Kelahiran Rasulullah, 40 Tahun Sebelum Pengutusan

Rasulullah (s.a.w) penghulu para Rasul telah dilahirkan di Syuaib Bani Hashim di Makkah pada pagi hari Isnin 9 Haribulan Rabiulawwal dipermulaan Tahun Gajah, dan tahun keempat puluh dalam pemerintahan Raja Kisra Anu Syirwan bersamaan 20 atau 22 April tahun 571 Masihi mengikut perkiraan Ulama Agong Muhammad Sulaiman al-Mansurpuri dan pentakhkik Falak Mahmud Basya. 

Ibn Sa’d meriwayatkan bahawa ibu Rasulullah (s.a.w) menceritakan: ” Ketika ku melahirkannya, satu cahaya telah keluar dari farajku, menerangi mahligai-mahligai di negeri Syam” , periwayatannya hampir sama dengan apa yang diriwayatkan oleh al-Irbadh bin Sariah. Beberapa irhasat (petanda-petanda) kebangkitan seorang rasul telah berlaku beberapa ketika, sebelum kelahiran Rasulullah, di antaranya runtuhan empat belas anjung dewan Kisra Parsi, terpadamnya api yang disembah penganut agama majusi, robohnya gereja-gereja di sekitar Tasik Sawah yang sebelum ini penuh sesak dengan para pengunjung riwayat oleh al-Baihaqi. Tetapi tidak disepakati oleh Muhammad al-Ghazali. 

Sebaik sahaja Baginda dilahirkan, ibunya Aminah segera memberi tahu kepada datuk Baginda Abdul Mutalib, mengenai perkhabaran yang baik itu, dengan itu Abdul Mutalib terus mengambil dan membawa Baginda kedalam Kaabah, untuk berdoa dan bersyukur kepada Allah, beliau telah memilih nama “Muhammad” sebagai nama kepada cucunya, nama itu tidak pernah dinamakan kepada sesiapa pun oleh bangsa Arab sebelum ini, Nabi Muhammad (s.a.w) telah berkhatan ketika berada di dalam kandungan ibunya lagi. 

Penyusuannya yang pertama selepas ibunya, ialah daripada Thuwaibah hamba Abu Lahab bersama anaknya bemama Masruh dengan itu beliau menjadi saudara sepenyusuan dengan Baginda, sebelum ini Thuwaibah juga telah menyusukan Hamzah bin Abdul Mutalib selepas beliau Abu Salamah bin Abdul al-Asad al-Makhzumi.

Leave a Comment