Ghulam Dakwah – Analisa Hadis
→ Tema Analisa: KITA SAMA (Ghulam dan KITA)
▀Kronologi Hadis
1 | Ahli Sihir yang mendokong Raja mencari pengganti |
2 | Ghulam terpilih kerana keistimewaannya untuk belajar dengan Ahli Sihir |
3 | Ghulam bertemu Rahib sewaktu pergi belajar Sihir |
4 | Ghulam beriman dengan kebenaran ilmu Rahib berbanding ilmu Sihir |
5 | Ghulam mula berdakwah dengan seni yang diberikan Allah |
6 | Raja mengetahui kekafiran Ghulam kepadanya melalui kesan dakwahnya |
7 | Bermula episod penyiksaan terhadap pendokong al-Haq; Kerabat Raja, Rahib dan Ghulam |
8 | Raja menghukum Ghulam di khalayak ramai lalu Ghulam syahid dipanah |
9 | Orang ramai yakin dengan kebenaran yang di bawa Ghulam dan mereka semua diuji atas keimanan |
▀ Watak-Watak Di Dalam Hadis
Pendokong Al-Haq | Pendokong Al-Bathil |
RahibGhulamOrang yang dekat dengan Raja/PembesarIbu dan Anak yang berimanRakyat yang beriman (Ashabul Ukhdud) | RajaAhli sihirKonco-konco/Pasukan Raja |
- Status Ibu dan Ayah Ghulam tidak diketahui sama ada mendokong al-haq atau al-bathil dan tidak pula disebut secara khusus yang mereka beriman di akhir hadis
▀ Suasana Politik dan Sosial
- Kisah berlaku di sebuah daerah yang diketuai oleh seorang Raja yang zalim dan memerintah dengan hukum/undang-undang jahiliyyah
- Raja memiliki konco-konco yang ta’at untuk mengukuhkan kekuasaannya dan bertindak keras terhadap sebarang perlawanan untuk menjatuhkannya
- Keimanan kepada Allah merupakan suatu yang asing kepada masyarakat dan sedikitnya jumlah orang yang benar-benar beriman
- Raja menggunakan sihir untuk memperdaya rakyat jelata bahawa dialah Tuhan kepada seluruh rakyatnya
▀ Episod 1
كَانَ مَلِكٌ فيِمَنْ كَانَ قبْلَكُمْ، وَكَانَ لَهُ سَاحِرٌ ، فَلَمَّا كَبِرَ قَالَ لِلْمَلِك : إِنِّي قَدْ كَبِرْتُ فَابعَثْ إِلَيَّ غُلاَماً أُعَلِّمْهُ السِّحْرَ ، فَبَعَثَ إِلَيْهِ غُلاَماً يعَلِّمُهُ
Di zaman sebelum kamu dahulu ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir. Bila tukang sihir tersebut merasa dirinya telah tua, dia berkata kepada raja tersebut, “Aku telah tua. Carilah seorang budak[1] (yang paling cerdik)*[2] yang boleh aku ajarkan kepadanya sihirku”. Lalu dicari seorang budak dan tukang sihir tersebut mengajarkan kepadanya ilmu sihirnya.
* * *
- Kepentingan Tukang Sihir : Sebagai alat/medium untuk menguat dan mengukuhkan kekuasaan Raja yang zalim
Kerajaan taghut yang diceritakan di dalam hadith tersebut telah memperoleh kekuasaannya dengan menggunakan sihir. Ini jelas di mana mentauhidkan Allah menjadi asing dan si Raja mengaku Tuhan. Maka, apabila Si Tukang Sihir telah tua, dia perlu mencari penggantinya agar kekuasaan sang Raja tidak luput.
Lalu Rasulullah saw. menceritakan bahawa apabila tukang sihir sudah tua dan tidak mampu untuk berkhidmat lagi kepada Sang Taghut, pengganti yang memiliki keupayaan yang hebat untuk meneruskan kesinambungan kepakaran tukang sihir perlu dicari. Ini sebenarnya penting untuk mempamerkan kekuasaan Raja dan mengelabui mata rakyat daripada melihat kezaliman, ketidakadilan dan kelemahan yang ada pada sang Raja.
Sejarah Nabi Musa as. juga turut menceritakan bahawa kekuasaan kerajaan taghut Firaun diungguli dengan menggunakan khidmat tukang sihir. Namun apabila Allah mengizinkan tongkat Nabi Musa as. untuk menjadi mukjizat baginya melawan sihir Fir’aun, maka kekuasaan kerajaan taghut Fir’aun mulai tercabar, hingga akhirnya mereka semua luput tenggelam di dalam laut yang dibelah oleh Nabi Musa menggunakan tongkatnya.
فَأَلْقَى مُوسَى عَصَاهُ فَإِذَا هِيَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ (٤٥)
Kemudian Nabi Musa pula mencampakkan tongkatnya, tiba-tiba tongkatnya itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka). (Asy Syu’araa: 45)
وَنَادَى فِرْعَوْنُ فِي قَوْمِهِ قَالَ يَا قَوْمِ أَلَيْسَ لِي مُلْكُ مِصْرَ وَهَذِهِ الأنْهَارُ تَجْرِي مِنْ تَحْتِي أَفَلا تُبْصِرُونَ (٥١)أَمْ أَنَا خَيْرٌ مِنْ هَذَا الَّذِي هُوَ مَهِينٌ وَلا يَكَادُ يُبِينُ (٥٢)فَلَوْلا أُلْقِيَ عَلَيْهِ أَسْوِرَةٌ مِنْ ذَهَبٍ أَوْ جَاءَ مَعَهُ الْمَلائِكَةُ مُقْتَرِنِينَ (٥٣)فَاسْتَخَفَّ قَوْمَهُ فَأَطَاعُوهُ إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا فَاسِقِينَ (٥٤) فَلَمَّا آسَفُونَا انْتَقَمْنَا مِنْهُمْ فَأَغْرَقْنَاهُمْ أَجْمَعِينَ (٥٥) فَجَعَلْنَاهُمْ سَلَفًا وَمَثَلا لِلآخِرِينَ (٥٦)
Dan Fir’aun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: “Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini – Akulah yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? Tidakkah kamu melihatnya? “Bahkan bukankah Aku lebih baik daripada orang yang hina keadaannya ini, dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya? “(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?” (dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; Sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik – derhaka. Setelah mereka menyebabkan kemurkaan Kami (dengan perbuatan derhaka itu), Kami menyeksa mereka, Iaitu menenggelamkan mereka semuanya di laut (sehingga binasa). Maka Kami jadikan mereka contoh dan pengajaran bagi orang-orang yang datang kemudian. (Al-Zukhuf: 51-56)
Watak Praktis
Raja | Pemerintah yang zalim yang berhukum kepada hukum jahiliyyah yang meletakkan hukum-hukum Allah swt. di bawah telunjuk manusia seperti undang-undang British dan undang-undang Sekular |
Tukang Sihir | Sistem dan pekerja yang mendokong dan menjayakan kelangsungan sistem dan pemerintahan jahiliyyah. Hal ini dapat dimetaforakan kepada teknologi-teknologi moden seperti media, dan fasiliti moden; juga metafora kepada penguatkuasa pemerintah, bijak pandai atau golongan professional yang miliki ketokohan |
- Pilih budak yang genius : Itulah ciri khusus atau kelayakan yang menggambarkan kemampuan untuk menguasai ilmu dan kesediaan untuk menerima ‘tarbiyyah’ yang telah ditetapkan oleh sistem jahiliyyah untuk menjamin kelangsungan kerajaan jahiliyyahnya.
Generasi pewaris itu dipilih daripada kalangan pemuda di kampung-kampung atau daerah dengan kaedah pemilihan yang khusus dan melalui tapisan yang teliti supaya orang yang benar-benar layaklah yang terpilih untuk mengikuti program yang disusun oleh Tukang Sihir.
Watak Praktis
Budak | Pelajar yang hidup di dalam sistem jahiliyyah dan hanya menurut sistem tanpa memahami tuntutan aqidah untuk meruntuhkan berhala taghut dan jahiliyyah. Mereka datang dari pelbagai latar belakang norma kehidupan jahiliyyah moden dan memiliki pelbagai potensi yang bagus tetapi diguna-pakai sekadar untuk Al-Hawa tanpa memberikan apa-apa faedah untuk Islam Contoh 1. Potensi IQ yang pandai – Terpilih untuk belajar ke luar negara atau mengikuti bidang-bidang khusus di pusat pengajian 2. Fizikal yang sihat – Terpilih untuk terlibat secara khas dalam kesukanan untuk menjadi atlet impian negara 3. Kepimpinan yang cemerlang – Ada di kalangan pelajar yang mahir dalam berpidato dan pengurusan manusia 4. Suara yang bagus / Kemahiran reka-cipta dan lain-lain |
Sistem Pemilihan | Setiap sistem yang ada untuk menapis, memilih dan menyediakan pelajar supaya berkhidmat kepada sistem dan pemerintah seperti peperiksaan, interview, latihan khidmat bakti, kepimpinan dalam kelab-kelab yang mendokong jahiliyyah selainnya Para pelajar di pilih dan diberikan pelbagai kemudahan dengan harapan mereka akan menjadi pendokong kepada sistem jahiliyyah apabila tamat belajar. Jadilah mereka jurutera, doktor mahupun ustaz dan ustazah yang disibukkan dengan segala urusan untuk memastikan sistem jahiliyyah berjalan dengan lancar tanpa cacat cela. Jurutera sibuk saban hari membaiki mesin-mesin supaya produktiviti pengeluaran negara meningkat; ibarat robot yang bekerja kuat hingga kehabisan bateri. Tiada ada erti dalam hidup mereka untuk meruntuhkan sistem jahiliyyah sebab mereka telah dipilih dan diprogramkan untuk terus mendokongnya. |
▀ Episod 2
وَكَانَ في طَريقِهِ إِذَا سَلَكَ رَاهِبٌ، فَقَعَدَ إِلَيْهِ وَسَمِعَ كَلاَمهُ فأَعْجَبهُ ، وَكَانَ إِذَا أَتَى السَّاحِرَ مَرَّ بالرَّاهِب وَقَعَدَ إِلَيْه
Di pertengahan jalan menuju ke tempat belajarnya, terdapat seorang rahib. Budak tersebut telah duduk sebentar mendengar ajaran rahib tersebut dan merasa seronok dengannya. Selepas kali tersebut, setiap kali melalui tempat rahib, budak tersebut akan berhenti dan mendengar ajarannya.
* * *
Rahib adalah seorang daie sekaligus murabbi super : Rahib adalah manusia yang beriman dan berdakwah kepada Allah di kala rakyat jelata diperbodohkan oleh dien[3] pemerintah. Mendengar berita yang masyhur di daerahnya bahwa Ghulam telah terpilih untuk menggantikan tukang sihir, Rahib sedar bahwa inilah peluang yang harus diambil demi maslahah dakwah. Rahib memilih berdasarkan kepada potensi yang ada pada Ghulam, baik terhadap kelebihan yang ada pada ciri-ciri khususnya mahupun terhadap masa depan Islam dan Dakwah jika Ghulam beriman kepada Allah.
Lantas Rahib siap memberikan segenap fokus gerak kerjanya untuk mendekati Ghulam dan seterusnya mentarbiyyah dan mentakwin (membentuk) Ghulam supaya benar-benar faham dan yakin erti dan tuntutan mentauhidkan Allah.
Ternyata Rahib memiliki segenap potensi sebagai murabbi super di mana beliau mampu untuk membuatkan Ghulam singgah dan berminat untuk duduk mendengar halaqahnya meskipun sedari kecil, Ghulam dibesarkan dalam realiti kehidupan jahiliyyah dan telah diprogramkan kehidupannya untuk berkhidmat kepada Raja. Hinggakan Nabi saw. menggambarkan yang Ghulam merasa seronok saat bersama dengan sang Rahib.
Ciri –ciri murabbi super seperti ini telah dihuraikan Allah di dalam menerangkan rahmat-Nya terhadap Rasulullah saw.;
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka. (Ali-Imran: 159)
Watak Praktis
Rahib | Para daie yang ikhlas berjuang di jalan Allah dengan menyeru dan mentarbiyyah para pemuda yang terjebak di dalam program sistem jahiliyyah tanpa mereka sedari |
▀ Episod 3
فَإِذَا أَتَى السَّاحِرَ ضَرَبَهُ ، فَشَكَا ذَلِكَ إِلَى الرَّاهِبِ فقال : إِذَا خَشِيتَ السَّاحِر فَقُلْ : حبَسَنِي أَهْلي ، وَإِذَا خَشِيتَ أَهْلَكَ فَقُلْ: حَبَسَنِي السَّاحرُ .
Akhirnya bila tiba kepada tukang sihir, ia dipukul (kerana terlambat). Lalu ia mengadu kepada rahib. Rahib berkata kepadanya:
“Jika kamu takutkan tukang sihir, katakan kepadanya bahawa ibu bapaku menahanku (di rumah), jika kamu takutkan ibu bapamu (kerana lewat pulang), katakan kepada mereka berdua bahawa tukang sihir telah menahanku.”
* * *
- Ujian di dalam Tarbiyyah :Ghulam menghadiri sesi halaqah bersama Rahib dua kali sehari, yakni sebelum mengikuti kuliah sihir dan selepas tamat kuliah yang akhirnya membuatkan Ghulam lewat apabila pergi ke kelas dan lewat juga pulang ke rumah. Natijahnya Ghulam dimarahi dan dipukul oleh lecturernya, tukang sihir.
Begitu juga hal yang serupa berlaku antara Ghulam dan keluarganya yang masih lagi belum faham tentang Islam. Dia dimarahi, ditanya-tanya, dibrainwash dan dilemahkan semangatnya agar terus menumpukan perhatian kepada pelajaran sihir semata, kerana keluarganya memandang bahawa sihirlah yang menjamin masa depan yang cerah bagi Ghulam di negerinya itu.
Itulah sunnah dalam pembentukan peribadi muslim. Ujian yang datang daripada Allah swt. merupakan suatu tarbiyyah yang sangat mahal untuk membina kesabaran dan iltizam Ghulam kepada dakwah secara berperingkat.
Hari-hari berlalu dengan pelbagai program tarbiyyah yang sarat dan pada masa yang sama Ghulam perlu menguasai dan score dalam pelajaran sihir semestinya menuntut pengorbanan masa, tenaga, harta dan perasaan.
يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الأمُورِ (١٧)
“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. (Luqman: 17)
- Murabbi super – Bercirikan (1) Sebagai Ayah, (2) Ustaz, (3) Syeikh dan (4) Pemimpin: Hubungan yang erat dan kethiqahan yang wujud antara murabbi dan mutarabbi (Rahib & Ghulam), menyebabkan Ghulam akhirnya meluahkan permasalahan peribadi yang dihadapinya kepada Rahib. Rahib lantas mengemukakan jalan penyelesaian kepada masalah tersebut untuk membimbing Ghulam supaya sabar dan kekal di dalam medan tarbiyyah. Ini adalah penting, kerana jika tarbiyah Ghulam terhenti, maka proses takwin (pembinaan) Ghulam sebagai daie sejati akan terhenti. Maka Rahib telah menjadi tempat Ghulam meluahkan perasaan, mengadu susah-payah serta mendapatkan nasihat dalam mengatasi tentangan-tentangan dari lecturer sihir dan keluarganya.
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (٢١)
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, Iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) (Al-Ahzab: 21)
لا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ أُولَئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الإيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ أُولَئِكَ حِزْبُ اللَّهِ أَلا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (٢٢)
“Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka.Meraka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya, dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung.” (Al-Mujadilah: 22)
- Tarbiyyah berterusan tanpa henti : Pukulan dan ancaman daripada tukang sihir bukanlah penyebab kepada Rahib & Ghulam untuk menghentikan halaqah-halaqah mereka. Bahkan ujian itu memberikan kekuatan kepada Rahib untuk terus membina komitmen Ghulam terhadap program-program tarbiyyah dan menambah keimanan Ghulam sendiri. Program tarbiyyah berterusan tanpa henti walau bagaimana sibuk sekalipun Ghulam dalam mempelajari sihirnya dan menyiapkan kerja-kerja sekolahnya.
Malah jika dinisbahkan, Ghulam pergi ke program tarbiyah dua kali sehari iaitu ketika perjalanan pergi dan pulang, berbanding ke program sihir yang hanya sekali.
Halaqah Pagi – 1 Kali
Halaqah Petang – 1 Kali
= 2 Kali Sehari
= 14 Halaqah Seminggu !
Ini bermakna Ghulam seperti memperuntukkan lebih kepentingan kepada program tarbiyah, tanpa sedikitpun mengabaikan pelajaran sihir. Di sebalik itu, sebenarnya Ghulam juga sedar bahawa jika dia mengabaikan pelajaran sihirnya lalu ditimpa kegagalan, maka dia tidak akan dibenarkan keluar rumah lagi, dan ini akan menghalang tarbiyahnya juga nanti.
- Menyimpan rahsia dan berbohong (berdalih) untuk menolak kefasadan dan mendapatkan maslahah : Ya, memang Rahib mengajar Ghulam untuk berbohong dalam erti kata untuk merahsiakan program-program tarbiyyah yang mereka jalankan daripada tukang sihir dan keluarga ! Tetapi bohongnya Ghulam adalah untuk kemaslahatan dakwah dan tidak terkeluar daripada apa yang diharuskan oleh syara’.
Hakikatnya fiqh daripada Rahib ini perlu kita cermati dengan baik akan keperluannya. Realiti pada hari ini terkadang menuntut para pemuda untuk berhelah terhadap sistem jahiliyyah dan keluarga sendiri semata-mata untuk menyertai program-program tarbiyyah dan memastikan kelangsungan tarbiyyah. Ini adalah kerana mereka juga adalah mangsa situasi, akibat daripada salah fahaman dan terhadnya kefahaman Islam yang ada pada mereka. Sebilangan mereka mungkin menghalang kerana takut pelajaran sihir anak-anak mereka terjejas atau fobia dengan istilah-istilah Al-Quran yang telah dicemari oleh media jahiliyah seperti ‘dakwah’ dan ‘jihad’! Kebanyakan pula di fikiran mereka hanyalah untuk melihat kejayaan duniawi anaknya yang suatu hari nanti bakal menjadi orang besar dalam sistem jahiliyyah dan membahagiakan mereka dengan harta yang banyak dan secara tak langsung mereka sebenarnya mengajar si anak agar mengenepikan usaha-usaha dakwah.
Natijahnya para Ghulam berada di persimpangan jalan namun Rahib telah mengajarkan suatu kaedah yakni mengutamakan maslahah untuk memahami Islam, memperjuangkannya dan bergabung bersama tajammuk dakwah dengan berhelah untuk menolak kefasadan. Bukanlah satu kebaikan jika kita berkeras mempertahankan pendirian kita terhadap ahli keluarga atau sistem jahiliyyah yang menghalang. Malah dengan berbalah atau bersikap keras pula pada kebanyakan masa akan mengundang permusuhan dan menambahkan salah faham terhadap dakwah itu sendiri.
Di dalam sirah Nabi saw., para sahabat dan juga mereka yang terdahulu memberikan petunjuk terbaik dalam melakukan helah atau menyembunyikan maksud asal, demi maslahat dakwah. Pernah di awal kisah peperangan Badar, Rasulullah saw. bertemu dengan seorang tua yang memberikan maklumat kepada Baginda tentang perjalanan kaum Quraisy dan kaum Muslimin. Di saat itu Baginda ditanya, “Dari mana asal kamu berdua?” lantas dijawab Nabi saw. “Kami dari Ma’ (air)”. Setelah Nabi saw. beranjak pergi orang itu lalu berkata, “Tidak ada yang datang dari air. Apakah dari mata air Iraq?”, yakni sebuah tempat yang bernama Ma’ di Iraq tetapi yang sebenarnya Nabi saw. bermaksud “Kami dari air mani” seperti firman Allah swt.:
“Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air”(An-Nur: 45) dan firmanNya“Bukankah Kami menciptakan kamu dari air yang hina?”(Mursalat: 20)
Begitu juga dengan jawapan Abu Bakar ra. kepada salah seorang yang bertanya kepadanya perihal orang yang menunggangi di hadapan ketika peristiwa hijrah ke Madinah, yakni Rasulullah saw.. Beliau memahami fikih ini dengan jelas untuk menolak mudhorat yang besar yang sedang berhadapan dengan kepentingan dakwah. Lantas beliau menjawab, “Orang yang menunjuki jalanku” yang difahami penanya sebagai penunjuk jalan kepada Abu Bakr ra. sedangkan yang dimaksudkan bahwa Rasulullah saw. adalah manusia mulia yang menunjukkan jalan ke syurga.
Nabi Allah Ibrahim as. memberikan beberapa petunjuk kepada kita untuk memahami dengan lebih lanjut akan fikih ini. Ketika Nabi Ibrahim as.sedang berjalan bersama kaumnya dan ingin kembali untuk menghancurkan berhala-hala yang mereka sembah, baginda membuat suatu trick yang hebat yang dirakamkan Allah swt. di dalam Surah Ash-Shaffat ayat 88-89.
“Kemudian ia memandang dengan satu renungan kepada bintang-bintang (yang bertaburan di langit), lalu berkata: “Sesungguhnya Aku merasa sakit (tak dapat turut berhari raya sama)”.
Walhal Nabi Ibrahim as. tidaklah sakit secara fizikal melainkan sebuah trick untuk kembali menghancur-leburkan berhala yang menjadi sembahan kaumnya dengan seluruh kekuatannya seperti yang disebutkan dalam firmanNya,
“Lalu ia memecahkan semuanya berketul-ketul, kecuali sebuah berhala mereka yang besar (dibiarkannya), supaya mereka kembali kepadaNya.”(Al-Anbiya’: 58)
Di dalam Sohih Bukhari Rasulullah saw. menceritakan tentang kebijakan Khalilullah ini, Nabi Ibrahim as. di mana ketika Baginda sedang berjalan dengan Sarah, seorang pengawal kepada penguasa yang zalim berkata, “Orang ini datang bersama wanita yang paling cantik.”. Kemudian penguasa itu mengirimkan utusan dan bertanyakan kepada Nabi Ibrahim as., “Siapakah wanita ini?” Nabi Ibrahim as. menjawab “Saudara perempuanku”. Kemudian Nabi Ibrahim as. mendekati Sarah dan berkata “Wahai Sarah, diatas permukaan bumi ini tidak ada orang beriman kecuali aku dan kamu. Penguasa itu bertanya kepadaku lalu aku memberitahukannya bahwa kamu adalah saudara perempuanku maka janganlah kamu mendustakan aku”.
Imam Nawawi telah membuat komentar terhadap hadis Ghulam ini dengan katanya; “Hadis ini mengandungi hukum harus berbohong ketika dalam peperangan dan seumpamanya dan ketika ingin menyelamatkan diri daripada binasa atau orang lain. Iaitu diri yang diharamkan daripada dibunuh.”
Daripada Ummu Kalsum binti ‘Utbah katanya: Aku tidak mendengar Rasulullah memberi kebenaran untuk berbohong kecuali dalam peperangan, menyelesaikan perbalahan di antara manusia, perbualan suami dengan isterinya dan perbualan isteri dengan suaminya. (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
Dr. Abdul Karim Zaidan dalam kitabnya Majmu’ Buhuth Fiqhiyah dalam kajiannya mengenai Dhorurah Dalam Syariat Islam di bawah tajuk “Harus berbohong dan bersumpah dusta kerana dhorurah.” Beliau berkata; Imam Al-Qurtubi di dalam tafsirnya juga telah meriwayatkan daripada ahli fikah di kalangan tabie’n mengenai harusnya berbohong dan bersumpah dusta demi menyelamatkan nyawa dan harta pelakunya atau pun nyawa atau harta orang lain daripada tindakan si zalim dan seumpamanya. Riwayat-riwayat tersebut merupakan peninggalan fikah lama yang telah berjaya membongkar salah satu sudut yang penting daripada fikah Islam di dalam menghadapi realiti kehidupan. Ia juga menunjukkan bagaimana fikah Islam mengambil kira niat manusia dan kesudahan sesuatu perbuatan. Antara riwayat yang disebut dalam tafsir Al-Qurtubi ialah apa yang telah dinyatakan oleh Hassan al-Basri ra. sebagai jawapanterhadap pertanyaan yang diajukan kepadanya. Hassan Al-Basri telah ditanya mengenai sultan zalim yang meminta seorang lelaki bersumpah atau dia menunjukkan tempat persembunyian orang yang dicari-carinya supaya dapat disiksa dengan zalim, atau pun tempat simpanan harta supaya dia dapat merampasnya dengan cara yang tidak sebenar? Beliau menjawab; “Sekiranya dia bimbang terhadap keselamatan diri atau hartanya, maka bersumpahlah dan sumpahnya itu tidak akan dikenakan kafarah.”[4]
Justru, inilah fikih
yang perlu difahami oleh para Ghulam apabila berhadapan dengan pelbagai situasi
yang bakal merugikan dakwah dan tarbiyyah. Kami mendapati banyak pengalaman praktis
adik-adik yang baru mengenal dakwah yang kami kenal sebagai Ghulam yang ‘baik’
dalam mengaplikasikan fikih ini dengan bijaksana tanpa mengundang mudhorat baik
terhadap individu mahupun dakwah. Mereka menghadapi situasi seperti tidak dibenarkan
keluar rumah untuk menghadiri program-program tarbiyyah, tidak dibenarkan ikut
serta dalam jaulah dan mukhayyam dan pelbagai. Namun hasil nasihat dan
bimbingan yang penuh hikmah dan kebijaksaan daripada para Rahib, mereka
akhirnya mampu untuk melepasi ujian-ujian tersebut. Begitu juga kisahnya
apabila para Ghulam memasuki alam kerjaya, dengan pelbagai tuntutan kerjaya
seperti meeting, tugasan luar, mengejar dateline dan pelbagai lagi, semestinya
menuntut kebijakan kita dalam menilai keutamaan yang perlu diberikan kepada
dakwah dan tarbiyyah dengan timbunan kerja di hadapan mata. Banyak lagi yang
boleh anda pelajari daripada ikhwah dan akhawat di sekeliling anda.
▀ Episod 4
فَبيْنَمَا هُو عَلَى ذَلِكَ إذْ أتَى عَلَى دابَّةٍ عظِيمَة قدْ حَبَسَت النَّاس فقال : اليوْمَ أعْلَمُ السَّاحِرُ أفْضَل أم الرَّاهبُ أفْضلَ ؟ فأخَذَ حجَراً فقالَ : اللهُمَّ إنْ كان أمْرُ الرَّاهب أحَبَّ إلَيْكَ مِنْ أَمْرِ السَّاحِرِ فاقتُلْ هَذِهِ الدَّابَّة حتَّى يمْضِيَ النَّاسُ ، فرَماها فقتَلَها ومَضى النَّاسُ
Waktu berlalu dan pada suatu hari budak tersebut telah bertemu dengan seekor binatang besar (singa)* yang menghalang laluan orang ramai. Budak tersebut berkata di dalam hatinya, “Pada hari ini aku akan tahu siapakah yang lebih hebat, tukang sihir atau rahib”. Lalu diambilnya seketul batu dan dibaca: “Ya Tuhan, jika sekiranya rahib lebih engkau cintai dari tukang sihir, maka bunuhlah binatang ini dan berilah laluan kepada orang lain.”
Lalu dilontar batu tersebut dan binatang tersebut pun mati. (Orang ramai sangat kagum dengan budak tersebut dan mengatakan dia mempunyai ilmu yang kita semua tidak mengetahuinya)*.
* * *
- Ghulam menguji ilmunya untuk menambah keyakinan : Tarbiyyah sang Rahib menyebabkan Ghulam senantiasa mengutamakan ilmu Rahib apabila dibandingkan dengan ilmu Sihir yang menunjukkan betapa hatinya cinta kepada tarbiyyah daripada kuliah sihir.
Latar belakang kehidupan jahiliyyah lampau, tekanan persekitaran jahiliyyah dan juga kesan daripada pengaruh kuliah sihir memberikan impak terhadap keyakinan Ghulam pada ilmu yang diajarkan Rahib. Lantas Allah swt. menakdirkan sebuah peristiwa yakni membunuh binatang dengan batu yang dilontar dengan nama Allah untuk membulatkan lagi keimanan Ghulam untuk mentauhidkan Allah swt.. Hal ini sama seperti kisah Nabi Ibrahim as. yang memohon kepada Allah untuk memberikan ketenteraman hati kepadanya dan membulatkan tekadnya kepada Allah swt..
وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِ الْمَوْتَى قَالَ أَوَلَمْ تُؤْمِنْ قَالَ بَلَى وَلَكِنْ لِيَطْمَئِنَّ قَلْبِي قَالَ فَخُذْ أَرْبَعَةً مِنَ الطَّيْرِ فَصُرْهُنَّ إِلَيْكَ ثُمَّ اجْعَلْ عَلَى كُلِّ جَبَلٍ مِنْهُنَّ جُزْءًا ثُمَّ ادْعُهُنَّ يَأْتِينَكَ سَعْيًا وَاعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (٢٦٠)
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?” Allah berfirman: “Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?” Nabi Ibrahim menjawab: “Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)”. (Al-Baqarah: 260)
- Tarbiyyah bukan sekadar teori : Halaqah yang dihadiri Ghulam ternyata tidak selamanya teori kerana kefahaman itu menjadi lebih mantap apabila kita sendiri yang terlibat dalam membuktikannya dan merasai perjuangan untuk menegakkannya.
▀ Episod 5
فأتَى الرَّاهب فأخبَرهُ . فقال لهُ الرَّاهبُ : أىْ بُنيَّ أَنْتَ اليوْمَ أفْضلُ منِّي ، قدْ بلَغَ مِنْ أمْركَ مَا أَرَى
Perkara tersebut diceritakan kepada rahib. Rahib berkata padanya; “Engkau pada hari ini telah menjadi lebih hebat dariku”. Engkau telah sampai ke peringkat yang aku dapat lihat sekarang.
* * *
Tarbiyyah menjadikan Ghulam hebat ! : Meskipun Ghulam hidup di dalam realiti kehidupan jahiliyyah yang sempit dan kotor, yang mana rakyat secara sedar atau tidak wajib memperhambakan dirinya kepada sistem dan pemerintahan jahiliyyah dan menggunakan segala potensi insaniah yang diberikan Allah swt. Demi untuk memajukannya, tarbiyyah akhirnya mencanai segala potensi yang ada pada Ghulam dan mengeluarkannya daripada kalangan manusia untuk menjadi insan yang terbaik.
الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام، إذا فقهوا
“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”(HR Bukhari)
Hebatnya Ghulam bukan hanya pada keimanannya kepada Allah swt., bahkan terhadap penguasaan ilmu duniawinya yakni sihir. Yang membezakan adalah Ghulam sedar dan faham ke mana arah tuju setiap ilmu yang dipelajari. Segala ilmu dan kemahiran digunakan sebagai alat perjuangan kepada jalan Allah swt..
Pelajaran Praktis
- Pelbagai potensi yang telah diberikan Allah swt. kepada kita seharusnya dimanfaatkan dan dichannelkan untuk menambahkan lagi keyakinan kita kepada Allah seperti kepandaian berfikir, kemahiran mereka cipta, kesungguhan dalam menyelesaikan sesuatu perkara (ie menghabiskan siri-siri video games/drama, ujian peperiksaan, kuat ingatan untuk menghafal formula-formula/lagu-lagu, fikiran yang kreatif dan inovatif serta fizikal yang sihat)
- Istiqamah dalam mengikuti program-program tarbiyyah akan meneguhkan lagi ikatan kita kepada Islam yang akan membuatkan kita sentiasa berfikir bagaimana untuk mendahulukan Islam daripada lain-lain hal dalam segenap peluang yang terbuka di hadapan kita.
- Nilaian hebatnya seseorang di sisi Allah bukanlah terhadap segenius mana kita dalam peperiksaan atau sekaya mana kita tetapi setinggi mana tingkat ketakwaan kita kepada Allah
- Semua orang mampu untuk mencapai tahap keimanan yang hakiki walau sejauh mana kita telah terjerumus ke dalam kehidupan jahiliyyah. Yang penting adalah usaha kita untuk mencari kebenaran, memahami, menghayati dan membuktikannya.
- Sesiapa yang mengikut tarbiyah akan pastinya berusaha sekerasnya untuk berjaya di dalam pelajaran sihir dan dalam masa yang sama akan memaksimumkan masa untuk tarbiyahnya.
▀ Episod 6
وإِنَّكَ ستُبْتَلَى ، فإنِ ابْتُليتَ فَلاَ تدُلَّ عليَّ
Tapi ingat, engkau nanti akan diuji. Apabila engkau diuji oleh Allah, maka jangan sekali-kali engkau memberitahu tentangku.
* * *
- Beriman pasti diuji ! : Rahib memberikan pesanan kepada Ghulam bahwa suatu hari nanti dia akan diuji sesuai dengan tahap keimanan dia miliki. Itulah suatu pelajaran yang kekal daripada para Rahib sehingga hari ini bahwa ujian adalah tabi’at apabila berada di jalan dakwah, sunnah jalan ini dan merupakan petanda cinta kita kepada Allah swt. yang makin kuat.
Ghulam telah melepasi ujian pertamanya seawal menyertai tarbiyyah sang Rahib, yakni ujian halangan sistem pemerintah yang memberikan sponsor terhadap pengajiannya dan juga daripada ahli keluarga yang tidak memahami kepentingan dakwah. Sepastinya ujian yang bakal mendatang lebih mencabar.
Adakala ujian datang untuk menguji kesabaran mental seperti kata-kata, caci-maki, marah-marah. Adakala juga ujian datang dalam bentuk lain, yang akan menguji iman dan taqwa seperti kurangnya rezeki setelah berusaha keras, rendahnya markah ujian sihir walaupun dah memberi yang terbaik dalam kuliah dan persediaan. Namun itulah dia bukti Allah semakin cinta, dan semakin mahu melihat hambanya menambah iman dan membalasi dengan syurga. Firman Allah;
أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنْكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ (١٤٢)
Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan memasuki syurga padahal belum nyata kepada Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan orang-orang yang sabar? (Ali Imran: 142)
- Sirriyah (Berahsia) dan Hazar (Waspada) dalam dakwah : Rahib juga mengajarkan kepada Ghulam bahwa dalam kondisi jamaah dakwah yang baru dibentuk dan tiada kekuatan untuk berhadapan dengan taghut, wajib sirriyah dan hazar untuk memelihara kelangsungan dakwah dan tarbiyyah.
Bukanlah Rahib takut kepada ancaman dan kezaliman yang bakal menimpa dirinya melainkan arahan tersebut demi menjaga kemaslahatan dakwah yang lebih besar. Jika kelibat dan program-program anjuran Rahib awal-awal diketahui oleh kuasa jahiliyyah mahupun ibu-bapa si Ghulam, semestinya usaha dakwah akan menjadi lebih sukar. Kemungkinan akan berlaku:
- Pengusiran/Pembuangan/Penangkapan Rahib dan halangan terhadap program-program dakwah dan tarbiyyah
- Membantut/Melambatkan perkembangan Ghulam yang belum cukup matang menerima tarbiyyah
- Halangan dari ibu bapa yang mempunyai hak atas anaknya
“…sekarang utuslah salah
seorang dari kamu, membawa wang perak ini ke bandar dan biarlah dia memilih
mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal; kemudian hendaklah ia
membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya dan hendaklah berlemah-lembut
serta janganlah seorangpun menyedari keadaan kamu. Sekiranya mereka mengetahui hal kamu,
tentulah mereka akan merejam dengan membunuh kamu atau mereka akan
mengembalikan kamu kepada Agama mereka secara paksa dan jika berlaku demikian,
kamu sekali-kali tidak akan berjaya selama-lamanya” (Al-Kahfi: 19-20)
▀ Episod 7
وكانَ الغُلامُ يبْرئُ الأكْمةَ والأبرصَ ، ويدَاوي النَّاس مِنْ سائِرِ الأدوَاءِ . فَسَمعَ جلِيسٌ للملِكِ كانَ قدْ عمِىَ، فأتَاهُ بهداياَ كثيرَةٍ فقال : ما ههُنَا لك أجْمَعُ إنْ أنْتَ شفَيْتني ، فقال إنِّي لا أشفِي أحَداً، إِنَّمَا يشْفِي الله تعَالى، فإنْ آمنْتَ بِاللَّهِ تعَالَى دعوْتُ الله فشَفاكَ ، فآمَنَ باللَّه تعَالى فشفَاهُ اللَّهُ تَعَالَى
Budak tersebut berjaya mengubat penyakit kusta dan sopak. Dia juga dapat mengubat semua penyakit yang dihidapi oleh orang ramai.Suatu ketika seorang yang dekat dengan raja telah terkena satu penyakit sehingga buta matanya. Apabila mendengar tentang kehebatan budak tersebut dia telah membawa hadiah yang banyak. Dia berkata kepada budak tersebut; semua ini untukmu jika engkau dapat menyembuhkan mataku.
Budak berkata kepadanya: “Aku tidak mampu menyembuhkan sesiapa. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan. Jika engkau beriman dan percaya kepada Allah, aku akan berdoa dan Allah akan menyembuhkan penyakitmu”.
Lalu si pembesar buta tersebut percaya dan beriman kepada Allah. Budak tersebut mendoakan untuknya dan matanya pun sembuh seperti sediakala.
* * *
Ghulam berdakwah menggunakan segenap potensi yang dikurniakan Allah : Allah swt. mengurniakan Ghulam potensi yang mampu menarik perhatian ramai orang untuk dekat dan mendengar apa sahaja yang keluar dari mulutya. Kelebihan itu mungkin dilihat daripada sudut kecermelangan dan penguasaan Ghulam dalam pelajaran sihir atau ketokohan yang wujud atas kemasyuran namanya.
Lantas peluang itu digunakan Ghulam untuk membimbing manusia ke jalan Allah swt.
Pelajaran Praktis
Sebahagian daripada kita juga memiliki potensi seperti Ghulam yang tidak dimiliki ramai orang. Ada yang berkelulusan daripada luar negara yang cakap-cakap dan cerita-cerita mereka sangat diminati oleh adik-adik di sekolah-sekolah dan tempat pengajian tinggi. Ada yang memiliki kepakaran dalam bidang pengkhususannya seperti seorang jurutera, doktor, pensyarah dan pelbagai lagi yang mana kepakaran tersebut sangat-sangat dihargai dan diperlukan oleh ramai orang. Maka wajib kita berusaha untuk menggunakan potensi tersebut dalam kerja-kerja mentajmik manusia ke jalan Allah.
Lihatlah kata-kata Ghulam kepada mad’unya persis ucapan seorang doktor yang
sedang berdakwah kepada pesakitnya !
▀ Episod 8
فأتَى المَلِكَ فجَلَس إليْهِ كما كانَ يجْلِسُ فقالَ لَهُ المَلكُ : منْ ردَّ علَيْك بصَرك؟ قال : ربِّي . قَالَ: ولكَ ربٌّ غيْرِي ؟، قَالَ : رَبِّي وربُّكَ الله ، فأَخَذَهُ فلَمْ يزلْ يُعذِّبُهُ حتَّى دلَّ عَلَى الغُلاَمِ
Pembesar tersebut datang seperti biasa kepada raja. Raja terkejut dan bertanya kepadanya; siapa yang mengembalikan penglihatanmu? Kata pembesar tersebut: Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah. Raja sangat marah dan mengatakan: Ada ke tuhan lain selain dariku?? Lalu pembesar tersebut ditangkap dan disiksa hingga dia pun membongkarkan ajaran budak tersebut.
* * *
Ghulam akhirnya berjaya melahirkan mutarabbi baru yang teguh pendiriannya terhadap Islam hinggakan dia sanggup berkata benar walaupun di hadapan penguasa yang zalim. Ini bermaksud Ghulam berjaya menggunakan seluruh potensi yang dimilikinya untuk mentajmik dan mentarbiyyah kader dakwah yang baru.
Jika dilihat, point ini merupakan penanda
penting kepada sunnah di dalam berdakwah. Episod ini, Ghulam sebenarnya mula
membuka dakwahnya dan akhirnya sampai kepada Raja. Hal ini dilakukan setelah
beliau cukup matang dan bersedia. Inilah pengajaran yang penting, sebagai bukti
betapa perlunya untuk seorang daie itu terbina dengan matang dan mula menggalas
tugas membina orang lain. Dan memang sunnahnya, dakwah ini bersifat ‘meledak’,
di mana akhirnya nanti setelah ramai mutarabbi yang dicetak maka akan tiba fasa
terbuka. Inilah episod yang memulai suatu fasa baru dalam kronologi jalan
dakwah, yang mana menjanjikan ujian-ujian yang lebih besar yang bersifat
fizikal pula kelak.
▀ Episod 9
فجئَ بِالغُلاَمِ ، فقال لهُ المَلكُ : أىْ بُنَيَّ قدْ بَلَغَ منْ سِحْرِك مَا تبْرئُ الأكمَهَ والأبرَصَ وتَفْعلُ وَتفْعَلُ فقالَ : إِنَّي لا أشْفي أَحَداً ، إنَّما يشْفي الله تَعَالَى، فأخَذَهُ فَلَمْ يزَلْ يعذِّبُهُ حتَّى دلَّ عَلَى الرَّاهبِ
Budak tersebut dibawa kepada raja lalu raja bertanya: “Aku telah mengetahui kehebatanmu, sekarang kamu dapat menyembuhkan penyakit itu dan ini dan dapat melakukan itu dan ini”.
Lalu budak itu menjawab, “Aku tidak dapat menyembuhkan sesiapa. Hanya yang dapat menyembuhkan ialah Allah”. Lalu ia pun ditangkap dan terus di siksa sehinggalah ia pun membongkarkan rahsia rahib (kerana tidak tahan dengan siksaan).
* * *
Ujian datang untuk menguji tahap keimanan
Dahulu Rahib pernah berpesan kepada Ghulam supaya merahsiakan siapa murabbi atau syeikh yang mengajarnya.Ghulam taat kepada perintah tersebut hinggakan tiada siapa yang dapat menghidu program-program tarbiyyah yang diikuti Ghulam.Namun apabila begitu berat sekali ujian yang ditakdirkan kepada Ghulam sehinggakan dia tidak lagi mampu untuk menanggungnya, Ghulam akhirnya membocorkan rahsia tentang Rahib kepada para penguasa.Meskipun begitu hatinya masih teguh dalam keimanan kepada Allah.
مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالإيمَانِ وَلَكِنْ مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِنَ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ (١٠٦)
Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman (An-Nahl: 106)
Begitulah tahapan-tahapan ujian daripada Allah
swt. untuk melihat sejauh mana bukti cinta kita kepadaNya. Semakin tinggi
keimanan kita, semakin banyak ujian dan tanggungjawab yang diberikan Allah
swt.sehinggakan ada yang tidak sanggup lagi menanggungnya.
▀ Episod 10
فجِئ بالرَّاهِبِ فقيل لَهُ : ارجَعْ عنْ دِينكَ، فأبَى ، فدَعا بالمنْشَار فوُضِع المنْشَارُ في مفْرقِ رأْسِهِ، فشقَّهُ حتَّى وقَعَ شقَّاهُ
Lalu rahib pun ditangkap. Ia diarahkan supaya meninggalkan agamanya tetapi rahib menolak. Lalu dibawa gergaji dan diletakkan di atas kepalanya dan digergaji, tubuhnya terbelah dua dan keduanya melerai jatuh ke bumi.
* * *
Beriman pasti diuji ! : Ujian itu datang dalam pelbagai bentuk baik ujian mental atau fizikal.
أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللَّهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ (٢١٤)
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada dien Allah). (Al-Baqarah: 214)
وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلا أَنْ يُؤْمِنُوا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ (٨)
Dan mereka tidak marah dan
menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu
beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji! (Al-Buruj:
8)
▀ Episod 11
ثُمَّ جِئ بجَلِيسِ المَلكِ فقِلَ لَهُ : ارجِعْ عنْ دينِكَ فأبَى ، فوُضِعَ المنْشَارُ في مفْرِقِ رَأسِهِ ، فشقَّهُ به حتَّى وقَع شقَّاهُ ، ثُمَّ جئ بالغُلامِ فقِيل لَهُ : ارجِعْ عنْ دينِكَ ، فأبَى ، فدَفعَهُ إِلَى نَفَرٍ منْ أصْحابِهِ فقال : اذهبُوا بِهِ إِلَى جبَلِ كَذَا وكذَا فاصعدُوا بِهِ الجبلَ ، فـإذَا بلغتُمْ ذروتهُ فإنْ رجعَ عنْ دينِهِ وإِلاَّ فاطرَحوهُ فذهبُوا به فصعدُوا بهِ الجَبَل فقال : اللَّهُمَّ اكفنِيهمْ بمَا شئْت ، فرجَف بِهمُ الجَبَلُ فسَقطُوا ، وجَاءَ يمْشي إِلَى المَلِكِ ، فقالَ لَهُ المَلكُ : ما فَعَلَ أَصحَابكَ ؟ فقالَ : كفانيهِمُ الله تعالَى
فدفعَهُ إِلَى نَفَرَ منْ أصْحَابِهِ فقال : اذهبُوا بِهِ فاحملُوه في قُرقُور وَتَوسَّطُوا بِهِ البحْرَ ، فإنْ رَجَعَ عنْ دينِهِ وإلاَّ فَاقْذفُوهُ ، فذَهبُوا بِهِ فقال : اللَّهُمَّ اكفنِيهمْ بمَا شِئْت ، فانكَفَأَتْ بِهِمُ السَّفينةُ فغرِقوا ، وجَاءَ يمْشِي إِلَى المَلِك . فقالَ لَهُ الملِكُ : ما فَعَلَ أَصحَابكَ ؟ فقال : كفانِيهمُ الله تعالَى . فقالَ للمَلِكِ إنَّك لسْتَ بقَاتِلِي حتَّى تفْعلَ ما آمُركَ بِهِ . قال : ما هُوَ ؟ قال : تجْمَعُ النَّاس في صَعيدٍ واحدٍ ، وتصلُبُني عَلَى جذْعٍ ، ثُمَّ خُذ سهْماً مِنْ كنَانتِي ، ثُمَّ ضعِ السَّهْمِ في كَبدِ القَوْسِ ثُمَّ قُل : بسْمِ اللَّهِ ربِّ الغُلاَمِ ثُمَّ ارمِنِي ، فإنَّكَ إذَا فَعَلْتَ ذَلِكَ قَتَلْتنِي . فجَمَع النَّاس في صَعيدٍ واحِدٍ ، وصلَبَهُ عَلَى جذْعٍ ، ثُمَّ أَخَذَ سهْماً منْ كنَانَتِهِ ، ثُمَّ وضَعَ السَّهمَ في كبِدِ القَوْسِ، ثُمَّ قَالَ : بِسْم اللَّهِ رَبِّ الغُلامِ ، ثُمَّ رمَاهُ فَوقَعَ السَّهمُ في صُدْغِهِ ، فَوضَعَ يدَهُ في صُدْغِهِ فمَاتَ .
Budak tersebut lalu dibawa lagi kepada raja. Raja berkata, “Balik semula kepada agama asalmu”. Budak menolak lalu raja memanggil sebahagian dan kumpulannya dan dikatakan kepada mereka: Bawa budak ini ke bukit sekian-sekian dan jika sekiranya ia tetap enggan, campakkan dan atas bukit tersebut. Lalu mereka membawanya ke atas bukit. Tiba di sana, budak berdoa kepada Allah:
اللَّهُمَّ اكفنِيهمْ بمَا شئْت
Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang engkau kehendaki.
Tiba-tiba bukit bergegar dan jatuh kesemua orang-orang raja tersebut. Budak balik berjalan kepada raja. Raja bertanya; Mana dia kawan-kawanku? Jawab budak: Allah telah menolongku menghadapi mereka. Lalu raja memanggil sebahagian lagi kumpulannya dan berkata: Bawa budak ini ke tengah laut. Jika ia enggan, campakkan dia ke dalam laut.
Bila tiba di tengah laut, budak tersebut berdoa dengan doa yang sama. Tiba-tiba perahu tenggelam dan semua kumpulan raja mati lemas. Budak balik semula kepada raja. Raja terkejut dan bertanya: mana kawan-kawanku? Jawab budak: Allah telah menolongku menghadapi mereka.
Lalu budak tersebut berkata kepada raja: kamu tidak mungkin akan dapat membunuhku sehinggalah kamu menurut apa yang aku minta. Tanya raja: Apa dia? Kata budak: Engkau kumpulkan semua orang ramai di satu padang, kamu ikatkan aku di pohon kurma. Kemudian engkau ambil satu dan panahku dan letakkan panah tersebut pada busurnya. Kemudian engkau baca: Dengan nama Allah, Tuhan budak ini. Kemudian engkau panahlah aku. Kalau engkau melakukan begitu, kamu akan dapat membunuhku.
Lalu raja pun mengumpulkan orang ramai di satu padang. Budak itupun diikat pada sebatang pohon kurma. Kemudian diambil satu panah dan diletakkan pada busurnya. Lalu raja membaca: Dengan nama Allah, Tuhan budak ini dan terus dipanahnya. Panah tersebut mengenai bawah telinganya. Perlahan-lahan budak meletakkan tangannya pada tempat panah tersebut dan terus meninggal dunia.
* * *
- Ujian tidak menghentikan usaha dakwah tauhid: Seperti kata Imam Syahid Hassan Al-Banna, sesuatu fikrah akan berjaya selagi rijal yang memperjuangkanya memiliki, (1) Kuat keimanan kepadaNya, (2) Wujud keikhlasan dalam meperjuangkannya, (3) Semangat yang berkobar-kobar dan (4) Wujud persedian yang membuahkan pengorbanan dan amal untuk merealisasikannya. Inilah ciri-ciri yang dimiliki oleh Ghulam !
Peristiwa syahidnya menteri yang beriman dan Rahib tidak mematahkan semangat Ghulam untuk terus berdakwah tetapi sebaliknya Ghulam seolah semakin menggilai syurga. Lantas golongan al-bathil menggunakan cara yang berlainan dan lebih perlahan untuk mengkafirkan Ghulam iaitu dengan usaha mematahkan semangat dan seterusnya ancaman untuk membunuhnya. Kemungkinan mereka masih menaruh harapan untuk mengekplotasi potensi yanga ada pada Ghulam atau disebabkan oleh strategi politik kerana melihatkan populariti dan ketokohan yang ada pada Ghulam.
أَلَا لَا يَمْنَعَنَّ أَحَدَكُمْ رَهْبَةُ النَّاسِ أَنْ يَقُوْلَ بِحَقٍّ إِذَا رَآهُ أَوْ شَهِدَهُ. فَإِنَّهُ لَا يُقَرِّبُ مِنْ أَجَلٍ، وَلَا يُبَاعِدُ مِنْ رِزْقٍ أَنْ يَقُوْلَ بِحَقٍّ أَوْ أَنْ يُُّذَكِّرَ بِعَظِيْمٍ
“Ingatlah! Janganlah ketakutan pada manusia menghalangi salah seorang kalian mengatakan kebenaran jika ia melihat dan menyaksikannya. Kerana mengatakan kebenaran atau memperingatkan perkara yang besar tidak mendekatkan ajal dan tidak menjauhkan rizk.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Ghulam tidak pernah lari daripada ancaman kezaliman bahkan selepas selesai satu ujian, dia kembali kepada para taghut untuk mengajak mereka beriman kepada Allah.
Wahai orang-orang yang beriman! apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Al-Anfal: 85)
Itulah kekuatan yang perlu ada terhadap para daie, senantiasa berhubung kepada Allah swt. dalam setiap hal dan terus maju ke hadapan tanpa takut kepada sesiapa yang cuba menghalang usaha dakwah. Yakin terhadap janji-janji Allah swt.akan kemenangan atau syahid akan meneguhkan keazaman kita dan membuang perasaan malas dan lemah semangat apabila ditimpa sedikit musibah.
وَلا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ إِنْ تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لا يَرْجُونَ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا (١٠٤)
Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka Sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa Yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan Yang baik pada hari akhirat kelak). dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (An-Nisa’: 104)
- Sentiasa melihat/mengintai peluang kepada kemenangan/keuntungan kepada dakwah :
Di dalam suasana keserabutan dan kegoncangan terhadap jamaah dakwah yang baru ini, Ghulam senantiasa melihat ke hadapan terhadap masa depan dakwah dengan melakukan segala bentuk penilaian terhadap kekuatan musuh, kekalahan moral yang ada pada Raja dan pengikutnya, suasana penerimaan masyarakat terhadap peristiwa yang berlaku dan peluang untuk melonjakkan capaian dakwah meskipun dirinya terbunuh/syahid.
Seorang Ghulam harus memaksimakan potensi yang diberikan Allah swt. kepada kita untuk merebut segala manfaat atau peluang yang ada untuk perluasan dakwah kerana kemajuan dakwah itu diukur kepada berimannya orang ramai. Kita wajib menstrategikan pengorbanan kita untuk membuahkan amal yang muntij/produktif iaitu melahirkan ramai lagi para dhu’at di jalan Allah. Sesungguhnya dakwah menuntut pengorbanan yang besar daripada para daie dan apabila kita disibukkan dengan aktivisme yang tidak melahirkan apa-apa manfaat melainkan keletihan, kehabisan wang dan memakan waktu yang banyak, maka wajib kita mengatur kembali strategi tarbiyyah takwiniyyah[5] yang fokus dan efektif supaya lahir generasi para dhu’at yang mantap.
إن الله يحب من أحدكم إذا عملَ عملاً أن يتقنه
Allah suka jika kamu bekerja, kamu bekerja dengan produktif (Hadis Riwayat Baihaqi)
Berkata Imam Syahid Hassan Al-Banna;
Wahai Saudara, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. (10 Wasiat)
“Rijalul qaul (orang yang pandai berbicara) tidak sama dengan rijalul ‘amal (orang yang pandai bekerja) dan rijalul ‘amal tidak sama dengan rijalul jihad (orang yang optimal dalam bekerja). Rijalul jihad pun tidak sama dengan Rijalul jihad yang muntij (produktif) wal hakim (bijaksana) yaitu orang yang mampu memberikan hasil yang optimal dengan pengorbanan yang paling kecil.”(Majmuk Rasail – Muktamar Khamis)
“Sesungguhnya orang yang pandai berbicara itu banyak, tetapi sedikit diantara mereka yang tetap konsisten ketika bekerja.Dan banyak orang yang pandai bekerja tetapi sedikit yang mampu mengemban amanah jihad yang berat dan mahu bekerja keras.”
▀ Episod 12
فقَالَ النَّاسُ : آمَنَّا بِرَبِّ الغُلاَمِ .
فَأُتِىَ المَلكُ فَقِيلُ لَهُ : أَرَأَيْت ما كُنْت تحْذَر قَدْ وَاللَّه نَزَلَ بِك حَذرُكَ . قدْ آمنَ النَّاسُ . فأَمَرَ بِالأخدُودِ بأفْوَاهِ السِّكك فخُدَّتَ وَأضْرِمَ فِيها النيرانُ وقالَ : مَنْ لَمْ يرْجَعْ عنْ دينِهِ فأقْحمُوهُ فِيهَا أوْ قيلَ لَهُ : اقْتَحمْ ، ففعَلُوا حتَّى جَاءتِ امرَأَةٌ ومعَهَا صَبِيٌّ لهَا ، فَتقَاعَسَت أنْ تَقعَ فِيهَا ، فقال لَهَا الغُلاَمُ : يا أمَّاهْ اصبِرِي فَإِنَّكَ عَلَي الحَقِّ
(Tiba-tiba orang ramai berkata: budak ini mengetahui perkara yang kita tidak ketahui.)* “Kami percaya kepada tuhan budak ini”.
Raja menjadi kelam kabut dan dikatakan kepadanya, “Apakah tuanku tidak melihat apa yang tuanku takuti. Sesungguhnya, Demi Allah! Ia telah menimpa tuanku. Orang ramai telah semuanya beriman.”
Lalu raja menyuruh digali parit-parit di laluan-laluan orang ramai dan dinyalakan api di dalamnya. Sesiapa yang lalu akan diarahkan supaya kembali semula kepada agama asal. Jika tidak akan dicampakkan ke dalam parit tersebut.
Lalulah seorang wanita dengan seorang anak kecilnya (bayi). Wanita tersebut gementar takut dicampakkan ke dalam api tersebut. Tiba-tiba bayinya bercakap dan berkata kepada ibunya:
Wahai ibu, sabarlah, engkau berada di atas kebenaran !
* * *
- Harimau mati meninggalkan belang, dhu’at syahid meraih kemenangan ! :
Ghulam syahid tanpa sempat mendengar laungan orang ramai “Kami beriman dengan Tuhan ghulam.” Dia tidak hidup sehingga dia dapat melihat hasil penat lelahnya. Cukuplah baginya dia berusaha untuk menegakkan risalahnya dengan mengorbankan dirinya sebagai tebusan kepada agamanya. Bagi Allahlah segala urusan dari awal hingga akhir. Kemenangan dalam erti kata yang sebenar, bukanlah beerti kejayaan di dunia semata. Kita mungkin saja gugur ketika berjuang tanpa melihat bendera kemenangan berkibar, namun itulah kemenangan sejati bagi pejuang unggul!
إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (١١١)
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) hahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (At-Taubah: 111)
- Ramai di kalangan manusia yang inginkan kebenaran tetapi belum mendapat sentuhan : Hakikatnya tidak semua orang bodoh dan sanggup diperbodohkan oleh sistem dan pemerintahan yang menyimpang daripada Al-Quran dan Sunnah. Dan sesungguhnya ramai lagi di luar sana yang ternanti-nanti sentuhan Ikhwah dan Akhawat untuk membawa mereka untuk mentauhidkan Allah swt. sahaja dan bergabung untuk menghancurkan segala berhala jahiliyyah.
Ianya menuntut pengorbanan yang besar, bukan sekadar dakwah yang bersahaja untuk meyakinkan manusia untuk beriman dengan Tuhan kita! Tuhan seluruh manusia! Para Ghulam wajib keluar berdakwah, berhadapan dengan sistem dan pemerintahan jahiliyyah dan menyeru rakan-rakan yang masih lagi keliru dengan tujuan sebenar mereka diciptakan Allah swt.dan tertipu dengan khayalan kenikmatan dunia jahiliyyah.
Maka ambillah ibrah dari kronologi episod-episod tarbiyah Ghulam, dan lakukanlah perubahan di dunia yang memerlukan pentajdid ini! Dan tatkala seruan kita difahami oleh ramai manusia, ketika itu kita akan melihat berbondong-bondong orang beriman dan berjuang di jalan Allah. Seperti hadith Nabi saw;
“Barang siapa yang menunjuk satu jalan ke arah kebaikan, maka baginya pahala yang sama seperti pahala orang yang melakukan (kebaikan) itu.” (Hadis Riwayat Muslim)
Maka kebaikan apakah
lagi yang lebih bagus daripada kebaikan yang berganda-ganda ini? Jadi dengan
ini marilah kita sama-sama berjuang dan beramal, moga ia menjadi bekal hujah
untuk kita berhadapan dengan Allah di hari kemudian. Barakalllahu fi kum. Segala yang baik dari Allah dan yang buruk
juga dari-Nya namun atas kekurangan kami sendiri.
[1]Di dalam Al-Quran kita boleh menemukan perkataan fityah untuk pemuda yang lebih dewasa daripada Ghulam
[2]* di dalam kurungan ialah beberapa tambahan yang ada di dalam riwayat Tarmizi.
[3] Dien = Sistem hidup
[4]Hisyam Soqr, Ghulamud Dakwah
[5]Tarbiyyah Takwiniyyah = Program-program tajmik yang menjurus kepada penyusunan mad’u ke dalam sistem tarbiyyah dan seterusnya usaha pemprosesan untuk membentuk kepribadian daie