Marhalah Kedua – Satu Perkembangan Baru

Sesungguhnya perjanjian al-Hudaibiah adalah satu era baru kepada perkembangan Islam dan perjuangan umatnya. Sebelum ini, Quraisy merupakan kuasa terkuat terangkuh, sombong dan bongkak memusuhi Islam. Dengan penarikan diri dari kancah peperangan kepada meja perdamaian dan keamanan bererti salah satu dari tiga sayap kuat barisan bersekutu telah patah (Quraisy, Ghatafan dan Yahudi). Quraisy mewakili kuasa penganut-penganut berhala, dan pimpinannya di bumi Arab; kini perasaan golongan penyembah berhala (al-Wathani) menurun, sikap permusuhan mengurang, sebab itu kita melihat pelanggaran Ghatafan terhadap Islam tidak sebesar sebelum perjanjian, itu pun kerana rangsangan golongan Yahudi.

Manakala kaum Yahudi pula menjadikan Khaibar sebagai sarang konspirasi dan pakatan jahat mereka selepas pembuangan dari bumi Yathrib, ianya menjadi sarang pembiakan kader-kader syaitan yang memarak api-api fitnah, darinya juga terkeluar insentif-insentif kepada Arab-Arab Badwi yang bermaustautin di pinggir-pinggir al-Madinah. Azam membenteras Nabi (s.a.w) dan kaum muslimin tidakkunjung padam dari kesumat mereka atau setidak-tidaknya menimpakan kaum muslimin dengan kerugiait-kerugian yang parah. Oleh itu langkah terawal dan tegas yang diambil oleh Rasulullah selepas perjanjian al-Hudaibiah ialah melancarkan serangan habis-habisan ke atas sarangnya.

Marhalah yang dilalui oleh kaum mlislimin selepas perdamaian, memberi peluang paling baik untuk mengembangkan dakwah Islamiah. Keaktifan mereka berlipat-ganda di ruang dakwah, kecergasan mereka terserlah di dalam sektor ini, lebih dari kecergasan mereka disektor ketenteraan, maka sebab itu kami berpendapat ada baiknya marhalah ini dibahagikan kepada dua:

1. Aktiviti di medan dakwah atau perutusan kepada raja-raja dan gabenor-gabenor.

2. Aktiviti ketenteraan.

Sebelum kita meneruskan pembicaraan mengenai kecergasan ketenteraan di dalam marhalah ini, terlebih dahulu kita bicarakan tajuk perutusan kepada raja-raja dan gabenor-gabenor, kerana dakwah Islamiah merupakan keutamaan, malah lantarannyalah kaum muslimin mengalami segala fitnah, kesakitan, peperangan, penindasan, kegawatan dan kekacauan.

Leave a Comment