Adakah Kita Golongan Yang Praktikal?

هل نحن قوم عمـليون؟

Kandungan
Muqaddimahمـقـدمـة
Persoalanسؤال مهم .. وأصناف سائليه
Buat Umat Islam Yang Bersemangat Tinggiللغيورين من أبناء الإسلام
Institusi dan Programمؤسسـات  ومشـاريع
Membina Lelaki Sejatiإعــداد الرجـــال
Menentukan Cara Sambil Berpegang Kepada Prinsipتحديد الوسيلة واعتماد المبدأ
Kedudukan Sembahyangمنزلة الصــلاة
Zakatالـــزكاة
Jihad Adalah Kebanggaan Kitaالجهـاد عزّنــا
Hak Al-Quranحــق القـرآن
Pendekatan dan neraca Ikhwanمنهج الإخوان وميزانهم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayangبِـسْـــمِ اللهِ الرَّحْمَــنِ الرَّحِيـمِ
Dalam risalah “Halatuju Dakwah Kita”  saya telah menjawab tentang soalan yang sering dikemukakan oleh ramai pihak. Mereka sering bertanya setiap kali mereka diundang untuk membantu pertubuhan Ikhwan al-Muslimin, apakah sebenarnya yang diperjuangkan oleh pertubuhan Ikhwan al-Muslimin. Saya rasa saya telah menjelaskan prinsip-prinsip dakwah ini dalam risalah tersebut sekaligus menjawab segala persoalan tadi dengan cukup jelas, tiada lagi kekeliruan dan salah faham. Bagi pihak yang bertanya tadi, saya telah gariskan prinsip-prinsip dakwah ini dalam tajuk yang pertama kemudian saya huraikan pula secara terperinci dalam tajuk-tajuk berikutnya. Jadi tiada alasan lagi bagi mereka yang mahu mengenali hakikat dakwah Ikhwan al-Muslimin baik secara ringkas mahupun secara mendalam.قد أجبنا في الرسالة السابقة (إلى أي شئ ندعو الناس)عن سؤال يتردد كثيرا علي أفواه كثير من الناس , فهم كانوا يسألون دائما كلما دعاهم داع إلى تشجيع (جماعة الإخوان المسلمون) والي أي شيء تدعو جماعة الإخوان المسلمون؟ وأحسبني أوضحت مبادئ هذه الدعوة بما يجعل الجواب علي هذا السؤال واضحا لا لبس فيه ولا غموض , وأظنني أجملت لهؤلاء السائلين مبادئ هذه الدعوة في الكلمة الأولى ثم فصلتها في الكلمات التي تلتها فلم يبق عذر للذي يريد أن يتعرف حقيقة دعوة الإخوان إجمالا وتفصيلا .
 سؤال مهم .. وأصناف سائليه
Namun masih ada satu soalan lagi yang sering diperkatakan oleh orang ramai setiap kali mereka diajak membantu dakwah ini, dakwah yang sentiasa bekerja siang dan malam tanpa mengharapkan balasan atau sanjungan daripada sesiapa, sebaliknya dakwah ini hanya bekerja kerana Allah sahaja. Dalam setiap langkahnya, dakwah ini hanya mengharapkan bantuan dan dokongan Allah. Hanya daripada Allah sahaja akan tiba segala bantuan. Slogan mereka yang bekerja dalam dakwah ini ialah: وبقي سؤال آخر يتردد كثيرا علي أفواه الناس كذلك كلما دعاهم داع إلى تشجيع هذه الجماعة , التي تدأب علي العمل ليل نهار لا تبتغي من أحد جزاء ولا شكورا , ولا تعمل إلا لله وحده ولا تعتمد في خطواتها إلا علي تأييده ونصره وما النصر إلا من عند الله , وشعار كل عامل من العاملين :
Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali. (Hud: 88)إن أريد إلا الإصلاح ما استطعت وما توفيقي إلا بالله عليه توكلت وإليه أنيب .
Soalan ini biasanya lahir dalam bentuk sindiran atau rasa curiga daripada mereka yang saudara dakwah.هذا السؤال الآخر أن يقول لك ذلك الذي تدعوه في استهانة  وإعراض غالبا :
Soalannya: Adakah jamaah ini jamaah yang praktikal? Atau adakah anggota jamaah ini adalah orang-orang yang praktikal juga?وهل هذه الجماعة جماعة عملية ؟وهل أعضاؤها قوم عمليون ؟
Orang yang bertanya ini mungkin terdiri daripada salah satu kumpulan manusia berikut:وهذا السائل أحد أصناف من الناس …
Seorang yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri sendiri. Soalan seperti ini diajukan hanya bertujuan memperkecilkan jamaah-jamaah, dakwah-dakwah, prinsip-prinsip dan penggerak perubahan yang ada. Apa yang penting bagi mereka ialah kepentingan peribadinya. Bagi golongan ini isu masyarakat yang penting hanyalah isu yang boleh digunakan untuk kepentingan diri mereka.إما شخص متهكم مستهتر لا يعنيه إلا أمر نفسه , ولا يقصد من إلقاء هذا السؤال إلا أن يهزأ بالجماعات والدعوات والمبادئ والمصلحين , لأنه لا يدين بغير مصلحته الشخصية , ولا يهمه من أمر الناس إلا الناحية التي يستغلهم منها لفائدتهم فقط ..
Orang ini juga mungkin orang yang hidup dalam dunia sendiri, mereka tiada tujuan, tiada wawasan dan tiada pegangan.أو هو شخص غافل عن نفسه وعن الناس جميعا فلا غاية ولا وسيلة ولا فكر ولا عقيدة ..
Orang ini juga mungkin golongan yang gemar bermain bahasa, suka melahirkan kata-kata yang berbelit dan cenderung melahirkan ucapan yang hebat-hebat supaya para pendengar akan memuji mereka sebagai orang yang bijak. Mereka mahu masyarakat melihat mereka ini hebat sedangkan mereka sebenarnya tiada memiliki apa-apa. Selain itu mereka juga mahu kamu menyangka mereka ini mahu bekerja. Mereka tidak melaksanakannya kerana mereka belum tahu cara untuk melaksanakannya. Namun mereka sedar mereka sebenarnya membohongi diri mereka sendiri. Apa yang mereka lakukan ini sebenarnya hanya untuk menutup kelemahan dan keegoan mereka.وإما شخص مغرم بتشقيق الكلام وتنميق الجمل والعبارات وإرسال الألفاظ فخمة ضخمة ليقول السامعون إنه عالم , وليظن الناس أنه علي شئ وليس هو علي شئ وليلقي في روعك أنه يود العمل ولا يقعده عن مزاولته إلا أنه لا يجد الطريق العملي إليه , وهو يعلم كذب نفسه في هذه الدعوى وإنما يتخذها ستارا يغطي به قصوره وخوره وأنانيته وأثرته ..
Orang ini juga mungkin adalah golongan yang mahu melemahkan semangat orang yang menyeru mereka supaya kelemahan pendakwah ini nanti akan menjadi alasan untuk mereka terus berpeluk tubuh, culas dan menjadi sebab untuk tidak beramal. وإما شخص يحاول تعجيز من يدعوه ليتخذ من عجزه عن الإجابة عذراً للقعود بالعلة  للخمول والمكسلة ، وسبباً للانصراف عن العمل للمجموع .
Buktinya, jika anda dapat kemukakan kepada mereka cara untuk beramal dan anda gariskan kepada mereka langkah-langkah yang produktif kemudian apabila anda alihkan mata, telinga, akal dan tangan mereka ke arah jalan yang benar nescaya mereka akan memalingkan wajah mereka, kebingungan, teragak-agak untuk bercakap dan bertindak. Akhirnya mereka akan mencari segala alasan dan cara untuk melarikan diri daripada anda. Itupun setelah mereka kemukakan kepada anda pelbagai kritikan. Setelah mereka berdebat serta berbahas namun akhirnya mereka meninggalkan anda dengan penuh angkuh.وآية ذلك عند هؤلاء جميعاً أنك إذا فاجأتهم بالطريق العمليّ , وأوضحت لهم مناهج العمل المثمر , وأخذت بأبصارهم وأسماعهم وعقولهم وأيديهم إلى الطريق المستقيم لوّوا رؤوسهم وحاروا في أمرهم وأسقط في أيديهم , وظهر الاضطراب والتردد في ألفاظهم وحركاتهم وسكناتهم وأخذوا ينتحلون المعاذير ويرجئونك إلى وقت الفراغ ويتخلصون منك بمختلف الوسائل ، ذلك بعد آن يكونوا أمضوك اعتراضاً وأجهدوك نقاشاً ومحاوره ، ورأيتهم بعد ذلك يصدون وهم مستكبرون  .
Mereka ini ibarat seorang lelaki yang menyiapkan pedang yang tajam, tombak yang berkilauan dan pelbagai senjata lain kemudian setiap malam melihat kesemua senjata ini sambil menunjukkan rasa kesalnya kerana tiada seorang musuh pun di hadapannya untuk dia memperlihatkan kehebatan dan keberaniannya. Lantas isterinya cuba menguji kesungguhannya. Suatu malam si isteri mengejutkan suaminya sambil menjerit meminta tolong: “Bangun, bang kita telah diserang seekor kuda.” Lantas lelaki ini terjaga ketakutan dengan muka yang pucat dan menggigil sambil mulutnya tidak henti-henti menyebut, “kuda, kuda”. Itu sahaja yang dilakukannya tanpa cuba untuk menyelamatkan diri. Menjelang pagi, lelaki ini sudah tidak tentu arah akibat ketakutan. Walaupun dia tidak berhadapan dengan musuh ataupun melihat musuh. Inilah yang diungkapkan oleh seorang penyair:وإنما مثلهم في ذلك كالذي حدثوا أن رجلاً أعد سيفا قاطعاً ورمحاً نافذاً وعدةً وسلاحاً ، وأخذ كل ليلة ينظر إليها ويتحرق أسفا ً لأنه لا يرى خصما أمامه يُظهر في نزاله براعته ويؤيد بحربه شجاعته ، فأرادت امرأة أن تختبر صدق قوله ، فأيقظته ذات ليلة مع السحر ونادته بلهجة المستغيث : قم أبا فلان فقد طرقتنا الخيل ، فاستيقظ فزعا تعلوه صفرة الجبن وتهز أوصاله رعدة الخوف ، وأخذ يردد في ذهول واضطراب :  الخيل.. الخيل..  لا يزيد على ذلك ولا يحاول أن يدفع عن نفسه ، وأصبح الصبح وقد ذهب عقله خوفاً وإشفاقا ، وطار لبه وجلا ورعبا ، وما نازل خصما ولا رأى عدوا ، وذلك كما قال القائل :
Apabila si pengecut bersendirian di tengah medanDia akan mencabar mengangkat senjata menuntut peperangan.وإذا ما خلا الجبان بأرض                 طلب الطعن وحده والنزالا
Tepat sepertimana firman Allah: بل كما قال الله تبارك وتعالى  :
Sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang (munafik) yang menghalangi di antara kamu, dan orang-orang yang berkata kepada saudara-saudaranya: Marilah bersatu dengan kami, sedang mereka tidak turut berperang melainkan sebentar sahaja. Mereka bersikap bakhil kedekut terhadap kamu (wahai orang-orang mukmin untuk memberikan sebarang pertolongan); dalam pada itu apabila datang (ancaman musuh yang menimbulkan) ketakutan, engkau melihat mereka memandang kepadamu (wahai Muhammad, meminta pertolonganmu) dengan keadaan mata mereka berputar seperti orang yang pengsan semasa hampir mati. Kemudian apabila hilang perasaan takut itu, mereka mencela kamu dengan lidah yang tajam, sambil mereka tamakkan kebaikan (yang diberikan Allah kepada kamu). Mereka itu tidak beriman, lalu Allah gugurkan amal-amal mereka. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya. (Al-Ahzab: 18-19)(قَدْ يَعْلَمُ اللهُ الْمُعَوِّقِينَ مِنْكُمْ وَالْقَائِلِينَ لإِخْوَانِهِمْ هَلُمَّ إِلَيْنَا وَلا يَأْتُونَ الْبَأْسَ إِلا قَلِيلاً , أَشِحَّةً عَلَيْكُمْ فَإِذَا جَاءَ الْخَوْفُ رَأَيْتَهُمْ يَنْظُرُونَ إِلَيْكَ تَدُورُ أَعْيُنُهُمْ كَالَّذِي يُغْشَى عَلَيْهِ مِنَ الْمَوْتِ فَإِذَا ذَهَبَ الْخَوْفُ سَلَقُوكُمْ بِأَلْسِنَةٍ حِدَادٍ أَشِحَّةً عَلَى الْخَيْرِ أُولَئِكَ لَمْ يُؤْمِنُوا فَأَحْبَطَ اللهُ أَعْمَالَهُمْ وَكَانَ ذَلِكَ عَلَى اللهِ يَسِيراً) (الأحزاب:18-19) .
Tiada apa yang ingin kita perkatakan kepada manusia-manusia seperti ini. Kitapun tiada sebarang jawapan untuk diberikan kepada mereka. Cuma untuk mereka kita katakan: Salam sejahtera kepada kamu, kami tidak mahu bersama dengan orang-orang yang jahil. Tulisan kita bukan ditujukan untuk mereka dan ceramah kita juga bukan untuk mereka. Kita telah terlalu lama menaruh harapan pada mereka dan kita telah terpedaya dengan kata-kata manis mereka. Namun akhirnya sikap sebenar mereka terbongkar juga setelah banyak masa terbuang, banyak tenaga disia-siakan dan kelancaran jalan kita terbantut. Kita mengenali semua golongan ini dengan pelbagai rupa dan gaya mereka. Kini diri ini sudah tidak lagi yakin dengan mereka dan tidak akan mengharapkan mereka dalam apa juga hal walau sekecil mana sekalipun.وليس لنا مع هذا الألوان من الناس قول وليس لهم عندنا جواب إلا أن نقول لهم : سلام عليكم لا نبتغى الجاهلين . وما لهؤلاء كتبنا ولا إياهم خطبنا . فلقد أملنا فيهم الخير طويلا ، انخدعنا بمعسول دعاويهم  وعذب ألفاظهم حينا ..  ثم تكشف أمرهم عن وقت أضيع ، ومجهود عقيم ، وتعويق عن الطريق , ورأينا منهم ضروبا وألوانا وأصنافا  وأشكالا جعلت النفس لا تركن إليهم ولا تعتمد في شأن من الشؤون مهما كان صغيرا عليهم .
Walau bagaimanapun ada sekumpulan manusia yang jumlah mereka sedikit tetapi usaha mereka hebat. Kumpulan seperti ini jarang sekali wujud tetapi mereka diberkati dan boleh diharapkan. Mereka akan bertanya soalan ini dengan penuh semangat dan ikhlas kepada anda apabila anda mengajak mereka untuk bersama anda dan membantu anda. Semangat ini mendorong mereka untuk bekerja jika mereka tahu cara bekerja yang boleh membuahkan hasil. Semangat ini akan mendorong mereka untuk bermujahadah cuma mereka tidak bertemu dengan ruang untuk menampilkan kehebatan sebenar mereka. Mereka bersama dengan masyarakat, mereka mengkaji semua pertubuhan, mereka aktif bersama pelbagai jamaah. Namun mereka masih belum bertemu dengan sesuatu yang dapat memenuhi kehendak mereka. Sesuatu yang  sesuai dengan kemahuan mereka, meyakinkan hati mereka, bertepatan dengan semangat dan jiwa mereka. Jika mereka ini bertemu dengan apa yang dikehendaki sudah tentu mereka akan berada di barisan hadapan. Malah kewujudan mereka ini walaupun seorang di medan sama seumpama seribu orang. Nescaya mereka akan berada bersama mereka yang bekerja mencurahkan segala tenaga dan keringat.وهناك صنف آخر من الناس قليل بعدده كثير بجهده , نادر ولكنه مبارك ميمون ، يسألك هذا السؤال إذا دعوته المشاركة والتشجيع بغيرة وإخلاص، إنه غيور تملأ الغيرة قلبه  ، عامل يود لو علم طريق العمل المثمر ليندفع فيها ، مجاهدا ولكنه لا يرى الميدان الذي تظهر فيه بطولته ، خبر الناس ودرس الهيئات وتقلب في الجماعات فلم يرى ما يملأ نفسه ويشبع نهمته ويسكن فؤاده ويقر ثأر شعوره ويرضي يقظة ضميره ، ولو رآه  لكان أول الصف ولعد في الميدان بألف ، ولكان  في حلبة العاملين  سابقا مجليا سائل الغرة ممسوح الجبين .
Kumpulan manusia seperti inilah yang sedang dicari-cari. Saya yakin jika mereka ini terdengar seruan ini dan menerima harapan ini nescaya mereka akan menjadi orang yang akan bekerja bersama mereka yang gigih atau mereka akan menjadi orang yang bersimpati bersama mereka yang mencintai jalan ini. Mereka ini tidak akan beralih kepada yang lain. Sekiranya mereka tidak bersama gagasan ini mereka tidak akan menentang gagasan ini. Tulisan ini kita tujukan kepada kumpulan manusia seperti ini. Kepada mereka inilah kita sampaikan ceramah kita. Kita cuba pupuk persefahaman bersama mereka. Walau bagaimanapun hanya Allah sahaja yang memilih tenteraNya dan memilih mereka yang akan bekerja untukNya. هذا الصنف هو الحلقة المفقودة والضالة المنشودة ، وأنا على ثقة أنه إن وقع في أذنه هذا النداء وتلقى فؤاده هذا النجاء لن يكون إلا أحد الرجلين : إما عامل مع المجدين ، وإما عاطف من المحبين ، ولن يكون غير ذلك أبدا . فهو إن لم يكن للفكرة فلن يكون عليها . ولهذا الصنف نكتب .. وإياه نخاطب ومعه نتفاهم ..وان الله وحده هو الذي يختار جنده وينتخب صفوة العاملين  له :
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. (Al-Qasas: 56)(إِنَّكَ لا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ) (القصص:56) ,
Semoga kita dipimpin ke arah yang kita ingini ini dan Allah pasti benar. Dialah yang memimpin jalan ini.ولعلنا نوفق إلى ما  قصدنا إليه  .. والله يقول الحق وهو يهدى السبيل  .
Buat Umat Islam Yang Bersemangat Tinggiللغيورين من أبناء الإسلام
Buat manusia seperti ini yang diibarat umpama permata yang berharga, semangat mereka tinggi, jiwa mereka suci, mereka mahu dan sentiasa bersedia untuk bekerja. Cuma mungkin ada sesuatu yang menghalang mereka, seperti kata penyair:لهذا الصنف :الكريم المعادن ، النفيس الجواهر ،العالي الهمة ، النبيل النفس ، الذي يود العمل ويتمناه ، ويقعد بهم عن تحقيق أمنيته قول القائل :
Aku tinggalkan manusia kerana aku mengenali merekaTelah banyak pengalamanku bersama teman demi temanوزهدي في الناس معرفتي بهموطول اختباري صاحبا بعد صاحب

Setiap hari, aku gembira menyambut permulaannyaNamun akhirnya aku sedih melihat penghujungnya.
فلم ترني الأيام خِـلا تسـرنيمبـاديه إلا سـاءنى في  العواقـب
Buat mereka ini kita katakan: Anda kini berada di hadapan sebuah dakwah baru bersama manusia yang bangkit mengajak anda supaya bekerja bersama mereka, bergabung bersama mereka, bekerja dalam kumpulan mereka menuju ke matlamat yang menjadi harapan dan impian setiap muslim dan mukmin. Anda berhak untuk bertanya sejauhmana keberkesanan agenda dakwah ini. Malah anda perlu menilai dan memahami apakah yang mereka kemukakan kepada anda ini. Saya kagum dengan seorang teman yang saya pelawa untuk bersama jamaah kita ini, dia membincangkan semua kata-kata saya, dia cuba memahami setiap perkara dan dia membahaskan setiap agenda sehingga setelah dia yakin dia meluahkan kata-katanya yang sehingga kini masih dipelihara dan dikotakannya. Dia sehingga kini masih menjadi orang yang gigih bekerja. Saya berharap semoga dia akan terus demikian dengan izin Allah Taala. Namun bagi orang-orang seperti saudara yang dihormati ini kita kemukakan kepada mereka beberapa perkara:نقول: أنت الآن أمام دعوة جديدة وقوم ناشئين يدعونك إلى العمل معهم والانضمام إليهم والسعي بجوارهم إلى الغاية التي هي أمل كل مسلم ورجاء كل مؤمن ، ومن حقك أن تسأل عن مدي وسائلهم العملية ، ومن واجبك أن تتحرى وتتفقه فيما يدعونك إليه. ولقد أعجبني من صديق دعوته إلى جماعتنا أنه كان يراجعني في كل كلمه ويقف أمام كل عبارة ويناقش كل وسيله حتى إذا اقتنعت نفسه قال كلمته فما زالت مرعية الجانب محققه المعني واضحة الأثر  ، وما زال هو العامل المجد إلى الآن وأرجو أن يظل كذلك بحول الله تعالى . ولكنا مع هذا نسوق لمثل هذا الأخ الكريم هذه الملاحظات   :  –
Tidakkah saudara sependapat dengan kami bahawa daripada kita kemukakan semua soalan ini adalah lebih baik kita terus sertai jamaah ini. Kita bekerja berganding bahu bersama para aktivisnya. Jika kita lihat apa yang dilakukan itu baik kita teruskan. Jika tidak, jalan keluar terbuka luas terutama pintu untuk sesiapa sahaja keluar dan masuk. Seperti yang diperkatakan,  semua tindakan jamaah ini nampak jelas. Tiada perkara yang disembunyikan dan tiada perkara yang dirahsiakan. Terdapat suatu kisah di mana suatu ketika ahli-ahli bahasa tidak sependapat tentang jumlah rangkap syair Alfiyah Ibnu Malik. Perselisihan yang timbul ini nampaknya tiada jalan penyelesaian sehinggalah suatu ketika  ada seorang pakar bahasa membawakan sebuah naskhah Alfiyah Ibnu Malik sambil berkata: Ini dia, kiralah jumlahnya. Akhirnya mereka berjaya mencapai kata sepakat. Tindakan pakar tersebut berjaya menyelesaikan masalah mereka.ألا يرى الأخ معنا أن الأجدر بنا بدل أن نسأل هذا السؤال أن ندخل ضمن الجماعة ونعمل مع العاملين فيها ونلقى بدلونا بين الدلاء ، فان رأينا خيرا ً فذلك , وان كانت الأخرى فطريق الانفصال واضحة ، ولا سيما إذا كان الباب على  مصراعيه لمن يدخل أو يخرج وكانت أعمال الجماعة جلية على المكشوف كما يقولون لا خفاء بها ولا سر فيها ؟ ولقد حدثوا أن النحويين اختلفوا فيما بينهم على عدد أبيات ألفية ابن مالك  ، فكان هذا الخلاف مثار جدل عنف لم يوصلهم إلى شيء ، حتى  تدخل أحد عقلائهم فأحضر نسخة منها وقال : ها هي ذه عدوها واتفقوا …فكان في ذلك حسم الخلاف .
Saudara yang dihormati, inilah pertubuhan Ikhwan al-Muslimin, di mana jua mereka berada mereka mengajak manusia, mereka membuka hati, pintu dan markas mereka kepada semua manusia. Oleh itu marilah bersama-sama kami. Jika anda lihat ada sesuatu yang sesuai dengan anda maka ianya berkat daripada Allah. Namun jika sebaliknya, katakanlah sebagaimana kata Bashar:هذه جماعة الإخوان يا عزيزي في كل مكان تنادى الناس وتفتح لهم قلبها وبابها وناديها ، فهلم فان رأيت ما تحب  فعلى بركة الله وان لم  تر ذلك  فقل كما قال بشار :
“Jika satu kampung tidak mempedulikan aku atau aku tidak mempedulikannya
Nescaya aku akan keluar bersama sang helang ke tengah malam yang gelap gelita.”
إذا أنكرتني بلدة أو نكرتها                 خرجت مع البازي على سواد
Tidakkah saudara sependapat dengan kami bahawa sebuah jamaah bererti gabungan sekumpulan individu, jika semua orang bertanya soalan ini maka di mana letaknya sebuah jamaah? Sebenarnya ini adalah mainan akal yang sering berlaku pada ramai manusia. Jika anda ingin takrifkan sebuah kerusi anda akan katakan ia adalah sebuah struktur yang terdiri daripada tempat duduk, tempat sandar dan empat kaki. Namun tidakkah anda rasakan ini hanyalah mainan akal. Bukankah itu tidak benar kerana bukankah struktur itu mesti terdiri daripada ketiga-tiga elemen tadi. Jika sebuah kerusi dipisahkan daripada kaki, tempat duduk dan tempat sandarnya adakah masih ada lagi struktur tersebut? Adakah masih wujud lagi kerusi tersebut?أولاً يرى الأخ معنا أن الجماعات هي الأفراد منضمة ، فإذا كان كل فرد يسأل هذا السؤال فأين الجماعة إذن ؟ هذه خدعة عقلية يقع فيها كثير من الناس ، فأنت إذا شئت أن تعرف الكرسي قلت هو جسم يتركب من مقعد ومسند وأربع أرجل ، ولكن ألست ترى أن هذه خديعة وان ذلك ليس بصحيح ، فهل الجسم غير هذه الثلاثة ؟ وإذا جردت الكرسي من أرجله ومقعده ومسنده فهل يبقى هناك جسم أو أثر يصح أن تطلق عليه صفة الوجود فضلا عن الصفات الأخرى؟   
Demikianlah bagaimana manusia menipu diri mereka sendiri. Mereka merasakan jamaah dan individu adalah dua perkara yang berlainan. Pada hakikatnya jamaah adalah individu itu sendiri dan individu adalah jamaah itu sendiri. Individu menjadi sel-sel yang membina jamaah tersebut. Jika semua sel ini bertaburan dan setiap individu bertanya tentang apa itu jamaah, maka di manakah jamaah itu? Siapakah yang bertanya dan siapakah yang ditanya? Kesilapan ini timbul kerana sikap terlalu berserah menyebabkan kita selalu menyerahkan sesuatu tanggungjawab kepada hanya seseorang atau masing-masing menolak kepada seseorang. Seterusnya orang ini dibiarkan bersendirian tanpa ada sesiapa yang membantunya. Di sini ingin saya tegaskan kepada sesiapa sahaja di kalangan umat Islam yang bersemangat tinggi, mana-mana jamaah Islam di zaman ini amat-amat memerlukan individu-individu yang mahu bekerja dan berfikir. Mereka memerlukan orang-orang yang berani dan produktif. Oleh itu, diharamkan kepada sesiapa sahaja yang memahami hakikat ini untuk melewatkan diri menyahut seruan ini walaupun sesaat.كذلك يخدع الناس أنفسهم في قضية الجماعات والأفراد ، فهم يظنون أن الجماعات شيء والأفراد شيء وما الجماعات في الحقيقة إلا أفراد ، وما الأفراد إلا حقائق الجماعات ولبنات بنائها ، فإذا تنافرت هذه اللبنات وأخذ كل فرد يسأل عن الجماعة… فأين الجماعة إذن؟ ومن السائل ومن المسئول؟  وإنما أوقعنا في هذه الورطة ما عودناه من خلق التواكل الذي جعلنا نترك العبء كله لفرد واحد أو يدفعه كل منا على أخيه ففلا يزال مهملا لا يستقر على حال ولا ينهض به أحد ، وها أنا ذا أصارح كل الغيورين من أبناء الإسلام بأن كل جماعة إسلامية في هذا العصر محتاجة أشد الحاجة إلى الفرد العامل المفكر .. إلى العنصر الجريء المنتج . فحرام على ككل منت آنس من نفسه شيئا من هذا أن يتأخر عن النفير دقيقة واحدة .
Selain itu, tidakkah saudara ini merasakan bahawa dia perlu menyertai mana-mana jamaah yang mengajaknya. Jika dia dapati jamaah tersebut aktif sebagaimana yang sepatutnya dia menerimanya dengan penuh gembira dan lapang dada. Jika apa yang dicari tidak ditemui, dia perlu menggunakan segala kekuatan peribadi dan pengaruhnya untuk mendesak jamaah ini supaya melaksanakan kerja yang wajib tersebut. Jika dia gagal untuk mengubah jamaah ini ia bermakna dia kini mempunyai alasan daripada tuhan dan dirinya sendiri. Mudah-mudahan anggota jamaah ini bertakwa. Langkah ini adalah perlu lebih-lebih lagi jika jamaah yang menyampaikan dakwah kepadanya itu ialah jamaah yang memahami bahawa sentiasa ada orang yang lebih tahu daripada mereka. Jamaah tersebut memahami bahawa setiap orang yang mempunyai pendapat berhak untuk menyuarakan pendapatnya. Malah Nabi saw., seorang yang mempunyai pendapat dan akal yang paling bernas dan matang tidak keberatan untuk menerima pendapat al-Hubab dalam Perang Badar dan pendapat Salman ketika Perang Khandak. Mereka ini sentiasa gembira menerima sesiapa sahaja yang bersedia membawa fikrah mereka ke arah amal yang sahih.أولا يرى ـ أيده الله وأيد به ـ أن عليه أن يدخل إلى الجماعة التي تدعوه فان وجدها عملية كما  يحب قرت عينه وفرحت نفسه ، وان لم يجدها كذلك حملها بوضوح شخصيته وقوة  تأثيره على ما يجب من وسائل العمل ، فان لم تستقم له كان قد أعذر إلى ربه ونفسه ولعلهم يتقون ؟ و لاسيما إذا كان الذين يوجهون إليه هذه الدعوة قوم يعلمون أن فوق كل ذي علم عليم ، وأن لكل ذي رأى حقا في إبداء رأيه ، وإن المصطفى صلى الله عليه وسلم وهو أصح الناس رأياً  وأنضجهم فكراً وأكبرهم عقلا –أخذ برأي الحباب في بدر وبرأي سلمان في الخندق ، وهم يفرحون بكل من يأخذ بفكرتهم إلى وسائل العمل الصحيح .
Tidakkah saudara ini juga sependapat bahawa walaupun telah sekali atau dua kali atau lebih pengalaman yang dilalui namun itu tidak bermakna dia boleh berputus asa. Dia perlu melakukannya berulang kali sehingga dia beroleh apa yang diidamkannya. Jika dia berputus asa dia sendiri yang akan rugi. Ada diceritakan seorang pemburu berjaya memperolehi seekor ikan yang besar kemudian tiba-tiba dia ternampak cengkerang yang disangkanya mutiara. Lantas dia membuang ikan yang telah ditangkapnya dan mengambil cengkerang itu. Apabila dia melihat isinya dia rasa menyesal kerana mensia-siakan apa yang telah diperolehinya. Setelah itu, dia berjaya pula menangkap seekor ikan kecil. Tiba-tiba dia ternampak sebiji mutiara yang disangkanya cengkerang. Namun dia membiarkan sahaja mutiara itu dan berpada dengan ikan kecil yang telah ditangkapnya. Ini bermakna dia telah kerugian besar sekali lagi. Demikian juga cerita seekor itik di sebuah kolam. Itik ini ternampak bayang-bayang dalam air yang disangkanya seekor ikan. Lalu dia menyudu-nyudu dengan paruhnya untuk menangkap ikan tersebut hingga akhirnya dia keletihan. Dengan rasa marah dia meninggalkannya. Setelah itu, seekor ikan lalu berhampiran dengannya tetapi dia menyangka ikan itu adalah bayang-bayang. Dia membiarkan sahaja ikan itu berlalu. Jadi ikan ini telah kehilangan peluangnya dan terlepas segala impiannya.أولا يرى الأخ كذلك أنه إن كان قد جرب مرة أو مرتين أو فوق ذلك فان ذلك لا ييئسه ومن واجبه أن يعاود الكره مرات حتى يظفر بأمنيته ويصادف بغيته ، فانه إن قنط فاته بذلك خير كثير ؟ كالذي حدثوا أن صيادا ظفر بسمكه  كبيرة ثم رأى في قاع الماء صدفة ظنها لؤلؤه فترك السمكة وأخذ الصدفة ، فلما رآها ندم على ما فرط منه ثم وقع له حوت صغير وعرضت لؤلؤة ظنها صدفة فأعرض عنها وقنع بحوته ففاته خير كثير . أو كالذي حدثوا أن بطة في غدير رأت في الماء ظلا ظنته سمكه فأخذت تهوى بمنقارها تلتقطه حتى أتعبها ذلك فتركته غاضبة ، ثم عرضت لها سمكة فظنتها ظلا وتركتها ففاتتها الفرصة  السانحة وخسرت الأمنية المطلوبة .
Saya kemukakan segala pandangan ini kepada umat Islam yang bersemangat mahu bekerja untuk Islam. Saya rasa semua pandangan ini perlu diberikan perhatian. Saya mengajak mereka untuk memahami dakwah Ikhwan al-Muslimin. Mereka perlu mencuba dan jangan berserah sahaja. Mereka perlu menggabungkan diri bersama. Jika mereka temui sesuatu yang baik mereka perlu berikan sokongan. Jika mereka temui perkara yang menyeleweng mereka perlu perbetulkan. Jangan jadikan pengalaman mereka sebagai penghalang untuk mereka ke hadapan. Kami berharap mereka akan dapat lihat sesuatu yang akan menarik perhatian mereka apabila mereka melihat Ikhwan, dengan izin Allah. Saya akan jelaskan lagi masalah ini dalam tajuk berikutnya.هذه ملاحظات نتقدم بها إلى الذين يريدون أن يعملوا للإسلام من أبنائه الغيورين ، وهي جديرة بالنظر فيما نعتقد .  وندعوهم بدعوة الإخوان المسلمين ، فعليهم أن يجربوا ولا يتواكلوا ، ويندمجوا فإن وجدوا صالحا شجعوه , وإن وجدوا معوجا أقاموه ، ولاتكن تجربتهم حائلا بينهم وبين التقدم ، ونأمل أن يروا من الإخوان ما تقر به أعينهم أن شاء الله تعالى ، وإنا موجزون بعض ذلك في الكلمات التالية.   
Institusi Dan Programؤسسـات  ومشـاريع
Ramai di kalangan saudara kita yang merasakan jamaah yang aktif ialah jamaah yang melaksanakan program-program umum dan bermanfaat. Program-program yang  memberikan kesan yang kekal dalam bentuk institusi-institusi yang berfaedah. Kita akan bincangkan perkara ini dan kita akan nilai pertubuhan Ikhwan al-Muslimin menurut neraca ini. Namun dengan izin Allah kita juga akan bincangkan neraca lain yang kita gunakan untuk menilai jamaah kita. Kita gunakan neraca ini untuk menilai usaha-usaha yang praktikal. Dari aspek tamadun manusia, neraca yang kita gunakan ini sebenarnya lebih betul dan lebih tepat berbanding neraca yang diguna pakai hari ini. Namun Allah tetap janjikan ganjaran yang baik untuk setiap amalan.يعتقد كثير من إخواننا أن الجماعة العملية هي التي تقوم بعمل المشروعات العامة النافعة وتترك في مقرها أثراً خالداً من المؤسسات المفيدة . وسنجاريهم في هذا المقال ، ونزن “جماعة الإخوان المسلمين ” بهذا الميزان ، ولنا في الكلمات التالية إن شاء الله تعالى ميزان آخر ـ نزن به جماعتنا ونقدر به الجهود العملية ـ قد يكون في باب نهضات الأمم أصح تقديراً وأدق تعبيراً من ميزان اليوم ، وكلاً وعد الله الحسنى .
Fikrah atau gagasan Ikhwan al-Muslimin telah tersebar ke lebih lima puluh daerah di Mesir. Di setiap daerah ini telah dilancarkan beberapa program yang bermanfaat dan ada ditubuhkan beberapa institusi penting. Di Ismailiah sebuah masjid Ikhwan al-Muslimin dan sebuah kelab Ikhwan al-Muslimin telah ditubuhkan. Sebuah Maahad Hira’ Islami untuk pelajar lelaki dan sebuah Madrasah Ummahat al-Mukminin untuk pelajar perempuan juga telah turut dibina.انتشرت فكرة الإخوان المسلمين فيما يزيد علي خمسين بلداً من بلدان القطر المصري وقامت في كل بلد من هذه البلدان تقريباً بمشروع نافع أو مؤسسة مفيدة ، فأنت تراها في الإسماعيلية قد أسست مسجد الإخوان المسلمين ونادي الإخوان المسلمين وأنشأت معهد حراء الإسلامي لتعليم البنين ومدرسة أم المؤمنين ..
Di Syubrakhit sebuah masjid Ikhwan, sebuah kelab Ikhwan dan Maahad Hira’ telah berjaya dibina. Di sebelah bangunan yang besar ini dibina pula sebuah bengkel kerja untuk pelajar sekolah yang tidak mampu meneruskan pengajian mereka. Ikhwan mahu memberikan mereka kemahiran hidup supaya apabila mereka keluar mereka akan menjadi seorang pekerja yang mahir dan terlatih.وفي شبراخيت قد أسست كذلك مسجد الإخوان ونادي الإخوان ومعهد حراء ، وأقامت بجوار هذه العمارة الفخمة داراً للصناعة يتعلم فيها طلبه المعهد الذين لا يستطيعون إتمام التعليم وتريد الجمعية أن تهيئ لهم سبيل الحياة العملية بتخريجهم صناعاً مثقفين وعمالاً مهذبين ..
Begitu juga di Mahmudiyah, al-Buhairah, sebuah bengkel tenun untuk menenun kain dan permaidani telah dibina bersebelahan dengan Maahad Tahfiz al-Quran di Kelab Ikhwan al-Muslimin. Di al-Manzilah, Daqahliyah sebuah Maahad Tahfiz al-Quran telah berjaya dibina dan kini telah mengeluarkan hasilnya walaupun masih baru. Dalam tempoh yang singkat maahad ini kini telah berjaya melahirkan beberapa orang penghafal al-Quran. Demikianlah juga dengan setiap cawangan Ikhwan al-Muslimin di seluruh Mesir dari Edfu hingga ke Iskandariah. Masing-masing mempunyai pencapaian yang sama atau hampir sama.وفي محمودية البحيرة قامت بمثل ذلك ، فأنشأت منسجاً للنسيج والسجاد إلى جوار معهد تحفيظ القرآن بدار نادي الإخوان المسلمين الرحيب .. وفي المنزلة دقهلية معهد لتحفيظ القرآن ظهرت ثمرته رغم قصر المدة ، وها هو يقدم لنا حفاظاً متقنين في هذه الفترة الوجيزة التي أنشئ فيها ..وقل مثل ذلك أو بعضه ـ ولا لزوم للتكرار ـ في كل شعبة من شعب الإخوان المسلمين المنتشرة في أنحاء القطر المصري من إدفو إلى الإسكندرية ..
Kebanyakan cawangan Ikhwan al-Muslimin mempunyai sebuah unit khas yang secara sukarela memberi khidmat memulihkan hubungan individu atau keluarga yang bermasalah. Dengan izin Allah, banyak masalah telah dapat diselesaikan walaupun masalah yang sama telah sekian lama cuba diselesaikan oleh pihak mahkamah.وفي كثير من جمعيات الإخوان المسلمين تجد لجاناً تطوعت للمصالحات بين الأفراد والأسر المتخاصمة , يجري الله علي يديها خيراً كثيراً ويحل بها من المشاكل ما شغل القضاء مدة طويلة ..
Kebanyakan cawangan Ikhwan al-Muslimin juga mempunyai unit yang memberikan sumbangan derma kepada mereka yang bermasalah dan memerlukan bantuan ketika musim perayaan atau hari-hari tertentu. Dari satu segi unit ini berusaha memenuhi keperluan golongan-golongan tersebut. Dalam masa yang sama unit ini juga akan berusaha menangkis dakyah kristian yang ditujukan kepada golongan ini.وفي كثير منها لجان للصدقات تتفقد البائسين والمعوزين في المواسم والأعياد وغيرها , وتحاول بذلك القيام بواجب رعاية هؤلاء من جهة ورد غائلة ذئاب المبشّرين عنهم من ناحية أخري ..
Selain itu, wujud di kebanyakan cawangan Ikhwan unit-unit yang akan memberikan nasihat dan ceramah di tempat-tempat awam yang biasanya bukan tempat berceramah seperti di kedai kopi, dewan sukan, majlis perkahwinan, majlis kematian atau sebagainya.وفي كثير منها لجان للوعظ والتذكير في المجتمعات التي لا يظن أن تكون مجامع وعظ كالمقاهي والأندية العامة وحفلات الأفراح والتعزية ونحوها ..
Kebanyakan cawangan terutama di kawasan kampung juga mempunyai unit yang secara sukarela menyelia kemudahan awam di kampung seperti membaik pulih masjid, membersihkan jalan, memasang lampu jalan, mewujudkan klinik bergerak dan apa sahaja kemudahan yang dapat memberi keselesaan dari aspek agama dan dunia penduduk kampung.وفي كثير منها ولا سيما في النواحي القروية لجان تطوعت للإشراف علي المرافق العامة في القرية من ترميم المساجد وتنظيف الشوارع وإضاءة الطرقات والسعي في إيجاد المشافي المتنقلة ، وما إلى ذلك من كل ما يعود علي القرية بفائدة في دينها ودنياها ..
Kebanyakan cawangan Ikhwan juga mempunyai unit mencegah adat-adat songsang yang sering diamalkan di kawasan yang jauh daripada budaya ilmu seperti di al-Zar dan kawasan seumpama dengannya. Di samping itu wujud unit yang berperanan menghidupkan sunnah dan amalan wajib yang hanya diperkatakan tetapi pengamalannya sering diabaikan oleh masyarakat contohnya amalan seperti mengumpul dan menyimpan kutipan zakat bijirin dalam gedung yang khusus dan diagihkan melalui pengetahuan cawangan Ikhwan kepada mereka yang layak menerimanya tanpa dicemari amalan pilih kasih atau kronisme. Contohnya apa yang dilakukan oleh cawangan Ikhwan di Rambal al-Qadimah.وفي كثير منها لجان لمحاربة العادات الفاسدة والجهالات المنتشرة في البيئات البعيدة عن مناهل العلم كالزار ونحوه ، وإلي جانبها لجان لإحياء السنن والفرائض التي نسيها الناس بالعمل لا بالقول : كجمع زكاة الحبوب في مخزن خاص وتوزيعها بمعرفة الجماعة علي المستحقين بدون محاباة ولا تحيز ، كما فعلت ذلك دائرة الإخوان ببرمبال القديمة مثلاً..
Di Kaherah, “Akhbar Ikhwan al-Muslimin” sebuah akhbar mingguan telah diterbitkan. Tidak lama kemudian muncul pula kilang percetakan Ikhwan al-Muslimin. Semua ini berlaku dalam tempoh tidak sampai setahun.وفي القاهرة أنشئت “جريدة الإخوان المسلمين ” الأسبوعية ، ولم تمض فترة وجيزة قليلة حتى وجدت إلى جانبها “مطبعة الإخوان المسلمين ” وكل ذلك في وقت لم يتجاوز عاماً..
Pertubuhan Ikhwan al-Muslimin telah memainkan peranan yang besar dalam berhadapan dengan ancaman gerakan kristianisasi yang ditujukan kepada golongan kurang upaya dan miskin. Masalah ini bukan sahaja berlaku sejak akhir-akhir ini malah semenjak sekian lama. Rumah-rumah milik anggota Ikhwan akan menjadi tempat perlindungan golongan yang menjadi sasaran kristianisasi ini. Bengkel-bengkel pertukangan Ikhwan bersedia menjadi tempat pengajian mereka. Sekolah Ikhwan sedia menerima kedatangan mereka. Unit-unit Ikhwan mengingatkan orang ramai berkenaan ancaman gerakan kristianisasi ini. Gerakan ini menggugat akidah orang ramai dengan mengambil kesempatan keadaan kemiskinan dan penyakit yang melanda untuk menyesatkan orang ramai.ولقد كان لجماعة الإخوان المسلمين في حركة التبشير الأخيرة بل في كل وقت عمل جليل في دفع خطر التبشير عن المستضعفين والفقراء وأبناء الأمة ، فبيوت الإخوان لإيوائهم ، ودور صناعاتهم مستعدة لتعليمهم ، ومدارسهم ترحب قبولهم ولجانهم تحذر الناس من شرور هؤلاء المضللين الذين يخادعون الناس عن عقائدهم ويستغلون الفقر والمرض في إضلالهم وإذلالهم .
Ini adalah peranan yang telah dimainkan oleh pertubuhan Ikhwan al-Muslimin. Ini tidak termasuk kelas-kelas pengajian, ceramah, khutbah, penulisan rencana, perutusan, lawatan, perhimpunan dan ziarah. Mungkin menurut masyarakat semua tindakan ini dalam bentuk percakapan. Kami sudah terlalu banyak bercakap. Kami telah banyak berbicara sehingga rasa jemu untuk berbicara. Apa yang perlu kami lakukan kini ialah bekerja secara praktikal.تلك بعض آثار جماعة الإخوان المسلمين العملية ، ولا أذكر لك الدروس والمحاضرات والخطب والمقالات والوفود والرحلات والمجامع والزيارات ، فلعل هذه في عرف الناس وسائل قولية ، وقد قلنا حتى مللنا القول وتكلمنا حتى سئمنا الكلام ولم يبق إلا أن نعمل .
Mungkin anda akan merasa hairan jika anda tahu bahawa pertubuhan Ikhwan al-Muslimin yang melakukan segala program yang hebat ini tidak pernah menerima bantuan kerajaan walaupun sekali. Pertubuhan ini juga tidak pernah meminta bantuan mana-mana pertubuhan selain 500 pound yang pernah diterima daripada Syarikat Suez Canal. Bantuan ini dihulurkan sempena pembinaan sebuah masjid dan sebuah sekolah di Ismailiah.ولعلك تعجب حين تعلم أن جماعة الإخوان المسلمين التي قامت بهذه الأعمال العظيمة لم تأخذ إعانة حكومية مرة من المرات ، ولم تستعن بمال هيئة من الهيئات اللهم إلا خمسمائة جنيه تبرعت بها شركة قناة السويس للجماعة بمناسبة عمارة المسجد والمدرسة بالإسماعيلية .
Mungkin banyak pihak yang akan memperkatakannya. Ramai yang akan bersikap prasangka (sebahagian prasangka itu adalah dosa). Ramai yang akan memperkatakan apa yang mereka tidak tahu. Semua itu tidak kami hiraukan, apa yang penting bagi kami ialah Allah tahu apa yang berlaku itu semuanya adalah hasil hidayahNya. Allah tahu wang-wang itu adalah wang anggota Ikhwan sendiri. Sumbangan ini diberikan secara ikhlas atas sebab itu ia berkembang, diberkati dan membuahkan hasil apabila diizinkan Allah. Terus-terang kita katakan kepada semua orang, semua pertubuhan dan semua individu walau siapapun mereka, pertubuhan Ikhwan al-Muslimin tidak pernah meminta bantuan sesiapa pun selain daripada ahlinya sahaja dalam melaksanakan programnya. Ikhwan boleh berbangga kerana dapat menikmati erti pengorbanan ini. Malah Ikhwan bergembira kerana mampu memberi sumbangan demi Allah.وإن الناس ليتقولون كثيراً ، وليظنون وبعض الظن إثم ، ولينطقون بما ليس لهم به علم ، وما علينا في ذلك من بأس . وحسبنا أن يعلم الله أن ذلك بتوفيقه وأنها أموال الإخوان الخاصة أنفقت بإخلاص فأثمرت وبوركت وآتت أكلها كل حين بإذن ربها وحسبنا أن نقول لهم في عبارة صريحة واضحة نتحدى بها كل إنسان وكل هيئة وكل شخص كائناً من كان : أن جماعة الإخوان المسلمين لم تستعن في مشروعاتها بغير أعضائها ، وهي بذلك جد فخورة تجد لذة التضحية ونشوة الفرح بالإنفاق في سبيل الله .
Mungkin lebih mengejutkan lagi jika anda tahu bahawa yuran di dalam pertubuhan Ikhwan al-Muslimin hanya dikutip secara sukarela bukannya wajib. ولعلك تعجب كذلك  إذا علمت أن الاشتراك المالي في جماعة الإخوان المسلمين اختياري
Ahli yang gagal membayar yuran mereka tidak akan ditarik balik hak ukhuwwah mereka sedikitpun. Walaupun pada hakikatnya soal yuran ini telah dinyatakan dengan jelas dalam perlembagaan Ikhwan. Malah anggota-anggota Ikhwan, moga Allah membalas jasa baik mereka, telah mengambil inisiatif untuk berkorban di jalan Allah jika mereka diseru berbuat demikian dan mereka bersedia memberikan sesuatu yang di luar dugaan. لا إجباري ،وأن العضو الذي يتخلف عن دفع الاشتراك لا ينقض ذلك من حقوق أخوّته شيئاً ، ومع أن هذا نص صريح في القانون الأساسي للجماعة فان الإخوان ـ جزاهم الله خيرا ـ يبادرون إلى التضحية في سبيل الله إذا دعاهم إليها داعي الواجب ويأتون في ذلك بالعجب العاجب ،وأسمع أحدثك .
Saya ingin ceritakan kepada anda kisah pembinaan masjid Ismailiah. Suatu ketika pemimpin Ikhwan menyeru anggota-anggota Ikhwan supaya memberi sumbangan lalu selepas tiga hari salah seorang anggota yang bekerja sebagai tukang telah memberikan satu setengah pound sedangkan dia seorang tukang yang miskin. Dari mana dia memperolehi jumlah ini? Dia cuba untuk berhutang tetapi dia belum bersedia kerana takut tidak mampu membayarnya. Lalu dia cuba memperolehi jumlah tersebut melalui cara lain tetapi tiada cara yang mudah. Akhirnya dia hanya ada satu sahaja pilihan iaitu dia menjual basikal yang digunakan untuk pergi dari rumah ke tempat kerjanya dan dari tempat kerja ke rumahnya yang terletak sejauh enam kilometer. Dia melaksanakan idea tersebut dan kemudian dia menyerahkan jumlah tersebut pada hari terakhir yang dijanjikan. Dengan ini dia telah memberikan sumbangannya dan menunaikan apa yang dijanjikannya.في بناء مسجد الإسماعيلية ، دعاهم رئيسهم إلى التبرع فقام أحد الأعضاء الصناع وتبرع بجنيه ونصف بعد ثلاثة أيام ، هو صانع فقير أنى له بهذا المبلغ ؟ أراد أن يقترض فأبت نفسه وخشي الممالطة .. حاول الحصول على هذا المبلغ من غير هذا الباب فلم يجد السبيل ميسرة..لم يبق أمامه إذا إلا أن يبيع دراجته التي يركبها من محل عمله ومن محل عمله إلى منزله وبينهما ستة كيلو مترات ! وفعلاً أنفذ الفكرة وأحضر المبلغ في نهاية الموعد تماماً فجمع بين الوفاء بموعده والقيام بتبرعه..
Suatu ketika pemimpin Ikhwan menyedari dia selalu lewat menghadiri pengajian Isyak dan setiap kali tiba dia kelihatan kepenatan. Pemimpin itu bertanya mengenainya tetapi dia tidak menjawabnya. Namun seorang sahabat yang mengetahui rahsianya menjawab bagi pihaknya dan memberitahu pemimpin tadi bahawa dia telah menjual basikalnya semata-mata untuk memberikan sumbangannya. Oleh itu dia terpaksa berlari ke tempat perjumpaan dan lewat menghadiri pengajian. Ketua dan semua Ikhwan bertakbir kagum dengan sikap menarik yang ditunjukkan itu. Mereka setuju menerima sumbangannya tetapi mereka juga telah bersetuju untuk mengumpul wang bagi membelikannya sebuah basikal baru yang lebih baik. Mudah-mudahan basikal baru ini akan menjadi bukti kesetiaannya.ولاحظ رئيس الإخوان أنه صار يتأخر عن درس العشاء ولا يدركه إلا بشق النفس ، وسأله عن ذلك فلم يجب ، فأجاب عنه صديق عرف سره وأخبر الرئيس أنه باع عجلته ليفي بتبرعه وأصبح يعود علي رجليه فيتأخر عن الدرس ، وأكبر الرئيس والإخوان هذه الهمة وحيوا فيه هذه الأريحية وأقروا تبرعه كما هو واكتتبوا له في دراجة جديدة خير من دراجته لتكون عنده ذكرى الإعجاب بهذا الوفاء .
Sikap ini sama seperti sikap generasi Islam yang pertama dan inilah yang menjadi landasan kepada gagasan Ikhwan al-Muslimin. Dengan sentimen inilah segala institusi dan program mereka akan berjaya. Mereka adalah orang-orang yang miskin tetapi mereka berjiwa mulia. بمثل هذه النفوس التي تمتُّ بصلة إلى نفوس السابقين الأولين من رجال الإسلام الغرّ الميامين نهضت فكرة الإخوان المسلمين ، ونجحت مؤسساتهم وتمت مشروعاتهم . إنهم فقراء ولكنهم كرماء ،
Mereka tidak mempunyai banyak harta tetapi mereka mempunyai jiwa yang kaya. Mereka memberikan pengorbanan yang besar melalui harta yang sedikit menjadikan harta ini menjadi besar dan diberkati dengan nikmat Allah seterusnya membawa kebaikan kepada seluruh manusia. Mungkin aspek ini mendedahkan kekeliruan sesetengah pihak yang melihat kegigihan Ikhwan tetapi mereka tidak mengetahui rahsia di sebalik kejayaan Ikhwan. Akhirnya mereka menuduh Ikhwan meminta bantuan pertubuhan-pertubuhan lain atau Ikhwan bekerja untuk kepentingan sesuatu pihak. Namun segala puji bagi Allah, Ikhwan tidak sedemikian.إنهم قليلو المال ولكنهم أسخياء النفوس ، فهم يجودون بالكثير من هذا القليل فيكون كثيراً وتباركه نعمة الله فيأتي بالخير العميم .ولعلي بهذه الناحية قد كشفت ناحية غمضت علي بعض الذين رأوا جهود الإخوان فلم يجدوا يجدوا لنجاحهم سراً إلا أن يتهموهم باستجداء الهيئات وخدمة المصالح والأغراض ، وهم والحمد لله من ذلك براء .
Ini adalah catatan kegigihan Ikhwan al-Muslimin di medan kerja yang kita paparkan buat mereka yang mahu menilai jamaah ini menurut nilai institusi dan program. Ikhwan sentiasa akan memastikan lembaran ini akan terus mencatatkan dengan izin Allah segala amalan baik, yang tulus, suci dan ikhlas kerana Allah Taala. Semoga dengan segala catatan ini mereka akan terfikir untuk menyokong jamaah yang sedang mara melangkah ke arah matlamatnya ini. Melangkah dengan hanya mengharapkan tuhannya dan yakin dengan janjiNya. Masih ada catatan lain yang akan kita bicarakan di masa hadapan, dengan izin Allah.وأما بعد ، فهي صفحة من صفحات جهاد الإخوان المسلمين العملي نتقدم بها إلى الذين يريدون أن يزِنوا الجماعة بميزان المؤسسات والمشروعات . والإخوان دائبون في أن تصبح هذه الصفحة صفحات يتألف منها إن شاء الله تبارك وتعالى كتاب من أعمال الخير البريئة النزيهة الخالصة  لوجه الله تبارك وتعالى . ولعلهم بذلك يفكرون في تشجيع هذه الجماعة الماضية قدما إلى غايتها تعتمد على ربها وتثق بصدق وعده وهناك صفحه أخرى سنتحدث عنها إن شاء الله .
Membina Lelaki Sejatiإعــداد الرجـال
Melalui artikel sebelum ini anda dapat saksikan Pertubuhan Ikhwan al-Muslimin merupakan jamaah yang terkehadapan dalam menjalankan program-program umum dan membina institusi yang berguna seperti masjid, sekolah, unit kebajikan, pengajian umum, ceramah, khutbah, nasihat dan kelab-kelab yang mengisi program berbentuk ceramah dan amali.رأيت في المقال السابق أن  “جماعة الإخوان المسلمين” كانت في طليعة الجمعيات المنتجة من حيث المشروعات العامة والمؤسسات النافعة ..من مساجد ومدارس ، ولجان خير وبر ، ودروس ومحاضرات وخطب وعظات ، وأندية يتناوبها  القول  والفعل .
Namun suatu bangsa yang sedang berjuang ke arah kebangkitan semula dan berhadapan dengan zaman peralihan yang kritikal. Suatu bangsa yang mahu membina masa depannya di atas landasan yang mantap. Masa depan yang menjamin kesejahteraan dan keselesaan buat generasi baru. Bangsa yang mahu menuntut hak dan harga diri mereka yang telah dirampas. Bangsa ini sebenarnya memerlukan pembangunan yang berbeza.ولكن الأمم المجاهدة التي تواجه نهضة جديدة وتجتاز دور انتقال خطير ، وتريد أن تبني حياتها المستقبلة على أساس متين يضمن للجيل الناشئ الرفاهة والهناءة ، وتطالب بحق مسلوب وعز مغصوب ، في حاجة إلى بناء آخر غير هذه الأبنية …
Bangsa ini sebenarnya memerlukan pembangunan jiwa dan pemurnian akhlak. Anak bangsanya perlu dididik agar memiliki sifat kelelakian yang sebenar. Agar mereka mampu menghadapi segala rintangan di sepanjang jalan serta sedia menanggung segala kesulitan.إنها في مسيس الحادة  إلى بناء النفوس  وتشييد  الأخلاق وطبع أبنائها على خلق الرجولة الصحيحة ، حتى يصمدوا لما يقف في طريقهم من عقبات ويتغلبوا علي ما يعترضهم من مصاعب.
Lelaki adalah formula hidup sesebuah bangsa dan menjadi faktor utama yang menentukan kebangkitan mereka. Sejarah manusia sebenarnya adalah sejarah kelahiran lelaki-lelaki yang berketrampilan dan memiliki jiwa serta kemahuan yang tinggi. Kekuatan atau kelemahan sesebuah bangsa diukur sejauhmana bangsa ini mampu melahirkan lelaki-lelaki yang memiliki sifat-sifat kelelakian yang sebenar. Saya yakin dan sejarah membuktikan bahawa seorang lelaki mampu untuk membina sebuah bangsa jika dia memiliki sifat kelelakian yang sebenarnya. Dalam masa yang sama dia juga mampu menghancurkan bangsa ini jika sifat kelelakiannya dihalakan ke arah kehancuran bukan ke arah pembangunan bangsanya.إن الرجل سر حياة الأمم ومصدر نهضاتها وإن تاريخ الأمم جميعاً إنما هو تاريخ من ظهر بها من الرجال النابغين الأقوياء النفوس والإرادات . وإن قوة الأمم أو ضعفها إنما تقاس بخصوبتها في إنتاج الرجال الذين تتوفر فيهم شرائط الرجولة الصحيحة . وإني اعتقد ـ والتاريخ يؤيدني ـ أن الرجل الواحد في وسعه أن يبني أمة إن صحت رجولته ، وفي وسعه أن يهدمها كذلك إذا توجهت هذه الرجولة إلى ناحية الهدم لا ناحية البناء ..
Sesebuah bangsa juga terpaksa melalui zaman-zaman peralihan sepanjang hidupnya sama seperti zaman-zaman peralihan yang terpaksa dilalui oleh setiap individu. Ada kalanya seorang manusia dibesarkan oleh ibu bapa yang kaya dan penyayang. Orang ini tidak pernah berhadapan dengan masalah yang mengganggu fikirannya atau menghiris hatinya. Dia juga tidak pernah diminta melakukan sesuatu yang memenatkan dan menyulitkan. Dalam masa yang sama, ada seorang lagi yang terpaksa membesar dalam keadaan yang sukar. Dia dibesarkan oleh ibu bapa yang miskin dan tidak berupaya. Setiap kali menjelang pagi, pelbagai masalah akan bermain di kepalanya. Pelbagai kerja yang perlu dilakukannya. Maha suci Allah yang melahirkan manusia dengan nasib yang berbeza.وإن الأمم تجتاز أدوار من الحياة كتلك الأدوار التي يجتازها الأفراد علي السواء : فقد ينشأ هذا الفرد بين أبوين مترفين آمنين ناعمين فلا يجد من مشاغل الحياة ما يشغل باله ويؤلم نفسه ولا يطالب بما يرهقه أو يضنيه ، وقد ينشأ الفرد الآخر في ظروف عصبيه وبين أبوين فقيرين ضعيفين فلا يطلع عليه فجر الحياة حتى تتكدس علي رأسه المطالب وتتقاضاه الواجبات من كل جانب وسبحان من قسم الحظوظ فلا عتاب ولا ملامسة .
Kita ditakdirkan untuk lahir dalam generasi yang sedang menjadi habuan pelbagai bangsa lain. Generasi yang sedang berjuang bermati-matian untuk hidup. Kemenangan pasti akan memihak kepada pihak yang kuat dan terkehadapan.وقد شاءت لنا الظروف أن ننشأ في هذا الجيل الذي تتزاحم الأمم فيه بالمناكب وتتنازع البقاء أشد التنازع وتكون الغلبة دائماً للقوي السابق ..
Suasana yang ada juga memaksa kita menghadapi peninggalan masa silam yang sangat getir dan kita merasai kepahitannya. Kitalah yang bertanggungjawab memecahkan belenggu dan halangan serta menyelematkan diri kita dan anak-anak kita. Di samping itu kita perlu mengembalikan kemuliaan dan kegemilangan kita serta  menghidupkan semula tamadun dan ajaran agama kita.وشاءت لنا الظروف كذلك أن نواجه نتائج أغاليط الماضي ونتجرع مرارتها ، وأن يكون رأب الصدع وجبر الكسر ، وإنقاذ أنفسنا وأبنائنا ، واسترداد عزتنا ومجدنا ، وإحياء حضارتنا وتعاليم ديننا ..
Takdir juga telah menentukan kita terpaksa menempuhi era peralihan yang sengit. Di zaman di mana pelbagai gelombang fikiran, aliran fahaman dan kepentingan peribadi mencorak individu, bangsa, kerajaan, pertubuhan dan dunia seluruhnya. Akibatnya fikiran dan jiwa manusia menjadi keliru dan tidak menentu. Manusia ibarat pengemudi kapal yang hanyut di tengah gelombang, tercari-cari arah tujunya. Malangnya tiada sebarang petanda yang dapat dilihat dengan jelas. Segala-galanya kelihatan kelam. Di sepanjang jalan, di tengah malam yang gelap gelita ini kedengaran suara sayup-sayup memekik memanggilnya. Hanya ada satu perkataan sahaja yang tepat menggambarkan situasi manusia di ketika itu iaitu “gawat”.وشاءت لن الظروف كذلك أن نخوض لجة عهد الانتقال الأهوج ، حيث تلعب العواصف الفكرية والتيارات النفسية والأهواء الشخصية بالأفراد وبالأمم وبالحكومات وبالهيئات وبالعالم كله ، وحيث يتبلل الفكر وتضطرب النفس ويقف الربان في وسط اللجة يتلمس الطريق ويتحسس السبيل وقد اشتبهت عليه الأعلام وانطمست أمامه الصور ووقف علي رأس كل طريق داع يدعوا إليه في ليل دامس معتكر وظلمات بعضها فوق بعض ، حتى لا تجد كلمة تعبر بها عن نفسية الأمم في مثل هذا العهد أفضل من “الفوضى” ..
Begitulah kita ditakdirkan untuk berhadapan dengan semua situasi ini. Ia meminta kita supaya berusaha menyelamatkan bangsa ini yang sedang diancam bahaya.كذلك شاءت لنا ظروفنا أن نواجه كل ذلك وأن نعمل على إنقاذ الأمة من الخطر المحدق بها من كل  ناحية .
Sebuah bangsa yang sedang dilanda masalah seperti masalah kita ini, sebuah bangsa yang sedang bangkit melaksanakan tugas seperti tugas kita ini, sebuah bangsa yang sedang memikul tanggungjawab seperti tanggungjawab kita ini, bangsa ini tidak boleh sama sekali mengubat hatinya dengan ubat pelali atau bergantung hanya kepada impian dan angan-angan. Sebaliknya mereka perlu mempersiapkan diri untuk mengharungi perjuangan yang panjang dan sengit. Pertembungan yang hebat antara hak dan batil, antara yang berguna dan yang tidak, antara pemilik dan perampas, antara orang yang mengikut arus dan yang menongkah arus, antara orang yang ikhlas dan orang yang khianat. Bangsa ini perlu memahami bahawa jihad bererti bersusah payah dan bersusah bererti berpenat lelah. Jihad bererti berakhir masa untuk berehat kecuali setelah selesai perjuangan ini. Pada pagi esoknya barulah mereka boleh bergembira.وإن الأمة التي تحيط بها ظروف كظروفنا ، وتنهض لمهمة كمهمتنا ، وتواجه واجبات كتلك التي نواجهها ، لا ينفعها أن تتسلى بالمسكنات أو تتعلل بالآمال والأماني . وإنما عليها أن تعد نفسها لكفاح طويل عنيف وصراع قوي شديد : بين الحق والباطل وبين النافع والضار وبين صاحب الحق وغاصبه وسالك الطريق وناكبه وبين المخلصين الغيورين والأدعياء المزيفين . وأن عليها أن تعلم أن الجهاد من الجهد ، والجهد هو التعب والعناء ، وليس مع الجهاد راحه حتى يضع النضال أوزاره وعند الصباح يحمد القوم السرى .
Persediaan yang diperlukan oleh bangsa ini dalam mengharungi jalan yang berliku ini hanyalah dengan jiwa yang beriman, tekad yang jitu, kejujuran, kesediaan berkorban dan berani menghadapi kesusahan. Tanpa persediaan ini mereka tidak akan mampu menang dan kegagalan pasti memihak kepada mereka.وليس للأمة عدة في هذه السبيل الموحشة إلا النفس المؤمنة والعزيمة القوية الصادقة والسخاء بالتضحيات والإقدام عند الملمّات وبغير ذلك تغلب علي أمرها ويكون الفشل حليف أبنائها.
Walaupun situasi kita hari ini adalah seperti yang anda tahu. Malangnya kita masih memiliki jiwa yang layu, lemah dan manja. Pipinya begitu halus hingga bisa terluka dihembus bayu. Jari jemarinya bisa terguris disentuh sutera. Para pemuda dan pemudi kita yang merupakan generasi harapan di masa hadapan lebih tertarik dengan fesyen mewah atau makanan yang sedap atau hiasan yang menawan atau kenderaan mewah atau kerjaya yang hebat atau gelaran yang tiada nilainya. Walaupun ia bermakna mereka terpaksa menggadai segala kebebasan diri mereka atau kehormatan mereka atau terpaksa hilang segala hak bangsa mereka.ومع أن ظروفنا هي ما علمت .. فإن نفوسنا لا تزال تلك النفوس الرخوة اللينة المترفة الناعمة التي تجرح خديها خطرات النسيم ويدمى بنانها لمس  الحرير . وفتياتنا وفتياننا هم عدة المستقبل ومعقد الأمل لا يزال حظ أحدهم أو إحداهن  مظهرا فاخراً أو أكلة طيبة أو حلة أنيقة أو مركباً فارهاً أو وظيفة وجيهة أو لقباً أجوف ، وإن اشترى ذلك بحريته وإن أنفق عليه من كرامته وإن أضاع في سبيله حق أمته .
Lihatlah golongan muda ini, raut wajah mereka memperlihatkan semangat muda mereka. Gaya mereka memperlihatkan ketangkasan mereka. Air muka mereka begitu jernih. Mereka menempuh pintu ketua jabatan sambil borang permohonan kerja tersisip di lengan mereka. Anda dapat lihat bagaimana mereka akan menggunakan apa sahaja cara. Mereka akan meminta bantuan yang berpangkat rendah dan tinggi. Mereka akan menggunakan perantaraan kerani dan pegawai kementerian untuk mencapai hasrat mereka bagi memperoleh kerja. وهل رأيت أولئك  الشبان الذين تنطق وجوههم بسمات الفتوة وتلوح على محياهم مخايل النشاط ويجرى في قسماتهم ماء الشباب المشرق الرقراق وهم يتألمون  على أبواب رؤساء المصالح والدواوين بأيديهم طلبات الوظائف ؟ وهل رأيتهم يتوسلون بالصغير والكبير ويرجون الحقير والأمير ويوسطون حتى سعاة المكاتب وحجاب الوزارات في قضايا المأرب وقبول الطلبات ؟
Saudara pembaca yang dikasihi, apabila pemuda ini bernasib baik, apabila apa yang dicitakannya tercapai dan berjaya menjawat jawatan rasmi ini, apakah dia akan bersedia meninggalkan kerja ini demi mempertahankan harga dirinya walaupun terpaksa berhadapan dengan seksaan?هل تظن ـ يا عزيزي القارئ ـ أن هذا الشباب إذا أسعفه الحظ وتحقق له الأمل التحق بوظيفة من هذه الوظائف الرسمية يفكر يوماً من الأيام في تركها أو التخلي عنها في سبيل عزة أو كرامة وإن سيم الخسف وسوء العذاب ؟
Hari ini, diri kita memerlukan rawatan yang rapi, perubahan yang menyeluruh dan pemulihan dalam pelbagai aspek akibat semangat kita telah yang luntur, akhlak kita yang tercemar dan sikap mementingkan diri kita. Harapan besar yang diimpikan oleh para penggerak perubahan di tambah pula dengan situasi kritikal yang melanda umat ini menuntut kita supaya segera memulihkan diri kita. Kita bina semula roh kita setelah sekian lama ia dilanda kemarau dan setelah pelbagai peristiwa menggugat kekebalan dan keutuhannya. Tanpa kekuatan rohani dan pemulihan jiwa ini kita tidak akan mampu melangkah ke hadapan walau selangkah.   نفوسنا الحالية في حاجة إلى علا ج كبير وتقويم شامل وإصلاح يتناول الشعور الخامد والخلق الفاسد والشح المقيم . وإن الآمال الكبيرة التي تطوف برؤوس المصلحين من رجالات هذه الأمة ، والظروف العصيبة التي نجتازها تطالبنا بإلحاح بتجديد نفوسنا وبناء أرواحنا بناءً  غير هذا الذي أبلته السنون وأخلقته الحوادث وذهبت الأيام بما كان فيه من مناعة وقوة ، وبغير هذه التقوية الروحية والتجديد النفسي لا يمكن أن نخطو إلى الأمام خطوة .
Jika anda dapat memahami hakikat ini dan anda bersetuju bersama saya bahawa inilah ukuran sebenar yang menentukan kemajuan sesebuah bangsa, ketahuilah matlamat utama yang disasarkan oleh pertubuhan Ikhwan al-Muslimin ialah pentarbiyahan yang sebenar. Mendidik umat ini supaya memiliki peribadi yang mulia dan akhlak yang luhur dan agung. Di samping itu, ia menghidupkan semula semangat yang akan merangsang sesebuah bangsa untuk mempertahankan maruah mereka, bersungguh-sungguh untuk mengembalikan kegemilangan mereka, bersedia mengharungi segala susah payah demi mencapai cita-cita mereka. إذا علمت هذا وكنت معي أن هذا المقياس أصح وأدق في نهضات الأمم والشعوب فاعلم أن الغرض الأول الذي ترمى إليه جمعيات الإخوان المسلمين (التربية الصحيحة ) : تربية الأمة على النفس الفاضلة والخلق النبيل السامي ، وإيقاظ ذلك الشعور الحي الذي يسوق الأمم إلى الذود على كرامتها والجد في استرداد مجدها وتحمل كل عنت ومشقة في سبيل الوصول إلى الغاية ..
Anda mungkin bertanya apakah cara yang digunakan oleh Ikhwan al-Muslimin untuk memulihkan semula jiwa manusia serta memantapkan akhlak mereka? Apakah Ikhwan pernah menggunakan kesemua cara ini? Sejauhmana kejayaan mereka? ولعلك تسأل بعد هذا : وما الوسائل التي اتخذها الإخوان المسلمين لتجديد نفوسهم وتقويم أخلاقهم ؟ وهل جرب الإخوان هذه الوسائل ؟ وإلى أي مدى نجحت تجربتهم ؟
Bertemu lagi di lain masa, dengan izin Allah. وموعدنا الكلمات التالية ان شاء الله .
Menentukan Cara Sambil Berpegang Kepada Prinsipتحديد الوسيلة واعتماد المبدأ
Sidang pembaca yang dihormati sekalian, anda kini sudah memahami bahawa matlamat utama Ikhwan al-Muslimin ialah mendidik keperibadian, memulihkan rohani, memantapkan akhlak dan membina sifat kelelakian yang sebenar dalam diri umat Islam. Ikhwan meyakini bahawa ini adalah asas utama yang menjadi landasan kepada kemajuan sesebuah bangsa.   قد علمت أيها القارئ الكريم أن الإخوان المسلمين يقصدون أول ما يقصدون إلى تربية النفوس وتجديد الأرواح وتقوية الأخلاق وتنمية الرجولة الصحيحة في نفوس الأمة ، وقد يعتقدون أن ذلك هو الأساس الأول الذي تبنى عليه نهضات الأمم والشعوب .
Ikhwan telah memikirkan pelbagai cara untuk mencapai maksud tersebut. Namun mereka tidak temui cara lain yang lebih baik dan lebih berkesan selain cara berpegang kepada agama.  وقد  استعرضوا وسائل ذلك وطرائق الوصول إليه فلم يجدوا فيها أقرب ولا أجدى من الفكرة الدينية استمساك بالأهداب (الدين) .
Maksudnya, agama ini mampu memberi nafas kepada hati, menyentuh perasaan, memberi kesedaran kepada hati di samping menjadi pengawas dan penjaga agar jiwa manusia tidak alpa dan tidak lupa. Agama ini akan sentiasa memerhati tanpa bermuka-muka, pilih kasih, menyesatkan dan tidak akan lupa untuk menemani jiwa manusia sepanjang masa, siang dan malam, ketika sendirian atau berkumpulan. Agama ini akan mengawasi manusia setiap masa di setiap tempat, mengajak jiwa manusia supaya melakukan kebaikan dan mencegah manusia agar tidak melakukan kejahatan, mengingatkan manusia agar tidak tergelincir, memimpin manusia supaya dapat membezakan jalan yang betul dan jalan yang salah.  الدين الذي يحيى الضمير ويوقظ الشعور وينبه القلوب ، ويترك مع كل نفس رقيباً لا يغفل وحارساً لا يسهو وشاهداً لا يجامل ولا يحابى ولا يضل ولا ينسى ، يصاحبها في الغدوة والروحة والمجتمع والخلوة ، ويراقبها في كل زمان ويلاحظها في كل مكان ، ويدفعها إلى الخيرات دفاعاً ويدعها عن المآثم دعاً ، ويجنبها طريق الذلل ويبصرها سبيل الخير والشر :
Patutkah mereka menyangka bahawa Kami tidak mendengar apa yang mereka sembunyikan (dalam hati) dan apa yang mereka perkatakan (dengan berbisik) sesama sendiri? (Bukan sebagaimana yang mereka sangka) bahkan utusan-utusan Kami (malaikat) yang menjaga mereka, ada menulis segala yang mereka lakukan. (Al-Zukhruf: 80)(أَمْ يَحْسَبُونَ أَنَّا لا نَسْمَعُ سِرَّهُمْ وَنَجْوَاهُمْ بَلَى وَرُسُلُنَا لَدَيْهِمْ يَكْتُبُونَ) (الزخرف:80) .
Agama ini menggabungkan segala elemen yang baik dan memiliki segala nilai yang baik. Setiap nilai yang baik itu akan diberikan ganjaran dan balasan yang setimpal. Agama yang mengajak manusia supaya membersihkan jiwa, membawa jiwa manusia ke puncak. Agama yang membersihkan serta memurnikan rohani manusia. الدين : الذي يجمع أشتات الفضائل ويلم أطراف المكارم ويجعل لكل فضلة جزاء ولكل مكرمة كفاءً ويدعو إلى تزكية النفوس والسمو بها وتطعير الأرواح وتصفيتها
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (Al-Shams: 9-10)(قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا , وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا) (الشمس:9-10) .
Agama ini mengajak manusia supaya berkorban demi kebenaran, berkorban demi memimpin seluruh manusia. Agama ini juga menjanjikan ganjaran yang besar bagi mereka yang melaksanakannya. Agama ini menilai walau sekecil mana sekalipun kebaikan yang dibuat dan akan menilai walau sehalus mana sekalipun kejahatan yang dibuat seterusnya menggantikan pengorbanan yang dicurahkan dengan anugerah yang abadi. Terkorban ketika jihad bererti hidup yang abadi. الدين : الذي يدعو إلى التضحية في سبيل الحق ، والفناء في إرشاد الخلق ، ويضمن لمن فعل ذلك أجزل المثوبة ، ويد لمن سلك هذا النهج أحسن الجزاء , ويقدر الحسنة وان صغرت ويزن السيئة وان حقرت ، ويبدل الفناء في الحق خلوداً والموت في الجهاد وجوداً .
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka. (Aali Imran: 169-170) (وَلا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللهِ أَمْوَاتاً بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ) (آل عمران:169)
Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung. (Al-Anbiya’: 47)(وَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئاً وَإِنْ كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا وَكَفَى بِنَا حَاسِبِينَ) (الأنبياء:47) .
Agama ini akan membeli segala kesenangan dunia serta segala benda yang ada ini, dan akan menggantikannya dengan kebahagiaan hidup yang akan mengisi jiwanya dan dinikmati oleh hatinya, dengan anugerah, rahmat, keredaan dan kasih sayangNya.  الدين:الذي يشترى من المرء هذه الأغراض الدنيوية وتلك المظاهر المادية بسعادة تمتلئ بها نفسه ويهنأ بها قلبه من فضل الله ورحمته ورضوانه ومحبته .  
(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal. (Al-Nahl: 96)(مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ وَمَا عِنْدَ اللهِ بَاقٍ) (النحل:96)
Agama ini menggabungkan segala elemen ini seterusnya ia menjalin pula semua fitrah, hati dan jiwa manusia sehingga agama ini bersatu dalam semua ini dan semua ini bersatu dalam agama ini. Agama ini menembusi roh manusia dan berjalan seiring dengan akal manusia sehingga agama ini tidak janggal dengan roh dan akal manusia. Roh dan akal manusia juga tidak janggal dengan agama ini. Agama ini diterima dengan gembira oleh peladang yang bertani di ladangnya. Agama ini disambut dengan riang oleh seorang tukang yang bekerja di bengkelnya. Agama ini boleh difahami oleh kanak-kanak di bilik bacaannya. Agama ini dirasakan begitu indah oleh seorang cendikiawan yang mengkajinya. Agama ini dipandang hebat oleh ahli falsafah yang menelitinya. Pernahkah anda lihat suatu kuasa yang berjaya mempengaruhi jiwa manusia lebih daripada agama? Sepanjang sejarah manusia pernahkah anda lihat suatu perkara yang lebih hebat mempengaruhi kehidupan manusia sehebat agama? Pernahkah anda lihat bagaimana para ahli falsafah dan cendiakawan begitu terpengaruh dengan kehidupan para rasul dan nabi? الدين :  الذي يجمع كل ذلك ، ثم هو بعد يصافح الفطرة ويمازج القلوب ويخالط النفوس فيتحد بها وتتحد به ، ويتخلل ذرات الأرواح ويساير العقول فلا يشذ عنها ولا تنبو عنه .. يهش له الفلاح في حقله ، ويفرح به الصانع في معمله ، ويفهمه الصبي في مكتبه ، ويجد ويجد لذته وحلاوته العالم في بحوثه ، ويسمو بفكرته الفيلسوف في تأملاته . وهل رأيت على نفوس البشر سلطاناً من الدين ؟ وهل رأيت في تاريخ البشرية أعظم تأثيراً في حياة الأمم والشعوب منه وهل رأيت للفلاسفة والعلماء ما كان من التأثير البليغ للمرسلين والأنبياء ؟
Tiada yang setanding dengan agama. Agama adalah cebisan roh Allah yang mengalir dalam jiwa dan fitrah manusia. Agama menerangi kegelapan jiwa manusia, memancarkan sinar cahayanya dan menjadi tempat pergantungannya. Dengan ini jiwa ini dengan penuh senang hati akan menerimanya. Apabila agama ini sudah bertapak kukuh dalam jiwa segala-galanya akan sedia dikorbankan untuk agama. لا وأبيك فإنما الدين قبس من روح الله السارية في ذرات هذه النفوس وفطرها يضئ ظلامها وتشرق بنوره ويأوي إليها فتهش له .فإذا تمكن منها كان كل شئ له فداء :
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (Al-Taubah: 24)(قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللهُ بِأَمْرِهِ وَاللهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ) (التوبة:24) .
Agama ini dihormati kerana kesucian dan keagungannya. Agama ini tidak akan dicemari unsur penyelewengan. Agama ini juga bersih daripada amalan taqlid dan mengikut membabi buta. Atas dasar ini agama ini mampu menyatukan hati manusia dan mampu meleraikan apa jua persengketaan. Malah hubungan sesama manusia akan menjadi lebih erat dan mantap apabila hati-hati manusia dibimbing hanya ke arah Allah. Iaitu apabila jiwa manusia dipisahkan daripada kepentingan diri, ketamakan, kecurangan dan keseronokan dunia. Malah melalui niat dan amalan, jiwa manusia akan semakin meningkat ke tahap manusia yang ikhlas dan jujur. Ia akan meningkat ke tahap manusia yang beramal kerana mencari keredaan Allah bukan kerana mengharapkan balasan dan pujian. الدين : الذي يسمو بقدسيته وجلاله فوق كل نفس ، ويعلو علي كل رأس ، ويجل عن الاختلاق ، ويتنزه عن التقليد والمحاكاة ، فيوحد بذلك بين القلوب ويؤلف بين النفوس ، ويقطع مادة النزاع ، ويحسم أصول الخلاف ، ويزيد ذلك ثباتاً وقوة بتوجيه القلوب إلى الله وحده ، وصرف النفوس عن الأغراض والمطامع والشهوات واللذائذ ، والسمو بالمقاصد والأعمال إلى مراتب المخلصين الصادقين الذين يبتغون بعملهم وجه الله لا يرجون من ورائه جزاءً ولا شكوراً ,
Allah telah menerangkan kepada kamu – di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya – apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya. (As-Shura: 13))شَرَعَ لَكُمْ مِنَ الدِّينِ مَا وَصَّى بِهِ نُوحاً وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى وَعِيسَى أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ) (الشورى:13(
Agama ini mengagungkan sifat jujur yang ada pada manusia sehingga mereka bersedia untuk mati syahid. Malah agama ini meletakkan kejujuran ini sebagai suatu kewajipan yang akan ditanya di hadapan Allah kelak. Kejujuran ini diletakkan sebagai akhlak mulia yang akan mendekatkan diri manusia kepada Allah. Sifat ini juga menjadi bukti sifat kelelakian yang sempurna dan keazaman yang sejati. الدين : الذي يسمو بالوفاء إلى درجة الشهادة ، ويعده فريضة يسأل بين يدي الله عنها ، وفضيلة يتقرب بها إلى الله بها ، ودليلاً علي الرجولة الكاملة والعزيمة الصادقة ,
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka. (Al-Ahzab: 23-24)(مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلاً , لِيَجْزِيَ اللهُ الصَّادِقِينَ بِصِدْقِهِمْ) (الأحزاب:23-24) .
Agama ini menggabungkan segala fahaman yang betul, merealisasikan pelbagai impian dan menjadi cita-cita setiap individu, masyarakat, bangsa dan dunia. Ini diungkapkan oleh al-Quran: الدين : مجتمع الفكر الصائبة ومعقد الآمال المتشعبة ورمز الأماني الفردية والاجتماعية والقومية والعالمية وذلك تعبير له تعبير ,
Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Al-Munafiqun: 8)) وَللهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لا يَعْلَمُونَ) (المنافقون:(8
Ada sesetengah pihak yang berpendapat pemulihan akhlak umat perlu dijalankan melalui pengajaran ilmu pengetahuan. Ada setengah pihak pula berpendapat pemulihan ummah perlu melalui pendidikan budaya dan sastera. Ada pihak pula yang berpendapat pemulihan perlu melalui kaedah latihan jasmani. Semua pendapat ini mungkin betul dan mungkin silap. Saya tidak bermaksud untuk mengkritik dan membincangkan perkara ini dengan lebih mendalam cuma di sini saya ingin katakan bahawa Ikhwan al-Muslimin berpendapat cara terbaik untuk memulihkan jiwa ummah adalah dengan agama. رأى قوم أن يصلحوا من أخلاق الأمة عن طريق العلم والثقافة ، ورأى آخرون أن يصلحوه عن طريق الأدب والفن ، ورأي غيرهم أن يكون هذا الإصلاح عن طريق أساليب السياسة ، وسلك غير هؤلاء طريق الرياضة . وكل أولئك أصابوا في تحديد معاني هذه الألفاظ أو أخطأوا ، وسددوا أو تباعدوا ، وليس هذا مجال النقد والتحديد ولكن أريد أن أقول أن الإخوان المسلمين رأوا أن أفعل الوسائل في إصلاح نفوس الأمم : (الدين).
Ikhwan juga berpendapat agama Islam memiliki segala elemen yang baik dalam semua pendekatan tadi dan mengenepikan elemen yang tidak baik. Atas dasar ini Ikhwan yakin dengan agama ini dan risalah pertama Ikhwan dalam usaha mensucikan jiwa dan memperbaharui roh ialah “menentukan cara dan memilih prinsip”. Atas dasar ini juga “Aqidah Ikhwan al-Muslimin” telah ditulis dengan hanya berpandukan Kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw. tanpa menyimpang walau seurat rambut. Ikhwan mewajibkan diri mereka untuk menghafalnya, berpegang dengan batasnya, melaksanakan segala perintahnya, menunaikan segala ikrarnya. Saya yakin akidah ini adalah cara yang praktikal untuk mendidik jiwa dan menyemai akhlak. Dalam kesempatan ini saya ingin mengingatkan semua saudara seislam bahawa mereka wajib memelihara akidah mereka dan berusaha mengamalkan segala ikrarnya. ورأوا إلى جانب هذا أن الدين الإسلامي جمع محاسن كل هذه الوسائل وبعد عن مساوئها فاطمأنت إليه نفوسهم وانشرحت به صدورهم وكان أول وسائلهم العملية في تطهير النفوس وتجديد الأرواح : (تحديد الوسيلة واختيار المبدأ) وعلي هذا الأساس وضعت (عقيدة الإخوان المسلمين) مستخلصة من كتاب الله وسنة رسوله لا تخرج عنهما قيد شعرة . وفرض الإخوان علي أنفسهم حفاظها والتزام حدودها وتنفيذ نصوصها والقيام بتعهداتها . وأعتقد أنها وسيلة عملية في تربية النفوس وتقويم الأخلاق ، وبهذه المناسبة أذكر كل أخ مسلم بأن من واجبه أن يحفظ عقيدته ويعمل علي إنفاذ ما تستلزمه من تعهدات ,
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar. (Al-Taubah: 119)(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ) (التوبة:119).
Kedudukan Sembahyangمنزلة الصــلاة
Saudara yang dimuliakan oleh Allah, kini anda memahami bahawa Ikhwan al-Muslimin berpendapat Islam adalah cara yang terbaik untuk mendidik jiwa, memperbaharui roh dan memurnikan akhlak. Ikhwan perlu menerima pegangan hidup  mereka daripada cahaya Islam ini. Sudah tentu anda tahu bahawa dalam Islam sembahyang ibarat kepala pada tubuh manusia. Sembahyang adalah tiang, tunjang, rukun dan lambang Islam yang kekal abadi. Sembahyang juga adalah penyeri hidup, penenang jiwa, penghibur hati, penghubung antara hamba dan tuhan, pelantar untuk roh kekasih naik ke tingkat tertinggi menikmati belaian ilahi dan bergembira di taman suci. Sembahyang menggabungkan kebahagiaan dua alam, alam ghaib dan alam nyata. قد علمت ـ أعزك الله ـ أن الإخوان المسلمين رأوا في الإسلام أفضل الوسائل لتهذيب نفوسهم وتجديد أرواحهم وتزكية أخلاقهم ، فاقتبسوا من نوره عقيدتهم واغترفوا من فيضه مشربهم . وأنت جد عليهم بأن منزلة الصلاة من الإسلام منزلة الرأس من الجسد , فهي عماده ودعامته وركنه وشعيرته ومظهره الخالد وآيته الباقية , وهى مع ذلك قرة العين وراحة الضمير وأنس النفس وبهجة القلب والصلة بين العبد والرب , والمرفأة تصعد برقيها أرواح المحبين إلى أعلى عليين فتنعم بالأنس وترتع في رياض القدس وتجتمع لها أسباب  السعادة من عالمي الغيب والشهادة .
Sembahyang seolah cahaya yang bersinar di dalam jiwa yang menghayatinya. Sembahyang akan terasa indah bagi sesiapa yang menikmatinya. Pernahkah anda lihat suasana yang lebih indah, lebih menarik dan lebih agung daripada suasana seorang yang sedang khusyuk beribadat, rukuk dan sujud, berdoa di tengah malam kerana takutkan akhirat dan mengharapkan rahmat tuhannya. Di saat semua mata sedang tidur dan tenang berada di pembaringan. Di saat kekasih sedang berada bersama kekasihnya. Namun pada saat itu orang yang memahami akan berkata: وتلك بارقة تسطع في نفس من قدح زنادها ، وحلاوة يستشعرها من تذوق شهدها ، وهل رأيت بربك أعزب وأحلى وأروع وأجلى من مظهر ذلك الخاشع العابد الراكع الساجد القانت آناء الليل يحذر الآخرة ويرجو رحمة ربه وقد نامت العيون وهدأت الجفون واطمأنت الجنوب في المضاجع وخلا كل حبيب بحبيبه ونادى منادى العارفين من المحبين :
Sia-sia bersengkang mata bukan kerana mencari keredaanMuAlangkah malang jika mata ini menangis bukan kerana merinduiMuسهر العيون لغير وجهك ضائعوبكاؤهن لغير فقدك باطل
Saudara, seketika berada dalam suasana ini lebih baik untuk hati, lebih bermakna untuk jiwa dan lebih suci untuk roh, jika dibandingkan dengan seribu kali mendengar nasihat atau seribu kali melihat filem atau seribu kali kamu mendengar ceramah. Cubalah dan anda akan dapat merasai perbezaannya. آه يا أخي ، إن موقفاً واحداً من هذه المواقف أنفع للقلب وأفعل في النفس وأذكى للروح من ألف عظة قولية وألف رواية تمثيلية وألف محاضرة كلامية ، وجرب تر ،
Entah kenapa al-Quran menyifatkan ia sebagai tanda keihsanan. ولأمر ما كان ذلك في لسان القرآن آية الإحسان ,
Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). (Az-Zaariyat: 16-18)(إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ , كَانُوا قَلِيلاً مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ , وَبِالأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ) (الذريات:16-18) ..
Entah kenapa ganjaran untuk mereka ini tidak didedahkan. ولأمر ما كان أجر هؤلاء سنياً خفياً ,
Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan. (As-Sajdah: 17)(فَلا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَا أُخْفِيَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ) (السجدة:17) ،
Bukankah kerana amalan itu mereka lakukan secara tersembunyi. Apa gunanya bersendirian jika diperhatikan. Apa seronoknya berasmara jika tidak berdua-duaan? Bukankah ganjaran yang layak untuk ihsan ialah ihsan juga? Pernah diceritakan bahawa Abu Qasim al-Junaid dilihat dalam mimpi selepas kematiannya. Al-Junaid ditanya: Apakah yang Allah lakukan padamu? Al-Junaid menjawab: Lenyap segala isyarat, punah segala ibarat, hilang segala resam, sia-sia segala ilmu dan apa yang berguna pada saya hanya rakaat-rakaat yang saya lakukan di tengah malam.ألم يكن عملهم خفياً كذلك ، وهل تصلح الخلوات في حضرة الرقباء؟ وهل يلذ لمحب في غير خلوة نجاء ؟ وهل جزاء الإحسان إلا الإحسان ؟ ولقد حدثوا أن أبا القاسم الجنيد رؤي بعد وفاته فقيل له : ما فعل الله بك ؟ فقال : طاحت الإشارات وفنيت العبارات وغابت العلوم وضاعت الرسوم وما نفعنا إلا ركيعات كنا نركعها في جوف الليل .
Saudara sidang pembaca yang dihormati sekalian, jangan anda terkejut, apa yang terbaik untuk hati ialah ibadah secara bersendirian yang dibawa bersama ke medan perjuangan. Cara terbaik untuk membersihkan jiwa manusia adalah dengan sembahyang-sembahyang yang khusyuk. Sembahyang yang dapat menggilap hati. Sembahyang yang dapat membuang segala noda dosa dan membersihkan segala kekotoran hati. Sembahyang yang dapat mengurniakan cahaya iman ke dalam hati. Sembahyang yang dapat melegakan dada dengan kedinginan takwa. لا تستغرب ـ أيها القارئ الكريم ـ فما نفع القلب خير من خلوة يدخل بها ميدان فكره ، وما تزكت النفس بأفضل من ركعات خاشعات تجلو القلوب وتقشع صدأ الذنوب وتغسل درن العيوب وتقذف في القلب نور الإيمان وتثلج الصدر ببرد اليقين .
Umat Islam hari ini mempunyai pandangan yang berbeza tentang sembahyang. Ada yang mengabaikan serta tidak mengendahkan sembahyang. Apabila anda ingatkan mereka atau anda berbincang dengan mereka tentang sembahyang mereka akan memalingkan muka. Anda lihat mereka cuba mengelak dengan penuh sombong. Mereka merasakan soal ini kecil sedangkan ia sebenarnya suatu yang besar di sisi Allah. والمسلمون في هذا العصر أمام الصلاة طرائق قدد وطوائف بدد: فمنهم قوم أضاعوها وأهملوها وتركوها وجهلوها ، وإذا ذكرتهم بأمرها أو خضت معهم في شأنها لوّوا رؤوسهم ورأيتهم يصدون وهم مستكبرون ويحسبونه هيناً وهو عند الله عظيم .
Malah ada yang menghalang orang lain mendirikan sembahyang. Ada yang memandang hina orang yang mendirikan sembahyang. Ada yang menyifatkan orang yang mendirikan sebagai mundur dan kolot. Anda pasti akan terdengar kata-kata yang menyakitkan hati anda daripada orang seperti ini. Anda akan terdengar kata-kata yang menghairankan dan amat memeranjatkan anda. Seolah-olah mereka ini tidak pernah terdengar firman Allah Taala: ولا أحب أن أقول أن منهم من ينهي عنها ويحقر من أدّاها ويصفه بالرجعية والتأخر والجمود والتقهقر ، وانك لتسمع من هؤلاء وأشباههم أذى كثيراً ومزاعم غريبة وكلاما تعجب منه وتندهش له وكأنهم لم يسمعوا قول الله تعالى :
(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang – (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya.  (Al-Ma‘un: 4-5)(فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ , الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ) (الماعون:4-5).
Namun mungkin apa yang lebih memeranjatkan anda ialah apabila anda menyedari bahawa ada di kalangan mereka yang bekerja untuk dakwah Islam dan terkehadapan dalam mempertahankan isu-isu berkenaan Islam, malangnya mereka ini turut mengabaikan aspek sembahyang dan memandang mudah soal ini. Seolah-olah Nabi saw. tidak pernah menyatakan bahawa sembahyang adalah tiang agama dan sembahyang adalah kewajipan setiap mukmin. Seolah-olah mereka tidak pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: وإنه ليزداد عجبك ويتضاعف اندهاشك حين تعلم أن من الذين يعملون لدعوة الإسلام ، ويتصدرون كراسي الدفاع في القضية الإسلامية ، من يهمل أمر الصلاة ويصغر من شأنها كأن النبي لم يصرح بأنها عماد الدين وفريضة المؤمنين ، وكأنهم لم يسمعوا قوله
“Tiada pemisah antara seorang hamba dan kesyirikan melainkan apabila dia meninggalkan sembahyang dan apabila dia meninggalkan sembahyang dia telah mensyirikkan Allah.”(ليس بين العبد والشرك إلا ترك الصلاة فإذا تركها فقد أشرك) .
Walau bagaimanapun kita tidak perlu meyakinkan mereka tentang perkara ini kerana ia ibarat sudah terang lagi bersuluh. Cuma kita memohon agar Allah memberikan taufik dan hidayah kepada kita dan mereka. ولسنا نحاول أن نقنع هؤلاء بما هو أوضح من الصبح وأجلي من الضوء وأظهر من الشمس ، ولكنا نسأل الله لنا ولهم كمال الهداية وتمام التوفيق .
Dalam soal ini kita berhadapan dengan dua golongan manusia.ونحن بعد هؤلاء أمام صنفين من المسلمين :
Golongan majoriti atau teramai iaitu mereka yang menunaikan sembahyang secara teknikal yang mereka warisi daripada bapa mereka. Saban hari dan tahun mereka terbiasa melakukannya walaupun mereka tidak memahami rahsianya atau merasai kesannya. Apa yang penting bagi mereka ialah mereka membaca sesuatu, melakukan sesuatu, menampilkan sesuatu gaya kemudian mengakhirinya. Masing-masing merasa yakin mereka telah menunaikan kewajipan mereka dan mereka telah sembahyang. Mereka yakin mereka kini terselamat daripada azab dan bakal menerima pahala.الغالبية العظمي والكثرة الساحقة ، وهؤلاء يؤدون صلاة آلية ميكانيكية ورثوها عن آبائهم واعتادوها بمرور الأيام وكر الأعوام لا يتعرفون أسرارها ولا يستشعرون آثارها ، وحسب أحدهم أن يلفظ الكلمات ويأتي بالحركات ويسرد الهيئات ثم ينصرف معتقداً أنه أدي الفريضة وأقام الصلاة وخلص من العقوبة ونال الثواب ..
Tanggapan ini tidak berpijak di bumi nyata. Sebenarnya segala bacaan dan perbuatan dalam sembahyang ini hanyalah ibarat jasad, rohnya adalah kefahaman, tunjangnya adalah khusyuk dan tiangnya ialah kesan. Sebuah hadis menyebut: هذا وهم لا حقيقة له . وليست هذه الأقوال والأفعال من الصلاة إلا جسما روحه الفهم وقوامه الخشوع وعماده التأثر ، وقد ورد في الحديث
“Sembahyang itu ialah kamu berpegang, merendah diri, tunduk, pasrah…“ (إنما الصلاة تمسكن وتواضع وتضرع وتأوه..الخ )  (ورد من رواية الترمذى والنسائي).
Oleh itu anda dapat lihat kenapa kebanyakan manusia tidak memperolehi apa-apa manfaat daripada sembahyang mereka. Walaupun bersembahyang namun mereka masih tidak berhenti melakukan jenayah. Sedangkan sepatutnya jika sembahyang ini dilakukan dengan betul ia pasti akan membersihkan jiwa dan hati mereka. Sembahyang ini akan menghalang pelakunya melakukan dosa dan perkara yang diharamkan.ولهذا رأيت أكثر الناس لا ينتفعون بصلاتهم ولا ينتهون بها عن الفحشاء والمنكر ، مع أنها لو كملت لأثمرت تزكية النفس وتطهير القلب ولمنعت صاحبها اقتراف الآثام وغشيان المحارم .
Golongan kedua pula amat sedikit jumlahnya. Mereka ini memahami nilai yang ada di sebalik sembahyang. Mereka bersungguh-sungguh cuba mencapainya dan cuba untuk melakukannya dengan sempurna. Mereka sembahyang dengan khusyuk, memberi perhatian, tenang, berfikir dan apabila selesai sembahyang mereka dapat merasai kemanisan sembahyang. Mereka merasai nilai ketaatan. Mereka menuruti cahaya Allah yang akan terpancar pada mereka yang merasai betapa agungnya mengenali Allah. Sebuah hadis menyebut: وصنف ثاني من الناس ـ وهو قليل نادر ـ فهم هذه المعاني من أسرار الصلاة فهو جاد في تحقيقها عامل علي استكمالها ، يصلي بخشوع وتدبر واطمئنان وتفكر ، ويخرج من صلاته وقد تذوق حلاوة العبادة وتأثر بمشاعر الطاعة واستنار بنور الله الذي يتجلى به علي من وصلوا نفوسهم بجلال معرفته . وفي الحديث :
“Orang yang sembahyang pada waktunya, dia menjaga wudu’nya serta melakukannya dengan sempurna dalam rukuk, sujud dan khusyuknya, sembahyang ini akan naik ke langit dalam bentuk cahaya putih yang terang benderang dan ia akan berkata: Semoga Allah memeliharaimu sepertimana engkau memeliharaiku. Orang yang sembahyang di luar waktunya dan tidak menjaga wuduknya serta tidak melakukan dengan sempurna dalam rukuk, sujud dan khusyuknya, sembahyang itu akan naik dalam bentuk cahaya hitam pekat dan akan berkata: Semoga Allah mengabaikanmu sebagaimana engkau mengabaikanku. Apabila ia berada di tempat yang dikehendaki Allah sembahyang itu akan dilipat seperti baju kusam lalu ia digunakan untuk memukul muka pelakunya.” (من صلي صلاة لوقتها وأسبغ وضوءها وأتم ركوعها وسجودها وخشوعها عرجت وهي بيضاء مصفرة تقول حفظك الله كما حفظتني ومن صلاها لغير وقتها ولم يسبغ وضوءها ولم يتم ركوعها ولا سجودها ولا خشوعها عرجت وهي سوداء مظلمة تقول ضيعك الله كما ضيعتني ، حتى إذا كانت حيث شاء الله لفت كما يلف الثوب الخلق فيضرب بها وجهه).
Atas sebab inilah darjat manusia ini berbeza begitu juga dengan pahala mereka. Walaupun pada zahirnya sembahyang mereka sama sahaja baik dari segi cara, gaya, bacaan dan perbuatan. ولهذا تفاوتت درجات الناس واختلفت ثوابهم وإن اتحدت الصلاة شكلا ومظهراً وقولا وفعلاً .   
Oleh itu generasi silam yang soleh dan diredai Allah memberikan perhatian yang utama dalam menghadirkan hati mereka ketika sembahyang dan menjaga kekhusyukan mereka ketika beribadat. Atas sebab yang sama sifat ini menjadi sifat pertama orang-orang yang beriman: ولهذا كانت عناية السلف الصالحين رضوان الله عليهم عظيمة بإحضار قلوبهم في صلواتهم وتمام خشوعهم في عباداتهم . ولهذا كان أول وصف وصف به المؤمنون :
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. (Al-Mukminun: 2)(الَّذِينَ هُمْ فِي صَلاتِهِمْ خَاشِعُونَ) (المؤمنون:2) .
Ikhwan al-Muslimin amat memahami hakikat ini. Oleh kerana itu mereka mendidik diri mereka dengan sembahyang dan cuba untuk membiasakannya. Salah satu imej utama Ikhwan ialah mereka melakukan sembahyang dengan baik. Mereka yakin dengan cara ini mereka telah melakukan yang terbaik untuk memperbaharui diri dan membersihkan rohani. علم الإخوان المسلمون هذا فأخذوا أنفسهم به وحاولوا أن يدرجوا عليه وكان أهم مظهر من مظاهرهم العملية : أن يحسنوا الصلاة ، وهم يعتقدون أنهم بهذا يسلكون أقرب السبل إلى تجديد النفوس وتطهير الأرواح ,
Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar (Al-Baqarah: 153)(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِينَ) (البقرة:153) .
Saudara seIslam, cubalah fahami dengan baik dan jadilah contoh orang yang melakukan sembahyang yang terbaik. Saya yakin langkah praktikal yang pertama sesama kita ialah kita memperbaiki sembahyang kita.فيا أيها الأخ المسلم : تفهم ذلك جيداً ، وكن مثال الإحسان في صلاتك ، واعتقد أن أول الخطوات العملية فيها بيننا أن نحسن الصلاة والزكاة.
Terdapat dua amalan yang difardhukan oleh Allah dan Allah jadikan kedua-dua amalan ini sebagai ciri utama agama ini dan sebagai lambang syariah. Kedua-dua amalan ini seringkali digabungkan dalam ayat-ayat al-Quran menunjukkan betapa besarnya kelebihan dan betapa tingginya nilai kedua-dua amalan ini. Amalan yang dimaksudkan ialah sembahyang dan zakat. Amalan pertama menjalinkan hubungan antara anda dan Allah. Amalan kedua menjalinkan hubungan antara anda dan manusia lain. Bukankah segala yang ada tidak lain selain yang mencipta dan yang dicipta. Jika anda dapat melakukan dengan baik kedua-dua amalan ini anda telah mencapai kedudukan yang baik dan anda berada di kemuncak kebahagiaan.هما فريضتان ، جعلهما الله سياج الملة ومظهر الشريعة , وقرن بينهما في كثير من آيات كتابه الكريم تنبيهاً علي عظيم فضلهما وإظهاراًلجلالة قدرهما :هما الصلاة والزكاة ..فبالأولي صلاح ما بينك وبين الله ، وبالثانية صلاح مابينك وبين الخلق .وهل في الوجود إلا خالق ومخلوق ؟ فإذا صلح شأنه معهما فقد بلغت غاية الصلاح ووصلت إلى ذروة السعادة .
Zakatالــزكاة
Jika sembahyang adalah penyuci jiwa dan roh, zakat pula ialah penyuci harta dan rezeki. ولئن كانت الصلاة مطهرة النفس وتصفية الروح ، فإن الزكاة مطهرة المال وتصفية الكسب :
Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. (Al-Taubah: 103)(خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ) (التوبة:103)
Allah Taala telah meletakkan sembahyang dan zakat sebagai lambang keimanan dan bukti kepada akidah yang sahih. Al-Quran menyatakan hakikat ini: ولقد جعل الله تبارك وتعالى الصلاة والزكاة مظهر الإيمان ودليل صحة العقيدة ، وأشار القرآن في الآية الكريمة :
Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama. (Al-Taubah: 11)(فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ) (التوبة:11) ,
Ayat ini menjelaskan bahawa sesiapa yang cuai dalam melaksanakan sembahyang dan zakat dia bukan saudara seagama. وهو بمفهومه يدل علي أن من قصر في أداء الصلاة والزكاة فليس من الإخوان في الدين .
Makna inilah yang difahami oleh Abu Bakar ra. ketika beliau memerangi mereka yang enggan membayar zakat. Tindakan beliau ini dipersetujui oleh para sahabat dan kebanyakan mereka yang enggan membayar zakat digelar sebagai golongan murtad. Dalam Sunan Sittah ada meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah r.a, katanya: وكان هذا المعني هو الذي فهمه أبو بكر رضي الله عنه حين قاتل مانعي الزكاة وأقره عليه صحابة رسول الله وأطلق علي كثير ممن منعوا الزكاة (المرتدون) : روي الستة عن أبي هريرة رضي الله عنه قال :
“Setelah Nabi saw. wafat ada sebahagian orang Arab yang kembali kufur lantas Umar berkata kepada Abu Bakar ra.: Bagaimana engkau akan memerangi mereka sedangkan Rasulullah saw. pernah bersabda: Saya diperintah untuk memerangi manusia sehingga mereka berkata tiada tuhan melainkan Allah. Barangsiapa mengucapkannya dia akan terselamat, baik harta dan nyawanya kecuali dengan hakNya dan segala nasibnya terserah kepada Allah? Abu Bakar ra. membalas: Demi Allah, saya akan memerangi mereka yang memisahkan antara sembahyang dan zakat. Sembahyang adalah hak Allah dan zakat adalah hak harta. Demi Allah, jika mereka enggan membayar walau seekor kambing betina yang mereka pernah tunaikan kepada Rasulullah saw. nescaya saya akan memerangi mereka kerana keengganan mereka itu. Umar berkata: Demi Allah, sebenarnya Allah telah membuka hati Abu Bakar untuk berperang dan saya tahu dia di pihak yang benar.” Menurut Riwayat lain: “Tali unta”.(لما توفي النبي ، وكفر من كفر من العرب ، قال عمر لأبي بكر رضي الله عنهما : كيف تقاتل الناس وقد قال رسول الله : (أمرت أن أقاتل الناس حتى يقولوا لا إله إلا الله ، فمن قالها فقد عصم مني ماله ونفسه إلا بحقه وحسابه علي الله تعالى)؟فقال أبو بكر : والله لأقاتلن من فرق بين الصلاة والزكاة ، فإن الزكاة حق المال . والله لو منعوني عقالاًً كانوا يؤدونها إلى  رسول الله لقاتلتهم علي منعها . قال عمر : فوالله ما هو إلا أن رأيت أن الله شرح صدر أبي بكر للقتال فعرفت أنه الحق) . وفي رواية عقالاً (والعناق الأنثي من ولد المعز ، والعقال الحبل الذي تقيد به الدابة) .
Saudara yang dipelihara Allah, lihatlah bagaimana Abu Hurairah ra. menggambarkan mereka yang enggan membayar zakat sebagai “orang kafir” dan bagaimana Abu Bakar melihat keengganan membayar zakat ibarat tindakan menghancurkan agama ini. Mereka perlu diperangi walaupun mereka mengakui tiada tuhan melainkan Allah. Lihatlah bagaimana Umar bersetuju dengan pandangan Abu Bakar dan beliau percaya Abu Bakar berada di pihak yang benar. فانظر يا رعاك الله كيف عبر أبو هريرة رضي الله عنه عن مانعي الزكاة بقوله : (كفر من كفر) ، وكيف رأي أبو بكر أن منع الزكاة هدم للدين يستوجب قتال مانعها وأن شهد أن لا إله إلا الله ، وكيف أقر عمر رأي أبي بكر وعرف أنه الحق .
Allah dan RasulNya telah menjanjikan hukuman yang berat kepada orang yang enggan membayar zakat. Firman Allah: ولقد توعد الله ورسوله مانعي الزكاة أشد الوعيد ، فقال تبارك وتعالى :
Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. (Al-Taubah: 34-35)(وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلا يُنْفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللهِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ , يَوْمَ يُحْمَى عَلَيْهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكْوَى بِهَا جِبَاهُهُمْ وَجُنُوبُهُمْ وَظُهُورُهُمْ هَذَا مَا كَنَزْتُمْ لأنْفُسِكُمْ فَذُوقُوا مَا كُنْتُمْ تَكْنِزُونَ) (التوبة:34-35) ،
Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw. bersabda: وفي الحديث أن رسول الله صلي الله عليه وسلم قال :
“Orang yang Allah berikan harta tetapi tidak menunaikan zakatnya, di hari akhirat kelak akan dihadapkan kepada seekor ular yang berbisa lalu ular ini membelitnya pada hari kiamat dengan menggigit rahangnya sambil berkata: Akulah harta dan simpananmu.”(من آتاه الله مالاً فلم يؤد زكاته مثل له يوم القيامة شجاعاً أقرع له زبيبتان يطوقه يوم القيامة يأخذ بلهزمتيه يقول أنا كنزك ), والشجاع الأقرع هو الثعبان الخطر واللهزمتان هما الشدقان .
Dalam hadis yang seumpama dengannya:وفي الحديث كذلك :
“Pada hari kiamat kelak orang-orang miskin akan mengecam orang-orang kaya dengan berkata: Tuhan kami, mereka menzalimi hak-hak kami yang Engkau jadikan untuk kami. Lalu Allah Taala berfirman: Demi keagungan dan kebesaranKu, Aku akan dekatkan kamu dan Aku akan jauhkan mereka.”(ويل للأغنياء من الفقراء يوم القيامة ، يقولون : ربنا ظلمونا حقوقنا التي جعلت لنا فيقول الله تبارك وتعالى وعزتي وجلالي لأدنينكم ولأبعدنهم).
Semua ini kerana zakat adalah suatu sistem yang telah disyariatkan. Zakat menjadi asas kepada amalan yang baik, memperbetulkan fitrah yang tamak, mendidik jiwa pemurah, melatih manusia supaya berniat baik, menyemai sifat penyayang dalam hati, mengajak manusia supaya bersatu-padu, menghapuskan kekangan dan sifat dengki, menyemai semangat kerjasama, saling bantu-membantu melakukan kebajikan, menjauhkan punca kejahatan, memadamkan keinginan memberontak dan keadaan yang tidak stabil. Setiap individu yang melakukan sesuatu yang baik pasti akan disayangi. Orang yang berbuat baik pasti akan dibalas baik.وإنما كان ذلك كذلك لان الزكاة نظام المشروعات وقوام الأعمال النافعة وتقويم الفطرة الشحيحة .. تعود السخاء وتدرب علي القصد وتطبع القلوب علي الحب وتدعو النفوس إلى الألفة وتنزع الأغلال والأحقاد ، وتدعو إلى التعاون والتساند في الخيرات وتجنب أصول الشرور والمفاسد ، وتخمد نار الثورات والفتن ..وكل امرئ يولي الجميل محبب ، ومن وجد الإحسان قيدا تقيدا .
Zakat adalah salah satu tugas pemerintah. Pemerintah bertanggungjawab mengutip dan menguruskan kutipan zakat serta mengendalikan proses pengagihannya kepada sasaran yang telah ditetapkan oleh Allah. Jika seluruh kerajaan Islam mengambil berat soal kutipan zakat sudah tentu mereka akan memiliki sumber pendapatan yang bersih dan tidak lagi perlu mengutip cukai dan tol yang membebankan. Sekaligus menghidupkan semula amalan yang telah pupus, iaitu salah satu rukun Islam yang telah dilupakan. Jika kerajaan Islam gagal menjalankan kewajipan mengutip dan mengagihkan zakat maka setiap individu perlu menghidupkan semula amalan ini dan mengambil hak Allah yang ditetapkan untuk ahli keluarga Allah. Sesiapa yang cuai dia berdosa dan hukuman akan dikenakan di bahunya. Hukumannya adalah berat di sisi Allah.والزكاة مهمة من مهمات الحاكم : عليه القيام بجمعها ، وتنظيم تحصيلها والإشراف علي إنفاقها في مصارفها التي جعل الله لها . ولو أن الحكومات الإسلامية عنيت بشأن الزكاة لكانت لها مورداً حلالاً طيباً يغنيها عن الضرائب الجائرة والمكوس الظالمة ولأحيت بذلك فريضة ضائعة وركناً مهملا من أركان الإسلام . فأما إذا نسيت الحكومات الإسلامية واجبها حيال الزكاة جمعاً وإعطاءً ، فإن على الأفراد أن يقوموا بإحياء هذه الشعيرة وإعادة هذه الفريضة وإخراج حق الله لعيال الله ، فمن قصر في ذلك فإثمه على نفسه وجريرته على عنقه وجزاؤه أليم عند ربه .
Anda sendiri dapat lihat bagaimana umat Islam mengabaikan hak Allah yang ada dalam harta mereka. Mereka tidak memberikan hak fakir miskin yang ada dalam pendapatan mereka. Perbuatan ini menyebabkan hubungan sesama mereka terputus dan berlaku pelbagai jenayah. Jiwa manusia makin tercemar dan sikap berdengki makin ketara.وها أنت ترى أن أفراد المسلمين تغافلوا عن حق الله في أموالهم ولم يخروا نصيب الفقراء من إيرادهم ، مما قطع العلائق وأكثر الجرائم ولوث النفوس وزاد أحقادها وأضغانها .
Ikhwan al-Muslimin melihat semua aspek ini dan mereka mahu menjadi perintis yang mempraktikkan semula rukun ini. Mereka mulakan dengan diri mereka sendiri dan mereka keluarkan zakat harta mereka dengan penuh rela hati. Jika tindakan mereka ini berjaya kejayaan ini akan menempelak golongan yang mengabaikan zakat dan akan menjadi pendorong kepada mereka yang mahu melaksanakannya.   رأى الإخوان المسلمون ذلك فأرادوا أن يكونوا الرعيل الأول يضربون للناس المثل عملياً في إحياء هذا الركن ، ويبدءون بأنفسهم فيخرجون زكاة أموالهم طيبة بها نفوسهم ، فإذا نجحوا في ذلك كانوا حجة على المقصرين ودليلاً للراغبين ودعاة للقاعدين .
Amalan yang baik ini telahpun dirintis di Barmabal al-Qadimah, sebuah daerah di Daqahliah, Mesir. Mereka telah mengutip zakat dan mengagihkannya menurut yang dicatatkan oleh ayat al-Quran:وقد سبقت إلى الخير في هذا الشأن برمبال القديمة من أعمال مديرية الدقهلية بالقطر المصري ، فجمعت الزكاة وصرفتها في مصارفها التي جاءت بها الآية الكريمة :
Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Al-Taubah: 60)(إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللهِ وَابْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللهِ وَاللهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ) (التوبة:60).
Sebelum ini saya merasa khuatir dan bimbang jika timbul sebarang perpecahan kerana wujud pelbagai faktor di dalam diri umat Islam yang menyebabkan mereka sukar untuk bersatu dalam amal-amal kebajikan terutama jika perkara tersebut ada kaitan dengan harta dan wang. Apatah lagi jika projek tersebut memang berasaskan wang. Saya bimbang Ikhwan Barmabal akan berhadapan dengan orang-orang kaya yang bakhil dan tidak mahu memberikan sumbangan atau akan timbul pelbagai tuduhan yang akan dilemparkan oleh golongan yang suka mencari keaiban. Kalaupun projek ini dapat dijalankan dengan sempurna saya bimbang mungkin anggota sukarelawan ini akan dijangkiti penyakit riak atau pengutip zakat akan bersikap pilih kasih ataupun sifat tamak penerima zakat yang mahu mengaut semua kutipan zakat ataupun tradisi kita selama ini yang mana keluarga yang masih mengamalkan zakat lebih suka mengendalikan sendiri pengagihan zakat harta mereka dan tidak akan menyerahkannya kepada yang lain walaupun faedahnya lebih besar.ولقد كنت عظيم الإشفاق شديد الخوف من انقسام الوحدة وانصداع الكلمة ، لأن في المسلمين الآن خصال تحول دون اجتماعهم على مثل هذا الخير ، ولا سيما إذا اتصل بالمادة والمال فما بالك إذا كان المشروع من أساسه مالياً ؟ كنت أخشى على إخوان برمبال شح الأغنياء وغلهم أيديهم عن الإعطاء ..وتهم الظنيين الذين يخلقون لكل شيء عيباً ولو كان هو الكمال مجسماً ، فيلمزون المطوعين بالرياء ويلمزون الجامعين بالمحاباة .. وجشع الآخذين الذين يود أحدهم أن لو كان ما جمع له كله ليس من غيره من منصب .. والعادات المتوارثة التي درجنا عليها والتي تجعل كل بيت ممن بقيت فيهم بقية من المحافظة على إخراج الزكاة يفضل أن يشرف بنفسه على صرف زكاة ماله ولا يؤثر بذلك غيرة مهما كان في هذا الإيثار من فائدة .
Saya khuatir Ikhwan Barmabal terpaksa berhadapan dengan empat masalah ini yang malangnya begitu ketara dalam masyarakat kita. Walau bagaimanapun Ikhwan Barmabal dan penduduk Barmabal lebih hebat daripada yang disangka. Mereka berjaya menawan hati penduduk Barmabal dan meyakinkan mereka dengan setiap kerja amal yang mereka lakukan. Mereka berjaya membuktikan kepada masyarakat bahawa jika niat mereka suci dan wujud sifat saling percaya mempercayai nescaya segala halangan akan berjaya ditempuhi. كنت أخشى على إخوان برمبال هذه المعوقات الأربعة وهي واضحة ملموسة في مجتمعاتنا مما يبكي ويؤسف ولكن إخوان برمبال وأهل برمبال كانوا أرفع من ذلك وأسمي فقرت بهم العين وسعدت بهم النفس واطمأن بعملهم القلب وأثبتوا للناس أن الطهارة ـ إن خالطت نفوسهم ـ والثقة ـ إن تبودلت بينهم ـ كفيلتان بتذليل كل عقبة .
Demikian juga dengan orang-orang kaya Barmabal, mereka lebih hebat daripada yang disangka. Mereka dengan segera menunaikan hak Allah sebaik sahaja mereka diajak supaya menunaikan zakat. Begitu juga dengan fakir miskin di Barmabal, mereka tidak mahu merampas hak-hak saudara mereka. Sebaliknya sebaik sahaja mereka menerima agihan zakat yang dikutip, mereka merasa puas dan mulut mereka tidak henti-henti mendoakan orang-orang yang membayar dan yang menguruskan zakat tersebut. Hasil taufik Allah, Ikhwan Barmabal amat bijak dan teliti sehingga tiada ruang untuk sebarang tuduhan dan syak wasangka. Mereka telah menubuhkan unit pertama yang bertanggungjawab mencari orang-orang yang layak. Mereka ini akan membuat perjanjian untuk tidak mengampu atau bermuka atau membocorkan rahsia atau mendedahkan keaiban. Unit berikutnya ialah unit yang bertanggungjawab menyelidik senarai yang ada dan mengesahkan kesahihan maklumatnya. Seterusnya, unit keempat akan bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan jumlah yang akan diberikan. Berikutnya unit kelima yang akan menjalankan pengagihan. Sistem pengurusan yang begitu rapi ini mendapat sanjungan masyarakat. Setiap orang yang melihat dan membantu pengurusan atau melihat kesan positif yang dinikmati oleh penduduk Barmabal dan tetangga Barmabal pasti akan berpuas hati. Hasilnya penduduk Barmabal tidak lagi terikat dengan tradisi dan adat sebaliknya mereka mampu bersikap rasional. Mereka lebih mengutamakan semangat kerjasama dan menjadi contoh terbaik bagaimana untuk merealisasikan cita-cita yang telah kita idamkan sejak sekian lama.لقد كان أغنياء برمبال أرفع من أن يمتنعوا عن أداء حق الله إذ داعي الزكاة بهم أهابا ..ولقد كان فقراء برمبال أرفع من أن تمتد أعينهم إلى حقوق إخوانهم فما هو إلا أن وصل إلى كل منهم ما قسم له من الزكوات المجموعة حتى سرت نفسه ولهج لسانه بالدعاء للمزكين وللمنظمين .. ولقد كان إخوان برمبال أحكم وأحزم بتوفيق الله تعالى من أن يدعو للتهم مجالا وللظنة شبهة . فتكونت منهم لجنة أولي لعمل الكشوف بالمستحقين أخذ عليها العهد والميثاق ألا تحابي ولا تجامل ولا تفشي سرا ولا تظهر عورة ثم تلتها لجنه أخرى للفحص عن هذه الكشوف ومراجعتها والتثبت من صحتها ثم لجنه ثالثة لتقدير الأنصبة المستحقة لكل من تثبت حاجته واستحقاقه ثم لجنه رابعه لمراجعة هذا التقدير وإقراره ثم لجنه خامسه للقيام بالتوزيع عمليا . وكان هذا النظام الدقيق الموفق مدعاة إلى الإعجاب والفرح من كل من شاهدوه أو علموا به أو رأوا آثاره الرضية في نفوس برمبال وجيران برمبال ..وكان أهل برمبال بعد ذلك أكبر من العادات وأسمي من القيود فاتبعوا الرشد وأثاروا التعاون وضربوا في ذلك أروع المثل في تحقيق أمنية كنا نحلم بها من زمن بعيد .
Sidang pembaca sekalian, dengan segala penjelasan ini adakah anda masih belum merasakan Ikhwan al-Muslimin adalah kumpulan yang bekerja?أفلست ترى أيها القارئ بعد هذا البيان أن الإخوان المسلمين قوم عمليون
Tidakkah anggota Ikhwan al-Muslimin merasakan semua ini bertepatan dengan impian mereka. Semoga mereka akan terus bekerja supaya tidak lama lagi kita akan dapat dengar kejayaan-kejayaan lain yang dicapai oleh cawangan-cawangan lain pula.… وأفلا يري الإخوان المسلمون في ذلك تحقيقاً لآمالهم فيعملوا علي أن نسمع في القريب عن هذه الخطوات الموفقة في بقية الشعب النشيطة
Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. (Al-Haj: 78)(فَأَقِيمُوا الصَّلاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَاعْتَصِمُوا بِاللهِ هُوَ مَوْلاكُمْ فَنِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ) (الحج:78).
Jihad Adalah Kebanggaan Kitaالجهـاد عزّنــا
Seminggu telah berlalu dan saya tidak berkesempatan untuk berbicara kepada sidang pembaca yang dihormati tentang beberapa usaha yang dijalankan oleh Ikhwan al-Muslimin yang dapat menyentuh hati dan perasaan kita. Saya tidak dapat sembunyikan rasa terkilan dan sedih saya di hadapan sidang pembaca bukan kerana kami suka untuk menunjuk-nunjuk apa yang telah kami lakukan atau menonjolkan segala usaha kami kerana Allah tahu bahawa setiap kali Ikhwan al-Muslimin bekerja mereka akan bekerja hanya demi Allah dan mereka lakukannya kerana mahukan keredaan Allah. Mereka tidak pernah mengharapkan balasan atau pujian. Mereka yakin apa yang mereka lakukan hanyalah sebahagian tanggungjawab yang diwajibkan oleh Islam kepada umatnya dan masih banyak lagi yang perlu dilakukan. Apa yang kami lakukan ini hanyalah kerana kami mahu menyampaikan dakwah kami kepada masyarakat. Kami mahu menjelaskan kepada mereka halatuju kami. Kami mahu paparkan kepada mereka siapakah kami yang sebenarnya. Mudah-mudahan ada di antara mereka yang akan membantu kami melakukan kebaikan dan memimpin manusia ke arah kebaikan. Dengan ini kesannya akan berlipat ganda, jarak akan semakin hampir, matlamat akan semakin dekat. Semoga perubahan menyeluruh dan usaha menyelamat yang pantas akan tercapai. مر الأسبوع الفائت ولم أناج القراء الكرام فيه بهذه الخطرات التي تمليها العاطفة ويفيض بها القلب عن جهود الإخوان المسلمين .ولا أكتم القراء الكرام أني وجدت لذلك ألم الحرمان ووخز الضمير لا لأننا نحب أن نرائي الناس بعملنا أو نظهرهم علي جهودنا , فقد يعلم الله أن الإخوان  المسلمين يعملون وهم يبتغون وجه الله ويريدون بذلك رضوانه ولا ينتظرون من أحد جزاء ولا شكورا , ويعتقدون أنهم إنما يقومون ببعض ما يوجبه الإسلام علي أبنائه ولا يزالون بعد مقصرين . وإنما نحب أن نبلغ الناس دعوتنا ونحدد لهم وجهتنا ونكشف عن حقيقتنا ، لعلنا نجد منهم أعوانا على الخير وهداة إلى البر  فيتضاعف النفع ويقرب المدى وتدنو الغاية ويتحقق ما نرجو من إصلاح شامل وإنقاذ عاجل .
Satu hari umat ini tidak bekerja untuk bangkit daripada lenanya bererti umat ini sedang mundur jauh ke belakang. Jika masyarakat benar-benar memahami dakwah Ikhwan ini nescaya dakwah ini akan mampu menyelamatkan mereka. Jika masyarakat bersedia menurut jejak Ikhwan sudah tentu mereka akan beroleh kejayaan. Jika masyarakat bersedia membantu segala usaha Ikhwan sudah tentu segala impian akan tercapai. Kemenangan hanya datang daripada Allah, tuhan yang Maha perkasa dan Maha Bijaksana.وإن كل يوم يمضي لا تعمل فيه الأمة عملاً للنهوض من كبوتها يؤخرها أمداً طويلاً .وإن في دعوة الإخوان لو فقهها الناس لمنقذاً ، وإن في منهاجهم لو اتبعته الأمة لنجاحاً , وإن في جهودهم لو أعينوا عليها لأملاً ، وما النصر إلا من عند الله العزيز الحكيم .
Sebuah hadis sahih yang maksudnya menyebut bahawa suatu ketika Muaz ra. berjalan bersama Rasulullah saw. lalu baginda bersabda kepadanya: وبعد فقد ورد في الصحيح ما معناه أن معاذاً  كان يسير مع رسول الله  فقال له :
“Muaz, adakah engkau mahu saya bercakap tentang teras dan kemuncak agama ini. (إن شئت يا معاذ حدثتك برأس هذا الأمر وذروة السنام منه .
Teras kepada agama ini ialah engkau mengakui bahawa tiada tuhan melainkan Allah yang tiada sekutu bagiNya dan Muhammad adalah hamba dan utusanNya. Tunjang agama ini ialah mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat. Kemuncak agama ini pula ialah jihad di jalan Allah. Sebenarnya saya telah diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, mereka mengakui bahawa tiada tuhan melainkan Allah yang tiada sekutu bagiNya dan Muhammad adalah hamba dan utusanNya. Jika mereka melaksanakannya mereka akan terselamat dan mereka telah menyelamatkan darah dan harta mereka kecuali dengan haknya dan nasib mereka terserah kepada Allah Azza wa Jalla. Demi Tuhan yang memegang nyawa Muhammad, apabila air muka berubah dan kaki berdebu kerana bekerja mencari kedudukan di syurga, tidak ada satupun amalan selain sembahyang fardhu yang dapat menandingi jihad di jalan Allah. Tidak ada timbangan yang lebih berat daripada timbangan seekor haiwan yang terkorban di jalan Allah atau haiwan yang membawa tuannya menuju ke jalan Allah.”إن رأس هذا الأمر لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأن محمداً عبده ورسوله ، وإن قوام هذا الأمر إقامة الصلاة وإيتاء الزكاة وإن ذروة السنام منه الجهاد في سبيل الله . إنما أمرت أن أقاتل الناس حتى يقيموا الصلاة ويؤتوا الزكاة ويشهدوا أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأن محمداً عبده ورسوله ، فإذا فعلوا ذلك فقد اعتصموا وعصموا دماءهم وأموالهم إلا بحقها وحسابهم علي الله عز وجل , والذي نفس محمد بيده ما شحب وجه ولا أغبرت قدم في عمل تبتغي به درجات الجنة بعد الصلاة المفروضة كجهاد في سبيل الله ، ولا أثقل ميزان عبد كدابّه تنفق (أي تموت) في سبيل الله أو يحمل عليها في سبيل الله).
Inilah takrif Islam menurut Nabi saw., orang yang paling memahami Islam. Ikhwan al-Muslimin tidak akan membimbing manusia ke arah yang lain selain daripada Islam dan prinsip Islam. Mereka tidak akan menggunakan cara lain selain cara Islam dan ajaran Islam. ذلك تعريف النبي  للإسلام وهو أعرف الناس بالإسلام وإن الإخوان المسلمين لا يحملون الناس علي غير الإسلام ومبادئ الإسلام ، ولا ينهجون إلا مناهج الإسلام وشعاب الإسلام .
Saya telah bicarakan tentang pendirian Ikhwan dalam soal sembahyang dan zakat. Saya juga telah berbicara tentang apakah yang Ikhwan mahukan supaya mereka dan masyarakat mereka lakukan dalam soal sembahyang dan zakat kerana kedua-dua amalan ini adalah tunjang agama ini. Sekarang saya ingin berbicara tentang perjuangan Ikhwan al-Muslimin. Apakah yang mereka mahu diri mereka dan masyarakat mereka lakukan dalam soal jihad di jalan Allah kerana jihad adalah kemuncak Islam.وقد حدثتك عنهم في الصلاة والزكاة وما يريدون من أنفسهم ومن الناس حيالها ، وهي قوام الأمر ودعامته . فلأتحدث إليك الآن عن الإخوان المسلمين المجاهدين ، وماذا يريدون من أنفسهم ومن الناس حيال الجهاد في سبيل الله وهو من الإسلام ذروة السنام .
Saudara yang dikasihi, salah satu medan jihad dalam Islam ialah semangat yang kental merindui kegemilangan Islam, semangat yang membara untuk melihat kuasa Islam, menangis hiba kerana nasib yang menimpa umat Islam, kehinaan yang mereka alami, dukacita meratapi fenomena yang tidak diredai oleh Allah dan Muhammad saw. Malahan jiwa seorang muslim yang beriman pasti tidak akan meredainya.من الجهاد في الإسلام أيها الحبيب : عاطفة حيه قويه تفيض حناناً إلى عز الإسلام ومجده ، وتهفو شوقاً إلى سلطانه وقوته ، وتبكي حزناً علي ما وصل إليه المسلمون من ضعف وما وقعوا فيه من مهانة ، وتشتعل ألماً علي هذا الحال الذي لا يرضي الله ولا يرضي محمداً عليه الصلاة والسلام ولا يرضي نفساً مسلمة وقلباً مؤمناً .و
“Orang yang tidak mengambil berat nasib umat Islam bukanlah dia di kalangan mereka.”(من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم)
Inilah yang dinyatakan oleh hadis yang sahih.كما ورد في الحديث الصحيح .
Kata penyair:“Hancur luluh hati ini sedih melihat keadaan iniItupun jika hati ini masih memiliki Islam dan iman.”لمثل  هذا  يذوب  القلب  من  كمد        إن كان في القلب إسلام وإيمان
Saudara yang dikasihi, salah satu cara jihad di jalan Allah ialah masalah yang berpanjangan ini mendorong anda untuk berfikir bersungguh-sungguh mencari jalan penyelesaian. Jalan untuk membebaskan diri. Anda menghabiskan masa yang panjang untuk berfikir sedalam-dalamnya. Anda mengkaji pelbagai cara dan meneliti pelbagai muslihat. Mungkin dengan ini anda akan temui jalan penyelesaian atau penyelamat buat umat ini. Bukankah niat seseorang itu lebih baik daripada amalannya? Allah mengetahui mata yang khianat dan apa yang tersembunyi di dalam hati.ومن الجهاد في سبيل الله أيها الحبيب : أن يحملك هذا الهم الدائم والجوى اللاحق علي التفكير الجدي في طريق النجاح وتلمس سبيل الخلاص وقضاء وقت طويل في فكرة عميقة تمحص بها سبل العمل وتتلمس فيها أوجه الحيل لعلك تجد لأمتك منفذا أو تصادف منقذاً ، ونية المرء خير من عمله والله يعلم خائنة الأعين وما تخفي الصدور .
Saudara yang dikasihi, satu lagi cara jihad ialah anda korbankan sebahagian masa anda, sebahagian harta anda dan sebahagian keperluan anda untuk kepentingan Islam dan umat Islam. Jika anda seorang pemimpin anda akan memberi sumbangan sebagai seorang pemimpin. Jika anda seorang pengikut anda akan menjadi pembantu kepada para pendakwah untuk setiap perkara yang baik. Kesemuanya Allah janjikan balasan yang baik. Allah Taala berfirman:ومن الجهاد في سبيل الله أيها الحبيب : أن تنزل عن بعض وقتك وبعض مالك وبعض مطالب نفسك لخير الإسلام وبني المسلمين ..فإن كنت قائداً ففي مطالب القيادة تنفق ، وإن كنت تابعاً ففي مساعدة الداعين تفعل ، وفي كل خير , وكلا وعد الله الحسني , والله تبارك وتعالى يقول
Tidaklah patut bagi penduduk Madinah dan orang-orang yang di sekeliling mereka dari orang-orang A’raab(penduduk pedalaman) ketinggalan daripada (turut berperang bersama) Rasulullah; dan tidaklah patut mereka mengasihi diri mereka sendiri dengan tidak menghiraukan Rasulullah. Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah; dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir; dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh – melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka: (pahala) amal yang soleh. Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. Dan tidak pula mereka membelanjakan sesuatu perbelanjaan yang kecil, atau yang besar; dan tidak mereka melintas sesuatu lembah, melainkan ditulis pahala bagi mereka, supaya Allah membalas dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. (Al-Taubah: 120-121)(مَا كَانَ لأَهْلِ الْمَدِينَةِ وَمَنْ حَوْلَهُمْ مِنَ الأَعْرَابِ أَنْ يَتَخَلَّفُوا عَنْ رَسُولِ اللهِ وَلا يَرْغَبُوا بِأَنْفُسِهِمْ عَنْ نَفْسِهِ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ لا يُصِيبُهُمْ ظَمَأٌ وَلا نَصَبٌ وَلا مَخْمَصَةٌ فِي سَبِيلِ اللهِ وَلا يَطَأُونَ مَوْطِئاً يُغِيظُ الْكُفَّارَ وَلا يَنَالُونَ مِنْ عَدُوٍّ نَيْلاً إِلا كُتِبَ لَهُمْ بِهِ عَمَلٌ صَالِحٌ إِنَّ اللهَ لا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ , وَلا يُنْفِقُونَ نَفَقَةً صَغِيرَةً وَلا كَبِيرَةً وَلا يَقْطَعُونَ وَادِياً إِلا كُتِبَ لَهُمْ لِيَجْزِيَهُمُ اللهُ أَحْسَنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ) (التوبة:120-121) .
Saudara yang dikasihi, satu lagi cara jihad di jalan Allah ialah anda menyuruh manusia melakukan kebaikan dan melarang manusia melakukan kejahatan. Di samping itu anda perlu memberi nasihat kerana Allah, rasulNya, kitabNya, untuk para pemimpin dan rakyat Islam. Anda mengajak manusia supaya menyembah Allah dengan cara yang bijaksana dan nasihat yang berguna. Mana-mana manusia yang tidak saling nasihat-menasihati mereka akan menjadi masyarakat yang hina. Manusia yang mengabaikan usaha menyuruh manusia melakukan kebaikan dan melarang manusia melakukan kejahatan pasti akan tewas.ومن الجهاد في سبيل الله أيها الحبيب : أن تأمر بالمعروف وأن تنهي عن المنكر ، وأن تنصح لله ورسوله ولكتابه ولأئمة المسلمين وعامتهم ، وأن تدعوا إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنه وما ترك قوم التناصح الا ذلوا وما أهملوا التآمر بالمعروف والتناهي عن المنكر الا خذلوا ,
Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Al-Maidah: 78-79)(لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرائيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُدَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ , كَانُوا لا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ) (المائدة:78-79) .
Saudara yang dikasihi, satu lagi cara jihad di jalan Allah ialah anda menyangkal mereka yang membelakangkan agama. Anda memutuskan hubungan dengan orang yang memusuhi Allah dan rasulNya. Jangan ada sebarang hubungan di antara anda dan orang seperti ini. Jangan anda duduk bersama, makan bersama atau minum bersama mereka. Sebuah hadis menyebut: و من الجهاد في سبيل الله ايها الحبيب :ان تتنكر لمن تنكر لدينه وان تقاطع من عادي الله ورسوله فلا يكون بينك وبينه صله ولا معامله ولا مؤاكله ولا مشاربه وفي الحديث :
“Kesilapan yang pertama berlaku pada Bani Israel ialah apabila seorang lelaki bertemu seorang lelaki lalu berkata: “Saudara, takutilah kemurkaan Allah dan tinggalkanlah apa yang sedang engkau lakukan kerana ia tidak halal dilakukan.” Lalu pada keesokannya apabila dia bertemu sekali lagi, dia terus makan, minum dan duduk bersamanya walaupun orang itu masih melakukan apa yang dilarang. Jika inilah sikap mereka maka Allah melaga-lagakan hati mereka.”(إن أول ما دخل النقص علي بني اسرائيل انة كان الرجل يلقى الرجل فيقول: يا هذا اتق الله ودع ما تصنع فانه لا يحل لك ثم يلقاه من الغد وهو علي حاله فلا يمنعه ذلك أن يكون أكيله وشريبه وقعيده فلما فعلو ذلك ضرب الله قلوب بعضهم ببعض).
Saudara yang dikasihi, satu lagi cara jihad di jalan Allah ialah anda menjadi tentera Allah. Anda serahkan segala jiwa dan harta anda untuk Allah. Apabila kegemilangan Islam diancam, maruah Islam dicemar atau umat Islam dikerah untuk bangkit mengembalikan kegemilangan Islam anda adalah orang yang pertama menyahutnya dan anda adalah orang yang pertama mara ke medan jihad.ومن الجهاد  في سبيل الله أيها الحبيب : أن تكون جندياً لله تقف له نفسك ومالك لا تبقي علي ذلك من شئ . فإذا هدد مجد الإسلام وديست كرامة الإسلام ودوي نفير النهضه لاستعادة مجد الإسلام كنت أول مجيب للنداء وأول متقدم للجهاد ,
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga. (Al-Taubah: 111)(إِنَّ اللهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ) (التوبة:111) ,
Sebuah hadis menyebut: وفي الحديث:
“Orang yang mati dan tidak pernah berperang atau tidak pernah terdetik di hatinya untuk berperang dia mati di atas salah satu cabang nifaq.” Hadis ini Riwayat Muslim, Abu Daud dan al-Nasaie. (من مات ولم يغز ولم يحدث به نفسه مات علي شعبة من النفاق) رواه مسلم وأبو داود والنسائي .
Dengan segala tindakan ini akan tercapailah apa yang dikehendaki oleh Allah iaitu tersebarnya Islam hingga ke seluruh muka bumi.وبذلك يتحقق ما يريد الله من نشر الإسلام حتى يعم الأرض جميعاً  .
Saudara yang dikasihi, salah satu cara jihad ialah anda bekerja untuk menegakkan keadilan, memperbaiki kehidupan manusia, membantu orang yang dizalimi dan menyekat tindakan orang yang zalim walau apa sekali kedudukan dan kuasanya. ومن الجهاد  في سبيل الله أيها الحبيب: أن تعمل علي إقامة ميزان العدل وإصلاح شئون الخلق وانصاف المظلوم والضرب علي يد الظالم مهما كان مركزه وسلطانه .
Sebuah hadis diRiwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudri ra. bahawa Nabi saw. bersabda: وفي الحديث عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه عن النبي صلي الله عليه وسلم  قال :  
“Jihad yang terbaik ialah ucapan yang benar di hadapan pemerintah atau penguasa yang kejam.” Riwayat Abu Daud dan diRiwayatkan juga oleh al-Bukhari dengan maksud yang hampir sama.(أفضل الجهاد كلمة حق عند سلطان أو أمير جائر) رواه أبو داود والبخاري بمعناه ،
Diriwayatkan daripada Jabir ra. katanya: وعن جابر رضي الله عنه : قال  رسول الله صلي الله عليه وسلم :
Rasulullah saw. bersabda: “Pemimpin para syuhada ialah Hamzah bin Abdul Mutalib dan juga lelaki yang bangkit di hadapan pemerintah yang kejam lalu dia menyuruh pemerintah ini (melakukan kebaikan) dan melarang (melakukan kejahatan) lantas dia dibunuh.” Riwayat Ibnu Majah dengan sanad sahih.(سيد الشهداء حمزة بن عبد المطلب ورجل قام إلى إمام جائر فأمره ونهاه فقتله) رواه ابن ماجه باسناد صحيح .
Termasuk salah satu cara jihad di jalan Allah juga ialah jika anda seorang yang tidak berkemampuan untuk melakukan semua yang disebut di atas tadi hendaklah anda menyayangi para mujahid dengan sepenuh hati dan anda berikan mereka nasihat setiap kali anda menemui mereka. Nescaya Allah akan berikan ganjaran kepada anda untuk itu dan Allah akan ketepikan tanggungjawab kamu. Janganlah anda lakukan sebaliknya nescaya Allah akan tutup hati anda dan Allah akan jatuhkan hukuman yang amat berat untuk anda.ومن الجهاد في سبيل الله تبارك وتعالى ان لم توفق إلى شئ من ذلك كله : أن تحب المجاهدين من كل قلبك وتنصح لهم بمحض رأيك وقد كتب الله لك بذلك الأجر وأخلاك من التبعة . ولا تكن غير ذلك فيطبع علي قلبك ويؤاخذك أشد المؤاخذة :
Orang-orang yang lemah dan orang-orang yang sakit, dan juga orang-orang yang tidak mempunyai sesuatu yang akan dibelanjakan, tidaklah menanggung dosa (kerana tidak turut berperang) apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan RasulNya. Tidak ada jalan sedikitpun bagi menyalahkan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya; dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan tidak juga berdosa orang-orang yang ketika mereka datang kepadamu (memohon) supaya engkau memberi kenderaan kepada mereka, engkau berkata: Tidak ada padaku kenderaan yang hendak kuberikan untuk membawa kamu, mereka kembali sedang mata mereka mengalirkan airmata yang bercucuran, kerana sedih bahawa mereka tidak mempunyai sesuatupun yang hendak mereka belanjakan (untuk pergi berjihad pada jalan Allah). Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan dan mengenakan seksa) hanyalah terhadap orang-orang yang meminta izin kepadamu sedang mereka kaya dan mampu. Mereka suka tinggal bersama-sama orang yang ditinggalkan (kerana uzur) dan (dengan sebab itu) Allah meteraikan atas hati mereka, sehingga mereka tidak dapat mengetahui (perkara yang baik). (Al-Taubah: 91-93)(لَيْسَ عَلَى الضُّعَفَاءِ وَلا عَلَى الْمَرْضَى وَلا عَلَى الَّذِينَ لا يَجِدُونَ مَا يُنْفِقُونَ حَرَجٌ إِذَا نَصَحُوا للهِ وَرَسُولِهِ مَا عَلَى الْمُحْسِنِينَ مِنْ سَبِيلٍ وَاللهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ , وَلا عَلَى الَّذِينَ إِذَا مَا أَتَوْكَ لِتَحْمِلَهُمْ قُلْتَ لا أَجِدُ مَا أَحْمِلُكُمْ عَلَيْهِ تَوَلَّوْا وَأَعْيُنُهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ حَزَناً أَلا يَجِدُوا مَا يُنْفِقُونَ , إِنَّمَا السَّبِيلُ عَلَى الَّذِينَ يَسْتَأْذِنُونَكَ وَهُمْ أَغْنِيَاءُ رَضُوا بِأَنْ يَكُونُوا مَعَ الْخَوَالِفِ وَطَبَعَ اللهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لا يَعْلَمُونَ) (التوبة:91-93) .
Semua itu adalah beberapa peringkat jihad di dalam Islam. Di manakah kedudukan Ikhwan al-Muslimin dalam semua peringkat ini?وبعد فهذه بعض مراتب الجهاد في الإسلام ودرجاته فأين الإخوان المسلمون من هذه الدرجات؟
Adakah mereka merasa sedih dengan apa yang berlaku kepada umat Islam dan merasa amat-amat dukacita? Hanya Allah sahaja yang tahu betapa setiap Ikhwan merasakan apa yang berlaku itu begitu menghiris hati mereka. Perasaan mereka tersentuh sehingga ke lubuk hati mereka. Hinggakan kerapkali perasaan ini membantutkan keinginan mereka untuk bermesra dengan keluarga dan saudara mereka. Apatah lagi untuk berseronok dengan segala kenikmatan dan keindahan dunia.فأما أنهم محزونون لما وصل اليه المسلمون آلمون ، فعلم الله أن أحدهم يجد من ذلك ما يذيب لفائف قلبة وينال من أعماق نفسة ويحز في قرارة فؤادة ويمنعة في كثير من الأحايين الأنس بأهله وإخوانه والمتعة بكل ما في الوجود من لذة وجمال .
Apakah mereka ada melakukan sesuatu? Hanya Allah sahaja yang tahu betapa segala ingatan, rancangan dan tumpuan mereka semuanya tertumpu kepada soal ini. Masalah ini menguasai segala fikiran dan hati mereka.وأما انهم يفكرون في سبيل الخلاص ، فعلم الله أنه ما من فكرة تحتل أفكارهم وما من خطة تستهوى عواطفهم وما من شان يشغل عقولهم كهذا الشان الذي ملك عليهم رؤوسهم  وقلوبهم واستبد منهم بشعورهم وتفكيرهم.  
Apakah mereka mengorbankan masa dan harta untuk tujuan ini? Jika anda melawat cawangan-cawangan Ikhwan anda pasti akan dapat lihat bagaimana mata-mata mereka cengkung kerana berjaga malam. Muka mereka kelihatan tidak bermaya kerana keletihan. Tubuh mereka kurus kerana kelesuan dan kepenatan. Cuma yang tinggal hanyalah kekuatan iman dan akidah mereka. Mereka adalah para pemuda yang menghabiskan masa mereka sehingga larut malam bertungkus lumus di pejabat sedangkan rakan-rakan sebaya mereka sedang berseronok, berhibur dan bergembira. Barangkali mata yang berjaga ini untuk mata yang sedang lena. Namun kami hanya mengharapkan ganjaran Allah dan kami tidak mengharapkan sebarang pujian.وأما أنهم يبذلون في هذا السبيل وقتا ومالا ، فحسبك أن تزور ناديا من أنديتهم لترى عيونا أذبلها السهر ووجوها أشحبها الجلد وجسوما أضناها النصب وأخذ منها الإعياء على أنها فتيّة بإيمانها قوية بعقيدتها ، وشبابا يقضون ليلهم إلى ما بعد انتصافه مكبين على المكتب أو عاكفين على المناضد وأترابهم في لهوهم وأنسهم ومتعتهم وسمرهم . ورب عين ساهرة لعين نائمة وإنما نحتسب ذلك عند الله ولانمتن به ,
Bahkan Allah jualah yang berhak membangkit-bangkitkan budiNya kepada kamu, kerana Dia lah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu), kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (Al-Hujurat: 17)(بَلِ اللهُ يَمُنُّ عَلَيْكُمْ أَنْ هَدَاكُمْ لِلإِيمَانِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ) (الحجرات:17) .
Jika anda bertanya tentang wang yang digunakan untuk menampung perbelanjaan dakwah mereka, jawapannya wang itu datang daripada wang mereka sendiri. Walaupun sedikit tetapi mereka sumbangkan dengan murah hati, reda, senang dan tenang. Mereka akan memuji Allah jika pengorbanan ini memerlukan mereka mengorbankan kesenangan hidup mereka ataupun hingga ke tahap mereka terpaksa mengurangkan belanja keperluan hidup mereka dan kemudian mereka sumbangkan simpanan tersebut untuk tujuan dakwah.فإذا سألت عن المال الذي ينفق علي دعوتهم فما هو إلا مالهم القليل يبذلونه في سخاء ورضاء وراحة وطمأنينة . وإنهم ليحمدون الله إذ ترقت تضحيتهم بالمال من درجة السخاء بكماليات العيش إلى درجة الاقتصاد من ضرورياته وإنفاق ما يقتصد في سبيل الدعوة ,
Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. (Al-Hasyr: 9)(وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ) (الحشر:9) ,
Alangkah bahagianya jika Allah menerima segala pengorbanan kita itu. Semua itu daripada Allah dan kepada Allah ia kembali.ما أسعدنا أن يقبل الله منا ذلك وهو منه وإليه .
Apakah Ikhwan menjalankan usaha mengajak manusia melakukan kebaikan dan menegah mereka melakukan kejahatan? Dalam soal ini, Ikhwan mulakan terlebih dahulu dengan diri mereka sendiri kemudian ahli keluarga dan saudara mara mereka. Seterusnya dengan saudara dan sahabat-handai mereka. Mereka lakukan semua ini dengan berbekalkan kesabaran, kecekalan, kebijaksanaan dan nasihat. Anda dapat lihat akhbar mereka menjadi manifestasi kepada amar makruf dan nahi mungkar. Anda dapat lihat nasihat dan ucapan mereka kesemuanya menuju ke arah itu.وأما أنهم يأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر : فقد بدأوا في ذلك بأنفسهم ثم بأسرهم وبيوتهم ثم بإخوانهم وأصدقائهم وهم يتذرعون في ذلك بالصبر والأناه والحكمة والموعظة وهل تري جريدتهم هذه إلا مظهراً من مظاهر الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر؟ وهل تري عظاتهم وأقوالهم إلا سبيلاً في هذه السبيل ؟  
Menyentuh tentang kaedah jihad yang lain, ia adalah kewajipan masyarakat. Masyarakatlah yang perlu berikan jawapan mereka. Ikhwan al-Muslimin bersedia untuk berada di barisan hadapan. Mereka tidak akan kedekut untuk menyumbangkan usaha dan tenaga mereka. Mereka memahami kedudukan jihad di dalam Islam. Mereka juga tahu bahawa Nabi saw. pernah bersabda:وأما ما بقي من درجات الجهاد فواجب الجماعة فعلي الجماعة أن تجيب , وإن الإخوان المسلمين في ذلك الرعيل الاول لا يدخرون وسعاً ولا يحتجزون جهداً ، وهم يعلمون منزلة ذلك من الإسلام ويعلمون أن النبي صلى الله عليه وسلم قال :
“Orang yang menemui Allah tanpa mempunyai kesan jihad nescaya dia akan menemui Allah dalam keadaan tubuhnya berlubang.” Riwayat al-Tirmizi dan Ibnu Majah.(من لقي الله بغير اثر من جهاد لقي الله وفيه ثلمة)
Ikhwan memohon semoga Allah memberikan taufik kepada mereka supaya mereka tidak bertemu Allah dalam keadaan tubuh yang berlubang. Allah telah berfirman kepada nabiNya.رواه الترمذي وابن ماجه . وهم يسألون الله أن يوفقهم إلى لقائه وليس بهم ثلمات . وقد قال الله تعالى لنبيه :
Engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri. Dan berilah peransang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani). (Al-Nisa’: 84)(لا تُكَلَّفُ إِلا نَفْسَكَ وَحَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ) (النساء:84) ،
Dengan segala keterangan ini, kami berharap semoga kami telah sampaikan perkara ini kepada masyarakat dan semoga suara ini menembusi pintu hati mereka. Semoga akan bertambah bilangan yang bekerja dan bersama-sama barisan para mujahid.وإنا لنرجوا أن نكون بذلك قد أبلغنا الجماعة ، وأن يكون هذا الصوت قد وصل إلى نفوسهم فوجد منها خصوبة يزداد بها عدد العاملين وتنتظم معها صفوف المجاهدين
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (Al-Ankabut: 69)(وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ) (العنكبوت:69).
Hak Al-Quranحــق القرآن
Saya tidak pernah lihat sesuatu yang kelihatan seolah-olah dijaga rapi tetapi sebenarnya ia disia-siakan atau seolah-olah ia dipelihara tetapi sebenarnya ia telah diabaikan sepertimana yang berlaku pada al-Quran yang ada pada umat kita ini. Allah telah menurunkan al-Quran al-Karim sebagai sebuah kitab yang lengkap, suatu sistem yang bersepadu dan menjadi tunjang kepada segala urusan agama dan dunia.ما رأيت ضائعاً أشبه بمحتفظ به ولا مهملاً أشبه بمعني بشأنه من القرآن الكريم في أمتنا هذه : أنزل الله القرآن الكريم كتاباً محكماً ونظاماً شاملاً وقواماً لأمر الدين والدنيا ,
Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji. (Fussilat: 42)(لا يَأْتِيهِ الْبَاطِلُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَلا مِنْ خَلْفِهِ تَنْزِيلٌ مِنْ حَكِيمٍ حَمِيدٍ) (فصلت:42) .
Menyentuh tentang al-Quran al-Karim ini saya yakin ada tiga perkara penting yang perlu ditekankan oleh umat Islam.وأعتقد ان أهم الأغراض التي تجب علي الأمة الإسلامية حيال القرآن الكريم ثلاثة مقاصد :
Pertama: Kerapkan membaca al-Quran, beribadat dengan membaca al-Quran dan mendekatkan diri kepada Allah dengan cara membaca al-Quran.أولها : الإكثار من تلاوته ، والتعبد بقراءته ، والتقرب إلى الله تبارك وتعالى به ..
Kedua: Meletakkan al-Quran sebagai sumber rujukan kepada hukum dan syariat agama. Al-Quran ini perlu diambil, dipetik, dicedok dan dipelajari.وثانيها : جعله مصدراً لاحكام الدين وشرائعه ، منه تؤخذ وتستنبط وتستقي وتتعلم ..
Ketiga: Meletakkan al-Quran sebagai asas kepada undang-undang dunia yang akan dirujuk. Fasal-fasal dalam al-Quran yang bijaksana ini perlu dilaksanakan.وثالثها: جعله أساساً لأحكام الدنيا منه تستمد وعلي مواده الحكيمة تطبق .
Ini adalah objektif utama Allah menurunkan kitab ini dan matlamat Allah mengutuskan rasulNya. Allah mewariskan kitabNya untuk kita agar ia menjadi penasihat, pembimbing, menjadi hukum yang adil dan neraca yang benar. Generasi silam yang diredai Allah memahami objektif ini dan kerana itu mereka bangkit melaksanakannya sebaik-baiknya. Ada di kalangan mereka yang membaca seluruh al-Quran selama tiga hari. Ada yang membaca selama tujuh hari. Ada yang membaca seluruh al-Quran kurang dari tempoh itu dan ada yang lebih. Ada di antara mereka apabila tidak berkesempatan membaca al-Quran mereka akan melihat mashaf al-Quran dan membaca beberapa ayat al-Quran kemudian mereka akan berkata: “Mudah-mudahan saya tidak termasuk dalam golongan yang menyisihkan al-Quran.” Al-Quran adalah teman mereka. Al-Quran adalah wirid dalam ibadat mereka. Sepanjang malam dan siang mereka akan membaca al-Quran. Semoga Allah meredai khalifah ketiga iaitu Saidina Uthman r.a yang masih tidak bercerai daripada mashaf walaupun dia dikepung dan pedang terhunus di tengkuknya.تلك أهم المقاصد والأغراض التي أنزل الله لها كتابه وأرسل به نبيه وتركه فينا من بعده واعظاً مذكراً وحكماً عدلاً وقسطاساً مستقيماً . ولقد فهم السلف رضوان الله عليهم هذه المقاصد فقاموا بتحقيقها خير قيام , فكان منهم من يقرأ القرآن في ثلاث ومنهم من يقرأه في سبع ومنهم من يقرأه في أقل من ذلك أو أكثر . ولقد كان بعضهم إذا شغل عن ورده من القرآن نظر في المصحف وقرأ بعض الآيات الكريمة وقال : حتى لا أكون ممن اتخذوا هذا القرآن مهجوراً . فكان القرآن ربيع قلوبهم وورد عباداتهم يتلونه آناء الليل وأطراف النهار .ورضي الله عن الخليفة الثالث الذي لم يسل المصحف والحصار علي بابه والسيف علي عنقه
Di awal malam dia membaca kitab AllahDi hujung malam dia menemui ajalnyaتمني كتاب الله أول ليلة         وآخره لا في حمام المقادر
Semoga Allah merahmati orang yang sedang meratap sedih kematiannya dengan ratapan yang paling indah ungkapannya:ويرحم الله ذلك الذي لم يجد في رثائه من أن يقول :
Mereka membunuh orang tua yang padanya ada tanda sujudOrang yang menghabiskan malam dengan mengucap tasbih dan membaca al-Quran.ضحوا بأشمط عنوان السجود به      يقطع الليل تسبيحا وقرآنا
Jika anda kaji sejarah hidup mereka anda akan dapati tiada seorang pun di antara mereka yang mengabaikan kitab Allah atau tidak  membaca kitab Allah selama seminggu. وأنت إذا رجعت إلى سيرهم لم تجد واحدا منهم هجر كتاب الله أو ترك تلاوته أسبوعاً واحدا فضلا
Apatah lagi untuk mengabaikannya selama sebulan atau setahun atau bertahun-tahun. Tidak perlulah saya bentangkan kepada anda kisah-kisah menarik dan mengkagumkan seperti yang tercatat dalam buku-buku sejarah.عن شهر كامل فضلا عن السنين والأعوام . ولا أحب أن أطيل عليك بما أشرقت به كتب السير واستنارت بضوء سناه صحائف كتب التاريخ .
Apabila mereka mahu meneroka hukum agama Allah, al-Quran akan menjadi rujukan pertama mereka. Apa lagi jika tidak kitab Allah yang akan menjadi rujukan pertama mereka? Anda dapat lihat bagaimana Nabi saw. telah bersetuju dengan Muaz apabila baginda bertanya Muaz tentang apakah asas dia menjatuhkan hukuman. Muaz menjawab: Dengan kitab Allah. Muaz mulakan dengan kitab Allah kemudian barulah diikuti dengan sunnah yang suci. Anda sendiri tahu bagaimana Umar ra. telah melarang ramai sahabat yang dihormati daripada menyampaikan hadis kepada orang ramai. Sedangkan mereka begitu hampir dengan zaman Islam, mereka amat tahu tentang hadis dan pelbagai kisah. Apa yang dilakukan oleh Umar itu bertujuan supaya mereka dapat mengajar al-Quran terlebih dahulu kepada orang ramai agar mereka diajar tentang apa yang dihalal dan diharamkan oleh al-Quran. وهم حينما أرادوا أن يستنبطوا أحكام دين الله كان القرآن أول المصادر ، وما الأول إذن ان لم يكن كتاب الله ؟ وها أنت ترى أن المصطفي صلى الله عليه وسلم قد أقر معاذا حين سأله بم يحكم ، فقال بكتاب الله وبدأ به ثم ثنا بالسنة المطهرة. وقد علمت أن عمر رضي الله عنه حظر علي كثير من الصحابة الكرام أن يحدثوا الناس ـ وهم حديثوا عهد بالإسلام ـ بالأحاديث والوقائع حتى يفقهوهم في كتاب الله أولا ويقفوهم علي حلاله وحرامه .  
Anda juga tahu bagaimana para imam yang masyhur di kalangan tabiin dan tabi’ tabiin seperti Sa‘id bin al-Musayyab, mereka tidak membenarkan orang ramai menulis fatwa mereka kerana mereka tidak mahu orang ramai hanya tertumpu kepada fatwa mereka dan mengabaikan kitab Allah. Sa‘id pernah mengoyakkan sehelai kertas daripada tangan orang yang menulis fatwanya. Beliau berkata: Anda ambil kata-kata saya tetapi meninggalkan kitab Allah kemudian anda pergi sambil berkata: Sa‘id berkata begini! Said berkata begini! Sepatutnya anda berpegang dengan kitab Allah dan sunnah rasulNya.وقد علمت كذلك أن الأئمة من صدور التابعين وتابعيهم بإحسان أمثال سعيد بن المسيب ما كانوا يسمحون للناس بتدوين فتاويهم حذر الانصراف بأقوالهم عن كتاب الله . ولقد مزق سعيد الصحيفة من يد من دوّن إفتاءه وقال :  تأخذ كلامي وتدع كتاب الله ثم تذهب تقول قال سعيد قال سعيد ! عليك بكتاب الله وسنة رسوله .  
Apakah dengan kisah-kisah seperti ini anda masih tidak dapat melihat bagaimana generasi silam yang soleh dan diredai Allah meletakkan kitab Allah sebagai asas yang menjadi rujukan ketika mereka mendalami agama dan hukum Allah? أفلست ترى من هذا وغيره أن السلف الصالحين رضوان الله عليهم قد جعلوا كتاب الله تعالى أصل الأصول التي يستنبطون منها دين الله وأحكامه .
Bagi mereka segala urusan dunia perlu menurut apa yang diperintahkan oleh kitab Allah dan akur kepada hukum al-Quran. Segala hak perlu ditunaikan, segala hukuman perlu dilangsungkan, segala hukum perlu dilaksanakan, segala perintah perlu dijalankan. Semua ini tidak boleh dimansuhkan atau diabaikan atau diubahsuai atau dipinda. وما كانت أحكام الدنيا عندهم الا وفق ما يأمر به ونزولاً علي حكمه .. حقوق تؤدى وحدود تقام وأحكام تنفذ وأوامر تسري لا إلغاء ولاتعطيل ولا تعليل ولا تأويل .
Itulah yang berlaku suatu ketika dahulu, di mana Islam ketika itu masih aktif dan segar. Agama ketika itu merupakan nikmat yang dirasai oleh semua. Pada hari itu seluruh umat Islam memahami apakah faedah kewujudan al-Quran bersama mereka, seperti yang diajari oleh Tuhan kepada al-Quran dan nabi pembawa al-Quran.كذلك كان ، يوم كان الإسلام غضاً طرياً ، وثمر الدين بالغاً جنياً ، ويوم فهم المسلمون حكمة وجود القرآن بينهم كما علمهم رب القرآن ونبي القرآن ,
(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. (Sad: 29)(كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الأَلْبَابِ) (صّ:29).
Setelah itu, tamatlah Riwayat negara ini, pengaruh al-Quran pun mula hilang daripada ingatan umat Islam. Lidah dan akal mereka kini dicemari pengaruh asing. Ketika itu mereka dan al-Quran berada di tempat yang berasingan ibarat timur dengan barat.ثم دالت تلك الدولة ، وذهب ماكان للقرآن علي عقول الناس وألبابهم من صولة ، وسرت في ألسنتهم وعقولهم لوثة العجمة ، فإذا هم في ناحية والقرأن في ناحية أخرى وبين الناحيتين بعد المشرقين :
“Dia berjalan ke timur aku berjalan ke baratAlangkah jauh bezanya antara timur dan barat”سارت مشرقة وسرت مغرباًشتان بين مشرق  ومغرب
Menyentuh tentang beribadat dengan membaca al-Quran di tengah malam dan di siang hari, hanya segelintir sahaja di kalangan kita yang menjaga dan mengamalkannya. Ahli-ahli ibadat pula mempunyai wirid atau himpunan atau amalan atau selawat yang mereka susun sendiri ataupun disusun oleh tuan-tuan guru mereka. Ini menyebabkan mereka mengenepikan kitab Allah dan mereka gantikan dengan amalan-amalan tadi yang mereka hafal, mereka amal, mereka baca, mereka ulangi sepanjang masa.  فأما التعبد بتلاوة القرآن وقرائته آناء الليل وأطراف النهار فالنذر اليسير منا من عني بذلك وعمل عليه .. وأما بقية المتعبدين فلهم فيما وضعوا لأنفسهم ووضع لهم شيوخهم من أوراد وأحزاب ووظائف وصلوات ما تركوا به كتاب الله وأحلوه محله حفظاً و اهتماماً وتعبداً وتلاوةً وترديداً وتكراراً .
Kita tidak pernah mengharamkan wirid-wirid yang sahih. Kita juga tidak pernah menghalang masyarakat mengamalkan doa dan himpunan yang tidak bercanggah pada dasarnya dengan syariat. Cuma kita katakan adalah lebih baik mereka amalkan kitab Allah. Pada peringkat permulaan, latih diri kamu untuk membaca beberapa juzuk al-Quran sehingga ia menyentuh hati kamu dan roh kamu sebati dengan limpahan cahayanya. Setelah itu barulah kamu berzikir mengingati Allah sebanyak mana yang kamu mahukan. Cuma bacaan tersebut hendaklah bertepatan dengan hukum agama. Namun apabila kamu abaikan al-Quran sebaliknya semua ibadat kamu hanya menggunakan wirid yang kamu susun sendiri atau disusun oleh orang lain bererti kamu telah meninggalkan kitab Allah dan kamu abaikan hak-haknya.وما نحرم تلاوة الأوراد الصحيحة ، ولا نحول بين الناس والأدعية والأحزاب التي  لا تخالف ظاهر الشريعة . ولكن نقول لهم : كتاب الله أولى أولاً ، رتبوا على أنفسكم  منه أحزاباً تصل قلوبكم به وتربط أرواحكم بفيضه وإشراقه ،  ثم  اذكروا  الله بعد ذلك بما شئتم من الصيغ التي تنطبق علي أحكام الدين . أما أن تهملوا القرآن جملة وتجعلوا عبادتكم كلها مما وضعتم لأنفسكم أو وضع غيركم لكم فترك لكتاب الله ، وإهمال لحقوقه .
Menyentuh tentang pencedokan hukum daripada al-Quran, kejahilan orang ramai tentang kitab Allah menyebabkan wujud tembok pemisah antara mereka dengan al-Quran. Ini memaksa mereka hanya berpuashati dengan ringkasan dan huraian. Mereka tidak berminat untuk mengkaji ke tahap yang lebih tinggi.وأما استنباط الأحكام منه فقد وقع الناس في جهالة بكتاب الله تجعل بينهم وبين ذلك حجاباً كثيفاً وسداًُ منيعاً ، مما اضطرهم إلى القناعة بالملخصات والرضا بالتعليقات وقصر هممهم عن السمو إلى ما هو أرقي من ذلك من الغايات .
Menyentuh tentang pelaksanaan hukum-hukum al-Quran yang berkaitan dengan urusan dunia, apa yang nyata hukum-hukum ini telah ditukar kepada undang-undang lain. Mereka meletakkan undang-undang bangsa asing serta undang-undang ciptaan Perancis dan Rom sebagai asas kepada undang-undang mereka. Kesannya, hukum-hukum kitab Allah dibekukan dan kewujudannya dilupakan oleh umat Islam. Melalui hukum-hukum ini Allah sebenarnya mahukan apa yang terbaik untuk mereka, jika mereka benar-benar mendengar. Akhirnya umat Islam hanya menjadikan al-Quran sebagai jampi buat menyembuhkan penyakit atau dijadikan perhiasan atau hiburan dalam majlis iaitu ketika majlis keraian atau kematian. Mungkin tidak salah jika ketika itu mereka tetap menunaikan hak-hak al-Quran. Malangnya anda dapat lihat sendiri bagaimana sikap mereka dalam majlis tersebut, mereka tetap alpa dan leka. Mereka lebih banyak berhibur, bersembang dan membuang masa. Sedangkan Allah berfirman: وأما تطبيق أحكامه الدنيوية فقد استبدلها القوم بغيرها وأحلوا سواها محلها ، وجعلوا تشريع الأجانب وما وضع الفرنسيون والرومان أساساً لتشريعهم ومصدراً لأحكامهم . وبذلك تعطلت أحكام كتاب الله وأصبحت بين المسلمين نسياً منسياً وفيها ـ علم الله ـ لهم كل خير لو كانوا يسمعون .. واكتفى المسلمون بعد هذا كله من القرآن الكريم بأن جعلوه تمائم لأمراضهم وزينة لمجتمعاتهم وسلوة في حفلهم وأفراحهم وأحزانهم . وليتهم إذ جعلوه كذلك أعطوه حقه بل تراهم في محله لاهين غافلين لاعبين منصرفين إلى اللغو والحديث واللهو العبث ، والله تبارك وتعالى يقول :
Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat. (Al-A’raf: 204)(وَإِذَا قُرِئَ القرآن فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ) (لأعراف:204) .
Suatu ketika dahulu al-Quran adalah hiasan dalam sembahyang. Namun sekarang al-Quran hanya hiasan dalam majlis keramaian. Dahulu al-Quran menjadi neraca keadilan dalam mahkamah. Namun sekarang ia menjadi bahan hiburan dalam pelbagai perayaan. Dahulu al-Quran disematkan dalam ceramah dan nasihat. Namun sekarang ia hanya disematkan dalam hiasan dan jampi serapah. Tidakkah benar apa yang saya katakan tadi: Saya tidak pernah lihat sesuatu yang kelihatan dijaga rapi tetapi sebenarnya ia disia-siakan seperti al-Quran!!كان القرآن فيما مضى زينة الصلوات فأصبح اليوم زينة الحفلات ، وكان قسطاس العدالة في المحاكم فصار سلوة العابثين في المواسم وكان واسطة العقد في الخطب والعظات فسار بواسطة العقد في الحلى والتميمات , أفلست محقاً حين قلت : ما رأيت ضائعاً أشبه لمحتفظٍ به من كتاب الله !   
Layanan kita terhadap al-Quran ini adalah silap sama sekali. Memang betul kita mengagungkannya. Memang betul kita mempertahankannya. Memang betul kita gunakan al-Quran untuk mendekatkan diri dengan Allah. Namun saudara, cara kamu mengagungkan al-Quran itu silap. Cara kamu mempertahankan al-Quran itu terseleweng. Cara kamu menggunakan al-Quran untuk mendekatkan diri dengan Allah itu juga salah.تناقض عجيب في هذا الموقف منا أمام القرآن : أننا نعظمه ، ما في ذلك شك .. ونذوذ عنه ، ما في ذلك شك .. ونقترب إلى الله به ما في ذلك شك ، ولكن ياقوم : أخطأتم طريق التعظيم وتنكبتم سبيل الذود عنه وضللتم عن جادة التقرب إلى الله به .
Bukankah kita sebenarnya telah mensia-siakan kitab Allah apabila pusat-pusat menghafal al-Quran yang selama ini boleh mengecualikan sejumlah besar pemuda daripada terpaksa menyertai kerahan tentera kini lengang. Tiada siapa yang menghafal al-Quran dan tiada siapa yang mahu menghafal al-Quran kerana tiada pengecualian.أليس من الإضاعة لكتاب الله أن ترى المراكز التي كان القرآن يعفي منها عدداً عظيماً من القرعة العسكرية صارت اليوم خلواً ممن يحفظه ويتقدم للمعافاه به ؟
Bukankah kita sebenarnya mensia-siakan al-Quran apabila lita lihat seorang pelajar yang ingin memasuki al-Azhar al-Sharif hanya menghafal al-Quran kerana itu adalah syarat kemasukannya. Apabila dia keluar dia akan melupakannya kerana tidak disyaratkan dia perlu menghafal al-Quran sehingga tamat pengajian. Oleh itu anda lihat apabila mereka keluar dan menjadi imam mereka lakukannya sambil lewa. Apabila mereka menjadi penceramah mereka terpaksa bergantung kepada para ulama kampung yang menghafal al-Quran. Apabila mereka menjadi peguam atau hakim mereka terpaksa merujuk mashaf untuk memastikan ketepatan ayat yang mereka gunakan sebagai sandaran mereka.أوليس من الإضاعة لكتاب الله أن ترى الطالب يدخل الأزهر الشريف وهو يحفظه لأن ذلك شرط دخوله ، ثم يخرج منه وقد نسيه لأن القرآن لم يشترط في إجازته بنهاية مدة تعليمه. فتراه إن خرج ليكون إماماً يصلى بالناس قصر بهم ، وإن كان واعظاً استند إلى فقهاء الريف الحافظين في عظاته ودروسه ، وإن كان محامياً أو قاضياً لجأ إلى المصحف في تصحيح الآيات التي يستشهد بها من كتاب الله !
Kita sebenarnya telah mensia-siakan al-Quran. Seolah-olah al-Quran itu kitab kuno yang sudah tidak berguna lagi atau tidak boleh dilaksanakan lagi. Inilah sebenarnya punca kenapa kita menerima segala bencana dan malapetaka ini.إننا حقيقةً أضعنا كتاب الله وكأنه بيننا كتاب أثري لا يسري مفعوله ولا ينفذ حكمه ، وهذا في الحقيقه أصل ما أصابنا من بلاء وشر .
Sidang pembaca yang dihormati, setelah anda memahami semua hakikat ini, sedarlah bahawa Ikhwan al-Muslimin sentiasa berusaha dengan gigih untuk membawa diri mereka terlebih dahulu kembali kepada kitab Allah. Mereka beribadat membaca al-Quran. Mereka menggunakan ayat-ayat al-Quran untuk memahami pendapat para ulama. Mereka menuntut supaya masyarakat melaksanakan segala hukum-hakam al-Quran. Mereka mengajak masyarakat supaya bersama-sama mereka bagi mencapai hasrat ini iaitu hasrat yang paling mulia bagi seorang muslim dalam hidupnya. Namun segala-galanya terserah kepada Allah jua.وإذا علمت هذا أيها القارىء الكريم .. فاعلم أن الإخوان المسلمين يحاولون في جد أن يعودوا هم أولاً إلى كتاب الله ، يتعبدون بتلاوته ويستنيرون في تفهم أقوال الأئمة الأعلام بأياته ويطالبون الناس بإنفاذ أحكامه ويدعون الناس معهم إلى تحقيق هذا الغاية التي هى أنبل غايات المسلم في الحياة , ولله الأمر من قبل ومن بعد .
Pendekatan dan neraca Ikhwanمنهج الإخوان وميزانهم
Jika anda mengkaji sejarah kebangkitan sesebuah bangsa baik di timur mahupun di barat, di zaman silam mahupun di zaman moden, anda pasti akan dapati setiap mereka yang menjadi pendokong kepada sebuah kebangkitan yang berjaya pasti mempunyai pendekatan tertentu yang mereka laksanakan dan matlamat tertentu yang mereka sasarkan. Pendekatan dan matlamat ini disusun oleh penggerak kebangkitan ini. Mereka berusaha untuk mencapainya selagi mereka hidup dan selagi mereka boleh bekerja. Apabila usaha mereka ini terhalang ataupun tiba ajal mereka yang telah ditentukan dalam hidup ini, usaha mereka ini akan disambung pula oleh generasi seterusnya yang akan menyambung agenda mereka. Generasi baru ini akan bermula di mana generasi awal mereka berhenti. Mereka tidak menghentikan apa yang telah dicapai. Mereka tidak akan meruntuhkan apa yang telah dibina. Mereka tidak akan memusnahkan apa yang telah diasaskan. Mereka memperkukuh bukannya meruntuhkan apa yang telah dibangunkan. Apa yang mereka lakukan ialah sama ada mereka memperbaiki apa yang telah dilakukan oleh generasi awal ataupun mereka meneruskan jejak langkah generasi awal mereka. Dengan ini mereka melangkah setapak lagi dan mereka membawa bangsa mereka melangkah ke arah matlamat. Mungkin suatu ketika nanti mereka akan tiba ke destinasi mereka atau mungkin mereka terpaksa berundur atau terpaksa menyerahkan tugas ini kepada generasi berikutnya pula. Beginilah proses ini berjalan sehingga apa yang mereka cita dan impikan tercapai. Akhirnya kebangkitan ini mencapai kejayaan dan perjuangan mereka membuahkan hasil. Bangsa ini akhirnya berjaya mencapai apa yang mereka sasar dan usahakan. أنت إذا رجعت تاريخ النهضات في الأمم المختلفة شرقية وغربية قديما وحديثا , رأيت أن القائمين بكل نهضة موفقة نجحت وأثمرت كان لهم منهاج محدود عليه يعملون وهدف محدود إليه يقصدون .. وضعه الداعون إلى النهوض وعملوا على تحقيقه ما امتد بهم الأجل وأمكنهم العمل , حتى إذا حيل بينهم وبينه وانتهت بهم تلك الفترة  القصيرة فتره الحياة في هذه الدنيا ,  خلفهم من قومهم غيرهم يعملون على منهاجهم ، ويبدءون من حيث انتهى أولئك ، لا يقطعون ما وصل ، ولا يهدمون ما بنو ، ولا ينقضون ما أسسوا وشادوا ، ولا يخربون ما عمروا . فإما زادوا عمل أسلافهم تحسينا ، أو مكنوا نتائجه تمكيناً ، وإما تبعوهم على آثارهم فزادوا البناء طبقة وساروا بالأمة شوطاً إلى الغاية حيث يصلون بها إلى ما تبتغي ، أو ينصرفون راشدين ويخلفهم غيرهم . وهكذا دواليك حتى تحقق الآمال وتصدق الأحلام ويتم النهوض ويثمر الجهاد وتصل الأمة إلى ما إليه قصدت وله عملت ,
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (Az-Zalzalah: 7)(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْراً يَرَهُ) (الزلزلة:7) .
Sila kaji sejarah perkembangan semua organisasi dan bangsa. Anda pasti akan setuju bahawa apa yang saya katakan ini benar. Faktor kejayaan bagi semua kebangkitan ialah manhaj atau pendekatan yang tersusun dan wujudnya sekumpulan manusia yang bekerja mengikut pendekatan ini tanpa rasa jemu, lemah semangat, putus asa atau berkira. Hakikat ini tampak nyata melalui pengalaman dakwah Islam yang pertama. Allah telah tetapkan pendekatan tertentu yang akan dilalui oleh umat Islam pertama yang diredai Allah iaitu dakwah secara rahsia kemudian secara terang-terangan. Masa berlalu dan mereka terus berjuang di jalan Allah tanpa rasa jemu. Setelah itu mereka berhijrah ke bumi yang memiliki hati dan jiwa yang subur dan bersedia. Langkah ini berjaya mempersaudarakan semua manusia ini dan memantapkan ikatan iman dalam diri mereka. Seterusnya mereka berjuang bersungguh-sungguh bagi mengubah kebatilan kepada kebenaran.راجع تاريخ الهيئات والشعوب تر هذا القول واضحا بينا ، وأن أساس النجاح في كل نهضاتها منهج محدود وقوم يعملون في حدود هذا المنهج ، لا يملون ولا يفترون ولايسأمون ولا يمتنون ، ذلك واضح جلي في الخطوات التي سلكتها دعوة الإسلام الأولى ، فقد وضع الله لها منهاجاً محدوداً يسير بالمسلمين الأولين رضوان الله عليهم إليه ..دعوة في السر .. ثم إعلان بهذه الدعوة ونضال في سبيلها لا يمل .. ثم هجرة إلى حيث القلوب الخصبة والنفوس المستعدة .. فإخاء بين هذه النفوس وتمكين عرى الإيمان في قلوبها ..ثم نضال جدي وانتصاف من الباطل للحق .
Suatu ketika Abu Bakar ra. ingin keluar dari Mekah ke Madinah tetapi Nabi saw. menyuruh dia tunggu sehingga baginda diberikan keizinan oleh Allah untuk berhijrah. Akhirnya selesailah segala proses peringkat awal pendekatan dakwah apabila Rasulullah saw. berpeluang melaksanakan syariat Allah. Justeru Allah pun menurunkan firmanNya: وهذا أبو بكر يريد أن يخرج من مكة إلى المدينة فيأمره النبي صلى الله عليه وسلم أن ينتظر حتى يأتيه هو إذن الله بذلك . حتى إذا تمت الخطوات في القسم الأول من منهاج الدعوة ، وهى التي أنيطت بالرسول صلى الله عليه وسلم  تشريعاً وتطبيقاً ، أنزل الله قوله :
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redai Islam itu menjadi agama untuk kamu. (Al-Maidah: 3)(الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلامَ دِيناً) (المائدة:3).
Setelah ketiadaan Rasulullah saw. tiba pula zaman sahabat dan tabiin untuk memindahkan model lengkap ini daripada Semenanjung Tanah Arab ke seluruh dunia. Dengan langkah ini kalimah Allah akan dapat ditempatkan di tempat yang tinggi. ثم جاء بعد رسول الله من الصحابة والتابعين من نقلوا هذا النموذج الكامل من جزيرة العرب إلى غيرها من بلدان العالم لتكون كلمة الله هي العليا ,
Sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah. (Al-Baqarah: 193)وحتى لا تكون فتنة ويكون الدين لله.
Jika anda ingat kembali sejarah puak-puak Islam dan zaman-zaman sebelum dan semasa pembentukan negara Abbasiah di timur kemudian kebangkitan negara-negara baru di Eropah seperti Perancis, Itali, Rusia dan Turki sama ada di zaman awal iaitu zaman penyatuan dan pembentukan kerajaan atau di zaman ini iaitu zaman pembentukan prinsip dan ideologi maka anda akan lihat semua perubahan ini mengikut suatu pendekatan atau manhaj yang tersusun yang akan membawa hasil yang dicitakan oleh sesebuah bangsa.وأنت إذا رجعت بذاكرتك إلى تاريخ الفرق الإسلامية ، وإلي الأدوار التي سبقت ، وقارنت قيام الدولة العباسية في الشرق ، ثم إلى نهضة الدول الحديثة الأوربية من فرنسا وايطاليا وروسيا وتركيا ـ سواء في الدور الأول وهو دور تكوين الوحدات وتأسيس الحكومات أو في هذا الدور وهو دور تكوين المبادىء ومناصرة النظريات ـ لرأيت ذلك يخضع إلى مناهج معروفة الخطوات تؤدى إلى النتيجة الحتمية التي تعمل لها الأمة .
Saudara yang dihormati, saya yakin setiap revolusi yang berlaku dalam sejarah manusia semuanya menurut teori ini. Termasuklah kebangkitan agama yang dipimpin oleh para nabi dan para rasul, selawat Allah untuk mereka. Bezanya kaedah kebangkitan ini digariskan sendiri oleh Allah Taala. Allah sendiri yang memimpin rasul dan kaumnya. Allah memimpin setiap langkah dalam pendekatan ini selangkah demi selangkah mengikut masa yang sesuai. Allah membantu mereka sepanjang tempoh itu dan sudah tentu kebangkitan ini akan berjaya.  أعتقد يا عزيزي أن كل انقلاب تاريخى وكل نهضة في أمة تسير طبق هذا القانون .. حتى النهضات الدينية التي يرأسها الأنبياء والمرسلون  صلوات الله عليهم ، إلا أن هذه النهضات يرسم منهاجها الحق تبارك وتعالى ويهدى الرسول ومن ورائه قومه ويرشدهم إلى خطوات المنهج خطوة خطوة ، كل خطوة في وقتها المناسب ، ويؤيدهم في كل ذلك بنصره .. فتكون النهضة موفقه لا محالة ,
Allah telah menetapkan: Sesungguhnya Aku dan rasul-rasulKu tetap mengalahkan (golongan yang menentang). Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha kuasa. (Al-Mujadalah: 21)(كَتَبَ اللهُ لأَغْلِبَنَّ أَنَا وَرُسُلِي إِنَّ اللهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ) (المجادلة:21) ,
Apakah mungkin wujud kesilapan pada pendekatan ini sedangkan pendekatan ini diatur oleh Tuhan yang Maha Mengetahui. Ia dilaksanakan pula orang yang terpelihara daripada sebarang kesilapan. Terpelihara daripada melakukan perkara yang tidak bijak malah disokong oleh taufik dan bantuan Allah. Perutusan nabi inilah sebenarnya apa yang dikatakan sebagai rahmat untuk sekalian alam.ومن أين يأتي الخطأ إذا كان واضع المنهج العليم الخبير ومنفذه معصوم من الزلل محفوظ من الخطأ مؤيد بالتوفيق والنصرـ ومن هنا كانت النبوات رحمةً للعالمين ـ ؟
Dalam membincangkan perkara ini saya merasakan para pembaca terbahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan telah mengkaji sejarah manusia dan zaman-zaman kebangkitan mereka. Kumpulan ini pasti yakin dengan apa yang dibincangkan ini. Satu kumpulan lagi belum berpeluang lagi untuk mengkaji. Terserahlah, anda boleh mengkaji supaya anda tahu apa yang saya katakan ini semuanya benar ataupun anda boleh percaya pada saya sepenuhnya. Tujuan saya hanya mahu membawa kebaikan sekadar kemampuan saya.هذا كلام أعتقد أن القراء فيه قسمان : قسم درس تاريخ الأمم وأطوار نهوضها فهو مؤمن به معتقد له ، وقسم لم تتح له هذه الفرصة فإن شاء ليعلم أني لم أقل إلا الحق وإن شاء وثق فما أريد إلا الإصلاح ما استطعت .    
Demikian apa yang berlaku dalam sebuah kebangkitan yang berjaya. Adakah kebangkitan kita akan berjalan selari dengan teori alam dan teori sosial ini?  كان ذلك في النهضات الموفقة ، فهل سارت نهضتنا وفق هذا القانون الكوني والسنة الاجتماعية ..؟
Kenyataan ini amat saya ragui. Saya perhatikan tabiat gopoh dan terlalu emosional begitu ketara dalam diri kita. Di samping itu wujud faktor-faktor sosial dan bukan sosial lain yang menyebabkan kebangkitan kita lebih dipengaruhi oleh dorongan emosi yang akan bangkit dan berkembang mengikut faktor yang bersifat sementara kemudian semangat ini akan padam seolah-olah tiada apa yang pernah berlaku. Walaupun matlamat yang kita perjuangkan bersama cukup jelas dan difahami ramai. Saya yakin ada dua perkara yang ada hubung kaitnya dengan pemahaman ini. ذلك ما أشك فيه كثيراً ، فإني ألاحظ أن خلق التسرع المركوز في طباعنا ، وسرعة التأثر وهياج العواطف الذي يبدو فينا واضحاً ، وغيرهما من أسباب اجتماعية وغير اجتماعيه .. جعلت نهضتنا فورات عاطفية تشتد وتقوى بقوة المؤثر الوقتي وشدته ثم تخمد وتزول كأن لم يكن شىء . ولئن كانت الغاية التي نعمل لها جميعاً واضحة معروفة للكثيرين فأنا واثق من أمرين يلازمان هذه المعرفة :
Pertama, cara yang digunakan tidak difahami dan tidak digariskan dengan terperinci menyebabkan ada kemungkinan cara-cara ini akan saling bercanggah antara satu sama lain tanpa kita sedari. الأمر الأول : أن الوسائل غير معروفة ولا محدودة ، وقد تكون متعاكسة يخبط بعضها بعضاً ونحن لا نشعر .
Kedua, hubungan antara generasi lama dan generasi baru terputus sama sekali menyebabkan walaupun generasi lama telah berusaha mencapai agenda mereka sehingga ke separuh jalan namun apabila datang generasi baru mereka tidak menyambung usaha tadi kerana hubungan antara mereka telah terputus. Mungkin mereka akan memulakan usaha yang baru. Akibatnya mereka hanya mencapai tahap yang telahpun dicapai oleh generasi lama ataupun kurang daripada itu atau lebih sedikit. Walau apa keadaan sekalipun usaha itu tidak akan membawa bangsa itu mencapai matlamatnya kerana usia individu begitu singkat berbanding usia sebuah kebangkitan atau usia sebuah bangsa. والأمر الثاني : أن الصلة منقطعة تماماً بين السابق اللاحق .. يصل السابق إلى نصف الطريق فإذا جاء اللاحق لم يتبعه لإنقطاع الصلة بينهم ، فيبدأ طريقاً جيداً قد يصل فيه إلى مقدار ما وصل سابقه وقد يقصر عنه وقد يسبق قليلاً ، ولكنه على كل حال لا يصل بالأمانة إلى النهاية لأن أعمار الأفراد قصيرة بالنسبة لأعمار النهضات والشعوب .
Bagi kita, teori seorang individu boleh merealisasikan cita-cita bangsanya adalah suatu teori yang bersifat khayalan, ilusi dan emosi. Idea ini perlu dibuang daripada diri setiap pejuang supaya mereka memanfaatkan usaha yang telah dilakukan oleh generasi silam mereka.ونحن نتصور أن الواحد يستطيع أن يحقق للأمة كل ما تبتغي ، وهى فكرة خيالية وخدعة نفسية عاطفية يجب أن تزول من نفس كل عامل حتى ينتفع بها عمل سلفه .
Perkara ini perlu dijelaskan secara mendalam. Di sini ingin saya nyatakan bahawa Ikhwan al-Muslimin mempunyai pendekatan yang tersusun. Mereka bergerak menurut pendekatan ini. Mereka menilai diri mereka menurut neraca ini. Mereka memahami dari semasa ke semasa kedudukan mereka menurut neraca ini. Apabila anda bertanya apakah asas kepada pendekatan dan teori ini?هذا استطراد لابد منه وبعده أقول لك إن للإخوان المسلمين منهاجاً محدوداً يتابعون السير عليه ويزنون أنفسهم بميزانه ويعرفون بين الفينة والفينة أين هم منه . فإذا سألتهم عن أصول هذا المنهاج النظرية ما هي؟
Apabila anda bertanya apakah cara dan tindakan yang akan mereka ambil? Saya akan jawab secara terbuka bahawa cara dan langkah-langkah mereka adalah menurut apa yang dipelajari daripada Rasulullah saw. Ini kerana umat di akhir zaman ini tidak akan dapat dipulihkan kecuali dengan cara yang digunakan bagi memulihkan generasi yang awal dahulu... فإني أجيبك في صراحة تامة : هو الأصول و القواعد التي جاء بها القرآن . فإذا قلت وما وسائلهم و خطواتهم العملية أقول لك في صراحة كذلك : هي الوسائل والخطوات  التي أثرت عن الرسول العظيم صلى الله عليه وسلم ، ولا يصلح آخر هذه الأمة إلا بما صلح به أولها.
Tulisan ini merupakan penutup kepada beberapa siri ringkas yang membicarakan tentang tindakan yang telah diambil oleh Ikhwan al-Muslimin. Saya berharap semoga tulisan-tulisan ini membawa kesan yang diharapkan kepada hati para pembaca yang dihormati sekalian. Semoga dengan ini mereka akan terdorong untuk membantu kumpulan manusia ini yang telah mewakafkan segala-gala milik mereka untuk jalan Allah dan untuk dakwah. Semoga mereka akan bersatu bersama kumpulan ini untuk sama-sama memberi saham dalam kebangkitan yang bakal berjaya ini. Setiap orang yang berjuang ke arah kebangkitan ini pasti akan memperolehi kejayaan setiap hari. Walaupun mereka tidak sempat mengecapi kemenangan namun berkat usaha mereka kemenangan ini pasti dengan izin Allah akan dicapai oleh generasi selepas mereka. وأما بعد ، فبهذه الكلمة تنتهي تلك السلسلة المجملة من الحديث عن الإخوان المسلمين العمليين . وأرجو أن يكون لها أثرها المنشود في نفس قرائنا الكرام ، فيؤازروا أولئك القوم الذين وقفوا كل شيء في سبيل الله والدعوة ، وينضموا إليهم ليساهموا معهم في هذه النهضة الموفقة ، التي يكسب العامل فيها كل يوم نصراً جديداً ، إن لم يؤده إلى الفتح فسيؤدي إليه من بعده بفضل مجهوده إن شاء الله :
Dan katakanlah (wahai Muhammad): Bekerjalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”. (Al-Taubah: 105)(وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ) (التوبة:105) .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *