Marhalah Ketiga

Ini merupakan marhalah terakhir di dalam perjalanan hidup Rasulullah S.A.W. yang mempamerkan pencapaian -pencapaian hasil usaha dakwahnya. Selepas melalui satu masa perjuangan jihad, kepenatan, tribulasi, peperangan dan pertarungan yang tidak kurangnya menumpahkan darah yang banyak kesemuanya ini Baginda harungi selama 20 tahun.

Pembukaan kota Mekah merupakan kemenangan yang kritikal yang dicapai oleh kaum muslmin di sepanjang tahun perjuangan mereka, kemenangan yang mengubah peta dan urusan perjalanan hidup seterusnya merubah suasana dan bi’ah bangsa arab itu sendiri. Pembukaan agung itu merupakan garis pemisah diantara era lama dan yang akan datang dimana sebelum ini bangsa arab yang menjadi ikutan mereka. Penundukkan kaum quraisy di bawah bendera islam dianggap sebagai penghapusan total kepada kuasa dan penyembahan berhala di semenanjung Arab. Marhalah ini dapat dibahagikan kepada dua fasa:

FASA PERTAMA: PERJUANGAN DAN PEPERANGAN

FASA KE DUA : BANGSA YANG BERBAGAI DAN QABILAH-QABILAH ARAB BERLUMBA LUMBA MENGANUT ISLAM.

Leave a Comment