Risalah Muktamar Kelima

رســالة المؤتمـر الخامـس

Kandungan
Pendahuluanمقدمــة
Ikhwan Adalah Suatu Gagasan Dalam Empat Individuالإخوان فكرة في نفوس أربعة
Islam Ikhwan Al-Musliminإسلام الإخوان المسلمين
Gagasan Ikhwan Al-Muslimin Menggabungkan Segala Elemen Perubahanالإخوان فكرة إصلاحية شاملة
Ciri-ciri Dakwa khwanخصائص دعوة الإخوان
Pendekatan Ikhwan al-Musliminمنهاج الإخوان المسلمين
Pendirian Ikhwan Tentang Pertubuhan-Pertubuhan Yang Lainالإخوان والهيئات المختلفة
Penutupخـاتـمـة
Dalam Tempoh Sepuluh Tahun (1347-1357 Hijrah) 
Kesimpulan ucapan Yang Mulia Tuan Murshid al-Am Ikhwanul Muslimin pada muktamar tahunan kali ke-5.
– Matlamat Ikhwan dan ciri-ciri dakwah mereka
– Wahana Ikhwan dan garis panduan mereka
– Pendirian Ikhwan terhadap pertubuhan-pertubuhan lain.
 
  
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayangبِـسْــمِ اللهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيـمِ
Matlamat Ikhwan Al-Muslimin Dan Ciri-Ciri Dakwah Mereka 
Wahai Ikhwan,أيها الإخوان :
Saya sentiasa berharap supaya kita sentiasa bekerja dan tidak perlu bercakap. Kita serahkan tindakan kita sahaja sebagai jurucakap yang menceritakan siapakah Ikhwan dan apakah strategi Ikhwan. Saya suka jika langkah-langkah kamu yang mendatang berkesinambungan dengan langkah-langkah kamu yang lalu dengan penuh tenang dan lancar, tanpa memerlukan program seperti ini; Program yang akan  membentangkan jihad sepanjang sepuluh tahun yang lalu untuk kita mulakan suatu era baru jihad yang berterusan dalam usaha merealisasikan gagasan kita yang mulia ini.كنت أود أن نظل دائما نعمل ولا نتكلم , وأن نكل الأعمال وحدها الحديث عن  الإخوان وخطوات الإخوان , وكنت أحب أن تتصل خطواتكم اللاحقة بخطواتكم السابقة في هدوء وسكون من غير هذا الفاصل الذي نحدد به جهاد عشر سنوات مضت لنستأنف مرحلة أخرى من مراحل  الجهاد الدائب في سبيل تحقيق فكرتنا السامية .
Namun saudara mahukan program seperti ini. Saudara mahu saya merasa gembira dengan adanya perhimpunan agung ini. Terima kasih kepada saudara sekalian. Tidak salah untuk mengambil kesempatan yang berharga ini untuk kita bentangkan segala program kita. Kita semak semula segala tindakan kita yang telah lalu. Kita perkemaskan setiap fasa jalan kita. Kita tetapkan matlamat dan gerak kerja kita supaya kita memahami mana-mana fahaman yang masih kabur. Kita perbetulkan mana-mana teori yang silap. Kita kaji mana-mana strategi yang masih tidak kita kenal pasti. Kita tambah mana-mana aspek yang masih tercicir. Agar masyarakat mengenali dakwah Ikhwan al-Muslimin dengan betul tanpa ada aspek yang meragukan dan mengelirukan.ولكنكم أردتم هذا , وأحببتم أن تسعدونا بهذا الاجتماع الشامل فشكرا لكم , و لا بأس أن ننتهز هذه الفرصة الكريمة فنستعرض نتائجنا , ونراجع فهرس أعمالنا , ونستوثق من مراحل طريقنا ونحدد الغاية والوسيلة فتتضح الفكرة المبهمة , و تصحح النظرة الخاطئة , و تعلم الخطوة المجهولة , وتتم الحلقة المفقودة , ويعرف الناس الإخوان المسلمين على حقيقة دعوتهم , من غير لبس ولا غموض .
Tidak salah dengan apa yang kita lakukan ini. Tidak salah jika ada sesiapa yang telah menerima dakwah ini atau pernah mendengar atau membaca mengenai dakwah ini untuk mengemukakan apa jua pandangannya tentang matlamat kita, cara kerja kita dan strategi kita. Mudah-mudahan kita dapat ambil mana-mana pandangannya yang baik. Mudah-mudahan kita tetap berada di landasan yang benar hasil pandangannya. Sesungguhnya agama ini adalah nasihat demi Allah, rasul-Nya, kitab-Nya dan untuk para pemimpin dan umat Islam amnya.لا بأس بهذا , ولا بأس بأن يتقدم إلينا من وصلته هذه الدعوة و من سمع أو قرا هذا البيان , برأيه في غايتنا و وسيلتنا و خطواتنا فنأخذ الصالح من رأيه , و ننزل على الحق من مشورته , فإن الدين النصيحة لله و لرسوله ولكتابه ولأئمة المسلمين وعامتهم .
Wahai Ikhwan,أيها الإخوان :
Saya tidak dapat gambarkan betapa saya menghargai dan berterima kasih kepada saudara sekalian. Saya tidak dapat bayangkan betapa gembiranya saya apabila berada bersama-sama saudara di sini. Betapa seronoknya saya kerana bertemu dengan saudara sekalian. Betapa besarnya harapan saya melihat sokongan yang saudara berikan. Semoga Allah memberikan taufik-Nya untuk saudara semua.أجدني في غنى عن تحيتكم  و شكركم , وعن وصف ما يغمرني من السعادة بموقفي هذا بينكم , ومن السرور و الفرح بلقائكم و من الأمل العظيم بمؤازرتكم و توفيق الله إياكم .
Saya tidak dapat gambarkan betapa agungnya suasana yang menyelubungi pertemuan kita ini. Segala yang ada di sini membayangkan hubungan cinta yang agung, ikatan yang erat, persaudaraan yang tulus dan kerjasama yang mantap. Semoga Allah memimpin saudara sekalian ke arah yang disukai dan diredai-Nya.أجدني في غنى عن بيان هذا كله بهذا الفيض من العواطف النبيلة الذي يغمر ج هذا الاجتماع , فكان كل ما فيه ينطق بالحب العميق والارتباط الوثيق و الأخوة الصادقة و التعاون المكين , ووفقكم الله لخير ما يحب ويرضى .
Ikhwan Adalah Suatu Gagasan Dalam Empat Individuالإخوان فكرة في نفوس أربعة
Wahai Ikhwan Yang Dihormati,أيها الإخوان الكرام :
Banyak perkara yang telah saya lihat, banyak perkara yang telah saya lalui, banyak suasana yang telah saya alami, banyak peristiwa yang telah saya saksi. Melalui pengalaman dalam tempoh yang singkat tetapi jauh langkahnya ini saya beroleh suatu keyakinan yang tidak akan goyah iaitu :طالعت كثيرا و جربت كثيرا و خالطت أوساطا كثيرة و شهدت حوادث عدة , فخرجت من هذه السياحة القصيرة المدى الطويلة المراحل بعقيدة ثابتة لا تتزلزل , هي أن :
Kebahagiaan yang dicitakan oleh seluruh manusia sebenarnya lahir dari dalam jiwa dan hati mereka sendiri, bukan sama sekali datang daripada luar. Malapetaka yang mencengkam dan menghambat manusia sebenarnya berpunca dari dalam jiwa dan hati mereka. Perkara ini diakui dan dijelaskan oleh al-Quran. Allah berfirman:السعادة التي ينشدها الناس جميعا إنما تفيض عليهم من نفوسهم و قلوبهم , و لا تأتيهم من خارج هذه القلوب أبدا , و أن الشقاء الذي يحيط بهم و يهربون منه إنما يصيبهم بهذه النفوس و القلوب كذلك , و إن القرآن الكريم يؤيد هذا المعنى و يوضحه , ذلك قول الله تعالى :
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (Ar-Ra’d: 11)( إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ) (الرعد:11) .
Tepat sekali teori sosial yang diungkapkan oleh seorang penyair:و ما رأيت كلاهما أعمق في فلسفة الاجتماع من قول ذلك :
“Demi sesungguhnya, sebuah negara tidak akan terasa sempit kerana penduduknyaNamun akhlak manusia yang akan menjadikannya terasa sempit.”لعمرك ما ضاقت بلاد بأهلها         و لكن أخلاق الرجال تضيق
Saya amat yakini hakikat ini. Saya juga yakin bahawa tidak ada satupun sistem atau ajaran yang dapat mencurahkan kebahagiaan ke dalam jiwa manusia dan membimbing mereka secara praktikal dan jelas ke arah mencapai kebahagiaan ini sepertimana yang ditonjolkan oleh ajaran suci Islam; Agama yang bertepatan dengan fitrah, jelas dan praktikal. Namun di sini bukanlah ruang untuk menghuraikan segala kandungan ajaran ini. Di sini juga bukan tempat untuk membuktikan bahawa ajaran ini menjanjikan hasil tadi dan membawa ke arah kebahagiaan seluruh manusia. Perbincangan ini memerlukan ruang yang lain. Apatah lagi saya yakin kita semua sebulat suara menerima kesahihan kenyataan ini. Malah ramai di kalangan bukan Islam yang mengakui hakikat ini. Mereka mengakui keindahan dan kesempurnaan Islam.اعتقدت هذا و اعتقدت إلى جانبه أنه ليست هناك نظم و لا تعاليم تكفل سعادة هذه النفوس البشرية و تهدي الناس إلى الطرق لهذه السعادة كتعاليم الإسلام الحنيف الفطرية الواضحة , و ليس هنا مجال تفصيل هذه التعاليم هذه التعاليم , و لا مجال التدليل على أنها تتضمن هذه النتيجة , و تكفل سعادة البشرية جميعا فلذلك مجال آخر , فضلا عن أننا كلنا فيما أعتقد شركاء في التسليم بصحة هذه النظرية , على أن كثيرا من غير المسلمين يقر بها و يعترف بما في الإسلام من جمال و كمال .
Atas dasar inilah, semenjak dahulu lagi saya wakafkan diri saya untuk mencapai satu sahaja matlamat iaitu membimbing manusia ke arah Islam yang sebenar, agar mereka mengamalkan Islam. Oleh kerana itulah, gagasan Ikhwan al-Muslimin adalah Islam itu sendiri, dari segi matlamat dan cara kerjanya, tidak sedikitpun ada kaitan dengan yang lain selain daripada Islam.و لهذا وقفت نفسي منذ نشأت على غاية واحدة هي إرشاد الناس إلى الإسلام حقيقة و عملا , و لهذا كانت فكرة الإخوان المسلمين إسلامية بحتة في غايتها و في وسائلها , لا تتصل بغير الإسلام ي شيء .
Semua wawasan ini sentiasa menjadi monolog dan munajat dalam diri saya. Malah saya turut luahkan buah fikiran ini kepada kebanyakan mereka yang ada di sekeliling saya. Mungkin secara individu atau ketika ceramah dan pengajian di masjid. Saya akan kemukakan idea ini setiap kali ada peluang. Adakalanya saya merangsang beberapa rakan saya di kalangan ulamak supaya mereka mengorak langkah dan menggandakan usaha menyelamatkan manusia dan membimbing masyarakat agar menikmati keindahan Islam.ظلت هذه الخواطر حديثا نفسانيا ومناجاة روحية بها في نفسي لنفسي , و قد أفضي بها إلى كثير ممن حولي , و قد تظهر في شكل دعة فردية أو خطابة وعظية أو درس في المساجد إذا سنحت فرصة التدريس , أو حث لبعض الأصدقاء و العلماء على بذل الهمة و مضاعفة المجهود , في إنقاذ الناس و إرشادهم إلى ما في الإسلام من خير .
Pelbagai peristiwa yang berlaku di Mesir dan beberapa negara Islam lain amat menyedihkan dan menyayatkan hati saya. Saya menyedari perlunya ada kesungguhan dan tindakan. Saya perlu mengorak langkah daripada hanya memberi kesedaran kepada membina, daripada hanya mengajar kepada mengasaskan sesuatu. Saya tidak bermaksud untuk menghuraikan segala peristiwa yang telah berlaku dan telah ditelan zaman ini. Malah mereka yang terlibat dengan semua peristiwa ini juga telah mula sedar atau separuh sedar.ثم كانت في مصر و غيرها من بلدان العالم الإسلامي حوادث عدة ألهبت نفسي و أهابت كوامن في قلبي , و لفتت نظري إلى وجوب الجد و العمل , و سلوك طريق التكوين بعد التنبيه , و التأسيس بعد التدريس , و لا أطيل عليكم بتفصيل حوادث انتهى أمرها و عفت آثارها , و فاء إلى الرشد أو بعض الرشد أصحابها .
Saya mula mengorak langkah dengan bertemu ramai pemimpin masyarakat. Saya kemukakan kepada mereka betapa perlunya kita bangkit, berusaha dan mengorak langkah secara bersungguh dan efektif. Saya mendapat pelbagai sambutan; ada yang keberatan, ada yang memberangsangkan dan ada yang meminta masa. Malangnya saya tidak temui apa yang saya inginkan iaitu keinginan untuk menggabungkan segala tenaga secara berkesan. Secara jujur ingin saya ceritakan di sini tentang, al-Marhum Ahmad Basha Timur, semoga Allah menempatkannya di syurga-Nya. Pertama kali saya bertemu dengannya saya dapat rasakan beliau adalah suatu contoh seorang yang mempunyai cita-cita tinggi dan semangat membara. Setiap kali saya berbincang dengannya mengenai masalah ummah, saya dapat rasakan beliau seorang yang bersifat terbuka, bersedia sepenuhnya, memahami secara menyeluruh dan menunggu masa untuk melaksanakannya. Semoga Allah merahmati dan melimpahkan kurniaan-Nya untuk beliau.و لقد أخذت أفاتح كثيرا من كبار القوم في وجوب النهوض و العمل و سلوك طريق الجد و التكوين , فكنت أجد التثبيط أحيانا و التشجيع أحيانا و التريث أحيانا , و لكني لم أجد ما أريد من الاهتمام بتنظيم الجهود العملية , و من الوفاء أذكر في هذا المقام المرحوم أحمد باشا تيمور أفسح الله له في جنته , فما رأيته إلا مثالا للهمة المتوثبة و الغيرة المتوقدة , و ما تحدثت إليه في شأن من شؤون الأمة العامة إلا وجدت العقل الكامل و الاستعداد التام و الإلمام الشامل و ترقب ساعة العمل , فرحمه الله و أجزل مثوبته .
Selepas itu saya alihkan pandangan saya kepada teman-teman dan sahabat yang bersama-sama saya ketika menuntut serta berkongsi perasaan kasih sayang dan semangat untuk memikul tanggungjawab ini. Saya menerima sambutan yang baik. Ada antara mereka yang memberi reaksi spontan untuk bersama-sama saya memikul tanggungjawab berfikir ini. Mereka yang paling cepat meyakini perlunya sesuatu tindakan dilakukan ialah beberapa orang saudara yang mulia seperti Ahmad Affandi al-Sukkari, al-akh yang dihormati al-marhum Syeikh Hamid Askariah, semoga Allah menempatkannya di syurga-Nya, al-akh Syeikh Ahmad Abdul Hamid dan ramai lagi.و ليت وجهي شطر الأصدقاء و الإخوان ممن جمعني و إياهم عهد الطلب و صدق الود و الشعور بالواجب , فوجدت استعدادا حسنا , و كان أسرعهم إلى مشاركتي عبء التفكير و أكثرهم اقتناعا بوجوب العمل في إسراع و همة , الإخوان الفضلاء : أحمد أفندي السكري , و الأخ المفضال المرحوم الشيخ حامد عسكرية اسكنه الله فسيح جنته , و الأخ الشيخ أحمد عبد الحميد وكثير غيرهم .
Kami telah berjanji dan berikrar supaya setiap kami berusaha mencapai matlamat ini. Sehingga budaya ummah ini berubah ke arah budaya Islam yang baik.و كان عهد و كان موثق أن يعمل كل منا لهذه الغاية , حتى يتحول العرف العام في الأمة إلى وجهة إسلامية صالحة .                
Hanya Allah sahaja yang tahu berapa malam kami telah habiskan untuk meneliti nasib dan ancaman yang menimpa ummah ini dalam segenap aspek kehidupan mereka. Kami analisa setiap punca dan penyakitnya. Kami fikirkan cara untuk mengenalpasti dan merawat penyakitnya. Hasil yang kami perolehi menyebabkan kami menangis. Betapa kami terkejut dalam keadaan kami berhadapan dengan masalah yang begitu hebat meruntun jiwa ini, ada pula golongan yang melepak di warung-warung kopi dan berulang alik ke tempat-tempat yang merosakkan. Apabila saya bertanya kepada salah seorang di antara mereka sebab mereka berada di tempat yang membuang masa dan membosankan ini, dia menjawab: Sengaja membuang masa. Tidakkah orang yang malang ini tahu bahawa orang yang membuang masa sebenarnya membunuh diri sendiri kerana masa itu adalah hayat itu sendiri.ليس يعلم أحد إلا الله كم من الليالي كنا نقضيها نستعرض حال الأمة ، وما وصلت إليه في مختلف مظاهر حياتها، ونحلل العلل والأدواء، ونفكر في العلاج وحسم الداء , ويفيض بنا التأثر لما وصلنا إليه إلى حد البكاء , وكم كنا نعجب إذ نرى أنفسنا في مثل هذه المشغلة النفسانية العنيفة و الخليون هاجعون يتسكعون بين المقاهي و يترددون على أندية الفساد و الإتلاف , فإذا سألت أحدهم عما يحمله على هذه الجلسة الفارغة المملة قال لك : أقتل الوقت , و ما دري هذه المسكين أن من يقتل وقته إنما يقتل نفسه , فإنما الوقت هو الحياة .   
Kami amat terkejut dengan sikap mereka ini dan sikap kebanyakan golongan cendiakawan. Sedangkan mereka adalah orang yang lebih layak memikul tanggungjawab ini. Ketika itu salah seorang di antara kami berkata: Bukankah ini salah satu penyakit umat ini. Malah ia mungkin penyakit yang paling merbahaya, iaitu apabila manusia tidak berfikir tentang penyakitnya sendiri dan tidak berusaha merawat dirinya sendiri.كنا نعجب لهؤلاء الناس و كثير منهم من المثقفين , و من هم أولى منا بحمل هذا العبء , ثم يقول بعضنا لبعض : أليس هذا داء من أدواء الأمة و لعله أخطرها , ألاّ تفكر في مرضها و ألاّ تعمل لعلاج نفسها .
Didorong oleh masalah ini dan masalah-masalah yang seumpama inilah kami mula mengorak langkah berusaha. Demi memperbetulkan segala kepincangan ini kami telah wakafkan diri kami. Kami bersabar dan kami bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kami orang-orang yang mengajak manusia ke arah-Nya dan bekerja demi agama-Nya.و لهذا و أمثاله نعمل و لإصلاح هذا الفساد , وقفنا أنفسنا فنتعزى و نحمد الله على أن جعلنا من الداعين إليه العاملين لدينه .
Masa berlalu dan kami berempat pun berpisah. Ahmad Affandi al-Sukkari bertugas di Mahmudiah. Al-Marhum Syeikh Hamid al-Askariah di Zaqaziq. Syeikh Ahmad Abdul Hamid di Kufr al-Dawar dan saya di Ismailiah. Saya teringat kata seorang penyair:و عمل الزمن عمله فتفرقنا نحن الأربعة فكان أحمد أفندي السكري بالمحمودية , و كان المرحوم الشيخ حامد عسكرية بالزقازيق , و كان الشيخ أحمد عبد الحميد بكفر الدوار , و كنت بالإسماعيلية أذكر قول الشاعر :
“Di Sham keluargaku, di Baghdad kekasihku Aku di Raqamatain dan di Fustat jiranku.”بالشام أهلي و بغداد الهوى و أنابالرقمتين و بالفسطاط جيراني
Saudara, di Ismailiah saya telah meletakkan batu asas pertama untuk fikrah atau gagasan ini. Inilah kali pertama lahirnya sebuah pertubuhan yang kecil di mana kami akan bekerja dan kami akan dokong panjinya. Kami berjanji dengan Allah untuk menjadi tentera sepenuhnya di jalan Allah di bawah nama “al-Ikhwan al-Muslimin”. Peristiwa ini berlaku pada bulan Zul Kaedah, 1347 Hijrah.و في الإسماعيلية أيها الإخوان وضعت أول نواة تكوينية للفكرة , و ظهرت أول هيئة متواضعة نعمل و نحمل لوائها  نعاهد الله على الجندية التامة في سبيلها تحت اسم (الإخوان المسلمون) و كان ذلك في ذي القعدة سنة 1347 هـ .
Islam Ikhwan Al-Musliminإسلام الإخوان المسلمين
Tuan-tuan, izinkan saya menggunakan istilah ini. Saya tidak bermaksud Ikhwan al-Muslimin mempunyai Islam baru bukan Islam yang dibawa oleh junjungan kita, Muhammad saw. daripada tuhannya. Apa yang saya maksudkan ialah kebanyakan umat Islam di sepanjang sejarah telah meletakkan pelbagai ciri, sifat, sempadan dan gambaran sendiri tentang Islam. Mereka menggunakan keanjalan dan keterbukaan Islam dengan cara yang salah. Sedangkan segala keanjalan dan keterbukaan ini sebenarnya untuk suatu tujuan yang murni. Mereka tidak pernah sependapat tentang makna Islam. Akibatnya Islam dilihat dengan pelbagai cara oleh umat Islam sendiri. Ada yang hampir, ada yang jauh dan ada yang bertepatan dengan Islam pertama yang dibawa oleh Rasulullah saw. dan para sahabat baginda.و اسمحوا لي إخواني استخدام هذا التعبير , و لست أعني به أن للإخوان المسلمين إسلاما جديدا غير الإسلام الذي جاء به سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم عن ربه , و إنما أعني أن كثيرا من المسلمين في كثير من المسلمين في كثير من العصور خلعوا عن الإسلام نعوتا و أوصافا و رسوما من عند أنفسهم , و استخدموا مرونته و سعته استخداما ضارا مع أنها لم تكن إلا للحكمة السامية , فاختلفوا في معنى الإسلام اختلافا , و انطبعت للإسلام في نفس أبنائه صور عدة تقرب أو تبعد أو تنطبق على الإسلام الأول الذي مثله رسول الله و أصحابه خير تمثيل .  
Ada di kalangan manusia yang melihat Islam hanyalah ibadat tertentu. Apabila ibadat ini ditunaikan atau dia melihat seseorang menunaikannya, dia akan merasa tenteram, redha dan merasakan orang ini telah terjun ke dasar Islam. Inilah yang difahami oleh kebanyakan umat Islam.فمن الناس من لا يرى الإسلام شيئا غير حدود العبادة الظاهرة فإن أداها أو رأى من يؤديها اطمأن إلى ذلك و رضي به و حسبه قد وصل على لب الإسلام , و ذلك هو المعنى الشائع عند عامة المسلمين .
Ada di antara manusia yang melihat Islam hanyalah akhlak-akhlak baik dan amalan kerohanian. Bagi mereka Islam adalah santapan falsafah yang mengenyangkan akal dan roh, menjauhkan akal dan roh ini daripada pencemaran materialistik yang melampau dan kejam.و من الناس من يرى الإسلام إلا الخلق الفاضل و الروحانية الفياضة , و الغذاء الفلسفي الشهي للعقل و الروح , و البعد بهما عن أدران المادة الطاغية الظالمة .
Ada yang hanya mengkagumi nilai-nilai yang dianggap hidup dan aktif dalam Islam. Tetapi tidak pula mahu meninjau lebih jauh. Mereka tidak mahu memikirkan lebih daripada itu.و منهم من يقف إسلامه عند حد الإعجاب بهذه المعاني الحيوية العملية في الإسلام فلا يتطلب النظر إلى غيرها و لا يعجبه التفكير في سواها .
Ada yang melihat Islam sebagai suatu akidah yang diwarisi. Islam adalah amalan tradisi yang tidak lagi diperlukan dan tidak boleh membawa kemajuan. Orang ini menolak Islam serta apa jua yang berkaitan dengan Islam. Sikap seperti ini kita dapati wujud pada kebanyakan mereka yang mendapat pendidikan asing dan tidak berkesempatan untuk berhubung dengan Islam yang sebenar. Mereka sebenarnya tiada pengetahuan langsung tentang Islam atau mereka hanya mengetahuinya dalam bentuk yang mengelirukan kerana mereka bercampur gaul dengan umat Islam yang tidak dapat menggambarkan Islam dengan baik.و منهم من يرى الإسلام نوع من العقائد الموروثة و الأعمال التقليدية التي لا غناء فيها و لا تقدم معها , فهو متبرم بالإسلام و بكل ما يتصل بالإسلام , و تجد هذا المعنى واضحا في نفوس كثير من الذين ثقفوا ثقافة أجنبية و لم تتح لهم فرص حسن الاتصال بالحقائق الإسلامية فهم لم يعرفوا عن الإسلام شيئا أصلا , أو عرفوه صورة مشوهة بمخالطة من لم يحسنوا تمثيله من المسلمين .
Pelbagai pemahaman ini menghasilkan pula beberapa aliran lain yang sedikit sebanyak mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Islam. Hanya segelintir sahaja yang memahami Islam secara menyeluruh dan jelas mencakupi seluruh nilai-nilai tadi.و تحت هذه الأقسام جميعا تندرج أقسام أخرى يختلف نظر كل منها إلى الإسلام عن نظر الآخر قليلا أو كثيرا , وقليل من الناس أدرك الإسلام صورة كاملة واضحة تنتظم هذه المعاني جميعا .
Wujud pelbagai cara manusia melihat Islam walaupun sebenarnya Islam ini hanya satu. Ini menjadi punca mengapa mereka mempunyai pandangan yang tersendiri dalam memahami dan menilai Ikhwan al-Muslimin.هذه الصور المتعددة للإسلام الواحد في نفوس الناس جعلتهم يختلفون اختلافا بينا في فهم الإخوان المسلمون وتصور فكرتهم .
Ada di kalangan masyarakat yang menilai Ikhwan al-Muslimin sebagai sebuah kumpulan yang berkhidmat memberi nasihat dan bimbingan. Seluruh tumpuan mereka hanyalah untuk memberikan nasihat kepada manusia supaya manusia bersikap zuhud dengan dunia dan mengingatkan manusia tentang akhirat.فمن  الناس من يتصور الإخوان المسلمون جماعة وعظية إرشادية كل همها أن تقدم للناس العظات فتزهدهم في الدنيا و تذكرهم بالآخرة .
Ada di kalangan masyarakat yang menilai Ikhwan al-Muslimin sebagai sebuah tarikat sufisme yang menekankan aspek mendidik masyarakat dengan beberapa bentuk zikir dan teknik ibadat. Di samping menekankan aspek mengekang diri dan zuhud.و منهم من يتصور الإخوان المسلمين طريقة صوفية تعني بتعليم الناس ضروب الذكر و فنون العبادة و فنون العبادة و ما يتبع ذلك من تجرد و زهادة .
Ada di kalangan masyarakat yang menyangka Ikhwan al-Muslimin adalah sebuah kumpulan yang menekankan aspek teori fiqh. Seluruh tindakan mereka dilihat tertumpu kepada menegakkan beberapa hukum tertentu yang akan dibahaskan. Mereka akan mendesak masyarakat supaya melaksanakan hukum tersebut. Mereka juga akan berdebat dengan sesiapa sahaja yang tidak sependapat dengan mereka dalam masalah tersebut.و منهم من يظنهم جماعة نظرية فقهية كل نظرهم أن تقف عند طائفة من الإحكام تجادل فيها و تناضل عنها ,  و تحمل الناس عليها و تخاصم أو تسالم من لم يسلم بها معها .
Namun sebenarnya hanya segelintir sahaja yang benar-benar berhubung dan bergaul dengan Ikhwan al-Muslimin. Mereka ini tidak cukup hanya mendengar sahaja tentang Ikhwan al-Muslimin. Mereka juga tidak menilai Ikhwan al-Muslimin menurut Islam yang mereka fahami. Dengan cara ini mereka akan mengenali kedudukan sebenar Ikhwan al-Muslimin. Dengan cara ini juga mereka akan memahami dakwah Ikhwan secara teori dan praktikal.و قليل من الناس خالطوا الإخوان المسلمين و امتزجوا بهم و لم يقفوا عند حدود السماع  و لم يخلعوا على الإخوان المسلمين إسلاما يتصورنه هم , فعرفوا حقيقتهم و أدركوا كل شيء عن دعوتهم علما وعملا ,
Atas dasar ini saya ingin berbicara dengan sidang hadirin sekalian secara ringkas tentang makna dan ciri Islam yang tersemat dalam jiwa Ikhwan al-Muslimin. Mudah-mudahan apabila kita berdakwah dan apabila kita merasa bangga kerana menganutinya, kita benar-benar berada di atas landasan yang jelas dan nyata:وهذا أحببت أن أتحدث لحضراتكم عن معنى الإسلام و صورته الماثلة في نفوس الإخوان , المسلمين , حتى يكون الأساس الذي ندعو إليه و نعتز بالانتساب له و الاستمداد منه واضحا جليا .
1. Kita yakin bahawa hukum dan ajaran Islam lengkap mencakupi seluruh urusan manusia di dunia dan di akhirat. Mereka yang merasakan ajaran Islam ini hanya menyentuh aspek ibadat atau kerohanian tanpa membabitkan aspek-aspek lain adalah silap. Islam adalah akidah dan ibadat, tanahair dan bangsa, agama dan negara, rohani dan amali, mashaf dan pedang. Al-Quran al-Karim menyentuh semua aspek ini dan meletakkan seluruh aspek ini sebagai teras Islam. Malah Islam mengingatkan manusia supaya memenuhi seluruh aspek ini. Ini dinyatakan oleh ayat al-Quran:( 1 ) نحن نعتقد أن أحكام الإسلام و تعاليمه شاملة تنتظم شؤون الناس في الدنيا و الآخرة , و أن الذين يظنون أن هذه التعاليم إنما تتناول الناحية العبادية أو الروحية دون غيرها من النواحي مخطئو نفي هذا الظن , فالإسلام عقيدة و عبادة , و وطن و جنسية , و دين ودولة , , و روحانية و عمل , و مصحف و سيف , و القرآن الكريم ينطق بذلك كله و يعتبره من لب الإسلام و من صميمه و يوصي بالإحسان فيه جميعه , و إلى هذا تشير الآية الكريمة  :     
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah). (Al-Qasas: 77)(وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللهُ الدَّارَ الآخِرَةَ وَلا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللهُ إِلَيْكَ) (القصص:77)
Ketika membaca al-Quran atau ketika sembahyang anda akan temui sepotong firman Allah yang menyentuh akidah dan ibadat:و إنك لتقرأ في القرآن و في الصلاة إن شئت قول الله تبارك و تعالي في العقيدة و العبادة  :
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar. (Al-Baiyinah: 5)(وَمَا أُمِرُوا إِلاّ لِيَعْبُدُوا اللهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ) (البينة:5)  .
Anda juga dapat membaca firman Allah yang menyentuh aspek pemerintahan, kehakiman dan politik:وتقرأ قوله تعالى في الحكم والقضاء و السياسة :
Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (An-Nisa’: 65)(فَلا وَرَبِّكَ لا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجاً مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيماً) (النساء:65)
Anda juga dapat membaca firman Allah yang menyentuh soal hutang dan urusniaga:و تقرأ قوله تعالى في الدين و التجارة :
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah dia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah dia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau dia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil (benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah: 282)(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنْتُمْ بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُسَمّىً فَاكْتُبُوهُ وَلْيَكْتُبْ بَيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ وَلا يَأْبَ كَاتِبٌ أَنْ يَكْتُبَ كَمَا عَلَّمَهُ اللهُ فَلْيَكْتُبْ وَلْيُمْلِلِ الَّذِي عَلَيْهِ الْحَقُّ وَلْيَتَّقِ اللهَ رَبَّهُ وَلا يَبْخَسْ مِنْهُ شَيْئاً فَإِنْ كَانَ الَّذِي عَلَيْهِ الْحَقُّ سَفِيهاً أَوْ ضَعِيفاً أَوْ لا يَسْتَطِيعُ أَنْ يُمِلَّ هُوَ فَلْيُمْلِلْ وَلِيُّهُ بِالْعَدْلِ وَاسْتَشْهِدُوا شَهِيدَيْنِ مِنْ رِجَالِكُمْ فَإِنْ لَمْ يَكُونَا رَجُلَيْنِ فَرَجُلٌ وَامْرَأَتَانِ مِمَّنْ تَرْضَوْنَ مِنَ الشُّهَدَاءِ أَنْ تَضِلَّ إِحْدَاهُمَا فَتُذَكِّرَ إِحْدَاهُمَا الأُخْرَى وَلا يَأْبَ الشُّهَدَاءُ إِذَا مَا دُعُوا وَلا تَسْأَمُوا أَنْ تَكْتُبُوهُ صَغِيراً أَوْ كَبِيراً إِلَى أَجَلِهِ ذَلِكُمْ أَقْسَطُ عِنْدَ اللهِ وَأَقْوَمُ لِلشَّهَادَةِ وَأَدْنَى أَلا تَرْتَابُوا إِلا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً حَاضِرَةَ تُدِيرُونَهَا بَيْنَكُمْ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَلا تَكْتُبُوهَا وَأَشْهِدُوا إِذَا تَبَايَعْتُمْ وَلا يُضَارَّ كَاتِبٌ وَلا شَهِيدٌ) (البقرة:282)
Bacalah firman Allah yang menyentuh aspek jihad, perang dan pertempuran:و تقرا قوله تعالى في الجهاد و القتال و الغزو :
Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu, dan hendaklah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina. (Al-Nisa’: 102)(وَإِذَا كُنْتَ فِيهِمْ فَأَقَمْتَ لَهُمُ الصَّلاةَ فَلْتَقُمْ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ مَعَكَ وَلْيَأْخُذُوا أَسْلِحَتَهُمْ فَإِذَا سَجَدُوا فَلْيَكُونُوا مِنْ وَرَائِكُمْ وَلْتَأْتِ طَائِفَةٌ أُخْرَى لَمْ يُصَلُّوا فَلْيُصَلُّوا مَعَكَ وَلْيَأْخُذُوا حِذْرَهُمْ وَأَسْلِحَتَهُمْ وَدَّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْ تَغْفُلُونَ عَنْ أَسْلِحَتِكُمْ وَأَمْتِعَتِكُمْ فَيَمِيلُونَ عَلَيْكُمْ مَيْلَةً وَاحِدَةً وَلا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِنْ كَانَ بِكُمْ أَذىً مِنْ مَطَرٍ أَوْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَنْ تَضَعُوا أَسْلِحَتَكُمْ وَخُذُوا حِذْرَكُمْ ) (النساء:102)
Banyak lagi ayat lain yang menyentuh semua aspek ini. Demikian juga aspek-aspek tatasusila dan kemasyarakatan yang lain.و إلى غير ذلك من الآيات الكثيرة البارعة في هذه الأغراض نفسها و في غيرها من الآداب العامة و شؤون الاجتماع .
Demikianlah bagaimana hubungan Ikhwan dengan Kitab Allah. Bagi mereka al-Quran adalah sumber inspirasi dan bimbingan. Dengan itu mereka yakin bahawa Islam sebenarnya mencakupi seluruh elemen ini. Islam sudah pasti menyentuh seluruh aspek hidup malah mencorak seluruh aspek ini. Islam juga meletakkan seluruh aspek ini di bawah landasan hukumnya, selari dengan dasar dan ajarannya. Seluruh aspek hidup umat mestilah bersumberkan ajaran Islam jika umat ini mahu menjadi umat Islam yang berpegang kepada Islam yang sebenar. Namun jika umat ini hanya mahu Islam dalam aspek ibadat tetapi mahu meniru bangsa bukan Islam dalam aspek-aspek hidup yang lain, umat ini sebenarnya umat yang cacat Islamnya dan menurut telunjuk mereka yang dikatakan oleh firman Allah:و هكذا اتصل الإخوان بكل بكتاب الله و استلهموه و استرشدوه فأيقنوا أن الإسلام هو هذا المعنى الكلي الشامل , وأنه يجب أن يهيمن على كل شؤون الحياة و أن تصطبغ جميعها به و أن تنزل على حكمه , وأن تساير قواعده و تعاليمه و تستمد منها ما دامت الأمة تريد أن تكون مسلمة إسلاما صحيحا , أما إذا أسلمت في عباداتها و قلدت غير المسلمين في بقية شؤونها , فهي أمة ناقصة الإسلام تضاهئ الذين قال تعالى فيهم :  
Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. (Al-Baqarah: 85)(أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ) (البقرة:85)
2. Selain itu, Ikhwan juga yakin bahawa asas kepada ajaran dan intipati Islam ialah Kitab Allah Taala dan sunnah Rasulullah saw.. Jika umat berpegang teguh dengan kedua-dua sumber ini pasti mereka tidak akan tersesat selama-lamanya. Kebanyakan pandangan dan ilmu yang dihubung kaitkan dengan Islam dan bercirikan Islam sebenarnya terkesan dengan zaman dan bangsa sesuatu zaman. Oleh itu sistem Islam yang sepatutnya menjadi asas kepada umat ini mestilah dipetik daripada sumbernya yang asli, sumber yang dipetik daripada arus pertama. Kita perlu memahami Islam sebagaimana yang difahami oleh para sahabat dan para tabiin yang soleh dan diredai Allah. Kita perlu berpegang kepada garis yang telah ditetapkan oleh Allah dan nabi ini supaya kita hanya berada dalam batas yang digariskan oleh Allah sahaja. Kita tidak perlu mencorak zaman kita menurut budaya zaman yang tidak bertepatan dengan Islam. Apatah lagi Islam adalah agama manusia sejagat.( 2 )  إلى جانب هذا يعتقد الإخوان المسلمون أن أساس التعاليم الإسلامية  معينها هو كتاب الله و سنة رسوله صلى الله عليه و سلم , اللذان إن تمسكت بهما فلن تضل أبدا , و أن كثيرا من الآراء و العلوم التي اتصلت بالإسلام و تلونت بلونه تحمل لون العصور التي أوجدتها و الشعوب التي عاصرتها , و لهذا يجب أن تستقي النظم الإسلامية التي تحمل عليها الأمة من هذا المعين الصافي معين السهولة الأولى , و أن نفهم الإسلام كما كان يفهمه الصحابة و التابعون من السلف الصالح رضوان الله عليهم , و أن نقف عند هذه الحدود الربانية النبوية حتى لا نقيد أنفسنا بغير ما يقيدنا الله به , و لا نلزم عصرنا لون عصر لا يتفق معنا.
3. Selain itu, Ikhwan al-Muslimin juga berkeyakinan bahawa Islam adalah agama yang lengkap menyentuh seluruh aspek hidup untuk semua bangsa pada bila-bila masa dan di mana jua. Oleh itu Islam datang dalam bentuk yang menyeluruh serta umum dan tidak akan menyentuh soal-soal remeh hidup ini terutama yang hanya membabitkan nilai keduniaan. Apa yang dilakukan oleh Islam ialah meletakkan dasar-dasar am dalam setiap perkara. Islam membimbing manusia bagaimana mempraktikkan semua perkara berlandaskan dasar-dasar ini.( 3 ) و إلى جانب هذا أيضا يعتقد الإخوان المسلمون أن الإسلام كدين عام انتظم كل شؤون الحياة في كل الشعوب و الأمم لكل الأعصار و الأزمان , جاء أكمل و أسمى من أن يعرض لجزئيات هذه الحياة و خصوصا في الأمور الدنيوية البحتة , فهو إنما يضع القواعد الكلية في كل شأن من هذه الشؤون , و يرشد الناس إلى الطريق العملية للتطبيق عليها و السير في حدودها .
Bagi menjamin perlaksanaan perkara ini dengan betul atau sekurang-kurang memastikan kesahihannya, Islam menitik beratkan sepenuhnya soal pemulihan jiwa manusia yang merupakan teras kepada sistem ini dan teras yang akan menjana pemikiran, penilaian dan pembentukan sistem ini. Islam menyenaraikan ubat-ubat mujarab yang dapat membersihkan jiwa manusia daripada nafsu serakah. Islam memimpin jiwa ini supaya menjadi jiwa yang sempurna dan mulia. Islam menghalang jiwa manusia supaya tidak bersikap kejam, alpa atau zalim. Jika jiwa manusia ini berjaya dilentur dan dibersihkan nescaya setiap yang lahir daripada jiwa ini pasti elok dan baik. Seperti kata orang, keadilan itu bukan pada teks undang-undang tetapi pada hati para hakim. Adakalanya undang-undang yang lengkap dan adil dikendalikan oleh seorang hakim yang menurut nafsu serakahnya atau kepentingan tertentu, sudah tentu undang-undang ini dilaksanakan secara kejam. Sementara undang-undang yang dilihat ada kelemahan dan tidak adil tetapi dikendalikan oleh seorang hakim yang baik dan adil serta tidak dipengaruhi oleh hawa nafsu atau kepentingan tertentu, undang-undang ini akan dilaksanakan dengan cara yang baik dan adil serta membawa kebaikan untuk semua. Atas dasar inilah jiwa manusia mendapat perhatian utama dalam Kitab Allah. Manusia yang pertama dicorak oleh Islam kini menjadi model kepada manusia yang sempurna. Atas dasar ini, Islam sebenarnya sesuai dengan semua zaman dan semua bangsa. Islam seiring dengan segala kehendak dan tuntutan. Atas dasar ini juga Islam tidak pernah melarang umatnya memanfaatkan apa jua peraturan yang sesuai selagi tidak bertentangan dengan dasar-dasar am Islam.و لضمان حق الصواب في هذا التطبيق أو تحريهما على الأقل , عني الإسلام عناية تامة بعلاج النفس الإنسانية و هي مصدر النظم و مادة التفكير و التصوير و التشكل , فوصف لها من الأدوية الناجعة ما يطهرها من الهوى و يغسلها من أضرار الغرض و الغاية و يهديها إلى الكمال و الفضيلة , و يزجرها عن الجور القصور  العدوان , و إذا استقامت النفس و صفت فقد أصبحت كل ما يصدر عنها صالحا جميلا , يقولون إن العدل ليس في نص القانون و لكنه في نفس القاضي , و قد تأتي بالقانون الكامل العادل إلى القاضي ذي الهوى و الغاية فيطبقه تطبيقا جائرا لا عدل معه , و قد تأتي بالقانون الناقص و الجائر إلى القاضي الفاضل العادل البعيد عن الأهواء و الغايات فيطبقه تطبيقا فاضلا عادلا فيه كل الخير و البر و الرحمة و الإنصاف و من هنا كانت النفس الإنسانية محل عناية كبرى في كتاب الله , و كانت النفوس الأولى التي صاغها هذا الإسلام مثال الكمال الإنساني , و لهذا كله كانت طبيعة الإسلام تساير العصور و الأمم , و تتسع لكل الأغراض و المطالب , و لهذا أيضا كان الإسلام لا يأبى أبدا الاستفادة من كل نظام صالح لا يتعارض مع قواعده الكلية و أصوله العامة .
Sidang hadirin sekalian, saya tidak berhasrat untuk berbicara dengan panjang lebar tentang tajuk ini kerana tajuk ini terlalu luas. Cukuplah kupasan secara ringkas yang dapat menggambarkan secara keseluruhan fahaman Islam yang tertanam dalam diri Ikhwan al-Muslimin.لا أحب أيها أن استرسل في هذا البيان فذلك باب و اسع و حسبنا هذه الإلمامة الموجزة تلقي ضوءا على هذا المعنى للفكرة الإسلامية في نفوس الإخوان المسلمين .
Gagasan Ikhwan Al-Muslimin Menggabungkan Segala Elemen Perubahanالإخوان فكرة إصلاحية شاملة
Kesan daripada kefahaman yang lengkap dan menyeluruh tentang Islam ini menyebabkan gagasan Ikhwan al-Muslimin mencakupi seluruh sudut perubahan yang diperlukan oleh umat Islam. Segala elemen perubahan yang wujud pada yang lain juga wujud pada Ikhwan. Dengan ini setiap orang yang mahukan perubahan, ikhlas dan bersemangat tinggi pasti akan mendapat apa yang diharapkannya di sini. Bersama Ikhwan, semua pencinta perubahan yang mengenali dan memahami matlamat Ikhwan akan menemui apa yang diimpikan. Tidak salah jika anda katakan bahawa Ikhwan al-Muslimin ialah:كان من نتيجة هذا الفهم العام الشامل للإسلام عند الإخوان المسلمين أن شملت فكرتهم كل نواحي الإصلاح في الأمة ، وتمثلت فيها كل عناصر غيرها من الفكر الإصلاحية ، وأصبح كل مصلح مخلص غيور يجد فيها أمنيته ، والتقت عندها آمال محبي الإصلاح الذين عرفوها وفهموا مراميها ، وتستطيع أن تقول ولا حرج عليك ، إن الإخوان المسلمين :
1.  Dakwah salafi, kerana Ikhwan al-Muslimin mengajak manusia supaya kembali kepada Islam dengan merujuk kepada sumbernya yang asli iaitu Kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw..( 1 ) دعوة سلفية : لأنهم يدعون إلى العودة بالإسلام إلى معينه الصافي من كتاب الله وسنة رسوله.
2.  Tarikat sunni, kerana Ikhwan al-Muslimin menggerakkan diri mereka supaya mengamalkan sunnah dalam segenap perkara, terutama dalam aspek akidah dan ibadat yang mereka boleh laksanakan.( 2 ) وطريقة سنية : لأنهم يحملون أنفسهم علي العمل بالسنة المطهرة في كل شيء ، وبخاصة في العقائد والعبادات ما وجدوا إلى ذلك سبيلا .
3.  Hakikat sufi, kerana mereka mengetahui bahawa asas kepada kebaikan adalah jiwa yang suci, hati yang bersih, kesinambungan amal, menjauhkan diri daripada makhluk, cintakan Allah dan menghubungkan diri dengan perkara yang baik.( 3 ) وحقيقة صوفية : لأنهم يعلمون أن أساس الخير طهارة النفس ، ونقاء القلب ، والمواظبة علي العمل ، و الإعراض عن الخلق ، والحب في الله ، والارتباط علي الخير .
4.  Parti politik, kerana mereka menuntut supaya wujudnya pengislahan kepada sistem pemerintahan negara. Mereka turut menuntut supaya dikaji semula hubungan antara umat Islam dengan bangsa-bangsa lain di luar negara Islam. Mereka menuntut supaya masyarakat Islam dididik agar memiliki harga diri dan memelihara semangat perkauman Islam semaksimum mungkin.( 4 ) وهيئة سياسية : لأنهم يطالبون بإصلاح الحكم في الداخل وتعديل النظر في صلة الأمة الإسلامية بغيرها من الأمم في الخارج ، وتربية الشعب علي العزة والكرامة والحرص علي قوميته إلي أبعد حد .
5.  Pasukan sukan, kerana mereka menitik berat soal tubuh badan mereka. Mereka mengetahui bahawa orang mukmin yang kuat lebih baik daripada orang mukmin yang lemah. Nabi saw. sendiri pernah bersabda:“Tubuhmu ada hak yang perlu engkau tunaikan.”Seluruh tanggungjawab yang Islam tetapkan hanya dapat  ditunaikan dengan sempurna dan betul jika ada tubuh yang kuat. Sembahyang, puasa, haji dan zakat memerlukan tubuh badan yang mampu memikul tanggungjawab untuk berusaha, bekerja dan mengerah tenaga untuk mencari rezeki. Selain daripada itu, disebabkan mereka amat menitik beratkan aspek pengurusan sukan dan penyeliaan pasukan sukan menyebabkan mereka lebih terkehadapan daripada kelab-kelab sukan yang hanya tertumpu pada aktiviti sukan semata-mata.( 5 ) وجماعة رياضية : لأنهم يعنون بجسومهم ، ويعلمون أن المؤمن القوي خير من المؤمن الضعيف ، وأن النبي صلي الله عليه وسلم يقول : (إن لبدنك عليك حقاً) و إن تكاليف الإسلام كلها لا يمكن أن تؤدي كاملة صحيحة إلا بالجسم القوي ، فالصلاة والصوم والحج والزكاة لا بد لها من جسم يحتمل أعباء الكسب والعمل والكفاح في طلب الرزق ، ولأنهم تبعاً لذلك يعنون بتشكيلاتهم وفرقهم الرياضية عناية تضارع وربما فاقت كثيراً من الأندية المتخصصة بالرياضة البدنية وحدها .
6.  Ikatan intelektual, kerana Islam telah menetapkan bahawa menuntut ilmu diwajibkan kepada setiap lelaki dan wanita Islam. Selain itu, pusat-pusat Ikhwan pada dasarnya merupakan sekolah-sekolah yang memberikan pelajaran dan pendidikan kepada jasad, akal dan roh.( 6 ) ورابطة علمية ثقافية : لأن الإسلام يجعل طلب العلم فريضة علي كل مسلم ومسلمة ، ولأن أندية الأخوان هي في الواقع مدارس للتعليم والتثقيف ومعاهد لتربية الجسم والعقل والروح .
7.  Syarikat ekonomi, kerana Islam menekankan aspek pengurusan kewangan dan berusaha mencari harta sepertimana yang dinyatakan oleh Nabi saw.:“Alangkah baiknya harta yang baik ada pada lelaki yang baik.”Baginda juga bersabda yang bermaksud:( 7 ) وشركة اقتصادية : لأن الإسلام يعني بتدبير المال و كسبه من وجهه وهو الذي يقول نبيه صلي الله عليه وسلم  : (نعم المال الصالح للرجل الصالح)
“Sesiapa yang makan malam daripada hasil kerja tangannya, dia adalah orang yang diampunkan dosanya pada malam itu.”ويقول : (من أمسي كالاً من عمل يده أمسي مغفوراً له) ،
“Allah suka orang mukmin yang berkemahiran.”(إن الله يحب المؤمن المحترف)
8.  Agensi sosial, kerana Ikhwan mengambil berat soal penyakit masyarakat Islam dan sentiasa berusaha supaya dapat menemui cara rawatan yang dapat menyembuhkan umat daripada penyakit ini.( 8 ) وفكرة اجتماعية : لأنهم يعنون بأدواء المجتمع الإسلامي ويحاولون الوصول إلي طرق علاجها وشفاء الأمة منها .
Demikianlah bagaimana kita melihat kesyumulan Islam. Kenyataan ini menjadikan fikrah atau gagasan kita menyeluruh merangkumi semua sudut perubahan. Kesyumulan ini mengarah aktiviti Ikhwan ke seluruh sudut ini. Pada ketika orang lain hanya tertumpu kepada sesuatu sudut, Ikhwan memberikan tumpuannya ke arah semua sudut. Mereka sedar Islam menuntut mereka supaya memberikan tumpuan kepada semua sudut ini.وهكذا نري أن شمول معني الإسلام قد أكسب فكرتنا شمولاً لكل مناحي الإصلاح ، ووجه نشاط الإخوان إلي كل هذه النواحي ، وهم في الوقت الذي يتجه فيه غيرهم إلي ناحية واحدة دون غيرها يتجهون إليها جميعاً ويعلمون أن الإسلام يطالبهم بها جميعاً .
Dari sini, kebanyakan kerja-kerja Ikhwan kelihatan bercanggah antara satu sama lain sedangkan ia sebenarnya tidak bercanggah.ومن هنا كان كثير من مظاهر أعمال الإخوان يبدو أمام الناس متناقضاً وما هو بمتناقض .
Masyarakat dapat melihat seorang Ikhwan berada di mihrabnya dengan penuh khusyuk, bermunajat, menangis dan merendahkan dirinya. Namun tidak lama kemudian orang yang sama berubah menjadi seorang yang memberi nasihat dan pengajaran yang mengetuk pintu hati dengan bimbingan-bimbingannya. Tidak lama kemudian anda lihat orang yang sama berubah menjadi ahli sukan yang cergas sedang menendang bola atau sedang berlatih berlari atau berenang. Tidak lama kemudian orang yang sama berada di kedainya atau bengkelnya menjalankan urusniaga dengan amanah dan ikhlas. Masyarakat mungkin melihat semua keadaan ini tiada kaitan antara satu sama lain. Jika mereka tahu semua ini wujud di dalam Islam dan diperintahkan oleh Islam malah digalakkan oleh Islam sudah tentu mereka dapat merasakan hubungan semua ini. Walaupun berfahaman syumul namun Ikhwan akan menjauhkan diri daripada perkara yang boleh menyebabkan mereka dikritik atau dicemuh.فقد يري الناس الأخ المسلم في المحراب خاشعاً متبتلاً يبكي ويتذلل ، وبعد قليل سكون هو بعينه واعظاً مدرساً يقرع الآذان بزواخر الوعظ ، وبعد قليل تراه نفسه رياضياً أنيقاً يرمي بالكرة أو يدرب علي العدو أو يمارس السباحة ، وبعد فترة يكون هو بعينه في متجره أو معمله يزاول صناعته في أمانة وفي إخلاص . هذه مظاهر قد يراها الناس متنافرة لا يلتئم بعضها ببعض ، ولو علموا أنها جميعاً يجمعها الإسلام ويأمر بها الإسلام ويحض عليها الإسلام لتحققوا فيها مظاهر الالتئام ومعاني الانسجام ، ومع هذا الشمول فقد اجتنب الإخوان كل ما يؤخذ علي هذه النواحي من المآخذ ومواطن النقد والتقصير.
Mereka juga tidak akan bersikap fanatik dengan nama kerana Islam yang bersifat menyeluruh ini telah menggabungkan mereka semua di bawah satu nama iaitu “Saudara-saudara Seislam” atau Ikhwan al-Muslimin.كما اجتنبوا التعصب للألقاب إذ جمعهم الإسلام الجامع حول لقب واحد هو  الإخوان المسلمون.
Ciri-ciri Dakwah Ikhwanخصائص دعوة الإخوان
Barangkali Allah telah takdirkan dakwah Ikhwan ini tumbuh di Ismailiah. Ia muncul akibat perselisihan fikah antara dua kumpulan penduduk. Mereka berpecah selama bertahun-tahun kerana beberapa masalah kecil. Malangnya perpecahan ini dihangatkan lagi oleh mereka yang berkepentingan. Secara kebetulan juga dakwah Ikhwan muncul pada zaman berlakunya pertembungan sengit antara bangsa asing yang ekstrimis dengan pejuang patriotik. Segala keadaan ini menyebabkan dakwah ini memiliki beberapa ciri yang tidak dimiliki oleh gerakan-gerakan lain yang sezaman dengannya.لعل من صنع الله لدعوة الإخوان المسلمين أن تنبت بالإسماعيلية , و أن يكون ذلك على أثر خلاف فقهي بين الأهلين و انقسام دام سنوات حول بعض النقاط الفرعية التي أذكى نار الفرقة فيها ذوو المطامع و الأغراض , و أن تصادف نشأتها عهد الصراع القوي العنيف بين الأجنبي المتعصب و الوطني المجاهد , فكان من أثر هذه الظروف أن تميزت هذه الدعوة بخصائص خالفت فيها كثيرا من الدعوات التي عاصرتها .
Ciri-ciri tersebut ialah:و من هذه الخصائص :  
1.  Menjauhi perkara-perkara yang menjadi perselisihan.( 1 ) البعد عن مواطن الخلاف
2.  Menjauhi pengaruh mana-mana tokoh dan pembesar.( 2 )  البعد عن هيمنة الأعيان و الكبراء
3.  Tidak terlibat dengan parti-parti politik atau mana-mana pertubuhan.( 3 ) البعد عن الأحزاب و الهيئات
4.  Tumpuan diberikan kepada aspek pembinaan dan berperingkat dalam setiap langkah.( 4 ) العناية بالتكوين و التدرج في الخطوات
5.  Keutamaan diberikan kepada  aspek yang praktikal dan produktif berbanding aspek diayah dan propaganda.( 5 ) إيثار الناحية العملية الإنتاجية على الدعاية والإعلانات
6.  Sambutan hebat daripada pemuda.( 6 ) وشدة الإقبال من الشباب
7.  Cepat tersebar di kampung dan seluruh negara.( 7 ) و سرعة الانتشار في القرى و المدن
1. Menjauhi Perkara-Perkara Yang Menjadi Perselisihan1 – البعد عن مواطن الخلاف
Ikhwan menjauhkan diri daripada perkara-perkara fikah yang diperselisihkan kerana Ikhwan berkeyakinan perselisihan dalam masalah fikah yang kecil pasti akan timbul. Puncanya, sumber asasi Islam iaitu al-Quran, hadis dan amalan-amalan Islam difahami dengan cara yang berbeza-beza. Malah atas sebab yang sama wujud perbezaan pendapat di kalangan para sahabat sendiri. Keadaan ini akan terus wujud dan akan berterusan hingga ke hari kiamat. Tepat sekali kata-kata Imam Malik ketika beliau berkata kepada Abu Jaafar al-Mansur yang mahu memaksa masyarakat melaksanakan al-Muwatta’, beliau berkata: “Para sahabat Rasulullah saw. bertaburan di seluruh pelusuk bumi dan kesemua mereka mempunyai fahaman tersendiri. Jika engkau paksa mereka mengamalkan satu pendapat sahaja sudah tentu akan timbul masalah.”فأما البعد عن مواطن الخلاف الفقهي فلأن الإخوان يعتقدون أن الخلاف في الفرعيات أمر ضروري لابد منه، إذ إن أصول الإسلام آيات وأحاديث وأعمال تختلف في فهمها وتصورها العقول و الأفهام ، لهذا كان الخلاف واقعاً بين الصحابة أنفسهم ومازال كذلك، وسيظل إلى يوم القيامة، وما أحكم الإمام مالك ـ رضي الله عنه ـ حين قال لأبي جعفر وقد أراد أن يحمل الناس على الموطأ: “إن أصحاب رسول الله ص تفرقوا في الأمصار وعند كل قوم علم، فإذا حملتهم على رأي واحد تكون فتنة”،
Sebenarnya tidak salah berbeza pendapat tetapi yang salah ialah terlalu fanatik dengan sesuatu pendapat sehingga mengenepikan fikiran dan pendapat orang lain. Jika sikap seperti ini diamalkan dalam soal perbezaan pendapat, ia sudah tentu akan mampu menyatukan hati-hati yang retak. Apatah lagi untuk menyatukan mereka dalam satu gagasan.وليس العيب في الخلاف ولكن العيب في التعصب للرأي والحجر على عقول الناس وآرائهم، هذه النظرة إلى الأمور الخلافية جمعت القلوب المتفرقة على الفكرة الواحدة،
Masyarakat hanya perlu bersatu pendapat dalam soal yang perlu iaitu dalam soal yang menentukan seseorang itu muslim seperti yang dikatakan oleh Zaid ra.. Sikap seperti ini adalah perlu bagi sebuah jamaah yang mahu mengembangkan suatu gagasan di sebuah kawasan yang tidak pernah aman daripada perbezaan pendapat. Apatah lagi masalah tersebut sebenarnya tidak perlu dibahaskan atau diperselisihkan.وحسب الناس أن يجتمعوا على ما يصير به المسلم مسلماً كما قال زيد ـ رضي الله عنه ـ وكانت هذه النظرة ضرورية لجماعة تريد أن تنشر فكرة في بلد لم تهدأ بعد فيه ثائرة الخلاف على أمور لا معنى للجدل ولا للخلاف فيها .
2. Menjauhi Pengaruh Mana-Mana Tokoh Dan Pembesar 2 – البعد عن هيمنة الكبراء و الأعيان :
Menjauhi pengaruh mana-mana tokoh dan pembesar bertujuan supaya mereka dapat dijauhkan daripada dakwah yang masih baru dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan ini. Mudah-mudahan mereka akan beralih kepada gerakan-gerakan lain yang sedia ada yang hanya mencari keuntungan atau mengaut kekayaan. Walaupun sebenarnya semua keuntungan itu hanyalah khayalan dan bukan kenyataan.و أما البعد عن هيمنة الكبراء و الأعيان  فلانصرافهم عن هذه الدعوات الناشئة المجردة من الغايات و الأهواء إلى الدعوات القائمة , التي تستتبع المغانم و تجر المنافع و لو في ظن الناس لا في حقيقة الحال ,  
Kami para pendokong dakwah Ikhwan sengaja bersikap demikian pada peringkat awal kemunculan dakwah ini supaya kesucian dakwah ini tidak diwarnai oleh perancangan yang telah diatur oleh para pemimpin tadi. Di samping itu langkah ini juga bertujuan agar mereka tidak mengeksploitasi dakwah ini atau cuba mengubah halatuju dakwah ini. Kebanyakan pemimpin ini tidak memiliki nilai-nilai Islam yang sempurna yang sepatutnya mereka miliki sebagai seorang muslim. Apatah lagi sebagai seorang muslim agung yang akan menampilkan nama dakwah Islam kepada semua manusia. Atas sebab itulah, golongan ini masih tersisih jauh daripada Ikhwan. Hanya segelintir kecil sahaja di kalangan mereka yang memiliki akhlak yang mulia dan dihormati, memahami fikrah Ikhwan, turut sama mendokong matlamat Ikhwan, turut serta beramal bersama Ikhwan dan mengharapkan taufik serta kejayaan untuk Ikhwan.و لأننا معشر القائمين بدعوة الإخوان تعمدنا هذا , لأول عهد الدعوة بالظهور , حتى لا يطمس لونها الصافي لون آخر من ألوان الدعوات التي يروج لها هؤلاء الكبراء , و حتى لا يحاول أحد منهم أن يستغلها أو يوجهها في غير الغاية التي تقصد إليها , و ذلك إلى أن كثير من العظماء ينقصه الكمال الإسلامي الذي يجب أن يتصف به المسلم العادي فضلا عن المسلم العظيم الذي يحمل اسم دعوة إسلامية لإرشاد الناس , و على هذا فقد ظل هذا الصنف بعيدا عن الإخوان اللهم إلا قليلا من الأكرمين الفضلاء , يفهم فكرتهم و يعطف على غايتهم و يشارك في أعمالهم و يتمنى لهم التوفيق و النجاح .
3. Tidak Terlibat Dengan Parti-Parti Politik Atau Mana-Mana Pertubuhan3 – البعد عن الهيئات و الأحزاب
Tujuan kita tidak terlibat dengan mana-mana parti politik atau mana-mana pertubuhan ialah semua pertubuhan ini masih saling bercakaran dan saling tikam-menikam antara satu sama lain. Sedangkan amalan seperti ini tidak bertepatan sama sekali dengan semangat persaudaraan Islam. Dakwah Islam adalah untuk semua. Dakwah ini menyatukan bukan memecah belahkan. Hanya mereka yang mengenepikan segala bentuk perpecahan dan ikhlas hanya kepada Allah sahaja yang akan mendokong dan bekerja untuk dakwah Islam ini. Sifat seperti ini agak sukar untuk diamalkan oleh manusia yang berkepentingan; Mereka yang hanya mahu mencari nama dan harta melalui kegiatan kepartian dan pertubuhan mereka. Atas sebab itu, kita lebih rela menjauhkan diri daripada mereka. Kita perlu bersabar walaupun terpaksa mengenepikan ramai anasir yang baik sehinggalah sampai masanya apabila segala tirai ini berjaya disingkap. Sehingga masyarakat menyedari beberapa hakikat yang selama ini tidak mereka fahami. Ketika itu mereka akan kembali ke jalan yang benar. Iaitu setelah mereka melalui segala pahit manis. Setelah hati mereka berisi keyakinan dan keimanan.وأما البعد عن الاتصال بالأحزاب و الهيئات فلما كان و لا يزال بين هذه الهيئات من التنافر و التناحر الذي لا يتفق مع أخوة الإسلام , و دعوة الإسلام عامة تجمع و لا تفرق و لا ينهض بها و لا يعمل لها إلا من تجرد من كل ألوانه و صار لله خالصا , و قد كان هذا المعنى من قبل عسيرا على النفوس الطامحة , التي تريد أن تصل عن طريق حزبيتها أو جماعتها إلى ما تريد من جاه و مال , لهذا آثرنا أن نتجنب الجميع و أن نصبر على الحرمان من كثير من العناصر الصالحة حتى ينكشف الغطاء , و يدرك الناس بعض الحقائق المستورة عنهم فيعودوا إلى الخطة المثلى بعد التجربة و قد امتلأت قلوبهم باليقين و الإيمان .
Namun pada hari ini kita telah memiliki sandaran dan tunjang dakwah yang kuat. Dakwah ini kini mampu menentukan sendiri halatuju bukan lagi ditentukan. Dakwah ini sudah mampu mempengaruhi bukan lagi dipengaruhi. Oleh itu kita kini mengalu-alukan para pemimpin, pembesar, pertubuhan dan parti untuk bergabung bersama kita. Kita kini mengalu-alukan mereka mengikut jalan kita dan bekerja bersama kita dengan membuang segala budaya sia-sia yang diamalkan selama ini. Agar mereka bersatu di bawah panji al-Quran yang agung, bernaung di bawah panji nabi yang mulia dan ajaran Islam yang benar. Jika mereka menyahut pelawaan ini ia adalah untuk kebaikan dan kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat. Dengan kewujudan mereka bersama dakwah ini, banyak masa dan tenaga dapat dijimatkan. Namun jika mereka masih enggan, tidak mengapa. Kita akan bersabar menanti sambil mengharapkan segala-galanya pada Allah. Sehingga Allah mengepung mereka dan memaksa mereka supaya bekerja untuk dakwah sebagai pengikut sedangkan mereka mampu menjadi pemimpin. Allah pasti akan menang malangnya kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.و نحن الآن وقد اشتد ساعد الدعوة و صلب عودها و أصبحت تستطيع أن توجه و لا توجه و أن تؤثر و لا تتأثر , نهيب بالكبراء و الأعيان و الهيئات و الأحزاب أن ينضموا إلينا , و أن يسلكوا سبيلنا و أن يعملوا معنا و أن يتركوا هذه المظاهر الفارغة التي لا غناء فيها , و يتوحدوا تحت لواء القرآن العظيم يستظلوا براية النبي الكريم و منهاج الإسلام القويم , فإن أجابوا فهو خيرهم و سعادتهم في الدنيا و الآخرة و تستطيع الدعوة بهم أن تختصر الوقت و الجهود , و إن أبوا فلا بأس علينا أن ننتظر قليلا و نلتمس المعونة من الله و حده حتى يحاط بهم أو يسقط في أيديهم و يضطرون إلى العمل للدعوة أذنابا و قد كانوا يستطيعون أن يكونوا رؤساء  , ( وَاللهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَعْلَمُونَ) (يوسف:21)
4. Beransur-ansur Dalam Setiap Langkah4 – التدرج في الخطوات
Berperingkat, menekankan aspek tarbiyah, di samping memahami dengan jelas setiap langkah yang dilalui oleh Ikhwan al-Muslimin. Semua ini diambil kerana Ikhwan meyakini bahawa mana-mana gerakan perlu melalui tiga fasa (marhalah) iaitu fasa penerangan, menyebarkan fikrah dan menyampaikannya kepada segenap lapisan masyarakat. Fasa seterusnya adalah fasa pembinaan, memilih pendokong, membentuk kader dan menggabungkan mereka yang diseru tadi. Fasa berikutnya adalah fasa pelaksanaan, beramal dan mengeluarkan hasil. Pada kebiasaannya ketiga-tiga fasa ini berjalan serentak bergantung kepada keutuhan dakwah dan kekuatan hubungan sesama pendokong dakwah. Ini bermakna seorang pendakwah akan berdakwah, dalam masa yang sama dia akan memilih dan mendidik, dalam masa yang sama juga dia akan bekerja dan melaksana.وأما التدرج والاعتماد على التربية ووضوح الخطوات في طريق الإخوان المسلمين، فذلك أنهم اعتقدوا أن كل دعوة لابد لها من مراحل ثلاث: مرحلة الدعاية والتعريف والتبشير بالفكرة وإيصالها إلى الجماهير من طبقات الشعب، ثم مرحلة التكوين وتخير الأنصار وإعداد الجنود وتعبئة الصفوف من بين هؤلاء المدعوين، ثم بعد ذلك كله مرحلة التنفيذ والعمل والإنتاج، وكثيراً ما تسير هذه المراحل الثلاث جنباً إلى جنب نظراً لوحدة الدعوة وقوة الارتباط بينها جميعاً، فالداعي يدعو، وهو في الوقت نفسه يتخير ويربي، وهو في الوقت عينه يعمل وينفذ كذلك .
Sudah tentu, matlamat akhir atau hasil keseluruhan hanya akan dapat dirasai apabila penerangan telah cukup meluas, pendokong telah bertambah ramai dan pembinaan telah mantap. ولكن لاشك في أن الغاية الأخيرة أو النتيجة الكاملة لا تظهر إلا بعد عموم الدعاية وكثرة الأنصار، ومتانة التكوين.
Dakwah kita telah bergerak berpandukan ketiga-tiga fasa ini dan ia masih terus bergerak. Kita telah mulakan dakwah ini. Kita telah kemukakan dakwah ini kepada umat Islam melalui pelbagai siri pengajian, melalui lawatan-lawatan dari semasa ke semasa, melalui pelbagai bahan cetakan, melalui keramaian terbuka mahupun tertutup, melalui akhbar Ikhwan al-Muslimin yang pertama kemudian diikuti dengan majalah mingguan al-Nazir. Kita masih berdakwah dan kita akan terus berdakwah sehingga semua orang tahu tentang dakwah Ikhwan al-Muslimin yang sebenar dengan gambaran yang betul. Allah pasti akan menyempurnakan cahaya-Nya.في حدود هذه المراحل سارت دعوتنا ولا تزال تسير، فقد بدأنا بالدعوة فوجهناها إلى الأمة في دروس متتالية وفي رحلات متلاحقة وفي مطبوعات كثيرة وفي حفلات عامة وخاصة، وفي جريدة الإخوان المسلمين الأولى ثم في مجلة النذير الأسبوعية، ولا زلنا ندعو، وسنظل كذلك، حتى لا يكون هناك فرد واحد لم تصله دعوة الإخوان المسلمين على حقيقتها الناصعة، وعلى وجهها الصحيح، ويأبى الله إلا أن يتم نوره،
Pada tahap ini, saya merasakan kita telah tiba ke satu tahap di mana kita merasa yakin bahawa kita telah melakukan segala-galanya. Hasilnya, setiap orang yang beriltizam dengan tanggungjawab yang telah kita gariskan kini boleh melangkah ke fasa kedua iaitu fasa memilih, membina dan mengerah tenaga.وأظن أننا وصلنا في هذه المرحلة إلى درجة نطمئن عليها وعلى اطراد السير فيها، وصار من ألزم واجباتنا أن نخطو الخطوة الثانية، خطوة الاختيار والتكوين والتعبئة .
Kita melangkah ke fasa kedua melalui tiga cara:خطونا الخطوة الثانية في صور ثلاث:
1.  Katibah. Bertujuan menguatkan saf melalui saling kenal mengenali, menjalinkan semua jiwa dan roh, menentang adat kebiasaan, berlatih supaya mempunyai hubungan yang erat dengan Allah dan mengharapkan bantuan-Nya. Ini adalah institut pentarbiyahan rohani Ikhwan al-Muslimin.1 ـ الكتائب: ويراد بها تقوية الصف بالتعارف، وتمازج النفوس والأرواح ومقاومة العادات والمألوفات، والمران على حسن الصلة بالله تبارك وتعالى، واستمداد النصر منه، وهذا هو معهد التربية الروحية للإخوان المسلمين.
2.  Pasukan pengakap, peninjau, pengembara dan sukan. Langkah ini bertujuan menguatkan saf dengan meningkatkan jasmani Ikhwan, membiasakan Ikhwan supaya taat, berdisiplin, memiliki ciri-ciri kesukanan yang baik, mendidik mereka dengan ciri-ciri ketenteraan yang betul sebagaimana diwajibkan oleh Islam kepada semua muslim. Ini adalah institut pendidikan jasmani Ikhwan al-Muslimin.2 ـ الفرق للكشافة والجوالة والألعاب الرياضية: ويراد بها تقوية الصف بتنمية جسوم الإخوان، وتعويدهم الطاعة والنظام والأخلاق الرياضية الفاضلة، وإعدادهم للجندية الصحيحة التي يفرضها الإسلام على كل مسلم، وهذا هو معهد التربية الجسمية للإخوان المسلمين.
3.  Pengajian ilmu melalui katibah atau pusat-pusat Ikhwan al-Muslimin. Langkah ini bertujuan meningkatkan fahaman Ikhwan melalui perbincangan menyeluruh yang menyentuh perkara-perkara penting yang perlu diketahui oleh seorang saudara muslim berkenaan agama dan dunianya. Ini adalah institut pendidikan ilmu dan pemikiran Ikhwan al-Muslimin.3 ـ درس التعاليم في الكتائب أو في أندية الإخوان المسلمين: ويراد بها تقوية الصف بتنمية أفكار الإخوان وعقولهم بدراسة جامعة لأهم ما يلزم الأخ المسلم معرفته لدينه ودنياه، وهذا هو معهد التربية العلمية والفكرية للإخوان المسلمين،
Selain itu, terdapat pelbagai kegiatan lain yang bertujuan melatih Ikhwan melaksanakan tanggungjawab yang menanti mereka sebagai sebuah jamaah yang mempersiapkan diri untuk memimpin umat Islam malah untuk membimbing seluruh manusia.ذلك إلى مختلف نواحي النشاط الأخرى التي يدرب بها الإخوان على الواجب الذي ينتظرهم كجماعة تعد نفسها لقيادة أمة، بل لهداية العالمين.
Selepas kita yakin dengan kedudukan kita dalam fasa ini, barulah dengan izin Allah kita akan melangkah ke fasa ketiga iaitu fasa pelaksanaan yang akan menunjukkan hasil lengkap dakwah Ikhwan al-Muslimin.بعد أن نطمئن على موقفنا من هذه الخطوة نخطو إن شاء الله الخطوة الثالثة، وهي الخطوة العملية التي تظهر بعدها الثمار الكاملة لدعوة الإخوان المسلمين .
Telusمصارحة
Wahai Ikhwan al-Muslimin terutama mereka yang bersemangat dan gopoh; Dengarlah kata-kata saya yang bergema dari atas pentas dalam perhimpunan agung ini. Segala langkah dan sempadan dalam jalan kamu ini telahpun digariskan. Saya tidak akan melanggar sempadan ini yang saya sendiri yakini sepenuhnya bahawa ia adalah jalan yang paling selamat untuk sampai ke matlamat. Benar, jalan ini mungkin jauh namun tiada jalan lain selain jalan ini. Kejantanan akan terserlah melalui keupayaan untuk bersabar, tabah, gigih dan usaha yang berterusan. Sesiapa di kalangan kamu yang terlalu cepat mahu mengutip hasil sebelum tempoh matang atau memetik bunga sebelum sampai masanya maka saya tidak akan bersetuju dengannya sama sekali. Lebih baik dia berundur daripada dakwah ini kepada gerakan lain. Sesiapa yang mampu bersabar dengan saya hingga benih tadi berkembang, tumbuh sebagai pokok, mengeluarkan buah yang baik dan tiba masa untuk memetiknya maka kesabarannya akan diberikan ganjaran oleh Allah. Kita akan memperolehi salah satu daripada ganjaran berikut iaitu kemenangan dan ketuanan atau mati syahid dan kebahagiaan yang abadi. أيها الإخوان المسلمون وبخاصة المتحمسون المتعجلون منكم :اسمعوها مني كلمة عالية داوية من فوق هذا المنبر في مؤتمركم هذا الجامع : إن طريقكم هذا مرسومة خطواته موضوعة حدوده . ولست مخالفاً هذه الحدود التي اقتنعت كل الاقتناع بأنها أسلم طريق للوصول ، أجل قد تكون طريقاً طويلة ولكن ليس هناك غيرها . إنما تظهر الرجولة بالصبر والمثابرة والجد والعمل الدائب ، فمن أراد منكم أن يستعجل ثمرة قبل نضجها أو يقتطف زهرة قبل أوانها فلست معه في ذلك بحال ، وخير له أن ينصرف عن هذه الدعوة إلي غيرها من الدعوات . ومن صبر معي حتى تنمو البذرة وتنبت الشجرة وتصلح الثمرة ويحين القطاف فأجره في ذلك علي الله ، ولن يفوتنا وإياه أجر المحسنين : إما النصر والسيادة ، وإما الشهادة والسعادة .
Wahai Ikhwan Al-Muslimin,أيها الإخوان المسلمون :
Jalinkan sentuhan emosi dengan pandangan akal. Sinari pancaran akal dengan kehangatan emosi. Iringi imaginasi dengan realiti. Terokailah realiti dengan bertemankan khayalan yang indah. Janganlah kamu cenderung kepada sesuatu secara melampau-lampau, sehingga kamu menjadikan yang lain seperti barang yang tergantung di awang-awangan. Janganlah kamu melawan hukum alam kerana hukum alam ini begitu berkuasa. Namun kuasailah ia, gunakanlah ia, alihkanlah haluannya dan gabungkan segala elemen yang ada. Selepas itu, nantikanlah detik kemenangan yang akan kamu perolehi tidak lama lagi.ألجموا نزوات العواطف بنظرات العقول ، وأنيروا أشعة العقول بلهب العواطف ، وألزموا الخيال صدق الحقيقة والواقع ، واكتشفوا الحقائق في أضواء الخيال الزاهية البراقة . ولا تميلوا كل الميل فتذروها كالمعلقة ، ولا تصادموا نواميس  الكون فأنها غلابة ، ولكن غالبوها واستخدموها وحولوا تيارها واستعينوا ببعضها علي بعض ، وترقبوا ساعة النصر وما هي منكم ببعيد .
Wahai Ikhwan al-Muslimin,أيها الإخوان المسلمون
Kamu mencari keredaan Allah dan berharap semoga memperolehi ganjaran serta reda-Nya. Semua itu akan kamu nikmati jika kamu benar-benar ikhlas. Kamu tidak akan disoal tentang hasil usaha kamu sebaliknya Allah menuntut supaya kamu jujur dalam halatuju kamu dan benar-benar membuat persediaan. Jika apa yang kita lakukan ini silap kita akan mendapat ganjaran sebagai orang yang bekerja dan berjuang. Jika apa yang kita lakukan itu benar kita akan beroleh ganjaran sebagai orang yang beroleh kejayaan dan orang yang melakukan tindakan yang betul. Walau bagaimanapun, pengalaman yang lalu dan masakini membuktikan bahawa hanya jalan kamu ini sahaja yang membawa kebaikan, hanya pendekatan kamu ini sahaja yang membuahkan hasil, hanya melalui apa yang kamu lakukan inilah yang betul. Oleh itu jangan kamu sia-siakan usaha kamu dan jangan kamu pertaruhkan kejayaan kamu. Bekerjalah, Allah akan bersama kamu. Allah tidak akan mensia-siakan amalan kamu dan kejayaan hanyalah untuk orang yang bekerja.إنكم  تبتغون وجه الله وتحصيل مثوبته ورضوانه ، وذلك مكفول لكم ما دمتم مخلصين . ولم يكلفكم الله نتائج الأعمال ولكن كلفكم صدق التوجه وحسن الاستعداد ، ونحن بعد ذلك إما مخطئون فلنا أجر العاملين المجتهدين ، وإما مصيبون فلنا أجر الفائزين المصيبين . علي أن التجارب في الماضي والحاضر قد أثبتت أنه لا خير إلا طريقكم ، ولا إنتاج إلا مع خطتكم ، ولا صواب إلا فيما تعملون ، فلا تغامروا بجهودكم ولا تقامروا بشعار نجاحكم . واعملوا والله معكم ولن يتركم أعمالكم والفوز للعاملين   
Dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmat-Nya kepada orang-orang (yang beriman). (Al-Baqarah: 143)(وَمَا كَانَ اللهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ إِنَّ اللهَ بِالنَّاسِ لَرَؤُوفٌ رَحِيمٌ) (البقرة:143) .
Bilakah Tibanya Fasa Pelaksanaan Kita?متي تكون خطوتنا التنفيذية ؟
Wahai Ikhwan al-Muslimin,أيها الإخوان المسلمون :
Kita berada di dalam suatu perhimpunan yang saya anggap sebagai perhimpunan keluarga yang menggabungkan seluruh keluarga Ikhwan al-Muslimin. Jadi saya mahu berterus terang dengan kamu kerana tiada guna lagi saya berselindung.نحن هنا في مؤتمر أعتبره مؤتمراً عائلياً يضم أسرة الإخوان المسلمين ، وأريد أن أكون معكم صريحاً للغاية فلم تعد تنفعنا إلا المصارحة :
Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal. Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap. Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal. Medan berjihad yang hakiki tidak sama dengan medan berjihad yang palsu.إن ميدان القول غير ميدان الخيال ، وميدان العمل غير ميدان القول ، وميدان الجهاد غير ميدان العمل ، وميدان الجهاد الحق غير ميدان الجهاد الخاطئ .
Ramai yang mudah berkhayal namun tidak semua apa yang terbayang di kepala mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ramai yang mampu bercakap namun hanya segelintir daripadanya yang mampu bersabar ketika beramal. Ramai di kalangan segelintir ini yang mampu beramal namun hanya segelintir sahaja di kalangan mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan amal yang nekad. Para mujahid yang kecil jumlahnya ini mungkin akan tersilap jalan dan tidak menepati sasaran jika tidak kerana mereka dipelihara oleh Allah. Kisah Talut menjelaskan apa yang saya katakan ini. Oleh itu, siapkanlah diri kamu, pupuklah jiwa kamu dengan tarbiyah yang betul, latihan yang ketat dan ujilah diri kamu beramal dengan kerja-kerja yang keras, tidak disukai dan menyukarkan. Kekanglah segala kehendak dan adat kebiasaannya.يسهل علي كثير ين أن يتخيلوا ، ولكن ليس كل خيال يدور بالبال يستطاع تصويره أقوالا باللسان ، وإن كثيرين يستطيعون أن يقولوا ولكن قليلاً من هذا الكثير يثبت عند العمل ، وكثير من هذا القليل يستطيع أن يعمل ، ولكن قليلا منهم يقدر علي حمل أعباء الجهاد الشاق والعمل المضني . وهؤلاء المجاهدون وهم الصفوة القلائل من الأنصار قد يخطئون الطريق ولا يصيبون الهدف إن لم تتداركهم عناية الله ، وفي قصة طالوت بيان لما أقول ، فأعدوا أنفسكم وأقبلوا عليها بالتربية الصحيحة والاختبار الدقيق وامتحنوها بالعمل ، العمل القوي البغيض لديها الشاق عليها ، وافطموها عن شهواتها ومألوفاتها وعاداتها .
Wahai Ikhwan al-Muslimin sekalian, suatu masa nanti apabila jumlah kamu mencecah tiga ratus katibah di mana setiap katibah telah melengkapkan rohani mereka dengan iman dan akidah, mental mereka dengan ilmu dan pengetahuan, tubuh mereka dengan latihan dan riadah, pada ketika itu, jika kamu tuntut agar saya mengharungi gelora laut bersama kamu atau merempuh angkasa raya atau memerangi semua manusia yang engkar dan bermaharalela, dengan izin Allah saya akan setuju. Benar sekali apa yang dikatakan oleh Rasulullah saw.: وفي الوقت الذي يكون فيه منكم ـ معشر الإخوان المسلمين ـ ثلاثمائة كتيبة قد جهزت كل منها نفسيا روحياً بالإيمان والعقيدة ، وفكرياً بالعلم والثقافة ، وجسمياً بالتدريب والرياضة ، في هذا الوقت طالبوني بأن أخوض بكم لحج البحار ، وأقتحم بكم عنان السماء . وأغزو بكم كل عنيد جبار ، فإني فاعل إن شاء الله ، وصدق رسول الله القائل:
“Dua belas ribu orang tidak akan ditewaskan kerana bilangan mereka yang sedikit.” (ولن يغلب اثنا عشر ألفاً من قلة).
Saya menjangkakan masa yang dinanti itu akan tiba tidak lama lagi setelah Allah memberikan taufik-Nya dan membekalkan bantuan-Nya serta keizinan-Nya. Kamu wahai para anggota dan pemimpin Ikhwan, kamu boleh memendekkan tempoh ini jika kamu kerahkan segala tumpuan kamu dan kamu gandakan usaha kamu. Jika kamu cuai maka andaian ini akan berubah dan hasilnya akan berbeza. Oleh itu, tanamkan dalam diri kamu rasa tanggungjawab ini, bentuklah katibah dan kumpulan, tumpukan pada pengajian, percepatkan latihan dan sebarkan dakwah kamu ke kawasan yang masih belum menerimanya. Jangan kamu sia-siakan walaupun seminit tanpa sebarang usaha.إني أقدر لذلك وقتاً ليس طويلاً بعد توفيق الله واستمداد معونته وتقديم إذنه ومشيئته ، وقد تستطيعون أنتم معشر نواب الإخوان ومندوبهم أن تقصروا هذا الآجل إذا بذلتم همتكم وضاعفتم جهودكم ، وقد تهملون فيخطئ هذا الحساب ، وتختلف النتائج المترتبة عليه ، فأشعروا أنفسكم العبء وألقوا الكتائب وكونوا الفرق ، وأقبلوا علي الدروس ، وسارعوا إلي التدريب وانشروا دعوتكم في الجهاد التي لم تصل إليها بعد ، ولا تضيعوا دقيقة بغير عمل .
Mungkin sesiapa yang mendengar ucapan ini akan beranggapan bilangan Ikhwan al-Muslimin masih belum ramai atau usaha mereka masih belum mantap. Bukan itu tujuan saya dan bukan itu yang saya maksudkan. Segala puji bagi Allah, anggota Ikhwan al-Muslimin ramai. Sebuah jamaah yang beribu anggotanya hadir ke dalam perhimpunan seperti ini di mana setiap yang hadir ini adalah wakil kepada setiap bahagian sudah tentu tidak boleh diperkecilkan jumlah atau usaha atau haknya. Walau bagaimanapun apa yang ingin saya maksudkan di sini sebenarnya merujuk kepada apa yang saya katakan di awal tadi iaitu lelaki yang bercakap bukan lelaki yang bekerja, lelaki yang bekerja bukan lelaki yang berjihad, lelaki yang berjihad sahaja bukan lelaki yang berjihad secara produktif dan bijak memperolehi keuntungan maksimum dengan usaha minimum. وقد يظن من يسمع هذا أن الإخوان المسلمين قليل عددهم أو ضعيف مجهودهم ، ولست إلى هذا أقصد وليس هذا هو مفهوم كلامي ، فالإخوان المسلمون والحمد لله كثيرون ، وإن جماعة يمثلها في هذا الاجتماع آلاف من أعضائها كل منهم ينوب عن شعبة كاملة لأكثر من أن يستقل عددها أو ينسي مجهودها أو يغمط حقها ، ولكن أقصد إلى ما ذكرت أولا من أن رجل القول غير رجل العمل , و رجل العمل غير رجل الجهاد , و رجل الجهاد فقط غير رجل الجهاد المنتج الحكيم الذي يؤدي إلى أعظم الربح بأقل التضحيات .
5. Utamakan Aspek Yang Praktikal5 – إيثار الناحية العملية
Ikhwan memilih untuk mengutamakan aspek praktikal berbanding aspek diayah dan propaganda. Ikhwan meletakkan keutamaan ini dalam pendekatan mereka kerana beberapa perkara:و أما إيثار الناحية العملية فقد أثارها في نفوس الإخوان و دعا إليها في منهاجهم أمور :
– Antaranya ialah kerana mengambil kira saranan Islam dalam aspek ini di samping rasa bimbang apabila segala amalan dicemari sifat riak. Sifat riak ini akan menyebabkan segala-galanya menjadi sia-sia. Dasar ini juga bagi mengambil jalan tengah antara sikap menunjuk-nunjuk (riak) dengan saranan Islam sendiri yang menggalakkan usaha menghebohkan amalan yang baik, menyuruh manusia melakukannya dan segera menzahirkan kebaikan supaya dirasai oleh orang lain. Kesemua aspek ini pada zahirnya tidak jauh berbeza. Jarang sekali yang berjaya membezakannya kecuali dengan taufik Allah.منها ما جاء في الإسلام خاصا بهذه الناحية بالذات , و مخافة أن تشوب هذه الأعمال شوائب الرياء فيسرع إليها التلف و الفساد و الموازنة بين هذه النظرة و بين ما ورد في   إذاعة الخير والأمر به والمسارعة إلى إعلانه ليتعدى نفسه , أمر دقيق قلما يتم إلا بتوفيق .
– Antara sebabnya lagi ialah Ikhwan pada dasarnya tidak mahu manusia bergantung hanya kepada propaganda palsu dan provokasi yang tidak diiringi dengan amalan. Semua cara ini sebenarnya hanya menimbulkan pelbagai keburukan, penyelewengan dan kepincangan yang besar kepada umat ini.و منها نفور الإخوان الطبيعي من اعتماد الناس على الدعايات الكاذبة و التهريج الذي ليس من ورائه عمل , و ما أنتجه في هذه الأمة من أثر سيئ و تضليل كبير و فساد ملموس .
– Antaranya lagi ialah Ikhwan bimbang cara ini akan menyebabkan dakwah terpaksa berhadapan dengan tindakan keras musuh atau muslihat sahabat. Kedua-dua ancaman ini boleh menghalang atau membantutkan segala usaha ke arah mencapai matlamat.و منها ما كان يخشاه الإخوان من معاجلة الدعوة بخصومة حادة أو صداقة ضارة ينتج عن كليهما تعويق السير أو تعطيل عن الغاية .
Ikhwan mengambil kira semua perkara ini. Mereka memilih untuk bekerja dengan gigih dan pantas dalam jalan dakwah ini. Walaupun itu bermakna apa yang mereka lakukan tidak disedari oleh sesiapa kecuali orang yang berada di sekeliling mereka atau tidak memberi kesan kecuali pada persekitaran mereka sahaja.كل هذه أمور و ضعها الإخوان في ميزانهم آثروا أن يسيروا في دعوتهم بجد و إسراع و إن لم يشعر بهم إلا من حولهم , و إن لم يؤثر ذلك إلا في محيطهم .
Tidak ramai yang tahu bahawa ada antara pendakwah Ikhwan yang tamat bekerja pada waktu Asar hari Khamis, pada waktu Isyak dia telahpun berada di Elminya berceramah kepada masyarakat setempat, pada waktu sembahyang Jumaat pula dia menyampaikan khutbah di Manfalut, pada waktu Asar dia berceramah di Asyout, selepas Isyak dia memberi ceramah di Sohaj kemudian seperti biasa pada awal pagi Sabtu dia telah berada di tempat kerjanya di Kaherah sebelum rakan-rakan sekerja yang lain tiba. Empat perhimpunan besar dihadiri oleh seorang pendakwah Ikhwan di pelusuk negara dalam tempoh tiga puluh jam. Setelah itu dia kembali bekerja seperti biasa dengan jiwa yang tenang. Dia bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan taufik kepadanya. walaupun tiada siapa yang menyedarinya kecuali mereka yang mendengar ceramahnya.قليل من الناس من يعرف أن الداعية من دعاة الإخوان قد يخرج من عمله المصلحي في عصر الخميس , فإذا هو في العشاء بالمنيا يحاضر الناس , و إذا هو في صلاة الجمعة يخطب بمنفلوط , فإذا هو في العصر يحاضر بأسيوط , و بعد العشاء يحاضر بسوهاج , ثم يعود أدراجه هادئ النفس مطمئن القلب يحمد الله على ما وفقه إليه و لا يشعر به إلا الذين استمعوه .
Jika usaha ini dilakukan oleh bukan Ikhwan sudah tentu riuh rendah dunia ini dengan pelbagai diayah dan propaganda. Namun Ikhwan sebagaimana yang saya katakan lebih memilih agar masyarakat melihat mereka sebagai orang yang bekerja. Terserahlah kepada sesiapa yang tertarik dengan gerak kerja ini. Orang yang tidak mampu dipengaruh dengan gerak kerja tidak akan mampu dibimbing dengan kata-kata.هذا مجهود لو قام به غير الإخوان لملأ الدنيا صياحا و دعاية , و لكن الإخوان ـ لما قدمت ـ يؤثرون ألا يراهم الناس إلا عاملين , فمن أقنعه العمل فبها , و من لم يؤثر فيه العمل فلن يرشده القول .
Kemungkinan seorang Ikhwan akan berjauhan selama sebulan atau dua bulan daripada keluarga, rumah, isteri dan anak kerana berdakwah. Pada waktu malam dia berceramah dan pada waktu siang dia mengembara. Satu hari di Hazwa dan satu hari di Aqiq. Dia menyampaikan lebih daripada enam puluh ceramah di timur dan barat negara. Mungkin ceramah-ceramah ini dihadiri oleh beribu-ribu manusia daripada pelbagai lapisan masyarakat. Namun demikian selepas berceramah dia berpesan supaya ceramah itu tidak dijadikan bahan propaganda atau diayah.قد يقضي الأخ شهرا أو شهرين بعيدا عن أهله و بيته و زوجه و ولده يدعو إلى الله , هو في الليل محاضر و في النهار مسافر , يوما بحزوى و يوما بالعقيق , فيلقي أكثر من ستين محاضرة من شرق القطر إلى غربه , و قد تضم الحفلات التي يحاضر فيها الآلاف من مختلف الطبقات , ثم هو بعد ذلك يوصي ألا يكون محل دعاية أو إعلان .
Ikhwan telah mengadakan perkhemahan contoh di Iskandariah yang berlangsung selama hampir sebulan dan benar-benar menjadi perkhemahan contoh. Perkhemahan ini menggabungkan latihan mental dan rohani dengan latihan badan dan fizikal. Perkhemahan ini dapat menonjolkan dengan jelas nilai-nilai riadah dan ketenteraan yang bersepadu. Nilai-nilai ini dapat dilihat sepanjang tempoh perkhemahan ini. Perkhemahan yang penuh berkat ini menyatukan seratus pemuda yang bertakwa dan beriman. Namun perkhemahan ini hanya diketahui oleh Ikhwan al-Muslimin yang hadir sahaja.يعقد الإخوان معسكرا نموذجيا بالأسكندرية قرابة شهر فيكون معسكرا نموذجيا بحق , يجمع رياضة الفكر و الروح إلى رياضة البدن و الجسم , و تتمثل فيه بجلاء وضوح المعاني الرياضية و العسكرية الكاملة , و يدوم ذلك طول هذه الفترة , و يضم تحت خيامه المباركة مائة من الشباب التقي المؤمن , فلا يكون لذلك صداه في غير من حضروه من الإخوان المسلمين .
Perhimpunan agung seperti yang kamu adakan inilah sebenarnya parlimen Mesir. Di sini semua wakil daerah, kawasan, kampung dan bandar dari segenap lapisan masyarakat hadir. Kamu hadir di sini semata-mata kerana keinginan yang tinggi untuk melakukan tindakan yang produktif. Oleh itu kita jemput kamu semua. Di sini di tempat yang penuh berkat ini kamu wahai sekalian Ikhwan al-Muslimin datang berhimpun.يعقد مؤتمر كمؤتمركم هذا  و هو في الواقع أصدق برلمان لمصر إذ مثلت فيه مديرياتها و مراكزها و قراها و حواضرها من كل الطبقات أصدق تمثيل , و قد حضرتم جميعا لا يحملكم إلى ذلك إلا الرغبة الأكيدة في العمل المنتج , فنوجه إليكم الدعوة و يضمكم معشر الإخوان المسلمين هذا المكان المبارك .
Ikhwan telah melakukan semua ini dan akan melakukan apa sahaja pengislahan yang dapat menghasilkan natijah yang terbaik namun mereka tidak menghebohkannya dan tidak pula akan mencanangkannya. Mereka tidak menghebahkan apa yang berlaku apatah lagi untuk menokok tambah. Jika kegiatan-kegiatan seperti ini dilakukan oleh pertubuhan lain sudah tentu seluruh dunia akan riuh rendah. Semua yang ada di timur dan barat akan dapat mendengarnya. Semua itu tidak menghairankan kerana kita berada di era propaganda.يقوم الإخوان المسلمون بهذا و بغيره من ضروب الإصلاح التي تنتج أحسن الآثار ثم هم بذلك لا يتشدقون و لا يباهون , و لا يذكرون حتى الحقيقة فضلا عن المبالغة و الإغراق , و لو كان بعض هذا النشاط و بعض هذه الأعمال مما يوفق إليه غير الإخوان من الهيئات لملئوا الدنيا صراخا , و لأسمعوا من في المشرق و المغرب , و عجب فنحن في عصر الدعايات .
Wahai Ikhwan,أيها الإخوان :
Nilai yang kamu perjuangkan ini adalah nilai yang baik dan betul, langkah yang dipuji oleh Allah dan manusia. Oleh itu teruskanlah, apa yang kamu lakukan ini tidak salah. Cuma kini kamu perlu ambil perhatian kerana dakwah telah memaksa kamu untuk menjangkaui sempadan yang sempit kepada medan amal yang luas. Dakwah itu sendiri telah menonjol dan masyarakat mula bertanya tentang dakwah dan tentang kamu. Ada pula pihak yang tidak berkenaan secara sukarela menceritakan tentang kamu kepada orang lain walaupun dia tidak tahu menahu tentang kamu. Oleh itu, kamu wajib jelaskan kedudukan kamu, cara kerja kamu, gagasan kamu dan pendekatan kamu kepada orang ramai. Kamu perlu tonjolkan langkah-langkah ini kepada orang ramai bukan untuk tujuan berbangga tetapi untuk membimbing umat ke arah kebaikan. Hantarkanlah tulisan kamu kepada al-Nazir kerana ia adalah lidah rasmi kamu. Hantarlah tulisan kamu kepada akhbar harian kerana saya rasa ia tidak menghalang kerja kamu. Cuma pastikan kamu jujur dan tidak menulis perkara yang tidak benar. Pastikan diayah kamu terikat dengan tatasusila dan akhlak. Berusahalah memastikan kamu dapat menyatukan hati-hati manusia. Hendaklah setiap kali dakwah kamu melangkah setapak ke hadapan kamu merasakan semua itu adalah kurniaan Allah.ذلك المعنى الذي تقصدون إليه معنى جميل حقا و خطة محمودة عند الله و عند الناس , فادرجوا عليها و لا بأس عليكم ,  و لكن لا حظوا أنكم الآن و قد أرغمتكم الدعوة على أن تتخطوا الحواجز الخاصة إلى الميادين الواسعة , و قد أظهرت الدعوة نفسها فأخذ الناس يتساءلون عنها و عنكم , و أخذ بعض الفضوليين يتطوع بتصويركم لغيركم و هو لا يدري قليلا و لا كثيرا من شؤونكم , فقد وجب عليكم أن تبينوا للناس غايتكم و وسيلتكم و حدود فكرتكم و منهاج أعمالكم , و أن تعلنوا هذه الأعمال على الناس لا للمباهاة بها و لكن للإرشاد إلى ما فيها من نفع للأمة و خير لأبنائها فاكتبوا إلى النذير و هي لسانكم , و اكتبوا إلى الصحف اليومية و أظنها لا تقف ي سبيلكم , و احرصوا على أن تكونوا صادقين لا تتجاوزون الحقيقة , و أن تكون دعايتكم في حدود الأدب الكامل و الخلق الفاضل و الحرص التام على جمع القلوب و تأليف الأرواح , و استشعروا كلما ظهرت دعوتكم أن الفضل في ذلك كله لله :
Bahkan (kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka) Allah jualah yang berhak membangkit-bangkitkan budi-Nya kepada kamu, kerana Dialah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu), kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (Al-Hujurat: 17)(بَلِ اللهُ يَمُنُّ عَلَيْكُمْ أَنْ هَدَاكُمْ لِلإِيمَانِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ) (الحجرات:17) .
6. Sambutan Para Pemuda Terhadap Dakwah Ini6 – إقبال الشباب على الدعوة
Soal sambutan pemuda terhadap dakwah ini, dan perkembangan yang memberangsangkan di tempat yang paling subur untuk apa jua gerakan iaitu golongan pekerja dan pertengahan, semuanya itu adalah taufik Allah dan kita bersyukur kepada Allah. Di mana-mana, para pemuda menyambut dakwah Ikhwan. Mereka menyakini, membantu dan menyokongnya. Mereka berikrar dengan nama Allah untuk bangkit dan bekerja demi dakwah ini.و أما إقبال الشباب على الدعوة , و نموها في كثير من الأوساط التي هي أخصب المنابت للدعوات التي هي أخصب المنابت للدعوات من الطبقات العاملة و الوسطى , فتوفيق كبير نحمد الله عليه , فقد أقبل الشباب من كل مكان على دعوة الإخوان يؤمن بها و يؤيدها و يناصرها , و يعاهد الله على النهوض بحقها و العمل في سبيلها .
Beberapa tahun yang lalu terdapat enam orang pemuda universiti tampil ke hadapan menyerahkan jiwa dan tenaga mereka untuk Allah. Allah mengetahui niat mereka dan Allah membantu serta memberi kekuatan kepada mereka. Hasilnya, seluruh universiti menjadi penyokong Ikhwan al-Muslimin yang mengasihi, menghormati dan mendoakan kejayaan mereka. Di kalangan para pemuda universiti ini lahir sekumpulan pemuda yang baik dan beriman. Mereka bekerja berhempas pulas untuk dakwah dan menyebarkan dakwah Ikhwan ke seluruh negara.تقدم ستة من شباب الجامعة منذ سنوات يهبون الله نفوسهم و جهودهم , و علم الله منهم ذلك فأيدهم و آزرهم , فإذا بالجامعة كلها من أنصار الإخوان المسلمين تحبهم و تحترمهم و تتمنى لهم النجاح  , و إذا من الشباب الجامعي فئة كريمة مؤمنة تتفانى في الدعوة و تبشر بها في كل مكان .
Demikian juga dengan Universiti al-Azhar al-Sharif. Al-Azhar adalah sebuah pusat dakwah Islam dan penyumbang besar kepada Islam. Tidak hairan jika al-Azhar mengisytiharkan dakwah Ikhwan adalah dakwah mereka dan matlamat Ikhwan adalah matlamat mereka. Malah keanggotaan dan pusat-pusat Ikhwan dipenuhi para pemuda al-Azhar yang bersemangat tinggi, para ulamaknya yang dihormati termasuk para guru dan penceramahnya. Kewujudan mereka memberi kesan yang besar kepada penyebaran dakwah dan sokongan yang diperolehi di segenap tempat.قل مثل ذلك في الأزهر الشريف , و الأزهر بطبعه معقل الدعوة الإسلامية و موئل الإسلام , فليس غريبا عليه أن يعتبر دعوة الإخوان المسلمين دعوته و أن يعد غايتها غايته , و أن تمتلئ الصفوف الإخوانية و الأندية الإخوانية بشبابه الناهض و علمائه الفضلاء و مدرسيه و وعاظه , و أن يكون لهم جميعا أكبر الأثر في نشر الدعوة و تأييدها و المناداة بها في كل مكان ,
Namun demikian bukan para pemuda di kalangan penuntut universiti sahaja yang menerima dakwah ini. Malahan hampir kesemua lapisan masyakarat yang beriman menyambut baik dakwah ini. Ini sudah tentu menjadi faktor yang membantu kemenangan dakwah ini. Jika dahulu kebanyakan pemuda ini terumbang-ambing namun kini Allah telah memberikan mereka hidayah. Jika mereka selama ini kebingungan namun kini Allah membimbing mereka. Jika dahulu jenayah suatu kebiasaan bagi mereka namun kini Allah memberi taufik supaya mereka taat kepada-Nya. Mereka selama ini tidak tahu matlamat hidup mereka namun kini matlamat sudah terpampang di hadapan mereka.و لم يقتصر إقبال الشباب على طوائف الطلبة و الفضلاء و من إليهم , بل إن كثيرا من طبقات الشعب المؤمنة أقبل على الدعوة و كان خير معوان في مناصرتها , و إن كثيرا من الشباب كان ضالا فهداه الله و كان حائرا فأرشده الله , و كانت المعصية له عادة فوفقه الله إلى الطاعة , و كان لا يعرف له غاية من الحياة فوضحت أمامه الغاية ,
Allah memimpin sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang dan peraturan-Nya) kepada nur hidayah-Nya itu. (An-Nur: 35)(يَهْدِي اللهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشَاءُ) (النور:35) .
Kita merasakan semua itu adalah tanda-tanda wujudnya taufik Allah. Kita dapat rasakan wujudnya perkembangan baru yang memberi semangat kepada kita untuk terus bersabar dan melipat gandakan usaha. Namun kita yakin segala kemenangan itu datang daripada Allah yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.و إنا لنعتبر ذلك من علامات التوفيق و نلمس كل يوم تقدما جديدا في هذا الباب  يدعونا إلى الأمل القوي و المثابرة و مضاعفة الجهود , (وَمَا النَّصْرُ إِلا مِنْ عِنْدِ اللهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ) (آل عمران:126) .  
7. Cepat Tersebar Di Kampung Dan Seluruh Negara7 – سرعة الانتشار في القرى و المدن
Tentang cepatnya dakwah ini tersebar di kampung dan bandar, saya telah ceritakan sebelum ini. Dakwah bermula di Ismailiah, dakwah ini membesar menghirup udaranya yang segar dan berkembang di buminya yang luas dan indah. Dakwah ini mendapat semangat dan berkembang apabila setiap hari melihat kesan penjajahan asing dan monopoli Eropah kepada hasil mahsul negara ini. Terusan Suez menjadi punca penyakit dan musibah ini. Di sebelah barat terusan terdapat kem tentera British yang lengkap. Di sebelah timur pula terdapat ibu pejabat syarikat terusan yang lengkap dengan segala kemudahan, kuasa dan kedudukan. Namun rakyat Mesir sendiri terasing di bumi sendiri. Tidak memiliki apa-apa hak sebaliknya orang lain menikmati segala kekayaan sumber buminya. Rakyat Mesir dipandang rendah sementara rakyat asing merasa bangga kerana berjaya merampas sumber kekayaannya.و أما سرعة انتشار الدعوة في القرى و المدن فقد قدمت لكم أن الدعوة نشأت في الإسماعيلية , و ترعرعت في جوها الصافي و درجت على رمالها الممتدة الجميلة , يغذيها و ينميها ما ترى ما ترى كل صباح و مساء من مظاهر الاحتلال الأجنبي و الاستئثار الأوربي بخير هذا البلد , فهذه قناة السويس علة الداء و أصل البلاء , و في الغرب المعسكر الإنجليزي بأدواته و معداته , و في المشرق المكتب العام لإدارة شركة القناة بأثاثه و رياسته و عظمته و مرتباته , و المصري غريب بين كل هذه الأجواء في بلده محروم و غيره ينعم بخير وطنه ذليل , و الأجنبي يعتز بما يغتصبه من موارد رزقه ,
Sentimen ini menjadi pencetus yang baik kepada dakwah Ikhwan menyebabkan dakwah ini berkembang di kawasan Terusan Suez. Dakwah ini seterusnya berkembang ke al-Bahr al-Saghir kemudian ke daerah al-Duqhuliah. Dakwah ini serba sedikit berjaya menyentuh hati orang yang mengimaninya. Tidak lama kemudian ia berjaya menawan hati mereka dan menguasai sentimen dan fikiran mereka. Seterusnya mengubah jiwa seorang lelaki supaya menaruh harapan dan membulatkan azam untuk berdakwah dan berkorban.كان هذا الشعور غذاء جميلا و مدادا طيبا لدعوة الإخوان فبسطت رواقها في منطقة القناة ثم تخطتها إلى البحر الصغير ثم إلى مديرية الدقهلية , تحتل قلوب المؤمنين بها بذرة صغيرة متواضعة , ثم لا تلبث أن تستولي على هذه القلوب و تستغرق شعورها و تفكيرها , و تصبح للرجل أمل الآمال و غاية الغايات فيدعو و يضحي و يبذل .
Setelah itu dakwah melebarkan sayapnya ke Kaherah melalui penyertaan semua anggota termasuk prasarana Pertubuhan Tamadun Islam ke dalam Ikhwan kerana mereka meyakini pemikiran Ikhwan dan mahu beramal bersama satu jamaah. Masing-masing mengenepikan pangkat dan nama. Masing-masing memandang rendah kepada amalan keakuan yang telah membawa kesan negatif kepada kita. Peristiwa ini diikuti pula dengan terbentuknya Ibu Pejabat al-Irshad (Maktab al-Irshad) di Kaherah yang bertanggungjawab menyelia cawangan-cawangan jamaah yang tumbuh di seluruh kawasan dan negara. Di samping peranan utamanya untuk mengembangkan gagasan Ikhwan ke seluruh pelusuk negara yang masih belum menerima dakwah ini.و خطت الدعوة إلى القاهرة باندماج جمعية الحضارة الإسلامية بدعاتها و أدواتها إلى الإخوان , إيمانا بفكرتهم و إيثارا للعمل مع الجماعة , و زهادة في الألقاب و الأسماء , و احتقارا لهذه الأنانية الفردية التي أفسدت علينا كل عمل , ثم تبع ذلك تكون مكتب الإرشاد العام بالقاهرة و إشرافه على شعب الجماعة الناشئة في الأقاليم و البلدان , و عمله الدائب على نشر الفكرة و إيصالها للبلدان التي لم تتصل بها بعد .
Ibu pejabat menjalankan segala rancangan mereka ini dengan cara mencatu makanan, masa dan tenaga para anggotanya. Semua ini sedia dilakukan demi berkhidmat untuk akidah mereka. Mereka tidak pernah menghulurkan tangan mereka mengharapkan sumbangan sesiapa. Mereka tidak akan meminta walau sedikitpun bantuan daripada mana-mana pembesar atau pertubuhan. Mereka tidak pernah menerima wang kerajaan dan tidak pernah meminta bantuan daripada sesiapa kecuali kepada Allah. Namun cawangan-cawangan Ikhwan tetap berkembang pesat ke seluruh pelusuk bumi Mesir dari Aswan ke Iskandariah, dari Rashid ke Suez dan ke Tanta, ke Fayyoum, ke Bani Suef, ke Elmania, ke Asyout, ke Jurja, ke Qena dan ke semua kampung dan daerah.و دأب المكتب بعد ذلك يقتطع أعضاؤه من قوتهم و أوقاتهم و جهودهم ما يستعينون به على خدمة عقيدتهم في عفة الأسد , و في طهارة ماء الغمام , لا يمدون لأحد يدا و لا يسألون كبيرا و لا هيئة شيئا , و لا يأخذون من مال حكومة و لا يطلبون معونة أحد إلا الله , حتى انتشرت شعب الإخوان بسرعة فائقة في جميع نواحي القطر المصري من أسوان إلى الإسكندرية إلى رشيد إلى بورسعيد إلى السويس إلى طنطا , إلى الفيوم إلى بني سويف , إلى المنيا , إلى أسيوط , إلى جرجا , إلى قنا , و فيما بين ذلك من المراكز و القرى .
Malah tidak terhad hanya di bumi Mesir sahaja. Dakwah kini melangkah ke bahagian selatan ke bumi Sudan, bumi para pejuang. Seterusnya ke negara-negara Islam yang lain di Syria serta negara-negara di sebelah timur dan di Maghribi serta negara-negara di sebelah barat. Demikian juga negara-negara Islam yang lain.و لم تقف عند هذه الحدود المصرية بل تجاوزتها إلى القسم الجنوبي من الوطن الغالي , إلى السودان المفدى , ثم إلى بقية أجزاء الوطن الإسلامي العزيز : سوريا بأقسامها شرقا , و المغرب بأقسامه غربا , ثم إلى غير ذلك من بقية بلادنا الإسلامية المباركة .
Sebelum ini kita yang perlu menggerakkan dakwah ini dan kita bekerja untuk mengembangkannya. Namun kini arus dakwah mendahului kita hingga sampai ke seluruh negara dan kampung. Sehinggakan kita pula terpaksa mengejarnya dan menunaikan segala tuntutannya walaupun terpaksa menanggung segala perit jerihnya. Apa yang penting hubungan antara semua cawangan ini bukan sekadar kerana mempunyai nama yang sama atau kerana berkongsi matlamat yang sama malah kerana memiliki hubungan yang paling kuat iaitu hubungan kasih sayang yang amat mendalam, kerjasama yang erat, hubungan yang suci dan utuh, berganding bahu bersama dakwah dan fokus dakwah, berkongsi segala suka duka, impian, jihad, kerja, kaedah, matlamat, manhaj dan langkah. Segala-galanya ada.كنا نوجه الدعوة و نعمل على انتشارها , أما الآن فقد صارت الدعوة تسبقنا إلى البلاد و القرى و تضطرنا إلى ملاحقتها و أداء حقوقها مهما كان في ذلك من عنت و من إرهاق , و المهم أن الصلة بين هذه الهيئات كلها ليس مجرد التشابه في الاسم أو الوحدة في المقصد  العام , كلا بل إنها أقوى الصلات جميعا , إنها صلة الحب العميق و التعاون الوثيق ,و الارتباط القدسي المتين , و الالتفاف التام حول محور الدعوة و مركزها , و الوحدة و الشاملة في الألم و الأمل و الجهاد و العمل , و الوسائل و الغايات و المناهج و الخطوات , و ليس بعد ذلك زيادة لمستزيد .
Kesemua cawangan di setiap daerah dan kampung ini bukan sahaja melaksanakan arahan ibu pejabat di Kaherah sahaja, sebaliknya semua cawangan ini gigih berusaha dalam segenap lapangan khidmat masyarakat. Mereka menubuhkan pusat mereka sendiri. Kebanyakannya telah membina pejabat mereka sendiri dan menjadi hak milik mereka sepenuhnya. Selain itu kebanyakan mereka juga menjalankan kegiatan-kegiatan kebajikan, ekonomi dan sosial. Kesemuanya bergiat cergas dan amat produktif. و ليست هذه الهيئات في البلدان  القرى مقتصرة في عملها على تنفيذ تعليمات المكتب الرئيسي لها بالقاهرة , بل إنها تجد و تعمل في مناحي الخدمة العامة فتبني أنديتها , و كثير منها قد بنى داره و أصبحت ملكا خالصا له خاصا به , و كثير منها كذلك قام بالكثير من المشروعات الخيرية و الاقتصادية و الاجتماعية , و  جميعها دائمة النشاط جمة الإنتاج
Selain itu, hubungan ibu pejabat dengan cawangan ini bukan sekadar hubungan ketua dengan pekerja atau sekadar hubungan pentadbiran semata-mata atau penyeliaan semata-mata. Sebaliknya hubungan ini lebih daripada itu, pertama-tamanya hubungan ini adalah hubungan rohani. Hubungan ini seperti hubungan anggota keluarga. Mereka saling ziarah-menziarahi kerana Allah. Para pendakwah Ikhwan akan menziarahi Ikhwan yang lain dan mereka akan bergaul mesra. Mereka menyelami setiap sudut hidup saudara mereka termasuk segala urusan peribadi dan sosial mereka. Setahu saya hubungan seperti ini tidak wujud dalam pertubuhan-pertubuhan yang lain dan ini adalah kurniaan Allah yang dianugerahkan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.كما أن صلة المكتب بفروعه و هيئاته المختلفة ليست صلة الرئيس بالمرؤوس , و ليس صلة الإدارة البحتة و الإشراف العلمي فقط  ,و لكنها صلة فوق ذلك كله : صلة الروح أولا , و صلة أفراد الأسرة الواحدة بعضهم ببعض , التزاور في الله , فدعاة الإخوان يزورن إخوانهم و يختلطون بهم و يعرفون أهم ما يتصل بحياتهم و شؤونهم الخاصة و العامة , و لم يتوفر ذك لهيئة من الهيئات القائمة فيما أعلم , وذلك فضل الله يؤتيه من يشاء .
Wahai Ikhwan,أيها الإخوان :
Saya tidak dapat sembunyikan betapa gembiranya saya dengan keharmonian yang wujud di dalam Ikhwan ini. Saya berbangga kerana wujudnya hubungan rabbani yang erat dan kental ini. Betapa masa depan begitu cerah selagimana kita kekal dengan persaudaraan kerana Allah, saling berkasih sayang dan saling bekerjasama. Dengan itu, peliharalah perpaduan ini kerana ia adalah senjata dan bekalan kamu.لا أكتمكم أني مزهو بهذه الوحدة الإخوانية الصادقة , فخور بهذا الارتباط الرباني القوي المتين , عظيم الأمل في المستقبل , ما دمتم كذلك أخوة في الله متحابين متعاونين , فاحرصوا على هذه الوحدة فإنها سلاحكم و عدتكم .
Ramai yang bertanya: Bagaimana Ikhwan al-Muslimin mampu menampung segala perbelanjaan dakwah ini kerana ia membabitkan peruntukan yang besar. Perbelanjaan seperti ini tidak mampu ditanggung oleh pertubuhan yang kaya apatah lagi oleh yang miskin?و عن كثيرا من الناس ليتساءل : و من أين يقوم الإخوان المسلمون بنفقات هذه الدعوة , و هي نفقات كثيرة تعجز الأغنياء فضلا عن الفقراء ؟
Ketahuilah dan beritahulah kepada semua bahawa Ikhwan al-Muslimin tidak pernah merasa kedekut untuk menyumbangkan makanan anak-anak mereka, keringat mereka atau barangan keperluan mereka apatah lagi barangan mewah dan perbelanjaan tambahan mereka. Pada hari mereka mula memikul tanggungjawab ini dan memahami bahawa dakwah ini lebih mahal daripada darah dan harta, maka mereka menyerahkan segala-galanya untuk Allah. Mereka amat memahami firman Allah Taala:ألا فليعلم هؤلاء و ليعلم غيرهم أن الإخوان المسلمين لا يبخلون على دعوتهم يوما من الأيام بقوت أولادهم و عصارة دمائهم و ثمن ضرورياتهم , فضلا عن كمالياتهم و الفائض من نفقاتهم , و أنهم يوم أن حملوا هذا العبء عرفوا جيدا أنها دعوة لا ترضى بأقل من الدم و المال , فخرجوا عن ذلك كله لله و فقهوا معنى قوله تعالى :
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga. (Al-Taubah: 111)(إِنَّ اللهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ) (التوبة:111) ,
Mereka menawarkan hak milik mereka dengan penuh rela hati kerana mereka yakin segala kurniaan itu daripada Allah. Mereka berpada dengan apa yang ada pada mereka tanpa memerlukan bantuan orang lain. Dengan itu, Allah anugerahkan mereka keberkatan. Walaupun jumlahnya sedikit tetapi hasilnya lumayan.فقبلوا البيع و قدموا البضاعة عن رضا و طيب نفس , معتقدين أن الفضل كله لله , فاستغنوا بما في أيديهم عما في أيدي الناس , و منحهم الله البركة في القليل فأنتج الكثير .
Wahai Ikhwan, sehingga setakat ini Maktab al-Irshad tidak pernah menerima apa-apa bentuk bantuan daripada kerajaan. Ibu pejabat boleh berbangga dan mencabar sesiapa yang dapat mengatakan bahawa dana ibu pejabat ini ada menerima walau satu sen pun daripada yang lain selain daripada saku ahlinya. Inilah yang kita mahukan dan kita tidak akan menerima bantuan kecuali daripada ahli sendiri atau pencinta Ikhwan. Kita tidak akan bergantung kepada mana-mana kerajaan sekalipun. Jangan sekali-kali kamu letakkan perkara ini di dalam tarbiyah dan kaedah kamu. Malah jangan sekali-kali terlintas di kepala kamu atau kamu berusaha ke arah itu. Mintalah kurniaan Allah kerana Allah Maha Mengetahui segala-galanya.إلى الآن أيها الإخوان لم يمنح مكتب الإرشاد العام إعانة واحدة من حكومة أيا كانت , و ها هو يباهي و يفاخر و يتحدى الناس جميعا أن يقول أحدهم إن هذا المكتب قد دخل خزانته قرش واحد من غير جيوب أعضائه , و لسنا نريد إلا هذا ، ولن نقبل إلا من عضو أو من محب ، ولن نعتمد علي الحكومات في شيء ، ولا تجعلوا في ترتيبكم ولا منهاجكم ذلك ولا تنظروا إليه ولا تعملوا له ، (وَاسْأَلُوا اللهَ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّ اللهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيماً) (النساء:32).
Wahai Ikhwan, inilah antara ciri-ciri dakwah kamu. Saya ambil kesempatan ini untuk saya kemukakannya kepada kamu. Kini saya akan beralih pula kepada suatu aspek yang penting dalam dakwah ini. Ramai pihak yang terkeliru dengan pendirian Ikhwan berhubung beberapa perkara. Malah mungkin sesetengah anggota Ikhwan sendiri agak terkeliru. Dengan ini saya berharap kita sama-sama memahami dengan jelas segala kekeliruan yang mungkin timbul.تلك أيها الإخوان بعض خصائص دعوتكم ، انتهزت هذه الفرصة لأتحدث إليكم عنها ، وأنتقل بعد ذلك إلى ناحية هامة من نواحي الدعوة قد يلتبس الأمر في موقف الإخوان منها علي كثير من الناس ، وربما خفي علي بعض الإخوان أنفسهم حتى نحدد معاً ونكشف معاً ما عسي أن يكون من إبهام .
Pendekatan Ikhwan al-Musliminمنهاج الإخوان المسلمين
Matlamat Dan Caraالغاية والوسيلة
Wahai Ikhwan yang dihormati, saya rasa melalui ucapan panjang lebar ini saudara sekalian telah memahami dengan jelas mengenai matlamat, cara kerja dan peranan Ikhwan.أظنكم أيها الاخوة الفضلاء قد عرفتم من هذا الحديث الطويل غاية الإخوان ووسيلتهم ومهمتهم تماماً .
Matlamat Ikhwan tertumpu kepada membina generasi baru orang-orang beriman melalui ajaran Islam yang betul. Ikhwan berusaha mengadun umat ini menurut acuan Islam sepenuhnya dalam setiap aspek kehidupan.إن غاية الإخوان تنحصر في تكوين جيل جديد من المؤمنين بتعاليم الإسلام الصحيح يعمل علي صبغ الأمة بالصبغة الإسلامية الكاملة في كل مظاهر حياتها :  
 (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Al-Baqarah: 138)صيغة الله ومن أحسن من الله صيغة
Kaedah yang mereka gunakan pula tertumpu kepada mengubah budaya masyarakat dan membentuk pendokong-pendokong dakwah mengikut ajaran ini supaya mereka menjadi contoh kepada yang lain bagaimana berpegang dengan ajaran ini dan bagaimana beriltizam serta akur dengan hukumnya. Mereka menuju matlamat mereka menurut cara ini. Mereka akan beroleh kejayaan bergantung sejauhmana mereka yakini dan bersyukur kepada Allah. Saya rasa saya tidak perlu huraikan lebih lanjut lagi soal ini. وأن وسيلتهم في ذلك تنحصر في تغيير العرف العام وتربية أنصار الدعوة علي هذه التعاليم حتى يكونوا قدوة لغيرهم في التمسك بها والحرص عليها والنزول علي حكمها ؛ وأنهم ساروا إلى غايتهم في حدود وسيلتهم فوصلوا إلى درجة من النجاح يطمئنون إليها ويحمدون الله عليها ، و أظنني لست في حاجة إلي مزيد شرح أو بيان في هذه الناحية .
Ikhwan, Kekuatan Dan Revolusiالإخوان والقوة والثورة
Ramai yang bertanya: Adakah Ikhwan al-Muslimin mempunyai tekad untuk menggunakan kekuatan dalam mencapai sasaran mereka? Adakah Ikhwan al-Muslimin terfikir untuk melancarkan revolusi terhadap pemerintah atau masyakarat di Mesir? ويتساءل كثير من الناس : هل في عزم الإخوان المسلمين أن يستخدموا القوة في تحقيق أغراضهم والوصول إلى غايتهم ؟ وهل يفكر الإخوان المسلمين في إعداد ثورة عامة علي النظام السياسي أو النظام الاجتماعي في مصر ؟ ….
Saya tidak mahu mereka ini terus tertanya-tanya. Saya mengambil kesempatan ini untuk menjawab segala persoalan ini dengan jelas sejelas-jelasnya. Jadi dengarlah.ولا أريد أن أدع هؤلاء المتسائلين في حيرة ، بل إني أنتهز هذه الفرصة فأكشف اللثام عن الجواب السافر لهذا في وضوح وفي جلاء ، فليسمع من يشاء .
Kekuatan adalah lambang Islam dalam setiap sistem dan undang-undangnya. Al-Quran al-Karim sendiri menyebut dengan jelas dan nyata:
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu. (Al-Anfal: 60)
أما القوة فشعار الإسلام في كل نظمه و تشريعاته , فالقرآن الكريم ينادي في وضوح و جلاء:(وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللهِ وَعَدُوَّكُمْ) (لأنفال:60).
Nabi saw. juga ada bersabda:“Orang beriman yang kuat lebih baik daripada orang beriman yang lemah.”و النبي يقول (المؤمن القوي خير من المؤمن الضعيف) ,
Malah kekuatan menjadi lambang Islam termasuk di dalam doa, sekalipin doa adalah lambang kekhusyukan dan ketenangan. Dengarlah doa Nabi saw. untuk dirinya sendiri dan diajarkan kepada para sahabatnya. Baginda bermunajat kepada tuhannya:بل إن القوة شعار الإسلام حتى  في الدعاء و هو مظهر الخشوع و المسكنة ,  واسمع ما كان يدعو به النبي في خاصة نفسه و يعلمه أصحابه و يناجي به ربه :
“Ya Allah, aku memohon agar Engkau jauhi diriku daripada rasa murung dan sedih, aku memohon agar Engkau jauhi diriku daripada rasa lemah dan malas, aku memohon agar Engkau jauhi diriku daripada rasa takut dan kedekut, aku memohon agar Engkau jauhi diriku daripada kongkongan hutang dan kuasa manusia.”(اللّهُمّ إِنّي أَعوذُ بِكَ مِنَ الْهَمّ وَالْحَزَنِ، وَأَعوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَأعوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ والْبُخْلِ وَأعوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدّيْنِ وَقَهْرِ الرّجَال) ,
Bukankah kesemua doa-doa ini bertujuan agar Allah menjauhkan segala sifat-sifat lemah. Lemah kehendak kerana murung dan sedih. Lemah bekerja kerana tidak berupaya dan malas. Lemah dengan wang kerana takut dan kedekut. Lemah harga diri kerana hutang dan kuasa orang lain. Apa lagi yang kamu mahu daripada penganut agama ini selain mempunyai kekuatan dalam segenap aspek; slogannya ialah kuat dalam segala hal? Ini bermakna setiap anggota Ikhwan al-Muslimin mestilah kuat dan mereka juga perlu bekerja dengan kuat.ألا ترى في هذه الأدعية أنه قد استعاذ بالله من كل مظهر من مظاهر الضعف : ضعف الإرادة بالهم و الحزن ,  و ضعف الإنتاج بالعجز و الكسل , و ضعف الجيب و المال بالجبن و البخل , و ضعف العزة و الكرامة بالدين و القهر ؟ .. فماذا تريد من إنسان يتبع هذا الدين إلا أن يكون قويا في كل شيء , شعاره القوة في كل شيء ؟.. فالإخوان المسلمون لابد أن يكونوا أقوياء , و لابد أن يعملوا في قوة .
Namun Ikhwan al-Muslimin berfikiran lebih luas dan lebih jauh daripada sekadar bertindak atau berfikiran singkat. Ikhwan akan menyelami segala perkara hingga ke dasarnya, menimbangkan segala kesan serta yang tersirat di sebalik segala perkara. Mereka memahami bahawa peringkat pertama kekuatan ialah kekuatan akidah dan iman. Diikuti dengan kekuatan perpaduan kemudian kekuatan tangan dan senjata. Sesebuah jamaah akan hanya dianggap kuat apabila memiliki segala elemen ini. Jika sebuah jamaah menggunakan kekuatan tangan dan senjata sedangkan akar umbinya goyah dan rangkaiannya tidak stabil atau akidahnya lemah dan imannya tidak membara, jamaah ini akan diakhiri dengan porak peranda. و لكن الإخوان المسلمين أعمق فكرا و أبعد نظرا من أن تستهويهم سطحية الأعمال و الفكر , فلا يغوصوا في أعماقها و لا يزنوا نتائجها و ما يقصد منها و ما يراد بها , فهم يعلمون أن أول درجة من درجات القوة قوة العقيدة و الإيمان , ثم يلي ذلك قوة الوحدة و الارتباط , ثم بعدهما قوة الساعد و السلاح , و لا يصح أن توصف جماعة بالقوة حتى تتوفر لها هذه المعاني جميعا , و أنها إذا استخدمت قوة الساعد و السلاح و هي مفككة الأوصال مضطربة النظام أو ضعيفة العقيدة خامدة الإيمان فسيكون مصيرها الفناء و الهلاك .
Ini satu perkara, ada satu lagi perkara iaitu; walaupun kekuatan menjadi simbol Islam namun adakah Islam memerintahkan agar umat Islam menggunakan kekuatan dalam semua keadaan? Ataupun sebaliknya Islam telah menggariskan panduan, meletakkan syarat-syarat tertentu dan memerintahkan agar kekuatan diarahkan kepada tujuan tertentu?هذه نظرة , و نظرة أخرى : هل أوصى الإسلام ـ و القوة شعاره ـ باستخدام القوة في كل الظروف و الأحوال ؟ أم حدد لذلك حدودا و اشترط شروطا و وجه القوة توجيها محدودا ؟
Perkara ketiga, adakah kekuatan menjadi jalan penyelesaian pertama ataupun jalan penyelesaian terakhir? Adakah manusia wajib mempertimbangkan antara kesan baik dan kesan buruk penggunaan kekuatan serta kesan-kesan sampingannya. Ataupun manusia wajib menggunakan kekuatan tanpa mempedulikan apa sahaja yang akan berlaku seterusnya?و نظرة ثالثة : هل تكون القوة أول علاج أم أن آخر الدواء الكي ؟ و هل من الواجب أن يوازن الإنسان بين نتائج استخدام القوة النافعة و نتائجها الضارة و ما يحيط بهذا الاستخدام من ظروف ؟ أم من واجبه أن يستخدم القوة و ليكن بعد ذلك ما يكون ؟
Kesemua perkara yang berkenaan dengan penggunaan kekuatan ini akan dipertimbangkan oleh Ikhwan al-Muslimin sebelum Ikhwan menggunakannya. Revolusi adalah implementasi paling keras dalam penggunaan kekuatan. Oleh itu, Ikhwan al-Muslimin meneliti perkara ini sedalam-dalamnya terutama dalam sebuah negara seperti Mesir yang pernah melalui pelbagai revolusi. Namun sepertimana yang kamu tahu kesemua revolusi ini tidak pernah mendatangkan apa-apa hasil.هذه نظرات يلقيها الإخوان المسلمون على أسلوب استخدام القوة قبل أن يقدموا عليه , و الثورة أعنف مظاهر القوة , فنظر الإخوان المسلمون إليها أدق و أعمق , و بخاصة في وطن كمصر جرب حظه من الثورات فلم يجن من ورائها إلا ما تعلمون .
Setelah menilai segala perkara dan segala andaian ini saya boleh katakan kepada mereka yang bertanya tadi: Ikhwan al-Muslimin akan menggunakan kekuatan hanya apabila tiada pilihan lain iaitu apabila mereka meyakini mereka telah melengkapkan diri dengan iman dan perpaduan. Apabila suatu masa nanti mereka menggunakan kekuatan ini, mereka akan gunakannya dengan penuh berani dan berterus terang. Mula-mula mereka akan memberi amaran, kemudian mereka akan menunggu, setelah itu mereka akan mara dengan penuh rasa yakin dan terhormat. Mereka akan bersedia menanggung segala kesan akibat tindakan mereka itu dengan penuh reda dan pasrah.و بعد كل هذه النظرات و التقديرات أقول لهؤلاء المتسائلين : إن الإخوان المسلمين سيستخدمون القوة العملية حيث لا يجدي غيرها ، وحيث يثقون أنهم قد استكملوا عدة الإيمان والوحدة ، وهم حين يستخدمون هذه القوة سيكونون شرفاء صرحاء وسينذرون أولاً، وينتظرون بعد ذلك ثم يقدمون في كرامة وعزة ، ويحتملون كل نتائج موقفهم هذا بكل رضاء وارتياح.
Namun Ikhwan al-Muslimin tidak pernah terlintas untuk membangkitkan revolusi malah tidak pernah menaruh harapan dengan revolusi. Ikhwan tidak pernah meyakini keberkesanan revolusi. Walaupun demikian Ikhwan dengan jelas memberi amaran kepada setiap kerajaan di Mesir ini bahawa jika keadaan terus menerus dalam situasi seperti ini di mana pihak pemerintah tidak pernah terfikir untuk membuat perubahan segera kepada masalah yang melanda, sudah tentu keadaan ini akan membawa kepada revolusi. Namun revolusi tetap bukan cara Ikhwan al-Muslimin dan tidak termasuk dalam agenda Ikhwan. Sebaliknya revolusi tercetus akibat desakan suasana dan keadaan selain pengabaian kepada aspek perubahan. Semua masalah yang semakin meruncing dan semakin kritikal ini hanyalah petanda. Oleh itu, semua pihak perlu segera bertindak.وأما الثورة فلا يفكر الإخوان المسلمون فيها , ولا يعتمدون عليها ، ولا يؤمنون بنفعها ونتائجها ، وإن كانوا يصارحون كل حكومة في مصر بأن الحال إذا دامت علي هذا المنوال ولم يفكر أولو الأمر في إصلاح عاجل وعلاج سريع لهذا المشاكل ، فسيؤدي ذلك حتما إلي ثورة ليست من عمل الإخوان المسلمين ولا من دعوتهم ، ولكن من ضغط الظروف ومقتضيات الأحوال ، وإهمال مرافق الإصلاح , وليست هذه المشاكل التي تتعقد بمرور الزمن و يستفحل أمرها بمضي الأيام إلا نذيراً من هذه النذر ، فليسرع المنقذون بالأعمال .
Ikhwan Al-Muslimin Dan Pemerintahanالإخوان المسلمون والحكم
Segolongan lain pula bertanya: Adakah termasuk dalam pendekatan Ikhwan al-Muslimin untuk membentuk sebuah kerajaan dan memerintah? Apakah cara mereka untuk mencapai tujuan itu?ويتساءل فريق آخر من الناس : هل في منهاج الإخوان المسلمين أن يكونوا حكومة وأن يطالبوا بالحكم ؟ وما وسيلتهم إلى ذلك ؟ …
Saya tidak akan membiarkan mereka yang bertanya dalam kebingungan. Saya dengan penuh berbesar hati akan menjawab.ولا أدع هؤلاء المتسائلين أيضاً في حيرة ، ولا نبخل عليهم بالجواب .
Dalam setiap langkah yang diambil, dalam setiap impian dan setiap tindakan, Ikhwan al-Muslimin sentiasa menuju ke arah membawa Islam yang  suci seperti yang mereka fahami. Kamu sendiri boleh memahami hakikat ini semenjak awal ucapan ini. Islam yang diimani oleh Ikhwan al-Muslimin ini ialah Islam yang meletakkan kerajaan sebagai salah satu rukunnya. Islam yang bergantung kepada pelaksanaan sama seperti ia bergantung kepada pendidikan. Suatu ketika dahulu khalifah ketiga pernah berkata:فالإخوان المسلمون يسيرون في جميع خطواتهم وآمالهم وأعمالهم علي هدي الإسلام الحنيف كما فهموه ، وكما أبانوا عن فهمهم هذا في أول هذه الكلمة . وهذا الإسلام الذي يؤمن به الإخوان المسلمون يجعل الحكومة ركنا من أركانه ، ويعتمد علي التنفيذ كما يعتمد علي الإرشاد ، وقديماً قال الخليفة الثالث رضي الله عنه :  
“Allah akan menghalang dengan kuasa apa yang tidak boleh dihalang dengan al-Quran.”(إن الله ليزع بالسلطان ما لا يزع بالقرآن) .
Nabi saw. meletakkan pemerintahan sebagai salah satu rangkaian Islam. Dalam buku-buku fikah kita, pemerintahan disenaraikan dalam masalah akidah dan asas, bukan dalam masalah fikah dan sampingan. Islam adalah pemerintahan dan pelaksanaan selain sebagai perlembagaan dan pendidikan, selain sebagai undang-undang dan kehakiman. Semua elemen ini tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Bayangkan, seorang reformis Islam yang rela menjadi seorang faqih dan pendidik yang mampu memutuskan hukum, mengajar ajaran Islam, membentangkan masalah kecil dan besar tetapi membiarkan ahli politik menentukan undang-undang yang tidak diizinkan Allah untuk umat Islam dan memaksa umat Islam melaksanakannya dengan menggunakan segala kekuatan. Sudah tentu secara semulajadi suara reformis ini ibarat kata orang hanyalah umpama anjing menyalak bukit sahaja.وقد جعل النبي صلي الله عليه وسلم الحكم عروة من عري الإسلام  . والحكم معدود في كتبنا الفقهية من العقائد والأصول ، لا من الفقهيات والفروع ، فالإسلام حكم وتنفيذ ، كما هو تشريع وتعليم ، كما هو قانون وقضاء ، لا ينفك واحد منها عن الآخر . والمصلح الإسلامي إن رضي لنفسه أن يكون فقيهاً مرشداً يقرر الأحكام ويرتل التعاليم ويسرد الفروع والأصول ، وترك أهل التنفيذ يشرعون للأمة ما لم يأذن به الله ويحملونها بقوة التنفيذ علي مخالفة أوامره ، فان النتيجة الطبيعية أن صوت هذا المصلح سيكون صرخة في واد ونفخة في رماد كما يقولون .
Mungkin kita boleh faham jika para reformis Islam merasa selesa dengan hanya berperanan sebagai penasihat dan pembimbing ketika mereka mendapati ada ahli politik dan pemerintah yang patuh kepada perintah Allah dan melaksanakan segala hukum-Nya, menyampaikan segala ayat-ayat dan hadis-hadis Nabi saw.. Namun hakikatnya seperti yang kita lihat, perlembagaan Islam berada di suatu tempat dan perlembagaan yang diguna pakai berada di tempat yang lain. Sikap para reformis Islam yang berpeluk tubuh tidak mahu menuntut supaya hukum Islam dijalankan merupakan suatu jenayah menurut Islam; Jenayah yang tidak akan dimaafkan kecuali dengan cara bangkit dan mengambil semula kuasa eksekutif daripada genggaman pihak yang tidak meyakini undang-undang Islam yang suci.قد يكون مفهوما أن يقنع المصلحون الإسلاميون برتبة الوعظ و الإرشاد إذا وجدوا من أهل التنفيذ من أهل التنفيذ إصغاء لأوامر الله و تنفيذا لأحكامه و إيصالا لآياته و لأحاديث نبيه , و أما الحال كما نرى : التشريع الإسلامي في واد و التشريع الفعلي في واد آخر , فإن قعود المصلحين الإسلاميين عن المطالبة بالحكم جريمة إسلامية لا يكفرها إلا النهوض واستخلاص قوة التنفيذ من أيدي الذين لا يدينون بأحكام الإسلام الحنيف .
Perkara ini jelas dan bukan hasil rekaan kami. Apa yang kami mahukan ialah menegakkan undang-undang Islam yang suci. هذا كلام واضح لم نأت به من عند أنفسنا , و لكننا نقرر به أحكام الإسلام الحنيف
Atas dasar ini, Ikhwan al-Muslimin tidak pernah menuntut kuasa untuk kepentingan diri sendiri. Jika Ikhwan merasakan ada di kalangan umat ini yang bersedia memikul tanggungjawab dan amanah ini serta bersedia memimpin masyarakat berlandaskan ajaran Islam dan al-Quran maka Ikhwan akan menjadi jentera, pembantu dan pendokongnya. Jika tiada maka kuasa pemerintahan adalah sebahagian pendekatan Ikhwan. Mereka akan berusaha mengambil semula kuasa daripada genggaman setiap kerajaan yang tidak melaksanakan perintah Allah.وعلى هذا فالإخوان المسلمون  لا يطلبون الحكم لأنفسهم فإن وجدوا من الأمة من يستعد لحمل العبء وأداء هذه الأمانة والحكم بمنهاج إسلامي قرآني فهم جنوده وأنصاره وأعوانه وإن لم يجدوا فالحكم من منهاجهم وسيعملون لاستخلاصه من أيدي كل حكومة لا تنفذ أوامر الله .
Atas dasar ini juga, Ikhwan amat waras dan amat berhati-hati untuk tidak menerima tanggungjawab kuasa ini dalam keadaan jiwa umat Islam di tahap sekarang ini. Perlu ada suatu tempoh yang diperuntukkan untuk menyebar dan mengetengahkan dasar-dasar Ikhwan. Dalam tempoh ini masyarakat dididik bagaimana untuk mengutamakan kepentingan umum daripada kepentingan peribadi.وعلى هذا فالإخوان المسلمون أعقل و أحزم من أن يتقدموا لمهمة الحكم و نفوس الأمة على هذا الحال , فلابد من فترة تنتشر فيها مبادئ الإخوان و تسود , و يتعلم فيها الشعب كيف يؤثر المصلحة العامة على المصلحة الخاصة .
Suatu perkara yang perlu saya katakan di sini ialah Ikhwan al-Muslimin tidak pernah merasakan mana-mana kerajaan yang ada pada zaman ini baik kerajaan yang sedia ada atau kerajaan sebelumnya atau mana-mana kerajaan sekalipun, telah memikul tanggungjawab ini atau menunjukkan kesediaan yang sebenar untuk mendokong gagasan Islam. Semoga umat Islam menyedari hakikat ini. Semoga mereka menuntut supaya kerajaan mereka melaksanakan hak-hak Islam. Dalam pada itu Ikhwan akan terus berusaha dan bekerja.و كلمة لابد أن نقولها في هذا الموقف : هي أن الإخوان المسلمين لم يروا في حكومة من الحكومات التي عاصروها ـ و لا الحكومة القائمة و لا الحكومة السابقة , و لا غيرهما من الحكومات الحزبية ـ ن ينهض بهذا العبء أو من يبدي الاستعداد الصحيح لمناصرة الفكرة الإسلامية , فلتعلم الأمة ذلك , و لتطالب حكامها بحقوقها الإسلامية , و ليعمل الإخوان المسلمون .
Seperkara lagi, suatu kesilapan yang amat besar apabila sesetengah masyarakat mendakwa Ikhwan al-Muslimin sampai bila-bila pun akan menjadi kuda tunggangan kerajaan atau menjadi agen kepada matlamat orang lain atau bekerja menggunakan pendekatan orang lain. Semoga perkara ini difahami oleh mereka yang masih belum memahaminya sama ada di kalangan Ikhwan sendiri mahupun bukan Ikhwan.و كلمة ثانية : أنه ليس أعمق في الخطأ من ظن بعض الناس أن الإخوان المسلمين كانوا في أي عهد من عهود دعوتهم مطية لحكومة من الحكومات , أو منفذين لغاية غير غايتهم , أو عاملين على منهاج غير منهاجهم , فليعلم ذلك من لم يكن يعلمه من الإخوان و من غير الإخوان .
Ikhwan Al-Muslimin Dan Perlembagaan Mesirالإخوان المسلمون و الدستور
Dalam pada itu ada sesetengah pihak yang bertanya, apakah sikap Ikhwan al-Muslimin terhadap perlembagaan Mesir? Apatah lagi selepas saudara Saleh Affandi Asymawi, ketua pengarang majalah al-Nazir menulis berkenaan tajuk ini. Tulisan beliau telah dikritik dan dikecam oleh akhbar Misr al-Fatat.ويتساءل كذلك فريق من الناس ما موقف مجموعة الإخوان المسلمين من الدستور المصري ؟ و لاسيما بعد أن كتب الأخ صالح أفندي عشماوي رئيس تحرير مجلة النذير في هذا الموضوع , و تناولت كتابته صحيفة ( مصر الفتاة ) بالنقد و الموازنة ,
Dalam kesempatan yang baik ini saya ingin berucap kepada sidang hadirin sekalian berkenaan pandangan Ikhwan al-Muslimin berhubung perkara ini dan pendirian Ikhwan berkenaan perlembagaan Mesir. Namun sebelum itu saya ingin jelaskan perbezaan antara perlembagaan dengan undang-undang. Perlembagaan ialah suatu sistem pemerintahan am yang mengatur bidang kuasa dan tanggungjawab pemerintah serta sejauhmana hubungan mereka dengan rakyat. Sementara undang-undang pula ialah sistem yang mengatur hubungan antara individu, memelihara hak-hak emosi dan fizikal mereka serta hukuman yang dikenakan ke atas setiap tingkah laku mereka. و هذه فرصة طيبة لأتحدث إلى حضراتكم فيها عن رأي الإخوان المسلمين و موقفهم من الدستور المصري ,   وأحب قبل هذا أن نفرق دائما بين ( الدستور ) وهو نظام الحكم العام الذي ينظم حدود السلطات وواجبات الحاكمين ومدى صلتهم بالمحكومين , وبين ( القانون ) وهو الذي ينظم صلة الأفراد بعضهم ببعض ويحمى حقوقهم الأدبية والمادية ويحاسبهم على ما يأتون من أعمال .
Selepas penjelasan ini, saya kini dapat huraikan kepada kamu pendirian kita terhadap sistem pemerintahan berperlembagaan amnya dan perlembagaan Mesir khususnya.و أستطيع بعد هذا البيان أن أجلي لكم موقفنا من نظام الحكم الدستوري عامة , و من الدستور المصري خاصة :
Wahai Ikhwan, bagi orang yang mengkaji perkara ini, prinsip pemerintahan berperlembagaan yang mengandungi prinsip-prinsip memelihara segala bentuk kebebasan individu, prinsip syura dan kuasa rakyat iaitu prinsip pemerintah bertanggungjawab kepada rakyat dan rakyat boleh mengadili setiap tindakan mereka, menggariskan kuasa setiap pemerintah, kesemua prinsip ini bagi sesiapa sahaja yang mengkaji jelas menunjukkan ia bertepatan dengan ajaran serta sistem dan dasar Islam dalam aspek pemerintahan.الواقع أيها الإخوان : أن الباحث حين ينظر إلى مبادئ الحكم الدستوري التي تتلخص في المحافظة  على الحرية الشخصية بكل أنواعها , وعلى الشورى واستمداد السلطة من الأمة وعلى مسئولية الحكام أمام الشعب و محاسبتهم على ما يعملون من أعمال , وبيان حدود كل سلطة من السلطات هذه الأصول كلها يتجلى للباحث أنها تنطبق كل الانطباق على تعاليم الإسلام ونظمه وقواعده في شكل الحكم .
Dengan ini Ikhwan al-Muslimin meyakini sistem pemerintahan berperlembagaan adalah suatu sistem pemerintahan sedia ada yang paling hampir dengan Islam. Oleh itu Ikhwan tidak akan mengubah sistem ini kepada sistem yang lain.ولهذا يعتقد الإخوان المسلمون أن نظام الحكم الدستوري هو أقرب نظم الحكم القائمة في العالم كله إلى الإسلام، وهم لا يعدلون به نظاماً آخر .
Cuma ada dua perkara di sini. Pertama, teks-teks yang terkandung dalam prinsip ini. Kedua, cara pelaksanaan yang merupakan tafsiran praktikal kepada teks ini. Sesuatu prinsip yang betul dan tepat kemungkinan akan diungkapkan dalam suatu teks yang mengelirukan menyebabkan prinsip itu sendiri boleh dipermainkan. Dalam masa yang sama sesuatu teks undang-undang yang bertepatan dengan prinsip yang betul dan baik kemungkinan akan dilaksanakan dengan cara yang bersesuaian dengan kepentingan peribadi menyebabkan pelaksanaan undang-undang ini tidak membawa kepada apa-apa kebaikan.بقي بعد ذلك أمران : أولهما النصوص التي تصاغ في قالبها هذه المبادئ , و ثانيهما طريقة التطبيق التي تفسر بها عمليا هذه النصوص , إن المبدأ السليم القويم قد يوضع في نص مبهم غامض فيدع مجالا للعبث و بسلامة المبدأ في ذاته , و إن النص الظاهر الواضح للمبدأ السليم القويم قد يطبق و ينفذ بطريقة يمليها الهوى و توحيها الشهوات , فيذهب هذا التطبيق بكل ما يرجى من فائدة .
Dengan ini, menurut pandangan Ikhwan al-Muslimin ada beberapa teks perlembagaan Mesir yang dilihat sebagai mengelirukan dan kabur. Ini boleh membuka ruang seluasnya untuk pelbagai tafsiran yang bersesuaian dengan kepentingan dan hawa nafsu. Perlembagaan ni perlukan suatu huraian, keterangan dan panduan. Ini perkara pertama. Kedua, kaedah pelaksanaan perlembagaan ini sendiri. Kaedah yang diguna pakai sepatutnya melahirkan hasil yang dikehendaki daripada pemerintahan berperlembagaan di Mesir. Tetapi sebaliknya, pengalaman lalu membuktikan kegagalannya dan membawa keburukan kepada rakyat. Dengan itu, kaedah ini perlukan pindaan dan perubahan yang boleh merealisasikan hasrat murninya.و إذا تقرر هذا فإن من نصوص من الدستور المصري ما يراه الإخوان المسلمون غامضا مبهما يدع مجالا واسعا للتأويل و التفسير الذي تمليه الغايات و الأهواء , فهي في حاجة إلى وضوح و إلى تحديد و بيان … هذه واحدة , و الثانية : هي أن طريقة التنفيذ التي يطبق بها الدستور , و يتوصل بها إلى جني ثمرات الحكم الدستوري في مصر , طريقة أثبتت التجارب فشلها و جنت الأمة منها الأضرار لا المنافع , فهي في حاجة شديدة إلى تحوير و إلى تعديل يحقق المقصود و يفي بالغاية .
Sebagai contoh cukup saya tunjukkan di sini akta pilihanraya iaitu suatu kaedah untuk memilih wakil rakyat, orang-orang yang akan mewakili rakyat dan melaksanakan perlembagaan negara. Lihatlah bagaimana akta ini menimbulkan pelbagai pertikaian di kalangan rakyat. Kesan buruknya dapat dilihat dengan jelas. Kita perlu berani untuk akur dengan kesilapan ini dan berusaha memindanya.و حسبنا أن نشير هنا إلى قانون الانتخاب , و هو وسيلة اختيار النواب الذين يمثلون الأمة و يقومون بتنفيذ دستورها و حمايته , و ما جره هذا القانون على الأمة من خصومات و حزازات , و ما أنتجه يشهد به الواقع الملموس , و لابد أن تكون فينا الشجاعة الكافية لمواجهة الأخطاء و العمل على تعديلها .
Dengan itu, Ikhwan al-Muslimin berusaha sedaya upaya supaya segala teks yang mengelirukan dalam perlembagaan Mesir ini diperincikan dan kaedah pelaksanaan perlembagaan negara ini diperbaiki. Melalui penjelasan ini saya rasa pendirian Ikhwan kini jelas. Segala perkara sepatutnya diletakkan pada tempatnya yang betul.لهذا يعمل الإخوان المسلمون جهدهم حتى تحدد النصوص المبهمة في الدستور المصري , و تعدل الطريقة التي ينفذ بها هذا الدستور في البلاد , و أظن أن موقف الإخوان قد وضح بهذا البيان , و ردت الأمور إلى نصابها الصحيح .
Saudara Saleh Affandi dalam artikelnya cuba mengkritik aspek yang diperkatakan oleh Ikhwan tetapi dengan cara yang agak keras. Apabila kita jelaskan kepada beliau, kita jelaskan sehingga kita mengatakan bahawa secara realitinya itu bukanlah pendirian kita. Pada dasarnya, kita menerima pemerintahan berperlembagaan kerana ia bukan sahaja bertepatan malah berpandukan sistem Islam. Kita hanya mengkritik kekeliruan yang ada dan cara pelaksanaannya. Setelah itu beliau cuba pula menulis aspek ini dengan menjelaskan bentuk yang diterima oleh Ikhwan tetapi cara beliau kelihatan agak berkompromi. Namun demikian dalam kedua-dua keadaan beliau mendapat pahala kerana apa yang beliau inginkan hanyalah yang baik. Niat seseorang itu lebih baik daripada apa yang dilakukannya. Kita berterima kasih kepada mereka yang bersikap sedemikian terhadap Saleh Affandi. Segala teguran ini saya rasa akan memberi pengajaran kepada beliau supaya beliau bersikap sederhana dalam semua keadaan. Saya rasa tidak perlu lagi saya mengulas perkara ini dengan panjang lebar. Mengenai contoh-contoh secara terperinci, hujah-hujah kukuh dan kaedah penyelesaian yang lain, ia memerlukan ruang yang khusus, dengan izin Allah.إن الأخ صالح أفندي عشماوي قد أراد أن يعبر في مقاله الأول عن وجهة النقد التي يراها الإخوان فاحتد و اشتد , و لما نبهناه إلى أن هذا ليس موقفنا في الواقع , فنحن نسلم بالمبادئ الأساسية للحكم الدستوري باعتبارها متفقة بل مستمدة من نظام الإسلام , و إنما ننقد الإبهام و طرائق الإنفاذ , أراد أن يعبر عن ذلك و يقر الأمر في وضعه الطبيعي بالنسبة للإخوان فتساهل و لان , و هو في كلا الموقفين مأجور , فالخير أراد , و نية المرء خير من عمله , و نحن نشكر الذين أخذوا على الأخ صالح أفندي هذا الموقف , و لا يضره فيما أعتقد أن يستفيد من هذا التنبيه فيؤثر الاعتدال في كل حال , و أعتقد أنه لا مجال لقول بعد هذا البيان , أما الأمثلة التفصيلية و الأدلة الوافية و وصف طرائق العلاج و الإصلاح ففي رسالة خاصة إن شاء الله .
Ikhwan Al-Muslimin Dan Undang-Undangالإخوان المسلمون و القانون
Tadi saya telah jelaskan bahawa perlembagaan berbeza dengan undang-undang. Saya telahpun jelaskan pendirian Ikhwan berhubung perlembagaan. Kini saya ingin jelaskan kepada sidang hadirin sekalian pendirian Ikhwan berhubung undang-undang.قدمت أن الدستور شيء و القانون شيء آخر , و قد أبنت موقف الإخوان من الدستور , و أبين لحضراتكم الآن موقفهم من القانون .
Islam datang bersama undang-undang. Malah Islam telah menghuraikan kebanyakan dasar-dasar perundangan dan undang-undang secara terperinci; Sama ada undang-undang yang berkaitan dengan benda atau jenayah atau urusniaga atau hal ehwal antarabangsa. Al-Quran dan hadis mengandungi kesemua elemen ini. Buku-buku fikah juga cukup kaya dengan segala aspek ini. Malah bangsa asing juga turut mengakui hakikat ini dan mengesahkannya di hadapan Konvensyen Antarabangsa di The Hague di hadapan pakar-pakar undang-undang seluruh dunia.إن الإسلام لم يجئ خلواً من القوانين، بل هو قد أوضح كثيراً من أصول التشريع وجزئيات الأحكام، سواء أكانت مادية أم جنائية، تجارية أم دولية ، والقرآن والأحاديث فياضة بهذه المعاني، وكتب الفقهاء غنية كل الغنى بكل هذه النواحي، وقد اعترف الأجانب أنفسهم بهذه الحقيقة، وأقرها مؤتمر لاهاي الدولي أمام ممثلي الأمم من رجال القانون في العالم كله .
Tidak mungkin dan tidak logik jika undang-undang yang diamalkan di kalangan umat Islam bercanggah sama sekali dengan ajaran agama mereka, hukum-hakam al-Quran dan sunnah nabi mereka; bertentangan sama sekali dengan ajaran yang dibawa oleh Allah dan rasul-Nya. Allah sendiri pernah mengingatkan nabi-Nya mengenai perkara ini. Firman Allah Taala: فمن غير المفهوم ولا المعقول أن يكون القانون في أمة إسلامية متناقضًا مع تعاليم دينها وأحكام قرآنها وسنة نبيها، مصطدماً كل الاصطدام بما جاء عن الله ورسوله، وقد حذر الله نبيه ص من ذلك من قبل، فقال تبارك وتعالى:
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab sesetengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah. (Al-Maidah: 49-50)(وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللهُ وَلا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيراً مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ , أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللهِ حُكْماً لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ) (المائدة:49-50) ,
Ayat ini dinyatakan setelah Allah mengingatkan:ذلك بعد قوله تعالى:
Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. (Al-Maidah: 44)Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Maidah: 45)Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (Al-Maidah: 47)(وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ ـُ الظَّالِمُونَ ـ الْفَاسِقُونَ) (المائدة:44 , 45 , 47) ،  
Bagaimana agaknya sikap seorang muslim yang beriman dengan Allah serta kalimah-Nya apabila mendengar ayat-ayat dan hadis-hadis ini kemudian menyedari dia dihukum berdasarkan undang-undang yang bercanggah dengan kenyataan ini. Apabila dia menuntut perubahan, mereka menjawab, bangsa asing tidak dapat menerima perubahan ini dan tidak akan mempersetujuinya. Namun dalam masa yang sama mereka boleh mengatakan rakyat Mesir adalah rakyat yang merdeka sedangkan mereka sendiri belum mempunyai hak menentukan kebebasan beragama. Bukankah kebebasan agama adalah hak kebebasan yang paling suci?فكيف يكون موقف المسلم الذي يؤمن بالله وكلماته إذا سمع هذه الآيات البينات وغيرها من الأحاديث والأحكام، ثم رأى نفسه محكوماً بقانون يصطدم معها؟ فإذا طالب بالتعديل قيل له: إن الأجانب لا يرضون بهذا ولا يوافقون عليه ، ثم يقال بعد هذا الحجر والتضييق : إن المصريين مستقلون وهم لم يملكوا بعد أن يتمتعوا بحرية الدين، وهي أقدس الحريات .
Tambahan pula selain bercanggah dengan agama, undang-undang ciptaan manusia ini juga bercanggah dengan perlembagaan ciptaan manusia itu sendiri yang mengakui bahawa agama negara adalah agama Islam. Jadi bagaimana kita dapat gabungkan kedua-dua hakikat ini, wahai orang-orang yang bijaksana?على أن هذه القوانين الوضعية كما تصطدم بالدين ونصوصه تصطدم بالدستور الوضعي نفسه الذي يقرر أن دين الدولة هو الإسلام , فكيف نوافق بين هذين يا أولى الألباب ؟
Allah dan rasul-Nya telah mengharamkan zina, menghalang riba, menyekat arak dan memerangi judi. Namun undang-undang manusia melindungi penzina, mewajibkan riba, membolehkan arak dan menyusun aktiviti perjudian. Bagaimana sikap seorang Islam dalam masalah ini? Adakah dia akan mentaati Allah dan rasul-Nya sedangkan itu bermakna dia menderhakai kerajaan dan undang-undang kerajaan? Allah lebih baik dan lebih kekal. Ataupun dia akan menderhakai Allah dan rasul-Nya, serta mentaati kerajaan sedangkan itu bermakna dia akan menerima padahnya di akhirat dan di dunia? Kita mahu masalah ini dijawab oleh yang dimuliakan ketua kerajaan, yang dihormati menteri kehakiman dan para ulamak yang dihormati sekalian. وإذا كان الله ورسوله قد حرم الزنا وحظر الربا ومنع الخمور وحارب الميسر وجاء القانون يحمى الزانية و الزاني ويلزم بالربا ويبيح الخمر وينظم القمار فكيف يكون موقف المسلم بينهما ؟ أيطيع الله ورسوله ويعصى الحكومة وقانونها والله خير وأبقى ؟ أم يعصى الله ورسوله ويطيع الحكومة فيشقى في الآخرة والأولى ؟ نريد الجواب على هذا من رفعة رئيس الحكومة و معالي وزير العدل و من علمائنا الفضلاء الأجلاء .
Ikhwan al-Muslimin tidak pernah bersetuju dengan undang-undang ini. Mereka akan berusaha supaya undang-undang ini digantikan dengan undang-undang Islam yang adil dan mulia. Walau bagaimanapun saya tidak berhasrat menjawab semua kekeliruan atau halangan yang timbul dalam masalah ini. Dalam kesempatan ini kita hanya mahu jelaskan pendirian yang kita ambil dan yang akan kita usahakan. Kita akan tempuh segala rintangan untuk mencapai hasrat ini. Kita akan jelaskan segala kekeliruan. Mudah-mudahan tidak timbul lagi sebarang masalah dan segala ketundukan hanya kepada Allah.أما الإخوان المسلمون  فهم لا يوافقون على هذا القانون أبدا ولا يرضونه بحال وسيعملون بكل سبيل على أن يحل مكانه التشريع الإسلامي العادل الفاضل في نواحي القانون ولسنا هنا في مقام الرد على ما قيل في هذه الناحية من شبهات أو ما يعترض سبيلها من توهم العقبات ولكننا في مقام بيان موقفنا الذي عملنا وسنعمل عليه متخطين في سبيله كل عقبة موضحين كل شبهة حتى لا تكون فتنة ويكون الدين كله لله .
Ikhwan al-Muslimin telahpun menghantar memorandum kepada Menteri Kehakiman berhubung masalah ini. Mereka mengingatkan kerajaan tentang rasa tidak senang rakyat berhubung perkara ini. Akidah adalah suatu yang paling berharga dalam hidup ini. Semoga mereka akan berjaya mengulangi sejarah lampau dan semoga tindakan mereka tidak akan terhenti setakat itu sahaja.و لقد تقدم الإخوان المسلمون إلى معالي وزير العدل بمذكرة إضافية في هذا الموضوع , و لقد حذروا الحكومة في نهايتها من إحراج الناس هذا الإحراج , فالعقيدة أثمن ما في الوجود , و سوف يعاودون  الكرّة , و سوف لا يكون ذلك آخر مجهودهم
Sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). (At-Taubah: 32)(وَيَأْبَى اللهُ إِلا أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ) (التوبة:32)
Pendirian Ikhwan Al-Muslimin Berhubung Perpaduan Negara, Bangsa Arab Dan Umat Islamالإخوان والقومية والعروبة والإسلام
Biasanya pemikiran masyarakat akan berlegar sekitar ketiga-tiga aspek ini iaitu perpaduan negara, perpaduan Arab dan perpaduan umat Islam. Ada juga yang menambah satu lagi aspek iaitu perpaduan timur. Masyarakat kemudiannya akan berbicara dan berfikir untuk mempertimbangkannya; Sama ada kesemua aspek ini boleh dicapai atau sukar untuk dicapai, atau sejauhmana positif dan negatifnya, atau mungkin mereka hanya mahu memikirkan satu aspek sahaja.كثيرا ما تتوزع أفكار الناس في هذه النواحي الثلاثة : الوحدة القومية والوحدة العربية والوحدة الإسلامية وقد يضيفون إلى ذلك الوحدة الشرقية ثم تنطلق الألسنة والأفكار بالموازنة بينها وإمكان تحققها أو صعوبة ذلك الإمكان ،  ومبلغ الفائدة أو الضر منها و التشجيع لبعضها دون البعض الآخر .
Apakah pendirian Ikhwan al-Muslimin berhubung segala aspek dan idea ini? Tambahan pula ramai yang mencurigai semangat patriotik Ikhwan al-Muslimin. Ramai yang merasakan pegangan Ikhwan kepada gagasan Islam akan menghalang mereka untuk bersikap jujur dan setia kepada nilai patriotik.فما  موقف الإخوان المسلمين من هذا الخليط ومن الأفكار والمناحي ؟ ولا سيما وكثير من الناس يغمزون الإخوان المسلمين في وطنيتهم ويعتبرون تمسكهم بالأفكار الإسلامية مناعة إياهم من الإخلاص للناحية الوطنية .
Jawapan bagi perkara ini ialah kita tidak akan beralih daripada kaedah yang kita jadikan sebagai landasan kepada gagasan pemikiran kita iaitu mengorak langkah menurut hidayah Islam dan ajaran Islam yang agung. Apakah sebenarnya pendirian Islam berhubung segala aspek ini?والجواب عن هذا أننا لن نحيد عن القاعدة التي وضعناها أساسا لفكرتنا وهى السير على هدى الإسلام وضوء تعاليمه السامية . فما موقف الإسلام نفسه من هذه النواحي ؟
Islam telah menggariskan perkara-perkara yang wajib dilaksanakan. Setiap manusia perlu bertindak demi kebaikan tanahairnya dan bersedia berkorban untuk tujuan itu. Manusia perlu mencurahkan sebaik mungkin apa yang boleh untuk bangsa yang mendiami negara itu. Manusia perlu mengutamakan orang yang paling hampir dengannya sama ada dari segi hubungan darah dan hubungan kejiranan. Hingga ke tahap kutipan zakat tidak boleh dipindahkan ke kawasan yang melebihi jarak qasar sembahyang (kecuali jika terdesak) semata-mata kerana mengutamakan apa yang baik untuk orang yang paling dekat. Setiap orang Islam perlu menjaga keselamatan kawasannya dan bersedia berkhidmat untuk negara tanah tumpah darahnya. Ini bermakna orang Islam adalah orang yang paling patriotik. Orang Islam adalah orang yang paling berjasa kepada tanahair mereka kerana ia adalah kewajipan yang ditetapkan oleh tuhan sekalian alam.إن الإسلام قد فرضها فريضة لازمة لا مناص منها وأن يعمل كل إنسان لخير بلده وأن يتفانى في خدمته , و أن يقدم أكثر ما يستطيع من الخير للأمة التي يعيش فيها وأن يقدم في ذلك الأقرب فالأقرب رحما وجوارا حتى أنه لا يجز أن تنقل الزكوات أبعد من مسافة القصر – إلا لضرورة – إيثارا للأقربين بالمعروف فكل مسلم مفروض عليه أن يسد الثغرة التي هي عليها وأن يخدم الوطن الذي نشأ فيه ومن هنا كان المسلم أعمق الناس وطنية لأن ذلك مفروض عليه من رب العالمين
Oleh itu Ikhwan adalah orang yang paling gigih berusaha demi kebaikan negara mereka dan sedia berkorban demi bangsa mereka. Mereka sentiasa mendoakan kegemilangan dan keagungan serta kemajuan negara yang mulia ini. Mereka sentiasa mendoakan kejayaan negara ini. Negara ini pernah menerajui bangsa-bangsa Islam yang lain dalam banyak situasi.وكان الإخوان المسلمون بالتالي أشد الناس حرصا على خير وطنهم وتفانيا في خدمة قومهم , وهم يتمنون لهذه البلاد العزيزة المجيدة كل عزة ومجد وكل تقدم ورقى , وكل فلاح ونجاح , و قد انتهت إليها رياسة الأمم الإسلامية بحكم ظروف كثيرة تضافرت على هذا الوضع الكريم ,  
Kecintaan Rasulullah saw. kepada Madinah tidak menghalang baginda merindui Mekah dan bersabda kepada Usail ketika Usail mengimbas keindahan Mekah. Baginda bersabda:و إن حب المدينة لم يمنع رسول الله أن يحن إلى مكة و أن يقول لأصيل , و قد أخذ يصفها
“Wahai Usail, biarkanlah hati-hati ini tenang.”(يا أصيل دع القلوب تقر)
Malah pernah suatu ketika Bilal meluahkan perasaannya:و أن يجهل بلالا يهتف في قرارة نفسه :
“Alangkah baiknya jika pada malam iniAku bermalam di sebuah lembahألا ليت شعري هل أبيتن ليلة             بواد وحولي إذخر وجليـل
Di kelilingku rumput dan tumbuhan-tumbuhanApakah suatu hari nantiوهل أردن يوما ميـاه مجنة             وهل يبدون لي شامة وطفيل
Aku akan meneguk semula air MajinnahApakah aku akan melihat semula Gunung Syamah dan Tufail.” 
Ikhwan al-Muslimin mencintai tanahair mereka. Dengan semangat yang sama mereka akan menjaga keutuhan bangsa mereka. Bagi mereka tidak salah untuk meletakkan kesetiaan mereka kepada tanahair mereka dan berkorban demi kesejahteraan bangsa mereka. Tidak salah untuk melihat tanahairnya mencapai kegemilangan dan keagungan. Hakikat ini hanya merujuk kepada perpaduan bangsa dan negara yang didiami.فالإخوان المسلمون يحبون وطنهم , ويحرصون على وحدته القومية بهذا الاعتبار لا يجدون غضاضة على أي إنسان يخلص لبلده , وأن يفنى في سبيل قومه وأن يتمنى لوطنه كل مجد وكل عزة وفخار , هذا من وجهة القومية الخاصة .
Seperkara lagi, Islam yang suci ini lahir dalam budaya Arab dan sampai ke bangsa-bangsa lain melalui orang Arab. Kitab suci Islam juga berbahasa Arab. Seluruh bangsa bersatu di bawah nama Islam dengan menggunakan bahasa ini, iaitu pada zaman seluruh umat Islam adalah umat Islam yang sebenar. Ada dinyatakan dalam suatu Riwayat bahawa apabila Arab lemah maka lemahlah Islam. Hakikat ini menjadi kenyataan apabila kuasa politik Arab berpindah ke tangan bangsa lain seperti Dailam dan sebagainya. Pada hakikatnya bangsa Arab adalah tonggak dan penjaga Islam.ثم أن الإسلام الحنيف نشأ عربيا و وصل إلى الأمم عن طريق العرب , و جاء كتابه بلسان عربي مبين , و توحدت الأمم باسمه على هذا اللسان يوم كان المسلمون مسلمين , و قد جاء في الأثر : إذا ذل العرب ذل الإسلام , و قد تحقق هذا المعنى حين دال سلطان العرب السياسي و انتقل المر من أيديهم إلى غيرهم من الأعاجم و الديلم و من إليهم , فالعرب هم عصبة الإسلام و حراسه .  
Di sini saya ingin ingatkan bahawa Ikhwan al-Muslimin mentakrif Arab mengikut takrif Nabi saw. yang dinyatakan dalam hadis yang diRiwayatkan oleh Ibnu Kathir daripada Muaz bin Jabal ra.: و أحب هنا أن ننوه إلى أن الإخوان المسلمين يعتبرون العروبة , كما عرفها النبي , فيما يرويه ابن كثير عن معاذ بن جبل رضي الله عنه :
“Ketahuilah Arab itu adalah lisan, ketahuilah Arab itu adalah lisan (bahasa).”(ألا إن العربية اللسان , ألا إن العربية السان) .
Dengan ini penyatuan bangsa Arab adalah perlu bagi mengembalikan kegemilangan Islam, bagi menegakkan negara Islam dan mengukuhkan kuasa Islam. Dengan ini juga setiap orang Islam perlu berusaha untuk mengembalikan perpaduan Arab, berusaha membantu serta menyokong perpaduan ini. Ini adalah pendirian Ikhwan al-Muslimin berhubung perpaduan Arab.ومن هنا كانت وحدة العرب أمرا لابد منه لإعادة الإسلام وإقامة دولته وإعزاز سلطانه , ومن هنا وجب على كل مسلم أن يعمل لإحياء الوحدة العربية وتأييدها ومناصرتها، وهذا موقف مجموعة البحث من الوحدة العربية .
Kini saya perlu jelaskan pula pendirian kita tentang perpaduan umat Islam. Pada hakikatnya selain sebagai suatu akidah, Islam juga menghapuskan jurang keturunan sesama manusia. Allah Taala berfirman:بقي علينا أن نحدد موقفنا من الوحدة الإسلامية , و الحق أن الإسلام كما هو عقيدة وأنه قضى على الفوارق النسبية بين الناس فالله تبارك وتعالى يقول :
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara. (Al-Hujurat: 10)(إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ) (الحجرات:10)
Nabi saw. juga pernah bersabda:“Seorang muslim adalah saudara kepada seorang muslim yang lain.” , والنبي  (المسلم أخو المسلم)
Nabi saw. juga bersabda yang bermaksud:Orang-orang Islam akan sentiasa memelihara darah umat Islam yang lain. Umat Islam akan sentiasa menjaga keselamatan umat Islam yang lain. Mereka akan sentiasa saling bantu-membantu.والمسلمون تتكافأ دماؤهم ويسعى بذمتهم أدناهم وهم يد على سواهم .
Dengan hakikat ini, Islam tidak menerima persempadanan geografi dan tidak menerima diskriminasi berasaskan bangsa dan keturunan. Islam beranggapan seluruh umat Islam sebagai satu bangsa dan bumi Islam sebagai satu negara, walau sejauhmana sekalipun kedudukan dan sempadannya.  فالإسلام والحالة هذه لا يعترف بالحدود الجغرافية ولا يعتبر الفروق الجنسية والدموية , ويعتبر المسلمين جميعا أمة واحدة , ويعتبر الوطن الإسلامي وطنا واحدا مهما تباعدت أقطاره وتناءت حدوده .
Ikhwan al-Muslimin menghormati perpaduan ini dan mengimani penyatuan ini. Ikhwan akan sentiasa bekerja untuk menyatukan umat Islam dan memantapkan persaudaraan Islam. Ikhwan al-Muslimin melaungkan bahawa negara mereka adalah setiap inci muka bumi ini yang ada seorang muslim yang mengucapkan, “tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah.” Alangkah indahnya ungkapan yang diilhamkan oleh seorang penyair Ikhwan:وكذلك الإخوان المسلمون يقدسون هذه الوحدة ويؤمنون بهذه الجامعة , ويعملون لجمع كلمة المسلمين وإعزاز أخوان الإسلام وينادون بأن وطنهم هو كل شبر أرض فيه مسلم يقول (لا إله إلا الله محمد رسول الله) وما أروع ما قال في هذا المعنى شاعر من شعراء الإخوان :
Setahuku hanya Islamlah tanahairkuSyam dan lembah Nil adalah satuولست أدرى سوى الإسلام لي وطنا الشام فيها و وادي النيل سيان
Setiap kali nama Allah disebutAkan kukira negeri itu sebahagian tanahairkuوكلمـــا ذكر أسم الله فى بلــد عددت أرجاءه من لب أوطـاني
Ada setengah pihak yang berkata fahaman ini bertentangan dengan arus perdana dunia kini iaitu fahaman fanatik perkauman dan warna kulit. Dunia hari ini dilanda arus perkauman. Bagaimana kamu akan melawan arus ini? Bagaimana kamu akan menolak suatu yang telah diiktiraf oleh semua manusia ini?يقول بعض الناس : إن ذلك يناقض تيار الفكرة السائدة  في العالم فكرة التعصب للأجناس و الألوان , و العالم الآن تجربة موجة القوميات الجنسية  , فكيف تقفون أمام هذا التيار , و كيف تخرجون على ما اتفق عليه الناس ؟
Jawapannya, masyarakat dunia membuat kesilapan dan kesan kesilapan ini dapat dirasakan apabila keharmonian bangsa manusia tergugat dan jiwa manusia terseksa. Hakikat ini tidak perlu dinafikan lagi. Tugas doktor bukanlah melayan pesakit tetapi sebaliknya merawat dan menunjukkan jalan yang betul. Inilah tugas Islam dan tugas orang yang menghubungkan dakwah mereka dengan Islam.و جواب ذلك أن الناس يخطئون و أن نتائج خطئهم في ذلك ظاهرة ملموسة في إقلاق راحة الأمم و تعذيب ضمائر الشعوب مما لا يحتاج إلى برهان , و ليست مهمة الطبيب أن يجاري المرضى و لكن أن يعالجهم و أن يهديهم سواء السبيل , و تلك مهمة الإسلام و من وصل دعوته بالإسلام .
Ada pula pihak yang berkata perkara ini mustahil. Segala usaha ke arah itu adalah sia-sia dan tidak akan membawa kepada hasil. Adalah baik bagi mereka yang mahu bekerja untuk perpaduan seluruh manusia supaya bekerja untuk kepentingan bangsanya dan berkhidmat untuk negaranya sahaja.و يقول آخرون : إن ذلك غير ممكن و العمل له عبث لا طائل من تحته و مجهود لا فائدة منه , و خير للذين يعملون لهذه الجامعة أن يعملوا لأقوامهم  يخدموا أوطانهم الخاصة بجهودهم .
Jawapannya, kata-kata seperti ini adalah kata-kata orang yang lemah dan putus asa. Kesemua bangsa ini sebelum ini memang ketinggalan dalam semua perkara; dalam soal agama, bahasa, perasaan, harapan dan dukacita. Lalu Islam menyatukan kesemua mereka. Islam menyatukan hati-hati manusia di bawah satu kalimah. Islam ini kini masih dalam keadaan asalnya, masih menurut garis sempadannya. Jika ada di kalangan penganut Islam ini yang bangkit memikul tanggungjawab dakwah ini dan menghidupkan Islam di dalam jiwa umat Islam, sudah tentu dia akan dapat menyatukan semula seluruh bangsa ini sepertimana yang berlaku suatu ketika dahulu. Mengembalikan sesuatu lebih mudah daripada memulakannya. Sejarah menjadi bukti paling kukuh menyokong hakikat ini.و الجواب على هذا أن هذه لغة الضعف و الاستكانة , فقد كانت هذه الأمم مفرقة من قبل متخالفة في كل شيء : الدين و اللغة , و المشاعر و الآمال و الآلام , فوحدها الإسلام و جمع قلوبها على كلمة سواء , و مازال الإسلام كما هو بحدوده و رسومه , فإذا وجد من أبنائه من ينهض بعبء الدعوة إليه و تجديده في نفوس المسلمين , فإنه يجمع هذه الأمم جميعا من جديد كما جمعها من قديم , و الإعادة أهون من الابتداء , و التجربة أصدق دليل  على الإمكان .
Dalam pada itu, ada setengah pihak yang melaungkan perpaduan Timur. Saya rasa semangat ini lahir dalam diri pejuang sebenarnya sebagai tindak balas kepada sikap masyarakat Barat yang fanatik dengan dunia Barat mereka. Kesan daripada persepsi Barat yang tidak betul tentang timur dan bangsa timur. Mereka ini sebenarnya silap. Jika masyarakat Barat masih mahu beranggapan sedemikian mereka pasti akan menerima padah dan bencana. Ikhwan al-Muslimin melihat nilai perpaduan Timur ini dari kacamata sentimen ini. Bagi Ikhwan, Timur atau Barat adalah sama jika kedua-duanya mempunyai pendirian yang sama terhadap Islam. Ikhwan akan hanya menilai manusia berdasarkan kepada nilai ini.يهتف بعض الناس بعد هذا بالوحدة الشرقية , و أظن أنه لم يثر هذه النعرة في نفوس الهاتفين بها إلا تعصب الغربيين لغربهم و سوء عقيدتهم في الشرق و أبنائه , و هم في ذلك مخطئون , و إذا استمر الغربيون على عقيدتهم هذه فستجر عليهم الوبال و النكال , و الإخوان المسلمون لا ينظرون إلى هذه الوحدة الشرقية إلا من خلال هذه العاطفة فقط , و الشرق و الغرب عندهم سيان إذا استوى موقفهما من الإسلام , و هم لا يزنون الناس إلا بهذا الميزان .
Dengan ini jelas, Ikhwan al-Muslimin menghormati bangsa mereka sendiri dengan tanggapan bahawa bangsa mereka adalah landasan awal untuk mereka bangkit. Mereka merasakan tidak salah jika setiap manusia bekerja demi tanahair mereka dan mengutamakannya lebih daripada negara yang lain. Langkah seterusnya ialah Ikhwan akan menyokong perpaduan Arab dengan tanggapan perpaduan ini adalah langkah kedua ke arah kebangkitan semula. Berikutnya mereka akan memperjuangkan kesatuan Islam dengan tanggapan kesatuan ini adalah pelengkap kepada tanahair Islam yang satu. Boleh saya katakan di sini bahawa Ikhwan mahukan kebaikan untuk seluruh manusia. Ikhwan menyeru kepada perpaduan seluruh dunia kerana itu adalah objektif dan matlamat Islam. Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah Taala:وضح إذا أن الإخوان المسلمين يحترمون قوميتهم الخاصة باعتبارها الأساس الأول للنهوض المنشود , و لا يرون بأسا بأن يعمل كل إنسان لوطنه , و أن يقدمه للوطن على سواه , ثم هم بعد ذلك يؤيدون الوحدة العربية  باعتبارها الحلقة الثانية في النهوض , ثم هم يعملون للجامعة الإسلامية باعتبارها السياج الكامل للوطن الإسلامي العام , ولى أن أقول بعد هذا : إن الإخوان يريدون الخير للعالم كله , فهم ينادون بالوحدة العالمية لأن هذا هو مرمى الإسلام وهدفه ومعنى قول الله تبارك وتعالى :
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (Al-Anbiya’: 107)(وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ) (الأنبياء:107) .
Setelah semua penjelasan ini saya rasa tidak perlu saya jelaskan lagi bahawa tidak wujud percanggahan antara semua aspek perpaduan tadi. Malah semua bentuk perpaduan ini sebenarnya saling sokong-menyokong antara satu sama lain dalam mencapai tujuan masing-masing. Jika ada pihak yang mahu mengembangkan fahaman perkauman sempit ini sebagai senjata untuk mematikan arus perpaduan yang lain maka Ikhwan al-Muslimin tidak terlibat dengan mereka. Mungkin inilah perbezaan antara kita dengan orang lain.و أنا في غنى بعد هذا البيان أن أقول أنه لا تعارض بين هذه الوحدات بهذا الاعتبار , و بان كل منهما يشد أزر الأخرى  يحقق الغاية منها , فإذا أراد أقوام أن يتخذوا من المناداة بالقومية الخاصة سلاحا يميت الشعور بما عداها , فالإخوان المسلمون ليسوا معهم و لعل هذا هو الفارق بيننا و بين كثير من الناس .
Ikhwan Al-Muslimin Dan Khilafahالإخوان المسلمون و الخلافة
Sebagai pelengkap kepada perbincangan ini saya ingin nyatakan pendirian Ikhwan al-Muslimin berhubung khilafah dan segala perkara yang berkaitan dengannya. Jelasnya, Ikhwan meyakini bahawa khilafah adalah simbol perpaduan Islam dan lambang wujudnya ikatan antara semua bangsa Islam. Khilafah adalah syiar Islam yang perlu difikir dan ditekankan oleh umat Islam. Khilafah menjadi penentu kepada pelaksanaan banyak hukum dalam agama Allah. Oleh itu para sahabat yang diredai Allah menekankan aspek ini lebih daripada persiapan dan pengebumian jenazah Nabi saw. Mereka telah memastikan masalah ini selesai terlebih dahulu.و لعل من تمام هذا البحث أن أعرض لموقف الإخوان السلمين من الخلافة و ما يتصل بها , و بيان ذلك أن الإخوان يعتقدون أن الخلافة رمز الوحدة الإسلامية , و مظهر الارتباط بين أمم الإسلام , و إنها شعيرة إسلامية يجب على المسلمين التفكر في أمرها و الاهتمام بشأنها , و الخليفة مناط كثير من الأحكام في دين الله , و لهذا قدم الصحابة رضوان الله عليهم النظر في شأنها على النظر في تجهيز النبي و دفنه , حتى فرغوا إلى تلك المهمة و اطمأنوا إلى إنجازها .
Banyak hadis yang menyebut tentang kewajipan melantik pemerintah dan segala hukum yang berkaitan dengan pemerintah. Sehingga tidak syak lagi umat Islam perlu memberi penekanan kepada soal khilafah bermula daripada zaman penyimpangannya daripada landasan yang sebenar hinggalah ke hari ini di mana khilafah dimansuhkan sama sekali.و الأحاديث التي وردت في وجوب نصب الإمام , و بيان أحكام الإمامة و تفصيل ما يتعلق بها , لا تدع مجالا للشك في أن من واجب المسلمين أن يهتموا بالتفكير في أمر خلافتهم منذ حورت عن منهاجها ثم ألغيت بتاتا إلى الآن .
Atas dasar ini Ikhwan al-Muslimin meletakkan khilafah dan usaha ke arah mengembalikan khilafah sebagai agenda utama mereka. Namun demikian Ikhwan yakin semua itu memerlukan kepada pelbagai langkah awal. Langkah ke arah mengembalikan khilafah perlu bermula dengan langkah-langkah berikut:والإخوان المسلمون لهذا يجعلون فكرة الخلافة والعمل لإعادتها في رأس مناهجهم ، و هم مع هذا يعتقدون أن ذلك يحتاج إلى كثير من التمهيدات التي لابد منها , و أن الخطوة المباشرة لإعادة الخلافة لابد أن تسبقها خطوات :
Perlu wujud persefahaman penuh dalam soal ilmu pengetahuan, sosial dan ekonomi di kalangan seluruh bangsa Islam. Ini diikuti dengan wujudnya perjanjian-perjanjian, perhimpunan-perhimpunan dan persidangan-persidangan antara kesemua negara Islam. Persidangan parlimen Islam berhubung isu Palestin dan kehadiran wakil-wakil kerajaan Islam ke London untuk menuntut hak-hak orang Arab di tanah suci Palestin merupakan dua contoh dan langkah yang baik serta berkesan ke arah ini. Langkah ini diikuti pula dengan pembentukan sebuah Pertubuhan Bangsa-bangsa Islam. Apabila ini berlaku umat Islam akan dapat melahirkan seorang pemerintah (imam) yang akan menjadi perantara kepada ikatan tersebut, penyatu kepada segala kekuatan, penghubung hati dan naungan Allah di muka bumi.لا بد من تعاون تام ثقافي و اجتماعي و اقتصادي بين الشعوب الإسلامية كلها ،  يلي ذلك تكوين الأحلاف والمعاهدات ، وعقد المجامع والمؤتمرات بين هذه البلاد ،و إن المؤتمر البرلماني الإسلامي لقضية فلسطين و دعوة وفود الممالك الإسلامية إلى لندن للمناداة بحقوق العرب في الأرض المباركة  لظاهرتان طيبتان و خطوتان واسعتان في هذا السبيل , ثم يلي ذلك تكوين عصبة الأمم الإسلامية , حتى إذا تم ذلك للمسلمين نتج عنه الاجتماع على (الإمام) الذي هو واسطة العقد ، ومجتمع الشمل ، ومهوى الأفئدة ، وظل الله في الأرض .
Pendirian Ikhwan Tentang Pertubuhan-Pertubuhan Yang Lainالإخوان والهيئات المختلفة
Ikhwan Al-Muslimin Dan Pertubuhan Islamالإخوان المسلمون و الهيئات الإسلامية
Saya telah jelaskan pendapat serta pendirian Islam berhubung pelbagai masalah yang bermain di kotak fikiran umat Islam ketika ini. Dalam kesempatan ini juga saya ingin jelaskan kepada sidang hadirin sekalian pendirian Ikhwan al-Muslimin tentang pertubuhan-pertubuhan Islam yang ada di Mesir. Ramai di kalangan pencinta kebaikan berharap semoga semua pertubuhan ini bergabung dan bersatu di bawah satu pertubuhan Islam yang menuju ke arah satu matlamat. Ia suatu harapan yang besar dan cita-cita yang mulia dicitakan oleh setiap orang yang cintakan kebaikan untuk negara ini.و الآن و قد أفصحت عن رأي الإخوان و موقفهم في كثير من المسائل العامة التي تشغل أذهان الأمة في هذه الأوقات , أحب كذلك أن أفصح لحضراتكم عن موقف الإخوان المسلمين من الهيئات الإسلامية في مصر , ذلك أن كثيرا من محبي الخير يتمنون أن تجتمع هذه الهيئات و تتوحد في جمعية إسلامية  ترمي عن قوس واحدة , ذلك أمل كبير و أمنية عزيزة يتمناها كل محب للإصلاح في هذا البلد .
Ikhwan al-Muslimin melihat kesemua pertubuhan ini walau apa sekalipun pendekatannya semuanya bekerja untuk menaikkan Islam. Ikhwan mengharapkan kejayaan buat semua pertubuhan ini. Ikhwan tidak pernah lupa untuk meletakkan satu agenda bagi mendekatkan kesemua pertubuhan ini, berusaha untuk menggabungkan dan menyatukan kesemua pertubuhan ini dalam suatu agenda yang disepakati bersama. Perkara ini telah diputuskan di dalam Muktamar Tahunan Ikhwan Kali Ke-4 yang diadakan di Mansoura dan Asyout pada tahun lepas. Saya sampaikan berita gembira kepada kamu bahawa apabila Maktab al-Irshad mula melaksanakan keputusan ini mereka menerima sambutan yang baik daripada semua pertubuhan yang mereka hubungi. Sambutan ini menandakan usaha ini akan berjaya tidak lama lagi, dengan izin Allah.والإخوان المسلمون يرون في الهيئات الإسلامية على اختلاف ميادينها تعمل لنصرة الإسلام ، ويتمنون لها جميعا النجاح ، و لم يفتهم أن يجعلوا من منهاجهم التقرب منها والعمل على جمعها و توحيدها حول الفكرة العامة ،و قد تقرر هذا في المؤتمر الدوري الرابع للإخوان بالمنصورة و أسيوط في العام الفائت , و أبشركم بأن مكتب الإرشاد حين أخذ يعمل على تنفيذ هذا القرار , وجد روحا طيبة من كل الهيئات  التي اتصل بها و تحدث إليها , مما يبشر بنجاح المسعى مع الزمن إن شاء الله .
Ikhwan Dan Syubban al-Musliminالإخوان و الشبان
Persoalan ini selalu berlegar dalam kotak fikiran orang ramai, apakah perbezaan antara jamaah Ikhwan dan jamaah Syubban? Kenapa kedua-dua jamaah ini tidak bergabung menjadi satu dan menggunakan pendekatan yang satu?كثيرا ما يتردد سؤال على أذهان الناس : ما الفرق بين جماعة الإخوان المسلمين و جماعة الشبان ؟ و لماذا لا تكونان هيئة واحدة تعملان على منهاج واحد ؟
Sebelum saya menjawab soalan ini suka saya tegaskan kepada pihak yang mahukan wujudnya penyatuan tenaga dan kerjasama yang erat antara kedua-dua jamaah, bahawa Ikhwan dan Syubban terutama di Kaherah ini tidak pernah merasakan mereka berada dalam suasana persaingan. Sebaliknya mereka merasakan mereka berada dalam suasana kerjasama yang erat dan teguh. Kebanyakan isu-isu umum berkenaan Islam yang dibangkitkan oleh Ikhwan dan Syubban adalah sama dan bersama. Sebabnya matlamat yang dikongsi bersama oleh kedua-dua jamaah ialah berusaha dengan apa jua yang boleh bagi memartabatkan Islam dan membawa manfaat untuk umat Islam. Cuma wujud sedikit perbezaan mengenai cara berdakwah dan strategi yang diamalkan oleh kedua-dua penggerak serta cara penggemblengan tenaga dilakukan. Saya yakin kesemua jamaah Islam ini akan bersatu di bawah satu badan tidak lama lagi. Masa menentukan segala-galanya, dengan izin Allah.و أحب قبل الجواب أن أؤكد للذين يسرهم وحدة الجهود و تعاون العاملين أن الإخوان و الشبان و بخاصة  هنا في القاهرة , لا يشعرون بأنهم في ميدان مناقشة و لكن في ميدان تعاون قوي وثيق , و أن كثيرا من القضايا الإسلامية العامة يظهر فيها الإخوان و الشبان شيئا واحدا  و جماعة واحدة , إذ أن الغاية العامة مشتركة و هي العمل لما فيه إعزاز الإسلام وإسعاد المسلمين , و إنما تقع فروق يسيرة في أسلوب الدعوة و في خطة القائمين بها و توجيه جهودهم في كلتا الجماعتين , و إن الوقت الذي ستظهر فيه الجماعات الإسلامية كلها جبهة موحدة غير بعيد على ما أعتقد ,  الزمن كفيل بتحقيق ذلك إن شاء الله .
Ikhwan Al-Muslimin Dan Parti-Parti Politikالأخوان المسلمون و الأحزاب
Ikhwan al-Muslimin berpendapat kesemua parti-parti politik di Mesir ini muncul kerana sebab-sebab tertentu dan kerana faktor-faktor yang kebanyakannya didorong oleh matlamat peribadi bukan untuk kepentingan umum. Kamu semua memahami hakikat ini.و الإخوان المسلمون يعتقدون أن الأحزاب السياسية المصرية جميعا قد وجدت في ظروف خاصة , و لدواع أكثرها شخصي لا مصلحي , و شرح ذلك تعلمونه حضراتكم جميعا .
Ikhwan juga meyakini kesemua parti-parti ini tidak mempunyai program dan agenda yang tersusun sehingga kini. Masing-masing akan mengaku mereka bekerja untuk kepentingan umum dalam semua aspek. Namun apakah perincian kepada usaha-usaha yang akan dilakukan dan langkah-langkah yang akan diambil untuk mencapainya? Apakah persiapan yang telah dilakukan untuk memulakan langkah-langkah ini? Apakah masalah yang akan menghalang pelaksanaannya? Apakah persiapan yang dilakukan untuk mengatasi halangan ini? Semua pemimpin dan jentera parti tiada jawapan bagi semua masalah ini. Mereka semua setuju dengan perkara yang membuang masa. Mereka juga bersetuju dengan satu perkara lagi iaitu bermati-matian untuk memperolehi kuasa dengan menggunakan segala bentuk propaganda parti dan segala cara yang berakhlak atau tidak berakhlak untuk mencapai tujuan mereka. Mereka akan memburuk-burukkan mana-mana musuh politik yang cuba menghalang agenda mereka.و يعتقدون كذلك أن هذه الأحزاب لم تحدد برامجها و مناهجها إلى الآن , فكل منها سيدعي أنه يعمل لمصلحة الأمة في كل نواحي الإصلاح , و لكن ما تفاصيل هذه الأعمال , و ما وسائل تحقيقها ؟ و ما الذي أعد من هذه الوسائل , و ما العقبات التي ينتظر أن تقف في سبيل التنفيذ , و ما أعد لتذليلها ؟ كل ذلك لا جواب له عند رؤساء الأحزاب و إدارات الأحزاب , فهم قد اتفقوا في هذا الفراغ ,  كما اتفقوا في أمر آخر هو التهالك على الحكم وتسخير كل دعاية حزبية وكل وسيلة شريفة وغير شريفة في سبيل الوصول إليه , و تجريح كل من يحول من الخصوم الحزبيين دون الحصول عليه .
Ikhwan juga meyakini bahawa amalan kepartian ini telah merosakkan semua aspek hidup masyarakat. Malah telah mencemarkan nilai-nilai murni yang ada pada mereka, akhlak mereka dan memecah belahkan hubungan sesama masyarakat. Amalan kepartian ini mempunyai kesan yang amat buruk kepada budaya individu dan juga masyarakat.ويعتقد الإخوان كذلك أن هذه الحزبية قد أفسدت على الناس كل مرافق حياتهم وعطلت مصالحهم , وأتلفت أخلاقهم , ومزقت روابطهم , وكان لها في حياتهم العامة والخاصة أسوأ الأثر .
Ikhwan juga meyakini sistem perwakilan rakyat malah sistem parlimen itu sendiri sebenarnya tidak semestinya berlandasan kepada amalan kepelbagaian parti seperti yang diamalkan di Mesir hari ini. Jika tidak kenapa wujud kerajaan hasil gabungan pelbagai parti dalam sebuah negara demokrasi. Alasan yang mengatakan sistem parlimen hanya wujud apabila adanya pelbagai parti sebenarnya adalah alasan yang tidak kukuh. Banyak negara yang mengamalkan sistem parlimen berperlembagaan mengamalkan sistem satu parti. Ini bermakna ia boleh dilakukan.ويعتقدون كذلك أن النظام النيابي , بل حتى البرلماني , في غنى عن نظام الأحزاب بصورتها الحاضرة في مصر , و إلا لما قامت الحكومات الائتلافية في البلاد الديمقراطية فالحجة القائلة بأن النظام البرلماني لا يتصور إلا بوجود الأحزاب حجة واهية وكثير من البلاد الدستورية البرلمانية تسير على نظام الحزب الواحد وذلك في الإمكان .
Ikhwan turut meyakini wujudnya perbezaan antara amalan kebebasan berfikir, bersuara, memberi pendapat dan nasihat (amalan-amalan yang diwajibkan oleh Islam) dengan amalan fanatik dengan pendapat sendiri, membelakangkan pendapat ramai, tindakan yang berterusan meluaskan jurang perpecahan umat Islam dan menggugat kuasa pemerintah. Memang benar semua ini adalah sifat semulajadi sebuah parti tetapi amalan ini ditolak dan diharamkan sama sekali oleh Islam. Semua undang-undang Islam membawa ke arah perpaduan dan kerjasama.كما يعتقد الإخوان أن هناك فارقاً بين حرية الرأي والتفكير والإبانة والإفصاح والشورى والنصيحة ، وهو يوجبه الإسلام ، و بين التعصب للرأي و الخروج على الجماعة والعمل الدائب على توسيع هوة الانقسام في الأمة وزعزعة سلطان الحكام ، و هو ما تستلزمه الحزبية و يأباه الإسلام و يحرمه أشد التحريم ، و الإسلام في كل تشريعاته إنما يدعو إلى الوحدة و التعاون .
Ini adalah pandangan Ikhwan secara umum terhadap amalan kepartian dan parti-parti di Mesir. Jadi semenjak hampir setahun yang lalu Ikhwan telah meminta para pemimpin parti agar mengenepikan segala persengketaan sebaliknya mengajak mereka bergabung sesama mereka. Ikhwan turut mencadangkan jalan penyelesaian bagi masalah ini kepada Yang Mulia Putera Muhammad Ali dan Yang Mulia Putera Umar Tusoun. Ikhwan juga telah meminta agar Yang Mulia Raja Mesir membubarkan semua parti yang ada supaya semuanya bergabung dalam satu majlis rakyat yang bertindak demi kepentingan umat berlandaskan kaedah Islam.هذا مجمل نظرة الإخوان إلى قضية الحزبية و الأحزاب في مصر , و هم لهذا قد طلبوا إلى رؤساء الأحزاب , منذ عام تقريبا أن يطرحوا هذه الخصومة جانبا و ينضم بعضهم إلى بعض , كما اقترحوا التوسط في هذه القضية على صاحب السمو الأمير عمر طوسون .. كما طلبوا من جلالة الملك حل هذه الأحزاب القائمة حتى تندمج جميعا في هيئة شعبية واحدة تعمل لصالح الأمة على قواعد الإسلام .
Jika situasi tahun lalu tidak banyak membantu untuk kita mencapai gagasan ini, kita yakin tahun ini akan menjadi bukti kepada kebenaran pendirian Ikhwan ini. Pandangan Ikhwan ini akan mampu meyakinkan mereka yang meragui kesan buruk kewujudan parti-parti ini. Ikhwan akan terus berusaha ke arah itu. Dengan taufik Allah dan dengan kesedaran umat Islam, Ikhwan akan mencapai apa yang mereka citakan. Para ahli politik akan gagal dalam lapangan mereka dan hukum Allah pasti akan terlaksana:و إذا كانت الظروف لم تساعد في الماضي على تحقيق هذه الفكرة , فإننا نعتقد أن هذا العام كان دليلا على صدق نظرة الإخوان , و كان مقنعا لمن كان في شك بأنه لا خير في بقاء هذه الأحزاب , و سيواصل الإخوان جهودهم في هذا السبيل , و سيصلون إلى ما يريدون بتوفيق الله و فضل يقظة الأمة , و بتوالي فشل رجال الأحزاب في ميادينها سيتحقق قطعا ناموس الله :
Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. (Ar-Ra’d: 17)(فَأَمَّا الزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَاءً وَأَمَّا مَا يَنْفَعُ النَّاسَ فَيَمْكُثُ فِي الأَرْضِ) (الرعد:17) .
Ada sesetengah pemimpin parti yang menyangka apa yang kita nyatakan ini bertujuan untuk menghancurkan parti mereka bagi kepentingan parti lain atau kerana tujuan-tujuan tertentu. Bukti paling jelas bahawa sangkaan ini silap ialah semua parti berpandangan serong sedemikian terhadap Ikhwan. Ramai di kalangan pemimpin Parti Wafd mendakwa Ikhwan al-Muslimin mengajak orang ramai supaya menolak dan menentang mereka. Mereka mendakwa apa yang dilakukan oleh Ikhwan itu adalah demi kepentingan kerajaan dan bagi mengukuhkan parti yang memerintah. Sedangkan dalam masa yang sama kita turut mendengar dakwaan yang sama daripada parti yang memerintah kerajaan. Apakah ada bukti yang lebih kukuh menunjukkan Ikhwan mempunyai pendirian yang sama terhadap semua parti. Semua usaha ini lahir daripada keyakinan Ikhwan. Ikhwan bertindak dengan berpandukan rasa hati dan iman mereka.يظن بعد رجال الأحزاب أننا إنما نقصد بهذه التعاليم هدم حزبهم خدمة لغيره من الأحزاب و جريا وراء منفعة خاصة , و ليس أدل على خطأ هذه النظرة من أن هذا الوهم قد سرى إلى نفوس الأحزاب جميعا , فكثير من رجال الوفد من يتهم الإخوان المسلمين بأنهم يعملون لمحاربته و بأنه وحده هو المقصود بهذه النعوت و الأوصاف , و بأن الإخوان إنما يحملون الناس على محاربته و الانفضاض عنه , و بأنهم إنما يقصدون بذلك خدمة الحكومة و تقوية الأحزاب الممثلة فيها , و في الوقت الذي نسمع فيه هذه التهمة بعينها من أحزاب الحكومة أيضا ! فهل هناك دليل أصدق من هذا على أن الإخوان يقفون من الجميع موقفا واحدا , و يصدرون فيه عن عقيدتهم , و يعملون فيه بوحي من ضمائرهم و إيمانهم ؟
Saya ingin nyatakan kepada saudara-saudara kita yang menjadi para pemimpin dan pendokong parti-parti politik bahawa Ikhwan al-Muslimin tidak akan dan selama-lamanya tidak akan menggunakan cara lain selain daripada agenda Islam mereka walaupun sehari. Ikhwan tidak pernah menaruh dendam terhadap mana-mana parti walau bagaimana sekalipun prejudis mereka terhadap Ikhwan. Namun jauh di lubuk hati Ikhwan berkeyakinan bahawa hanya dengan membubarkan seluruh parti-parti ini sahaja yang akan membawa kebaikan dan akan menyelamatkan Mesir. Ini dapat dicapai apabila terbentuknya sebuah Majlis Negara yang akan bertindak memimpin umat ke arah kejayaan menurut ajaran al-Quran al-Karim.أحب أن أقول لإخواننا من دعاة الأحزاب و رجالها : إن اليوم الذي يستخدم فيه الإخوان المسلمون لغير فكرتهم الإسلامية البحتة لم يجئ و لن يجئ أبدا , و إن الإخوان لا يضمرون لحزب من الأحزاب أيا كان خصومة خاصة به , و لكنهم يعتقدون أن من قرارة نفوسهم أن مصر لا يصلحها و لا ينقذها إلا أن تنحل هذه الأحزاب كلها , و تتألف هيئة وطنية عاملة تقود الأمة إلى الفوز وفق تعاليم القرآن الكريم .
Dalam kesempatan ini ingin saya nyatakan bahawa Ikhwan al-Muslimin yakin idea persefahaman antara parti-parti tidak mendatangkan apa-apa kebaikan. Ikhwan yakin cara ini hanyalah bersifat sementara bukannya penyelesai masalah yang sebenar. Lambat laun parti-parti yang menjalin persefahaman ini akan berpecah semula. Malah persengketaan mereka akan bertambah sengit lebih buruk daripada sebelum persefahaman diwujudkan. Penyelesaian yang sebenar ialah dengan membubarkan kesemua parti ini dengan cara yang baik kerana peranan mereka sudah tamat dan situasi sekarang sudah berbeza. Seperti kata orang: “Setiap zaman ada negara dan tokoh-tokohnya yang tersendiri”.و بهذه المناسبة أقول إن الإخوان المسلمين يعتقدون عقم فكرة الائتلاف بين الأحزاب , يعتقدون أنها مسكن لا علاج , و سرعان ما ينقض المؤتلفون بعضهم على بعض , فتعود الحرب بينهم جذعة على أشد ما كانت عليه قبل الائتلاف , و العلاج الحاسم الناجح أن تزول هذه الأحزاب مشكورة فقد أدت مهمتها وانتهت الظروف التي أوجدتها و لكل زمان دولة و رجال كما يقولون .
Ikhwan Dan Misr Al-Fatatالإخوان و مصر الفتاة
Dalam kesempatan ini saya perlu bentangkan pendirian Ikhwan al-Muslimin terhadap pertubuhan Masr al-Fatat. Ikhwan telah ditubuhkan semenjak sepuluh tahun yang lalu sementara pertubuhan Misr al-Fatat hanya ditubuhkan semenjak lima tahun yang lalu. Jadi usia Ikhwan lebih tua sekali ganda daripada usia Misr al-Fatat. Malangnya masih terdengar desas-desus yang mengatakan Ikhwan adalah cabang Misr al-Fatat. Punca timbulnya perkara ini ialah Misr al-Fatat lebih banyak menggunakan propaganda dan publisiti sementara Ikhwan lebih mengutamakan kerja dan hasil. Namun semua itu tidak penting, sama ada Ikhwan yang mengajar Misr al-Fatat jalan jihad dan beramal untuk Islam atau Misr al-Fatat yang menonjolkan Ikhwan kepada orang ramai. Apa yang penting Ikhwan telahpun wujud sebelum mereka dan telahpun ke hadapan dalam jihad dan medan amal lebih lima tahun iaitu seumur dengan mereka. Semua ini hanyalah teori dan Ikhwan tidak mengambil berat perkara ini. Cuma apa yang ingin saya ketengahkan di sini ialah Ikhwan al-Muslimin tidak pernah walau sehari pun berada dalam Misr al-Fatat atau bekerja untuk Misr al-Fatat. Saya tidak bermaksud untuk mengecam Misr al-Fatat atau pendokong mereka. Saya cuma ingin nyatakan hakikat sebenar. Akhbar Misr al-Fatat telah menghentam Ikhwan dengan pelbagai tuduhan yang tidak benar dan mendakwa Ikhwan telah memusuhi dan menuduh mereka sedangkan perkara itu tidak benar. Kita Ikhwan tidak akan memberikan sebarang komen kepada tulisan yang mempunyai motif tertentu. Kita juga tidak suka memanjangkan perkara itu. Saya berharap inilah sikap semua Ikhwan.بهذه المناسبة لابد لي أن أعرض لموقف الإخوان المسلمين من جماعة مصر الفتاة  , لقد تكونت هذه جماعة الإخوان منذ عشر سنين و تكونت جماعة مصر الفتاة منذ خمس سنين , فجمعية الإخوان تكبر جمعية مصر الفتاة بضعف عمرها تماما , و مع هذا أيضا شاع في كثير من الأوساط أن جماعة الإخوان من شعب مصر الفتاة  , و سبب ذلك أن مصر الفتاة اعتمدت على الدعاية و الإعلان في الوقت الذي آثر فيه الإخوان العمل و الإنتاج , و ما علينا من ذلك كله فسواء أكان الإخوان هم الذين رسموا لمصر الفتاة طريق الجهاد و العمل للإسلام أم أن مصر الفتاة هي التي أظهرت الإخوان و أبرزتهم للناس , و هم قد ولدوا قبلها و سبقوها إلى الجهاد و الميدان بخمس سنوات أي بمثل عمرها , و ذلك أمر نظري لا يقيم له الإخوان وزنا , و لكن الذي أنبه أريد أن إليه في هذه الكلمة أن الإخوان المسلمين لم يكونوا يوما من الأيام في صفوف مصر الفتاة و لا عاملين لها , و لا أقصد بذلك أن أنال منها أو من القائمين بدعوتها و لكن أقول تقريرا للواقع , و أن جريدة مصر الفتاة هاجمت الإخوان و اتهمتهم تهما غير صحيحة و زعمت أنهم يعتدون عليها و يتهمونها و ذلك غير صحيح أيضا , و نحن معشر الإخوان لم نعقب على ما كتب أهمية , و لا نحب أن نؤاخذ بشيء منه , و أرجو أن يكون ذلك هو شعور الإخوان جميعا .
Ramai kalangan yang mahukan pertubuhan Misr al-Fatat bergabung dengan Ikhwan al-Muslimin. Keinginan ini sudah tentu bertujuan baik kerana tidak ada yang lebih baik daripada perpaduan dan kerjasama yang terjalin ke arah kebaikan. Namun ada beberapa perkara yang hanya masa sahaja yang menentukannya. Ada kalangan ahli Misr al-Fatat yang berpendapat Ikhwan Muslimin hanyalah jamaah pemberi nasihat dan tiada yang lain dalam manhaj Ikhwan selain cara itu. Ada di kalangan Ikhwan pula yang berpandangan Misr al-Fatat masih tidak mampu memantapkan nilai-nilai Islam yang betul ke dalam diri ahli-ahlinya yang membolehkan mereka membawa dakwah Islam dengan betul. Jadi kita biarkan masa memainkan peranannya. Masa akan menentukan segalanya kerana masa sahaja yang dapat menentukan perbezaan ini.و أن كثيرا من الناس يود لو اتحدت جماعة مصر الفتاة مع الإخوان المسلمين , و هذا شعور ما من شك في أنه جميل نبيل فليس أجمل من الوحدة و التعاون على الخير , و لكن من الأمور ما ليس يفصل فيه إلا الزمن وحده , في مصر الفتاة من لا يرى الإخوان إلا جماعة وعظية و ينكر عليهم كل ما سوى ذلك من منهاجهم , و في الإخوان من يعتقد أن مصر الفتاة لم ينضج في نفوس كثيرا من أعضائها بعد المعنى الإسلامي الصحيح نضجا يؤهلهم للمناداة بالدعوة الإسلامية خالصة سليمة , فلنترك للزمن أداء مهمته و إصدار حكمه و هو خير كفيل بالصقل و التميز .
Namun ini tidak bermakna Ikhwan akan memusuhi Misr al-Fatat. Malah kita lebih suka untuk membuat persefahaman dengan semua pendokong kebaikan. Ikhwan tidak mahu membina dalam masa yang sama meroboh. Ruang untuk berjihad ini luas untuk dikongsi bersama.و ليس معنى هذا أن الإخوان سيحاربون مصر الفتاة بل إنه ليسرنا أن يوفق كل عامل للخير و إلى الخير , و لا يحب الإخوان أن يخلطوا البناء بهدم , و في ميدان الجهاد متسع للجميع .
Inilah pendirian kita terhadap Misr al-Fatat selagimana mereka tidak mengisytiharkan mereka adalah parti politik. Selagimana mereka bekerja dan terus bekerja untuk gagasan Islam dan untuk prinsip Islam. Pada dasarnya ini juga adalah kejayaan baru untuk perjuangan Ikhwan al-Muslimin.ذلك موقفنا من مصر الفتاة مادامت قد أعلنت أنها ليست حزبا سياسيا , و أنها تعمل و ستظل تعمل للفكرة الإسلامية و لمبادئ الإسلام , و في ذلك الواقع انتصار جديد لمبادئ الإخوان المسلمين .
Hanya tinggal satu perkara lagi iaitu pendirian Ikhwan terhadap Misr al-Fatat berhubung isu memusnahkan kedai-kedai arak. Semua orang tahu tiada siapapun yang cintakan Mesir ini mahukan adanya walau sebuah kedai arak di sini. Ikhwan telah meletakkan tanggungjawab insiden ini kepada kerajaan sebelum insiden ini berlaku lagi kerana kerajaan yang bertanggungjawab melukakan hati rakyat Islamnya dan tidak peka dengan perubahan sikap dan aliran baru yang kuat hari ini yang mengagungkan Islam dan ajaran Islam. Pepatah dahulu ada yang berkata: “Sebelum kamu menyuruh orang yang menangis berhenti menangis suruh dulu orang yang memukul berhenti memukul.” Namun demikian kita merasakan tindakan keras seperti ini belum sesuai pada masanya. Kita perlu memilih masa yang sesuai atau menggunakan cara yang terbaik dalam menyelesaikan perkara ini atau melakukannya dengan cara yang paling selamat tetapi paling berkesan untuk mencapai maksudnya atau mendesak kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya terhadap Islam. Walaupun mereka yang ditahan tidak mengaku bersalah namun Ikhwan telah mengutus sepucuk surat kepada Menteri Kehakiman menarik perhatian beliau supaya melihat perkara ini dengan menilai tujuan baik yang mendorong tindakan ini. Selain meminta menteri supaya mengeluarkan undang-undang yang dapat menjaga negara ini daripada perkara-perkara yang boleh mencemar nilai akhlak.بقي أمر أخير ذلك هو موقف الإخوان من مصر الفتاة في قضية تحطيم  الحانات , و معلوم أنه ما من غيور في مصر يتمنى أن يرى فوق أرضها حانة واحدة , و قد ألقى الإخوان تبعة هذا التحطيم على الحكومة قبل الذين فعلوه , لأنها هي التي أحرجت شعبها المسلم هذا الإحراج و لم تفطن إلى ذلك التغيير النفساني , و الاتجاه الجديد القوي الذي طرأ عليه من تقديس  الإسلام و الاعتزاز بتعاليمه , و قديما قيل : (قبل أن تأمر الباكي بالكف عن البكاء , تأمر الضارب بالكف أن يرفع العصا) , و نحن نعتقد أن هذا التحدي لم يحن وقته بعد , و لابد من تخير الظروف المناسبة أو استخدام منتهى الحكمة فيه , و إنفاذه بصور أخف ضررا و أبلغ في الدلالة على المقصد , كلفت نظر الحكومة إلى واجبها الإسلامي , و بالرغم من أن المقبوض عليهم لم يعترفوا , فقد وجه الإخوان إلى معالي وزير العدل , يلفتون نظر معاليه فيه إلى وجوب النظر في هذه القضية نظرة خاصة تتناسب مع الدافع الشريف فيها , و أن يسرع بإصدار تشريع يحمي البلاد من هذه المهالك الخلقية .
Pendirian Ikhwan Terhadap Negara-Negara Eropahموقف الإخوان من الدول الأوربية
Setelah segala keterangan berkenaan pendirian Ikhwan al-Muslimin berhubung beberapa isu penting dalam negara yang dikurniakan kepada mereka oleh Islam rasanya ada baiknya saya kemukakan kepada sidang hadirin sekalian pendirian Ikhwan terhadap negara-negara Eropah.بعد هذا البيان عن موقف الإخوان المسلمين , الذي يمليه عليهم الإسلام , في أهم القضايا الداخلية , يحسن أن أتحدث إلى حضراتكم عن موقفهم من الدول الأوربية :
Seperti yang saya jelaskan, Islam meletakkan umat Islam sebagai satu bangsa yang disatukan oleh satu akidah dan saling berkongsi segala suka dan duka. Mana-mana ancaman kepada mana-mana bahagian bangsa ini atau mana-mana individu umat ini ia sebenarnya adalah ancaman kepada semua.الإسلام كما قدمت يعتبر المسلمين أمة واحدة تجمعها العقيدة و يشارك بعضها بعضا في الآمال و الآلام , و أي عدوان يقع على واحدة منها أو على فرد من المسلمين فهو واقع عليهم جميعا .
Saya merasa gembira bercampur sedih apabila membaca satu hukum fikah yang dinyatakan oleh buku, “Al-Sharh al-Saghir Ala Aqrab al-Masalik”. Di mana pengarangnya menulis: Masalah seorang wanita Islam yang ditawan di sebelah Timur, seluruh penduduk Barat diwajibkan membebaskannya dan menebusnya walaupun ia bermakna membelanjakan seluruh harta umat Islam.” Saya juga pernah membaca hukum yang sama dalam buku, “Al-Bahr Fi Mazhab al-Ahnaf”. Saya baca hukum ini dengan perasaan gembira bercampur sedih. Saya tertanya sendirian: Bagaimanakah agaknya jika para penulis buku ini melihat seluruh umat Islam berada dalam tawanan bangsa lain yang kufur dan memusuhi mereka?أضحكني و أبكاني حكم فقهي رأيته عرضا في كتاب (الشرح الصغير على أقرب المسالك) قال مؤلفه : (مسألة امرأة مسلمة سبيت بالمشرق وجب على أهل المغرب تخليصها و افتداؤها و لو أتي ذلك على جميع أموال المسلمين) , و رأيت مثله قبل ذلك  في كتاب ( البحر في مذهب الأحناف ) , رأيت هذا فضحكت و بكيت و قلت لنفسي : أين عيون هؤلاء الكاتبين لتنظر المسلمين جميعا في أسر غيرهم من أهل الكفر و العدوان ؟؟
Ingin saya simpulkan di sini bahawa bumi Islam adalah satu dan tidak boleh dipisahkan. Mana-mana pencerobohan kepada mana-mana bahagian bumi ini adalah pencerobohan kepada seluruh bumi ini. Ini perkara yang pertama. Kedua, Islam telah mewajibkan umat Islam supaya menjadi pemerintah di bumi mereka. Malah bukan setakat itu sahaja malah umat Islam juga bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada seluruh manusia. Umat Islam bertanggungjawab membimbing manusia mengecapi sinar Islam sama seperti mereka, yang selama ini mendapat bimbingan Islam.أريد أن استخلص من هذا أن الوطن الإسلامي واحد لا يتجزأ , و أن العدوان على جزء من أجزائه عدوان عليه كله , هذه واحدة , و الثانية أن الإسلام فرض على المسلمين أن يكونوا أئمة في ديارهم , سادة في أوطانهم , بل ليس ذلك فحسب , بل إن عليهم أن يحملوا غيرهم على الدخول في دعوتهم و الاهتداء بأنوار الإسلام التي اهتدوا بها من قبل .
Dengan ini Ikhwan al-Muslimin berkeyakinan bahawa mana-mana negara yang menceroboh bumi Islam adalah negara yang zalim dan perlu disekat. Seluruh umat Islam perlu mempersiapkan diri dan berganding bahu untuk menghentikan pencerobohan ini.و من هنا يعتقد الإخوان المسلمين أن كل أمة اعتدت و تعتدي على أوطان الإسلام دولة ظالمة لابد أن تكف عن عدوانها و لابد من أن يعد المسلمون أنفسهم و يعملوا متساندين على التخلص من نيرها .
British masih menekan Mesir walaupun telah ada perjanjian antara kedua-dua pihak. Tidak perlu kita katakan bahawa perjanjian ini baik atau tidak baik atau perlu dipinda atau wajib dilaksanakan kerana semua ini tidak berfaedah. Tidak syak lagi, perjanjian ini membelenggu dan mengongkong rakyat Mesir. Belenggu ini hanya boleh dirongkaikan dengan usaha dan persiapan yang sebaiknya. Bahasa tangan adalah bahasa yang paling berkesan dan ampuh. Oleh itu hendaklah kamu berusaha ke arah itu dan bersegeralah jika kamu mahukan kebebasan dan kemerdekaan.إن إنجلترا لا تزال تضايق مصر رغم محالفتها إياها , و لا فائدة في أن نقول إن المعاهدة نافعة أو ضارة أو ينبغي تعديلها أو يجب إنفاذها فهذا كلام لا طائل تحته و المعاهدة غل في عنق مصر  و قيد في يدها ما في ذلك شك , و هل تستطيع أن تستطيع أن تتخلص من هذا القيد إلا بالعمل و حسن الاستعداد ؟ فلسان القوة هو أبلغ لسان , فلتعمل على ذلك و لتكتسب الوقت إن أرادت الحرية و الاستقلال .
British masih terus menindas Palestin dan cuba mengenepikan hak-hak penduduknya. Palestin adalah bumi setiap orang Islam kerana Palestin adalah bumi Islam, Palestin adalah tempat kelahiran para nabi dan kerana di Palestin terletaknya Masjid al-Aqsa yang diberkati oleh Allah. Jadi Palestin adalah hutang yang perlu dibayar oleh British kepada umat Islam. Umat Islam tidak akan berdiam diri sehingga mereka memperolehi hak mereka semula. British memahami hakikat ini. Inilah yang mendorong mereka untuk menjemput wakil-wakil negara Islam ke persidangan London. Kita mengambil peluang ini untuk mengingatkan mereka bahawa hak-hak orang Arab tidak boleh dicabul. Tindakan-tindakan keras yang sentiasa dilakukan oleh wakil-wakil British di Palestin tidak akan membantu mengubah pendirian umat Islam terhadap British. Adalah lebih baik jika mereka menghentikan tindakan kejam terhadap mereka yang tidak bersalah. Kita utuskan kepada yang berbahagia Mufti Besar Palestin dari atas mimbar ini ucapan salam daripada Ikhwan al-Muslimin. Segala tindakan menggeledah rumah dan menahan para pejuang mereka tidak akan memudaratkan yang berbahagia Mufti dan keluarga al-Husseini. Malah semua itu akan meningkatkan lagi darjat mereka dan mereka akan lebih dihormati. Kita mengingatkan wakil-wakil negara Islam tentang helah British. Mereka wajib mempertahankan kesemua hak-hak Arab dan tidak menggadaikannya walau sedikitpun.و إن إنجلترا لا تزال تسئ إلى فلسطين و تحاول أن تنقص من حقوق أهلها , و فلسطين وطن لكل مسلم باعتبارها من أرض الإسلام و باعتبارها مهد الأنبياء , و باعتبارها مقر المسجد الأقصى الذي بارك الله حوله , ففلسطين دين على إنجلترا للمسلمين لا تهدأ ثائرتهم حتى توفيهم فيه حقهم , و إنجلترا تعلم ذلك العلم , ذلك ما حداها إلى دعوة ممثلي البلاد الإسلامية إلى مؤتمر لندن , و آنا ننتهز هذه الفرصة فنذكرها بأن حقوق العرب لا يمكن أن تنقص , و بأن هذه الأعمال القاسية التي يدأب ممثلوها على ارتكابها في فلسطين ليست مما يساعد على حسن ظن المسلمين بها , و خير لها أن تكف هذه الحملات العداونية عن الأبرياء الأحرار , و إنا لنبعث لسماحة المفتي الأكبر من فوق هذا المنبر أخلص تحيات الإخوان المسلمين بها و أطيب تمنياتهم , و لن يضر سماحته و لن يضير آل الحسيني أن تفتش دورهم و يسجن أحرارهم , فذلك مما يزيدهم شرفا إلى شرفهم و فخارا إلى فخارهم , و نذكر الوفود الإسلامية بمكر إنجلترا و خداعها و بوجوب القيام على حقوق العرب كاملة غير منقوصة .
Dalam kesempatan ini saya mengingatkan Ikhwan bahawa sebuah badan induk telah ditubuhkan di pejabat Syubban al-Muslimin yang mewakili semua pertubuhan Islam. Badan ini bertujuan mewujudkan kerjasama bagi menghasilkan syiling bersama yang akan diedarkan pada awal tahun Hijrah bertujuan membantu para pejuang Palestin. Setem ini akan menggantikan kesemua setem-setem yang sedia dimiliki oleh semua pertubuhan. Semua ahli Ikhwan diminta supaya berusaha sedaya upaya untuk memberi sokongan kepada badan ini dengan cara mengagihkan setem-setem ini ketika ia diterbitkan nanti. Ikhwan juga perlu menyimpan semua setem lama yang ada pada mereka dan mengembalikannya ke ibu pejabat untuk dilupuskan.و بهذه المناسبة أذكر الإخوان بأنه قد تألفت لجنة عامة بدار الشبان المسلمين من الجمعيات الإسلامية جميعا , للتعاون على إصدار قرش موحد يوزع من أول السنة الهجرية إغاثة لفلسطين المجاهدة , و سيحل هذا الطابع محل كل الطوابع المختلفة لكل الهيئات , فالوصية للإخوان أن يبذلوا جهدهم في تشجيع هذه اللجنة بتوزيع طوابعها حين صدورها , و بتصفية ما قد يكون موجودا لديهم من حساب الطوابع القديمة و إعادتها إلى المكتب لإعدامها .
Selepas itu kita ada perhitungan lain dengan Inggeris di negara-negara Islam lain yang dijajah oleh mereka. Islam telah mewajibkan penduduk negara-negara ini dan juga kita untuk berusaha menyelamatkan dan membebaskan bumi yang terjajah itu.و لنا حساب بعد ذلك مع إنجلترا في الأقاليم الإسلامية التي تحتلها بغير حق , و التي يفرض الإسلام على أهلها و علينا معهم أن نعمل لإنقاذها و خلاصها .
Berkenaan dengan Perancis yang ada kalanya mendakwa sebagai sahabat Islam. Sebenarnya umat Islam ada perhitungan yang panjang dengan Perancis. Kita tidak akan lupa sikap Perancis terhadap saudara kita di Syria yang amat mengaibkan. Kita juga tidak lupa pendiriannya terhadap isu Maghribi dan kaum Barbar. Kita tidak pernah lupa. Ramai di kalangan saudara-saudara kita yang dikasihi, para pemuda yang merdeka dan berjuang di Maghribi ketika ini sedang merengkuk di dalam penjara atau dibuang negeri. Akan tiba masanya segala perhitungan ini akan diselesaikan.  Masa akan sentiasa bersilih ganti antara manusia.أما فرنسا التي ادعت صداقة الإسلام حينا من الدهر فلها مع المسلمين حساب طويل , و لا ننسى لها هذا الموقف المخجل مع سوريا الشقيقة , و لا ننسى لها موقفها في قضية المغرب الأقصى و الظهير البربري , و لا ننسى أن كثيرا من إخواننا الأعزاء , شباب المغرب الأقصى الوطني الحر المجاهد , في أعماق السجون و أطراف المنافي , و سيأتي اليوم الذي يصفى فيه هذا الحساب , (وَتِلْكَ الأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ) (آل عمران:140) .
Perhitungan kita dengan Itali juga tidak kurang sepertimana dengan Perancis. Tripoli adalah ibu kota Arab dan Islam serta jiran kita yang rapat dan dikasihi. Duetches dan kuncu-kuncunya cuba memusnahkan Tripoli, menghapuskan penduduknya dan melenyapkan mana-mana nilai Arab dan Islam yang ada. Tidak mungkin nilai-nilai ini akan wujud lagi setelah Tripoli diisytiharkan menjadi sebahagian daripada Itali. Seterusnya Duetches tanpa rasa bersalah dan malu mendakwa dirinya adalah penjaga Islam atau memperkenalkan dirinya sebagai sahabat Islam!!و ليس حسابنا مع إيطاليا بأقل من حسابنا مع فرنسا , فطرابلس العربية المسلمة الجارة القريبة العزيزة , يعمل الدوتشى و رجاله على إفنائها و إبادة أهلها و استئصالها و محو كل أثر للعروبة و الإسلام منها , و كيف يكون فيها أثر للعروبة و الإسلام و قد اعتبرت جزءا من إيطاليا ؟ و لا يجد الدوتشي بعد ذلك مانعا يمنعه من أن يدعي أنه حامي الإسلام و أن يطلب بهذا العنوان صداقة المسلمين !!
Wahai Ikhwan al-Musliminأيها الإخوان المسلمون :
Semua ini sungguh menyayat hati! Cukuplah setakat ini sahaja yang saya dapat kemukakan berita-berita yang menyedihkan ini. Cerita seperti ini tidak ada kesudahannya, kamu pun tahu. Namun kamu tetap bertanggungjawab untuk menjelaskannya kepada masyarakat. Kamu perlu didik masyarakat supaya mereka memahami Islam tidak akan rela melainkan melihat penganutnya sekurang-kurang bebas dan merdeka. Lebih baik daripada itu ialah memimpin dan melaungkan jihad. Walaupun itu bermakna mereka perlu berkorban darah dan harta. Mati lebih baik daripada hidup seperti ini, hidup sebagai hamba dan dihina! Jika kamu lakukan ini dan kamu jujur bersama Allah maka kemenangan pasti akan tiba dengan izin Allah.هذا الكلام يدمي القلوب و يفتت الأكباد ! و حسبي هذه الفواجع في هذا البيان , فتلك سلسلة لا آخر لها , و انتم تعرفون هذا , و لكن عليكم أن تبينوه للناس , و أن تعلموهم أن الإسلام لا يرضى من أبنائه بأقل من الحرية والاستقلال ، فضلاً عن السيادة وإعلان الجهاد ، ولو كلفهم ذلك الدم والمال فالموت خير من هذه الحياة , حياة العبودية و الرق و الاستذلال ! و أنتم إن فعلتم ذلك و صدقتم الله العزيمة فلابد من النصر إن شاء الله :
Allah telah menetapkan: Sesungguhnya Aku dan Rasul-rasulKu tetap mengalahkan (golongan yang menentang). Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha kuasa. (Al-Mujadalah: 21)(كَتَبَ اللهُ لأَغْلِبَنَّ أَنَا وَ رُسُلِي إِنَّ اللهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ) (المجادلة:21) .
Penutupخـاتـمـة
Wahai Ikhwan al-Musliminأيها الإخوان المسلمون :
Melalui penjelasan ini saya telah bentangkan kepada kamu rumusan yang ringkas dan padat tentang gagasan atau fikrah kamu melalui beberapa contoh. Hari ini saya ingin kemukakan kepada kamu beberapa masalah sosial dan ekonomi yang wujud dalam masyarakat Mesir. Jika mahu, kamu boleh katakan masyarakat ini sebagai masyarakat Islam. Sebenarnya hanya ada satu sahaja penyakit yang dihidapi oleh semua, namun kita kesuntukan masa. Penyakit ini hanya satu iaitu kepincangan akhlak, kehilangan contoh teladan, mengutamakan kepentingan peribadi lebih daripada kepentingan umum, takut untuk berhadapan dengan kenyataan, tidak mahu memikul tanggungjawab rawatan ini dan perpecahan yang dilaknat oleh Allah. Inilah penyakit yang sebenar. Ubat bagi penyakit ini juga hanya satu iaitu lawan kepada sikap tadi tidak lain selain merawat diri sendiri dan memperbetulkan akhlak masyarakat.تقدمت إليكم في هذا البيان بخلاصة وافية موجزة عن فكرتكم في مظهرها الخاص , و اليوم كنت احب أن استعرض معكم بعض المشاكل الاجتماعية و الاقتصادية القائمة في المجتمع المصري , و إن شئتم فقولوا الإسلامي فإن الداء يكون واحدا في الجميع , لولا ضيق الوقت , و لولا أن ينحصر في واحدة هي : ضعف الأخلاق و فقدان المثل العليا , و إيثار المصلحة الخاصة على المصلحة العامة , و الجبن عن مواجهة الحقائق , و  الهروب من تبعات العلاج , و الفرقة قاتلها الله , هذا هو الداء , و الدواء كلمة واحدة أيضا هي ضد هذه الأخلاق , هي علاج النفوس أيها الإخوان و تقويم أخلاق الشعب :
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (As-Shams: 9-10)(قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا , وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا) (الشمس:9-10) .
Wahai Ikhwan al-Musliminأيها الإخوان المسلمون :
Agama ini membangun melalui jihad generasi silam yang berlandaskan asas-asas yang kukuh iaitu keimanan kepada Allah, mengenepikan kesenangan hidup yang sementara kerana mengutamakan kehidupan yang kekal abadi, berkorban dengan darah, nyawa dan harta demi menegakkan kebenaran, cintakan mati pada jalan Allah dan semua ini dilalui dengan berlandaskan pimpinan al-Quran al-Karim.لقد قام هذا الدين بجهاد أسلافكم علي دعائم قوية من الإيمان بالله ، و الزهادة في متعة الحياة الفانية وإيثار دار الخلود ، والتضحية بالدم والروح والمال في سبيل مناصرة الحق ، وحب الموت في سبيل الله والسير في ذلك كله علي هدي القرآن الكريم .
Jadikanlah segala asas yang kukuh ini sebagai landasan kebangkitan kamu, perbaiki diri kamu, pusatkan dakwah kamu dan pimpinlah umat ini ke arah kebaikan. Allah akan bersama kamu dan Allah tidak akan mensia-siakan amalan kamu.فعلي هذه الدعائم القوية أسسوا نهضتكم و أصلحوا نفوسكم وركزوا دعوتكم وقودوا الأمة إلي الخير ، (وَاللهُ مَعَكُمْ وَلَنْ يَتِرَكُمْ أَعْمَالَكُمْ ) (محمد:35) .
Wahai Ikhwan al-Musliminأيها الإخوان المسلمون :
Janganlah kamu berputus asa kerana ia bukan sifat orang Islam. Kenyataan hari ini adalah impian semalam dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Masa masih panjang dan anasir-anasir yang baik dan kuat masih ada dalam diri bangsa kamu yang beriman walau bagaimana dahsyat sekalipun kedurjanaan yang melanda. Orang yang lemah tidak selamanya akan lemah sepanjang hidupnya. Manakala orang yang kuat tidak selamanya akan kuat.لا تيئسوا فليس اليأس من أخلاق المسلمين ، وحقائق اليوم أحلام الأمس ، وأحلام الأمس  ، وأحلام اليوم حقائق الغد . ولا زال في الوقت متسع ، ولا زالت عناصر السلامة قوية عظيمة في نفوس شعوبكم المؤمنة رغم طغيان مظاهر الفساد . والضعيف لا يظل ضعيفاً طول حياته ، والقوي لا تدوم قوته أبد الآبدين :
Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya). Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu. (Al-Qasas: 5-6)(وَنُرِيدُ أَنْ نَمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ) (القصص:5)
Masa mencipta pelbagai peristiwa yang penting. Peluang akan tiba untuk melakukan sesuatu yang besar. Dunia sedang menanti dakwah kamu iaitu dakwah yang memimpin, membawa kejayaan dan kesejahteraan untuk membebaskan mereka daripada segala kepahitan yang mereka alami selama ini. Kini tiba giliran kamu untuk memimpin bangsa manusia. Ini hari-hari yang kami silih gantikan antara manusia. Kamu mengharapkan Allah dan mereka tidak. Bersedialah dan mulalah beramal hari ini kerana mungkin esok kamu tidak lagi berupaya.إن الزمان سيتمخض عن كثير من الحوادث الجسام ، وإن الفرص ستسنح للأعمال العظيمة ، وإن العالم ينظر دعوتكم دعوة الهداية والفوز والسلام لتخلصه مما هو فيه من آلام , وإن الدور عليكم في قيادة الأمم وسيادة الشعوب ، وتلك الأيام نداولها بين الناس ، وترجون من الله ما لا يرجون ، فاستعدوا واعملوا اليوم ، فقد تعجزون عن العمل غداً .
Saya sampaikan pesanan buat mereka yang bersemangat di kalangan kamu supaya mereka bersabar dan menunggu pusingan masa. Saya sampaikan pesanan kepada mereka yang tidak mahu bangkit dan beramal bahawa jihad ini tidak mengenal erti rehat. لقد خاطبت المتحمسين منكم أن يتريثوا و ينتظروا دورة الزمان ، و إني لأخاطب المتقاعدين أن ينهضوا و يعملوا فليس مع الجهاد راحة :  
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (Al-Ankabut: 69)(وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ) (العنكبوت:69)
Sentiasalah mara ke hadapan.  وإلي الأمام دائماً …
Allah Maha Besar dan segala pujian buat Allah.والله أكبر   ولله الحمد