Muhammad Sallallahu’alaihi Wasallam Nabi Yang Terakhir

Nabi Muhammad ‘Alaihi Wasallam ialah Nabi yang ter-akhir dan tidak ada Nabi selepasnya. Ini adalah kata sebulat suara umatIslam (ijma’). Di dalam agama pula dikenal dengan suatu perkara yang mesti dipercayai (‘Aqidah). Sepotong Hadith Nabi yang bermaksud: 

“Aku dan Para Anbiya’ sebelumku ‘ibarat satu bangunan yang dibina oleh seorang laki-laki. Lalu ia membinanya dengan baik dan dipercantikkannya kecuali pada tempat sekeping batu-bata pada suatu sudut. Maka orang ramai datang mengelilinginya dan kagum melihat dan berkata mengapa tidak diletakkan seketui batu-bata di tempa yang kosong itu, maka akulah batu-bata itu dan akulah penyudah segala Nabi”. 

Pertautan dan hubung-kait da’wah Nabi Muhammad ‘Alaihi Wasallam dengan da’wah para Anbiya’ terdahulu adalah bertujuan memperkuat dan memperkemas atau sebagai kesimpulan dan penutupan, sepertimana yang dapat difahamkan dari Hadith yang tersebut di atas. Ini tegas sekali bila melihat di mana da’wah para Anbiya’ seluruhnya bersendarkan dua asas yang penting: 

  1. ”Aqidah kepercayaan. 
  2. Perundangan dan akhlaq. 

Dari segi ‘aqidah kepercayaan langsung tidak berubah sejak Nabi Adam ‘Alaihi Sallam hinggalah ke zaman Nabi Muhammad SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam, Nabi yang terakhir, iaitu kepercayaan kepada Allah Yang Esa. Mensucikan Allah dari sifat- sifat kekurangan dan percayakan hari akhirat, hisab amalan manusia, syurga dan neraka. Tiap Nabi menyeru kaumnya kepada kepercayaan tersebut dan tiap Nabi juga menyokong dan menegaskan apa yang dibawa oleh Nabi yang terdahulu darinya. 

Rangkaian pengutusan para Anbiya’ sekeliannya menunjukkan kepada kita yang nabi-nabi semuanya di utus supaya menyeru manusia ke arah keimanan dengan Allah ‘Azza wa jalla Yang Esa, seperti yang dinyatakan dalam kitabNya: Yang bermaksud: 

“Diturunkan kepada kamu sekelian agama sepertimana yang diutuskan kepada Nuh dan yang diwahyu kepada seperti juga yang diutuskan kepada Ibrahim, Musa dan Harun agar kamu menegakkan agama dan jangan berpecah-belah kerananya.” ( Asy – Syuura 42 : 13) 

Malah langsung tidak tergambar kepada kita yang seruan para Anbiya’ itu akan berlainan di antara satu dengan yang lain mengenai soal ‘aqidah, sebab soal ‘aqidah adalah soal berita dan perkhabaran dan tidak akan berlainan perkhabaran dan berita dari seseorang itu sekiranya perkara itu benar. Tidak diterima oleh ‘aqal manusia bahawa Allah telah mengutus seorang Nabi mengatakan Allah itu tiga-Maha Suci Allah, kemudian diutuskan seorang Nabi lain mengatakan bahawa Allah itu Esa dan kedua-dua perkhabaran itu kemudian dianggap benar belaka. Ini tidak mungkin berlaku. Ini bersangkut dengan ‘aqidah, bersangkut dengan tasyri’ (perundangan). Perundangan (ahkam) ini pula bertujuan mengatur penghidupan sesebuah masyarakat. Peribadi manusia adalah berbeda kualiti dan kuantitinya sesuai dengan pengutusan seseorang nabi itu, sebab tasyri’ itu bukanlah untuk menyampaikan perkhabaran dan berita semata-mata tetapi bertujuan untuk mengadakan dan mewujudkan masyarakat yang sempurna. Sudah barang pasti di mana masa dan keadaan sesuatu kaum itu memberi kesan dan pengaruh-pengaruh terhadap perkembangan perundangan sebab timbulnya undang-undang itu adalah demi muslihat dan kepentingan serta faedah manusia. untuk dunia dan akhirat. Pengutusan nabi-nabi yang terdahulu adalah semata-mata untuk kaum itu sahaja tidak merupakan pengutusan yang menyeluruh. Justeru itu maka implikasinya terhadap perundangan tasyri’ adalah nyata sekali. Umpamanya pengutusan Musa ‘Alaihi Sallam kepada Bani Israel adalah untuk bangsa dan zaman itu sahaja. Dikatakanundang-undang yang diturunkan untuk Bani Israel itu sesuai untuknya kerana undang- undang itu nyata keras dan memangsesuai dengan bangsa yang bersifat keras kepala. Apa yang dibawa oleh Nabi ‘Isa pula adalah sederhana sedikit dari apa yang dibawa oleh Nabi Musa tadi. Perkara ini nyata sekali kalau diperhatikan apa yang ditegaskan oleh Allah dalam kitab Al-Qur’an Yang bermaksud: 

“Membenarkan apa yang dihadapanKu iaitu Kitab Al- Taurat dan menghalalkan separuh dari apa yang diharamkan ke atas kamu dahulu. ” (Ali-Imran 3 : 50) 

Apa yang dibawa oleh Nabi ‘Isa adalah membenarkan dan menegaskan apa yang dibawa oleh Al-Taurah mengenai soal ‘aqidah dan kepercayaan, dan yang bersangkut dengan hukum tasyri’ ada sedikit perubahan iaitu kelonggaran dari yang dahulu. Kesimpulan yang dapat kita ambil dari sini ialah, tiap pengutusan itu mengandungi ‘aqidah dan tasyri’. Kepercayaan dan ‘aqidah yang dibawa oleh seseorang Nabi itu fungsinya menguat dan menyokong ‘aqidah Anbiya’ yang terdahulu. Sedangkan syari’at pula fungsinya membatal dan memansuhkan syari’at para Anbiya’ dahulu dan kadangka lanya menyokong yang lama. Justeru itu maka tidak ada agama dan ‘aqidah Ilahi berbilang-bilang dan beranika corak tetapi sebaliknya terdapat berbagai syari’at Ilahi yang kemudian memansuhkan yang dahulu dan yang baharu membatalkan yang lama, hinggalah sampai kepada syari’at yang terakhir disudahi dengan Nabi yang terakhir. ‘Aqidah dan agama yang benar itu satu. Tiap Nabi dan Rasul yang diutuskan mulai dari Adam ‘Alaihi sallam hingga ke Nabi Muhammad semuanya menyeru manusia kepada agama yang satu iaitu agama Islam. Lantaran Islam maka diutuskan Ibrahim, Isma’il dan Ya’qub ‘Alaihi sallam seperti firman Allah: Yang bermaksud: 

“Sesiapa yang enggan dengan agama Tbrahim kecuali manusia yang memperbodohlcan diri sendiri, Kami telah pilihnya di dunia dan sesungguhnya di akhirat dia adalah dari golongan salih. Ketika Allah menyerunya supaya beriman (menyerah diri kepada Allah) jawabnya; telahpun aku serahkan dinku kepada Allah Tuhan sekelian ‘alam dan Ibrahim telah berwasiat kepadaanak-anaknya, demikian pula Ya’qub dengan katanya: Hai anakku, sesungguhnya Allah telah memberi untukmu agama dan jangan sekali-kali kamu mati kecuali kamu adalah orang Islam.” (Al-Baqarah 2:130 – 132) 

Dengan ‘aqidah inilah juga Allah mengutus Nabi Musa kepada keturunan Israel di rnana Allah telah menceritakan tentang ahli sihir Fir’aun yang telah beriman dengan Nabi Musa. 

Firman Allah Yang bermaksud: 

“Ahli-ahli sihir itu menjawab: sesungguhnya kepada Tuhanlah kami kembali. Dan Kamu tidak membalas dendam dengan menyiksa kami, melainkan kerana kami telah beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami ketika ayat-ayat itu datang kepada kami. Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan kami menyerah din kepadaMu.” (Al-A’raaf 7:125 – 126) 

Dengan ‘aqidah ini jugalah Tuhan mengutus ‘Isa ‘Alaihi sallam, di mana Tuhan telah menceritakan tentang kaumnya yang telah beriman dengan ajaran yang dibawanya. Firman Tuhan Yang bermaksud: 

“Para hawariyyin (sahabat-sahabat setia) menjawab: Kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah dan saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang menyerahkan din.” (Ali-‘Imran 3 : 52) 

Mungkin ditimbulkan pertanyaan. Kenapakah rnereka yang mengaku sebagai pengikut-pengikut Nabi Musa mempunyai’aqidah tersendiri ddak kena mengena dengan ‘aqidah keesaan yang dibawa oleh para Anbiya’? Dan mengapakah mereka yang mengaku sebagai pengikut Nabi ‘Isa menganuti suatu ‘aqidah yang tersendiri? Sebagai jawapannya kita sarankan dalil al-Qur’an: Yang bermaksud: 

“Sesungguhnya agama di sisi ALlah hanyalah Islam. Tidak berselisih orang-orang yang diberi Al Kitab kecuali setelah datangpengetahuan kepada mereka, kerana berdengkian di antara mereka.” (Ali-‘Imran: Ayat 19) 

Dan tegas Tuhan lagi dalam surah Al-Syura Yang bermaksud: 

“Dia telah mensyari’atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkanNya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu. ” (Al-Syura 42:13) 

“Dan mereka (ahli kitab) tidak berpecah-belah melainkan sesudah datangnya pengetahuan kepada mereka kerana kedengkian antara mereka. Kalau tidak kerana suatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulu nya (untuk menangguhkan ‘azab) sampai kepada waktu yang ditentukan, pastilah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang diwariskan kepada mereka Al-Kitab (Taurat dan Injil) sesudah mereka benar-benar berada dalam keraguan yang mengejutkan tentang kitab itu.”  (Surah al-Syura 42:14) 

Para Anbiya’ diutuskan bersama-sarna mereka yang Islam, agama yang diakui oleh Allah. Ahli Kitab mengetahui bahawa agama itu satu dan diutuskan nabi-nabi untuk memberi sokongan kepada nabi-nabi yang terdahulu.

Leave a Comment