Jemaah Solat Tarawih Lebih Banyak Dari Jemaah Solat Fardhu. Kenapa?

 

Solat terawih

Kenapa waktu subuh tak ramai macam ni?

Dari Abu Hurairah, beliau mendengar Rasulullah sallallahu ’alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya yang pertama kali dihisab dari amal perbuatan manusia pada hari kiamat adalah solatnya. Rabb kita Jalla wa ‘Azza berfirman kepada malaikat-Nya padahal Dia lebih mengetahui; ‘Periksalah solat hamba-Ku, sempurnakah atau ada kekurangan?’ Sekiranya sempurna, maka akan dituliskan baginya dengan sempurna, dan jika terdapat kekurangan maka Allah berfirman, ‘periksalah lagi, apakah hamba-Ku memiliki amalan solat sunat?’ Jikalau terdapat solat sunatnya, Allah berfirman, ‘Sempurnakanlah kekurangan yang ada pada solat wajib hamba-Ku itu dengan solat sunatnya.’ kemudian semua amalan manusia akan dihisab dengan cara demikian.” (HR. Abu Daud no. 964, At-Tirmizi no. 413, An-Nasai no. 461-463, dan Ibnu Majah no. 1425. Dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 2571)

Melihat jumlah jemaah solat sunat tarawih yang lebih banyak daripada jemaah solat fardhu beberapa malam ini (bulan ramadhan) membuatkan saya ingin mengutarakan kepentingan dari kedua solat itu. Dengan niat saling menasihati, kerana Allah berfirman “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar – benar dalam kerugian. Kecuali orang – orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, serta nasihat menasihati dalam kebenaran dan nasihat menasihati dalam kesabaran.” (Qs. Al -`Ashr 1- 3)

Dari hadith diatas kita ketahui bahawa, yang pertama kali dihisab di hari akhir nanti adalah Solat Fardhu, bila solat fardhu kita kurang sempurna maka akan disempurnakan dengan solat sunat. Ertinya kedudukan solat fardhu lebih penting dibandingkan dengan solat sunat. Sedangkan solat sunat adalah sebagai penyempurna solat fardhu.

Perlu diketahui bahwa solat fadhu itu ada 5 yaitu; Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’. Sedangkan solat sunat itu sangat banyak, antaranya solat sunat Tarawih, Rawatib Qabliyah, Rawatib Ba’diyah, Dhuha, Fajar, Witir, Tahajjud, Tahiyatul Masjid, Wudhu, dan Qiyamullail. Solat fardhu yang 5 diatas lebih utama daripada solat sunat yang disebutkan diatas tadi. Dalam tulisan ini penulis bermaksud membandingkan dengan solat tarawih. Saya tidak mengkerdilkan solat tarawih, tetapi hanya ingin meluruskan paradigma berfikir kebanyakan kita yang selama ini seolah-olah mementingkan solat tarawih dibandingkan solat fardhu.

Maka tidak sedikit kita melihat jemaah solat tarawih lebih banyak daripada jemaah solat fardhu. Padahal seharusnya jika pemahaman kita sama mengenai prioriti solat ini, maka sepatutnya yang lebih banyak ialah jemaah solat fardhu dibandingkan solat sunat lainnya.

Penulis ingin menganalogikan prioriti solat ini seperti bangunan rumah. Diibaratkan syahadah (aqidah) itu adalah asas, solat fardhu itu adalah tiang, sedangkan solat sunat, puasa, zakat, dan ibadah haji itu adalah papan dan hiasan lainnya yang ditempelkan ke tiang yang berdiri diatas asas tersebut. Jika asas tidak kuat, jika tiang tidak kuat atau bahkan tidak ada tiang , dimana mahu ditempel papan dan penghias tadi. Jika tidak ada tempat bergantung jadilah papan dan perhiasan tadi sia-sia.

Dengan ini penulis mengajak kita semua mari ramaikan solat berjemaah fardhu, juga kita ramaikan solat tarawih dan amalan-amalan lainnya. Sehingga rumah kita disurga nanti kuat dan kukuh serta cantik juga indah karena dihiasi dengan amalan-amalan. Jom ke masjid!!!

Wallahu a’lam bissawab

 

Oleh : Arida Sahputra

 

Penulis adalah mantan aktivis dakwah kampus juga pernah aktif sebagai ketua BEM dan berbagai wajihah penting di Universitas Syiah Kuala. Beliau hingga sekarang masih aktif sebagai aktivis dakwah. Wajihah dakwah yang di geluti yakni Komite Nasional Untuk Rakyat Palestina (KNRP), Persaudaraan Guru Sejahtera Indonesia (PGSI), Masyarakat Ilmuwan dan Teknolog Indonesia (MITI), dan berbagai wajihah dakwah lainnya. Hari-harinya beliau bekerja sebagai murabbi di Al-Fityan School Aceh.

 

 

 

 

Leave a Comment