Mengenal Komunisme dan Bahayanya

Pengenalan

Komunisme adalah sebuah doktrin pemikiran yang berdasarkan atheism (fahaman tidak percaya tuhan), meletakkan material atau benda sebagai asas terhadap segala sesuatu, menafsirkan sejarah sebagai pertembungan antara kelas dan factor ekonomi. Diasaskan di Jerman oleh dua Yahudi, Karl Marx dan Engles, dan menjadi paksi Revolusi Bolshevik di Rusia pada tahun 1917 yang juga olah tangan-tangan Yahudi. Mereka mempergunakan ramai orang untuk mengembangkan doktrin ini dengan besi dan api (logo parti komunis).

al-Qardawi menegaskan, bahawa kerosakan fahaman ini mestilah dibendung. Ia merosakkan kefahaman kita tentang Islam. Kata al-Qardawi:

الشيوعية مذهب مادي، لا يعترف إلا بكل ما هو مادي محس، ويجحد كل ما وراء المادة، فلا يؤمن بالله، ولا يؤمن بالوحي، ولا يؤمن بالآخرة، وبهذا ينكر الأديان جملة وتفصيلاً

Fahaman komunis adalah mazhab fizikal yang hanya mempercayai perkara yang boleh dilihat dan dipegang sahaja. mereka menolak segala perkara yang bersifat metafizik. dengan itu mereka tidak beriman kepada Allah, wahyu maupun hari akhirat. Dengan itu fahaman ini menyanggah kepercayaan beragama secara total.”

Ramai di kalangan muslimin yang telah menjadi korban, dan ada golongan yang telah terhapus dari sejarah. Setelah kejatuhan Kesatuan Soviet, fahaman Marxisme lebur dianggap sebagai teori yang gagal namun bekas-bekasnya masih subur kepada negara-negara yang ditinggalkan.

Pengasasan dan Tokoh-Tokohnya

  • Karl Marx (1818-1883), cucu kepada seorang pendeta Yahudi yang terkenal di Jerman, Mordechai Marx, meletakkan batu asas kepada doktrin Komunisme. Dia adalah seorang yang dikenal sebagai pendek pemikiran, tidak tetap pendirian, benci kepada kemasyarakatan, sukakan kebendaan. Dia menulis;
    • 1848 Manifesto Komunis
    • 1867 Kapital
  • Frederick Engels (Yahudi, 1820-1895), kawan karib kepada Marx membantunya untuk menjelaskan teori-teori Komunisme. Dia juga membantu Marx untuk menyebarkan doktrin dan juga membantu sara hidup Marx dan keluarganya hingga mati. Dia menulis;
    • Asal keluarga.
    • Dualism dalam alam semula jadi.
    • Sosialisme dan Sosialis Ilmiah
  • Lenin (1870-1924)Nama sebenar Vladimir Alich Polyanov, berdarah Rusia, memimpin Rovolusi Bolshevik pada 1917 dan adalah seorang dictator yang ditakuti, keras hati, otoriter dalam pendapatnya dan benci terhadap kemanusiaan. Banyak kajian yang menyatakan bahwa dia juga seorang Yahudi yang menggunakan nama Rusia, dan menerima panggilan Rusia seperti Trotsky.
    • Leninlah yang mempraktiskan Komunisme dan menulis banyak buku, ucapan dan risalah yang mana dikumpulkan sebagai karya besar Komunisme.
  • Stalin (1879-1954) Nama sebenar Joseph Vadianovich, sekretaris Parti Komunis dan ketua umum setelah Lenin. Terkenal dengan kekejaman, penindas, diktator dan keras kepala, menewaskan musuh dengan pembunuhan dan pengasingan dan menggambarkan dirinya sebagai hero yang siap berkorban demi rakyat. Isteri pernah sekali berbicara tentang dirinya dan langsung terus dibunuh.
  • Trotsky (Yahudi, 1879-1940 dibunuh oleh Stalin) Nama sebenar Pristine. Orang kanan Parti Komunis dan memegang jabatan hubungan luar setelah revolusi, dan jabatan hubungan dalaman parti. Kemudian dibuang parti dengan tuduhan bekerja bertentangan dengan kehendak parti untuk membuka laluan kepada Stalin untuk membunuhnya.

Pemikiran dan Kepercayaan

  • Mengingkari kewujuan Allah dan segala yang ghaib dan berslogan “sesungguhnya material itu asas segalanya”. Syiar mereka, kami beriman dengan tiga, Marx, Lenin dan Stalin, dan kami kufur dengan tiga, Allah, agama, pemilikan khusus, mereka berhak terhadap apa yang diberikan daripada tuhan.
  • Menafsirkan sejarah manusia sebagai pertentangan antara golongan kapitalis dan miskin dan konflik ini berakhir mengikut pemerintahan diktator golongan kapitalis.
  • Berperang dengan agama-agama dan menganggap agama sebagai alat untuk menipu dan memperhambakan orang kepada kapitalisme dan imperialisme dan eksploitasi yang dikecualikan Judaisme daripadanya kerana orang-orang Yahudi adalah bangsa yang ditindas dan diberikan ruang untuk dikembalikan hak mereka.
  • Memerangi pemilikan harta persendirian kepada dana komunisme dan memansuhkan warisan.
  • Fokus kepada segala yang berkaitan dengan kebendaan dan kaedah produksi
  • Bagi mereka segala perubahan di alam ini adalah akibat yang tidak dapat dielakkan daripada cara pembuatan. Pemikiran, ketamadunan dan budaya lahir daripada pembangunan ekonomi.
  • Mereka mengatakan bahwa akhlak itu relative sifatnya dan ia adalah cerminan kepada mesin pembuatan
  • Mereka memerintah dengan besi dan api dan tidak ada ruang untuk realisasi pemikiran dan matlamat menghalalkan cara
  • Mereka percaya tidak ada akhirat, tidak ada azab dan tidak ada ganjaran dalam kehidupan ini
  • Mereka beriman kepada keabadian kebendaan dan perekonomian adalah faktor penggerak utama individu dan kelompok
  • Mereka beriman dengan pertentangan di antara pekerja dan pemilik perusahaan dan berusaha untuk menimbulkan kebencian antara mereka
  • Negara adalah parti dan parti adalah negara
  • Pembentukan biro politik Revolusi Bolshevik adalah daripada tujuh orang, kesemuanya Yahudi kecuali seorang
  • Marxisme menolak hubungan kekeluargaan dan melihatnya sebagai tonggak kepada golongan borjuis dan kerana itu ia harus diganti dengan kegilaan seksual
  • Tidak menolak apa sahaja cara, betapapun kejamnya untuk merealisasikan tujuan menjadikan komunis di bawah kendali mereka. Lenin berkata, “Kehancuran ¾ dunia bukanlah apa-apa, tetapi yang penting adalah ¼ daripada sisanya menjadi komunis”. Aturan inilah yang diterapkan di Rusia selama dan setalah revolusi, serta China dan selainnya dimana jutaan manusia terbunuh. Seperti yang terjadi di negara-negara muslimin, di Afghanistan, Bukhara, Samarkand, Chechnya dan Circassians
  • Mereka menghancurkan masjid-masjid dan merubahnya menjadi pusat hiburan dan pejabat parti, dan menghalang umat Islam untuk menonjolkan syiar Islam. Pemilikan Al-Quran adalah satu jenayah dengan hukuman setahun penjara
  • Perkembangan mereka di atas korban kaum muslimin, yang dijajah, dimusnahkan negaranya, dicuri harta kekayaannya dan diserang kesucian agama dan diri mereka.
  • Mereka bergantung kepada pengkhianatan, pembunuhan untuk menghapuskan musuh walaupun mereka adalah anggota Parti Komunis

Akar Intelektual dan Ideologi

  • Komunisme dan Yahudi sama sekali tidak dapat berpisah kerana mereka bekerjasama atas satu matlamat. Sejak minggu pertama revolusi, mereka sebulat suara bersetuju dengan matlamat berikut;
    • Permusuhan kaum Yahudi dianggap sebagai tindakan anti-Semitik yang boleh dihukum oleh undang-undang
    • Pengiktirafan hak orang Yahudi untuk menubuhkan tanah air negara di Palestin.
  • Marx menjelaskan yang dia berhubungan dengan para pemikir Zionis dan meletakkan asas-asas pemikiran Moshe Hess, guru kepada Herzl, pendiri gerakan Zionis.
    • Datuk Marx sendiri adalah seorang pendeta Yahudi kelompok Mordechai Marx
  • Marxisme juga dipengaruhi oleh beberapa ide dan pemikiran athisme, antara;
    • Sekolah Mental Ideal Hegel.
    • Guru Mengira positivisme deria.
    • Sekolah Falsafah Feuerbach Kemanusiaan Alam.
    • Sekolah Bakunin kekeliruan.

Penyebaran dan Pengaruh

  • Komunisme memerintah beberapa negara, antara;
    • Soviet Union, China, Czechoslovakia, Hungary, Bulgaria, Poland, German Timur, Romania, Yugoslavia, Albania, Cuba.

Dan diketahui bahwa kemasukan Komunisme ke negara-negara tersebut adalah melalui kekerasan, peperangan dan penjajahan. Setelah menyedari hakikat sebenar komunisme yang bukan seperti syurga yang digambarkan, majoriti orang mulai resah dan memulakan pemberontakan. Muncul revolusi di sana sini seperti yang berlaku di Polan, Hungary dan Czechoslovakia, dan anda tidak akan dapat menemukan dua negara komunis hidup dalam keharmonian yang kekal.

Di dunia Islam, komunisme mendapat tempat atas kebodohan para pemimpinnya kerana keinginan mereka kepada kekuasaan meskipun terpaksa menggadaikan agama.

Negara Komunis menyebarkan jutaan risalah di seluruh dunia menyeru kepada ideologi mereka.

Mereka menubuhkan parti di seluruh negara Arab dan Islam, sepertimana yang kita jumpai di Mesir, Syria, Lubnan, Palestin, Jordan, Tunisia dan lain-lain.

Mereka yakin mampu mendunia dan berusaha untuk merealisasikan impian kerajaan komunis global sepertimana yang mereka khutbahkan.

Gerakan Komunis Di Tanah Melayu

Doktrin Komunis mula bertempat di Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) melalui jaringan masyarakat Cina yang bertapak di Tanah Melayu sejak 1920-an lagi . Segala isu besar yang berlaku di tanah besar China sudah tentu memberikan pengaruh dan kesan terhadap cara pandang kaum Cina di Tanah Melayu kerana kuatnya ikatan terhadap tanah air mereka. Melalui Parti Komunis Malaya (PKM), mereka berusaha untuk menyebarkan doktrin dan jaringan Komunisme.

PKM bukan sahaja memberi tumpuan kepada orang Cina yang ramai menganggotai kesatuan sekerja dan pertubuhan buruh, malahan cuba mengembangkan pengaruh kepada seluruh masyarakat Tanah Melayu. Ini sejajar dengan hasrat mereka untuk menubuhkan sebuah republik komunis Tanah Melayu. Bagi tujuan tersebut, sokongan orang Melayu dan bangsa lain amat diperlukan.

PKM cuba  untuk mempengaruhi masyarakat Melayu melalui pergerakan mereka. Usaha ini dimulakan dengan kehadiran ejen komunis dari Indonesia yang cuba mempengaruhi orang Melayu supaya menyertai gerakan komunis di negeri-negeri Melayu. Namun usaha ini sekali lagi gagal apabila orang Melayu tidak dapat menerima ideologi komunis. Dengan itu kekallah PKM sebagai parti yang mirip kecinaan kerana keseluruhan pemimpin dan ahlinya terdiri daripada orang Cina.

Usaha ini diteruskan pada zaman pendudukan Jepun melalui penubuhan Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) atau “Bintang Tiga”. Seterusnya, usaha komunis dapat dilihat pada zaman darurat sehingga membawa kepada tertubuhnya sebuah badan militan Melayu, iaitu Rejimen Ke-10 PKM di Pahang pada tahun 1949. Walaupun PKM gagal dalam pergerakan pertamanya (1948-1960), namun PKM tidak putus asa dalam perjuangan mereka. Justeru, apabila PKM muncul semula di Semenanjung Malaysia pada Jun 1968, mereka meneruskan usaha untuk mempengaruhi penyertaan orang Melayu. Untuk itu, komunis telah menggunakan propaganda bahawa komunisme dan agama Islam boleh bekerjasama untuk kemajuan masyarakat Melayu. Mereka turut hadir di masjid dan sembahyang bersama-sama dengan orang Melayu.

Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya usaha komunis tidak mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan masyarakat Melayu yang berpegang kuat kepada agama Islam. Rata-rata orang Melayu ketika itu sangat taas dan kasih kepada institusi raja-raja Melayu, sama  seperti yang dapat kita lihat sehingga hari ini. Kurangnya sokongan orang Melayu kepada pergerakan komunis akhirnya menyebabkan PKM gagal dalam rancangan untuk menguasai Malaysia.

Kejatuhan Marxism

Setelah hampir 40 tahun idea-idea Komunisme diterapkan di Eropah dan hampir 70 tahun memegang kekuasaan, Komunisme akhirnya jatuh di kubu-kubu kuatnya. Sebelum berlakunya keruntuhan, pegawai-pegawai senior Soviet sendiri mengaku yang banyak daripada prinsip-prinsip Marxisme sebenarnya tidak relevan dan jauh ketinggalan di belakang. Buktinya adalah kemunduran negara-negara Komunis. Ideologi Komunis tidak mampu untuk memberikan penyelesaian terhadap permasalahan yang ada dan keperluan semasa bahkan merupakan penyebab kepada kemerosotan ekonomi, hubungan sosial, ketidakadilan, korupsi, penafian pemilikan peribadi dan peperangan terhadap agama.

Jelas bahwa Komunisme sememangnya bertentangan dengan kehendak fitrah manusiawi.

Selepas kejatuhannya, semakin jelas segala kebusukan ideologi Komunisme yang gagal untuk membawa keharmonian dan kesatuan terhadap berbilang bangsa. Sebaliknya api kebencian antara kaum semakin kuat kerana kezaliman dan penindasan antara satu dengan lainnya. Semua pandangan dan impian Marx itu gagal dan doktrin ini hanya ditakdirkan tempatnya di tong sampah sejarah.

Jelas bahwa Komunisme adalah doktrin yang jauh meyimpang daripada ketuhanan, mengajar bahwa kehidupan ini adalah kebetulan bukan daripada ciptaan tuhan.