Perang Banu al-Mustalaq atau al-Muraisi’

(Syaban enam (6) Hijrah) Peperangan ini tidaklah besar dan berlarutan sangat dari segi pergerakan ketenteraan, cuma satu segnifikan sahaja kerana di dalam rintitan peristiwanya terbentuk satu kisah yang mengemparkan masyarakat Islam di masa itu, padanya terbongkar keburukan kaum munafiqin, darinya terbentuk “hukuman darah” yang menampilkan masyarakat Islam sebagai sebuah institusi yang mulia, suci dan bersih jiwa, di sini kami memaparkan kejadian peperangan, kemudian kami susuli dengan peristiwa yang bersejarah itu.

 

Peperangan ini terjadi di bulan Sya’ban tahun keenam (6) Hijrah. Ini pendapat yang paling sahih. Sebab musababnya timbul dari satu berita yang diterima oleh Rasulullah (s.a.w) bahawa ketua qabilah Banu al-Mustalaq yang bernama al-Harith bin Abi Dhirar, telahpun mengerah tenaga kaumnya dan suku-suku bangsa Arab yang dibawah pengaruhnya untuk bergerak ke arah Madinah memerangi Rasulullah. Dengan itu Rasulullah pun mengutus Buraidah bin al-Hasib al-Aslami untuk memastikan kesahihan berita yang telah diterima itu. Buraidah pun terns menemui qabilah ini malah beliau telah berjumpa dengan al-Harith bin Abi Dhirar dan bercakap dengannya. Lepas itu beliau pulang dengan membawa kenyataan yang dibuat oleh al-Harith tadi.

Setelah memastikan kesahihah berita maka Baginda mengerah para sahabatnya, malah Baginda keluar dengan segera, pergerakan Rasulullah adalah pada malam kedua di akhir bulan Sya’ban, turut bersama ialah sekumpulan kaum munafiqin yang sebelum ini tidak pernah keluar ke mana-mana peperangan, Baginda melantik Zaid bin Harith sebagai Khalifahnya di Madinah, tapi ada pendapat lain mengatakan Abu Zar dan satu pendapat lagi mengatakan Thamilah bin Abdullah al-Laithi. Al-Harith bin Dhirar telah menghantar pengintipnya, untuk mengutip berita mengenai tentera Islam, tapi kaum muslimin sempat menangkapnya dan terus dibunuh.

Setelah al-Harith bin Abi Dhirar mengetahui tentang pergerakan Rasulullah dan kematian pengintipnya, beliau telah dihimpit ketakutan menyebabkan orang-orang Arab badwi yang bersama dengan beliau lari dari situ ke beberapa tempat lain.

Sebaik sahaja Rasulullah sampai ke kawasan bernama al-Muraisi’ yang merupakan perairan Banu al-Mustalaq di daerah Qadid, ianya terletak berhampiran dengan pantai. Terus Baginda membuat persiapan dan mengatur plan penyerangan, bendera Muhajirin bersama Abu Bakar al-Siddiq manakala bendera al-Ansar bersama Saad bin Ubbadah, di peringkat awal sekadar saling memanah, setelah beberapa jam berlalu dengan cara ini, akhirnya Rasulullah memerintah supaya dibuat satu serangan yang mantap serentak, lalu arahan terus disegerakan, di mana peperangan berakhir dengan kemenangan total kepada tentera Islam. Kaum musyrikin menerima kekalahan yang teruk di mana sebilangan dari mereka terbunuh dan sebahagian yang lain ditawan, Rasulullah menawan kaum wanita, anak-anak dan kambing ternakan mereka, dari tentera Islam hanya seorang sahaja yang terbunuh ianya dari al-Ansar itu pun kerana beliau disangka musuh.

Inilah mengikut apa yang ditegaskan oleh ahli al-Sirah dan aI-Maghazi, namun Ibnu al-Qayim mengatakan: Itu adalah sangkaan (waham), kerana tidak berlaku sebarang pertempuran, tapi yang berlaku hanya penyerangan oleh pihak muslimin ke atas perairan banu al-Mustalaq di samping menawan harta-harta dan perempuan-perempuan mereka. Sebagaimana tersebut di dalam kitab sahih: Rasulullah menyerang Banu al-Mustalaq. Kemudian Ibnu al-Qadim menyebut hadith berkenaan.

Di antara perempuan-perempuan yang ditawan ialah Juwairiyah binti al-Harith ketua qabilah, yang menjadi saham Thabithin Qais, di mana beliau menawar peluang memerdekakan diri secara mukatabah (membebaskan diri secara bayar beransur-beransur). Justeru itu Rasulullah bertanggungjawab memerdekakan beliau, , kemudian Baginda mengahwininya, setelah itu tentera Islam memerdekakan pula keluarga Banu al-Mustalaq yang telah memeluk Islam, dengan kata mereka: ” Mereka adalah mertua-mertua Rasulullah”.

Adapun peristiwa lain yang berlaku di dalam peperangan ini, di mana Abdullah bin Ubai dan kuncu-kuncunya yang merupakan petualang utama, sudah menjadi kewajipan kita memperkatakan sebahagian dari kerja-kerja mereka di dalam masyarakat Islam di Madman.

 

PERANAN MUNAFIQIN SEBELUM PEPERANGAN BANU AL-MUSTALAQ

Berulang kali telah kita kemukakan bahawa Abdullah bin Ubai rasa cemburu dan sesak dada dengan Islam dan kaum muslimin, terutamanya Rasulullah (s.a.w). Kerana al-Aws dan al-Khazraj sudah pun bersetuju menerima kepimpinan Rasulullah (s.a.w) sedang sebelum ini mereka sedang menyiapkan pakaian sutera untuk menabalkan beliau sebagai pemimpin mereka sekiranya Islam memasuki al-Madinah, kemudian mereka sisihkan beliau dari jawatan itu, maka sebab itulah beliau merasakan bahawa Rasulullah yang bertanggungjawab merampas kekuasaannya.

Kemarahan dan perasaan hasad dengki beliau ini ditunjukkan di permulaan Hijrah Rasulullah ke Madinah sebelum beliau berpura-pura memeluk Islam. Pada suatu hari Rasulullah menunggang kaldai untuk menziarahi Saad bin Ubbadah, Rasulullah pun melalui di hadapan majlis Abdullah bin Ubai, bila beliau melihat Rasulullah beliau menjadi merah muka kerana benci dan dengki dengan Rasulullah, di masa itu kata Ibnu Ubai: Lain kali jangan lagi memasuki majlis kami ini. Dan setelah Rasulullah membaca ayat al-Quran di dalam majlis berkenaan maka kata Ibnu Ubai: “Duduk sahaja di rumah kamu, dan tak usahlah menyibukkan kami di majlis ini”.

Ini adalah sebelum beliau berpura-pura memeluk Islam, namun selepas beliau mengisytiharkan Islam secara berpura-pura masih tetap beliau memusuhi Allah, Rasul dan kaum mukminin, beliau tidak memikirkan selain dari menghancurkan masyarakat Islam dan melemahkan perpaduan Islam, beliau terus membantu seteru-seteru Allah, dalam peristiwa Banu Qainuqa’ beliau sengaja masuk campur tangan seperti yang telah kita jelaskan, demikian jugalah usaha beliau yang jahat dan khianat di dalam peperangan Uhud, bertujuan memecah-belahkan saf kaum muslimin dan melakukan porak peranda, kekacauan dan huru-hara.

Betapa busuknya helah si munafiq bedebah ini dan pandai pula beliau menipu orang-orang mukminin, di mana selepas memeluk Islam secara berpura-pura, pada setiap hari Jumaat semasa Rasulullah duduk untuk berkhutbah beliau akan bangun untuk membuat peringatan dengan berkata: “Ini dia Rasulullah yang masih berada di kalangan kamu, dengannya Allah memuliakan kamu dan mengagungkan kamu, untuk itu bantulah Baginda, sokonglah Baginda, dengarlah dan taatilah Baginda”, kemudian beliau duduk. Maka barulah Rasulullah (s.a.w) berdiri untuk berkhutbah. Betapa buruknya niat si munafiq ini, yang masih sanggup lagi untuk meneruskan amalannya di hari Jumaat selepas peperangan Uhud, yang masih tidak menginsafi dengan tindakan jahat lagi terkutuk itu, beliau bangun di hari itu untuk berbuat seperti kebiasaannya, orang-orang Islam pun merentap hujung bajunya dengan kata mereka: “Duduklah wahai seteru Allah, kamu bukan orang yang layak berbuat demikian, cukuplah dengan apa yang telah kau lakukan di masa-masa yang lepas”, dengan itu beliau pun terus berjalan keluar dari masjid melangkah-langkah belakang orang lain yang sedang duduk dengan kata-katanya yang kesat: Bolehjadi yang ku cakap ini tidak elok tapi maksud ku ialah untuk mengukuhkan keditdukannya, semasa di pintu masjid beliau bertemu dengan seorang Ansar yang berkata kepadanya: “Celakalah kau, Ayuh patah balik dan minta maaf dari Rasulullah (s.a.w) agar Baginda beristighfar untuk kau”, jawab Ibnu Ubai: “Demi Allah aku tidak memeriukan dia meminta ampun untukku”.

Abdullah bin Ubai ini mempunyai hubuhgan dengan Banu al-Nadhir, beliau di antara perencana plot konspirasi terhadap kaum muslimin, malah beliau pernah menegastan kepada mereka: “Seandainya kamu di halau keluar nescaya karai akan turut serta, dan sekiranya kamu diperangi akan kami bantu kamu”.

Perkara yang sama beliau lakukan bersama tali barutnya di dalam peperangan al-Ahzab, di antaranya, menimbulkan keresahan, huru-hara, menimbulkan ketakutan dan kebingungan di kalangan masyarakat Islam seperti mana yang diceritakan Allah di dalam surah al-Ahzab:

“Ketika orang-orang munafiq dan orang-orangyang di dalam hatinya berpenyakit berkata: Tidak adalah janji Allah dan RasulNya kepada kami, melainkan semata-mata penipuan sahaja.

Mereka mengira bahawa sekutu, belum pergi. Jika sekutu datang kembali mereka bercita-cita supaya mereka berada di dalam dusun beserta badm-badwi, sambil menanyakan perkhabaran kamu dan kalau mereka berada bersama kamu, tidaklah mereka berperang melainkan sebentar sahaja.

(al-Ahzab: 12-16)

Memang seluruh seteru-seteru Islam yang terdiri dari kaum Yahudi munafiqin dan musyrikin memahami bahawa faktor kemenangan Islam bukan kerana keupayaan maddi (material) yang lebih, kecanggihan peralatan dan ramai bilangan tentera, bukan itu semua, tetapi kemenangan itu adalah kerana faktor nilai, akhlak dan contoh-contoh teladan yang tinggi yang dihayati oleh masyarakat Islam, malah sesiapa sahaja yang berintima’ dengan agama ini maka itulah akhlaknya. Musuh Islam memang mengetahui bahawa imbuhan-imbuhan yang menerap masuk ke dalam jiwa setiap muslim ialah contoh teladan agung mereka, iaitu Rasulullah (s.a.w).

Mereka sudah pun mengenali hakikat ini sepanjang peperangan yang mereka lalui, di mana untuk melawan dan membenteras agama ini bukanlah suatu perkara yang mudah, terutamanya melalui kekuatan senjata. Untuk itu mereka telah membuat tindakan melancarkan seran^an propaganda dan dakyah yang meluas terhadap agama dari sudut akhlak dan susilanya, apatah lagi peribadi Rasulnya yang memang menjadi sasaran serangan utama, oleh kerana golongan munafiq merupakan gunting dalam lipatan, dan mereka merupakan penduduk asal Madinah maka amat sesuai sekali untuk mempengaruhi perasaan kaum muslimin dan sentimen mereka. Ya, golongan munafiqin telah memikul tanggungjawab propaganda jahat ini,terutamanya ketua mereka Ibnu Ubai.

Rancangan mereka ini terpamer dengan jelasnya selepas peperangan al-Ahzab, iaitu semasa perkahv/inan Rasullah (s.a.w) dengan Ununu al-Mukminin Zainab binti Jahsy, setelah diceraikan oleh Zaid bin Harithah, kerana tradisi bangsa Arab, anak angkat itu adalah dianggap setaraf dengan anak sendiri, pada kepercayaan mereka haram seseorang berkahwin dengan janda anak angkatnya. Jadi apabila Rasulullah (s.a.w) berkahwin dengan Zainab maka kaum munafiqin pun seolah-olah memperolehi satu peluang untuk menimbulkan darinya keburukan dan kehinaan terhadap Rasulullah (s.a.w).

Pertama:

Zainab bin Jahsy adalah isteri Rasu) sedang al-Quran tidak mengizinkan sesc.^ berkahwin lebih dari empat, bagaimana ini boleh sah pula kepada Baginda?

Kedua

Zainab adalah bekas isteri anak angkatnya, maka perkahwinannya dianggap sebesar-besar kesalahan mengikut tradisi bangsa Arab, mereka menyebar luas proganda jahat ini, dan berbagai citra dan kisah rekaan yang mereka rekakan, kononnya kata mereka: Di suatu hari Muhammad (s.a.w) ternampak Zainab secara tak sengaja, dari peristiwa itu Baginda mula terpesona dengan kecantikannya, hati Baginda sentiasa teringat-ingat kepadanya, oleh itu maka anak angkatnya Zaid pun menceraikannya untuk memberi laluan kepada Muhammad (s.a.w). Mereka mengheboh-hebohkan propaganda jahat ini, yang dapat dikesan di dalam sejarah dan pembicaraan di dalam kitab-kitab al-Tafsir dan al-Hadith hingga ke hari ini, diayah ini telah memberi kesan buruk di kalangan mereka yang lemah iman, hingggalah turunnya ayat-ayat al-Quran yang menjelaskannya. Padanya termuat penawar-penawar yang melegakan dada-dada yang bergelora dengan fitnah-fitnah itu, dapat diduga betapa tersebar fitnah-fitnah ini hingga Allah (s.w.t) memulakan surah al-Ahzab ini dengan peringatan keras darinya:

“Hai nabi bertaqwalah kamu kepada Allah dan janganlah engkau ikut orang-orang kafir dan orang-orang munafiqin. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana “.

(al-Ahzab: 1)

Inilah satu pendedahan ringkas dan gambaran kecil mengenai angkara murka yang dilakukan oleh golongan munafiq dan taqiyah sebelum peperangan banu al-Mustalaq. Menghadapi angkara ini nabi terpaksa menanggungnya dengan kesabaran, ketenangan dan sikap berlembut, manakala keseluruhan orang Islam sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga terhadap keburukan mereka kerana orang Islam telah mengenali dan faham akan perlakuan buruk mereka ini sekali lepas sekali, sebagaimana firman Allah (s.w.t):

“Atau tidakkah kamu mengetahui, bahawa mereka dicuba tiap tahun sekali atau dua kali, kemudian mereka tidak bertaubat dan tidak pula mengambil peringatan”

(At-Taubah: 126)

 

PERANAN GOLONGAN MUNAFIQ DALAM PEPERANGAN BANU AL-MUSTALAQ

Dalam peristiwa peperangan Banu al-Mustalaq golongan munafiq telah pun keluar bersama seperti mana yang digambarkan oleh Allah di dalam firmanNya:

“Kalau sekiranya mereka keluar bersama kamu, tiadalah mereka menambah selain dari kebinasaan dan mereka bersegera di antara kamu membuat fitnah.”

(At-Taubah: 47)

Mereka mengenalpasti orang-orang yang boleh. pengaruhi dengan fitnah-fitnah mereka, melaluinya mereka jugamenimbulkan kekacauan di dalam saf kaum muslimin dan propaganda jahat terhadap peribadi Rasulullah (s.a.w). Di sini kami sajikan peristiwanya secara terperinci:

1. Kenyataan kaum munafiqin “Demi jika kami kembali ke Madinah nescaya orang-orang yang mulia di antaranya akan mengusir orang-orang yang hina”.

Setelah selesai peperangan Banu al-Mustalaq, Rasulullah pun berhenti di al-Muraisi’ di situ kaum muslimin pun singgah dan mengambil air di kawasan berkenaan, bersama-sama Saidina Umar seorang suruhan bernama Jahjah al-Ghaffari, orang suruhan ini berasak-asak di tempat air tadi dengan Sinan Ibnu Wabar al-Juhani, membawa kepada pergaduhan dan pukul memukul, oleh si al-Juhani, beliau melaung membangkitkan sentimen perkauman dengan katanya; “Wahai orang-orang Ansar”. Dan si Jahjah pun melaung membangkitkan sentimen perkauman dengan katanya: “Wahai kalian Muhajirin”. Rasulullah pun menyuara kepada sekalian hadirin: ” Apakah kamu rela menyeru dengan seruan jahiliah ini sedang aku masih bersama di kalangan kamu ini? Tinggalkanlah semua seruan itu, ianya suatu yang lapuk dan busuk”. Kejadian ini sampai ke pengetahuan Abdullah bin Ubai Bin Salul, yang pada ketika itu bersama sekumpulan orangnya termasuk Zaid bin Arqam budak muda, dan beliau berkata dengan marah: “Apakah ini boleh mereka lakukan, sudahlah mereka ketepikan kita setelah berasak-asak di negeri kita, demi Alfah kita dan mereka tak ubah seperti kata orang tua-tua dahulu: Seperti melepas anjing tersepit. Demi Allah apabila kita pulang ke Madinah nanti, golongan yang mulia akan menghalau keluar golongan hina”. Dan beliau berkata kepada orang di sekelilingnya; “Inilah akibat tindakan kamu sendiri, yang telah membenarkan mereka memasuki negeri kamu, kemudian berkongsi harta pula dengan mereka, demi Allah sekiranya di hari ini kamu pegangkan kemakmuran kamu itu nescaya mereka ini akan berpindah ke tempat lain”.

Zaid bin Arqam yang berada di majlis mereka itu segera memberitahu kepada bapa saudaranya, kemudian bapa saudaranya pula segara memberitahu kepada Rasulullah, kebetulan Saidina Umar pun berada di samping Rasulullah, lantas Umar pun berkata: “Wahai Rasulullah suruh sahaja Ubbadah bin Bishr membunuh si bedebah itu”, tapijawab Rasulullah: “Bagaimana Umar, nanti orang akan bercakap bahawa Muhammad membunuh sahabatnya sendiri, ini tidak mungkin, Ayuh maklumkan sekalian tentera mengenai pergerakan kita”. Ketika itu bukanlah masa kebiasaan orang berjalan, namun demikian kesemua orang mula bergerak, di masa itu Usaiyid bin Hadhir mengucap salam kepada Rasulullah sambil berkata: “Wahai Rasulullah, tuan hamba berjalan di luar masa kebiasaan”. Maka jawab Rasulullah: “Tidakkah sampai ke pengetahuan kau yang telah diperkatakan oleh kawan-kawan itu”, tanya Usaiyid: “Apa yang beliau cakap ya Rasulullah”? Jawab Rasulullah: “Katanya: Beliau menelah sekiranya beliau pulang ke Madinah nanti pasti orang termulia akan menghalau yang hina”. Jawab Usaiyid: “Engkau wahai Rasulullah yang akan menghalaunya keluar sekiranya Rasulullah mahu, demi Allah dialah yang hina dan dikau wahai Rasulullah yang mulia, kemudian katanya lagi: Biarlah dan berlembutlah dengannya wahai Rasulullah, demi Allah Dialah Tuhan yang telah membawa tuan hamba kepada kami semua, beliau itu nebelum ini sudah disediakan dengan persalinan sutera untuk ditabalkan sebagai ketua, beliau menyangka tuan hambalah yang telah merampas hak takhtanya itu”.

Rasulullah bergerak dengan semua orang sepenuh hari hingga lewat kepetangnya, dan dari malamnya hingga ke pagi hari, dan berhenti di hari itu ketika matahari terik membakar mereka semua, setelah itu barulah Rasulullah berhenti, dan barulah mereka terasa kerehatan bila memijak bumi, semua mereka keletihan dan terus tertidur. Rasulullah berbuat demikian supaya semua orang sibuk dan tak ada masa untuk bercakap-cakap.

Bila Ibnu Ubai menyedari bahawa Zaid bin Arqam telah memberitahu percakapannya tadi, terus beliau datang menemui Rasulullah dan bersumpah dengan nama Allah yang beliau tidak bercakap sedemikian dan tidak pernah mengeluarkan kata-kata seperti itu, malah katanya: “Wahai Rasulullah bolehjadi si anak itu telah menyangka yang bukan-bukan dari percakapanku dahulu dan boleh jadi beliau sendiri tidak dapat mengingatkan sangat percakapan orang tua-tua”, Rasulullah pun mengiyakan apa yang disebut oleh Ibnu Ubai itu. Di hari itu kata Zaid: “Aku terasa sugul dan berdukacita kerana belum pernah ku rasa kesedihan seperti hari itu, aku duduk saja di dalam rumah hinggalah Allah menurunkan ayatnya yang bermaksud:

Apabila orang-orang munafik datang kepadamu.mereka berkata: “Kami mengakui bahawa kamu benar-benar Rasulullah”. Dan Allah mengetahui bahawa kamu benar-benar Rasul-Nya, . dan Allah juga mengetahui bahawa orang Munafik itu adalah orang-orang yang dusta. Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalang manusia dari jalan Allah.Sesungguhnya amat buruklan amalan mereka kerjakan.

Yang demikian itu adalah kerana sesengguhnya mereka telah beriman.kemudian menjadi kafir, lalu hati mereka dikunci mati kerana itu mereka tidak mengerti.

Dan apabila kamv. melihat mereka,tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum.Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka.Mereka seakan-akan kayu bersandar. Mereka mengira tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka.Mereka itu musuh dan berhati-hatilah terhadap mereka,semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran) ?

Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah beriman. agar Rasulullah meminta keampunamu” .Mereka memaling muka dan kamu lihat mereka berpaling sedangkan mereka sombong.

Sama saja bagi mereka.kamu mintakan ampun atau tidak bagi mereka. Sesungguhny a Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yangfasik.

Mereka yang mengatakan (kepada orang Ansar): “Janganlah kamu memberi belanja kepada orang Muhajirin yang ada di sisi Nabi supaya mereka meninggalkan Rasulullah “.Pada halperbendaharaan Allah adalah langit dan bumi, tetapi mereka tidak memahami.

Mereka berkata; “Sesungguhnya jika kita telah kembali ke Madinah,benar-benar orang yang kuat akan mengusirkan orang-orang yang lemah daripadanya “. Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi Rasul-Nya serta bagi orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

(al-Munafiquun: 1-8)

Rasulullah menghantar orang untuk membaca ayat yang baru turun itu kepadaku, dan katanya: “Sesungguhnya Allah telah membenarkan cakap-cakap kau itu”

Anak kepada Abdullah Bin Ubai yang juga bernama Abdullah adalah seorang yang salih di kalangan sahabat, beliau telah melepaskan diri dari apa yang dicakapkan oleh bapanya itu, beliau telah menunggu di pintu masuk Madinah dengan pedang yang terhunus, sesampainya Ibnu Ubai di situ,beliau berkata: “Demi Allah kamu tidak boleh melewati sempadan ini kecuali setelah diizinkan Rasulullah, Bagindalah yang termulia dan engkau adalah yang terhina”, apabila Rasulullah tiba maka Baginda membenarkan beliau masuk, barulah anaknya tadi membenarkan beliau memberi laluan kepada bapanya, sebelum itu si anak telah pun menegaskan kepada Rasulullah dengan katanya: “Wahai Rasulullah sekiranya tuan hamba merestui pembunuhannya maka perintahlah daku, demi Allah akan ku pancung lehernya dan akan ku bawa ke hadapan tuan hamba”.

 

2. Hadith al-Ifk (Cerita Fitnah)

Di dalam peperangan ini berlaku ceriti fitnah (cerita yang direka-rekakan). Ringkasannya di mana Aisyah r.a. telah dibawa bersama Rasulullah ke peperangan Banu al-Mustalaq iaitu setelah dibuat cabutan undi, ini adalah kebiasaan Rasulullah (s.a.w) terhadap isteri-isterinya. Semasa perjalanan pulang, mereka telah singgah di beberapa tempat persinggahan. Dimasa itu Aisyah telah keluar dari kenderaannya untuk membuang hajatnya, tiba-tiba kalung yang dipinjam dari kakaknya telah terjatuh, maka beliau berpatah balik semula ke tempat pembuangan hajatnya untuk mencari kalungan yang terjatuh. Bila tiba masc. keberangkatan maka sahabat yang bertanggungjawab menuntun kenderaannya mengangkat sekedup yang dinaiki Aisyah itu ke atas unta tunggangannya, yang pada sangkaan mereka Aisyah sedang berada di dalam sekedup itu kerana Aisyah bukanlah berat orangnya, di masa itu beliau masih lagi muda belia, lebih-lebih lagi apabila mereka secara beramai-ramai mengangkat sekedup itu tidak terasa berat, lainlah kalau yang mengangkatnya seorang dua, pastilah mereka mengetahui ketiadaan Aisyah di dalamnya. Setelah kesemua orang bertolak dari situ Aisyah pun pulang ke tempatnya dan didapati semua orang sudah tiada di situ lagi dan kalung yang dicarinya pun sudah di temuinya. Justeru itu beliau duduk sahaja di tempat persinggahannya itu, kerana beliau pasti di mana mereka akan mencarinya setelah beliau tiada di dalam sekedup dan mereka akan kembali semula ke tempat beliau diletakkan itu. Allah (s.w.t) jua yang berkuasa mentadbirkan urusanNya di dunia ini, di situ Saidatina Aisyah terlena dek keletihan perjalanan, beliau sedar apabila mendengar laungan dari Safwan bin Ma’tal yang menyebut: “Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun, Isteri Rasulullah? ” Safwan telah mengekori di penghujung pergerakan tentera kerana beliau banyak tidur, bila melihat Aisyah, beliau mengenalinya kerana beliau pernah melihatnya sebelum turun ayat hijab, beliau beristirja’ (mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun) dan merendahkan tunggangan, Aisyah pun segera menaiki tunggangan, tidak sepatah pun bertutur selain dari lafaz istirja’ tadi. Dengan itu, beliau pun menuntun tunggangan Aisyah, sehingga sampailah bersama-sama dengan tentera yang sedang berhenti di Nahr al-Zahirah, setibanya mereka di situ orang ramai pun bercakap-cakap dengan perbagai pendapat dan andaian yang munasabah. Tetapi seteru Allah mendapati inilah satu peluang yang terbaik untuk mereka melepaskan geram dan marahnya, penuh hasad dengki dan kesumat, mereka mula menyebar cerita yang bukan-bukan dan dusta, menimbul-nimbulkan fitnah, membisik-bisikkan propoganda jahatnya, kuncu-kuncunya pun apa lagi memperolehi barangan yang memang dicari-cari selama ini untuk dijualnya, sesampainya mereka di Madinah maka ahli-ahli dusta tadi pun menabur cerita palsu yang mereka reka-rekakan itu di setiap penjuru Madinah. Rasulullah (s.a.w) berdiam diri tidak berkata apa-apa pun, kerana wahyu tertangguh penurunannya, maka Baginda bermesyuarat dengan para sahabat mengenai penceraiannya, Ali mencadangkan supaya Baginda menceraikannya dan mencari yang lain sebagai ganti, itupun dalam bahasa qias bukan secara terang-terang, tetapi Usamah mencadangkan supaya Baginda meneruskan hidup dengannya, tanpa mempedulikan cakap musuh-musuh Allah. Di suatu hari Rasulullah menaiki mimbar membangkitkan keganjilan yang ditimbulkan oleh Abdullah bin Ubai. Usaiyid bin Hadir ketua al-Aws segera menyatakan kesanggupannya untuk memenggal leher Ibnu Ubai, tetapi ditentang oleh Saad bin Ubbadah ketua al-Khazraj kerana Ibnu Ubai adalah dari kalangan al-Khazraj, perkara ini melarat hingga menjadi isu perkauman, dan Rasulullah cepat-cepat meredakannya sehingga akhirnya mereka pun senyap.

Sekembalinya dari perjalanan jauh itu, Aisyah terkena demam selama sebulan, beliau sendiri tidak mengetahui mengenai fitnah yang direkakan ini, apa yang beliau terasa ialah selama ini Rasulullah sentiasa berlembut dengan beliau di ketika beliau mengadu hal sesuatu, tetapi kini sudah tidak dirasai lagi, di suatu ketika semasa beliau pulih dari demamnya itu, beliau keluar dengan Ummu Mistah untuk membuang air besar, tiba-tiba di situ Ummu Mistah tergelincir, lantas beliau melatah, dengan menyumpah anak lelakinya, Aisyah pun memarahi tindakannya itu, di situ Ummu Mistah pun menceritakan fitnah yang diheboh-hebohkan selama ini, bila pulang ke rumah beliau meminta izin dari Rasulullah untuk menemui dua ibu bapanya bagi mendapat kepastian mengenai cerita yang sebenar. Setelah diizinkan oleh Rasulullah (s.a.w) beliau pun kembali ke rumah bapanya, sehingga dengannya dapatlah beliau memperolehi cerita yang lengkap, apa lagi beliau pun terus menangis, dua malam sehari beliau menangis, tanpa henti-henti hingga tidak dapat melelapkan matanya, dirasakan tangisannya itu seolah-olah meretakkan hatinya. Di suatu hari Rasulullah menziarahinya, lepas mengucap al-Syahadah Baginda berkata: “Cukuplah Aisyah, memanglah telah sampai ke pengetahuan ku begini-begini, sekiranya kau suci tidak bersalah, Allah akan menjelaskan kebersihan kau itu, dan sekiranya kau bersalah pohonlah keampunan dariNya serta bertaubatlah kepadaNya, kerana hamba yang mengakui dengan kesalahannya kemudian bertaubat kepada Allah nescaya Allah akan terima taubatnya itu”.

Aisyah berderaian air mata dan meminta dari dua ibubapanya supaya menjawab bagi pihaknya, namun mereka berdua tidak tahu apa yang hendak dijawabnya, kata Aisyah lagi:

“Demi Allah aku mengetahui segala sesuatu yang telah kamu dengar itu sehingga ianya meresap di dalam diri kamu dan kamu mempercayai semuanya, di sini kalau ku kata: Daku ini bersih demi Allah Dia mengetahui yang aku ini tidak bersalah, namun demikian pasti kamu tidak mempercayainya dan kalau aku mengakui sedang Allah mengetahui aku ini tidak bersalah nescaya kamu mempercayai sebagai satu yang benar, apa lagi hendak ku buat selain dari berucap apa yang telah diucap oleh ayah Saidina Yusuf:

“Maka sabarlah yang lebih baik dan Allahlah tempat meminta pertolongan di atas segala apa yang kamu sebutkan itu”.

(Yusuf: 18)

Setelah itu beliau beralih ke sebelah dan tidur mengiring, di saat itu wahyu pun turun ke atas Rasulullah menguasai seluruh badan Rasulullah, kemudian kelihatan Baginda tersenyum, lafaz yang pertama-pertama tercetus keluar dibibir Rasulullah dengan sabdanya: “Wahai Aisyah kini Allah telah pun mengisytiharkan kesucianmu dari segala noda”. Maka berkata ibunya: “Ayuh bangun kepadanya”. Sebagai membukti kesliciannya, di samping kepercayaan beliau dengan kesayangan Rasulullah terhadap dirinya, maka beliau berkata: “Demi Allah aku tak mahu bangun kepadanya dan tiada pujian selain kepada Allah”.

Firman yang diturunkan mengenai fitnah ialah:

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dikalangan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu.Tiap seorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakan. Dan siapa di antara mereka mengambil sebahagian yang terbesar dalam penyiaran berita dusta itu, baginya azab yang besar.

Mengapa di masa kamu mendengar berita dusta itu.orang mukminin dan mukminah tidak bersangka baik terhadap din mereka itu dan berkata: “Ini adalah berita dusta yang nyata “.

Mengapa mereka tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita dusta itu ? Oleh kerana mereka tidak berbuat demikian maka di sisi Allah mereka orang-orang yang dusta.

Sekiranya tidak ada kurniaan dan rahmat-Nya kepada kamu di dunia dan di akhirat, nescaya kamu ditimpa azab yang besar, kerana berita dusta itu.

(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita dusta itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dari mulutmu apa yang kamu tidak ketahui sedikit pun dan kamu anggapnya ia adalah ringan pada hal di sisi Allah ia adalah amat berat.

 

Dan mengapa kamu tidak mengatakan di waktu mengengar berita dusta itu: “Sekali-kali tidak pantos bagi kamu memperkatakan itu. Maha suci Allah ini adalah dusta yang besar.

Allah memperingatkan kamu agar jangan kembali melakukan semula selama-lamanyaJika kamu orang yang beriman.

Dan Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada kamu.Dan Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

Sesungguhnya orang yang ingin bfrita dusta ini tersebar di kalangan orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui sedangkan kamu tidak.

Dan sekiranya tidaklah kumia Allah dan rahmatNya kepada kamu semua, Allah Maha Penyantun dan Maha Penyayang (nescaya kamu ditimpa azab yang besar).

 

(An-Nuur: 11-20)

Hukuman sebat dikenakan ke atas orang-orang yang teriibat dengan fitnah, menuduh orang yang tidak berdosa, mereka ialah:Mistah bin Asasah, Hassan bin Thabit, Hamnah binti Jahsy, setiap mereka dirotan sebanyak lapan puluh rotan, namun Abdullah bin Ubai kepala membuat fitnah yang jahat, tidak pula dihukum, kerana boleh jadi hudud atau hukuman dera itu boleh mengurangkan penyiksaan seseorang di akhirat nanti, penyebar fitnah diugut oleh Allah dengan balasan azab yang berat di akhirat atau pun kerana kemaslahatan.

Beginilah halnya yang berlaku selepas sebulan dari tarikh kejadian, mendung keraguan dan kekacauan beredar pergi, dari bumi Madinah. Keburukan dan kejahatan kepala munafiqin luas terdedah kepada khalayak ramai, hingga tidak dapat mereka mengangkat kepalanya, kata Ibnu Ishak: Hinggalah kalau terjadi kejadian, kaum sebangsanya pun mengecam dan menuduh Ibnu Ubai. Di hari itu Rasulullah berkata kepada Umar: “Apa pendapat kau sekarang wahai Umar, demi Allah kalaulah kau bunuhnya di hari itu nescaya kau tertekan dan orang bersimpati dengannya, di hari ini kalau aku suruh kau membunuhnya nescaya kau bunuhnya”. Jawab Umar: “Demi Allah sesungguhnya ku mengetahui urusan Rasulullah (s.a.w) itu lebih besar barakahnya dari urusan ku”.

 

PENGHANTARAN TENTERA DAN PEPERANGAN SELEPAS GHAZWAH AL-MURAISI’

1. Sariyah Abd al-Rahman bin Auf ke daerah banu Kilab di Dawmah al-Jandal di bulan Sya’ban tahun ke enam (6) hijrah. Rasulullah mempersilakan Abd al-Rahman di hadapannya serta mengenakan serban ke kepalanya dan Baginda mewasiatkan beliau dengan sebaik-baik pengurusan di dalam peperangan dengan sabdanya: “Sekiranya mereka itu mentaati kau, maka hendaklah kau berkahwin dengan puteri rajanya. Abd al-Rahman tinggal di sana selama tiga hari menyeru mereka kepada Islam, akhirnya seluruh qabilah memeluk Islam dan Abdul al-Rahman pun berkahwinlah dengan Tamadhur binti al-Asbogh yang dikenali sebagai Ummu Abi Salamah, bapanya adalah pemimpin dan raja qabilahnya.

2. Sariyah Ali bin Abi Talib ke daerah bahu Saad bin Bakar di Fadak pada bulan Sya’ban tahun keenam (6) Hijrah. Mengapa Rasulullah (s.a.w) menghantar tentera ke sana ialah sebagaimana yang dilaporkan oleh risikan Rasulullah bahawa qabilah berkenaan hendak membantu kaum Yahudi untuk memerangi Rasulullah, sebagai tindakan sfc,_ Rasulullah menghantar Ali ke sana dengan kekuatan tenti. dua ratus (200) orang, beliau bergerak di malam hari dan bersembunyi di siang hari, hingga apabila tertangkap seorang pengintipnya maka disoal dan didapati memang benar perkhabaran itu, iaitu Banu Saad telah menghantar beliau untuk menawar bantuan mereka dengan syarat bahawa tamar Khaibar hams diberikan kepada mereka. Pengintip itu juga telah menunjuk tempat perkumpulan Banu Saad, dengan itu mereka menyerang Banu Saad di tempat mereka, dan dapat merampas lima ratus (500) ekor unta dan dua ratus (2,000) biri-biri, Banu Saad telah lari menyelamatkan diri bersama perempuan-perempuan mereka. Ketua mereka ialah Wabar bin Alim.

3. Sariyah Abu Bakr al-Siddiq atau Zaid bin Harithah, ke “Wadi al-Qura’ di bulan Ramadhan tahun keenam (6) Hijrah. Qabilah Fazarah telah pun bercadang hendak membunuh Rasulullah, maka Baginda menghantar Abu Bakr al-Siddiq mengepalai tentera ke sana. Kata Salamah bin al-Akwa’: “Ku telah keluar bersama-sama beliau apabila kami selesai solat subuh, kami diperintah untuk menyerang dan kami sampai keperairan mereka, Abu Bakr membunuh yang dapat beliau bunuh, ku telah melihat sekumpulan orang-orang Fazarah bersama-sama mereka kaum wanita, aku takut mereka akan mendahului ku ke bukit, ku pun kejar mereka dan memanah supaya ianya tercacak di antara mereka dan bukit, dan setelah mereka melihat anak panah itu mereka pun berhenti, di antara mereka terdapat seorang perempuan, beliau ialah Ummu Qarfah berselimut kulit binatang bersama-samanya anak perempuan yang paling cornel di kalangan bangsa Arab. Kesemua mereka ku tawan dan bawa ke hadapan Abu Bakr, anak perempuan tadi telah dijadikan bahagian sahamku, ku tidak lihat pun tubuhnya. Rasulullah meminta dari Abu Bakr anak perempuan Ummu Qarfah tadi, kemudian dihantar ke Makkah sebagai tebusan kepada tawanan-tawanan Islam di sana.

Ummu Qarfah adalah kepala durjana Banu Fazarah, beliau telah merancang untuk membunuh Rasulullah.Dia telah menyediakan sebanyak tiga puluh askar berkuda dari anggota keluarganya untuk tujuan berkenaan. Memnag patutlah dia menerima balasannya bersama-sama dengan tiga puluh orang tenteranya.

4. Sariyah Kurz bin Jabir al-Fihri ke qabilah al-‘Arinah di bulan Syawal tahun keenam (6) Hijrah. Cerita bermula di mana sebilangan anggota qabilah, Arinah dan ‘Akal menzahirkan kelslaman mereka, dan mereka ini tinggal dipinggiran al-Madinah, jadi Rasulullah (s.a.w) pun menghantar kepada mereka beberapa ekor unta bersama gembalanya untuk menternak di sekitur itu, dan Rasulullah berkata: “Kamu bolehlah meminum dari susunya dan air kecilnya”. Di suatu pagi mereka serang dan bunuh pentemaknya dan bawa lari semua unta-unta tadi, ini bererti mereka kufur semula. Oleh itu maka Rasulullah mengutus Kurz al-Fihri bersama dengan dua puluh orang sahabat sambil Baginda berdoa ke atas mereka yang bermaksud:

“Ya Allah Ya Tuhanku! butakanlah mata mereka dari jalan, sempitkan laluan mereka “

Maka Allah halangkan perjalanan mereka, hingga tentera Islam sempat memberkas mereka, lalu dipotong kaki dan tangan mereka serta dibutakan mata mereka, balasan ke atas jenayah yang mereka lakukan, kemudian ditinggalkan mereka di situ kesudahannya mereka semua mati. Cerita mereka termuat di dalam hadith sahih riwayat Anas.

Selain itu ahli sirah menyebut juga sariyah Amru bin Umaiyah al-Dhamari bersama Salamah bin Abi Salamah di bulan Syawal tahun keenam (6) Hijrah. Beliau telah ke sana untuk membunuh Abu Sufian, kerana Abu Sufian telah mengutus dan mengupah seorang Arab Badwi untuk membunuh Rasulullah, namun kedua pihak tidak berjaya samada yang ke Makkah atau yang ke Madinah. Ahli sirah menyebut bahawa Amru dapat membawa pulang badan Khubaib yang mati syahid. Seperti yang diketahui, Khubaib syahid selepas peristiwa al-Raji’ beberapa hari atau bulan, al-Raji’ berlaku di bulan Safar tahun keempat (4) Hijrah. Saya tidak pasti apakah ahli sirah keliru di antara dua perjalanan? Atau apakah kedua kejadian (kejadian syahid Khubaib dan perjalanan Amru, berlaku dalam satu masa iaitu pada tahun empat (4) Hijrah. Al-Allamah al-Mansurfuri menolak pendapat yang mengatakan perjalanan Amru ini adalah sariyah peperangan atau serangan. Wa Allahu a’lam.

Inilah sariyah-sariyah dan ghazwah-ghazwah yang berlaku selepas peperangan al-Ahzab dan Banu Quraizah, namun kesemuanya tidak berlaku satu pertempuran yang sengit, cuma yang berlaku sekadar pertembungan-pertembungan ringan, malah penghantaran ini tidak lebih dari unit-unit pengawalan dan pengajaran buat mengugut Arab-arab Badwi dan seteru-seteru yang lain yang sering membawa kacau bilau. Apa yang dapat diperhatikan di dalam hari-hari yang akhir, keadaan sudah berubah selepas peperangan al-Ahzab, dan dapat dicerap juga semangat juang mereka yang semakin merosot malah mereka tidak berminat lagi untuk menghalang dakwah Islam. Perkembangan ini dapat dilihat dengan ketara sekali selepas perjanjian damai Hudaibiah. Malah perjanjian itu lebih merupakan pengakuan terhadap kekuatan Islam dan pengiktirafan atas penerusannya di seluruh pelusuk Semenanjung Arab.

Leave a Comment