Menghadapi Pelbagai Kaedah Penentangan

Setelah mana kafir Quraisy mendapat tidak ada sesuatu pun yang boleh memaling atau melemahkan Muhammad dari usaha dakwahnya, mereka pun terus memikir lagi dan mencari jalan untuk mencegah dakwahnya itu, dalam bentuk dan cara-cara yang boleh diringkaskan seperti berikut:

1. Memperolok-olok, memperlekeh-lekehkan, mempennain-mainkan, mendusta dan mempersendanya. Semuanya ini bertujuan untuk melemahkan kaum muslimin serta meruntuhkan kekuatan semangat mereka. Mereka lemparkan Rasulullah dengan berbagai tuduhan yang nakal, maki hamun dan memanggil Rasulullah sebagai orang gila.

Dan mereka yang ingkar berkata (kepada Nabi Muhammad): “Wahai orang yang kepadanya. diturunkan Al-Qur’an, sesungguhnya engkau adalah orang gila”.

(al-Hijr: 6)

Mereka melabelkan Baginda sebagai sihir dan dusta.

Dan mereka (yang mengingkar kerasulan Nabi Muhammad itu) merasa hairan, bahawa mereka didatangi oleh seorang Rasul pemberi amaran, dari kalangan mereka sendm. Dan mereka yang kafir itu berkata: “Orang ini adalah seorang ahli sihir, lagi pendusta.

(Shaad: 4)

Mereka mengawasi Baginda dan memerhati Rasul dengan pandangan penuh kebencian dan rasa penuh jijik.

Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian), semasa mereka mendengar Al-Quran sambil berkata: “Sebenamya (Muhammad) itu, sungguh-sungguh gila “.

(al-Qalam: 51)

Apabila Baginda duduk dilingkungi golongan lemah “al-Mustadh’afm”, Quraisy mempersenda-sendakannya dengan berkata; “Itulah dia sahabat-sahabat yang dikurniakan Allah ke atasnya”Maka Allah menjawab untuk RasulNya:

“Bukankah Allah lebih mengetahui akan orang yang bersyukur?

(al-An’aam: 53)

Hal mereka ini sama seperti yang diceritakan oleh Allah kepada kita:

Sesungguhnya orang-orang yang derhdka, mereka selalu tertawakan orang-orang yang beriman. Dan apabila orang-orang yang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan memejam celikkan mata sesama sendiri (mencemuhnya). Dan apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembali dengan riang gembira; Dan apabila mereka melihat orang-orang yang beriman, mereka berkata: “Sesungguhnya orang-orang itu adalah golongan yang sesat!” Pada hal mereka tidak diutus untuk menjaga sesat atau tidaknya orang-orang yang beriman itu”.

(al-Muthaffifiin: 29-33)

2. Mencacatkan imej ajaran Islam dan menimbulkan kekeliruan, meluaskan dakyah palsu, mereka cerita-cerita palsu mengenai ajaran-ajaran Islam dan peribadi Rasulullah itu sendiri, menyibar luas semua dakyah ini supaya tidak memberi peluang kepada orang ramai memiki’r mengenai dakwah Rasulullah, mereka terus menggembar-gemburkan tuduhan mengenai al-Quran yang ianya sebagai dongeng rekaan orang kuno.

Dan mereka berkata lagi: “Al-Qur’an itu adalah cerita-cerita dongeng orang dahulu kala, yang diminta oleh Muhammad supaya dituliskan, kemudian perkara yang ditulis itu. dibacakan kepadanya pagi dan petang (untuk dihafamya)”.

(al-Furqaan: 5)

Dan mereka menyifatkan Rasulullah sebagai manusia biasa ang tidak mempunyai sebarang keistimewaan apa pun.

Dan mereka pula berkata: “Mengapa Rasul ini makan minum dan berjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang lain) ? Sepatutnya diturunkan malaikat kepadanya, supaya malaikat itu turut memberi peringatan dan amaran bersama-sama dengannya (sebagai saksi yang membenarkannya).

(al-Furqaan: 7)

Contoh kecaman mereka boleh dilihat banyak sekali disebutkan di dalam al-Quran.

3. Menyaingi al-Quran dengan dongeng-dongeng silam, menyogok orang ramai dengan dongeng-dongeng supaya mereka sibuk dengannya. Sebagaimana yang diceritakan, di mana al-Nadr bin al-Haris telah menyaran kepada Quraisy dengan katanya: Wahaikalian Quraisy, demi Allah sebenarnya kamu ini telah ditimpa dukacita hingga hari ini kamu belum mampu mengatasinya, Muhammad (s.a.w) ini pada permulaannya seorang kanak-kanak muda, di antara kamu, yang kamu meredhai dengannya, bercakap benar, sangat beramanah, sehingga apabila kamu dapati di dua hujung pipitnya “pelipis”beruban dan beliau membawa kepada kamu sesuatu yang telah dikemukakan itu, lalu kamu kata: Dia seorang ahli sihir. Demi Allah dia bukan ahli sihir, kerana semua kita pernah menyaksikan ahli sihir dengan kerja-kerja dan pukauan mereka, lalu kamu kata: Dia telah menjadi sami, demi Allah dia bukan sami, kerana semua kita pernah malah biasa dengan sami dan ungkapan-ungkapan sami melalui gurindam mereka, kemudian kamu kata dia adalah penyair, demi Allah dia bukan penyair kerana kita sudah biasa mendengar syair dengan jenis-jenisnya sama ada rajaz atau hazaj, setelah itu kamu kata yang ianya gila, demi Allah, beliau tidak gila kerana kita juga pernah berhadapan dengan orang gila, cakapnya itu bukan rapuan si gila atau sasaunya, wahai kalian Quraisy, uruslah persoalan yang kamu sedang hadapi ini, demi Allah kamu sudah ditimpa bala yang berat.

Setelah itu al-Nadhr pergi ke al-Hirah, di sana beliau mempelajari perbualan raja-raja Parsi, perbualan Rustam dan Aspandiar, bila beliau pulang dan mendapati Muhammad sedang mengadakan majlis zikirullah dan peringatan penyiksaan di akhirat, al-Nadhr pun bertindak membuat majlis yang sama dengan katanya: Demi Allah sesungguhnya perbualan Muhammad itu taklah sehebat perbicaraanku, dengan itu beliau pun menselokakan hikayat raja-raja Parsi, Rustam dan Aspandiar. Di akhiri dengan bidasan katanya: Dengan apakah yang kamu katakan Muhammad itu lebih baik dari bicara ku.

Terdapat riwayat dari Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa al-Nadhr telah membeli beberapa abdi perempuan, kerana apabila beliau mengetahui di sana terdapat seorang lelaki yang tertarik dengan Rasulullah maka beliau mengirim salah seorang hamba perempuannya tadi untuk mempersonakannya dengan minuman keras dan makanan-makanan yang dibekalkan, buat menghiburkannya dengan nyanyian-nyanyian, hingga dengan itu kecenderungannya kepada Islam terhakis dan pupus dari hati nalurinya. Mengenai hal ini Allah telah menurun ayat-ayatNya:

Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah..

(Luqman: 6)

 

Melalui tawaran pihak Quraisy cuba mempertemukan Islam dengan Jahiliah di suatu persimpangan, di mana pihak musyrikin akan meninggalkan sebahagian dari kepercayaan mereka dengan syarat Rasulullah akan meninggalkan sebahagian dari kepercayaannya.

Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah lembut (pada zahirnya terhadapmu).

(al-Qalam: 9)

Terdapat riwayat yang disampaikan oleh Ibnu Jarir dan al-Tabrani yang bermaksud: Bahawa pihak musyrikin telah mengemukakan kepada Rasulullah tawaran iaitu supaya Baginda menyembah tuhan-tuhan mereka untuk selama setahun, kemudian pihak mereka akan menyembah tuhannya setahun dengan cara bergilir-gilir. Dalam satu riwayat lain oleh Abd bin Hamid yang bermaksud: Bahawa pihak Quraisy telah menawarkan Rasulullah permintaan mereka dengan katanya: Sekiranya kamu mengiktiraf berhala-berhala kami sebagai tuhan, maka kami akan menyembah tuhan kamu.

Ibnu Ishak telah meriwayatkan sebuah hadith dengan sanadnya, katanya: Semasa Rasulullah sedang bertawaf di Kaabah, Baginda telah dipintas oleh al-Aswad bin al-Mutalib bin Asad bin Abd al-Uzza, al-Walid bin al-Mughirah, Umaiyyah bin Khalaf dan al-‘Aas bin Wail al-Sahmi, mereka berempat ini, kiranya di antara tokoh-tokoh yang berpengaruh di kalangan kaum mereka, kemudian kata mereka: Wahai Muhammad, ayuh kita bersetuju untuk kami menyembah apa yang kamu sembah dan kamu sembah apa yang kami sembah, dengan itu bererti kita sudah berkongsi sesuatu perkara, sekiranya apa yang kau sembah itu ada kebaikan melebihi dari apa yang kami sembah maka kami turut mendapat habuan dari kebaikan itu dan sekiranya yang kami sembah ini ada kebaikan yang lebih dari apa yang kamu sembah itu maka kamu juga akan mengaut kebaikan itu bersama dengan kami, dengan itu turunlah ayat:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak dkan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu. dan bagiku ugamaku “.

(al-Kafiruun: 1-6)

Demikianlah kehendak Allah dengan membuat kata putus yang tegas terhadap tawaran mereka yang lucu itu. Berlakunya periwayatan yang berbagai ini, mungkin kerana mereka telah membuat beberapa percubaan satu demi satu. 

PENYIKSAAN

Pihak musyrikin telah menggunakan berbagai cara seperti yang telah kami sebutkan satu demi satu dengan tujuan untuk menghalang kelancaran dakwah sejak dari kelahirannya di permulaan tahun keempat. Semua cara mereka telah mereka usahakan untuk beberapa bulan dan beberapa minggu tanpa melewati batas-batasnya, kini berpindah kepada cara-cara penyiksaan dan penindasan, tapi setelah mereka dapati cara mereka itu tidak memberi kesan untuk menghalang perjalanan dakwah Islamiah, maka mereka sekali lagi berkumpul. Di sini mereka telah membentuk satu lujnah yang anggotanya terdiri dari dua puluh lima orang tokoh dari pemuka Quraisy. Lujnah ini oleh Abu Lahab bapa saudara Rasulullah, dan setelah bermesyuarat dan bertukar pendapat, lujnah ini membuat keputusan yang tegas terhadap Rasulullah (s.a.w) dan sahabat Baginda. Lujnah ini bersetuju untuk tidak meninggal sebarang cara pun untuk memerangi Islam samada menyakiti Rasulullah, menyiksa penganut-penganutnya malah mereka akan menggunakan segala bentuk kekerasan, penyiksaan dan penindasan.

Kali ini mereka bertegas untuk melaksanakan keputusan yang mereka sepakati. Tindakannya terhadap kaum muslimin terutama yang lemah dan daif adalah senang sahaja, tidak banyak halangan, tetapi terhadap Rasulullah adalah suatu hal yang sukar, kerana Rasulullah seorang yang tangkas, disegani dan berperibadi unggul, jiwa yang dikagumi lawan dan kawan, pasti yang berdepan dengannya akan mengagungi dan menyanjunginya. Tiada siapa yang berani melakukan kejahatan dan keburukan terhadapnya, kecuali jenis manusia bodoh dan nakal sahaja. Namun demikian Baginda masih tetap di bawah jagaan Abu Talib. Di mana Abu Talib di antara tokoh-tokoh Makkah yang terbilang, beliau disanjung dari turun temurun di kalangan semua orang, tak siapa pun berani memperkecil statusnya dan mencabar maruahnya, kedudukan inilah menggugat pihak Quraisy dan membingungkan mereka. Justeru itu sampai ke mana kesabaran itu dapat bertahan, ketika berhadapan dengan dakwah yang beriya-iya untuk membenteras kepimpinan agama yang mereka sandang selama ini dan ketrampilan mereka di arena keduniaan.

Mereka melancarkan pencerobohan dan keganasan terhadap Rasulullah terutama oleh Abu Lahab sendiri, malah beliau ini telahpun mengganas terhadap Rasul di hari pertama dakwahnya, sebelum pihak Quraisy membuat apa-apa sikap. Telahpun kita sebut sebelum ini tindakan terhadap Rasulullah di majlis Bani Hashim, di atas bukit Safa beliau telah cuba memukul Rasulullah dengan ketui batu. Sebelum kebangkitan Rasulullah Abu Lahab telah mengahwinkan anak lelakinya iaitu Utbah dan Utaibah dengan dua puteri Rasulullah, iaitu Ruqaiyah dan Ummi Kalthum.

Tetapi bila Rasulullah diutus dan Baginda menyeru orang ramai kepada Islam, Abu Lahab telah membuat tindakan membabi buta dengan memaksa kedua-dua anaknya supaya menceraikan dua puteri Rasulullah itu. Dengan kekerasan lalu mereka pun menceraikan.

Dan apabila Abdullah anak lelaki Rasulullah meninggal dunia, Abu Lahab melompat kegembiraan, meluru beliau pergi menemui kawan-kawan menceritakan kepada mereka berita baik baginya iaitu Rasul kematian anak keturunannya, Muhammad (s.a.w) menjadi kudung bererti terputus zuriat di dunia ini.

Sebagaimana yang telah kita ceritakan sebelum ini, di mana Abu Lahab bertugas mengekori Rasulullah di belakang Baginda di musim haji ke mana sahaja Baginda pergi di pasar-pasar Makkah, untuk mendusta dan membohong Baginda, dalam hal ini Tariq bin Abdullah al-Majari meriwayatkan hadith yang memberi makna bahawa Abu Lahab ini bukan sekadar membohongi Baginda sahaja malah lebih dari itu dengan melontar Baginda dengan ketul-ketul batu hingga pecah berdarah tumit mulia Baginda itu.

Isteri Abu Lahab, bergelar Ummu Jamil bernama Urwa binti Harb bin Umaiyah kakak Abu Sufian tidak kurang kafir dari suaminya memusuhi Rasulullah (s.a.w). Beliau membawa batang-batang duri untuk menjerangkap samar dijalan-jalan yang dilalui Rasulullah, malah di malam hari beliau datang ke hadapan rumah Rasulullah dengan meletakkan batang-batang duri di hadapan pintu rumah Rasulullah (s.a.w). Selain dari itu lidahnya juga tidak kurang bisanya memaki hamun Baginda, mulutnya lucah membuat fitnah dan penipuan terhadap Baginda, memarakkan api fitnah, beliau adalah batu api menimbulkan perkelahian terhadap Rasulullah, untuk itu maka al-Quran menyifatkannya sebagai pembawa kayu api neraka. Sebaik sahaja beliau mendengar ayat-ayat al-Quran turun mengenai dirinya dan suaminya, terus beliau menemui Rasulullah sedang Baginda bersama-sama Abu Bakr sedang duduk di masjid al-Haram, beliau membawa segenggam anak batu, dengan takdir Allah, beliau telah di butakan penglihatan, sehingga tidak nampak lagi Rasulullah (s.a.w), hingga terpaksa beliau bertanya dengan katanya: Wahai Abu Bakr mana dia kawanmu itu, telah pun sampai kepengetahuanku yang dia telah memperbodoh dan mencelakakan aku? Demi Allah kalau dia ada di sini aku hendak sumpat anak batu ini ke dalam mulutnya, demi Allah tidak tahukah kamu yang aku ini penyair yang boleh bermadah mencelanya:

Dia yang dibenci kami menentangnya Urusannya mentah-mentah kami tolak Agama pegangannya kami ketepikan

Setelah beliau beredar dari situ Abu Bakr bertanya Baginda: Wahai Rasulullah tidak nampakkah beliau yang tuan hamba berada di sini, jawab Rasulullah, beliau tidak dapat melihat daku, sebenarnya Allah telah pun membutakan matanya hingga tidak melihat daku. Ibn Ishak membilang mereka yang menyakiti Rasulullah (s.a.w): Mereka yang menyakiti Rasulullah di rumahnya ialah Abu Lahab, al-Hakim bin Abu al-‘Aas bin Umaiyah, Uqbah bin Abi Mui’t, ‘Adi bin Hambra’ dan al-Thaqafi Ibn al-Asda’ al-Huzali, mereka ini semua adalah jiran Baginda. Semua mereka mati sebagai kafir kecuali al-Hakim bin Abi Al-‘Aas sahaja yang memeluk Islam. Ada di antara mereka yang mengheret pundi najis biri-biri dan menghumban ke atas kepala Rasulullah semasa Baginda bersembahyang, malah ada yang sanggup melontar pundi tadi ke dalam periuk Rasulullah bila diangkat ke dapur untuk memasak. Rasulullah pernah terpaksa berselindung di sebalik batu untuk bersembahyang.

Dalam peristiwa seperti ini di mana apabila Rasulullah dicampak ke atasnya dengan najis itu Baginda akan terus keluar menemui pembantunya dengan berkata di hadapan pembantunya: Wahai bani Abdul Manaf! Di manakah hubungan kejiranan? Lalu dibuangnya najis tadi ke tepi jalan. Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud (r.a.): Bahawa Uqbah bin Abi Mu’it semakin jahat dan bertambah nakal, semasa Rasulullah bersembahyang di Kaabah, dan Abu Jahal pula sedang beristirehat bersama-sama kuncu-kuncunya, maka berkata sesetengah dari mereka, sesiapa di antara kamu yang sanggup mengambil uncang najis sembelihan terbuang itu dan meletakkan ke atas belakang Muhammad semasa beliau sedang sujud itu, maka bangun yang ternakal di antara mereka iaitu Uqbah bin Abi Muit beliau membawa uncang najis itu dan beliau tunggu hingga apabila Rasulullah (s.a.w) sujud maka beliau meletakkannya ke atas belakang Rasulullah di antara dua bahunya.

Daku pada masa itu sedang menyaksi tindakan nakal itu. Daku tak boleh berbuat apa-apa, kalauku boleh menahannya nescaya ku lakukan, kata Ibnu Mas’ud lagi: Dengan itu mereka tertawa sesama mereka dan menghayun badan mereka ke kiri dan ke kanan kerana terlalu suka, dan Rasulullah masih dengan sujudnya, Baginda tidak mengangkatkannya hinggalah Baginda didatangi anak perempuannya Fatimah, mencampak buang benda itu dari belakang Baginda, kemudian barulah Baginda mengangkat kepalanya dan terus berdoa: Ya Allah Ya Tuhanku, binasakanlah Quraisy sebanyak tiga kali, pihak Quraisy terasa berat dengan doa Rasulullah tadi, kata Ibnu Mas’ud: Mereka terasa begini kerana mereka mengetahui bahawa doa di tempat ini adalah mustajab dan makbul. Setelah itu Baginda menyebut dengan katanya: Binasalah Abu Jahal Utbah bin Rabi’ah, Shaibah bin Rabiah Al-Walid bin Utbah, Umaiah bin Khalaf dan Utbah bin Abi Muit, (yang ketujuh itu beliau tidak mengingatinya) demi Allah yang jiwaku ditangannya daku telah menyaksi orang yang disebutkan Rasulullah di dalam doanya itu terbunuh dan dicampak ke dalam parit penanaman mayat, iaitu parit Badar.

Umaiyyah bin Khalaf ini bila-bila sahaja melihat Rasulullah, beliau pasti mencela dan memaki hamun Baginda, mengenai ini Allah menyebut di dalam firmanNya:

“Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji”

(al-Humazah: 1)

Kata Ibnu Hisham: al-Humazah: ialah memaki seseorang itu dengan terang-terangan, sambil memejam sedikit matanya dan menjeling. Manakala al-Lumazah ialah mencela seseorang dengan cara berselindung dan menyakitinya. Manakala saudaranya Ubai bin Khilaf adalah berkawan rapat dengan Uqbah bin Abi al-‘Aas. Suatu hari Uqbah telah menghampiri Rasulullah dan mendengar dari Baginda kata-katanya, tapi bila di ketahuinya Ubai, beliau memarahi Uqbah dan mengkritik tindakan itu. Seterusnya Ubai meminta supaya Uqbah meludah ke muka Rasulullah dan beliau lakukannya, di suatu ketika Ibnu Khalaf sendiri telah menghancurkan tulang-tulang reput lalu di tiupnya di angin yang lalu ke muka Rasulullah (s.a.w). Al-Akhnas Ibn Syuraiq al-Thaqafi juga adalah di antara tokoh musyrikin yang menyakiti Rasulullah. al-Quran telah menyifatkannya dengan tujuh gelaran sebagaimana firman Allah:

Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, danjangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untiik memecah belahkan orang ramai), Yang sangat-sangat menghalangi amalan-amalan kebajikan, agama, lagi yang sangat-sangat berdosa, Yangjahatkejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya.

(al-Qalam: 10-13)

Abu Jahal di suatu masa beliau pernah mendatangi Rasulullah (s.a.w) dan mendengar ayat-ayat al-Quran, kemudian beredar dari situ, tanpa mempercayai atau menyahutnya, malah penuh biadab dan tidak takut menyakiti Rasulullah dengan kata-katanya, menghalang Rasulullah dan merasa sombong dengan tindakannya yang biadab itu, berasa bangga dengan kemungkarannya, seolah-olah beliau melakukan sesuatu yang patut disanjung, perangainya ini telah disebut oleh Allah di dalam firmannya:

Maka ia tidak mengakui kebenaran dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardukan mengerjakannya)

(al-Qiyaamah: 31)

Dan beliau telah menghalang Rasulullah dari bersembahyang, di hari pertama beliau melihat Rasulullah bersembahyang di Kaabah. Suatu ketika beliau melintasi di situ dan terlihat Rasulullah bersembahyang di makam Ibrahim, maka beliau berkata kepada Muhammad (s.a.w): Wahai Muhammad (s.a.w) bukankah aku telah larang kau bersembahyang di sini. Beliau bertindak keras dan mengutuk Baginda penuh herdik dan menggertak: Wahai Muhammad dengan apa yang kau maksud hendak mengutuk daku? Demi Allah sesungguhnya akulah orang terbanyak penyokong di lembah ini, dengan itu Allah menurunkan firmanNya:

Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),

(al-‘Alaq: 17)

Dalam satu riwayat menceritakan bahawa Rasulullah telah memegang leher bajunya dan menggoncang-goncangnya sambil berkata:

(Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat! Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.

(al-Qiyaamah: 34-35)

Maka jawab musuh Allah itu: Wahai Muhammad, kau hendak mengugut daku? Demi Allah, tidak kau dan tuhan kau berbuat apa-apa pun dengan daku, akulah orang yang termulia yang bergerak di antara bukit bukau bumi ini. Abu Jahal masih tidak sedar lagi dari keruntuhan dan kejatuhan maruahnya tadi, malah semakin menjadi-jadi kenakalannya. Al-Imam Muslim telah mengeluarkan hadith dari Abu Hurairah: Abu Jahal telah berkata: Muhammad boleh bersujud mukanya ke tanah di hadapan kamu? Jawab mereka! Ya! kata Abu Jahal: Demi al-Lata dan al-Uzza sekali ini akan ku lanyak tengkoknya sekiranya aku lihat dia sedang sujud. Allah izinkan beliau masuk ke perkarangan Kaabah, beliau terlihat Rasulullah sedang bersembahyang, ianya terus meluru ke hadapan dengan sangkaan beliau dapat memijak tengkok Rasulullah semasa bersembahyang dan mengemparkan suasana, tapi tiba-tiba beliau berpatah balik dengan mengangkat kedua-dua tangannya seperti mempertahankan dirinya, bila ditanya! Kenapa wahai Abu al-Hakim? Jawab Abu Jahal: Sebenarnya terhalang di antara daku dan Muhammad satu parit api, dan yang itu pula dengan sayap-sayapnya. Ulas Rasulullah: Kalau dia hampiri daku nescaya para lalaikat itu akan mengoyak-ngoyaknya sendi demi sendi. Ini adalah pencerobohan ke atas diri Rasulullah yang keperibadian unggul itu, warak dan disegani orang ramai di samping kekebalan penjagaan Abu Talib tokoh yang hormati di Makkah.

Adapun kaum muslimin yang lain terutamanya golongan mah dan daif, pencerobohan ke atas mereka memang mengganas, malah setiap qabilah telah membentuk barisan menyiksanya yang tersendiri bertujuan untuk mendera dan menyiksa anggota qabilahnya yang memeluk Islam dan orang yang tidak mempunyai qabilah, pihak musyrikin telah mengerah agar golongan awam dan pemukanya untuk membelasah mereka dengan berbagai penyiksaan-penyiksaan yang ngeri ceritanya lagi menggerunkan.

Sekiranya Abu Jahal mendapat tahu ada seorang bangsawan memeluk Islam beliau mencemuh dan mengkritiknya seterusnya mengugut untuk menjadikan beliau seorang yang muflis dan hilang dudukannya, tapi kalau yang memeluk itu lemah dan daif beliau akan memukul-mukul dan memperdayakannya.

Bapa saudara Uthman bin Affan pernah membungkus beliau ke dalam tikar daun kurma kemudian melayurkannya dengan asap dari bawah. Ketika Ibnu Mus’ab bin Umair mengetahui penganutannya dengan Islam, beliau menahan dan menghalaunya luar dari rumah sedang sebelum ini beliau adalah di antara orang yang mewah, namun setelah menganut Islam kerana penyiksaan kulit beliau menjadi kerutu dan bersisik seperti kulit.

Bilal bin Rabah adalah hamba Umaiyah bin Khalaf Jumahi, Umaiyah bertindak di luar batasan kemanusiaan, menambat Bilal dengan tali ditengkoknya dan menyuruh budak-budak menariknya seperti menarik seekor binatang tali berikat dileher. Budak-budak ini menyeretnya mengelilingi merata kampung dan mengelilingi bukit-bukit Makkah, hingga berparut lehernya kesan dari jerutan tali. Umaiyah merentap tali di leher Bilal ke hadapan sekuat-kuat dan memukulnya dengan tongkat, memaksanya duduk di tengah panas matahari terik, menahan makanan dan yang dahsyat dari itu Umaiyah membawa Bilal di tengahari yang terik ke padang pasir Makkah dan membaringkannya di sana dengan meletakkan ketulan batu besar ke atas dadanya sambil berkata, aku akan angkat ketulan ini kecuali setelah kau mati atau kau kufur dengan agama Muhammad ini dan kembali menyembah al-Lata dan al-Uzza. Dalam keadaan begini Bilal tetap mengucap: Ahad, Ahad (Yang Esa, Yang Esa) dengan kehendak Allah di masa itu Abu Bakr lalu di situ sambil Bilal dengan keadaannya yang terbaring. Abu Bakr pun membeli Bilal di mana satu riwayat mengatakan dengan nilai seorang budak hamba lain, dan diriwayat lain mengatakan dengan harga tujuh Auqouaj atau lima perak. Kemudian beliau membebaskan Bilal.

Ammar bin Yasir (r.a) adalah hamba kepada Bani Makhzum, beliau memeluk Islam bersama-sama bapa dan ibunya, kafir musyrikin membawa mereka semua ke tengah padang pasir semasa tengahari panas membakar, di sana mereka disiksa, di suatu ketika semasa mereka sedang menghadapi penyiksaan, Rasulullah berlalu di situ dan Baginda berkata: Bersabarlah wahai keluarga Yasir janji kamu adalah syurga. Yasir mati kerana penyiksaan, ibunya Sumaiyah adalah Syahidah Pertama meninggal dunia, beliau telah dibunuh oleh Abu Jahal dengan menyula tombaknya melalui farajnya. Mereka menyiksa Ammar dengan berbagai cara yang ada pada mereka di ketika itu, sesekali menjemurnya di tengah panas matahari dan diketika yang lain dengan meletakkan batu-batu pejal ke atas dadanya. Sekali yang lain dengan mencampakkannya ke dalam air. Mereka berkata: Kami tidak akan melepaskan kamu kecuali setelah kau caci Muhammad atau kau puji sanjung al-Lata dan al-Uzza, akhirnya beliau bersetuju untuk berbuat demikian dengan terpaksa tapi setelah itu beliau datang menemui Rasulullah (s.a.w) menangis dan meminta maaf di atas perbuatannya itu, untuk itu Allah menurunkan firmanNya:

“Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipciksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman”

(an-Nahl: 106)

Abu Fakihah, nama sebenarnya Aflah seorang hamba Bani Abdu al-Dar, beliau telah disiksa oleh tuannya dengan memberkas kakinya dengan seutas tali kemudian menyeretnya ke atas tanah.

Manakala Khabab bin al-Arat hamba Ummu Anmar binti Siba’ al-Khuza’iyah, pihak musyrikin menyiksanya dengan berbagai cara penyiksaan, sesekali mereka merentap rambut sekuat-kuatnya, memulas-mulas tengkoknya sehabis-habisnya, membaringkannya di atas batu-batu panas dan menghempas dengan batu-batu lain ke atasnya, hingga tidak terdaya untuk beliau bangun.

Nasib Zinnirah Ummu ‘Ais al-Nahdiyah dan anaknya adalah hamba-hamba yang memeluk Islam, tidak kurang dari nasib orang lain. Kaum musyrikun menyiksa mereka dengan berbagai-bagai cara sepertimana yang diperbuat ke atas orang-orang lain. Seorang lagi ialah hamba perempuan Bani Mu’ammil dari Qabilah Bani ‘Adi. Umar bin al-Khattab semasa kufurya bertanggungjawab menyebatnya sampai jemu beliau memukulnya, dan berkata aku tak akan tinggalnya kecuali setelah berasa jemu. Kesemua hamba-hamba ini telah dibeli dan dibebaskan mereka oleh Abu Bakr sebagaimana beliau memerdekakan Bilal dan Amir bin Fahirah. Sesetengah sahabat yang lain yang baru memeluk Islam di siksa oleh musyrikin dengan membalutkan mereka ke dalam belulang lembu dan unta untuk dijemur dipanas matahari terik, yang lain disarungkan ke dalam baju besi dijemur di atas batu-batu yang membakar di padang pasir.

Senarai mereka yang disiksa kerana mentauhidkan Allah panjang dan menyayat hati, tak seorang pun bila diketahui kelslamannya akan terlepas dari siksaan musyrikin.

Leave a Comment