Ke Arah Mana Kita Menyeru Manusia

إلى أي شيء ندعو الناس؟

Kandungan
Pendahuluanتمـهـيد
Matlamat Hidup Dalam Al-Quranغاية الحياة في القرآن
Asas Nasionalisme Kitaقوميتنا وعلى أي أساس ترتكز؟
Tanggungjawab muslimمهمة المسلم
Di Mana Kita Bermula?من أين نبدأ؟
Perjalanan yang jauhطريق طويلة
Kisah Pembentukan Sebuah Bangsaقصة أمة تتكون
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayangبِسْــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Pendahuluanتمـهـيد
Anda telah kerap kali berucap kepada orang ramai dalam pelbagai tajuk dan anda yakin anda benar-benar telah sampaikan ucapan anda sejelas-jelas dan sedalam-dalamnya. Anda merasakan anda telah lakukan segala-galanya untuk meluahkan apa yang ada dalam hati anda hingga anda yakin anda telah membawa sidang pendengar melalui jalan yang lurus. Anda juga telah bentangkan segala yang anda inginkan dengan jelas seperti kata orang secerah cahaya pagi dan seterang cahaya matahari di tengahari. Malangnya tidak lama kemudian anda amat terkejut apabila menyedari sidang pendengar tidak sedikitpun memahami apa yang anda ucapkan.قد تتحدث إلى كثير من الناس في موضوعات مختلفة فتعتقد أنك قد أوضحت كل الإيضاح و أبنت كل الإبانة , و أنك لم تدع سبيلا للكشف عما في نفسك إلا سلكتها , حتى تركت من تحدثهم على المحجة البيضاء و جعلت لهم ما تريد بحديثك من الحقائق كفلق الصبح أو كالشمس في رابعة النهار كما يقولون , و ما أشد دهشتك بعد قيل حين ينكشف لك أن القوم لم يفهموا عنك و لم يدركوا قولك .
Saya kerapkali melalui pengalaman sedemikian. Saya sendiri merasainya dalam banyak ketika. Saya yakin ada dua faktor di sebalik perkara ini: رأيت ذلك مرات و لمسته من عدة مواقف , و اعتقد أن السر فيه لا يعدوا أحد أمرين :
Iaitu sama ada ukuran yang digunakan ketika berucap dan mendengar berlainan sama sekali dan sudah tentu akan membawa kepada pemahaman yang berbeza. Atau ucapan itu sendiri agak mengelirukan atau kabur walaupun orang yang berucap merasakan ucapannya sudah cukup jelas dan nyata.إما أن الذي يقيس به كل منا و ما يسمع عنه مختلف , فيختلف تبعا لذلك الفهم و الإدراك  , و إما أن يكون القول في ذاته ملتبسا غامضا و إن اعتقد قائله أنه واضح مكشوف .
Ukuranالمقياس
Apa yang saya ingin katakan di sini bertujuan membentangkan kepada semua manusia tentang dakwah Ikhwan al-Muslimin; tentang matlamat, objektif, kaedah dan pendekatan yang digunakan, secara terus terang, jelas, ringkas dan nyata. Pertamanya, saya ingin gariskan ukuran yang saya gunakan dalam menentukan kejelasan ini. Saya akan cuba memastikan bahasa saya cukup mudah dan ringkas sehingga tiada sebab untuk anda tidak memahaminya, jika sidang pembaca benar-benar ingin memanfaatkannya. Saya yakin tiada siapapun di kalangan umat Islam yang akan menolak apabila saya letakkan ukuran tersebut ialah Kitab Allah. Kita cedok dan kita garap limpahan lautannya yang luas serta kita rujuk segala hukumnya.و أنا أريد في هذه الكلمة أن أكشف للناس عن دعوة الإخوان المسلمين و غايتها و مقاصدها و أساليبها و وسائلها في صراحة و وضوح و في بيان و جلاء , و أحب أولا أن أحدد المقياس الذي نقيس به هذا التوضيح , و سأجتهد في أن يكون القول سهلا ميسورا لا يتعذر فهمه على قارئ يحب أن يستفيد , و أظن أن أحدا من الأمة الإسلامية جميعا لا يخالفني في أن يكون هذا المقياس هو كتاب الله نستقي من فيضه و نستمد من بحره و نرجع إلى حكمه .
Wahai Bangsa Kami..يا قومنا ..
Al-Quran al-Karim adalah sebuah kitab yang lengkap. Di dalamnya, Allah kumpulkan segala asas akidah, keperluan asas manusia dan intipati undang-undang dunia. Di dalamnya wujud segala perintah dan segala larangan-Nya. Apakah umat Islam kini mengamalkan kandungan al-Quran? Adakah mereka meyakini segala iktikad yang dinyatakan dalam kitab ini? Adakah mereka fahami segala matlamat yang dijelaskan di dalamnya? Adakah mereka laksanakan segala undang-undang dalam aspek kemasyarakatan dan kehidupan seharian yang termaktub dalam kitab ini dalam seluruh hidup mereka? Jika hasil kajian kita menunjukkan mereka telah melaksanakannya, ini bererti kita telah mencapai matlamat kita. Namun jika kita dapati mereka masih jauh daripada al-Quran dan masih mengabaikan ajaran serta perintah al-Quran, ketahuilah tugas kita kini ialah membawa kita dan mereka yang mengikuti kita untuk sama-sama ke arah ini.إن القرآن الكريم كتاب جامع جمع الله فيه أصول العقائد و أسس المصالح الاجتماعية , و كليات الشرائع الدنيوية  , فيه أوامر وفيه نواه , فهل عمل المسلمون بما في القرآن  فاعتقدوا و أيقنوا بما ذكر الله من المعتقدات , و فهموا ما أوضح لهم من الغايات ؟ و هل طبقوا شرائعه الاجتماعية و الحيوية على تصرفاتهم في شؤون حياتهم  ؟ إن انتهينا من بحثنا أنهم كذلك فقد وصلنا معا إلى الغاية , و إن تكشف البحث عن بعدهم عن طريق القرآن و إهمالهم لتعاليمه و أوامره فاعلم أن مهمتنا أن نعود بأنفسنا و بمن تبعنا إلى هذا السبيل
Matlamat Hidup Dalam Al-Quranغاية الحياة في القرآن
Al-Quran telah menetapkan matlamat dan sasaran hidup manusia. Al-Quran juga menjelaskan bahawa ada manusia yang tumpuan hidup mereka hanyalah makan dan berseronok. Allah berfirman: إن القرآن حدد غايات الحياة و مقاصد الناس فيها فبين أن قوما غايتهم من الحياة الكل و المتعة. فقال تبارك و تعالى :
Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka. (Muhammad: 12)(وَالَّذِينَ كَفَرُوا يَتَمَتَّعُونَ وَيَأْكُلُونَ كَمَا تَأْكُلُ الأَنْعَامُ وَالنَّارُ مَثْوىً لَهُمْ) (محمد:12) .
Al-Quran juga ada menjelaskan tentang sekumpulan manusia yang matlamat mereka hanyalah hiasan dan kesenangan hidup yang akan fana’. Allah berfirman: و بين أن قوما مهمتهم في الحياة الزينة و العرض الزائل فقال تبارك و تعالى :
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (Aali Imran: 14)(زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاء وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ) (آل عمران:14)
Al-Quran juga menjelaskan tentang sekumpulan manusia yang menjadikan hidup mereka hanya untuk mewujudkan huru-hara, mencetus suasana yang tidak selamat dan tidak aman. Mereka ini disebutkan oleh Allah dalam firman-Nya: وبين أن قوما آخرين شأنهم في الحياة إيقاد الفتن و إحياء الشرور , أولئك الذين قال الله فيهم:
Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan dia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal dia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu). Kemudian apabila dia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah dia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan. (Al-Baqarah: 204-205)(وَمِنَ النَّاسِ مَن يُعْجِبُكَ قَوْلُهُ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيُشْهِدُ اللهَ عَلَى مَا فِي قَلْبِهِ وَهُوَ أَلَدُّ الْخِصَامِ  , وَإِذَا تَوَلَّى سَعَى فِي الأَرْضِ لِيُفْسِدَ فِيِهَا وَيُهْلِكَ الْحَرْثَ وَالنَّسْلَ وَالله ُلاَ يُحِبُّ الفَسَادَ) (البقرة:204-205)        
Inilah antara matlamat manusia dalam hidup ini. Semoga Allah menjauhkan orang yang beriman daripada matlamat seperti ini dan menyerahkan kepada mereka peranan yang lebih besar. Sememangnya Allah telah serahkan di bahu mereka tanggungjawab yang jauh lebih mulia iaitu memimpin manusia ke arah jalan yang benar, membimbing manusia ke arah jalan yang baik dan memancarkan cahaya Islam ke seluruh dunia. Ini dinyatakan oleh firman Allah: تلك مقاصد من مقاصد الناس في الحياة نزه الله المؤمنين عنها و برأهم منها و كلفهم مهمة أرقى , و ألقى على عاتقهم واجبا أسمى ذلك الواجب هو: هداية الناس إلى الحق , و إرشاد الناس جميعا إلى الخير , و إنارة العالم كله بشمس الإسلام فذلك قوله تبارك و تعالى :
Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugama-Nya); dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: “orang-orang Islam” semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifat-Nya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. (Al-Haj: 77-78)(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ  , وَجَاهِدُوا فِي اللهِ حَقَّ جِهَادِهِ هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ مِّلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ هُوَ سَمَّاكُمُ الْمُسْلِمينَ مِن قَبْلُ وَفِي هَذَا لِيَكُونَ الرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ و َتَكُونُوا شُهَدَاء عَلَى النَّاسِ فَأَقِيمُوا الصَّلاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَاعْتَصِمُوا بِاللهِ هُوَ مَوْلاكُمْ فَنِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ) (الحج:77-78).
Ini bermakna al-Quran telah meletakkan umat Islam sebagai pembimbing umat manusia seluruhnya. Al-Quran telah menyerahkan hak menguasai dunia ini kepada mereka untuk menunaikan tanggungjawab yang suci ini. Oleh itu ini adalah hak kita bukan hak Barat. Ini adalah hak tamadun Islam dan bukan hak tamadun materialisme.‏و معنى هذا أن القرآن الكريم يقيم المسلمين أوصياء على البشرية القاصرة , و يعطيهم حق الهيمنة و السيادة على الدنيا لخدمة هذه الوصاية النبيلة و إذا فذلك من شأننا لا من شأن الغرب و لمدنية الإسلام لا لمدنية المادة .
Tanggungjawab Muslim; Berkorban Bukan Mengaut Keuntunganوصاية المسلم تضحية لا استفادة
Seterusnya Allah Taala menjelaskan lagi bahawa dalam usaha mencapai matlamat ini orang yang beriman telah menjual jiwa dan hartanya kepada Allah. Ini bermakna tiada apa-apa lagi yang dikira sebagai haknya. Segalanya telah diserahkan demi kejayaan dakwah ini dan supaya dakwah ini sampai ke hati manusia. Ini dinyatakan oleh firman Allah:  ثم بين الله تبارك و تعالى أن المؤمن في سبيل هذه الغاية قد باع لله نفسه و ماله فليس له فيها شيء و إنما هي وقف على نجاح هذه الدعوة   وإيصالها إلى قلوب الناس و ذلك قوله تعالى :
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga. (Al-Taubah: 111) (إِنَّ اللهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ) (التوبة:111).
Dari sini kita dapat lihat seorang muslim menjadikan dunianya sebagai wakafan untuk dakwahnya, semata-mata untuk memperolehi kesenangan di akhirat nanti sebagai ganjaran kepada segala pengorbanannya. و ومن ذلك نرى المسلم يجعل دنياه وقفا على دعونه ليكسب آخرته جزاء تضحيته
Atas dasar inilah seorang penakluk muslim bertindak sebagai seorang guru yang memiliki segala sifat yang sepatutnya dimiliki oleh seorang guru iaitu cahaya, hidayah, rahmat dan ihsan. Jadi ini bermakna penaklukan Islam adalah suatu proses membawa suatu tamadun dan peradaban, suatu proses untuk membimbing dan mendidik. Adakah ini telah dilakukan oleh kolonialisme Barat hari ini?و من هنا كان الفاتح المسلم أستاذا يتصف بكل ما يجب أن يتحلى به الأستاذ من نور  و هداية و رحمة و رأفة , وكان الفتح الإسلامي فتح تمدين و تحضير و إرشاد و تعليم , و أين هذا ما يقوم به الاستعمار الغربي الآن ؟
Sejauhmana Umat Islam Dengan Matlamat Ini?أين المسلمون من هذه الغاية؟
Demi Allah! wahai saudaraku yang dihormati, adakah umat Islam hari ini memahami pengertian ini daripada kitab Tuhan mereka? Dengan itu jiwa dan roh mereka bebas merdeka daripada kehambaan dunia. Bersih daripada segala kongkongan syahwat dan hawa nafsu. Tidak terlibat dengan soal yang remeh temeh dan matlamat yang terlalu remeh. Mereka kerahkan seluruh jiwa mereka untuk Allah yang telah mencipta langit dan bumi dengan penuh ikhlas serta mahu memartabatkan kalimah Allah dan berjuang di jalan-Nya. Mereka berusaha mengembangkan agama-Nya dan mempertahankan syariat-Nya. Ataupun pada hakikatnya mereka adalah tawanan dan hamba kepada syahwat dan hawa nafsu mereka sendiri. Apa yang menjadi tumpuan mereka hanyalah sesuap nasi, kenderaan, hiasan, tidur yang nyenyak, wanita yang cantik, imej yang palsu dan gelaran yang kosong.فبربك عزيزي : هل فهم المسلمون من كتاب ربهم هذا المعنى فسمت نفوسهم و رقت أرواحهم , و تحرروا من رق المادة و تطهروا من لذة الشهوات و الأهواء , و ترفعوا عن سفاسف الأمور و دنايا المقاصد , و وجهوا وجوههم للذي فطر السموات و الأرض حنفاء يعلون كلمة الله و يجاهدون في سبيله , و ينشرون دينه و يذودون عن حياض شريعته , أم هؤلاء أسرى الشهوات و عبيد الأهواء و المطامع , كل همهم لقمة لينة و مركب فاره و حلة جميلة و نومة مريحة و  امرأة وضيئة و مظهر كاذب و  لقب أجوف
Penyair menyebut: 
“Mereka leka dengan impian lantas mempertaruhkan nasib mereka.رضوا بالأماني و ابتلوا بحظوظهم
Mereka dakwa telah harungi lautan gelora namun sebenarnya mereka belum diuji”و خاضوا بحار الجد دعوى فما ابتلوا
Benarlah sabda Rasulullah saw.: “Celakalah hamba dinar, hamba dirham, hamba qatifah.”و صدق رسول الله صلى الله عليه وسلم : (تعس عبد الدينار  , تعس عبد الدرهم , تعس عبد القطيفة)
Matlamat Adalah Pokok, Usaha Hanya Cabangالغاية أصل الأعمال
Matlamat merangsang manusia untuk mengatur langkah. Namun apabila matlamat ummah masih kabur dan bercelaru kita perlu bertindak menjelaskan dan menetapkan matlamat ini. Saya merasakan kita telah memahami banyak perkara dengan jelas. Kita juga telah bersetuju bahawa peranan kita ialah memimpin dan membimbing dunia serta manusia agar semuanya tunduk di bawah sistem dan ajaran Islam yang menjadi satu-satunya jalan yang boleh membawa manusia ke arah kebahagiaan.و بما أن الغاية  هي التي تدفع إلى الطريق , و لما كانت الغاية في أمتنا غامضة مضطربة  كان لابد من أن نوضح و نحدد , و أظننا وصلنا إلى كثير من التوضيح و اتفقنا على أن مهمتنا سيادة الدنيا و إرشاد الإنسانية كلها إلى نظم الإسلام الصالحة و تعاليمه التي بغيرها أن يسعد الإنسان .
Landasan Matlamat Kamiمصادر غايتنا
Inilah mesej yang ingin disampaikan oleh Ikhwan al-Muslimin kepada seluruh manusia supaya umat Islam benar-benar memahaminya. Malah supaya mereka bersedia melaksanakannya dengan penuh keazaman dan ketabahan. Mesej ini bukanlah ciptaan Ikhwan al-Muslimin dan bukan rekaan mereka. Sebaliknya mesej ini jelas dinyatakan oleh ayat-ayat al-Quran al-Karim. Mesej ini dengan jelas dinyatakan oleh hadis-hadis Rasulullah saw. yang mulia. Malah turut ditampilkan dengan jelas melalui amalan generasi pertama yang merupakan contoh teladan terbaik dalam memahami dan melaksanakan ajaran Islam. Jika umat Islam mahu menerima mesej ini, ia menjadi tanda keimanan dan keislaman mereka yang sebenar. Jika mereka keberatan untuk menerima atau masih sangsi, di hadapan kita ada Kitab Allah. Hukumnya adil dan keputusannya muktamad. Ia akan menjadi hakim antara kita dan saudara-saudara kita ini. Kitab Allah yang menentukan sama ada kita di pihak yang benar atau salah. تلك هي الرسالة التي يريد الإخوان المسلمون أن يبلغوها للناس و أن تفهمها الأمة الإسلامية حق الفهم , و تهب لإنفاذها في عزم و في مضاء , لم يبتعها الإخوان ابتداعا , و لم يختلقوها من أنفسهم , و إنما هي الرسالة التي تتجلى في كل آية من آيات القرآن الكريم , و تبدوا في غاية الوضوح في كل حديث من أحاديث الرسول العظيم صلى الله عليه و سلم و تظهر في كل عمل من أعمال الصدر الأول الذين هم المثل الأعلى لفهم الإسلام و إنفاذ تعاليم الإسلام , فإن شاء المسلمون في أن يقبلوا هذه الرسالة كان ذلك دليل الإيمان و الإسلام الصحيح , و إن رأوا فيها حرجا أو غضاضة فبيننا و بينهم كتاب الله تبارك و تعالى , حكم عدل و قول فصل يحكم بيننا و بين إخواننا و يظهر الحق لنا أو علينا
Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim. (Al-A’raf: 89)(رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنتَ خَيْرُ الْفَاتِحِين) (الأعراف:89).         
Penjelasanاستطراد
Ramai di kalangan saudara kita yang masih tertanya-tanya walaupun mereka adalah orang yang amat kita kasihi sepenuh jiwa raga kita. Malah kita serahkan segala tenaga, harta dan jiwa kita untuk kebaikan mereka. Kita bekerja demi kepentingan dunia dan akhirat mereka. Kita juga korbankan segala harta dan jiwa kita untuk matlamat ini. Matlamat untuk membawa kebahagiaan kepada ummah dan saudara-saudara kita. Kita ketepikan anak isteri kita demi mereka. يتساءل كثير من إخواننا الذين أحببناهم من كل قلوبنا و وقفنا لخيرهم و العمل لمصلحتهم الدنيوية و الأخروية جهودنا و أموالنا و أرواحنا، و فنينا في هذه الغاية، غاية إسعاد أمتنا و إخواننا ، عن أموالنا و أنفسنا.
Alangkah besarnya harapan saya jika saudara-saudara yang masih tertanya-tanya ini melihat sendiri para pemuda Ikhwan al-Muslimin yang sentiasa berjaga malam ketika semua manusia sedang nyenyak tidur. Mereka bekerja berhempas pulas sedangkan mereka yang hanyut terus membuang masa. Ada di antara mereka berada di pejabat daripada Asar hingga ke tengah malam bekerja dan berfikir bersungguh-sungguh. Begitulah selama sebulan dan apabila tiba akhir bulan dia menyerahkan pendapatannya untuk jamaah. Segala perbelanjaannya hanya untuk dakwah, hartanya adalah untuk mencapai matlamatnya. Segala geraklakunya seolah berkata kepada masyarakat yang tidak sedar pengorbanan yang dilakukannya itu: “Saya tidak pernah meminta ganjaran daripada kamu kerana pengorbanan ini. Segala ganjaran saya hanyalah daripada Allah.” Kita tidak sekali-kali meminta-minta daripada masyarakat kerana kita daripada mereka dan untuk mereka. Cuma kita harapkan, dengan segala pengorbanan ini mereka akan memahami dakwah kita dan menyahut seruan kita.و كم أتمنى أن يطلع هؤلاء الإخوان المتسائلون على شباب الإخوان المسلمين و قد سهرت عيونهم و الناس نيام، و شغلت نفوسهم و الخليون هجع، و أكب أحدهم على مكتبه من العصر إلى منتصف الليل عاملا مجتهدا و مفكرا مجدا، و لا يزال كذلك طول شهره، حتى إذا ما انتهى الشهر جعل مورده موردا لجماعته، و نفقته نفقة لدعوته، و ماله خادما لغايته، و لسان حاله يقول: لا أسألكم عليه أجرا إن أجري إلا على الله. و معاذ الله أن نمن على أمتنا فنحن منها و لها و إنما نتوسل إليها بهذه التضحية أن تفقه دعوتنا و تستجيب لندائنا.
Dari Mana Semua Wang Ini?من أين المال ؟
Saudara-saudara kita yang dikasihi yang memerhatikan Ikhwan al-Muslimin daripada jauh mungkin tertanya-tanya: Dari mana mereka beroleh pendapatan mereka? Dari mana mereka mendapat wang yang diperlukan oleh dakwah yang berkembang maju seperti dakwah mereka ini sedangkan suasana sekarang begitu gawat dan manusia semuanya kedekut belaka?يتساءل هؤلاء الإخوان المحبوبون الذين يرمقون الإخوان المسلمين عن بعد و يرقبونهم عن كثب قائلين: من أين ينفقون؟ و أنى لهم المال اللازم لدعوة نجحت و ازدهرت كدعوتهم و الوقت عصيب و النفوس شحيحة؟
Saya ingin menjawab semua persoalan mereka dengan menyatakan landasan bagi sebuah dakwah yang berteraskan agama ialah iman kemudian barulah wang, akidah kemudian barulah harta benda. Bagi seorang yang mempunyai iman yang sahih segala kunci kejayaan ada bersamanya. Sedikit wang yang dimiliki oleh Ikhwan al-Muslimin adalah hasil wang yang mereka kumpul daripada pendapatan mereka sendiri. Wang ini mereka kumpul hasil berjimat cermat ketika membeli barangan keperluan mereka, keperluan rumah dan anak-anak. Mereka serahkan dengan sepenuh hati. Malah jika boleh mereka mahu serahkan lebih daripada itu untuk jalan Allah ini. Apabila mereka tidak mampu memberikan apa-apa mereka akan berpaling dengan airmata yang berlinangan sedih kerana tidak mampu memberikan apa-apa sumbangan. Syukur kepada Allah dengan wang yang sedikit ini bersama iman yang agung, sudah cukup untuk mereka yang mengabdikan diri. Sumbangan ini menjadi kunci kejayaan bagi mereka yang benar-benar beramal. Allah yang memiliki segala-galanya pasti akan memberkati sesen wang yang dimiliki oleh Ikhwan. و إني أجيب هؤلاء بأن الدعوات الدينية عمادها الإيمان قبل المال ، و العقيدة قبل الأعراض الزائلة ، و إذا وجد المؤمن الصحيح و جدت معه وسائل النجاح جميعا، و إن في مال الإخوان المسلمين القليل الذي يقتطعونه من نفقاتهم و يقتصدونه من ضرورياتهم و مطالب بيوتهم و أولادهم، و يجودون به طيبة نفوسهم سخية به قلوبهم، يود أحدهم لو كان له أضعاف أضعاف فينفقه في سبيل الله ، فإذا لم يجد بعضهم شيئا تولوا و أعينهم تفيض من الدمع حزنا ألا يجدوا ما ينفقون. في هذا المال القليل و الإيمان الكبير و لله الحمد و العزة بلاغ لقوم عابدين و نجاح للعاملين الصادقين , و إن الله الذي بيده كل شيء ليبارك في القرش الواحد من قروش الإخوان , و
Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Dia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. (Al-Baqarah: 276) (يَمْحَقُ اللهُ الرِّبا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ) (البقرة:276).
Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda. (Ar-Rum: 39)(وَمَا آتَيْتُمْ مِنْ زَكَاةٍ تُرِيدُونَ وَجْهَ اللهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُضْعِفُونَ) (الروم:39) .
Kita dan Politik نحن و السياسة
Ada yang berkata Ikhwan al-Muslimin adalah orang-orang politik dan dakwah mereka bercorak politik. Mereka sebenarnya ada tujuan-tujuan tertentu. Kita tidak tahu sampai bila masyarakat kita akan terus melemparkan pelbagai tuduhan, prasangka dan kecaman yang tiada kesudahan ini. Mereka tidak mahu menerima suatu yang sahih dan disokong oleh kenyataan sebaliknya mereka terus menerus dengan pelbagai wasangka?و يقول قوم آخرون إن الإخوان المسلمين قوم سياسيون و دعوتهم سياسية و لهم من وراء ذلك مآرب أخرى . و لا ندري إلى متى تتقارض أمتنا التهم و تتبادل الظنون و تتنابز بالألقاب، و تترك يقينا يؤيده الواقع في سبيل ظن توحيه الشكوك.
Wahai bangsa kami, kami menyeru kamu dengan al-Quran yang ada di kanan kami dan sunnah yang ada di kiri kami serta amalan salafussoleh yang menjadi teladan kami. Kami menyeru agar kamu mengamalkan Islam, ajaran Islam, hukum-hakam Islam dan petunjuk Islam. Jika ini kamu rasakan sebagai politik maka inilah politik kami. Jika orang yang mengajak kamu ke arah prinsip ini kamu anggap sebagai ahli politik maka syukur kepada Allah kami adalah orang yang paling memahami tentang politik. Jika kamu mahu gelarkan itu sebagai politik maka katakan apa yang ingin kamu katakan. Gelaran-gelaran ini tidak akan menggugat kami jika hakikat dan matlamat sebenarnya telah jelas.يا قومنا: إننا نناديكم و القرآن في يميننا و السنة في شمالنا، و عمل السلف الصالحين من أبناء هذه الأمة قدوتنا، و ندعوكم إلى الإسلام و تعاليم الإسلام و أحكام الإسلام ، فإن كان هذا من السياسة عندكم فهذه سياستنا، و إن كان من يدعوكم إلى هذه المبادئ سياسيا فنحن أعرق الناس و الحمد لله في السياسة، و إن شئتم أن تسموا ذلك سياسة فقولوا ما شئتم فلن تضرنا الأسماء متى وضحت المسميات و انكشفت الغايات.
Wahai bangsa kami, janganlah istilah-istilah ini menutup mata kamu daripada menilai kenyataan. Janganlah nama-nama yang digunakan ini menutup semua kebenaran. Janganlah luaran itu menutup segala kebenaran. Islam sememangnya mempunyai dasar politik untuk membawa kebahagiaan di dunia dan kejayaan di akhirat. Inilah politik kami dan kami tidak ada pilihan lain. Oleh itu ketengahkanlah politik ini dan ajaklah orang lain berlandaskan politik ini nescaya kamu akan beroleh kemuliaan di akhirat. Kamu pasti akan memahaminya bila sampai masanya.يا قومنا: لا تحجبكم الألفاظ عن الحقائق و الأسماء عن الغايات، و لا الأعراض عن الجوهر، و إن للإسلام لسياسة في طيها سعادة الدنيا و صلاح الآخرة، و تلك هي سياستنا لا نبغي بها بديلا فسوسوا بها أنفسكم، و احملوا عليها غيركم تظفروا بالعزة الأخروية، و لتعلمن نبأه بعد حين.
Asas Nasionalisme Kita قوميتنا وعلى أي أساس ترتكز؟
Saudara, marilah sama-sama kita dengar suara agung, suara Ilahi yang berkumandang di angkasa raya memenuhi tujuh petala bumi dan membisikkan ke hati setiap orang yang beriman akan nilai-nilai yang agung dan mulia. Seruan ini telah didengar oleh langit dan bumi serta seluruh isi kandungnya semenjak ia disampaikan oleh Rasul al-Amin ke alam ini hingga ke suatu masa yang tiada penghujungnya kerana ia akan kekal abadi selamanya. أيها الأخ تعال نصغ معا إلى صوت العزة الإلهية يدوي في أجواء الآفاق , ويملأ الأرض و السبع الطباق , و يوحي في نفس كل مؤمن أسمى معاني العزة و الفخار , حين يسمع هذا النداء الذي تستمع له السموات و الأرض و من فيهن منذ أن بلغه المبين إلى هذا الوجود , إلى حيث لا نهاية إذا كتب له الخلود :
Ya, benar saudara, ini adalah seruan Tuhan kepada anda. Jawablah; aku datang kepadamu Tuhanku, syukur kepadaMu yang tidak terhingga, Engkau… Engkau lah pelindung orang-orang yang beriman, penolong orang-orang yang beramal, penyelamat orang-orang yang dizalimi iaitu orang-orang yang diancam ketika berada di rumah mereka dan dihalau keluar daripada tanahair mereka. Orang yang berlindung dengan-Mu pasti akan beroleh kemuliaan dan kemenangan. أجل أجل يا أخي : هذا نداء ربك إليك , فلبيك اللهم لبيك , و حمدا و شكرا لك لانحصي ثناء عليك , أنت ولي المؤمنين و نصير العاملين و المدافع عن المظلومين الذين حوربوا في بيوتهم و  أخرجوا من ديارهم , عز من لجأ إليك و انتصر من احتمى بحماك
Ya, benar saudara, marilah kita dengar suara al-Quran al-Karim, kita dendangkan bacaan al-Quran yang jelas lagi nyata ini. Kita rakamkan keindahan segala keagungan yang ada di dalam Kitab suci ini.أجل أجل يا أخي : تعال نستمع معا إلى صوت القرآن الكريم , و نطرب بتلاوة الآيات البينات , و نسجل جمال هذه العزة في صحائف ذلك الكتاب المطهر .   
Marilah saudara, marilah kita dengar firman Allah Taala: إلي إلي يا أخي واسمع قول الله تبارك وتعالى :
1. Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). (Al-Baqarah: 257)1 – (اللهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ) (البقرة:257)
2. (Janganlah kamu taatkan mereka!) Bahkan (taatlah kepada) Allah Pelindung kamu, dan Dia lah sebaik-baik Penolong. (Aali Imran: 150)2 – (بَلِ اللهُ مَوْلاكُمْ وَهُوَ خَيْرُ النَّاصِرِينَ) (آل عمران:150) .
3. Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan Rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). (Al-Maidah: 55)3 – (إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ) (المائدة:55).
4. Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran), dan Dia lah jua yang menolong dan memelihara orang-orang yang berbuat kebaikan. (Al-A’raf: 196)4 – (إِنَّ وَلِيِّيَ اللهُ الَّذِي نَزَّلَ الْكِتَابَ وَهُوَ يَتَوَلَّى الصَّالِحِينَ) (لأعراف:196).
5. Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal”. (Al-Taubah: 51)5 – (قُلْ لَنْ يُصِيبَنَا إِلا مَا كَتَبَ اللهُ لَنَا هُوَ مَوْلانَا وَعَلَى اللهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ) (التوبة:51).
6. Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. (Yunus: 62-63)6 – (أَلا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللهِ لا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ , الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ) (يونس:62-63).
7. Balasan yang demikian, kerana sesungguhnya Allah menjadi Pelindung orang-orang yang beriman, dan sesungguhnya orang-orang yang kafir tiada sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan kepada mereka. (Muhammad: 11)7 – (ذَلِكَ بِأَنَّ اللهَ مَوْلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَأَنَّ الْكَافِرِينَ لا مَوْلَى لَهُمْ) (محمد:11).
Tidakkah anda lihat bagaimana ayat-ayat yang jelas dan nyata ini menjelaskan bahawa Allah menghubungkan anda kepada-Nya dan Dia menganugerahkan anda keistimewaan untuk berada di bawah lindungan dan kemuliaan-Nya. ألست ترى في هذه الآيات البينات أن الله تبارك و تعالى ينسبك إلى نفسه و تمنحك فضل ولايته و يفيض عليك من فيض عزته ؟
Dalam sebuah hadis yang diRiwayatkan oleh Nabi Muhammad saw. daripada Tuhannya yang bermaksud:“Allah Taala berfirman pada hari kiamat: Wahai anak-anak Adam, Aku tetapkan satu nasab dan kamu tetapkan nasab kamu sendiri. Dengan itu kamu berkata fulan anak fulan dan Aku pula berfirman: Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Pada hari ini Aku angkat nasab-Ku dan Aku ketepikan nasab kamu.”و في الحديث الشريف الذي يرويه المختار صلى الله عليه و سلم عن ربه فيما معناه : (يقول الله تبارك وتعالى يوم القيامة : يا بني آدم جعلت نسبا وجعلتم نسبا فقلتم فلان ابن فلان وقلت : ” إن أكرمكم عند الله أتقاكم ” فاليوم أرفع نسبى وأوضع نسبكم)
Oleh kerana itulah wahai saudara, para salafussoleh lebih utamakan nasab Allah Taala. Mereka meletakkan dasar hubungan mereka dan fokus amalan mereka ialah untuk mencapai nasab yang mulia ini. Oleh itu ada di antara mereka yang berkata kepada temannya dalam sebuah syair:لهذا أيها الأخ الكريم فضل السلف الصالح أن يرفعوا نسبتهم إلى الله تبارك و تعالى , ويجعلوا أساس صلاتهم ومحور أعمالهم تحقيق هذه النسبة الشريفة فينادي أحدهم صاحبه قائلا:
“Panggillah aku hanya dengan, “wahai hamba-Nya”Ia adalah namaku yang paling mulia”لا تدعني إلا بيا عبدهافإنه أشرف أسمائي
Dalam masa yang sama seorang lagi menjawab apabila ditanya apakah bapanya berketurunan Tamim atau Qais.في حين يجيب الآخر من سأله عن أبيه أتميمي هو أم قيسي :
“Bapaku ialah Islam, Aku tiada bapa lain selainnya ketika mereka berbangga dengan Qais atau Tamim.”أبي الإسلام لا أب لي سواهإذا افتخروا بقيس أو تميم
Ini Kegemilangan Sebenarليس بعد ذلك عزة
Saudara yang dihormati, manusia berbangga dengan nasab keturunan apabila mereka mahu berkongsi keagungan dan kehebatan datuk nenek, atau kerana mahu meniupkan semangat dan maruah diri pada generasi anak-anak mereka. Namun kedua-dua tujuan ini sebenarnya tidak membawa apa-apa erti. Sebaliknya tidakkah anda rasakan hubungan anda dengan Allah lebih memberikan anda kehebatan dan kemuliaan. أيها الأخ العزيز : إن الناس إنما يفخرون بأنسابهم لما يأنسون من المجد والشرف في أعمال جدودهم ، ولما يقصدون من نفخ روح العزة و الكرامة في نفوس أبنائهم وراء هذين المقصدين شئ، أفلا ترى نسبتك إلى الله تبارك وتعالى أسمى ما يطمح إليه الطامحون من معاني العزة والمجد :
Kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya). (Al-Nisa’: 139)(فَإِنَّ الْعِزَّةَ للهِ جَمِيعاً) (النساء:139) ,
Hubungan ini akan lebih membawa anda ke martabat yang tinggi. Hubungan ini akan meniupkan semangat kepada mereka yang beramal untuk bangkit. Apakah ada yang lebih besar dan lebih mulia apabila anda melihat diri anda ada hubungan dengan Allah. Anda dihubungkan dengan Allah kerana sesuatu sebab, Allah berfirman: وأولى ما يرفع نفسك إلى عليين وينفخ فيها روح النهوض مع العاملين ، و أي شرف أكبر و أي رافع إلى فضيلة أعظم من أن ترى نفسك ربانيا ، بالله صلتك وإليه نسبتك ، ولأمر ما قال الله تبارك وتعالى :
Tetapi (sepatutnya ia berkata): Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya. (Aali Imran: 79)(وَلَكِنْ كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ) (آل عمران:79) .
Sumber Kuasa Yang Terhebatأعظم مصادر القوة
Selain itu, hubungan ini juga membawa pengertian lain yang hanya dapat dirasai oleh orang yang merasai hubungan ini. Hubungan ini akan memberikan limpahan keimanan, keyakinan dan kejayaan yang akan memenuhi ruang hati anda. Sehingga anda tidak lagi merasa takut kepada manusia serta seluruh alam ini. Walaupun seluruh manusia cuba menggugat akidah anda atau mengancam prinsip anda. و في النسبة إلى الحق تبارك و تعالى معنى آخر يدركه من التحق بهذه النسبة , ذلك هو الفيض الأعم من الإيمان , و الثقة بالنجاح الذي يغمر قلبك فلا تخشى الناس جميعا و لا ترهب العالم كله إن وقف أمامك يحاول ان ينال عقيدتك أو ينتقص من مبدأك :
Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: Kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepada-Nya segala urusan kami). (Aali Imran: 173)(الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَاناً وَقَالُوا حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ) (آل عمران:173) .
Atas sesuatu sebab, salah seorang daripada segelintir manusia yang beriman dengan Allah dan yakin dengan bantuan-Nya bersedia berhadapan bala tentera yang besar. Dia tidak takut dengan kehebatan dan tidak gentar dengan ancaman tentera ini kerana hanya satu sahaja yang dia takut iaitu Allah. Apakah ada yang lebih hebat berbanding seorang manusia beriman yang beroleh kekuatan apabila dadanya berbekalkan firman Allah: و لأمر ما كان الواحد من أولئك القلائل المؤمنين بالله و ثقته و تأييده يقف أمام الجحفل اللجب و الجيش اللهام , فلا يرهب صولته و لا يخشى أذاه لأنه لا يخشى أحدا إلا الله , و أي شيء أعظم من تلك القوة التي تنسكب من قلب الرجل المؤمن حين يجيش صدره بقول الله :
Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu. (Aali Imran: 160)(إِنْ يَنْصُرْكُمُ اللهُ فَلا غَالِبَ لَكُمْ) (آل عمران:160) .
Nasionalisme Kita Bersifat Sejagatقوميتنا عالية النسبة
Tidak dapat dinafikan akan wujud suatu nilai sosial yang tinggi apabila seorang manusia berhubung dengan Allah, iaitu wujudnya hubungan persaudaraan dengan seluruh bangsa manusia, kerjasama antara semua komuniti dan terhapusnya segala nilai yang bersifat taksub nasionalisme dan memecah belahkan bangsa manusia. Hubungan ini akan membawa seluruh manusia bersatu di bawah panji Allah…!و هناك معنى آخر من معاني السمو الاجتماعي في انتساب الناس إلى الله تبارك و تعالى , ذلك هو تآخي الشعوب و تآزر الجماعات و القضاء على تلك المطامع التي توحي بها العصبية و يؤرث نيرانها بين الأمم التقاطع و التخاصم , فمن للعالم بان يجتمع بقوة حول راية الله .. ؟      
Impian Semalam Kenyataan Hari Iniأحلام الأمس و حقائق اليوم
Kata-kata seperti ini telah sekian lama didengar oleh umat Islam. Mungkin ia mengelirukan dan sukar difahami. Kadang-kadang ada yang berkata: Kenapa mereka menulis semua perkara yang tidak mungkin tercapai ini? Kenapa mereka sentiasa menerawang di alam khayalan dan fantasi?هذا كلام طال عهد المسلمين باستماعه فقد يكون غامضا عليهم غير مفهوم لديهم , و قد يقول قائل : ما لهؤلاء الجماعة يكتبون في هذه المعاني التي لا يمكن أن تتحقق , وما بالهم يسبحون في جو الخيال و الأحلام ؟
Saudara, bersabarlah bersama Islam kerana apa yang kelihatan hari ini mengelirukan dan jauh, namun pada generasi silam ia tampak jelas nyata dan dekat. Jihad kamu tidak akan membuahkan hasil kecuali jika kamu turut merasakan perkara yang sama seperti mereka. Percayalah, generasi Islam pertama yang membaca al-Quran al-Karim, sebaik sahaja mereka membacanya dan sebaik sahaja ia turun, mereka memahaminya sama seperti apa yang kami sampaikan kepada kamu hari ini.على رسلكم أيها الإخوان في الإسلام و الملة فغن ما ترونه اليوم غامضا بعيدا كان عند بدهيا قريبا , و لن يثمر جهادكم حتى يكون كذلك عندكم , و صدقوني إن المسلمين الأولين فهموا من القرآن لأول ما  قرأوه و نزل فيهم , ما ندلي به اليوم و نقصه عليكم .
Terus terang saya katakan, Ikhwan al-Muslimin hidup bersama keyakinan ini. Mereka menaruh sepenuh harapan dan bersedia mati demi memperjuangkan keyakinan ini. Bagi mereka segala keseronokan, keindahan, kebahagiaan dan kebenaran ada bersama keyakinan ini. و أصارحكم بان عقيدة الإخوان المسلمين يحيون بها يأملون الخير فيها و يموتون عليها , و يرون فيها كل ما تصبوا إليه نفوسهم من متعة و جمال و إسعاد و حق :
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka. (Al-Hadid: 16)(أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَنْ تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُونَ) (الحديد:16) .
Saudara, jika anda bersetuju dengan kami dalam perkara ini, sedarlah hubungan dengan Allah mewajibkan anda memikul tanggungjawab yang telah diletakkan di bahu anda. Anda hendaklah berusaha dan sedia berkorban untuk merealisasikannya. Apakah anda sudah bersedia?أيها الإخوان : إذا اتفقتم معنا على هذا الأساس فاعلموا أن انتسابكم إلى الله تبارك و تعالى يفرض عليكم أن تقدروا المهمة التي ألقاها على عاتقكم , و تنشطوا للعمل لها و التضحية في سبيلها فهل أنتم فاعلون ؟
Tanggungjawab muslimمهمة المسلم
Tanggungjawab muslim yang sebenar telah digariskan oleh Allah Taala dalam sepotong ayat dan kemudian diulangi beberapa kali pada ayat-ayat yang lain dalam al-Quran. Ayat yang menggariskan peranan umat Islam dalam kehidupan ini ialah firman Allah Taala: إن مهمة المسلم الحق لخصها الله تبارك و تعالى في آية واحدة من كتابه , و رددها القرآن الكريم بعد ذلك في عدة آيات , فأما تلك الآية التي اشتملت على مهمة السلمين في الحياة فهي قول الله تبارك وتعالى  
Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugama-Nya); dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: “Orang-orang Islam” semenjak dahulu dan dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifat-Nya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. (Al-Haj: 77-78)(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ  , وَجَاهِدُوا فِي اللهِ حَقَّ جِهَادِهِ هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ مِّلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ هُوَ سَمَّاكُمُ الْمُسْلِمينَ مِن قَبْلُ وَفِي هَذَا لِيَكُونَ الرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ و َتَكُونُوا شُهَدَاء عَلَى النَّاسِ فَأَقِيمُوا الصَّلاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَاعْتَصِمُوا بِاللهِ هُوَ مَوْلاكُمْ فَنِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ) (الحج:77-78).
Ungkapan yang cukup jelas, tiada kekeliruan dan tiada kekaburan. Demi Allah, ungkapan ini amat indah dan menarik. Ia sungguh jelas secerah sinar fajar. Menembusi lubang telinga dan menyentuh hati tanpa diundang. Apakah umat Islam tidak pernah mendengarnya atau mereka pernah mendengarnya tetapi hati mereka terkunci. Oleh kerana itu mereka tidak pernah menyedarinya?هذا كلام لا لبس فيه و لا غموض , و والله إن له لحلاوة و إن عليه لطلاوة , و إنه لواضح كالصبح ظاهر كالنور , يملأ الآذان و يدخل على القلوب بغير استئذان , أفلم يسمعه المسلمون قبل الآن ؟ أم سمعوه و لكن على قلوبهم أقفالا فلا تعي و لا تتدبر ؟    
Allah memerintahkan umat Islam agar rukuk, sujud dan mendirikan sembahyang yang merupakan induk ibadah, tiang agama Islam dan imej Islam yang paling ketara. Allah memerintahkan mereka agar menyembah Allah dan tidak menyekutukan Allah dengan yang lain. Mereka hendaklah melakukan kebaikan menurut kemampuan mereka. Di samping itu Allah juga memerintahkan mereka agar melakukan kebaikan dan melarang melakukan kejahatan. Kebaikan pertama yang perlu dilakukan ialah dengan tidak melakukan kejahatan. Suatu ungkapan yang ringkas dan padat. Setelah itu Allah berikan jaminan bahawa mereka akan memperolehi kejayaan. Inilah tanggungjawab individu bagi setiap muslim yang perlu dilakukannya sendiri sama ada secara berseorangan atau berkumpulan.يأمر الله المسلمين أن يركعوا و يسجدوا و أن يقيموا الصلاة التي هي لب العبادة و عمود الإسلام و أظهر مظاهره , و أن يعبدوا الله و لا يشركوا به شيئا , و أن يفعلوا الخير ما استطاعوا , و هو حين يأمرهم بفعل الخير ينهاهم بذلك عن الشر و إن من أول الخير أن تترك الشر , فما أوجز و ما أبلغ ! و رتب لهم على ذلك النجاح و الفلاح و الفوز و تلك هي المهمة الفردية لكل مسلم التي يجب عليه أن يقوم بها بنفسه في خلوة أو جماعة .
Hak asasi manusiaحق الإنسانية
Setelah itu Allah perintahkan mereka supaya berjuang di jalan Allah dengan bersungguh-sungguh demi mengembangkan dakwah ini kepada seluruh manusia dengan hujah yang mantap. Jika manusia enggan menerima sebaliknya membalasnya dengan tindakan yang kejam dan zalim barulah digunakan pedang dan senjata:ثم أمرهم بعد ذلك أن يجاهدوا في الله حق جهاده بنشر هذه الدعوة و تعميمها بين الناس بالحجة و البرهان , فإن أبوا إلا العسف و الجور و التمرد فبالسيف والسنان :
“Tika manusia menzalimi kebenaran dan engkarPerang adalah jalan utama di dunia ini bukan lagi keamanan”والناس إذ ظلموا البرهان و اعتسفوافالحرب أجدى على الدنيا من السلم
Memelihara Kebenaran Dengan Kekuatanحراسة الحق بالقوة
Alangkah tepat sekali kata hikmah yang menyebut: “Kekuatan adalah cara paling selamat untuk menegakkan kebenaran. Alangkah baiknya jika kekuatan dan kebenaran berjalan seiringan.”و ما أحكم القائل : ( القوة اضمن طريق لإحقاق الحق , و ما اجمل أن تسير القوة و الحق جنبا إلى جنب )
Jihad bagi mengembangkan dakwah Islam terutama bagi memelihara kesucian Islam adalah suatu kewajipan yang diletakkan oleh Allah ke bahu umat Islam sama sepertimana Allah mewajibkan mereka puasa, sembahyang, haji, zakat, membuat kebaikan dan menjauhi kejahatan. Allah mewajibkan dan juga menggalakkan mereka melakukannya. Allah tidak mengecualikan sesiapa sahaja yang memiliki kekuatan dan kemampuan. Ayat yang menyebut perintah ini datang dengan amaran yang cukup keras dan suatu nasihat yang perlu diberikan perhatian. فهذا الجهاد في سبيل نشر الدعوة الإسلامية فضلا عن الاحتفاظ بمقدسات الإسلام فريضة الله على المسلمين كما فرض عليهم الصوم و الصلاة و الحج و الزكاة و فعل الخير و ترك الشر , و ألزمهم إياها و ندبهم إليها , و لم يعذر في ذلك أحد فيه قوة و استطاعة , و إنها لآية زاجرة رادعة و موعظة بالغة زاجرة :
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). (Al-Taubah: 41)(انْفِرُوا خِفَافاً وَثِقَالاً وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللهِ) (التوبة:41)
Allah telah mendedahkan rahsia di sebalik segala perintah dan kewajipan ini kepada umat Islam. Allah jelaskan bahawa Dia memilih mereka supaya menjadi peneraju manusia, pemelihara syariat-Nya, menjadi wakil-Nya di bumi ini dan sebagai pewaris Rasulullah saw. memikul dakwah baginda. Allah telah bentangkan kepada mereka agama ini. Allah telah memantapkan syariat-Nya, memudahkan segala hukum-hakam-Nya dan menjadikan hukum-hakam ini sesuai untuk semua zaman dan tempat supaya ia boleh diterima oleh seluruh manusia. Melalui syariat ini manusia akan meletakkan segala harapan dan impian yang mereka nantikan. و قد كشف الله سر هذا التكليف و حكمة هذه الفريضة التي افترضها على المسلمين بعد هذا الأمر , فبين لهم أنه اجتباهم و اختارهم و اصطفاهم دون الناس ليكونوا سواس خلقه و أمناءه على شريعته و خلفاءه في أرضه , و ورثة رسوله في دعوته , و مهد لهم الدين و أحكم التشريع و سهل الأحكام و جعلها من الصلاحية لكل زمان و مكان بحيث يتقبلها العالم , و ترى فيها الإنسانية أمنيتها المرجوة و أملها المنتظر :  
Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agama-Nya); dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: “Orang-orang Islam” semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). (Al-Haj: 78)(هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ مِّلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ هُوَ سَمَّاكُمُ الْمُسْلِمينَ مِن قَبْلُ وَفِي هَذَا لِيَكُونَ الرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ و َتَكُونُوا شُهَدَاء عَلَى النَّاسِ) (الحج:78)
Inilah tanggungjawab sosial yang telah diserahkan oleh Allah kepada seluruh umat Islam. Mereka hendaklah berada dalam satu barisan, satu ketumbukan dan satu kekuatan. Mereka hendaklah menjadi tentera penyelamat yang akan menyelamatkan seluruh manusia dan membimbing mereka ke arah jalan yang betul.و تلك هي المهمة الاجتماعية التي ندب الله إليها المسلمين جميعا , و أن يكونوا صفا واحدا و كتلة و قوة , و أن يكونوا هم جيش الخلاص الذي ينقذ الإنسانية و يهديها سواء السبيل .
Rahib Di Malam Hari Pejuang Di Siang Hariرهبان بالليل فرسان بالنهار
Selepas itu Allah Taala menjelaskan hubungan antara perintah sembahyang dan puasa dengan perintah sosial tadi di mana perintah pertama adalah sebagai langkah awal untuk perintah kedua. Akidah yang sahih pula adalah asas untuk kedua-dua perintah. Tujuannya, supaya manusia tidak menjadikan perintah tadi sebagai alasan untuk tidak melakukan kewajipan individu mereka dengan alasan mereka telah beramal untuk semua manusia. Dalam masa yang sama ia tidak menjadi alasan kepada manusia yang lain untuk tidak berbakti kepada semua manusia dengan alasan mereka sibuk dengan ibadah mereka dan menghabiskan sepenuh masa mengadap tuhan. Bukankah ayat ini tepat dan bijaksana. Dan siapakah pula yang lebih benar perkataannya daripada Allah? (Al-Nisa’: 87)ثم أوضح الحق تبارك و تعالى للناس بعد ذلك الرابطة بين التكاليف من صلاة وصوم بالتكاليف الاجتماعية و أن الأولى وسيلة للثانية , و أن العقيدة الصحيحة أساسهما معا , حتى لا يكون لأناس مندوحة من القعود عن فرائضهم الفردية بحجة انهم يعملون للمجموع , و حتى لا يكون لآخرين مندوحة من القعود عن العمل للمجموع بحجة أنهم مشغولين بعباداتهم مستغرقون في صلتهم لربهم , فما أدق و احكم , و من أحسن من الله حديثا ؟
Wahai umat Islam, mengabdikan diri kepada tuhan kamu dan berjihad demi memartabatkan agama dan syariat kamu adalah tanggungjawab kamu dalam hidup ini. Jika kamu telah menunaikan tanggungjawab ini dengan bersungguh-sungguh, kamu adalah golongan yang beroleh kejayaan. Jika kamu hanya laksanakan separuh atau kamu abaikannya sama sekali saya kemukakan kepada kamu firman Allah Taala: أيها المسلمون : عبادة ربكم و الجهاد في سبيل التمكين لدينكم و إعزاز شريعتكم هي مهمتكم في الحياة , فإن أديتموها حق الأداء فانتم الفائزون , و إن أديتم بعضها أو أهملتموها جميعا فإليكم أسوق قول الله تبارك و تعالى :
Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam. (Al-Mukminun: 115-116)(أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثاً وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لا تُرْجَعُونَ , فَتَعَالَى اللهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ) (المؤمنون:115-116) .
Atas dasar inilah para sahabat Rasulullah saw. yang merupakan manusia yang dipilih oleh Allah dan hamba-hamba-Nya yang soleh disifatkan sebagai “rahib di malam hari, pejuang di siang hari”. Pada waktu malam mereka dilihat berdiri di mihrab, mengusap janggut, mulut terkumat-kamit dan menangis sayu. Mereka berkata: “Wahai dunia, perdayalah orang lain selain aku.” Apabila fajar menyingsing dan gendang perang dipalu memanggil para mujahidin, anda lihat mereka memacu kuda, riuh rendah memenuhi medan pertempuran.لهذا المعنى جاء أوصاف أصحاب محمد  و هم صفوة الله من خلقه و السلف الصالح من عباده : ( رهبان بالليل فرسان بالنهار ) ترى أحدهم في ليله ماثلا في محرابه قابضا على لحيته يتململ تململ السليم و يبكي بكاء الحزين و يقول : ( يا دنيا غري غيري ) فإذا انفلق الصباح و دوى النفير يدعو المجاهدين , رايته رئبالا على صهوة جواده , يزار الزارة فتدوي لها جنبات الميدان .
Demi Allah, inilah keseimbangan yang menakjubkan antara amalan dan tugas di dunia dengan amalan dan kerohanian akhirat. Inilah Islam yang telah berjaya menggabungkan segala yang terbaik.بالله عليك ما هذا التناسق العجيب و التزاوج بين الغريب و المزيج الفريد بين عمل الدنيا و مهامها و شؤون الآخرة و روحانيتها ؟ و لكنه الإسلام الذي جمع من كل شيء أحسنه .
Penaklukan Sebagai Suatu Bimbingan Dan Pengislahanاستعمار الأستاذية و الإصلاح
Atas dasar ini jugalah setelah Rasulullah saw. dijemput menemui Tuhannya, umat Islam keluar berperang ke seluruh pelusuk bumi. Al-Quran berada di dada mereka, pelana kuda menjadi tempat tidur mereka dan pedang terhunus di tangan mereka. Hujah mereka meniti di bibir mengajak manusia memilih antara tiga perkara: Islam atau jizyah atau perang. Sesiapa yang memeluk Islam dia adalah saudara mereka, hak dan tanggungjawabnya sama seperti hak dan tanggungjawab mereka. Sesiapa yang membayar jizyah dia akan berada dalam jaminan mereka. Mereka akan memberikan haknya dan akan menunaikan segala yang dijanjikan kepadanya. Sesiapa yang engkar mereka akan peranginya hingga Allah memberikan mereka kemenangan و لهذا المعنى أيها المسلمون نفر المسلمون , بعد أن اختار نبيه – صلى الله عليه و سلم – الرفيق الأعلى في أقطار الأرض , قرآنه في صدورهم و مساكنهم على سروجهم و سيوفهم بأيديهم , حجتهم واضحة على ألسنتهم يدعون الناس إلى إحدى ثلاث : الإسلام أو الجزية أو القتال , فمن أسلم فهو أخوهم له ما لهم و عليه ما عليهم , و من أدى الجزية فهو في ذمتهم و عهدهم يقومون بحقه و يرعون عهده و يوفون له بشرطه , و من أبى جالدوه حتى يظهرهم الله عليه ,
Sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahaya-Nya. (Al-Taubah: 32)(وَيَأْبَى اللهُ إِلا أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ) (التوبة:32) .
Semua yang mereka lakukan ini bukan kerana kuasa. Sikap mereka menolak pangkat dan kedudukan sememangnya diketahui oleh sesiapa sahaja. Agama mereka telah mengajak mereka untuk mengenepikan segala penampilan palsu ini yang hanya dinikmati oleh manusia dengan menindas orang lain. Khalifah mereka sama seperti manusia biasa, dia menerima peruntukan wang yang sama jumlahnya seperti yang diterima oleh yang lain. Tiada apa yang membezakannya selain limpah kurnia Allah yang telah memberikannya keagungan iman dan keyakinan yang hebat. Mereka tidak lakukan untuk wang kerana bagi mereka cukup dengan sesuap makanan untuk menghilangkan kelaparan dan seteguk air untuk menghilangkan kehausan. Puasa bagi mereka adalah amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Mereka lebih suka berlapar daripada kekenyangan. Pakaian mereka cukup sekadar untuk menutup aurat. Kitab mereka mengingatkan mereka dengan firman Allah:  ما فعلوا ذلك لسلطان , فزهادتهم في الجاه و الشهرة معروفة عند الخاص و العام , و لقد قضى دينهم على تلك المظاهر الزائفة التي يستمتع بها أقوام على حساب آخرين , فكان خليفتهم كأحدهم , يفرض له من المال و العطاء ما لرجل منهم ليس بأفضلهم و لا أدركهم , و لا يميزه إلا بما أفاض الله عليه من جلال الإيمان و هيبة اليقين , و لم ذلك لمال ,  فحسب  أحدهم كسرة يرد بها جوعته و جرعة يطفئ بها ظمأته , و الصوم لديهم قربة , و الجوع أحب عندهم من الشبع , و حظ أحدهم من الملبس ما يستر به عورته , و كتابهم يناديهم بقول الله تعالى :
Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka. (Muhammad: 12)(وَالَّذِينَ كَفَرُوا يَتَمَتَّعُونَ وَيَأْكُلُونَ كَمَا تَأْكُلُ الأَنْعَامُ وَالنَّارُ مَثْوًى لَّهُمْ) (محمد:12)
Nabi mereka juga berkata: “Celakalah hamba dinar, hamba dirham, hamba qatifah.”و نبيهم يقول لهم : (تعس عبد الدينار  , تعس عبد الدرهم , تعس عبد القطيفة)
Jadi mereka keluar dari tanahair bukan kerana mahu mencari nama atau harta atau kuasa atau untuk menjajah atau untuk bermaharajalela. Sebaliknya mereka keluar untuk menyampaikan mesej tertentu, iaitu risalah nabi mereka saw. yang ditinggalkan sebagai suatu amanah yang mereka pikul. Baginda telah memerintahkan mereka supaya berjuang untuk menyampaikan risalah ini “sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata.” ( Maksud Al-Anfal: 39)إذا لم يكن مخرجهم من ديارهم لجاه أو مال أو سلطة أو استعمار أو استبداد , و إنما كان لأداء رسالة خاصة هي رسالة نبيهم التي تركها أمانة بين أيديهم , و أمرهم أن يجاهدوا في سبيلها , حتى لا تكون فتنة و يكون الدين كله لله .
Tiba Masanya Untuk Kita Fahamآن لنا أن نفهم
Semua ini telahpun diketahui oleh umat Islam dahulu. Oleh itu mereka beramal dan keimanan mereka merangsang mereka berkorban untuk tujuan ini. Malangnya di zaman ini, umat Islam tidak seiringan dalam memahami tanggungjawab mereka. Malah membuat pelbagai andaian dan penafian sebagai alasan untuk berdiam diri dan malas beramal. Ada yang berkata kepada anda: Masa berjihad dan beramal telah berlalu. Ada pula yang cuba melemahkan semangat anda dengan mengatakan semua cara telah tidak berguna kerana umat Islam kini sudah terbelenggu. Yang lain pula mahukan agamanya setakat kalimah yang membasahi lidahnya pagi dan petang. Orang ini berpuas hati dengan ibadat sembahyang yang dilakukannya walaupun hatinya kering.كان المسلمون يفهمون هذا قديما و يعملون له و يحملهم إيمانهم على التضحية في سبيله , أما في هذه الأيام فقد تفرق المسلمون في فهم مهمتهم و اتخذوا من التأويل و التعطيل سندا للقعود و الكسل , فمن قائل يقول لك : مضى وقت الجهاد و العمل , و آخر يثبط همتك يقول لك بان الوسائل معدومة و الأمم الإسلامية مقيدة , و ثالث رضي من دينه كلمات يلوكها لسانه صباح  مساء , و قنع من عبادته بركعات يؤديها و قلبه هواء
Tidak, tidak sama sekali wahai saudara, al-Quran ada di hadapan kamu dan dengan jelas al-Quran memanggil kamu: لا لا أيها الإخوان , القرآن يناديكم بوضوح و جلاء :
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (Al-Hujurat: 15)(إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللهِ أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ) (الحجرات:15) .
Rasulullah saw. juga pernah bersabda kepada kamu:“Apabila manusia mengaut dinar dan dirham dan mereka berjual beli secara inah, mereka mengikut membabi buta, meninggalkan jihad di jalan Allah, Allah akan timpakan kehinaan kepada mereka dan ia tidak akan diangkat hinggalah mereka kembali kepada agama mereka.” (Hadis ini diRiwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad, al-Tabrani dalam al-Kabir, al-Baihaqi dalam kitab Shi‘ab al-Iman, diRiwayatkan daripada Abdullah bin Umar.)و أما في السنة فيقول لكم  الرسول : (إذا ضن الناس بالدينار و الدرهم و تبايعوا بالعينة و تبعوا أذناب البقر و تركوا الجهاد في سبيل الله , أدخل الله تعالى عليهم ذلا لا يرفعه عنهم حتى يراجعوا دينهم) رواه الأمام أحمد في مسنده , و الطبراني في الكبير , و البيهقي في شعب الإيمان عن عبد الله بن عمر .
Anda juga membaca kitab-kitab fikah yang dikarang dari dahulu hingga sekarang yang menyebut bila masanya jihad menjadi fardhu kifayah dan bila masanya ia menjadi fardhu ain. Anda tahu semua hakikat ini sedalam-dalamnya. Jadi kenapa kita bersikap pasif? Kenapa kita berputus asa hingga hati kita tidak lagi peka. Wahai umat Islam, zaman ini adalah zaman untuk bangkit dan membangun. Jadi binalah diri anda supaya anda dapat membina bangsa anda. و أنتم تقرأون في كتب الفقه ما ألف منها قديما أو حديثا متى يكون الجهاد فرض كفاية و متى يكون فرض عين , و تعلمون حقائق ذلك و معناه حق العلم , فما هذا الخمول الذي ضرب بجدرانه ؟ و ما هذا اليأس الذي قبض على القلوب فلا تعي ولا تفيق ؟ هذا أيها المسلمون عصر التكوين فكونوا أنفسكم و بذلك تتكون أمتكم .
Dalam melaksanakan tanggungjawab ini anda perlu memiliki jiwa yang beriman dan hati yang sejahtera. Jadi berusahalah untuk memantapkan iman kamu dan memiliki jiwa yang bersih. Kamu juga perlu mengorbankan harta dan tenaga kamu. Bersedialah untuk melakukannya kerana apa yang ada pada kamu akan lenyap dan apa yang ada pada Allah akan kekal selamanya. Allah telah membeli jiwa dan harta orang-orang yang beriman dan sebagai balasan mereka akan beroleh syurga yang seluas langit dan bumi.إن هذه الفريضة تحتاج إلى منكم نفوسا مؤمنة و قلوبا سليمة , فاعملوا على تقوية إيمانكم و سلامة صدوركم , و تحتاج منكم تضحية بالمال و الجهود فاستعدوا لذلك فإن ما عندكم ينفد و ما عند الله باق , و إن الله اشترى من المؤمنين أنفسهم و أموالهم بأن لهم جنة عرضها السموات و الأرض .         
Di Mana Kita Bermula?من أين نبدأ؟
Pembentukan dan pembinaan sebuah bangsa, merealisasikan sebuah impian dan memperjuangkan sebuah prinsip memerlukan seluruh bangsa atau sekurang-kurangnya sekumpulan manusia yang mahu mencapai cita-cita ini memiliki jiwa yang benar-benar kental yang dapat dilihat melalui beberapa aspek iaitu: Kemahuan tinggi yang tidak mampu digugat oleh kelemahan. Kesetiaan sejati yang tidak mengenal erti kompromi dan pembelotan. Pengorbanan agung yang tidak mengenal erti tamak dan kedekut. Memahami prinsip, meyakininya, menghormatinya, tidak melakukan kesilapan, tidak terseleweng, tidak berkompromi dan tidak terpengaruh dengan prinsip lain. Dengan hanya memiliki kesemua asas yang berbentuk rohani ini dan dengan memiliki kekuatan rohani yang agung akan tertegak sebuah prinsip dan akan mampu membentuk sebuah bangsa yang mampu bangkit, membentuk jiwa bangsa yang bersemangat waja dan akan bermula kembali suatu kehidupan bagi mereka yang telah sekian lama tidak merasainya. إن تكوين الأمم، وتربية الشعوب، وتحقيق الآمال، ومناصرة المبادئ: تحتاج من الأمة التي تحاول هذا أو الفئة التي تدعو إليه على الأقل، إلى “قوة نفسية عظيمة” تتمثل في عدة أمور: إرادة قوية لا يتطرق إليها ضعف، ووفاء ثابت لا يعدو عليه تلون ولا غدر، وتضحية عزيزة لا يحول دونها طمع ولا بخل، ومعرفة بالمبدأ وإيمان به وتقدير له يعصم من الخطأ فيه والانحراف عنه والمساومة عليه، والخديعة بغيره. على هذه الأركان الأولية التي هي من خصوص النفوس وحدها، وعلى هذه القوة الروحية الهائلة، تبنى المبادئ وتتربى الأمم الناهضة، وتتكون الشعوب الفتية، وتتجدد الحياة فيمن حرموا الحياة زمناً طويلاً.
Mana-mana bangsa yang kehilangan keempat-empat sifat ini ataupun pemimpin dan pendokong pembaharuannya kehilangan sifat-sifat ini, bangsa ini adalah bangsa yang tidak berharga dan malang. Bangsa ini tidak akan mampu mencapai kejayaan dan tidak akan dapat merealisasikan impian mereka. Mereka akan hanya hidup dalam dunia sangkaan, khayalan dan impian. “Sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).” (Maksud Yunus: 36). وكل شعب فقد هذه الصفات الأربعة، أو على الأقل فقدها قواده ودعاة الإصلاح فيه، فهو شعب عابث مسكين، لا يصل إلى خير، ولا يحقق أملاً، وحسبه أن يعيش في جو من الأحلام والظنون والأوهام: (إِنَّ الظَّنَّ لا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئاً) (يونس:36) .
Ini adalah undang-undang dan sunnah yang telah Allah tetapkan untuk alam ini dan tiada apa yang dapat mengubah sunnah ini. هذا هو قانون الله تبارك وتعالى وسنته في خلقه ولن تجد لسنة الله تبديلاً:
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (Al-Ra’d: 11)(إِنَّ اللهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ) (الرعد:11) .
Undang-undang ini juga telah disentuh oleh Nabi saw. dalam sepotong hadis yang diRiwayatkan oleh Abu Daud:و هو أيضا القانون الذي عبر عنه النبي في الحديث الشريف الذي رواه أبو داود :
“Hampir-hampir bangsa-bangsa lain mengerumuni kamu sepertimana manusia mengerumuni makanan mereka. Seorang sahabat bertanya: Apakah kerana kami sedikit waktu itu? Baginda menjawab: Tidak, sebaliknya kamu ramai tetapi kamu umpama buih seperti buih banjir. Allah akan mencabut perasaan gerun pihak musuh terhadap kamu dan Allah akan campakkan al-wahn ke dalam hati kamu. Bertanya seseorang: Wahai Rasulullah, apakah al-wahn itu? Baginda menjawab: Cintakan dunia dan bencikan mati.”(يوشك الأمم أن تداعى عليكم كما تداعى الأكلة إلى قصعتها فقال قائل: ومن قِلّةٍ نحن يومئذٍ؟ قال: بل أنتم يومئذٍ كثيرٌ، ولكنكم غثاءٌ كغثاء السيل، ولينزعنَّ اللّه من صدور عدوكم المهابة منكم ، وليقذفنَّ اللّه في قلوبكم الوهن , فقال قائل: يا رسول اللّه وما الوهن ؟  قال: حبُّ الدنيا وكراهية الموت)
Anda dapat saksikan bagaimana Nabi saw. menjelaskan punca kelemahan dan kehinaan sesebuah bangsa. Ia berlaku apabila jiwa mereka lemah, hati mereka tidak berdaya, dan sanubari mereka tidak memiliki akhlak mulia dan sifat kejantanan sebenar. Walaupun jumlah mereka ramai dan kekayaan mereka melimpah ruah.أولست تراه قد بين أن سبب ضعف الأمم و ذلة الشعوب وهن نفوسها و ضعف قلوبها و خلاء أفئدتها من الأخلاق الفاضلة و صفات الرجولة الصحيحة , و إن كثر عددها و زادت خيراتها و ثمراتها
Bangsa yang tenggelam dengan kesenangan, leka dengan kemewahan, hanyut dengan keseronokan benda, asyik dengan kehidupan dunia, lupa untuk menanggung kesusahan, tidak mahu berdepan dengan masalah dan berjuang demi kebenaran, katakanlah selamat jalan kepada harga diri dan impian bangsa ini. و إن الأمة إذا رتعت في النعيم و أنست بالترف و غرقت في أعراض المادة و افتتنت بزهرة الحياة الدنيا , و نسيت احتمال الشدائد و مقارعة الخطوب و المجاهدة في سبيل الحق , فقل على عزتها و آمالها العفاء .
Antara Dua Kekuatanبين القوتين   
Ramai yang menyangka Timur memerlukan kekuatan benda seperti harta, kelengkapan, senjata dan semangat untuk bangkit semula dan menyaingi bangsa-bangsa lain yang telah merampas hak mereka. Benar, apa yang dikatakan ini betul dan penting. Namun ada perkara yang lebih penting dan lebih perlu dilaksanakan iaitu kekuatan jiwa seperti akhlak yang mulia, jiwa yang murni, meyakini dan mengetahui hak-hak mereka, kemahuan yang teguh, sedia berkorban dalam melaksanakan kewajipan dan kesetiaan yang berlandaskan kepada keyakinan dan perpaduan. Dengan kedua-dua unsur inilah datangnya kekuatan.يظن كثير من الناس أن الشرق تعوزه القوة المادية من المال و العتاد و آلات الحرب و الكفاح لينهض و يسابق الأمم التي سلبت حقه و هضمت أهله , ذلك صحيح و مهم , و لكن أهم منه و ألزم : القوة الروحية من الخلق الفاضل و النفس النبيلة و الإيمان و معرفتها و الإرادة الماضية , و التضحية في سبيل الواجب و الوفاء الذي تنبني عليه الثقة و الوحدة , و عنهما تكون القوة .  
Jika Timur meyakini hak mereka, jika mereka mempunyai harga diri, memelihara kekuatan rohani, menjaga akhlak yang murni nescaya segala kekuatan benda akan datang dari semua arah. Lembaran sejarah telah membuktikannya.لو آمن الشرق بحقه و غير من نفسه و اعتنى بقوة الروح و عني بتقويم الأخلاق , لأتته وسائل القوة المادية من كل جانب و عند صحائف التاريخ الخبر اليقين
Ikhwan al-Muslimin meyakini hakikat ini sepenuhnya. Atas dasar ini mereka sentiasa berusaha membersihkan rohani mereka, memantapkan jiwa mereka dan memperbetulkan akhlak mereka. Atas dasar ini juga mereka berjuang membawa dakwah mereka, meminta manusia menerima prinsip mereka, menuntut supaya umat Islam memperbaiki jiwa dan memperbetulkan akhlak mereka.يعتقد الإخوان المسلمون هذا تمام الاعتقاد , و هم لهذا دائبون في تطهير أرواحهم و تقوية نفوسهم و تقوية أخلاقهم , و هم لهذا يجاهدون بدعوتهم و يريدون الناس على مبادئهم و يطالبون الأمة بإصلاح النفوس و تقويم الأخلاق .
Apa yang mereka katakan ini bukan rekaan mereka sebaliknya ia dicedok daripada kamus agung, lautan yang luas, perlembagaan yang lengkap dan sumber rujukan utama iaitu Kitab Allah Taala. Anda sendiri pernah mendengar suatu fasal dalam undang-undang yang abadi: و هم لم يبتدعوا ذلك ابتداعا شأنهم في كل ما يقولون و لكنهم يستمدونه من القاموس الأعظم و البحر الخضم و الدستور المحكم و المرجع الأعلى , ذلك هو كتاب الله تبارك و تعالى , و قد سمعت من قبل تلك المادة الخالدة من ذلكم القانون :
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (Al-Ra’d: 11)(إِنَّ اللهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ) (الرعد:11) .
Al-Quran telah memaparkan hakikat ini dalam banyak ayat. Malah al-Quran telah memaparkan contoh yang benar-benar berlaku secara jelas dan abadi melalui kisah Bani Israel. Kisah ini merupakan kisah menarik yang menggariskan jalan untuk bangkit semula bagi sebuah bangsa yang telah berputus asa mencari kebangkitan semula.و لقد كشف القرآن عن هذا المعنى في كثير من آياته , بل إنه ضرب مثلا تطبيقيا خالدا واضحا كل الوضوح صادقا كل الصدق في قصة بني إسرائيل , تلك القصة الرائعة التي ترسم لكل أمة يائسة طريق التكوين .
Manhajnya jelasالمنهاج واضح
Ikhwan al-Muslimin meyakini ketika Allah Taala menurunkan al-Quran dan memerintahkan hamba-Nya mengikut jejak Muhammad saw., ketika Allah redha Islam sebagai agama, Allah telah gariskan segala asas yang perlu untuk kehidupan, kebangkitan dan kesejahteraan sesebuah bangsa. Ini bertepatan dengan firman Allah Taala: يعتقد الإخوان المسلمون أن الله تبارك و تعالى حين أنزل القرآن و أمر عباده أن يتبعوا محمدا و رضي لهم الإسلام دينا , و وضع في هذا الدين القويم كل الأصول اللازمة لحياة الأمم و نهضتها و إسعادها , و ذلك مصداق قول الله تبارك و تعالى :        
Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad saw.) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan Dia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. (Al-A’raf: 157)(الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الأُمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِندَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ يَأْمُرُهُم بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَاهُمْ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَآئِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالأَغْلاَلَ الَّتِي كَانَتْ عَلَيْهِمْ) (الأعراف:157).
Begitu juga dengan sabda Rasulullah saw. dalam sepotong hadis yang maksudnya:“Demi Allah, saya tidak akan biarkan satu kejahatan berlaku kecuali saya akan mencegahnya.”و مصداق قول الرسول في الحديث الشريف ما معناه (والله ما تركت من شر إلا و نهيتكم عنه)
Jika anda mengkaji dengan mendalam ajaran Islam ini, anda akan temui Islam telah meletakkan kaedah-kaedah yang tepat, sistem-sistem yang sesuai dan undang-undang yang terperinci buat kehidupan manusia baik lelaki mahupun perempuan, kehidupan keluarga dalam soal pembinaan sesebuah keluarga dan perceraian, kehidupan bangsa dalam soal pertumbuhan, kekuatan dan kelemahannya. Islam juga telah menjelaskan secara terperinci idea-idea yang perlu dikaji oleh semua gerakan pemulihan dan pemimpin bangsa.و أنت إذا أمعنت النظر في تعاليم الإسلام وجدته قد وضع أصح القواعد و أنسب النظم و أدق القوانين لحياة الفرد رجلا و امرأة , و حياة الأسرة في تكوينها و انحلالها , و حياة الأمم في نشوئها و قوتها و انحلالها , و حلل الفكر التي وقف أمامها المصلحون .
Semangat kesejagatan, fahaman nasionalisme, sosialisme, kapitalisme, bolshevik, peperangan, agihan kekayaan, hubungan antara pengeluar dan pengguna atau apa sahaja yang ada kaitan dengan kajian ini secara langsung dan tidak langsung yang sentiasa difikirkan oleh para pemimpin bangsa dan para pakar sosiologi, semua ini meyakinkan kita bahawa Islam telah menyelami kesemuanya hingga ke lubuknya. Islam juga telah meletakkan sistem-sistem yang boleh memanfaatkan segala kebaikan dan menghindari segala bahaya dan mala petaka. Cuma di sini bukan tempat untuk menghuraikan segala-galanya. Di sini kami hanya katakan apa yang kami yakini dan kami jelaskan kepada semua manusia halatuju kami. Setelah itu kami ada banyak lagi peluang untuk menjelaskan apa yang kami katakan ini.فالعالمية و القومية و الاشتراكية  و الرأسمالية و البلشفية و الحرب و توزيع الثروة , و الصلة بين المنتج و المستهلك و ما يمت بصلة قريبة أو بعيدة إلى هذه البحوث التي تشغل بال ساسة الأمم و فلاسفة الاجتماع , كل هذه نعتقد أن الإسلام خاض في لبها , و وضع للعالم النظم التي تكفل له الانتفاع بما فيها من محاسن , و تجنب ما تستتبعه من خطر و ويلات , و ليس ذلك مقام تفصيل في هذا المقال , فإنما نقول ما نعتقد و نبين للناس ما ندعوهم إليه , ولنا بعد ذلك جولات نفصل فيها ما نقول .       
Kita Perlu Akurلا بد من أن نتبع
Ikhwan al-Muslimin meyakini hakikat ini kerana itu mereka menuntut supaya manusia berusaha supaya asas Islam yang sepatutnya menjadi landasan kepada kebangkitan baru Timur menjadi asas dalam setiap sudut hidup manusia. Ikhwan meyakini apa jua bentuk kebangkitan yang bercanggah dengan asas Islam dan hukum al-Quran pasti akan membawa kepada kegagalan. Ummah terpaksa menghulurkan korban yang besar tanpa mendatangkan sebarang hasil. Sayugia bagi bangsa yang mahu bangkit dengan cara yang mudah agar mereka mengikut hukum-hakam Islam.  وإذا كان الإخوان المسلمون يعتقدون ذلك فهم يطالبون الناس بان يعملوا على أن تكون قواعد الإسلام الأصول التي تبنى عليها نهضة الشرق الحديث في كل شان من شؤون الحياة , ويعتقدون أن كل مظهر من مظاهر النهضة يتنافى مع قواعد الإسلام و يصطدم بأحكام القرآن فهو تجربة فاسدة فاشلة , ستخرج منها الأمم بتضحيات كبيرة في غير فائدة , فخير للأمم التي تريد النهوض أن تسلك إليه أخصر الطريق باتباعها أحكام الإسلام .
Ikhwan al-Muslimin tidak pernah mengkhususkan dakwah ini hanya untuk sebahagian rantau Islam sahaja. Mereka memanjangkan seruan ini supaya seruan mereka sampai ke pengetahuan semua para pemimpin setiap negara di mana anak bangsanya memeluk agama Islam. Mereka akan menggunakan segala peluang untuk menyatukan kesemua rantau Islam ini. Mereka akan berusaha membina masa depan rantau ini dengan pembangunan dan kemajuan yang berlandaskan asas yang kukuh.والإخوان المسلمون لا يختصون بهذه الدعوة قطرا دون قطر من الأقطار الإسلامية , ولكنهم يرسلونها صيحة يرجون أن تصل إلى آذان القادة و الزعماء في كل قطر يدين أبناؤه بدين الإسلام , و إنهم لينتهزون لذلك هذه الفرصة التي تتحد فيها الأقطار الإسلامية و تحاول بناء مستقبلها على دعائم ثابتة من أصول الرقي و التقدم و العمران .    
Jangan Terselewengاحذروا الانحراف
Apa yang paling dikhuatiri oleh Ikhwan al-Muslimin ialah jika umat Timur Islam ini hanyut dalam arus taklid. Mereka akan mencorak kebangkitan mereka berdasarkan sistem yang telah lapuk sedangkan sejarah membuktikan kepincangan dan ketidak serasian sistem tersebut. Setiap bangsa mempunyai perlembagaan dan perlembagaan ini perlu bersumberkan hukum-hakam al-Quran al-Karim. Perlembagaan sesebuah bangsa yang mencatatkan “Agama rasmi negara ini adalah agama Islam” dalam fasal pertama perlu meletakkan keseluruhan fasal dalam perlembagaan tersebut berlandaskan asas tadi. Mana-mana fasal yang tidak diterima oleh undang-undang Islam perlu dihapuskan supaya tidak wujud sebarang percanggahan dalam perlembagaan negara tersebut.و إن أكبر ما يخشاه الإخوان المسلمون  أن تندفع الشعوب الشرقية الإسلامية في تيار التقليد , فترقع نهضاتها بتلك النظم البالية التي انتقضت على نفسها و أثبتت التجربة فسادها وعدم صلاحيتها , إن لكل أمة من أمم الإسلام دستورا عاما فيجب أن تستمد مواد دستورها العام من أحكام القرآن الكريم , و إن الأمم التي تقول في أول مادة من مواد دستورها : إن دينها الرسمي الإسلام , يجب أن تضع بقية المواد على أساس هذه القاعدة , و كل مادة لا يسيغها الإسلام و لا تجيزها أحكامه يجب أن تحذف من حتى لا يظهر التناقض في القانون الأساسي للدولة .
Baikilah undang-undangأصلحوا القانون
Setiap bangsa mempunyai undang-undang tersendiri yang akan mengatur anak bangsanya. Semua undang-undang ini mestilah bersumberkan undang-undang syariat Islam yang dipetik daripada al-Quran al-Karim dan bertepatan dengan asas undang-undang Islam. Syariat Islam dan undang-undang yang digariskan oleh penggubal undang-undang Islam telah cukup untuk memenuhi segala keperluan dan menutup segala kelemahan. Syariat ini mampu membawa kesan yang lebih baik dan hasil yang lebih diberkati. Syariat ini mampu menghapuskan sebarang angkara jahat dan mampu memudahkan semua kerajaan supaya mereka tidak perlu melalui kegagalan. Sejarah telah membuktikan semua ini. Malah asas undang-undang moden mengalu-alukan dan menyokongnya dan Allah Taala pula mewajibkannya: وإن لكل أمة قانونا يتحاكم إليه أبنائها , و هذا القانون يجب أن يكون مستمدا من أحكام الشريعة الإسلامية مأخوذا عن القرآن الكريم متفقا مع أصول الفقه الإسلامي , و إن الشريعة الإسلامية و فيما وضعه المشترعون المسلمون ما يسد الثغرة و يفي بالحاجة و ينقع الغلة , و يؤدي إلى أفضل النتائج و أبرك الثمرات , و إن في حدود الله لو نفذت لزاجرا يردع المجرم و إن اعتاد الإجرام , و يكف العادي و إن تأصل في نفسه العدوان و يريح الحكومات من عناء التجارب الفاشلة , و التجربة تثبت ذلك و تؤيده , و أصول التشريع الحديث تنادي به و تدعمه , و الله تبارك و تعالى يفرضه و يوجبه :
Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. (Al-Maidah: 44)(وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ) (المائدة:44) .
Baikilah Budaya Masyarakatأصلحوا مظهر الاجتماع
Setiap bangsa mempunyai budaya yang dikawal oleh kerajaan, diatur oleh undang-undang dan dipelihara oleh pihak berkuasa. Setiap bangsa Timur Islam perlu berusaha supaya budaya ini bertepatan dengan adab yang digariskan oleh agama dan selari dengan undang-udang Islam. Kegiatan pelacuran yang dilakukan secara terang-terangan boleh menconteng arang ke muka sebuah bangsa yang menghargai akhlak mulia. Apatah lagi bagi umat Islam yang telah diwajibkan oleh agamanya untuk menghapuskan segala kegiatan pelacuran dan menjatuhkan hukuman yang keras ke atas pelaku zina. وإن في كل أمة مظاهر من الحياة الاجتماعية تشرف عليها الحكومات و ينظمها القانون و تحميها السلطات , فعلى كل أمة شرقية إسلامية أن تعمل على أن تكون كل هذه المظاهر مما يتفق و آداب الدين و يساير و يساير تشريع الإسلام و أوامره , إن البغاء الرسمي لطخة عار في جبين كل أمة تقدر هذه الفضيلة , فما بالك بالأمم الإسلامية التي التي يفرض عليها دينها محاربة البغاء و الضرب على يد الزناة بشدة :
Dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (An-Nuur: 2)(وَلا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ) (النور:2).
Kedai-kedai arak yang terletak di jalan utama atau di kawasan utama bandar-bandar, papan-papan iklan yang mengiklankan minuman keras dan pelbagai iklan yang mempromosi ibu segala kejahatan ini merupakan budaya yang tidak dapat diterima oleh agama dan amat-amat diharamkan oleh al-Quran.إن حانات الخمر في أظهر شوارع المدن و أبرز أحيائها , و تلك اللوحات الطويلة العريضة عن المشروبات الروحية , و هذه الإعلانات الظاهرة الواضحة عن أم الخبائث مظاهر يأباها الدين , و يجرمها القرآن الكريم أشد التحريم .
Hapuskan Budaya Bebasحاربوا الإباحية
Budaya bebas yang sungguh mengasyikkan, keseronokan yang mempesona dan hiburan yang terdapat di mana-mana, di jalanan, di majlis, di kawasan percutian dan di kebun bunga. Semua budaya ini bertentangan dengan ajaran Islam yang meminta penganutnya agar berjiwa murni, mempunyai harga diri, tekun dan tidak terbabit dengan amalan yang tidak berfaedah.و إن هذه الإباحية المغرية و المتعة الفاتنة و اللهو العابث في الشوارع و المجامع و المصايف والمرابع يناقض ما أوصى به الإسلام باتباعه من عفة و شهامة و إباء و انصراف إلى الجد و ابتعاد عن الإسفاف
“Sesungguhnya Allah suka kepada perkara-perkara yang hebat dan membenci perkara-perkara yang remeh temeh.”(إن الله تعالى يحب معالي الأمور و يكره سفاسفها) .
Umat Islam perlu berusaha menghapuskan segala budaya ini atau apa sahaja yang seumpama dengannya dengan menggunakan segala kuasa dan peruntukan undang-undang yang ada. Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.فكل هذه المظاهر و أشباهها , على الأمم الإسلامية أن تبذل في محاربتها و مناهضتها كل ما في وسع سلطانها و قوانينها من طاقة و مجهود لا تني عن ذلك و لا تتواكل .
Kemaskinikan Sistem Pendidikanنظموا التعليم  
Setiap bangsa Islam mempunyai dasar pendidikan yang tersendiri dalam membentuk dan membina generasi akan datang yang akan menjadi harapan bangsa. Dasar ini perlu berlandaskan asas yang mantap dan boleh menjamin pembinaan generasi muda yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang kukuh, berpengetahuan tinggi mengenai hukum-hakam agama dan menghayati kegemilangan silam.وإن لكل أمة و شعب إسلامي سياسة في التعليم و تخريج الناشئة و بناء رجال المستقبل , الذين تتوقف عليهم حياة الأمة الجديدة , فيجب أن تبنى هذه السياسة على أصول حكيمة تضمن للناشئين مناعة دينية و حصانة خلقية , و معرفة بأحكام دينهم , و اعتدادا بمجده الغابر وحضارته الواسعة .
Asas ini hanyalah sebahagian kecil daripada apa yang Ikhwan al-Muslimin mahu supaya dipelihara oleh semua umat Islam dalam era kebangkitan baru. Ikhwan mengemukakan permintaan ini kepada semua umat Islam, kepada semua bangsa dan kerajaan Islam. Pendekatan yang digunakan oleh Ikhwan dalam merealisasikan matlamat Islam yang agung ini hanyalah satu iaitu menjelaskan segala keistimewaan dan ketepatan asas-asas ini sehingga apabila segala asas ini dikemukakan kepada masyarakat dan mereka meyakini faedahnya, ia akan mendorong mereka untuk melaksanakannya serta akur dengan hukumnya. هذا قليل من كثير من الأصول التي يريد الإخوان المسلمون أن ترعاها الأمم الإسلامية في بناء النهضة الحديثة , و هم يوجهون دعوتهم هذه إلى كل المسلمين شعوبا و حكومات , و وسيلتهم في الوصول إلى تحقيق هذه  الغايات الإسلامية السامية وسيلة واحدة : أن يبنوا ما فيها من مزية و أحكام , حتى إذا ذكر الناس ذلك و اقتنعوا بفائدته أنتج ذلك عملهم له و نزولهم على حكمه :
Katakanlah (wahai Muhammad): Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. (Yusuf: 108)(قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ) (يوسف:108) .
Manfaatkan Persaudaraan Kamuانتفعوا بإخاء إخوانكم
Islam sentiasa menyeru penganutnya: ينادي الإسلام أبناءه و متبعيه فيقول لهم :
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. (Aali Imran: 103)(وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَةَ اللهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا) (آل عمران:103).
Dalam ayat lain, al-Quran al-Karim menyebut: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara. (Al-Hujurat: 10). Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain. (Al-Taubah: 71)و يقول القرآن الكريم في آية أخرى: (إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ) (الحجرات:10) و في آية أخرى : (وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ) (التوبة:71) .
Nabi saw. pernah bersabda: “Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.”
Nilai persaudaraan dalam Islam ini amat difahami oleh umat Islam pertama dahulu (semoga Allah meredai mereka). Keyakinan mereka dengan agama Allah ini telah menyemai nilai kasih sayang yang sejati dan semangat persaudaraan yang suci dalam diri mereka. Akhirnya, mereka ibarat satu jiwa, satu hati dan satu tangan. Malah Allah rakamkan kurniaan-Nya ini dalam kitab-Nya:   
و يقول النبي الكريم صلى الله عليه و سلم : (و كونوا عباد الله إخوانا) و كذلك فهم المسلمون الأولون – رضوان الله عليهم – من الإسلام هذا المعنى الأخوي و أملت عليهم عقيدتهم في دين الله أخلد عواطف الحب و التآلف , و أنبل مظاهر الأخوة و التعارف , فكانوا رجلا واحدا و قلبا واحدا و يدا واحدة , حتى امتن الله بذلك في كتابه فقال تبارك و تعالى :    
 Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. (Al-Anfal: 63)(وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنْفَقْتَ مَا فِي الأَرْضِ جَمِيعاً مَا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَكِنَّ اللهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ) (لأنفال:63) .
Pelaksanaanتطبيق
Seorang muhajir (yang berhijrah) terpaksa meninggalkan keluarganya, meninggalkan tanahairnya di Mekah lari membawa bersama agamanya, mendapati ada masyarakat Islam yang terdiri di kalangan anak-anak muda Yathrib sedang menunggu dengan penuh gembira menyambut kedatangannya. Walaupun mereka tidak pernah berkenalan dan tidak langsung mempunyai apa-apa hubungan. Mereka tiada ikatan perkahwinan atau pertalian darah. Mereka bertemu bukan kerana sesuatu kepentingan. Hanya akidah Islam sahaja yang menyebabkan mereka begitu gembira untuk bertemu, bersatu dan menerimanya sebagai sebahagian daripada mereka. Mereka menerimanya sebagai saudara mereka. Sebaik sahaja baginda tiba di masjid, semua Aus dan Khazraj berkerumun dan masing-masing mengundang baginda ke rumah mereka. Mereka mengenepikan diri sendiri dan keluarga mereka. Masing-masing mendesak hingga akhirnya undian terpaksa dilakukan. Malah Imam al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: وإن ذلك المهاجر الذي كان يترك أهله , و يفارق أرضه في مكة و يفر بدينه , كان يجد أمامه أبناء الإسلام من فتيان يثرب ينتظرون و كلهم شوق إليه و حب له و سرور بمقدمه , و ما كان لهم سابق معرفة و لا قديم صلة , و ما ربطهم به وشيجة من صهر أو عمومة , و ما دفعتهم إليه غاية أو منفعة , و إنما هي عقيدة الإسلام جعلتهم يحنون إليه و يتصلون به , و يعدونه جزءا من أنفسهم و شقيقا لأرواحهم , و ما هو إلا أن يصل المسجد حتى يلتف حوله الغر الميامين من الأوس و الخزرج , كلهم يدعوه إلى بيته و يؤثره على نفسه و يفديه بروحه وعياله , ويتشبث بمطلبه هذا حتى يؤول الأمر إلى الاقتراع , حتى روى الإمام البخاري  ما معناه :
“Semua Muhajirin mendiami rumah Ansar melalui undian.”(ما نزل مهاجري على أنصاري إلا بقرعة) .
Al-Quran telah merakamkan sikap mulia Ansar ini dan sikap mereka ini akan sentiasa menjadi tatapan sepanjang masa:  وحتى خلد القرآن للأنصار ذلك الفضل أبد الدهر , فما زال يبدو غرة مشرقة في جبين السنين في قول الله تبارك و تعالى :
Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. (Al-Hasyr: 9)(وَالَّذِينَ تَبَوَّءوا الدَّارَ وَالإِيمَانَ مِن قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِّمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ) (الحشر:9) .
Inilah amalan umat Islam terutama generasi awal Islam yang memiliki ukhuwwah atas dasar keimanan dalam sanubari mereka. Tiada beza antara Muhajirin mahupun Ansar. Tiada beza antara yang berasal dari Mekah mahupun dari Yaman. Malah Rasulullah saw. pernah memuji puak al-Asha‘irah daripada Yaman, maksudnya:و على هذا درج أبناء الإسلام و خص الرعيل الأول ممن وجدت بين نفوسهم الأخوة الإيمانية , لا فرق بين مهاجرهم و أنصارهم , و لا بين مكيّهم و يمنيّهم , حتى أثنى الرسول على الأشاعرة من أهل اليمن بقوله صلى الله عليه و سلم ما معناه
“Puak yang paling bertuah ialah puak al-Asha`irah. Apabila mereka melakukan sesuatu sama ada dalam perjalanan mahupun tidak, mereka akan mengumpulkan semua yang ada pada mereka dan mereka akan letakkan dalam tempat simpanan kemudian mereka bahagikannya dengan sama rata.”(نعم القوم الأشعريون إذا جهدوا في سفر أو حضر جمعوا ما عندهم فوضعوه في مزادتهم ثم قسموه بينهم بالسوية)
Jika anda membaca al-Quran al-Karim, hadis-hadis Nabi saw. dan sejarah hidup tokoh-tokoh agung penganut agama ini, anda akan dapat lihat contoh yang amat mengkagumkan.و أنت إذا قرأت القرآن الكريم , و أحاديث النبي العظيم صلى الله عليه و سلم , و طالعت سير الغر الميامين من أبناء هذا الدين , رأيت من ذلك ما يقر عينك و يملأ سمعك و قلبك .      
Persaudaraan Untuk Semua Manusiaأخوة تعلن الإنسانية
Akidah ini telah membuahkan dua hasil yang perlu kita tuai. Kami akan ceritakan kepada anda disebabkan keindahan, kebaikan dan manfaat yang terdapat di dalamnya. و لقد أثمرت هذه العقيدة ثمرتين لابد لنا من أن نجنيهما و نتحدث إليك عما فيهما من حلاوة  لذة و خير و فائدة .
Hasil pertama ialah akidah ini telah membuktikan bahawa penaklukan Islam sama sekali tidak sama dengan mana-mana penjajahan yang pernah berlaku dalam sejarah manusia. Tidak sama dari segi matlamat, tidak sama dari segi cara dan tidak sama dari segi kesannya.  فأما الأولى منها : فقد أنتجت هذه العقيدة أن الاستعمار الإسلامي لم يشبهه أي استعمار في التاريخ أبدا , لا في غايته و لا في مسالكه و إدارته و لا في نتائجه و فائدته ,
Seorang muslim hanya menakluk sesebuah wilayah semata-mata untuk menegakkan kebenaran dan menyinari alam ini dengan undang-undang al-Quran al-Karim.فإن المستعمر المسلم إنما كان يفتح الأرض حين يفتحها ليعلي فيها كلمة الحق , و ينير أفقها بسنة القرآن الكريم ,
Apabila jiwa manusia sudah dilimpahi cahaya hidayah, akan hilanglah segala pemisah dan terhapuslah segala kezaliman. Bumi ini akan dipenuhi keadilan, kesaksamaan, kasih sayang dan semangat persaudaraan.فإذا أشرقت على نفوس أهلها شمس الهداية المحمدية فقد زالت الفوارق و محيت المظالم , و شملها العدل و الإنصاف و الحب و الإخاء
Tidak wujud di sana penakluk yang menang dan musuh yang kecundang sebaliknya kesemuanya menjadi saudara yang saling berkasih sayang dan saling bertautan. Dengan ini akan lenyap segala semangat nasionalisme. Semangat ini akan cair seperti salji yang cair dipanah cahaya matahari yang memancar membawa semangat persaudaraan Islam yang disematkan oleh al-Quran ke dalam jiwa penganutnya.و لم يكن هناك فاتح غالب و خصم مغلوب , و لكن إخوان متحابون متآلفون , و من هنا تذوب فكرة القومية , و تنجاب كما ينجاب الثلج سقطت عليه أشعه الشمس قوية مشرقة أمام فكرة الأخوة الإسلامية التي يبثها القرآن في نفوس من يتبعونه جميعا .
Sebelum seseorang penakluk muslim berperang dan sebelum dia menang, dia telah terlebih dahulu menjual diri serta keluarganya dan membuang segala faham ketaksuban dan perkauman. Dia tidak akan berperang kerana semangat kepuakan atau semangat perkauman atau untuk memartabatkan bangsanya sahaja. إن ذلك الفاتح المسلم قبل أن يغزوا من غزا و يغلب من غلب , قد باع أهله , و تجرد من عصبيته و قوميته في سبيل الله , فهو لا يغزو لعصبية و لا يغلب لقومية و لا ينتصر لجنسية ,
Sebaliknya dia bekerja kerana Allah dan hanya untuk Allah tanpa menyekutukan-Nya. Satu ungkapan yang paling menarik yang dapat menggambarkan keikhlasan niat dan kesucian jiwa daripada hawa nafsu ialah hadis yang bermaksud:و لكنه حين يعمل لله و لله وحده لا شريك له , و إن أروع ما أثر من الإخلاص في الغاية , و تجريد النفس من الهوى ما جاء في الحديث الشريف ما معناه
Seorang lelaki datang menemui Nabi saw. dan berkata: Wahai Rasulullah, saya suka berjuang pada jalan Allah dan saya suka apa yang saya lakukan itu dilihat oleh manusia. Nabi saw. hanya mendiamkan diri tidak membalas. Lalu turun ayat yang mulia:أن رجلا جاء إلى النبي فقال له يا رسول الله , إني أحب أن أجاهد في سبيل الله , و أحب أن يرى موقفي فسكت النبي و لم يجبه , فنزلت الآية الكريمة :     
Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya. (Al-Kahfi: 110)(فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاء رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلا صَالِحًا وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا) (الكهف:110).
Anda dapat lihat bagaimana Islam menganggap tindakan manusia yang inginkan pujian dan sanjungan yang merupakan tabiat semulajadi jiwa manusia adalah perbuatan syirik yang tersembunyi dan perlu dibasmi serta dialihkan kepada matlamat yang lebih suci. Apakah ada yang lebih ikhlas daripada seorang manusia yang melupakan kepentingan dirinya sendiri demi mencapai matlamatnya? Apakah anda merasakan seseorang yang disarankan oleh agamanya supaya mengenepikan kepentingan diri sendiri, mengekang rasa hati, keinginan dan hawa nafsunya agar jihadnya tulus untuk Allah, kemudian terlintas di hatinya untuk berjuang demi puaknya atau untuk bangsanya atau kerana nasionalisme sempit? Demi Allah, tidak.أرأيت كيف اعتبر الإسلام تطلع هذا الشخص إلى الثناء و المدح و هما من طبائع النفوس شركا خفيا يجب أن يتنزه عنه و يسمو بشرف الغاية النبيلة عنه ؟ و هل هناك أخلص من أن ينسى الإنسان نفسه في سبيل غايته ؟ و هل تظن أن رجلا يشترط عليه دينه أن يتجرد من نفسه و يكبت عواطفها و ميولها و أهواءها حتى يكون جهاده خالصا لله وحده , يفكر بعد هذا في أن يجاهد لعصبية أو يغزو لجنس أو قومية ؟ .. اللهم لا .
Sementara orang yang tewas tadi, mereka sebenarnya golongan yang ditakdirkan Allah untuk menikmati kebahagiaan Islam dan mendapat petunjuk Islam. Sebenarnya mereka bukan melepaskan pemerintahan tanahair kepada orang asing atau membiarkan mereka dilayan seperti hamba atau membiarkan kekayaan bumi mereka dikaut oleh orang lain, sebaliknya mereka lepaskan pemerintahan tanahair kerana mereka sendiri turut berkongsi bersama, bersatu hati dengan mereka dan diberi jaminan dengan ikhlas:   إن ذلك المغلوب الذي شاء له القدر أن يسعد بالإسلام و يهتدي به , ما ترك بلده و أرضه لأجنبي عنه يتحكم فيها و يسخره تسخير العبد الذليل , و يستأثر دونه بخيراتها , و لكنه ترك ما ترك لأنه يخلطه بنفسه و يمزجه بروحه و يناديه بإخلاص :
“Hak anda seperti hak kami dan tanggungjawab anda seperti tanggungjawab kami. Kitab Allah akan menentukan keputusannya antara kita.”لك ما لنا و عليك ما علينا , وكتاب الله تبارك و تعالى يفصل بيننا ,
Masing-masing bersatu bersama satu matlamat dan sedia berkorban untuk prinsip ini. Mereka melepaskan semua hak supaya semua manusia menikmati cahaya Allah dan semua manusia dilimpahi sinaran al-Quran al-Karim. Inilah sebenarnya kemuncak kebahagiaan mereka jika mereka mengetahuinya.فكلاهما فني في غايته و ضحّى في سبيل مبدئه , و ترك ما ترك ليعم الإنسانية نور الله , و تسطع عليها شمس القرآن الكريم , و في ذلك تمام إسعادها و كمال رقيها لو كانوا يعلمون .   
Jangkauan Negara Islamأفق الوطن الإسلامي
Hasil kedua ialah semangat persaudaraan Islam menjadikan setiap umat Islam meyakini setiap inci bumi yang didiami oleh penganut agama al-Quran al-Karim adalah bumi Islam. أما الثمرة الثانية : فإن الأخوة الإسلامية جعلت كل مسلم يعتقد أن كل شبر من الأرض , فيه أخ يدين بدين القرآن الكريم ،
Islam mewajibkan penganutnya memelihara dan menjamin kesejahteraannya. Sudah tentu ini bermakna jangkauan negara Islam begitu luas, lebih luas daripada sekadar berdasarkan sempadan geografi dan darah. Bahkan sempadan ini berdasarkan prinsip agung, akidah yang tulus dan telus serta berdasarkan hakikat yang Allah jadikan untuk Islam sebagai cahaya dan petunjuk buat seluruh manusia. Apabila Islam menyemai nilai ini ke dalam jiwa para penganutnya, Islam turut mewajibkan mereka memelihara bumi Islam daripada sebarang pencerobohan dan ancaman musuh.قطعة من الأرض الإسلامية العامة التي يفرض الإسلام علي كل أبنائه أن يعملوا لحمايتها وإسعادها فكان من ذلك أن أتسع أفق الوطن الإسلامي وسما عن حدود الوطنية الجغرافية والوطنية الدموية إلى وطنية المبادئ السامية والعقائد الخالصة الصحيحة ، والحقائق التي جعلها الله للعالم هدى ونوراً ,والإسلام حين يشعر أبناءه بهذا المعنى ويقرره في نفوسهم يفرض عليهم فريضة لازمة لحماية أرض الإسلام من عدوان المعتدين , وتخليصها من غصب الغاصبين ، وتحصينها من مطامع المتعدين .
Perjalanan yang jauhطريق طويلة
Saya berharap perbincangan yang panjang lebar tentang dakwah Ikhwan al-Muslimin ini telah cukup untuk memaparkan matlamat Ikhwan kepada sidang pembaca yang dihormati. Sekaligus dapat menjelaskan sekurang-kurangnya tentang pendekatan yang mereka gunakan dalam usaha mencapai matlamat tersebut. Sebelum ini saya telahpun berbicara secara panjang lebar dengan saudara-saudara kita yang begitu peka dengan kegemilangan Islam. Apa yang saya bicarakan  ketika itu di bawah tajuk Halatuju Dakwah Kami adalah hampir sama dengan apa yang saya perkatakan pada hari ini.أرجو أن تكون هذه الكلمات المتتاليات في بيان دعوة الإخوان المسلمين قد كشفت للقراء عن غايتهم , و أبانت لهم و لو إلى حد ما عن مناهجهم في السير إلى هذه الغاية , و قد تحدثت من قبل إلى إخواننا الغيورين على الإسلام و مجده حديثا طويلا هو أشبه بهذه الكلمات التي رآها القراء تحت عنوان : ( إلى أي شيء ندعو الناس )
Mereka mendengar ucapan saya dengan penuh minat. Kami sama-sama memahami setiap perkara yang dibincangkan hingga akhirnya selepas perbincangan kami berkeyakinan penuh dengan kesucian matlamat ini dan pendekatan yang digunakan ini bakal beroleh kejayaan. Malah saya amat terperanjat apabila mereka hampir-hampir mencapai kata sepakat bahawa walaupun cara yang digunakan ini bakal berjaya namun jalannya jauh. Arus yang membawa kerosakan di bumi ini begitu deras, hingga akhirnya manusia mula merasa lemah semangat. Jadi supaya para pembaca yang dihormati tidak alami apa yang dialami oleh para pendengar sebelum ini, saya suka jika perbincangan ini diselitkan dengan harapan dan keyakinan dengan kejayaan jalan ini, dengan izin Allah. Namun segalanya terserah kepada Allah. Saya akan fokuskan tajuk ini menurut dua perspektif yang positif:و لقد أصغى إلى من حدثتهم إصغاء مشكورا , و كنا نتفهم القول تباعا أولا فأول , حتى خرجنا من المحادثة مقتنعين تماما بشرف الغاية و نجاح الوسيلة , و كم كانت دهشتي عظيمة حين رأيت منهم شبه إجماع على أن هذه السبيل مع التسليم بنجاحها طويلة , و أن التيارات الجارفة الهدامة في البلد قوية , مما يجعل اليأس يدب إلى القلوب و القنوط يستولي على النفوس , و حتى لا يجد القراء الكرام هذا الشعور الذي وجده أولئك المتحدثون من قبل , أحببت أن تكون هذه الكلمات مفعمة بالأمل , فياضة باليقين في النجاح إن شاء الله , و لله الأمر من قبل و من بعد , و سأحصر الموضوع  في نظرتين إيجابيتين :   
Perspektif Sosiologiنظرة اجتماعية
Para pakar sosiologi berkata, kenyataan hari ini adalah impian semalam dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Teori ini disokong oleh realiti dan dikuatkan oleh bukti. Malah ia menjadi asas kepada kemajuan manusia dan proses menuju kesejahteraan.  يقول علماء الاجتماع إن حقائق اليوم هي أحلام الأمس , و أحلام اليوم هي حقائق الغد , و تلك نظرة يؤيدها الواقع و يعززها الدليل و البرهان , بل هي محور تقدم الإنسانية و تدرجها مدارج الكمال ,
Siapa sangka terdapat ahli sains yang telah menemui hasil ciptaannya beberapa tahun sebelum ia benar-benar dicipta. Malah pakar sains sendiri menolaknya pada peringkat awal sehinggalah ia dibuktikan oleh realiti dan disokong oleh bukti. Terdapat banyak contoh yang berlaku namun perkara ini sudahpun jelas dan nyata, tidak perlu saya bincangkan secara lebih mendalam.فمن ذا الذي كان يصدق أن يصل العلماء إلى ما وصلوا إليه من المكتشفات و المخترعات قبل حدوثها ببضع سنين , بل إن أساطين العلم أنفسهم أنكروها لأول عهدهم بها , حتى أثبتها الواقع و أيدها البرهان , و المثل على ذلك كثيرة , و هي من البداهة بحيث يكفينا ذلك عن الإطالة بذكرها .
Perspektif Sejarahنظرة تاريخية
Kebangkitan mana-mana bangsa bermula dalam keadaan yang lemah hingga ia dilihat mustahil akan berlaku. Walaupun kelihatan mustahil namun sejarah membuktikan kesabaran, ketabahan, kebijaksanaan dan ketekunan akan membawa kebangkitan ini yang bermula dalam keadaan begitu lemah dan tidak berkeupayaan ke puncak kejayaan yang diidam oleh para pendokongnya. Siapa sangka Semenanjung Tanah Arab yang hanya dikelilingi padang pasir yang kering kontang akan melahirkan cahaya dan ilmu pengetahuan seterusnya dengan kuasa rohani dan politik, penduduknya mampu menguasai kebanyakan negara di dunia. Siapa sangka Abu Bakar seorang yang berhati lembut, malah semua manusia menentangnya dan semua penolongnya kebingungan masih mampu mengerah sebelas angkatan tentera dalam masa sehari bagi menghapuskan para penderhaka, memperbaiki segala kepincangan, mengenakan tindakan terhadap pelampau dan golongan murtad serta mengembalikan hak Allah daripada mereka yang enggan membayar zakat. وإن نهضات الأمم جميعاً، إنما بدأت على حال من الضعف يخيَّل للناظر إليها، أن وصولها إلى ما تبتغي ضرب من المحال. ومع هذا الخيال، فقد حدثنا التاريخ أن الصبر والثبات والحكمة والأناة وصلت بهذه النهضات الضعيفة النشأة، القليلة الوسائل، إلى ذروة ما يرجوه القائمون بها، من توفيق ونجاح، ومن ذا الذي كان يصدِّق أن الجزيرة العربية وهي تلك الصحراء الجافة المجدبة تنبت النور والعرفان، وتسيطر بنفوذ أبنائها الروحي والسياسي على أعظم دول العالم؟ ومن ذا الذي كان يظن أن أبا بكر صاحب القلب الرقيق الليِّن، وقد انتقض الناس عليه، وحار أنصاره في أمرهم، يستطيع أن يخرج في يوم واحد أحد عشر جيشاً، تقمع العصاة وتقوِّم المعوج ، وتؤدب الطاغي وتنتقم من المرتدين، وتستخلص حق الله في الزكاة من المانعين؟.
Siapa sangka sekumpulan Bani Ali dan Abbas yang kecil dan berselindung mampu menumbangkan kerajaan yang begitu kuat dan luas. Sedangkan sepanjang masa mereka sentiasa terdedah kepada pembunuhan, penindasan, pengusiran dan ugutan.ومن ذا الذي كان يصدق أن هذه الشيعة الضئيلة المستترة من بني علي و العباس تستطيع أن تقلب ذلك الملك القوي الواسع الأكناف ما بين عشية وضحاها , و هي ما كانت في يوم من الأيام إلا عرضة للقتل و التشريد و النفي و التهديد ؟.
Siapa sangka Solahuddin al-Ayubi walaupun terpaksa mengharungi tempoh yang lama namun akhirnya berjaya mengusir raja-raja Eropah yang mempunyai angkatan tentera dan kekuatan yang besar. Malah dua puluh lima raja-raja ternama mereka bergabung menentangnya.ومن ذا الذي كان يظن أن صلاح الدين الأيوبي يقف الأعوام الطوال ، فيردّ ملوك أوروبا على أعقابهم مدحورين ، مع توافر عددهم وتظاهر جيوشهم، حتى اجتمع عليه خمسة وعشرون ملكاً من ملوكهم الأكابر؟
Itu contoh sejarah silam. Sejarah moden juga memberikan contoh yang amat menarik. Siapa sangka Raja Abdul Aziz Al Saud yang telah diusir dan hartanya dirampas mampu mengembalikan semula kuasanya dengan bantuan tidak sampai tiga puluh orang. Malah kemudiannya menjadi harapan dunia Islam untuk mengembalikan keagungan dunia Islam. Siapa sangka seorang agen Jerman, Hitler berjaya memperolehi kuasa dan mencapai matlamatnya.ذلك في التاريخ القديم، وفي التاريخ الحديث أروع المثل على ذلك، فمن كان يظن أن الملك عبد العزيز آل سعود ، وقد نفيت أسرته وشرِّد أهله وسُلب ملكه، يسترد هذا الملك ببضعة وعشرين رجلاً، ثم يكون بعد ذلك أملاً من آمال العالم الإسلامي في إعادة مجده وإحياء وحدته؟ ومن كان يصدق أن ذلك العامل الألماني( هتلر ) يصل إلى ما وصل إليه من قوة 1النفوذ و نجاح الغاية ؟
Apakah Ada Jalan Yang Lain?هل هناك طريق أخرى؟
Selain perspektif tadi, wujud perspektif daripada sudut yang lain tetapi turut membawa hasil yang sama dan memberikan dorongan yang kuat kepada hati supaya bersemangat untuk bekerja.و ثم نظرتان سلبيتان تحدثان النتيجة بعينها و توجهان قلب الغيور إلى العمل توجيها صحيحا .
Pertama: Walaupun jalan ini jauh namun tiada di sana jalan lain untuk membina suatu kebangkitan sebenar. Sejarah dan pengalaman membuktikan perspektif ini betul.أولاهما : أن هذه الطريق مهما طالت فليس هناك غيرها في بناء النهضات بناء صحيحا و قد أثبتت التجربة صحة هذه النظرية .
Dahulukan yang Wajibالواجب أولا
Kedua: Pendokong perlu berusaha melaksanakan tanggungjawab mereka terlebih dahulu, diikuti keinginan memperolehi ganjaran akhirat dan ketiga barulah untuk memperolehi hasilnya di dunia. Dengan beramal, sudah cukup untuk melaksanakan kewajipannya dan tidak syak lagi akan memperolehi ganjaran Allah, dengan syarat dia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Seterusnya soal keuntungan dunia terserah kepada Allah untuk menganugerahkannya. Adakalanya tanpa disangka-sangka usaha yang dilakukannya memberikan hasil yang jauh lebih diberkati sedangkan jika dia tidak berusaha dia terpaksa menanggung dosa kecuaiannya. Malah kehilangan ganjaran jihad dan sudah tentu tidak memperolehi apa-apa keuntungan. Jadi siapakah yang lebih beruntung? Al-Quran al-Karim dengan jelas menyentuh perkara ini dalam ayat: و ثانيتهما : أن العامل يعمل لأداء الواجب أولا , ثم للأجر الأخروي ثانيا , ثم للإفادة ثالثا , و هو إن عمل فقد أدى الواجب , و فاز بثواب الله ما في ذلك من شك , متى توفرت شروطه , و بقيت الإفادة و أمرها إلى الله , فقد تأتي فرصة لم تكن في حسابه تجعل عمله يأتي بأبرك الثمرات , على حين إنه إذا قعد عن العمل فقد لزمه إثم التقصير , و ضاع منه أجر الجهاد و حرم الإفادة قطعا , فأي الفريقين خير مقاما و أحسن نديا ؟ و قد أشار القرآن الكريم إلى ذلك في صراحة و وضوح في الآية الكريمة :  
Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat? Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: (Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa. Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka). (Al-A’raf: 164-165)(وَ إِذَ قَالَتْ أُمَّةٌ مِّنْهُمْ لِمَ تَعِظُونَ قَوْمًا اللهُ مُهْلِكُهُمْ أَوْ مُعَذِّبُهُمْ عَذَابًا شَدِيدًا قَالُواْ مَعْذِرَةً إِلَى رَبِّكُمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ , فَلَمَّا نَسُواْ مَا ذُكِّرُواْ بِهِ أَنجَيْنَا الَّذِينَ يَنْهَوْنَ عَنِ السُّوءِ وَأَخَذْنَا الَّذِينَ ظَلَمُواْ بِعَذَابٍ بَئِيسٍ بِمَا كَانُواْ يَفْسُقُونَ) (الأعراف:164-165).
Kisah Pembentukan Sebuah Bangsaقصة أمة تتكون
Lemahضعف
Kita sekarang sedang menyaksikan seorang pemerintah yang angkuh dan memperhambakan manusia. Menindas manusia dan menjadikan mereka khadam dan hambanya. Kita juga sedang menyaksikan sebuah bangsa mulia yang sedang dijadikan hamba oleh pemerintah yang angkuh ini. Allah mahu mengembalikan semula kebebasan bangsa yang mulia ini dan mahu mengembalikan semula kehormatan mereka yang telah dirampas. Allah mahu mengembalikan keagungan yang telah lenyap pada bangsa ini. Langkah pertama ke arah kebebasan bangsa ini dipancarkan melalui pemimpin agung mereka (Musa) yang lahir sebagai anak kecil yang masih menyusu: نحن الآن أمام جبار متكبر يستعبد عباد الله و يستضعفهم و يتخذهم خدما و حشما و عبيدا و خولا , و بين شعب من الشعوب الكريمة المجيدة استعبده ذلك الطاغية الجبار , ثم أراد الله تبارك  تعالى أن يعيد لهذا الشعب المجيد حريته المسلوبة و كرامته المغصوبة و مجده الضائع و عزه البائد , فكان أول شعاع من فجر حرية هذا الشعب إشراق شمس زعيمه العظيم (موسى ) على الوجود طفلا رضيعا :  
Kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) sebahagian dari kisah Nabi Musa dan Firaun dengan keterangan yang benar bagi orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan. Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya). Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu. (Al-Qasas: 3-6)(نَتْلُوا عَلَيْكَ مِن نَّبَإِ مُوسَى وَفِرْعَوْنَ بِالْحَقِّ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ , إِنَّ فِرْعَوْنَ عَلا فِي الأَرْضِ وَجَعَلَ أَهْلَهَا شِيَعًا يَسْتَضْعِفُ طَائِفَةً مِّنْهُمْ يُذَبِّحُ أَبْنَاءهُمْ وَيَسْتَحْيِي نِسَاءهُمْ إِنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ , وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِين وَنُمَكِّنَ لَهُمْ فِي الأَرْضِ) (القصص:3-5).
Pimpinanزعامة
Seterusnya kita saksikan pemimpin ini yang kini sudah meningkat remaja. Dia memperolehi lindungan Ilahi setelah terselamat daripada kezaliman dan penganiayaan. Dia membawa diri bagi menyelamatkan kebebasannya. Dalam keadaan ini Allah sendiri mendidiknya dan menyerahkan risalah-Nya. Allah juga menyerahkan kepadanya tanggungjawab menyelamatkan bangsanya. Dengan itu dia kembali berbekalkan iman dan keyakinan. Dia berdepan dengan pemerintah yang angkuh dan menuntut supaya kebebasan dan kehormatan bangsanya dikembalikan seterusnya mengimani dan mengikutinya. Alangkah menariknya kecaman yang begitu keras yang lahir daripada utusan yang agung ini seperti yang diceritakan oleh al-Quran: و نحن بعد هذا أمام هذا الزعيم و قد بلغ أشده و استوى , و تولته العناية الإلهية , بعد أن أنفت نفسه الظلم و عافت الضيم , ففر بنفسه و هرب بحريته , حيث اصطنعه الله لنفسه و حمله عبء رسالته , و أسند إليه خلاص شعبه , فآب مملوءا بالإيمان مؤيدا باليقين , يواجه ذلك الجبار فيطلب إليه أن يعيد إلى شعبه حريته و يترك له كرامته و يؤمن به و يتبعه . و ما أروع ذلك التهكم المر اللاذع حين يحكي القرآن الكريم قول الرسول العظيم   
Dan budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israel. (Al-Shua‘ara’: 22)(وَتِلْكَ نِعْمَةٌ تَمُنُّهَا عَلَيَّ أَنْ عَبَّدتَّ بَنِي إِسْرَائِيلَ) (الشعراء:22).
Wahai pemerintah zalim yang menindas hamba Allah, mereka bukan hamba engkau, apakah kerana nikmat yang engkau ungkitkan itu dan layanan baik yang engkau berikan kepada aku itu boleh menjadi alasan untuk engkau menghambakan bangsaku, engkau hina dan tindas bangsaku. Ia adalah suara kebenaran yang lahir daripada mulut seorang nabi yang mulia hingga menyebabkan singgahsana pemerintah yang kejam ini mula goyah:أيها الجبار المتحكم في عباد الله لا عبادك , هل من النعمة التي تذكرنا بها و الجميل الذي تسديه إلي أن تستعبد شعبي و تحقر أمتي  و تمتهن قومي ؟ إنها صيحة الحق دوت من فم النبي الكريم فزلزلت عرش الجبار و هزت ملكه :
Maka pergilah kamu kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: Sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam. Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israel mengikut kami. Firaun menjawab: Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau kanak-kanak yang baru lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu? Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (jenayah) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dari orang-orang yang tidak mengenang budi? Nabi Musa berkata: Aku melakukan perbuatan yang demikian sedang aku ketika itu dari orang-orang yang belum mendapat petunjuk. Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan agama, dan menjadikan daku seorang Rasul-Nya. (Al-Shua‘ara’: 16-21)(فَأْتِيَا فِرْعَوْنَ فَقُولا إِنَّا رَسُولُ رَبِّ الْعَالَمِينَ , أَنْ أَرْسِلْ مَعَنَا بَنِي إِسْرَائِيلَ , قَالَ أَلَمْ نُرَبِّكَ فِينَا وَلِيدًا وَلَبِثْتَ فِينَا مِنْ عُمُرِكَ سِنِينَ , وَفَعَلْتَ فَعْلَتَكَ الَّتِي فَعَلْتَ وَأَنتَ مِنَ الْكَافِرِينَ قَالَ فَعَلْتُهَا إِذًا وَأَنَا مِنَ الضَّالِّينَ , فَفَرَرْتُ مِنكُمْ لَمَّا خِفْتُكُمْ فَوَهَبَ لِي رَبِّي حُكْمًا وَجَعَلَنِي مِنَ الْمُرْسَلِينَ) (الشعراء:16-21).
Pertembunganصراع
Kita kini saksikan kesan kemarahan pihak yang berkuasa terhadap pihak yang benar. Bagaimana kuasa ini bertindak balas dan menyeksa pihak yang benar. Bagaimana pula pihak yang benar bersabar menghadapi segala ujian ini. Bagaimana pimpinan mereka menghidangkan harapan dan impian yang indah kepada mereka supaya jiwa mereka tidak lemah.و نحن الآن نشهد غضبة القوة على الحق كيف تثور عليه و تنتقم منه و تعذب أهله و تقهر مناصريه , ثم كيف يصبر أهل الحق على كل ذلك , و كيف يعللهم رؤساؤهم بالآمال الحلوة و الأماني العزبة حتى لا يجد الخور إلى نفوسهم سبيلا
Dan berkatalah pula ketua-ketua dari kaum Firaun: Adakah engkau (wahai Firaun) hendak membiarkan Musa dan kaumnya melakukan kerosakan di bumi (Mesir) dan meninggalkanmu serta apa-apa yang dipuja olehmu? Firaun menjawab: Kita akan membunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup anak-anak perempuan mereka, dan kita tetap menguasai (menundukkan) mereka. (Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (Al-A’raf: 127-128)(وَقَالَ الْمَلأُ مِن قَوْمِ فِرْعَونَ أَتَذَرُ مُوسَى وَقَوْمَهُ لِيُفْسِدُواْ فِي الأَرْضِ وَيَذَرَكَ وَآلِهَتَكَ قَالَ سَنُقَتِّلُ أَبْنَاءهُمْ وَنَسْتَحْيِـي نِسَاءهُمْ وَإِنَّا فَوْقَهُمْ قَاهِرُونَ , قَالَ مُوسَى لِقَوْمِهِ اسْتَعِينُوا بِاللهِ وَاصْبِرُواْ إِنَّ الأَرْضَ للهِ يُورِثُهَا مَن يَشَاء مِنْ عِبَادِهِ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ) (الأعراف:127-128) .
Keimananإيمان
Alangkah menarik ketabahan dan kesabaran yang ditunjukkan kepada kita. Pegangan yang teguh dengan kebenaran. Kesediaan mengorbankan segala yang ada dalam hidup ini demi keimanan dan keyakinan seperti yang ditonjolkan oleh pengikut pimpinan yang agung ini. Mereka mencabar pemerintah zalim ini dengan memandang remeh segala ugutannya.و ما أروع أن نشهد ذلك النموذج الخالد من الثبات و الصبر , و الاستمساك بعروة الحق , و الاستهانة بكل شيء حتى الحياة في سبيل الإيمان و العقيدة من أتباع هذا الزعيم الذين آمنوا بدعوته , و قد تحدوا هذا الجبار في استهانة و استماتة :
Oleh itu, hukumkanlah apa sahaja yang engkau hendak hukumkan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah dapat menghukum dalam kehidupan dunia ini sahaja. Sesungguhnya kami telah beriman kepada Tuhan kami, supaya diampunkan-Nya kesalahan-kesalahan kami, dan dosa-dosa sihir yang engkau paksakan kami melakukannya. Dan Allah jualah yang lebih baik dan lebih kekal balasan pahala-Nya. (Taha: 72-73)(فَاقْضِ مَا أَنتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا , إِنَّا آمَنَّا بِرَبِّنَا لِيَغْفِرَ لَنَا خَطَايَانَا وَمَا أَكْرَهْتَنَا عَلَيْهِ مِنَ السِّحْرِ وَاللهُ خَيْرٌ وَأَبْقَى) (طه:72-73) .
Kemenanganانتصار
Setelah melihat kesemua babak ini, kita akhirnya dapat melihat kesudahannya dalam babak kelima ini. Apakah kesudahannya? Kejayaan, kemenangan dan berita gembira buat mereka yang melaluinya. Tercapai cita-cita buat mereka yang mengimpikannya. Suara kebenaran kini berkumandang ke seluruh pelusuk bumi:فإذا رأينا كل ذلك رأينا عاقبته في القسم الخامس و ما أدراك ما هي ؟ فوز و فلاح و انتصار و نجاح و بشرى تزف إلى المهضومين , و أمل يتحقق للحالمين , و صيحة الحق المبين تدوي في آفاق الأرض :
Wahai Bani lsrael! Sesungguhnya Kami telah selamatkan kamu daripada musuh kamu. (Taha: 80)(يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ قَدْ أَنجَيْنَاكُم مِّنْ عَدُوِّكُمْ) (طه:80) .