|

Ibu Bapa Pilih Kasih

Soalan: Assalamualaikum Ummu. Saya mengalami masalah dengan kedua orang tua saya. Memandangkan sekarang hanya saya sahaja yang berada di rumah bersama ibu dan ayah, segala tingkah laku saya seperti tidak ada yang kena di mata mereka. Saya merasa tersinggung kerana kerap dibanding-bandingkan dengan adik beradik yang lain terutama dalam bidang pelajaran. Bantulah saya untuk selesaikan masalah ini.
~ Amir

Jawapan:

Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarokatuh anakanda Amir, semoga Allah swt merahmatimu bermula ramadhan Al-Mubarak tahun ini hingga ke akhirat kelak. InsyaAllah. Anakanda merupakan insan yang dipilih oleh Allah swt untuk diber hidayah dan taufiq olehNya. Bersyukurlah nak. Firman Allah swt dalam Al-Quran : Sambutlah perintah Allah swt kepada kita semua untuk melakukan kebaktian dan doa kepada kedua ibubapa kita dalam Surah Al-Israa’ : 24.

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”.

Nasihat umi :

1. Anakanda Amir amalkan doa ini – sekurang2nya 5 kali sehari semalam (selepas solat) – bayang wajah ibu dan ayah Amir dengan penuh kasih sayang ketika membaca doa ini. Alirkan gelombang positif kasih sayang pada mereka. Tambah doa agar Allah swt limpahkan kasih sayang kepada ibu dan ayah untuk membimbing Amir untuk menjadi anak yang soleh.

2. Amir sentiasalah bersangka baik dengan ibu dan ayah. Tiada ibu dan ayah yang tidak sayang pada anaknya – cuma kadang2 mereka tidak tahu bagaimana mahu menunjukkan kasih sayang itu. Dalam masa yang sama kadang2 mereka pun agak keliru/tidak tahu bagaimana nak mendekati atau menasihati anak2nya yang canggih di alaf baru ni.  Sekiranya mereka marah tidak semestinya mereka tidak sayang. Justeru maafkanlah mereka.

3. Langkah positif yang boleh Amir lakukan ialah :

a. Solat istikharah minta doa pada ALlah swt apa yang patut Amir lakukan untuk kebaktian kepada ibu bapa. Berapa umur Amir ? Contoh cuba bantu kerja2 di rumah- belajar masak@ kemas rumah, cari rezeki halal- beri sedikit untuk bantu ibu ayah dan sebagainya – niat ikhlas lillahita’ala untuk bantu ibu ayah.

4. Akhir sekali – teruslah berbuat baik kepada ibu bapa, terus berdoalah untuk mereka, lemah lembut pada mereka, rendah diri, minta maaf selalu dan minta mereka bimbing Amir untuk jadi anak yang soleh.  Semoga Allah swt membantumu untuk terus menjadi anak yang soleh dunia dan akhirat.

Akhir kalam, doa dari ummu untuk AMir sekeluarga. Ma’assalamah, Fi ‘amalillah.

Related Posts

13 Comments for “Ibu Bapa Pilih Kasih”

  1. anak yg selalu sedih

    salam saya selalu terasa hati dengan ibu saya, saya ada seorang kakak yg garang..kadang2 ibu saya suka mengapi2 kan kakak saya supaya marahkan saya kalau kakak saya buat tak tahu ibu saya akan ulang sampai saya kena marah..saya selalu sabar dengan sikap ibu saya..saya mmg akan menangis sebab sikap ibu saya..saya tak nak jadi anak derhaka..saya tak berani nak tengking ibu saya tapi adik saya kalau ibu saya cari pasal dengan dia, dia mesti tengking ibu saya..trus ibu saya akan pujuk dia..macam tu juga dengan kakak, tapi klu saya ibu akan buat tak thu jer.ibu saya bukan selalu saja banding2 kan saya dia juga selalu kenakan saya, sekarang saya jauh hati dgn sikap ibu.tapi saya akan fikir kebaikan ibu saya pada saya..walau apapun dia tetap ibu saya. saya tak nak jadi anak derhaka.

  2. Salam kepada Anak yang Selalu Sedih,
    Semaga kesedihan adik terubat dengan reply daripada kami. Mudahan Allah senantiasa memberikan kekuatan kepada adik dalam menempuh kehidupan ini. tempuhilah dengan hati yang tenang dan sabar, dan hiasilah dirimu dengan keimanan. Sesungguhnya Allahlah sebaik-baik pelindung dan pemberi rezki kepada semua makhluk di bumi ini. Dialah yang maha kuasa, lagi maha mengetahui akan segala tindak tanduk manusia.

    Pertama adik, mari kita bermuhasabah terhadap diri kita, tunjukilah diri adik dan lihat apa kekurangan yang mungkin menyebabkan berlaku permasalahan yang adik sebutkan. mungkinada di antara sikap kita yang membuatkan ibu tidak puas hati dan sering marah-marah. Adakalanya kita tidak sedar bahwa tindakan kita menyinggung atau mengecewakan sesetengah pihak sedangkan kita merasakan bahwa ianya adalah betul. Ambil masa, muhasabah

    Kedua adik, lihatlah keadaan ibu. Mungkin sesetengah ibu mereka terpaksa bersusah payah menanggung anak2 yang ada, sekaligus menjadi bapa kerana kekurangan2 yang ada. Mungkin beban yang di tanggung terlalu berat hinggakan ibu tertalu penat dan letih untuk segalanya. Tambahan lagi terpaksa menanung karenah anak2 yang pelbagai. Bantulah ibumu dan jadilah anak yang soleh dan solehah

    Ketiga adik, beranikan diri dan cuba bawa berbincang dedngan ibu secara baik dan penuh ketelusan. Apa yang ibu inginkan sebenarnya ? Cuba penuhi selagi ianya dalam ruang lingkup kehendak Islam. Jika bertentangan, tolak dengan baik dan katakan ini di luar batasan Islam yang tidak boleh adik penuhi. Banyak permasalahan terjadi kerana tiadanya kemonukasi yang baik antara ibu dan anak. Komunikasi dalam bentuk marah tidak akan menyelesaikan apa2 masalah kerana ia tidak membawa kepada penyelesaian melainkan ketegangan.

    Keempat, jadilah anak yang soleh dan solehah. berpegang teguhlah kepada agama kerana itulah jalan penunjuk kita ke jalan yang benar.

    Wassalam

  3. Assalamualaikum.
    Berkenaan masalah saudara Amir, saya pun pernah mengalami perkara yang sama dahulu. Malah saya yang berada jauh di perantauan pun masih terasa dengan ibu dan ayah sendiri. Dah bermacam-macam yang cuba saya lakukan untuk membersihkan hati dari terasa dengan mereka kerana takut berdosa pula. Akhirnya saya terjumpa sebuah ceramah yang menarik dan memang terkesan di hati. Alhamdulillah hingga kini, walau apa pun yang terjadi, saya akan senantiasa melakukan yang terbaik untuk mereka berdua kerana ia adalah suruhan Allah. Jadi jangan mengharapkan balasan dari ibu dan ayah sebaliknya ganjarannya hanyalah dari Allah.

    Silakanlah mendengar dan menghayati. Moga membantu.

  4. Saya juga mengalami nasib yang sama. Kami cuma 2 beradik. Tetapi kakak saya pilihan mak. Saya selalu tersisih. Walaupun saya cemerlang dalam akademik dan kerjaya namun saya tetap tersisih..

  5. Saya mempunyai nasib yg serupa.. ibu saya sgt pilih kasih, hanya sayangkan adik lelaki saya yg rendah adabnya, buruk akademiknya, kurang ajar dan suka bersosial. Rumah dan kereta semuanya disalin nama adik saya. Sedangkan saya ini anak perempuan yg tak dipedulikan, ibu saya bkn seorang ibu yg saya boleh kongsi masalah, stiap kali saya ada masalah dan ingin berkongsi dengannya sepertimana kawan2 saya yg lain, ibu berkata bosan dan tensen mendengar omongan saya, lalu dimatikan hp serta merta. Dari segi kewangan, semasa di sekolah saya menyimpan wang belanja sekolah utk membeli keperluan seperti baju sendiri kerana ibu hanya membelikan baju raya setahun sekali sahaja. saya jg merupakan pelajar cemerlang dan mdapat pencapaian yg membanggakan, tapi ibu sayang dgn anak yg ada masalah sosial berkawan dgn mat rempit ke hulu ke hilir shingga pulang pukul 3,4 pagi..semasa di universiti saya bergantung sepenuhnya dgn wang ptptn utk belanja makan, belajar, yuran dan membeli keperluan lain. Malahan, setiap kali duit ptptn saya masuk, ibu akan minta sebahagian wang dan minta belanja makan. Padahal ibu saya bukan orang susah, dia berkerjaya dan mempunyai duit yg banyak, tetapi sgt berkira dgn saya. Bila saya minta utk dibelikan sesuatu, dia akan marah dan berkata saya selalu meminta wang darinya. Padahal tiada2 pn, yg meminta wang adalah anak kesayangannya, bkn saya. Jika di rmh, saya mahu menggunakan kereta, saya terpaksa membayar duit minyak, pergi ke pekan pun minta duit minyak RM10. Jika nak pergi bercuti, saya disuruh membayar tambang sendiri, tetapi adik saya semuanya ditanggung termasuk siap shopping..
    Entah kenapa skg ramai mak bapak mengeluh anak2 sisihkan mereka bila mereka tua, tapi apakah mereka tak pikir, kadang2 itu balasan mereka semasa anak2 kecil? mak bapak boleh melayan anak shingga begitu rupa, tetapi esok lusa jgn mengungkit ank tak melayan mak bapak sebetulnya.. inilah dunia

  6. lili, mudahan allah memberikan kekuatan kepada lili untuk meneruskan kehidupan dengan kurnia berupa hidayah dan keazaman yang kuat untuk menempuh segala ujian dan cobaan.
    jazakillah atas perkongsian lili dan kami sangat2 mendoakan agar lili tabah dan terus maju ke hadapan dalam bentuk yang senantiasa positif.
    cuma tinggal satu lagi perkara untuk kita fahami, tidak ramai ibu bapa yang memiliki latar belakang pendidikan kefahaman terhadap pendidikan terhadap anak2 dan menyebabkan berlaku gap yang sangat besar terhadap ibu bapa dan anak2nya. kitalah yang akan mengisi ruang kekosongan ini dengan pelbagai alternatif yang kreatif

  7. terima kasih admin, kerana sudi membaca dan memberi komen atas penceritaan saya di atas. Insyallah, saya akan terus bersabar. Inilah kehidupan. Hidup bukannya lama, hanya pinjaman semata-mata. Lagi pula, seorang anak perempuan akan mgikut suaminya kelak. Statement itulah yg membuat saya sabar, kerana apabila saya berkahwin kelak, saya akan mgikut suami, walaupun lama lagi kerana saya masih belajar, saya kan terus bersabar. Ibu tidak berubah sehingga sekarang. Rumah dan keretanya dinamakan atas nama adik saya. Baru-baru ini adik saya yg seakan tidak berakhlak dan biadap itu, berkata “ini rumah aku, ibu bg rumah ni utk aku, ko sekarang ni ibarat menumpang, nanti ko cari rumah lain”. ayat yg seolah2 mgusir saya dari rumah. Ya, saya tpaksa tinggal di rumah ini kerana saya tiada pendapatan, saya masih belajar. Tapi saya akan keluar dari sini selepas saya bergaji. Bukan apa, cuma tidak sanggup menahan pedih dan luka dari melihat dan mendengar omongan mereka berdua. Saya tertanya-tanya, apakah perkataan ‘ibu, mama,umi,mak dan sebagainya” adalah hanya sekadar perkataan sahaja? apakah dia tiada perasaan keibuan di mana masyarakat selalu uwar2 kan betapa hebat kasih ibu? di mana hebatnya itu, saya tidak tahu. Kerana saya tidak pernah rasa hebatnya dan tingginya kasih ibu tu pada saya.

  8. salam..saya ingin bertanyakan pedapat…sy skg bru bkerja…akk sy pon bru bkrja…thp gaji kitorg x sm…gaji sye hye rm1000+ tp akk sy rm200+..pd 1st bln pertama gaji…ayah sy kol mntk dwet untuk blnja ckit…ayah sy mntk rm300…mstue sy beria nk kumpul beli mtr dan amik lesen guna dwet sndr…tknk myshkan ayah sy lg….then ble ayh sy mntk dwet sy ckp blh tak sy bg rm200 dulu…ayah sy jwb..rm200 jer..(dlm nada mengeluh)..sy kol mama sy gtau..mama sy pon mrh kat ayah sy ckp blh x mntk ckit2 dulu…jgn byk sgt…lgpon dia kan bkn gaji bsr sgt…then psl akk sy…swktu dia blom dpt kerja…dia berkwn dgn seorg kontarktor class A…mmg mewah hdp dia…laki tu pon byk support family sy…lebih2 lg ayah sy…ayah sy mula suke pd lelaki tue…blh dkatakan selalu brhubung dgn lelaki tue..tp alangkah sedihnye…sjak pertemuan tue….akk sy mewah and ayh sy pon trut rs sm…hr2 ayah sy memuji laki tuh..akk sy mula la bekerja dsyrikat lelaki tue…gaji yg besar…smpai rumah sy akk sy tlg byrkan…waktu bekerja sbln 1…sy mmg x kol ayah sy…tp slalu kol mak sy..then ayah sy kecik ati…trus dia ckp x pyh la bg dwet blnje…sy kerap kali mntk no akaun smpai la sy mskkn kat akaun abg sy…soh bg kat ayah sy..diam2…akak sy yg sulung bgthu sy…yg ayah sy bg no akaun kat akk sy…ble sy msj and kol akk sy…dia ckp ayah sy x bg…sy sgt terkilan dan sedih…smpai mcmtuh sekali…akak sy and ayah sy bersetongkol…sblm cuti…2 bln sy x dpt pggln dr ayah sy…walau mcm2 dah sy korbankan tuk mereka…sy kerja siang malam…x sm dgn akk sy yg hye berkerja 8 jam..tp bila sy tye akk sy…ayah ade kol x??dia jwb ade….ayah tye blk bila…sy meniskan airmata lg sekali…ayah sy lgsg x kol sy..apa yg slh akk sy wat lgsg dia x nmpk…sy x kol bpe mggu pown ayh sy kecik ati…tp akk sy x prnh kol…ayh sy x terasa pown…apakah itu dikira pilih kasih or diaggp ayah sy rambang mata krn dwet…

  9. salam aimi… wah susahnyer nak baca tulisan aimi dekat bawah. rasanya next time kena tlg ust utk tulis balik dlm bahasa yg kurang short form. bahasa luahan ok tp tulisan jgn short form, fening2.

    nasihat kami;
    1. teruskan berfikir positif terhadap kehidupan aimi. aimi punya kerjaya dan cabaran2 di masa hadapan yang aimi tempuhi. yakinlah bahwa allah senantiasa bersama org2 yg beriman, yg mengerjakan amal soleh dan tidak meninggalkan sebarang kefardhuan yang di pertanggungjawabkan kepada kita. sesungguhnya beruntunglah mereka yg sentiasa berfikir positif, yakni senantiasa mengharap kepada allah kerana kpd allahlah semua manusia menuju di hari akhir nanti
    2. beri sekadar yg mampu dan ikhlaskan diri ! itulah prinsip yg perlu aimi pegang tanpa perlu ada rasa bersalah. jika keluarga betul2 memerlukan hingga ada kekurangan yang amat, maka aimi lihatlah apa keperluan itu dan cuba penuhi semampu aimi utk berbakti kepada mereka. kadang2 memang ibu dan bapa kita request bermacam material duniawi yg terkadang bukan perkara keperluan melainkan hajat2 mereka, penuhi selagi mana tidak bertentangan dengan syariat allah dan tidak membebani kehidupan aimi yang semakin mencabar
    3. duit bukan segalanya walau itulah yg menjadi tuhan [ilah] ramai manusia. byk lg bidang2 lain yg aimi boleh ceburi dalam membantu ibu dan ayah… fikirkan… membantu dlm keimanan mereka dll…

  10. asalamualaikum…
    saye juge mendapat perlakuna yang kurag beruntug dibanding abang sama adek saye, walaupun abang saye kurang ajar, sering buat marah sama ibu tap mash kene bele terus, tak jauh bede adek saya walaupun dah bikin malu dengan buat tak betol sama anak orang tap mash kene sayang, tp saye bukannya nak ngungkit, mereke semua dah saya bantu, rumah tinggal dah dikasih tinggal tak payah sewepun mash dibilang saye tak kenal saudara. saya tak pernah tengking ibu dibandingkan dua orang tuh pun , saye msih dibilang jahat, tak tahu pulak terkadang saye berfikir kalo saya anak angkat???? dosakah saya jika punya fikiran macam tuh…
    wasalam

  11. thanx admin…saya akan mengambil positif tentang apa yang berlaku..
    saya ingin bertanya soalan agak peribadi..bolehkah selain berkait dengan ibu bapa??

  12. Assalamualaikum,

    Saya mahu berkongsi tentang ibu bapa saya yang terang terangan mengamalkan sikap pilih kasih. Sebelum saya bercerita ingin saya perkenalkan diri. Saya anak ke dua di dalam 4 beradik, 3 lelaki dan seorang perempuan. Abang dan adik lelaki saya sudah berumah tangga dan saya yang pertama bernikah. Secara tak langsung ibu bapa saya mempunyai 3 menantu perempuan dan 3 orang cucu, 2 orang dari abang sulung saya dan saya mempunyai seorang putri yang mana merupakan cucu sulung didalam keluarga saya.
    Pilih kasih ini saya sudah tanggung semenjak zaman remaja yang mana amat ketara dijelaskan secara tanpa sedar oleh kedua ibu bapa saya. Jika hendak dihurai terlalu banyak sebab sekarang saya sudah pon berumur 30 tahun dan sekarang turut dirasai oleh isteri saya dan putri kesayangan saya.
    Ketika berada di bangku sekolah pencapaian akademik saya bukanlah seperti abang dan adik saya. Saya bersekolah berasrama di Kuala Lumpur selama 2 tahun. Diringkaskan cerita kedua ibu bapa saya jarang menjenguk saya di asrama tapi pada ketika itu saya tetap berfikiran positif kemungkinan mereka sibuk, masalah kewangan, dan sebagainya. Apabila adik saya melangkah masuk ke IPTA di KL dan ketika itu saya masih belajar di Perak mereka selalu menjenguk adik saya di KL. Disini terdetik di hati saya kenapa mereka jarang menjenguk saya di KL. Sekali lagi saya berfikiran positif.
    Setelah masa berlalu saya makin meningkat dewasa dan berumah tangga saya turut merasai dan menanggung sikap pilih kasih ini. Isteri saya mengandung anak sulung yakni cucu sulung mereka, ketika itu saya tinggal berdekatan dengan mereka kira kira 1km dari rumah mereka. Sekali pon mereka tidak bertanya khabar akan isteri saya malahan cucu yang sedang dikandung pon jauh sekali. Tiba hari untuk melahirkan sekali lagi mereka langsung tidak menunjukkan rasa teruja untuk menimang cucu yang pertama. Apa perasaan ustaz jika berada di tempat saya?? Apa tanggapan positif yang boleh di fikirkan ketika itu???
    Keadaan amat berbeza pabila abang saya menimang cahaya matanya yang pertama. Mereka terlalu teruja sehinggakan sanggup menjaga kakak ipar saya berpantang di rumah. Jika mereka marahkan saya oleh sebab kenakalan saya pada ketika remaja mengapa isteri saya menjadi mangsa mengapa anak saya turut merasa tempiasnya. Untuk pengetahuan semua, ibu saya hanya menjengah cucu sulungnya sebulan selepas kelahiran. Dua minggu selepas anak saya dilahirkan ada saya mengajak ibu untuk ke kampung halaman isteri saya. Ibu saya menolak dengan kata – kata ini ” tak boleh minggu ni abang dan adik kau balik..nanti mama takde susah diorang nak makan” luluh jantung saya, luluh hati saya mendengar kata kata itu. Abang dan adik saya akan balik ke kampung setiap dua minggu. Saya akur.
    Saya malu dengan tindakan mereka yang mana setelah anak saya berumur sebulan baru lah ibu saya sahaja datang menjenguk. Tapi syukur sekurang – kurangnya datang juga.
    Untuk maklumat isteri saya juga dilayan tidak adil seperti menantu menantu yang lain.Isteri saya sudah banyak kali cuba untuk memenangi hati mertuanya, tapi menemui jalan buntu.
    Syukur juga kepada Allah saya beristerikan seorang anak yang berada walaupon isteri saya tiada rezeki untuk menyambung pelajaran ke IPTA. Dari segi akedemik isteri saya lah yang paling rendah berbanding birasnya yang memegang segulung Ijazah. Adakah ini menjadi ukuran ibu bapa saya untuk mencurahkan kasih?? Saya juga tertanya tanya. Sekarang saya hanya menumpang kasih mertua saya, mereka sungguh baik hati dan tidak pernah membeza bezakan saya dengan anak anaknya. Pendapat saya sering diterima dalam keluarga mertua tidak seperti keluarga saya, pendapat saya dianggap lekeh.
    Cukup lah sampai disini coretan dari seorang anak lelaki yang amat terkilan dengan tindakan kedua orang tuanya. Sekarang saya sudah imun dan redha dengan apa yang berlaku dan bakal banyak lagi berlaku.
    Persoalannya apa yang patut saya buat untuk menenangkan isteri saya, kerana ini pengalaman baru dalam hidupnya.Selain berdoa, bersabar, solat hajat dan sebagainya apa lagi yang saya patut buat???

  13. Jawapan Ummu-Atifah

    Wa’alaikumussalam wbt, anak umi suami isteri serta cucu jiddah yang disayangi,

    MasyaAllah sungguh hebat anak umi kerana telah diberi kekuatan oleh Allah swt untuk istiqamah ddan sabar dalam redha Allah swt hinga ke hari ini. InsyaAllah satu hari nanti Allah akan menggantikan segala kesusahan itu dengan kesenangan yang Dia sahaja Yang maha Mengetahui apakah bentuknya.
    Firman Allah swt dalam surah Asy-Syarh : 5-6 – ” Maka sesngguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. ”

    Rasulullah saw juga ada berpesan kepada Abdullah Ibnu Abbas yang ketika itu berusia lebih 9-10 tahun dalam hadith baginda – hadith 19 Imam Nawawi yang berbunyi :

    “Wahai budak atau wahai budak kecil – tidakkah kamu mahu saya ajarkan kepada kamu beberapa perkataan yang dengannya Allah swt akan memberi manafaat kepada kamu?” lalu saya menjawab : “Ya ajarkanlah ia kepada saya”. Baginda pun bersabda : “Peliharalah Allah,, nescaya Allah swt akan memelihara kamu Peliharalah Allah nescaya kamu akan dapatiNya di hadapan kamu. Kenalilah Allah swt ketika senang, pasti Dia akan mengenali kamu ketika susah. Apabila kamu meminta,mintalah daripada Allah swt. Apabila kamu meminta pertolongan, mintalah pertolongan dripada Allah swt. Sesungguhnya pena telah pun kering(siap menulis) semua perkara yang akan berlaku. Oleh itu jika semua makhluk mahu memberi manafaat kepada kamu dengan sesuatu yang tidak ditetapkan oleh Allah swt, pastu mereka tidak mampu melakukannya. Jika mereka ingin memudharatkan kamu dengan sesuatu yang tidak ditulis (ditaqdirkan) oleh Allah swt ke atas kamu, pasti mereka tidak mampu melakukannya. Ketahuilah bahawa dalam kesabaran terhadap apa yang kamu tidak sukai terdapat kebaikan yang banyak. Ketahuilah bahawa kemenangan itu bersama kesabaran, kelepasan daripada musibah itu bersama kesusahan, dan bersama2 kesabaran itu ada kesenangan.” Hadith riwayat tirmizi – hasan sahih.

    Anak umi, teruskanlah sabar dengan ikhlas kerana Tuhanmu Allah azzawajalla. Tidak rugi kita terus berbuat baik kepada kedua ibubapa kita. Yakinkan kepada isteri bahawa ganjaran di sisi Allah swt lebih penting, kerana ALlah swt melihat dan Maha Mengetahui niat hati kedua2 anakanda. Apa yang penting anakanda sekarang ini ialah layan dan berbuatbaiklah kepada kedua ibubapa 100% kerana mencari redha Allah swt bukan untuk mendapat balasan dari mereka ketika hayat mereka dikandung badan dan terus berdoa untuk mereka setelah mereka bertemu dengan Allah swt. Mudah2an – susunan Allah swt kita tidak tahu, mungkin anakanda berdua dan cucundalah yang menanti mereka di pintu syurga di akhirat kelak, wallahu’alam, masyaAllah. Ya Allah, bantulah anak2 ini untuk tsabat di atas jalanMu ya Allah.

    Anak umi suami isteri didiklah anak2 anakanda berdua dan ummah dengan adil kerana apa yang kita lakukan semuanya akan ditanya dan akan diperlihatkan oleh Allah swt di akhirat kelak. Maafkanlah ibubapa yang mungkin telah melakukan kesilapan atau merke tidak sedar apa yang telah mereka perlakukan. Semoga Allah swt merahmati mereka dunia akhirat.

    Wassalam.

Leave a Reply

 

Langgan RSS