Risalah Aqidah رســـالة العقـــائد

Himpunan Risalah ( مجموعة الرسائل )

Kandungan
Muqaddimah مقدمـــات
Zat Allah Taala ذات الله تعــالى
Nama-Nama Allah أسمـــاء الله الحســنى
Sifat-Sifat Allah صــفات الله تعــالى

Risalah Aqidah رســـالة العقـــائد
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang بِسْــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Mukadimah مقدمـــات
1. Takrif Akidah 1 – تعريف العقائد :
Akidah ialah perkara-perkara yang wajib dipercayai oleh hati anda, diterima dengan tenang oleh diri anda dan diyakini oleh anda tanpa diselubungi oleh sebarang keraguan dan syak. العقائد : هي الأمور التي يجب أن يصدق بها قلبك , و تطمئن إليها نفسك , و تكون يقينا عندك , لا يمازجه ريب , و لا يخالطه شك .
2. Tahap-Tahap Kepercayaan Manusia 2 – درجات الاعتقاد :
Pegangan akidah manusia berbeza-beza bergantung kepada sejauhmana sesuatu dalil difahami dengan jelas dan bertapak kukuh dalam diri mereka. Bagi menjelaskan kenyataan ini kepada anda saya kemukakan kepada anda perumpamaan berikut: و الناس في قوة العقيدة و ضعفها أقسام كثيرة , بحسب وضوح الأدلة , و تمكنها من نفوس كل قسم , و لنوضح لك هذا المقام بضرب الآتي :
Ada seorang yang terdengar tentang kewujudan sebuah negara yang tidak pernah dilihatnya, contohnya negara Yaman daripada seorang lelaki lain yang boleh dipercayai. Orang ini sudah tentu akan percaya dan yakin dengan kewujudan negara tersebut. Apabila dia turut mendengar daripada ramai orang tentang negara ini dia akan semakin percaya. Namun kepercayaan ini mungkin tergugat jika ada yang cuba menimbulkan keraguannya. لو أن رجلا سمع بوجود بلد لم يره , كاليمن مثلا , من رجل آخر غير معروف بالكذب , فإنه يصدق بوجود هذا البلد و يعتقده , فإذا سمع هذا الخبر من عدة رجال زاد به ثقة , و إن كان لا يمنعه ذلك من أن يشك في اعتقاده إذا عرضت له الشبهات ,
Apabila dia melihat sendiri gambar foto mengenai negara tersebut keyakinannya akan bertambah. Ini akan menyebabkan keyakinannya sukar digugat kerana dia telah mempunyai bukti yang kukuh. فإذا رأى صورته الفوتوغرافية زاد اعتقاده بوجوبه , و أصبح الشك متعسرا عليه أمام  قوة هذا الدليل ,
Apabila dia melancong dan melihat mercu tanda negara tersebut dia akan bertambah yakin. Perasaan syak yang ada padanya selama ini akan lenyap. Apabila dia menjejakkan kakinya dan melihat sendiri dengan mata kepalanya, lenyaplah segala keraguan. Keyakinannya akan bertapak kukuh. Mustahil dia akan menarik balik keyakinan ini sekalipun semua orang tidak mempercayainya. فإذا سافر و بدت له أعلامه و بشائره زاد إيقانه و  زال شكه , فإذا نزله و رآه رأي العين , لم يعد هناك مجال للريبة , و رسخت في نفسه هذه العقيدة رسوخا قويا حتى يكون من المستحيل رجوعه عنها و لو أجمع الناس على خلافها ,
Apabila dia berjalan di jalan-jalan dan lorong-lorong negara ini kemudian dia mengkaji tentang keadaan negara ini pengetahuannya akan semakin bertambah. Pengetahuan ini akan menambahkan lagi keyakinannya yang sudah sedia ada. فإذا سار في طرقه و شوارعه , و درس شؤونه و أحواله ازداد به خبرة و  معرفة , و كان ذلك أمرا موضحا لاعتقاده زائدا عليه .
Dengan memahami perumpamaan ini anda akan memahami bahawa dalam soal akidah, manusia juga terbahagi kepada beberapa tahap. Ada di antara mereka yang telah mendengar mengenai akidah ini dan meyakininya secara tradisi. Orang seperti ini mungkin akan teragak-agak apabila ada yang cuba mengelirukan mereka. و إذا علمت هذا فاعلم أن الناس أمام العقائد الدينية أقسام كذلك : منهم من تلقاها تلقينا , و اعتقدها عادة , و هذا لا يؤمن عليه من أن يتشكك إذا عرضت الشبهات ,
Ada yang akan mengkaji serta berfikir. Ini akan menambah keimanan mereka dan memantapkan keyakinan mereka. و منهم من نظر وفكر فازداد إيمانه ,
Ada pula yang benar-benar membuat kajian yang mendalam dan berfikir sambil mentaati dan melaksanakan perintah Allah selain tekun beribadat kepada Allah. Dengan cara ini hatinya akan bersinar dan dia akan melihat dengan mata hatinya perkara yang akan melengkapkan keimanan dan keyakinannya. Akhirnya jiwanya akan tenang. و منهم من أدام النظر و أعمل الفكر , و استعان بطاعة الله تعالى و امتثال أمره , و إحسان عبادته , فأشرقت مصابيح الهداية في قلبه , فرأى بنور بصيرته ما أكمل و أتم يقينه , و ثبت فؤاده :
Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa. (Muhammad: 17) (وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدىً وَآتَاهُمْ تَقْوَاهُمْ) (محمد:17) .
Saya kemukakan perumpamaan ini supaya anda dapat meningkatkan diri anda daripada tahap taqlid (menurut orang lain) dalam soal tauhid. Dengan ini anda akan menjana fikiran anda untuk memahami akidah anda. Seterusnya anda gunakan ketaatan anda kepada Allah untuk anda memahami asas agama anda sehingga anda mencapai tahap mahir dan sempurna. Sebuah syair ada menyebut: و إنما ضربنا لك هذا المثل لترقى بنفسك عن مواطن التقليد في التوحيد , و تعمل الفكر في تفهم عقيدتك , و تستعين بطاعة مولاك في معرفة أصول دينك , و تستعين بطاعة مولاك في معرفة أصول دينك حتى تصل إلى مراتب الرجال , و تترقى في مدارج الكمال :
Mereka pasti akan mencalonkan anda untuk sesuatu perkara          Jika anda mahir mengenainya Oleh itu jauhkan diri anda Agar anda tidak melakukan perkara yang remeh قد رشحوك لأمر لو فطنت له        فاربأ بنفسك أن ترعى مع الهمل
3. Penghormatan Islam Kepada Akal 3 – تقدير الإسلام للعقل :
Asas akidah Islam sama seperti hukum syarak yang lain iaitu kitab Allah Taala dan sunnah Rasulullah saw. أساس العقائد الإسلامية – ككل الأحكام الشرعية – كتاب الله تعالى و سنة رسوله .
Selain itu, suatu yang perlu anda ketahui, seluruh akidah ini disokong oleh akal dan dibuktikan oleh kajian yang sah. Atas dasar ini Allah memberi penghormatan kepada akal dan meletakkan akal sebagai asas pertanggungjawaban. Allah menggalakkan akal supaya mencari, mengkaji dan berfikir. Firman Allah Taala: و يجب أن تعلم , مع ذلك , أن كل هذه العقائد يؤيدها العقل , و يثبتها النظر الصحيح , و لهذا شرف الله تعالى العقل بالخطاب , و جعله مناط التكليف  , و ندبه إلى البحث و النظر  و التفكير , قال تعالى :
Katakanlah (wahai Muhammad): Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya). Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah), dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan kepadanya. (Yunus: 101) (قُلِ انْظُرُوا مَاذَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَا تُغْنِي الآياتُ وَالنُّذُرُ عَنْ قَوْمٍ لا يُؤْمِنُونَ) (يونس:101) ,
Firman Allah: (Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup semula) maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka (dengan tidak bertiang) bagaimana Kami membinanya (dengan rapi) serta Kami menghiasinya (dengan bintang-bintang), dan dengan keadaan tidak ada padanya retak-renggang? – Dan juga (keadaan) bumi ini, (bagaimana) Kami bentangkan dia sebagai hamparan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang terdiri kukuh, serta Kami tumbuhkan padanya pelbagai jenis tanaman yang indah subur? (Kami adakan semuanya itu) untuk menjadi perhatian dan peringatan, (yang menunjukkan jalan kebenaran), kepada tiap-tiap seorang hamba Allah yang mahu kembali kepadaNya (dengan taat dan berbakti). Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pokok-pokok tanaman (buah-buahan) dan biji-bijian yang dituai; Serta pohon-pohon kurma yang tinggi menjulang, yang mengeluarkan mayang, berlapis-lapis, lagi lebat putiknya; (Semuanya itu) sebagai rezeki bagi hamba-hamba Kami. Dan lagi Kami telah hidupkan dengan air itu bumi yang mati; demikianlah pula keadaan keluarnya (orang-orang yang mati dari kubur setelah dibangkitkan hidup semula). (Qaf: 6-11) وقال تعالى :  (أَفَلَمْ يَنظُرُوا إِلَى السَّمَاء فَوْقَهُمْ كَيْفَ بَنَيْنَاهَا وَزَيَّنَّاهَا وَمَا لَهَا مِن فُرُوجٍ , وَالأَرْضَ مَدَدْنَاهَا وَأَلْقَيْنَا فِيهَا رَوَاسِيَ وَأَنبَتْنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوْجٍ بَهِيجٍ , تَبْصِرَةً وَذِكْرَى لِكُلِّ عَبْدٍ مُّنِيبٍ , وَنَزَّلْنَا مِنَ السَّمَاء مَاء مُّبَارَكًا فَأَنبَتْنَا بِهِ جَنَّاتٍ و َحَبَّ الْحَصِيدِ , وَالنَّخْلَ بَاسِقَاتٍ لَّهَا طَلْعٌ نَّضِيدٌ , رِزْقاً لِلْعِبَادِ وَأَحْيَيْنَا بِهِ بَلْدَةً مَيْتاً كَذَلِكَ الْخُرُوجُ ) (قّ:6-11)
Allah turut mengecam orang yang tidak berfikir dan mengkaji. و ذم الذين لا يتفكرون و لا ينظرون فقال تعالى :
Dan berapa banyak tanda-tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi yang mereka menyaksikannya berulang-ulang semasa mereka pagi dan datang, sedang mereka tidak juga menghiraukan dan memikirkannya. (Yusuf: 105) (وَكَأَيِّنْ مِنْ آيَةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ يَمُرُّونَ عَلَيْهَا وَهُمْ عَنْهَا مُعْرِضُونَ) (يوسف:105) ,
Ketika berhadapan dengan mereka yang tidak percaya, Allah kemukakan segala dalil dan hujah walaupun dalam perkara yang nyata dan jelas tidak benar. Ia semata-mata kerana Allah mahu menghormati budaya pengadilan dan penghujahan. Sebuah hadis menyebut: و طالب الخصوم بالدليل و البرهان حتى فيما هو ظاهر البطلان , تقديرا للأدلة , و إظهارا لشرف الحجة , و قد ورد في الحديث أن بلالا جاء يؤذن النبي بصلاة الصبح , فرآه يبكي فسأله عن سبب بكائه , فقال :
“Bahawa suatu ketika Bilal datang memaklumkan kepada Nabi saw. tentang masuknya waktu sembahyang Subuh. Ketika itu dia melihat baginda sedang menangis. Lalu dia bertanya sebab baginda menangis. Baginda menjawab: Mengapa dengan engkau Bilal, kenapa saya tidak menangis sedangkan pada malam tadi Allah Taala telah turunkan: (ويحك يا بلال ما يمنعني أن أبكي و قد أنزل الله علي هذه الليلة :
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Aali Imran: 190)[1]  ( إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآياتٍ لأُولِي الأَلْبَابِ) (آل عمران:190) ,
Baginda bersabda lagi: Celakalah orang yang membacanya tetapi tidak berfikir mengenainya.” Hadis diRiwayatkan oleh Abu al-Dunia dalam tajuk “al-Tafakkur”. ثم قال :(ويل لمن قرأها و لم يتفكر فيها) رواه ابن أبي الدنيا في كتاب التفكر .
Dengan ini kita memahami bahawa Islam tidak pernah membendung fikiran atau membekukan akal. Islam hanya mahu membimbing supaya akal ini mengetahui batas kemampuannya dan sedar akan kecetekan ilmunya. Islam mahu menggalakkan supaya akal sentiasa menambah pengetahuannya. Firman Allah: Dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja. (Al-Isra’: 85) و من هنا تعلم أن الإسلام لم يحجر على الأفكار و لم يحبس العقول , و عن أرشدها إلى التزام حدها , و عرفها قلة  علمها , و ندبها إلى الاستزادة من معارفها , فقال تعالى : (وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلاّ قَلِيلاً) (الاسراء:85)
Firman Allah lagi: Dan berdoalah dengan berkata: “Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku”. (Taha: 114) فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ وَلا تَعْجَلْ بِالْقُرْآنِ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُقْضَى إِلَيْكَ وَحْيُهُ وَقُلْ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا
4. Pembahagian Akidah Islam 4 – أقسام العقائد الإسلامية
Akidah Islam mengandungi empat bahagian dan setiap bahagian itu pula mengandungi perbahasan yang tersendiri. العقائد الإسلامية تنقسم إلى أربعة أقسام رئيسية , تحت كل قسم منها فروع عدة :
Bahagian pertama: Ketuhanan.   Kajian tentang Allah swt. dari aspek sifat, nama dan perbuatan. Ini termasuklah perkara yang perlu diyakini oleh hamba mengenai tuhannya. القسم الأول : الإلهيات وتبحث فيما يتعلق بالإله سبحانه و تعالى من حيث صفاته و أسماؤه و أفعاله , و يلحق بها ما يستلزمه اعتقاده من العبد لمولاه .
Bahagian kedua: Kenabian.   Kajian tentang perkara yang berkaitan dengan para nabi salawat dan salam buat mereka, dari aspek sifat, kemaksuman, tugas dan keperluan manusia kepada kehadiran mereka. Termasuk dalam bahagian ini ialah semua perkara yang berkaitan dengan wali Allah yang diredai Allah, mukjizat, karamah dan kitab-kitab langit. القسم الثاني : النبوات و تبحث في كل ما يتعلق بالأنبياء , صلوات الله و سلامه عليهم , من حيث صفاتهم و عصمتهم و مهمتهم و الحاجة إلى رسالتهم , و يلحق بهذا القسم ما يتعلق بالأولياء رضوان الله عليهم , و المعجزة و الكرامة , و الكتب السماوية .
Bahagian ketiga: Alam Kerohanian.   Kajian berkenaan perkara yang berkaitan dengan alam bukan benda seperti malaikat a.s., jin dan roh. القسم الثالث : الروحانيات و تبحث فيما يتعلق بالعالم غير المادي : كالملائكة عليهم السلام , و الجن , و الروح .
Bahagian keempat: Sam‘iyat.   Kajian berkenaan perkara yang berkaitan dengan alam barzakh dan kehidupan akhirat seperti alam kubur, tanda kiamat, kebangkitan semula, tempat perhimpunan, pengadilan dan balasan. القسم الرابع : السمعيات فيما يتعلق بالحياة البرزخية , و الحياة الأخروية : كأحوال القبر , و علامات القيامة , و البعث , و الموقف , و الحساب , و الجزاء .
Zat Allah Taala ذات الله تعــالى
Saudara, ketahuilah (semoga kita sama-sama diberi pedoman) zat Allah Taala terlalu agung untuk dikuasai oleh akal manusia atau difikirkan oleh fikiran manusia. Ini kerana walau betapa tinggi sekalipun keupayaan dan kefahaman akal ini namun ia masih mempunyai keupayaan yang terbatas. Kita akan bincangkan perkara ini dalam tajuk yang khusus, dengan izin Allah. Anda akan tahu betapa akal manusia ini begitu cetek untuk memahami semua perkara. Di sini saya ingin sebutkan kepada anda walaupun akal kita ini sama ada akal yang cemerlang mahupun yang lemah telah memanfaatkan banyak perkara namun ia masih tidak memahami hakikatnya. Contohnya, elektrik, magnetik dan sebagainya. Semua ini adalah kuasa yang kita gunakan dan kita manfaatkan tetapi kita masih tidak memahami hakikatnya. Malah saintis yang terbaik sekalipun tidak mampu untuk menjelaskan semua fenomena ini. Ini bermakna memahami sesuatu fenomena tidak semestinya memberikan manfaat kepada kita. Apa yang penting ialah kita tahu ciri-ciri yang ada pada benda ini yang boleh kita gunakan untuk kebaikan kita. اعلم يا أخي , هدانا الله و إياك إلى الحق , أن ذات الله تبارك و تعالى أكبر من أن تحيط بها العقول البشرية , أو تدركها الأفكار الإنسانية , لأنها مهما بلغت من العلو و الإدراك محدودة القوة , محصورة القدرة , و سنفرد بحثا خاصا إن شاء الله تعالى , تعلم منه مبلغ قصور العقل البشري عن إدراك حقائق الأشياء , و لكن يكفي أن أذكرك بما نلمسه الآن من أن عقولنا , من أكبرها إلى أصغرها , تنتفع بكثير من الأشياء و لا تعلم حقائقها , فالكهرباء , و المغناطيس و غيرهما , قوى نستخدمها و ننتفع بها و لا نعلم عنها شيئا من حقيقتها , و لا يستطيع أكبر عالم الآن أن يفيدك بشيء , على أن معرفة حقائق الأشياء لا يفيدنا بشيء , و يكفينا ما نعرف من خواصها ما يعود بالفائدة علينا .
Jika ini sikap yang kita amalkan terhadap benda-benda yang boleh kita sentuh dan rasa apatah lagi sikap kita terhadap zat Allah Taala. Ramai pihak yang tersesat apabila mereka cuba bercakap tentang zat Allah. Perbincangan mereka inilah yang menjadi sebab mereka tersesat, terpesong dan saling berselisih. Mereka cuba bercakap tentang sesuatu yang mereka tidak fahami batasannya. Malah mereka tidak mampu untuk memahami fenomena kewujudannya. Atas dasar ini Rasulullah saw. melarang kita berfikir tentang zat Allah. Sebaliknya baginda mengarahkan kita supaya hanya berfikir tentang ciptaan Allah. فإذا كان هذا شأننا في الأمور التي نلمسها و نحسها فما بالك بذات الله تبارك و تعالى ؟! و قد ضل أقوام تكلموا في ذات الله تبارك و تعالى فكان كلامهم سببا لضلالهم و فتنتهم  اختلافهم لأنهم يتكلمون فيما لا يدركون تحديده , و لا يقدرون على معرفة كنهه , و لهذا نهى الرسول عن التفكر في ذات الله , و أمر بالتفكر في مخلوقاته .
Memikirkan Zat Allah تفكر في ذات الله
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas ra. bahawa sekumpulan sahabat cuba berfikir tentang zat Allah Azza wa Jalla lalu Nabi saw. bersabda: عن ابن عباس رضي الله عنهما إن قوما تفكروا في الله عز و جل فقال النبي :
“Hendaklah kamu berfikir tentang ciptaan Allah. Janganlah kamu berfikir tentang zat Allah kerana kamu tidak akan mampu menjangkau kuasaNya.” (تفكروا في خلق الله , و لا تتفكروا في الله , فإنكم لن تقدروا قدره)
Al-Iraqi berkata: Abu al-Nuaim meriwayatkan hadis ini dalam al-Hilyah dengan sanad yang daif. Hadis ini juga diRiwayatkan oleh al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib dengan sanad yang lebih baik. Ia juga diRiwayatkan oleh Abu al-Syeikh. Walau bagaimanapun apa yang dimaksudkan oleh hadis ini adalah betul. قال العراقي : رواه أبو نعيم في الحلية بإسناد ضعيف , و رواه الأصبهاني  في الترغيب و الترهيب بإسناد أصح منه , و رواه أبو الشيخ  كذلك , و هو على كل حال صحيح المعنى .
Tindakan ini bukan sebagai langkah untuk membendung hak berfikir atau sebagai usaha membekukan penerokaan ilmu atau membataskan potensi akal. Langkah ini hanya bertujuan memelihara akal supaya tidak terjerumus dalam amalan yang menyesatkan. Agar akal ini tidak cuba untuk menyelesaikan sesuatu masalah sedangkan ia tidak mempunyai keupayaan yang cukup untuk menyelesaikannya, walau sehebat mana sekalipun kemampuan akal seseorang itu. Ini adalah sikap yang diamalkan oleh hamba-hamba Allah yang soleh. Mereka yang memahami keagungan zat Allah dan hebatnya kuasa Allah. و ليس ذلك حجر على حرية الفكر , و لا جمودا في البحث , و لا تضييقا على العقل , و لكنه عصمة له من التردي في مهاوي الضلال , و إبعاد له عن معالجة أبحاث لم تتوفر له وسائل بحثها , و لا تحتمل قوته – مهما عظمت – علاجها , و هذه هي طريقة الصالحين من عباد الله العرفين بعظمة ذاته , و جلال قدره ,
Al-Shibli rh.a.[2]  pernah ditanya tentang Allah Taala lalu beliau menjawab: Dia adalah Allah yang Esa dan dikenali oleh sesiapa sahaja. Dia wujud sebelum adanya batasan dan sebelum adanya huruf. سئل الشبلي رحمه الله تعالي عن الله تبارك و تعالى فقال : هو الله الواحد المعروف , قبل الحدود و قبل الحروف .
Ada seorang berkata kepada Yahya bin Muaz: Terangkan kepada saya tentang Allah Azza wa Jalla? Yahya menjawab: Dia adalah Tuhan yang Esa. Beliau ditanya: Bagaimana? Beliau menjawab: Pemilik yang berkuasa. Beliau ditanya lagi: Di mana Dia? Beliau menjawab: Dia sedang memerhati. Orang yang bertanya tadi berkata: Bukan itu yang saya maksudkan. Beliau membalas: Apa yang lain daripada itu adalah sifat makhluk. Sifat Allah adalah sebagaimana yang saya jelaskan tadi. و قيل ليحيى بن معاذ : أخبرني عن  الله عز و جل ؟ فقال : إله واحد , فقيل له كيف هو ؟ فقال ملك قادر , فقيل له : أين هو ؟ فقال هو بالمرصاد , فقال السائل : لم أسألك عن هذا , فقال : ما كان غير هذا كان صفة المخلوق , فأما صفته ما أخبرتك عنه .
Tumpukan segala perhatian kamu untuk memahami keagungan Tuhanmu dengan cara memikirkan tentang makhlukNya dan meyakini sifat-sifat yang wajib bagiNya. فاحصر همتك في إدراك عظمة ربك بالتفكر في مخلوقاته و التمسك بلوازم صفاته .
Nama-Nama Allah أسمـــاء الله الحســنى
Allah Azza wa Jalla, Maha Pencipta yang berkuasa mutlak dikenali di kalangan makhluknya melalui nama-nama dan sifat-sifat yang hanya layak untukNya sesuai dengan keagunganNya. Seeloknya orang yang beriman menghafal nama-nama ini bagi mengambil keberkatannya. Justeru, mereka dapat menghayati nikmat menyebut nama-namaNya dan menghormati keagunganNya. Di sini saya kemukakan untuk anda sebuah hadis sahih yang menghimpunkan kesemua nama-nama ini. Bukankah hadis Rasulullah saw. merupakan guru yang terbaik? Bukankah penyampai wahyu merupakan pembimbing yang terbaik? إن الخالق المتصرف جل و علا تعرف إلى خلقه بأسماء و صفات تليق بجلاله , يحسن بالمؤمن حفظها تبركا , و تلذذا بذكرها , و تعظيما لقدرها . و إليك الحديث الصحيح الذي جمعها , فنعم المعلم حديث رسول الله , و نعم المرشد و الهادي لسان الوحي , و مشكاة النبوة .
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra. katanya: Rasulullah saw. bersabda: وعن أبي هريرة رضي اللّه عنه : قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم :
“Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama iaitu seratus kurang satu[3] . Sesiapa yang menghafalkannya pasti akan masuk ke syurga. Allah itu ganjil[4]  (lawan genap) dan Dia sukakan yang ganjil.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim. Dalam Riwayat al-Bukhari yang lain, “Sesiapa yang menghitungnya.”  (  للهِ تَعالى تِسْعَةً وَتِسْعِينَ اسْماً ، مائة إِلاَّ وَاحِداً، لا يحفظها أحد إلا دَخَلَ الجَنَّةَ ، و هو وِتْرٌ يُحِبُّ الوِتْرِ) رواه البخاري و مسلم و في رواية البخاري (مَنْ أحْصَاها ) ،
Al-Tirmizi meriwayatkan hadis ini dengan menambah: “Dia Allah yang tiada tuhan melainkan Dia, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pemilik, Maha Suci, Maha Penyelamat, Maha Pengaman, Maha Penguasa, Maha Berkuasa, Maha Pemaksa, Maha Hebat, Maha Pencipta, Maha Pembuat, Maha Pereka, Maha Pengampun, Maha Penakluk, Maha Pengurnia, Maha Pemberi rezeki, Maha Pembuka, Maha Mengetahui, Maha Penahan, Maha Peluas, Maha Penjatuh, Maha Pengangkat, Maha Pemulia, Maha Penghina, Maha Pendengar, Maha Melihat, Maha Penghukum, Maha Pengadil, Maha Pengasihan, Maha Waspada, Maha Penyabar, Maha Agung, Maha Pengampun, Maha Pembalas, Maha Tinggi, Maha Besar, Maha Penjaga, Maha Pemberi, Maha Penjamin, Maha Mulia, Maha Pemurah, Maha Memerhati, Maha Mengabulkan, Maha Luas, Maha Bijaksana, Maha Penyayang, Maha Mulia, Maha Membangkitkan, Maha Menyaksikan, Maha Benar, Maha Dipercayai, Maha Kuat, Maha Kukuh, Maha Melindungi, Maha Terpuji, Maha Menghitung, Maha Pemula, Maha Mengembalikan, Maha Menghidupkan, Maha Mematikan, Maha Hidup, Maha Berdiri Sendiri, Maha Kaya, Maha Mulia, Maha Esa, Maha Diperlukan, Maha Kuasa, Maha Menentukan, Maha Mendahulukan, Maha Mengakhirkan, Maha Awal, Maha Akhir, Maha Zahir, Maha Batin, Maha Menguasai, Maha Suci, Maha Pemurah, Maha Penerima Taubat, Maha Penyiksa, Maha Pemaaf, Maha Pengasih, Maha Menguasai kerajaan, Maha memiliki kebesaran dan kemuliaan, Maha Mengadili, Maha Menghimpun, Maha Kaya, Maha Pemberi kekayaan, Maha Pembela, Maha Pemberi bahaya, Maha Pemberi manfaat, Maha Bercahaya, Maha Pemberi petunjuk, Maha Pencipta yang baru, Maha Kekal, Maha Pewaris, Maha Pembimbing, Maha Penyabar.”     و رواه الترمذي و زاد فيه : ( هُوَ اللهُ الَّذي لا إِلهَ إِلاَّ هُوَ ، الرَّحْمَنُ ، الرَّحِيمُ ، المَلِكُ ، القُدُّوسُ ، السَّلامُ ، المُؤْمِنُ ، المُهَيْمِنُ ، العَزِيزُ ، الجَبَّارُ ، المُتَكَبِّرُ ، الخالِقُ ، البارىءُ ، المُصَوّرُ ، الغَفَّارُ ، القَهَّارُ ، الوَهَّابُ ، الرَّزَّاقُ ، الفَتَّاحُ ، العَلِيمُ ، الباسِطُ ، الخَافِضُ ، الرَّافِعُ ، المُعِزُّ ، المُذِلُّ ، السَّمِيعُ ، البَصِيرُ ، الحَكَمُ ، العَدْلُ ، اللَّطِيفُ ،  الخَبيرُ ، الحَليمُ ، العَظِيمُ ، الغَفُورُ ، الشَّكُورُ ، العَلِيُّ ، الكَبِيرُ ، المُقِيتُ ، الحَسِيبُ ، الجَلِيلُ ، الكَرِيمُ ، الرَّقِيبُ ، المُجِيبُ ، الوَاسِعُ ، الحَكِيمُ ، الوَدُودُ ، المَجِيدُ ، الباعِثُ ، الشَّهِيدُ ، الحَقُّ ، الوَكِيلُ ، القَوِيُّ ، المَتِينُ ، الوَليُّ ، الحَمِيدُ ، المُحْصِي ، المُبْدِىءُ ، المُعِيدُ ، المُحْيِي ، المُمِيتُ ، الحَيُّ ، القَيُّومُ ، الوَاجِدُ ، المَاجِدُ ، الوَاحِدُ ، الصَّمَدُ ، القادِرُ ، المُقْتَدِرُ ، المُقَدِّمُ ، المُؤَخِّرُ ، الأوَّلُ ، الآخِرُ ، الظَّاهِرُ ، البَاطِنُ ، الوَالي ، المُتَعالِ ، البَرُّ ، التَّوَّابُ ، المُنْتَقِمُ ، العَفُوُّ ، الرًّؤُوف ، مالِكُ المُلْكِ ، ذُو الجَلالِ وَالإِكْرَامِ ، المُقْسِط ُ، الجامِعُ ، الغَنِيُّ ، المُغْنِي ، المَانِعُ ، الضَّار ، النَّافعُ ، النُّورُ ، الهَادِي ، البَدِيعُ ، الباقِي ، الوَارِثُ ، الرَشِيدُ ، الصَّبُور )
Maksud Beberapa Nama Allah معاني بعض أسماء الله :
Al-Qudus, suci daripada sebarang kelemahan. ( القُدُّوسُ ) المطهر من العيوب ،
Al-Salam, memberikan keamanan kepada makhlukNya ataupun Dia tidak memiliki sebarang kelemahan. ( السَّلامُ ) الأمان لخلقه , أو هو السالم من العيوب  ،
Al-Mukmin, menunaikan segala janjinya dan menjaga mereka daripada azabNya. ( المُؤْمِنُ ) المصدق وعده لخلقه و المؤمّن لهم من عذابه ،
Al-Muhaimin, penguasa atau pemerhati. ( المُهَيْمِنُ) المسيطر المتصرف , الشهيد الرقيب ،
Al-Aziz, perkasa dan menang. ( العَزِيزُ ) القاهر الغالب ،
Al-Jabbar, mengotakan segala titahnya. ( الجَبَّارُ ) المنفذ لأوامره ،
Al-Mutakkabir, tidak memiliki sebarang sifat makhluk dan hanya memiliki sifat-sifat yang agung ( المُتَكَبِّرُ ) العالي عن صفات الخلق المتفرد بصفات عظمته ،
Al-Bari, pencipta atau lebih tepat mencipta makhluk yang ada roh. Dikatakan, al-Bari ialah mencipta roh dan al-Khaliq ialah mencipta langit dan bumi. ( البارئ ) الخالق و هو في خلق ذي الروح أظهر , يقال : بارئ النسم و خالق السموات و الأرض , 
Al-Muqit, berilmu dan mengetahui. (المُقِيتُ) العالم العارف  ،
Al-Hasib, memenuhi keperluan makhluknya. ( الحَسِيبُ ) الكافي لخلقه ،
Al-Bar, pemurah dengan hamba-hambanya. ( البَرُّ ) المتعطف على عباده ببره و لطفه  ،
Al-Muhsi, mengetahui segalanya melalui ilmunya dan tiada satupun yang di luar pengetahuannya. ( المُحْصِي ) هو الذي أحصى كل شيء يعلمه فلا يفوته شيء من الأشياء ،
Al-Rashid, membimbing makhluk untuk kebaikan mereka. ( الرَشِيدُ ) الذي يرشد الخلق إلى مصالحهم ،
Al-Sabur, tidak segera membalas makhluknya yang melakukan dosa. ( الصَّبُور) هو الذي لا يعاجل العصاة بالانتقام منهم .
Perbincangan Mengenai Nama-Nama Allah بحوث تتعلق بأسماء الله الحسنى
1. Nama-nama tambahan selain sembilan puluh sembilan nama. 1 – الأسماء الزائد عن التسعة التسعين :
Sembilan puluh sembilan nama ini bukanlah kesemua nama-nama Allah. Malah ada banyak hadis yang menyenaraikan nama-nama lain. Sebuah hadis dalam Riwayat lain ada menyebut: Al-Hannan (Penyayang), al-Mannan (Pemurah), Al-Badi’ (Pencipta). Terdapat beberapa nama yang lain: Al-Mugith (Penyelamat), Al-Kafil (Penjaga dan penjamin), Zu al-Taul (Yang melimpah-limpah kurniaNya), Zu al-Maarij (Yang memiliki tempat naik), Zu al-Fadhl (Yang memiliki limpah kurnia), al-Khallaq (Pencipta). هذه التسعة و التسعون ليس كل ما ورد في اسماء الله تبارك و تعالى , بل وردت الأحاديث بغيرها من الأسماء , فقد  ورد في الحديث من رواية أخرى ( الحنان ) , ( المنان ) , ( البديع ) , و ورد كذلك من أسمائه تعالي ( المغيث ) , و ( الكفيل ) و ( ذو الطول ) , و (ذو المعارج) و (ذو الفضل) , و (الخلاّق) .
Abu Bakar bin al-Arabi dalam kitab Sharh al-Tirmizi ada memetik kata-kata beberapa orang ulama, bahawa dalam kitab Allah dan sunnah ada seribu nama yang lain. Penulis “Al-Qasd al-Mujarrad” juga ada menyebut mengenainya. Al-Syaukani di dalam kitab “Tuhfatul Zakirin” ada menyentuh mengenai nama-nama ini tetapi kemudian beliau menyebut: Amalkanlah apa yang disenaraikan oleh hadis tadi itupun sudah memadai. قال أبوبكر بن العربي في شرح الترمذي حاكيا عن بعض اهل العلم : إنه جمع من الكتاب و السنة من أسمائه تعالى ألف اسم , و في كلام صاحب (القصد المجرد) ما يفيد ذلك , و أشار إلى ذلك الشوكاني في (تحفة الذاكرين) ثم قال : و أنهض ما ورد في إحصائها الحديث المذكور , و فيه الكفاية .
2. Hadis-Hadis Yang Ada Menyebut Nama Allah Secara Kiasan 2 – الأحاديث التي وردت فيها ألفاظ على أنها أسماء الله تعالى على المجاز :
Terdapat beberapa hadis yang menyebut beberapa nama yang dikatakan sebagai nama-nama Allah. Walau bagaimanapun konteks ayat dan tema ayat membawa kepada maksud yang lain. Ini bermakna perkataan ini disebut hanya sebagai kiasan bukan merujuk kepada makna yang sebenar. Ataupun ia menggunakan nama yang sama kerana wujud persamaan antara kedua-dua perkara atau mungkin wujud maksud yang tersembunyi. Sebagai contoh sebuah hadis yang diRiwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahawa Nabi saw. bersabda: ثم اعلم أن بعض الأحاديث وردت فيها ألفاظ على أنها أسماء الله تعالى , و لكن قرائن الحال و أصل الوضع يدل على غير ذلك , فاعلم أن ذلك من قبيل المجاز لا الحقيقة , و من قبيل تسمية الشيء باسم غيره لعلاقة بينهما أو على تقدير بعض المحذوفات , مثال ذلك الحديث الذي رواه أبوهريرة رضي الله عنه عن النبي قال :
“Janganlah kamu mencerca masa kerana Allah adalah masa.” Riwayat Muslim. Begitu juga dengan hadis yang diRiwayatkan daripada Aisyah ra.: Biarkanlah dia mengerang kerana al-Anin (mengerang) adalah salah satu nama-nama Allah Taala yang diberikan bagi melegakan pesakit.”   (لا تسبوا الدهر فإن الله هو الدهر) رواه مسلم , و حديث عائشة رضي الله عنها : (دعوه يئن فإن الأنين اسم من أسماء الله تعالى يرتاح إليه المريض) ,
Hadis ini disebutkan oleh al-Jalal al-Suyuti dalam al-Jami’ al-Saghir yang diRiwayatkan daripada al-Rafie dan hadis ini disenaraikan sebagai hadis hasan. Namun demikian hadis ini bukan Riwayat Muslim dan bukan hadis Abu Hurairah sebagaimana yang disangka oleh ramai. Termasuklah beberapa hadis yang menggunakan nama Ramadan sebagai salah satu nama Allah Taala. ذكره الجلال السيوطي ي الجامع الصغير عن الرافعي و حسنه , و ليس هو من رواية مسلم , و لا من حديث أبي هريرة كما يخطئ بعض الناس , و منه ما ورد في إطلاق اسم رمضان على الحق تبارك و تعالى في بعض الآثار .
Semua nama ini tidak merujuk kepada makna asalnya. Contohnya seperti nama pertama tadi apa yang dimaksudkan ialah Allah menjadi penyebab kepada segala peristiwa yang berlaku dalam sesuatu masa. Jadi tidak sepatutnya sesuatu kejadian dikaitkan dengan masa dan masa tidak sepatutnya dikutuk.[5] Dalam hadis kedua: Mengerang adalah kesan kekuasaan Allah yang meringankan kesakitan yang dirasai oleh pesakit. Ini adalah contoh maksud yang bersesuaian dengan konteks keadaan. فكل هذه لا يراد منها ظواهرها و حقيقة الإطلاق , بل المقصود في الأول منها مثلا : فإن الله هو مسبب لحوادث الدهر فلا يصح أن ينسب إلى الله شيء و لا أن يسب و يذم , و في الثاني : فإن الأنين أثر قهر الله تعالى يرتاح إليه المريض , و هكذا في المعاني التي تدل عليها قرائن الأحوال .
3. Penentuan Nama Dan Sifat Allah 3 – التوقيف في أسماء الله تعالى و صفاته :
Untuk pengetahuan semua, kebanyakan ulama Islam berpendapat adalah tidak sah kita meletakkan nama atau sifat kepada Allah selain daripada yang dinyatakan oleh syarak. Walaupun dengan tujuan untuk mencipta nama baru dan bagi melambangkan kesempurnaan Allah. Adalah salah jika kita berkata “Jurutera alam yang teragung” ataupun “Pengurus besar hal ehwal makhluk”. Walaupun nama-nama ini sesuai dengan Allah. Cuma jika nama ini dinyatakan bagi menjelaskan kekuasaan Allah dengan tujuan supaya mudah difahami maka ia tidak salah. Walau bagaimanapun adalah lebih baik jika ini tidak dilakukan sebagai tanda menghormati Allah Taala.   و اعلم أن جمهور المسلمين على انه لا يصح أن نطلق على الله تبارك و تعالى اسما أو وصفا لم يرد به  الشرع , بقصد اتخاذه اسما له تعالى و إن كان يُشعر بالكمال , فلا يصح أن نقول : مهندس الكون العظم , و لا أن نقول المدير العام لشؤون الخلق , على أن تكون هذه أسماء أو صفات لله تعالى يصطلح عليها , و يتفق على إطلاقها عليه تعالى , و لكنها إن جاءت في عرض الكلام لبيان تصرفه تعالى من باب التقريب للأفهام فلا بأس , و  الأولى العدول عن ذلك تأدبا مع الحق تعالى .
4. Antara Kata Nama Khas Dan Kata Nama Sifat 4 – العلمية و الوصفية في هذه الأسماء :
Salah satu daripada nama-nama tadi diletakkan sebagai nama khas kepada zat yang suci iaitu nama yang agung “Allah”. Sementara nama-nama lain lebih merujuk kepada sifat. Nama-nama lain ini boleh dikatakan sebagai menghuraikan nama yang agung. Adakah nama ini nama terbitan atau tidak? Perkara ini membabitkan perbezaan pendapat ulama tetapi ia tidak membuahkan apa-apa amal. Apa yang penting ialah kita mengetahui bahawa nama bagi zat tuhan ialah nama yang unggul ini. Sementara nama-nama lain lebih merujuk kepada sifat. Setakat ini sahaja yang perlu. و هذه الأسماء المتقدمة منها علم واحد وضع للذات القدسية و هو لفظ الجلالة : الله , و باقيها كلها ملاحظ فيها معنى الصفات , و لهذا صح أن تكون أخبارا للفظ الجلالة , و هل هو مشتق أو غير مشتق ؟ مسألة خلافية , لا يترتب عليها أمر عملي , و حسبنا أن نعلم اسم الذات هو هذا الاسم المفرد و  بقية الأسماء مشربة بالوصفية , و في هذا الكفاية .
5. Keistimewaan Nama-Nama Allah 5 – خواص أسماء الله الحسنى :
Sesetengah pihak menyebut bahawa setiap nama Allah Taala ini mempunyai keistimewaan dan rahsia tertentu. Keistimewaan ini ada yang dihuraikan secara mendalam dan ada yang secara sepintas lalu sahaja. Malah ada sesetengah pihak yang agak keterlaluan apabila mendakwa setiap nama ini mempunyai khadam rohani yang akan berkhidmat kepada sesiapa yang mengamalkan nama-nama tertentu. Apa yang saya pasti, (setiap orang yang tahu itu ada yang lebih tahu daripadanya) nama-nama Allah Taala ini lebih mulia daripada nama-nama lain. Nama-nama ini mengandungi keberkatan. Ganjaran yang besar akan diberikan apabila nama-nama ini disebut. Apabila manusia berzikir menyebut nama Allah jiwanya akan suci, rohnya akan jernih. Terutama apabila dia menyebut nama-nama ini dengan sepenuh hati dan memahami maknanya. Lebih daripada perkara ini tidak pula dinyatakan oleh kitab Allah dan sunnah. Dalam soal agama Allah Taala ini kita dilarang untuk bersikap keterlaluan atau menokok tambah. Apa yang penting kita hanya menerima apa yang dinyatakan sahaja. يذكر البعض أن لكل اسم من أسماء الله تعالى خواص و أسرارا تتعلق به على إفاضة فيها أو إيجاز , و قد يتغالى البعض فيتجاوز هذا القدر إلى زعم أن لكل اسم خادما روحانيا يخدم من يواظب على الذكر به , و هكذا , و الذي أعلمه في هذا , و فوق كل ذي علم عليم , أن أسماء الله تعالى ألفاظ مشرفة لها فضل على سائر الكلام , و فيها بركة و في ذكرها ثواب عظيم , و أن الإنسان إذا واظب على ذكر الله تعالى ظهرت نفسه , و صفت روحه , و لا سيما إذا كان ذكره بحضور قلب و فهم للمعنى , أما ما زاد على ذلك فلم يرد في كتاب و لا سنة , و قد نهينا عن الغلو في دين الله تعالى , و الزيادة فيه , و حسبنا الاقتصار على ما ورد .
6. Nama Allah Yang Teragung 6 – اسم الله الأعظم :
 Terdapat pelbagai hadis yang menyentuh tentang nama Allah yang teragung. Antara hadis-hadis tersebut ialah: ورد اسم الله الأعظم في أحاديث كثيرة ,  منها :
1. Diriwayatkan daripada Buraidah ra. katanya: “Suatu ketika Nabi saw. terdengar seorang lelaki berkata: Ya Allah, saya memohon kepadaMu dengan saya mengakui bahawa sesungguhnya Engkaulah Allah yang tiada tuhan melainkan Engkau, Tuhan yang esa dan tempat pergantungan, Tuhan yang tidak melahirkan dan tidak dilahirkan, Tuhan yang tiada yang sekufu dengannya. Katanya lagi: Lalu baginda bersabda: Demi Tuhan yang memegang nyawaku, dia telah memohon daripada Allah menggunakan namaNya yang teragung[6] , apabila berdoa dengannya nescaya akan diperkenankan, apabila diminta akan diberikan.” Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibnu Majah. Menurut al-Munziri: Menurut guru kami, Abu al-Hasan al-Maqdisi: Sanad hadis ini tidak dipertikaikan. Malah sepanjang pengetahuan saya inilah hadis yang terbaik sanadnya dalam bab ini. Menurut al-Hafiz Ibnu Hajar: Hadis ini adalah hadis yang terbaik dari segi sanad dalam bab ini. 1 – عن بريدة رضي الله عنه قال : سَمعَ الْنَّبيُّ صَلَّى اللهُ عَليْهِ وسَلَّم رجلاً يدعُو وهوَ يَقُولُ: الَّلهُمَّ إنِّي أسألُكَ بأنَّي أشهدُ أنَّكَ أنتَ اللهُ لا إلهَ إلاّ أنتَ الأحَدُ الصَّمدُ الَّذِي لمْ يَلدْ ولمْ يُولَدْ ولمْ يكُنْ لهُ كفواً أحدٌ. قَالَ فَقَالَ : (والَّذِي نفسي بيدهِ لقَدْ سألَ اللهَ باسمهِ الأعظمِ الَّذِي إذا دُعيَ بهِ أجابَ وإذا سُئِلَ بهِ أعطى) رواه أبو داود و الترمذي و النسائي و ابن ماجة , و قال المنذري : قال شيخنا أبو الحسن المقدسي : هو إسناد لا مطعن فيه , و لا أعلم أنه روي في هذا الباب حديث أجود إسنادا منه , و قال الحافظ ابن حجر : هذا الحديث أرجح ما ورد في هذا الباب من حيث السند .
2. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra. katanya: Suatu ketika Nabi saw. masuk ke masjid. Ketika itu terdapat seorang lelaki yang baru selesai menunaikan sembahyang[7]  sedang berdoa. Dalam doanya dia berkata: Ya Allah, tiada tuhan melainkan Allah, Engkau tuhan yang mengurniakan, Engkau tuhan yang mencipta langit dan bumi, Engkau Tuhan yang memiliki keagungan dan penghormatan[8] . Lantas Nabi saw. bersabda: Adakah kamu tahu dia menyeru Allah dengan apa? Dia menyeru Allah dengan namaNya yang teragung. Apabila nama ini diseru doanya akan diperkenankan dan apabila diminta dengannya akan diberikan.” Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibnu Majah. 2 – عَن أنس بن مالك رضي الله عنه قال : دَخَلَ الْنَّبيُّ صَلَّى اللهُ عَليْهِ وسَلَّم المسجدَ ورجلٌ قَدْ صَلَّى وهُوَ يدعُو وهو يَقُولُ في دُعائِهِ الَّلهُمَّ لا إلهَ إلاّ أنتَ المَنَّانُ بديعَ السَّماواتِ والأَرْضِ ذا الجلالِ والإكرامِ. فَقَالَ الْنَّبيُّ صَلَّى اللهُ عَليْهِ وسَلَّم (أتدرونَ بما دَعَا اللهَ؟ دَعَا اللهَ باسمِهِ الأعظمِ الَّذِي إذا دُعيَ به أجابَ وإذا سُئِلَ بِهِ أعْطَى) رواه أبو داود  و الترمذي و النسائي و ابن ماجه .
3. Diriwayatkan daripada Asma’ binti Yazid ra. bahawa Nabi saw. bersabda: “Nama Allah yang teragung ada dalam dua-dua ayat ini: Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah: 163) Juga di awal surah Aali Imran: Alif, Laam, Miim. Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya. (Aali Imran: 1-2) Hadis ini diRiwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibnu Majah. Menurut al-Tirmizi: Hadis ini hadis hasan sahih. 3 – عن أسماء بنت يزيد رضي الله عنها أن النبي صلى الله عليه و سلم قال : (اسم الله العظم في هاتين الآيتين ( وَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ) , ( ألـم , اللهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ) . رواه أحمد و أبو داود و الترمذي و ابن ماجه , و قال الترمذي حديث حسن صحيح .
4. Diriwayatkan daripada Sa‘ad bin Malik ra. katanya: Saya terdengar Rasulullah saw. bersabda: Adakah boleh saya tunjukkan kepada kamu nama Allah yang teragung. Apabila didoa dengan nama ini doa itu akan diperkenankan dan apabila diminta akan dikabulkan? Itulah doa nabi Yunus ketika baginda berseru dalam tiga kegelapan[9] : Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. (Al-Anbiya’: 87) Lalu seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, apakah doa ini untuk Yunus sahaja atau untuk semua umat Islam? Rasulullah saw. menjawab: Tidakkah engkau pernah mendengar firman Allah Azza wa Jalla: 4 – عن سعد بن مالك رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : (هل أدلكم على اسم الله الأعظم , الذي إذا دعي به أجاب , و إذا سئل به أعطى ؟ الدعوة التي دعا بها يونس حيث نادى في الظلمات الثلاث : (أَنْ لا إِلَهَ إِلاّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ) , فقال رجل : يا رسول الله هل كانت ليونس خاصة أم للمؤمنين عامة ؟ فقال رسول الله صلي الله عليه  وسلم : (ألا تسمع قول الله عز وجل :
Dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami). (Al-Anbiya’: 88) Hadis ini diRiwayatkan oleh al-Hakim. (فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَنَجَّيْنَاهُ مِنَ الْغَمِّ وَكَذَلِكَ نُنْجِي الْمُؤْمِنِينَ) . رواه الحاكم .
Melalui hadis ini dan hadis-hadis yang lain tadi anda dapat saksikan bahawa tiada sebenarnya nama yang teragung secara khusus. Malah para ulama berbeza pendapat dalam menentukan nama yang teragung ini kerana mereka tidak sependapat dalam menentukan hadis-hadis yang terkuat. Malah terdapat sehingga empat puluh pendapat berhubung masalah ini. Apa yang kita fahami daripada hadis-hadis ini dan melalui pendapat ulama-ulama yang diyakini, nama yang teragung ialah doa-doa yang terdiri daripada gabungan beberapa nama Allah Taala, apabila doa ini memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak ia akan diperkenankan oleh Allah. Perkara ini ada dinyatakan secara jelas oleh beberapa hadis.   فأنت ترى من هذه الأحاديث و من غيرها أنها لم تعين اسم الله الأعظم بالذات , و أن العلماء مختلفون في تعيينه لاختلافهم في ترجيح الأحاديث بعضها على بعض , حتى اختلفوا على نحو الربعين قولا , و الذي نأخذه من هذه الأحاديث الشريفة , و من أقوال الثقات من رجال الملة , أن الاسم الأعظم دعاء مركب من عدة أسماء من أسمائه تعالى إذا دعا به الإنسان , مع توفر شروط الدعاء المطلوبة شرعا استجاب الله له , و قد صرحت به الأحاديث الشريفة في عدة مواضع .
Dengan ini jelas apa yang didakwa oleh sesetengah pihak bahawa nama-nama ini adalah rahsia yang hanya diberikan kepada orang-orang tertentu, di mana hanya orang-orang ini boleh mendedahkan apa yang tersirat, melakukan perkara yang luar biasa dan memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain, semua dakwaan ini hanya tokok tambah apa yang tidak dinyatakan oleh Allah dan rasulNya. و إذا تقرر هذا , فما يدعيه بعض الناس من أته سر من الأسرار يمنح لبعض الأفراد , فيفتحون به المغلقات , و يخرقون به العادات , و يكون لهم به من الخواص ما ليس لغيرهم من الناس , أمر زائد عما ورد عن الله و رسوله ,
Apabila ada sesetengah pihak berhujah menggunakan ayat al-Quran iaitu firman Allah: و إذا احتج هؤلاء البعض بالآية الكريمة و هي قوله تعالى :
Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata. (Al-Naml: 40) (قَالَ الَّذِي عِنْدَهُ عِلْمٌ مِنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَنْ يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ) (النمل:40) ,
Mereka berpendapat, frasa “seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari kitab Allah” sebenarnya merujuk kepada pengetahuannya tentang nama Allah yang teragung. Kita menjawab: Para ahli tafsir dengan jelas menyatakan bahawa doa yang dibaca ialah: “Wahai tuhan yang kekal hidup dan kekal selama-lamanya mentadbir alam.” Ataupun, “Allah, tiada tuhan melainkan Dia yang kekal hidup dan kekal selama-lamanya mentadbir sekalian alam.” على أن القول بأن معنى (عنده علم من الكتاب) أنه اسم الله الأعظم , نقول لهم : قد صرح المفسرون بأن ذلك المدعو به كان : يا حي يا قيوم , أو : الله لا إله إلا هو الحي القيوم . و ادعى بعضهم أنه سرياني لفظه : ( آهيا شراهيا ) ,
Ada pula yang mendakwa doa tersebut dalam bahasa Suryani, iaitu “Aahiya Syaraahiya”. Namun tiada bukti yang mengesahkan dakwaan ini dan dakwaan ini tidak dapat menyangkal apa yang disebutkan oleh hadis-hadis sahih. و هي دعوى بغير دليل , فلم يخرج الأمر عما ورد في الأحاديث الصحيحة .
Ringkasnya, ada sesetengah pihak yang terlalu cenderung dengan perkara yang misteri dan mengaku memiliki sesuatu keistimewaan. Mereka menokok tambah apa yang diRiwayatkan. Mereka mendakwa apa yang tidak dinyatakan oleh al-Quran dan sunnah padahal kita dilarang keras melakukannya. Oleh itu, hendaklah kita hanya menerima apa yang diRiwayatkan sahaja. و خلاصة البحث أن بعض الناس ولعوا بالمعميات , و ادعاء الخصوصيات , و الزيادة في المأثورات , فقالوا ما لم يرد في كتاب و لا في سنة , و قد نهينا عن ذلك نهيا شديدا , فلنقف مع المأثور .
Sifat-Sifat Allah صــفات الله تعــالى
1. Sifat-Sifat Allah Taala Menurut Persepsi Akal 1 – صفات الله تبارك و تعالى في نظر العقل
Jika anda lihat alam ini dengan segala keajaibannya yang mengkagumkan, dengan makhluk yang ganjil, ciptaan yang menakjubkan, terlalu sistematik, terlalu hebat dan luas, teratur dan kreatif, sentiasa ada penemuan baru dan inovatif. Anda lihat langit ini yang hening, dengan segala planet dan bintangnya, sistem matahari dan bulan-bulannya serta orbitnya.   أنت إذا نظرت إلى الكون وما فيه من بدائع الحكم , وغرائب المخلوق , و دقيق الصنع , و كبير الإحكام , مع العظمة و الاتساع , و التناسق والإبداع , والتجدد و الاختراع , و رأيت هذه السماء الصافية , بكواكبها و أفلاكها , و شموسها و أقمارها و مداراتها,
Anda lihat bumi, tumbuh-tumbuhan dan kekayaannya, logam, hasil bumi, unsur dan bahannya. Anda lihat dunia haiwan, bagaimana keajaibannya memberi kesedaran dan keinsafan. Demikian juga apabila anda lihat struktur tubuh manusia yang memiliki segala macam sistem dan setiap sistem ini berfungsi sendiri. و رأيت هذه الأرض بنباتها و خيراتها , و معادنها و كنوزها و عناصرها و موادّها , و رأيت عالم الحيوان و ما فيه من غريب الهداية و الإلهام , بل لو رأيت تركيب الإنسان و ما احتواه من أجهزة كثيرة , كل يقوم بعمله , و يؤدي وظيفته ,
Anda lihat dunia lautan yang mengandungi pelbagai perkara yang pelik dan mengkagumkan. Anda memahami bahawa kuasa alam ini yang memiliki pelbagai misteri dan rahsia seperti kuasa elektrik, magnetik, ether dan radium. و رأيت عالم البحار و ما فيه من عجائب و غرائب , و عرفت القوى الكونية و ما فيها من حكم و أسرار , من كهرباء  و أثير و مغناطيس و راديوم ,
Setelah anda lihat alam ini dan segala unsur yang ada ini, lihat pula hubungan antara unsur alam ini. Bagaimana hubungan antara satu unsur dengan unsur yang lain kelihatan begitu teratur dan kemas. Hasil gabungan unsur-unsur ini membentuk satu unit dan setiap unit saling bergantung antara satu sama lain. Sama seperti satu anggota badan yang akan berkhidmat untuk anggota-anggota badan yang lain. Melalui pemerhatian yang mudah ini walaupun tanpa perlu kepada panduan atau bukti atau wahyu atau al-Quran, anda akan membuat satu keyakinan bahawa alam ini dicipta oleh Pencipta dan Pencipta ini sudah tentu hebat menjangkaui akal manusia yang lemah. Pencipta ini sudah tentu memiliki keupayaan yang di luar jangkaan manusia. Pencipta ini sudah tentu memiliki segala ciri kehidupan yang sempurna. Pencipta ini sudah tentu tidak mengharapkan segala yang dicipta ini kerana Dia telah wujud sebelum semua ciptaan ini wujud. Pencipta ini sudah tentu memiliki ilmu yang luas tanpa batasan. Pencipta ini sudah tentu tidak terikat dengan undang-undang alam ini kerana Dia yang menjadikannya. Sudah tentu Dia wujud sebelum semua ini wujud kerana Dia yang menjadikannya. Malah Dia juga akan wujud selepasnya kerana Dia sahaja yang akan menentukan kesudahan semua ini. Dengan mudah anda akan yakin bahawa pencipta dan pentadbir alam ini sudah tentu memiliki segala sifat kesempurnaan menjangkau apa yang mampu difikirkan oleh akal manusia yang kerdil ini. Pencipta ini juga sudah tentu tidak memiliki sebarang kekurangan. Anda akan dapat rasakan keyakinan ini lahir dari dalam diri dan perasaan anda sendiri. ثم انتقلت إلى ذوات العالم و أوصافها , إلى الروابط و الصلات فيما بينها , و كيف أن كلا منها يتصل بالآخر اتصالا محكما وثيقا , بحيث يتألف من مجموعها وحدة كونية كل جزء منها يخدم الأجزاء الأخرى , كما يخدم العضو في الجسم الواحد بقية الأعضاء  , لخرجت من كل ذلك , بغير أن يأتيك دليل أو برهان , أو وحي أو قرآن , بهذه العقيدة النظرية السهلة و هي : أن لهذا الكون خالقا صانعا موجدا , و أن هذا الصانع لا بد أن يكون عظيما فوق ما يتصور العقل البشري الضعيف من العظمة , و قادرا فوق ما يفهم الإنسان من معاني القدرة , و حيا بأكمل معاني الحياة , و أنه مستغن ٍ عن كل هذه المخلوقات , لأنه كان قبل أن تكون , و عليما بأوسع حدود العلم , و أنه فوق نواميس هذا الكون لأنه واضعها , و أنه قبل هذه المخلوقات لأنه خالقها , و بعدها لأنه هو الذي يحكم عليها بالعدم , و إجمالا سترى نفسك مملوءاً بالعقيدة بان صانع هذا الكون و مدبره متصف بكل صفات الكمال فوق ما يتصورها العقل البشري الصغير , و منزه عن صفات النقص , و سترى هذه العقيدة وحي وجدانك لوجدانك , و شعور نفسك لنفسك :
Agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus. (Ar-Rum: 30) (فِطْرَتَ اللهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ) (الروم:30) .
Setelah pendahuluan ini, saya akan kemukakan kepada anda beberapa pemerhatian terhadap unsur alam ini yang sungguh menakjubkan. Walaupun kecil jika mahu dibandingkan dengan alam yang serba luas ini namun keteraturan dan kekemasan unsur ini sudah cukup untuk melahirkan keyakinan yang saya katakan tadi wujud dalam diri anda. و نسوق إليك بعد هذه المقدمة بعضا من غرائب الحوادث في هذا الكون , و سترى انها على قلتها بالنسبة لعظمة الكون و ما فيه من دقة و إحكام ستكون كافية لأن تشعر في نفسك بما قدمت لك .
Pemerhatian pertama: Udara yang kita sedut ini terdiri daripada beberapa unsur. Terdapat dua unsur yang penting iaitu satu unsur yang sesuai bagi sistem pernafasan manusia yang dikenali dalam istilah kimia sebagai oksigen. Satu lagi unsur yang merbahaya dikenali sebagai karbon. Sebagai tanda wujudnya rangkaian yang begitu hebat antara segala elemen yang wujud ini, unsur yang merbahaya kepada manusia ini digunakan pula oleh tumbuhan. Di ketika manusia menyedut oksigen dan mengeluarkan karbon, tumbuhan pula membuat proses yang berlawanan. Di mana tumbuhan menyebut karbon dan mengeluarkan oksigen. Lihat bagaimana wujudnya hubungan kerjasama antara manusia dan tumbuhan dalam satu aktiviti yang penting untuk mereka hidup iaitu pernafasan. Jadi, adakah ini boleh dilakukan oleh suatu kuasa yang tidak hebat, tidak berkuasa, tidak berilmu dan tidak bijaksana? الملاحظة الأولى : هذا الهواء الذي نستنشقه مركب من عدة عناصر , منها جزءان هامان : جزء صالح لتنفس الإنسان و يسمى باصطلاح الكيميائيين الأكسجين , و جزء ضار به و يسمى الكربون , فمن دقائق الارتباط بين وحدات هذا الوجود المعجز أن هذا الجزء الضار بالإنسان يتنفسه النبات و هو نافع له , ففي الوقت الذي يكون الإنسان فيه يستنشق الأكسجين و يطرد الكربون يكون النبات يعمل عكس هذه العملية , فيستنشق الكربون و يطرد الأكسجين , فانظر إلى الرابطة التعاونية بين الإنسان و النبات في شيء هو أهم عناصر الحياة عندهما , و هو التنفس , و قل لي بعد ذلك : هل يفعل هذا في الكون العظيم غير عظيم قادر واسع العلم , دقيق الحكمة ؟
Pemerhatian kedua: Anda makan dan makanan anda itu terdiri daripada unsur tumbuhan atau haiwan. Para saintis membahagikan makanan ini kepada unsur protein atau karbohidrat atau lemak sebagai contoh. Anda dapat lihat air liur akan menghadamkan sesetengah unsur karbohidrat dan melarutkan unsur glikogen dan sebahagian yang boleh dilarutkan. Enzim perut pula akan menghadamkan unsur protein seperti daging dan sebagainya. Enzim yang dikeluarkan oleh hati pula akan menghadamkan lemak, memecahkannya kepada unsur-unsur yang lebih kecil agar mudah diserap. Setelah itu peranan pankreas pula mengeluarkan empat jenis enzim yang mana setiap satu enzim ini bertindak menyempurnakan penghadaman ketiga-tiga unsur tadi iaitu karbohidrat, protein dan lemak. Sementara enzim keempat akan menukar susu kepada keju. Sila perhatikan hubungan menakjubkan yang wujud dalam setiap unsur dalam badan manusia, unsur tumbuhan, haiwan dan makanan yang dimakan oleh manusia! الملاحظة الثانية :  أنت تأكل الطعام و هو يتركب من عدة عناصر نباتية أو حيوانية , يقسمها العلماء إلى مواد زلالية , أو نشوية , أو دهنية , مثلا , فترى أن الريق يهضم بعض المواد النشوية , و يذيب المواد السكرية و نحوها مما يقبل الذوبان , و المعدة يهضم عصيرها المواد الزلالية كاللحم و غيره , و الصفراء المنفرزة من الكبد تهضم الدهنيات , و تجزئها إلى أجزاء دقيقة يمكن امتصاصها , ثم يأتي البنكرياس بعد ذلك فيفرز أربع عصارات تتولى كل واحدة منها تتميم الهضم في عنصر من العناصر الثلاثة : النشوية أو الزلالية أو الدهنية , و الرابعة تحول اللبن إلى جبن , فتأمل هذا الارتباط العجيب بين عناصر الجسم البشري , و عناصر النبات و الحيوان و الأغذية التي يتغذى بها الإنسان .
Pemerhatian ketiga: Anda lihat bunga yang terdapat pada tumbuhan. Anda dapat lihat daun-daunnya yang cantik dan menarik dengan warna yang pelbagai. Apabila anda tanya ahli botani tentang peranan fenomena ini, mereka akan menjawab, suasana ini menarik perhatian lebah dan serangga lain yang menghisap madu bunga untuk hinggap pada bunga tersebut. Apabila serangga-serangga ini hinggap di kelopak bunga debunga daripada bunga ini akan melekat di kaki serangga tersebut. Dengan ini akan berlaku pemindahan debunga jantan ke debunga betina dan berlakulah proses pendebungaan. Lihatlah bagaimana daun-daun yang menarik pada bunga-bunga ini membentuk rangkaian antara tumbuhan dan haiwan. Di mana tumbuhan menggunakan haiwan dalam proses pendebungaan yang diperlukan untuk proses pengeluaran dan penghasilan buah! الملاحظة الثالثة : ترى الزهرة في النبات فترى لها أوراقا جميلة جذابة ملونة بألوان بهيجة , فإذا سألت علماء النبات عن الحكمة في ذلك , أجابوك بأن هذا إغواء للنحل و أشباهه من المخلوقات التي تمتص رحيق الأزهار لتسقط على الزهرة , حتى إذا وقفت على عيدانها علقت حبوب اللقاح و انتقلت من الزهرة الذكر إلى الزهرة الأنثى فيتم التلقيح , فانظر كيف جعلت هذه الأوراق الجميلة الزهرة حلقة اتصال بين النبات و الحيوان حتى يستخدم النبات و الحيوان في عملية التلقيح الضرورية للإثمار و الإنتاج !
Semua yang ada di alam ini memberitahu anda bahawa wujud suatu kuasa yang terlalu pintar, suatu kehendak yang unik, suatu kuasa yang begitu kuat dan undang-undang yang terlalu teratur dan kemas yang menjadi landasan kepada segala yang wujud. Tuhan bagi segala sistem yang pintar ini, tuhan yang memiliki segala keagungan dan tuhan yang menggubal segala sistem ini ialah Allah. كل ما في الكون ينبئك بوجود حكمة عالية , و إرادة سامية , و سيطرة قوية , و نواميس في غاية الدقة و الإحكام يسير عليها هذا الوجود , و رب هذه الحكمة , و صاحب هذه العظمة , و واضع هذه النواميس هو : الله   
Al-Quran telah kemukakan aspek ini secara mendalam dan cuba menarik perhatian manusia supaya melihat sistem yang pintar ini serta segala misteri ini. Hampir tiada satupun surah al-Quran yang tidak menyentuh tentang nikmat Allah dan tanda kekuasaan serta kebijaksanaanNya. Al-Quran juga menggalakkan manusia supaya sentiasa memerhati dan berfikir. و قد أفاض القرآن في ذلك , وفي لفت الإنظار إلى هذه الحكم البارعة , و الأسرار العالية , فلا تكاد تخلو صورة من صوره من ذكر آلاء الله و نعمه , و مظاهر قدرته و حكمته و حث الناس على تجديد النظر في ذلك , و دوام التفكر فيه .
Firman Allah: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi. Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu[10] . Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan. Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahannya dan kasih sayangNya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran). Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya. (Ar-Rum: 20-24) قال تعالى : (وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ إِذَا أَنتُم بَشَرٌ تَنتَشِرُونَ , وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ , وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِّلْعَالِمِينَ , وَمِنْ آيَاتِهِ مَنَامُكُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاؤُكُم مِّن فَضْلِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَسْمَعُونَ ,  وَمِنْ آيَاتِهِ يُرِيكُمُ الْبَرْقَ خَوْفًا وَطَمَعًا وَيُنَزِّلُ مِنَ السَّمَاء مَاء فَيُحْيِي بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ) (الروم : 20 : 24 ) . و قال تعالى :
Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, mereka serta merta bergembira; Dan sesungguhnya mereka dahulu, sebelum diturunkan hujan kepada mereka, adalah orang-orang yang telah berputus asa. Maka lihatlah olehmu kepada kesan-kesan rahmat Allah, bagaimana Ia menghidupkan bumi sesudah matinya (dengan tanaman-tanaman yang menghijau subur). Sesungguhnya Allah yang demikian kekuasaanNya, sudah tentu berkuasa menghidupkan orang-orang yang telah mati. Dan (ingatlah) Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Rum: 48-50) (اللهُ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ فَتُثِيرُ سَحَابًا فَيَبْسُطُهُ فِي السَّمَاء كَيْفَ يَشَاء وَيَجْعَلُهُ كِسَفًا فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِن ْخِلالِهِ فَإِذَا أَصَابَ بِهِ مَن يَشَاء مِنْ عِبَادِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ ,  وَإِن كَانُوا مِن قَبْلِ أَن يُنَزَّلَ عَلَيْهِم مِّن قَبْلِهِ لَمُبْلِسِينَ , فَانظُرْ إِلَى آثَارِ رَحْمَتِ اللهِ كَيْفَ يُحْيِي الأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا إِنَّ ذَلِكَ لَمُحْيِي الْمَوْتَى وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِير) (الروم: 48-50) .
Kandungan yang sama dinyatakan dalam surah al-Ra’d, al-Qasas, al-Anbiya’, al-Naml, Qaf dan surah-surah lain dalam al-Quran.   و غير ذلك كثير في سورة الرعد , و القصص , و الأنبياء , و النمل , و ق~  و غيرها من سور القرآن .
2. Sifat-Sifat Allah Yang Dinyatakan Oleh Al-Quran: 2 – مجمل صفات الله في القرآن
Beberapa ayat al-Quran mengemukakan beberapa sifat yang wajib bagi Allah Taala iaitu sifat-sifat yang merujuk kepada sifat-sifat ketuhanan yang sempurna. Di sini dinyatakan sebahagian ayat-ayat tersebut.   أشارت آيات القرآن الكريم إلى بعض الصفات الواجبة لله تعالى , و التي يقتضيها كمال الألوهية , و إليك بعض هذه الآيات :
Kewujudan Allah Taala (Wujud) 1. Firman Allah Taala: Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan). Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan, dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir. Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya) Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya. (Ar-Ra’d: 2-4)   وجود الله تعالى قال تعالى (اللهُ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لأَجَلٍ مُّسَمًّى يُدَبِّرُ الأَمْرَ يُفَصِّلُ الآيَاتِ لَعَلَّكُم بِلِقَاء رَبِّكُمْ تُوقِنُونَ , وَهُوَ الَّذِي مَدَّ الأَرْضَ وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ وَأَنْهَارًا وَمِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ جَعَلَ فِيهَا زَوْجَيْنِ اثْنَيْنِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ ,  وَفِي الأَرْضِ قِطَعٌ مُّتَجَاوِرَاتٌ وَجَنَّاتٌ مِّنْ أَعْنَابٍ وَزَرْعٌ وَنَخِيلٌ صِنْوَانٌ وَغَيْرُ صِنْوَانٍ يُسْقَى بِمَاء وَاحِدٍ وَنُفَضِّلُ بَعْضَهَا عَلَى بَعْضٍ فِي الأُكُلِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ) (الروم :2-4) .  
Firman Allah lagi: Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur; tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. Dan Dialah yang menciptakan serta mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. Dan Dialah yang menghidupkan dan mematikan; dan Dialah yang menentukan pertukaran malam dan siang. Maka tidakkah kamu mahu berfikir? (Al-Mukminun: 80) وقال تعالى (وَهُوَ الَّذِي أَنشَأَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ قَلِيلا مَّا تَشْكُرُونَ , وَهُوَ الَّذِي ذَرَأَكُمْ فِي الأَرْضِ وَإِلَيْهِ تُحْشَرُونَ , وَهُوَ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ وَلَهُ اخْتِلافُ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ أَفَلا تَعْقِلُونَ) (المؤمنون: 78-80) .
Semua ayat ini memberitahu anda tentang kewujudan Allah Taala dengan menjadikan peranan Allah kepada segala fenomena alam ini sebagai bukti kewujudannya. فكل هذه الآيات تنبئك بوجود الله تبارك وتعالى , و نستدل عليه بما ترى من تصرفاته في شؤون هذا الكون العجيب .
Qidam Dan Baqa’ Allah (Terdahulu Dan Kekal Abadi Allah Taala) قدم الله تعالى وبقائه
2 & 3. Firman Allah Taala: Dialah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Hadid: 3) قال الله تعالى : (هُوَ الأَوَّلُ وَالآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ) (الحديد:3) .
Firman Allah: Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan (untuk dihitung amal masing-masing dan menerima balasan). (Al-Qasas: 88) وقال تعالى : (وَلا تَدْعُ مَعَ اللهِ إِلَهاً آخَرَ لا إِلَهَ إِلا هُوَ كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلا وَجْهَهُ لَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ) (القصص:88) .
Firman Allah: Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa: Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan: (Ar-Rahman: 26-27) Kesemua ayat ini merujuk kepada sifat qidam dan kekal bagi Allah Taala. وقال تعالى : (كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ , وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلالِ وَالأِكْرَامِ) (الرحمن:27) . و في هذه الآيات الكريمة إشارة إلى صفتي القدم , و البقاء لله تبارك و تعالى .
4. Firman Allah Taala: Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. (Al-Ikhlas: 1-4) قال تعالى : (قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ , اللهُ الصَّمَدُ , لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ , وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ) الإخلاص
Firman Allah: Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (As-Shura: 11) وقال تعالى : (فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجاً وَمِنَ الأَنْعَامِ أَزْوَاجاً يَذْرَأُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ) (الشورى:11) .
Ayat ini menunjukkan bahawa Allah tidak sama seperti makhlukNya yang baru. Ayat ini juga menolak segala kemungkinan bahawa Dia adalah anak atau bapa, atau ada yang setanding dan setaraf denganNya. وفي ذلك إشارة إلى مخالفته تبارك للحوادث من خلقه , وتنزهه عن الولد و الوالد و الشبيه و النظير .
Allah Berdiri Sendiri (Qiamuhu Taala Binafsihi) قيام الله تعالى بنفسه
5. Firman Allah Taala: (Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dialah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (Faatir: 15) قال تعالى (يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ إِلَى اللهِ وَاللهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ) (فاطر:15) .
Firman Allah: Aku tidak memanggil mereka menyaksi atau membantuKu menciptakan langit dan bumi, dan tidak juga meminta bantuan setengahnya untuk menciptakan setengahnya yang lain; dan tidak sepatutnya Aku mengambil makhluk-makhluk yang menyesatkan itu sebagai pembantu. (Al-Kahfi: 51) وقال تعالى : (مَا أَشْهَدْتُهُمْ خَلْقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَلا خَلْقَ أَنْفُسِهِمْ وَمَا كُنْتُ مُتَّخِذَ الْمُضِلِّينَ عَضُداً) (الكهف:51) .
Semua ayat ini menunjukkan bahawa Allah berdiri sendiri dan tidak bergantung kepada makhlukNya. Malah sebaliknya makhlukNya yang bergantung kepadaNya. وفي ذلك إشارة إلى قيامه تعالى بنفسه و استغنائه عن خلقه مع حاجتهم إليه .
Keesaan Allah Taala (Wahdaniyah) وحدانية الله تعالى
6. Firman Allah Taala: Dan Allah berfirman: Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar. Dan bagiNyalah (hak milik) segala yang ada di langit dan di bumi; dan kepadaNya sahaja tertentu ibadat dan ketaatan selama-lamanya; (sesudah kamu mengetahui yang demikian) maka tidaklah patut kamu takut kepada yang lain dari Allah. Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan. (An-Nahl: 51-53) قال تعالى : (وَقَالَ اللهُ لاَ تَتَّخِذُواْ إِلـهَيْنِ اثْنَيْنِ إِنَّمَا هُوَ إِلهٌ وَاحِدٌ فَإيَّايَ فَارْهَبُونِ , وَلَهُ مَا فِي الْسَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَلَهُ الدِّينُ وَاصِبًا أَفَغَيْرَ اللهِ تَتَّقُونَ , وَمَا بِكُم مِّن نِّعْمَةٍ فَمِنَ اللهِ ثُمَّ إِذَا مَسَّكُمُ الضُّرُّ فَإِلَيْهِ تَجْأَرُون) (النحل:51-53) .
Firman Allah: Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya (sesudah mereka mendengar keterangan-keterangan tentang kepercayaan mereka yang salah dan balasan seksanya)? Padahal Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Maidah: 73-74)   وقال تعالى : (لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللهَ ثَالِثُ ثَلاثَةٍ وَمَا مِنْ إِلَهٍ إِلا إِلَهٌ وَاحِدٌ وَإِنْ لَمْ يَنْتَهُوا عَمَّا يَقُولُونَ لَيَمَسَّنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ , أَفَلا يَتُوبُونَ إِلَى اللهِ وَيَسْتَغْفِرُونَهُ وَاللهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ) (المائدة:73-74) .  
Patutkah mereka menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): Bawalah keterangan dan bukti kamu; kandungan Al-Quran ini menjadi peringatan dan bukti tauhid umatku, juga peringatan dan bukti tauhid umat-umat yang dahulu daripadaku. (Kaum musyrik tidak mempunyai sebarang keterangan) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui mana yang benar dan mana yang salah, dengan sebab itulah maka mereka berpaling ingkar. Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu. (Al-Anbiya’: 24-25) وقال تعالى : (أَمِ اتَّخَذُوا آلِهَةً مِّنَ الأَرْضِ هُمْ يُنشِرُونَ ,  لَوْ كَانَ فِيهِمَا آلِهَةٌ إِلَّا اللهُ لَفَسَدَتَا فَسُبْحَانَ اللهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ , لا يُسْأَلُ عَمَّا يَفْعَلُ وَهُمْ يُسْأَلُونَ ,  أَمِ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ آلِهَةً قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ هَذَا ذِكْرُ مَن مَّعِيَ وَذِكْرُ مَن قَبْلِي بَلْ أَكْثَرُهُمْ لا يَعْلَمُونَ الْحَقَّ فَهُم مُّعْرِضُونَ , وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُولٍ إِلا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلا أَنَا فَاعْبُدُونِ) (الانبياء:21-25) .
Firman Allah: Tanyakanlah (wahai Muhammad): Kepunyaan siapakah bumi ini dan segala yang ada padanya, kalau kamu mengetahui? Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah: Mengapa kamu tidak mahu ingat (dan insaf)? Tanyakanlah lagi: Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh, dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar? Mereka akan menjawab: (Semuanya) kepunyaan Allah. Katakanlah: Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa? Tanyakanlah lagi: Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta ia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun yang dapat disembunyi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui! Mereka akan menjawab: (Segala-galanya) dikuasai Allah. Katakanlah: Jika demikian, bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak benar? (Bukanlah sebagaimana tuduhan mereka) bahkan Kami telah membawa kepada mereka keterangan yang benar, dan sesungguhnya mereka adalah berdusta. Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang tuhan bersamaNya; (kalaulah ada banyak tuhan) tentulah tiap-tiap tuhan itu akan menguasai dan menguruskan segala yang diciptakannya dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu. (Allah) Yang mengetahui segala yang tersembunyi dan yang nyata; maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah keadaanNya dari segala yang mereka sekutukan. (Al-Mukminun: 84-92) وقال تعالى :  (قُل لِّمَنِ الأَرْضُ وَمَن فِيهَا إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ , سَيَقُولُونَ للهِ قُلْ أَفَلا تَذَكَّرُونَ , قُلْ مَن رَّبُّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ , سَيَقُولُونَ للهِ قُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ , قُلْ مَن بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ يُجِيرُ وَلا يُجَارُ عَلَيْهِ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ , سَيَقُولُونَ للهِ قُلْ فَأَنَّى تُسْحَرُون , بَلْ أَتَيْنَاهُم بِالْحَقِّ وَإِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ , مَا اتَّخَذَ اللهُ مِن وَلَدٍ وَمَا كَانَ مَعَهُ مِنْ إِلَهٍ إِذًا لَّذَهَبَ كُلُّ إِلَهٍ بِمَا خَلَقَ وَلَعَلا بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ سُبْحَانَ اللهِ عَمَّا يَصِفُونَ , عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ) (المؤمنون:83-92) .
Firman Allah: Katakanlah (wahai Muhammad): Segala puji tertentu bagi Allah dan selamat sejahtera kepada hamba-hambaNya (Nabi-nabi) yang dipilihNya. Manakah yang lebih baik? – Allah (yang demikian kekuasaanNya) atau benda-benda yang mereka jadikan sekutu-sekutu bagiNya? Bahkan siapakah yang telah mencipta langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu? Lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman kebun-kebun (yang menghijau subur) dengan indahnya, yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya. Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan mereka (yang musyrik itu) adalah kaum yang menyeleweng dari kebenaran (tauhid). Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui. Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu). Atau siapakah yang menunjukkan jalan kepada kamu dalam gelap-gelita darat dan laut[11] , dan yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatNya[12] ? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa yang mereka sekutukan denganNya. Atau siapakah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian dia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya). Dan siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): Bawalah kemari keterangan-keterangan kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar . (An-Naml: 59-64) وقال تعالى : (قُلِ الْحَمْدُ للهِ وَسَلامٌ عَلَى عِبَادِهِ الَّذِينَ اصْطَفَى آللهُ خَيْرٌ أَمَّا يُشْرِكُونَ , أَمَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَأَنزَلَ لَكُم مِّنَ السَّمَاء مَاء فَأَنبَتْنَا بِهِ حَدَائِقَ ذَاتَ بَهْجَةٍ مَّا كَانَ لَكُمْ أَن تُنبِتُوا شَجَرَهَا ءَإِلَهٌ مَّعَ اللهِ بَلْ هُمْ قَوْمٌ يَعْدِلُونَ , أَمَّن جَعَلَ الأَرْضَ قَرَارًا وَجَعَلَ خِلالَهَا أَنْهَارًا وَجَعَلَ لَهَا رَوَاسِيَ وَجَعَلَ بَيْنَ الْبَحْرَيْنِ حَاجِزًا ءإِلَهٌ مَّعَ اللهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لا يَعْلَمُونَ , أَمَّن يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاء الأَرْضِ ءإِلَهٌ مَّعَ اللهِ قَلِيلا مَّا تَذَكَّرُونَ , أَمَّن يَهْدِيكُمْ فِي ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَن يُرْسِلُ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ ءإِلَهٌ مَّعَ اللهِ تَعَالَى اللهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ , أَمَّنْ يَبْدأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ وَمَنْ يَرْزُقُكُمْ مِنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ ءإِلَهٌ مَعَ اللهِ قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ) (النمل:59-64) .
Terdapat banyak lagi ayat-ayat yang menjelaskan hakikat ini dan dengan jelas membuktikan bahawa Allah adalah esa, esa pada zatNya, esa pada sifatNya, esa pada tindakanNya. Tiada tuhan selainNya dan tiada sembahan selainNya. إلى غير ذلك من الآيات التي تثبت أن الله تعالى واحد في ذاته , واحد في صفاته , واحد في أفعاله و تصرفاته , لا رب غيره , و لا إله سواه .
Kekuasaan Allah Taala (Qudrat) قدرة الله تعالى
7. Firman Allah Taala: Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih[13] , kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa[14] ; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering[15] , kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai. (Kedua-dua kenyataan) yang tersebut membuktikan bahawa sesungguhnya Allah jualah Tuhan Yang Sebenar-benarnya (yang berhak disembah), dan sesungguhnya Dia lah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati, dan Dialah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dan sesungguhnya hari kiamat pasti tiba tiada keraguan padanya dan sesungguhnya Allah itu akan membangkitkan sesiapa sahaja di dalam kubur. (Al-Haj: 5-7) قال الله تعالى :  (يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِنَ الْبَعْثِ فَإِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ مِنْ مُضْغَةٍ مُخَلَّقَةٍ وَغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لِنُبَيِّنَ لَكُمْ وَنُقِرُّ فِي الأَرْحَامِ مَا نَشَاءُ إِلَى أَجَلٍ مُسَمّىً ثُمَّ نُخْرِجُكُمْ طِفْلاً ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ وَمِنْكُمْ مَنْ يُتَوَفَّى وَمِنْكُمْ مَنْ يُرَدُّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ لِكَيْلا يَعْلَمَ مَنْ بَعْدِ عِلْمٍ شَيْئاً وَتَرَى الأَرْضَ هَامِدَةً فَإِذَا أَنْزَلْنَا عَلَيْهَا الْمَاءَ اهْتَزَّتْ وَرَبَتْ وَأَنْبَتَتْ مِنْ كُلِّ زَوْجٍ بَهِيجٍ , ذَلِكَ بِأَنَّ اللهَ هُوَ الْحَقُّ وَأَنَّهُ يُحْيِي الْمَوْتَى وَأَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ , وَأَنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ لا رَيْبَ فِيهَا وَأَنَّ اللهَ يَبْعَثُ مَنْ فِي الْقُبُورِ) (الحج:5-7) .  
Firman Allah: Aku tidak memanggil mereka menyaksi atau membantuKu menciptakan langit dan bumi, dan tidak juga meminta bantuan setengahnya untuk menciptakan setengahnya yang lain; dan tidak sepatutnya Aku mengambil makhluk-makhluk yang menyesatkan itu sebagai pembantu. (Al-Kahfi: 51) وقال تعالى : (مَا أَشْهَدْتُهُمْ خَلْقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَلا خَلْقَ أَنْفُسِهِمْ وَمَا كُنْتُ مُتَّخِذَ الْمُضِلِّينَ عَضُداً) (الكهف:51) .
Firman Allah: Dan demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah. (Qaf: 38) وقال تعالى : (وَلَقَدْ خَلَقْنَا السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ وَمَا مَسَّنَا مِنْ لُغُوبٍ) (قّ:38) .
Firman Allah: Dan Dialah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya. Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka[16]  dan pertalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya). (Al-Furqan: 53-54) وقال تعالى : وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا وَحِجْرًا مَحْجُورًا (٥٣) وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ مِنَ الْمَاءِ بَشَرًا فَجَعَلَهُ نَسَبًا وَصِهْرًا وَكَانَ رَبُّكَ قَدِيرًا (٥٤)
Firman Allah: Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan. Allah menukarkan malam dan siang silih berganti; sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang celik mata hatinya berfikir. Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (An-Nur: 43-45) وقال تعالى :  (أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللهَ يُزْجِي سَحَاباً ثُمَّ يُؤَلِّفُ بَيْنَهُ ثُمَّ يَجْعَلُهُ رُكَاماً فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلالِهِ وَيُنَزِّلُ مِنَ السَّمَاءِ مِنْ جِبَالٍ فِيهَا مِنْ بَرَدٍ فَيُصِيبُ بِهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَصْرِفُهُ عَنْ مَنْ يَشَاءُ يَكَادُ سَنَا بَرْقِهِ يَذْهَبُ بِالأَبْصَارِ , يُقَلِّبُ اللهُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَعِبْرَةً لأُولِي الْأَبْصَارِ , وَاللهُ خَلَقَ كُلَّ دَابَّةٍ مِنْ مَاءٍ فَمِنْهُمْ مَنْ يَمْشِي عَلَى بَطْنِهِ وَمِنْهُمْ مَنْ يَمْشِي عَلَى رِجْلَيْنِ وَمِنْهُمْ مَنْ يَمْشِي عَلَى أَرْبَعٍ يَخْلُقُ اللهُ مَا يَشَاءُ إِنَّ اللهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ) (النور:43-45) .
Terdapat banyak lagi ayat yang menjadi bukti keagungan dan kehebatan qudrat iaitu kekuasaan Allah Taala. إلى غير ذلك من الآيات الدالة على عظيم قدرته تبارك و تعالى و باهر عظمته .
Kehendak Allah Taala (Iradat) إرادة الله تبارك وتعالى
8. Firman Allah Taala: Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi. (Yaasin: 82) قال الله تعالى (إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئاً أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ) (يّـس:82) .
Firman Allah Taala: Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. (Al-Isra’: 16) وقال تعالى : (وَإِذَا أَرَدْنَا أَنْ نُهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيراً) (الاسراء:16) .
Allah menceritakan kisah Khidir dengan Nabi Musa a.s. Firman Allah Taala: وقال تعالى حكاية عن الخضر في قصته مع موسى عليهما السلام :
Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya. (Al-Kahfi: 82) (فَأَرَادَ رَبُّكَ أَنْ يَبْلُغَا أَشُدَّهُمَا وَيَسْتَخْرِجَا كَنْزَهُمَا رَحْمَةً مِنْ رَبِّكَ وَمَا فَعَلْتُهُ عَنْ أَمْرِي ذَلِكَ تَأْوِيلُ مَا لَمْ تَسْطِعْ عَلَيْهِ صَبْراً) (الكهف:82) .
Firman Allah Taala: Allah menghendaki (dengan apa yang telah diharamkan dan dihalalkan dari kaum perempuan itu) ialah untuk menerangkan (SyariatNya) dan untuk menunjukkan kepada kamu jalan-jalan aturan orang-orang yang dahulu daripada kamu (Nabi-nabi dan orang-orang yang soleh, supaya kamu mengikutinya), dan juga untuk menerima taubat kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya. Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. (An-Nisa’: 26-28) وقال تعالى : (يُرِيدُ اللهُ لِيُبَيِّنَ لَكُمْ وَيَهْدِيَكُمْ سُنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَيَتُوبَ عَلَيْكُمْ وَاللهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ , وَاللهُ يُرِيدُ أَنْ يَتُوبَ عَلَيْكُمْ وَيُرِيدُ الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الشَّهَوَاتِ أَنْ تَمِيلُوا مَيْلاً عَظِيماً , يُرِيدُ اللهُ أَنْ يُخَفِّفَ عَنْكُمْ وَخُلِقَ الإِنْسَانُ ضَعِيفاً) (النساء:26-28) .
Terdapat banyak lagi ayat lain yang menunjukkan wujudnya iradat iaitu kehendak Allah Taala dan iradat ini mengatasi segala kehendak dan kemahuan yang lain. إلى غير ذلك من الآيات الكريمة التي تشير إلى إثبات إرادة الله تعالى و أنها فوق كل إرادة و مشيئة :
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah. (Al-Insaan: 30)  (وَمَا تَشَاءُونَ إِلا أَنْ يَشَاءَ اللهُ) (الانسان:30) .
Ilmu Allah Taala علم الله تعالى
9. Firman Allah Taala: Segala puji tertentu bagi Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan bagiNyalah juga segala puji di akhirat; dan Dia lah sahaja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi  serta apa yang keluar daripadanya[17] , dan apa yang turun dari langit[18]  serta apa yang naik kepadanya[19] ; dan Dia lah jua yang Maha Mengasihani, lagi Maha Pengampun. (Saba’: 1-2) قال الله تعالى : (الْحَمْدُ للهِ الَّذِي لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ وَلَهُ الْحَمْدُ فِي الآخِرَةِ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْخَبِيرُ , يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِي الأَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا وَهُوَ الرَّحِيمُ الْغَفُورُ) (سـبأ:1-2) .
Firman Allah Taala: Ia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi; dan Ia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan; dan Allah sentiasa Mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. (Al-Taghabun: 4) وقال تعالى : (يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَيَعْلَمُ مَا تُسِرُّونَ وَمَا تُعْلِنُونَ وَاللهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ) (التغابن:4) .
Allah Taala menceritakan kisah Luqman yang memberikan wasiat kepada anaknya. وقال تعالى حكاية عن لقمان في وصيته لابنه :
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi. (Luqman: 16) (يَا بُنَيَّ إِنَّهَا إِنْ تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ فَتَكُنْ فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي السَّمَاوَاتِ أَوْ فِي الأَرْضِ يَأْتِ بِهَا اللهُ إِنَّ اللهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ) (لقمان:16) .
Allah Taala menceritakan kisah yang berlaku antara Nabi Syuaib dan kaumnya. Ketua-ketua yang sombong takbur dari kaum Nabi Syuaib berkata: Sesungguhnya kami akan mengusirmu wahai Syuaib dan orang-orang yang beriman yang menjadi pengikut-pengikutmu dari negeri kami ini, atau kamu berpindah kepada agama kami. Nabi Syuaib menjawab: Adakah (kamu hendak melakukan yang demikian) sekalipun kami tidak menyukainya? Sesungguhnya (bermakna) kami berdusta terhadap Allah, jika kami berpindah kepada agama kamu sesudah Allah menyelamatkan kami daripadanya. Dan tidaklah harus kami berpindah kepadanya sama sekali, kecuali jika Allah Tuhan kami, menghendakinya. Pengetahuan Tuhan kami meliputi akan tiap-tiap sesuatu. Kepada Allah jualah kami bertawakal. Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim. (Al-A’raf: 88-89) وقال تعالى في حكاية ما وقع بين شعيب وقومه : (قَالَ الْمَلأُ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا مِنْ قَوْمِهِ لَنُخْرِجَنَّكَ يَا شُعَيْبُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَكَ مِنْ قَرْيَتِنَا أَوْ لَتَعُودُنَّ فِي مِلَّتِنَا قَالَ أَوَلَوْ كُنَّا كَارِهِينَ , قَدِ افْتَرَيْنَا عَلَى اللهِ كَذِباً إِنْ عُدْنَا فِي مِلَّتِكُمْ بَعْدَ إِذْ نَجَّانَا اللهُ مِنْهَا وَمَا يَكُونُ لَنَا أَنْ نَعُودَ فِيهَا إِلاّ أَنْ يَشَاءَ اللهُ رَبُّنَا وَسِعَ رَبُّنَا كُلَّ شَيْءٍ عِلْماً عَلَى اللهِ تَوَكَّلْنَا رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنْتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ) (لأعراف:88-89) .
Firman Allah: Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dia lah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dia lah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Ia akan memberitahu kepada mereka – pada hari kiamat – apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Mujadalah: 7) وقال تعالى : (أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللهَ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَا يَكُونُ مِنْ نَجْوَى ثَلاثَةٍ إِلاّ هُوَ رَابِعُهُمْ وَلا خَمْسَةٍ إِلا هُوَ سَادِسُهُمْ وَلا أَدْنَى مِنْ ذَلِكَ وَلا أَكْثَرَ إِلا هُوَ مَعَهُمْ أَيْنَ مَا كَانُوا ثُمَّ يُنَبِّئُهُمْ بِمَا عَمِلُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّ اللهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ) (المجادلة:7) .
Firman Allah: Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad) dalam menjalankan sesuatu urusan, dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu surah atau sesuatu ayat dari Al-Quran dan tidaklah kamu (wahai umat manusia) dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya. Dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata. (Yunus: 61) وقال تعالى : وَمَا تَكُونُ فِي شَأْنٍ وَمَا تَتْلُو مِنْهُ مِنْ قُرْآنٍ وَلا تَعْمَلُونَ مِنْ عَمَلٍ إِلا كُنَّا عَلَيْكُمْ شُهُودًا إِذْ تُفِيضُونَ فِيهِ وَمَا يَعْزُبُ عَنْ رَبِّكَ مِنْ مِثْقَالِ ذَرَّةٍ فِي الأرْضِ وَلا فِي السَّمَاءِ وَلا أَصْغَرَ مِنْ ذَلِكَ وَلا أَكْبَرَ إِلا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ (٦١)
Terdapat banyak lagi ayat yang menunjukkan keluasan ilmu Allah Taala dan Allah menguasai segala-galanya, sedikit atau banyak, kecil atau besar. إلى غير ذلك من الآيات الكثيرة الدالة على سعة علمه تبارك وتعالى , و إحاطته بكل شيء , قل أو كثر , دق أو عظم .
Hayat Allah Taala حياة الله تعالى
10. Firman Allah: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. (Al-Baqarah: 255) قال الله تعالى : (اللهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ) (البقرة:255) .
Firman Allah: Alif, Laam, Miim. Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya. Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil. Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Ia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). (Aali Imran: 1-4) و قال تعالى : ( ألـم , اللهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ , نَزَّلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقاً لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ وَأَنْزَلَ التَّوْرَاةَ وَالإِنْجِيلَ , مِنْ قَبْلُ هُدىً لِلنَّاسِ وَأَنْزَلَ الْفُرْقَانَ) (آل عمران:1-4) .
Firman Allah: Allah yang menjadikan bumi sebagai tempat penetapan untuk kamu, dan langit sebagai bumbung yang kukuh binaannya; dan Dia membentuk kamu lalu memperelokkan rupa kamu, serta dikurniakan kepada kamu dari benda-benda yang baik lagi halal. Yang demikian (kekuasaanNya dan kemurahanNya) ialah Allah Tuhan kamu; maka nyatalah kelebihan dan kemurahan Allah, Tuhan sekalian alam. Dia lah Yang Tetap Hidup; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka sembahlah kamu akan Dia dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Ghafir: 64-65) قال تعالى : (اللهُ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأَرْضَ قَرَاراً وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَصَوَّرَكُمْ فَأَحْسَنَ صُوَرَكُمْ وَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ ذَلِكُمُ اللهُ رَبُّكُمْ فَتَبَارَكَ اللهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ , هُوَ الْحَيُّ لا إِلَهَ إِلا هُوَ فَادْعُوهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ) (غافر:64-65) .
Terdapat banyak lagi ayat yang menunjukkan bahawa Allah memiliki sifat-sifat hidup yang sempurna dan tiada yang lebih sempurna daripadanya. إلى غير ذلك من آيات كثيرة تدل على أن الله تبارك و تعالى متصف بالحياة الكاملة التي ليس ثَم أكمل منها .
Pendengaran Dan Penglihatan Allah Taala (Sama’ Basar) سمع الله تعالى و بصره
11. Firman Allah: Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil dia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Al-Mujadalah: 1) قال الله تعالى :                (قَدْ سَمِعَ اللهُ قَوْلَ الَّتِي تُجَادِلُكَ فِي زَوْجِهَا وَتَشْتَكِي إِلَى اللهِ وَاللهُ يَسْمَعُ تَحَاوُرَكُمَا إِنَّ اللهَ سَمِيعٌ بَصِيرٌ) (المجادلة:1) .
Firman Allah: Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) – Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang? Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? – Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)? Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar? Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)? (Al-Alaq: 9-14) وقال تعالى : (أَرَأَيْتَ الَّذِي يَنْهَى , عَبْدًا إِذَا صَلَّى , أَرَأَيْتَ إِن كَانَ عَلَى الْهُدَى , أَوْ أَمَرَ بِالتَّقْوَى , أَرَأَيْتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّى , أَلَمْ يَعْلَمْ بِأَنَّ اللهَ يَرَى) (العلق:9-14) .
Allah berfirman kepada Musa dan Harun ketika Dia mengutuskan mereka kepada Firaun: Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut. Mereka berdua berkata: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami takut bahawa ia akan segera menyeksa kami, atau ia akan melampau batas. Allah berfirman: Janganlah kamu takut, sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu; Aku mendengar dan melihat segala-galanya. (Taha: 43-46) وقال تعالى لموسى و هارون حين أرسلهما إلى فرعون : (اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى , فَقُولا لَهُ قَوْلا لَّيِّنًا لَّعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى , قَالا رَبَّنَا إِنَّنَا نَخَافُ أَن يَفْرُطَ عَلَيْنَا أَوْ أَن يَطْغَى , قَالَ لا تَخَافَا إِنَّنِي مَعَكُمَا أَسْمَعُ وَأَرَى) (طه:43-46) .
Firman Allah: Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati. Dan Allah memutuskan hukum dengan adil, sedang yang mereka sembah yang lain dari Allah – tidak dapat memberikan sebarang keputusan. Sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Ghafir: 19-20) وقال تعالى :                  (يَعْلَمُ خَائِنَةَ الأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ , وَاللهُ يَقْضِي بِالْحَقِّ وَالَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ لا يَقْضُونَ بِشَيْءٍ إِنَّ اللهَ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ) (غافر:19-20) .
Terdapat banyak lagi ayat yang menunjukkan bahawa Allah memiliki pendengaran dan penglihatan. إلى غير ذلك من الآيات التي تدل على اتصافه تبارك وتعالى بالسمع و البصر .
Percakapan Allah Taala (Kalam) كلام الله تعـالى
12. Firman Allah: Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan). (An-Nisa’: 164) قال الله تعالى : (وَكَلَّمَ اللهُ مُوسَى تَكْلِيماً) (النساء:164) .
Firman Allah: (Sesudah kamu – wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu – mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)? (Al-Baqarah: 75) وقال تعالى : (أَفَتَطْمَعُونَ أَنْ يُؤْمِنُوا لَكُمْ وَقَدْ كَانَ فَرِيقٌ مِنْهُمْ يَسْمَعُونَ كَلامَ اللهِ ثُمَّ يُحَرِّفُونَهُ مِنْ بَعْدِ مَا عَقَلُوهُ وَهُمْ يَعْلَمُونَ) (البقرة:75) .
Banyak lagi ayat yang menunjukkan bahawa Allah Taala boleh bercakap. إلى غير ذلك من الآيات التي تدل على اتصافه تبارك وتعالى بصفة الكلام .
Sifat Allah Tiada Penghujung صفات الله لا تتناهى
Sifat-sifat Allah seperti yang dinyatakan oleh al-Quran al-Karim terlalu banyak. Kesempurnaan Allah Taala tiada penghujungnya dan tidak dapat dijangkau oleh akal manusia. Maha suci Allah, kita panjatkan pujian yang tidak terhingga kepadaNya sebagaimana Dia memuji diriNya sendiri. و صفات الله تبارك و تعالى في القرآن الكريم , و كمالاته تبارك و تعالى لا تتناهى , و لا تدرك كنهها عقول البشر , سبحانه لا نحصي ثناء عليه هو كما أثنى على نفسه .
Antara Sifat Allah Dan Sifat Makhluk بين صفات الله و صفات الخلق
Suatu perkara yang perlu difahami oleh orang yang beriman ialah maksud bagi sesuatu perkataan yang digunakan bagi merujuk kepada sifat Allah Taala berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh perkataan yang sama pada makhluk. Contohnya, anda katakan: Allah berilmu dan ilmu adalah sifat Allah Taala. Anda juga katakan: Seseorang itu berilmu dan ilmu adalah sifat orang itu. Adakah maksud kedua-dua ayat ini sama? Tidak mungkin kerana ilmu Allah adalah ilmu yang tiada batasan dan jauh jika hendak dibandingkan dengan ilmu yang dimiliki oleh makhluk. Demikianlah dengan sifat hidup, mendengar, melihat, bercakap, berkuasa dan berkehendak. Maksud semua istilah ini berbeza sama sekali apa yang dimaksudkan dengan sifat makhluk dari segi kesempurnaan dan fenomenanya. Ini kerana tiada satupun makhluk Allah yang menyerupaiNya. Fahamilah maksud ini kerana perkara ini agak mendalam. Anda tidak perlu mengetahui hakikatnya. Apa yang perlu ialah anda mengetahui kesan hakikat ini kepada alam dan pada diri anda. Ya Allah, kami memohon dijauhi daripada kesesatan dan semoga kami diberikan petunjuk.   و الذي يجب أن يتفطن إليه المؤمن أن المعنى  الذي يقصد باللفظ في صفات الله تبارك و تعالى يختلف اختلافا كليا عن المعنى يقصد بهذا اللفظ عينه في صفات المخلوقين , فأنت تقول : الله والعلم صفة لله تعالى , وتقول فلان عالم و العلم صفة لفلان من الناس , فهل ما يقصد بلفظة العلم في التركيبين واحد ؟ حاشا أن يكون كذلك , و إنما علم الله تبارك و تعالى علم لا يتناهى كماله و لا يعد علم المخلوقين شيئا إلى جانبه , وكذلك الحياة , وكذلك السمع , وكذلك البصر , وكذلك الكلام , وكذلك القدرة و الإرادة , فهذه كلها مدلولات الألفاظ فيها تختلف عن مدلولاتها في حق الخلق من حيث الكمال و الكيفية اختلافا كليا , لأنه تبارك وتعالى لايشبه أحدا من خلقه , فتفطن لهذا المعنى فإنه دقيق , وإنما حسبك أن تعلم آثارها في الكون ،ولوازمها في حقك , والله نسأل العصمة من الزلل وحسن التوفيق .
Dalil Akal dan Logik Yang Menyokong Sifat-Sifat Allah Taala الأدلة العقلية و المنطقية على إثبات صفات الله تعالى
Para ulama akidah cuba membuktikan kewujudan sifat-sifat Allah Taala ini dengan menggunakan rasional akal dan logik. Bagi kita ini adalah suatu yang baik kerana akal menjadi kayu ukur kepada sesuatu ilmu dan asas pertanggungjawaban. Dengan cara ini sebarang keraguan dan kesesatan akan dapat dihapuskan. Walau bagaimanapun pada hakikatnya perkara ini sebenarnya sudah jelas nyata. Kewujudan Allah Taala sebagai pencipta dan kenyataan bahawa Allah memiliki sifat-sifat yang sempurna menjadi suatu kenyataan yang tidak perlu dibuktikan dengan apa-apa dalil. Hanya mereka yang hatinya sakit dan angkuh sahaja yang akan meminta bukti ini. Namun orang seperti ini tidak akan dapat diyakinkan dengan dalil dan apa sahaja hujah tidak akan berguna untuk orang seperti ini. Walau bagaimana bagi mengambil manfaat saya sebutkan di sini beberapa bukti rasional akal yang dihuraikan secara umum dan juga secara terperinci.   يعمد علماء العقائد إلى إثبات صفات الله تبارك وتعالى بأدلة عقلية , و أقيسة منطقية , ونحن نقول : إن ذلك حسن , لأن العقل أساس المعرفة , و مناط التكليف , و حتى لا يكون في نفس أحد أثر من آثار الشبهات و الأباطيل , و لكن الأمر أوضح من ذلك , و وجود الخالق تبارك و تعالى و إثبات صفات الكمال المطلق له صار في حكم البديهيات التي لا يحتاج إلى إثباتها دليل أو برهان , و لا يطالب بالدليل عليها إلا كل مكابر مريض القلب لا يجديه دليل , ولا تنفع معه حجة , و مع هذا فتتميما للفائدة نذكر بعض الأدلة العقلية الإجمالية و التفصيلية , فنقول :
Rasional pertama: Alam yang begitu hebat dan teratur ini menunjukkan wujudnya pencipta yang hebat dan sempurna.   الدليل الأول : هذا الوجود الذي يدل بعظمته و إحكامه على وجود خالقه و عظمته و كماله
Rasional kedua: Orang yang tidak memiliki sesuatu tidak akan dapat memberikan sesuatu. Jika pencipta alam ini tidak memiliki sifat-sifat sempurna tidak mungkin kesempurnaan ini akan wujud pada ciptaanNya. الدليل الثاني : إن فاقد الشيء لا يعطيه , فإذا لم يكن موجد الكون متصفا بصفات الكمال فكيف تكون آثار هذه الصفات في مخلوقاته .
Rasional ketiga: Suatu kenyataan bahawa Pencipta ini sudah tentu satu dan tidak mungkin ramai. Tuhan yang ramai akan menyebabkan berlakunya kebinasaan, persengketaan dan persaingan. Apatah lagi sifat utama yang ada pada tuhan ialah keangkuhan dan keagungan. Jika salah satu tuhan ini memiliki kuasa mutlak sudah tentu tuhan-tuhan yang lain tidak. Jika mereka berkongsi kuasa bererti beberapa sifat mereka terpaksa dipendam. Walhal memendam sifat-sifat sebagai tuhan bercanggah dengan keagungan dan kehebatannya. Oleh itu, tuhan itu mesti satu dan tiada tuhan lain selain Dia.   الدليل الثالث : و هو خاص بان هذا الخالق واحد لا يتعدد , إن التعدد مدعاة للفساد و الخلاف و العلو ولا سيما و شان الألوهية الكبرياء و العظمة , و أيضا فلو استقل أحد المتعددين  بالتصرف تعطلت صفات الآخرين , و لو اشتركوا تعطلت بعض صفات كل منهم , و تعطيل صفات الألوهية يتنافى مع جلالها و عظمتها , فلابد أن يكون الإله  واحدا لا رب غيره .
Demikianlah beberapa rasional yang membuktikan kewujudan tuhan dan sifat-sifatNya. Sesiapa yang mahukan penjelasan yang lebih mendalam bolehlah mencari bahan yang lebih. Namun demikian perkara ini telah wujud dalam fitrah manusia yang masih suci. Hakikat ini wujud di lubuk hati yang murni. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar). (An-Nur: 40) هذه نماذج من الأدلة المنطقية على وجود الخالق , و إثبات صفاته , و من أراد الاستيعاب فعليه بالمطولات , على أن الأمر كله مركوز في فطر النفوس الصافية مستقر في أعماق القلوب السليمة , (وَمَنْ لَمْ يَجْعَلِ اللهُ لَهُ نُوراً فَمَا لَهُ مِنْ نُورٍ) (النور:40) .
Pelbagai Persoalan Yang Bermain Di Fikiran Ramai سؤال يقف أمامه كثير من الناس
Sebuah hadis menyebut bahawa Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda: Manusia akan terus bertanya sehingga mereka akan bertanya: Allah mencipta makhluk siapakah pula yang mencipta Allah? Sesiapa yang bertemu dengan soalan seumpama ini hendaklah dia berkata: Saya beriman dengan Allah[20] .” Riwayat Muslim. ورد في حديث أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (لا يزال الناس يتساءلون حتى يقال خلق الله الخلق , فمن خلق الله ؟ فمن وجد من ذلك شيئا فليق آمنت بالله) رواه مسلم .
Walaupun pada dasarnya mengemukakan soalan seperti ini adalah suatu kesalahan kerana kita telah diperintahkan supaya tidak mengkaji tentang zat Allah Taala disebabkan akal kita yang cetek ini tidak mampu memahami hakikat dirinya sendiri apatah lagi untuk memahami hakikat zat Allah Taala namun apa yang malang soalan ini sentiasa berjaya menarik minat sesetengah pihak. Di sini saya ingin kemukakan perumpamaan yang akan dapat menjelaskan dan mententeramkan jiwa mereka, dengan izin Allah Taala: و هذا السؤال و عن كان خطأ من أساسه , لأننا أمرنا ألا نبحث في ذات الله تبارك وتعالى , لأن عقولنا القاصرة التي تعجز عن إدراك حقيقة نفسها تعجز من باب الأولى عن إدراك حقيقة ذات الله تبارك وتعالى , إلا انه يختلج في نفوس بعض الناس , و نريد أن نوضح لهم الجواب عليه بمثال يريح ضمائرهم , إن شاء الله تعالى , فنقول :
Jika anda letakkan sebuah buku di atas meja anda kemudian anda keluar dari bilik itu. Tidak lama kemudian, apabila anda kembali anda dapati buku tersebut berada di dalam laci. Sudah tentu anda yakin sepenuhnya bahawa ada orang lain yang meletakkannya di dalam laci tersebut kerana anda memahami buku ini tidak mampu mengalihkan dirinya sendiri. Sila ingat noktah ini dan mari kita beralih ke noktah seterusnya: إذا وضعت كتاب على مكتبتك ثم خرجت من الحجرة و عدت إليها بعد قليل فرأيت الكتاب الذي تركته على المكتب موضوعا في الدرج , فإنك تعتقد تماما أن أحدا لا بد أنيكون وضعه في الدرج , لأنك تعلم من صفات هذا الكتاب أنه لا ينتقل بنفسه . احفظ هذه النقطة و انتقل معي إلى نقطة أخرى :
Ada orang lain bersama anda sedang duduk di atas kerusi.di dalam bilik pejabat anda, kemudian anda keluar. Apabila anda balik semula ke bilik tersebut anda lihat orang tadi kini duduk di atas tikar. Anda tidak akan tanya sebab perubahan tersebut. Anda juga tidak terfikir ada orang lain mengalihkan orang tersebut daripada tempat asalnya kerana anda tahu salah satu sifat orang ini ialah dia boleh mengalihkan dirinya sendiri tanpa perlu orang lain mengalihkannya. Sila ingat noktah kedua ini dan sila dengar apa yang saya katakan ini: لو كان معك في حجرة مكتبك شخص جالس على الكرسي ثم خرجت و عدت إلى الحجرة فرأيته جالسا على البساط مثلا فإنك لا تسأل عن سبب انتقاله , و لا تعتقد أن أحدا نقله من موضعه , لأنك تعلم من صفات هذا الشخص انه ينتقل بنفسه ولا يحتاج على من ينقله .
Oleh kerana makhluk ini perkara yang baru dan kita tahu salah satu ciri dan sifat makhluk ini ialah ia tidak menjadikan dirinya sendiri malah perlu ada yang menjadikannya maka kita akan memahami bahawa makhluk ini dijadikan oleh Allah Taala.   احفظ هذه النقطة الثانية ثم اسمع ما أقوله لك : لما كانت هذه المخلوقات محدثة و نحن نعلم من طبائعها أنها لا توجد بذاتها بل لا بد لها من موجد , عرفنا أن موجدها هو الله تبارك وتعالى ,
Kesempurnaan yang ada pada tuhan menyebabkan dia tidak memerlukan bantuan yang lain. Malah salah satu sifatnya ialah mampu berdiri sendiri. Dengan ini kita memahami Allah wujud dengan sendiri dan tidak memerlukan kepada sesiapa untuk mewujudkannya. Apabila anda rangkumkan dua noktah sebelum ini dengan kenyataan ini anda akan memahami dengan jelas persoalan ini. Akal manusia terlalu cetek untuk memahami perkara yang lebih jauh daripada ini. Kita memohon agar Allah menjauhkan kita daripada kesesatan. Dia adalah Tuhan yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang. و لما كان كمال الألوهية يقتضي عدم احتياج اله إلى غيره , بل إن من صفاته قيامه بنفسه , عرفنا أن الله تبارك و تعالى موجود بذاته و غير محتاج إلى من يوجده , و إذا وضعت النقطتين السابقتين إلى جانب هذا الكلام , اتضح لك هذا المقام , و العقل البشري أقصر من أن يتورط في أكثر من ذلك , و الله نسأل العصمة و الزلل , إنه رؤوف رحيم .
Di sini saya kemukakan kepada anda beberapa kenyataan cendikiawan Eropah yang mengakui kewujudan Allah Taala dan mengakui kesempurnaan sifat-sifatNya. Semoga Allah memberikan taufiq kepada kita semua. و إليك أقوال العلماء الأوربيين في إثبات وجود الله تعالى و الإقرار بكمال صفاته , و الله ولي توفيقنا و توفيقك :
Kenyataan Ahli Sains Yang Mengakui Kewujudan Allah Dan Sifat-Sifatnya كلام العلماء الطبيعين في إثبات وجود الله و صفاته
Sebagaimana yang telah saya jelaskan, akidah ini adalah suatu fitrah yang wujud dalam jiwa yang murni dan diterima oleh akal yang suci. Akidah ini seolah-olah suatu kenyataan ilmu dan disokong oleh rasional generasi demi generasi. Atas dasar ini hakikat tersebut turut diakui oleh ahli sains Eropah walaupun mereka tidak memperolehi maklumat ini daripada mana-mana agama. Saya akan petik beberapa pengakuan mereka bukan bertujuan bagi mengesahkan akidah ini tetapi bagi menunjukkan bukti bahawa hakikat ini sememangnya diterima oleh jiwa manusia. Di samping itu, pengakuan ini juga bagi membidas mereka yang mahu membuang segala ikatan akidah dan membohongi diri dan jiwa mereka sendiri. قدمنا إليك أن هذه العقيدة فطرية في النفوس السليمة , مستقرة في الأذهان الصافية , تكاد تكون من بدهيات المعلومات , تؤكدها نتائج العقول جيلا بعد جيل , و لذلك اعتقدها علماء الكون من الأوربيين و غيرهم و إن لم يتلّقوا عن دين من الأديان , و سننقل لك بعض شهاداتهم , لا تأييدا للعقيدة , ولكن إثباتا لاستقرارها في النفوس ,و قطعا لألسنة الذين يريدون أن يتحللوا من رباط العقائد , و يخادعوا ضمائرهم و أرواحهم بالباطل .
1. Descartes, ahli sains Perancis berkata: 1 – قال ديكارت العالم الفرنسي :
“Selain merasakan diri saya ini serba kekurangan, saya juga merasakan perlu wujud suatu yang lebih sempurna. Rasanya, saya terpaksa akui bahawa perasaan ini telah tersemat dalam diri saya oleh sesuatu yang sempurna dan memiliki segala sifat-sifat yang sempurna iaitu Allah.” Melalui kenyataannya ini dia mengakui kekurangan dan kelemahan dirinya. Dia juga mengakui kewujudan dan kesempurnaan Allah. Selain itu dia juga mengakui perasaan tersebut adalah anugerah Allah dan menjadi fitrah dalam dirinya.    (إني مع شعوري بنقص ذاتي أحس في الوقت نفسه بوجود ذات كاملة , و أراني مضطرا للاعتقاد بأن هذا الشعور قد غرسته في ذاتي تلك الذات الكاملة المتحلية بجميع صفات الكمال , و هي : الله ) فهو يثبت في كلامه هذا ضعف نفسه و نقصها , و وجود الله و كماله , و يعترف بأن شعوره و إحساسه هبه من الله له و فطرة فيه ,
Agama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya. (Ar-Rum: 30) (فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا) (الروم:30) .
2. Isaac Newton, ahli sains Inggeris yang masyhur dan orang yang berjaya menemui teori graviti, pernah berkata: 2 – وقال إسحاق نيوتن العالم الإنجليزي الشهير , و مكتشف قانون الجاذبية :
“Jangan kamu ragui kewujudan pencipta kerana tidak mungkin teori kebetulan sahaja yang menjadi asas kewujudan alam ini.”  (لا تشكّوا في الخالق فإنه مما لا يعقل أن تكون المصادفات وحدها هي قائدة هذا الوجود) .
3. Herschel, ahli astronomi Inggeris, berkata: 3 – وقال هرشل الفلكي الإنجليزي :
“Semakin ilmu berkembang semakin bertambah bukti-bukti kukuh yang membuktikan kewujudan pencipta yang azali dan memiliki kuasa tanpa batasan. Ahli geologi, matematik, astronomi, biologi telah bekerjasama memperkukuhkan struktur sains yang sebenarnya hanyalah struktur keagungan Allah.”    (كلما اتسع نطاق العلم ازدادت البراهين الدامغة القوية على وجود خالق أزلي لا حد لقدرته و لا نهاية , فالجيولوجيون و الرياضيون و الفلكيون و الطبيعيون قد تعاونوا على تشييد صرح العلم , و  هو صرح عظمة الله وحده) .
4. Camille Flamirion, seorang Perancis di dalam bukunya, “Tuhan Dalam Alam Semulajadi” ada memetik kata-kata Lenet: “Allah adalah Tuhan yang azali, abadi, tahu segala-galanya dan menguasai segala-galanya. Keajaiban ciptaanNya begitu nyata pada saya hingga saya rasa begitu kagum tidak terhingga. Betapa berkuasa, betapa bijak, betapa kreatif segala ciptaanNya, baik yang sekecil-kecilnya hingga yang sebesar-besarnya! Segala kebaikan yang kita perolehi daripada alam ini menjadi saksi keagungan rahmat Allah yang telah menjadikan segala isi alam ini untuk kita. Malah kesempurnaan dan keseimbangan alam ini menunjukkan betapa luasnya ilmu Tuhan. Begitu juga terpeliharanya alam ini daripada kemusnahan dan sentiasa mengalami perubahan menjadi bukti kehebatan dan keagungan Tuhan.”   4 – وقال لينيه , كما نقله عنه كاميل فلامريون الفرنسي في كتابه المسمى (الله في الطبيعة) : (إن الله الأزلي الأبدي العالم بكل شيء و المقتدر على كل شيء , قد تجلى لي ببدائع صنعه حتى صرت مندهشا مبهوتا , فأي قدرة و أي حكمة و أي , و أي إبداع أبدعه في مصنوعاته ! سواء في أصغر الأشياء أو أكبرها ! إن المنافع التي نستمدها من هذه الكائنات تشهد بعظمة رحمة الله الذي سخرها لنا , كما أن كمالها و تناسقها ينبئ بواسع حكمته , وكذلك حفظها عن التلاشي و تجددها يقر بجماله و عظمته ) .
5. Herbert Spencer, seorang ahli falsafah Inggeris pernah menulis sebuah karya dalam bidang pendidikan: 5 – و يقول هوبرت سبنسر الإنجليزي في هذا المعنى في رسالته في التربية :
“Sains bercanggah dengan tahyul tetapi tidak pernah bercanggah dengan agama. Terdapat banyak aspek dalam sains yang dipengaruhi unsur ketidak percayaan kepada tuhan. Namun demikian sains tulen yang menjangkaui maklumat di permukaan dan telah terbukti di alam realiti, bersih sama sekali daripada pengaruh ini. Sains tidak menolak agama. Tumpuan ke arah sains merupakan suatu ibadat dan suatu pengiktirafan secara senyap kepada nilai benda yang dipilih dan dikaji itu seterusnya akan mengakui kekuasaan penciptanya. Tumpuan ini bukan sekadar suatu pengakuan secara lisan sahaja malah merupakan suatu pengakuan secara amali. Malah ia bukan suatu penghormatan yang direka-reka sebaliknya suatu penghormatan hasil daripada segala pengorbanan masa, fikiran dan tenaga. (العلم يناقض الخرافات , و لكنه لا يناقض الدين , يوجد في شيء كثير من العلم الطبيعي الشائع روح الزندقة , ولكن العلم الذي تجاوز المعلومات السطحية , و رسب في اعماق الحقائق , براء من هذه الروح , العلم الطبيعي لا ينافي الدين , و التوجه للعلم الطبيعي عبادة صامتة و اعتراف صامت بنفاسة الأشياء التي تعاين و تدرس , ثم بقدرة خالقها , فليس ذلك التوجه تسبيحا شفهيا , بل هو تسبيح عملي , و ليس باحترام مُدّعى , إنما هو احترام أثمرته تضحية الوقت و التفكير و العمل ,
Sains tidak pernah memaksa manusia untuk memahami adalah mustahil untuk mengenali faktor utama iaitu Allah. Sebaliknya sains menggunakan cara yang paling mudah bagi memahamkan kita bahawa tindakan itu adalah mustahil. Dengan cara memberitahu kita kesemua sempadan yang tidak mampu kita terokai. Akhirnya dengan penuh belas ihsan sains mengajak kita berhenti setakat ini sahaja. Dalam masa yang sama sains memperlihatkan kepada kita betapa kecilnya akal manusia apabila ahli sains melihat setitis air yang diketahui terbentuk daripada oksigen dan hidrogen pada kadar yang tertentu. Jika kadar ini berubah ia akan membentuk unsur yang lain dan bukan air. Hakikat ini akan menyebabkan ahli sains lebih meyakini keagungan, kekuasaan, kebijaksanaan dan ilmu Allah yang luas berbanding orang yang bukan ahli sains yang hanya melihat ia hanyalah sekadar setitis air. Demikian juga dengan ahli sains yang melihat hujan batu, apabila dia melihat melalui mikroskopnya betapa hebatnya binaan dan strukturnya sudah tentu dia akan merasai kehebatan dan kebijaksanaan Penciptanya lebih daripada orang yang hanya tahu ia adalah hujan yang membeku akibat cuaca yang terlalu sejuk.” و هذا العلم لا يسلك طريق الاستبداد في تفهيم الناس استحالة إدراك السبب الأول و هو الله , و لكنه ينهج بنا النهج الأوضح في تفهيمنا الاستحالة , بإبلاغنا جميع أنواع الحدود التي لا يستطاع اجتيازها , ثم يق بنا في رفق و هوادة عند هذه النهاية , و هو بعد ذلك يرينا بكيفيةٍ لا تعادل صغر العقل الإنساني إزاء ذلك الذي يفوت العقل …) , ثم أخذ يضرب الأمثلة على ما يقول فقال : (إن العالم الذي يرى قطرة الماء فيعلم أنها تتركب من الأكسجين و الإيدروجين بنسبة خاصة , بحيث لو اختلفت هذه النسبة لكانت شيئا آخر غير الماء , يعتقد عظمة الخالق و قدرته و حكمته و علمه الواسع بأشد و أعظم و أقوى من غير العالم الطبيعي الذي لا يرى فيها إلا أنها قطرة ماء فحسب , وكذلك العالم الذي يرى قطعة البرَد فيرى تحت مجهره ما فيها من جمال الهندسة و دقة التقسيم , لا شك انه يشعر بجمال الخالق و دقيق حكمه أكبر من ذلك الذي لا يعلم عنها إلا أنها مطر تجمد من شدة البرد) .
Kenyataan-kenyataan ahli sains berhubung perkara ini begitu banyak. Cukuplah setakat apa yang saya catatkan di sini. Saya kemukakan kenyataan-kenyataan ini agar para pemuda kita menyedari bahawa agama mereka didokong oleh Allah dan sains hanya memantap dan mengukuhkannya lagi. Ini sesuai dengan firman Allah Taala: و أقوال علماء الكون في ذلك لا تقع تحت حصر , و فيما ذكرناه الكفاية , وإنما استشهدنا بذلك حتى يعلم شبابنا أن دينهم مؤيد من عند الله تبارك و تعالى , لا يزيده العلم إلا قوة و ثباتا و تأييدا , مصداقا لقول الله تعالى :
Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Fussilat: 53)  (سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الآفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ) (فصلت:53) .
Ayat Dan Hadis Berkenaan Sifat Allah آيات الصفات و أحاديثها
Al-Quran al-Karim dan sunnah banyak menyebut ayat-ayat dan hadis-hadis yang menggambarkan secara zahirnya bahawa Allah Taala menyerupai beberapa sifat makhlukNya. Saya akan kemukakan sebahagiannya sebagai contoh kemudian saya akan kemukakan beberapa pendapat berkenaan dengan contoh tersebut. Saya memohon semoga Allah menunjukkan kita jalan yang benar dalam masalah ini yang telah sekian lama menjadi bahan perdebatan sehingga ke hari ini. Semoga Allah menjauhkan kita daripada tersesat dan memimpin kita ke arah yang benar. Allah sahaja sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik pentadbir.  وردت في القرآن الكريم آيات و في السنة المطهرة أحاديث , توهم بظاهرها مشابهة الحق تبارك و تعالى لخلقه في بعض صفاتهم , نورد بعضها على سبيل المثال , ثم نقفّي بذكر ما ورد فيها من الأقوال , و الله نسأل أن يوفقنا إلى بيان وجه الحق في هذه المسألة , التي طال فيها جدل الناس و نقاشهم في هذا العصر , و أن يجنبنا الزلل , و يلهمنا الصواب , و هو حسبنا و نعم الوكيل .
Beberapa Contoh Ayat-Ayat Sifat نماذج من آيات الصفات 
1. Firman Allah Taala: Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa: Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.[21]  (Ar-Rahman: 26-27) 1-   قال الله تعالى : (كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ , وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلالِ وَالأِكْرَامِ) (الرحمن:26-27) .
Demikian juga dengan ayat-ayat lain yang mengaitkan perkataan wajah dengan Allah Taala. و مثلها كل آية ورد فيها لفظ الوجه مضافا إلى الحق تبارك وتعالى .
2. Firman Allah Taala: Dan demi sesungguhnya! Kami telahpun mengurniakan kepadamu berbagai nikmat pada satu masa yang lain sebelum ini. Ketika Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya: Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan mataKu (pengawasanKu). (Taha: 39) 2- قال الله تعالى : (وَلَقَدْ مَنَنَّا عَلَيْكَ مَرَّةً أُخْرَى , إِذْ أَوْحَيْنَا إِلَى أُمِّكَ مَا يُوحَى , أَنِ اقْذِفِيهِ فِي التَّابُوتِ فَاقْذِفِيهِ فِي الْيَمِّ فَلْيُلْقِهِ الْيَمُّ بِالسَّاحِلِ يَأْخُذْهُ عَدُوٌّ لِي وَعَدُوٌّ لَهُ وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِنِّي وَلِتُصْنَعَ عَلَى عَيْنِي) (طـه:37-39)
Firman Allah lagi: Dan (setelah itu) diwahyukan kepada Nabi Nuh: Bahawa sesungguhnya tidak akan beriman lagi dari kaummu melainkan orang-orang yang telah sedia beriman. Oleh itu, janganlah engkau berdukacita tentang apa yang mereka sentiasa lakukan. Dan buatlah bahtera dengan mata-mata Kami (pengawasan serta kawalan Kami)[22] , dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan (dengan taufan). (Hud: 36-37) وقال تعالى :                  (وَأُوحِيَ إِلَى نُوحٍ أَنَّهُ لَنْ يُؤْمِنَ مِنْ قَوْمِكَ إِلاّ مَنْ قَدْ آمَنَ فَلا تَبْتَئِسْ بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ , وَاصْنَعِ الْفُلْكَ بِأَعْيُنِنَا وَوَحْيِنَا وَلا تُخَاطِبْنِي فِي الَّذِينَ ظَلَمُوا إِنَّهُمْ مُغْرَقُونَ) (هود:36-37).
Demikian juga dengan ayat-ayat lain yang mengaitkan perkataan mata kepada Allah Taala. و مثلها كل آية ورد فيها لفظ العين مضافا إلى الله تبارك وتعالى .
3. Firman Allah Taala: Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia[23]  kepadamu (wahai Muhammad – untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Tangan Allah di atas tangan mereka (Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar. (Al-Fath: 10) 3- قال الله تعالى : (إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللهَ يَدُ اللهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ فَمَنْ نَكَثَ فَإِنَّمَا يَنْكُثُ عَلَى نَفْسِهِ وَمَنْ أَوْفَى بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْراً عَظِيماً) (الفتح:10) .  
Firman Allah Taala: Dan orang-orang Yahudi itu berkata: Tangan Allah terbelenggu (bakhil – kikir), tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah). Ia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Ia kehendaki. (Al-Maidah: 64) وقال تعالى : (وَقَالَتِ الْيَهُودُ يَدُ اللهِ مَغْلُولَةٌ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ وَلُعِنُوا بِمَا قَالُوا بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنْفِقُ كَيْفَ يَشَاءُ) (المائدة:64) .
Firman Allah Taala: Tidakkah mereka melihat dan memikirkan, bahawa Kami telah menciptakan untuk mereka binatang-binatang ternak[24] , di antara jenis-jenis makhluk yang telah Kami ciptakan dengan tangan-tangan (kekuasaan) Kami lalu mereka memilikinya? (Yaasin: 71) و قال تعالى : (أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّا خَلَقْنَا لَهُمْ مِمَّا عَمِلَتْ أَيْدِينَا أَنْعَاماً فَهُمْ لَهَا مَالِكُونَ) (يّـس:71) .
4. Firman Allah Taala: Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali. (Aali Imran: 28) 4- قال الله تعالى : (لا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللهِ فِي شَيْءٍ إِلا أَنْ تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً وَيُحَذِّرُكُمُ اللهُ نَفْسَهُ وَإِلَى اللهِ الْمَصِيرُ) (آل عمران:28) .
Firman Allah Taala: Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah?  Nabi Isa menjawab: Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu[25] ; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib. (Al-Maidah: 116)  وقال تعالى : (وَإِذْ قَالَ اللهُ يَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ ءَأَنْتَ قُلْتَ لِلنَّاسِ اتَّخِذُونِي وَأُمِّيَ إِلَهَيْنِ مِنْ دُونِ اللهِ قَالَ سُبْحَانَكَ مَا يَكُونُ لِي أَنْ أَقُولَ مَا لَيْسَ لِي بِحَقٍّ إِنْ كُنْتُ قُلْتُهُ فَقَدْ عَلِمْتَهُ تَعْلَمُ مَا فِي نَفْسِي وَلا أَعْلَمُ مَا فِي نَفْسِكَ إِنَّكَ أَنْتَ عَلامُ الْغُيُوبِ) (المائدة:116) .
5. Firman Allah Taala: Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.[26]  (Taha: 5) Demikianlah ayat-ayat lain yang meletakkan sifat bersemayam di singgahsana pada zat Allah.   5- قال الله تعالى : (الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى) (طـه:5) و مثلها كل آية تنسب الاستواء على العرش إلى الله تبارك وتعالى . مما يؤخذ منه نسبة الجهة لله تبارك و تعالى .
6. Firman Allah Taala: Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hambaNya[27] ; dan Ia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya). (Al-An‘am: 61) 6- قال الله تعالى : (وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ وَيُرْسِلُ عَلَيْكُمْ حَفَظَةً حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ تَوَفَّتْهُ رُسُلُنَا وَهُمْ لا يُفَرِّطُونَ) (الأنعام:61) .
Firman Allah Taala: Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu[28] : menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)? (Al-Mulk: 16) و قال تعالى : (ءَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الأَرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ) (الملك:16) .
Firman Allah Taala: Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya, orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa. (Faatir: 10) Apa yang boleh difahami daripada ayat-ayat tersebut ialah Allah Taala berada pada kedudukan dan arah tertentu. و قال تعالى : (مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعِزَّةَ فَلِلَّهِ الْعِزَّةُ جَمِيعاً إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ وَالَّذِينَ يَمْكُرُونَ السَّيِّئَاتِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَكْرُ أُولَئِكَ هُوَ يَبُورُ) (فاطر:10) .
7. Firman Allah Taala: Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya[29] , Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina. (Al-Ahzab: 57) 7- قال الله تعالى : (إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَاباً مُهِيناً) (الأحزاب:57) .
Firman Allah Taala: Dan juga (satu misal perbandingan lagi, iaitu): Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan) yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki; tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan dia mendapat anak) maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) Kami; dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) ia mengakui kebenaran Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya; dan ia menjadi dari orang-orang yang tetap taat. (At-Tahrim: 12) وقال تعالى :                  (وَمَرْيَمَ ابْنَةَ عِمْرَانَ الَّتِي أَحْصَنَتْ فَرْجَهَا فَنَفَخْنَا فِيهِ مِنْ رُوحِنَا وَصَدَّقَتْ بِكَلِمَاتِ رَبِّهَا وَكُتُبِهِ وَكَانَتْ مِنَ الْقَانِتِينَ) (التحريم:12) .
Firman Allah Taala: Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya, Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah). (Al-Fajr: 21-22) وقال تعالى : (كَلا إِذَا دُكَّتِ الأَرْضُ دَكّاً دَكّاً , وَجَاءَ رَبُّكَ وَالْمَلَكُ صَفّاً صَفّاً) (الفجر:21-22).
Beberapa Contoh Hadis-Hadis Sifat نماذج من أحاديث الصفات
Selain apa yang disebutkan dalam ayat-ayat al-Quran terdapat juga perkataan dalam hadis yang merujuk kepada sifat Allah Taala seperti muka, tangan dan sebagainya. Sifat-sifat ini tidak perlu saya nyatakan lagi di sini, cukup apa yang telah disebutkan oleh ayat-ayat al-Quran tadi. Beberapa hadis ada menyebut beberapa perkataan yang merujuk kepada sifat Allah Taala. Di sini saya akan kemukakan sebahagian daripada hadis-hadis tersebut.   وردت في الأحاديث الشريفة ألفاظ كالتي في الآيات السابقة , منسوبة إلى الله تبارك وتعالى : كالوجه و اليد و نحوهما , فنكتفي بالآيات عن ذكرها , و ورد في أحاديث كثيرة ألفاظ أخرى من هذا القبيل منسوبة إلى ذات الله تبارك تعالى نورد بعضها , فمن ذلك  :
1. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra. bahawa Nabi saw. bersabda: “Allah mencipta Adam dengan paras rupanya[30]  itu setinggi enam puluh hasta. Setelah selesai menciptanya, Allah berfirman: Pergi dan berikan salam kepada mereka itu iaitu para malaikat yang sedang duduk. Dengarlah apa yang mereka ucapkan kepadamu kerana itulah ucapan salammu dan zuriatmu. Lalu Adam berkata: Salam bagi kamu. Para malaikat menjawab: Salam dan rahmat Allah buatmu. Mereka membalas dengan menambah rahmat Allah. Semua orang yang akan masuk ke syurga akan memiliki paras rupa seperti Adam. Walau bagaimana manusia akan semakin pendek selepas itu hingga sekarang.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim. 1- عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (خلق الله آدم على صورته ، طوله ستون ذراعا ً، فلما خلقه قال: اذهب فسلم على أولئك – نفر من الملائكة  جلوس- فاستمع ما يحيونك ، فإنها تحيتك وتحية ذريتك ، فقال: السلام عليكم ، فقالوا: السلام عليك ورحمة الله ، فزادوه: ورحمة الله ، فكل من يدخل الجنة على صورة آدم ، فلم يزل الخلق ينقص بعد حتى الآن) رواه البخاري و مسلم .
2. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra. bahawa Nabi saw. bersabda: Setiap kali dicampakkan makhluk ke dalam neraka Jahannam, ia akan berkata: Adakah masih ada lagi? Hingga Tuhan yang Agung meletakkan kakiNya[31] lalu ia runtuh bertimpa-timpa. Ia berkata: Cukup, cukup demi keagungan dan kemuliaanMu. Dalam pada itu syurga masih ada kekosongan hingga Allah membuat makhluk lain dan mereka ini memenuhi kekosongan di syurga ini.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim. 2- عن أنس بن مالك رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال (لا تزال جهنم يلقى فيها وتقول : هل من مزيد حتى يضع رب العزة فيها قدمه , فينزوي بعضها إلى بعض وتقول: قط قط , بعزتك وكرمك , ولا يزال في الجنة فضل حتى ينشئ الله لها خلقا، فيسكنهم فضل الجنة) رواه البخاري و مسلم .
3. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra. katanya: Rasulullah saw. bersabda:  “Allah amat-amat gembira[32]  menerima taubat sesiapa sahaja di kalangan kamu lebih daripada kegembiraan salah seorang di kalangan kamu apabila dia menemui untanya yang hilang.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim. 3- عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (لله أشد فرحا بتوبة أحدكم ، من أحدكم بضالته ، إذا وجدها) رواه البخاري و مسلم .
Terdapat Empat Golongan Berhubung Masalah Ini : 1. Golongan yang menerima bulat-bulat sebagaimana yang dinyatakan. Golongan ini menyifatkan Allah memiliki muka seperti makhluk dan tangan atau tangan-tangan seperti makhluk. Allah ketawa seperti makhluk. Malah ada di antara mereka yang membayangkan tuhan seperti orang tua. Ada yang membayangkan tuhan sebagai orang muda. Golongan ini dikenali sebagai golongan Mujassimah dan Musyabbihah. Mereka ini tiada hubungan dengan Islam dan pendapat mereka tidak benar sama sekali. Bagi menjawab pendapat mereka ini cukup dengan firman Allah. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (As-Shura: 11) Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. (Al-Ikhlas: 1-4) انقسم الناس في هذه المسالة على أربع فرق : 1 – فرقة أخذت بظواهرها كما هي , فنسبت لله وجوها كوجوه الخلق , و يدا أو أيديا كأيديهم , و ضحكا كضحكهم , وهكذا حتى فرضا الإله شيخا , و بعضهم فرضه شابا , وهؤلاء هم المجسمة و المشبهة , و ليسوا من الإسلام في شيء , و ليس لقولهم نصيب من الصحة , و يكفي في الرد  عليهم , قول الله تبارك وتعالى : (لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ) (الشورى:11) . وقوله تعالى : (قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ , اللهُ الصَّمَدُ , لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ , وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ) الإخلاص .
2. Golongan yang menolak sama sekali apa jua maksud perkataan-perkataan tersebut dengan menafikan sama sekali bahawa sifat-sifat itu merujuk kepada Allah Taala. Menurut mereka Allah tidak boleh bercakap, mendengar dan melihat kerana semua ini hanya boleh dilakukan oleh anggota badan dan sudah tentu anggota badan tidak boleh dikaitkan dengan Allah Taala. Dengan ini mereka menolak sama sekali semua sifat-sifat Allah dalam masa yang sama cuba mensucikan Allah. Golongan ini dikenali sebagai golongan Muattilah. Beberapa ahli sejarah aqidah Islam menggelar mereka ini sebagai Jahmiah. Saya rasa tiada siapa yang berakal akan menerima kata-kata yang tidak masuk akal ini. Jelas terbukti wujud beberapa makhluk yang boleh bercakap, mendengar dan melihat walaupun tanpa anggota badan. Jadi kenapa Allah perlu bercakap menggunakan anggota?! Allah jauh lebih hebat daripada itu.   2- فرقة عطلت معاني هذه الألفاظ على أي وجه , يقصدون بذلك نفي مدلولاتها مطلقا عن الله تبارك و تعالى , فالله تبارك و تعالى عندهم لا يتكلم و لا يسمع و لا يبصر , لأن ذلك لا يكن إلا بجارحة , و الجوارح يجب أن تنفى عنه سبحانه , فبذلك يعطلون صفات الله تبارك وتعالى و يتظاهرون بتقديسه ,وهؤلاء هم المعطلة , و يطلق عليهم بعض علماء تاريخ العقائد الإسلامية : (الجهمية) , ولا أظن أن أحدا عنده مسكة من عقل يستسيغ هذا القول المتهافت ! و ها قد ثبت الكلام و السمع و البصر لبعض الخلائق بغير جارحة , فكيف يتوقف كلام الحق تبارك وتعالى على الجوارح ؟! تعالى الله عن ذلك علوا كبيرا .
Pendapat kedua-dua golongan ini silap dan tidak perlu dibincangkan. Ada dua lagi pendapat yang mendapat perhatian para ahli aqidah. Kedua-dua pendapat ini ialah pendapat ulama salaf (silam) dan khalaf (mutakhir). هذان رأيان باطلان لا حظّ لهما من النظر , و بقي أمامنا رأيان هما محل أنظار العلماء في العقائد , وهما رأي السلف و رأي الخلف .
Pendirian Ulama Salaf Berhubung Ayat Dan Hadis Sifat مذهب السلف في آيات الصفات و أحاديثها
3. Para ulama salaf berpendapat kita perlu terima ayat-ayat dan hadis-hadis ini sebagaimana yang dinyatakan dan kita serahkan apa yang ingin dimaksudkan oleh ayat-ayat dan hadis-hadis ini kepada Allah Taala. Mereka mengakui wujudnya tangan, mata, banyak mata, persemayaman, ketawa, takjub dan sebagainya. Namun bagi mereka semua sifat ini merujuk kepada maksud yang tidak kita ketahui. Kita serahkan maksudnya yang sebenar kepada Allah. Apatah lagi kita telah dilarang untuk membincangkannya apabila Rasulullah saw. bersabda:   3 – أما السلف رضوان الله عليهم فقالوا: نؤمن بهذه الآيات والأحاديث كما وردت ، ونترك بيان المقصود منها لله تبارك وتعالى , فهم يثبتون اليد والعين والأعين والاستواء والضحك والتعجب… الخ , وكل ذلك بمعانٍ لا ندركها , ونترك لله تبارك وتعالى الإحاطة بعلمها , ولاسيما و قد نهينا عن ذلك في قول النبي صلى الله عليه وسلم :
“Berfikirlah kamu tentang makhluk Allah dan janganlah kamu berfikir tentang Allah kerana kamu tidak akan mampu.” (تفكروا في خلق الله , و لا تتفكروا في الله , فإنكم لن تقدروا قدره ) .
Menurut al-Iraqi, hadis ini diRiwayatkan oleh al-Nuaim dalam buku, “al-Hilyah” dengan sanad yang lemah. Sementara al-Asbahani meriwayatkannya dengan sanad yang lebih sahih. Hadis ini juga diRiwayatkan oleh Abu al-Sheikh. Walau bagaimanapun ulama salaf meyakini tidak wujud persamaan antara Allah dan makhluk. Berikut adalah pendapat mereka mengenai masalah ini.   قال العراقي : رواه أبو نعيم في الحلية بإسناد ضعيف , و رواه الأصبهاني  في الترغيب و الترهيب بإسناد أصح منه , و رواه أبو الشيخ  كذلك . مع قطعهم رضوان الله عليهم بعدم مشابهة بانتفاء المشابهة بين الله وبين الخلق , و إليك أقوالهم في ذلك :
a. Abu al-Qasim al-Laalikaie di dalam “Usul al-Sunnah” meriwayatkan daripada Muhammad bin al-Hasan, sahabat Abu Hanifah ra. bahawa Abu Hanifah berkata: Para fuqaha dari timur hingga ke barat sependapat bahawa wajib mengimani al-Quran dan hadis-hadis yang diRiwayatkan oleh orang-orang yang dipercayai daripada Rasulullah saw. yang ada menyebut tentang sifat Allah Azza wa Jalla tanpa perlu ditafsirkan atau dibayangkan atau disamakan dengan makhluk. Sesiapa yang menghuraikan mana-mana sifat ini pada hari ini telah terpesong daripada amalan Nabi saw. dan dia telah berpisah daripada jamaah. Mereka tidak pernah menggambarkan dan tidak pernah mentafsirkannya. Sebaliknya mereka hanya memberikan pendapat berdasarkan Kitab dan sunnah kemudian mereka mendiamkan diri.” ( أ ) روى اللالكائي في (أصول السنة) عن محمد بن الحسن صاحب أبي حنيفة رضي الله عنهما قال : (اتفق الفقهاء كلهم من المشرق إلى المغرب على الإيمان بالقرآن وبالأحاديث التي جاء بها الثقات عن رسول الله صلى الله عليه وسلم في صفة الرب عز وجل من غير  تفسير ولا وصف ولا تشبيه ، فمن فسر اليوم شيئاً من ذلك فقد خرج مما كان عليه النبي صلى الله عليه وسلم وفارق الجماعة , فإنهم لم يصفوا و لم يفسروا , ولكن أفتوا بما في الكتاب و السنة ثم سكتوا) .
b. Al-Khallal dalam buku, “Al-Sunnah” ada menyebut bahawa Imam Hanbal ada menyebut dalam beberapa bukunya seperti “Al-Sunnah Wa al-Mehnah”: “Saya pernah bertanya Abu Abdullah mengenai hadis-hadis yang ada menyebut bahawa: “Allah Taala turun ke langit dunia, Allah melihat, Allah meletakkan kakinya” dan hadis-hadis yang seumpama dengannya. Lalu Abu Abdullah berkata: Kita mengimaninya, kita mempercayainya, walaupun kita tidak tahu cara dan maksudnya, kita tidak menolaknya sama sekali. Kita tahu apa yang dibawa oleh Rasulullah saw. adalah benar jika diRiwayatkan dengan sanad yang sahih. Kita tidak akan menolak firman Allah dan kita juga tidak akan menggambarkan Allah lebih daripada apa yang dinyatakan tentang diriNya sendiri yang tiada batasan dan penghujung. Dia yang tiada seumpama denganNya.”   ( ب )  ذكر الخلال في كتاب (السنة) و ذكره حنبل في كتبه مثل كتاب (السنة و المحنة) :
قال حنبل : سألت أبا عبد الله : عن الأحاديث التي تروى (إن الله تبارك وتعالى ينزل إلى سماء الدنيا) و (إن الله تعالى يرى) و (إن الله يضع قدمه) و ما أشبه هذه الأحاديث
فقال أبو عبد الله : (نؤمن بها و نصدق بها و لا كيف و لا معنى , ولا نرد منها شيئا , ونعلم أن ما جاء به الرسول حق إذا كان بأسانيد صحاح   , و لا نرد على الله قوله , و لا يوصف الله تبارك وتعالى بأكثر مما وصف به نفسه بلا حد ولا غاية , ليس كمثله شيء) .
c. Ada diRiwayatkan bahawa Harmalah bin Yahya pernah berkata: Saya mendengar Abdullah bin Wahab berkata: Saya mendengar Malik bin Anas berkata: “Apabila seseorang cuba menggambarkan sesuatu zat Allah contohnya ketika menerangkan ayat: “orang-orang Yahudi berkata tangan Allah terbelenggu” lalu dia menunjukkan tangannya ke lehernya, ataupun ketika dia menerangkan firman Allah: “Dan Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat”, lalu dia menudingkan jarinya ke mata dan telinganya atau ke arah tangannya, tangannya itu perlu dikerat kerana dia telah menyamakan Allah dengan dirinya. Malik berkata lagi: Tidakkah kamu pernah mendengar kata-kata al-Barra’ ketika dia memberitahu bahawa Nabi saw. tidak pernah berkorban sebanyak empat kali sambil al-Barra menunjukkan jarinya sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi saw. Namun al-Barra’ berkata: Cuma tangan saya lebih pendek daripada tangan Rasulullah saw. Al-Barra tidak mahu menyamakan tangan Rasulullah saw. dengan tangannya kerana mahu menghormati baginda walaupun baginda hanyalah seorang makhluk yang dicipta. Jadi bagaimana pula dengan Allah yang mencipta, tiada yang sama seumpamaNya?!” ( ج ) و روى حرملة بن يحيى قال : سمعت مالك بن أنس يقول : (من وصف شيئا من ذات الله عز وجل مثل قوله: (وَقَالَتِ الْيَهُودُ يَدُ اللهِ مَغْلُولَةٌ) (المائدة:64) فأشار بيده إلى عنقه , ومثله قوله (وهو السميع البصير) فأشار إلى عينيه أو أذنه أو شيء من يديه , قطع ذلك منه ، ؛ لأنه شبه الله تعالى بنفسه) , ثم قال مالك : (أما سمعت قول البراء حين حدث أن النبي صلى الله عليه وسلم لا يضحي بأربع من الضحايا و أشار البراء بيده كما أشار النبي صلى الله عليه وسلم , قال البراء : و يدي أقصر من يد رسول الله , فكره البراء أن يصف يد رسول الله إجلالا له و هو مخلوق , فكيف الخالق الذي ليس كمثله شيء ؟!)
d. Abu Bakar al-Athram, Abu Amru al-Talmanki dan Abu Abdullah bin Abu Salamah al-Majishun, telah meriwayatkan perbincangan yang panjang lebar berkenaan dengan masalah ini dan perbincangan ini diakhiri dengan kenyataan beliau: “Bagaimana Allah gambarkan tentang diriNya sendiri dan Allah namakannya melalui lisan rasulNya maka kita akan namakannya sebagaimana yang Allah namakan. Kita tidak diminta menggambarkan Allah dengan sifat yang lain daripada itu, tidak begitu dan tidak begini. Kita tidak akan tolak sifat yang Allah nyatakan dan kita tidak diminta untuk mengetahui sifat yang tidak Allah nyatakan.” ( د ) و روى أبو بكر بن الأثرم , و أبو عمرو الطلمنكي و أبو عبد الله بن أبي سلمة الماجشون كلاما طويلا في هذا المعنى ختمه بقوله : (فما وصف الله من نفسه فسماه على لسان رسوله سميناه كما سماه , و لم نتكلف منه صفة ما سواه , لا هذا , و لا هذا , لا نجحد ما وصف و لا نتكلف معرفة ما يصف) .
“Semoga Allah merahmati anda, ketahuilah agar anda terpelihara dalam membincangkan soal agama ini, anda hendaklah hanya terima setakat apa yang diberitahu kepada anda sahaja. Janganlah anda melanggar had yang telah diberikan kepada anda. Salah satu tunjang agama ini ialah anda mengetahui perkara yang betul dan anda menolak perkara yang tidak betul. Walau bagaimanapun tidak salah untuk anda menyatakan perkara yang telah diketahui umum, perkara yang anda terima dengan hati yang tenang, perkara yang ada disebutkan asasnya oleh kitab dan sunnah serta ilmu yang diwarisi generasi demi generasi oleh umat ini. Tidak salah untuk anda gambarkan sebagaimana yang Allah gambarkan tentang diriNya. Namun apa yang tidak dapat diterima oleh diri anda dan tidak disebut oleh al-Quran serta hadis nabi tentang sesuatu sifat Tuhan anda di mana anda tidak diminta untuk mengetahuinya, maka janganlah anda gunakan lidah anda untuk menggambarkannya pula. Diamkan sahaja sebagaimana Allah diamkan.   اعلم رحمك الله أن العصمة في الدين تنتهي حيث انتهى بك , ولا تجاوز ما قد حدد لك , فإن من قوام الدين معرفة المعروف و إنكار المنكر , فما بسطت عليه المعرفة , و سكنت إليه الأفئدة , و ذُكر أصله في الكتاب و السنة , و توارث علمه الأمة فلا تخافنّ في ذكره و صفته من ربك ما وصف من نفسه عيناً , و لا تكلفن بما وصف من ذلك قدرا , وما أنكرته نفسك , و لم تجد ذكره في كتاب ربك , و لا في الحديث عن نبيك من ذكر صفة ربك فلا تتكلفن علمه بعقلك , ولا تصفه بلسانك , و اصمت كما صمت الرب عنه من نفسه ,
Usaha anda bersusah payah untuk mengetahui sifat yang tidak dinyatakan oleh Allah samalah seperti anda menafikan sifat yang Allah nyatakan tentang dirinya. Jika anda memandang berat tindakan orang yang menafikan sifat yang Allah nyatakan tentang diriNya begitulah juga anda sepatutnya memandang berat tindakan orang yang cuba menggambarkan Allah dengan sifat yang tidak dinyatakan sendiri oleh Allah. فإن تكلفك معرفة ما لم يصف به نفسه مثل إنكارك ما وصف منها , فكما أعظمت ما جحد الجاحدون مما وصف من نفسه , فكذلك أعظِم تكلف ما وصف الواصفون مما لم يصف نفسه ,
Demi sesungguhnya, Allah telah mengagungkan orang Islam yang mengetahui perkara yang betul dan pengetahuan mereka digunakan bagi menentukan perkara yang betul. Begitu juga dengan mereka yang mencegah perkara yang tidak betul dan pencegahan mereka ini digunakan bagi menentukan perkara yang tidak betul. Mereka dengar tentang sifat yang Allah nyatakan bagi menggambarkan tentang diriNya dalam kitabNya. فقد والله عز على المسلمون الذين يعرفون المعروف و بمعرفتهم يعرف , و ينكرون المنكر وبإنكارهم ينكر , يسمعون ما وصف الله به نفسه من هذا في كتابه ,
Demikian juga apa yang sampai kepada mereka dari nabiNya. Hati orang Islam tidak terasa sakit apabila sifat ini disebutkan. Orang yang beriman juga tidak merasa keberatan menerima sifat qudrat dan nama-nama lain yang dinyatakan oleh tuhan mereka. Berkenaan dengan sifat Allah yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. ianya sama sepertimana nama dan sifat yang Allah nyatakan untuk diriNya. وما يبلغهم مثله عن نبيه , فما مرض ذكر هذا و تسميته من الرب قلب مسلم , ولا تكلف صفة قدره , ولا تسمية غيره من الرب مؤمن , و ما عن رسول الله أنه سماه من صفة ربه فهو بمنزلة ما سمّى و وصف الرب تعالى من نفسه ,
Bagi orang-orang yang mempunyai ilmu yang mantap, mereka akan terhenti setakat mana ilmu mereka sahaja. Mereka akan menggambarkan Tuhan mereka sebagaimana sifat yang dinyatakan oleh Tuhan mereka. Mereka akan mengenepikan sifat-sifat yang tidak dinyatakan dan mereka juga tidak akan menolak sifat-sifat yang dinyatakan. Mereka tidak akan bersusah payah berusaha menggambarkan Allah dengan sifat yang tidak dinyatakan oleh Allah kerana apa yang sepatutnya ialah mengenepikan sifat yang tidak dinyatakan dan menyatakan sifat yang dinyatakan. و الراسخون في العلم , و الواقفون حيث انتهى بهم علمهم , و الواصفون لربهم بما وصف به نفسه , التاركون لما ترك من ذكرها لا ينكرون صفة ما سمى منها جحدا , ولا يتكلفون وصفه بما لم يسم تعمقا , لأن الحق ترك ما ترك و سمّى ما سمّى ,
Dan barang siapa mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (Al-Nisa’: 115) Semoga Allah mengurniakan kita semua kebijaksanaan dan kita digolongkan sebagai orang-orang yang soleh.” و من (يَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيراً) (النساء:115) , وهب الله لنا حكما و ألحقنا بالصالحين .
Pendirian Ulama Khalaf (Mutakhir) Berhubung Ayat Dan Hadis Sifat 4. Saya jelaskan tadi, ulama salaf (silam) semoga diredai Allah, mengimani ayat-ayat dan hadis-hadis sifat sebagaimana yang dinyatakan dan mereka menyerahkan penjelasan kepada maksud ayat-ayat dan hadis-hadis tersebut kepada Allah Taala. Namun mereka yakin bahawa Allah tidak boleh sama sekali disamakan dengan makhlukNya.   مذهب الخلف في آيات الصفات و أحاديثها 4- قدمت لك أن السلف رضوان الله عليهم يؤمنون بآيات الصفات وأحاديثها كما وردت , و يتركون بيان المقصود منها لله تبارك وتعالى مع اعتقادهم بتنزيه الله تبارك وتعالى عن المشابهة لخلقه .
Ulama khalaf (mutakhir) pula berkata: Kita pasti maksud perkataan-perkataan di dalam ayat-ayat dan hadis-hadis ini tidak sebagaimana zahirnya. Ini bermakna perkataan-perkataan ini adalah perumpamaan yang tidak salah untuk ditafsirkan. Dengan ini mereka mentafsirkan perkataan wajah sebagai zat Allah, tangan sebagai kuasa dan sebagainya bertujuan menghapuskan sebarang kekeliruan yang menyamakan Allah dengan makhluk. Berikut adalah beberapa contoh pendapat mereka dalam masalah ini. فأما الخلف فقد قالوا : إننا نقطع بأن معاني ألفاظ هذه الآيات و الأحاديث لا يراد بها ظواهرها , وعلى ذلك فهي مجازات لا مانع من تأويلها , فاخذوا يؤولون (الوجه) بالذات و (اليد) بالقدرة .. وما إلى ذلك هربا من شبهة التشبيه , و إليك نماذج من أقوالهم في ذلك :
1. Abu al-Faraj Ibnu al-Jauzi al-Hanbali menyebut dalam bukunya, “Daf`u Shubahat al-Tasybih”: “Allah Taala berfirman: Dan akan kekallah Wajah (Zat) Tuhanmu. (Ar-Rahman: 27) Para ahli tafsir menghuraikan maksudnya ialah “kekal zat Tuhanmu”. Demikian juga dengan firman Allah Taala: Sedang mereka menghendaki wajahNya (keredaanNya) semata-mata. (Al-An‘am: 52) Apa yang dimaksudkan ialah “mereka menghendaki keredaanNya”. Menurut al-Dahhak dan Abu Ubaidah: Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Wajah (Zat) Allah. (Al-Qasas: 88) Apa yang dimaksudkan ialah “melainkan Zat Allah”. ( أ ) قال أبو الفرج بن الجوزي الحنبلي في كتابه (دفع شبهة التشبيه) : (قال الله تعالى : (ويبقى وجه ربك) قال المفسرون : ويبقى ربك , وكذلك قالوا في قوله تعالى : (يريدونه وجهه) أي يريدونه , وقال الضحاك و أبو عبيدة : (كل شيء هالك إلا وجهه) أي إلا هو) .
Beliau turut menulis satu tajuk khusus dalam bukunya sebagai tambahan bagi menjawab dakwaan mereka yang mengatakan bahawa menerima zahir ayat dan hadis ini merupakan pendirian yang dipegang oleh ulama salaf. Secara ringkasnya menurut beliau, menerima maksud zahir bermakna meletakkan Allah sebagai berjisim dan sama dengan makhluk kerana itulah yang dimaksudkan oleh perkataan tersebut mengikut bahasanya. Tangan tidak membawa maksud lain selain merujuk kepada satu anggota. وعقد في أول الكتاب فصلا إضافيا في الرد على من قالوا أن الأخذ بظاهر هذه الايات و الأحاديث هو مذهب السلف , وخلاصة ما قاله هو أن الأخذ بالظاهر هو تجسيم و تشبيه , لأن ظاهر اللفظ هو ما وضع له , فلا معنى لليد حقيقة إلا الجارحة , وهكذا .
Ulama salaf sebenarnya bukan sahaja tidak menerima maksud ayat dan hadis ini mengikut bahasa malah mereka menolak sama sekali untuk membincangkannya. Malah mereka berpendapat meletakkan istilah ayat sifat atau hadis sifat merupakan rekaan baru yang tidak diperkenalkan oleh kitab Allah dan juga sunnah. Istilah ini tidak bertepatan sama sekali malah ianya adalah suatu jalinan yang salah. Beliau menguatkan pendapatnya ini dengan mengemukakan pelbagai hujah tetapi malangnya ia tidak dapat dinyatakan di sini. و أما مذهب السلف فليس أخذها على ظاهرها , ولكن السكوت جملة عن البحث فيها , و أيضا فقد ذهب إلى أن تسميتها آيات صفات و أحاديث صفات تسمية مبتدعة لم ترد في كتاب و لا في سنة , وليست حقيقية فإنها إضافات ليس غير , و استدل على كلامه في ذلك بادلة كثيرة لا مجال لذكرها هو .
2. Menurut Fakhruddin al-Razi dalam bukunya, “Asas al-Taqdis”: “Ayat-ayat al-Quran tidak mungkin ditafsirkan mengikut bahasa sahaja kerana beberapa sebab: Pertama, contohnya firman Allah: Dan supaya engkau dibela atas mataKu (pengawasanKu). (Taha: 39) Secara zahirnya menurut bahasa ayat ini menunjukkan Musa a.s. berada di atas mata, melekat pada mata dan lebih tinggi daripada mata itu. Kenyataan ini sudah tentu tidak lahir daripada orang yang berakal. Kedua ialah firman Allah: Dan buatlah bahtera dengan mata-mata Kami (pengawasan serta kawalan Kami). (Hud: 37) Ayat ini menunjukkan alat yang membuat kapal itu ialah mata. Ketiga, kewujudan banyak mata pada satu wajah adalah hodoh. Dengan ini jelas ia perlukan kepada takwilan dan perkataan ini sepatutnya merujuk kepada maksud pengawasan dan pemerhatian. ( ب ) وقال فخر الدين الرازي في كتابه أساس التقديس : (واعلم أن نصوص القرآن لا يمكن إجراؤها على ظاهرها لوجوه : الأول أن ظاهر قوله تعالى (ولتصنع على عيني) يقتضي أن يكون موسى موسى مستقرا على تلك العين ملتصقا بها مستعليا عليها وذلك لا يقوله عاقل , و الثاني أن قوله تعالى (واصنع الفلك بأعيننا) يقتضي أن تكون آلة تلك الصنعة هي تلك العين , والثالث أن إثبات الأعين في الوجه الواحد قبيح فثبت أنه لابد من المصير إلى التأويل و وذلك أن تحمل هذه الألفاظ على شدة العناية والحراسة) .
3. Dalam juzuk pertama bukunya, “Ihya’ Ulumiddin”, Imam al-Ghazali ketika membincangkan tentang hubungan ilmu zahir dengan batin, bahagian yang dikaitkan dengan zahir dan batin, masalah takwil dan bukan takwil: Bahagian ketiga ialah jika sesuatu perkataan disebutkan secara langsung ia akan difahami dengan mudah dan tidak menimbulkan apa-apa masalah. Tetapi ada perkataan yang disebutkan secara kiasan atau perlambangan supaya kesannya lebih mendalam pada hati pendengar. Contohnya, sabda Rasulullah saw.: “Masjid akan mengelak dari terkena ludah sama seperti kulit akan mengelak daripada terkena api.”[33]  Maksud hadis ini merujuk kepada sikap menghormati masjid dan kedudukannya yang mulia, sementara perbuatan meludah adalah suatu penghinaan kepadanya dan memberi kesan kepada  kesucian masjid sama seperti api memberi kesan kepada kulit. Walau bagaimanapun anda pun tahu masjid tidak pernah mengelak daripada terkena ludah. Demikian juga dengan sabda Rasulullah saw.: “Tidakkah orang yang mengangkatkan kepalanya sebelum imam itu takut Allah akan menukarkan kepalanya kepada kepala keldai.”[34]  ( ج ) قال الإمام الغزالي في الجزء الأول من كتابه إحياء علوم الدين عند كلامه على نسبة العلم الظاهر إلى الباطن و أقسام ما يتأتّى فيه الظهور و البطون , و التأويل و غير التأويل : (القسم الثالث أن يكون الشيء بحيث لو ذكر صريحا لفخم و لم فيه ضرر , و لكن يكنى عنه على سبيل الاستعارة و الرمز , ليكون وقعه في قلب المستمع أغلب ………و منه قوله صلى الله عليه وسلم : (إن المسجد لينزوي من النخامة كما تنزوي الجلدة على النار)  وعناه أن روح المسجد و كونه معظما , ورمي النخامة تحقير له فيضاد معنى المسجدية معنى النار لاتصال أجزاء الجلدة , وأنت ترى أن ساحة المسجد لا تنقبض من نخامة , وكذلك قوله صلى الله عليه وسلم (أما يخشى الذي يرفع رأسه قبل الإمام أن يحول الله رأسه رأس حمار)
Secara fizikalnya, kenyataan ini belum pernah berlaku dan tidak akan berlaku namun secara simboliknya ia boleh berlaku. Apa yang dimaksudkan oleh hadis ini bukanlah kepala keldai secara fizikal dan dalam bentuk rupa sebaliknya ia membawa maksud yang simbolik iaitu kebodohan dan kedangkalan. Orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam maka kepalanya ibarat kepala keldai yang membawa maksud bodoh dan dangkal. Inilah apa yang dimaksudkan dan hadis ini bukan merujuk kepada rupa bentuk. Cara untuk mengetahui apa yang dimaksudkan ialah simbolik adalah melalui hujah akal dan hujah syarak. Secara rasionalnya, tidak mungkin hadis ini merujuk kepada zahir. Sama seperti sabda Rasulullah saw.:   وذلك من حيث الصورة لم يكن قط و لا يكون , ولكن من حيث المعنى هو كائن , إذ رأس الحمار لم يكن بحقيقته و كونه و شكله بل بخاصيته , وهي البلادة و الحمق , و من رفع راسه قبل الإمام , ومن رفع رأسه قبل الإمام فقد صار رأسه رأس الحمار في معنى البلادة و الحمق , و هو المقصود دون الشكل , و إنما يعرف هذا السر على خلاف الظاهر إما بدليل عقلي أو شرعي , أما العقلي فان يكون حمله على الظاهر غير ممكن كقوله :
“Hati orang beriman antara dua jari di antara jari-jari al-Rahman.”[35]   (قلب المؤمن بين إصبعين من أصابع الرحمن)
Jika anda lihat hati orang yang beriman anda tidak akan temui jari-jari yang disebutkan ini. Dengan ini boleh difahami ia adalah kiasan kepada sifat qudrat yang merupakan rahsia jari-jari ini dan roh yang tersembunyi. Jari-jari ini dijadikan sebagai lambang kuasa yang merupakan rahsia dan roh yang tersembunyi di sebalik jari-jari ini. Jari-jari ini dijadikan sebagai lambang kuasa kerana ia lebih mudah difahami untuk menggambarkan kuasa mutlak. إذ لو فتشنا عن قلوب المؤمنين لم نجد فيها أصابع , فعلم انها كناية عن القدرة التي هي سر الأصابع و روحها الخفي , وكني بالأصابع عن القدرة لأن ذلك أعظم وقعا في تفهم تمام الاقتدار) .
Kita telah bincangkan mengenai masalah ini dalam tajuk lain dalam buku ini. Namun apa yang dibincangkan di sini sudah memadai untuk memahami masalah ini. و قد نعرض لمثل هذا الكلام في موضع من هذا البحث , و فيما ذكرناه كفاية .
Dengan ini, anda telah memahami dengan jelas pendirian ulama salaf dan ulama khalaf. Kedua-dua pendirian ini menjadi perbincangan yang hangat di kalangan ulama kalam. Masing-masing cuba mempertahankan pendirian masing-masing dengan menggunakan pelbagai hujah dan bukti. Jika anda kaji masalah ini anda akan dapati perbezaan antara kedua-dua pendapat ini sebenarnya tidak wujud jika kedua-dua pihak tidak bersikap fanatik dan terlalu taksub. Perbahasan mengenai masalah ini walaupun membabitkan perbincangan yang panjang namun ia akhirnya akan membawa kepada satu kesimpulan iaitu segala-galanya diserahkan kepada Allah. Perkara ini akan kita bincangkan secara lebih mendalam. إلى هنا وضح أمامك طريقا السلف و الخلف , وقد كان هذان الطريقان مثار خلاف شديد بين علماء الكلام من أئمة المسلمين , و أخذ كل يدعم مذهبه بالحجج و الأدلة , ولو بحثتَ الأمرَ لعلِمتَ أنَّ مسافةَ الخُلْف بين الطريقتين لا تحتمل شيئاً من هذا لو ترك أهلُ كلٍّ منهما التطرفَ والغلوَّ , وأنَّ البحثَ في مثل هذا الشأن مهما طال فيه القول لا يؤدي في النهاية إلا إلى نتيجةٍ واحدةٍ ، هي التفويض لله تبارك وتعالى , وهذا ما سنفصله لك إن شاء الله .
Antara Ulama Salaf Dan Ulama Khalaf بين السلف و الخلف
Kini anda telah faham bahawa pendirian ulama salaf berhubung ayat-ayat dan hadis-hadis yang berkaitan dengan sifat-sifat Allah Taala ialah mereka menerima sifat-sifat ini sebagaimana yang dinyatakan oleh nas dan mereka tidak bertindak untuk mentafsir atau mentakwilkannya. Sementara ulama khalaf pula mentakwil ayat-ayat dan hadis-hadis ini bersesuaian dengan kenyataan bahawa Allah tidak menyerupai makhlukNya. Dengan ini anda dapat memahami bahawa wujud perdebatan yang hangat antara kedua-dua pendekatan hingga membawa kepada budaya saling tuduh-menuduh. Keterangannya adalah seperti berikut: قد علمت أن مذهب السلف في الآيات المتشابهات والأحاديث التي تتعلق بصفات الله تبارك وتعالى أن يمروها على ما جاءت عليه ، ويسكتوا عن تفسيرها أو تأويلها ، وأن مذهب الخلف أن يؤولوها بما يتفق مع تنزيه الله تبارك وتعالى عن مشابهة خلقه ، وعلمت أن الخلاف شديد بين أهل الرأيين حتى أدى بينهما إلى التنابز بالألقاب العصبية ، وبيان ذلك من عدة أوجه :
Pertama: Kedua-dua pihak sependapat bahawa Allah tidak menyerupai makhlukNya. أولا : اتفق الفريقان على تنزيه الله تبارك وتعالى عن المشابهة لخلقه .
Kedua: Kedua-dua pihak menerima apa yang dimaksudkan oleh nas-nas berkenaan dengan zat Allah Taala adalah berbeza dengan apa yang dinyatakan oleh zahirnya kerana perkataan tersebut turut digunakan untuk menggambarkan sifat makhluk. Ini adalah hasil pendapat kedua-dua pihak kerana kedua-dua pihak menolak persamaan Allah dengan makhluk. ثانيا : كل منهما يقطع بأن المراد بألفاظ هذه النصوص في حق الله تبارك وتعالى غير ظواهرها التي وضعت لها هذه الألفاظ في حق المخلوقات ، وذلك مترتب على اتفاقهما على نفي التشبيه .
Ketiga: Kedua-dua pihak sedar bahawa perkataan yang digunakan tersebut bersesuaian dengan sentuhan perasaan manusia atau boleh difahami oleh pancaindera manusia melalui bahasa yang digunakan oleh mereka. Walau bagaimanapun, walau betapa hebat sekali bahasa yang digunakan namun ia tidak semestinya dapat mengungkapkan keseluruhan kenyataan ilmu dan hakikat zat Allah Taala. Bahasa tidak dapat membekalkan kepada kita istilah-istilah yang dapat menghuraikan kesemua hakikat ini. Jadi percubaan untuk mengenal pasti apa yang dimaksudkan oleh istilah-istilah ini adalah sia-sia.   ثالثا : كل من الفريقين يعلم أن الألفاظ توضع للتعبير عما يجول في النفوس ، أو يقع تحت الحواس مما يتعلق بأصحاب اللغة وواضعيها ، وأن اللغات مهما اتسعت لا تحيط بما ليس لأهلها بحقائقه علم ، وحقائق ما يتعلق بذات الله تبارك وتعالى من هذا القبيل ، فاللغة أقصر من أن تواتينا بالألفاظ التي تدل على هذه الحقائق ، فالتحكم في تحديد المعاني بهذه الألفاظ تغرير .
Jika ini benar, ia bermakna ulama salaf dan khalaf sependapat dalam soal takwil. Jadi perbezaan pendapat antara mereka ialah ulama khalaf cuba menentukan apakah maksud istilah-istilah tersebut sebagai suatu tindakan perlu bagi memelihara akidah orang ramai yang keliru dengan usaha sesetengah pihak yang mahu menyamakan Allah dengan makhluk. Perbezaan pendapat ini tidak sepatutnya diperbesar-besarkan atau sepatutnya menimbulkan suasana tuduh-menuduh. وإذا تقرر هذا فقد اتفق السلف والخلف على أصل التأويل ، وانحصر الخلاف بينهما في أن الخلف زادوا تحديد المعنى المراد حيثما ألجأتهم ضرورة التنزيه إلى ذلك حفظا لعقائد العوام من شبهة التشبيه ، وهو خلاف لا يستحق ضجة ولا إعناتا .
Menyokong Pendekatan Ulama Salaf ترجيح مذهب السلف :
Kita yakin pendapat ulama salaf yang berdiam diri dan menyerahkan maksud segala istilah ini kepada Allah merupakan pendekatan yang paling selamat dan terbaik untuk dicontohi sebagai satu langkah menghentikan segala pentakwilan. Jika anda dianugerahkan ketenangan iman dan memiliki hati yang yakin, inilah jalan yang betul. Namun demikian kita juga yakin segala pentakwilan oleh ulama khalaf tidak semestinya dibalas dengan menuduh mereka sebagai kufur atau fasiq. Pentakwilan oleh ulama khalaf ini juga tidak sepatutnya menimbulkan perbahasan yang begitu lama antara mereka dan yang lain, baik dahulu mahupun sekarang. Apatah lagi Islam bersikap terbuka untuk semua perbezaan pendapat ini. ونحن نعتقد أن رأي السلف من السكوت وتفويض علم هذه المعاني إلى الله تبارك وتعالى أسلم وأولى بالاتباع ، حسما لمادة التأويل والتعطيل ، فإن كنت ممن أسعده الله بطمأنينة الإيمان ، وأثلج صدره ببرد اليقين ، فلا تعدل به بديلا ، ونعتقد إلى جانب هذا أن تأويلات الخلف لا توجب الحكم عليهم بكفر ولا فسوق ، ولا تستدعي هذا النزاع الطويل بينهم وبين غيرهم قديما وحديثا ، وصدر الإسلام أوسع من هذا كله .
Orang yang paling kuat berpegang dengan pendekatan ulama salaf sekalipun adakalanya membuat beberapa pentakwilan. Beliau ialah Imam Ahmad bin Hanbal ra. Beliau pernah mentakwil hadis:  “Hajar al-Aswad adalah tangan kanan Allah di bumiNya.”[36]  Demikian juga dengan hadis:  “Hati orang yang beriman antara dua jari jemari al-Rahman.”[37]   Serta hadis: “Saya dapat rasai nafas al-Rahman dari sebelah Yaman.”[38]  وقد لجأ أشد الناس تمسكا برأي السلف ، رضوان الله عليهم ، إلى التأويل في عدة مواطن ، وهو الإمام أحمد بن حنبل رضي الله عنه ، من ذلك تأويله لحديث : (الحجر الأسود يمين الله في أرضه) وقوله صلى الله عليه وسلم :(قلب المؤمن بين إصبعين من أصابع الرحمن) وقوله صلى الله عليه وسلم : (إني لأجد نفس الرحمن من جانب اليمن) .
Saya lihat Imam al-Nawawi ra. berjaya merapatkan jurang perbezaan pendapat antara kedua-dua pihak sehingga tidak wujud lagi sebarang ruang untuk sebarang perbahasan dan perdebatan. Apatah lagi ulama khalaf sendiri telah meletakkan syarat segala pentakwilan perlu bertepatan dengan rasional akal dan syarak. Pentakwilan ini tidak boleh bercanggah dengan asas-asas agama. وقد رأيت للإمام النووي رضي الله عنه ما يفيد قرب مسافة الخلاف بين الرأيين مما لا يدع مجالا للنزاع والجدال ، ولا سيما وقد قيد الخلف أنفسهم في التأويل بجوازه عقلا وشرعا ، بحيث لا يصطدم بأصل من أصول الدين .
Di dalam bukunya, Asas al-Taqdis al-Razi menyebut: “Jika kita benarkan takwil maka secara sukarela kita akan sibuk menjelaskan apakah pentakwilan tersebut secara mendalam. Jika kita tidak benarkan takwil kita serahkan maksudnya kepada Allah Taala. Ini adalah peraturan am yang menjadi rujukan dalam semua masalah membabitkan perkara mutasyabihat. Hanya pada Allah segala taufik.” قال الرازي في كتابه ( أساس التقديس ) : ( ثم إن جوزنا التأويل اشتغلنا على سبيل التبرع بذكر تلك التأويلات على التفصيل ، وإن لم نجز التأويل فوضنا العلم بها إلى الله تعالى ، فهذا هو القانون الكلي المرجوع إليه في جميع المتشابهات ، وبالله التوفيق ) .
Kesimpulan kepada perbahasan ini, ulama salaf dan khalaf sependapat bahawa apa yang dimaksudkan oleh perkataan-perkataan tersebut adalah tidak sama sebagaimana yang biasa difahami oleh manusia. Inilah takwil perkataan-perkataan ini secara umumnya. Kedua-dua pihak juga sependapat bahawa setiap pentakwilan yang bercanggah dengan asas syarak adalah tidak harus. Jadi perbezaan pendapat hanya wujud dalam mentakwil perkataan yang dibenarkan oleh syarak. Sebagaimana yang anda tahu, masalah yang dibincangkan sedikit sahaja dan membabitkan masalah yang mana ulama salaf sendiri ada membuat pentakwilan. Apa yang penting dan perlu diberikan perhatian oleh semua umat Islam hari ini ialah bersatu padu dan bersepakat seboleh mungkin. Hanya kepada Allah kita berserah dan Allah adalah sebaik-baik pelindung. وخلاصة هذا البحث أن السلف والخلف قد اتفقا على أن المراد غير الظاهر المتعارف بين الخلق ، وهو تأويل في الجملة ، واتفقا كذلك على أن كل تأويل يصطدم بالأصول الشرعية غير جائز ، فانحصر الخلاف في تأويل الألفاظ بما يجوز في الشرع ، وهو هين كما ترى ، وأمر لجأ إليه بعض السلف أنفسهم ، وأهم ما يجب أن تتوجه إليه همم المسلمين الآن توحيد الصفوف ، وجمع الكلمة ما استطعنا إلى ذلك سبيلا ، والله حسبنا ونعم الوكيل

[1] Menurut al-Qurtubi: Allah mengakhiri surah ini dengan perintah supaya manusia melihat dan mengambil pengajaran daripada tanda-tanda kekuasaanNya yang dicipta oleh Tuhan yang hidup, berkuasa, suci dan tidak mengharapkan sesiapa. Mudah-mudahan keimanan berlandaskan kepada sesuatu yang meyakinkan bukan hanya sekadar mengikut membabi buta.

[2] Abu Bakar Dalaf bin Jahdar al-Shibli. Abu al-Qasim al-Qushairi berkata: Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Baghdad. Beliau menjadi sahabat al-Junaid dan orang yang sezaman dengannya.

[3]  “Seratus kurang satu”, menurut al-Hafiz al-Asqalani dalam Syarah al-Bukhari: Sekumpulan ulama menyebut bahawa “seratus kurang satu” disebutkan selepas “sembilan puluh sembilan” bertujuan menekankan jumlah ini kepada pendengar dengan menggabungkan ayat yang umum dan ayat yang khusus, ataupun ia bertujuan mengelak berlakunya kesilapan pada tulisan dan pendengaran.

[4] Membawa maksud Allah Taala itu Esa dan tiada sesiapa yang menyamaiNya. Sementara bagi maksud “Dia sukakan yang witr (ganjil)”, menurut al-Qurtubi: Witr di sini dinyatakan secara umum tanpa merujuk kepada sesuatu yang boleh dikaitkan di sini. Dengan ini apa yang dimaksudkan di sini ialah Dia suka setiap witr yang ditetapkanNya.  Apa yang dimaksudkan dengan Allah menyukainya ialah Allah memerintahkan supaya ia dilaksanakan dan Allah akan memberikan ganjarannya. Ini sesuai bagi merujuk kepada semua makhluk yang dicipta dengan jumlah ganjil. Ataupun apa yang dimaksudkan dengan Allah menyukainya ialah Allah mengkhususkannya kerana sesuatu sebab yang hanya diketahuiNya. Mungkin juga apa yang dimaksudkan ialah ganjil itu sendiri walaupun tiada hubungan dengan ayat sebelumnya. Kemudian setelah berbincang panjang beliau berkata: Saya merasakan ada makna lain ialai ganjil di sini bermaksud pengeesaan. Jadi maksudnya ialah zat, kesempurnaan dan perbuatan Allah adalah satu dan Allah sukakan tauhid. Maksudnya Allah suka jika manusia mengesakannya dan meyakini Dia sebagai tuhan yang esa. Dengan makna ini barulah ada kesinambungan antara ayat pertama da kedua. Wa Allah A’lam.

[5] Menurut al-Nawawi dalam Syarh Muslim: Maksudnya janganlah kamu mengutuk penyebab sesuatu malapetaka kerana apabila kamu mengutuk penyebabnya bermakna kutukan itu ditujukan kepada Allah kerana Allah yang menyebabkan sesuatu malapetaka itu. Malah masa bukanlah penyebab ia adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah.

[6] Menurut al-Taibi, hadis ini menunjukkan bahawa Allah memiliki satu nama yang teragung. Apabila nama ini diseru doanya akan diperkenankan. Nama ini dinyatakan dalam hadis ini. Hadis ini menjadi hujah menjawab dakwaan mereka yang berkata, semua nama yang disebut dengan ikhlas dengan menolak semua yang lain selain Allah adalah nama yang teragung kerana kemuliaan bukan terletak pada huruf. Terdapat banyak lagi hadis yang membawa maksud yang sama seperti hadis ini tetapi tidak terdapat nama-nama yang disebutkan dalam hadis ini. Apa yang ada hanyalah nama Allah yang disebutkan bersama nama-nama tadi. Ini menandakan nama Allah tersebut adalah nama yang teragung.

[7] Menurut al-Nawawi: Al-Khatib berkata: Lelaki itu ialah Abu Ayyash Zaid bin al-Samit al-Ansari Al-Rizqi.

[8] Memiliki keagungan dan memberikan penghormatan kepada wali-waliMu.

[9] Tiga kegelapan bermaksud kegelapan malam, kegelapan di dalam perut ikan dan kegelapan laut.

[10] Berlainan bahasa seperti bahasa Arab atau bahasa yang lain. Berlainan warna kulit seperti putih, hitam atau sebagainya. Padahal kamu berasal daripada lelaki dan wanita yang sama.

[11] Ketika malam dengan bintang dan ketika siang dengan daratan.

[12] Hujan.

[13] Kami ciptakan Adam daripada tanah dan Kami ciptakan zuriatnya daripada titisan mani.

[14] Kamu melanjutkan usia kamu sehingga kamu dewasa iaitu sempurna dan kuat. Umur di antara tiga puluh hingga ke empat puluh tahun.

[15] Tiada sebarang tumbuhan.

[16] Daripada titisan mani. Menurut al-Qurtubi: Ayat ini mengingatkan nikmat yang diberikan kepada manusia apabila mereka dijadikan daripada tiada kepada ada.

[17] Seperti tumbuhan dan sebagainya.                                                                                                                                                                                                                                           

[18] Seperti rezeki dan sebagainya.

[19] Seperti malaikat dan amalan hamba.

[20] Menurut Imam al-Marizi: Hadis ini secara zahirnya menunjukkan bahawa Nabi saw. menyuruh umat Islam supaya mengetepikan segala yang terlintas di kepala dengan cara mengelakkan diri membincangkannya tanpa perlu mencari dalil atau mengkaji untuk membuktikan kesilapannya. Katanya lagi: Dengan ini apa yang terlintas di kepala ada dua. Pertama, apa yang tiada asas dan tidak menimbulkan sebarang salah faham, perkara ini perlu diketepikan dan hadis ini merujuk kepada perkara ini. Perkara ini dinamakan sebagai was-was iaitu perkara yang terlintas tanpa sebab musabab dan perlu ditolak tanpa perlu melihat dalilnya kerana tiada asas untuk menilai perkara ini. Kedua, apa yang ada asas dan boleh menimbulkan salah faham, perkara ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja tanpa terlebih dahulu dikemukakan dalil dan dikaji bagi menolaknya. Wa Allahu a’lam.

[21] Menurut al-Zamakhsyari: Wajah ini merujuk kepada seluruh zat. Seperti kata fakir miskin di Mekah: Di manakah wajah orang Arab yang dermawan yang akan menyelamatkan saya daripada hidup yang hina ini.

[22] Dengan pemerhatian kami. Menurut al-Rabi’ bin Anas: Dengan penjagaan kami yang sentiasa memerhatikanmu. Menurut Abdullah bin Abbas r.a.: Dengan kawalan kami.

[23] Baiah Ridwan.

[24] Kami cipta dan kami buat tanpa sekutu dan tanpa pembantu. Binatang ternakan di sini ialah unta, lembu dan kambing.

[25] Engkau mengetahui rahsiaku dan Engkau mengetahui isi hatiku yang Engkau ciptakan ini. sedangkan saya tidak mengetahui segala perkara yang Engkau sembunyikan dan yang Engkau ketahui.

[26] Arasy adalah singgahsana raja. Bersemayam di sini menurut Abu al-Hasan al-Asyaari dan yang lain: Bersemayam di singgahsanaNya tanpa diketahui bentuk dan caranya tidak sebagaimana manusia bersemayam. Menurut Abdullah bin Abbas r.a.: Allah mahu mencipta apa yang telah ada dan apa yang sedia ada hingga hari kiamat dan selepas hari kiamat.

[27] Menurut al-Qurtubi: al-Qahr ialah kemenangan dan al-Qahir ialah pemenang. Maksud “atas hamba-hambaNya” menguasai mereka iaitu manusia berada di bawah penguasaanNya bukan membawa Allah berada di tempat yang lebih tinggi. Sama seperti ayat: Sultan berada di atas rakyatnya. Ia membawa sultan di kedudukan yang lebih tinggi.

[28] Menurut al-Qurtubi, di sini dinyatakan langit sahaja walaupun pada hakikatnya kuasa Allah merangkumi semua bertujuan mengingatkan manusia bahawa Allah menjalankan kuasanya di langit tidak sama dengan mereka yang diagungkan oleh manusia di bumi.

[29] Mereka adalah orang kafir yang meletakkan sifat-sifat yang tidak benar pada Allah seperti Allah mempunyai anak atau sekutu dan mereka tidak mempercayai rasulNya.

[30] Menurut al-Hafiz al-Asqalani: Maksudnya ialah Allah Taala menciptanya dengan rupa bentuk sebagaimana diciptakan. Adam tidak membesar secara beransur-ansur atau berada di dalam rahim dalam tempoh tertentu seperti zuriatnya. Malah Allah jadikan Adam sebagai seorang lelaki yang sempurna dan segak semenjak roh ditiupkan kepadanya.

[31] Menurut al-Zamakhshari: Meletakkan kaki di atas sesuatu merupakan perumpamaan kepada teguran. Seolah-olah baginda bersabda: Lalu datang perintah Allah melarangnya daripada terus meminta dan ia pun berhenti meminta. Sabda baginda: “Lalu ia runtuh bertimpa-timpa.”Frasa ini bermaksud ia tertutup sesama sendiri.

[32] Menurut al-Nawawi: Al-Marizi pernah berkata: Kegembiraan ada dalam palbagai cara salah satunya ialah keriangan dan keriangan disebabkan oleh kerana reda dengan apa yang menyebabkan dia merasa riang. Maksudnya di sini ialah Allah reda dengan taubat hambaNya lebih daripada kegembiraan orang yang menemui untanya yang hilang. Keredaan di sini diungkapkan sebagai kegembiraan bagi memberikan kesan yang lebih besar kepada manusia yang mendengar.

[33] Menurut al-Zubaidi dalam “Sharh al-Ihya”: Al-Iraqi berkata: Saya tidak bertemu sumber asal hadis ini. hadis ini sebenarnya adalah kata-kata Abu Hurairah dan diriwayatkan oleh Ibnu Abu Shaibah  dalam karangannya. Saya katakan: Hadis ini juga diriwayatkan oleh Abdul Razzaq daripada Abu Hurairah sebagai hadis mauquf. Dalam Sahih Muslim, diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa suatu ketika Rasulullah saw. terlihat ludah dalam masjid di bahagian kiblat lalu baginda bersabda: Kenapakah ada di kalangan kamu ini yang menghadap Tuhannya lalu dia meludah di hadapanNya. Adakah dia suka orang lain menghadapnya kemudian orang itu meludah di hadapannya?

[34] Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah.

[35] Riwayat Muslim daripada Abdullah bin Amru.

[36] Menurut al-Iraqi hadis ini diriwayatkan oleh al-Hakim daripada Abdullah bin Umar dan disenaraikan sebagai hadis sahih.

[37] Riwayat Muslim daripada Abdullah bin Amru.

[38] Menurut al-Iraqi hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad daripada Abu Hurairahs: “Saya dapat rasakan nafas Tuhan kamu datang dari sebelah Yaman.” Periwayat hadis ini dipercayai.