Al Jihad Adalah Jalan

RISALATUL-IKHWAN,

Bil. 16, Jumaat, 20 Jamadil Akhir 1417 Hijrah (1 Nov. 1996).

Dari pena Mustafa Masyhur

AL JIHAD ADALAH JALAN

Sesungguhnya ucapan pemimpin Parti Likud berhubung dengan perdamaian sepatutnya membangkitkan kesan kepada setiap Muslim dan Arab, pemerintah atau yang diperintah, kerana ia menguatkan apa yang telah dia (pemimpin Parti Likud) tulis di dalam bukunya, “Suatu Tempat di bawah Matahari” di mana dia berkata: “Di sana terdapat dua jenis perdamaian, pertama: yang dibuat di antara negara-negara demokratik; dan yang kedua: (yang dibuat) dengan negara-negara diktaktor. Yang pertama itu berdiri di atas setiajanji serta asas-asas yang dihormati dari segenap pihak. Manakala yang kedua itu berdiri di atas penolakan pihak-pihak demokratik terhadap pihak-pihak diktaktor. Oleh kerana Israel adalah satu-satunya negara demokratik di Timur Tengah, sedangkan semua negara-negara Arab diperintah oleh peraturan (kuasa) diktaktor, maka sesungguhnya perdamaian (dengan cara) penolakkan dengan kekuatan ketenteraan yang bertambah besar adalah sebaik-baik apa yang boleh ditawarkan oleh Israel”.

Setelah penjelasan ini (dari buku tersebut) mengenai hakikat musuh serta niat-niatnya: apakah dia sikap ataupun pendirian negara-negara Arab dan Islam di hadapan ancaman dengan penolakan menerusi kekuatan ketenteraan yang bertambah besar ini? (Jawapannya) Salah satu daripada dua pendirian, tidak ada yang ketiga baginya: samada tunduk kepada penolakan ketenteraan ini atau dengan kata lain menyerah diri di bawah slogan perdamaian, serta membiarkan musuh merealisasikan apa yang telah digariskan daripada matlamatnya (iaitu) “Israel al Kubra (yang besar) daripada Nil hingga ke Furat”, yang meliputi Palestin, Jordan, Syria, Lubnan, Iraq dan Mesir. Maka, ini bermakna kesia-siaan, keaiban dan kerugian bagi orang-orang Arab dan Islam.

Adapun sikap yang kedua ialah: orang-orang Arab dan Islam mengambil urusan ini dengan suatu keseriusan yang sepadan dengannya. Apabila musuh telah mengancam dengan kekuatan maka tidak dapat tidak kita hendaklah menyediakan diri kita untuk menghadapi kekuatan dengan kekuatan, dan setiap daripada kita yakin bahawa kita akan menjadi orang yang menang dengan izin Allah. Demikianlah, apabila kita memperelokkan tawakal ke atasNya, serta setelah kita berazam untuk mengembalikan setiap hak-hak kita dan membebaskan setiap jengkal dari bumi kita, maka nescaya Allah akan menguatkan kita dengan pertolonganNya. “Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Muhammad: 7).

Sesungguhnya musuh zionis itu berbenteng dengan kekuatan Amerika dan mengeksploitasi jangkamasa menjelang pilihanraya Amerika. Lantas, dia (musuh) pun bongkak dan mengancam membina penempatan-penempatan baru untuk pendatang-pendatang dan membuka terowong di bawah Masjid al Aqsa, dan tidak akan kembali hak-hak ini melainkan dengan kekuatan. (Peristiwa terowong ini telah menyebabkan pergeseran di antara pihak Yahudi dan Islam di Palestin serta mengorbankan banyak nyawa di kedua belah pihak: tambahan dari penterjemah)

Cita-Cita itu Besar (tinggi)

Tidak dapat tidak, hendaklah kita membangkitkan harapan di dalam jiwa serta membebaskan diri kita daripada al Wahan yang telah menimpa banyak manusia dan hendaklah kita menambatkan pertolongan dan kemenangan daripada Allah. (Asal perkataan al wahan boleh didapati daripada Hadith yang dikeluarkan oleh Imam Abu Daud yang bermaksud: “Hampir dunia mengerumuni ke atas kamu (umat Islam) seperti mana orang-orang yang sedang makan menghadapi makanannya. Maka berkata seorang sahabat r.a., apakah lantaran sedikit bilangan kita pada hari itu? Jawab Rasulullah saw, malah kamu pada hari itu ramai tetapi kamu seperti buih laksana buih banjir. Dan Allah telah mencabut kegerunan daripada dada (hati) musuh-musuh kamu dan mencampakkan ke dalam hati kamu al Wahan. Maka berkata seorang sahabat ra, apakah al Wahan itu Ya Rasulullah? Jawab Rasulullah saw: Cintakan dunia dan bencikan kematian : Penterjemah.) Sesungguhnya kita telah merasakan yang demikian itu dalam peperangan Oktober 1973, bahawasanya persediaan keimanan bagi pejuang-pejuang di bulan Ramadhan dan teriakan Allah Akhbar merupakan pertolongan dalam mengatasi dan memenangi ke atas musuh.

Begitu juga Barisan Penentangan Kebangsaan (Al Muqowwamah asSha’biyyah) yang berjuang di bandar Suez pada 24 Oktober 1973 daripada dalam masjid-masjid. Dan kita ingin menyebut dengan kebaikan al Mujahid al Haj Hafiz Salamah dan saudara-saudaranya daripada tentera-tentera, sesungguhnya mereka telah mempertahankan Mesir seluruhnya dan mereka telah mengusir musuh zionis. Begitu juga, kami mengingati Barisan Penentang Kebangsaan Lubnan (Al Muqowwamah asSha’biyyah al Lubnaniyyah) yang telah meletupkan tempat penginapan musuh dan memaksa kekuatan tentera Marin Amerika untuk meninggalkan Lubnan. Juga amalan-amalan mati syahid yang muktahir di Palestin dan Quds oleh Barisan Penentang Islam (al Muqawamah al Islamiyyah) dan yang terbunuh di dalamnya 60 orang zionis, ianya mempunyai kesan yang paling besar dalam memecahkan kesombongan serta tipu daya zionis dan menghalau musuh kepada Clinton bagi mendapatkan keamanan.

Sekiranya kita kembali kepada sejarah yang lalu pada tahun 1948 nescaya kita telah menyaksikan apa yang telah didirikan (dibangunkan) oleh al Fadaiyun (orang-orang yang menebuskan jiwa raga) daripada Ikhwan al Muslimin dan selain daripada mereka yang menentang pihak zionis. Apa yang telah mereka tegakkan mungkin boleh mengubah arus peristiwa-peristiwa, tetapi komplot di antara negara-negara asing yang telah menerima aduan daripada negara musuh bersama dengan kerjasama dari setengah negara-negara Arab dalam komplot ini, telah membawa kepada gagalnya peperangan tersebut dengan termeterinya genjatan senjata, diikuti dengan pengisytiharan pembahagian negeri dan pengiktirafan Amerika serta Rusia terhadap kewujudan perampas zionis.

Mendedahkan Musuh Sesungguhnya ahli falsafah Roger Garudi semasa lawatannya ke Mesir telah menolong mendedahkan musuh zionis itu di mana ia telah berkata “Sesungguhnya Israel adalah tentera yang mempertahankan petrol di Timur Tengah mengikut perkiraan Amerika serta Barat, yang telah menanam (meletakkan) Israel di suatu pusat ekonomi yang penting di dunia bahagian ini, yang mempunyai separuh daripada bekalan petroleum dunia. Dan mereka telah menyempurnakan perlengkapan musuh ini dengan senjata-senjata bagi merealisasikan kubu ini (musuh zionis) yang tegak padanya tempat mengintip orang-orang Arab dan Islam, serta memperkembangkan senjata dan jadilah ia suatu kubu nuklear. Ia juga menghalang negara-negara Arab daripada memiliki senjata ini, serta pada tanggapan musuh, senjata nuklear ini akan menghancurkan harapan orang Arab untuk mencapai kemenangan yang terakhir ke atas Israel”. Yang dimaksudkan daripada penerangan Roger Garudi ini adalah, sebarang pencerobohan daripada musuh zionis itu walaupun apa bentuknya, dikira sebagai pencerobohan daripada Amerika dan sekutu-sekutunya. Maka sesungguhnya dialah (Amerika) yang bertanggungjawab terhadap pencerobohan-pencerobohan ini. Dan wajiblah ke atas kerajaan-kerajaan kita dan bangsa-bangsa kita untuk merasakan hakikat ini lalu menentukan pendiriannya dalam menghadapi Amerika yang menaungi pencerobohan ini, serta apa yang mungkin untuk dia menyusunnya daripada penat lelah dan buruk hubungan dengan negara-negara setempat. Garudi telah berkata lagi: “Sesungguhnya Israel tidak akan dapat bertahan melainkan beberapa bulan yang sedikit sahaja sekiranya Amerika meninggalkannya (membiarkannya).” Begitu juga dia berkata: “Sesungguhnya Amerika menguasai ekonomi dunia melalui bank dunia, tabung pertukaran wang dunia dan perjanjian GATT”. Beliau juga telah menunjukkan kepada kemusnahan dalaman yang Amerika kini sedang hadapi. Beliau juga berbicara tentang Islam dan bagaimana ianya (Islam) merupakan harapan bagi dunia seluruhnya untuk keluar daripada tribulasi-tribulasi semasa. Sesungguhnya Garoudi mengutamakan politik Netanhayu daripada Peres kerana ianya menyatukan orang Arab, dan dia telah berkata: “Sesungguhnya titik kelemahan bukanlah kekuatan-kekuatan bersenjata maka bolehlah kita menghancurkan roket-roket dengan Intifadhah (kebangkitan).” Dan dia telah berkata lagi: “Kalaulah dunia ketiga memutuskan hubungan dengan Amerika nescaya akan membawa Amerika kepada muflis”, dan dia menyeru kepada kepentingan (ke arah) mempunyai pasaran bersama (common market) dan hubungan dagangan di antara selatan dengan selatan.

Bahawasanya kami memberikan amaran kepada negara-negara Arab yang akan menyertai persidangan ekonomi, daripada dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif persidangan ini dan matlamat yang dituju oleh musuh iaitu menyempurnakan kebersamaan dengan negara-negara Arab, menghapuskan pelbagai sekatan, memerangi bangsa Arab dengan pelbagai warna kefasadan (kerosakan) dan kehancuran, begitu juga pengawalan ekonomi terhadap negara-negara tersebut (Arab).

Sesungguhnya orang-orang Yahudi telah disifatkan oleh Allah Taala sebagai “manusia yang paling kuat permusuhannya dengan orang beriman, sebagai orang orang yang melakukan kerosakan di atas muka bumi, sebagai orang yang tidak akan meninggalkan ruang ataupun jalan ke atas kerosakan melainkan mereka akan mengambilnya”. Kita juga mendapati mereka bertolong-tolongan dengan setiap orang yang merasa permusuhan terhadap Islam dan umat Islam dalam setiap pekerjaan yang boleh mendapatkan orang-orang Islam. Tetapi: “mereka membuat tipu daya dan Allah juga membuat tipu daya dan Allahlah sebaik-baik pembuat tipu daya”.

Islam Adalah Agama Kedamaian Tetapi Ia Telah Mewajibkan Jihad

Islam adalah satu agama yang telah diutuskan Allah dengannya Rasul-rasul dan nabi nabi semenjak dahulu lagi. Kemudian, Allah mengutuskan dengannya Nabi kita Muhamad saw dan Allah telah menjadikan Islam untuk manusia hingga ke hari kiamat. Dan ia (Islam) adalah satu agama dan negara yang mengatur kehidupan manusia serta perhubungan-perhubungannya dan mengarahkan mereka kepada risalah mereka di dunia supaya mereka berbahagia di akhirat. Dan ia adalah satu agama perdamaian, keamanan, kemerdekaan, dan keadilan. Ia adalah agama kecintaan, kasih sayang, tolong menolong dan imbang mengimbangi, ia menyuruh dengan segala yang baik dan melarang dari segala yang buruk. Allah juga telah menjadikan Jihad sebagai satu kewajiban penyudah ke atas orang-orang Islam sehinggalah hari kiamat, ia mendorong orang Islam supaya cinta kepada mati Syahid, serta meninggikan kedudukan para syuhada. Tanpa Jihad tidak berdirilah tunggak bagi agama ini, maka tersebarlah kebatilan serta meratalah kerosakan. Allah swt telah memerintahkan orang-orang Islam supaya bersiap sedia dengan kekuatan dengan firmannya

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggetarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahui; sedangkan Allah mengetahuinya” (al Anfal: 60).

Sebagaimana dikatakan orang: Sesungguhnya persediaan adalah sebaik-baik jalan ke arah keselamatan. Firman Allah Taala lagi:

“Kerana itu, hendaklah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat berperang di jalan Allah. Barangsiapa yang berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka kelak akan Kami berikan kepadanya pahala  yang besar” (an-Nisa’: 74).

Begitu juga Allah telah menjanjikan kepada mereka yang tidak berjuang dengan seburuk-buruk balasan.

Di samping itu, Jihad di jalan Islam adalah semulia-mulia tujuan. Juga, jalannya itu merupakan semulia-mulia jalan. Sesungguhnya Allah telah mengharamkan pencerobohan. Adapun orang-orang Islam apabila mereka berperang, mereka tidak melampaui batas, mereka tidak menghancurkan, mereka tidak merosakkan (memotong) tumbuhan, tidak mencuri, tidak merampas harta benda, dan mereka juga tidak mencerobohi tempat-tempat larangan (yang dihormati). Maka mereka dalam peperangan itu adalah sebaik-baik pejuang sebagaimana mereka juga dalam perdamaian mereka adalah sebaik-baik orang yang berdamai. Begitu juga, telah nyata larangan membunuh wanita, kanak-kanak, orang-orang tua, serta larangan daripada membunuh orang-orang yang cedera, menghina rahib-rahib dan orang-orang yang bertapa (beruzlah). Dan sesiapa yang tidak memerangi tentera Islam adalah selamat. Maka di manakah itu jika dibandingkan dengan serangan-serangan terhadap orang-orang awam (civilian), dan kekejaman keatas mereka yang sangat keji?

Di antara kata-kata al Imam asSyahid Hasan al Banna dalam Risalah al Jihad di bawah tajuk “Kenapa seorang Islam itu tidak berjuang?” yang berbunyi: “Allah mewajibkan Jihad ke atas orang-orang Islam bukanlah untuk membawa kepada pencerobohan, dan bukan juga satu cara untuk menyempurnakan tamak haloba individu, tetapi sebagai benteng pelindung untuk dakwah, serta jaminan untuk orang Islam, juga untuk menyempurnakan Risalah al Kubra (Risalah yang besar) yang dipikul bebannya oleh orang Islam iaitu risalah memimpin manusia kepada kebenaran dan keadilan. Adapun Islam, meskipun ia mewajibkan peperangan ia juga telah mengambilberat dengan perdamaian. Sebagaimana firman Allah:

“Dan jika mereka bermaksud kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah..” (al Anfal: 61).

Begitu juga, al Imam asSyahid berkata pada penutup Risalah al Jihad “Sesungguhnya ummat yang menyebabkan kematian dengan cara yang baik dan mengetahui bagaimana untuk mati dalam kematian yang mulia, Allah mengurniakan kepadanya kehidupan yang mulia di dunia dan kenikmatan yang abadi di akhirat. Tidak adalah al Wahan yang melemahkan kita yakni kecintaaan kepada dunia dan kebencian kepada mati. Maka persiapkanlah diri kamu untuk amal yang besar ini dan inginkanlah kepada kematian, nescaya akan diberikan kepadamu kehidupan. Dan ketahuilah kematian itu tidak dapat tidak daripadanya. Ianya (kematian) adalah sekali sahaja, jika kamu jadikannya pada jalan Allah jadilah ia keuntungan di dunia dan balasan pahala di akhirat. Tidaklah menimpa kamu melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah untuk kamu. Maka ketahuilah, dengan kematian yang mulia itu kamu berjaya dengan kebahagian yang sempurna. Semoga Allah mengurniakan kepada kami dan kepadamu kemuliaan mati syahid di jalanNya.” Di sini kami mengira bahawa sesungguhnya dia (Imam asSyahid) telah berjaya dengan mati syahid pada jalan Allah. Seterusnya kami memohon kepada Allah agar mengurniakan kami mati syahid pada jalanNya, agar memuliakan kami dengan Islam dan memuliakan Islam dengan kami, sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Dekat lagi Maha Menerima doa.