Peringkat-peringkat Dakwah dan Tahapannya

Tempoh dakwah Rasulullah s.a.w boleh dibahagikan kepada dua peringkat, kedua-duanya itu berbeza di antara satu sama lain:

  1. Peringkat Makkah selama tiga belas tahun.
  2. Peringkat Madinah selama sepuluh tahun genap.

Setiap peringkat ini ada ciri-cirinya yang tersendiri, ciri-ciri ini dapat dilihat dengan jelas pada setiap zuruf dan persekitaran yang dilaluinya.

Peringkat Makkah boleh dibahagikan kepada tahap-tahap berikut:

  1. Tahap dakwah secara rahsia tiga tahun.
  2. Tahap iklan dan keterbukaan dakwah penduduk Makkah. Bermula dari tahun keempat tarikh kebangkitan hinggalah ke kemuncak tahun kesepuluh.
  3. Tahap ketiga keluar ke kota Makkah dan penyebaran di kalangan mereka, bermula dari penghujung tahun kesepuluh hingga ke hijrah Rasulullah.

Manakala tahap-tahap diperingkat Madinah akan kita jelaskan di tempatnya nanti.

1 Comment

Leave a Comment