Risalah Jihad رسـالـة الجهــاد
Himpunan Risalah ( مجموعة الرسائل )
Kandungan | |
Jihad Adalah Kewajipan Setiap Muslim | الجهاد فريضة على كل مسلم |
Beberapa Ayat Jihad Dalam Al-Quran | بعض آيات الجهاد في القرآن |
Beberapa Contoh Hadis-Hadis Jihad | نماذج من الأحاديث النبوية في الجهاد |
Hukum Jihad Menurut Para Fuqaha | حكم الجهاد عند فقهاء الأمة |
Kenapa Orang Islam Berperang? | لمـاذا يقاتـل المسـلم؟ |
Belas Ihsan Dalam Jihad Islam | الرحمة في الجهاد الإسلامي |
Perkara Yang Berkaitan Dengan Jihad | ما يلحق بالجهاد |
Penutup | خـاتمـة |
Risalah Jihad | رسـالـة الجهــاد |
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. (Al-Haj: 78) | وَجَاهِدُوا فِي اللهِ حَقَّ جِهَادِهِ |
Jihad Adalah Kewajipan Setiap Muslim Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang | الجهاد فريضة على كل مسلم بسـم الله الرحمن الرحيم |
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan kita Muhammad, ketua para mujahidin dan imam para muttaqin, juga buat ahli keluarganya, para sahabatnya dan mereka yang berjuang demi syariatNya hingga hari akhirat. | الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على سيدنا محمد سيد المجاهدين وإمام المتقين وقائد الغر المحجلين ، وعلى آله وصحبه ومن جاهد فى سبيل الله شريعة الى يوم الدين. |
Allah meletakkan jihad sebagai suatu kewajipan yang perlu dilaksanakan dan tidak boleh dikesampingkan oleh setiap muslim. Allah memberi galakan penuh dan akan memberi ganjaran yang besar kepada para mujahidin dan para syuhada. Tiada siapa yang dapat menandingi ganjaran mereka ini kecuali mereka yang beramal setanding dengan amalan mereka yang berjihad dan menurut jejak mereka berjihad. Allah mengurniakan mereka keistimewaan dari sudut rohani dan amali di dunia dan akhirat yang tidak diberikan kepada manusia yang lain. Darah mereka suci dan menjadi bayaran pendahuluan kepada kemenangan di dunia dan tanda kejayaan di akhirat. | فرض الله الجهاد على كل مسلم فريضة لازمة حازمة لامناص منها ولا مفر معها ، ورغب فيه أعظم الترغيب ، وأجزل ثواب المجاهدين والشهداء ، فلم يلحقهم في مثوبتهم إلا من عمل بمثل عملهم ومن اقتدي بهم في جهادهم . ومنحهم من الامتيازات الروحية والعملية في الدنيا والآخرة ما لم يمنح سواهم ، وجعل دماءهم الطاهرة الذكية عربون النصر في الدنيا وعنوان الفوز والفلاح في العقبى ، |
Hukuman yang amat berat akan dikenakan kepada mereka yang menyepikan diri dan berpeluk tubuh. Mereka ini dikecam dan dikutuk sekeras-kerasnya kerana bersikap bacul dan kerana sikap berpeluk tubuh mereka. Allah mengingatkan mereka bahawa mereka akan dihina dan mundur. Mereka akan dihina di dunia selama- lamanya selagimana mereka tidak berjihad. Di akhirat pula mereka pasti akan dihukum. Mereka tidak akan terlepas daripada azab Allah walaupun mereka memiliki emas setinggi gunung Uhud. Allah meletakkan sikap berpeluk tubuh dan melarikan diri daripada jihad sebagai dosa besar dan salah satu daripada tujuh jenayah berat (dosa besar). | وتوعد المخلفين القاعدين بأفظع العقوبات ، ورماهم بأبشع النعوت والصفات ووبخهم علي الجبن والقعود ، ونعني عليهم الضعف والتخلف ، وأعد لهم في الدنيا خزياً لا يرفع إلا إن جاهدوا ، وفي الآخرة عذاباً لا يفلتون منه ولو كان لهم مثل أحد ذهباً ، واعتبر القعود والفرار كبيرة من أعظم الكبائر وإحدى الموبقات المهلكات . |
Tiada satu sistem pun sejak dahulu hingga sekarang, baik berbentuk agama mahupun sosial yang memberi perhatian penuh kepada soal jihad, ketenteraan, kerahan rakyat dan menyatukan seluruh kekuatan rakyat untuk mempertahankan kebenaran sebagaimana yang ada dalam agama dan ajaran Islam. Ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah saw. yang agung mengandungi segala nilai yang mulia ini. Nilai ini dinyatakan dengan jelas dan terang ke arah mengajak manusia berjihad, berperang, menerapkan nilai ketenteraan, memperkukuh teknologi pertahanan dan peperangan dalam semua cabang, darat dan laut serta dalam semua keadaan. | ولست تجد نظاماً قديماً أو حديثاً دينياً أو مدنياً ، عني بشأن الجهاد والجندية واستنفار الأمة ، وحشدها كلها صفاً واحداً للدفاع بكل قواها عن الحق ، كما تجد ذلك في دين الإسلام وتعاليمه ، وآيات القرآن ، وأحاديث الرسول العظيم صلى الله عليه وسلم فياضة بكل هذه المعاني السامية ، داعية بأفصح عبارة وأوضح أسلوب إلي الجهاد والقتال والجندية وتقوية وسائل الدفاع والكفاح بكل أنواعها من برية وبحرية وغيرها علي كل الأحوال والملابسات . |
Di sini saya akan nyatakan tentang jihad dan pengertiannya hanya sebagai contoh bukan secara keseluruhan. Saya juga tidak perlu memberikan huraian panjang lebar terhadap ayat-ayat dan hadis-hadis yang dikemukakan di sini. Hayatilah sendiri betapa hebat ungkapan yang digunakan, betapa indah bahasanya, betapa jelas maksudnya dan betapa kuat rohnya sehingga segalanya sudah memadai untuk anda. | وسنورد لك طرفاً من ذلك علي سبيل التمثيل لا علي سبيل الاستقراء والحصر ، وسوف لا نتناول شيئاً من الآيات والأحاديث بشرح أو تعليق طويل . فستري في جزالة ألفاظها ونصاعة بيانها ووضوح معانيها وقوة الروحانية فيها ما يغنيك عن ذلك كله . |
Beberapa Ayat Jihad Dalam Al-Quran | بعض آيات الجهاد في القرآن |
Firman Allah: | فمن القرآن الكريم قوله تعالي : |
1. Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah: 216) | 1 – (كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ) (البقرة:216) . |
Maksud di sini ialah jihad itu diwajibkan. Sama seperti firman Allah dalam surah yang sama dengan struktur ayat yang sama: | ومعني كتب : فرض , كما قال تعالي |
Kamu diwajibkan berpuasa. (Al-Baqarah: 183) | (كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ ) في نفس السورة وبنفس العبارة والتركيب . |
2. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang telah kufur dan berkata kepada saudara-saudaranya apabila mereka pergi mengembara di muka bumi untuk berniaga, atau keluar berperang (lalu mati atau terbunuh): Kalau mereka tinggal bersama-sama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh. (Apa yang mereka katakan itu tidak ada faedahnya) bahkan akibatnya Allah menjadikan (kesan perkataan dan kepercayaan mereka) yang demikian itu, penyesalan dalam hati mereka. Dan (ingatlah), Allah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Allah sentiasa melihat akan segala yang kamu lakukan. Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa – semasa mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya keampunan dari Allah dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup). Demi sesungguhnya! jika kamu mati atau terbunuh, sudah tentu kepada Allah jualah kamu akan dihimpunkan (untuk menerima balasan). (Aali Imran: 156-158) | 2 – (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَكُونُوا كَالَّذِينَ كَفَرُوا وَقَالُوا لإِخْوَانِهِمْ إِذَا ضَرَبُوا فِي الأَرْضِ أَوْ كَانُوا غُزّىً لَوْ كَانُوا عِنْدَنَا مَا مَاتُوا وَمَا قُتِلُوا لِيَجْعَلَ اللهُ ذَلِكَ حَسْرَةً فِي قُلُوبِهِمْ وَاللهُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَاللهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ , وَلَئِنْ قُتِلْتُمْ فِي سَبِيلِ اللهِ أَوْ مُتُّمْ لَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللهِ وَرَحْمَةٌ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ , وَلَئِنْ مُتُّمْ أَوْ قُتِلْتُمْ لإِلَى اللهِ تُحْشَرُونَ) آل عمران الآيات من 156-158 . |
Sila lihat hubungan antara pengampunan dan rahmat Allah bagi orang yang terkorban atau mati di jalan Allah dalam ayat kedua. Sementara ayat yang ketiga tidak menyebutkannya sama sekali kerana tiada nilai jihad di sini. Ayat ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa penakut adalah sifat orang kafir bukan sifat orang beriman. Sila lihat ayat ini dan fikirkan bagaimana kenyataan hari ini adalah sebaliknya. | ومعني ضربوا في الأرض : خرجوا فيها مجاهدين ، وغزي : غزاة الحرب . وانظر إلي مقارنة المغفرة والرحمة للقتل أو الموت في سبيل الله في الآية الأولي ، وإلي خلو الآية الثانية من ذلك لخلوها من معني الجهاد ، وفي الآية إشارة إلي أن الجبن من أخلاق الكافرين لا المؤمنين ، فانظر كيف انعكست الآية . |
3. Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Aali Imran: 169-170) | 3 – (وَلا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللهِ أَمْوَاتاً بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ , فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللهُ مِنْ فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِمْ مِنْ خَلْفِهِمْ أَلا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ) آل عمران الآيات 169- 175 , |
Sila lihat sambungan ayat ini sehingga ke ayat 175 surah Aali Imran. | فارجع إلى تمامها في المصحف . |
4. Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar. (Al-Nisa’: 74) | 4 – (فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَنْ يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَوْ يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْراً عَظِيماً) |
Sila lihat sambungan ayat ini sehingga ayat 78 agar anda dapat lihat bagaimana Allah menggalakkan umat Islam supaya berwaspada. Melancarkan peperangan sama ada dalam satu angkatan atau satu pasukan atau bersendirian dilakukan menurut keperluan. Lihat juga bagaimana Allah mengecam mereka yang berpeluk tubuh, penakut, ketinggalan dan mementingkan diri sendiri. Lihatlah bagaimana Allah membangkitkan kesedaran untuk memelihara golongan yang lemah dan membebaskan mereka yang dizalimi. Lihat bagaimana Allah menghubung kaitkan peperangan dengan sembahyang dan puasa. Allah menjelaskan bahawa peperangan sama seperti sembahyang dan puasa yang menjadi sebahagian rukun Islam. Seterusnya Allah menempelak mereka yang tidak berkeyakinan diri. Allah juga memberi perangsang kepada mereka yang takut supaya menempuhi medan pertempuran dan menerima kematian dengan hati yang terbuka dan berani. Allah jelaskan kepada mereka bahawa mereka pasti akan mati. Jika mereka mati sebagai mujahid mereka akan menerima ganjaran yang jauh lebih besar. Setiap sumbangan dan pengorbanan mereka tidak akan disia-siakan. | سورة النساء الآيات ابتداء من 71 – 78 , فارجع إليها في المصحف الكريم لترى كيف يحض الله المسلمين على الحذر , وممارسة القتال في جيوش او عصابات فرادى كما يقتضيه الحال , وكيف يوبخ القاعدين والجبناء والمخلفين والنفعيين , وكيف يستثير الهمم لحماية الضعفاء وتخليص المظلومين , وكيف يقرن القتال بالصلاة والصوم ويبين أن مثلهما من أركان الإسلام , وكيف يفند شبهات المترددين ويشجع الخائفين أكبر تشجيع على خوض المعامع ومقابلة الموت بصدر رحب وجنان جريء ,مبينا لهم أنالموت سيدركهم لا محالة وأنهم إن ماتوا مجاهدين فسيعوضون عن الحياة أعظم العوض ولا يظلمون فتيلا من نفقة أو تضحية . |
5. Seluruh surah al-Anfal tertumpu kepada menggalakkan jihad dan tabah sepanjang berjihad. Surah ini juga menjelaskan banyak hukum berkenaan jihad. Atas dasar ini, generasi Islam pertama yang diredai Allah menjadikan surah ini sebagai nasyid jihad yang dinyanyikan setiap kali berhadapan dengan situasi hebat dan genting. Firman Allah ini sudah memadai sebagai contoh: | 5 – سورة الأنفال كلها حث على القتال وحض على الثبات فيه , وبيان لكثير من احكامه , ولهذا اتخذها المسلمون الأولون نشيدا حربيا يتلونه إذا اشتد الكرب وحمي الوطيس , وحسبك منها قول الله تبارك وتعالى : |
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu. (Al-Anfal: 60) | (وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللهِ وَعَدُوَّكُمْ) |
Bacalah sehingga ke ayat: | إلى قوله تعالى : |
Wahai Nabi, rangsangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh orang yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti. (Al-Anfal: 65) | (يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ إِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ عِشْرُونَ صَابِرُونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ وَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ مِائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفاً مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لا يَفْقَهُونَ) . |
6. Begitu juga dengan Surah al-Taubah. Kandungan surah ini turut menggalakkan jihad dan menjelaskan beberapa hukum berkenaan jihad. Sebagai contoh, firman Allah berkenaan perang terhadap musyrikin. | 6 – سورة التوبة وكلها كذلك حث على القتال وبيان لأحكامه , وحسبك منها قول الله تبارك وتعالى في قتال المشركين الناكثين : |
Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman. Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendakiNya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Al-Taubah: 14-15) | (قَاتِلُوهُمْ يُعَذِّبْهُمُ اللهُ بِأَيْدِيكُمْ وَيُخْزِهِمْ وَيَنْصُرْكُمْ عَلَيْهِمْ وَيَشْفِ صُدُورَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ , وَيُذْهِبْ غَيْظَ قُلُوبِهِمْ وَيَتُوبُ اللهُ عَلَى مَنْ يَشَاءُ وَاللهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ) . |
Demikian juga firman Allah berkenaan perang terhadap ahli kitab: | وقوله تبارك وتعالى : |
Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak beragama dengan agama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar jizyah dengan keadaan taat dan merendah diri. (Al-Taubah: 29) | (قَاتِلُوا الَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَلا بِالْيَوْمِ الآخِرِ وَلا يُحَرِّمُونَ مَا حَرَّمَ اللهُ وَرَسُولُهُ وَلا يَدِينُونَ دِينَ الْحَقِّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حَتَّى يُعْطُوا الْجِزْيَةَ عَنْ يَدٍ وَهُمْ صَاغِرُونَ) , |
Diikuti pula kerahan am yang dinyatakan dengan nyata dan tegas diakhiri dengan: | ثم إعلان النفير العام في آيات داوية صارخة ختامها قوله تعالى : |
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Al-Taubah: 41) | (انْفِرُوا خِفَافاً وَثِقَالاً وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ) , |
Diikuti selepas itu dengan kecaman keras ke atas sikap mereka yang berpeluk tubuh, bacul dan lemah. Mereka tidak akan merasai nikmat jihad selama-lamanya. Ini dinyatakan oleh firman Allah: | ثم تنديد صارخ بموقف القاعدين الجبناء الأنذال , وحرمان لهم من شرف الجهاد أبد الآبدين في قوله تعالى : |
Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah); dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan mereka pula (menghasut dengan) berkata: Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini. Katakanlah (wahai Muhammad): Api neraka Jahannam lebih panas membakar, kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami. Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan. Maka jika Allah mengembalikan engkau kepada segolongan dari mereka (orang-orang yang munafik itu di Madinah), kemudian mereka meminta izin kepadamu untuk keluar (turut berperang), maka katakanlah: Kamu tidak sekali-kali akan keluar bersama-samaku selama-lamanya, dan kamu tidak sekali-kali akan memerangi musuh bersama-samaku; sesungguhnya kamu telah bersetuju tinggal pada kali yang pertama, oleh itu duduklah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal. (Al-Taubah:81-83) | (فَرِحَ الْمُخَلَّفُونَ بِمَقْعَدِهِمْ خِلافَ رَسُولِ اللهِ وَكَرِهُوا أَنْ يُجَاهِدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللهِ وَقَالُوا لا تَنْفِرُوا فِي الْحَرِّ قُلْ نَارُ جَهَنَّمَ أَشَدُّ حَرّاً لَوْ كَانُوا يَفْقَهُونَ , فَلْيَضْحَكُوا قَلِيلاً وَلْيَبْكُوا كَثِيراً جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ , فَإِنْ رَجَعَكَ اللهُ إِلَى طَائِفَةٍ مِنْهُمْ فَاسْتَأْذَنُوكَ لِلْخُرُوجِ فَقُلْ لَنْ تَخْرُجُوا مَعِيَ أَبَداً وَلَنْ تُقَاتِلُوا مَعِيَ عَدُوّاً إِنَّكُمْ رَضِيتُمْ بِالْقُعُودِ أَوَّلَ مَرَّةٍ فَاقْعُدُوا مَعَ الْخَالِفِينَ) الايات . |
Ayat-ayat ini diikuti dengan sanjungan terhadap sikap para mujahid terutama pemimpin mereka iaitu Rasulullah saw. Di sini dijelaskan bahawa inilah peranan suci Rasulullah dan inilah amalan para sahabat baginda yang mulia. Ini dinyatakan oleh firman Allah: | |
(Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka; dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan, dan mereka itulah juga yang berjaya. Allah telah menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; yang demikian itulah kemenangan yang besar. (Al-Taubah: 88-89) | (لَكِنِ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ جَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ وَأُولَئِكَ لَهُمُ الْخَيْرَاتُ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ , أَعَدَّ اللهُ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ) . |
Ini diikuti oleh sumpah setia (baiah) yang padu. Seterusnya tiada ruang lagi untuk sebarang alasan. Firman Allah: | ثم بيعة بعد ذلك جامعة مانعة لا تدع عذرا لمعتذر في قوله تعالى : |
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (kitab-kitab) Taurat dan Injil serta al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (Al-Taubah: 111) | (إِنَّ اللهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْداً عَلَيْهِ حَقّاً فِي التَّوْرَاةِ وَالأِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ) . |
7. Surah Perang (biasanya dikenali sebagai surah Muhammad), sila bayangkan seluruh surah ini dinamakan surah Perang di dalam kitab Allah. Sepertimana yang dikatakan sebelum ini, elemen asas kepada semangat ketenteraan ialah ketaatan dan disiplin. Kedua-dua elemen ini dinyatakan oleh Allah melalui dua ayat dalam kitabNya. Aspek ketaatan dinyatakan oleh surah ini dalam firman Allah: | 7 – سورة القتال , وتصور سورة بأكملها تسمى سورة القتال في كتاب الله الحكيم , وأن أساس الروح العسكرية كما يقولون أمران : الطاعة والنظام , وقد جمع الله هذا الأساس في آيتين من كتابه , فأما الطاعة ففي هذه السورة في قوله تعالى : |
Dan (kerana gemarkan pahala berjuang menegakkan Islam) orang-orang yang beriman berkata: Alangkah baiknya sekiranya diturunkan satu surah (dari Al-Quran, yang memerintahkan kami berjuang)? Maka apabila diturunkan satu surah (dari Al-Quran) yang tegas keterangannya dan tersebut padanya hukum-hukum yang mewajibkan perang Jihad (menentang pencerobohan musuh), sudah tentu engkau akan melihat orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hatinya memandang kepadamu dengan terbeliak matanya kerana gerun takut menghadapi mati; dengan yang demikian, maka kebinasaanlah lebih hampir kepada mereka. (Mereka selalu berkata: Pendirian kami) mematuhi perintah dan memperkatakan perkataan yang baik (yang diredhai Allah). Dalam pada itu, apabila perkara (peperangan Jihad) itu ditetapkan wajibnya, (mereka tidak menyukainya); maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah (dengan mematuhi perintahNya), tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka. (Muhammad: 20-21) | (وَيَقُولُ الَّذِينَ آمَنُوا لَوْلا نُزِّلَتْ سُورَةٌ فَإِذَا أُنْزِلَتْ سُورَةٌ مُحْكَمَةٌ وَذُكِرَ فِيهَا الْقِتَالُ رَأَيْتَ الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ يَنْظُرُونَ إِلَيْكَ نَظَرَ الْمَغْشِيِّ عَلَيْهِ مِنَ الْمَوْتِ فَأَوْلَى لَهُمْ , طَاعَةٌ وَقَوْلٌ مَعْرُوفٌ فَإِذَا عَزَمَ الأَمْرُ فَلَوْ صَدَقُوا اللهَ لَكَانَ خَيْراً لَهُمْ) |
Aspek disiplin, dinyatakan pula dalam surah al-Saff, firman Allah: | وأما النظام ففي سورة الصف في قوله تعالى : |
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (Al-Saf: 4) | (إِنَّ اللهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ) . |
8. Surah al-Fath, seluruh surah ini menceritakan salah satu peperangan yang disertai Rasulullah saw.. Surah ini memberikan sanjungan kepada sikap luhur yang ditonjolkan dalam situasi jihad di bawah sebatang pokok yang diberkati. Mereka bersumpah untuk taat setia dan bersedia untuk mati. Hasilnya mereka memperolehi ketenangan jiwa dan kemenangan “al-fath”. Ini dinyatakan oleh firman Allah Taala: | 8 – سورة الفتح , وهي أيضا كلها في غزوة من غزوات رسول الله صلى الله عليه وسلم , وفي الإشادة بموقف رائع من مواقف الجهاد العزيز , تحت ظل الشجرة المباركة , حتى أعطيت بيعة الثبات والموت , فاثمرت السكينة السكينة والفتح فذلك قوله تعالى : |
Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Dia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya; Dan juga dengan banyak harta rampasan perang, yang mereka akan dapat mengambilnya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Fath: 18-19) | (لَقَدْ رَضِيَ اللهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنْزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحاً قَرِيباً) . |
Saudara, demikianlah beberapa ayat yang menyentuh aspek jihad. Dalam ayat-ayat tadi dijelaskan kelebihan jihad, galakan kepada orang beriman supaya berjihad, ganjaran besar dan habuan menarik yang dijanjikan untuk mereka. Seluruh kitab Allah ini dipenuhi dengan segala nilai ini. Oleh itu bukalah dan telitilah kandungan al-Quran yang menyentuh aspek ini. Anda pasti akan kagum dan hairan dengan kealpaan umat Islam yang telah mengenepikan segala ganjaran ini. | هذا يااخي بعض المواضع التي ورد فيها ذكر الجهاد , وبيان فضله وحث المؤمنين عليه وتبشير أهله بالثواب الجزيل والجزاء الجميل , وكتاب الله مملوء بمثلها فتصفحه وتدبر ما جاء فيه من هذا الباب , تر العجب العجيب , وتدهش لغفلة المسلمين عن اغتنام هذا الثواب . |
Seterusnya saya ingin kemukakan pula beberapa hadis Nabi saw. yang mulia: | نماذج من الأحاديث النبوية في الجهاد |
Beberapa Contoh Hadis-Hadis Jihad | وإليك بعض الأحاديث النبوية الشريفة في ذلك : |
1. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah katanya, saya dengar Nabi saw. bersabda: “Demi tuhan yang menguasai jiwa ini, jikalau tidak kerana beberapa orang lelaki beriman yang tidak mahu ketinggalan mengikut saya tetapi saya tidak miliki apa-apa untuk membawa mereka bersama nescaya saya tidak akan ketinggalan untuk mengikut semua sariyah yang berperang di jalan Allah. Demi Tuhan yang menguasai jiwa ini, saya teringin untuk dibunuh di jalan Allah kemudian saya dihidupkan semula kemudian saya dibunuh kemudian saya dihidupkan semula kemudian saya dibunuh kemudian dihidupkan semula kemudian dibunuh.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim. | 1 – عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : (والذي نفسي بيده لولا أن رجالا من المؤمنين لا تطيب أنفسهم بأن يتخلفوا عني ولا أجد ما أحملهم عليه ما تخلفت عن سرية تغزو في سبيل الله , والذي نفسي بيده لوددت أني أقتل في سبيل الله ثم أحيا ثم أقتل ثم أحياثم أقتل) رواه البخاري ومسلم . |
Sariyah ialah pasukan kecil tentera (platun) yang tidak disertai oleh panglima turus. | السرية : القطعة من الجيش لا يكون فيها القائد العام . |
2. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: | 2 – عن أبي هريرة رضي الله عنه : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : |
“Demi tuhan yang menguasai jiwa ini, orang yang cedera di jalan Allah – Allah mengetahui siapa yang cedera di jalanNya – akan datang pada hari kiamat kelak dengan berwarna darah dan berbau kasturi.” | (والذي نفسي بيده ، لا يكلم أحد في سبيل الله ، والله أعلم بمن يكلم في سبيله ، إلا جاء يوم القيامة ، واللون لون الدم ، والريح ريح المسك). رواه البخاري ومسلم . |
3. Daripada Anas ra. katanya: | الكلم : الجرح , ويكلم : يجرح |
Bapa saudara saya, Anas bin al-Nadhr tidak berkesempatan bersama ketika peperangan Badar lantas dia berkata: Wahai Rasulullah, saya tidak sempat bersama dalam perang pertama, di mana engkau berperang dengan musyrikin. Jika Allah beri saya peluang untuk berperang dengan musyrikin nescaya Allah pasti akan lihat apa yang akan saya lakukan. Ketika berlaku perang Uhud dan umat Islam bertempiaran lari, dia berkata: Ya Allah, saya mohon ampun kerana apa yang dilakukan oleh mereka (sahabatnya). Namun saya tidak akan rela dan berlepas diri dengan apa yang dilakukan oleh kaum musyrikin. Lalu dia mara sambil menoleh ke arah Saad bin Muaz. Dia berkata: Wahai Saad bin Muaz, Demi syurga dan demi tuhan al-Nadhr, saya kini dapat mencium bau syurga dari arah Uhud ini. Saad berkata: Wahai Rasulullah, saya tidak dapat lakukan seperti yang dilakukannya. Anas berkata: Kami temui lebih lapan puluh tetakan pedang atau tikaman tombak atau panahan anak panah pada badannya. Kami temui dia telah dibunuh dan dicincang oleh musyrikin. Tiada siapa yang dapat mengenalinya kecuali adik perempuannya yang dapat mengecam anak jarinya. Anas berkata: Kami berpendapat atau kami merasakan ayat ini diturunkan kepadanya atau mereka yang seumpama dengannya: | 3 – عن أنس رضي الله عنه قال : غاب عمي أنس بن النضر عن قتال بدر ، فقال : يا رسول الله ، غبت عن أول قتال قاتلت المشركين ، لئن الله أشهدني قتال المشركين ليرين الله ما أصنع . فلما كان يوم أحد ، وانكشف المسلمون ، قال : اللهم إني أعتذر إليك مما صنع هؤلاء ، يعني أصحابه ، وأبرأ إليك مما صنع هؤلاء ، يعني المشركين . ثم تقدم فاستقبله سعد بن معاذ ، فقال : يا سعد بن معاذ الجنة ورب النضر ، إني أجد ريحها من دون أحد ، قال سعد : فما استطعت يا رسول الله ما صنع ، قال أنس : فوجدنا به بضعا وثمانين : ضربة بالسيف أو طعنة برمح أو رمية بسهم ، ووجدناه قد قتل وقد مثل به المشركون ، فما عرفه أحد إلا أخته ببنانه . قال أنس : كنا نرى ، أو نظن : أن هذه الآية نزلت فيه وفي أشباهه : |
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (Al-Ahzab: 23)” Riwayat al-Bukhari. | (من المؤمنين رجال صدقوا ما عاهدوا الله عليه). إلى آخر الآية . رواه البخاري |
4. Daripada Ummu Harithah binti Suraqah, dia datang menemui Rasulullah saw. dan berkata: | من دون أُحد : أي من جهة جبل أحد . |
Wahai nabi Allah, bolehkah engkau ceritakan tentang anakku Harithah (sebelum perang Badar Harithah telah terkena panah sesat). Jika dia di syurga saya akan terima dengan sabar. Jika dia tidak di sana saya akan menangis untuknya. Baginda bersabda: | 4 – وعن أم حارثة بن سراقة أنها أتت النبي صلى الله عليه وسلم فقالت: يا نبي الله ، ألا تحدثني عن حارثة – وكان قتل يوم بدر، أصابه سهم غرب – فإن كان في الجنة صبرت، وإن كان غير ذلك ، اجتهدت عليه في البكاء؟ قال: |
Wahai Ummu Harithah, dia di syurga. Anakmu itu beroleh syurga Firdaus yang tertinggi.” Riwayat al-Bukhari. | (يا أم حارثة ، إنها جنان في الجنة ، وإن ابنك أصاب الفردوس الأعلى) . أخرجه البخاري |
السهم الغرب : الذي لا يعرف راميه | |
Saudara lihatlah, bagaimana syurga boleh melupakan masalah dan malapetaka yang menimpa dan membolehkan mereka sabar menerima segala bencana. |
اجتهدت عليه في البكاء : بكيت بكاء شديدا فانظر يا أخي كيف كانت الجنة تنسيهم الهموم والمصائب وتحملهم على الصبر عند المكاره . |
5. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abu Aufa ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: | 5 – وعن عبد الله بن أبي أوفى رضي الله عنهما: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: |
“Ketahuilah bahawa syurga di bawah kilauan pedang.” Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim[1] dan Abu Daud. | (واعلموا أن الجنة تحت ظلال السيوف). أخرجه الشيخان وأبي داود . |
6. Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhani ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: | 6 – زيد بن خالد الجهني رضي الله عنه: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: |
“Sesiapa yang melengkapkan seorang pejuang yang akan berperang di jalan Allah, dia telah berperang. Sesiapa yang menanggung keluarga seorang pejuang ketika ketiadaannya, dia telah berperang.” Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan al-Tirmizi. | (من جهز غازيا في سبيل الله فقد غزا ، ومن خلف غازيا في سبيل الله بخير فقد غزا) . رواه البخاري ومسلم و أبو داود و الترمذي . |
Maksudnya: Dia memperolehi pahala yang sama dengan orang yang pergi berperang. | أي : له أجره . |
7. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra. katanya: Rasulullah saw. bersabda: | 7 – وعن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : |
“Sesiapa yang memelihara seekor kuda untuk berperang di jalan Allah kerana beriman dengan Allah dan mempercayai janjiNya maka segala makanan, minuman dan najis kuda ini akan dimasukkan dalam timbangannya di hari kiamat.” Riwayat al-Bukhari. | (من احتبس فرسا في سبيل الله ، إيمانا بالله ، وتصديقا بوعده ، فإن شبعه و ريّه و روثه وبوله في ميزانه يوم القيامة) .رواه البخاري |
Selain kuda termasuklah apa juga kelengkapan untuk berperang. | ومثل الفرس كل عدة في سبيل الله |
8. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra. bahawa ada orang bertanya: Wahai Rasulullah, apakah bandingan jihad di jalan Allah? Baginda menjawab: Kamu tidak akan mampu. Mereka bertanya lagi buat kali kedua dan ketiga namun baginda hanya menjawab: Kamu tidak akan mampu. Akhirnya baginda bersabda: “Orang yang berjuang di jalan Allah ibarat orang yang puasa, sembahyang dan membaca ayat Allah terus menerus hingga orang yang berjuang tadi kembali.” Riwayat enam periwayat[2] kecuali Abu Daud. | 8 – وعن أبي هريرة رضي الله عنه قيل : يا رسول الله ما يعدل الجهاد في سبيل الله ؟ قال (لا تستطيعونه) قال : فأعادوا عليه مرتين أو ثلاثا كل ذلك يقول (لا تستطيعونه). ثم قال : (مثل المجاهد في سبيل الله كمثل الصائم القائم القانت بآيات الله , لا يفتر من صيام ولا صلاة , حتى يرجع المجاهد) . الستة إلا أبو داود. |
9. Diriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudri ra. katanya: Rasulullah saw. bersabda:“Mahukah jika saya beritahu tentang orang yang paling baik dan orang yang paling jahat? Orang yang paling baik ialah lelaki yang berjuang di jalan Allah sambil berada di atas kudanya atau untanya atau berjalan kaki hingga dia menemui maut. Dan orang yang paling jahat ialah lelaki yang membaca kitab Allah tetapi tidak langsung mengambil pengajaran daripadanya.” Riwayat al-Nasaie. | 9 – عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (ألا أخبركم بخير الناس وشر الناس؟ إن من خير الناس رجلا عمل في سبيل الله على ظهر فرسه أو على ظهر بعيره أو على قدمه حتى يأتيه الموت , وإن من شر الناس رجلا فاجرا يقرأ كتاب الله لا يرعوي إلى شيء منه) رواه النسائي |
لا يرعوي : أي لا ينكف ولا يتعظ ولا ينزجر . | |
10. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas ra. katanya: Saya dengar Rasulullah saw. bersabda: “Dua jenis mata yang tidak akan disentuh api neraka ialah mata yang menangis kerana takutkan Allah dan mata yang berjaga kerana berkawal di jalan Allah Taala.” Riwayat al-Tirmizi. | 10 – وعن ابن عباس رَضِيَ اللهُ عَنهُما قال : سمعت رَسُول اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم يقول: (عينان لا تمسهما النار : عين بكت من خشية الله ، وعين باتت تحرس في سبيل الله) رَوَاهُ التِّرمِذِيّ . |
11. Diriwayatkan daripada Abu Umairah ra. katanya: Rasulullah saw. bersabda: “Jika saya dibunuh di jalan Allah adalah lebih saya suka daripada saya menguasai seluruh dunia ini.” Riwayat al-Nasaie. | 11 – عن ابن أبي عميرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (لأن أقتل في سبيل الله أحب إلي من أن يكون لي أهل المدر والوبر) رواه النسائي . |
أهل المدر والوبر : أي أهل الحواضر والبوادي . | |
12. Diriwayatkan daripada Rashid bin Saad ra. daripada seorang sahabat bahawa seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, kenapa orang beriman diuji di kubur mereka melainkan orang yang syahid? Baginda menjawab: “Cukuplah hayunan pedang di kepalanya itu sebagai ujiannya.” Riwayat al-Nasaie. | 12 – وعن راشد بن سعد رضي الله عنه عن رجل من الصحابة أن رجلا قال : يا رسول الله ما بال المؤمنين يفتنون في قبورهم إلا الشهيد ؟ فقال: (كفى ببارقة السيوف على رأسه فتنة) أخرجه النسائي . |
Ini adalah salah satu keistimewaan orang yang mati syahid di medan tempur. Banyak lagi keistimewaan mereka yang akan dinyatakan selepas ini. | وهذه من امتيازات الشهيد في الموقعة , وكم له من امتيازات كهذه ستأتي بعد . |
13. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Orang yang mati syahid akan hanya merasa sakit seperti kamu merasa sakit akibat dicubit.” Riwayat al-Tirmizi, al-Nasaie dan al-Darimi. Menurut al-Tirmizi hadis ini hadis hasan gharib. | 13 – وعن أبي هريرة رَضيَ اللهُ عَنهُ أن رَسُول اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم قال : (ما يجد الشهيد من مس القتل إلا كما يجد أحدكم من مس القرصة) رواه الترمذيُّ والنسائي والدارمي وَقَال الترمذي : حديث حسن غريب . |
Satu lagi keistimewaan mati syahid. | وهذا امتياز آخر للشهيد . |
14. Diriwayatkan daripada Ibnu Mas‘ud ra. katanya: Rasulullah saw. bersabda: “Tuhan kita yang Maha Tinggi dan Mulia kagum dengan seorang lelaki yang berperang di jalan Allah lalu sahabat-sahabatnya berundur, lantas dia menyedari kesalahannya dan kembali ke medan tempur sehingga mengalir darahnya. Allah berfirman kepada para malaikat: Lihatlah hambaKu ini dia kembali semula ke medan tempur kerana mahukan apa yang ada padaKu dan takut dengan seksaanKu sehingga mengalir darahnya. Saksikanlah bahawa Aku telah mengampunkannya.” | 14 – وعن ابن مسعود رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (عجب ربنا تبارك وتعالى من رجلٍ غزا في سبيل الله فانهزم أصحابه , فعلم ما عليه، فرجع حتَّى أريق دمه ، فيقول الله تعالى لملائكته : انظروا إلى عبدي رجع رغبةً فيما عندي ، وشفقةً ممَّا عندي حتى أريق دمه , أشهدكم أني قد غفرت له ) أخرجه أبو داود |
شفقة : خوفا , أريق دمه :سال دمه . | |
15. Diriwayatkan daripada Abdul Khair bin Thabit bin Qais bin Shammas daripada bapanya daripada datuknya katanya: Seorang wanita dikenali sebagai Ummu Khallad datang menemui Rasulullah saw. dengan berniqab, dia bertanya tentang anaknya yang terbunuh di jalan Allah. Beberapa orang sahabat baginda bertanya wanita itu: “Kenapa engkau datang bertanya tentang anakmu sambil berniqab? Wanita itu menjawab: Jika sekalipun saya kehilangan anak saya, saya tidak akan kehilangan malu saya. Lantas Nabi saw. bersabda kepadanya: Anakmu memperolehi ganjaran dua orang syahid. Wanita itu bertanya: Kenapa? Baginda menjawab: Kerana dia dibunuh oleh ahli kitab.” Riwayat Abu Daud. | 15 – وعن عبد الخير بن ثابت بن قيس بن شمَّاس ، عن أبيه ، عن جده قال : جاءت امرأة إلى رسوا الله صلى الله عليه وسلم يقال لها أمّ خلاد وهي متنقبة تسأل عن ابن لها قتل في سبيل الله تعالى , فقال لها بعض أصحابه: جئت تسألين عن ابنك وأنت متنقبة ؟ فقالت : إن أُرْزأ ابني فلن أُرْزأ حَيائي ، فقال لها النبي صلى الله عليه وسلم : (ابنك له أجر شهيدين) قالت : ولم ؟ قال: (لأنه قتله أهل الكتاب) . أخرجه أبو داود . |
أرزأ ابني : أفقده وأصاب فيه . | |
Hadis ini menunjukkan adalah wajib memerangi ahli kitab. Allah akan menggandakan ganjaran bagi orang yang memerangi mereka. Ini bermakna jihad bukan ditujukan terhadap musyrikin sahaja tetapi terhadap sesiapa sahaja yang tidak menganut Islam. | وفي هذا الحديث إشارة إلى وجوب قتال أهل الكتاب , وأن الله يضاعف أجر من قاتلهم , فليس القتال للمشركين فقط ولكنه لكل من لم يسلم . |
16. Diriwayatkan oleh Sahl bin Hanif ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: | 16 – وعن سهل بن حُنيف رَضِيَ اللهُ عَنهُ أن رَسُول اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم قال: (من |
“Sesiapayang benar-benar memohon syahid daripada Allah, nescaya Allah akan tempatkannya di kedudukan para syahid walaupun dia mati di atas katilnya.” Riwayat lima periwayat[3] kecuali al-Bukhari. | سأل الله تعالى الشهادة بصدق بلّغه الله منازل الشهداء وإن مات على فراشه) رواه الخمسة إلا البخاري . |
17. Diriwayatkan daripada Khuraim bin Faatik katanya: Rasulullah saw. bersabda: “Sesiapa yang memberikan sumbangan untuk jalan Allah nescaya Allah akan menuliskannya tujuh ratus kali ganda.” Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasaie. Menurut al-Tirmizi hadis ini hadis hasan. | 17 – وعن خريم بن فاتك قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (من أنفق نفقة في سبيل الله تعالى كتبت له بسبعمائة ضعف ). رواه الترمذي وحسنه ,والنسائي . |
18. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra. katanya: Seorang sahabat Rasulullah saw. melalui sebuah lembah yang mempunyai mata air kecil yang mengalirkan air yang menyegarkan. Lantas kerana terpesona dia berkata: Alangkah baik jika saya menjauhi manusia dan tinggal di lembah ini. Lalu dia menyebut perkara itu kepada Rasulullah saw. dan baginda bersabda: “Jangan, kewujudan kamu di jalan Allah adalah lebih baik daripada kamu sembahyang di rumah selama tujuh puluh tahun. Tidakkah kamu suka Allah mengampunkan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga. Berperanglah di jalan Allah. Sesiapa yang berperang di jalan Allah di atas unta nescaya wajib dia mendapat syurga.” Riwayat al-Tirmizi. | 18 – وعن أبي هريرة رَضِيَ اللهُ عَنهُ قال : مر رجل من أصحاب رَسُول اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم بشعب فيه عيينة من ماء عذبة فأعجبته ، فقال لو اعتزلت الناس فأقمت في هذا الشعب ، فذكر ذلك لرَسُول اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم فقال: (لا تفعل فإن مقام أحدكم في سبيل الله أفضل من صلاته في بيته سبعين عاماً ، ألا تحبون أن يغفر الله لكم ويدخلكم الجنة؟ اُغْزُوا في سبيل الله ، من قاتل في سبيل الله فواق ناقة وجبت له الجنة) رواه الترمذي . |
عيينة : عين صغيرة تفيض بالماء . | |
19. Diriwayatkan daripada al-Miqdam bin Maadi Yakrab katanya: Rasulullah saw. bersabda: “Orang yang mati syahid ada enam keistimewaan di sisi Allah: Allah mengampunkannya di kalangan mereka yang pertama diampunkan. Dia diperlihatkan tempatnya di syurga. Dia dijauhi daripada azab kubur. Dia dipelihara daripada kedahsyatan hari kiamat. Dia dimahkotakan di kepalanya mahkota yang diperbuat daripada batu delima yang jauh lebih berharga daripada dunia dan segala isinya. Dia dikahwinkan dengan tujuh puluh dua wanita syurga. Dia boleh memberi syafaat kepada tujuh puluh orang saudara maranya.” Riwayat al-Tirmizi dan Ibnu Majah. | 19 – وعن المقدامِ بنِ معدِ يكربَ قال: قال رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وسَلَّم: (للشَّهيدُ عندَ اللهِ ستُ خصالٍ يغفرُ لهُ في أوَّلِ دُفعةٍ ويُرى مقعدهُ من الجنَّةِ ويجارُ من عذابِ القبرِ ويأمنُ من الفزعِ الأكبرِ ويوضعُ على رأسهِ تاجُ الوقارِ الياقُوتةُ منها خيرٌ من الدُّنيا وما فيها ويزوَّجُ اثنتينِ وسبعينَ زوجةً من الحورِ العينِ ويشفَّعُ في سبعينَ من أقربائهِ) . رواه الترمذي وابن ماجه . |
20. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra. katanya: Rasulullah saw. bersabda: “Sesiapa yang bertemu dengan Allah tanpa sebarang tanda jihad dia akan bertemu Allah dalam keadaan cacat.” Riwayat al-Tirmizi dan Ibnu Majah. | 20 – وعن أبي هُرَيرَةَ قال : قال رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وسَلَّم : (من لقيَ اللهَ بغيرِ أثرٍ من جهادٍ لقيَ اللهَ وفيهِ ثُلمةٌ) . رواه الترمذي وابن ماجه. |
21. Diriwayatkan daripada Anas ra. katanya: Rasulullah saw. bersabda: “Sesiapa yang benar-benar menginginkan syahid, ganjarannya akan diberikan sekalipun dia tidak menghadapinya.” Riwayat Muslim. | 21 – وعن أنس رَضِيَ اللهُ عَنهُ قال : قال رَسُول اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم : (من طلب الشهادة صادقاً أعطيها ولو لم تصبه) رَوَاهُ مُسلِمٌ . |
22. Daripada Usman ibn Affan ra. Rasulullah saw. bersabda: “Sesiapa yang berkawal selama satu malam di jalan Allah Taala samalah pahalanya seperti seribu malam dia berpuasa dan sembahyang malam.” Riwayat Ibnu Majah. | 22 – وعن عثمان بن عفان رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : (مَنْ رَابَطَ لَيْلَةً في سَبيلِ اللهِ سُبْحَانَهُ، كَانَتْ كَأَلفِ لَيْلَةٍ، صِيَامَها وَقِيَامَها). رواه ابن ماجة |
23. Diriwayatkan oleh Abu Darda’ ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Perang di laut sama seperti sepuluh kali perang di darat. Orang yang mabuk terumbang-ambing di laut sama seperti orang yang bergelumang dengan darahnya di jalan Allah.” Riwayat Ibnu Majah. | 23 – وعَنْ أَبي الدَّرْدَاءِ رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ : (غَزْوَةٌ في البَحْرِ مِثْلِ عَشْرِ غَزَوَاتٍ في البَرِّ. وِالَّذي يَسْدَرُ في البَحْرِ، كَالْمُتَشَحِّطِ في دَمِهِ، في سَبِيلِ اللهِ سُبْحَانَهُ) . رواه ابن ماجة |
يسدر : يميل ويهتز وترتج به السفينة | |
Hadis ini merujuk kepada perang di laut dan menarik perhatian ummah supaya memberi tumpuan kepada keselamatan pantai dan angkatan laut mereka. Demikian juga dengan perang di udara kerana Allah akan menggandakan pahalanya berlipat kali ganda. | وفيه الإشارة لغزو البحر ولفت نظر الأمة إلى وجوب العناية بحفظ سواحلها وتقوية أسطولها , ويقاس عليه الجو فيضاعف الله للغزاة في الجو في سبيله أضعافا مضاعفة . |
24. Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah ra. katanya: Ketika Abdullah bin Amru bin Hazzam terbunuh dalam perang Uhud Rasulullah saw. bersabda: | 24 – وعن جَابِرَ بْنَ عِبْدِ اللهِ رضي الله تعالى عنه يقُولُ : لَمَّا قُتِلَ عِبْدُ اللهِ بْنُ عَمْرِو بْنِ حَرَامٍ ، يَوْمَ أُحُدٍ ، قَالَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم : |
“Wahai Jabir, tidakkah engkau mahu saya beritahu apakah yang Allah katakan kepada bapamu? | (يَا جَابِرُ! أَلاَ أُخْبِرُكَ مَا قَالَ اللهُ عزَّ وجَلَّ لأَبِيكَ ؟) |
Saya menjawab: Ya. Baginda bersabda: | قُلْتُ: بَلَى . قَالَ : |
Allah akan bercakap dengan seseorang di sebalik tirai tetapi Allah bercakap dengan bapamu sambil bersemuka. Allah berfirman: Wahai hambaku, mintalah nescaya Aku akan berikan. Dia berkata: Wahai Tuhan, hidupkanlah saya dan saya akan berperang untukMu sekali lagi. Allah berfirman: Telah Aku tetapkan bahawa mereka tidak akan kembali ke dunia. Dia berkata: Tuhanku, sampaikanlah berita ini kepada orang lain. Lalu Allah turunkan ayat ini: | (مَا كَلَّمَ اللهُ أَحَداً إِلاَ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ , وَكَلَّمَ أَبَاكَ كِفَاحاً , فَقَالَ : يَا عَبْدِي! تَمَنَّ عَلَىَّ أُعْطِكَ , قَالَ : يَا رَبِّ! تُحْيِيِني فَأُقْتَلُ فِيكَ ثَانِيةً , قَالَ : إِنَّهُ سَبَقَ مِنِّي (أَنَّهُمْ إِليْها لا يَرْجَعُونَ) قَالَ: يَا رَبِّ! فأَبْلِغْ مَنْ وِرِائي , فأَنْزِلَ اللهِ عزَّ وَجَلَّ هَذهِ الآيَةَ : |
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (Aali Imran: 169) Riwayat Ibnu Majah. | (وَلاَ تَحْسَبَنَّ الَّذيْنَ قُتِلُوا في سَبيلِ اللهِ أَمْوَاتاً.. الآيَةَ كُلَّهاَ). رواه ابن ماجة |
25. Diriwayatkan daripada Anas ra. bahawa baginda bersabda: “Saya lebih suka mengiringi seorang pejuang di jalan Allah dan membantu perjalanannya pergi dan balik daripada beroleh dunia dan segala isinya.” Riwayat Ibnu Majah. | 25 – وعَنْ سَهْلِ بْنِ أَنَسٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ النبي صلى الله عليه وسلم قَال : (لأَنْ أُشَيِّعَ مُجَاهِداً فِي سَبِيلِ اللهِ فَأَكُفَّهُ عَلَى رَحْلِهِ ، غَدْوَةً أَوْ رَوْحَةً ، أَحَبُّ إِليَّ مِنَ الْدُّنْيَا وَمَا فِيْهَا). رواه ابن ماجة . |
فأكففه على رحله : فأساعده عليه . عدوة :بالغدو وهو الصباح . روحة : بالرواح وهو المساء | |
26. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah katanya: Rasulullah saw. bersabda: “Wakil Allah ada tiga; pejuang, orang yang menunaikan haji dan orang yang menunaikan umrah.” Riwayat Muslim. | 26 – وعن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (وفد الله ثلاثة : الغازي والحاج والمعتمر). رواه مسلم. |
27. Diriwayatkan daripada Abu Darda’ katanya: Rasulullah saw. bersabda: “Orang yang mati syahid akan memberi syafaat kepada tujuh puluh orang ahli keluarganya.” Riwayat Abu Daud. | 27 – وعن أبي الدّرداء قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (يشفع الشهيد في سبعين من أهل بيته) . رواه أبو داود . |
28. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar katanya: Rasulullah saw. bersabda: “Apabila kamu berjualbeli dengan nasi`ah (riba) dan kamu hanya sibuk dengan ternakan dan tanaman sehingga kamu tinggalkan jihad nescaya Allah akan datangkan kehinaan kepada kamu. Allah tidak akan membuang kehinaan itu daripada kamu kecuali setelah kamu kembali kepada agama kamu (berjihad).” Riwayat Ahmad dan Abu Daud. Hadis ini sahih menurut al-Hakim. | 28 – وعن عبد الله بن عمر قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إذا تبايعتم بالعينة وأخذتم أذناب البقر ، ورضيتم بالزرع ، وتركتم الجهاد ، سلط الله عليكم ذلاًّ لا ينزعه حتى ترجعوا إلى دينكم) . رواه أحمد وأبو داود وصححه الحاكم . |
29. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra. katanya: “Suatu ketika Rasulullah saw. dan para sahabat baginda berangkat hingga berjaya tiba lebih awal di Badar daripada pihak musyrikin. Apabila musyrikin tiba Rasulullah saw. bersabda: Bangkitlah menuju syurga yang luas seluas langit-langit dan bumi. Umair bin al-Hammam berkata: Hebat! Hebat! Lalu Rasulullah saw. bertanya: Kenapa engkau berkata hebat, hebat. Umair menjawab: Wahai Rasulullah, demi Allah tidak lain selain kerana saya mengharapkan saya menjadi penghuninya. Baginda bersabda: Memang engkau salah seorang penghuninya. Kata periwayat: Lalu Umair mengeluarkan tamar-tamar yang ada pada sarung busurnya dan terus makan. Kemudian dia berkata: Masih ada masa untuk saya makan semua tamar ini, alangkah hidup ini terasa amat panjang. Lantas dia melemparkan tamar itu dan terus memerangi musyrikin hingga dia terbunuh.” Riwayat Muslim. | 29 – وعن أنس رضي الله عنه قال : انطلق رسول الله صلى الله عليه وسلم وأصحابه حتى سبقوا المشركين إلى بدر وجاء المشركون , فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (قوموا إلى جنة عرضها السماوات والأرض) , قال عمير بن الحمام : بخ بخ , فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (ما يحملك على قولك بخ بخ) قال: لا والله يا رسول الله إلا رجاء أن أكون من أهلها , قال : (فإنك من أهلها) , فأخرج تمرات من قرنه فجعل يأكل منهن , ثم قال: لئن أنا حييت حتى آكل تمراتي هذه ، إنها لحياة طويلة , فرمى بما كان معه من التمر, ثم قاتل حتى قتل . رواه مسلم . |
30. Diriwayatkan daripada Abu Umran katanya: Suatu ketika kami berada di kota Rom. Lalu mereka keluar untuk berhadapan dengan kami dalam angkatan yang sangat besar. Umat Islam juga keluar berhadapan dengan kekuatan yang setanding malah lebih ramai. Uqbah bin Amir memimpin penduduk Mesir dan Fudaalah bin Ubaid menjadi pemerintah tertinggi tentera Islam. Suatu ketika seorang lelaki di kalangan tentera Islam telah merempuh barisan tentera Rom dan berjaya masuk di celah mereka. Orang ramai berteriak dan berkata: Maha suci Allah, dia mengundang padah. Lalu Abu Ayub al-Ansari berdiri dan berkata: Wahai sekalian manusia, kamu mentafsirkan ayat ini kepada makna itu. Ayat ini sebenarnya turun kepada kami golongan Ansar. Ketika itu Allah telah menjadikan Islam ini dihormati dan penganutnya semakin ramai. Secara diam-diam kami berkata antara satu sama lain tanpa diketahui oleh Rasulullah saw.: Harta kita telah lenyap. Kini Allah telah menjadikan Islam ini dihormati dan penganutnya semakin ramai. Apa kata kalau kita kumpul dan kembangkan harta kita semula. Lalu Allah menurunkan wahyu kepada nabiNya menjawab kata-kata kami itu. | 30 – عن أبي عمران قال : كنا بمدينة الروم فأخرجوا الينا صفا عظيما من الروم فخرج اليهم من المسلمين مثلهم أو أكثر، وعلى أهل مصر عقبة بن عامر وعلى الجماعة فضالة بن عبيد فحمل رجل من المسلمين على صف من الروم حتى دخل عليهم فصاح الناس وقالوا سبحان الله يلقي بيده إلى التهلكة، فقام أبو أيوب الأنصاري فقال: ياأيها الناس إنكم لتأولون هذه الآية هذا التأويل؛ وانما نزلت هذه الآية فينا معشر الأنصار لما أعز الله الاسلام وكثر ناصروه. فقال بعضنا لبعض سرا دون رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن أموالنا قد ضاعت وان الله قد أعز الاسلام وكثر ناصروه فلو أقمنا في أموالنا فأصلحنا ما ضاع منها، فأنزل الله تبارك وتعالى على نبيه صلى الله عليه وسلم يرد علينا ماقلنا |
Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil). (Al-Baqarah: 195) | (وأنفقوا في سبيل الله ولا تلقوا بأيديكم إلى التهلكة) |
Kebinasaan sebenarnya ialah sibuk mencari dan melonggok harta serta meninggalkan peperangan. Abu Ayub terus berada di jalan Allah hingga dia dikebumikan di bumi Rom.” Riwayat al-Tirmizi. | فكانت التهلكة الاقامة على الأموال واصلاحها وتركنا الغزو. فما زال أبو أيوب شاخصا في سبيل الله حتى دفن بأرض الروم . رواه الترمذي |
Saudara, perhatikanlah ketika itu Abu Ayub sudahpun tua melampaui zaman muda dan tuanya. Namun hati, semangat dan imannya menjadi contoh manusia berjiwa muda yang berjuang untuk membantu Allah dan menaikkan nama Islam. | ولاحظ يا أخي أن أبا أيوب حين يقول هذا كان في سن كبيرة قد جاوزت الشباب والكهولة , ومع هذا فقلبه وروحه و إيمانه مثال للفتوة القوية بتأييد الله وعزة الإسلام . |
31. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: | 31 – وعن أبي هريرة رضي الله عنه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال : |
“Orang yang mati tetapi tidak pernah berperang atau tidak pernah terlintas di hatinya untuk berperang, dia mati dalam keadaan nifaq.” Riwayat Muslim, Abu Daud dan banyak hadis lain yang seumpama dengannya. | (من مات ولم يغز ، ولم يحدث به نفسه ، مات على شعبة من النفاق). رواه مسلم وأبو داود ونظائره كثيرة . |
Banyak lagi hadis lain berkenaan jihad ini. Ada juga hadis berkenaan perang di laut yang ganjarannya berlipat kali ganda berbanding perang di darat. Demikian juga dengan perang terhadap ahli kitab. | |
Banyak hadis lain yang menyentuh secara mendalam berhubung hukum-hakam perang. Namun semua ini tidak cukup untuk dimuatkan dalam satu buku. Saya sebutkan beberapa buku seperti buku “Al-`Ibra Fi Ma Warada Anillah Wa Rasulihi Fi al-Ghuzw Wa al-Jihad Wa al-Hijrah” karangan Hasan Sadiq Khan yang khusus berkenaan tajuk ini. Demikian juga buku “Mashari’ al-Ashwaq Ila Masari’ al-Ashshaq Wa Muthir al-Gharam Ila Dar al-Salam”. Demikian juga dengan semua buku hadis yang memuatkan bab jihad. Anda pasti akan memperolehi banyak bahan yang menarik. | كذلك وفي تفصيل أحكام القتال , أكثر من أن يحيط به مجلد كبير , وندلك على كتاب (العبرة فيما ورد عن الله ورسوله في الغزو والجهاد والهجرة) للسيد حسن صديق خان وهو خاص بذلك البحث , وكتاب (مشارع الأشواق إلى مصارع العشاق مثير الغرام إلى دار السلام) وما جاء في كتب الحديث كلها في باب الجهاد ترى الكثير الطيب . |
Hukum Jihad Menurut Para Fuqaha | حكم الجهاد عند فقهاء الأمة |
Saya telah kemukakan ayat-ayat dan hadis-hadis berhubung kelebihan jihad. Di sini ingin saya petik beberapa pendapat ulama mazhab termasuk para ulama terkini berhubung hukum jihad dan persediaan berjihad. Agar anda sedar betapa jauh umat Islam hari ini daripada hukum-hakam agama mereka. Sedangkan hukum-hakam jihad ini disepakati oleh seluruh ulama Islam di sepanjang zaman. Perhatikanlah: | مرت بك الآيات الكريمة في فضل الجهاد ، وأحب أن أنقل إليك طرفاً مما قاله فقهاء المذاهب ، حتى المتأخرين منهم في أحكام الجهاد ووجوب الاستعداد ، لتعلم إلي أي حد ضيعت الأمة الإسلامية أحكام دينها في قضية الجهاد بإجماع آراء المسلمين في كل عصر من أعصارهم فاسمع : |
1. Menurut pengarang, “Majma’ al-Anhar Fi Sharh Multaqa al-Abhar” yang menjelaskan hukum jihad dalam mazhab Hanafi: “Jihad menurut bahasa ialah memberikan apa yang termampu baik dalam bentuk kata-kata atau tindakan. Menurut syariat pula ialah membunuh orang kafir atau seumpama dengannya dengan cara memukul mereka, merampas harta, menghancurkan tempat ibadat dan memecahkan berhala mereka. Tujuannya ialah untuk mengukuhkan agama dengan cara memerangi kafir harbi atau kafir zimmi yang melanggar perjanjian termasuklah orang murtad yang merupakan orang kafir paling keji kerana dia membatalkan pengakuannya. Jika kita yang mulakan peperangan ini ia adalah fardhu kifayah. Maksudnya kita diwajibkan memulakan peperangan selepas kita sampaikan dakwah Islam. Jika mereka tidak memerangi kita maka pemerintah wajib mengutus pasukan tentera ke negara musuh setiap tahun sekali atau dua kali. Rakyat pula perlu menyokong pemerintah. Apabila perkara ini dilaksanakan oleh sebahagian maka yang lain tidak lagi diwajibkan. Jika kewajipan ini tidak terlaksana maka penduduk yang berdekatan dan seterusnya yang terdekat wajib melaksanakannya. Jika masih tidak cukup dan memerlukan penyertaan semua maka ketika itu jihad adalah fardhu ain sama seperti sembahyang. Hukum wajib ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Maka perangilah orang-orang musyrikin itu”. Ia juga berdasarkan sabda Rasulullah saw.: Jihad itu terus hingga ke hari kiamat.” Jika ditinggalkan semua orang Islam akan berdosa. | 1 – قال صاحب (مجمع الأنهر في شرح ملتقى الأبحر) مقرراً أحكام الجهاد في مذهب الأحناف : ( الجهاد في اللغة بذل ما في الوسع من القول والفعل ، وفي الشريعة قتل الكفار ونحوه من ضربهم ونهب أموالهم وهدم معابدهم وكسر أصنامهم ، والمراد الاجتهاد في تقوية الدين بنحو قتال الحربيين والذميين إذا نقضوا والمرتدين الذين هم أخبث الكفار ، للنقض بعد الإقرار والباغين . بدءاً منا فرض كفاية ، يعني يفرض علينا أن نبدأهم بالقتال بعد بلوغ الدعوة ، وإن لم يقاتلونا ، فيجب علي الإمام أن يبعث سرية إلي دار الحرب كل سنة مرة أو مرتين وعلي الرعية إعانته وإذا قام به بعض سقط عن الباقين ، فإذا لم تقع الكفاية بذلك البعض وجب علي الأقرب فالأقرب ، فإن لم تقع الكفاية إلا بجميع الناس فحينئذ صار فرض عين كالصلاة ،أما الفريضة فلقوله تعالي (فاقتلوا المشركين) ولقولة صلى الله عليه وسلم (الجهاد ماض إلي يوم القيامة ) وإن تركه الكل أثموا .. |
Di akhirnya pengarang menyebut: “Jika musuh berjaya menguasai sebahagian bumi Islam atau sebahagian wilayah Islam maka hukum ketika itu adalah fardhu ain. Wanita dan hamba boleh keluar tanpa izin suami dan tuannya. Begitu juga anak boleh keluar tanpa izin ibubapanya. Pemiutang boleh keluar tanpa izin penghutangnya.” | إلي أن قال : فإن غلب العدو علي بلد من بلاد الإسلام أو ناحية من نواحيها ففرض عين ، المرأة والعبد بلا إذن الزوج والمولي ، وكذا يخرج الولد من غير إذن والديه ، والغريم بغير إذن دائنه ) . |
Dalam buku al-Bahr dinyatakan: “Jika seorang wanita Islam ditawan di sebelah Timur maka wajib seluruh penduduk Barat membebaskannya selagi wanita itu tidak dibawa pulang ke kota dan kubu mereka.” | وفي كتاب البحر : (امرأة مسلمة سبيت بالشرق وجب علي أهل المغرب تخليصها ما لم تدخل حصونهم وحرزهم ). |
2. Menurut pengarang “Bulghah al-Masalik Li Aqrab al-Masalik Fi Mazhab Imam Malik” (Mazhab Maliki): “Jihad di jalan Allah untuk memartabatkan kalimah Allah Taala pada setiap tahun adalah fardhu kifayah. Jika telah dilaksanakan oleh sebahagian, yang lain tidak diwajibkan. Namun jihad menjadi fardhu ain seperti sembahyang dan puasa apabila diwajibkan oleh pemerintah atau apabila sebuah wilayah Islam diserang musuh. Ketika itu penduduk wilayah itu wajib dan jika tidak mampu penduduk berdekatan turut diwajibkan. Dalam keadaan ini, wanita dan hamba juga diwajibkan walaupun mereka dilarang oleh wali, suami, tuan dan peminjam bagi yang berhutang. Jihad juga wajib jika bernazar. Ibubapa hanya boleh melarang jika jihad adalah fardhu kifayah. Membebaskan seorang tawanan perang daripada pihak musuh adalah fardhu kifayah jika wangnya tidak mencukupi untuk membebaskan dirinya. Walaupun ini bermakna terpaksa menggunakan semua harta umat Islam untuk membebaskannya. | 2 – وقال صاحب ( بلغة السالك لأقرب المسالك في مذهب الإمام مالك) : (الجهاد في سبيل الله لإعلاء كلمة الله تعالي كل سنة فرض كفاية إذا قام به البعض سقط عن الباقي ، ويتعين (أي يصير فرض عين كالصلاة والصوم ) بتعيين الإمام وبهجوم العدو علي محله قوم ، فيتعين عليهم وعلي من بقربهم إن عجزوا ، ويتعين علي المرأة والرقيق مع هذه الحالة ولو منعهم الولي والزوج والسيد و رب الدين إن كان مديناً ، ويتعين أيضاً بالنذر ، وللوالدين المنع في فرض الكفاية فقط ، وفك الأسير من الحربيين وإن لم يكن له مال يفك منه فرض كفاية وإن أتي علي جميع أموال المسلمين) . |
3. Menurut Matan al-Minhaj karangan Imam Nawawi bermazhab Syafie: Jihad di zaman Rasulullah adalah fardhu kifayah dan ada yang berpendapat ia adalah fardhu ain. Selepas zaman Rasulullah saw. pula bergantung kepada kedudukan orang kafir: | 3 – ومتن المناهج للإمام النووي الشافعي : (كان الجهاد في عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم فرض كفاية وقيل عين ، وأما بعده فللكفار حالان : |
Pertama: Jika orang kafir berada di negara mereka maka jihad adalah fardhu kifayah. Jika jihad ini dapat dilaksanakan oleh sebahagian umat Islam maka yang lain tidak perlu melaksanakannya. | أحدهما – يكونون ببلادهم ففرض كفاية ، إذا فعله من فيهم الكفاية من المسلمين سقط الحجر عن الباقي . |
Kedua: Jika orang kafir menceroboh ke dalam negara kita maka penduduknya wajib mempertahankannya dengan segala upaya mereka. Jika mereka boleh bersiap sedia untuk berperang mereka diwajibkan termasuklah orang miskin, anak lelaki, pemiutang dan hamba walaupun tanpa izin. | والثاني – يدخلون بلدة لنا فيلزم أهلها الدفع بالممكن وإن أمكن تأهب لقتال وجب الممكن حتى علي فقير وولد ومدين وعبد بلا إذن). |
4. Menurut kitab al-Mughni karangan Ibnu Qudamah bermazhab Hanbali: “Masalah jihad adalah fardhu kifayah iaitu apabila dilaksanakan oleh sebahagian maka yang lain tidak perlu. Namun ia menjadi wajib dalam tiga keadaan: | 4 – وفي (المغني ) لابن قدامه الحنبلي قال : (مسألة – والجهاد فرض علي الكفاية إذا قام به قوم سقط عن الباقين ، ويتعين في ثلاثة مواضع : |
a. Jika dua bala tentera bertembung dan bersemuka maka sesiapa yang ada ketika ini diharamkan beredar dan masing-masing wajib berada di tempat masing-masing. | أ ـ إذا التقي الزحفان وتقابل الصفان حرم علي من حضر الانصراف ويتعين عليه المقام . |
b. Jika orang kafir menceroboh sesebuah wilayah, seluruh penduduk wilayah itu wajib berperang dan bertahan. | ب ـ إذا نزل الكفار ببلدة تعين علي أهله قتالهم ودفعهم . |
c. Apabila pemerintah mengerah kumpulan tertentu maka kumpulan itu wajib keluar bersamanya. | ج ـ إذا استنفر الإمام قوماً لزمهم النفير معه . |
Sekurang-kurangnya jihad ini dilakukan sekali dalam setahun. | وأقل ما يفعل مرة كل عام . |
Menurut Abu Abdullah iaitu Imam Ahmad bin Hanbal: “Setahu saya tidak ada amalan fardhu yang lebih baik daripada jihad. Manakala perang di laut lebih baik daripada perang di darat.” | قال أبو عبد الله (يعني الإمام بن حنبل) لا أعلم شيئاً من العمل بعد الفرائض أفضل من الجهاد ، وغزوة البحر أفضل من غزوة البر . |
Menurut Anas bin Malik ra.: “Suatu ketika Rasulullah saw. sedang tidur tiba-tiba baginda bangun dan ketawa: Ummu Haram berkata: Saya bertanya: Apakah yang engkau ketawakan, wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Sekumpulan umatku telah dipaparkan kepadaku sedang berperang di jalan Allah. Mereka mengharungi gelombang laut seperti raja-raja duduk di atas takhta atau umpama raja-raja duduk di atas takhta.” Hadis ini diRiwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. | قال أنس بن مالك رضي الله عنه : ( نام رسول الله صلى الله عليه وسلم ثم استيقظ وهو يضحك ، قالت أم حرام : فقلت : ما يضحكك يا رسول الله ؟ قال: ( ناس من أمتي عرضوا علي غزاة في سبيل الله ، يركبون ثبج هذا البحر ملوكاً علي الأسرة أو مثل الملوك علي الأسرة ) متفق عليه ، |
Kesudahan hadis ini menyebut bahawa Ummu Haram meminta Nabi saw. supaya mendoakan semoga Allah memberikan dia berada bersama mereka itu. Lantas baginda doakan untuknya. Ummu Haram dipanjangkan usianya sehingga dia berjaya menaiki kapal bersama armada Islam yang membuka Pulau Cyprus. Dia meninggal dunia dan dikebumikan di sana. Di sana terdapat sebuah masjid dan kawasan kubur yang dinamakan sempena namanya. Moga Allah merahmati dan meredainya.” | ومن تمام الحديث أن أم حرام سألت النبي صلى الله عليه وسلم أن يدعو الله لها لتكون من هؤلاء فدعا لها ، فعمرت حتى ركبت البحر في أسطول المسلمين الذي فتح جزيرة قبرص وماتت بها ودفنت فيها ، وهناك مسجد ومشهد ينسب إليها رحمها الله ورضي الله عنها). |
5. Menurut kitab “al-Muhalla” karangan Ibnu Hazm bermazhab Zahiri: “Masalah jihad adalah fardhu kepada umat Islam. Jika telah ada yang menghadapi serangan musuh atau memerangi musuh di kubu mereka atau memelihara sempadan umat Islam maka yang lain tidak diwajibkan. Jika tidak ada maka jihad diwajibkan kepada semua orang Islam. Allah telah berfirman yang bermaksud: | 5 – وقال في (المحلي ) لابن حزم الظاهري : (مسألة – والجهاد فرض علي المسلمين ، فإذا قام به من يدفع العدو ويغزوهم في عقر دارهم ويحمي ثغور المسلمين سقط فرضه عن الباقين ، وإلا فلا قال الله تعالي : |
“Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu.” (At-Taubah: 41) | (انْفِرُوا خِفَافاً وَثِقَالاً وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ) (التوبة:41) |
Jihad hanya boleh dilaksanakan jika diizinkan oleh ibubapa. Namun jika musuh menyerang sekumpulan umat Islam maka jihad menjadi wajib kepada semua yang mampu menolong mereka sama ada ibubapa izinkan atau tidak. Kecuali jika tanpa kehadirannya boleh menyebabkan kedua-dua ibubapanya atau salah seorang daripada mereka akan terbiar.” | ولا يجوز الاباذن الوالدين ، إلا أن ينزل العدو بقوم من المسلمين ففرض على كل من يمكن إعانتهم أن يقصدهم مغيثا لهم ،إذن الأبوان أم لم يأذن ، إلا أن يضيعا أو أحدهما بعده ، فلا يحل له ترك من يضيع منها) |
6. Menurut al-Syaukani dalam buku, “Al-Sail al-Jarrar”: Dalil-dalil daripada al-Quran dan sunnah yang menyatakan jihad adalah wajib terlalu banyak untuk dituliskan di sini. Walau bagaimanapun jihad ini hanya fardhu kifayah iaitu jika telah dilaksanakan oleh sesebahagian maka yang lain tidak perlu. Namun sebelum sebahagian tadi melaksanakannya jihad ini adalah fardhu ain kepada semua yang mampu. Oleh itu, bagi sesiapa yang dikerah untuk berperang oleh pemerintah dia wajib berperang dan hukum baginya adalah fardhu ain. | 6-وقال الشوكانى في ( السيل الجرار ) : (الأدلة الواردة في فرضيه الجهاد كتاباً وسنه اكثر من أن تكتب هاهنا ، ولكن لا يجب ذلك الأعلى الكفاح ، فإذا قام به البعض سقط عن الباقين . وقبل أن يقوم به البعض هو فرض عين على كل مكلف ، و هكذا يجب على من استنفره الإمام أن ينفر ويتعين ذلك عليه). |
Anda boleh lihat bagaimana seluruh ulama baik mujtahid mahupun muqallid, salaf mahupun khalaf sependapat bahawa jihad adalah fardhu kifayah yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam untuk mengembangkan dakwah. Jihad menjadi fardhu ain untuk menahan serangan musuh. | فها أنت ذا تري من ذلك كله كيف اجمع أهل العلم مجتهدين ومقلدين ، سلفيين وخلفيين ، علي أن الجهاد فرض كفاية علي الأمة الإسلامية ، لنشر الدعوة ، وفرض عين لدفع هجوم الكفار عليها . |
Sebagaimana yang dimaklumi umat Islam hari ini telah dijajah oleh bangsa lain dan diperintah oleh orang kafir. Bumi mereka dirampas dan maruah mereka dicemar. Urusan mereka ditadbir oleh musuh mereka dan syiar agama mereka dihalang di negara mereka sendiri. Malah mereka tidak berupaya untuk menyebarkan dakwah mereka. Jadi sudah tentu adalah fardhu ain bagi setiap muslim bersiap sedia dan menyegarkan niat jihad, mempersiapkan diri menanti masa dan ketentuan Allah. | والمسلمون الآن كما تعلمون مستذلون لغيرهم محكومون بالكفار قد ديست أرضهم وانتهكت حرماتهم ، وتحكم في شؤونهم خصومهم وتعطلت شعائر دينهم في ديارهم ، فضلاً عن عجزهم عن نشر دعوتهم , فوجب وجوباً عيناً لا مناص منه أن يتجهز كل مسلم وأن ينطوي علي نية الجهاد وإعداد العدة له حتى تحين الفرصة ويقضي أمراً كان مفعولاً . |
Bagi melengkapkan perbincangan ini ingin saya sebutkan di sini bahawa umat Islam di sepanjang sejarah mereka sebelum tibanya zaman kegelapan ini, zaman di mana maruah mereka telah pupus, umat Islam tidak pernah meninggalkan dan mengabaikan jihad baik, para ulama, ahli sufi, ahli profesional dan sebagainya. Mereka sentiasa bersiap sedia. Abdullah bin al-Mubarak, seorang ahli fikah yang zuhud sentiasa secara sukarela menyumbangkan kebanyakan masanya untuk jihad. Demikian juga Abdul Wahid bin Zaid, seorang ahli sufi yang zuhud. Shaqiq al-Balkhi, mahaguru sufi di zamannya sentiasa membawa diri dan anak murid untuk berjihad. | ولعل من تمام هذا البحث أن أذكر لك أن المسلمين في أي عصر من عصورهم ، قبل هذا العصر المظلم الذي ماتت فيه نخوتهم ، لم يتركوا الجهاد ولم يفرطوا فيه حتى علمائهم والمتصوفة منهم والمحترفون وغيرهم ، فكانوا جميعاً علي أهبة الاستعداد ، كان عبد الله بن المبارك الفقيه الزاهد متطوعاً في أكثر أوقاته بالجهاد ، وكان عبد الواحد بن زيد الصوفي الزاهد كذلك ، وكان شقيق البلاخي شيخ الصوفية في وقتها يحمل نفسه وتلامذته علي الجهاد . |
Bagi al-Badar al-Aini, penulis huraian hadis al-Bukhari seorang ulama fikah dan hadis, beliau akan membuat giliran, tahun ini berperang, tahun hadapan mengajar dan tahun berikutnya menunaikan haji. Al-Qadi Asad bin al-Furat al-Maliki adalah ketua tentera laut pada zamannya. Al-Imam al-Syafie apabila memanah sepuluh anak panah, tiada satupun yang tersasar. | وكان البدر العيني شارح البخاري الفقيه المحدث يغزو ويدرس العالم سنة ويحج سنة ، وكان القاضي أسد بن الفراط المالكي أميراً للبحر في وقته ، وكان الإمام الشافعي يرمي عشرة ولا يخطئ |
Demikianlah budaya ulama silam. Cuba bandingkan kita dengan sejarah ini. | كذلك كان السلف رضوان الله عليه ، فأين نحن من هذا التاريخ؟ . |
Kenapa Orang Islam Berperang? | لمـاذا يقاتـل المسـلم؟ |
Pernah suatu ketika manusia mengecam Islam kerana Islam mewajibkan jihad dan membenarkan peperangan. Namun apabila ayat Allah ini menjadi suatu kenyataan: | أتي علي الناس حين من الدهر وهم يغمزون الإسلام فرضية الجهاد وإباحاته ، حتى تحققت الآيات الكريمة : |
Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. (Fussilat: 53) | (سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الآفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ) (فصلت:53) . |
Mereka kini mengakui bahawa siapsiaga adalah jalan terbaik untuk mencapai kesejahteraan. Allah mewajibkan umat Islam berjihad bukan bertujuan untuk menindas atau untuk mencapai kepentingan peribadi. Sebaliknya jihad bertujuan memelihara dakwah Islam, menjaga kesejahteraan dan bagi membolehkan umat Islam menunaikan tanggungjawab besar yang mereka pikul iaitu membimbing manusia ke arah jalan yang benar dan adil. Walaupun Islam mewajibkan perang tetapi Islam menganjurkan keamanan dan kedamaian. Allah Taala berfirman: | فها هم الآن يعترفون بأن الاستعداد هو أضمن طريق للسلام . فرض الله الجهاد علي المسلمين لا آداه العدوان ولا وسيلة للمطامع الشخصية ولكن ضمان للسلام وآداه للرسالة الكبرى التي حمل عبئها المسلمون ، رسالة هداية الناس إلي الحق والعدل ، وإن الإسلام كما فرض القتال شاد بالسلام فقال تبارك وتعالي : |
Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakkallah kepada Allah. (Al-Anfal: 61) | (وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللهِ) (لأنفال:61). |
Apabila orang Islam keluar berperang hanya ada satu tujuan sahaja dalam dirinya iaitu berjuang untuk menegakkan kalimah Allah yang mulia. Agama Islam mewajibkannya supaya tidak mencampur adukkan matlamat suci ini dengan matlamat-matlamat yang lain. Dia diharamkan mencari kedudukan. Dia diharamkan mencari nama. Dia diharamkan mencari harta. Dia diharamkan mengejar harta perang. Dia diharamkan memperolehi kemenangan dengan cara yang salah. Satu tujuan sahaja yang dihalalkan untuknya iaitu menyerahkan darah dan nyawanya demi kerana akidah dan demi membimbing manusia. | كان المسلم يخرج للقتال وفي نفسه أمر واحد أن يجاهد لتكون كلمة الله هي العليا ، وقد فرض دينه عليه أن بهذا المقصد غاية أخري فحب الجاه عليه حرام ، وحب الظهور عليه حرام ، وحب المال عليه حرام ، والغلول من الغنيمة عليه حرام ، وقصد الغلب بغير الحق عليه حرام . والحلال أمر واحد أن يقدم دمائه وروحه فداء لعقيدته وهداية للناس |
Diriwayatkan daripada al-Harith bin Muslim bin al-Harith daripada bapanya, katanya: | عن الحارس بن مسلم بن الحارس عن أبيه قال : |
“Rasulullah saw. mengutuskan kami dalam satu pasukan. Apabila kami sampai di tempat yang dituju saya memacu kuda saya mendahului sahabat-sahabat saya. Lalu penduduk tempatan menemui saya sambil merayu-rayu. Saya katakan kepada mereka: Ucapkanlah, tiada tuhan melainkan Allah, nescaya kamu akan selamat. Merekapun mengucapkannya. Lantas sahabat-sahabat saya memarahi saya dengan berkata: Engkau telah menghalang kami daripada mendapat harta perolehan perang. Apabila kami sampai di hadapan Rasulullah mereka ceritakan kepada baginda apa yang telah saya lakukan. Lalu baginda memanggil saya dan memuji saya kerana apa yang saya lakukan. Kemudian baginda bersabda kepada saya: Ketahuilah, bahawa Allah telah tuliskan ganjaran untuk engkau bagi setiap orang itu. Baginda bersabda: Saya pula akan tuliskan untuk engkau satu wasiat selepas kematian saya nanti. Baginda pun menulis, meletakkan mohornya dan kemudian menyerahkannya kepadaku.” Riwayat Abu Daud. | (بعثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم في سرية ، فلما بلغنا المغار استحثثت فرسي فسبقت أصحابي ، فتلقاني أهل الحي بالرنين ، فقلت لهم : قولوا لا إله إلا الله تحرزوا ، فقالوها ، فلامني أصحابي وقالوا : حرمتنا الغنيمة ، فلما قدمنا علي رسول الله صلى الله عليه وسلم أخبروه بالذي صنعت ، فدعاني فحسن لي ما صنعت ثم قال لي : (ألا إن الله تعالي قد كتب لك بكل إنسان كذا وكذا من الأجر) ، وقال : (أما إني سأكتب لك بالوصاية بعدي) ، ففعل وختم عليه ودفعه إلي) أخرجه أبو داوود. |
Diriwayatkan oleh Shaddad bin al-Hadi ra. bahawa seorang lelaki Arab badwi datang untuk beriman dengan Nabi sa.w. kemudian dia berkata: | وعن شداد بن الهادي رضي الله عنه : أن رجلاً من الأعراب جاء فآمن بالنبي صلى الله عليه وسلم، فكانت |
Saya akan berhijrah denganmu lalu Nabi saw. menyerahkannya kepada beberapa orang sahabatnya. Suatu ketika dalam satu peperangan, Nabi saw. memperolehi harta perolehan perang dan harta tersebut dibahagikan dan diserahkan kepada lelaki badwi tadi. Namun dia berkata: Apa ini? Saya berikan bahagian ini untukmu. Dia berkata: Bukan kerana ini saya mengikutmu tetapi saya mengikutmu supaya saya dipanah di sini (sambil tangannya menunjuk ke arah halkumnya) lalu saya mati dan saya dimasukkan ke dalam syurga. Baginda bersabda: Jika engkau jujur maka Allah akan kabulkan hasratmu. Tidak berapa lama kemudian mereka kembali berperang melawan musuh. Setelah tamat peperangan lelaki itu dibawa ke hadapan nabi setelah dia terkorban akibat dipanah di tempat yang ditunjukkannya dulu. Lantas Nabi saw. bertanya: Inikah dia orang badwi itu? Mereka menjawab: Ya. Baginda bersabda: Dia jujur dengan Allah maka Allah kabulkan permintaannya. Lelaki itu dikafankan dengan jubah Nabi saw. kemudian dihadapkan di hadapan Nabi saw. lalu baginda mendoakannya. Antara doa baginda: Ya Allah, hambaMu ini keluar untuk berhijrah demi jalanMu lalu dia dibunuh sebagai syahid dan saya adalah saksinya.” Riwayat al-Nasaie. | غزاة غنم فيها النبي صلى الله علية وسلم شيئا فقسم وقسم له . فقال : ما هذا : فقال : (قسمته لك) . فقال : ما على هذا اتبعتك ، ولكنى اتبعتك على إن أرمى إلى ههنا ـ وأشار بيده حلقه ـ بسهم فأموت فادخل الجنة . قال : (إن تصدق الله يصدقك) . فلبثوا قليلا ثم نهضوا في قتال العدو فأتى به النبي محمولا قد أصابه سهم حيث اشار، فقال النبي صلى الله عليه وسلم : اهو هو ؟ قالوا : نعم . قال (صدق الله فصدقه) , ثم كفن في جبه النبي صلى الله عليه وسلم ثم قدمه فصلى عليه . فكن مما ظهر من صلاته : (اللهم هذا عبدك خرج ما مهاجرا في سبيلك فقتل شهيدا وأنا شهيد على ذلك). أخرجه أبو داود . |
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra. bahawa seorang lelaki berkata: | وعن أبي هريرة رضي الله عنه ( أن رجلاً قال : |
“Wahai Rasulullah, seorang lelaki berjihad di jalan Allah kerana mencari keuntungan dunia. Baginda bersabda: Tiada pahala untuknya. Lelaki tadi bertanya lagi sehingga tiga kali dan setiap kali itu baginda menjawab: Tiada pahala untuknya.” Riwayat Abu Daud. | يا رسول الله رجل يريد الجهاد في سبيل الله وهو يبتغي عرضاً من الدنيا فقال : (لا أجر له) . فأعادها عليه ثلاثاً كل ذلك يقول : (لا أجر له) أخرجه أبو داود . |
(Dalam matan diulang sebanyak 3 kali) | |
Diriwayatkan daripada Abu Musa ra. katanya: | وعن أبي موسى رضي الله عنه قال : |
“Rasulullah saw. bertanya tentang lelaki yang berperang dengan berani, berperang dengan penuh semangat, berperang kerana menunjuk-nunjuk yang mana satukah yang berperang di jalan Allah? Baginda bersabda: Orang yang berperang untuk memartabatkan kalimah Allah yang mulia dialah yang berperang di jalan Allah.” Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud dan Nasaei. | (سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الرجل يقاتل شجاعة ويقاتل حمية ويقاتل رياء أي ذلك في سبيل الله ؟ قال : (من قاتل لتكون كلمة الله هي العليا فهو في سبيل الله) أخرجه الخمسة . |
Jika anda membaca sejarah para sahabat yang diredai Allah dan bagaimana mereka mara menakluk sesebuah negara, anda akan dapat lihat bagaimana mereka mengenepikan ketamakan dan hawa nafsu mereka. Sebaliknya mereka hanya memberikan tumpuan sepenuhnya kepada matlamat asasi mereka iaitu memimpin manusia ke jalan yang benar supaya kalimah Allah berada di tempat yang mulia. Anda akan lihat sendiri kepalsuan tuduhan yang dilemparkan kepada para sahabat yang diredai Allah bahawa mereka ini sebenarnya mahu menguasai bangsa, menindas mereka serta membolot harta kekayaan. | وأنت إذا قرأت وقائع الصحابة رضوان الله عليهم ومسالكهم في البلاد التي فتحوها ، رأيت مبلغ عزوفهم عن المطامع والأهواء وانصرافهم لغايتهم الأساسية الأصلية ، وهي إرشاد الخلق إلي الحق حتى تكون كلمة الله هي العليا ورأيت مبلغ الخطأ في اتهامهم رضوان الله عليهم بأنهم إنما كانوا يريدون الغلب علي الشعوب والاستبداد بالأمم والحصول علي الأرزاق . |
Belas Ihsan Dalam Jihad Islam | الرحمة في الجهاد الإسلامي |
Selain jihad Islam mempunyai matlamat yang suci, jihad Islam juga hanya menggunakan cara yang terbaik. Allah mengharamkan mereka melakukan penindasan dan pencerobohan. Allah berfirman: | لما كانت الغاية في الجهاد الإسلامي أنبل الغايات ، كانت وسيلته كذلك أفضل الوسائل فقد حرم الله العدوان ، فقال تعالي : |
Dan janganlah kamu menceroboh kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh. (Al-Baqarah: 190) | (إِنَّ اللهَ لا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ) (البقرة:190) , |
Allah memerintahkan mereka supaya bersikap adil walaupun kepada musuh mereka. Firman Allah: | وأمر بالعدل حتى مع الخصوم فقال تعالي: |
Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. (Al-Maidah: 8) | (وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى) (المائدة:8) , |
Allah membimbing umat Islam supaya bersifat belas ihsan. | وأرشد المسلمين إلي منتهى الرحمة . |
Apabila umat Islam berperang mereka tidak akan menindas, menceroboh, bertindak kejam, mencincang mayat musuh, mencuri, merampas harta, mencabul maruah manusia dan tidak akan bertindak sewenang-wenangnya. Ketika perang mereka adalah pejuang yang paling bersopan. Demikian juga ketika aman mereka adalah yang paling bersopan. | فهم حينما يقاتلون لا يعتدون ولا يفجرون ولا يمثلون ولا يسرقون ولا ينتهبون الأموال ، ولا ينتهكون الحرمات ولا يتقدمون بالأذى ، فهم في حربهم خير محاربين كما أنهم في سلمهم أفضل مسالمين . |
Diriwayatkan daripada Abu Buraidah ra. katanya: | عن بريدة رضى الله عنه قال : |
Apabila Rasulullah saw. mengarahkan seseorang mengetuai bala tentera atau pasukan tentera baginda akan menasihatkan ketua ini supaya bertakwa dan menjaga dengan baik tentera Islam yang bersamanya. Setelah itu baginda bersabda: Berperanglah kamu dengan nama Allah dan bunuhlah mereka yang tidak mempercayai Allah. Berperanglah tetapi janganlah kamu bertindak keterlaluan, janganlah kamu mungkiri janji, janganlah kamu mencincang mayat musuh, dan janganlah kamu membunuh kanak-kanak.” Hadis Riwayat Muslim. | (كان لرسول الله صلى الله عليه و سلم إذا أمر الأمير على جيش أو سريره أوصاه في خاصاته بتقوى الله تعالى ومن معه من المسلمين خيرا ثم قال: (اغزوا بسم الله في سبيل الله ، قاتلوا من كفر بالله ، أغزوا ولاتغلوا ولا تغدروا ولا تمثلوا ولا تقتلوا وليدا) رواه مسلم . |
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra. katanya: Rasulullah saw. bersabda: | وعن أبى هريرة رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : |
“Jika kamu membunuh elakkanlah mengenai bahagian muka.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim. | (إذا قاتل أحدكم فليجتنب الوجه) أخرجه الشيخان . |
Diriwayatkan daripada Ibnu Mas‘ud ra. katanya: Rasulullah saw. bersabda: | وعن ابن مسعود رضى الله عنه قال :قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : |
“Orang yang paling baik ketika membunuh ialah orang yang beriman.” Riwayat Abu Daud. | (أعف الناس قتلة أهل الإيمان) أخرجه أبو داود . |
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Yazid al-Ansari ra. katanya: | وعن عبد الله بن يزيد الأنصاري رضى الله عنه قال : |
“Rasulullah saw. melarang umat Islam merompak dan mencincang mayat .” Riwayat al-Bukhari. | (نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن النهب و المثله ) أخرجه البخاري . |
Selain itu, terdapat larangan agar tidak membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua, orang yang cedera, mengganggu paderi, orang yang bertapa dan orang yang tidak terlibat dalam peperangan. Alangkah jauh bezanya sifat ehsan ini berbanding peperangan moden hari ini yang kejam dan keji. Alangkah jauh bezanya undang-undang antarabangsa yang ada pada mereka berbanding dengan keadilan tuhan yang sempurna ini. | كما ورد النهى عن قتل النساء والصبيان و الشيوخ و الإجهاز عن الجرحى وإهاجة الرهبان والمنعزلين ومن لا يقاتل من الآمنين ، فأين هذه الرحمة من غارات المتمدين الخانقة وفظائعهم الشنيعة ؟ وأين قانونهم الدولي من هذا العدل الرباني الشامل ؟ |
Ya Allah, ajarlah umat Islam tentang agama mereka. Selamatkanlah dunia ini daripada kegelapan dan gantikanlah kegelapan ini dengan sinaran Islam. | اللهم فقه المسلمين في دينهم وأنقذ العالم من هذه الظلمات بأنوار الإسلام . |
Perkara Yang Berkaitan Dengan Jihad | ما يلحق بالجهاد |
Tersebar luas di kalangan ramai umat Islam hari ini bahawa memerangi musuh adalah jihad kecil dan di sana ada jihad besar iaitu jihad nafsu. Kebanyakan mereka berpandukan sebuah Riwayat: “Kita balik daripada jihad kecil kepada jihad besar. Sahabat bertanya: Apakah jihad besar? Sabda baginda: Jihad hati atau jihad nafsu.” | شاع بين كثير من المسلمين أن قتال العدو هو الجهاد الأصغر وأن هناك جهاداً أكبر هو جهاد النفس ، وكثير منهم يستدل لذلك بما يروي : (رجعنا من الجهاد الأصغر إلي الجهاد الأكبر ، قالوا وما الجهاد الأكبر ؟ قال جهاد القلب أو جهاد النفس ) . |
Dengan berpandukan Riwayat ini sesetengah umat Islam cuba mengalih tumpuan orang ramai daripada jihad dan persiapan berjihad. Riwayat tersebut sebenarnya bukan hadis. Menurut Amirul Mukminin dalam bidang hadis iaitu al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam buku, “Tasdid al-Qaus”: Riwayat ini begitu masyhur tetapi ia sebenarnya adalah kata-kata Ibrahim bin `Ablah. | وبعضهم يحاول بهذا أن يصرف الناس عن أهمية القتال والاستعداد له ونية الجهاد والأخذ في سبيله . فأما هذا الأثر فليس بحديث علي الصحيح ، قال أمير المؤمنين في الحديث الحافظ ابن حجر في تسديد القوس : هو مشهور علي الألسنة وهو من كلام إبراهيم بن عبلة . |
Menurut al-Iraqi yang menyelidik hadis-hadis buku Ihya’Ulumuddin: Riwayat ini diRiwayatkan oleh al-Baihaqi dengan sanad yang lemah daripada Jabir. Ia juga diRiwayatkan oleh al-Khatib daripada Jabir dalam buku sejarahnya. Jika diandaikan hadis ini sahih, ia tidak sama sekali bermaksud mengenepikan jihad dan persiapan jihad untuk menyelamatkan negara Islam dan menghadapi ancaman musuh yang kufur. Sebaliknya Riwayat tersebut bermaksud umat Islam wajib melawan nafsu mereka supaya segala amalan mereka ikhlas kepada Allah. Sedarlah bahawa di sana ada beberapa perkara yang menyamai pahala jihad contohnya seperti amar makruf dan nahi mungkar. Ada sebuah hadis menyebut: | وقال العراقي في تخريج أحاديث الأحياء : رواه البيهقي بسند ضعيف عن جابر ، ورواه الخطيب في تاريخه عن جابر ؛ علي أنه لو صح فليس يعطي أبداً الانصراف عن الجهاد والاستعداد لإنقاذ بلاد المسلمين ورد عادية أهل الكفر عنها ، وإنما يكون معناه وجوب مجاهدة النفس حتى تخلص لله في كل عملها ، فليعلم . وهناك أمور تلحق بالجهاد منها : الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر فقد جاء في الحديث : |
“Jihad yang terbesar ialah bercakap benar kepada pemerintah yang kejam.” | (إن من أعظم الجهاد كلمة حق عند سلطان جائر) . |
Namun demikian tiada satupun amalan-amalan ini yang membolehkan pelakunya memperolehi pahala syahid terbesar dan pahala para pejuang kecuali jika dia dibunuh ataupun dia terkorban ketika berperang di jalan Allah. | ولكن شيئاً منها لا يوجب لصاحبه الشهادة الكبرى وثواب المجاهدين إلا أن يَقتل أو يقتل في سبيل الله . |
Penutup | خـاتمـة |
Wahai Ikhwan, | أيهـا الإخـوة : |
Umat yang dapat mencipta kematiannya dengan baik dan memahami bagaimana untuk mati dengan cara yang terhormat nescaya Allah akan kurniakan mereka kehidupan yang mulia di dunia dan nikmat yang abadi di akhirat. Krisis yang melanda kita ini tidak lain hanya kerana kita cintakan dunia dan takutkan mati. Persiapkanlah diri kamu untuk tugas yang besar dan bercita-citalah untuk mati nescaya kamu akan diberikan kehidupan. | إن الأمة التي تحسن صناعة الموت ، وتعرف كيف تموت الموتة الشريفة ، يهب لها الله الحياة العزيزة في الدنيا والنعيم الخالد في الآخرة , وما الوهن الذي أذلنا ألا حب الدنيا وكراهية الموت ، فاعدوا أنفسكم لعمل عظيم واحرصوا على الموت توهب لكم الحياة . |
Sedarlah bahawa mati pasti akan tiba dan ia hanya sekali. Jika kamu jadikan kematian kamu di jalan Allah kamu akan beroleh keuntungan di dunia dan pahala di akhirat. Segala yang berlaku pada kamu telah ditentukan oleh Allah. Perhatikan baik-baik firman Allah: | واعلموا أن الموت لابد منه وأنه لا يكون إلا مرة واحدة ، فان جعلتموها فى سبيل الله كان ذلك ربح الدنيا وثواب الآخرة، وما يصيبكم إلا ما كتب الله لكم ، و تدبروا جيداً قول الله تبارك وتعالى : |
Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliyah. Mereka berkata: Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang dijanjikan itu? Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dia lah sahaja yang berkuasa melakukannya menurut peraturan yang ditetapkanNya). Mereka sembunyikan dalam hati mereka apa yang mereka tidak nyatakan kepadamu. Mereka berkata (sesama sendiri): Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari pertolongan yang dijanjikan itu, tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini? Katakanlah (wahai Muhammad): Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing. Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. (Aali Imran: 154) | (ثُمَّ أَنْزَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ بَعْدِ الْغَمِّ أَمَنَةً نُعَاساً يَغْشَى طَائِفَةً مِنْكُمْ وَطَائِفَةٌ قَدْ أَهَمَّتْهُمْ أَنْفُسُهُمْ يَظُنُّونَ بِاللهِ غَيْرَ الْحَقِّ ظَنَّ الْجَاهِلِيَّةِ يَقُولُونَ هَلْ لَنَا مِنَ الأَمْرِ مِنْ شَيْءٍ قُلْ إِنَّ الأَمْرَ كُلَّهُ للهِ يُخْفُونَ فِي أَنْفُسِهِمْ مَا لا يُبْدُونَ لَكَ يَقُولُونَ لَوْ كَانَ لَنَا مِنَ الأَمْرِ شَيْءٌ مَا قُتِلْنَا هَاهُنَا قُلْ لَوْ كُنْتُمْ فِي بُيُوتِكُمْ لَبَرَزَ الَّذِينَ كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقَتْلُ إِلَى مَضَاجِعِهِمْ وَلِيَبْتَلِيَ اللهُ مَا فِي صُدُورِكُمْ وَلِيُمَحِّصَ مَا فِي قُلُوبِكُمْ وَاللهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ) (آل عمران:154) . |
Sedarlah jika kamu mati dengan cara yang terhormat kamu akan beroleh kebahagiaan mutlak. Semoga Allah mengurniakan kita semua penghormatan untuk mati syahid di jalanNya. | فاعملوا للموتة الكريمة تظفروا بالسعادة الكاملة , رزقنا الله وإياكم وكرامة الاستشهاد فى سبيله . |
[1] Dua buku hadis yang paling dipercayai.
[2] Enam buku hadis iaitu al-Bukhari, Muslim, al-Nasaie, Ibnu Majah, al-Tirmizi dan Abu Daud.
[3] Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibnu Majah.