Masalah Kita Menurut Perspektif Islam

Himpunan Risalah ( مجموعة الرسائل )

Kandungan
Tiga Fenomena نظـرات ثــــلاث
Apakah Corak Yang Kita Pilih? أي لــون نختــار؟
Bantahan Dan Kritikan اعتراضـــات
Krisis Nasional… Bagaimana Krisis Ini Dapat Diselesaikan Menurut Perspektif Islam قضيتنا الوطنية في ضوء التوجيه الإسلامي
Perpaduan Menurut Perspektif Islam وحدتنا في ضوء التوجيه الإسلامي

Masalah Kita Menurut Perspektif Islam مشكلاتنا في ضوء النظام الإسلامي
   
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang بـِسْـــمِ اللهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيــمِ
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (Ar-Rum: 41) {ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ}
Ditujukan إلى
Buat ketua kerajaan sebagai orang pertama yang bertanggungjawab. رئيس الحكومة باعتباره المسؤول الأول ..
Semua ahli majlis parlimen sebagai orang yang secara rasmi bertanggungjawab dengan sistem Islam. وإلى أعضاء الهيئات الإسلامية ـ على اختلافها ـ باعتبارهم الدعاة الرسميين لنظام الإسلام ..
Pemimpin-pemimpin badan-badan rakyat, parti-parti politik, badan-badan patriotik dan sosial sebagai pemimpin-pemimpin dan penggerak rakyat. وإلى رؤساء الهيئات الشعبية السياسية والوطنية باعتبارهم قادة الفكر وموجهي الجماهير
Buat setiap orang yang cintakan kesejahteraan dunia dan bangsa manusia. وإلى كل محب لخير العالم وسيادة بني الإنسان ..
Saya tujukan bingkisan ini sebagai menunaikan tanggungjawab dan melaksanakan hak dakwah. أوجه هذه الكلمات , أداء للأمانة , وقياما بحق الدعوة ..
Sesungguhnya saya telah sampaikan, ya Allah saksikanlah. ألا قد بلغت … اللهم فاشهد
Tiga Fenomena نظـرات ثــــلاث
Fenomena pertama: Keadaan yang menyelubungi negara kita yang tercinta ini, lembah Nil yang teruk dilanda pelbagai kepincangan dalam setiap aspek dan seluruh sudut kehidupan. فأما النظرة الأولى : فإلى ما وصلت إليه الحال في وطننا العزيز مصر من فساد تغلغل في كل المرافق ، وشمل كل مظاهر الحياة :
Semangat patriotik kita tidak ke mana… مطالبنا الوطنية لم نصل فيها إلى شيء …
Semangat rakyat hancur berkecai akibat segala krisis ini. Persengketaan dan perpecahan menghantui jiwa para pemimpin, malah tiada beza antara pemimpin dan rakyat… و روح الشعب المعنوية محطمة أشد تحطيم بسب الركود ، والشقاق والخلاف يملك نفوس القادة والزعماء حاكمين ومحكومين على السواء …
Jentera pentadbiran kerajaan dicemari budaya mementingkan diri sendiri, menurut kepentingan parti, salah guna kuasa dan salah laku. Dengan pentadbiran pusat yang menyulitkan dan karenah birokrasi yang rumit. Di tambah pula dengan masing-masing tidak mahu memikul tanggungjawab. والجهاز الإداري أفسدته المطامع الشخصية , والغايات الحزبية , وسوء التصرفات , وضعف الأخلاق ، والمركزية القاتلة والإجراءات المعقدة , والهرب من تحمل التبعات .
Undang-undang tidak lagi berkuasa mendidik manusia dan budaya kerana telah dicemar oleh amalan berpihak dan diskriminasi. والقانون قد ضعف سلطانه على النفوس و الأوضاع لكثرة ما اقتحم عليه من تحايل واستثناءات .
Harga barangan melambung tinggi. Kadar penganggur yang semakin meningkat akibat tiada peluang pekerjaan. Taraf hidup yang semakin menurun di kalangan majoriti rakyat hingga ke tahap yang tidak dapat dibayangkan oleh manusia. Ditambah pula dengan pupusnya sifat kasih sayang, keganasan bermaharajalela, wujud kecenderungan untuk bertindak kejam dan zalim. Semua keadaan ini akan menimbulkan kemarahan rakyat yang bakal diluahkan melalui beberapa tunjuk perasaan atau ditonjolkan dengan pelbagai cara… ..وشدة الغلاء ، وكثرة المتعطلين لقلة الأعمال وانخفاض مستوى المعيشة – إلى حد لا يكاد يتصوره إنسان – بين الأغلبية العظمى من السكان , مع نضوب معين الرحمة من القلوب واستيلاء القسوة وروح الجبروت والظلم على النفوس كل ذلك أخذ يتحول إلى حال من السخط تتمثل في كثرة الإضرابات وتتجلى في كثير من المظاهر والعبارات …
Tiada lagi atau hampir tiada lagi tempat untuk akhlak. Akhlak dikesampingkan kerana kejahilan atau kemiskinan atau keperluan yang mendesak. Amalan keji dan budaya yang bercanggah dengan akhlak tersebar di merata tempat… والأخلاق قد انتهى أمرها – أو كاد – وعصف بها الجهل و الفقر و الحاجة والفاقة وانتشرت الرذائل و مظاهر الانحلال الخلقي في كل مكان …
Fikiran tertekan dan jiwa meronta tidak mampu lagi menghadapi apa jua keadaan. والأفكار مبلبلة والنفوس قلقة لا تكاد تستقر في شئ على حال .
Semua fenomena ini semakin bertambah buruk dari sehari ke sehari, sesaat demi sesaat. Semua ini menandakan bencana yang bakal tiba jika tidak segera disedari oleh mereka yang berakal sebelum terlewat… وكل هذه المعاني تزداد بمرور الأيام ، وتتضاعف ساعة بعد ساعة , وتنذر ببلاء محيط وشر مستطير , إن لم يتداركها العقلاء قبل فوات الأوان …
Fenomena kedua: Fenomena yang berlaku di negara-negara Arab dan negara-negara Islam lain yang amat dicintai. وأما النظرة الثانية : فإلى ما وصلت إليه الحال في أوطاننا الغالية العزيزة من بلاد العروبة وأمم الإسلام :
Palestin: Palestin diancam oleh penjajahan yang akhirnya membawa kepada konspirasi antarabangsa yang dilancarkan oleh Amerika, Rusia dan Inggeris. Semua tindakan ini direncana oleh Zionis antarabangsa yang menguasai kerajaan dan rakyat Barat dengan wang mereka. Mereka masih berdendam dan bersikap prejudis terhadap bangsa Arab dan umat Islam di mana sahaja… فلسطين : مهددة بهذا الاجتياح الذي انتهت إليه هذه المؤامرة الدولية من الأمريكان والروس والإنجليز على السواء , بفعل الصهيونية العالمية التي سخرت الحكومات والشعوب الغربية بالمال , مع استعدادها السابق , بكل تعصب ذميم على العرب والمسلمين أينما كانوا…
Pakistan sebuah negara baru: Terpaksa berhadapan dengan ancaman daripada militan Hindu yang disokong oleh muslihat penjajah dan senjata yang dibekalkan oleh penjajah daripada pelbagai negara. Malah Rusia yang cuba menampilkan semangat menghormati citarasa bangsa-bangsa lain turut serta berkomplot menindas negara yang baru ini, jika benar sumber yang kita perolehi daripada telegram dan akhbar hari ini… و الباكستان الناشئة : تقاسي الأمرين من هذا العدوان الوثني المسلح , المؤبد بدسائس الاستعمار وأسلحة الاستعمار على اختلاف دوله , حتى روسيا – التي تتظاهر باحترام إرادة وأمم الشعوب – تتآمر هي الأخرى على الدولة الناشئة إن صح ما ولفتنا به اليوم البرقيات الأخبار …
Indonesia : Negara yang mempunyai penduduk seramai tujuh puluh juta orang[1]  dan kebanyakannya beragama Islam. Negara ini ditekan oleh Belanda, sebuah negara yang hanya mampu melepaskan diri daripada penjajahan Jerman hanya dengan bantuan Tentera Bersekutu. Belanda cuba menghalang bangsa Islam yang gagah ini daripada mengecapi hak semulajadi mereka iaitu kebebasan dan kemerdekaan. وإندونيسيا :التي تبلغ سبعين مليونا أكثرهم من المسلمين , تضغط عليها هولندا التي لم تكسر قيد الاحتلال الألماني إلا بيد غيرها من جنود الحلفاء , وتريد أن تحول بين الشعب السلم الباسل وبين ما هو حق طبيعي له من حرية واستقلال ..
Tripoli Barat dan Barca: Mereka diperangkap dengan pungutan suara namun hanya Allah sahaja yang tahu akibat buruk agenda ini. وطرابلس الغرب وبرقة : تجهز لها حبائل الاستفتاء ولا يدري عواقب هذه اللعنة السياسية إلا الله , وإن غدا لناظره قريب …
Utara Afrika seperti Tunisia, Algeria dan Maghribi mengharapkan bantuan tetapi tiada siapa yang dapat memberi bantuan. Mereka berjuang sedaya upaya untuk membebaskan diri daripada belenggu cengkaman Perancis. Perancis menafikan hak mereka untuk hidup dalam keadaan merdeka dan bermaruah. Hak mereka untuk mengecapi kemerdekaan sepenuhnya dinafikan… وشمال أفريقيا بأقسامه : تونس والجزائر ومراكش , يستغيث ولا مغيث , ويجاهد ما ستطاع ليكسر القيود والأغلال التي ضربتها من حوله فرنسا , وحرمته بها حقه في العيش الحر الكريم , ومن الاستقلال التام …
Begitulah yang dialami oleh semua bangsa Arab dan Islam yang lain. Tiada satupun yang terlepas daripada pencabulan dan angkara penjajahan. Ini daripada aspek politik. Aspek sosial juga tidak jauh bezanya dengan apa yang saya katakan berlaku di Lembah Nil. Kita semua berhadapan dengan masalah yang sama. وقل مثل ذلك في كل شعب عربي إسلامي , فإنك لن تجد واحدا منها قد سلم من مناورات الغصب ودسائس الاستعمار … هذا في أوضاعه السياسية ، وكلها من حيث الأوضاع الاجتماعية ليست أحسن حالا مما تقدم ذكره في وادي النيل … وكلنا في الهم شرق .
Fenomena ketiga: Agenda para pemimpin dunia dan bangsa-bangsa yang diberi peluang untuk menjadi pemimpin dunia pada hari ini selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. وأما النظرة الثالثة : فإلى ما انحدر إليه التفكير بين زعماء العالم وساسة الشعوب والذين أتاحت لهم المقادير أن يكونوا قادة الدنيا في هذه الأيام بعد الحرب العالمية الثانية .
Tidak wujud lagi satu contoh teladan yang terbaik. Semua cita-cita murni yang dilaungkan oleh manusia ketika saat genting dahulu kini telah lenyap daripada pandangan mata dan hati. Malah suatu ketika dahulu mereka pernah menggabungkan seluruh kekuatan antarabangsa untuk menentang kezaliman dan kekejaman. Keadilan sosial, empat hak asasi, prinsip-prinsip yang dipersetujui oleh masyarakat antarabangsa dan sebagainya yang menggariskan segala prinsip murni semuanya kini hanya tinggal kenangan. لقد اختفت المثل العليا تمام الاختفاء , وغابت عن الأنظار و القلوب تلك الأهداف الجميلة التي نادى بها هؤلاء الناس ساعة العسرة , وجندوا باسمها قوى الأمم ضد الظلم و الطغيان … فالعدالة الاجتماعية , والحريات الأربع , ومبادئ ميثاق الأمم.. الخ .
Para pemimpin dunia ini sudah tidak lagi mendokong falsafah murni untuk memimpin dunia ini. Apa yang ada hanyalah falsafah material, penjajahan, jajahan takluk, monopoli bahan mentah! Semua ini dilakukan dengan rakus dan haloba yang tiada tandingnya dalam sejarah manusia. Malah sikap sedemikian tidak pernah wujud selepas Perang Dunia Pertama. Nilai-nilai inilah yang menjadi persaingan antara negara-negara yang menang. Rusia di sebelah pihak sementara Amerika dan Inggeris di satu pihak yang lain. Walaupun mereka cuba menyembunyikan sikap rakus mereka dengan berselindung di sebalik slogan mempertahankan prinsip-prinsip masyarakat harmoni, sistem hidup yang murni dan mengunakan nama sosialisme atau demokrasi. Namun di sebalik istilah-istilah ini sebenarnya tersembunyi sikap rakus kolonialisme dan materialisme mereka. هذه القائمة الطويلة العريضة من المبادئ السامية والأهداف المغرية أصبحت في خبر كان ولم تعد لهؤلاء الساسة و الزعماء ” فلسفة راقية ” يقودون بتوجيهها العالم إلا فلسفة المصالح المادية ، والمطامع الاستعمارية ومناطق النفوذ والاستيلاء على المواد الخام ! . وكل ذلك على صورة من الجشع و النهم لم تر الدنيا لها مثيلا ولا بعد الحرب العالمية الأولى . وأصبحت هذه المعاني وحده محور التنافس بيت الدول المنتصرة , روسيا من جانب وأمريكا وإنجلترا من جانب آخر , وإن حاولت كل منها أن تستر جشعها ومناورتها بستار من دعوى المبادئ الاجتماعية الصالحة , والنظم الإنسانية الفاضلة , باسم الشيوعية أو الديمقراطية , وليس وراء هاتين اللفظتين إلا المطامع الاستعمارية والمصالح المادية في كل مكان .
Kepincangan ini yang pada hakikatnya melunturkan nilai perikemanusiaan yang ada pada manusia akan hanya membawa kepada Perang Dunia Ketiga. Perang akan datang akan dilengkapi dengan senjata atom, gas beracun, senjata membunuh dan banyak lagi senjata-senjata pemusnah yang pernah kita dengar dan yang masih belum kita dengar. Semua ini dinyatakan oleh kitab-kitab langit sebagai kedahsyatan kiamat. ونتيجة هذا الانحراف – الذي هو في حقيقة أمره مسخ لإنسانية بنى الإنسان – ليست إلا “الحرب الثالثة ” المسلحة بالقنابل الذرية ، والغازات الخانقة والأسلحة المهلكة , وما سمعنا وما لم نسمع عنه بعد من معدات الهلاك والدمار التي تمثل ما جاءت به الكتب السماوية ومن وصف القارعة وهول القيامة : 
(Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran, dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan. (Al-Qari‘ah: 4-5) (يَوْمَ يَكُونُ النَّاسُ كَالْفَرَاشِ الْمَبْثُوثِ , وَتَكُونُ الْجِبَالُ كَالْعِهْنِ الْمَنْفُوشِ) (القارعة:4-5) .
Inilah hakikat yang berlaku di negara kita ini. Di negara-negara kita yang lain iaitu negara-negara Arab dan Islam yang lain serta negara-negara yang didiami oleh seluruh manusia yang juga adalah negara kita. Jika tidak wujud generasi “dakwah baru” yang bersedia mengibar panji kebenaran dan kesejahteraan ke seluruh dunia nescaya kita tiada pilihan lain selain terpaksa mengucapkan selamat tinggal buat dunia ini dan bangsa manusia amnya. هذه هي صورة الحال في وطننا الخاص , وفى وطننا العربي والإسلامي وفى وطننا الإنساني العام , وإذا لم تقم في الدنيا أمة ” الدعوة الجديدة ” تحمل رسالة الحق والسلام فعلى الدنيا العفاء , وعلى الإنسانية السلام …
Oleh kerana di tangan kita ini ada obor penyuluh dan botol ubat maka kita bertanggungjawab untuk ke hadapan memperbaiki diri sendiri dan mengajak orang lain untuk memperbaiki diri. Mungkin kita akan berjaya. Jikalau tidak berjaya sekurang-kurangnya kita telah sampaikan risalah ini dan kita telah tunaikan tanggungjawab ini. Apa yang kita mahukan hanyalah untuk kebaikan seluruh manusia. Kita tidak sepatutnya merasa rendah diri. Bagi mereka yang memikul tanggungjawab ini dan melaksanakan dakwah ini, tanda-tanda kejayaan yang ada sudah cukup untuk menjadikan dia yakin, ikhlas dan sedia berjuang untuk merealisasikannya. Masa akan menentukannya dan dunia akan menanti-nanti ketibaannya. Adakah sesiapa yang akan menyahutnya? وإن من واجبنا وفى يدنا شعلة النور وقارورة الدواء , أن نتقدم لنصلح أنفسنا وندعو غيرنا , فإن نجحنا فذاك , وإلا فحسبنا أن نكون قد بلغنا الرسالة وأدينا الأمانة وأردنا الخير للناس , ولا يصح أبدا أن نحتقر أنفسنا , فحسب الذين يحملون الرسالات ويقومون بالدعوات من عوامل النجاح أن يكونوا بها مؤمنين , ولها مخلصين , وفى سبيلها مجاهدين , وأن يكون الزمن ينتظرها و العالم يترقبها … فهل من مجيب ؟
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu; hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu). Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); ia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di akhirat). (Saba’: 46) (قُلْ إِنَّمَا أَعِظُكُمْ بِوَاحِدَةٍ أَنْ تَقُومُوا للهِ مَثْنَى وَفُرَادَى ثُمَّ تَتَفَكَّرُوا مَا بِصَاحِبِكُمْ مِنْ جِنَّةٍ إِنْ هُوَ إِلا نَذِيرٌ لَكُمْ بَيْنَ يَدَيْ عَذَابٍ شَدِيدٍ) (سـبأ:46) .
Apakah Corak Yang Kita Pilih? أي لــون نختــار؟
 (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah); celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepada-Nyalah kami beribadat. (Al-Baqarah: 138) صِبْغَةَ اللهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ
Masyarakat kita hari ini diselubungi kekeliruan. Lambat laun kekeliruan ini akan membawa kepada pemberontakan. Pemberontakan yang dilakukan tanpa sebarang tujuan, tanpa sebarang peraturan atau sistem atau batasan. Implikasinya hanya satu iaitu kemusnahan, kehancuran dan kerugian besar. Terutama jika ia berlaku di zaman ini yang tidak lagi wujud semangat kasih sayang. Zaman di mana manusia ditemani hawa nafsu ibarat anjing yang menemani tuannya. Apatah lagi di negara seperti Mesir ini yang sentiasa menjadi tumpuan dan persaingan dari dalam dan luar negara. تسود مجتمعنا اليوم حيرة … و إذا دامت هذه الحيرة فليس وراءها إلا الثورة , و الثورة الهوجاء التي لا غاية لها , ولا ضابط ولا نظام ولا حدود , ولا تعقيب إلا الهلاك و الدمار والخسارة البالغة , وبخاصة في هذا العصر الذي لا يرحم والذي تتجارى بأهله  الأهواء كما يتجارى الكلب بصاحبه ، وفى وطن كمصر تتطلع إليه الأنظار وتتقاذفه المطامع في الداخل والخارج .
Perkara ini sudah tentu diakui oleh semua orang yang prihatin dengan nasib negara ini. Anda boleh dengar perkara ini dinyatakan oleh para pemimpin dan ahli fikir. Anda juga akan mendengar orang awam membincangkannya apabila mereka berkumpul di kelab-kelab mereka. Diperkatakan oleh para pekerja di tempat kerja mereka. Diperkatakan oleh pemandu jika anda menumpang kenderaan mereka. Dibicarakan oleh penjual sayur jika anda berbual dengan mereka. Jika kita nafikan fenomena ini atau kita abaikan kesannya atau kita perkecilkan akibatnya kita sebenarnya ibarat burung kasawari yang membenamkan kepalanya ke tanah. Ia merasakan tindakannya itu akan dapat memperdaya pemburu. هذا الكلام متفق عليه بين كل من يعنيهم أمر هذا الوطن , وإنك لتسمعه من الزعماء و المفكرين كما تسمعه من العامة في مجالسهم و المجتمعين في أنديتهم وذوى الأعمال في أماكن عملهم ، ومن سائق العربة إذا ركبت معه , ومن بائع الخضر إذا تحدثت إليه .. وإذا أنكرنا ذلك أو تغافلنا عن أثره , أو استصغرنا نتائجه كنا كالنعامة التي تدفن رأسها في الرمل وتظن أنها بذلك تخدع الصياد .
Melalui ruang ini, bertepatan dengan teori sosial, segala ideologi dan fahaman baru akan menyelusup masuk ke dalam Mesir. Dalam usaha untuk menguasai jiwa dan hati rakyat Mesir semua ideologi ini akan berjuang habis-habisan. Mereka menggunakan segala cara yang boleh dan tidak dibolehkan. Bermula dari sinilah kita mula mendengar pelbagai suara berkumandang di akhbar-akhbar dan majlis-majlis keramaian. Komunis berusaha gigih menerapkan fahaman mereka ke dalam jiwa masyarakat. Demokrasi kolonialisme yang tertekan kini berusaha pula untuk melawan aliran ini. Di tengah pergolakan ini muncul pula golongan yang memperjuangkan sosialisme. Di antara ideologi-ideologi  ini dan umat kita berdirinya Islam yang telah sekian lama bertapak dalam hati umat Islam selama empat belas kurun. Islam telah sebati dengan mereka. Islam telah mempengaruhi mereka melalui keindahan, keagungan dan kemurniannya. Islam tidak akan rela merendahkan martabatnya atau mengalah membiarkan sahaja hati-hati ini yang telah sekian lama mengimaninya dan berjuang bermati-matian untuk memartabatkannya. Jihadlah yang telah mempertahankan Islam daripada serangan-serangan tentera salib, tentera Tartar dan tipudaya Zionis. ومن هذه الثغرة وتطبيقا لهذا القانون الاجتماعي الذي لا يتخلف , تأمل المبادئ الجديدة والدعوات الجديدة أن تنفذ إلى مصر , وتكافح في سبيل استيلائها على النفوس المصرية والقلوب المصرية أشد الكفاح وتسلك إلى ذلك كل سبيل مستطاع وغير مستطاع ومن هنا سمعنا كثيرا من هذه الأصوات يتردد في الصحف السيارة وفى المجالس والمنتديات  , فالشيوعية جادة في فرض تعاليمها على أبناء هذا المجتمع , والديمقراطية الاستعمارية الهزيلة تحاول من جانبها أن تقاوم هذا التيار , ويتوسطهم قوم داعون للاشتراكية , ويقف الإسلام العتيد المستقر في هذه القلوب أربعة عشر قرنا ,المستولى عليها , المؤثر فيها بجماله وجلاله وسموه وروعته , يأبى على الجميع أن ينزل عن مرتبته أو يتخلى عن هذه القلوب التي أمنت به وجاهدت أكرم الجهاد في سبيل إعلائه وبقائه ورفعته وردت عنه بهذا الجهاد غارات الصليبيين وهجمات التتار ومكايد الصهيونية :
Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkan-Nya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Yusuf: 21) (وَاللهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَعْلَمُونَ) (يوسف:21) .
Namun sampai bila kita akan terus bergelumang dalam pelbagai aliran dan budaya ini. Walaupun perkara ini kini masih kecil namun ia tidak akan selama-lamanya kecil. ولك إلى متى هذا التطاحن بين هذه الآراء و الأوضاع , وهو إن كان اليوم صغيرا فهو لن يظل كذلك ؟!‍
Sampai bilakah para pemikir di Mesir ini akan terus tidak menghiraukan pertembungan ini. Seolah-olah perkara ini tidak ada kena mengena dengan mereka. Seolah-olah perkara ini berlaku di negara lain bukan negara mereka. Atau ia berlaku pada orang lain bukan pada mereka?! Oleh itu kita sebenarnya tiada pilihan lain selain terpaksa membuat pilihan. و إلى متى ينظر أهل الرأي في مصر إلى هذا الصراع في غفلة وبله وانصراف كأن الأمر لا يعنيهم , وكأنه يتناول بلدا غير بلدهم وأشخاصا غير أشخاصهم ؟!.. لا مناص لنا من أن نختار .
Jika pada hari ini kita tidak memilih sedangkan kita masih mampu memilih maka hari esok (esok terlalu hampir) kita terpaksa menerima dalam keadaan terpaksa. Saya dapat melihat ada bara di celah-celah unggun yang tidak syak lagi akan marak menyala. وإذا لم نختر اليوم ونحن راضون , فسنقبل غدا – بل الغد القريب جدا – ونحن مرغمون , وإني لأرى الوميض خلال الرماد ويوشك أن يكون له ضرام .
Kita terpaksa memilih satu corak hidup baru yang akan menjadi landasan hidup kita. Bukan semua sudut hidup masyarakat di Mesir kini sesuai berhadapan dengan perkembangan semasa dalam aspek akhlak, pemikiran dan keperluan manusia. Orang yang bijak akan merencana sebelum sesuatu berlaku dan bersiap sedia menghadapinya. لابد من أن نختار لون الحياة الجديدة التي نحياها , ولم تعد أوضاع الحياة الاجتماعية بكل نواحيها في مصر صالحة أمام التطور الجديد في الأخلاق و الأفكار وحاجات الناس , والعاقل من تدبر الأمر قبل وقوعه وأعد له عدته .
Kita berhadapan dengan komunisme dan sosialisme. Dalam persefahaman antarabangsa hari ini kedua-dua fahaman ini dianggap sebagai sebahagian nilai demokrasi. Ini sahaja yang mampu dilakukan oleh pejuang demokrasi. Di hadapan kita juga ada sistem Islam, saranan Islam, ajaran Islam dan hukum-hakam Islam. وأمامنا الشيوعية والاشتراكية , وهما معتبرتان في منطق التحالف الدولي اليوم من معاني الديمقراطية , ولا يستطيع الديمقراطيون أن يقدموا غير هذا . وأمامنا كذلك (نظام الإسلام) وتوجيه الإسلام , وتعاليم الإسلام , وأحكام الإسلام .
Pada hakikatnya, kita tiada pilihan dan kita tidak bebas membuat pilihan. Kita semua beriman bahawa Islam agama suci ini mencakupi agama dan negara. Kita telah meletakkan Mesir sebagai sebuah negara Islam bahkan Mesir adalah pemimpin negara-negara Islam. Perlembagaan kita dengan jelas menyatakan dalam fasal keseratus empat puluh sembilan: “Agama rasmi negara adalah Islam dan bahasa rasmi negara adalah bahasa Arab.” ونحن في الحقيقة لسنا مخيرين ولسنا أحرارا في الاختيار , فإننا جميعا آمنا بهذا الإسلام الحنيف دينا ودولة , واعتبرنا مصر دولة إسلامية , بل هي زعيمة دول الإسلام . وقال دستورنا صراحة ” دين الدولة الرسمي الإسلام ولغتها اللغة العربية “.
Bangsa ini iaitu rakyat Lembah Nil dari utara ke selatan semuanya menganut agama yang suci ini. Minoriti bukan Islam yang menjadi penduduk negara ini dapat mengecapi bagaimana rasanya keharmonian, keamanan, keadilan dan kesaksamaan yang wujud dalam ajaran dan undang-undang Islam. Inilah yang dinyatakan oleh al-Quran: وهذا الشعب – شعب وادي النيل كله في الشمال والجنوب  – يدين بهذا الدين الحنيف والأقلية غير المسلمة من أبناء هذا الوطن تعلم تمام العلم  كيف تجد الطمأنينة والأمن و العدالة و المساواة التامة في كل تعاليمه و أحكامه , هذا الذى يقول كتابه :
Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Al-Mumtahanah: 8) (لا يَنْهَاكُمُ اللهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ) (الممتحنة:8) .
Perbincangan mengenai nilai ini tidak perlu diperpanjangkan lagi. Lipatan sejarah yang menceritakan tentang hubungan baik antara penduduk negara ini, Islam dan bukan Islam sudah memadai membuktikan semua ini. Ada eloknya kita rakamkan sanjungan kita kepada anak watan yang mulia ini bahawa mereka menghormati segala nilai-nilai ini dalam setiap perkara dan mereka beranggapan Islam sebagai sebahagian daripada nilai patriotik mereka. Ini berlaku walaupun mereka tidak menerima undang-undang dan ajaran Islam sebagai akidah mereka. والكلام في هذا المعنى مفروغ منه , وهذا التاريخ الطويل العريض للصلة الطيبة الكريمة بين أبناء هذا الوطن جميعا – مسلمين وغير مسلمين – يكفينا مؤونة الإفاضة والإسراف , فإن من الجميل حقا أن نسجل لهؤلاء المواطنين الكرام أنهم يقدرون هذه المعاني في كل المناسبات , ويعتبرون الإسلام معنى من معاني قوميتهم وإن لم تكن أحكامه وتعاليمه من عقيدتهم .
Oleh itu, kerajaan Mesir, pertubuhan-pertubuhan dan parti-parti politik di Mesir sebenarnya tiada pilihan lain selain menunaikan ikrar yang mereka lafazkan kepada Allah dan rasul-Nya ketika mereka mengucapkan dua kalimah syahadah yang bermakna mereka terikat dengan Islam. Begitu juga dengan sumpah setia mereka kepada rakyat negara ini ketika mereka menggubal undang-undang ini. Ketika mereka menyatakan bahawa agama rasmi negara ini adalah agama Islam. Jika tidak mereka telah mengingkari ikrar mereka dan mengkhianati amanah Allah dan rakyat. Mereka perlu berterus terang kepada rakyat berhubung pendirian mereka terhadap Islam. Hari ini mereka tidak boleh lagi bermuka-muka dan berhelah. وإذاً لا مناص للحكومة المصرية و الهيئات المصرية والأحزاب المصرية من أن تفي بعهدها الشرعي لله ولرسوله يوم نطقت بالشهادتين فالتزمت الإسلام , وبعهدها المدني الوطني لهذا الشعب يوم أصدرت الدستور , ونصت فيه على أن الدين الرسمي هو الإسلام , وبغير ذلك تكون قد غدرت بعهدها , و خانت أمانة الله و الناس عندها , وعليها أن تصارح الشعب ليحدد موقفه منها وموقفها منه ، ولا محل اليوم للمداورة والخداع .
Kejujuran mereka ini akan menyelamatkan negara ini daripada perkara yang mengancam masyarakat. Kejujuran mereka juga akan mengembalikan ketenangan dalam jiwa dan hati rakyat. Ini bermakna perlu wujud perubahan kepada seluruh agenda dan budaya negara. Di samping itu mereka perlu nyatakan dengan lantang bahawa Lembah Nil ini adalah pengibar dan pengembang risalah Islam, tanpa rasa goyah dan gentar. Namun kata-kata sahaja tidak cukup tanpa amal. وهذا الوفاء سيحمى الوطن مما يهدده من أخطار اجتماعية داهمة , ويعيد الطمأنينة و السكينة إلى النفوس و القلوب , لكنه يستلزم حالا تغيير الاتجاهات و الأوضاع كلها و المجاهرة بأن وادي النيل هو حامل رسالة الإسلام و منفذها ومبلغها فى غير مواربة ولا وهن , ولا يغنى عن العمل الكلام .
Apakah mungkin telinga-telinga yang tertutup selama ini mampu terdetik mendengar peringatan ini dan akan kembali kepada Islam dengan bersuara, beramal dan melaksanakannya?? فهل تصيخ الآذان المغلقة إلى هذا النذير , فتعود إلى حجر الإسلام قولا وعملا وتطبيقا ؟؟
Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (An-Nisa’: 65) (فَلا وَرَبِّكَ لا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجاً مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيماً) (النساء:65) .
Wahai ketua negara dan kerajaan, يا دولة رئيس الحكومة .
Wahai ulamak-ulamak al-Azhar al-Sharif ويا رجال الأزهر الشريف .
Wahai pemimpin-pemimpin pertubuhan, kumpulan dan parti. ويا رؤساء الهيئات و الجماعات والأحزاب .
Wahai mereka yang prihatin dengan kesejahteraan negara tercinta ini. ويا أيها الغيور على مصلحة هذا الوطن العزيز .
Wahai anak watan sekalian. ويا أبناء هذا الوطن جميعا …
Saya tujukan seruan ini kepada kamu sekalian, marilah kita kembali kepada ajaran Islam. إليكم أوجه النداء , فإلى تعاليم الإسلام ،
 (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah); celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepada-Nyalah kami beribadat. (Al-Baqarah: 138) (صِبْغَةَ اللهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ) (البقرة:138) .
Sesungguhnya saya telah sampaikan, ya Allah saksikanlah. ألا قد بلغت … اللهم فاشهد .
Bantahan Dan Kritikan اعتراضـــات
Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka). Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisi-Nya (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya. (Al-Maidah: 52) فَتَرَى الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ يُسَارِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَى أَنْ تُصِيبَنَا دَائِرَةٌ فَعَسَى اللهُ أَنْ يَأْتِيَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِنْ عِنْدِهِ فَيُصْبِحُوا عَلَى مَا أَسَرُّوا فِي أَنْفُسِهِمْ نَادِمِينَ
Saya mengajak bangsa saya supaya mereka membuat pilihan. Ataupun dalam perkataan yang lebih tepat ialah supaya mereka menunaikan ikrar mereka dengan Allah dan dengan diri mereka sendiri. Mereka perlu melentur seluruh sudut kehidupan masyarakat kita ini menurut landasan Islam yang suci. Dengan ini, masyarakat kita akan terselamat daripada sebarang kekacauan, ketidak stabilan dan perpecahan yang kini wujud dalam setiap aspek. Keadaan ini menghalang kita untuk terus mara. Keadaan ini menghalang kita untuk memahami jalan penyelesaian sebenar yang dapat menyelesaikan segala krisis yang melanda kita di dalam dan di luar. Di sini saya tegaskan bahawa tiada jalan lain yang dapat menyelamatkan kita melainkan kita perlu melalui jalan ini dengan penuh yakin. Kita perlu lakukan apa sahaja yang kita mampu. Kita perlu lakukan dengan tekun dan pantas. دعوت قومي إلى أن يختاروا ، أو بعبارة أصح و أوضح , إلى أن يبروا بعهدهم مع الله ومع أنفسهم فيقيموا دعائم حياتنا الاجتماعية في كل مظاهرها على قواعد الإسلام الحنيف , وبذلك يسلم مجتمعنا من هذا القلق والاضطرابات و البلبلة التي شملت كل شيء , والتي وقفت بنا عن كل تقدم , والتي حالت بيننا وبين أن نتعرف الطريق  السوي إلى علاج أية قضية من قضايانا الكثيرة المعلقة في الداخل و الخارج , وقلت إنه لا سبيل إلى النجاة إلا هذا الاتجاه عقيدة وعملا بكل ما نستطيع من حزم وسرعة .
Mungkin ada yang berkata: Ini tidak mungkin dicapai ketika seluruh elemen hidup moden hari ini tidak langsung berlandaskan landasan agama. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang hari ini memegang tampuk kuasa dan boleh menentukan halatuju semua bangsa telah menetapkan bahawa kehidupan manusia perlu dipisahkan daripada pegangan agama. Agama perlu dipisahkan daripada semua sudut kehidupan dan dipencilkan hanya dalam hati dan tempat ibadat sahaja. Itulah satu-satunya laluan orang yang beriman untuk berhubung dengan Allah. وقد يقال : كيف ذلك والحياة العصرية في العالم كله لا تقوم على أساس الدين في أية ناحية من نواحيها , وقد اصطلحت أمم العالم , التي بيدها اليوم مقاليد الأمور وتوجيه مقدرات الأمم والشعوب , على فصل الحياة الاجتماعية عن العقائد الدينية , وإقصاء الدين عن كل مرافق الحياة وحصره بين الضمير والمعبد ، وهى وحدها نافذة المؤمن التي يتصل منها بالله .
Pihak yang berkata sedemikian sebenarnya tidak mengenali Islam dan tidak belajar tentang ajaran-ajaran dan hukum-hakam Islam. Mereka tidak memahami tabiat dan hakikat Islam yang sebenar. Mereka tidak memahami bahawa Islam merangkumi aspek keagamaan dan kemasyarakatan, masjid dan negara, dunia dan akhirat. Malah Islam menyentuh sudut praktikal dalam hidup dunia lebih daripada ia menyentuh sudut amal ibadat. Namun demikian Islam tetap berjaya meletakkan kedua-dua bahagian hidup ini supaya berada di atas landasan hati yang sejahtera, emosi yang hidup, merasai kehadiran Allah dan jiwa yang suci. Ini bermakna agama adalah sebahagian elemen Islam. Islam mengatur aspek agama sama seperti ia mengatur aspek dunia. Sebagai umat Islam, kita dituntut supaya meletakkan agama dan dunia kita di atas landasan Islam. والذين يقولون هذا القول لم يعرفوا ” الإسلام ” , ولم يدرسوا تعاليمه وأحكامه , ولم يفقهوه بعد على طبيعته الصحيحة ووضعه السليم .. من أنه دين ومجتمع , ومسجد ودولة , ودنيا وآخرة ، وأنه تعرض لشؤون الحياة الدنيوية العلمية بأكثر مما تعرض به للأعمال التعبدية , وإن كان قد أقام الشطرين معا على دعامة من سلامة القلب ، وحياة الوجدان , ومراقبة الله , وطهر النفس . فالدين على هذا جزء من نظام الإسلام , والإسلام ينظمه كما ينظم الدنيا تماما. ونحن كمسلمين مطالبون بأن يقوم ديننا ودنيانا على أساس القواعد الإسلامية :
Padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah. (Al-Maidah: 50) ( وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللهِ حُكْماً لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ) (المائدة:50) .
Atas dasar ini para ulamak Islam meletakkan dasar hukum mualamat dan urusan hidup masyarakat sebagai dua perkara yang berbeza menurut pandangan syarak. Ini bermakna ruang untuk memberi pendapat dan ijtihad dalam perkara kedua lebih luas berbanding perkara pertama. Ini bertujuan agar masyarakat tidak terbeban dan merasa sukar. ومن هنا فرق الفقهاء في النظرة التشريعية بين ما هو من قواعد أحكام المعاملات وشؤون الحياة الاجتماعية , فأفسح للنظر والاجتهاد في الثانية ما ليس في الأولى حتى لا يكون على الناس في ذلك حرج ولا مشقة ,
Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. (Al-Baqarah: 185) (يُرِيدُ اللهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ) (البقرة:185). 
Jika dasar ini tidak wujud akan timbul pelbagai masalah dalam masyarakat dan menambah lagi kesalahan yang telah sedia mereka lakukan. وتحدث للناس أقضية بقدر ما أحدثوا من الفجور .
Mungkin ada yang berkata: Bukankah ini bererti kita kolot dan kita membawa dunia berundur seribu tahun ke belakang. Adakah betul tindakan kita jika kita pada hari ini melaksanakan suatu sistem yang dibentuk untuk masyarakat yang hidup empat belas generasi sebelum kita. Apatah lagi ia dibentuk bukan di negara kita dan dalam budaya yang berbeza dengan budaya kita?! Bukankah zaman telah berubah dan semakin maju? وقد يقال : إن هذا جمود ورجوع بالعالم إلى الوراء ألف عام أو تزيد ، فكيف يعقل أننا نطبق اليوم نظما جاءت لأمة عاشت قبلنا بأربعة عشر جيلا في أرض غير أرضنا وعلى لون من الحياة غير ألوان حياتنا ؟! وأين سنة التطور وقوانين التقدم والارتقاء ؟
Bagi kita mereka ini juga tidak memahami tabiat agama Islam yang suci ini. Islam ini didatangkan kepada manusia membawa suatu gagasan yang suci dan menggariskan beberapa matlamat yang agung. Gagasan ini menggariskan dasar-dasar utama dan segala persoalan utama dengan tidak memperincikan masalah-masalah kecil. Islam seterusnya menyerahkan kepada perubahan sosial dan perkembangan semasa untuk memainkan peranannya. Islam membuka ruang seluas-luasnya untuk semua perubahan ini dan tidak akan bertembung dengan mana-mana perkara. ونقول لهؤلاء كذلك إنكم أيضا لم تفهموا طبيعة الإسلام الحنيف , الذي جاء للناس فكرة سامية تحدد الأهداف العليا , وتضع القواعد الأساسية , وتتناول المسائل الكلية , ولا تتورط في الجزئيات , وتدع بعد ذلك للحوادث الاجتماعية و التطورات الحيوية أن تفعل فعلها وتتسع لها جميعا ولا تصطدم بشيء منها .
Sejarah perundangan Islam menceritakan kepada kita bagaimana Ibnu Umar ra. pernah suatu ketika dalam satu tahun memberikan satu pendapat dalam suatu masalah. Namun pada tahun berikutnya dalam masalah yang sama dia memberikan pendapat yang berbeza. Apabila beliau ditanya mengenai perbezaan fatwa ini beliau menjawab: Dahulu pendapat saya itu berpandukan pengetahuan saya ketika itu sementara pendapat saya ini pula berpandukan kepada apa yang saya tahu sekarang ini. Demikian apa yang dikatakannya. وهذا تاريخ التشريع الإسلامي يحدثنا أن ابن عمر رضى الله عنه كان يفتى في الموسم في القضية من القضايا برأي , ثم تعرض عليه في الموسم التالي من العام القابل فيفتى برأي آخر .. فيقال له في ذلك , فيقول : ذاك على ما علمنا وهذا على ما نعلم أو كلام هذا نحوه .
Sejarah turut memaparkan bagaimana al-Shafie ra. mengasaskan mazhab lamanya di Iraq. Apabila beliau berpindah ke Mesir beliau mengasaskan pula mazhab baru kerana mengambil kira keadaan setempat dan seiringan dengan budaya hidup baru. Apa yang penting ia tidak bercanggah dengan dasar-dasar utama Islam. Akhirnya kini kita boleh mendengar kata-kata: “Al-Shafie berkata dalam mazhab lama atau al-Shafie berkata dalam mazhab baru.” Jadi kita boleh lihat bagaimana pendapat seseorang berkenaan masalah yang sama boleh berubah. Adakalanya perubahan berlaku kerana masa seperti yang dilakukan oleh Ibnu Umar. Adakalanya perubahan berlaku menurut tempat seperti yang dilakukan oleh al-Shafie. Malah adakalanya kedua-dua asas ini diambil kira seperti yang kita pernah dengar bagaimana Umar ra. memerintahkan agar hukum potong tangan tidak dijalankan ke atas pencuri ketika berlaku Tahun Kebuluran. Pada ketika itu seorang lelaki datang mengadu hamba-hambanya mencuri. Lalu Umar memerintahkan agar hamba-hambanya dibawa menghadap. Hamba-hamba ini mengaku dan mengatakan sebab mereka mencuri ialah tuan mereka tidak memberikan makanan dan pakaian yang mencukupi kepada mereka. Lantas Umar melepaskan mereka dan memberi amaran kepada lelaki tadi dengan berkata: “Jika hamba-hambamu mencuri sekali lagi tanganmu itu yang akan saya potong.” Umar melihat perkara itu sebagai keraguan yang boleh menghalang hukuman hudud dilaksanakan dengan melihat suasana dan faktor penyebab. كما يحدثنا أن الشافعي رضى الله عنه وضع بالعراق مذهبه القديم , فلما تمصر وضع مذهبه الجديد نزولا على حكم البيئة , وتمشيا مع مظاهر الحياة الجديدة من غير أن يخل ذلك بسلامة التطبيق على مقتضى القواعد الأساسية الكلية الأولى … وأصبحنا نسمع : ” قال الشافعي في القديم  . وقال الشافعي في الجديد ” ونرى تغير رأى الرجل الواحد في القضية بحسب الزمان تارة – كما فعل بن عمر – وبحسب المكان تارة أخرى – كما فعل الشافعي – أو بحسبهما معا كما سمعنا أن عمر رضى الله عنه أمر بعدم القطع في السرقة عام المجاعة , وجاءه رجل يشكو سرقة خدمه فأحضرهم فأقروا وذكروا أن السبب ذلك أنه لا يقوم بكفايتهم من طعام وملبس … الخ . فتركهم عمر قائلا : ( إذا سرق خدمك مرة ثانية قطعت يدك أنت ) واعتبرها شبهة تدرأ الحد ، ولاحظ الظروف والملابسات ..
Apakah dengan ini masih timbul soal kembali kepada sistem Islam sebagai kolot dan mundur. Tidak ada satu undang-undang pun di dunia ini yang begitu terbuka menerima perubahan, selari dengan kehendak kemajuan dan begitu anjal setanding dengan undang-undang Islam yang suci ini. فهل يقال بعد هذا إن في الرجوع إلى النظام الإسلامي رجعية وجمودا , وليست في الدنيا شريعة تقبل التطور , وتساير مقتضيات التقدم , وتتمتع بمعاني المرونة و السلاسة والسعة كشريعة الإسلام الحنيف ,
Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan, tetapi Dia berkehendak membersihkan kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu supaya kamu bersyukur. (Al-Maidah: 6) (مَا يُرِيدُ اللهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ) (المائدة:6).
Mungkin ada yang berkata kenyataan terbuka untuk kembali kepada Islam adalah perkara yang akan membimbangkan negara-negara asing dan Barat. Kesannya mereka akan bersatu mengenakan tindakan terhadap kita. Kita tidak akan mampu berhadapan atau melawan tindakan ini. وقد يقال إن الجهر بالعودة إلى نظام الإسلام مما يخيف الدول الأجنبية و الأمم الغربية , فتتألب علينا وتتجمع ضدنا , ولا طاقة لنا بهم ولا قدرة لنا عليهم ,
Alangkah daifnya, alangkah teruk dan cetek sekali penilaian dan fikiran ini. Cuba renung semula bagaimana sikap kita dengan negara-negara tersebut. Kita telah meniru sistem mereka. Kita tiru cara hidup mereka dan kita ikut bulat-bulat budaya mereka. Adakah semua ini memberi faedah kepada kita?! Adakah kita terselamat daripada manipulasi mereka? Adakah apa yang kita lakukan ini dapat menghalang mereka daripada menjajah kita, merampas kemerdekaan kita dan mengaut semua kekayaan bumi kita? Malah lebih buruk lagi, mereka berhimpun pula di persidangan atau forum antarabangsa untuk menafikan hak-hak kita. Mereka wujudkan pelbagai masalah, kekangan dan rintangan di hadapan kita. Apa yang mereka utamakan hanya satu iaitu kepentingan mereka sahaja. Apa yang mereka pentingkan hanyalah kedudukan dan kepentingan mereka. Apa yang mereka lebih utamakan ialah bangsa Kristian. Namun dalam perang dunia yang lepas kita dapat lihat sendiri bagaimana mereka saling bersengketa sesama sendiri sedangkan mereka semua adalah bangsa Kristian. Malangnya negara-negara Islam masih bersedia untuk berlembut lidah dan bermanis bahasa dengan mereka. Kini, mereka bantu pula Yahudi Zionis walaupun mereka dengan Yahudi tidak pernah sebulu semata-mata kerana wujud kepentingan materialisme dan kolonialisme. Justeru, perkara sebegini sedia dimaklumi dalam setiap gerak geri para politikus barat. وهذا منتهى الوهن وغاية الفساد في التقدير  وقصر النظر .. وها نحن أولاء نرى هذه الدول وقد سايرناها في نظمها , وأخذنا بألوان حياتها , واتبعناها في تقاليدها , فهل أغنى ذلك عنا شيئا ؟! وهل دفع من كيدها ؟ وهل منعها من أن تحتل أرضنا ، وتسلب استقلالنا وتستأثر بخيرات بلادنا ، ثم تتجمع في كل مؤتمر أو مجتمع دولي ضد حقوقنا وتثير المشكلات والصعاب والعقبات في وجوهنا , ولا تتأثر إلا بشيء واحد هو ظروفها ومصالحها فقط ، ولا يعنيها بعد ذلك إلا أنها نصرانية, فقد رأيناها في الحرب الماضية يحطم بعضها بعضا , وكلها مسيحية , وتتملق مع هذا دول الإسلام وأممه وشعوبه , وتتزلف إليه بمعسول وحلو الحديث , وهاهم أولاء جميعا يناصرون الصهيونية اليهودية وهى أبغض ما تكون إليهم لارتباط مصالحهم المادية وأغراضهم الاستعمارية بهذه المناصرة . وقد أصبح هذا المعنى معلوما في تصرفات كل الساسة الغربيين.
Jadi kita sebenarnya tidak mendapat apa-apa keuntungan apabila kita membelakangkan Islam. Kita juga sebenarnya tidak akan menokok kemarahan mereka kepada kita jika kita isytiharkan kita berpegang dengan Islam dan menurut hidayah Islam. Apatah lagi sekarang ini mereka terbahagi kepada dua kem yang berbeza dan saling bersaing merebut kekayaan material. إذن فلن يجدينا شيئا عندهم أن نتنصل من الإسلام , ولن يزيدهم فينا بغضا أن نعلن التمسك به والاهتداء بهديه , وبخاصة وهم الآن معسكران مختلفان متنافسان على المصالح المادية وحدها. 
Pada hakikatnya kesan kita membelakangkan dan mengenepikan Islam sebenarnya membawa padah kepada kita sendiri. Selagimana kita jauh daripada roh Islam dan tidak melaksanakan ajaran Islam kita akan terus terumbang-ambing dan semangat kita akan lemah. Kita akan berpecah dan kekuatan kita akan goyah. Jika kita dengan tegas dan berani menyatakan bahawa kami seluruh umat Islam bukan penganut komunisme, bukan demokrasisme dan bukan apa yang kamu sangka. Sebaliknya dengan segala puji bagi Allah kami adalah orang-orang Islam. Nescaya ketika itu akan terpampang jalan hidayah dan cahaya. Islam akan menggabungkan kita. Seluruh saudara-saudara kita di seluruh muka bumi ini akan bersatu. Inilah satu-satunya (tiada yang lain) kekuatan dan penyelamat kita untuk berhadapan dengan pencabulan penjajahan Barat yang telah menggugat seluruh bumi kita. ولكن خطر التنصل من الإسلام والتنكر له عظيم على كياننا نحن , فما دمنا بعيدين عن تشرب روحه وتحقيق تعاليمه , فسنظل حائرين فتتحطم معنوياتنا . متفرقين فتضعف قوتنا . ولو أخذنا بالحزم وأعلناها صريحة واضحة : أننا معشر أمم الإسلام  لا شيوعيون ولا ديمقراطيون ولا شئ من هذا الذي يزعمون ، ولكننا بحمد الله مسلمون ، لارتسمت أمامنا توا طريق الهداية والنور ، ولجمعتنا كلمة الإسلام , ووحدت بيننا وبين إخواننا جميعا في أقطار الأرض … وفى ذلك وحده – ولا شئ غيره – القوة والمنقذ أمام هذا العدوان الغربي الاستعماري الجارف الذي يهددنا في كل مكان .
Secara ringkasnya apa yang saya katakan ialah apabila kita mengambil kira kemurkaan atau keredaan Barat untuk kita berpegang atau tidak dengan Islam, pada hakikatnya walaupun kita tidak berpegang dengan Islam kita tetap tidak akan mendapat keredaan mereka. Pada ketika itu sudah tentu kita sendiri yang akan rugi. Sedangkan jika kita berpegang dengan Islam, kita bergabung di bawah nama Islam dan kita menerima pedoman Islam, tidak syak lagi kita akan berjaya. Malah ada kemungkinan kesan keutuhan perpaduan yang ada pada kita akan membolehkan kita mengatasi mereka. Jadi di antara dua pandangan ini yang mana satukah yang patut kita ikut, wahai saudara yang bijak pandai? وخلاصة هذا الكلام في إيجاز : أننا إذا لاحظنا غضب الغربيين ورضاهم في تمسكنا بالإسلام أو بعدنا عنه ، فليس لهذا من معنى إلا أننا إن لم نتمسك بالإسلام فلن نكسب رضاهم وسنخسر أنفسنا ، في حين أننا إذا تمسكنا به وتجمعنا  من حوله واهتدينا بهديه كسبنا أنفسنا ولا شك . وكان هناك احتمال قوى أن نكسبهم أيضا بتأثير قوة الوحدة فأي الرأيين أولى بالاتباع يا أولي الألباب ؟ !
Berkenaan dengan bantahan minoriti bukan Islam, kita telahpun jelaskan mengenainya sebelum ini dan hari ini kita tidak bermaksud untuk memanjangkannya lagi. Perkara ini sudah cukup jelas tidak perlu lagi diperdebatkan. أما اعتراض الأقليات الغير مسلمة فقد أشرنا إليه من قبل ولا نريد أن نطيل فيه القول اليوم , فالأمر أوضح من أن يكون موضع مراء .
Sebenarnya umat Islam hari ini tiada peluang lain. Negara-negara Barat amat memahami hakikat ini kerana itu mereka menimbulkan ketidak stabilan di kalangan kita dan membiarkan kita terumbang-ambing. Kita tiada masa lagi untuk teragak-agak. Tanggungjawab orang yang tidak tahu akan dipikul oleh orang yang tahu. Tiada faedah masyarakat kita terus terumbang-ambing tanpa penghujung. إنه ليس أمام الأمم الإسلامية اليوم إلا هذه الفرصة ، وإن الدول الغربية تدرك هذا تماما ، فهي تشغلنا بأنفسنا ، وتزيدنا حيرة على حيرة . وليس في الوقت متسع للتردد , وإن تبعة من لا يعلم في عنق من يعلم ، ولا يصلح الناس فوضى لا سراة لهم .
Wahai ketua kerajaan… Wahai ulamak-ulamak al-Azhar al-Sharif… فيا رئيس الحكومة … ويا رجال الأزهر الشريف…
Wahai anggota pelbagai pertubuhan dan parti… ويا أعضاء الجماعات والأحزاب
Wahai mereka yang peka dengan negara ini… ويا ذوى الغيرة على هذا الوطن .
Wahai anak watan sekalian… saya tujukan ucapan ini kepada kamu: ويا أبناءه جميعا …  إليكم أقول :
Kembalilah kepada Islam, kamu akan beruntung dan kamu akan hidup sejahtera. عودوا إلى الإسلام تغنموا وتسلموا :
Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: Kami dengar dan kami taat. (An-Nur: 51) (إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَنْ يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا) (النور:51) .
Sesungguhnya saya telah sampaikan, ya Allah saksikanlah. ألا قد بلغت … اللهم فاشهد
Krisis Nasional… Bagaimana Krisis Ini Dapat Diselesaikan Menurut Perspektif Islam قضيتنا الوطنية في ضوء التوجيه الإسلامي
Kita semua maklum mengenai tanggungjawab kita sebagai warganegara. Semua ini diutarakan dengan jelas oleh rakyat negara ini melalui lidah rasmi pelbagai parti, pertubuhan, jamaah dan oleh individu dalam setiap kesempatan. Tanggungjawab ini ialah mewujudkan perpaduan seluruh Lembah Nil dari utara hingga ke selatan dan mengusir seluruh kuasa asing agar kita beroleh kebebasan dan kemerdekaan yang hakiki. حقوقنا الوطنية معروفة ، أعلنتها الأمة بكل وضوح وجلاء على لسان أحزابها وهيئاتها وجماعاتها وأفرادها في كل المناسبات ، وهى : تحقيق وحدة وادي النيل جنوبه وشماله , وجلاء القوات الأجنبية عنه جميعا , لتتم بذلك حريته واستقلاله .
Islam yang suci ini mengisytiharkan dan mengiktiraf hak kebebasan manusia. Hak ini diberikan kepada semua individu, bangsa dan komuniti dalam bentuk yang paling mulia. Islam mengajak manusia supaya menghargai dan memelihara hak ini. Nabi saw. pernah bersabda: والإسلام الحنيف يعلن الحرية ويزكيها ، ويقررها للأفراد والأمم والجماعات بأفضل معانيها ، ويدعوهم إلى الاعتزاز بها والمحافظة عليها ، ويقول نبيه صلى الله عليه وسلم :
“Orang yang menjadikan dirinya hina secara rela tanpa dipaksa maka dia bukan dari kalangan saya.” (من أعطى الذلة من نفسه طائعا غير مكره فليس منى) . 
Islam menentang perompak antarabangsa yang bernama penjajah ini dengan menggunakan segala kekuatan. Ajaran Islam tidak akan reda umatnya dijajah atau ditindas oleh bangsa lain. Kata-kata Umar ra. masih terngiang-ngiang di telinga ini ketika beliau berkata kepada petugasnya, Amru bin al-As: “Semenjak bila kamu memperhambakan manusia sedangkan mereka dilahirkan oleh ibu mereka sebagai orang yang merdeka?” وهو يحارب هذه اللصوصية الدولية التي يسمونها الاستعمار بكل ما فيه من قوه ، ولا ترضى تعليمها أبداً بأن تسود أمة أو يرهق شعب شعباً آخر ، ولا تزال كلمة عمر الفاروق رضى الله عنه ترن في الأذن حين قال لعامله عمرو بن العاص : (متى تعبدتم الناس وقد ولدتهم أمهاتهم أحراراً) .
Pada hari ketika seorang penakluk Islam menghunus pedangnya, mara berjuang di jalan Allah, dia bukan mengharapkan kekayaan dunia dan bukan mengharapkan keistimewaan yang ada pada bangsa lain untuk dimonopoli. Walaupun semua itu hadir dalam genggamannya tanpa dicari. Namun dia tetap beriman dengan dakwah ini dan memikul tanggungjawab risalah ini. Dia memelihara prinsip-prinsip kebenaran, keadilan dan keharmonian dunia ini. Sejarah generasi awal yang ditunjukkan oleh para pemimpin Islam yang terpimpin (mereka adalah contoh untuk Islam ini) dapat memberikan kamu gambaran yang jelas. ويوم حمل الفاتح المسلم سيفه على عاتقه ، وانطلق غازياً في أراضى الله لم يكن يرجوا من وراء ذلك مغانم دنيوية ، ولم يكن يتطلع إلى خيرات الأمم والشعوب ليستأثر بها دونها وإن امتلأت يداه منها بغير قصد منه .. ولكن كان يؤمن بدعوته ويحمى رسالته ، ويحمى في العالم مبادئ الحق والعدل والسلام وتاريخ الصدر الأول من أئمة المسلمين الراشدين المهديين – وهم الحجة للإسلام – يعطيك هذه الصورة بنية المعالم ، واضحة الحدود .
Dalam masa yang sama Islam meletakkan umat Islam sebagai pemegang amanah risalah Allah di muka bumi ini. Di dunia ini, umat Islam berada pada tahap ustaziah atau pemimpin (saya tidak katakan sebagai ketua) kerana amanah yang diberikan ini. Kedudukan ini tidak membenarkan mereka menghina sesiapa atau memperhambakan sesiapa atau menundukkan diri kepada perampas dan penceroboh. والإسلام مع هذا يعتبر الأمة الإسلامية أمينة على رسالة الله في أرضه ، وله في العالم مرتبة الأساتذة – ولا نقول مرتبة السيادة – بحكم هذه الأمانة ، فلا يسمح لها أن تذل لأحد ، أو تستعبد لأحد ، أو تلاين قناتها لغامز أو تخضع لغاصب معتداً أثيم : 
Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman. (An-Nisa’: 141) (وَلَنْ يَجْعَلَ اللهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلاً) (النساء:141)
Pada hari Islam kemukakan hakikat ini, Islam juga kemukakan cara-cara pelaksanaan untuk mengekalkan kebebasan ini. Untuk tujuan itu, Islam mewajibkan jihad nyawa dan harta. Islam menjadikan jihad sebagai fardhu kifayah bagi menjamin kelangsungan dakwah. Namun jihad berubah menjadi fardhu ain yang wajib dilaksanakan oleh semua umat Islam bagi menentang mana-mana pencerobohan jika negara Islam diserang oleh tentera bukan Islam. Islam meletakkan mati syahid sebagai martabat iman yang tertinggi. Islam menjanjikan para mujahidin kemenangan dan bantuan di dunia sementara hidup dan nikmat yang abadi di akhirat kelak. Islam mengisytiharkan jihad adalah amalan yang terbaik selepas beriman. ويوم قرر الإسلام هذا ، قرر الطريق العلمي لحماية هذه الحرية . فافترض الجهاد بالنفس والمال ، وجعله فرض كفاية لتأمين الدعوة ، وفرض عين على كل أبناء الأمة لرد العدوان على الوطن إذ واجهته قوات الغزاة من غير المسلمين ، وجعل الشهادة أعلى مراتب الإيمان , ووعد المجاهدين النصر و التأييد في الدنيا , والخلود والبقاء والنعيم المقيم في الآخرة ، وأعلن أن الجهاد أفضل الأعمال بعد الإيمان ,
 (Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta syurga; mereka beroleh di dalam syurga itu nikmat kesenangan yang kekal. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisi-Nya pahala yang besar. (At-Taubah: 20-22) (الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللهِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ , يُبَشِّرُهُمْ رَبُّهُمْ بِرَحْمَةٍ مِنْهُ وَرِضْوَانٍ وَجَنَّاتٍ لَهُمْ فِيهَا نَعِيمٌ مُقِيمٌ , خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً إِنَّ اللهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ) (التوبة:20-22).
Namun demikian Islam tetap mengalu-alukan semua kaedah perdamaian dan akan menghentikan segala permusuhan jika cara ini dapat mengembalikan kebenaran kepada pihak yang berhak. ومع هذا فقد رحب الإسلام بالوسائل السلمية وإنهاء الخصومة متى أدت هذه الوسائل إلى الاعتراف بحق الكمال لأصحابه ,
Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. (Al-Anfal: 61) (وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللهِ) (لأنفال:61).
Setiap kali Nabi saw. terpaksa membuat pilihan baginda akan memilih penyelesaian yang paling mudah selagimana ia tidak haram. Salah satu cara berdamai ialah melalui perjanjian damai jika perjanjian ini mampu menegakkan kebenaran. Rasulullah saw. pernah membuat perjanjian damai di Hudaibiyyah. Satu lagi cara berdamai ialah melalui penghakiman jika cara ini dapat menegakkan kebenaran. Walaupun setahu kita Rasulullah dan mana-mana khalifah al-Rashidin tidak pernah bersetuju dengan penghakiman orang kafir namun langkah ini bertepatan dengan ayat di atas secara amnya. Perlu juga wujud persefahaman untuk tujuan yang baik iaitu yang tidak dilarang oleh Islam jika ia membawa kepada kebaikan umat Islam dan tidak memudaratkan mereka.  وما خير النبي صلى الله عليه وسلم بين أمرين إلا اختار أيسرهما ما لم يكن محرماً , ومن السلم المفاوضة إذا أوصلت إلى الحق الكامل , وقد فاوض رسول الله صلى الله عليه وسلم في الحديبية , ومن السلم التحاكم إذا أدى إلى هذا الحق أيضاً . وإن كنا لا نعلم إن رسول الله صلى الله عليه وسلم – أو أحد من الخلفاء الراشدين المهديين رضي بتحكيم كافر . ولكنه مقتضى عموم الآية , ولازم الاتفاق على الخير ، الذي لا يمنعه الإسلام بين المسلمين وغيرهم متى كان فيه مصلحة لهم وليس فيه ضرر عليهم .
Namun jika segala langkah-langkah berdamai ini gagal maka pandangan Islam cukup jelas berhubung sebarang tindakan yang secara jelas menunjukkan permusuhan. Selanjutnya Islam akan menggunakan segala kaedah jihad yang diperuntukkan. فإذا فشلت هذه الجهود السلمية فإن رأى الإسلام صريح في (النبذ) الذي يتضمن إعلان الخصومة ، ثم الأخذ تواً بكل وسيلة من وسائل الجهاد :
Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat. Dan janganlah orang-orang yang kafir itu menyangka (bahawa) mereka telah terlepas (dari kekuasaan dan balasan Kami); sesungguhnya mereka tidak akan dapat melemahkan (kekuasaan Kami). Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu. (Al-Anfal: 58-60) (وَإِمَّا تَخَافَنَّ مِنْ قَوْمٍ خِيَانَةً فَانْبِذْ إِلَيْهِمْ عَلَى سَوَاءٍ إِنَّ اللهَ لا يُحِبُّ الْخَائِنِينَ , وَلا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَبَقُوا إِنَّهُمْ لا يُعْجِزُونَ , وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللهِ وَعَدُوَّكُمْ) (لأنفال:58-60).
Allah telah berjanji untuk mempertahankan mereka yang berjuang demi kebenaran. Allah akan memberikan mereka kemenangan melawan musuh mereka walau sehebat mana sekalipun persediaan, jumlah, senjata dan tinggi teknologi musuh mereka. Para pejuang tidak perlu menghiraukan semua itu. Mereka perlu menaruh segala harapan hanya kepada Allah. وقد وعد الله المجاهدين للحق أن يدافع عنهم ، وينصرهم لا محالة على أعدائهم مهما يكن عدوهم كامل الأهبة ، عظيم العدد ، مرموق العدة ، قوى الوسائل ، وعليهم ألا يعبأوا بذلك ، وإن يعتمدوا على الله وحده ,
Dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman. (Ar-Rum: 47) (وَكَانَ حَقّاً عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ) (الروم:47) ,
Kesemua hukum ini wujud dalam Islam. Hukum ini difahami secara jelas berlandaskan dalil-dalil yang kukuh, terperinci dan menyeluruh oleh setiap orang yang merujuk kepada sumber asalnya dan mempunyai pengetahuan dalam bidang fikah. Dengan berpandukan hukum-hukum ini kita dapat selesaikan segala krisis negara yang kini telah mencapai tahap kritikal, mengelirukan dan membimbangkan. Keterangannya seperti berikut: هذه الأحكام جميعاً مقررة في الإسلام يعرفها بتفصيل أوسع واستدلال أقوى وأدق وأحكام كل من نهل من معينه , وأخذ بحظ من الفقه فيه , وعلى ضوئها نستطيع أن نحل قضيتنا الوطنية التي وصلت إلى حد من الارتباك , واضطربت الأذهان , وإليك بيان بذلك :
Kita pernah adakan perbincangan namun kita tidak pernah mencapai apa-apa hasil disebabkan oleh sikap kedegilan dan kelicikan Inggeris. لقد فاوضنا فلم نصل إلى شيء لتعنت الإنجليز وتصلبهم ومناورتهم  .
Kita pernah membawa masalah ini ke muka pengadilan namun kita tetap tidak memperolehi apa-apa hasil. Sebabnya kita terpaksa berhadapan dengan dominasi kepentingan antarabangsa dan kehendak penjajahan. Seorang penulis yang dihormati pernah berkata: “Kita telah berjaya mencapai kemenangan moral yang besar melalui kempen yang meluas ketika mengenengahkan isu kita untuk perhatian dunia. Kita berjaya mengubah isu ini daripada hanya dianggap sebagai masalah persefahaman dua hala dalam ruang yang sempit sehingga ke tahap ia diadili di peringkat antarabangsa. Ini benar namun kemenangan moral ini sebenarnya tidak membawa apa-apa erti kerana kita masih dijajah oleh Inggeris. Kita sebenarnya tidak mencapai apa-apa kemajuan dalam isu ini. Sebaliknya segala krisis ini hanya menimbulkan pelbagai persoalan dan tanda tanya.” واحتكمنا فلم نصل إلى شئ ، كذلك أمام تغليب المصالح الدولية والمطامع الاستعمارية , ولقد قال كاتب فاضل : أننا وصلنا إلى كسب أدبي عظيم بالدعاية الواسعة لقضيتنا بطرحها أمام أنظار العالم كله ، وإخراجها من حيث التفاهم الثنائي الضيق , إلى حيز التحاكم الدولي الواسع ، وذلك صحيح ولكن هذا الكسب الأدبي لم يغنى عن الحقيقة الواقعة شيئا ، وهى أننا مازلنا مع الإنجليز حيث كنا لم نقدم خطوة , بل أن هذا الركود كان مدعاة إلى التساؤل والبلبلة .
Tiada cara lain selain perlunya “pertembungan seimbang” iaitu dengan kita tunjukkan kepada mereka tindak balas kita secara terang-terang. Kita nyatakan dengan lantang bahawa segala pejanjian dan persefahaman yang wujud antara kita dengan mereka telah dimansuhkan. Kita isytiharkan bahawa penduduk lembah ini dalam situasi perang terhadap mereka (walaupun secara pasif). Kita atur hidup kita agar sesuai dengan pengisytiharan ini. لم يبقى إذاً إلا (النبذ على سواء) بأن نعلنهم بالخصومة الصريحة السافرة ، ونقرر في صراحة إلغاء ما بيننا وبينهم من معاهدات واتفاقات , ونعلن اعتبارا أمة وادي النيل معهم في حالة حرب – ولو سلبية – وننظم حياتنا على هذا الاعتبار .
Dalam bidang ekonomi: Kita akan hanya bergantung kepada keluaran kita sendiri dan saudara-saudara kita yang lain di kalangan negara Arab, negara Islam dan negara sahabat jika ada. اقتصادياً : بالاكتفاء والاقتصار على ما عندنا وعند إخواننا من العرب والمسلمين والدول الصديقة إن كانت.
Dalam bidang sosial: Kita bangkitkan semangat jatidiri, maruah dan cintakan kemerdekaan. واجتماعياً : تشجيع روح العزة والكرامة وحب الحرية .
Dalam aspek praktikal: Kita latih rakyat kita menurut latihan ketenteraan hingga tiba masa yang ditetapkan oleh Allah. وعلمياً : بتدريب الشعب كله تدريباً عسكرياً حتى يأتى أمر الله.
Kita bangkitkan kesedaran rakyat melalui kempen yang meluas dan bersepadu sepertimana yang dilakukan oleh mana-mana bangsa yang berhadapan dengan situasi perang yang sebenar. Budaya masyarakat perlu diubah sesuai dengan landasan ini. وتهيأ نفوس الشعب لذلك بدعاية واسعة تامة كاملة ، كم تفعل الأمم إذا واجهت حالة الحرب الحقيقية ، وتتغير كل الأوضاع الاجتماعية على هذه الأساس .
Pada dasarnya, tanggungjawab ini bukanlah tanggungjawab individu atau mana-mana pertubuhan. Sebaliknya tanggungjawab ini perlu dipikul sepenuhnya oleh kerajaan. Apa yang menghairankan, perdana menteri telah kemukakan dengan jelas perkara ini dalam Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu. Malangnya apabila pulang tiada apa yang dilakukannya. Beliau tidak lakukan apa-apa ke arah itu. Apa yang jelas, ini sepatutnya adalah tanggungjawab kerajaan. وهذا العمل لا يتسنى للأفراد ولا للهيئات ابتداء , ولكن الحكومة هي المسئولة عنه أولاً وأخيراً ، فأما الشعب نقولها في صراحة ووضوح وثقة ، أنه على أتم استعداد لبذل كل شيء لو سلكت الحكومة هذا السبيل ،
Sebagai rakyat, kita nyatakan dengan lantang dan yakin bahawa kita bersedia untuk mengorbankan segala-galanya jika kerajaan bersedia mengorak langkah. Kita bersedia untuk menanggung kelaparan dan hidup sebatang kara. Kita bersedia untuk mati dan berkorban. Kita bersedia untuk berjuang bermati-matian. Namun dengan syarat usaha ini dilakukan untuk memperolehi kebebasan dan kemerdekaan negara ini bukan kerana percakaran antara jabatan kerajaan. Bukan kerana kelemahan jentera pentadbiran dan bukan kerana kelemahan dasar ekonomi. Kita tidak sepatutnya tunduk menyerah dan lemah dengan manipulasi dan tekanan pihak Inggeris.   إنه مستعد ليجوع ويعرى … وليموت ويناضل ، ويكافح بأشد النضال والكفاح .. ولكن على شريطة أن يكون ذلك في سبيل حريته واستقلاله لا في سبيل ارتباك اللجان الحكومية ، وضعف الوسائل الإدارية والتخبط في السياسة الاقتصادية والوقوف أمام مكائد الإنجليز وضغطهم موقف المستسلمين العاجزين .
Saya pernah terdengar seorang buruh yang miskin berkata ketika dikeluarkan perintah mencampurkan kandungan roti dengan bahan lain, katanya: “Saya dan anak-anak saya bersedia untuk makan hanya sekali dalam sehari jika kami yakin apa yang kami lakukan itu adalah demi kemerdekaan dan bebas daripada penjajahan Inggeris. Walau bagaimanapun saya merasa sangat marah kerana saya tidak faham kenapa kita perlu melakukan percampuran ini sedangkan negara kita adalah negara pertanian dan kebanyakan hasil mahsulnya adalah bahan makanan?! لقد سمعت عاملا فقيرا يقول حين صدرت الأوامر بخلط الخبز : إنني مستعد أنا وأولادي أن نأكل كل يوم مرة واحدة , إذا وثقنا من أن هذا في سبيل الحرية والتخلص من الإنجليز , ولكنني ساخط كل السخط لأني لا أفهم لماذا نلجأ إلى هذا الخلط ونحن بلد زراعي أعظم محصوله المواد الغذائية؟! 
Rakyat sebenarnya bersedia sepenuhnya untuk berkorban tetapi dengan cara yang betul dan teratur yang boleh membawa kepada kemerdekaan ataupun mati syahid, di bawah pimpinan sebuah kerajaan yang mantap dan dapat memperlihatkan kepada mereka dengan kukuh dan ikhlas fasa-fasa yang bakal mereka lalui. Selagimana kerajaan ini teragak-agak dan keliru, rakyat akan bangun sama ada memberontak atau mati. Kedua-dua kesan ini adalah suatu jenayah kepada negara dan tidak akan dapat diampunkan sepanjang sejarah. فالشعب على أتم استعداد للبذل , ولكن في الطريق واضحة مرسومة تؤدى إلى الحرية أو الشهادة , بقيادة حكومة حازمة ترسم له في قوة وإخلاص مراحل هذا الطريق , أما إذا استمرت الحكومة في ترددها وتراخيها واضطرابها ، فلن يؤدى ذلك بالشعب إلا إلى أحد أمرين ، إما أن يثور ، وإما أن يموت ، و كلاهما جريمة وطنية لا يغتفرها أبداً التاريخ .
Oleh itu wahai ketua kerajaan… فيا دولة رئيس الحكومة ..
Wahai ulamak-ulamak al-Azhar al-Sharif… ويا رجال الأزهر الشريف ..
Wahai para pemimpin pertubuhan dan parti… و يا زعماء الهيئات والأحزاب ..
Wahai mereka yang prihatin dengan nasib negara ini… ويا ذوى الغيرة على هذا الوطن ..
Wahai sekalian anak watan: ويا أبناء الأمة جميعا :
Inilah jalan penyelesaiannya maka tempuhilah dengan berlandaskan pimpinan Islam, Allah pasti bersama kamu. هذه هي الطريق فاسلكوها في ضوء الإسلام والله معكم .
Sesungguhnya saya telah sampaikan, ya Allah saksikanlah…  ألا قد بلغت .. اللهم فأشهد
Perpaduan Menurut Perspektif Islam وحدتنا في ضوء التوجيه الإسلامي
Dan sesungguhnya ugama Islam ini ialah agama kamu – agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu. (Al-Mukminun: 52) وَإِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاتَّقُونِ
Semalam saya telah jelaskan kepada bangsa saya perspektif Islam berhubung krisis dalaman negara kita. Islam mengemukakan jalan pintas untuk menyelesaikan segala masalah dengan cara yang yakin dan mulia. Tiada lain selain dengan cara menyekat tindakan musuh dan mempersiapkan diri dengan kemampuan jihad. Apabila perkara ini dapat kita lakukan barulah kita dapat keluar daripada krisis ini. Kita akan dapat jawapan yang betul bagi persoalan yang sentiasa meniti di bibir kita dan bermain di kotak fikiran setiap rakyat iaitu: “Apakah yang perlu kami lakukan sekarang?” بالأمس وضعت بين يدي قومي وفي قضيتنا الوطنية الخاصة ، توجيه الإسلام الذي هو أخصر الطرق كلها حلاً حاسما كريما ، والذي لا يعدوا النبذ بالخصومة ، وإعداد وسائل الجهاد , ومتى فعلنا ذلك , فقد خرجنا ولا شك من هذه الحيرة ، ووجدنا الجواب الصحيح لهذا السؤال الذي يتحرك به كل لسان ، ويتردد في خاطر كل مواطن : ماذا نعمل الآن ؟ .
Sebenarnya kita tidak kebingungan kerana kita sebenarnya tidak mahu melakukan apa-apa. Kita mahu lari daripada tanggungjawab ini. Kita tidak mahu memikul akibat daripada pengorbanan dan perjuangan ini. Kita sentiasa mahukan yang senang dan mudah sahaja. Tiada yang lain yang kita fikir selain itu. Kita membayangkan kebebasan dan kemerdekaan akan turun dari langit tanpa perlu berusaha. Sedangkan langit tidak pernah menurunkan emas ataupun perak. Langit tidak pernah melimpahkan kebebasan dan kemerdekaan. Jika permintaan kita itu benar-benar lahir daripada hati kita sudah tentu kita akan tempuh jalan ini selepas kita sedar jalan ini terungkap dalam dua perkataan iaitu “Kita melawan dan kita berjihad”. Bantuan Allah pasti akan menyusul kemudian. والحق أننا لا نحار لأننا لا نريد أن نفعل شيئا , ونهرب من تبعات العمل , ونفر من ثقل التضحيات وتكاليف الكفاح ، ونلتمس اللين والسهولة دائماً ، ولا نفكر في سواهما , ونتصور أن الحرية والاستقلال يهبطان من السماء بغير عمل , والسماء لا تمطر ذهبا ولا فضة ، ولا تفيض بحرية أو استقلال .. ولو كنا جادين حقيقة في الطلب ، لسرنا في الطريق بعد أن عرفنا في كلمتين اثنين (ننبذ ، ونجاهد) ، والنصر بعد ذلك من عند الله .
Sekarang saya ingin kemukakan satu topik lain yang ada kaitan dengan krisis negara-negara Islam. Perkara ini berkaitan dengan masalah negara-negara Arab dan seluruh negara Islam yang lain. Agar kita dapat selesaikan masalah ini menurut perspektif Islam yang suci ini. والآن أعرض لموضوع آخر يتصل بقضيتنا الوطنية العامة ، التي تنتظم قضايا الأمة العربية بمختلف شعوبها والعالم الإسلامي كله , لنرى كيف تحل هي الأخرى في ضوء توجيه الإسلام الحنيف .
Seperti yang dimaklumi Islam adalah perutusan untuk seluruh dunia dan didatangkan untuk kebaikan seluruh bangsa manusia. Islam tidak membezakan antara Arab dan bukan Arab, Timur atau Barat. معلوم أن الإسلام رسالة عالمية جاءت لخير الأمم والشعوب جميعاً ، لا فرق بين عربي أو عجمي أو شرقي أو غربي :
Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqan kepada hamba-Nya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam. (Al-Furqan: 1) (تَبَارَكَ الَّذِي نَزَّلَ الْفُرْقَانَ عَلَى عَبْدِهِ لِيَكُونَ لِلْعَالَمِينَ نَذِيراً) (الفرقان:1) .
Atas dasar ini, Islam menganjurkan agar manusia menghapuskan amalan diskriminasi kebangsaan dan perkauman. Malah Islam mengisytiharkan bahawa seluruh manusia bersaudara. Buat pertama kali dalam sejarah, Islam melaungkan semangat kesejagatan di kalangan manusia. ولهذا دعا إلى القضاء على الفوارق الجنسية والعنصرية ، و أعلن الأخوة الإنسانية ، ورفع لواء العالمية بين الناس لأول مرة في تاريخ البشرية :
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (An-Nisa’: 1) (يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيراً وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأَرْحَامَ إِنَّ اللهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيباً) (النساء:1) .
Sebagaimana yang dimaklumi, Islam meletakkan nilai persaudaraan sebagai nilai utama di kalangan mereka yang mengimani Islam dan meyakini risalah Islam. Islam meletakkan nilai persaudaraan ini sebagai sebahagian daripada nilai iman. Malah persaudaraan ini adalah pelengkap kepada iman. ومعلوم أن الإسلام كذلك قد قرر من باب الأول أقوى معاني الأخوة بين المؤمنين به والمنتسبين إليه والمعتقدين لرسالته ، حتى جعل الأخوة معنى من معاني الإيمان ، بل هي أكمل معانيه :
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara. (Al-Hujurat: 10) (إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ) (الحجرات:10) ,
“Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, dia tidak akan menzaliminya dan tidak akan membiarkannya.” “Orang-orang mukmin yang saling mencinta, saling mengasihi dan saling menyayangi sesama mereka umpama satu tubuh, apabila salah satu anggota tubuhnya sakit, maka seluruh tubuh merasa sakit, tidak dapat tidur dan terasa demam.” “Orang mukmin ibarat sebuah bangunan yang saling menguatkan antara satu sama lain.” (المسلم أخو المسلم ، لا يظلمه ولا يسلمه) ، (ومثل المؤمنين فى توادهم وتعاطفهم وتراحمهم كالجسد الواحد إذا إشتكى منه عضوا تداعى له سائر الجسد بالسهر والحمى) , (والمؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضهم بعضا) .
Pada hari ketika seluruh umat Islam berhadapan dengan seluruh dunia dalam satu barisan dan satu hati, bernaung di bawah nilai persaudaraan yang jujur dan tulus ini, tiada satupun kuasa pentadbiran atau politik yang mampu bertahan walau sesaat. Rom dan Parsi telah rebah di hadapan mereka walaupun mereka tidak tersusun. Mereka berjaya membina sebuah empayar yang agung, terbentang luas daripada lautan ke lautan, mendokong ilmu, tamadun, kekuatan dan keunggulan. ويوم واجه المسلمون العالم كله صفاً واحداً وقلباً واحداً في ظل هذه الأخوة الصادقة الحقة ، لم تلبث أمامهم ممالك الروابط الإدارية أو السياسية المجردة ساعة من نهار ، وانهزم أمامهم – بغير نظام – الروم والفرس على السواء . وكونوا إمبراطورية ضخمة تمتد من المحيط إلى المحيط ، ذات علم وحضارة ، وقوة وإشراق .
Namun pada hari ketika mereka lupa rahsia kekuatan mereka. Ketika mereka tidak lagi berpegang dengan pimpinan kitab mereka. ويوم غفلوا عن سر قوتهم , ولم يأخذوا بهدى كتابهم :
Dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (Al-Anfal: 46) (وَلا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِينَ) (لأنفال:46) , 
Mereka pun ditimpa penyakit yang melanda bangsa-bangsa sebelum mereka. Kepentingan materialistik yang tidak kekal lebih utama bagi mereka daripada hubungan persaudaraan iman yang abadi. Empayar ini dicerai-beraikan oleh perpecahan. Empayar ini menjadi rebutan dari dalam dan luar. Akhirnya selepas Perang Dunia Pertama Riwayat empayar ini tamat. Ia jatuh ke tangan musuh-musuh yang bukan Islam yang kini menjajah buminya, menentukan nasibnya dan membahagi-bahagikan empayar ini sesama mereka. Musuh merasakan tamatlah Riwayat Islam dan berakhirlah siri perang salib selama-lamanya. ودب إليهم داء الأمم من قبلهم من تغليب المصالح المادية الزائلة على الاخوة الإيمانية الباقية … تمزقت هذه الإمبراطورية أيدي ابن سبأ , ولعبت بها المطامع الخارجية والداخلية ، وانتهى أمرها مؤخراً بعد الحرب العالمية الأولى إلى الانهيار ، والوقوع في أسر خصومها من غير المسلمين , الذين احتلوا أرضها ، وملكوا أمرها , وتقاسموها فيما بينهم ، وظنوا أنه قد انتهى أمر الإسلام وختمت الحروب الصليبية أفضل ختام .
Bencana besar yang pada mulanya menyerang akal dan hati umat Islam seterusnya menyerang bumi dan tanahair umat Islam ini sebenarnya ialah semangat taksub perkauman. Masing-masing hanya menjaga kepentingan bangsa masing-masing. Mereka lupa usaha Islam yang telah menghapuskan fanatik jahiliyyah, berbangga dengan bangsa, warna kulit dan keturunan. وكانت الدسيسة الكبرى التي اقتحمت على المسلمين عقولهم وقلوبهم أولاً ، ثم أراضيهم وبلادهم ثانياً ، هي تأثرهم بالعنصرية والشعوبية ، واعتداد كل أمة منهم بجنسها ، وتناسى ما جاء به الإسلام من القضاء على عصبية الجاهلية والتفاخر بالأجناس والألوان والأنساب .
Perang Dunia Kedua telah tamat dan ia berjaya menghapuskan fahaman fanatik moden di Eropah iaitu fahaman Nazi dan Fasis. Setelah era perang kita dapat lihat bagaimana negera-negara besar Eropah segera berusaha membentuk penyatuan dan komplot. Adakala mereka mempergunakan nama perkauman. Dalam masa yang lain mereka bertindak berdasar sesuatu kepentingan. Rusia cuba menyatukan semua bangsa Slav di bawah nama Kesatuan Soviet. Sementara England dan Amerika bersatu di atas dasar satu bangsa dan satu bahasa. Setelah itu mereka membahagi-bahagikan bangsa-bangsa di dunia ini dan kawasan takluk mereka dengan menggunakan nama kepentingan dan keperluan hidup. Mereka berselindung di sebalik pembentukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengaburi mata masyarakat dunia bahawa apa yang mereka lakukan bersifat sejagat dan demi kebaikan seluruh manusia. Kita dapat lihat bagaimana negara-negara ini bersatu untuk menindas hak-hak negara kita dan mengkhianati kita dalam semua isu utama. Sama ada isu tersebut dikemukakan di Majlis Keselamatan atau di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, contohnya apa yang berlaku dalam isu Mesir, Palestin dan Indonesia. وقد انتهت الحرب العالمية الثانية , التي قضت على العنصريات الحديثة في أوربا ، عنصرية النازية والفاشية ، فرأينا بعدها الدول الأوربية الكبرى تسعى سعياً حثيثاً إلى التجمع والتكتل ، باسم العنصريات تارة , والمصالح تارة أخرى .. فروسيا تحاول أن تجمع العنصر الصقلبى بكل شعوبه تحت لواء الاتحاد السوفيتي , وإنجلترا وأمريكا تتجمعان باسم الجنس واللغة ، ثم تتقاسمان بعد ذلك أمم العالم ومناطق النفوذ في الأرض باسم المصالح والضروريات الحيوية , وتستر هذا التنافس بينها بتكوين هيئة الأمم المتحدة لتوهم الناس أنها تزكى العالمية ، وتعمل لخير بنى الإنسان , كما رأينا هذه الدول نفسها تتجمع ضد حقوقنا الوطنية ، وتخذلنا في كل قضية من قضايانا الجوهرية , سواء عرضت على مجلس الأمن أم في هيئة الأمم المتحدة , كما حدث في قضية مصر , وفى قضية فلسطين , وفي قضية إندونيسيا .
Kita kini berhadapan dengan suasana dunia yang baru. Kita sedang berhadapan dengan pelbagai isu. Namun kesemua isu ini sebenarnya hanya berpunca daripada satu isu sahaja iaitu melengkapkan kebebasan dan kemerdekaan serta menghapuskan belenggu manipulasi dan penjajahan. Kita perlu kembali semula kepada perkara yang diwajibkan oleh Islam kepada umat Islam di zaman awal. Ketikamana Islam menjadikan perpaduan sebagai sebahagian daripada nilai iman. Kita perlu bergabung dan bersatu. Kita telah berjaya wujudkan Liga Arab. Walaupun liga ini masih belum cukup stabil namun ia tetap suatu permulaan yang baik dan diberkati. Kita perlu sokong dan kukuhkan liga ini. Kita perlu ketepikan segala kelemahan dan kepincangan yang ada. Langkah selanjutnya ialah kita perlu luaskan ruang ini supaya ia merangkumi seluruh umat Islam, Arab dan bukan Arab. Semoga ia menjadi titik tolak kepada penubuhan sebuah Kesatuan Umat Islam, dengan izin Allah. نحن أمام كل هذه الأوضاع العالمية الجديدة ، وأمام تشابه قضايانا ، فهي كلها قضية واحدة معناها استكمال الحرية والاستقلال , وتكسير قيود الاستغلال والاستعمار .. ولا بد أن نلجأ من جديد إلى ما فرضه الإسلام على أبناءه منذ أول يوم ، حين جعل الوحدة معنى من معاني الإيمان … يجب أن نتكتل ونتوحد . وقد بدأنا بالجامعة العربية ، وهى وإن كانت لم تستقر بعد الاستقرار الكامل ، إلا أنها نواه طبية مباركة على كل حال ، فعلينا أن ندعمها ونقويها ، ونخلصها من كل ما يحيط بها من عوامل الضعف والتخلخل . وعلينا أن نوسع الدائرة حتى تتحقق رابطة أمم الإسلام – عربية وغير عربية – فتكون نواه (لهيئة الأمم الإسلامية) بأذن الله …
Cara ini akan menambah satu lagi kekuatan kita iaitu kekuatan perpaduan dan penyatuan sebagai tambahan daripada kekuatan sedia ada dalam berhadapan dengan bangsa lain iaitu melawan dan berjihad. Dengan kedua-dua cara ini kita akan dapat bebaskan diri kita. Dengan cara ini juga kita akan dapat memelihara imbangan kuasa dunia yang kini berada pada negara-negara yang tamak dan berlumba-lumba untuk mengejar kekayaan. وبهذه الطريقة ، والتي ستضيف إلى وسائلنا الخاصة بكل أمة ، من النبذ والجهاد معنى آخر من معاني القوة , وهي الوحدة والتجمع ، نستطيع أن نتخلص ، وأن نحفظ التوازن العالمي بين الأمم الطامعة ، والدول المتنافسة على المغانم والحطام .
Pihak yang bertanggungjawab merealisasikan langkah-langkah ini ialah kerajaan-kerajaan di negara-negara Arab dan Islam. Begitu juga semua pendokong pembaharuan sama ada yang rasmi mahupun tidak. والمسؤول عن تحقيق هذه الخطوات ، الحكومات العربية والإسلامية جميعاً ، وكل دعاة الإصلاح في هذه الشعوب من رسميين وأهليين .
Pada hari ini saya menyeru: واليوم أوجه النداء :
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai. (Aali-Imran: 103) (وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيعاً وَلا تَفَرَّقُوا) (آل عمران:103) .
   
Sesungguhnya saya telah sampaikan, ya Allah saksikanlah. ألا قد بلغت .. اللهم فاشهد .

[1] Statistik terkini (2002), seramai 210 juta orang.