Kewajiban Arab dan Muslimin Terdahap Peristiwa-Peristiwa
RISALATUL-IKHWAN
Keluaran ke 12, Jumaat 22 Jamadil Awal 1417. 4 Oktober 1996.
KEWAJIBAN ARAB DAN MUSLIMIN TERHADAP PERISTIWA-PERISTIWA.
Dari pena Mustafa Masyhur
Al Mursyidul ‘am lil Ikhwanil Muslimin
Di sana tidak terdapat suatu pelepas bagi tipu daya dengan perkataan-perkataan musuh atau janjinya, maka sesungguhnya musuh ini telah mengisytiharkannya sebagai satu peperangan yang berterusan dan mereka telah menggunakan kapalterbang-kapalterbang serta keretakebal-keretakebal di beberapa kawasan tanah jajahan Palestin. Ke atas orang-orang Islam seluruhnyalah untuk berdiri bersama dengan bangsa Palestin di dalam perjuangannya menentang musuh ini kerana Palestin adalah bumi Islam dan bangsa Palestin adalah sebahagian dari umat Islam. Islam mewajibkan ke atas mereka (ummat Islam) untuk mempertahankan tanah suci mereka. Adapun Masjid al Aqsa adalah satu amanah di tengkuk-tengkuk setiap orang Islam dan begitu juga orang Kristian demi mempertahankan tanah suci mereka.
Maka yang dikehendaki adalah satu sikap yang tegas daripada negara-negara Arab dan Islam mengenai permasalahan ini serta berdiri di samping bangsa Palestin yang berjuang dan menolongnya dengan setiap apa yang mungkin bagi menguatkan kedudukannya serta perjuangannya. Dan tidak haruslah bagi setiap orang Islam ataupun warganegara Arab yang memerintah atau yang diperintah untuk menipu selepas daripada itu dengan perkataan-perkataan atau dengan janji yang palsu kepada musuh ini selepas musuh ini menunjukkan taringnya. Dan hendaklah kita berjuang dengan jiwa serta menafkahkan hartabenda kita demi mempertahankan Palestin dan bumi Masjid al Aqsa, kerana ini adalah lebih baik daripada kita meninggalkan sejarah kelemahan dan penyerahan diri di hadapan tipu daya musuh serta kesombongannya untuk ditatapi oleh generasi kita yang akan datang.
Sesungguhnya bangsa-bangsa Islam bersedia untuk mempertahankan serta mati syahid bagi membebaskan bumi yang berkat ini daripada musuhnya yang bongkak yang terpedaya dengan kekuatannya dan dengan berdirinya Amerika bersamanya. Di atas negara-negara Arab dan Islamlah (tugas) untuk menerangkan kepada Amerika bahawa kepentingan-kepentingannya di negara Arab dan orang-orang Islam tidak dipercayai dengan sebab pendiriannya yang ganjil serta menyebelahi musuh tersebut. Dan dengan pendirian itu ia menghasilkan permusuhan bangsa-bangsa Islam seluruhnya. Dan di atas negara-negara Arab yang telah mula mengambil langkah langkah mendekati atau tolong menolong bersama musuh itu hendaklah membatalkan (langkah-langkah) yang demikian itu dan bersoal jawab bersama bangsa-bangsanya. Adapun bangsa-bangsa Islam keseluruhannya menolak kebersamaan dengan musuh ini yang paling kuat permusuhannya dengan orang-orang yang beriman, musuh yang ingin mendirikan negaranya yang besar di bumi Arab dan orang-orang Islam. Matlamat ini yang tidak pernah lekang suatu saat pun (dari mereka) serta mereka sentiasa bekerja untuk merealisasikannya melalui peringkat demi peringkat. Bagaimana boleh sempurna kebersamaan dengan mereka yang meyimpan permusuhan serta hasad dengki terhadap setiap orang Islam dan menganggap pembunuhan mereka suatu pendekatan diri kepada tuhan? Ini telah di jelaskan lagi dengan penghormatan mereka terhadap orang yang bertanggungjawab terhadap penyembelihan di Masjid Ibrahim. Bangsa Mesir telah mengakui penolakan mereka terhadap kebersamaan, meskipun telah berlalu 15 tahun selepas dari perjanjian Camp David.
Maka di atas jasad Arab dan Islamlah untuk bergerak dan menolak penyerahan diri kepada musuh perampas hati ummat Islam ini. Demi kejayaan orang Arab dan orang orang Islam di luarnya (externally), tidak dapat tidak, perlulah setiap negara itu kuat di dalam (internally) (terlebih dahulu), stabil, serta sepadu samada bangsa dan kerajaan. Dan muslim hendaklah percaya terhadap bantuan dan pertolongan Allah terhadap mereka, selagimana mereka menolong agamaNya serta mempertahankan masjid al Aqsa dan bumi suci di sekitarnya. Mereka tidak gentar dengan kekuatan musuh, tidak juga kekuatan Amerika yang menyebelahinya. Adapun Allah swt apabila kita merasakan tawakal padaNya maka tidaklah melemahkanNya sebarang kekuatan pun di muka bumi. Dia telah berjanji dan benarlah janjiNya untuk menolong orang yang beriman. Maka hendaklah kita menjadi orang beriman tulin dan hendaklah kita membangkitkan harapan di dalam jiwa kita bahawa kebenaran akan menang dan kebatilan akan musnah “….Dan Allah berkuasa terhadap urusanNya, tetapi kebanyakkan manusia tiada mengetahuinya” (Surah Yusuf: 21)