Jibril Menyampaikan Wahyu

Setelah genap usia Baginda empat puluh tahun, merupakan nukhtah kesempurnaan. Disebutkan bahawa pada usia inilah para rasul diutuskan, tanda-tanda kenabian mula bertapak dan muncul di dalam penghidupan. Mimpi-mimpi yang mendatangi Baginda, adalah dalam bentuk mega-mega subuh, mimpi ini berulang-ulang dalam tempoh enam bulan – tempoh kenabian Baginda adalah dua puluh tiga tahun, mimpi yang Baginda alami adalah sebahagian dari empat puluh enam ciri al-Nubuwiah (kenabian). Bertepatan pada bulan Ramadhan tahun ketiga Baginda beruzlah di gua Hira dengan kehendak Allah untuk melimpah kurnia rahmatnya ke

alam ini, maka Allah menganugerahkan al-Nubuwiah kepada Baginda, di mana Allah menurunkan Jibril (a.s) membawa ayat-ayat al-Quran.

Setelah kita meneliti dan mengamati tanda-tanda dan petunjuk-petunjuk dapatlah kita menentukan hari yang bersejarah lagi berkat itu, iaitu hari Isnin 21 Ramadhan bersamaan 10 Ogos tahun 610M, usia Baginda-ketika itu persis empat puluh tahun enam bulan dua belas hari pada kiraan bulan Qamariah. Kurang lebih 39 tahun tiga bulan dua belas hari pada perkiraan bulan Syamsiah.

Mari kita ikuti riwayat Aishah r.anha mengenai peristiwa penurunan Cahaya Ilahi, buat menghimpit kegelapan kufur dan kesesatan, hingga dengannya terubahlah perjalanan arus sejarah

manusia dengan katanya:

Permulaan wahyu kepada Rasulullah ialah mimpi yang elok dalam tidurnya, apa yang dilihat Baginda semasa tidurnya ialah seperti mega pagi, kemudian Baginda diperkenankan untuk berikhtila’, Baginda pun berkhalwah di gua Hira, Baginda bertahannuth dan beribadat di sana di malam-malam hari untuk beberapa ketika, kemudian pulang semula ke pangkuan keluarga, untuk mendapat semula bekalan dari Khadijah hingga tibanya saat turunnya Jibril di Gua Hira, Jibril menemui Baginda dan memerintah Baginda membaca dengan katanya:“Bacalah, jawab Baginda: Daku tidak tahu membaca, dipeluknya Baginda sehingga kepenatan dan diperintah sekali lagi dengan katanya: Bacalah, jawab Baginda: Daku tidak tahu membaca, maka dipeluknya hingga Baginda kepenatan, diseru lagi dengan katanya, bacalah! dan jawab Baginda daku tidak tahu membaca, dipeluknya Baginda kali ketigakemudian dilepaskan dengan katanya:

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dengan segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

(al-‘Alaq: 1-5)

Setelah itu Rasulullah dengan keadaan yang meggeletar pulang ke rumahnya menemui Khadijah r.anha dan irieminta diselimutkan dengan katanya: Selimutkanlah daku, selimutkanlah daku, lalu Baginda pun diselimutkanlah hingga ketakutan dan kegigilannya itu reda dan hilang. Baginda pun menceritakan peristiwa berkenaan kepada Khadijah r.anha: Apakah gerangan yang berlaku ke atas ku itu, ku takutlah terhadap diriku ini. Jawab Khadijah r.anha: Tidak sama sekali, demi Allah, sesungguhnya Allah tidak akan menghinakan dikau, kerana dikau sentiasa menghubungkan pertalian silatulrahim, dikau memikul beban kesusahan, menolong yang tidak berada, memberi makan tetamu dan berusaha menyelesaikan rintangan yang menghalang kebenaran. Selepas itu Khadijah bersegera membawa Baginda untuk bertemu dengan Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abd al-Uzza anak saudara Khadijah, beliau adalah di antara peribadi yang telah memeluk agama Nasrani di zaman Jahiliah. Beliau juga pernah menulis kitab-kitab suci dalam bahasa Ibri dengan izin Allah. Beliau menulis juga kitab al-Injil dengan bahasa Ibri,

beliau seorang yang sudah berumur dan buta. Khadijah r. anha menceritakan peristiwa yang berlaku kepada Baginda Rasulullah itu. Wahai anak saudaraku, cubalah kau dengar perihal dari saudaramu ini, jawab Waraqah: Apakah gerangan wahai saudaraku? Rasulullah pun mengisahkan segala yang terjadi, lantas Waraqah berkata: Itulah dia Malaikat yang telah mendatangi Musa a.s, kalaulah daku ini masih.muda, dan kalaulah daku masih hidup ke saat kau dihalau keluar oleh kaum kau. Sampuk Rasulullah: Apakah aku ini akan dihalau keluar oleh mereka? Jawab Waraqah: Ya, memang, tidak pernah datang seorang manusia seperti kau ini dengan bawaannya, malah kesemuanya ditentang, kalaulah daku sempat sampai ke hari-hari kau itu pasti akan ku bantu kau sepenuhnya, tidak berapa lama selepas itu Waraqah pun meninggal dunia dan wahyu pun tertangguh.

Al-Tabari dan Ibnu Hisyam meriwayatkan bahawa Baginda telah keluar dari gua Hira selepas Baginda didatangi wahyu, kemudian Baginda balik semula buat menyempurna pertapaannya, selepas itu barulah Baginda pulang ke Makkah, periwayatan al-Tabari ini menyingkap sebab dan faktor kenapa Baginda keluar dari gua berkenaan, nasnya seperti berikut: Kata Rasulullah selepas menceritakan peristiwa penurunan wahyu dengan sabdanya yang bermaksud: Tidak ada seorang pun dari makhluk Allah yang paling kubenci selain dari penyair dan orang gila, ku tidak tahan melihat kedua-dua mereka itu, diri ku ini terjauh sama sekali dari sifat sebagai seorang penyair atau orang gila, hanya Quraisy sahaja yang menggelar daku hingga terasa hendak aku humbankan diri dari puncak bukit, untuk membunuhnya hingga aku terhindar darinya. Kata Baginda lagi: Aku pun keluar untuk bertindak. Namun bila mana ku sedang berada di tengah kemuncak bukit, ku terdengar satu suara dari langit yang melaung: Wahai Muhammad! Engkau adalah utusan Allah dan Aku adalah Jibril, tambah Rasulullah: Daku mengangkat kepala melihat ke langit, maka di masa itu sekali lagi daku melihat Jibril dengan imej seorang lelaki mendepa kakinya di ufuk langit dan melaung: Wahai

Muhammad! Engkau adalah Rasul utusan Allah dan Aku ini Jibril. Tambah Baginda lagi: Ku berdiri tegak memerhati ke arahnya, sehingga kesemua itu telah menarik penumpuan ku, hingga terlupa dengan apa yang hendak ku lakukan, di masa itu aku tidak berganjak ke depan atau ke belakang malah terpaku di situ, aku hanya menumpukan muka dan pandangan ku ke ufuk langit, ke mana-manaku menoleh yang terlihat hanya Jibril, dan masih terus ku terpaku di situ tidak maju dan tidak pula mundur ke belakang. HinggalahKhadijah menghantar suruhan-suruhannya untuk mencari daku. Mereka pergi ke Makkah dan pulang darinya, daku masih berdiri di tempatku itu, utusan yang menanti daku itu pun pulang, kemudian barulah daku beredar dari situ, kembali menemui keluargaku, hingga apabila daku sampai ke hadapan Khadijah ku meletakkan diriku ke ribanya, dan beliau berkata:

Abu al-Qasim, ke mana kau tadi? Demi Allah! Daku telah menghantar orang untuk mencari kau hingga mereka sampai ke Makkah dan balik semula ke sini, setelah itu barulah Rasulullah menceritakan segala yang Baginda saksikan itu, jawab Khadijah:

Itu adalah baik wahai anak saudaraku, berjagalah dikau, demi nyawa Khadijah ditanganNya, sesungguhnya ku mengharapkan dikau menjadi nabi utusan untuk umat ini, kemudian beliau berlari menemui Waraqah bin Naufal dan menceritakan segala-galanya kepada Waraqah, lantas beliau menyebut: Kuddus! Kuddus! demi yang nyawa ku di tanganNya, sesungguhnya Muhammad telah didatangi Jibril agung yang pernah mendatangi Musa a.s. Dan sesungguhnya Baginda adalah Nabi umat ini, ayuh, katakanlah kepadaku, berjagalah dikau, dengan itu Khadijah pun pulanglah dan menceritakan kepadanya kata-kata Waraqah itu, setelah selesainya penguzlahannya di sana, Baginda pulang semula ke Makkah, dan Baginda bertemu Waraqah, dan setelah mendengar semua cerita Baginda itu, Waraqah pun menegaskan kepadanya dengan berkata: Demi yang nyawa ku di tangannNya sesungguhnya engkau adalah Nabi umat ini dan engkau telah didatangi Jibril agung itu yang pernah mendatangi Musa (a.s).

Leave a Comment