kita tidak tahu bila dan bagaimana peperangan ini akan berakhir. Oleh itu, adalah lebih baik jika kita dapat sedarkan bangsa kita dan seluruh masyarakat dunia tentang apa yang sepatutnya berlaku. Semoga dengan usaha ini kita telah menunaikan tanggungjawab kita. Adalah lebih baik kita memberikan nasihat daripada kita hanya biarkan kesempatan ini berlalu begitu sahaja. | هذا كلام قد يراه الناس من الإفراط في حسن الظن , ولعله إلى الخيال أقرب , ولعل من الناس من يرى أن من الكياسة ألا يقال في مثل هذه الظروف , ولكني أعتقد أن المصارحة دائما هي أفضل طريق للوصول , ولا ندري متى وكيف تتم هذه الحرب , ولأن ننبه أذهان قومنا إلى ما يجب أن يكون فنبرئ بذلك ذمتنا ونقدم نصيحتنا أولى بنا من أن نفوت الفرصة المواتية , |
Dan (ingatlah) Allah menerangkan yang benar dan Dia lah jua yang memimpin ke jalan yang betul. (Al-Ahzab: 4) | (وَاللهُ يَقُولُ الْحَقَّ وَهُوَ يَهْدِي السَّبِيلَ) (الأحزاب:4). |
Semoga dengan asas-asas yang adil ini dunia akan menikmati kerjasama yang murni dan kesejahteraan yang berpanjangan. Irama demokrasi dan diktator akan diubah kepada irama baru selepas peperangan ini. Selepas segala musibah ini, demokrasi tidak akan wujud lagi di dunia ini sepertimana sekarang. Demikian juga dengan sistem diktator yang pernah dikenali oleh manusia. Tidak akan wujud lagi fahaman fasis atau komunis selepas ini. Sebaliknya akan muncul pula sistem pemerintahan dan tatacara sosial baru yang akan diwujudkan oleh perang ini dan oleh pemimpin dunia. Mereka sekali lagi akan mencuba sistem tersebut. Begitulah ketentuan Allah dan sistem masyarakat manusia. | وعلى هذه الأسس العادلة يظفر العالم بتعاون شريف وسلام طويل , أما أغنية الديمقراطية والديكتاتورية فأنشودة نعتقد أنم الحرب الحالية ستدخل عليها ألحانا جديدة وأنغاما جديدة , ولكن يكون في الدنيا بعد هذه المحنة ديمقراطية كالتي عهدها الناس , ولا ديكتاتورية كهذه الديكتاتورية التي عرفوها . ولن تكون هناك فاشية ولا شيوعية على غرار هذه الأوضاع المألوفة , ولكن ستكون هناك نظم في الحكم وأساليب في الاجتماع تبدعها الحرب ابتداعا ويخترعها الساسة اختراعا , ثم يضعونها موضع التجربة من جديد . وتلك سنة الله ونظام المجتمع . |
Alangkah baiknya, jika para pemimpin ini dapat menikmati pimpinan Allah. Semoga tirai fanatik yang ada dalam hati, telinga dan mata mereka akan tersingkap. Semoga mereka akan menerima Islam yang suci ini, agama yang meletakkan asas yang terbaik sebagai landasan kepada segala dasar politik dan sosialnya. Semoga dengan ini seluruh hati manusia akan bersatu dan kesatuan ini akan hanya dapat dicapai melalui semangat tolak ansur atau toleransi yang dianjurkan oleh Islam. | وما أجل أن يهتدي أولئك الساسة يومئذ بنور الله , ويكشفوا عن قلوبهم وأسماعهم وأبصارهم غشاوة التعصب الممقوت , ويتخذوا الإسلام الحنيف الذي أخذ من كل شيء أحسنه أساسا لنظمهم السياسية والمدنية والاجتماعية , فتتحقق الوحدة الإنسانية الروحية التي طال عليها الأمد والتي لا يحققها إلا سماحة الإسلام وهدي الإسلام , |
Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus. (Al-Maidah: 15-16) | (قَدْ جَاءَكُمْ مِنَ اللهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُبِينٌ , يَهْدِي بِهِ اللهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلامِ وَيُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِهِ وَيَهْدِيهِمْ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ) (المائدة:15-16) . |