10 Formula Cemerlang Tadabbur Al-Quran

Dr. Kholid bin Abdul Karim Al-Lahim berkongsi di dalam bukunya Mafatih Tadabburil Qur’an wan Najah fil Hayah (Kunci Tadabbur Al-Qur’an & Sukses Dalam Hidup) 10 kunci untuk mentadabburi Al-Quran supaya ianya memberikan kesan yang mendalam terhadap kehidupan kita.

1. Hati yang cinta pada Al-Qur’an

Hati ada raja, dan alat untuk menghayati Al-Quran adalah hati, bukannya aqal. Sedangkan hati seringkali berbolak balik antara tarikan keimanan dan syaithan. Jika hati kita memang inginkan kepada Allah swt., signal-signal rabbani akan mudah untuk diterima walhal jika hati kita rosak akibat virus dunia, bagaimana mungkin signal-signal rabbani ini akan masuk dengan baik ?

  1. Hati yang cintakan kepada Al-Quran akan memiliki tanda-tanda berikut:
  2. Senang bertemu dengannya
  3. Duduk bersamanya dalam waktu yang panjang tanpa bosan
  4. Rindu padanya
  5. Banyak bermusyawarah dengannya, percaya penuh dengan bimbingan-bimbingannya, dan kembali padanya ketika ada masalah dalam kehidupan baik yang kecil maupun yang besar.
  6. Mentaatinya baik perintah maupun larangan.

Justru kita perlu senantiasa memohon kepada Allah agar diberikan hati yang jernih, hati yang hidup, hati yang sentiasa terawat dan dijaga. Antara doa yang di ajarkan adalah, “ Yaa Muqollibal Quluub Tsabbit Qolbii Alaa diiinik.”

2. Tujuan-tujuan membaca Al-Qur’an

Apakah tujuan anda membaca Al-Quran ? Untuk menghabiskan target tilawah ? atau kerana janji Allah terhadap 10 kebaikan pada setiap hurufnya ? atau kerana pelbagai yang lain kerana apa yang kita akan dapatkan daripada Al-Quran adalah sesuai dengan motivasi yang menolak kita untuk membacanya.

Justru kita akan mendapatkan manfaat yang lebih daripada Al-Quran apabila tujuan yang kita letakkan adalah untuk mendapat cahayanya yang akan memandu kita dalam menjalani kehidupan.

3. Berdiri sholat dengan membaca Al-Qur’an

Kita dianjurkan untuk melakukan proses tadabbur di dalam solat kerana sewaktu solat, kita dituntut untuk menghadirkan hati, mengkhusyu’kan jiwa dan memusatkan penumpuan kita sepenuhnya kepada Allah.

Allah Ta’ala berfirman :

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَى أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَاماً مَّحْمُوداً -الإسراء : 79 

“Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji”. (Surah Al-Isroo’:79)

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :

لا حسد إلا في اثنتين رجل أتاه الله القرآن فهو يقوم به آناء الليل وآناء النهار ، ورجل آتاه الله مالا فهو ينفقه آناء الليل وآناء النهار. متفق عليه

“Tidak ada hasad kecuali pada dua orang; seseorang yang Allah anugerahkan Al-Qur’an kemudian dia berdiri membacanya sepanjang siang dan malam, dan seseorang yang Allah anugerahkan harta kemudian dia menginfaqkannya sepanjang siang dan malam”. (Muttafaqun ‘alaih)

4. Membacanya pada waktu malam

Al-Hasan bin Ali رضي الله عنه berkata : Sesungguhnya orang sebelum kalian melihat Al-Quran adalah surah-surah dari Rob mereka, maka mereka mentadabburinya pada waktu malam, dan mereka mencarinya pada waktu siang. (At-Tibyan Fi Adabi Hamalatil Qur’an, hal.29)

Inilah yang dikatakan fitrahnya. Allah swt. menciptakan malam untuk istirehat, baik istirehat fizikal mahupun jiwa. Kerana pada waktu malam, suasananya tenang, damai, bebas daripada kebisukan dan hingar bingar dunia dan akan membuatkan signal-signal rabbani mudah untuk masuk kepada penerimanya iaitu hati manusia.

5. Mengulang-ulang mengkhatamkan Al-Qur’an dalam seminggu atau sebagiannya

Ya, menjadi kewajipan bagi setiap ikhwan untuk mentargetkan khatam Al-Quran sekali dalam seminggu !

Di awalnya mungkin kita merasakan berat berbanding novel, cerpen dan facebook yang mampu kita berikan penumpuan lebih daripada sejam. Tetapi insyallah dengan latihan setahap demi setahap, kita mampu untuk melakukannya. Daripada 3 bulan sekali khatam, kepada 2 bulan dan seterusnya hingga semingu sekali khatam akan terasa mudah sekali.

Abdulloh bin Mas’ud berkata : Al-Qur’an janganlah dibaca kurang dari tiga hari, bacalah dalam tujuh hari, dan seseorang menjaga hizibnya.

An-Nawawi رحمه الله berkata : Pekerjaan kebanyakan kalangan salaf

6. Membacanya dengan hafalan

Apakah tujuang kita menghafaz Al-Quran ? Adakah sekadar menghafaz ayat-ayat tanpa mengambil sebarang manfaat darinya ? Sedangkan hak Al-Quran yang lebih utama untuk kita penuhi adalah menjaganya dan mengambil manfaat darinya sebagai cahaya yang menerangi kehidupan.

Dengan hafazan, ianya akan memudahkan bacaan tersebut untuk meresapi jiwa kita dan kita tidak disibukkan untuk membolak-balik mushaf dan hurufnya.

7. Mengulang-ulang ayat

Membaca dengan berulang kali penting untuk memastikan ayat-ayat Allah dapat meresap masuk ke dalam jiwa kita. Pengulangan akan membuatkan kita ingat, cuba untuk menikmati lafaz tersebut dengan lebih lama dan mampu melahirkan penghayatan yang lebih terhadap apa yang dibaca, baik sebuah kisah atau kalimah.

Inilah yang menjadi amalan Nabi saw dan generasi kemudiannya.

Abu Dzar رضي الله عنه berkata, Nabi صلى الله عليه وسلم berdiri dengan satu ayat dan beliau mengulang-ulangnya sampai shubuh :

إِن تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ وَإِن تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ -المائدة : 118 

“Jika Engkau menyiksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Engkau, dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (Surah Al-Maidah: 118)

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Al-Hakim, dan beliau menshohihkannya serta disepakati oleh Adz-Dzahabi, dan dihasankan oleh Al-Albani.

Al-Hasan Al-Bashri رحمه الله pada suatu malam mengulang-ngulang ayat berikut sampai shubuh :

وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَةَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ اللّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ -النحل : 18 

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah An-Nahl: 18)

8. Mengaitkan lafadz-lafadz dengan makna-makna

Supaya tadabbur lebih berkesan, perlu kita untuk mengaitkan setiap bacaan dengan realiti yang sedang kita hadapi. Dengan cara ini, kita dapat memastikan kehidupan kita selari dengan arahan yang terdapat di dalam Al-Quran dan Al-Quran hidup di dalam hati kita. Apatah lagi apabila kita mampu untuk mengaitkan setiap permasalahan dengan kitabullah, kerana nescaya dalam setiap permasalahan itu, selalunya Al-Quran ada penyelesaiannya.

9. Membaca dengan tartil

Jangan tergesa-gesa ketika membaca Al-Quran hanya kerana mahu mencapai target tilawah atau mengejar orang lain.

Firman Allah swt.,

وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلاً  

“Atau lebih dari seperdua itu. dan bacalah Al-Quran itu dengan tartil (perlahan-lahan)”. (Surah Al-Muzammil: 4)

Ibnu Katsir رحمه الله berkata : Bacalah dengan perlahan, sesungguhnya yang demikian itu akan membantu untuk memahami Al-Qur’an dan mentadabburinya.

Inilah kaedah bagaimana Rasulullah saw. membaca Al-Quran. Aisyah radiyallhu’anha berkata, “Beliau (Nabi saw.) membaca Al-Quran dengan tartil seolah-olah menjadi surah terpanjang.”

10. Membaca dengan keras

Bacalah dengan suara yang keras, kerana ia akan lebih membantu untuk memberikan penumpuan dan perhatian.

Dari Abu Hurairah رضي الله عنه , Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :

عن أبي هريرة رضي الله عنه : قال النبي صلى الله عليه وسلم : “ليس منا من لم يتغن بالقرآن يجهر به”. رواه البخاري

“Bukanlah sebahagian daripada golongan kami orang yang tidak melagukan Al-Qur’an dan mengeraskannya”. (Hadis Riwayat Al-Bukhori)