Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang | بِسْــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ |
| |
Terus Terang | مصـــارحة |
Kita ingin jelaskan objektif kita kepada seluruh manusia. Kita mahu bentangkan pendekatan kita di hadapan seluruh manusia. Kita ingin kemukakan dakwah kita kepada semua. Kita mahu kemukakan dakwah ini tanpa berselindung dan berlapik. Dakwah ini lebih cerah secerah cahaya mentari, seterang sinar fajar, sejelas siang hari. | نحب أن نصارح الناس بغايتنا ، وأن نجلي أمامهم منهجنا ، وأن نوجه إليهم دعوتنا ، في غير لبس ولا غموض ، أضوأ من الشمس وأوضح من فلق الصبح وأبين من غرة النهار. |
Suci | بـــراءة |
Kita juga mahu bangsa kita (seluruh umat Islam adalah bangsa kita) memahami bahawa dakwah Ikhwan al-Muslimin adalah dakwah yang suci. Kesucian dakwah ini menyebabkan kita menolak segala kepentingan diri sendiri, kita ketepikan segala keuntungan dunia, kita ketepikan segala keinginan dan kehendak kita. Kita melangkah menurut langkah yang telah ditetapkan oleh Allah Taala untuk para pendakwah: | ونحب مع هذا أن يعلم قومنا – و كل المسلمين قومنا – أن دعوة الإخوان المسلمين دعوة بريئة نزيهة ، قد تسامت في نزاهتها حتى جاوزت المطامع الشخصية ، واحتقرت المنافع المادية ، وخلفت وراءها الأهواء والأغراض ، ومضت قدما في الطريق التي رسمها الحق تبارك وتعالى للداعين إليه : |
Katakanlah (wahai Muhammad): Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. (Yusuf: 108) | (قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ) (يوسف:108) . |
Kita tidak akan meminta apa-apa ganjaran daripada manusia. Kita tidak akan menuntut sebarang wang atau ganjaran. Kita tidak akan meminta kedudukan. Kita tidak akan meminta mereka membalas atau berterima kasih kepada kita. Ganjaran bagi segala usaha kita ini terserah kepada Tuhan yang mencipta kita. | فلسنا نسأل الناس شيئا ، و لا نقتضيهم مالا ولا نطالبهم بأجر ، ولا نستزيد بهم وجاهة ، ولا نريد منهم جزاء ولا شكورا ، إن أجرنا في ذلك إلا على الذي فطرنا. |
Rasa hati | عـاطــفة |
Kita juga mahu supaya bangsa kita faham bahawa mereka lebih kita sayangi daripada diri kita sendiri. Demi kasih sayang ini kita sedia jadikan nyawa kita sebagai penebus demi mengembalikan kehormatan bangsa ini. Nyawa ini sedia dikorbankan demi menebus semula maruah, harga diri, agama dan impian mereka jika perlu. Pendirian ini lahir dari rasa hati yang sekian lama mencengkam hati ini. Rasa hati yang sekian lama menyelubungi perasaan ini. Rasa hati yang menyebabkan mata ini tidak lena tidur. Rasa hati yang menyebabkan air mata ini sentiasa bercucuran. Rasanya terlalu sukar untuk sekadar melihat nasib yang menimpa masyarakat kita kemudian kita hanya berpeluk tubuh menerima segala penghinaan ini, atau reda dengan segala kehinaan ini, atau sekadar mendiamkan diri. Demi Allah, kita akan bekerja di jalan Allah untuk kepentingan manusia lebih daripada untuk kepentingan diri kita sendiri. | و نحب أن يعلم قومنا أنهم احب إلينا من أنفسنا ، و أنه حبيب إلى هذه النفوس أن تذهب فداء لعزتهم إن كان فيها الفداء ، و أن تزهق ثمنا لمجدهم و كرامتهم و دينهم و آمالهم إن كان فيها الغناء، و ما أوقفنا هذا الموقف منهم إلا هذه العاطفة التي استبدت بقلوبنا و ملكت علينا مشاعرنا ، فأقضت مضاجعنا ، و أسالت مدامعنا ، و إنه لعزيز علينا جد عزيز أن نرى ما يحيط بقومنا ثم نستسلم للذل أو نرضى بالهوان أو نستكين لليأس ، فنحن نعمل للناس في سبيل الله أكثر مما نعمل لأنفسنا، |
Saudara-saudara yang dikasihi, segala hidup kami hanyalah untuk kamu. Kami tidak akan sekali-kali mengkhianati kamu. | فنحن لكم لا لغيركم أيها الأحباب ، و لن نكون عليكم في يوم من الأيام. |
Allah Segala-galanya | لله الفضل و المنة |
Tiada apa yang kita sumbangkan sebenarnya. Malah tidak pernah kita merasakan kita punyai apa-apa kelebihan. Sebaliknya kita yakin apa yang Allah firmankan: | و لسنا نمتن بشيء ولا نرى لأنفسنا في ذلك فضلا ، و إنما نعتقد قول الله تعالى : |
Bahkan (kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka) Allah jualah yang berhak membangkit-bangkitkan budi-Nya kepada kamu, kerana Dia-lah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu), kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (Al-Hujurat: 17) | ( بَلِ اللهُ يَمُنُّ عَلَيْكُمْ أَنْ هَدَاكُمْ لِلإِيمَانِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ) (الحجرات:17) . |
Betapa kita mengharapkan (jika boleh) agar hati-hati ini boleh ditunjukkan kepada seluruh umat ini supaya mereka boleh melihat bahawa apa yang ada di dalam hati-hati ini hanyalah rasa kasih sayang kepada mereka, rasa simpati dan kesediaan untuk berkorban demi kepentingan mereka. | وكم نتمنى – لو تنفع المنى – أن تتفتح هذه القلوب على مرأى و مسمع من أمتنا ، فينظر إخواننا هل يرون فيها إلا حب الخير لهم و الإشفاق عليهم و التفاني في صالحهم ؟ |
Moga-moga mereka turut sama merasai kesedihan yang menyelubungi hati ini kerana melihat segala yang berlaku kini. Namun kita yakin Allah mengetahui segala hakikat ini. Hanya Allah sahaja tempat kita mengharapkan segala bantuan. Hanya Allah sahaja yang memimpin kita ke jalan yang betul. Hanya di tangan-Nya sahaja segala kunci hati manusia. Orang yang Allah berikan petunjuk, tiada siapa yang dapat menyesatkannya. Sementara orang yang disesatkan oleh Allah pula, tiada siapa yang dapat memimpinnya. Dialah tempat pergantungan kita dan Dialah sebaik-baik tempat bergantung. Bukankah Allah yang melindungi para hamba-Nya? | وهل يجدون إلا ألما مضنيا من هذا الحال التي وصلنا إليها ؟ و لكن حسبنا أن الله يعلم ذلك كله ، و هو وحده الكفيل بالتأييد الموفق للتسديد، بيده أزمة القلوب و مفاتيحها ، من يهد الله فلا مضل له و من يضلل الله فلا هادي له و هو حسبنا و نعم الوكيل . أليس الله بكاف عبده؟ |
Empat Golongan | أصناف أربعة |
Apa yang kita harapkan, dihadapan kita manusia terbahagi kepada empat golongan berikut:- | و كل الذي نريده من الناس أن يكونوا أمامنا واحدا من أربعة : |
1. Orang yang yakin | مؤمـن : |
Seorang yang meyakini dakwah kita, mempercayai kata-kata kita dan tertarik dengan prinsip-prinsip kita. Hatinya meyakini sepenuhnya kebaikan dakwah ini. Orang ini akan kita ajak supaya bersama kita dan bekerja bersama kita supaya dengan ini bilangan para mujahidin akan bertambah dan suara para pendakwah akan semakin berkumandang. Tiada erti sebuah keyakinan tanpa disertakan dengan amalan. Tiada erti sebuah akidah jika ia tidak mampu membawa manusia untuk merealisasikannya dan berkorban deminya. Begitulah sikap generasi pertama yang telah diberikan hidayah. Mereka mengikut dan meyakini risalah para nabi kemudian mereka berjuang bersungguh-sungguh. Mereka akan menerima ganjaran yang besar daripada Allah. Mereka juga akan memperolehi ganjaran yang sama diperolehi oleh orang yang mengikut mereka. Tidak kurang walau sedikitpun. | إما شخص آمن بدعوتنا و صدق بقولنا و أعجب بمبادئنا ، و رأى فيها خيرا اطمأنت إليه نفسه ، و سكن له فؤاده ، فهذا ندعوه أن يبادر بالانضمام إلينا و العمل معنا حتى يكثر به عدد المجاهدين و يعلوا بصوته صوت الداعين ، و لا معنى لإيمان لا يتبعه عمل ، و لا فائدة في عقيدة لا تدفع صاحبها إلى تحقيقها و التضحية في سبيلها ، و كذلك كان السابقون الأولون ممن شرح الله صدورهم لهدايته فاتبعوا أنبيائه و آمنوا برسالاته و جاهدوا فيه حق جهاده ، و لهؤلاء من الله أجزل الأجر و أن يكون لهم مثل ثواب من اتبعوهم لا ينقص ذلك من أجورهم شيئا. |
2. Orang yang sangsi | متـردد : |
Orang yang masih belum memahami kebenaran atau masih tidak meyakini keikhlasan kita. Orang yang tidak meyakini betapa pentingnya apa yang kita katakan ini. Inilah orang yang tidak berpendirian dan sangsi. Orang ini akan kita biarkan bersama kesangsiannya. Namun kita nasihatkan agar dia terus berhubung dengan kita. Kita nasihatkan agar dia membaca tentang kita sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dia boleh mengkaji tulisan-tulisan kita atau melawat cawangan-cawangan kita atau berkenalan dengan saudara-saudara kita. Dengan izin Allah selepas itu dia akan merasa lebih yakin dengan kita. Begitulah kedudukan orang-orang yang sangsi di kalangan pengikut para rasul sebelum ini. | وإما شخص لم يستبين وجه الحق ، و لم يتعرف في قولنا معنى الإخلاص و الفائدة ، فهذا نتركه لتردده و نوصيه بأن يتصل بنا عن كثب ، و يقرأ عنا من قريب أو بعيد ، و يطالع كتاباتنا و يزور أنديتنا و يتعرف إلى إخواننا ، فسيطمئن بعد ذلك لنا إن شاء الله ، و كذلك كان شأن المترددين من أتباع الرسل من قبل . |
3. Orang yang berkepentingan | نفـعي : |
Orang yang tidak mahu menghulurkan bantuannya melainkan setelah mengetahui faedah atau keuntungan yang bakal diperolehi hasil segala pengorbanan yang dicurahkan. Bagi mereka ini, kita katakan: Minta maaf, kami tidak memiliki apa-apa ganjaran selain pahala yang Allah akan berikan jika anda ikhlas dan syurga jika Allah tahu hati budi baik anda. Kami tidak punyai apa-apa kedudukan atau wang. Malah sebaliknya kami korbankan segala yang kami miliki. Harapan kami hanyalah keredaan Allah. Allah adalah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik pemberi kemenangan. | وإما شخص لا يريد أن يبذل معونته إلا إذا عرف ما يعود عليه من فائدة و ما يجره هذا البذل له من مغنم فنقول له : حنانيك ليس عندنا من جزاء إلا ثواب الله إن أخلصت ، و الجنة إن علم فيك خيرا ، أما نحن فمغمورون جاها فقراء مالا ، شأننا التضحية بما معنا و بذل ما في أيدينا ، و رجاؤنا رضوان الله سبحانه و تعالى و هو نعم المولى و نعم النصير ، |
Sekiranya Allah membuka segala tirai yang menutup hati orang ini atau Allah buang sifat tamak haloba daripada hatinya nescaya dia akan mengetahui bahawa apa yang Allah sediakan adalah lebih baik dan lebih kekal. Dia akan menggabungkan dirinya dengan katibah Allah, menggembleng segala kekayaan dunia yang ada padanya supaya dia beroleh ganjaran Allah di hari muka. Apa yang ada pada kamu akan kehabisan dan apa yang ada pada Allah akan kekal. | فإن كشف الله الغشاوة عن قلبه و أزاح كابوس الطمع عن فؤاده فسيعلم أن ما عند الله خير و أبقى ، و سينضم إلى كتيبة الله ليجود بما معه من عرض الحياة الدنيا لينال ثواب الله في العقبى ، و ما عندكم ينفد و ما عند الله باق , |
Jika tirai ini masih utuh, Allah sebenarnya tidak memerlukan orang yang tidak memberikan keutamaan kepada Allah terhadap dirinya sendiri, hartanya, dunianya, akhiratnya, matinya dan hidupnya. Begitulah kedudukan sekumpulan manusia yang pernah menolak untuk memberi taat setia kepada Rasulullah saw. melainkan jika baginda menyerahkan kekuasaan kepada mereka selepas kewafatan baginda. Jawapan baginda kepada mereka ialah bumi ini adalah hak Allah. Allah yang akan menyerahkannya kepada hamba-Nya yang dikehendaki-Nya. Segala kesudahan itu adalah untuk orang-orang yang bertakwa. | و إن كانت الأخرى فالله عني عمن لا يرى لله الحق الأول في نفسه و ماله و دنياه و آخرته و موته و حياته , و كذلك كان شأن قوم من أشباهه حين أبوا مبايعة رسول الله صلى الله عليه و سلم إلا أن يجعل لهم الأمر من بعده , فما كان جوابه صلى الله عليه و سلم إلا أن أعلمهم أن الأرض لله يورثها من يشاء من عباده , و العاقبة للمتقين |
4. Orang yang berprasangka | متحامـل : |
Orang ini prejudis dengan kita dan terlalu dikuasai oleh prasangka buruknya terhadap kita. Orang ini melihat kita dengan pandangan yang sangat buruk. Mereka hanya memperkatakan tentang kita dengan kata-kata yang memburuk-burukkan kita. Orang ini begitu degil dengan kesilapannya dan masih mahu mempertahankan salah fahamnya. Orang seperti ini kita akan doakan semoga Allah berikan kita dan dia supaya sama-sama boleh melihat kebenaran kemudian diberikan kekuatan untuk mengikutinya dan boleh melihat kepalsuan kemudian diberikan kekuatan untuk menjauhinya. Kita mengajak dia jika dia mahu menerima ajakan kita dan kita menyeru dia jika dia mahu menyahut seruan kita. Kita doakan kebaikan untuknya dan Allah adalah harapan kita. Allah telah turunkan sepotong ayat kepada nabi-Nya berkisar tentang segolongan manusia: | و إما شخص أساء فينا ظنه و أحاطت بنا شكوكه ، فهو لا يرانا إلا بالمنظار الأسود القاتم ، و لا يتحدث عنا إلا بلسان المتحرج المتشكك ، و يأبى إلا أن يلج في غروره و يسدر في شكوكه و يظل مع أوهامه ، فهذا ندعو الله لنا و له أن يرينا الحق حقا و يرزقنا اتباعه و الباطل باطلا و يرزقنا اجتنابه ، و أن يلهمنا و إياه الرشد ، ندعوه إن قبل الدعاء و نناديه إن أجاب النداء و ندعو الله فيه و هو أهل الرجاء ، و لقد أنزل الله على نبيه الكريم في صنف من الناس : |
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. (Al-Qasas: 56) | (إِنَّكَ لا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ) (القصص:56) . |
Walau bagaimanapun kita akan tetap mengasihi orang ini. Kita berharap semoga suatu masa nanti dia akan bersama kita serta yakin dengan dakwah kita. Pegangan kita bersama orang seperti ini ialah seperti sikap yang pernah ditunjukkan oleh Nabi saw. sebelum ini: | وهذا سنظل نحبه و نرجو فيئه إلينا و اقتناعه بدعوتنا ، و إنما شعارنا معه ما أرشدنا إليه المصطفى صلى الله عليه و سلم من قبل : |
“Ya Allah, ampunilah kaumku kerana mereka tidak tahu.” | (اللهم اغفر لقومي فإنهم لا يعلمون). |
Kita mahukan manusia termasuk dalam mana-mana satu daripada golongan ini. Sudah tiba masanya seorang muslim mengetahui matlamat dan halatuju hidupnya kemudian dia beramal menurut halatuju ini hingga matlamatnya tercapai. Kelekaan, kealpaan, mendengar dan menurut secara membabi buta bukanlah sifat orang yang beriman. | نحب أن يكون الناس معنا واحدا من هؤلاء ، و قد حان الوقت الذي يجب فيه على المسلم أن يدرك غايته و يحدد وجهته ، و يعمل لهذه الوجهة حتى يصل إلى غايته المنشودة ، أما تلك الغفلة السادرة و الخطرات اللاهية و القلوب الساهية و الانصياع الأعمى و اتباع كل ناعق فما هو من سبيل المؤمنين في شيء . |
Pengorbanan | فــنـاء |
Kita mahu masyarakat kita memahami bahawa dakwah ini hanya untuk orang yang melaksanakan segala aspek dakwah ini. Orang yang menyerahkan segala kemampuan yang dimilikinya termasuk jiwa, harta, masa dan tenaganya. | و نحب أن يعلم قومنا إلى جانب هذا أن هذه الدعوة لا يصلح لها إلا من حاطها من كل جوانبها و وهب لها ما تكلفه إياه من نفسه و ماله و وقته و صحته ، قال تعالى : |
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk ugama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (At-Taubah: 24) | (قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللهُ بِأَمْرِهِ وَاللهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ) (التوبة:24) . |
Dakwah ini tidak menerima kompromi kerana dakwah ini adalah satu. Orang yang menerima dakwah ini akan hidup bersama dakwah dan dakwah ini akan hidup bersamanya. Orang yang tidak bersedia menanggung tanggungjawab ini akan kehilangan ganjaran para mujahid dan berada sebaris di barisan orang-orang yang tercicir bersama orang yang berpeluk tubuh. Justeru Allah akan menggantikan mereka dengan orang lain yang akan mendukung dakwah ini. | فهي دعوة لا تقبل الشركة إذ أن طبيعتها الوحدة فمن استعد لذلك فقد عاش بها و عاشت به ، و من ضعف عن هذا العبء فسيحرم ثواب المجاهدين و يكون مع المخلفين و يقعد مع القاعدين ، و يستبدل الله لدعوته به قوما آخرين |
Mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. (Al-Maidah: 54) | (أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللهِ وَلا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لائِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ) (المائدة:54) . |
Jelas | وضــوح |
Kita mengajak manusia ke arah satu prinsip. Prinsip yang jelas, tersusun dan sedia diterima oleh semua manusia. Seluruh manusia memahaminya, meyakininya dan akur dengan kebenarannya. Mereka memahami hanya dengan berpegang pada prinsip ini sahaja mereka akan terselamat dan beroleh hidup yang bahagia dan sejahtera. Telah terbukti melalui pengalaman dan sejarah, prinsip ini mampu kekal dan mampu membawa kehidupan manusia ke arah yang lebih baik. | نحن ندعو الناس إلي (مبدأ) .. مبدأ واضح محدود مسلم به منهم جميعاً ، هم جميعاً يعرفونه ويؤمنون به ويدينون بأحقيته ويعلمون أن فيه خلاصهم وإسعادهم وراحتهم … مبدأ أثبتت التجربة وحكم التاريخ صلاحيته للخلود وأهليته لإصلاح الوجود . |
Antara dua keyakinan | إيمانان |
Walaupun kita dan masyarakat kita sama-sama yakin kepada prinsip ini, namun bezanya ialah keyakinan mereka adalah keyakinan yang alpa dan lena. Mereka tidak mahu tunduk di bawah hukumnya. Mereka tidak mahu melaksanakan segala tuntutannya. Sedangkan dalam masa yang sama ia adalah keyakinan yang membara, kuat dan sedar di dalam jiwa Ikhwan al-Muslimin. | والفرق بيننا وبين قومنا بعد اتفاقنا في الإيمان بهذا المبدأ أنه عندهم إيمان مخدر نائم في نفوسهم لا يريدون أن ينزلوا علي حكمه ولا أن يعملون بمقتضاه ، علي حين أنه إيمان ملتهب مشتعل قوي يقظ في نفوس الإخوان المسلمين . |
Ada suatu fenomena psikologi yang amat pelik. Kita dan orang lain dapat merasakan wujudnya fenomena ini dalam jiwa kita orang-orang Timur. Fenomena ini ialah kita meyakini sesuatu gagasan. Sesiapa sahaja yang mendengar kita berucap tentang gagasan tersebut pasti dapat merasakan betapa kekuatan gagasan itu mampu mengajak kita menggegarkan gunung, mengorbankan jiwa dan harta, menghadapi segala rintangan, merempuh segala halangan hingga kita beroleh kemenangan bersamanya atau terkorban kerananya. Namun apabila selesai sesi ucapan dan orang ramai mula bersurai, masing-masing alpa dengan keyakinan mereka dan lupa dengan gagasan mereka. Tidak langsung terfikir untuk melaksanakannya malah tidak pernah terlintas untuk berjihad sama sekali. Malah, mungkin kealpaan ini sampai ke tahap dia bekerja menentangnya sama ada secara sedar atau tidak. Bukankah lucu jika anda lihat seorang pemikir, yang berkerjaya dan berpendidikan, dalam tempoh satu hari dia menjadi kufur sama seperti orang kufur lain dan menjadi ahli ibadat bersama ahli ibadat yang lain! | ظاهرة نفسية عجيبة نلمسها ويلمسها غيرنا في نفوسنا نحن الشرقيين أن نؤمن بالفكرة إيمانا يخيل للناس حين نتحدث إليهم عنا أنها ستحملنا علي نسف الجبال وبذل النفس والمال واحتمال المصاعب ومقارعة الخطوب حتى ننتصر بها أو تنتصر بنا ، حتى إذا هدأت ثائرة الكلام وانفض نظام الجمع نسي كل إيمانه وغفل عن فكرته ، فهو لا يفكر في العمل لها ولا بحدث نفسه بأن يجاهد أضعف الجهاد في سبيلها ، بل إنه قد يبالغ في هذه الغفلة وهذا النسيان حتى يعمل علي ضدها وهو يشعر أو لا يشعر ؟ أولست تضحك عجباً حين تري رجلاً من رجال الفكر والعمل والثقافة في ساعتين اثنتين متجاورتين من ساعات النهار ملحداً مع الملحدين وعابداً مع العابدين ! . |
Bertitik tolak daripada segala kelemahan atau kecuaian atau kealpaan atau kelenaan atau apa sahaja istilah yang digunakan, semua keadaan ini menjadi faktor yang mendorong kita mengemukakan prinsip kita kepada masyarakat. Suatu prinsip yang telah sedia diterima oleh masyarakat kita yang kita kasihi ini. | هذا الخور أو النسيان أو الغفلة أو النوم أو قل ما شئت هو الذي جعلنا نحاول أن نوقظ (مبدأنا) وهو هو المبدأ المسلم به من قومنا في نفوس هؤلاء القوم المحبوبين . |
Pelbagai aliran fahaman | دعــــوات |
Saya ingin ulangi sekali lagi di sini, dakwah Ikhwan al-Muslimin adalah dakwah yang berprinsip. Di Timur dan di Barat hari ini wujud pelbagai aliran, pelbagai prinsip, pelbagai pemikiran, pelbagai fahaman, pelbagai pendapat dan pelbagai haluan yang masing-masing memberikan pendekatan yang berbeza. Masing-masing cuba memperlihatkan keunikan fahaman masing-masing. Usaha mempopularkan fahaman masing-masing melalui propaganda yang dilakukan oleh pendokong, pengikut, peminat dan anak murid mereka. Mereka mendakwa mempunyai pelbagai keunikan dan kelebihan. Malahan mereka membuat pelbagai dakwaan melampau yang dapat menarik perhatian orang ramai. | وإذن سأعود إلي أول كلمتي فأقول إن دعوة الإخوان المسلمين دعوة مبدأ ، وفي الشرق والغرب اليوم دعوات ومبادئ وفكر ومذاهب وآراء ومنازع كلها تتقسم عقول الناس وتتنازع ألبابهم ، وكل منها يزينه أهله ويقوم بالدعاية له أبناؤه وأتباعه وعشاقه ومريدوه ، ويدعون له المزايا والمحاسن ويبالغون في هذا الادعاء ما يبرزه للناس جميلاً خلاباً رائعاً . |
Pendokong | دعاة |
Pendokong ideologi hari ini tidak sama seperti pendokong dahulu kerana mereka hari ini berpendidikan, terlatih dan berkepakaran (terutama di negara Barat). Kini setiap ideologi mempunyai pasukan terlatih yang mampu menghurai segala kerumitan. Masing-masing mampu menonjolkan kelebihan ideologi masing-masing dengan bantuan pelbagai kaedah penyiaran dan propaganda. Dengan ini mereka mampu mempengaruhi masyarakat dengan cara yang paling mudah dan paling meyakinkan. | والدعاة اليوم غيرهم بالأمس فهم مثقفون مجهزون مدربون أخصائيون – ولا سيما في البلاد الغربية – حيث تختص بكل فكرة كتيبة مدربة توضح غامضها وتكشف عن محاسنها وتبتكر لها وسائل النشر وطرائق الدعاية ، وتتلمس لها في نفوس الناس أيسر السبل وأهونها وأقربها إلي الاقتناع والاتباع |
Wahana | وســـائـل |
Teknik propaganda sekarang juga berbeza dengan zaman dahulu. Kaedah penyiaran zaman dahulu hanya menggunakan medan ceramah atau perhimpunan atau penulisan melalui risalah atau surat. Berbeza dengan hari ini kerana pelbagai bentuk penerbitan, majalah, akhbar, risalah, pementasan (fiksyen), drama dan radio. Semua ini begitu mudah sampai kepada masyarakat; wanita mahupun lelaki, di rumah mereka, di pusat perniagaan , di tempat kerja dan di ladang mereka. | و وسائل الدعاية الآن غيرها بالأمس كذلك , فقد كانت دعاية الأمس كلمة تلقى في خطبة أو اجتماع أو كلمة تكتب في رسالة أو خطاب , أما الآن فنشرات و مجلات و جرائد و رسالات و مسارح و خيالات و حاك و مذياع , و قد ذلل ذلك كله سبل الوصول إلى قلوب الناس جميعهم , نساء و رجالا في بيوتهم و متاجرهم و مصانعهم و مزارعهم |
Oleh itu menjadi kewajipan para pendokong gerakan dakwah menguasai dengan baik kesemua kaedah ini supaya setiap usaha mereka dapat mencapai sasaran yang dikehendaki. | لهذا كان من واجب أهل الدعوة أن يحسنوا تلك الوسائل جميعا حتى يأتي عملهم بثمرته المطلوبة |
Kenapa saya bincangkan perkara ini secara panjang lebar? Saya ingin jelaskan sekali lagi, dunia hari ini berada dalam era yang penuh sesak dengan pelbagai aliran sama ada yang berlandaskan politik, nasionalisme, patriotisme, ekonomi, militer atau keamanan. Di manakah kedudukan Ikhwan al-muslimin di tengah semua aliran ini? | و مالي و لهذا الاستطراد ؟ سأعود مرة ثانية فأقول إن العالم الآن في حال تخمة بالدعوات ما بين سياسية و قومية و وطنية و اقتصادية و عسكرية و سلمية , فأين دعوة الإخوان المسلمين من هذا المزيج المركب كله ؟ |
Persoalan ini membawa saya untuk mengutarakan kepada anda sekalian dua perkara penting. Pertama, kerangka dakwah kita secara ringkas. Selepas itu saya akan kemukakan pendirian dakwah ini terhadap aliran-aliran yang lain. | سيدعوني ذلك أن أتكلم في أمرين : أولهما هيكل دعوتنا الإيجابي المجرد , ثم بعد ذلك موقفها من كل نوع من أنواع الدعوات . |
Saya minta maaf dengan bahasa saya yang agak panjang lebar ini kerana saya sebenarnya mahu menulis menggunakan bahasa yang sama seperti saya berucap. Saya juga mahu kemukakan topik yang saya bincangkan ini dengan cara yang mudah. Saya mahu orang lain memahami apa yang ingin saya bincangkan ini sebagaimana saya memahaminya. Saya mahu setiap tulisan saya ini dapat dihayati tanpa perlu menggunakan bahasa yang berbunga-bunga dan meleret-leret. | لا تؤاخذني بهذا الاستطراد فقد أخذت على نفسي أن اكتب في كما أتحدث , و أن أتناول موضوعي بهذا اللون من ألوان الكتابة في غير تكلف ولا عناء , و إنما أريد أن يفهمني كما الناس أنا و يصل كلامي إلى نفوسهم خاليا من التزويق و التقسيم. |
Islam Kita | إســلامـنا |
Saudara, dakwah kita merupakan dakwah yang menggabungkan seluruh elemen yang dinyatakan sebagai Islam. Perkataan Islam pula mempunyai makna yang amat luas bukan sebagaimana yang difahami oleh manusia hari ini. Kita berkeyakinan Islam mempunyai suatu pengertian yang luas. Islam mengatur seluruh aspek hidup manusia. Islam memberikan jawapan kepada setiap perkara. Islam telah meletakkan suatu sistem yang kemas dan rapi bagi setiap aspek. Islam tidak pernah berpeluk tubuh dalam berhadapan pelbagai masalah semasa. Islam telah menggariskan sistem yang perlu bagi kepentingan manusia. Sesetengah pihak tersilap apabila memahami Islam ini hanya terbatas kepada beberapa aspek ibadat atau sudut kerohanian sahaja. Malah mereka menyempitkan fahaman dan diri mereka sendiri dalam ruang lingkup yang amat sempit ini. | اسمع يا أخي : دعوتنا دعوة أجمع ما توصف به أنها ( إسلامية ) و لهذه الكلمة معنى واسع غير ذلك المعنى الضيق الذي يفهمه الناس، فإنا نعتقد أن الإسلام معنى شامل ينتظم شؤون الحياة جميعا، و يفتي في كل شأن منها و يضع له نظاما محكما دقيقا، و لا يقف مكتوفا أمام المشكلات الحيوية و النظم التي لا بد منها لإصلاح الناس. فهم بعض الناس خطأ أن الإسلام مقصور على ضروب من العبادات أو أوضاع من الروحانية، و حصروا أنفسهم و أفهامهم في هذه الدوائر الضيقة من دوائر الفهم المحصور. |
Namun demikian kita tetap memahami Islam ini berbeza sama sekali dengan fahaman tersebut. Malah kita memahami Islam dalam erti kata yang amat luas. Islam mengatur seluruh aspek kehidupan dunia dan akhirat. Apa yang kita katakan ini bukan dakwaan atau rekaan kita sendiri. Sebaliknya hasil daripada apa yang kita fahami melalui kitab Allah dan sejarah hidup generasi Islam yang pertama. Jika anda ingin memahami dengan lebih mendalam tentang fahaman Ikhwan berhubung Islam, anda boleh membuka mashaf al-Quran. Jauhkan diri anda daripada nafsu dan niat lain kemudian cubalah fahami isi al-Quran. Anda akan lihat itulah dakwah Ikhwan. | و لكنا نفهم الإسلام على غير هذا الوجه فهما فسيحا واسعا ينتظم شؤون الدنيا و الآخرة ، و لسنا ندعي هذا ادعاء أو نتوسع فيه من أنفسنا ، و إنما هو ما فهمناه من كتاب الله و سيرة المسلمين الأولين، فإن شاء القارئ أن يفهم دعوة الإخوان بشيء أوسع من كلمة إسلامية فليمسك بمصحفه و ليجرد نفسه من الهوى و الغاية ثم يتفهم ما عليه القرآن فسيرى في ذلك دعوة الإخوان. |
Benar, dakwah kita adalah Islam itu sendiri, merangkumi seluruh aspek yang terkandung dalam istilah Islam itu sendiri. Fahamilah kandungan Islam ini. Cuma fahaman anda ini mestilah berlandaskan Kitab Allah, sunnah rasul dan sejarah para salafussoleh. Kitab Allah merupakan asas dan landasan kepada Islam. Sunnah rasul pula menjadi pentafsir kepada Kitab Allah. Sementara sejarah hidup salafussoleh yang menjadi pelaksana kepada segala perintah dan segala ajarannya merupakan contoh praktikal kepada segala perintah dan ajaran ini. | أجل : دعوتنا إسلامية ، بكل ما تحتمل الكلمة من معان ، فافهم فيها ما شئت بعد ذلك و أنت في فهمك هذا مقيد بكتاب الله و سنة رسوله و سيرة السلف الصالحين من المسلمين ، فأما كتاب الله فهو أساس الإسلام و دعامته و أما سنة نبيه فهي مبينة الكتاب و شارحته و أما سيرة السلف الصالح فهم رضوان الله عليهم منفذو أوامره و الآخذون بتعاليمه و هم المثل العملية و الصورة الماثلة لهذه الأوامر و التعاليم. |
Pendirian kita terhadap aliran fahaman lain | موقفنا من الدعوات المختلفة |
Berkenaan dengan pelbagai aliran yang wujud di zaman ini sehingga wujudnya perselisihan dan perbezaan fahaman, pendirian kita ialah kita akan nilai setiap aliran ini dengan membandingkannya dengan dakwah kita. Mana-mana aliran yang selari dengan dakwah kita, kita alu-alukan. Mana-mana aliran yang bercanggah dengan dakwah kita, kita jauhi. Kita amat-amat yakin bahawa dakwah kita cukup umum dan luas merangkumi segala aspek positif yang ada di dalam aliran lain. | و موقفنا من الدعوات المختلفة التي طغت في هذا العصر ففرقت القلوب و بلبلت الأفكار أن نزنها بميزان دعوتنا فما وافقها فمرحبا به و ما خالفها فنحن براء منه و نحن مؤمنون بأن دعوتنا عامة محيطة لا تغادر جزءا صالحا من أية دعوة إلا ألمت به و أشارت إليه |
Patriotisme | الوطنية |
Manusia hari ini adakalanya terpengaruh dengan aliran patriotisme. Adakalanya mereka terpengaruh dengan aliran nasionalisme. Terutama di rantau Timur, penduduk di rantau Timur sentiasa mendapat layanan buruk daripada Barat hingga mereka kehilangan harga diri dan kemerdekaan mereka. Malah segala harta dan nyawa mereka turut dirampas. Oleh kerana terpaksa sengsara menerima segala tekanan kuasa Barat yang menetapkan segala-galanya untuk mereka, mereka cuba membebaskan diri dengan berbekalkan segala kekuatan, perjuangan dan pengorbanan. Semua ini boleh didengar terpacul keluar daripada lidah para pemimpin dan akhbar mereka. Para karyawan menghasilkan pelbagai karya dan para pemidato pula menyampaikan pelbagai pidato. Masing-masing melaungkan slogan patriotik dan keagungan bangsa mereka. | افتتن كثير من الناس بدعوة الوطنية تارة و القومية تارة أخرى و بخاصة في الشرق حيث تشعر الشعوب الشرقية بإساءة الغرب إليها إساءة نالت من عزتها و كرامتها و استقلالها و أخذت من مالها و من دمها و حيث تتألم هذه الشعوب من هذا النير الغربي الذي فرض عليها فرضا , فهي تحاول الخلاص منه بكل ما في و سعها من قوة و منعة و جهاد و جلاد , فانطلقت ألسن الزعماء و سالت انهار الصحف , و كتب الكاتبون و خطب الخطباء و هتف الهاتفون باسم الوطنية و جلال القومية |
Nampaknya apa yang dilaungkan itu baik, tetapi yang tidak baiknya ialah apabila anda cuba memahamkan penduduk Timur yang menganut Islam bahawa Islam lebih baik, lebih bersih, lebih tinggi dan lebih mulia daripada apa yang lahir daripada Barat atau hasil karya bangsa Eropah, mereka menolak kata-kata anda dan mereka fanatik dengan tradisi mereka secara membuta tuli. Mereka mengemukakan kepada anda bahawa Islam lain dan fahaman ini lain. Malah mereka mendakwa Islam hanya memecah belahkan perpaduan umat dan melemahkan kesatuan para pemuda. | حسن ذلك و جميل و لكن من غير الحسن وغير الجميل أنك تحاول إفهام الشعوب الشرقية و هي مسلمة أن ذلك في الإسلام بأوفى وأزكى و أسمى و أنبل مما هو في أفواه الغربيين و كتابات الأوروبيين أبوا ذلك عليك و لجوا في تقليدهم يعمهون , و زعموا لك أن الإسلام من ناحية و هذه الفكرة من ناحية أخرى ، و ظن بعضهم أن ذلك مما يفرق وحدة الأمة و يضعف رابطة الشباب |
Salah faham ini menjadi ancaman besar kepada penduduk Timur. Berkenaan dengan salah faham ini saya suka bentangkan di sini pendirian Ikhwan al-Muslimin berhubung fahaman patriotisme. Fahaman ini mereka terima dengan penuh senang hati dan mereka cuba mempengaruhi orang ramai untuk menerimanya seperti mereka. | هذا الوهم الخاطئ كان خطرا على الشعوب الشرقية من كل الوجهات و بهذا الوهم أحببت أن أعرض هنا إلى موقف الإخوان المسلمين و دعوتهم من فكرة الوطنية و ذلك الموقف الذي ارتضوه لأنفسهم و الذي يريدون و يحاولون أن يرضاه الناس معهم . |
Cintakan Negara | وطنية الحنين |
Jika patriotisme yang dimaksudkan oleh para pejuang patriotisme ialah cintakan tanahair, rasa kasih dan rasa rindu atau seumpamanya, perasaan ini sememangnya sedia tertanam dalam fitrah manusia dan bertepatan dengan perintah Islam. Bilal, walaupun beliau telah mengorbankan segala-galanya demi akidah dan agamanya, Bilal ini jugalah yang telah meluahkan rasa rindunya terhadap Mekah ketika berada di Madinah Dar al-Hijrah, melalui rangkap-rangkap syair yang amat indah dan sayu: | إن كان دعاة الوطنية يريدون بها حب هذه الأرض، وألفتها والحنين إليها والانعطاف حولها، فذلك أمر مركوز في فطر النفوس من جهة، مأمور به في الإسلام من جهة أخرى، وإن بلالا الذي ضحى بكل شيء في سبيل عقيدته، ودينه هو بلال الذي كان يهتف في دار الهجرة بالحنين إلى مكة في أبيات تسيل رقة وتقطر حلاوة: |
Alangkah indahnya jika aku dapat bermalam | ألا ليت شعري هل أبيتن ليلة |
Di sebuah lembah dikelilingi oleh rumput rampai dan tumbuhan | بواد وحولي إذ خر وجليـل |
Dapatkah suatu hari nanti aku akan merasai kembali air kolam Majannah | وهل أردن يوما مياه مجـنة |
Dapatkah aku kembali menyaksikan gunung Shammah dan Tufail. | وهل يبدون لي شامة وطفيل |
Suatu ketika Rasulullah saw. terdengar kata-kata Usail yang cuba mengungkapkan keindahan Mekah. Air mata baginda mengalir kerana rindukan Mekah. Baginda bersabda: | ولقد سمع رسول ص وصف مكة من أصيل فجرى دمعه حنينا إليها وقال: |
Usail, biarkanlah hati-hati ini tenang. | (يا أصيل دع القلوب تقر). |
Negara Yang Merdeka Dan Bermaruah | وطنية الحرية والعزة |
Jika apa yang mereka maksudkan ialah kewajipan berusaha sedaya upaya untuk membebaskan negara daripada penjajahan kolonialisme atau melakukan sesuatu ke arah mencapai kemerdekaan negara atau menanamkan harga diri dan semangat kemerdekaan di dalam jiwa anak bangsa, jika ini yang mereka maksudkan ia bermakna kita turut sama bersama mereka. Malah Islam amat-amat menegaskan perkara ini. Firman Allah: | وإن كانوا يريدون أن من الواجب العمل بكل جهد في تحرير الوطن من الغاصبين وتوفير استقلاله، وغرس مبادئ العزة والحرية في نفوس أبنائه، فنحن معهم في ذلك أيضا وقد شدد الإسلام في ذلك أبلغ التشديد، فقال تبارك وتعالى: ، |
Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi Rasul-Nya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Al-Munafikun: 8) | (وَللهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لا يَعْلَمُونَ) (المنافقون:8) |
Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman. (Al-Nisa’: 141). | ويقول: (وَلَنْ يَجْعَلَ اللهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلاً) (النساء:141) . |
Masyarakat yang Bersatu | وطنية المجتمع |
Jika apa yang mereka maksudkan dengan patriotisme ialah mengukuhkan hubungan antara masyarakat dalam rantau yang sama dan memimpin mereka menggunakan hubungan ini untuk kepentingan mereka, jika ini yang mereka maksudkan kita turut bersetuju dengan mereka. Malah Islam melihat perkara ini sebenarnya suatu kewajipan. Ini dinyatakan oleh Nabi saw.: | وإن كانوا يريدون بالوطنية تقوية الرابطة بين أفراد القطر الواحد، وإرشادهم إلى طريق استخدام هذه التقوية في مصالحهم، فذلك نوافقهم فيه أيضا ويراه الإسلام فريضة لازمة، فيقول نبيه صلى الله عليه وسلم : |
“Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang saling bersaudara.” | (وكونوا عباد الله إخوانا) |
Al-Quran juga ada menyebut: | ويقول القرآن الكريم: |
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. (Aali Imran: 118). | (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لا يَأْلُونَكُمْ خَبَالاً وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الآياتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ) (آل عمران:118) . |
Penaklukan negara | وطنية الفتح |
Jika apa yang mereka maksudkan dengan patriotisme ialah menakluk negara lain dan menguasai muka bumi ini, ia merupakan suatu yang diwajibkan oleh Islam. Malah Islam mengarahkan agar para penakluk supaya melakukan penaklukan dengan cara yang terbaik dan diberkati. Ini dinyatakan oleh firman Allah: | وإن كانوا يريدون بالوطنية فتح البلاد وسيادة الأرض فقد فرض ذلك الإسلام ووجه الفاتحين إلى أفضل استعمار وأبرك فتح، فذلك قوله تعالى: |
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. (Al-Anfal: 39) | (وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ للهِ) (البقرة:193). |
Budaya berpuak dan berparti | وطنية الحزبية |
Jika patriotisme yang mereka maksudkan ialah memecah belahkan ummah ini kepada beberapa puak yang saling bertelagah, saling berhasad dengki, saling caci-mencaci, saling tuduh-menuduh dan saling dendam-mendendam, bersatu dan berpecah berlandaskan fahaman ciptaan manusia yang didorong oleh hawa nafsu, diatur oleh matlamat yang berbeza, digerakkan oleh fahaman yang hanya berlandaskan kepentingan peribadi. Dalam masa yang sama pihak musuh mengambil kesempatan dengan menyemarakkan lagi api permusuhan. Musuh memecah belahkan mereka dalam perkara yang sepatutnya mereka bersatu dan menyatu padukan mereka dalam perkara yang tidak betul. Musuh akan menghalang mereka daripada saling berhubung dan bekerjasama. Sebaliknya musuh mahu mereka hanya berhubung dan berpaut padanya. Dengan ini mereka akan sentiasa bertandang ke negara musuh dan akan sentiasa berhimpun di tempat musuh. Patriotisme seperti ini adalah karut dan tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan kepada para pendokong dan juga orang ramai. | و إن كانوا يريدون بالوطنية تقسيم الأمة إلى طوائف تتناحر و تتضاغن و تتراشق بالسباب و تترامى بالتهم و يكيد بعضها لبعض , و تتشيع لمناهج وضعية أملتها الأهواء و شكلتها الغايات و الأعراض و فسرتها الأفهام و فق المصالح الشخصية , و العدو يستغل كل ذلك لمصلحته و يزيد وقود هذه النار اشتعالا يفرقهم في الحق و يجمعهم على الباطل , و يحرم عليهم اتصال بعضهم ببعض و تعاون بعضهم مع بعض و يحل لهم هذه الصلة به و الالتفات حوله فلا يقصدون إلا داره و لا يجتمعون إلا زواره , فتلك وطنية زائفة لا خير فيها لدعاتها و لا للناس |
Dengan ini anda dapat saksikan sendiri kita sependapat bersama pendokong patriotisme. Malah kita juga turut bersama golongan fanatik patriotisme dalam mendokong semua nilai baik yang dapat membawa kebaikan kepada negara dan manusia. Anda juga dapat saksikan bagaimana seluruh nilai patriotisme tidak lain hanyalah sebahagian daripada ajaran Islam. | فها أنت ذا قد رأيت أننا مع دعاة الوطنية , بل مع غلاتهم في كل معانيها الصالحة التي تعود بالخير على البلاد و العباد , و قد رأيت مع هذا أن تلك الدعوى الوطنية الطويلة العريضة لم تخرج عن أنها جزء من تعاليم الإسلام |
Sempadan patriotisme kita | حدود وطنيتنا |
Apa yang membezakan kita dengan mereka ialah kita meletakkan sempadan patriotisme kita ialah akidah. Sementara mereka meletakkan sempadan patriotisme mereka ialah sempadan geografi. Sebenarnya setiap ceruk bumi yang terdapat seorang muslim yang menyatakan, “tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah” ia adalah bumi dan tanahair yang kita hormati, hargai, cintai dan kita serahkan keikhlasan serta jihad kita demi kebaikannya. Sementara setiap orang Islam yang berada dalam kawasan geografi ini adalah keluarga dan saudara kita yang kita berikan perhatian dan berkongsi bersama segala masalah mereka. | أما وجه الخلاف بيننا وبينهم فهو أننا نعتبر حدود الوطنية بالعقيدة وهم يعتبرونها بالتخوم الأرضية والحدود الجغرافية , فكل بقعة فيها مسلم يقول ( لا إله إلا الله محمد رسول الله ) وطن عندنا له حرمته و قداسته و حبه و الإخلاص له و الجهاد في سبيل خيره , و كل المسلمين في هذه الأقطار الجغرافية أهلنا و إخواننا نهتم لهم و نشعر بشعورهم و نحس بإحساسهم . |
Ini berbeza dengan pejuang patriotisme. Mereka hanya mengambil perhatian kepada sebidang tanah yang kecil dan sempit. Perbezaan ini lebih ketara apabila mereka berusaha memperkukuhkan kekuatan mereka dengan menindas bangsa lain. Kita tidak rela melakukannya jika ia menyebabkan penindasan kepada mana-mana bumi Islam. Kita hanya menuntut perkara yang membawa kekuatan kepada semua. Bagi pejuang patriotisme, mereka tidak melihat ini sebagai suatu masalah. Oleh itu berlakulah keretakan dalam hubungan antara negara Islam, kekuatan negara Islam semakin lemah dan peperangan tercetus sesama sendiri akibat percaturan pihak musuh. | ودعاة الوطنية فقط ليسوا كذلك فلا يعنيهم إلا أمر تلك البقعة المحدودة الضيقة من رقعة الأرض ، ويظهر ذلك الفارق العملي فيما إذا أرادت أمة من الأمم أن تقوى نفسها على حساب غيرها فنحن لا نرضى ذلك على حساب أي قطر إسلامي ، وإنما نطلب القوة لنا جميعا ، ودعاة الوطنية المجردة لا يرون في ذلك بأسا، ومن هنا تتفكك الروابط وتضعف القوى ويضرب العدو بعضهم ببعض . |
Matlamat Patriotisme Kita | غاية وطنيتنا |
Itu yang pertama. Kedua, mana-mana pejuang patriotisme sudah tentu meletakkan kemerdekaan negara mereka sebagai matlamat utama mereka. Malangnya apabila mereka berusaha memajukan negara ini, mereka arahkan tumpuan mereka hanya kepada aspek kebendaan sama seperti yang dilakukan oleh masyarakat Eropah sekarang. Berbeza dengan kita kerana kita meyakini sebagai seorang muslim kita memikul suatu amanah dan untuk itu kita perlu mengorbankan nyawa, darah dan harta dalam usaha melaksanakan amanah itu iaitu memimpin manusia dengan cahaya Islam dan mengibarkan panji Islam ke seluruh pelusuk bumi. Ini dilakukan tanpa mengharapkan harta atau pangkat atau kuasa dan bukan berhasrat untuk menguasai mana-mana bangsa. Seorang muslim hanya mahu mencari keredaan Allah. Dengan agamanya, dia mahu membawa kesejahteraan untuk dunia ini dan mahu menegakkan suara agamanya. Atas dasar ini para salaffusoleh yang diredai Allah telah melancarkan penaklukan suci yang pernah mengkagumkan dunia dan menampilkan contoh keadilan dan nilai mulia yang tidak pernah disaksikan oleh sejarah manusia. | هذه واحدة . والثانية أن الوطنيين فقط ، جل ما يقصدون إليه تخليص بلادهم فإذا ما عملوا لتقويتها بعد ذلك اهتموا بالنواحي المادية كما تفعل أوربا الآن ، أما نحن فنعتقد أن المسلم في عنقه أمانة عليه أن يبذل نفسه ودمه وماله في سبيل أدائها تلك هداية البشر بنور الإسلام , و رفع علمه خفاقا في كل ربوع الأرض , لا يبغي بذلك مالا و لا جاها و سلطاننا على أحد و لا استعبادا لشعب , و إنما يبغي وجه الله وحده و إسعاد العالم بدينه و إعلاء كلمته , و ذلك ما حدا بالسلف الصالحين رضوان الله عليهم إلى هذه الفتوح القدسية التي أدهشت الدنيا و أربت على كل ما عرف التاريخ من سرعة و عدل ونبل و فضل . |
Perpaduan | وحدة |
Saya ingin menarik perhatian anda tentang kesilapan dakwaan yang mengatakan jika kita menolak prinsip patriotisme, ini bermakna kita memecah belahkan perpaduan bangsa yang hidup berlatar belakangkan pelbagai agama. Islam sebagai agama perpaduan dan kesaksamaan sudah cukup untuk menjamin keharmonian antara semua anggota masyarakat selagimana mereka saling bekerjasama untuk kebaikan. | و أحب أن أنبهك إلى سقوط ذلك الزعم القائل إن الجري عن هذا المبدأ يمزق وحدة الأمة التي تتألف من عناصر دينية مختلفة , فإن الإسلام و هو دين الوحدة و المساواة كفل هذه الروابط بين الجميع ما داموا متعاونين على الخير , |
Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Mumtahanah: 8) | (لا يَنْهَاكُمُ اللهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ) (الممتحنة:8) , |
Jadi dari mana datangnya perpecahan? | فمن أين يأتي التفريق إذاً؟ |
Apatah lagi anda sendiri boleh melihat bagaimana kita boleh bersama-sama dengan orang yang paling fanatik dengan semangat patriotisme dalam soal cintakan kebaikan untuk negara dan bersedia berjihad demi kemerdekaan, kebaikan serta kemajuan negara ini. Malah kita sentiasa berusaha dan mendokong apa juga usaha ke arah itu dengan penuh keikhlasan. Saya juga mahu kita memahami bahawa peranan mereka hanya setakat membebaskan dan mengembalikan kegemilangan negara sedangkan bagi Ikhwan al-Muslimin usaha ini baru separuh jalan atau baru satu peringkat sahaja. Masih ada lagi usaha yang perlu mereka lakukan untuk memartabatkan panji negara Islam di seluruh muka bumi dan mengibarkan panji mashaf di segenap tempat. | أفرأيت بعد كيف أننا متفقون مع أشد الناس غلوا في الوطنية في حب الخير للبلاد و الجهاد في سبيل في سبيل تخليصها و خيرها و ارتقائها , و نعمل و نؤيد كل من يسعى في ذلك بإخلاص , بل أحب أن تعلم أن مهمتهم إن كانت تنتهي بتحرير الوطن و استرداد مجده فإن ذلك عند الإخوان المسلمين بعض الطريق فقط أو مرحلة منه واحدة و يبقى بعد ذلك أن يعملوا لترفع راية الوطن الإسلامي على كل بقاع الأرض و يخفق لواء المصحف في كل مكان . |
Nasionalisme | القـومـية |
Sekarang saya ingin berbicara pula tentang pendirian kita terhadap semangat nasionalisme. | و الآن سأتحدث إليك عن موقفنا من مبدأ القومية : |
Nasionalisme Dan Kegemilangan Silam | قومية المجد |
Jika nasionalisme yang dimaksudkan oleh mereka yang berbangga dengan semangat nasionalisme ialah generasi mutakhir perlu menurut jejak generasi silam dalam membina hidup gemilang, dihormati, cemerlang, berkeyakinan tinggi dan menjadikan mereka sebagai contoh yang baik; Jika nasionalisme yang dimaksudkan ialah kegemilangan seorang bapa menjadi kebanggaan seorang anak lantaran itu menjadi pembakar semangat dan perangsang. Jika ini yang dimaksudkan, ia adalah suatu tujuan yang baik. Kami sokong dan kami galakkan. Bukankah usaha kita membangkitkan hemah generasi masakini bertujuan supaya mereka mencontohi kehebatan generasi silam. Rasulullah saw. sendiri ada menyentuh aspek ini: | إن كان الذين يعتزون بمبدأ “القومية” يقصدون به أن الأخلاف يجب أن ينهجوا نهج الأسلاف في مراقي المجد والعظمة ومدارك النبوغ والهمة وأن تكون لهم بهم في ذلك قدوة حسنة، وأن عظمة الأب مما يعتز به الابن ويجد لها الحماس والأريحية بدافع الصلة والوراثة، فهو مقصد حسن جميل نشجعه ونأخذ به، وهل عدتنا في إيقاظ همة الحاضرين إلا أن نحدوهم بأمجاد الماضين؟ ولعل الإشارة إلى هذا في قول رسول الله صلى الله عليه وسلم: |
“Manusia ini seperti logam, orang yang terbaik di zaman jahiliyyah adalah orang yang terbaik di zaman Islam, jika mereka memahami.” | (الناس معادن خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام إذا فقهوا) , |
Dengan ini anda boleh lihat Islam tidak menolak nasionalisme jika ia membawa maksud yang mulia ini. | فها أنت ذا ترى أن الإسلام لا يمنع من القومية بهذا المعنى الفاضل النبيل. |
Nasionalisme Dan Ummah | قومية الأمة |
Jika nasionalisme yang dimaksudkan ialah keluarga dan ummah adalah orang yang paling utama untuk menerima layanan baik dan orang yang paling utama dilimpahkan segala sumbangan dan jihad, maksud ini adalah benar. Siapakah yang tidak merasakan bahawa orang yang paling utama untuk menerima sumbangannya ialah bangsanya sendiri yang telah membesarkannya. | وإذا قصد بالقومية أن عشيرة الرجل وأمته أولى الناس بخيره وبره وأحقهم بإحسانه وجهاده فهو حق كذلك، ومن ذا الذي لا يرى أولى الناس بجهوده قومه الذين نشأ فيهم ونما بينهم؟ |
“Demi sesungguhnya, keluarga tetap lebih berharga bagi seseorang | لعمري لرهط المرء خير بقية |
Walau seluruh manusia telah tunduk kepadanya” | عليه وإن عالوا به كل مركب |
Jika nasionalisme yang dimaksudkan ialah kita semua dituntut supaya berusaha dan berjihad, maka menjadi kewajipan setiap pihak untuk berusaha mencapai matlamat ini sehingga dengan izin Allah masing-masing mencapai kejayaan. Inilah pengagihan tugas yang terbaik. Siapa lagi kalau bukan kita yang membekalkan kepada umat Timur dengan pelbagai pasukan dan ketumbukan jihad dalam setiap lapangan sehingga kita bertemu semuanya dalam kemerdekaan dan kebebasan. | وإذا قصد بالقومية أننا جميعا مبتلون مطالبون بالعمل والجهاد، فعلى كل جماعة أن تحقق الغاية من جهتها حتى تلتقي إن شاء الله في ساحة النصر فنعم التقسيم هذا، ومن لنا بمن يحدو الأمم الشرقية كتائب كل في ميدانها حتى نلتقي جميعا في بحبوحة الحرية والخلاص؟ |
Semua nilai nasionalisme ini dan yang seumpamanya adalah nilai yang baik, disanjungi dan tidak dilarang oleh Islam. Nilai ini menjadi ukuran kita dan kita bukan sahaja menerima dengan senang hati semua nilai ini malah kita sokong. | كل هذا وأشباهه في معنى القومية جميل معجب لا يأباه الإسلام، وهو مقياسنا، بل ينفسح صدرنا له ونحض عليه. |
Nasionalisme Jahiliyyah | القومية الجاهلية |
Jika apa yang dimaksudkan dengan nasionalisme ialah menghidupkan kembali budaya jahiliyyah yang telah pupus. Mewujudkan semula sejarah yang telah lenyap dengan mengenepikan tamadun baik yang telah bertapak kukuh. Membuang semua yang ada kaitan dengan Islam semata-mata kerana semangat nasionalisme dan semangat kebangsaan sepertimana yang dilakukan oleh sesetengah negara yang agak fanatik. Sehingga ke tahap menghancurkan semua imej Islam dan Arab. Termasuk mengubah nama, huruf dan istilah yang digunakan dan menghidupkan semula budaya jahiliyyah yang telah sekian lama pupus. Jika inilah nasionalisme yang dimaksudkan, maka nasionalisme seperti ini tidak betul dan membawa kesan yang amat buruk. Ia hanya membawa kerugian teruk kepada Timur. Selain kehilangan segala warisannya dan merendahkan kedudukannya, Timur akan kehilangan segala keistimewaan dan kesuciannya yang paling berharga. Namun ia tidak sedikitpun akan mencemar agama Allah. | أما أن يراد بالقومية إحياء عادات جاهلية درست، وإقامة ذكريات بائدة خلت وتعفية حضارة نافعة استقرت، والتحلل من عقدة الإسلام ورباطه بدعوى القومية والاعتزاز بالجنس، كما فعلت بعض الدول في المغالاة بتحطيم مظاهر الإسلام والعروبة، حتى الأسماء وحروف الكتابة وألفاظ اللغة، وإحياء ما اندرس من عادات جاهلية، فذلك في القومية معنى ذميم وخيم العاقبة وسيئ المغبة، يؤدي بالشرق إلى خسارة فادحة يضيع معها تراثه وتنحط بها منزلته ويفقد أخص مميزاته وأقدس مظاهر شرقه ونبله، ولا يضر ذلك دين الله شيئا : . |
Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu. (Muhammad: 38) | (وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْماً غَيْرَكُمْ ثُمَّ لا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ) (محمد:38) |
Nasionalisme Dan Pencabulan | قومية العدوان |
Jika apa yang dimaksudkan dengan nasionalisme ialah berbangga dengan bangsa sendiri hingga ke tahap merendahkan bangsa lain, memusuhi dan memanipulasi bangsa lain demi memartabatkan bangsa sendiri sepertimana yang pernah dilakukan oleh Jerman dan Itali atau mana-mana bangsa yang mendakwa mereka lebih istimewa berbanding bangsa-bangsa lain, maka maksud seperti ini adalah suatu yang keji malah bercanggah sama sekali dengan nilai peri kemanusiaan. Tindakan ini sebenarnya membawa maksud memanipulasi semua bangsa manusia demi mencapai suatu yang tidak pasti, suatu yang bukan hakiki dan tidak mendatangkan kebaikan kepada sesiapa. | وأما أن يراد بالقومية الاعتزاز بالجنس إلى درجة تؤدي إلى انتقاص الأجناس الأخرى والعدوان عليها والتضحية بها في سبيل عزة أمة وبقائها، كما تنادي بذلك ألمانيا وإيطاليا مثلا، بل كما تدعي كل أمة تنادي بأنها فوق الجميع.فهذا معنى ذميم كذلك ليس من الإنسانية في شيء، ومعناه أن يتناحر الجنس البشري في سبيل وهم من الأوهام لا حقيقة له ولا خير فيه. |
Dua Teras | دعامتان |
Ikhwan al-Muslimin tidak dapat menerima nasionalisme jika itu yang dimaksudkannya atau apa sahaja yang membawa maksud yang sama. Ikhwan juga tidak perlu melaungkan semangat Firaun atau Arab atau Pheonix atau Syria atau apa sahaja nama atau gelaran yang menjadi kebanggaan ramai manusia. Namun Ikhwan menerima apa yang dikatakan oleh Rasulullah saw. yang merupakan seorang manusia yang sempurna malah seorang manusia terbaik yang mengajar perkara yang baik kepada manusia, sabda baginda: | الإخوان المسلمون لا يؤمنون بالقومية بهذه المعاني ولا بأشباهها ولا يقولون فرعونية وعربية وفينيقية وسورية ولا شيئا من هذه الألقاب والأسماء التي يتنابز بها الناس، ولكنهم يؤمنون بما قال رسول الله صلى الله عليه وسلم الإنسان الكامل بل أكمل معلم علم الإنسان الخير: |
“Allah telah membersihkan kamu daripada nilai jahiliyyah dan budaya berbangga dengan nenek moyang. Seluruh manusia berasal dari Adam dan Adam daripada tanah. Tiada kemuliaan bagi orang Arab berbanding bukan Arab kecuali dengan ketakwaan.” | (إن الله قد أذهب عنكم نخوة الجاهلية وتعظمها بالآباء، الناس لآدم وآدم من تراب، لا فضل لعربي على أعجمي إلا بالتقوى). |
Alangkah indah dan adilnya ungkapan ini. Semua manusia daripada Adam dan kerana itu mereka semua setaraf. Manusia hanya berbeza berdasarkan amalan mereka. Jadi sepatutnya mereka bersaing dalam melakukan kebaikan. Sekiranya dua teras ini menjadi landasan kepada bangsa manusia sudah tentu martabat manusia akan meningkat hingga ke puncak langit. Pertama, semua manusia daripada Adam jadi mereka semua adalah saudara. Oleh itu mereka perlu saling bekerjasama, bahu-membahu, berkasih sayang dan saling memimpin ke arah kebaikan. Kedua, perbezaan antara manusia hanyalah berdasarkan amalan mereka. Jadi masing-masing perlu berusaha supaya dapat mengangkat martabat seluruh manusia. Apakah ada perkara yang dapat mengangkat darjat manusia ke tahap ini? Apakah ada didikan yang lebih baik daripada didikan daripada Rasulullah saw. ini? | ما أروع هذا وأجمله وأعدله، الناس لآدم فهم في ذلك أكفاء، والناس يتفاضلون بالأعمال فواجبهم التنافس في الخير، دعامتان قويمتان لو بنيت عليهما الإنسانية لارتفعت بالبشر إلى علياء السموات، الناس لآدم فهم إخوان فعليهم أن يتعاونوا وأن يسالم بعضهم بعضا، ويرحم بعضهم بعضا، ويدل بعضهم بعضا على الخير، والتفاضل بالأعمال. فعليهم أن يجتهدوا كل من ناحيته حتى ترقى الإنسانية، فهل رأيت سموا بالإنسانية أعلى من هذا السمو أو تربية أفضل من هذه التربية؟ |
Keistimewaan Arab | خواص العروبة: |
Namun demikian ini tidak bermakna kita menolak terus keistimewaan semulajadi yang dimiliki oleh sesuatu bangsa. Kita memahami bahawa setiap bangsa ada keistimewaan dan kelebihan semulajadi yang tersendiri. Kita juga menyedari setiap bangsa ada perbezaan dan kelainan. Kita yakin dalam hal ini bangsa Arab memiliki keistimewaan semulajadi yang jauh lebih baik. Namun ini tidak bermakna kita jadikan keistimewaan ini sebagai sebab untuk kita bermusuh. Sebaliknya bangsa Arab sepatutnya menggunakan keistimewaan ini sebagai satu cara untuk memainkan peranan yang telah ditetapkan untuk setiap bangsa iaitu membangunkan bangsa manusia. Mungkin sepanjang sejarah anda tidak akan temui suatu bangsa di atas muka bumi yang amat memahami hakikat ini lebih daripada angkatan Arab yang terdiri daripada para sahabat Rasulullah saw. | ولسنا مع هذا ننكر خواص الأمم ومميزاتها الخلقية، فنحن نعلم أن لكل شعب مميزاته وقسطه من الفضيلة والخلق، ونعلم أن الشعوب في هذا تتفاوت وتتفاضل، ونعتقد أن العروبة لها من ذلك النصيب الأوفى والأوفر، ولكن ليس معنى هذا أن تتخذ الشعوب هذه المزايا ذريعة إلى العدوان، بل عليها أن تتخذ ذلك وسيلة إلى تحقيق المهمة السابقة التي كلفها كل شعب، تلك هي النهوض بالإنسانية، ولعلك لست واجدا في التاريخ من أدرك هذا المعنى من شعوب الأرض كما أدركته تلك الكتيبة العربية من صحابة رسول الله صلى الله عليه وسلم . |
Perbincangan ini perlu kepada perbahasan lebih lanjut namun saya tidak berhasrat memanjangkannya. Saya akan kembali kepada perbincangan asal kita. | هذا استطراد اقتضاه السير في البحث و لا أحب أن أتابعه حتى لا يشط بنا القول و لكن أعود إلى ما نحن بسبيله |
Ikatan Akidah | رباط العقيدة |
Setelah anda memahami hakikat ini (moga anda diberikan kekuatan oleh Allah), Ikhwan al-Muslimin melihat manusia terbahagi kepada dua golongan. | أما إذ عرفت هذا فاعلم – أيدك الله – أن الإخوان المسلمين بالنسبة إليهم قسمين : |
Satu golongan ialah golongan yang mempunyai keyakinan yang sama seperti mereka iaitu meyakini agama Allah, Kitab Allah dan meyakini utusan-Nya serta risalah yang dibawanya. Golongan ini mempunyai ikatan yang amat suci dengan kita iaitu ikatan akidah yang kita anggap sebagai ikatan yang lebih suci daripada ikatan darah dan bumi. Mereka adalah bangsa kita dan orang yang paling dekat dengan kita. Kita merasa simpati dengan nasib mereka. Kita bekerja untuk kepentingan mereka. Kita pertahankan mereka. Kita korbankan nyawa dan harta kita untuk mereka walau di mana sahaja mereka berada dan apa sahaja asal-usul mereka. | قسم اعتقد ما اعتقدوه من دين الله و كتابه و آمن ببعثه و رسوله و ما جاء به ، و هؤلاء تربطنا بهم أقدس الروابط ، رابطة العقيدة و هي عندنا أقدس من رابطة الدم و رابطة الأرض , فهؤلاء هم قومنا الأقربون الذين نحنّ إليهم ونعمل في سبيلهم و نذود عن حماهم و نفتديهم بالنفس و المال , في أي أرض كانوا و من أية سلالة انحدروا . |
Satu golongan lagi berbeza sama sekali. Kita tiada ikatan seperti ikatan ini dengan mereka. Kita berdamai dengan mereka jika mereka berdamai dengan kita. Kita juga berbaik dengan mereka jika mereka tidak bermusuh dengan kita. Kita yakin hubungan di antara kita dengan mereka ialah hubungan dakwah. Menjadi tanggungjawab kita menyeru mereka supaya bersama kita kerana apa yang kita miliki ini adalah baik untuk seluruh bangsa manusia. Kita akan menggunakan pelbagai cara dan wasilah yang telah ditetapkan oleh Islam demi menjayakan dakwah ini. Jika mereka memusuhi kita, kita akan balas dengan cara yang baik. | و قوم ليسوا كذلك و لم نرتبط معهم بعد بهذا الرباط فهؤلاء نسالمهم ما سالمونا و نحب لهم الخير ما كفوا عدوانهم عنا , و نعتقد أن بيننا و بينهم رابطة هي رابطة الدعوة , علينا أن ندعوهم إلى ما نحن عليه لنه خير الإنسانية كلها , و أن نسلك إلى نجاح هذه الدعوة ما حدد لها الدين نفسه من سبل و وسائل , فمن اعتدى علينا منهم رددنا عدوانه بأفضل ما يرد به عنوان المعتدين . |
Jika anda mahukan penjelasan daripada kitab Allah, silalah dengar: | أما إذا أردت ذلك من كتاب الله فاسمع : |
1. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu. (Al-Hujurat: 10) | 1 – (إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ) (الحجرات:10) . |
2. Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. (Al-Mumtahanah: 8-9) | 2 – (لا يَنْهَاكُمُ اللهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ , إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ) (الممتحنة:8-9) . |
Moga-moga dengan pembentangan ini saya telah bentangkan kepada anda sekalian satu sudut daripada dakwah kita supaya tidak lagi timbul sebarang keraguan dan kekeliruan. Mudah-mudahan anda kini telah memahami di pihak manakah Ikhwan al-Muslimin berada. | و لعلي أكون بذلك قد كشفت لك عن هذه الناحية من دعوتنا بما لا يدعها في نفسك ملتبسة أو غامضة , لعلك بعد ذلك عرفت إلى أي قبيل ينتسب الإخوان المسلمون |
Berdepan dengan perselisihan agama | أمام الخـلافات الدينية |
Kini saya ingin berbicara tentang dakwah kita dalam berhadapan dengan perselisihan dalam masalah agama dan perbezaan mazhab. | أتحدث إليك الآن عن دعوتنا أما الخلافات الدينية و الآراء المذهبية. |
Bersatu Bukan Berpecah | نجمع ولا نفرق |
Sedarlah (moga anda diberikan fahaman oleh Allah)! Pertama, dakwah Ikhwan al-Muslimin adalah dakwah untuk semua, bukan hanya untuk golongan tertentu sahaja. Dakwah ini juga tidak berpihak kepada mana-mana pendapat yang diketahui mempunyai corak tertentu atau ciri dan gaya tertentu. Dakwah ini tertumpu kepada soal asas agama. Kita mahu seluruh perhatian dan tumpuan dihala ke satu arah supaya segala usaha akan lebih bermakna dan lebih membuahkan hasil. Dakwah Ikhwan adalah dakwah yang putih bersih tanpa sebarang warna. Dakwah ini akan sentiasa bersama kebenaran walau di mana sahaja dan akan sentiasa inginkan perpaduan dan tidak mahukan perpecahan. | اعلم ـ فقهك الله ـ أولا: أن دعوة الإخوان المسلمين دعوة عامة لا تنتسب إلى طائفة خاصة، ولا تنحاز إلى رأي عرف عند الناس بلون خاص ومستلزمات وتوابع خاصة، وهي تتوجه إلى صميم الدين ولبه، وتود أن تتوحد وجهة الأنظار والهمم حتى يكون العمل أجدى والإنتاج أعظم وأكبر، فدعوة الإخوان دعوة بيضاء نقية غير ملونة بلون، وهي مع الحق أينما كان، تحب الإجماع، |
Malapetaka paling besar bagi umat Islam ialah perpecahan dan perselisihan. Faktor yang membantu kemenangan umat Islam pula ialah kasih sayang dan perpaduan. Generasi akhir ini hanya mampu dibaiki dengan menggunakan apa yang digunakan untuk memperbaiki generasi pertama. Ini adalah kaedah asas dan juga matlamat yang diketahui oleh setiap saudara seislam. Ia suatu yang kita yakini, kita perjuangkan dan kita seru. | وتكره الشذوذ وإن أعظم ما مني به المسلمون الفرقة والخلاف، وأساس ما انتصروا به الحب والوحدة. ولن يصلح آخر هذه الأمة إلا بما صلح به أولها، هذه قاعدة أساسية وهدف معلوم لكل أخ مسلم، وعقيدة راسخة في نفوسنا، نصدر عنها وندعو إليها. |
Perbezaan pendapat pasti wujud | الخلاف ضروري |
Dalam pada itu, kita meyakini perbezaan pendapat dalam sudut cabang agama adalah suatu yang pasti berlaku. Kita tidak mungkin boleh bersatu pendapat dalam sudut cabang, pendapat dan fahaman kerana beberapa faktor: | ونحن مع هذا نعتقد أن الخلاف في فروع الدين أمر لا بد منه ضرورة، ولا يمكن أن نتحد في هذه الفروع والآراء والمذاهب لأسباب عدة: |
Salah satu faktornya ialah perbezaan keupayaan akal mencedok sesuatu hukum atau memahami sesuatu dalil dan menyelami secara mendalam sesuatu maksud. Setiap perkara saling berhubung kait. Agama ini berlandaskan ayat-ayat al-Quran, hadis dan nas sedangkan semua ini difahami oleh akal berdasarkan kaedah bahasa dan tatabahasa. Dalam perkara ini semua manusia amat-amat berbeza dan perbezaan pendapat sudah pasti tidak dapat dielak. | منها اختلاف العقول في قوة الاستنباط أو ضعفه، وإدراك الدلائل والجهل بها والغوص على أعماق المعاني، وارتباط الحقائق بعضها ببعض، والدين آيات وأحاديث ونصوص يفسرها العقل والرأي في حدود اللغة وقوانينها، والناس في ذلك جد متفاوتين فلا بد من خلاف. |
Faktor lain ialah keupayaan ilmu. Ada orang yang mencapai tahap ilmu yang jauh lebih tinggi daripada orang lain dan begitulah dengan yang lain. Imam Malik pernah berkata kepada Abu Jaafar: “Para sahabat Rasulullah saw. telah bertaburan di seluruh muka bumi dan masing-masing mempunyai ilmu tersendiri. Jika engkau arahkan mereka supaya berpegang kepada satu pendapat, sudah tentu akan berlaku bencana.” | ومنها سعة العلم وضيقه، وإن هذا بلغه ما لم يبلغ ذاك والآخر شأنه كذلك، وقد قال مالك لأبي جعفر: إن أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم تفرقوا في الأمصار وعند كل قوم علم، فإذا حملتهم على رأي واحد تكون فتنة. |
Satu lagi faktor ialah perbezaan tempat, di mana pelaksanaan sesuatu hukum akan berbeza mengikut perbezaan tempat. Anda sendiri lihat bagaimana Imam al-Shafie ra. pernah memberi fatwa dengan mazhab lama (qadim) di Iraq tetapi memberi fatwa dengan mazhab baru (jadid) di Mesir. Dalam kedua-dua keadaan beliau berpandukan kepada fahaman dan apa yang beliau perolehi. Namun dalam kedua-dua keadaan beliau tetap berusaha mencari hukum yang sebenar dengan penuh teliti. | ومنها اختلاف البيئات حتى أن التطبيق ليختلف باختلاف كل بيئة، وإنك لترى الإمام الشافعي رضي الله عنه يفتي بالقديم في العراق ويفتي بالجديد في مصر، وهو في كليهما آخذ بما استبان له وما اتضح عنده لا يعدو أن يتحرى الحق في كليهما. |
Faktor berikutnya ialah perbezaan dalam meyakini dan menerima sesuatu Riwayat. Kita dapati seorang periwayat dianggap seorang yang dipercayai oleh seorang imam. Dalam masa yang sama dia dianggap tidak boleh dipercayai oleh imam yang lain berpandukan kepada pengetahuan imam itu tentang periwayat tersebut. | ومنها اختلاف الاطمئنان القلبي إلى الرواية عند التلقين لها، فبينما نجد هذا الراوي ثقة عند هذا الإمام تطمئن إليه نفسه وتطيب بالأخذ به، تراه مجروحا عند غيره لما علم عن حاله. |
Faktor lain ialah perbezaan dalam menentukan kedudukan sesuatu dalil. Contohnya, ada di antara mereka yang mengutamakan amalan penduduk Madinah daripada hadis ahad dan ada pula yang tidak berpendapat sedemikian. | ومنها اختلاف تقدير الدلالات فهذا يعتبر عمل الناس مقدما على حبر الآحاد مثلا، وذاك لا يقول معه به، وهكذا.. |
Sependapat dalam masalah cabang adalah mustahil | الإجماع على أمر فرعي متعذر |
Semua faktor ini meyakinkan kita bahawa sependapat dalam sesuatu masalah cabang agama adalah mustahil. Malah bercanggah sama sekali dengan landasan agama ini. Allah mahukan agama ini sentiasa wujud dan kekal, selari dengan peredaran zaman. Untuk itu agama ini perlu bersifat mudah dan anjal, tidak jumud dan terlalu membebankan. | كل هذه أسباب جعلتنا نعتقد أن الإجماع على أمر واحد في فروع الدين مطلب مستحيل، بل هو يتنافى مع طبيعة الدين، وإنما يريد الله لهذا الدين أن يبقى ويخلد ويساير العصور، ويماشي الأزمان، وهو لهذا سهل مرن هين، لين، لا جمود فيه ولا تشديد. |
Maaf kepada yang tidak sependapat | نعتذر لمخالفينا: |
Inilah yang kita yakini. Kita memohon maaf daripada sesiapa sahaja yang berbeza pendapat dengan kita dalam masalah cabang. Kita merasakan perbezaan pendapat ini tidak akan menjadi penghalang untuk kita menyatukan hati-hati manusia, saling berkasih sayang dan bekerjasama untuk kebaikan. Untuk kita berkongsi bersama ertikata Islam yang menyeluruh itu. Bukankah kita dan mereka adalah umat Islam? Bukankah kita mahu akur dengan hukum yang kita yakini dan begitu juga mereka? Bukankah kita dituntut supaya melakukan sesuatu yang disukai oleh saudara-saudara kita sama seperti kita suka melakukannya untuk diri kita sendiri? Jadi di manakah perselisihan sebenarnya? Kenapa pendapat kita tidak boleh mereka pertikaikan sepertimana pendapat mereka boleh kita pertikaikan? Kenapa kita tidak saling faham memahami dalam suasana yang harmoni jika ia suatu yang perlu? | نعتقد هذا فنلتمس العذر لمن يخالفوننا في بعض الفرعيات، ونرى أن هذا الخلاف لا يكون أبدا حائلا دون ارتباط القلوب وتبادل الحب والتعاون على الخير، وأن يشملنا وإياهم معنى الإسلام السابغ بأفضل حدوده، وأوسع مشتملاته، ألسنا مسلمين وهم كذلك؟ وألسنا نحب أن ننزل على حكم اطمئنان نفوسنا وهم يحبون ذلك؟ وألسنا مطالبين بأن نحب لإخواننا ما نحب لأنفسنا؟ ففيم الخلاف إذن؟ ولماذا لا يكون رأينا مجالا للنظر عندهم كرأيهم عندنا؟ ولماذا لا نتفاهم في جو الصفاء والحب إذا كان هناك ما يدعو إلى التفاهم؟ |
Para sahabat Rasulullah saw. sendiri saling berbeza pendapat ketika memberi fatwa. Apakah perkara ini menyebabkan hati mereka berpecah? Apakah perpaduan mereka atau ikatan sesama mereka berkecai? Demi Allah, tidak dan peristiwa sembahyang Asar di bani Quraizah menjadi contoh. | هؤلاء أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يخالف بعضهم بعضا في الإفتاء فهل أوقع ذلك اختلافا بينهم في القلوب؟ وهل فرق وحدتهم أو فرق رابطتهم؟ اللهم لا وما حديث صلاة العصر في قريظة ببعيد. |
Jika mereka ini pun berbeza pendapat sedangkan mereka adalah orang yang paling hampir dengan zaman nubuwwah. Malah mereka adalah orang yang paling arif tentang perkara yang bersangkutan dengan sesuatu hukum. Kenapa pula kita berbalah tentang sesuatu perbezaan pendapat yang tidak penting? Jika para imam mujtahid; orang yang paling tahu tentang Kitab Allah dan sunnah rasul juga berbeza pendapat dan saling berdebat antara satu sama lain kenapa kita tidak boleh lakukan sebagaimana yang mereka lakukan? Jika perbezaan pendapat ini berlaku dalam masalah cabang yang paling masyhur seperti masalah azan yang dilaungkan sebanyak lima kali sehari walaupun terdapat banyak nas dan hadis yang berkisar tentangnya jadi kenapa pula timbul masalah dengan masalah kecil yang hanya dirujuk kepada pendapat dan cedokan manusia sahaja. | وإذا كان هؤلاء قد اختلفوا وهم أقرب الناس عهدا بالنبوة وأعرفهم بقرائن الأحكام، فما بالنا نتناحر في خلافات تافهة لا خطر لها؟ وإذا كان الأئمة وهم أعلم الناس بكتاب الله وسنة رسوله قد اختلف بعضهم مع بعض وناظر بعضهم بعضا، فلم لا يسعنا ما وسعهم؟ وإذا كان الخلاف قد وقع في أشهر المسائل الفرعية وأوضحها كالأذان الذي ينادى به خمس مرات في اليوم الواحد، ووردت به النصوص والآثار، فما بالك في دقائق المسائل التي مرجعها إلى الرأي والاستنباط؟ |
Ada satu lagi perkara yang perlu diperhatikan iaitu masyarakat dahulu apabila berlaku sebarang perbezaan pendapat, mereka akan merujuk kepada khalifah dengan syarat dia adalah imam mujtahid. Khalifah akan memutuskan perkara ini dan keputusannya akan menghentikan perbezaan pendapat ini. Namun sekarang di manakah khalifah? Dalam keadaan ini adalah lebih baik umat Islam merujuk masalah mereka kepada seorang hakim. Jika perbezaan pendapat mereka tidak dirujuk kepada mana-mana sumber, ia hanya akan menimbulkan perbezaan pendapat yang lain pula. | وثم أمر آخر جدير بالنظر، إن الناس كانوا إذا اختلفوا رجعوا إلى (الخليفة) وشرطه الإمامة، فيقضي بينهم ويرفع حكمه الخلاف، أما الآن فأين الخليفة؟ وإذا كان الأمر كذلك فأولى بالمسلمين أن يبحثوا عن القاضي، ثم يعرضوا قضيتهم عليه، فإن اختلافهم من غير مرجع لا يردهم إلا إلى خلاف آخر. |
Ikhwan al-Muslimin amat memahami segala aspek ini. Oleh kerana itu mereka adalah orang yang paling bersikap terbuka dengan orang yang berbeza pendapat dengan mereka. Mereka melihat masing-masing ada ilmu dan masing-masing mungkin benar dan mungkin silap. Mereka akan mencari kebenaran dan akan berpegang dengan kebenaran. Mereka akan cuba dengan cara yang baik untuk meyakinkan orang yang berbeza pendapat dengan mereka untuk memahami pandangan mereka. Terserahlah kepada orang itu meyakininya. Jika tidak meyakininya mereka masih merasakannya sebagai saudara seagama. Kita memohon semoga kita semua mendapat hidayah. | يعلم الإخوان المسلمون كل هذه الحيثيات، فهم لهذا أوسع الناس صدرا مع مخالفيهم، ويرون أن مع كل قوم علما، وفي كل دعوة حقا وباطلا، فهم يتحرون الحق ويأخذون به، ويحاولون في هوادة ورفق إقناع المخالفين بوجهة نظرهم. فإن اقتنعوا فذاك، وإن لم يقتنعوا فإخوان في الدين، نسأل الله لنا ولهم الهداية. |
Ini adalah pendekatan yang digunakan oleh Ikhwan al-Muslimin apabila berhadapan dengan orang yang berbeza pendapat dengan mereka dalam masalah cabang agama. Secara ringkasnya boleh saya katakan Ikhwan menerima perbezaan pendapat dan tidak menerima ketaksuban. Mereka akan berusaha mencari kebenaran dan akan mengajak manusia ke arah kebenaran dengan cara yang terbaik, lembut dan penuh kasih sayang. | ذلك منهاج الإخوان المسلمين أمام مخالفيهم في المسائل الفرعية في دين الله يمكن أن أجمله لك في أن الإخوان يجيزون الخلاف، ويكرهون التعصب للرأي، ويحاولون الوصول إلى الحق، ويحملون الناس على ذلك بألطف وسائل اللين والحب. |
Jalan penyelesaian | إلـى العـلاج |
Saudara, ketahuilah dan kajilah bahawa kekuatan atau kelemahan, tua atau muda, sihat atau sakit sesebuah bangsa tidak ubah seperti seorang manusia. Adakalanya anda lihat seorang manusia gagah, sihat wal afiat. Tiba-tiba anda lihat dia ditimpa pelbagai penyakit dan tubuhnya yang gagah kini diulit pelbagai penyakit. Dia terus mengadu kesakitan hingga Allah turunkan rahmat-Nya dengan menghantar seorang doktor yang mahir dan mengetahui punca penyakitnya. Doktor ini bijak mengenalpasti jenis penyakit dan bijak mengetahui tempat sakit serta tahu mengubatinya. | يا أخي : اعلم و تعلم أن مثل الأمم في قوتها و ضعفها و شبابها و شيخوختها و صحتها و سقمها مثل الأفراد سواء بسواء , فالفرد بينما تراه قويا معافى صحيحا سليما , فإذا بك تراه قد انتابته العلل و أحاطت به السقام و هدّت بنيته القوية الأمراض و الآلام , و لا يزال يشكو و يئن حتى تتداركه رحمة الله تبارك و تعالى بطبيب ماهر و نطاسي بارع يعلم موطن العلة و يحسن تشخيصها حتى و يتعرف موضع الداء و يخلص في علاجه , فإذا بك بعد حين ترى هذا المريض و قد عادت إليه قوته و رجعت إليه صحته , ربما كان بعد هذا العلاج خيرا من قبله . |
Tidak berapa lama kemudian anda lihat pesakit tadi mula kembali kuat dan sihat. Mungkin lebih sihat daripada sebelumnya. Begitulah juga dengan sebuah bangsa. Sesebuah bangsa akan berhadapan dengan pelbagai masalah hingga mampu menggugat dan menggegar kewujudan serta keutuhannya kerana penyakit yang menular. Bangsa ini akan terus dilanda masalah dan terpaksa bergelumang dengan segala masalah ini hingga akhirnya ia tergugat dan mula kelihatan tidak bermaya dan lemah, kemudian ia akan menjadi sasaran semua pihak. Bangsa ini tidak akan mampu menahan segala asakan musuh. Jalan penyelesaiannya hanya melalui tiga cara; mengetahui punca penyakit, sabar menerima rawatan dan wujudnya seorang doktor pakar yang menjalankan rawatan ini hingga Allah mengizinkan dia menyembuhkan dan mencapai kejayaan. | قل مثل هذا في الأمم تماما , تعترضها حوادث الزمن بما يهدد كيانها و يصدع بنيانها و يسري في مظاهر قوتها سريان الداء , و لا يزال يلح عليها و يتشبث بها حتى ينال منها فتبدو هزيلة ضعيفة يطمع فيها الطامعون و ينال منها الغاصبون فلا تقوى على رد غاصب و لا تمنع من مطامح طامح , و علاجها إنما يكون بأمور ثلاثة : معرفة موطن الداء ,و الصبر على آلام العلاج , و النطاسي الذي يتولى ذلك حتى يحقق اله على يديه الغاية و يتمم الشفاء و الظفر . |
Tanda-tanda penyakit | الأعــراض |
Pengalaman dan sejarah telah mengajar kita bahawa penyakit bangsa Timur ini wujud dalam pelbagai keadaan dan telah menular ke setiap sudut hayat mereka. Dalam sudut politik bangsa ini telah dijajah oleh musuhnya. Dalam masa yang sama masyarakatnya pula hidup dalam keadaan berpuak, bermusuh dan berpecah. Dalam sudut ekonomi, amalan riba berleluasa di semua lapisan dan syarikat asing menguasai sumber kekayaan mereka. Dalam sudut pemikiran, timbul kekeliruan, kemurtadan dan amalan menolak tuhan yang boleh menggugat akidah mereka dan menghancurkan nilai-nilai baik dalam diri masyarakat mereka. Dalam sudut sosial pula, wujud budaya pergaulan bebas dan keruntuhan akhlak serta tidak mahu terikat dengan mana-mana budaya baik yang mereka warisi daripada generasi lama. Sifat terikut-ikut dengan budaya barat juga menular dalam kehidupan harian mereka ibarat bisa ular yang meracuni darah dan mencemar kesucian hidup mereka. Begitu juga dengan undang-undang ciptaan manusia yang tidak mampu menakutkan penjenayah dan tidak mampu mendidik serta tidak mampu mengembalikan hak daripada orang yang zalim. Mereka mengamalkan undang-undang yang tidak mampu menandingi undang-undang langit yang telah digubal oleh Tuhan yang mencipta manusia, Raja segala-galanya dan Pemilik jiwa manusia. Begitu juga wujud kepincangan dalam dasar pelajaran dan polisi pendidikan hingga menghalang generasi baru; bakal pemimpin dan pendokong kebangkitan masa depan daripada menerima bimbingan yang betul. Dalam sudut kejiwaan, bangsa ini ditimpa sifat-sifat lemah semangat, malas, pengecut, rendah diri, bacul, tamak dan pentingkan diri sendiri yang menyebabkan mereka tidak rela untuk berkorban. Mereka hanya berdiam diri tanpa mampu memberikan sebarang pengorbanan. Akhirnya bangsa ini terpinggir daripada semangat kepahlawanan mereka kepada hanya mahu berseronok dan berhibur. | و قد علمتنا التجارب و عرفتنا الحوادث أن داء هذه الأمم الشرقية متشعب المناحي كثير الأعراض قد نال من كل مظاهر حياتها , فهي مصابه في ناحيتها السياسية بالاستعمار من جانب أعدائها , و الحزبية و الخصومة و الفرقة و الشتات من جانب أبنائها , و في ناحيتها الاقتصادية بانتشار الربا بين كل طبقاتها و استيلاء الشركات الأجنبية على مواردها و خيراتها , و هي مصابة من الناحية الفكرية بالفوضى و المروق و الإلحاد يهدم عقائدها و يحطم المثل العليا في نفوس أبنائها , و في ناحيتها الاجتماعية بالإباحية في عاداتها و أخلاقها و التحلل من عقدة الفضائل ورثتها عن الغر الميامين من أسلافها و بالتقليد الغربي يسري في مناحي حياتها سريان لعاب الأفاعي فيسمم دمائها و يعكر صفو هنائها و بالقوانين الوضعية التي لا تزجر مجرما و لا تؤدب معتديا و لا ترد ظالما , و لا تغني يوما من الأيام غناء القوانين السماوية التي وضعها خالق الخلق و مالك الملك و رب النفوس و بارئها , و بفوضى في سياسة التعليم و التربية تحول دون التوجيه الصحيح لنشئها و رجال مستقبلها و حملة أمانة النهوض بها , و في ناحيتها النفسية بيأس قاتل و خمول مميت و جبن فاضح و ذلة حقيرة و خنوثة فاشية و شح و أنانية تكف الأيدي عن البذل و تقف حجابا دون التضحية و تخرج الأمة من صفوف المجاهدين إلى اللاهين اللاعبين . |
Apakah yang boleh diharapkan daripada sebuah bangsa yang memiliki segala faktor kelemahan ini malah mereka berada di tahap maksimum; dijajah, berpuak, mengamalkan riba, dikuasai syarikat asing, anti-agama, kepincangan sistem pendidikan dan perundangan, tidak bersemangat, tamak, bacul, pengecut, kagum dengan musuh sendiri hingga bersedia mengikut apa sahaja yang dilakukan oleh musuh terutama amalan yang tidak sihat. | وماذا يرجى من أمة اجتمعت على غزوها كل هذه العوامل بأقوى مظاهرها و أشد أعراضها: الاستعمار و الحزبية , و الربا و الشركات الأجنبية , و الإلحاد و الإباحية و فوضى التعليم و التشريع , و اليأس و الشح , و الخنوثة و الجبن , و الإعجاب بالخصم إعجابا يدعو إلى تقليده في كل ما صدر عنه و بخاصة في سيئات أعماله . |
Mana-mana satu daripada penyakit ini sudah cukup untuk membunuh sebuah bangsa. Apatah lagi jika semua penyakit ini ada pada mereka. Jika tidak kerana kekebalan, keutuhan dan kekuatan yang dimiliki oleh bangsa Timur yang diheret oleh musuh dan semenjak sekian lama cuba disuntik dengan kuman wabak hingga kuman-kuman ini membiak, jika tidak kerana kekebalan ini sudah tentu bangsa ini tidak lagi wujud. Namun Allah dan orang-orang yang beriman tidak akan merelakannya. | إن داء واحدا من هذه الأدواء يكفي لقتل أمم متظاهرة , فكيف و قد تفشت جميعا في كل أمة على حدة ؟ لولا مناعة و حصانة و جلادة و شدة في هذه الأمم الشرقية التي جاذبها خصومها حبل العداء من بعيد , و دأبوا على تلقيحها بجراثيم هذه الأمراض زمنا طويلا حتى باضت و أفرخت , لولا ذلك لعفت آثارها و لبادت من الوجود , و لكن يأبى الله ذلك و المؤمنون . |
Saudara, ini adalah penyakit ummah yang telah dikenal pasti oleh Ikhwan. Inilah yang sedang diusahakan oleh mereka iaitu untuk menyembuh dan mengembalikan semula kesihatan dan semangat mudanya yang telah hilang. | يا أخي : هذا هو التشخيص الذي يلمسه الإخوان في أمراض هذه الأمة , و هذا هو الذي يعملون في سبيل أن يبرئها منه و يعيد إليها ما فقدت من صحة و شباب . |
Impian dan perasaan | أمل و شعور |
Saudara, sebelum saya bincangkan penyelesaian yang perlu digunakan, saya mahu anda mengetahui bahawa kita tidak pernah berputus asa. Malah kita mempunyai cita-cita yang amat besar dan kita yakin tiada yang dapat menghalang kita mengecap kejayaan selain rasa putus asa. Kita mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa kita pasti mencapai kejayaan dengan izin Allah. Syukur kepada Allah, kita tidak pernah berputus asa dan hati ini tidak pernah diulit rasa putus asa. | أحب أن تعلم يا أخي أننا لسنا يائسين من أنفسنا و أننا نأمل خيرا كثيرا و نعتقد أنه لا يحول بيننا و بين النجاح إلا هذا اليأس ، فإذا قوي الأمل في نفوسنا فسنصل إلى خير كثير إن شاء الله تعالى، لهذا نحن لسنا يائسين و لا يتطرق إلى قلوبنا و الحمد لله. |
Segala yang berlaku di sekeliling kita memberikan kita harapan walaupun ada yang bersikap pesimis. Apabila anda masuk menemui seorang pesakit yang telah berubah daripada bercakap kepada diam, daripada bergerak kepada kaku anda akan rasakan saat akhirnya hampir tiba dan sudah sukar untuk diubat. Namun jika sebaliknya, pesakit tadi berubah daripada diam kepada bercakap, daripada kaku kepada bergerak, anda akan merasakan pesakit ini akan semakin sembuh dan kesihatannya semakin baik. Pernah suatu ketika dahulu bangsa Timur ini kaku membisu namun kini ia mula bangkit sedar semula dalam segenap aspek. Timur kini mula bangkit dengan semangat yang membara. Jika tidak kerana belenggu yang terlalu berat dan kepimpinan yang tidak berpusat, sudah tentu kesedaran ini akan membawa kesan yang menakjubkan. Belenggu ini tidak akan kekal selama-lamanya dan pasti berakhir. Dalam sekelip mata Allah boleh mengubah banyak perkara. Orang yang kehairanan tidak akan selamanya dalam kehairanan, setelah dia memperolehi petunjuk dan setelah keadaan huru-hara bertukar menjadi stabil. Segala-galanya terserah kepada Allah. | و كل ما حولنا يبشر بالأمل رغم تشاؤم المتشائمين، إنك إذا دخلت على مريض فوجدته تدرج من كلام إلى صمت ومن حركة إلى سكون شعرت بقرب نهايته و عسر شفائه و استفحال دائه ، فإذا انعكس الأمر وأخذ يتدرج من صمت إلى كلام و من همود إلى حركة شعرت بقرب شفائه و تقدمه في طريق الصحة والعافية. و لقد أتى على هذه الأمم الشرقية حين من الدهر جمدت فيه حتى ملها الجمود وسكنت حتى أعياها السكون و لكنها الآن تغلي غليانا بيقظة شاملة في كل مناحي الحياة، وتضطرم اضطراما بالمشاعر الحية القوية و الأحاسيس العنيفة. و لولا ثقل القيود من جهة والفوضى في التوجيه من جهة أخرى لكان لهذه اليقظة أروع الآثار، و لن تظل هذه القيود قيودا أبد الدهر فإنما الدهر قلب، و ما بين طرفة عين و انتباهتها يغير الله من حال إلى حال، و لن يظل الحائر حائرا فإنما بعد الحيرة هدى و بعد الفوضى استقرار ، ولله الأمر من قبل ومن بعد . |
Oleh itu kita tidak akan sekali-kali berputus asa. Ayat-ayat Allah dan hadis-hadis Rasulullah saw. memaparkan pembentukan sesebuah bangsa dan kebangkitan mereka setelah hampir-hampir hancur. Begitu juga dengan kisah-kisah yang berkenaan di dalam Kitab Allah. Semua ini mengajak kita supaya sentiasa menaruh harapan dan akan sentiasa memimpin kita ke arah kebangkitan yang betul. Umat Islam amat-amat memahaminya (jika mereka mengkaji). | لهذا لسنا يائسين أبدا , و آيات الله تبارك و تعالى و أحاديث رسوله صلى اله عليه و سلم وسنته تعالى في تربية الأمم وإنهاض الشعوب بعد أن تشرف على الفناء , و ما قصه علينا في كتابه , كل ذلك ينادينا بالأمل الواسع , و يرشدنا إلى طريق النهوض و لقد علم المسلون – لو يتعلمون – . |
Anda sendiri pernah membaca awal Surah al-Qasas: | و إنك لتقرأ الآية الكريمة في أول سورة القصص: |
Taa, Siin, Miim. Inilah ayat-ayat Kitab – Al-Quran – yang memberi penjelasan. Kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) sebahagian dari kisah Nabi Musa dan Firaun dengan keterangan yang benar bagi orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan. Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya). Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan kepada Firaun dan Haman bersama-sama tentera mereka apa yang mereka bimbangkan dari golongan yang bertindas itu. (Al-Qasas: 1-6) | (طسم , تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ , نَتْلُو عَلَيْكَ مِنْ نَبَأِ مُوسَى وَفِرْعَوْنَ بِالْحَقِّ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ , إِنَّ فِرْعَوْنَ عَلا فِي الأَرْضِ وَجَعَلَ أَهْلَهَا شِيَعاً يَسْتَضْعِفُ طَائِفَةً مِنْهُمْ يُذَبِّحُ أَبْنَاءَهُمْ وَيَسْتَحْيِي نِسَاءَهُمْ إِنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ , وَنُرِيدُ أَنْ نَمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ , وَنُمَكِّنَ لَهُمْ فِي الأَرْضِ وَنُرِيَ فِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَجُنُودَهُمَا مِنْهُمْ مَا كَانُوا يَحْذَرُونَ) (القصص:1-6) . |
Apabila anda membaca ayat ini anda lihat bagaimana keangkuhan golongan yang sesat. Mereka berbangga dengan kekuatan mereka. Mereka begitu yakin dengan kehebatan mereka hingga mereka melupakan Allah yang sentiasa memerhati mereka. Di saat mereka begitu gembira dengan kekuatan yang dimiliki, Allah yang Maha Berkuasa mengazab mereka. Kehendak Allah pasti akan membantu orang-orang yang dizalimi dan akan membantu orang yang membantu golongan yang lemah hingga akhirnya golongan yang sesat akan hancur sama sekali. Ketika itu kebenaran akan tertegak kukuh dan pendokongnya akan mencapai kemenangan. Ayat ini dan ayat-ayat lain yang termaktub di dalam Kitab Allah cukup untuk menolak segala alasan untuk berputus asa oleh mana-mana bangsa Islam yang beriman dengan Allah, utusan-Nya dan kitab-Nya. Bilakah umat Islam akan memahami hakikat yang dinyatakan oleh kitab Allah ini? | تقرأ هذه الآية الكريمة فترى كيف يطغى الباطل في صولته و يعتز بقوته، و يطمئن إلى جبروته و يغفل عن عين الحق التي ترقبه، حتى إذا فرح بما أوتي أخذه الله أخذ عزيز مقتدر، و أبت إرادة الله إلا أن تنتصر للمظلومين و تأخذ بناصر المهضومين المستضعفين فإذا الباطل منهار من أساسه و إذا الحق قائم البنيان متين الأركان وإذا أهله هم الغالبون ، وليس بعد هذه الآية الكريمة وأمثالها من آيات كتاب الله عذر في اليأس والقنوط لأمة من أمم الإسلام تؤمن بالله ورسوله وكتابه. فمتى يتفقه المسلمون في كتاب الله ؟ |
Saudara, atas dasar inilah Ikhwan al-Muslimin tidak pernah berputus asa. Pertolongan Allah pasti akan turun untuk bangsa ini walau apa sekalipun rintangan yang menimpa. Dengan harapan yang membara inilah, mereka bekerja dan Allah sahaja yang akan membantu. | لمثل هذا يا أخي وهو كثير في دين الله لم ييأس الإخوان المسلمون من أن ينزل نصر الله على هذه الأمم رغم ما يبدوا أمامها من عقبات ، وعلى ضوء هذا الأمل يعملون عمل الآمل المجد و الله المستعان. |
Berkenaan wasilah yang telah saya janjikan tadi untuk saya bincangkan, ada tiga asas yang menjadi landasan kepada fikrah atau gagasan Ikhwan. | أما الوسيلة التي وعدتك الكلام عليها فهي أركان ثلاثة تدور عليها فكرة الإخوان: |
1. Manhaj yang sahih (pendekatan yang betul): Asas ini ditemui oleh Ikhwan al-Muslimin di dalam kitab Allah, sunnah rasul-Nya dan hukum-hakam Islam. Dengan syarat umat Islam memahaminya dengan cara yang bersih dan suci, jauh daripada sebarang anasir luar dan rekaan. Justeru dengan asas ini umat Islam akan mengkaji Islam dengan cara yang mudah, meluas dan menyeluruh. | أولها_ المنهاج الصحيح: وقد وجده الإخوان في كتاب الله و سنة رسوله و أحكام الإسلام حين يفهمها المسلمون على وجهها غضة نقية بعيدة عن الدخائل و المفتريات فعكفوا على دراسة الإسلام على هذا الأساس دراسة سهلة واسعة مستوعبة. |
2. Beramal dan beriman: Atas dasar ini Ikhwan berusaha melaksanakan semua aspek agama Allah yang mereka fahami tanpa sebarang kompromi. Syukur kepada Allah, mereka semua adalah orang yang meyakini gagasan dan matlamat mereka. Mereka yakin dengan bantuan Allah selagimana mereka beramal untuk Allah dan menurut hidayah Rasulullah saw. | و ثانيها_ العاملون المؤمنون: و لهذا أخذ الإخوان أنفسهم بتطبيق ما فهموه من دين الله تطبيقا لا هوادة فيه و لا لين، و هم بحمد الله مؤمنون بفكرتهم مطمئنون لغايتهم واثقون بتأييد الله إياهم ما داموا له يعملون و على هدي رسوله يسيرون. |
3. Pimpinan yang mantap dan diyakini: Begitulah Ikhwan al-Muslimin. Mereka akan sentiasa mentaatinya dan akan bekerja di bawah panjinya. | و ثالثها_ القيادة الحازمة الموثوق بها: و قد وجدها الإخوان المسلمون كذلك، فهم لها مطيعون و تحت لوائها يعملون. |
Saudara, demikianlah apa yang ingin saya bicarakan kepada saudara tentang dakwah kita. Suatu ungkapan yang penuh bermakna. “Saudara ibarat Nabi Yusuf bagi impian ini”. Jika anda tertarik dengan apa yang kami lakukan ini marilah kita sama-sama berganding bahu bekerja berpegangan tangan untuk tujuan ini. Allah adalah Pemberi petunjuk dan Dialah tempat pergantungan kita. Dialah sebaik-baik tempat berharap. Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. | هذا ما أردت أن أتحدث به إليك عن دعوتنا و هو تعبير له تعبير، و أنت يوسف هذه الأحلام، فإن راقك ما نحن عليه فيدك مع أيدينا لنعمل سويا في هذا السبيل و الله و لي توفيقنا و هو حسبنا و نعم الوكيل فنعم المولى و نعم النصير. |
| |
Allah Maha Besar dan segala puji untuk Allah. | و الله أكبر و لله الحمد |