الرَّبُّ (Ar-Rabb)

Ditinjau dan segi bahasa

Kata (Rabbun) رَبٌّ , terdiri atas dua huruf: Ra’ dan Ba’ tasydid. Kata ini pecahan dari kata (Tarbiah), yakni pendidikan, Pengasuhan dan sebagainya. Selain daripada itu, ia mencakup banyak arti, iaitu Kekuasaan, Perlengkapan, Pertanggungjawaban, Perbaikan, Penyempurnaan dan sebagainya. Sebab itu, maka kata tersebut merupakan suatu prediket bagi suatu kebesaran, keagungan, kekuasaan dan kepemimpinan. Di bawah ini beberapa contoh penggunaannya di kalangan orang Arab:

(1) PENDIDIKAN BANTUAN, PENINGKATAN

Kata orang Arab: رَبَّى الْوَلَدَ(Rabbal walada) = Dia pelihara anak itu, mendidik, mengasuhnya.

اَلرَّبُّ(Ar-rabbu) = Ayah tiri, pendidik.
الرَبِيبُ(Ar-rabibu) = Anak angkat, anak tiri, anak didik.
مُرَبَّبٌ، مُرَبَّى(Murabbab, Murabba) = Ubat atau jamu yang sengaja ditimbun untuk suatu jangka waktu agar meningkat daya gunaannya.
Dan kata:
رَبَّ، يَرُبُّ، رَبًّا( Rabba, Yarubbu, Rabban) = Menolong. membantu, melengkapai atau memenuhi. Sebagai contoh:
رَبَّى النِّعْمَةََ(Rabban-ni’mata) = Meningkatkan bantuannya sehingga memenuhi keinginan dan memuaskan.

(2) MENGHIMPUN, MENGGERAKKAN, MEMPERSIAPKAN
Kata orang Arab: فُلانٌ يَرُبٌّ النَّاسَ(Fulanun yarubbun nasa) = Si fulan menghimpun atau mengumpulkan orang-orang. Sebutan tempat mereka terhimpun ialah, مُرَبٌّ (Marabbun). Dan kata:

تَرَبّثبٌ(Tarabbub) = Penggabungan atau menggabungkan diri ke dalam suatu golongan atau kesatuan.

(3) TANGGUNGJAWAB, PERBAIKAN, PENGASUHAN
Kata orang Arab: رَبَّى ضِيعَةً(Rabba dhi’ah) = Memperbaiki suatu kerosakan, memugarnya, memelihara atau bertanggungjawab atasnya.

(4) KEAGUNGAN, KEPEMIMPINAN, WEWENANG, PELAKSANAAN PERINTAH
Kata orang Arab: قَدْ رَبَّى فُلانٌ قَوْمَهُ(Qad rabba fulanun qaumah) = Si fulan sudah dapat menguasai golongannya sehingga mereka semua tunduk padanya.

(5) PEMILIK, JURAGAN
Pada suatu Hadis, pernah Rasulullah s.a.w. bertanya kepada salah seorang; أَرَبُّ غَنَمٍ أنْتَ أمْ رَبُّ اِبِلٍ( Arabbu ghanamin anta am rabbu iblin?) = Juragan kambingkah engkau ini atau juragan unta?

Dipergunakan juga sebagai pemilik, pemilik kedai, atau kilang. rumah, kereta dan sebagainya, seperti Rabbul-bait, yakni pemilik rumah itu; Rabbul-ma’mal yakni, Pemilik syarikat ini. Dan seterusnya. Diertikan juga majikan, sebagai lawan pelayan atau buruh.

Demikianlah ertikata Rabb yang sebenarnya. Adalah salah besar yang tak dapat ditoleransi, mempersempit dan membatasi ertinya hingga menjadi hanya Pemelihara, Pembimbing. RUBUBIYAH diertikan Pemeliharaan, Pembimbingan, padahal mencakup banyak erti dan luas:

  1. Memelihara dan menjamin atau memenuhi keinginan yang dipelihara.
  2. Membimbing serta mengawasi di samping memperbaiki dalam segala hal.
  3. Tuan besar, majikan, pemimpin yang bagaikan as sebuah motor yang padanya tergantung gerakan motor itu.
  4. Ketua yang diakui kekuasaannya, berwibawa dan yang semua perintah-perintahnya dipatuhi dan diendahkan.
  5. Raja dan pemilik.

Penggunaan kata ar-Rabb dalam al-Quran

Kata (Ar-Rabb) telah dijelaskan ertinya oleh al-Quran itu sendiri, sebagaimana saya jelaskan tadi. Pada beberapa bahagian daripada al-Quran, kata tersebut mengandungi dua makna. Dan di lain-lain bahagian daripada al-Quran, mengandungi lebih banyak erti, bahkan ada bahagian-bahagian yang mencakup seluruh erti dan makna yang telah dihuraikan. Di bawah ini beberapa contoh:

AYAT-AYAT YANG MENGANDUNG MAKNA (1)

قَالَ مَعَاذَ اللّهِ إِنَّهُ رَبِّي أَحْسَنَ مَثْوَايَ

47. Kata (Yusuf): Aku berlindung pada Allah, Aku takkan mengkhianati tuanku yang memeliharaku baik-baik… Q.12-23

AYAT-AYAT YANG MENGANDUNG MAKNA (2) DAN (3)

فَإِنَّهُمْ عَدُوٌّ لِّي إِلَّا رَبَّ الْعَالَمِينَ الَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِ وَالَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِ وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ

48. Sesungguhnya apa yang kamu dan nenek-moyang kamu sembah itu, adalah musuhku semua, kecuali Rabbul-alamin. iaitu yang menciptakan aku, maka Dialah yang memberiku petunjuk.

Dan Dialah menjamin makan dan minumku. Apabila aku sakit, maka Dia jualah yang menyembuhkan. Q.26 :77-80.

وَمَا بِكُم مِّن نِّعْمَةٍ فَمِنَ اللّهِ ثُمَّ إِذَا مَسَّكُمُ الضُّرُّ فَإِلَيْهِ تَجْأَرُونَ ثُمَّ إِذَا كَشَفَ الضُّرَّ عَنكُمْ إِذَا فَرِيقٌ مِّنكُم بِرَبِّهِمْ يُشْرِكُونَ

49. Dan kesejahteraan apapun yang ada pada kamu itu adalah dari Allah. Apabila kemudian kamu ditimpa oleh derita maka kepadaNyalah kamu minta pertolongan. Tetapi apabila deritamu dihilangkanNya, tiba-tiba sebahagian dari kamu mengada adakan sekutu dengan Rabb (Tuhannya). Q. 16: 53-54.

قُلْ أَغَيْرَ اللّهِ أَبْغِي رَبًّا وَهُوَ رَبُّ كُلِّ شَيْءٍ

50. Katakanlah: Apakah aku menghendaki Rabb (Tuhan) selain Allah, sedangkan Dia Rabb (Tuhan) segala sesuatu? Q.6:164.

رَبُّ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ فَاتَّخِذْهُ وَكِيلًا

51. (Dialah) Rabb (Tuhan) masyriq dan maghrib, tiada sesembahan melainkan Dia. Maka terimalah Dia sebagai pelindung. Q.73:9.

AYAT-AYAT YANG MENGANDUNG MAKNA (3)

هُوَ رَبُّكُمْ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

52. Dia, adalah Rabb (Tuhan) kamu. Dan kamu semua di kembalikan kepadaNya. Q.11:34.

إِلَى رَبِّكُم مَّرْجِعُكُمْ

53. kepada Rabb (Tuhan) kamulah kembalianmu…. Q.39 :7.

قُلْ يَجْمَعُ بَيْنَنَا رَبُّنَا

54. Katakanlah: Rabb (Tuhan) kita akan menghimpun (mengumpulkan) kita… Q.34:26.

وَمَا مِن دَآبَّةٍ فِي الأَرْضِ وَلاَ طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلاَّ أُمَمٌ أَمْثَالُكُم مَّا فَرَّطْنَا فِي الكِتَابِ مِن شَيْءٍ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ

55. Tiada sejenis pun binatang merangkak di bumi ataupun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat-umat juga seperti kamu. Kami (Allah) tiada melalaikan cara hidup mereka sedikitpun. Kemudian kepada Rabb (Tuhan) merekalah, mereka dihimpunkan. Q.6:38.

وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَإِذَا هُم مِّنَ الْأَجْدَاثِ إِلَى رَبِّهِمْ يَنسِلُونَ

56. Dan ditiuplah sangkakala, maka tiba-tiba mereka keluar dan kuburnya menuju Rabb (Tuhan) mereka. Q.36:51.

AYAT-AYAT YANG MENGANDUNG MAKNA (4) DAN SEBAHAGIAN DARI MAKNA (3)

اِتَّخَذُواْ أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللّهِ

57. Mereka angkat para alim-ulama dan pendita-pendita mereka sebagai Rabb-rabb (tuhan-tuhan) selain Allah… Q.9:31.

وَلاَ يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضاً أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللّهِ

58. Dan kita tidak saling menjadikan Rabb-rabb (tuhan-tuhan) selain Allah. Q.3 :64.

Adapun yang dimaksud dari kata Arbaban, kata majmuk dari Rabb pada dua ayat tersebut ialah, semua pemimpin, baik pemimpin agama, ormas dan orpol, mahupun pemimpin lainnya, yang mengeluarkan aturan atau rencana yang lalu ditaati dan dilaksanakan oleh bawahan mereka, sekalipun bertentangan dengan ketentuan-ketentuan Allah (norma-norma alamiah/insaniah). Malah dianggap adil.

أَمَّا أَحَدُكُمَا فَيَسْقِي رَبَّهُ خَمْرًا

59. Adapun salah seorang di antara kamu berdua, akan kembali melayani rabbnya (tuan/majikannya) dengan minuman keras. Q.12:41.

وَقَالَ لِلَّذِي ظَنَّ أَنَّهُ نَاجٍ مِّنْهُمَا اذْكُرْنِي عِندَ رَبِّكَ فَأَنسَاهُ الشَّيْطَانُ ذِكْرَ رَبِّهِ

Dan (Yusuf) berkata kepada orang yang sudah diyakini akan bebas itu: Terangkanlah keadaanku kepada rabb (tuan)mu. Tetapi syaitan menjadikannya lupa menerangkan (keadaan Yusuf) kepada rabb (tuan)nya. Q.l2 :42.

فَلَمَّا جَاءهُ الرَّسُولُ قَالَ ارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ مَا بَالُ النِّسْوَةِ اللاَّتِي قَطَّعْنَ أَيْدِيَهُنَّ إِنَّ رَبِّي بِكَيْدِهِنَّ عَلِيمٌ

Tatkala utusan itu datang kepadanya (Yusuf), berkatalah ia (Yusuf): Kembalilah kepada rabb (tuan)mu dan tanyakanlah padanya bagaimana halnya dengan wanita-wanita yang telah melukai (jari) tangan-tangan mereka. Sesungguhnya Rabb (Tuhan)ku, Maha Mengetahui tipu-daya mereka. Q.12:50.

Yusuf a.s. memberikan prediket rabb itu kepada raja dan penguasa atau majikan-majikan di Mesir. Orang-orang Mesir pada waktu itu, menganggap setiap raja, mahupun pejabat dan penguasa ataupun majikan, sebagai pemilik dan berkuasa mutlak keatas mereka. Mereka dapat menyuruh dan melarang dalam segala hal tanpa boleh dibantah. Dengan demikian mereka dianggap sebagai rabb-rabb. Tetapi sebaliknya, Nabi Yusuf tidak bermaksud dari kata Rabbi (Tuhanku) selain Allah s.w.t. Kerana, mutlaklah kekuasaanNya.

AYAT-AYAT YANG MENGANDUNG MAKNA (5)

فَلْيَعْبُدُوا رَبَّ هَذَا الْبَيْتِ الَّذِي أَطْعَمَهُم مِّن جُوعٍ وَآمَنَهُم مِّنْ خَوْف

60. Maka hendaklah mereka menyembah pemilik rumah ini (Ka’bah). Yang memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan. Q. 106:3-4.

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ

61. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keperkasaan dari apa yang mereka katakan. Q.37:180.

َا فَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ

62. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai Arasy dari apa yang mereka sifatkan. Q.2l :22.

قُلْ مَن رَّبُّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

63. Katakanlah: Siapakah yang empunya langit yang tujuh dan yang empunya Arasy yang besar itu? Q.23:86.

رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَرَبُّ الْمَشَارِقِ

64. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dan Tuhan tempat terbit matahari, bulan dan lain-lain. Q.37 :5.

وَأَنَّهُ هُوَ رَبُّ الشِّعْرَى

65. Dan bahawasanya Dialah Tuhan (yang memiliki) bintang Syi’ra (bintang yang disembah orang Arab dahulu). Q.53 :49.

Kesalahfahaman bangsa-bangsa masa lalu tentang Rububiyah (Ketuhanan Yang Maha Esa) itu

Penjelasan ayat-ayat di atas tentang kata Rabb itu, cukup gambelang. Kini kita akan tinjau kesalahfahaman orang-orang dahulu tentang Rububiyah atau Ketuhanan yang Maha Esa itu. Sebab, mengapa hal itu banyak dibantah al-Quran dan apa yang diajukannya sebagai ralat. Maka itu, baiklah kita selidiki lebih dahulu kesalahfahaman mereka satu demi satu menurut al-Quran, dimana aqidah atau kepercayaan mereka dan alam fikirannya:

KAUM NUH A.S.

Kaum Nuh a.s., adalah suatu bangsa yang tertua di antara bangsa-bangsa lain yang pernah disebut dalam al-Quran. Bangsa Nuh itu tidak ingkar terhadap Tuhan seru sekalian alam, mahupun terhadap Malaikat. Ini dapat kita jumpai dari ayat-ayat yang membawakan sikap mereka terhadap dakwah Nabi mereka, iaitu Nuh a.s. dalam suatu pertemuan:

مَا هَذَا إِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُرِيدُ أَن يَتَفَضَّلَ عَلَيْكُمْ وَلَوْ شَآءَ اللَّهُ لَأَنزَلَ مَلَائِكَةً

66. Ini hanya seorang manusia belaka seperti kamu, ia ingin berkuasa. Seandainya Allah hendak mengirim utusan, tentu mengutuskan Malaikat. Q.23 :24.

Mereka tidak ingkar terhadap Allah sebagai pencipta alam dan menguasai Malaikat. Tidak pula ingkar terhadapNya sebagai Rabb dalam erti (1) dan (2).

هُوَ رَبُّكُمْ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

67. Dialah Rabb (Tuhan) kamu, dan kepadaNya kamu dikembalikan. Q.11:34.

اِسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا

68. Baiklah kamu mohon ampun kepada Rabb (Tuhan) kamu. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Q.71 :10.

أَلَمْ تَرَوْا كَيْفَ خَلَقَ اللَّهُ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقًا وَجَعَلَ الْقَمَرَ فِيهِنَّ نُورًا وَجَعَلَ الشَّمْسَ سِرَاجًا وَاللَّهُ أَنبَتَكُم مِّنَ الْأَرْضِ نَبَاتًا

Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan langit tujuh tingkat?
Dan menciptakan padanya bulan sebagai cahaya dan menjadikan matahari sebagai pelita?
Dan Allah menumbuhkan (mengembang-biakkan) kamu dari tanah… Q.71:15-l7.

Maka tiada seorangpun di antara mereka yang hadir dalam pertemuan itu, membantah keterangan Nuh a.s. itu, kendatipun mereka menentang dakwahnya. Mereka hanya mampu menuduh saja. Menuduh Nuh hendak merebut kekuasaan negara, hendak mengadakan kup (coup) secara damai kalau mampu. Mereka tidak berkata, bahawa bukan Allah Tuhan kami, bukan Dia yang menciptakan alam, langit dan bumi, bulan dan matahari. Dan bukan juga yang menciptakan kami dan lain-lain sebagainya.

Mereka tidak membantah Allah sebagai Ilah (sesembahan) mereka. Kerananya, maka Nabi Nuh a.s. berseru:

يَا قَوْمِ اعْبُدُواْ اللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ

69. Hai kaumku, sembahlah Allah, kerana tiada IIah (sesembahan) bagi kamu selain Dia. Q.7 :59.

Seandainya mereka ingkar terhadap Uluhiyah (Ketuhanan) Allah, tentu Nuh berseru: Wahai saudara-saudara sebangsa dan setanahair, hendaklah kamu jadikan Allah itu sebagai Tuhanmu (sesembahanmu).

Kini timbul tanda tanya: Kalau begitu, maka gerangan apakah yang merupakan dasar penentangan dan permusuhan antara Nabi Nuh a.s. dengan kaumnya itu?

Jika ayat-ayat al-Quran yang mengenai Nuh dengan kaumnya dikaji dengan saksama serta satu dengan yang lain dihubungkan, akan tampaklah betapa jelasnya kedua dasar yang menjadi persengketaan yang tajam di antara mereka:

(1) Kata Nabi Nuh as. kepada kaumnya: Bahawa, sebagai mana kamu akui bahwa Allah, adalah Rabbul-alamin, yang menciptakan kamu, menciptakan langit dan bumi dan memenuhi keperluan/keinginan hidupmu, maka Dialah satu-satunya Ilah (sesembahan) untukmu. Sebab, tiada yang dapat memenuhi seluruh keinginanmu selain Dia. Tiada yang menghilangkan kedukaan, penderitaan dan kesulitanmu, melindungi dan menolongmu, selain Dia. Mengingatkan semua itu, maka sayugianyalah kamu tidak menundukkan kepala melainkan padaNya. Dan tidak mengendahkan dan mentaati serta melaksanakan selain perintahNya. Demikian ini, adalah menurut ayat-ayat berikut:

يَا قَوْمِ اعْبُدُواْ اللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ

69. Wahai kaumku (saudara sebangsa dan setanahair). Sembahlah Allah olehmu, kerana bagimu tiada Tuhan (sesembahan) selain Dia. Q.7:59.

وَلَكِنِّي رَسُولٌ مِّن رَّبِّ الْعَالَمِينَ أُبَلِّغُكُمْ رِسَالاَتِ رَبِّي

70. Akan tetapi aku adalah pesuruh Rabbul-alamin (Tuhan seru sekalian alam) untuk menyampaikan kepadamu pesan-pesan Rabbku. Q.7:61-62.

Dalam pada itu, kaum Nuh tidak pernah menyanggah Allah sebagai Rabbul-alamin atau Tuhan seru sekalian alam. Akan tetapi mereka mempunyai kepercayaan, bahwa selain Allah sebagai sesembahan (Ilah) ada juga beberapa ilah (sesembahan) yang dapat menolong atau menolak bencana, memanjangkan umur dan menyembuhkan penyakit menurut bahagian masing-masing sesembahan itu. Dengan alasan dan kepercayaan mereka yang keliru itu, maka sudahlah menjadi wajib bagi mereka beriman terhadap mereka sebagaimana mereka beriman terhadap Allah Rabbul-alamin itu. Kerana itu, maka mereka saling berpesan:

وَلَا تَذَرُنَّ وَدًّا وَلَا سُوَاعًا وَلَا يَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسْرًا

71. Jangan kamu tinggalkan sesembahan-sesembahanmu, jangan kamu tinggalkan (penyembahan) wadd, suwa’, yaghuts, yauq dan naser. Q.71 :23.

(2) Keimanan atau kepercayaan kaum Nuh terhadap Rububiyah dan Uluhiyah Allah itu, terbatas. laitu sekadar pencipta diri mereka dan sekalian alam dan sebagai yang empunya alam ini serta pengurus tata-surya. Kerananya mereka tidak mahu menerima daripadaNya cara hidup mereka, seperti cara hidup berkeluarga, cara bermasyarakat, muamalat, akhlak, politik, ekonomi dan yang berhubungan dengan kehidupan antara manusia, kendatipun mereka akui Allah sebagai Tuhan seru sekalian alam. Berdasarkan kepercayaan demikian, maka mereka angkat pemimpin, pemimpin keagamaan, pemimpin nasional sebagai rabb-rabb (tuhan-tuhan) selain Allah Rabbul-alamin, untuk membuat sendiri cara hidup mereka, adat dan istiadatnya. Padahal oleh Nabi Nuh tidak dibenarkan membahagikan tugas Rububiyah itu antara berbagai-bagai rabb (tokoh dan pemimpin-pemimpin). Hendaknya mereka terima Allah sebagai Rabb (Tuhan) satu satunya dalam erti yang luas itu. Tunduk pada ketentuan-ketentuanNya, melaksanakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya, sebagaimana tercantum pada pesan-pesan Allah yang di serahkan kepada Nabi Nuh untuk disampaikan kepada mereka (Q.7:61-62). Selanjutnya kata Nuh a.s. kepada mereka:

إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ

72. Sungguh aku ini sebagai utusan yang setia. Maka bertaqwalah kepada Allah dan turutilah ajaranku. Q.26:107-108.

KAUM HUD A.S.

Sesudah membawakan cerita Nabi Nuh a.s. dengan kaumnya, maka selanjutnya al-Quran membawakan cerita Nabi Hud a.s. dengan kaumnya sekali iaitu suku Ad. Kepercayaan suku ini terhadap Uluhiyah dan Rububiyah Allah s.w.t. samalah dengan kepercayaan kaum Nuh itu. Maka tidak ada bezanya perselisihan antara Nabi Hud dengan sukunya d Nabi Nuh dengan kaumnya. Dalam pada itu, al-Quran menjelaskan:

وَإِلَى عَادٍ أَخَاهُمْ هُوداً قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُواْ اللّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ

73. Dan kepada ‘Ad Kami (Allah) utus Hud. Ia berseru: Hai kaumku, sembahlah Allah. Bagi kamu tiada sesembahan selain Dia. Q.7:65.

Maka jawapan mereka ialah:

قَالُواْ أَجِئْتَنَا لِنَعْبُدَ اللّهَ وَحْدَهُ وَنَذَرَ مَا كَانَ يَعْبُدُ آبَاؤُنَا

74. Jadi maksudmu itu supaya kami hanya menyembah Allah saja dan meninggalkan sesembahan-sesembahan nenek moyang kami? Q.7:70.

Dan sambutan mereka yang sungguh sinis:

قَالُوا لَوْ شَآءَ رَبُّنَا لَأَنزَلَ مَلَائِكَةً

75. Kata mereka: Seandainya Allah menghendaki demikian, tentu Dia utus Malaikat (tidak mengutus manusia). Q.41 :14.

Kemudian al-Quran menuturkan:

وَتِلْكَ عَادٌ جَحَدُواْ بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَعَصَوْاْ رُسُلَهُ وَاتَّبَعُواْ أَمْرَ كُلِّ جَبَّارٍ عَنِيدٍ

76. Dan itulah (kisah) ‘Ad yang telah menentang ketentuan ketentuan Rabb (Tuhan) mereka, menderhakai Rasul rasulNya dan menuruti setiap perintah tirani bersikeras. Q.11:59.

TSAMUD KAUM SALEH A.S.

Dalam urutan kisah-kisah dalam al-Quran, sesudah kisah ‘Ad kaum Nabi Hud, adalah Tsamud kaum Nabi Saleh a.s. Kepercayaan dua kaum atau bangsa atau suku itu, sama belaka. Keimanan atau kepercayaan mereka terhadap Allah sebagai pencipta alam semesta, pencipta mereka, sebagai sesembahan mereka atau Ilah dan sebagai Rabbul-alamin, Tuhan seru sekalian alam, tidak diragukan, bahkan sangat kuat jua. Dan tak canggung atau keberatan untuk menyembahNya. Keberatan mereka hanyalah:

  1. Menganggap Allah sebagai satu-satunya Ilah atau sesembahan.
  2. Larangan untuk menyembah lain-lainNya.
  3. Mentakhsiskan Rububiyah atau Ketuhanan Yang Maha Esa itu untuk Dia (Allah). Tiada yang menyekutui Dia dalam Rubuhiyah itu. Dan tidak boleh dibahagi bahagi.

Kerana mereka sudah yakin benar akan adanya tuhan-tuhan atau sesembahan-sesembahan selain Allah itu, dimana sesembahan-sesembahan tersebut mengabulkan doa, dapat menolong, melindungi, menghilangkan penderitaan dan kesulitan, menghalaukan bala’, maka mereka terima dan ikuti cara hidup mereka, adat istiadat, akhlak dan aturan-aturan mereka menurut apa yang dianjurkan atau diperintahkan oleh pemimpin, baik di bidang keagamaan, pemimpin suku dan bangsa, tidak menurut yang ditentukan Allah Tuhan seru sekalian alam (norma-norma alamiah dan insaniah). Dengan demikian, mereka telah sekutukan pemimpin-pemimpin mereka itu dengan Allah Tuhan Yang Maha Esa dalam sektor Rububiyah. Kerananya selalu kacau keadaan mereka, tidak aman. Malah justeru bertambah buruk. Demikian ini telah diperingatkan oleh al-Quran:

فَإِنْ أَعْرَضُوا فَقُلْ أَنذَرْتُكُمْ صَاعِقَةً مِّثْلَ صَاعِقَةِ عَادٍ وَثَمُودَ إِذْ جَاءتْهُمُ الرُّسُلُ مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا اللَّهَ قَالُوا لَوْ شَاء رَبُّنَا لَأَنزَلَ مَلَائِكَةً فَإِنَّا بِمَا أُرْسِلْتُمْ بِهِ كَافِرُونَ

77. Jika mereka berpaling, maka katakanlah: Kuperingatkan kamu dengan suatu petir (bencana) seperti petir yang menimpa kaum ‘Ad dan Tsamud.
Ketika didatangi Rasul-rasul dari depan dan dari belakang menyerukan: Kamu jangan menyembah selain Allah. Maka mereka jawab: Jika Tuhan kami menghendaki, tentu Dia akan menurunkan Malaikat sebagai utusan. Maka seluruh yang kamu anjurkan itu, kami tolak mentah-mentah. Q.41: 13-14.

وَإِلَى ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُواْ اللّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ

78. Dan Kami (Allah) utus Saleh kepada kaumnya; Tsamud.Serunya: Wahai kaumku, sembahlah Allah, bagi kamu tiada Tuhan selain Dia. Q. 11:61.

Tetapi jawapan mereka:

قَالُواْ يَا صَالِحُ قَدْ كُنتَ فِينَا مَرْجُوًّا قَبْلَ هَذَا أَتَنْهَانَا أَن نَّعْبُدَ مَا يَعْبُدُ آبَاؤُنَا

79. Hai Saleh, sesungguhnya engkau ini adalah harapan kita dahulu. Tetapi mengapa sekarang engkau larang kami menyembah apa yang disembah nenek-moyang kita? Q.11:62.

إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ صَالِحٌ أَلَا تَتَّقُونَ إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ

80. Ketika Saleh menyeru kaumnya: Mengapa kamu tidak bertaqwa? Sungguh aku ini adalah Rasul yang setia kepadamu. Maka bertaqwalah kepada Allah dan ikutilah aku. Q.26: 142- 144.

وَلَا تُطِيعُوا أَمْرَ الْمُسْرِفِينَ الَّذِينَ يُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ وَلَا يُصْلِحُونَ

81. Dan jangan turut perintah orang-orang yang tidak benar. laitu yang merosakkan didalam negeri ini dan tiada membawakan kebaikan. Q.26:151-152.

KAUM IBRAHIM A.S.

Sesudah Tsamud kaum Nabi Saleh a.s., maka menyusullah kisah Namrud Raja Babilon. Raja ini tidak seperti yang dikatakan kebanyakan orang Islam, engkar terhadap Allah sebagai pencipta alam semesta beserta semua isinya. Atau menganggap dirinya sebagai rabb (tuhan) atau dewa yang harus ditaati. Maka itu perlu dijelaskan sebagai berikut:

Sesungguhnya Namrud Raja Babilon itu percaya bahawa Allah pencipta alam semesta ini, alam yang nyata dan alam yang ghaib sekalipun dan menguasai seluruhnya. Tidak seperti yang dikatakan bahawa dia mengaku sebagai rabb, kecuali dalam arti (3), (4) dan (5) seperti tersebut di halaman lalu. Tetapi pendapat banyak orang, bahwa Namrud dan atau bangsa Babilon itu, tidak percaya akan Allah Pencipta sekalian alam itu, tidak mengenal atau mengakui Uluhiyah mahupun RububiyahNya. Padahal aqidah atau kepercayaan mereka tiada beza dengan aqidah atau kepercayaan kaum Nuh, ‘Ad dan Tsamud itu.

Sungguh mereka mengenal Allah sebagai Pencipta sekalian alam dan menguasai seluruhnya. Mereka tidak enggan menyembah sujud padaNya. Cuma mereka anggap bintang-bintang dan planet-planet — entah kerana apalah — mereka sekutukan dengan Dia (Allah). Tetapi terbatas pada erti yang (l)dan (2). Kerananya disekutukan dengan Dia (Allah) dalam Uluhiyah semata.

Adapun doa: Rububiyah itu, oleh mereka diserahkan kepada raja, menteri, pejabat dan tokoh atau pemimpin, tapi pada batas erti (3), (4) dan (5). Demikian ini dijelaskan oleh al-Quran sehingga menjadi gambelang serta menimbulkan tandatanya pada diri kita: Mengapa kita tidak mengerti dari dahulu supaya tidak salah kaprah dalam tingkah laku kita yang selalu merugikan itu?

Maka marilah kita kaji dahulu tindakan Ibrahim a.s. semasa mudanya serta cara ia mencari kebenaran. Al-Quran bertutur:

فَلَمَّا جَنَّ عَلَيْهِ اللَّيْلُ رَأَى كَوْكَبًا قَالَ هَذَا رَبِّي فَلَمَّآ أَفَلَ قَالَ لا أُحِبُّ الآفِلِينَ فَلَمَّا رَأَى الْقَمَرَ بَازِغًا قَالَ هَذَا رَبِّي فَلَمَّآ أَفَلَ قَالَ لَئِن لَّمْ يَهْدِنِي رَبِّي لأكُونَنَّ مِنَ الْقَوْمِ الضَّآلِّينَ فَلَمَّا رَأَى الشَّمْسَ بَازِغَةً قَالَ هَذَا رَبِّي هَذَآ أَكْبَرُ فَلَمَّآ أَفَلَتْ قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي بَرِيءٌ مِّمَّا تُشْرِكُونَ ِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيفًا وَمَآ أَنَاْ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

82. Ketika malam menjadi gelap, Ibrahim melihat sebuah bintang seraya berkata, ini dia Tuhanku. Tetapi tatkala melihat bintang itu menghilang, maka berkatalah ia: Aku tidak menyukai barang yang menghilang.
Kemudian tatkala ia melihat bulan purnama ia lalu berkata: Inilah Tuhanku. Tetapi setelah bulan itu terbenam, maka berkatalah ia: Jika Tuhanku tidak memberiku pentunjuk, nescayalah aku menjadi seperti orang-orang yang tersesat itu.
Kemudian ketika melihat matahari terbit, ia berkata: Ini dia Tuhanku, ini lebih besar. Tetapi tatkala terbenam jua, maka lalu ia berkata: Hai kaumku (bangsaku), kini aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan itu.
Aku hadapkan diriku sepenuhnya kepada Zat yang menciptakan seluruh langit dan bumi dan tidak akan menjadi seperti orang-orang musyrik. Q.6:76-79.

Dari penyataan-penyataan Ibrahim a.s. yang tersebut di atas itu dapatlah ditarik suatu kesimpulan bahwa masyarakat Ibrahim dan Raja Namrud itu sungguh percaya terhadap Allah sebagai Pencipta alam semesta ini dan sebagai Pemilik serta Penguasanya. Tetapi betapapun keyakinan mereka itu, masih mengalami kortsluiting Iaitu terbaginya Rububiyah itu antara Allah dan bintang-bintang atau planet-planet sesembahan mereka.

Kita tidak perlu hairan terhadap keimanan mereka akan Allah sebagai Rabbul-alamin (Tuhan seru sekalian alam). Memang mereka adalah keturunan Nabi Nuh dan pengikut-pengikutnya yang selamat dari air bah yang telah memusnahkan secara total. Selain itu agama Allah selalu mengalami pembaharuan dari masa ke semasa, seperti pada masa-masa Ad dan Tsamud, sebelum mereka dan masa-masa yang berdekatan, dimana ahli-ahli tajdid seperti para filasuf dan cerdik-cendekiawan patah tumbuh silih berganti.

Dan keragu-raguan Ibrahim a.s. terhadap kepercayaan bangsanya tentang Uluhiyah dan Rububiyah (Ketuhanan dan Kekuasaan) bintang bintang sehingga dipersekutukan dengan Allah s.w.t dalam persembahan dan upacara upacara keagamaan lambat laun bertambah meningkat. Kerananya, ia rajin mencari kebenaran itu sebelum diangkat sebagai Rasul dan Nabi oleh Allah, sebagai reaksi dari keragu-raguannya itu. Maka ia cari kebenaran itu melalui tata-surya, melalui peredaran bulan dan matahari dan dari bintang-bintang itu sendiri yang dianggap sebagai sesembahan sesembahan oleh bangsanya. Ketika tampak sebuah bintang, maka dianggap oleh Ibrahim sebagai tuhannya. Lalu berbalik ketika bintang itu terbenam, seraya berkata: “Aku tak sudi menyembah apapun yang sifatnya tidak tetap.” Kemudian terbitlah bulan purnama. Maka disambutnya seraya berkata: “Inilah tuhanku.” Ketika inipun terbenam juga, mengeluhlah ia seraya berkata: “Jika aku tidak diberi petunjuk Tuhanku, maka aku samalah dengan kaumku yang sesat itu.”

Lama ia termenung-menung, akhirnya terbitlah matahari dengan sinarnya yang memantul pada setiap bangunan dan dataran, menyinari tumbuh-tumbuhan dan memberikan kehangatan dan kehidupan, maka disambutnya dengan penuh ghairah dan harapan seraya berkata: “Nah, ini dia tuhanku, ini dia yang paling besar. Tetapi ia berpaling juga setelah matahari terbenam juga seperti yang lain seraya berseru: “Wahai saudara-saudara sebangsa dan setanahair, aku tak percaya terhadap sesembahan sesembahanmu itu. Aku takkan menyembah dan sujud selain kepada Zat yang menciptakan bumi dan langit, yang menciptakan bintang-bintang dan planet, yang menciptakan bulan dan matahari yang kamu sembah-sembah itu.”

Kemudian ketika ia diutas Allah (sebagai Rasul dan Nabi) kepada bangsanya, maka seruannya selalu berkisar pada iman atau kepercayaan terhadap Allah s.w.t. sebagai Ilah dan Rabb (sesembahan dan Tuhan) yang Maha Esa bagi seluruh makhluk di mana mereka berada. Demikian ini akan anda saksikan dari penyataan-penyataan di hadapan masyarakat umum:

وَكَيْفَ أَخَافُ مَآ أَشْرَكْتُمْ وَلاَ تَخَافُونَ أَنَّكُمْ أَشْرَكْتُم بِاللّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَانًا

83. Mana boleh aku takut terhadap apa yang kamu sekutukan dengan Allah itu, sedangkan kamu sendiri tidak takut, bahwa kamu telah mempersekutukan sesembahan-sesembahanmu dengan Allah tanpa dasar? Q.6:8l.

وَأَعْتَزِلُكُمْ وَمَا تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ

84. Dan aku tanggalkan kamu dan apa yang kamu sembah selain dari Allah itu…. Q.19:48.

قَالَ بَل رَّبُّكُمْ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الَّذِي فَطَرَهُنَّ

85. Ia berkata: Adapun Tuhanmu itu, adalah Zat yang menciptakan seluruh langit dan bumi dan yang menguasai semuanya. Q.21:56.

قَالَ أَفَتَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَنفَعُكُمْ شَيْئًا وَلَا يَضُرُّكُمْ

86. Kata Ibrahim: Maka mengapa kamu menyembah selain Allah sesuatu yang tidak dapat memberimu manfaat walau sedikitpun atau mudharat? Q.21 :66.

إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِ مَاذَا تَعْبُدُونَ أَئِفْكًا آلِهَةً دُونَ اللَّهِ تُرِيدُونَ فَمَا ظَنُّكُم بِرَبِّ الْعَالَمِينَ

87. Tatkala ia (Ibrahim) berkata kepada ayah dan kaumnya. Apa gerangan yang kamu sembah itu?
Apakah kamu mengkehendaki sesembahan-sesembahan palsu selain Allah itu?
Kiranya bagaimana anggapanmu terhadap Tuhan sekalian alam itu? Q.37:85-87.

ِنَّا بُرَءؤُا مِنكُمْ وَمِمَّا تَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ كَفَرْنَا بِكُمْ وَبَدَا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةُ وَالْبَغْضَآءُ أَبَدًا حَتَّى تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ وَحْدَهُ

88. Bahwasanya kami berlepas diri dari kamu dan dari apa yang kamu sembah selain Allah. Kami tentang kamu dan ternyata adanya permusuhan dan kebencian antara kita untuk selamanya sehingga kamu beriman kepada Allah saja (sebagai sesembahan dan Tuhan). Q.60:4.

Dan beberapa ayat tersebut, jelaslah sudah, bahwa kaum Ibrahim dan Namrud raja mereka, bukan sebagai suatu bangsa yang ingkar akan Allah, malah justeru percaya bahwa Allah sebagai Tuhan seru sekalian alam serta penciptanya, percaya sebagai Ilah dan Rabb (Sesembahan dan Penguasa) mereka. Tetapi di samping itu, mereka percaya juga akan adanya sesembahan-sesembahan lain sebagai sekutu-sekutu Allah dalam Uluhiyah dan Rububiyah pada bahagian (1) dan (2). Maka tak terdapat barang sepatah katapun dalam al-Quran yang mengatakan bahwa dakwah Ibrahim hendak menyedarkan kaumnya supaya beriman kepada Allah sebagai yang menciptàkan alam semesta dan sebagai Ilah dan Rabb (Sesembahan dan Penguasa) dari semua tadi.

Baiklah selanjutnya kita perhatikan dialog Ibrahim dengan sang raja perkasa itu sebagai yang dituturkan al-Quran:

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِي حَآجَّ إِبْرَاهِيمَ فِي رِبِّهِ أَنْ اَتَاهُ اللّهُ الْمُلْكَ إِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّيَ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ قَالَ أَنَا أُحْيِي وَأُمِيتُ قَالَ إِبْرَاهِيمُ فَإِنَّ اللّهَ يَأْتِي بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ فَبُهِتَ الَّذِي كَفَرَ

89. Apakah engkau sudah tahu tentang orang yang mendebat Ibrahim tentang Rabb (Tuhan)nya kerana dianugerahi Allah sebuah kerajaan? Kata Ibrahim kepadanya: “Rabbku (Tuhanku), adalah yang memberikan kehidupan dan mematikan.” “Aku pun memberikan kehidupan (membiarkan orang tetap hidup) dan dapat juga membunuhnya (tanpa ada yang dapat menghalangi),” jawapnya. Kata Ibrahim kemudian: “Bahawasanya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah ia dari barat!” Mendengar tentangan ini orang yang tidak percaya itu tercengang.” Q.2 :258.

Dari perdebatan tersebut, jelaslah ketiadanya perselisihan pendapat antara Ibrahim a.s. dengan Namrud Raja Babilon tentang Allah, Tuhan seru sekalian alam itu. Adapun yang diperdebatkan Namrud itu ialah, gerangan siapakah yang diakui Ibrahim tadi sebagai Rabb (Tuhan)nya. Baik raja mahupun segenap rakyatnya sama-sama beriman dan percaya terhadap Allah sebagai Tuhan seru sekalian alam, seperti penduduk seluruh dunia sekarang ini kecuali orang komunis. Maka itu, Namrud tak akan menjadi orang gila hingga mengatakan di depan rakyatnya:

“Aku, adalah Allah yang disebutkan Ibrahim itu. Akulah yang menciptakan alam semesta, yang menciptakan langit, matahari, bulan dan seluruh planet seperti bumi dan lain-lainnya.”

Dia tidak menganggap dirinya sebagai Rabbul-alamin. Ia hanya mengaku sebagai rabbul-balad (pemilik negeri) yang berkuasa dan berwenang dan Ibrahim pula salah seorang dari rakyat yang bernaung di bawah kekuasaannya. Dan ia tidak mengaku, bahwa rububiyahnya atas negerinya itu, pada batas makna yang (1) dan (2). Sebab, ia mengakui rububiyah atau ketuhanan sang surya, matahari, bulan dan planet-planet. Iainnya, sebagaimana kepercayaan bangsa Babilon dalam sektor tadi (1 dan 2).

Adapun pengakuan Rububiyahnya (Ketuhanan dirinya) atas kerajaannya itu (Babilon) terbatas pada sektor 3, 4 dan 5, yakni tidak mutlak. Tetapi sebagai seorang raja, pemilik negeri, maka seluruh penduduk menjadi rakyat sebagai miliknya dan di bawah kekuasaannya. Kekuasaannya mutlak atas mereka dan merupakan suatu lambang persatuan dan kesatuan, dimana tiap perintah. peraturan mahupun keputusannya harus ditaati dan dilaksanakan serta tak dapat dibantah.

Dan perkataan, Kerana dianugerahiNya dengan sebuah kerajaan pada ayat di atas itu, menunjukkan bahwa anggapan Namrud (Raja) tentang rububiyah dirinya akibat dorongan kebanggaannya sebagai raja. Ketika menerima laporan bahawa di antara rakyatnya, tersebut seorang pemuda tidak sependapat dengan bangsanya, tentang rububiyah (ketuhanan) matahari, bulan dan lain-lam planet itu, maka segera dipanggilnya menghadap.

Dalam pertemuan itu, Ibrahim menentang rububiyah (ketuhanan) matahari dan lain-lain planet yang dipuja bangsanya. Sebab semuanya tidak berkuasa melainkan pada batas-batas yang telah ditentukan Allah iaitu, tata-surya (nizhamul kaun). Dan dia tidak menerima pula rububiyah (kekuasaan) Namrud kendatipun sebagai raja menentukan garis politik dan sosial semahu dirinya tanpa menghiraukan ketentuan-ketentuan Allah sebagai Rabbul alamin, seru sekalian alam. Kerana itulah, maka bertanyalah Namrud kepadanya:

“Maka, siapakah gerangan Rabbmu (Tuhan/Penguasamu) itu, wahai Ibrahim?”

“Tuhanku ialah yang dapat menghidupkan dan dapat pula mematikan,” jawab Ibrahim singkat. Maksudnya ialah, dapat memberikan kehidupan kepada seluruh makhluk, manusia, haiwan, tumbuh tumbuhan dan lain-lainnya. Dan dapat juga mematikan mereka semua dengan menghentikan air hujan dan lain-lainnya.

Kerana kebongkakannya, maka jawab raja: “Aku pun dapat membiarkan orang hidup dan dapat pula membunuhnya tanpa halangan.” Dengan penyataan ini, kiranya raja dapat membuktikan rububiahnya (kekuasaannya). Tetapi segera Ibrahim menentang dengan kata: “Bahawasanya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah ia dari barat.” Maksud Ibrahim ialah, bahawa bukanlah Rabb (Tuhan) dalam erti semua sektor (1, 2, 3, 4 dan 5) selain dari Allah s.w.t. Maka mana mungkin disekutukan dengan Allah sesuatu yang tak berkuasa menerbitkan matahari dan membenamkannya?

Namrud memang seorang raja cerdas seperti kebanyakan raja-raja dan pemimpin-pemimpin negara, maka ia terpukau dan bungkam dalam seribu bahasa ketika menghadapi tentang Ibrahim a.s. itu. Ia sadar akan kemutlakan Rububiyah Allah dan kepalsuan rububiyahnya atau kekuasaannya. Ia sadar bahwa tiadalah mungkin menentang hukum Allah, ketentuan-ketentuanNya (norma norma alamiah/insaniah). Barangsiapa menyimpang daripadanya, pastilah mengalami kegagalan dan kehancuran. Begitulah lanjutan ayat tersebut:

وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Dan Allah menggagalkan amal perbuatan yang melanggar ketentuan. Q.2:258.

KAUM LUTH

Luth a.s. diutus Allah kepada masyarakatnya yang sungguh amat rosak moral mereka. Boleh dikatakan hampir semua terlibat dalam homoseksual yang sangat berbahaya bagi kelangsungan nusa dan bangsa.

Sebagai telah dituturkan al-Quran, masyarakat Luth ini memang percaya terhadap Allah. Tuhan seru sekalian alam serta penciptanya. Kerana itu, mereka pun percaya juga terhadap Uluhiyah dan Rububiyahnya. Tetapi terbatas pada bahagian 1 dan 2 saja dan engkar terhadap Uluhiyah dan RububiyahNya di bahagian yang 3, 4 dan 5. Berdasarkan inilah, Luth a.s ditentang, kendatipun ia terkenal dalam masyarakat itu sebagai seorang yang sangat bijaksana, jujur dan setia kepada mereka. Mereka anggap bahawa Allah, Tuhan seru sekalian alam itu hendak ikut mengurusi kehidupan mereka dengan mengutus Luth, sedang Dia tidak berwenang dalam urusan ini. Mereka merdeka untuk berbuat dan bertindak sehendak diri terhadap apa yang mereka kuasai, tanpa menghiraukan Sunnah Allah (norma-norma alamiah/ insaniah) yang tetap berlaku sejak dahulu hingga akhir zaman. Kerana itulah mereka binasa sebagai yang dituturkan oleh al Quran:

إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ لُوطٌ أَلَا تَتَّقُونَ إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ َتَأْتُونَ الذُّكْرَانَ مِنَ الْعَالَمِينَ وَتَذَرُونَ مَا خَلَقَ لَكُمْ رَبُّكُمْ مِنْ أَزْوَاجِكُم بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ عَادُونَ

90. Ketika berkata Luth kepada saudara-saudara sebangsanya:
Mengapa kamu tidak bertaqwa (ceroboh)?
Sungguh, aku ini pesuruh yang setia kepadamu.
Maka bertaqwalah kepada Allah. Percayalah kepadaku. Sedikitpun aku tidak mengharapkan balas budi daripadamu.
Tuhan seru sekalian alamlah yang akan membalas jasaku.
Mengapa kamu lebih menyukai melakukan homoseksual daripada menghubungi isteri-isterimu yang sah dan yang disediakan Allah untukmu? Sungguh, kamu melanggar (norma-norma). Q.26:16l-166.

Tidaklah mungkin kata-kata itu ditujukan kepada masyarakat atheis, tidak mengenal Allah atau Tuhan sekalian alam, masyarakat yang tidak percaya akan adanya Maha Pencipta. Seandainya masyarakat Luth itu, sebagai demikian, tentulah mereka sambut dengan kata-kata yang kurang Iebih:

— Siapa gerangan Allah yang kau sebutkan tadi?
— Apakah benar Dia yang menciptakan lawan jantina kita seperti yang kau katakan?
— Apa mungkin Dia menciptakan alam semesta yang sedemikian luasnya dan dapat menguasai segala-galanya?

Tetapi, mereka percaya dan beriman benar terhadap semua itu. Kerananya mereka sambut:

قَالُوا لَئِن لَّمْ تَنتَهِ يَا لُوطُ لَتَكُونَنَّ مِنَ الْمُخْرَجِينَ

91. Hai Luth, kalau kau tidak mahu diam, maka akan kami usir dari negeri ini. Q.26:l67.

Di sebuah surat lain dari al-Quran, masyarakat Luth di kisahkan:

وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُم بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِّنَ الْعَالَمِينَ أَئِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ وَتَقْطَعُونَ السَّبِيلَ وَتَأْتُونَ فِي نَادِيكُمُ الْمُنكَرَ فَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِ إِلَّا أَن قَالُوا ائْتِنَا بِعَذَابِ اللَّهِ إِن كُنتَ مِنَ الصَّادِقِين

92. Kata Luth kepada kaumnya: Perbuatan-perbuatan kamu sungguh keji, tak pernah seorang pun melakukannya sebelum kamu.
Kamu lakukan homoseksual dan meninggalkan saluran yang sebenarnya, serta mengerjakan kemungkaran di tempat tempat pertemuan. Tetapi jawapan kaumnya: Kalau engkau memang dalam kebenaran, silalah kau datangkan azab Allah. Q.29 :28-29.

Apakah mungkin kiranya jawapan orang-orang yang tidak percaya akan Allah, akan sedemikian rupa: Datanglah azab Allah?

Mengingat jawaban mereka tadi, jelas bahawa mereka beriman kepada Allah, beriman kepada Uluhiyah dan RububiyahNya. percaya akan kekuasaannya atas alam semesta ini. Kekufuran mereka hanyalah terhadap ketentuan-ketentuan Allah, atau Sunnatullah, iaitu norma-norma alamiah dan insaniah, sosial budaya dan susila yang erat hubungannya dengan kelangsungan hidup manusia. Kerana kekufuran itu, maka mereka ditimpakan dengan suatu azab yang setimpal menurut hukum alam yang berlaku sejak dahulu; Kepunahan.

KAUM SYU’AIB

Kaum Syu’aib oleh al-Quran disebut Ahli Madyan dan sebut juga dengan nama Ashhabul-aikah. Mereka terdiri dari keturunan Nabi Ibrahim a.s. serta para pengikut beliau. Kerananya, tidak perlu lagi dicari dalil, apakah mereka percaya akan Allah, beriman kepada Uluhiyah dan RububiyahNya, ataupun sebaliknya? Sejak dahulu mereka memang muslimin. Tetapi, lama-kelamaan mereka menjadi rosak. Sebab, tidak mendapatkan bimbingan, atau mengamalkan amal ma’ruf dan nahi mungkar sebagaimana mestinya dimana setiap generasi terpelihara baik baik.

Kerosakan mereka dimulai dari kekaburan terhadap ajaran agama,seperti halnya dengan kebanyakan orang Islam dewasaini. Kerana itu maka Allah mengutus Syu’aib sebagai Nabi mereka untuk mengembalikannya ke jalan yang benar, kepada kemurnian agama mereka.

Walau sedemikian rupa kerosakan mereka masih tetap mengaku sebagai mu’min. Begitulah yang dituturkan al Quran.Ini, akan anda buktikan dari teguran Nabi Syu’aib: “… dan jangan berbuat busuk/keerosakan kalau kamu beriman.”

Baik seruan dan teguran Nabi Syu’aib mahupun tentangan masyarakatnya, adalah bukti yang sahih tentang keimanan masyarakat Madyan kepada Allah dan menerima Dia sebagai Ilah dan Rabb (Sesembahan dan Tuhan) yang patut disembah dan ditaati. Tetapi pada batas-batas tertentu. Kerananya mereka tergelincir ke dalam dua kesesatan atau kekeliruan:

(1) Percaya akan adanya beberapa ilah (sesembahan) dan rabb (tuhan) selain dari Allah Tuhan yang Maha Esa

(2) Mereka percaya terhadap Allah sebagai Ilah dan Rabb (Sesembahan dan Penguasa), tetapi terbatas. Tidak menjangkau cara hidup mereka baik cara politik dan sosial mahupun ekonomi dan akhlak. Kerananya, mereka merasa merdeka bertindak semahu diri, berlaku menurut selera dan nafsu. Tidak terikat dengan ketentuan-ketentuan yang berlaku di Kerajaan Allah iaitu hukum alam yang disampaikan oleh Nabi Syu’aib kepada mereka. Ini, dituturkan oleh al-Quran sebagai berikut:

وَإِلَى مَدْيَنَ أَخَاهُمْ شُعَيْبًا قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُواْ اللّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ قَدْ جَآءَتْكُم بَيِّنَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ فَأَوْفُواْ الْكَيْلَ وَالْمِيزَانَ وَلاَ تَبْخَسُواْ النَّاسَ أَشْيَاءهُمْ وَلاَ تُفْسِدُواْ فِي الأَرْضِ بَعْدَ إِصْلاَحِهَا ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

93. Dan kepada orang-orang Madyan Kami (Allah) utus saudara mereka Syu’aib. Ia berkata: Hai kaumku, sembahlah Allah. Kerana tiada Ilah (Sesembahan) bagimu selain Dia. Telah tiba peraturan dari Rabb (Tuhan) kamu. Iaitu, sempurnakan takaran dan timbangan. Jangan merugikan orang lain dan jangan merosak yang sudah baik dalam negeri. Itu lebih baik bagimu, jika kamu beriman. Q.7:85.

وَإِن كَانَ طَآئِفَةٌ مِّنكُمْ آمَنُواْ بِالَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ وَطَآئِفَةٌ لَّمْ يْؤْمِنُواْ فَاصْبِرُواْ حَتَّى يَحْكُمَ اللّهُ بَيْنَنَا وَهُوَ خَيْرُ الْحَاكِمِينَ

94. Jika di antara kamu ada yang mentaati perintah yang saya bawakan itu dan sebahagian rnenentang, maka tunggulah kamu semua hukuman Allah. Dan Dia paling Adil. Q.7:87.

وَيَا قَوْمِ أَوْفُواْ الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ بِالْقِسْطِ وَلاَ تَبْخَسُواْ النَّاسَ أَشْيَاءهُمْ وَلاَ تَعْثَوْاْ فِي الأَرْضِ مُفْسِدِينَ بَقِيَّتُ اللّهِ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ وَمَآ أَنَاْ عَلَيْكُم بِحَفِيظٍ قَالُواْ يَا شُعَيْبُ أَصَلاَتُكَ تَأْمُرُكَ أَن نَّتْرُكَ مَا يَعْبُدُ آبَآؤُنَا أَوْ أَن نَّفْعَلَ فِي أَمْوَالِنَا مَا نَشَآؤُا إِنَّكَ لَأَنتَ الْحَلِيمُ الرَّشِيدُ

95. (Seru Syu’aib: ( Hai kaumku, berlakulah adil dalam menakar dan menimbang, jangan merugikan orang lain dan jangan berbuat kecurangan. Rezeki yang halal lebih baik bagimu kalau kamu beriman. Dan aku tidak dapat melindungi kamu (jika terjadi apa-apa akibat kecuranganmu).
Tetapi sambutan mereka tak lain adalah: Hai Syuaib, apakah solatmu menyuruhmu melarang kami mengikuti cara nenek-moyang kami, atau melarang kami memperbuat apa yang kami kehendaki tentang modal dan kekayaan kami? Memang engkau pandai membezakan yang baik dan yang buruk. Q.11:85-87.

Jelaslah sudah kesalah-fahaman(kesesatan) kaum Syu’aib itu, tentang Uluhiyah dan Rububiyah yang sebenarnya seperti dituturkan al-Quran pada ayat-ayat tersebut di atas itu.

FIR’AUN DAN BANGSA MESIR

Marilah kita telaah kisah Fir’aun Raja Mesir dan rakyatnya zaman dahulu. Mereka termasuk di antara bangsa-bangsa zaman dahulu yang dituduh dengan yang tidak-tidak. Mereka dituduh masyarakat masa kini dengan apa yang dilontarkan terhadap Namrud Raja Babilon dan rakyatnya, bahkan berlebihan. Fir’aun, selain dituduh ingkar akan Allah Tuhan seru sekalian alam, memproklamasikan dirinya sebagai satu-satunya tuhan. Kalau benar, maka alangkah tololnya Fir’aun itu menyatakannya di hadapan bangsanya yang boleh dikatakan sudah tinggi kebudayaannya. Dan alangkah bodohnya bangsa Mesir, terutama para pejabat pemerintahan jika mereka percaya.

Menurut sejarah dan keterangan al-Quran, bahwa kesalahfahaman Fir’aun terhadap Uluhiyah dan Rububiyah itu, samalah dengan Namrud Raja Babilon dan bangsa masing-masing. Kerana itu, dua-duanya menentang nabinya.

Raja Namrud menentang Nabi Ibrahim a.s. kerana hal-hal yang anda ketahui di halaman-halaman lalu dari buku ini. Fir’aun menentang Nabi Musa a.s. kerana paksaan politik anti suku Israel, suku Musa. Sebab, itulah, maka. Fir’aun sangat gigih menentang Uluhiyah dan Rububiyah Allah yang diperjuangkan Musa a.s., kendatipun meyakininya, seperti kaum sekular dewasa ini. Adapun penjelasan lebih lanjut tentang Fir’aun dan para pejabat tinggi pemerintahnya, adalah sebagai berikut:

Ketika Nabi Yusuf a.s. dinobatkan sebagai raja baru Mesir pengganti yang telah mangkat, maka perhatiannya sangat besar terhadap dakwah. Kerananya dikenal seluruh lapisan, kendatipun tidak semuanya memeluk agama raja mereka (Islam) itu. Tetapi mereka percaya bahwa Allah Pencipta alam semesta ini, adalah Ilah dan Rabb (sesembahan dan Tuhan) mereka serta dewa-dewa yang disembahnya itu.

Ratusan tahun kemudian, dimana generasi-generasi bergantian, kaburlah ajaran Yusuf itu. Namun demikian pengaruhnya masih ada pada generasi-generasi pelanjut itu sampai generasi Musa a.s. Musa pun diutus Allah sebagai Rasul dan Nabi sekaligus. Adapun bukti pengaruh ajaran Yusuf a.s. itu yang masih melekat pada diri orang-orang Mesir ialah ketika kabinet berkali-kali sidang di bawah pimpinan Fir’aun yang hendak merencanakan pembunuhan Musa a.s., maka tampillah salah seorang menteri di antaranya menentang perencanaan itu seraya berkata:

أَتَقْتُلُونَ رَجُلًا أَن يَقُولَ رَبِّيَ اللَّهُ وَقَدْ جَآءَكُم بِالْبَيِّنَاتِ مِن رَّبِّكُمْ وَإِن يَكُ كَاذِبًا فَعَلَيْهِ كَذِبُهُ وَإِن يَكُ صَادِقًا يُصِبْكُم بَعْضُ الَّذِي يَعِدُكُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ مُسْرِفٌ كَذَّابٌ يَا قَوْمِ لَكُمُ الْمُلْكُ الْيَوْمَ ظَاهِرِينَ فِي الْأَرْضِ فَمَن يَنصُرُنَا مِن بَأْسِ اللَّهِ إِنْ جَآءَنَا

96. Apakah kamu akan membunuh orang kerana ia menyatakan bahawa Tuhannya adalah Allah dan telah membawakan bukti-bukti akan kebenarannya dari Tuhan kalian itu? Seandainya ia dusta, maka ia akan memikul akibatnya. Tetapi kalau benar, maka kamu akan mengalami bencana yang dikatakannya itu. Dan Allah takkan menunjuki orang yang bersikeras dan pendusta.
Hai kaumku, sekarang kamulah yang berkuasa, bertindak semahu diri. Tetapi ingatlah nanti, siapa gerangan yang akan dapat menolong kita bila azab Allah (bencana) menimpa kita? Q.40:28-29.

يَا قَوْمِ إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُم مِّثْلَ يَوْمِ الْأَحْزَابِ مِثْلَ دَأْبِ قَوْمِ نُوحٍ وَعَادٍ وَثَمُودَ وَالَّذِينَ مِن بَعْدِهِمْ

Hai kaumku, sungguh aku khuatir (bencana) menimpa kalian seperti yang menimpa kelompok.kelompok masa lalu.
Seperti nasib Kaum Nuh, ‘Ad, Tsamud dan lain-lainnya. Q.40 :30-31.

َلَقَدْ جَآءَكُمْ يُوسُفُ مِن قَبْلُ بِالْبَيِّنَاتِ فَمَا زِلْتُمْ فِي شَكٍّ مِّمَّا جَآءَكُم بِهِ حَتَّى إِذَا هَلَكَ قُلْتُمْ لَن يَبْعَثَ اللَّهُ مِن بَعْدِهِ رَسُولًا

Dan dahulu telah datang pada kalian Yusuf dengan keterangan yang jelas, tetapi kalian tiada hentinya meragukan apa yang ia bawa kepada kalian itu. Sampai ketika ia meninggal, maka kalian berkata: Allah tidak akan mengutus seorang Rasul lagi sesudahnya… Q.40:34.

وَيَا قَوْمِ مَا لِي أَدْعُوكُمْ إِلَى النَّجَاةِ وَتَدْعُونَنِي إِلَى النَّارِ تَدْعُونَنِي لِأَكْفُرَ بِاللَّهِ وَأُشْرِكَ بِهِ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ وَأَنَا أَدْعُوكُمْ إِلَى الْعَزِيزِ الْغَفَّارِ

Hai kaumku, sungguh aku hendak menghindarkan kalian dari bencana tapi mengapa kamu hendak mengajakku ke neraka (penderitaan)?
Kamu suruh aku menentang Allah dan menyekutukan dengan Dia apa yang tidak kukenal, sedang aku mengajak kalian kepada yang Maha Gagah lagi Maha Pemurah. Q.40: 41-42

Dari kata-kata pejabat tinggi tadi, maka jelaslah sudah betapa ajaran Nabi Yusuf membekas pada diri-diri mereka semua, kendatipun setelah ditinggalnya sejak ratusan tahun. Mengingatkan ini, maka tak mungkinlah seorang orang pun di antara bangsa Mesir ketika tidak tersentuh hatinya oleh dakwah Nabi Yusuf a.s. itu. Kerana itu, tidak akan ada yang engkar terhadap Allah, Tuhan seru sekalian alam, takkan engkar terhadap Uluhiyah dan RububiyahNya. Tetapi, mereka berbuat suatu kesalahan besar, seperti kesalahan yang dilakukan oleh bangsa-bangsa atau suku suku dan kaum Nuh Ad, Tsamud Namrud dan Babilon dan lain-lainnya, seperti anda ketahui dan halaman-halaman lalu. Kesalahan tersebut ialah mempersekutukan anasir-anasir atau oknum-oknum tertentu dengan Allah dalam Rububiyah dan Uluhiyah. Dengan demikian bererti kekuasaan Allah tidak mutlak, lantaran terbahagi di antara oknum-oknum yang telah dipersekutukan mereka itu. Dengan demikian, mereka menentang ketentuan-ketentuan Allah menolak perintah dan menggeser laranganNya.

Kini timbul tandatanya tentang peribadi Fir’aun Raja Mesir dahulu itu. Menurut pendapat orang-orang Islam pada umumnya, bahwa Fir’aun itu, tidak percaya akan adanya Allah, engkar terhadap Tuhan seru sekalian alam. Ia menganggap dirinya sebagai ilah dan rabb, sesembahan dan tuhan. Pendapat ini berdasarkan al-Quran. Antara lain:

  1. Ketika Musa berkata: “Aku adalah pesuruh Tuhan seru sekalian alam,” maka sambut Fir’aun dengan pertanyaan: “Gerangan apakah Tuhan seru sekalian alam (Rabbul-alamin) itu?” Q.26:16&23.
  2. Perintah Fir’aun kepada Haman agar membangunkan sebuah menara untuk membuktikan Ilah (Sesembahan) Musa a.s. Q.40:36-37.
  3. Ancamannya pada Musa a.s.: “Jika engkau menganggap suatu tuhan selain aku, akan ku penjarakan.” Q.26:29.
  4. Pernyataannya di depan rakyat: “Akulah rabb (tuhan) kalian.” Q.79:24.
  5. Pernyataannya di depan para pejabat tinggi: “Tidak ada ilah (sesembahan) bagi kalian selain aku.” Q.28 :38

Pernyataan-pernyataan serupa tersebut, memang menimbulkan tuduhan atas diri Fir’aun sebagai tidak percaya akan adanya Allah, tidak mengenal Rabbul-alamin, Pencipta dan Tuhan seru sekalian alam dan menganggap dirinya sebagai tuhan dan sesembahan. Sesungguhnya, pernyataan-pernyataan Fir’aun tadi, terdorong oleh emosi dan rasa khuatir yang mencengkam alam fikirannya. Ia khuatir dengan dakwah atau misi Musa itu, kekuasaan negara akan jatuh kembali ke tangan suku Bani Israel lagi.

Ketika Nabi Yusuf as. menduduki singgahsana kerajaan Mesir, beliau rnenyebar-luaskan kepercayaan terhadap Allah sebagai satu-satunya sesembahan dan Tuhan seru sekalian alam, sehingga mereka yang tidak memeluk agama yang dibawakannya itupun rnenghayati kepercayaan tersebut. Berkat keluhuran keperibadiannya, maka besar jualah pengaruhnya di hati segenap masyarakat, dimana sukunya (Israel) berpengaruh dan disegani. Maka dengan mudah mereka mendapatkan kedudukan-kedudukan tinggi dalam pemerintahan selama beberapa abad.

Tiada sesuatu yang kekal di alam ini. Begitulah halnya dengan pengaruh dan kekuasaan suku Israel di Mesir itu. Tindakan dan tingkah pola mereka yang tidak senonoh atau adil itu, menimbulkan anti pati kebencian terhadap mereka di kalangan rakyat Mesir dan tokoh — atau pemuka-pemuka mereka. Maka timbullah pergolakan. Sudah tentu kemenangan akhirnya di pihak yang adil. Tetapi suku Israel berusaha mengambil alih kembali kekuasaan atas Mesir di bawah tanah. Tetapi pemerintah mengadakan pengawasan terhadap mereka lebih ketat. Sehingga setiap bayi laki-laki yang lahir dibunuh, supaya lama-kelamaan kaum laki-laki musnah kerana tiada pengganti. Dengan demikian, maka akan punahlah suku Israel itu dari permukaan bumi sekiranya tidak ditolong Allah s.w.t.

Maka dengan seizin Allah, lahirlah seorang bayi laki-laki dan dia bernama Musa yang dapat perlindungan khusus dari Allah dari kekejaman atau kebijaksanaan Fir’aun yang tidak bijaksana itu. Malah justeru dipelihara oleh Fir’aun di dalam istana sebagai anak dan pangeran yang disayangi sekali oleh sekeluarga. Sehingga apabila sudah dewasa dan layak diberi tugas risalah (misi) oleh Allah, Tuhan seru sekalian alam, maka Fir’aun dan kelompoknya akan menghadapi suatu tentangan yang sungguh berat sekali, dimana tiada alternatif bagi mereka selain tunduk dan setia pada misi Musa itu, dimana menurut pendapat mereka, bererti menyerahkan kembali kekuasaan negara kepada Musa dan suku Israel yang sudah dikenal di masa lalu sebagai penguasa-penguasa yang tidak adil dalam segala tindakan mereka, sehingga memiskinkan dan memelaratkan rakyat. Atau menentang Musa, dimana masih tampak harapan untuk bertahan. Maka yang inilah dipilihnya dan dijadikannya sebagai garis besar haluan negara. Mereka tidak segan-segan lagi mempergunakan segala tipudaya dan muslihat serta intimidasi dengan asal demi kemenangan terakhir. Dalam pada itu, al-Quran menceritakan sebagai berikut:

Berkatalah Fir’aun kepada para pejabat terasnya ketika menerima Musa a.s. dan menghadapinya:

فَلَوْلَا أُلْقِيَ عَلَيْهِ أَسْوِرَةٌ مِّن ذَهَبٍ أَوْ جَآءَ مَعَهُ الْمَلَائِكَةُ مُقْتَرِنِينَ

97. (Sebagai utusan Allah) mengapa tidak dipakaikan padanya seragam dari emas (tanda kebesaran) atau diiringi barisan Malaikat? Q.43 :53.

Apakah mungkin berkata demikian seorang engkar akan Allah dan Malaikat itu?

Di lain bahagian al-Quran membawakan dialog yang pernah terjadi antara mereka berdua. laitu, setelah Musa a.s. mempertunjukkan beberapa Mukjizat kepadanya, maka Fir’aun berkata:

فَقَالَ لَهُ فِرْعَونُ إِنِّي لَأَظُنُّكَ يَا مُوسَى مَسْحُورًا قَالَ لَقَدْ عَلِمْتَ مَا أَنزَلَ هَؤُلآءِ إِلاَّ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ بَصَآئِرَ وَإِنِّي لَأَظُنُّكَ يَا فِرْعَونُ مَثْبُورًا

98. Maka berkatalah Fir’aun: Hai Musa, jelaslah bagiku, bahawa semua itu, adalah sihir (black magic) semata.
Lalu jawab Musa: Sesungguhnya engkau sudah tahu dan yakin benar, bahawa hal itu takkan dapat diperlakukan kecuali oleh Tuhan seru sekalian alam. Dan aku yakin, bahawa engkau hai Fir’aun pasti binasa. Q.17:l0l-102.

Di ayat lain al-Quran membongkar isi hati Fir’aun dan kuncu kuncunya:

فَلَمَّا جَآءَتْهُمْ آيَاتُنَا مُبْصِرَةً قَالُوا هَذَا سِحْرٌ مُّبِينٌ وَجَحَدُوا بِهَا وَاسْتَيْقَنَتْهَآ أَنفُسُهُمْ ظُلْمًا وَعُلُوًّا

99. Maka tatkala mukjizat-mukjizat Kami (Allah) itu sampai kepada mereka dengan jelasnya, mereka sanggah: Ini adalah sihir semata.
Sengaja mereka engkari, padahal mereka yakin dalam hati akan kebenarannya. Q.27:l3-14.

Di bahagian lain, al-Quran mengungkapkan tipu daya pihak Fir’aun terhadap dakwah Musa di muka umum:

قَالَ لَهُم مُّوسَى وَيْلَكُمْ لَا تَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ كَذِبًا فَيُسْحِتَكُمْ بِعَذَابٍ وَقَدْ خَابَ مَنِ افْتَرَى فَتَنَازَعُوا أَمْرَهُم بَيْنَهُمْ وَأَسَرُّوا النَّجْوَى قَالُوا إِنْ هَذَانِ لَسَاحِرَانِ يُرِيدَانِ أَن يُخْرِجَاكُم مِّنْ أَرْضِكُم بِسِحْرِهِمَا وَيَذْهَبَا بِطَرِيقَتِكُمُ الْمُثْلَى

100. Kata Musa kepada mereka: Hati-hatilah, jangan berdusta terhadap Allah, kelak kamu dibinasakanNya dengan azab. Dan pastilah rugi orang berdusta itu.
Lalu timbul perselisihan pendapat di antara mereka sendiri tentang sikap yang akan diambilnya dalam sidang tertutup.
Lalu kata mereka di hadapan umum: Bahawasanya dua ahli sihir ini, akan merebut kekuasaan negerimu ini dengan sihir serta mengubah peraturan-peraturanmu yang sempurna itu sekali. Q.20:6l-63.

Adapun yang menimbulkan perselisihan di antara pihak. Fir’aun atau penguasa ialah ancaman Musa terhadap mereka dengan kepastian menimpanya azab Allah (bencana, kekacauan, kesulitan dan lain lain lagi) bila mereka menentang ketentuan ketentuan Allah (norma-norma alamiah/insaniah) yang berlaku sejak dahulu hingga akhir zaman. Dengan ini mereka sedari benar-benar dengan penuh keyakinan, tidak dibantah. Akan tetapi kerana mereka khuatir kekuasaan negeri jatuh kembali di tangan suku Israel golongan Musa itu, maka kebenaran dan keadilan yang diperjuangkan Musa itu selalu diputar belitkan. Mukjizat-mukjizat yang tak mungkin dilakukan kecuali oleh Allah dengan perantaraan pesuruh atau RasulNya dianggapnya sihir seperti yang dilakukan oleh banyak ahli sihir. Dan Musa difitnah mereka sabagai ahli sihir yang sangat mahir yang mahu merebut kekuasaan negara dan bangsa Mesir, dimana undang-undang dan peraturan serta adat istiadat bangsa Mesir yang sudah sempurna itu dibuangnya.

Kerana jelas sudah hakikat tersebut, maka mudahlah bagi kita untuk selanjutnya mengkaji:

  1. Apa sebab Fir’aun memusuhi Musa a s.
  2. Di sektor manakah kesesatan (kekeliruan) Fir’aun dan orang Mesir masa lalu itu?
  3. Erti yang manakah dari kata ar Rabb yang dimaksud Fir’aun hingga ia menganggap dirinya sebagai ilah dan rabb (sesembahan dan tuhan) itu?

Supaya mendapatkan jawapan yang memuaskan, baiklah kita telaah lebih dahulu keterangan yang disertai ayat ayat al Quran sebagai berikut.

(1) Kelompok yang berpihak Fir’aun, setiap kali mendapat kesempatan dalam pertemuan, baik di sidang mahupun di luarnya menganjurkan Fir’aun agar bertindak sekeras-kerasnya terhadap gerakan atau dakwah Musa a.s. itu:

أَتَذَرُ مُوسَى وَقَوْمَهُ لِيُفْسِدُواْ فِي الأَرْضِ وَيَذَرَكَ وَآلِهَتَكَ

101. Mengapa tuan biarkan saja Musa dan sukunya mengacau dan meninggalkan (tidak menghiraukan) tuan dan sesembahan-sesembahan tuan itu? Q.7 :127.

Sebaliknya, di pihak yang pro Musa dan merahsiakan imannya di antara pejabat-pejabat tinggi itu, berkata:

تَدْعُونَنِي لِأَكْفُرَ بِاللَّهِ وَأُشْرِكَ بِهِ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ

102. (Kenapa) kamu menyeruku supaya kafir terhadap Allah dan mempersekutukan dengan Dia apa yang tak kuketahui itu? Q.40:42.

Jika kedua ayat tersebut dan sejarah Fir’aun dan Mesir pada masa dahulu itu diteliti, maka akan jelaslah bahwa berhala-berhala atau sesembahan-sesembahan yang mereka persekutukan dengan Allah dalam RububiyahNya, terbatas pada makna (1) dan (2). Maka itu, mereka sembah. Seandainya Fir’aun mengangkat dirinya sebagai rabb (tuhan) dalam arti yang luas itu, iaitu menguasai seluruh ketentuan alam dan tata-tertibnya serta tiada tuhan mahupun sesembahan selain dia, maka takkan berdiri sebuah patung berhala pun di tanah Mesir itu.

(2) Adapun pernyataan Fir’aun di hadapan seluruh pejabat tinggi:

يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُم مِّنْ إِلَهٍ غَيْرِي

103. Hai seluruh pejabat: Selainku, tiada tuhan bagi kamu. Q.28 :38.

Dan ancamannya kepada Musa a.s.:

لَئِنِ اتَّخَذْتَ إِلَهًا غَيْرِي لَأَجْعَلَنَّكَ مِنَ الْمَسْجُونِينَ

104. Akan kupenjarakan jika engkau mempertuhankan sesuatu selainku. Q.26 :29.

Maksud Fir’aun dengan kata-katanya di atas tadi ialah, melarang Musa untuk berdakwah. Tidak bererti bahawa ia ingkar akan Allah dan ingkar terhadap berhala-berhala yang disembahnya dan disembah rakyat. Kalau dibiarkannya Musa herdakwah hingga berhasil, maka takkan ada satupun tuhan akan diakui selain Allah, Tuhan seru sekalian alam. Tuhan yang tak terbatas kekuasaanNya di segala lapangan hidup, baik lapangan politik mahupun sosial dan lain-lainnya tanpa kekecualian, dimana Fir’aun dan yang lain takkan berkuasa dan berbuat semahunya. Dan tak dapat memperbudakkan rakyat sebagaimana raja-raja dan penguasa dahulu. Sebab itulah, maka ia tak dapat menguasai emosinya ketika berkata di hadapan umum: Hai ketahuilah, bahawa tiada sesuatu yang bersifat seperti yang di katakan Musa itu selainku. Dan engkau, hai Musa, jika engkau mempertuhankan sesuatu selainku, maka akan kupenjarakanlah.

Dan penjelasan al-Quran dan dari sejarah bangsa-bangsa masa lalu dan pengalaman-Pengalaman mereka, jelaslah bahawa raja-raja zaman dahulu (di zaman sekarang pun ada) di antaranya Fir’aun-fir’aun Mesir, tidak hanya bercita cita menguasai fisik dan material rakyat mereka, akan tetapi juga hendak menguasai alam fikirannya. Mereka propagandakan dengan cara apapun agar diri-diri mereka dianggap turunan dewa-dewa, sempurna, tiada kekurangan atau kelemahannya, dimana kemudian mereka di persekutukan dengan Allah, Tuhan seru sekalian alam dalam sektor Uluhiyah dan Rububiyah. Dalam pada itu dan untuk maksud tersebut, sengaja diadakannya upacara-upacara khusus yang harus ditaati, baik oleh rakyat-jelata mahupun pejabat setiap menghadap sang raja. Jika mereka mati atau diganti, maka berpindahlah kekuasaan rohani itu ke lain tangan, begitupun kebesaran dan keagungannya yang bersifat sementara itu.

(3) Pengakuan Fir’aun akan uluhiyah (ketuhanan) dirinya hanya terbatas pada lingkungan yang dikuasainya. Bukan Uluhiyah yang mutlak kekuasannya itu. laitu kekuasaan atas seluruh alam semesta. Apabila ia berkata:

أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَى

Akulah tuhanmu yang paling tinggi. Q.79:24.

Maka yang dimaksudkan olehnya ialah bahwa ia adalah penguasa atau pemimpin yang tertinggi di Mesir. Maka sudahlah sayugianya setiap perintah dan larangannya diendahkan dan ditaati sekali. Tetapi terbatas pada tiga sektor, iaitu sektor 3, 4 dan 5. Sedangkan sektor-sektor 1 dan 2 dikuasai Allah, Tuhan seru sekalian alam itu, dimana tiada satupun yang ikut berkuasa. Kini, apakah benar atau tidak penyataan Fir’aun menurut tutur al-Quran: Wahai bangsa Mesir, apakah negeri ini bukan milikku di mana sungai-sungai mengalir di bawah kekuasaanku (irigasi)?:

وَنَادَى فِرْعَوْنُ فِي قَوْمِهِ قَالَ يَا قَوْمِ أَلَيْسَ لِي مُلْكُ مِصْرَ وَهَذِهِ الْأَنْهَارُ تَجْرِي مِن تَحْتِي أَفَلَا تُبْصِرُونَ

105. Dan Fir’aun berseru kepada kaumnya seraya berkata: Hai Kaumku, bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaanku dan bukankah sungai-sungai ini mengalir di bawah kekuasaanku, apakah kamu tidak merenungkannya? Q.43:51.

Namrud Raja Babilon itupun, menganggap dirinya sebagai rabb (tuhan) dengan alasan serupa, iaitu kekuasaan:

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِي حَآجَّ إِبْرَاهِيمَ فِي رِبِّهِ أَنْ آتَاهُ اللّهُ الْمُلْكَ

106. Apakah engkau sudah tahu tentang orang yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya kerana dianugerahi Allah sebuah kerajaan? Q.2:258.

Maka itu, raja Mesir sebelum Musa, telah menobatkan Nabi Yusuf a.s. sebagai gantinya, tanpa pemilihan umum atau persepakatan dan majlis permusyawaratan. Sebab, sebagai raja, maka ia berkuasa penuh, serupa diktator.

(4) Adapun faktor utama yang menyebabkan permusuhan yang tajam dari pihak Fir’aun dari kawan-kawannya terhadap Musa a.s., bukanlah kerana Musa menyatakan kemutlakan Rububiyah dan Uluhiyah Allah atas sekalian alam ini, akan tetapi ialah kerana menganggap Allah itu sebagai satu-satunya Tuhan yang berkuasa penuh di langit dan di bumi sekali. Maka itu, seluruh makhluk harus tunduk pada ketentuan-ketentuanNya dalam seluruh aspek-aspek kehidupan, politik, sosial, ekonomi dan lain. Iainnya, baik individu, mahupun perkumpulan.

Atas dasar ini, maka wajiblah Fir’aun menyerahkan kekuasaan negeri Mesir itu kepada Musa a.s. yang sudah ditunjuk Allah sebagai Rasul (utusan), dimana kemudian Musa akan menerima arahan arahan dan petunjuk Allah, Tuhan seru sekalian alam itu. Dan mukjizat-mukjizat yang ditunjukkan oleh Musa dan doa-doanya yang selalu dikabulkan Allah itu, sebagai langkah langkah pertama untuk meyakinkan Fir’aun.

Kerana itulah, maka Fir’aun menjadi kalap dan berusaha menyahkan Musa walau dengan membunuhnya. Sebab, jelas ia akan kehilangan kejayaan dan kekuasaannya bila Musa dibiarkan bebas berdakwah. Ia mengerahkan segala kemampuannya, mengerahkan Departmen Penerangannya untuk berkempen di seluruh pelosok tanahair mengenai kegiatan Musa dan saudara kandungnya (Harun) untuk mengembalikan kekuasaan Mesir kepada suku Israel seperti masa-masa lalu, dimana nanti tatacara hidup, adat istiadat dan peraturan-peraturan kita yang sempurna itu diganti dengan yang baru menurut kehendak mereka. Dan kita dijajah serta dijadikan budak budaknya Demikian kurang lebih keterangan al-Quran berikut:

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مُوسَى بِآيَاتِنَا وَسُلْطَانٍ مُّبِينٍ إِلَى فِرْعَوْنَ وَمَلَئِهِ فَاتَّبَعُواْ أَمْرَ فِرْعَوْنَ وَمَا أَمْرُ فِرْعَوْنَ بِرَشِيدٍ

107. Dan telah, Kami (Allah) utus Musa dengan peraturan peraturan Kami dan dengan mukjizat yang nyata.
Kepada Fir’aun dan pembesar-pembesarnya. Tapi mereka ikuti perintah Fir’aun padahal perintah Fir’aun tidak benar. Q.11:96-97.

َلَقَدْ فَتَنَّا قَبْلَهُمْ قَوْمَ فِرْعَوْنَ وَجَآءَهُمْ رَسُولٌ كَرِيمٌ أَنْ أَدُّوا إِلَيَّ عِبَادَ اللَّهِ إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ وَأَنْ لَّا تَعْلُوا عَلَى اللَّهِ إِنِّي آتِيكُم بِسُلْطَانٍ مُّبِينٍ

108. Sesungguhnya sebelum mereka (Quraisy) telah Kami (Allah) cuba kaum Fir’aun, dimana datang kepada mereka seorang utusan yang mulia (berwibawa).
Seraya berkata: Serahkanlah kepadaku hamba-hamba Allah (rakyat/bangsa), aku adalah pemimpin yang dapat dipercaya. Dan kamu jangan membangkang terhadap perintah Allah. Kini kubawakan kepemimpinan yang jelas. Q.44:17-19

ِنَّا أَرْسَلْنَآ إِلَيْكُمْ رَسُولًا شَاهِدًا عَلَيْكُمْ كَمَآ أَرْسَلْنَآ إِلَى فِرْعَوْنَ رَسُولًا فَعَصَى فِرْعَوْنُ الرَّسُولَ فَأَخَذْنَاهُ أَخْذًا وَبِيلًا

109. Bahawasanya Kami (Allah) mengutuskan kepada kamu (Quraisy) seorang Rasul sebagai pimpinan atas kamu, sebagaimana Kami telah mengutus seorang Rasul kepada Fir’aun. Tetapi Fir’aun menderhakai Rasul itu, maka Kami balasnya dengan tegas. Q.73.15-16.

قَالَ فَمَن رَّبُّكُمَا يَا مُوسَى قَالَ رَبُّنَا الَّذِي أَعْطَى كُلَّ شَيْءٍ خَلْقَهُ ثُمَّ هَدَى

110. Fir’aun bertanya kepada Musa dan Harun: Maka siapakah Tuhanmu itu? Maka jawabnya: Tuhan kami ialah yang memenuhi segala keinginan makhlukNya, kemudian diberinya naluri. Q.20 :49-50

قَالَ فِرْعَوْنُ وَمَا رَبُّ الْعَالَمِينَ قَالَ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا إن كُنتُم مُّوقِنِينَ قَالَ لِمَنْ حَوْلَهُ أَلَا تَسْتَمِعُونَ قَالَ رَبُّكُمْ وَرَبُّ آبَائِكُمُ الْأَوَّلِينَ قَالَ إِنَّ رَسُولَكُمُ الَّذِي أُرْسِلَ إِلَيْكُمْ لَمَجْنُونٌ قَالَ رَبُّ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَمَا بَيْنَهُمَا إِن كُنتُمْ تَعْقِلُونَ قَالَ لَئِنِ اتَّخَذْتَ إِلَهًا غَيْرِي لَأَجْعَلَنَّكَ مِنَ الْمَسْجُونِينَ

111. Fir’aun bertanya: Apa gerangan Tuhan seru sekalian alam itu?
Musa menjawab: Tuhan Pencipta bumi dan langit serta apa yang ada antara keduanya, jika kamu percaya.
Berkatalah Fir’aun kepada orang orang sekitarnya: Sudahkah kamu dengar?
Musa berkata: Dia, adalah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu.
Firaun berkata: Bahawasanya utusan yang akan dijadikan sebagai pemimpinmu itu, sungguh gila.
Kata Musa selanjutnya: Dia Tuhan (yang menguasai) Timur dan Barat dan apa yang ada antara keduanya, jika kamu menggunakan akal.
Lalu Fir’aun mengancam: Jika engkau mempertuhan selain daripadaku, nescaya ku humbankan ke dalam penjara. Q.26:23-29.

قَالَ أَجِئْتَنَا لِتُخْرِجَنَا مِنْ أَرْضِنَا بِسِحْرِكَ يَا مُوسَى

112. Fir’aun bertanya: Hai Musa, apakah kau hendak mengambil alih kekuasaan negeri ini dari tangan kami dengan mempergunakan sihirmu itu? Q.20:57.

وَقَالَ فِرْعَوْنُ ذَرُونِي اَقْتُلْ مُوسَى وَلْيَدْعُ رَبَّهُ إِنِّي أَخَافُ أَن يُبَدِّلَ دِينَكُمْ أَوْ أَن يُظْهِرَ فِي الْأَرْضِ الْفَسَادَ

113. Dan berkatalah Fir’aun: Biarlah Musa kubunuh saja dan biarlah dia minta tolong kepada Tuhannya. Sungguh aku khuatir akan diubahnya agamamu (peraturan-peraturan) atau membuat kekacauan di negara ini. Q.40:26

قَالُوا إِنْ هَذَانِ لَسَاحِرَانِ يُرِيدَانِ أَن يُخْرِجَاكُم مِّنْ أَرْضِكُم بِسِحْرِهِمَا وَيَذْهَبَا بِطَرِيقَتِكُمُ الْمُثْلَى

114. Mereka berkata: Bahwasanya kedua orang ini adalah benar-benar ahli sihir yang hendak mengambil kekuasaan negerimu ini dengan sihirnya dan mengubah tata-cara hidupmu (peraturan-peraturan) yang sudah sempurna itu. Q.20:63.

Ayat-ayat tersebut di atas, jika diteliti satu demi satu, akan jelaslah bahwa kekufuran bangsa-bangsa masa lalu itu, serupalah dengan kekufuran sebahagian dari bangsa Mesir di waktu Fir’aun. Maka itu dakwah dan perjuangan para Rasul dan Nabi samalah motifnya dengan perjuangan dan dakwah Musa dan Harun pada masa dahulu itu.

MASYARAKAT YAHUDI DAN NASRANI

Selesai kisah Fir’aun dan Musa a.s., menyusul kisah-kisah selanjutnya. Kali ini kisah suku Israel memegang peranan. Sejak agama Yahudi hingga agama Nasrani. Sebagai ahli kitab, tak mungkin mereka akan engkar terhadap Allah Pencipta alam semesta itu, bahkan tak mungkin pula ingkar terhadap Uluhiyah dan RububiyahNya. Akan tetapi yang selalu menjadi tandatanya dari para pembahas ialah mengapa mereka dianggap sebagai umat umat yang tersesat oleh al-Quran?

Untuk mendapatkan jawapan yang tepat, bacalah ayat-ayat al-Quran berikut:

قُلْ يَآ أَهْلَ الْكِتَابِ لاَ تَغْلُواْ فِي دِينِكُمْ غَيْرَ الْحَقِّ وَلاَ تَتَّبِعُواْ أَهْوَآءَ قَوْمٍ قَدْ ضَلُّواْ مِن قَبْلُ وَأَضَلُّواْ كَثِيرًا وَضَلُّواْ عَن سَوَآءِ السَّبِيلِ

115. Beritahukanlah: Hai para Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani), jangan mengada-adakan yang tidak benar dalam agamamu dan jangan mengikuti pendapat orang-orang yang tersesat dahulu dan telah menyesatkan banyak orang dari jalan yang benar. Q.5:77.

Jelaslah dari ayat tersebut, bahawa kesesatan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serupa dengan kesesatan kaum sebelum mereka. Dan dari ayat itu juga, dapatlah kita ketahui faktor kesesatan mereka. Iaitu mengadakan tambahan-tambahan dalam agama tanpa dasar. Antara lain sebagai yang dijelaskan al Quran:

وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللّهِ وَقَالَتْ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللّهِ

116. Kata orang Yahudi, bahwa ‘Uzair adalah putera Allah. Dan kata orang Nasrani, bahwa aI-Masih (Isa a.s.), adalah putera Allah. Q.9:30.

لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُواْ إِنَّ اللّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ وَقَالَ الْمَسِيحُ يَا بَنِي إِسْرَآئِيلَ اعْبُدُواْ اللّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ

117. Sungguh, telah menjadi kafirlah mereka yang mengatakan bahwa Allah itu adalah al-Masih putera Maryam. Sedangkan al-Masih sendiri telah berkata: Hai Bani Israel, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu sekalian. Q.5:72.

لَّقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُواْ إِنَّ اللّهَ ثَالِثُ ثَلاَثَةٍ وَمَا مِنْ إِلَهٍ إِلاَّ إِلَهٌ وَاحِدٌ

118. Kafirlah mereka yang berkata, bahwa Allah itu adalah yang ketiga dari trinity. Sebab tiada Tuhan selain Tuhan yang Esa itu… Q.5:73.

وَإِذْ قَالَ اللّهُ يَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ ءَأَنتَ قُلتَ لِلنَّاسِ اتَّخِذُونِي وَأُمِّيَ إِلَهَيْنِ مِن دُونِ اللّهِ قَالَ سُبْحَانَكَ مَا يَكُونُ لِي أَنْ أَقُولَ مَا لَيْسَ لِي بِحَقٍّ

Dan ketika Allah berfirman: Hai Isa putera Maryam, apakah kau katakan kepada manusia, anggaplah aku dan bondaku sebagai dua tuhan selain Allah itu? (Isa) menjawab: Maha Suci Engkau! Tiada sepatutnya aku mengatakan apa yang tiada berhak aku mengatakannya… Q.5 :116.

مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤْتِيَهُ اللّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُواْ عِبَادًا لِّي مِن دُونِ اللّهِ وَلَكِن كُونُواْ رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ وَلاَ يَأْمُرَكُمْ أَن تَتَّخِذُواْ الْمَلاَئِكَةَ وَالنِّبِيِّيْنَ أَرْبَابًا أَيَأْمُرُكُم بِالْكُفْرِ بَعْدَ إِذْ أَنتُم مُّسْلِمُونَ

119. Tiadalah sepatutnya seorang yang diberi Allah al-Kitab, kepemimpinan dan kenabian, kemudian berkata kepada manusia: Jadilah kamu sebagai hamba-hambaku, bukan lagi hamba-hamba Allah. Tetapi (hendaknya ia berkata): Jadilah sebagai ulama-ulama (yang soleh bertaqwa kepada Allah). Sebab, kamu mempelajari dan mengajarkan al Kitab itu.
Dan tiada ia akan menyuruh kamu menjadikan para Malaikat dan Nabi-nabi sebagai tuhan-tuhan. Apakah layak ia menyuruh kamu menjadi kafir setelah menjadi muslim (tunduk kepada Allah)? Q.3:79-80.

Menurut keterangan ayat-ayat tersebut, maka kesesatan orang orang Yahudi dan Nasrani, adalah sebagai berikut:

Mengultuskan oknum-oknum tertentu, seperti nabi, ulama, kiyai, orang baik-baik, bahkan malaikat juga. Kerana keterlaluan, maka menjurus pada mempersekutukannya dengan Allah dalam Uluhiyah dan Rububiyah atas alam semesta itu, dimana mereka dapat berbuat segala sesuatu di luar hukum alam seperti Allah. Iaitu membuat mukjizat-mukjizat, mengampuni dosa-dosa, menganugerahkan rezeki, menentukan jodoh, menganugerahkan anak kepada orang yang mandul, menyembuhkan penyakit apapun dengan cara di luar hukum alam dan menolak segala bala’ dan musibah bila dimohoni. Yang demikian hanyalah Allah yang dapat melakukannya.

Tentang itu, al-Quran menjelaskan sebagai berikut:

اِتَّخَذُواْ أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللّهِ

120. Mereka pertuhankan kiyai-kiyai dan rahib-rahib mereka sebagaimana mereka pertuhankan Allah. Q.9:3l.

Para Nabi dan Rasul, alim-ulama, kiyai mahupun pastur, bertugas mengajarkan hukum-hukum, aturan dan cara hidup yang ditentukan Allah sesuai dengan Kitab-kitab Suci, mendidik masyarakat sehingga menjadi manusia seutuhnya yang berguna bagi sesamanya. Tetapi, kerana lama-kelamaan, status mereka sebagai guru-guru dan pendidik, ditingkatkan dan disejajarkan dengan Allah. Dimana mereka dapat juga mengubah-ubah agama itu. Iaitu dengan menghalalkan apa yang telah diharamkan Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan olehNya.

Dengan demikian, maka kesesatan (kekeliruan) mereka samalah dengan kesesatan kaum Nuh, Ad, Tsamud, kaum lbrahim, ahli Madyan dan lain-lainnya dalam Uluhiyah dan Rububiyah itu.

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ أُوتُواْ نَصِيبًا مِّنَ الْكِتَابِ يُؤْمِنُونَ بِالْجِبْتِ وَالطَّاغُوت

121. Apakah engkau tidak memperhatikan orang-orang dan ahli kitab mempercayai sihir dan tirani? Q.4;51.

قُلْ هَلْ أُنَبِّئُكُم بِشَرٍّ مِّن ذَلِكَ مَثُوبَةً عِندَ اللّهِ مَن لَّعَنَهُ اللّهُ وَغَضِبَ عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ الطَّاغُوتَ أُوْلَئِكَ شَرٌّ مَّكَاناً وَأَضَلُّ عَن سَوَآءِ السَّبِيلِ

122. Katakan (hai Muhammad kepada ahli kitab itu): Apakah mahu kuberitahu tentang hukuman Allah yang lebih berat dari itu? Ialah, yang dilaknat (dikutuki) Allah dan di murkaiNya dan dijadikanNya monyet-monyet dan babi babi (sifatnya) serta memperhambakan diri kepada tirani (orang zalim). Orang-orang ini amatlah buruk darjatnya dan sangat tersesat. Q.5 :60.

Adapun arti Aljibti ialah segala macam tahyul dan dogma, seperti jampi-jampi, ramalan, sial, mujur dan sihir atau segala sesuatu yang menyimpang dari hukum alam. Dan erti Taghut ialah tirani atau diktator. Ini, ada yang berbentuk individu, ada yang merupakan regim, yang tindakan-tindakannya melanggar perikemanusiaan, bahkan ada kalanya melanggar norma-norma alamiah demi kepentingan peribadi atau regim. Entahlah kerana kebodohan atau kerana tujuan kedudukan dan material, maka dijilat dan ditaati.

Ketika kaum Yahudi dan kaum Nasrani tergelincir ke dalam kesesatan seperti itu, maka akibatnya:

  1. Menjadi dungu, fikiran mereka selalu tercengkam oleh dogma-dogma dan tahyul, sehingga tak dapat melihat kenyataan atau hukum alam.
  2. Mengultuskan pimpinan agama dan lain-lainnya dan taat pada mereka secara membabi-buta, kendatipun menyeleweng dari ketentuan alam dan kemanusian dan menyimpang dari kemurnian agama. Bacalah sejarah Eropah masa lampau.

MUSYRIK ARAB

Kini giliran musyrik Arab untuk dikaji. Kepada mereka Allah mengutus Muhammad s.a.w. Kemudian mereka ditugaskan penyebaran Islam itu, sebagai suatu agama terakhir dan universal. Sebelum dikajii musyrik Arab itu, baiklah diajukan beberapa pertanyaan lebih dahulu supaya mendapatkan jawapannya dari al-Quran:

Di manakah letak kemusyrikan orang Arab dahulu itu?

Apakah mereka tidak mengenal Allah, tidak mengenal Rabbul-alamin, iaitu Tuhan seru sekalian alam itu?

Apakah mereka engkari Allah, sehingga terpaksa Allah mengutus Muhammad s.a.w. untuk memberitahukan kepada mereka akan adanya Zat Qudsi Allah itu?

Apakah mereka tidak tahu bahwa Allah itu adalah Ilah dan Rabb (Sesembahan dan Tuhan seru sekalian alam), sehingga terpaksa juga Allah menurunkah al-Quran supaya mereka mengenal Uluhiyah dan RububiyahNya itu?

Apakah mereka enggan dan keberatan menyembah dan tunduk kepadaNya?

Apakah mereka tidak tahu bahwa Allah mendengar doa siapa pun dan mengabulkannya?

Pernahkah mereka berkata, bahwa berhala-berhala atau sesembahan-sesembahan mereka seperti Allata dan ‘Uzza serta lain-lainnya sebagai pencipta dan pemilik alam semesta? Atau mengelolanya dan memberikan rezeki kepada tiap makhluk?

Pernahkah mereka anggap berhala-berhala itu sebagai sumber ilham untuk menentukan undang-undang dan peraturan, atau sebagai sumber peradaban, kebudayaan dan akhlak?

Seluruh pertanyaan tadi dibantah dengan tegas oleh al-Quran. Al-Quran menyatakan, bahwa orang-orang musyrik Arab tidak hanya percaya akan adanya Allah, akan tetapi yakin juga bahwa Allah Maha Pencipta alam semesta. Dan Dia sebagai Tuhan mereka dan Tuhan seluruh sesembahan dan berhala-berhala itu. Mereka akui Uluhiyah dan RububiyahNya sebagai Ilah dan Rabb (Sesembahan dan Tuhan) Utama yang kepadaNya mereka panjatkan doa dalam banyak hal, seperti bencana menimpa, atau suatu wabak mengganas atau kekeringan tidak enggan atau merasa kekok untuk sujud dan tunduk padaNya. Mereka tak pernah berkata, bahwa berhala-berhala atau lain-lain sesembahan mereka itu adalah pencipta mereka dan pencipta bumi dan langit, atau memberi mereka rezeki dan petunjuk, baik di sektor sosial atau ekonomi. Sebagai bukti adalah ayat-ayat berikut:

قُل لِّمَنِ الْأَرْضُ وَمَن فِيهَآ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ قُلْ مَن رَّبُّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ قُلْ مَن بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ يُجِيرُ وَلَا يُجَارُ عَلَيْهِ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ فَأَنَّى تُسْحَرُونَ بَلْ أَتَيْنَاهُم بِالْحَقِّ وَإِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ

123. Katakanlah: Kepunyaan siapakah bumi dan semua isinya, kalau kamu mengetahui?
Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah: Mengapa kamu tidak memperhatikan?
Tanyakanlah: Siapakah Tuhan langit yang tujuh dan Tuhan singgahsana yang maha besar itu?
Nescaya mereka akan menjawab: Allah. Katakanlah: Mengapa kamu tidak taat padaNya?
Tanyakanlah: Siapakah yang menguasai segala sesuatu dan yang melindungi dan tiada yang dapat melindungi dari kemurkaanNya itu kalau kamu tahu?
Tentu mereka akan menjawab: Allah. Katakanlah: Bagaimana kamu boleh terkicau?
Sungguh telah Kami (Allah) bawakan yang benar kepada mereka, tapi mereka memang pendusta. Q.23:84-90.

وَ الَّذِي يُسَيِّرُكُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ حَتَّى إِذَا كُنتُمْ فِي الْفُلْكِ وَجَرَيْنَ بِهِم بِرِيحٍ طَيِّبَةٍ وَفَرِحُواْ بِهَا جَآءَتْهَا رِيحٌ عَاصِفٌ وَجَآءَهُمُ الْمَوْجُ مِن كُلِّ مَكَانٍ وَظَنُّواْ أَنَّهُمْ أُحِيطَ بِهِمْ دَعَوُاْ اللّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ لَئِنْ أَنجَيْتَنَا مِنْ هَذِهِ لَنَكُونَنِّ مِنَ الشَّاكِرِينَ فَلَمَّآ أَنجَاهُمْ إِذَا هُمْ يَبْغُونَ فِي الأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ

124. Dialah (Allah) yang membuat manusia berjalan di darat dan di laut. Apabila mereka di dalam kapal melaju ditiup angin baik dan alangkah gembiranya mereka, maka tiba-tiba angin badai menyerang dan gelombang memukul dari segenap penjuru dan mereka yakin akan binasa, baru mereka memanjatkan doa kepada Allah: Sekiranya Engkau selamatkan kami, nescayalah kami taat padaMu.

Tetapi, setelah diselamatkanNya, mereka berbuat yang tidak benar jua: Q.lO:22-23.

وَإِذَا مَسَّكُمُ الْضُّرُّ فِي الْبَحْرِ ضَلَّ مَن تَدْعُونَ إِلاَّ إِيَّاهُ فَلَمَّا نَجَّاكُمْ إِلَى الْبَرِّ أَعْرَضْتُمْ وَكَانَ الإِنْسَانُ كَفُورًا

125. Dan apabila kamu ditimpa bahaya di tengah laut, maka hilanglah seluruh yang kamu sembah itu dari ingatanmu, kecuali Allah. Tapi, manakala Dia (Allah) telah menyelamatkan kamu ke darat, maka kamu kemudian berpaling daripadaNya. Memang manusia tak ingat budi. Q.17:67.

Al-Quran menceritakan pengakuan orang-orang musyrik mengenai kepercayaan mereka terhadap sesembahan-sesembahannya selain dari Allah itu:

وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ أَوْلِيَآءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَآ إِلَى اللَّهِ زُلْفَى

126. Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain dari Allah berkata: Kami tidak rnenyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah. Q.39:3.

وَيَقُولُونَ هَؤُلَآءِ شُفَعَآؤُنَا عِندَ اللّهِ

127. Dan berkata: Mereka itu adalah penolong-penolong kami di sisi Allah. Q.lO:18.

Di benak mereka tak sedikitpun terguris bahawa sesembahan sesembahan mereka dapat memberi mereka petunjuk-petunjuk dalam urusan duniawi. Maka itu, Nabi disuruh Allah bertanya kepada mereka: Apakah di antara yang kamu persekutukan dengan Allah itu, ada yang memberi kamu petunjuk yang benar? (Q.lO :35). Terhadap pertanyaan ini, semua bungkam dalam seribu bahasa. Tak seorang pun di antara mereka berkata: Bahawa sesembahan sesembahan kami seperti Allata, Uzza dan yang lain mengajarkan kepada kami aqidah (iman) atau syariat (cara hidup dan aturan aturan), atau memberi kami bekal sendi-sendi keadilan dan nilai nilai luhur demi menciptakan keamanan dan kedamaian, atau dari mereka dapat ditimba berbagai ilmu pengetahuan dan rahsia-rahsia alam dengan cara ilham atau inspirasi.

Kerana itu, maka Allah melanjutkan seruanNya kepada Nabi s.a.w.:

قُلِ اللّهُ يَهْدِي لِلْحَقِّ أَفَمَن يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ أَحَقُّ أَن يُتَّبَعَ أَمَّن لاَّ يَهْدِّي إِلاَّ أَن يُهْدَى فَمَا لَكُمْ كَيْفَ تَحْكُمُونَ

128. Katakan (hai Muhammad): Allahlah yang menunjuki kepada kebenaran. Apakah orang yang menunjuki kepada kebenaran itu, lebih berhak diikuti. atau orang yang tidak dapat memberi petunjuk, kecuali bila diberi petunjuk? Jawablah! Bagaimana pendapatmu? Q.lO :35!

Setelah mendapatkan penjelasan dari ayat-ayat al-Quran di atas, baiklah kini kita mencari jawapan bagi pertanyaan berikut.

Kesesatan musyrik Arab, di sektor manakah dari Rububiyah itu, sehingga Allah mengutus Nabi Muhammad s.a.w. dan membekalkannya dengan Kitab Suci al-Quran sebagai petunjuk jalan yang tepat itu?

Bila benar-benar ditelaahnya al-Quran itu, maka akan tampak jelaslah, bahawa kesesatan mereka sama dengan kesesatan orang orang sebelum mereka. Iaitu, selain mempersekutukan oknum oknum tertentu — baik yang masih hidup mahupun yang sudah mati — dengan Allah dalam Uluhiyah dan Rububiyah di bahagian metafisika, mereka anggap juga sebahagian Malaikat, bintang bintang tertentu turut berkuasa menentukan kudrat alamiah, menguasai hukum sebab dan akibat dan mengendalikan tiap situasi. Maka itu, mereka tidak hanya memanjatkan doa kepada Allah semata, akan tetapi kepada sesembahan-sesembahan yang mereka persekutukan dengan Dia. Dan untuk mereka itu, diadakannya upacara-upacara keagamaan, peribadatan-peribadatan dan pengorbanan-pengorbanan atau sajian, baik yang mereka persekutukan itu, berupa kayu atau batu pahatan, atau oknum-oknum hidup, ataupun yang sudah menjadi tulang-belulang di perut bumi.

Selain itu, di benak mereka tak pernah terlintas, bahwa Rububiyah (kepemimpinan) di bidang politik, sosial dan ekonomi, adalah di tangan Allah. Sebab itu, mereka angkat pendita, atau ketua suku untuk menentukan dan mengendalikan semua tadi dan yang lain-lain seperti upacara perkahwinan dan peribadatan.

Adapun kesesatan mereka jenis pertama, adalah seperti yang digambarkan Allah dalam al-Quran:

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَعْبُدُ اللَّهَ عَلَى حَرْفٍ فَإِنْ أَصَابَهُ خَيْرٌ اطْمَأَنَّ بِهِ وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ انقَلَبَ عَلَى وَجْهِهِ خَسِرَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةَ ذَلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ يَدْعُو مِن دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَضُرُّهُ وَمَا لَا يَنفَعُهُ ذَلِكَ هُوَ الضَّلَالُ الْبَعِيدُ يَدْعُو لَمَن ضَرُّهُ أَقْرَبُ مِن نَّفْعِهِ لَبِئْسَ الْمَوْلَى وَلَبِئْسَ الْعَشِيرُ

129. Di antara manusia ada yang tiada teguh pendiriannya menyembah (taat) kepada Allah. Selama makmur, maka ia jujur. Dan sebaliknya jika ditimpa derita. Dengan demikian, ia rugi di dunia dan akhirat, itulah kerugian yang sebenarnya.
Ia mengharapkan bantuan oknum yang tak berkuasa atas manfaat mahupun mudharat selain Allah. Salah alamat.
Mengharapkan pentolongan dari sesuatu yang jelas akan membawa mudharat baginya dan takkan membawakan manfaat. Alangkah buruknya yang dianggapnya sebagai kawan setia itu? Q.22:l 1-13.

وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللّهِ مَا لاَ يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَيَقُولُونَ هَؤُلَآءِ شُفَعَآؤُنَا عِندَ اللّهِ قُلْ أَتُنَبِّئُونَ اللّهَ بِمَا لاَ يَعْلَمُ فِي السَّمَاوَاتِ وَلاَ فِي الأَرْضِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ

130. Dan mereka menyembah apa yang tidak dapat membawakan untuk mereka mudharat mahupun manfaat selain Allah. Dan mereka berkata: Mereka itu adalah pemberi kami syafaat (penolong) di sisi Allah. Maka katakanlah: Apakah kamu mengkhabarkan kepada Allah apa yang tiada wujudnya di bumi mahupun di langit? Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan itu. Q.10:18.

قُلْ أَئِنَّكُمْ لَتَكْفُرُونَ بِالَّذِي خَلَقَ الْأَرْضَ فِي يَوْمَيْنِ وَتَجْعَلُونَ لَهُ أَندَادًا

131. Katakanlah: Patutkah kamu kafir kepada Yang Menciptakan bumi dalam dua masa dan bagiNya kamu adakan sekutu-sekutu. Q.41 :9.

قُلْ أَتَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللّهِ مَا لاَ يَمْلِكُ لَكُمْ ضَرًّا وَلاَ نَفْعًا وَاللّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

132. Katakanlah: Mengapa kamu menyembah — selain Allah — sesuatu yang tidak dapat memberimu mudharat mahupun manfaat? Padahal Allahlah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Q.5 :76.

وَإِذَا مَسَّ الْإِنسَانَ ضُرٌّ دَعَا رَبَّهُ مُنِيبًا إِلَيْهِ ثُمَّ إِذَا خَوَّلَهُ نِعْمَةً مِّنْهُ نَسِيَ مَا كَانَ يَدْعُو إِلَيْهِ مِن قَبْلُ وَجَعَلَ لِلَّهِ أَندَادًا لِّيُضِلَّ عَن سَبِيلِهِ

133. Manusia itu, apabila ditimpa derita, bertaubat (jera) sambil bermohon kepada Tuhan. Apabila kemudian diberi Tuhan kenikmatan, maka lupalah ia akan penderitaan yang pernah dimohonkan kepada Allah supaya diangkatNya itu. Dan ia ada-adakan sekutu-sekutu bagiNya dengan maksud melanggar ketentuan-ketentuanNya Q.39 :8.

وَمَا بِكُم مِّن نِّعْمَةٍ فَمِنَ اللّهِ ثُمَّ إِذَا مَسَّكُمُ الضُّرُّ فَإِلَيْهِ تَجْأَرُونَ ثُمَّ إِذَا كَشَفَ الضُّرَّ عَنكُمْ إِذَا فَرِيقٌ مِّنكُم بِرَبِّهِمْ يُشْرِكُونَ لِيَكْفُرُواْ بِمَا اَتَيْنَاهُمْ فَتَمَتَّعُواْ فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ وَيَجْعَلُونَ لِمَا لاَ يَعْلَمُونَ نَصِيبًا مِّمَّا رَزَقْنَاهُمْ تَاللّهِ لَتُسْأَلُنَّ عَمَّا كُنتُمْ تَفْتَرُونَ

134. Segala kenikmatan yang ada pada kamu itu adalah dari Allah. Kemudian bila kamu ditimpa kemalangan, maka kepadaNyalah kamu menyampaikan keluhan.
Kemudian bila kemalangan dihilangkanNya, maka segolongan kamu pun mengada-adakan sekutu bagi Tuhannya. Untuk mengingkari kenikmatan yang Kami (Allah) berikan kepadanya. Bersenang-senanglah, tapi kelak kamu akan tahu.
Dan mereka persekutukan apa yang tiada wujudnya dalam rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Sungguh kamu akan diminta bertanggungjawab atas kepalsuanmu itu. Q. 16: 53-56.

Ini salah satu dari berbagai kesesatan musyrik Arab jahiliah masa lalu itu! Adapun kesesatan yang lain, adalah sebagai di jelaskan al-Quran selanjutnya:

وَكَذَلِكَ زَيَّنَ لِكَثِيرٍ مِّنَ الْمُشْرِكِينَ قَتْلَ أَوْلاَدِهِمْ شُرَكَآؤُهُمْ لِيُرْدُوهُمْ وَلِيَلْبِسُواْ عَلَيْهِمْ دِينَهُمْ

135. Dan demikianlah sekutu-sekutu (pemimpin-pemimpin) mereka membayangkan kepada – kebanyakan orang-orang musyrik, seolah-olah baik membunuh anak-anaknya, supaya mereka binasa dan agamanya menjadi kabur baginya… Q.6:l37.

Jelaslah, bahwa arti Syuraka (Sekutu-sekutu) dalarn ayat tersebut, adalah tokoh-tokoh agama atau pemimpin, bukan patung-patung berhala yang disembah atau dipuja-puja. Tokoh-tokoh agama yang menganggap bijaksana membunuh anak kandung sendiri, sebagai suatu peribadatan dan pengorbanan yang tertinggi. Yang demikian ini dimasukkan sebagai tertinggi daripada manasik agama Ibrahim a.s.

Tokoh-tokoh atau pucuk pimpinan tersebut, oleh massa tidak dianggap sebagai sekutu-sekutu Allah yang menguasai ketentuan-ketentuan alam metafisika, sehingga kepada mereka dipanjatkan doa-doa, tetapi sebagai sekutu-sekutuNya dalam Rububiyah yang dipercayai untuk membuat peraturan dan cara hidup di segala lapangan, seperti akhlak, ekonomi, sosial dan lain-lain.

أَمْ لَهُمْ شُرَكَؤُء شَرَعُوا لَهُم مِّنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَن بِهِ اللَّهُ

136. Atau apakah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang membuatkan din bagi mereka tanpa seizin Allah (di luar norma- norma alamiah/insaniah) Q.42:21.

Definisi Din akan dihuraikan, insya Allah, dalam buku ini secara luas. Dan ayat tersebut dalam garis besarnya menjelaskan, bahawa setiap aturan atau hukum yang dibuat oleh pimpinan, adalah Din. Dan orang-orang yang mentaati aturan atau undang-undang buatan pimpinan dengan sedar, bererti menyekutukan pemimpin dengan Allah dalam sektor Rububiyah, jika bertentangan dengan norma-norma alamiah dan insaniah.

Seruan al-Quran:

Penjelasan tentang kepercayaan yang sesat dari generasi-generasi umat manusia di halaman-halaman lalu dari buku ini, adalah untuk mengungkapkan suatu hakikat berdasarkan al-Quran. Al-Quran menerangkan, bahawa tiada seorang pun di antara generasi-generasi manusia sejak zaman Nabi Nuh hingga bangsa Arab jahiliah itu engkar akan adanya Allah atau engkar akan Rububiyah dan UluhiyahNya. Tetapi mereka selewengkan kalimat erti dan Rububiyah itu.

(1) Sebagai erti, memelihara, melindungi, menjamin keinginan seluruh makhluk, mereka selewengkan dengan sengaja atau tidak iaitu, mempersekutukan sebahagian Malaikat, jin, bintang, Nabi dan tokoh-tokoh rohani dengan Allah dalam Rububiyah, kendatipun mereka yakin benar bahawa Allah, adalah Tuhan seru sekalian alam, yakni Tuhan mereka yang satu-satunya atau yang Maha Esa.

(2) Sebagai arti, berkuasa yang berhak memerintah dan melarang. Sebagai pucuk pimpinan yang kepadaNya diserahkan segala urusan, memberi petunjuk dan membuat peraturan. Sebagai penguasa tertinggi atas semua kerajaan dan pemerintahan dan sebagai pusat kemasyarakatan dan kebudayaan, akan tetapi di kalangan manusia yang tersesat itu, terdapat kelainan fahaman. Kerana itu, masing-masing merasa dirinya berkuasa, dimana mereka bertindak semahunya sendiri dan menurut pendapatnya, seakan-akan rabb (tuhan)! Atau menyerahkan pembuatan peraturan dan pola hidup, politik dan akhlak kepada orang-orang tertentu yang diangkat atau dipilih. Padahal teoritis, mereka percaya (beriman) kepada Allah sebagai Tuhan mereka, Tuhan seru sekalian alam. Kerana penyimpangan mereka itu, maka bertubi-tubi Allah mengutus Rasul demi Rasul dan Nabi demi Nabi supaya mengajak mereka ke jalan yang sebenarnya. Dan Nabi Muhammad s.a.w. yang sebagai Rasul yang terakhir dan yang penghabisan, ajakannya pun sama dengan ajakan para Rasul yang mendahuluinya. Iaitu, kata Rabb dengan seluruh maknanya, merupakan suatu unit atau kesatuan yang tak dapat di pisah-pisahkan. Dan kata Rububiyah, merupakan suatu tugas yang tak dapat dibahagi-bahagikan. Ini tugas Allah semata, sebahagian terkecil pun tak dapat diserahkan kepada yang lain. Sebab, sangat eratlah hubungun Rububiyah itu dengan aturan aturan atau hukum alam ini yang diciptakan dan dikuasai Allah. Tiada satu tangan pun yang menyertai Allah dalam penciptaan dan kekuasaan atas alam semesta itu, atau pembuatan aturan aturan dan ketentuan-ketentuannya, atau dalam pengurusan dan pemilikannya! Atas dasar ini, maka mutlaklah kekuasaan Allah itu.

Kerana Allahlah yang mutlak kekuasaanNya, maka sepatutnyalah Dia sebagai Rabb (Tuhan) yang Maha Esa bagi kalian, wahai segenap manusia, baik dalam urusan metafisika, mahupun dalam urusan kehidupanmu sehari-hari, baik yang mengenai bidang sosial dan peradaban, mahupun yang mengenai politik, ekonomi dan lain-lainnya.

Dialah satu-satunya sesembahanmu, arah ruku’ dan sujudmu. KepadaNyalah kamu panjatkan doamu dan menyerahkan dirimu. Dialah yang mengadakan dan menyediakan seluruh keinginan/keperluan hidupmu. Dialah Raja diraja, maka Dialah yang berwenang untuk membuat undang-undang dan peraturan, memerintah dan melarang, dimana kamu tunduk dan takluk pada ketentuan ketentuanNya, mahu atau tidak mahu.

Dan kedua sektor Rububiyah yang kamu pisah-pisahkan akibat sikap mental jahiliahmu itu, adalah suatu landasan Uluhiyah (Ketuhanan) yang khusus bagi Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Maka tak dapat dipisah-pisahkan, sebagaimana dengan dalih apapun, tiada barang sesuatu, baik di bumi mahupun di langit yang dapat dipersekutukan dengan Allah dalam Uluhiyah mahu pun dalam RububiyahNya.

Mengenai hal tersebut di atas, al-Quran menjelaskan dengan gaya tutur yang khas dan mempesonakan. Antara lain:

إِنَّ رَبَّكُمُ اللّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ

137. Bahwasanya Tuhan kamu itu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas Arasy (Singgahsana). Dia menyilih-gantikan siang dan malam tanpa berhenti. DiciptakanNya matahari, bulan dan bintang bintang, masing masing tunduk pada perintahNya. Maka, menciptakan dan memerintah, adalah wewenang Allah sendiri. Maha berkat Tuhan Penguasa semesta alam. Q.7 :54.

قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَآءِ وَالأَرْضِ أَمَّن يَمْلِكُ السَّمْعَ والأَبْصَارَ وَمَن يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيَّتَ مِنَ الْحَيِّ وَمَن يُدَبِّرُ الأَمْرَ فَسَيَقُولُونَ اللّهُ فَقُلْ أَفَلاَ تَتَّقُونَ فَذَلِكُمُ اللّهُ رَبُّكُمُ الْحَقُّ فَمَاذَا بَعْدَ الْحَقِّ إِلاَّ الضَّلاَلُ فَأَنَّى تُصْرَفُونَ

138. Katakanlah: Siapa yang memberi kamu rezeki dari langit dan dari bumi? Siapa yang dapat menguasai (menciptakan) pendengaran dan penglihatan itu? Siapa yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapa yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah. Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertaqwa?
Maka (Zat yang demikian) itulah Allah, Tuhan kamu yang sebenarnya! Maka adalah kesesatan yang menentang kebenaran (tersebut). Kerananya, bagaimana kamu terpaling (dari kebenaran itu)? Q.10:31-32.

خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُسَمًّى

139. Dia menciptakan langit dan bumi dengat tepat. DijadikanNya malam mengikuti siang dan siang mengikuti malam! Dan mentaskhirkan matahari dan bulan, masing-masing menempuh jalannya menurut waktu yang ditentukan. Q.39:5.

ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لَهُ الْمُلْكُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ فَأَنَّى تُصْرَفُونَ

Itulah Allah, Tuhan kamu yang memiliki segala kerajaan. Tiada Tuhan selain daripadaNya. Maka bagaimana kamu dapat dipalingkan (daripada semua itu)? Q.39:6.

اللَّهُ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ لِتَسْكُنُوا فِيهِ وَالنَّهَارَ مُبْصِرًا

140. Allahlah yang menjadikan malam itu supaya kamu beristirehat padanya dan menjadikan siang itu terang-benderang.Q.40:61.

ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ لَّا إِلَهَ إِلَّا هُوَ فَأَنَّى تُؤْفَكُونَ

Yang demikian itu, adalah Allah, Tuhanmu, Pencipta segala sesuatu, tiada Tuhan melainkan Dia. Maka bagaimana kamu dapat dipalingkan (dari kenyataan ini)? Q.40:62.

اللَّهُ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ قَرَارًا وَالسَّمَآءَ بِنَآءً وَصَوَّرَكُمْ فَأَحْسَنَ صُوَرَكُمْ وَرَزَقَكُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ فَتَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ هُوَ الْحَيُّ لَآ إِلَهَ إِلَّا هُوَ فَادْعُوهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ

Adalah Allah yang menjadikan bumi tempat tinggal dan langit sebagai atap bagimu. (Dia) yang membentuk kamu dan menyempurnakan bentukmu. Dan memberimu rezeki, makanan yang baik dan bersih. Demikianlah Allah, Tuhanmu itu. Maka maha berkatlah Allah, Tuhan seru sekalian alam. Ialah yang Hidup, tiada Tuhan selain Dia. Kerana itu, serulah Dia, dengan ikhlas berbakti kepadaNya semata 0.40:64-65.

وَاللَّهُ خَلَقَكُم مِّن تُرَابٍ

141. Dan Allah menciptakan kamu dari tanah… Q.35:ll.

يُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَيُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُّسَمًّى ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لَهُ الْمُلْكُ وَالَّذِينَ تَدْعُونَ مِن دُونِهِ مَا يَمْلِكُونَ مِن قِطْمِيرٍ إِن تَدْعُوهُمْ لَا يَسْمَعُوا دُعَآءَكُمْ وَلَوْ سَمِعُوا مَا اسْتَجَابُوا لَكُمْ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكْفُرُونَ بِشِرْكِكُمْ

Dia masukkan malam ke dalam siang. Dan masukkan siang ke dalam malam. Ia tundukkan matahari dan bulan. masing-masing berjalan selama waktu yang ditentukan. Demikianlah Allah, Tuhanmu yang memiliki kerajaan. Dan mereka yang kamu seru selain Dia, tiada memiliki sesuatupun, walau setipis selaput biji kurma. Jika kamu seru mereka, tiada mereka mendengar seruanmu. Seandainya mereka mendengar seruanmu, mereka tiada dapat menjawab seruanmu. Di Hari Kiamat mereka akan mengingkari kemusyrikanmu… Q.35:13-l4.

وَلَهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ كُلٌّ لَّهُ قَانِتُونَ

142. Dan kepunyaanNyalah siapa saja yang ada di langit dan di bumi, semuanya hanya kepadaNya tunduk Q.30:26.

ضَرَبَ لَكُم مَّثَلًا مِنْ أَنفُسِكُمْ هَل لَّكُم مِّن مَّا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُم مِّن شُرَكَآءَ فِي مَا رَزَقْنَاكُمْ فَأَنتُمْ فِيهِ سَوَآءٌ تَخَافُونَهُمْ كَخِيفَتِكُمْ أَنفُسَكُمْ كَذَلِكَ نُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ بَلِ اتَّبَعَ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَهْوَآءَهُم بِغَيْرِ عِلْمٍ

Dia membuat perumpamaan untuk kamu dari dirimu sendiri: Apakah ada di antara hamba-hamba sahayamu sebagai sekutu-sekutu bagimu dalam memiliki rezeki yang Kami (Allah) berikan kepadamu, dimana mereka seperti kamu berhak mempergunakan rezeki itu serta kamu anggap mereka sedarjat dengan kamu. Demikianlah ayat-ayat itu kepada orang-orang yang berakal. Tetapi orang-orang yang durjana itu, semata-mata mengikuti nafsunya tanpa kesadaran (ngawur) Q.30:28-29.

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Maka curahkanlah perhatianmu terhadap agama ciptaan Allah yang sesuai dengan naluri manusia itu. Dalam ciptaan Allah tiada pergantian. Itulah agama yang sebenarnya. Tetapi kebanyakan manusia tidak tahu. Q.30:30.

وَمَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ وَالْأَرْضُ جَمِيعًا قَبْضَتُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَالسَّماوَاتُ مَطْوِيَّاتٌ بِيَمِينِهِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ

143. Dan mereka tidak mengendahkan Allah sebagaimana semestinya, padahal bumi bersama isinya berada di genggamanNya di Hari Kiamat dan seluruh langit tergulung di tangan kananNya. Maha Agung lagi Maha Suci Dia (Allah) dari segala apa yang mereka persekutukan dengan Dia itu. Q.39 :67.

فَلِلَّهِ الْحَمْدُ رَبِّ السَّمَاوَاتِ وَرَبِّ الْأَرْضِ رَبِّ الْعَالَمِينَ وَلَهُ الْكِبْرِيَآءُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

144.Maka bagi Allah segala pujian. Tuhan di langit dan Tuhan di bumi. Tuhan seru sekalian alam. Dan kepunyaanNya kebesaran di langit dan di bumi. Dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Q.45 :36-37.

رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا فَاعْبُدْهُ وَاصْطَبِرْ لِعِبَادَتِهِ هَلْ تَعْلَمُ لَهُ سَمِيًّا

145. Tuhan yang menguasai langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya. Maka sembahlah Dia dan berteguh hatilah dalam beribadat kepadaNya. Apakah engkau mengetahui adanya sesuatu yang sama dengan Dia itu? Q.19:65.

وَلِلّهِ غَيْبُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَإِلَيْهِ يُرْجَعُ الأَمْرُ كُلُّهُ فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيْهِ

146. Adalah urusan Allah segala sesuatu yang ghaib, baik di bumi mahupun di langit. Dan segala urusan kembali kepadaNya. Maka sembahlah Dia dan bertawakkal pada Nya… Q.ll:l23.

رَبُّ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ فَاتَّخِذْهُ وَكِيلًا

147. (Dialah) Tuhan (Penguasa) Timur dan Barat. Tiada Tuhan selain Dia. Maka pilihlah Dia sebagai pelindung. Q.73 :9.

إِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ وَتَقَطَّعُوا أَمْرَهُم بَيْنَهُمْ كُلٌّ إِلَيْنَا رَاجِعُونَ

148. Bahawasanya agama untuk kamu itu hanyalalah satu dan Aku (Allah) adalah Tuhanmu. Maka sembahlah Daku.

Dan mereka (manusia) satu sama lain bertentangan. Masing-masing bakal kembali kepada Kami (Allah). Q.21 :92-93.

اِتَّبِعُواْ مَا أُنزِلَ إِلَيْكُم مِّن رَّبِّكُمْ وَلاَ تَتَّبِعُواْ مِن دُونِهِ أَوْلِيَآءَ

149. Taatilah apa yang diperintahkan Allah kepadamu itu dan jangan ikuti pimpinan selain Dia… Q.7:3.

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْاْ إِلَى كَلَمَةٍ سَوَآءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلاَّ نَعْبُدَ إِلاَّ اللّهَ وَلاَ نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلاَ يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضاً أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللّهِ

150. Katakanlah: Hai ahli-Kitab, marilah kita bersama membulatkan tekad. Iaitu, takkan menyembah selain Allah dan tiada barang sesuatupun akan kita persekutukan dengan Dia. Serta tiada kita saling mempertuhankan di samping mempertuhankan Allah itu: Q.3:64.

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ مَلِكِ النَّاسِ إِلَهِ النَّاسِ

151. Katakanlah: Aku berlindung pada Tuhan manusia, Raja manusia, Sesembahan manusia. Q. 114:1-3.

فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَآءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

152. Maka barangsiapa ingin menemui Tuhannya (bahagia), hendaknya berusaha baik-baik dan jangan mempersekutukan seorang pun dengan Dia dalam ibadatnya (jangan menyimpang dari ketentuan-ketentuanNya). Q.18 :110.

Ayat-ayat tersebut, jika ditelaah dengan ketekunan dan tertib, akan jelaslah, bahawa kata Rububiyah disenyawakan oleh al-Quran dengan kata kekuasaan dan hak untuk memiliki. Dan kata Rabb, adalah penguasa secara mutlak dan pemilik tunggal seluruh alam. Dia sendirilah yang memerintah, tiada yang turut campur dalam pemerintahanNya, baik dari golongan manusia, mahupun dari Malaikat, ataupun dari jenis lain. Atas dasar inilah, maka Dialah sebagai satu-satunya Rabb atau Tuhan bagi seluruh manusia dan Tuhan bagi sekalian alam, memelihara dan memenuhi keinginan hidup seluruh makhluk yang di darat dan di laut serta di udara dan di mana saja. Dan atas dasar ini pulalah, maka Dia sebagai pengasuh, pelindung dan wakil tunggal kita sebagai makhlukNya.

Mengingat akan faktor tersebut, maka ketaatan padaNya, tunduk pada ketentuan-ketentuanNya, adalah satu-satunya landasan dan jaminan bagi keberhasilan tiap pembangunan di segala bidang, baik pembangunan moral mahupun material. Dan hubungan kita dengan Dia selamanya erat sekali dan tidak akan terputus, dimana kita semua — mahu/tidak mahu — tunduk dan menyerah bulat pada ketentuan dan hukumNya, baik secara individu, mahupun masyarakat dan bangsa-bangsa. Mengingat hal tersebut, maka Dialah (Allah) satu-satunya Tuhan, Tuhan yang Maha Esa, Penguasa kita dan Pemilik segala sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan diantara kedua-duanya.

Kebanyakan bangsa Arab, mahupun bangsa-bangsa lain, baik di zaman jahiliah dahulu mahupun sekarang, salah faham (tersesat) tentang Rububiyah yang mencakup lima sektor atau makna itu. Mereka bahagikan Rububiyah itu antara oknum-oknum tertentu, dengan sengaja atau tidak, malah sudah menjadi suatu keyakinan mereka yang tak dapat ditawar lagi. Kerana itu, maka al-Quran diturunkan supaya memberi mereka penjelasan dan keterangan yang logik, bahawa tiada alasan bagi siapapun atau apapun untuk dapat turut campur dalam tugas atau fungsi Rububiyah (Ketuhanan) selain Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Kuasa itu. Dan atas dasar kesatuan hukum alam (norma-norma alamiah), maka jelaslah bahawa segenap sektor Rububiyah (Ketuhanan) adalah khusus bagi Allah yang menentukan hukum dan aturan alam itu untuk seluruh makhlukNya. Dan barangsiapa, baik individu, mahupun golongan dan bangsa, Islam mahupun non-Islam, menganggap salah satu dari kelima sektor Ketuhanan itu dikuasai suatu oknum selain Allah, sedangkan mereka hidup dalam ruang lingkup yang padanya berlaku aturan dan hukum alam itu, bererti mereka melawan kudrat Allah, menentang kenyataan, melanggar norma-norma alamiah dan merugikan atau menganiaya diri mereka sendiri.