Perwakilan Quraisy Menemui Abu Talib Untuk Kali Terakhir

Rasulullah telahpun keluar dari lorong Abu Talib namun baginda tetap menjalankan tugasnya seperti biasa, dan Quraisy pula walaupun telah meninggal pemboikotan namun mereka masih juga dengan sikap penindasan ke atas orang-orang Islam dan menghalang kerja-kerja dakwah kejalan Allah, sedemikian dengan Abu Talib dengan sikapnya yang amat prihatin dan penjagaan rapi terhadap diri Rasulullah, usia Abu Talib kini sudah pun melewati lapan puluh tahun, kesengsaraan dan peristiwa-peristiwa besar yang silih berganti itu, terutamanya pemulauan ekonomi telah menyebabkan sendi-sendi tulangnya semakin lemah, tulang belakangnya bagai terpatah, tidak selang berapa bulan selepas mereka keluar dari pengurungan tiba-tiba beliau telah diserang penyakit yang berat dan menekan, pihak musyrikin pun curiga akan terjejas nama baik mereka di kalangan bangsa Arab, sekiranya suatu yang buruk tidak diingini akan terjadi ke atas anak saudaranya itu, selepas kematiannya nanti, untuk itu mereka mencuba sekali lagi untuk berbincang dengan Muhammad dengan kehadirannya sekali, dan mereka akan bertolak ansur dengan syarat yang mereka berkeras dengannya dimasa-masa yang lalu, dengan itu Quraisy telah mengutus perwakilannya menemui Abu Talib Ibnu Ishak dan yang lain-lain meriwayatkan dengan katanya: Setelah Abu Talib mengadu hal kesakitannya, dan beritanya ini telah sampai kepengetahuan Quraisy, maka mereka bermesyuarat sesama mereka.

Kini Hamzah dan Umar sudah pun menganut Islam, cerita mengenai Muhammad dan usahanya semakin berkembang di kalangan kabilah-kabilah Quraisy, kata mereka: Ayuh kita menemui Abu Talib, kita pinta supaya beliau menekan anak saudaranya itu untuk menerima syarat-syarat kita, demi Allah kita curiga mereka (kaum muslimin) akan meriguasai kita. Riwayat dalam lafaz lain berbunyi: Sebenarnya kita takut, nanti orang tua itu akan mati dan Muhammad pula dapat menguasai suasana, habislah kewibawaan kita, hingga seluruh bangsa Arab memperlecehkan kita, dan mereka akan mengatakan: Dulu mereka membiarkannya hingga apabila bapa saudaranya mati baru mereka kerjakannya. Dengan itu mereka pergi menemui Abu Talib dan berbincang dengannya, mereka semua adalah pemuka-pemuka kaum yang terdiri dari: Utbah bin Rabi’ah, Syaibah bin Rabi’ah, Abu Jahal bin Hisyam, Umaiyah bin Khalaf dan Abu Sufian bin Harb adalah tokoh yang mengepalai rombongan seramai dua puluh lima orang ini, kata mereka: Wahai Abu Talib kau sebenarnya adalah sebahagian dari kami, sebagaimana yang diketahui, kita semua sudah pun lanjut usia, kami pun takut juga hal yang akan menemui kau itu, sebagaimana yang kau tahu hal yang terjadi di antara kami dan anak saudaramu itu, cuba kau pinta kepadanya, dan beliau boleh membuat syarat kepada kami dan beliau pula hams menerima sesuatu dari kami, supaya beliau berhenti mengecam kami dan kami pun boleh berhenti menentangnya, dan hendaklah beliau membiarkan kami dengan agama kami, dan disebaliknya kami akan membiarkan beliau dengan agamanya. Lalu Abu Talib menjemput Rasulullah, dan Rasulullah pun segera tiba, terus beliau berkata: Wahai anak saudaraku ini semua adalah pembesar-pembesar kaum kau, mereka berkumpul kemari, semata-mata untuk kau untuk menawarkan kau sesuatu dan untuk menerima sesuatu darimu.

Kemudian Abu Talib menyampaikan hal yang dikemukakan oleh mereka tadi, iaitu untuk sama-sama tidak mengganggu pihak yang lain. Jawab Rasulullah: Apa pendapat kamu sekiranya aku kemukakan kepada kamu satu perkataan yang apabila kamu ucapkannya kamu akan menguasai seluruh bangsa Arab, dan bangsa-bangsa lain akan tunduk kepada kamu. Dalam perkataan yang lain pula bahawa, Baginda berbicara kepada Abu Talib dengan katanya: Daku mahu, semua mereka berada dalam kalimah yang satu, yang apabila mereka ucapkan kalimah itu seluruh bangsa Arab akan tunduk kepada mereka dan bangsa asing akan membayar ufti kepada mereka. Dan dalam lafaz yang lain pula, kata Baginda: Wahai bapa saudaraku, boleh tak ayahnda serukan mereka kepada suatu yang lebih baik untuk mereka, kata Abu Talib: Sebutlah apa yang hendak kau serukan mereka itu? Jawab Baginda: Aku mengajak mereka untuk melafazkan satu kalimah yang apabila mereka lakukan seluruh bangsa Arab akan tunduk akur kepada mereka, malah mereka akan menguasai seluruh bangsa-bangsa asing.

Manakala lafaz dari riwayat Ibnu Ishak berbunyi: Hanya satu kalimah sahaja, kamu ucapkannya nescaya kamu akan menguasai bangsa Arab, dan bangsa asing pula akan tunduk kepada kamu. Setelah mana Rasulullah menyebut kata-katanya ini mereka semua berhenti dan kebingungan, dan bagaimana hendak menolak tawaran hanya satu kalimah yang amat berfaedah sekali bagi mereka, lantas Abu Jahal pun berkata: Apa dia perkataan itu? demi bapa engkau, mudah sangat, kami boleh ucapkannya dan sepuluh yang lain pun tidak mengapa, jawab Rasulullah: Ucaplah “lailahaillallah ” di samping kamu menolak seluruh penyembahan-penyembahan yang lain. Dengan itu mereka semua menepuk-nepuk tangan mereka dan berkata: Wahai Muhammad, kamu hendak kami jadikan tuhan-tuhan yang banyak itu satu tuhan sahaja? Ini tidak boleh jadi, ini perkara yang menghairankan.

Selepas itu mereka berkata sesama mereka: Demi Allah sesungguhnya orang ini (iaitu Muhammad), tidak akan memberi suatu pun kepada kamu, ayuh beredar dari sini, dan teruskan dengan agama nenek moyang kita dahulu, hingga Allah sahaja yang menghukumkan di antara kita dan dia. Dengan itu mereka semua bersurai.

Mengenai mereka ini Allah menurunkan wahyunya:

Saad; demi Al-Quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran. (Orang-orang yang mengingkari kerasulanmu – wahai Muhammad – tidak berdasarkan kebenaran) bahkan mereka yang kafir itu bersifat sombong angkuh dan suka menentang kebenaran. (Tidakkah mereka menyedari) berapa banyak umat-umat (yang ingkar) yang terdahulu dari mereka, Kami binasakan? Lalu mereka meminta pertolongan, padahal saat itu bukanlah saat meminta pertolongan melepaskan diri dari azab. Dan mereka (yang mengingkari kerasulan Nabi Muhammad itu) merasa hairan, bahawa mereka didatangi oleh seorang Rasul pemberi amaran, dari kalangan mereka sendiri. Dan mereka yang kafir itu berkata: “Orang ini adalah seorang ahli sihir, lagi pendusta. ” Patutkah ia menafikan tuhan-tuhan yang berbilang itu dengan mengatakan: Tuhan hanya Satu? Sesungguhnya ini adalah satu perkara yang menakjubkan!” Dan (ketika itu) keluarlah ketua-ketua dari kalangan mereka (memberi peransang dengan berkata): “Jalan terus (menurut cara penyembahan datuk nenek kamu) dan tetap tekunlah menyembah tuhan-tuhan kamu. Sebenarnya sikap ini adalah satu perkara yang amat dikehendaki. ” Kami tidak pernah mendengar tentang (soal mengesakan Tuhan) itu dalam ugama yang terakhir; perkara ini tidak lain hanyalah rekaan dan dusta semata-mata”.

(Shaad: 1-7)

Leave a Comment