Buat Mahasiswa

في مؤتمر طلبة الإخوان المسلمين

Kandungan
Mari Beramalإلـي العمـــل
Agama dan Politikالـدين .. والسـياسـة
Islam Yang Syumulالإسـلام الشـامـل
Politik Dalam Negeriالسـياسـة الداخـليـة
Politik Luar Negaraالسـياسـة الخـارجـية
Hak-Hak Antarabangsaالحـقوق الـدولــية
Keluasan Perundangan Islamسـعة التشـريع الإسـلامي
Politik Kepartianالحـزبيـة السـياسـية
Penutupخـاتمــــة
Ucapan Ini Disampaikan Sempena Perhimpunan Mahasiswa Ikhwan Al-Muslimin Pada Bulan Muharram Tahun 1357 Hjrahالمحرم 1357هجرية
  
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayangبِسْــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيـمِ
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat junjungan kita Muhammad, juga buat keluarga dan para sahabat baginda.الحمد لله والصلاة والسلام علي سيدنا محمد وعلي آله وصحبه
Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak). Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (ajaran Al-Quran) ini, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya (yang khas iaitu Syurga) dan limpah kurniaNya (yang tidak terkira), dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (jalan ugama Islam), yang membawa kepadaNya. (Al-Nisa’: 174-175)يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَكُمْ بُرْهَانٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكُمْ نُوراً مُبِيناً , فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا بِاللهِ وَاعْتَصَمُوا بِهِ فَسَيُدْخِلُهُمْ فِي رَحْمَةٍ مِنْهُ وَفَضْلٍ وَيَهْدِيهِمْ إِلَيْهِ صِرَاطاً مُسْتَقِيماً
Mari Beramalإلـي العمـــل
Saudara sekalian,أيها الاخوة  ..
Setiap kali saya berada di hadapan sidang hadirin yang mendengar ini, saya memohon kepada Allah semoga hari di mana kita beralih daripada medan bercakap kepada medan bekerja, medan mengatur strategi dan kaedah kepada medan melaksana dan mempraktikkan itu akan semakin hampir. Sudah sekian lama kita habiskan masa kita berucap dan bercakap. Masa menuntut kita supaya segera melangkah ke arah kerja yang serius dan produktif. Seluruh aspek di dunia ini bergantung kepada aspek kekuatan dan kesiap siagaan sedangkan kita masih dalam dunia bercakap dan berkhayal.كلما وقفت هذا الموقف من جمهور يستمع ، سألت الله  أن يقرب اليوم الذي ندع فيه ميدان الكلام إلي ميدان العمل ، وميدان وضع الخطط والمناهج إلي ميدان الإنفاذ والتحقيق ، فقد طال الوقت الذي قضيناه خطباء متكلمين والزمن يطالبنا في إلحاح بالأعمال الجدية المنتجة ، والدنيا كلها تأخذ بأسباب القوة والاستعداد ، ونحن مازلنا بعد في دنيا الأقاويل والأحلام :
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (Al-Saf: 2-4)(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ , كَبُرَ مَقْتاً عِنْدَ اللهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لا تَفْعَلُونَ , إِنَّ اللهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ) (الصف:2-4)
Saudara sekalian,أيها الأخوة ..
Ikhwan mengutarakan kepada saudara tentang betapa sempurnanya Islam ini. Islam mencakupi seluruh aspek hidup manusia, baik bangsa yang sedang membangun atau bangsa yang sudah stabil atau bangsa yang mengejar kesempurnaan. Ada sesetengah Ikhwan yang mengemukakan pandangan Islam terhadap semangat patriotisme. Justeru saudara memahami bahawa patriotisme Islam lebih luas sempadannya, lebih menyeluruh dan lebih abadi. Walaupun sefanatik mana sekalipun seseorang itu dengan negara dan bangsanya, namun dia tetap tidak dapat menandingi semangat patriotisme yang ada pada diri seorang mukmin. Saya tidak mahu huraikan perkara ini kerana ia telah dihuraikan dengan panjang lebar. Di sini saya hanya ingin menyentuh satu perkara yang masih disalah erti oleh masyarakat menyebabkan mereka banyak melakukan kesilapan akibat kekeliruan ini. Masalah yang saya maksudkan ialah masalah Islam dan politik.تحدث إليكم الإخوان في شمول معني الإسلام وإحاطته واستيعابه لكل مظاهر حياة الأمم ، ناهضة أو مستقرة منشئة أو مستكملة ، وعرض بعضهم لموقف الإسلام من الوطنية ، فأظهركم علي أن وطنية الإسلام هي أوســع الوطنية حدوداً ، وأعمها وجوداً ، وأسماها خلوداً ، وأن أشد المتطرفين لوطنه المتعصبين لقومه لن يجد في دعــوة الوطنيين المجردين ما يلقاه من حماسة وطنية المؤمنين ، ولست أفيض في شرح ذلك بعد إذ عرضوا له ، ولكــــني سأعرض إلي ناحية واحدة كثر فأغظ الناس بها وكثر تبعاً لذلك غلطهم فيها ، هي : (السياسة والإسلام) .
Agama Dan Politikالـدين .. والسـياسـة
Jarang sekali anda bertemu dengan seseorang yang tidak memisahkan antara politik dan Islam apabila dia memperkatakannya. Kedua-dua perkara akan diletakkan di tempat yang berasingan. Bagi sesetengah masyarakat, kedua-dua perkara ini tidak boleh bersama. Oleh kerana itu dinamakan sesebuah pertubuhan sebagai pertubuhan Islam dan bukannya pertubuhan politik atau perhimpunan ini satu perhimpunan agama bukannya  perhimpunan politik. Anda juga boleh lihat perlembagaan pertubuhan-pertubuhan Islam ada mencatatkan: “Pertubuhan ini tidak terlibat dengan soal politik.”قلما تجد إنساناً يتحدث إليك عن السياسة والإسلام إلا وجدته يفصل بينهما فصلاً ، ويضع كل واحد من المعنيين في جانب ، فهما عند الناس لا يلتقيان ولا يجتمعان ، ومن هنا سميت هذه جمعية إسلامية لا سياسية ، وذلك اجتماع ديني لا سياسة فيه ، ورأيت في صدر قوانين الجمعيات الإسلامية ومناهجها (لا تتعرض الجمعية للشئون السياسية) .
Sebelum saya bincangkan perkara ini dengan lebih mendalam ingin saya bawa saudara melihat dua perkara penting:وقبل أن أعرض إلي هذه النظرة بتزكية أو تخطئة  احب  أن الفت النظر إلى أمرين مهمين :
Pertama: Wujud perbezaan antara amalan kepartian dan politik. Adakala kedua aspek ini seiringan dan adakalanya tidak. Adakala seorang lelaki itu berpolitik dengan ertikata yang sebenar tetapi dia bukan menjadi ahli mana-mana parti. Adakalanya seorang lelaki itu menjadi ahli parti tetapi dia tidak tahu menahu soal politik. Mungkin ada yang menggabungkan kedua-duanya sekali. Dengan itu dia menjadi ahli politik yang berparti atau ahli parti yang berpolitik. Apabila saya berbicara tentang politik, saya merujuk kepada ertikata politik yang mutlak iaitu mengambil berat soal dalaman dan luaran ummah tanpa terikat dengan mana-mana parti.أولهما : أن الفارق بعيد ن عن الحزبية والسياسية ، وقد يجتمعان وقد يفترقان ، فقد يكون الرجال سياسيا بكل ما في الكلمة من معان وهو لا يتصل بحزب ولا يموت إليه ، وقد يكون حزبياًُ وليدري من أمر السياسة شيئاً، وقد يجمع بينهما فيكون سياسياً حزبياً أو حزبياً سياسياً حد سواء ، وأنا حين أتكلم عن السياسة في هذه الكلمة فإنما أريد السياسة المطلقة ، وهى النظر في شؤون الأمة الداخلية والخارجية غير مقيدة بالحز بينة بحال .. هذا أمر.
Kedua: Apabila kalangan yang bukan Islam jahil tentang Islam atau apabila mereka tidak menyedari bahawa Islam tertanam teguh dalam jiwa penganutnya, mantap di dalam hati orang yang mengimaninya, dan setiap muslim bersedia mengorbankan jiwa dan harta mereka demi Islam, maka mereka tidak akan cuba menyentuh sensitiviti umat Islam dengan cara mengkritik nama Islam atau penampilan Islam. Sebaliknya mereka akan cuba mengecilkan ruang lingkup Islam dalam ruang yang sempit dengan mengenepikan segala aspek yang mengandungi unsur kekuatan dan tindakan. Mereka akan membiarkan umat Islam hanya tinggal kulit, hanya tinggal nama, rupa dan penampilan sahaja. Mereka mengajar umat Islam bahawa Islam satu perkara dan sosial satu perkara. Islam lain undang-undang lain. Islam lain dan masalah ekonomi satu perkara yang lain. Islam lain dan pengetahuan am adalah suatu perkara yang lain. Islam perlu diletakkan jauh daripada aspek politik.والثاني : أن غير المسلمين حينما جهلوا هذا الإسلام ، أو حينما أعياهم أمر وثباته في نفوس اتباعه ، ورسوخه فت قلوب المؤمنين به ، واستعداد كل مسلم لتفديتة بالنفس والمال ، لم يحول أن يجرحوا في نفوس المسلمين اسم الإسلام ولا مظاهره وشكلياته  ، ولكنهم حاولوا يحصروا معناه في دائرة ضيقة تذهب بكل مافية من نواح قوية عملية ، وان تركب للمسلمين  بعد ذلك قشور من الألقاب والأشكال والمظهريات لا تسمن ولا تغنى من جوع …. فافهموا المسلمين أن الإسلام شئ والاجتماع شيء أخر ، وان الإسلام شيء والقانون شئ غيره ، وان الإسلام شئ ومسائل الاقتصاد لا تتصل به ، وان الإسلام شئ والثقافة العامة سواه ، وان الإسلام شئ يجب أن يكون بعيداً عن السياسة .
Saudara, katakan kepada saya, jika Islam ini bukan politik, bukan sosial, bukan ekonomi dan bukan ilmu pengetahuan jadi Islam ini apa? فحدثوني بربكم أيها الإخوان ، إذا كان الإسلام شيئا غير السياسة وغير الاجتماع ،وغير الاقتصاد ، وغير الثقافة … فما هو إذن ؟ ….
Adakah Islam ini hanya rakaat-rakaat yang dilakukan dengan hati yang kosong أهو هذه الركعات الخالية من القلب الحاضر..
atau hanya sekadar lafaz umpama kata-kata Rabi‘ah al-Adawiyah: “Istighfar yang memerlukan kepada istighfar.” أم هذا الألفاظ التي هي كما تقون رابعة العدوية :استغفار يحتاج إلى استغفار ..
Saudara adakah hanya kerana ini al-Quran perlu turun membawa suatu sistem yang lengkap.ألهذا أيها الاخوة نزل القران نظاما كامل محكما مفصلا :
Menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam. (An-Nahl: 89)(تِبْيَاناً لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدىً وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ) (النحل:89) .
Nilai Islam yang amat terhad inilah yang diinginkan oleh musuh Islam agar diamalkan oleh umat Islam. Mereka mahu mempermainkan umat Islam apabila mereka berkata kepada umat Islam, kami telah berikan kamu kebebasan beragama. Perlembagaan kamu juga telah mencatatkan bahawa agama rasmi negara adalah agama Islam.هذا المعنى المتضائل لفكر الإسلام ، وهذه الحدود الضيقة التي حددها معنى الإسلام ، هي التي حاول خصوم الإسلام أن يحصر فيها المسلمين ، وان يضحكوا عليهم بأن يقولوا لهم بأن تركنا لكم حرية الدين ، وان الدستور ينص على أن دين الدولة الرسمي هو الإسلام .
Islam Yang Syumulالإسـلام الشـامـل
Saudara, di sini ingin saya tegaskan bahawa Islam berbeza sama sekali dengan ertikata sempit yang cuba ditonjolkan oleh musuh Islam. Sebaliknya, Islam merangkumi akidah dan ibadah, negara dan bangsa, toleransi dan kuasa, rohani dan jasmani, pengetahuan dan undang-undang. Pegangan Islam yang ada pada seorang muslim menuntut dia mengambil berat masalah umat Islam. Orang yang tidak pernah mengambil berat masalah umat Islam tidak dianggap sebagai orang Islam. أنا أعلن أيها الإخوان من فوق المنبر بكل صراحة ووضوح وقوة ، أن الإسلام شئ غير هذا المعنى الذي أراد خصومة والأعداء من أبنائه أن يحصرون فيه ويقيدون به ، وأن الإسلام عقيدة وعبادة ، ووطن وجنسية ، وسماحة وقوه ، وخلق ومادة ، وثقافة وقانون , وأن المسلم مطالب بحكم إسلامه أن يعني بكل شؤون أمته ، ومن لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم .
Saya yakin, asas inilah yang difahami oleh generasi silam yang diredai Allah. Asas inilah yang menjadi panduan mereka. Asas inilah yang menjadi landasan perjuangan mereka. Atas asas inilah mereka melakukan segala urusan mereka. Dengan berpandukan asas inilah juga mereka jalankan segala urusan dunia mereka di samping urusan akhirat mereka. Semoga Allah merahmati khalifah pertama yang berkata: “Jika saya kehilangan seutas tali unta nescaya saya akan temuinya dalam kitab Allah.”واعتقد أن أسلافنا رضوان الله عليه ما فهموا للإسلام معنى غير هذا ، فبه كانوا يحكمون ، وله كانوا يجاهدون ، وعلى قواعده كانوا يتعلمون ، وفى حدوده كانوا يسيرون في كل شان من شؤون  الحياة الدنيا العملية قبل شؤون الآخرة الروحية ، ورحم الله الخليفة الأول إذ يقول : (لو ضاع مني عقال بعير لوجدته في كتاب الله).
Setelah saya letakkan garis panduan am tentang Islam yang syumul dan politik yang terpisah daripada amalan kepartian, kini dengan tegas ingin saya nyatakan di sini seorang muslim tidak akan memiliki Islam yang sempurna kecuali apabila dia menjadi seorang ahli politik. Apabila dia meninjau segala masalah umatnya. Apabila dia mengambil berat tentang nasib mereka dan peka dengan segala masalah mereka. Saya juga ingin jelaskan di sini bahawa segala batasan dan pemisahan yang wujud kini adalah suatu yang tidak dapat diterima oleh Islam. Setiap pertubuhan Islam perlu meletakkan aspek politik umat Islam sebagai agenda utama mereka. Jika tidak mereka perlu menilai semula fahaman mereka tentang Islam.بعد هذا التحديد العام  لمعنى الإسلام الشامل ولمعنى السياسة المجردة عن الحزبية ، أستطيع أن اجهر في صراحة بأن المسلم لن يتم إسلامه إلا إذا كان سياسيا ، يعيد النظر في شؤون أمته ، مهتما بها غيور عليا . وأستطيع كذلك أن أقول أن هذا التحديد  التجريد أمر لا يقره الإسلام ، وأن على كل جمعية إسلامية أن تضع في رأس برنامجها الاهتمام بشؤون أمتها السياسية وإلا كانت تحتاج هي نفسها إلى أن تفهم معنى الإسلام.
Saudara, izinkan saya untuk berbicara lebih lanjut mengenai perkara ini yang kini kelihatan agak asing di kalangan pihak yang sudah biasa mendengar suara-suara yang memisahkan antara Islam dan politik. Mudah-mudahan selepas kita meninggalkan majlis ini nanti tiada hadirin yang akan berkata: Jamaah Ikhwan al-Muslimin telah menggadaikan prinsip mereka dan mereka telah menyimpang daripada identiti asal mereka. Mereka kini adalah pertubuhan politik bukan lagi pertubuhan agama. Seterusnya masing-masing akan cuba memberikan pandangan masing-masing tentang sebab berlakunya perubahan ini.دعوني أيها الاخوة استرسل معكم قليلا في تقرير هذا المعنى الذي قد يبدو مفاجأة غريبة على قوم تعودوا إن يسمعوا دائما نغمة التفريق بين الإسلام والسياسة ، والذي قد يدع بعض الناس يقولون بعد انصرافنا من هذا الحفل : إن جماعة الإخوان المسلمين قد تركت مبادئها ، وخرجت علي صفتها ، وصارت جماعة سياسية بعد أن كانت جمعية دينية ، ثم يذهب كل متأول في ناحية من نواحي التأويل ملتمساً أسباب هذا الانقلاب في نظره ، وعلم الله أيها السادة أن الإخوان ما كانوا يوماً من الأيام غير سياسيين ،  
Tuan-tuan, ketahuilah bahawa tidak pernah walau sehari pun Ikhwan bukan ahli politik dan tidak pernah walau sehari pun Ikhwan bukan orang Islam. Dakwah mereka tidak pernah memisahkan antara politik dan agama. Mereka juga tidak pernah dilihat sebagai ahli mana-mana parti walau sesaatpun.ولن يكونوا يوماً من الأيام غير مسلمين ، وما فرقت دعوتهم أبداً بين السياسة والدين ، ولن يراهم الناس في ساعة من نهار حزبيين
Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu; selamat tinggalah kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil. (Al-Qasas: 55)وَإِذَا سَمِعُوا اللَّغْوَ أَعْرَضُوا عَنْهُ وَقَالُوا لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ سَلامٌ عَلَيْكُمْ لا نَبْتَغِي الْجَاهِلِينَ) (القصص:55) ،
Mustahil mereka menyimpang daripada matlamat mereka atau bekerja untuk agenda yang lain selain agenda mereka atau mereka mencerminkan identiti lain selain identiti Islam yang suci ini.(ومحال أن يسيروا لغاية غير غايتهم أو يعملوا لفكرة سوي فكرتهم أو يتلونوا بلون غير الإسلام الحنيف :
 (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat. (Al-Baqarah: 138)(صِبْغَةَ اللهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ) (البقرة:138) .
Politik Dalam Negeriالسـياسـة الداخـليـة
Saudara, izinkan saya huraikan dengan lebih lanjut berkenaan perkara ini. Pada saya, jika apa yang dimaksudkan dengan politik ialah mengendalikan urusan kerajaan, memperjelaskan peranan, hak dan tanggungjawab kerajaan, memerhatikan setiap tindakan pemerintah agar apabila mereka melakukan yang baik mereka boleh ditaati dan apabila mereka melakukan kesilapan mereka boleh dikritik. Islam memberi tumpuan kepada perkara ini dan Islam telah menggariskan beberapa dasar dan asas dalam masalah ini. Islam menjelaskan hak-hak pemerintah dan rakyat. Islam menjelaskan kedudukan orang yang zalim dan yang dizalimi. Islam menggariskan sempadan untuk setiap perkara agar ia tidak dicerobohi.دعوني أيها الأخوة أسترسل معكم في تقرير هذا المعني ، فأقول إن كان يراد بالسياسة معناها الداخلي من حيث تنظيم أمر الحكومة وبيان مهماتها وتفصيل حقوقها وواجباتها ومراقبة الحاكمين والإشراف عليهم ليطاعوا إذا أحسنوا وينقدوا إذا أساءوا … فالإسلام قد عني بهذه الناحية ، ووضع لها القواعد والأصول ، وفصل حقوق الحاكم والمحكوم ، وبين مواقف الظالم والمظلوم ، ووضع لكل حداً لا يحدوه ولا يتجاوزه .
Perlembagaan, undang-undang sivil, undang-undang jenayah dan segala perkara yang berkaitan telah disentuh oleh Islam. Islam adalah sumber rujukan utama dan unggul dalam perkara ini. Islam bertindak menggariskan asas, kaedah am dan objektif kepada undang-undang ini. Seterusnya Islam mewajibkan manusia supaya melaksanakannya. Namun Islam telah menyerahkan kepada manusia segala aspek perincian dan huraian kepada undang-undang ini supaya mereka dapat melaksanakannya menurut kesesuaian zaman dan keadaan mereka. Mereka boleh berijtihad menentukan apa yang baik menurut ijtihad mereka.فالدساتير والقوانين المدنية والجنائية بفروعها المختلفة عرض لها الإسلام ، ووضع نفسه منها بالموضع الذي يجعله أول مصادرها وأقدس منابعها . وهو حين فعل هذا إنما وضع الأصول الكلية ، والقواعد العامة ، والمقاصد الجامعة ، وفرض علي الناس تحقيقها ، وترك لهم الجزئيات والتفاصيل يطبقونها بحسب ظروفهم وعصورهم ، ويجتهدون في ذلك ما وسعتهم المصلحة وواتاهم الاجتهاد .
Islam telah mengiktiraf dan mengakui kuasa rakyat. Islam mewajibkan setiap muslim supaya memerhatikan setiap tindak-tanduk kerajaan mereka. Mereka perlu memberikan nasihat, bantuan dan membahaskan tentang perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan. Islam mewajibkan pemerintah supaya mengutamakan kepentingan rakyat dengan memberikan keadilan kepada yang berhak dan menghukum sesiapa yang bersalah. Islam juga mewajibkan rakyat supaya taat setia kepada pemerintah selama mana pemerintah berada pada jalan yang betul. Jika pemerintah didapati menyeleweng, rakyat perlu memperbetulkannya supaya pemerintah sentiasa berada pada jalan yang betul. Rakyat perlu memastikan pemerintah sentiasa berada dalam batas undang-undang dan mengembalikannya ke landasan yang benar. Semua ini ada dinyatakan oleh kitab Allah dan hadis-hadis Rasulullah saw., bukan kita reka atau ada-adakan. Cuba sidang hadirin perhatikan firman Allah Taala:وقد قرر الإسلام سلطة الأمة وأكدها ، وأوصي بأن يكون كل مسلم مشرفاً تمام الإشراف علي تصرفات حكومته ، يقدم لها النصح والمعونة ويناقشها الحساب ، وهو كما فرض علي الحاكم أن يعمل لمصلحة المحكومين بإحقاق الحق وإبطال الباطل فرض علي المحكومين     كذلك أن يسمعوا ويطيعوا للحاكم ما كان كذلك ، فإذا انحرف فقد وجب عليهم أن يقوموه علي الحق ويلزموه حدود القانون ويعيدوه إلي نصاب العدالة ، هذه تعاليم كلها من كتاب الله :
Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya. Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. (Al-Maidah: 48-50)(وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقاً لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِناً عَلَيْهِ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللهُ وَلا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنَ الْحَقِّ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجاً وَلَوْ شَاءَ اللهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَكِنْ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ إِلَى اللهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعاً فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ , وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللهُ وَلا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيراً مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ , أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللهِ حُكْماً لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ) (المائدة:48-50) ،
Terdapat berpuluh-puluh lagi ayat al-Quran al-Karim yang menyentuh secara jelas perkara yang saya sebutkan ini.إلي عشر من الآيات الكريمة التي تناولت  كل ما ذكرنا بالبيان والتفصيل .
Rasulullah saw. juga pernah bersabda tentang kuasa rakyat dan tentang suara ramai. Baginda bersabda:“Agama itu nasihat. Sahabat bertanya: Untuk siapa, wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Untuk Allah, rasulNya, kitabNya, para pemerintah dan rakyat Islam.”ويقول رسول الله  في تقرير سلطة الأمة وتقرير الرأي العام فيها : (الدين النصيحة) . قالوا : لمن يا رسول الله ؟ قال : (لله ولرسوله ولكتابه ولأئمة المسلمين و عامتهم)
Baginda juga bersabda:“Jihad yang paling mulia ialah bercakap benar kepada pemerintah yang zalim.”.. ويقول أيضاً (إن من أفضل الجهاد كلمة حق عند سلطان جائر) ،
Baginda juga bersabda:“Pemimpin para syuhada ialah Hamzah bin Abdul Mutalib dan juga lelaki yang bangun berhadapan dengan pemerintah yang zalim, dia menyuruh (melakukan kebaikan) dan melarang pemerintah ini (melakukan kejahatan) lalu pemerintah ini membunuhnya.”ويقول كذلك  (سيد الشهداء حمزة بن عبد المطلب ورجل قام إلي إمام جائر فأمره ونهاه فقتله) ..
Ada beratus-ratus lagi hadis yang menghuraikan perkara ini dan mewajibkan umat Islam supaya menyuruh manusia melakukan kebaikan dan melarang manusia melakukan kejahatan. Mereka perlu mengawasi pemerintah mereka, sejauhmana pemerintah menghormati kebenaran dan melaksanakan perintah Allah.وإلي مئات الأحاديث التي تفصل هذا المعني وتوضحه ، وتوجب علي المسلمين أن يأمروا بالمعروف وأن ينهوا عن المنكر ، وأن يراقبوا حكامهم ويشرفوا علي مبلغ احترامهم للحق وإنفاذهم لأحكام الله .
Adakah apabila Rasulullah saw. menyuruh umat Islam supaya campur tangan atau mengawasi atau memberi nasihat atau segala-galanya ini, apabila baginda menggalakkan perkara ini dan menegaskan bahawa amalan ini adalah sebahagian amalan agama dan perkara ini merupakan jihad yang paling besar dan ganjaran bagi perkara ini ialah mati syahid yang paling mulia, adakah ini bermakna baginda telah melanggar ajaran Islam di mana baginda telah mencampur adukkan politik dengan agama. Ataupun inilah sebenarnya budaya Islam yang telah dibawa oleh Nabi saw. daripada Allah. Jadi apabila kita mengenepikan perkara ini daripada Islam kita sebenarnya mahu Islam mengikut citarasa kita sendiri bukan Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw. daripada Tuhannya.فهل كان رسول الله حين يأمر بهذا التدخل ، أو الإشراف أو التناصح ، أو سمه ما شئت ، وحين يحض عليه ، ويبين أنه الجهاد الأكبر ، وأن جزاءه الشهادة العظمي .. يخالف تعالىم الإسلام فيخلط السياسة بالدين ، أم أ، هذه هي طبيعة الإسلام الذي بعث الله به نبيه ، وأننا في الوقت الذي نعدل فيه بالإسلام عن هذا المعني نصور لأنفسنا إسلاماً خاصاً غير الذي جاء به رسول الله عن ربه .
Ertikata yang luas kepada Islam yang sebenar ini tertanam kukuh dalam diri generasi silam yang soleh. Nilai ini tertanam dalam roh serta akal mereka. Ia diamalkan dalam setiap sudut hidup mereka yang bebas merdeka, sebelum muncul Islam hasil ciptaan penjajah ini.لقد تقرر هذا المعني الفسيح للإسلام الصحيح في نفوس السلف الصالح لهذه الأمة ، وخالط أرواحهم وعقولهم ، وظهر في كل أدوار حياتهم الاستقلالية قبل ظهور هذا الإسلام الاستعماري الخانع الذليل .       
Saudara, atas dasar inilah para sahabat Rasulullah saw. berbicara soal politik. Mereka berjuang demi menegakkan kebenaran. Mereka memikul masalah politik umat Islam. Mereka menampilkan diri mereka sebagai “rahib di malam hari dan pejuang di siang hari”. Malah Ummu Mukminin, Aisyah sendiri berucap di hadapan orang ramai mengenai isu politik dan menghuraikan soal kerajaan dengan huraian yang menarik dan hujah yang jitu. Atas dasar yang sama satu pasukan yang menentang al-Hajjaj, di bawah pimpinan Ibnu al-Ash`ath telah dinamakan sebagai briged fuqaha’ kerana pasukan ini disertai oleh Sa`id bin Jabir, Amir al-Sha’bi dan para tabiin serta ulama besar yang lain.ومن هنا أيها الإخوان كان أصحاب رسول الله  يتكلمون في نظم الحكم ، ويجاهدون في مناصرة الحق ، ويحتملون عبء سياسة الأمة ، ويظهرون علي الصفة التي وصفوا أنفسهم بها (رهبان بالليل فرسان بالنهار) حتى كانت أم المؤمنين عائشة الصدِّيقة تخطب الناس في دقائق السياسة ، وتصور لهم مواقف الحكومات في بيان رائع وحجة قوية ، ومن هنا كانت الكتيبة التي شقت عصا الطاعة على الحجاج وحاربته وأنكرت عليه بقيادة ابن الأشعث تسمي كتيبة الفقهاء ، إذ كان فيها سعيد بن جبير وعامر الشعبي وأضرابهما من فقهاء التابعين وجلة علمائهم.
Kita dapat lihat begitu banyak contoh para ulama yang diredhai Allah yang memberi nasihat kepada raja dan pemerintah supaya para pemerintah sentiasa berpegang kepada kebenaran. Contoh-contoh ini terlalu banyak untuk dimuatkan di sini walaupun sebahagiannya  apatah lagi kesemuanya.ومن هنا رأينا من مواقف الأئمة رضوان الله عليهم في مناصحة الملوك ومواجهة الأمراء والحكام بالحق ما يضيق بذكر بعضه فضلاً عن كله المقام .
Atas dasar ini juga banyak buku-buku fikah Islam daripada dahulu hingga sekarang dipenuhi dengan hukum-hukum berkenaan pemerintahan, penghakiman, pengakuan, pendakwaan, jual beli, urusniaga, hukum hudud dan takzir. Semua ini membawa maksud Islam mengandungi hukum-hukum amali dan rohani. Jika hukum-hukum ini diakui oleh kuasa legislatif ia bermakna hukum-hukum ini perlu dipelihara dan dilaksanakan oleh kuasa eksekutif dan kehakiman. Tiada guna khatib berucap setiap Jumaat di atas mimbar:ومن هنا كذلك كانت كتب الفقه الإسلامي قديماً وحديثاً فياضة بأحكام الأمارة والقضاء والشهادة والدعاوى والبيوع والمعاملات والحدود والتعزيزات ، ذلك إلي أن الإسلام أحكام عملية وروحية ، إن قررتها السلطة التشريعية فإنما تقوم علي حراستها وإنفاذ السلطة التنفيذية والقضائية ، ولا قيمة لقول الخطيب كل جمعة علي المنبر
Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya. (Al-Maidah: 90)(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنْصَابُ وَالأَزْلامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ) (المائدة:90) ،
Dalam masa yang sama ada undang-undang membenarkan minuman yang memabukkan ini. Malah pihak berkuasa menjaga keselamatan mereka yang mabuk dan menghantar mereka hingga ke rumah dengan selamat. Oleh itu, ajaran al-Quran tidak dapat dipisahkan dengan kuasa. Atas dasar ini juga politik dan kerajaan adalah sebahagian daripada agama. Orang Islam diwajibkan memberikan tumpuan kepada aspek kerajaan sama seperti tumpuan yang diberikan kepada aspek rohani.في الوقت الذي يجيز فيه القانون السكر وتحمي الشرطة السكيرين وتقودهم إلي بيوتهم آمنين مطمئنين ، ولهذا كانت تعاليم القرآن لا تنفك عن سطوة السلطان ، ولهذا كانت السياسة جزءاً من الدين ، وكان من واجبات المسلم أن يعني بعلاج الناحية الحكومية كما يعني بعلاج الناحية الروحية .
Inilah pendirian Islam tentang politik dalam negara.وذلك موقف الإسلام من السياسة الداخلية .
Politik Luar Negaraالسـياسـة الخـارجـية
Jika apa yang dimaksudkan dengan politik luar negara ialah menjaga kemerdekaan dan kebebasan rakyat, menanamkan rasa harga diri, mengorak langkah ke arah mencapai matlamat agung yang akan menempatkan rakyat negara ini setanding dengan bangsa-bangsa lain atau negara-negara lain, membebaskan rakyat daripada penjajahan dan campur tangan asing, menentukan hubungan negara ini dengan negara lain serta hak-hak yang dimiliki oleh mereka, membawa negara-negara di dunia ke arah kesejahteraan sejagat yang mereka namakan sebagai undang-undang antarabangsa, maka semua ini telah diberikan perhatian sepenuhnya oleh Islam dan semuanya telah dihuraikan dengan sejelas-jelasnya oleh Islam. Islam mewajibkan umat Islam supaya berpegang dengan segala hukum-hakam yang ada hubungan dengan keamanan dan peperangan. Mereka yang cuai dan mengabaikannya adalah orang yang jahil tentang Islam atau terkeluar daripada Islam.فإن أريد بالسياسة معناها الخارجي ، وهو المحافظة علي استقلال الأمة وحريتها ، وأشعارها كرامتها وعزتها ، والسير بها إلي الأهداف المجيدة التي تحتل بها مكانتها بين الأمم ومنزلتها الكريمة في الشعوب والدول ، وتخليصها من استبداد غيرها بها وتدخله في شؤونها ، مع تحديد الصلة بينها وبين سواها تحديداً يفصل حقوقها جميعاً ، ويوجه الدول كلها إلي السلام العالمي العام وهو ما يسمونه (القانون الدولي) .. فإن الإسلام قد عني بذلك كل العناية وأفتي فيه بوضوح وجلاء ، وألزم المسلمين أن يأخذوا بهذه الأحكام في السلم والحرب علي السواء ، ومن قصر في ذلك وأهمله فقد جهل الإسلام أو خرج عليه .
Islam telah menegaskan kedudukan umat Islam sebagai pemimpin dan tonggak kepada manusia dalam pelbagai ayat dalam al-Quran. Antaranya firman Allah Taala:قرر الإسلام سيادة الأمة الإسلامية وأستاذيتها للأمم في آيات كثيرة من القرآن ومنها قوله تعالى:
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Aali Imran: 110)(كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللهِ) (آل عمران:110) ،
Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). (Al-Baqarah: 143)وقوله تعالى : (وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطاً لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيداً) (البقرة:143) ،
Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Al-Munafiqun: 8)وقوله تعالى: (وَللهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لا يَعْلَمُونَ) (المنافقون:8) ،
Al-Quran tegaskan juga kewibawaan umat ini dan menunjuk ajar mereka cara untuk memelihara umat ini agar mereka sentiasa berwaspada dengan ancaman campur tangan asing dalam hal ehwal mereka. Firman Allah:وأكد قوامتها وأرشدها إلي طريق صيانتها وإلي ضرر تدخل غيرها في شؤونها بمثل قوله تعالى :
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. (Aali Imran: 118-119)(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لا يَأْلُونَكُمْ خَبَالاً وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الآياتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ , هَا أَنْتُمْ أُولاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلا يُحِبُّونَكُمْ) (آل عمران:118-119) ،
Al-Quran juga mengingatkan bangsa yang dijajah kesan buruk akibat penjajahan. Firman Allah Taala:وأشار إلي مضار الاستعمار وسوء أثره في الشعوب فقال تبارك وتعالى :
Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan. (An-Naml: 34)(إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً وَكَذَلِكَ يَفْعَلُونَ) (النمل:34) .
Islam mewajibkan umat ini supaya menjaga kepimpinan umat. Islam memerintahkan mereka supaya membuat persiapan dan melengkapkan kekuatan agar kebenaran dapat dipelihara dengan kuasa bukan sahaja dengan cahaya hidayah.ثم أوجب علي الأمة المحافظة علي هذه السيادة ، وأمرها باستعداد العدة و استكمال القوة ، حتى يسير الحق محفوظاً بجلال السلطة كما هو مشرق بأنوار الهداية
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan. (Al-Anfal: 60)(وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ) (لأنفال:60) ،
Di samping itu, Islam juga tidak lupa untuk mengingatkan umat Islam seperti yang dinyatakan oleh surah al-Nasr dan sikap bongkak yang akan menyebabkan mereka mengenepikan keadilan dan hak-hak manusia. Islam mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan apa jua pencabulan, firman Allah:ولم يغفل التحذير من صورة النصر ونشوة الاعتزاز وما تجلبه من مجانبة للعدالة وهضم للحقوق ، فحذر المسلمين العدوان علي أية حال في قوله تعالى :
Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. (Al-Maidah: 8)(وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلا تَعْدِلُوا) (المائدة:8) ،
Dan juga firman Allah:مع قوله تعالى
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (Al-Haj: 41)(الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ وَللهِ عَاقِبَةُ الأُمُورِ) (الحج:41).   
Saudara, atas dasar ini kita dapat lihat generasi silam yang diredai Allah baik yang merupakan ahli-ahli masjid dan ibadat, penghafal kitab Allah malah ahli-ahli ribat dan sufi tidak hanya berpada dengan kemerdekaan negara mereka atau kemegahan bangsa mereka sebaliknya mereka bertebaran ke seluruh muka bumi menakluk negara dan menyebarkan ajaran Islam. Mereka akan memerdekakan bangsa-bangsa lain supaya bangsa-bangsa ini juga merdeka seperti mereka. Mereka memimpin bangsa-bangsa ini ke arah cahaya Allah yang telah memimpin mereka selama ini. Mereka membawa bangsa-bangsa ini ke arah kesejahteraan di dunia dan akhirat. Mereka tidak bertindak kejam atau khianat. Mereka tidak bersikap biadap dan tidak memperhambakan manusia kerana sebagai manusia mereka dilahirkan oleh ibu mereka sebagai orang yang merdeka.ومن هنا أيها الإخوة رأينا أخلاء المسجد ، وأنضاء العبادة ، وحفظة الكتاب الكريم ، بل وأبناء الروابط والزوايا من السلف رضوان الله عليهم ، لا يقنعون باستقلال بلادهم ، ولا بعزة قومهم ، ولا بتحرير شعوبهم ، ولكنهم ينسابون في الأرض ، ويسيحون في آفاق البلاد فاتحين معلمين ، يحررون الأمم كما تحرروا ، ويهدونها بنور الله الذي اهتدوا به ، ويرشدونها إلي سعادة الدنيا والآخرة ، لا يغلون ولا يغدرون ، ولا يظلمون ولا يعتدون ، ولا يستعبدون الناس وقد ولدتهم أمهاتهم أحراراً.
Atas dasar ini, kita dapat lihat Uqbah bin Nafi’ yang mencecah lautan Atlantik dengan kaki kudanya, berkata: “Ya Allah, jikalau saya tahu di sebalik lautan ini wujud daratan lain nescaya saya akan ke sana untuk berjuang di jalanMu.”ومن هنا رأينا عقبة بن نافع يخوض الأطلسي بلبة جواده قائلاً : (اللهم لو علمت وراء هذا البحر أرضاً لمضيت في البلاد مجاهداً في سبيلك) ،  
Ketika seorang anak al-Abbas dikebumikan di Taif berdekatan dengan Mekah, anak yang kedua sedang dikebumikan di bumi Turki di timur jauh, anak yang ketiga dikebumikan di Afrika di barat jauh. Semuanya berjihad di jalan Allah mencari keredaanNya. Inilah yang difahami oleh para sahabat dan tabiin bahawa politik luar negara adalah sebahagian daripada ajaran Islam sebenar.في الوقت الذي يكون فيه أبناء العباس الأشقاء قد دفن أحدهم بالطائف إلي جوار مكة ، والثاني بأرض الترك من أقصي الشرق ، والثالث بأفريقيا من أقصي المغرب ، جهاداً في سبيل الله وابتغاء لمرضاته . وهكذا فهم الصحابة والتابعون لهم بإحسان أن السياسة الخارجية من صميم الإسلام .
Hak-Hak Antarabangsaالحـقوق الـدولــية
Sebelum saya akhiri penjelasan saya yang panjang lebar ini saya ingin tegaskan kepada sidang hadirin sekalian bahawa politik Islam, dalam dan luar negara menjamin sepenuhnya hak-hak bukan Islam, baik hak-hak antarabangsa mahupun hak-hak dalam negara seperti hak-hak minoriti bukan Islam. Ini kerana kejujuran Islam di peringkat hubungan antarabangsa tidak dapat ditandingi di sepanjang sejarah. Firman Allah:وأحب قبل أن أختم هذا الاسترسال أن أؤكد لحضراتكم تأكيداً قاطعاً أن سياسة الإسلام داخلية أو خارجية تكفل تمام الكفالة حقوق غير المسلمين ، سواء أكانت حقوق دولية أم كانت حقوق وطنية للأقليات غير المسلمة ، وذلك لأن شرف الإسلام الدولي أقدس شرف عرفه التاريخ ، والله تبارك وتعالى يقول :
Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang khianat. (Al-Anfal: 58)(وَإِمَّا تَخَافَنَّ مِنْ قَوْمٍ خِيَانَةً فَانْبِذْ إِلَيْهِمْ عَلَى سَوَاءٍ إِنَّ اللهَ لا يُحِبُّ الْخَائِنِينَ) (لأنفال:58) ،
Firman Allah lagi:ويقول :
Kecuali mereka yang kamu mengikat perjanjian setia (dengannya) dari orang-orang musyrik, kemudian mereka tidak mencabuli perjanjian kamu itu sedikitpun, dan mereka tidak menolong seorangpun yang memusuhi kamu, maka sempurnakanlah kepada mereka perjanjian mereka sehingga (habis) tempohnya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa. (At-Taubah: 4)(إِلا الَّذِينَ عَاهَدْتُمْ مِنَ الْمُشْرِكِينَ ثُمَّ لَمْ يَنْقُصُوكُمْ شَيْئاً وَلَمْ يُظَاهِرُوا عَلَيْكُمْ أَحَداً فَأَتِمُّوا إِلَيْهِمْ عَهْدَهُمْ إِلَى مُدَّتِهِمْ إِنَّ اللهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ) (التوبة:4) ،
Firman Allah:ويقول تعالى :
Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Anfal: 61)(وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ) (لأنفال:61).
Itali yang dianggap sebagai negara bertamadun telah menyerang dan menjajah Habsyah tanpa mengisytiharkan perang dan tanpa memberi amaran terlebih dahulu. Demikian juga dengan Jepun, sebuah negara maju telah menyerang China tanpa sebarang amaran atau pengisytiharan. Namun tidak pernah tercatat dalam sejarah Rasulullah saw. mahupun sejarah para sahabat baginda bahawa mereka telah melancarkan peperangan tanpa mengemukakan dakwah mereka terlebih dahulu atau memberikan amaran atau melancarkan serangan secara mengejut.ولئن كانت إيطاليا المتمدنة قد غزت الحبشة حتى استولت عليها ولم تعلن عليها حرباً ولم تسبق إلي ذلك بإنذار ، وحذت حذوها اليابان الراقية فهي تحارب الصين ولم تخطرها ولم تعلنها ، فإن التاريخ لم يؤثر عن رسول الله ، ولا عن صحابته أنهم قاتلوا قوماً أو غزوا قبيلاً دون أن يوجهوا الدعوة ويتقدموا بالإنذار وينبذوا إليه علي سواء .  
Islam telah menjamin hak-hak minoriti melalui nas al-Quran dalam firman Allah Taala:وقد كفل الإسلام حقوق الأقليات بنص قرآني هو قول الله تبارك وتعالى :
Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Al-Mumtahanah: 8)(لا يَنْهَاكُمُ اللهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ) (الممتحنة:8) .
Dalam masa yang sama politik Islam ini tidak pernah bercanggah dengan sistem berperlembagaan dan syura. Malah sebaliknya Islam yang meletakkan batu asas dan mengajar manusia sistem ini. Allah berfirman menggambarkan sifat orang beriman:كما أن هذه السياسة الإسلامية نفسها لا تنافي أبداً الحكم الدستوري الشورى ، وهي واضعة أصله ومرشدة الناس إليه في قوله تعالى من أوصاف المؤمنين
Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka. (As-Shura: 38)(وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ) (الشورى:38) ،
Firman Allah:وقوله تعالى:
Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah. (Aali Imran: 159)(وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللهِ) (آل عمران:159) ،
Rasulullah saw. sentiasa bermesyuarat dengan para sahabat. Malah baginda menerima pendapat peribadi mereka jika ternyata pendapat tersebut benar. Inilah yang berlaku antara baginda dengan al-Habbab bin al-Munzir ketika perang badar. Baginda pernah bersabda kepada Abu Bakar dan Umar: وقد كان  يشاور أصحابه وينزل علي رأي الفرد منهم متي وضح له صوابه كما فعل ذلك مع الحباب بن منذر في غزوة بدر ، ويقول لأبي بكر وعمر :
“Jika kamu berdua sependapat saya tidak akan mengenepikan pendapat kamu berdua.”(لو اجتمعتما ما خالفتكما) ،
Rentetan daripada itu, Umar telah menyerahkan kuasa kepada ahli syura untuk memilih khalifah. Umat Islam akan sentiasa beroleh faedah selagimana mereka mengamalkan syura.وكذلك ترك عمر الأمر شوري بين المسلمين ، ومازال المسلمون بخير ما كان أمرهم شورى بينهم .
Keluasan Perundangan Islam سـعة التشـريع الإسـلامي
Ajaran Islam dan politik Islam tidak pernah bersifat kolot. Malah undang-undang Islam merupakan undang-undang yang paling lengkap. (Masa akan mendedahkan hakikat besar yang tidak diketahui oleh manusia ini). Bidang perundangan telah memperakui bahawa undang-undang Islam telah jauh terkehadapan dalam menghuraikan setiap undang-undang dan masalah secara mendalam dan lengkap. Hakikat ini diakui oleh ramai kalangan bukan Islam seperti yang banyak tercatat dalam buku-buku karangan Mr. Lambert dan yang lain. Persidangan-persidangan perundangan antarabangsa mengiktiraf bahawa Islam telah meletakkan asas-asas bagi membolehkan setiap orang Islam memanfaatkan undang-undang yang baik selagimana tidak bercanggah dengan asas-asas Islam. Islam membenarkan ijtihad dengan menggariskan syarat-syaratnya. Islam mengakui kaedah masalih mursalah. Islam mengiktiraf adat dan menghormati pandangan pemerintah. Segala asas ini meletakkan undang-undang Islam sebagai undang-undang yang terulung di kalangan undang-undang yang lain.كما أن تعاليم الإسلام وسياسته ليس فيها معني رجعي أبداً  ، بل هي علي أدق قواعد التشريع الصالح ، وقد اعترف التشريع لكثير منها ـ وسيكشف الزمن للناس علي جلاله ما لم يعرفوا ـ بأنها قد سبقته في دقة الأحكام وتصوير الأمور وسعة النظر ، وشهد بذلك كثير من غير المسلمين كما ورد كثيراً في كلام “الميسو لامبير” و إضرابه ، وأكدت ذلك مؤتمرات التشريع الدولية علي أن الإسلام قد وضع من القواعد الكلية ما يترك للمسلم باباً واسعاً في الانتفاع بكل تشريع نافع مفيد لا يتعارض مع أصول الإسلام ومقاصده و أثاب علي الاجتهاد بشروطه ، وقرر قاعدة المصالح المرسلة ، واعتبر العرف ، واحترم رأي الإمام . كل هذه القواعد تجعل التشريع الإسلامي في الذروة السامية بين الشرائع والقوانين والأحكام .
Tuan-tuan sekalian, saya mahu saudara sebarkan hakikat ini sesama sendiri dan kepada orang ramai. Masih ramai yang tidak memahami hakikat sebenar sistem-sistem Islam. Akibatnya mereka menjauhkan diri daripada Islam atau menolak sebarang ajakan untuk kembali kepada Islam. Jika mereka memahami hakikat sebenar Islam nescaya mereka akan kembali kepada Islam. Sudah tentu mereka akan jadi orang pertama yang mendokongnya. Mereka akan menjadi orang yang paling bersemangat bersuara mengajak manusia kembali kepada Islam.هذه معان أحب أيها السادة أن تذيع بيننا وأن نذيعها في الناس ، فإن كثيرين لازالوا يفهمون من معنى النظام الإسلامي ما لا يتفق بحال مع الحقيقة ، وهم لهذا ينفرون منه ويحاربون الدعوة إليه ، ولو فقهوه علي وجهه لرجعوا به ولكانوا من أوائل أنصاره وأشدهم تحمساً له وأعلاهم صوتاً في الدعوة إليه .
Politik Kepartianالحـزبيـة السـياسـية
Saudara yang dihormati,أيها الاخوة الكرام ..
Ada satu lagi definisi politik yang saya rasakan amat malang untuk saya katakan di sini bahawa inilah satu-satunya definisi yang berlegar dalam fikiran kebanyakan kita, iaitu politik kepartian.بقي للسياسة معني آخر يؤسفني أن أقول أنه وحده هو المعني الذي يرادفها ويلازمها بغير حق في أذهان كثير منا ، ذلك هو (الحزبية).
Saya ada pandangan tersendiri berhubung politik kepartian ini. Saya tidak suka untuk memaksa sesiapa untuk menerimanya kerana ini adalah pandangan saya semata-mata. Walau bagaimanapun saya tidak mahu sembunyikan pandangan saya ini daripada orang ramai. Bagi saya atas dasar kewajipan memberi nasihat kepada manusia terutama dalam keadaan sekarang ini mendesak saya untuk menyatakan pandangan saya ini dengan jelas. Saya juga ingin saudara-saudara memahami dengan betul bahawa apabila saya bercakap tentang politik kepartian saya tidak tujukan ucapan saya ini hanya kepada parti tertentu atau saya berpihak kepada parti tertentu atau saya menolak satu parti dan menyokong satu parti, bukan itu maksud saya. Sebaliknya saya akan sentuh secara dasar dan saya akan kemukakan kesan kewujudan parti-parti ini. Kemudian saya serahkan segala-galanya kepada sejarah dan pandangan umum untuk menilai parti-parti ini. Segala ganjaran hanyalah daripada Allah.وإن لي في الحزبية السياسية آراء هي لي خاصة ولا أحب أن أفرضها علي الناس فإن ذلك ليس لي ولا لأحد ، ولكني كذلك لا أحب أن أكتمها عنهم ، وأري أن واجب النصيحة للامة ـ  وخصوصاً في مثل هذا الظروف ـ يدعوني إلي المجاهرة بها وعرضها علي الناس في وضوح وجلاء ، وأحب كذلك أن يفهم جيداً أني حينما أتحدث عن الحزبية السياسية  فليس معني هذا أني أعرض لحزب دون حزب ، أو أرجح أحد الأحزاب علي غيره ، أو أن أنتقص أحدها وأزكي الأخر ، ليس ذلك من مهماتي ، ولكني سأتناول المبدأ من حيث هو ، وسأعرض للنتائج والآثار المترتبة عليه ، وأدع الحكم علي الأحزاب للتاريخ وللرأي العام والجزاء الحق لله وحده
 (Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan kepadanya dalam surat-surat amalnya); dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amalnya yang jahat itu. (Aali Imran: 30)(يَوْمَ تَجِدُ كُلُّ نَفْسٍ مَا عَمِلَتْ مِنْ خَيْرٍ مُحْضَراً وَمَا عَمِلَتْ مِنْ سُوءٍ تَوَدُّ لَوْ أَنَّ بَيْنَهَا وَبَيْنَهُ أَمَداً بَعِيداً) (آل عمران:30) .
Tuan-tuan, saya yakin walaupun politik kepartian sesuai untuk sesetengah keadaan dan di sesetengah negara namun amalan ini tidak semestinya sesuai dalam semua keadaan. Amalan ini tidak sesuai sama sekali di Mesir. Terutama di zaman di mana kita sedang membina era baru. Di zaman di mana kita sedang membina sebuah masyarakat baru yang utuh dan memerlukan kepada penggemblengan semua tenaga, kekuatan dan kebolehan. Di zaman di mana kita perlukan kestabilan dan tumpuan sepenuhnya ke arah pemulihan. Terlalu banyak kerja yang perlu kita lakukan untuk proses pemulihan dalaman ini. Untuk itu kita perlu tumpukan segala tenaga kita ke arah merealisasikannya bagi menyelamatkan bangsa yang memiliki jiwa yang sentiasa bersemangat dan bertenaga, memiliki segala unsur kejayaan. Bangsa ini hanya ketiadaan kepimpinan yang baik dan betul yang akan membolehkan bangsa ini dibina dengan betul dan menghapuskan segala kelemahan, kemiskinan, kejahilan dan kehinaan. Kepimpinan ini pencetus dan pendorong ke arah kebangkitan. Walau bagaimanapun perkara ini tidak dapat dihuraikan dengan panjang lebar di sini, mungkin di lain masa. Saya sedar kita semua merasakan betapa beratnya tanggungjawab ini dan betapa banyaknya kerja-kerja yang perlu dilakukan ke arah memulihkan setiap elemen dalam masyarakat ini.أعتقد أيها السادة ، أن الحزبية السياسية إن جازت في بعض الظروف في بعض البلدان ، فهي لا تجوز في كلها ، وهي لا تجوز في مصر أبداً ، وخاصةً في هذا الوقت الذي نستفتح فيه عهداً جديداً ، ونريد أن نبني أمتنا بناء قوياً يستلزم تعاون الجهود وتوافر القوي والانتفاع بكل المواهب ، والاستقرار الكامل والتفرغ التام لنواحي الإصلاح  . إن وراءنا في الإصلاح الداخلي منهاجاً واسعاً مطولاً ، يجب أن نصرف كل الجهود إلي تحقيقه ، لإنقاذ هذا الشعب الدائم الحيوية ، الجم النشاط ، المجهز بكل وسائل النشاط ، الذي لا ينقصه إلا القيادة الصالحة والتوجيه القويم ، حتى يتكون أصلح تكوين ، يقضي علي الضعف والفقر والجهل والرذيلة ، وهي معاول الهدم وسوس النهضات ، وليس هنا محل تفصيل هذا المنهاج فذلك له وقت آخر ،
Saya akui kita pernah bersatu sebanyak dua kali. Setiap kali kita bersatu ia merupakan hari yang gemilang dalam sejarah kebangkitan kita. Pertama ketika di awal kebangkitan apabila bangsa ini berada dalam satu barisan dan bersatu menuntut haknya untuk berhimpun. Peristiwa ini amat menggerunkan penjajah yang zalim dan mereka tunduk di bawah kuasa bangsa ini.وأنا أعلم أننا جميعاً نشعر بثقل وطأة الأعباء ، وبالمجهودات العظيمة التي يجب أن تبذل في سبيل التنظيم الداخلي في كل مظاهر الحياة . وأعتقد كذلك أننا جربنا الوحدة مرتين , كانت كل واحدة منهما ألمع نجم في تاريخ النهضة , أما أولاهما ففي فجر النهضة حينما برزت الأمة صفا متحدا تنادي بحقها وتطالب باستحقاقها في اجتماع أفزع الغاصبين وروع المستعمرين ووهنت أمام سلطانه قوى الظالمين ,
Kedua ketika penubuhan barisan kebangsaan yang berjaya membawa perubahan penting walaupun dalam ruang yang terbatas tetapi perubahan ini sudah cukup membawa kita maju ke hadapan. Malangnya selain pernah bersatu kita juga telah banyak kali berpecah dan segala perpecahan ini hanya mensia-siakan segala tenaga yang telah dicurahkan selama ini. Ia menghancurkan segala-galanya, merosakkan akhlak, memporak perandakan rumah tangga, memutuskan hubungan mesra sementara musuh pula mengambil kesempatan di sebalik percakaran ini.أما الثاني فحين تكوين الجبهة الوطنية التي خطت بنا خطوة مهما كانت قصيرة فهي إلى الأمام على كل حال , وجربنا التفرقة في مرات كثيرة من قبل ومن بعد فما رأينا إلا تمزيق الجهود , وإحباط الأعمال , وإفساد الشؤون , وإتلاف الأخلاق , وخراب البيوت وتقطيع الأرحام , واستفادة الخصوم على حساب المختلفين المتنابزين .
Kepartian Dan Campurtangan Asingالحزبيـة والتدخل
Tuan-tuan, saya yakin campurtangan bangsa asing dalam urusan rakyat negara ini hanyalah kerana wujudnya percakaran, perpecahan dan amalan kepartian yang tidak baik ini. Mana-mana parti yang menang pasti akan diperhatikan oleh musuh dan musuh akan terus menggalakkan percakaran ini. Musuh akan bertindak ibarat kisah monyet dengan dua ekor kucing. Tiada keuntungan yang diperolehi rakyat negara ini hasil percakaran ini selain segala maruah, kemerdekaan, akhlak dan kepentingan mereka tergadai.وأعتقد أيها السادة أن التدخل الأجنبي في شؤون الأمة , ليس له من باب إلا التدابر والخلاف , وهذا النظام الحزبي البغيض , وأنه مهما انتصر أحد الفريقين فإن الخصوم بالمرصاد , يلوّحون له بخصمه الآخر , ويقفون منهما موقف القرد من القطتين , ولا يجني الشعب من وراء ذلك إلا الخسارة من كرامته واستقلاله وأخلاقه ومصالحه .
Saudara, kita masih belum mencapai kemerdekaan sepenuhnya. Kita masih terumbang-ambing. Kita masih berada dalam cengkaman pelbagai pihak yang berkepentingan. Tidak ada jalan lain untuk kita mempertahankan kemerdekaan ini atau menghapuskan segala cengkaman ini selain kita bersatu dan berganding bahu.إننا يا إخوان أمة لم نستكمل استقلالنا بعد استكمالا تاما , ولا زلنا في الميزان , ولا زالت المطامع تحيط بنا من كل مكان , ولا سياج لحماية هذا الاستقلال والقضاء على تلك المطامع إلا الوحدة والتكلف .
Mungkin boleh diterima jika ada beberapa negara yang telah menerima kemerdekaan sepenuhnya dan sudah lengkap membina negara mereka, mereka kini berpecah dan berpuak dalam beberapa isu. Namun bagi negara yang masih baru, perpecahan seperti itu tidak sepatutnya berlaku. Perhatikan, krisis dunia yang berlaku hari ini menyebabkan semua negara di dunia mengenepikan amalan kepartian mereka sama sekali atau mereka hanya mengekalkan amalan kepartian tradisi pada zahir sahaja tetapi pada hakikatnya mereka bersatu dalam semua perkara.وإذا جاز لبعض الأمم التي استكملت استقلالها وفرغت من تكوين نفسها أن تختلف وتتحزب في فرعيات الأمور , فإن ذلك لا يجوز في الأمم الناشئة أبدا , على أننا نلاحظ أن الحوادث العالمية قد ألجأت الأمم جميعا إلى التجرد من الحزبية مطلقا , أو الإبقاء على حزبية صورية تقليدية مع الوحدة في كل الاتجاهات
Parti-Parti Tiada Tempat Di Mesirلا أحـزاب في مصـر
Saya yakin semua parti yang wujud di Mesir hari ini adalah parti-parti boneka bukan parti-parti yang benar-benar diperlukan. Faktor kewujudan parti-parti ini lebih bersifat peribadi daripada patriotik. Punca atau peristiwa yang menyebabkan lahirnya parti-parti ini telah berakhir dan ini bermakna amalan kepartian ini juga perlu dihentikan.وأعتقد كذلك أن هذه الأحزاب المصرية الحالية أحزاب مصنوعة أكثر منها حقيقية , وأن العامل في وجودها شخصي أكثر منه وطني , وأن المهمة والحوادث التي كونت هذه الأحزاب ويجب أن ينتهي هذا النظام بانتهائها.
Parti al-Wafd adalah wakil seluruh rakyat Mesir untuk menuntut kemerdekaan melalui cara rundingan dan ini adalah peranan parti ini. Setelah itu muncul Parti al-Ahrar al-Dusturi akibat pergeseran yang timbul berhubung cara rundingan. Namun rundingan ini akhirnya tamat melalui pelbagai cara dan kaedah. Ini bermakna peranan parti ini telah tamat. Parti al-Sha‘ab lahir bagi mewujudkan sistem dan perlembagaan tertentu. Perlembagaan tersebut telah ada dan begitu juga sistem dengan pelbagai bentuk dan kedudukannya. Ini bermakna peranan parti ini juga tidak diperlukan lagi. Parti al-Ittihad wujud akibat isu tertentu yang timbul antara istana dan parti-parti yang ada. Semua isu ini telah selesai dan keadaan telah berubah. Keadaan sekarang memerlukan tindakan yang berbeza. Jadi tiada sebab untuk semua parti ini terus kekal wujud. Tiada alasan untuk kita berundur ke belakang. Sedangkan masa hadapan mengajak kita supaya berusaha dan terus mara secepat mungkin.لقد تكوّن الوفد المصري من الأمة كلها للمطالبة بالاستقلال على أساس المفاوضة وتلك هي مهمته , ثم تفرع منه حزب الأحرار الدستوريين للخلاف في أسلوب المفاوضات , وقد انتهت المفاوضة بأساليبها ونظمها وقواعدها فانتهت مهمتها بذلك , , وتكوّن حزب الشعب لإيجاد نظام خاص ودستور خاص , وقد انتهى ذلك الدستور وذلك النظام بأشكاله وأوضاعه فانتهت مهمته هو الآخر , وتكون حزب الشعب لموقف خاص بين السراي والأحزاب , لقد انتهت هذه الظروف جميعا , وتجددت ظروف أخرى تستدعي مناهج وأعمالا , فلا معنى أبدا لبقاء هذه الأحزاب , ولا معنى أبدا للرجوع على الماضي والمستقبل يلح إلحاحا صارخا بالعمل والسير بأسرع ما يمكن من الخطوات.
Islam Tidak Menerima Amalan Kepartianالإسـلام لا يقـر الحـزبية
Tuan-tuan, berlandaskan semua aspek ini saya yakin Islam sebagai agama yang menganjurkan perpaduan dalam segala keadaan, agama yang berlandaskan keterbukaan, hati yang tulus, persaudaraan dalam ertikata sebenar, kerjasama yang jujur antara semua manusia apatah lagi antara ummah yang sama dan bangsa yang sama, sudah tentu agama ini tidak menerima dan bersetuju dengan amalan kepartian. Al-Quran al-Karim menyebut:وبعد هذا كله أعتقد أيها السادة أن الإسلام وهو دين الوحدة في كل شئ , وهو دين سلامة الصدور , ونقاء القلوب , والإخاء الصحيح , والتعاون الصادق بين بني الإنسان جميعا فضلا عن الأمة الواحدة والشعب الواحد , لا يقر نظام الحزبية ولا يرضاه ولا يوافق عليه , والقرآن الكريم يقول :  
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai. (Aali Imran: 103)(وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيعاً وَلا تَفَرَّقُوا) (آل عمران:103) ,
Rasulullah saw. juga ada bersabda: ويقول رسول الله
“Adakah boleh saya tunjukkan kepada kamu amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada sembahyang dan puasa? Para sahabat menjawab: Sudah tentu, wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Perbaiki hubungan yang retak kerana hubungzzzan yang retak itu ibarat pencukur. Saya tidak katakan ia mencukur rambut tetapi ia mencukur agama.”(هل أدلكم على أفضل من درجة الصلاة والصوم ؟ قالوا بلى يا رسول الله قال إصلاح ذات البين , فإن فساد ذات البين هي الحالقة , لا أقول تحلق الشعر ولكن تحلق الدين) .
Amalan kepartian seperti berpecah dan bersengketa serta benci membenci membawa akibat yang amat tidak disenangi oleh Islam. Islam memberi amaran tentang perkara tersebut  melalui banyak ayat dan hadis. Perbincangan mengenai masalah ini terlalu luas dan sidang hadirin sendiri maklum mengenai masalah ini.وكل ما يستتبعه هذا النظام الحزبي ,من تنابز وتقاطع , وتدابر وبغضاء , يمقته الإسلام أشد المقت , ويحذر منه في كثير من الأحاديث والآيات  , وتفصيل ذلك يطول و وكل حضراتكم به عليم.
Kebebasan Bersuaraحـرية الـرأي
Saudara, bezakan antara amalan kepartian yang budayanya ialah berpecah dan berbeza pendapat dalam semua keadaan dengan kebebasan bersuara yang bukan sahaja dibenarkan malah digalakkan oleh Islam. Bezakan amalan kepartian ini dengan amalan mengkaji sesuatu perkara dan berbeza pendapat untuk mencari kebenaran kemudian apabila suatu keputusan dibuat semua pihak akur dengan keputusan tersebut. Sama ada kerana keputusan itu adalah keputusan majoriti atau keputusan itu adalah keputusan sebulat suara. Dengan ini umat ini akan dilihat sentiasa bersatu dan para pemimpin akan dilihat sentiasa sependapat.وفرق أيها الإخوان بين الحزبية التي شعارها الخلاف والانقسام في الرأي والوجهة العامة وفي كل ما يتفرع منها , وبين حرية الآراء التي يبيحها الإسلام ويحض عليها , وبين تمحيص الأمور وبحث الشؤون والاختلاف فيما يعرض تحريا للحق , حتى إذا وضح نزل على حكمه الجميع سواء أكان ذلك اتباعا للأغلبية أو للإجماع , فلا تظهر الأمة إلا مجتمعة ولا يرى القادة إلا متفقين.
Saudara, sudah tiba masanya untuk kita menuntut supaya budaya berparti di Mesir ini dihapuskan. Budaya ini perlu digantikan dengan budaya yang akan menyatukan suara kita. Budaya yang akan menggabungkan segala potensi bagi mendokong manhaj Islam yang bakal memanfaatkan dan menggembleng segala kuasa dan tenaga yang ada.أيها الإخوان لقد آن الأوان أن ترتفع الأصوات بالقضاء على نظام الحزبية في مصر , وأن يستبدل به نظام تجتمع به الكلمة وتتوحد به جهود الأمة حول منهاج إسلامي صالح تتوافر على وضعه وإنفاذه القوى والجهود .
Atas dasar inilah bagi memenuhi kewajipan kepada Islam, negara dan seluruh manusia, Ikhwan al-Muslimin merasakan mereka perlu mengetengahkan perkara ini kepada seluruh manusia. Dengan berbekalkan keimanan yang mendalam dan hujah yang mantap, mereka yakin bahawa perkara ini adalah satu-satunya cara untuk mendokong suatu kebangkitan dengan berteraskan landasan dan asas yang kuat.هذه نظرات يرى الإخوان المسلمون أن واجبهم الإسلامي أولا والوطني ثانيا والإنساني ثالثا يفرض عليهم فرضا لا مناص منه أن يجهروا بها وأن يعرضوها على الناس و في إيمان عميق وبرهان وثيق , معتقدين أن تحقيقها هو السبيل الوحيد لتدعيم النهضة على أفضل القواعد والأصول ,
Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. (Al-Anfal: 24)(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا للهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ) (لأنفال:24) .
Penutupخـاتمــــة
Saudara, segala teori ini mungkin akan dipersendakan oleh orang ramai sebaik sahaja mereka mendengarnya. Mereka adalah orang-orang yang telah putus asa dan lupa bahawa Allah akan membantu hamba-hambanya yang beriman. Mereka tidak tahu bahawa apa yang kamu kemukakan hari ini sebenarnya bukanlah perkara yang baru sebaliknya ia adalah dakwah Islam yang diketengahkan oleh Rasulullah saw. dan diperjuangkan oleh baginda serta para sahabatnya. Setiap orang Islam yang beriman dengan Allah, rasulNya dan kitabNya wajib beramal seperti amalan mereka dan berjuang seperti perjuangan mereka.وبعد أيها الإخوان , فهذه نظرات سيضحك لها كثير من الناس حين يستمعون إليها , وأولئك هم الذين يئسوا من أنفسهم وغفلوا عن تأييد الله لعباده المؤمنين , وجهلوا أن هذا الذي تجهرون به اليوم ليس شيئا جديدا ولكنه دعوة الإسلام التي جاء بها رسول الله صلى الله عليه وسلم وجاهد في سبيلها وعمل لها أصحابه من بعده , والتي يجب على كل مسلم يؤمن بالله وبرسوله وكتابه أن يعمل لها كما عملوا ويجاهد في سبيلها كما جاهدوا.
Wahai Ikhwan, kamu beriman dengan semua ini dan kamu yakin bahawa Allah akan memberikan kemenangan. Kamu miliki segala hujah ilmiah, sejarah, faktor geografi dan bantuan Tuhan untuk melaksanakan. Kamu mendapat janji Allah yang dinyatakan dalam firman Allah:أمّا أنتم أيها الإخوان فتؤمنون بذلك كله و وتعتقدون أن الله غالب على أمره , وان الله معكم على ذلك البرهان العلمي والتطور التاريخي والوضع الجغرافي والتأييد الرباني , وتجدون البشرى في قول رب العالمين :
Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya). (Al-Qasas: 5)(وَنُرِيدُ أَنْ نَمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ) (القصص:5) ,
Ketahuilah bahawa Allah bersama kamu. Tidak perlulah saya huraikan dengan panjang lebar tanggungjawab kamu kerana kamu sendiri mengetahuinya. Oleh itu, yakinlah, ikhlaslah, beramallah dan nantikanlah akan tiba masa kemenangan. Segala-galanya terserah kepada Allah. Pada hari itu, orang-orang yang beriman akan merasa gembira menerima bantuan Allah. Allah membantu sesiapa sahaja yang dikehendakiNya dan Allah Maha Perkasa dan Maha Pengasih. واعلموا أن الله معكم , ولا أطيل عليكم في بيان واجبكم فإنكم لتعلمونه , فآمنوا وأخلصوا واعملوا وانتظروا ساعة الفوز وترقبوا وقت الانتصار ..    و (للهِ الأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ , بِنَصْرِ اللهِ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ) (الروم:5) .
   
Salam serta rahmat dan keberkatan Allah untuk saudara sekalian.والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته