Jibril Membawa Wahyu Kali Kedua

Ibnu Hajar menceritakan penangguhan wahyu pun sudah berlalu, itu adalah dengan tujuan untuk membuang perasaan gerun dari hati Baginda dan untuk membangkit perasaan merindukan wahyu, setelah mana perasaan kehairanan sudah tiada lagi, disebaliknya tertegak pula tunggak hakikat. Kini Rasulullah sudah arif dengan penuh keyakinan bahawa Baginda adalah nabi utusan Allah s.w.t, yang datang menemui itu adalah duta wahyu membekal Baginda warta dan perkhabaran langit, hingga dengan itu Baginda sudah kepiftginan dengan Jibril dan wahyu Ilahi, sikap inilah yang membawa Baginda cekal dan sanggup menerima dan memikul tugas dakwah, ketika Jibril kembali datang menemui Baginda iaitu dikali kedua. Al-Bukhari telah meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah bahawa beliau telah mendengar Rasulullah menceritakan mengenai penangguhan wahyu dengan sabdanya yang bermaksud:

“Di ketika daku sedang berjalan tiba-tibaku terdengar satu suara dari langit maka ku pun mengangkat pandanganku ke arah langit, tiba-tiba malaikat yang mendatangi daku di gua Hira dahulu sekali lagi ku lihatnya sedang duduk di atas kursi di antara langit dan bumi, daku terkejut dan tergamam hingga terjatuh ke bumi, kemudian aku segera pulang menemui keluarga dengan meminta: Selimutkanlah daku, selimutkanlah daku, selimutkanlah daku”, disusuli dengan turunnya ayat Allah:

Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat .manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya! Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.

(al-Muddadstsir: 1-5)

Leave a Comment