Kumpulan Pertama Berhijrah

Sebaik sahaja selesai pemeteraian baiah al-‘Aqabah kedua dan berjaya pula Islam menegakkan sebuah watannya yang tersendiri di tengah padang pasir yang dikelilingi dengan arus kekafiran dan kejahilan, suatu pulangan yang amat kritis yang diperolehinya di samping dakwahnya, kini Rasulullah meinbenarkan kaum muslimin berhijrah ke watannya yang baru itu.

Hijrah tidak lebih dari penolakan kepentingan diri, berkorban dengan hartabenda, dan menyelamat sekadar diri sendiri sahaja di samping membuktikan hak perpindahan yang dahulunya disekat, boleh jadi seseorang itu sndah pasti bahawa perjalanan itu adalah suatu perjalanan ke suatu destinasi yang gelap, tidak dapat diduga, pelbagai kepahitan dan duka nestapa sedang menanti di sana.

Kini kaum muslimin terus berhijrah, dan mereka sedar semuanya ini, manakala pihak musyrikin tidak membiarkan arus penghijrahan itu terus berlaku tanpa disekat dan dihalang, kerana mereka sudah menyangka merbahaya akan mengugat mereka nanti.

Di sini kami perturunkan contoh-contoh hijrah:

  1. Orang terawal melangkah kaki ke Madinah sebagai penghijrah pertama ialah Abu Salamah bersama-sama isteri dan anaknya iaitu setahun sebelum baiah al-‘Aqabah al-Kubra, mi adalah mengikut riwayat Ibnu Ishak, setelah beliau membuat keputusan untuk berhijrah, mertuanya semua bertemu dengan beliau dan mereka berkata: Diri kau sudahlah, tetapi apa halnya dengan anak kami ini? Tak mungkin kami boleh membiarkan kau membawanya hanyut ke negeri orang? Dengan itu mereka ambil isterinya. Keluarga Abu Salamah naik marah dengan tindakan keluarga isterinya kata mereka: Kami tidak boleh membiarkan kamu merampas si anak Salamah dengan semudah itu? Maka jadilah perebutan ke atas anak Salamah di antara dua keluarga menyebabkan si anak tercabut tangannya lantaran rentapan dua belah pihak. Abu Salamah terpaksa berhijrah ke Madinah seorang diri, menyebabkan Ummu Salamah keseorangan setelah pemergian suaminya dan kehilangan anak kesayangan, menjadikan beliau setiap pagi keluar ke pinggir kota menangis hingga ke petang. Bila keadaan berlarutan hingga hampir setahun, menyebabkan salah seorang keluarganya kasihan dan berlembut hati, dan menyuarakan perkara ini kepada keluarganya: Tidakkah kamu hendak melepaskan Si merana ini? Sudahlah kamu pisahkannya dari suami dan anaknya, kini kamu siksanya pula, jawab mereka: Ayuh pergilah untuk menemui suamimu itu kalau hendak? Ummu Salamah mendapat kembali anaknya dari keluarga suaminya, terus beliau keluar menuju ke Madinah, perjalanan kira-kira lima ratus kilometer, tiada siapa pun dari makhluk Allah menemaninya, namun sebaik sahaja beliau sampai ke “al-Tan” im” Uthman bin Talhah Ibnu Abi Talhah menemuinya, kerana mengetahui perihalnya, beliau menawar diri untuk menemaninya hingga ke Madinah, sesampainya mereka ke Quba’ kata Uthman: Suami kamu berada di kampung ini, ayuh segera ke sana dengan keberkatan Allah, dengan itu beliau berpatah balik ke Makkah.

2. Semasa Suhaib al-Rumi hendak berhijrah para kafir Quraisy menemuinya dan berkata: Kamu semasa datang ke sini sebagai seorang tak berharta, kemudian harta kamu menjadi banyak dan menjadi orang yang terbilang, kini kamu hendak keluar dari sini dengan membawa diri kamu sekali dengan harta-harta kamu yang kamu kumpulkan di sini? Ini tak mungkin berlaku? Jawab Suhaib: Apa pendapat kamu semua, kalau aku serahkan semua hartaku kepada kamu? boleh tak kamu beri laluan kepada ku? Jawab mereka sebulat suara: Ya! Kata Suhaib: “Sekarang aku serahkan hartaku kepada kamu”. Cerita mengenai Suhaib ini telah sampai ke pengetahuan Rasulullah; ujar Rasulullah: “Beruntung Suhaib, beruntung Suhaib”.

3. Umar Ibni al-Khattab berpakat dengan Ayyasy bin Abi Rabiah dan Hisyam bin al-As bin Wail suatu tempat mereka bertemu di pagi hari, darinya mereka akan bertolak untuk berhijrah ke Madinah. Umar dan Ayyasy bertemu, tetapi Hisyam tertangguh.

Sebaik sahaja Umar dan Ayyasy sampai ke Madinah mereka pun singgah di Quba’, Abu Jahal dan adiknya al-Harith pun sampai juga, terus mereka menemui Ayyasy, mereka bertiga ini adalah seibu, Abu Jahal dan al-Harith pun menyebut kepada Ayyasy: Ibu kau telah bersumpah dan bernazar untuk tidak menyikat rambutnya dan tidak akan berteduh di matahari terik, kecuali setelah beliau melihat kau di hadapannya. Ayyasy pun berasa kasihan dengan ibunya dan sikapnya itu, tetapi Umar telah menasihatinya: Ayyasy kau dengar cakapku ini: Demi Allah sesungguhnya mereka ini bertujuan memfitnali dan mengeluarkan kau dari agama benar kau ini, berwaspadalah dengan mereka, Demi Allah, kalau emak kau digigit kutu, nescaya dia akan menyikat rambutnya dan kalau dia terkena panas terik, nescaya dia berteduh. Tetapi Ayyasy tidak mahu mendengar nasihat Umar, dia pun pulang bersama Abu Jahal dan al-Harith untuk melepaskan nazar dan sumpah ibunya itu. Kata Umar lagi: Kalau kamu berkeras juga hendak turut mereka ambillah untaku ini, ianya baik dan jinak serta mudah mematuhi arahan, kamu jangan lepaskan belakangnya, sekiranya kau meragui sesuatu dari kaum kau, cepat-cepat kamu larikan dirimu dengan tunggangan ku ini.

Dengan itu Ayyasy pun keluar dengan tunggangan Umar tadi bersama dengan dua orang lagi, bila sampai di pertengahan jalan kata Abu Jahal kepada Ayyasy: Wahai anak saudaraku kamu tengok tak aku penatlah dengan untaku, bagaimana kalau kita bergilir, sekali kau naik unta ku dan sekali aku tunggang unta kau. Jawab Ayyasy: Tak ada apa salahnya, boleh kita bergilir. Maka beliau pun tukar untanya bersama mereka berdua untuk mereka bergilir-gilir, sebaik sahaja mereka turun, apa lagi Abu Jahal dan temannya pun terus memegang Ayyasy dan memberkasnya, sehingga tidak sempat beliau bertindak, dengan itu mereka pun membawa Ayyasy di siang hari ke Makkah dengan kedua-dua belah tangannya terikat, Abu Jahal dan temannya melaung memanggil penduduk Makkah dengan katanya: Beginilah hams dilakukan terhadap golongan bodoh kamu, sebagaimana kita lakukan terhadap orang bodoh ini.

Inilah senario kepada tiga contoh penghijrahan Islam, di mana kaum musyrikin cuba bertindak terhadap mereka, walaupun demikian rupa keadaan yang menghalang kaum muslimin namun arus hijrah tetap tidak dapat disekat, atau dihalang, dua bulan dan beberapa hari selepas baiah al-‘Aqabah al-Kubra arus hijrah terus bergerak hingga tidak tinggal di Makkah, kecuali Rasulullah, Abu Bakr dan Ali, kerana kehendak Rasulullah, dan yang terkecualijuga ialah mereka yang dipegang oleh kaum musyrikin. Di sini Rasulullah telah pun menyediakan persiapan untuk keluar, sementara menunggu arahan dan di masa yang sama Abu Bakr pun menyediakan persiapannya.

Al-Bukhari meriwayatkan dari Aisyah (r.a) yang berkata: Rasulullah telah bersabda kepada kaum muslimin: “Sesungguhnya aku telah diperlihatkan perkampungan hijrah kamu di perladangan tamar terletak di antara dua kampung”, dengan itu maka berhijrahlah mereka ke arah Yathrib, manakala mereka yang berada diperantauan hijrah bumi Habsyah pulang semula ke Yathrib. Sebelum ini Abu Bakr bersiap untuk berhijrah tetapi

Rasulullah bersuara kepadanya dengan sabdanya: “Bertenang, aku ini belum diizinkan lagi”. Kata Abu Bakr: “Apakah tuan hamba berharap demikian, ya Rasulullah? Jawab Rasulullah: “Ya demikian”. Abu Bakr menenangkan hatinya dan menangguhkan perjalanannya untuk menemani Rasulullah, beliau menyediakan dua tunggangan yang dimilikinya, dengan daun yang dipungut sebagai makanan selama empat bulan.

Leave a Comment