Isra’ dan Mi’raj

Di dalam tempoh dakwah Rasulullah yang terus bergerak dan mencapai kejayaan di samping penindasan-penindasan, namun kemenangan sayup-sayup sudah dapat didengar, di saat ini berlakulah peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Penentuan masa terjadinya peristiwa bersejarah ini berlaku sedikit ikhtilaf, di antara pendapat-pendapat ialah:

1. Al-Tabari menentukan berlakukannya di tahun Baginda dibangkitkan.

2. Al-Nawawi dan al-Qurtubi mentarjihkan di tahun kelima kebangkitan Baginda.

3. Al-’Alamah al-Mansurfuri menetapkan pada malam dua puluh tujuh di bulan Rejab tahun kesepuluh kebangkitan Baginda.

4. Pendapat lain mengatakan enam belas tahun sebelum hijrah iaitu di bulan Ramadhan tahun dua belas kebangkitan Baginda.

5. Ada pendapat mengatakan setahun dua bulan sebelum hij rah iaitu di bulan Muharam tahun ketiga belas kebangkitan Rasulullah.

6. Satu lagi pendapat menyebut berlakunya setahun sebelum hijrah iaitu di dalam bulan Rabiulawal tahun ketiga belas kebangkitan Baginda.

Ketiga pendapat yang pertama menyebut bahawa Khadijah (r.a) telah wafat di dalam bulan Ramadhan tahun ke sepuluh kebangkitan Baginda, kewafatan beliau adalah sebelum sembahyang lima waktu difardukan, dan tiada khilaf bahawa sembahyang itu memang difardukan di malam berlakunya Isra’ dan Mikraj itu, manakala tiga pendapat terakhir saya sendiri tidak dapat mentarjihkan mana-mana satu pun. Namun gaya bahasa surah al-Isra’ itu menunjukkan Isra’ itu berlaku di ketika masa-masa yang akhir sebelum hijrah.

Para Imam al-Hadith meriwayatkan huraian lanjut mengenai peristiwa ini “berdasarkan hadith sahih”, di sini kami memuatkan ringkasannya: Ibnu al-Qayim telah menyebut: Rasulullah telah diisra’kan dengan jasadnya dari masjid al-Haram ke Baitui Maqdis dengan menunggang buraq, ditemani oleh Jibril (a.s), Rasulullah turun ke Baitui Maqdis dengan mengimami sembahyang, bersama para Anbiya’ yang terdahulu, buraq ditambat di halaman masjid al-Aqsa.

Setelah itu Rasulullah dimi’rajkan di malam yang sama dari Baitui Maqdis ke langit terdekat, lalu Jibril meminta supaya dibuka pintu langit, setelah dibukanya, di sana Rasulullah telah melihat Adam (a.s) bapa sekalian manusia, Baginda pun memberi salam kepadanya, Baginda dialu-alukan dan membalas salam dan Baginda diperakukan dengan kenabiannya. Allah memperlihatkan kepada Baginda roh-roh para syuhada’ di sebelah kanannya dan roh-roh yang terseksa di sebelah kirinya.

Kemudian Baginda dibawa naik ke langit kedua, Jibril meminta supaya dibuka pintu langit, setelah dibuka mereka memasukinya di sana didapati nabi Yahya bin Zakaria dan Isa Ibni Mariam, diberinya salam lalu dijawab satam dan dialu-alukan mereka, di samping memperakui kenabian Muhammad (s.a.w).

Setelah itu Jibril membawa Rasulullah ke langit ketiga di sana mereka bertemu dengan Nabi Yusuf, setelah salam diberi dan disambut Baginda dialu-alukan dan diperakui kenabiannya.

Seterusnya Rasulullah dibawa ke langit keempat di sana Baginda berjumpa dengan Nabi Idris (a.s), Rasulullah memberi salam kapadanya dan beliau menjawab, Baginda dialu-alukan dan diakui kenabian Baginda.

Lepas itu Baginda dibawa ke langit kelima di sana Baginda bertemu dengan nabi Harun bin Imran, Baginda menjawab salam yang diberi, Baginda dialu-alukan dan diakui kenabiannya.

Kemudian Baginda dimi’rajkan ke langit keenam di sana Baginda bertemu dengan Musa bin Imran, Baginda memberi salam dan dijawab maka dialu-alukan dan diperakui kenabiannya. Setelah Rasulullah berlepas dari Musa, Musa pun menangis, lalu ditanya Musa apa yang membawa kau menangis? Jawab Musa: Aku menangis kerana orang yang diutuskan selepasku, umatnya memasuki Syurga lebih ramai dari umatku.

Seterusnya Rasulullah dimi’rajkan ke langit ketujuh, padanya Baginda menemui Ibrahim (a.s), setelah salam diberi dan dijawab, Baginda dialu-alukan dan diakui kenabiannya. Sesudah itu Baginda dimi’rajkan ke Sidrah al-Muntaha dan dibawa ke al-Bait al-Ma’mur.

Akhirnya Baginda dimi’rajkan ke hadapan Allah al-Jabbar Jalla Jalaluh, Baginda menghampiriNya paling terdekat, maka difirman dan diwahyukan kepada hambaNya Muhammad segala sesuatu, difardukan ke atas Baginda kelima puluh waktu, dengan itu Baginda pun turunlah untuk pulang ditengah jalan Baginda melalui Musa bin Imran yang bertanyakan kepada Rasulullah:

Dengan apa kau diperintahkan? Jawab Baginda: Daku difardukan dengan lima puluh waktu solat, jawab Musa: Umat kau tidak akan mampu, kembalilah kepada Tuhan pohon kepadaNya pengurangan, demi untuk umat engkau, Baginda berpaling kepada Jibril bagaikan untuk mendapat pandangan, maka Jibril pun memberi persetujuan dengan pendapat Musa itu, dengan itu Jibril membawa semula hingga ke hadapan Tuhan Rabul Jalil, justeru itu Allah pun mengurangkan hingga tinggal sepuluh waktu sahaja, maka Baginda turun, semasa itu sekali lagi Baginda melewati Musa (a.s), Baginda mencerita apa yang berlaku, maka kata Musa sekali lagi sebagai menasihati, Ayuh pulang semula kepada Tuhanmu mintakan agar dikurangkan lagi, demikianlah Rasulullah berulang-alik di antara Allah Rabul Jalil dan Musa, dengan itu Allah perkurangkan, hingga tinggal menjadi lima waktu solat sahaja, masih lagi Musa menyuruh Rasulullah memohon pengurangan lagi, kemudian Rasulullah mengatakan:

Sesungguhnya aku terasa malu, malah setakat ini aku merelai dan menerima perintahNya itu, setelah berjauhan Baginda diseru: Sesungguhnya Daku menguatkuasa solah fardu dan Ku ringankan ke atas hamba-hambaKu.

Ibnu al-Qaiyim juga telah mengemukakan pendapat yang berlainan mengenai penglihatan Rasulullah akan Tuhannya Tabaraka wa Ta’ala, yang kemudian beliau perturunkan pembicaraan Ibnu Taimiyah mengenai tajuk berkenaan, hasil kajian mendapati bahawa penglihatan Rasulullah dengan mata kepala tidak thabit sejak asal lagi, sebenarnya, pendapat ini tidak pernah disebut oleh mana-mana sahabat pun. Pendapat yang dinaqalkan dan dipetik dari Ibnu Abbas:

“Penglihatan Rasulullah adalah secara mutlak dan melalui hati naluri, namun penglihatan mutlak tidak menafikan penglihatan dengan hati”.

Seterusnya beliau menyebut lagi: Adapun firman Allah di dalam surah al-Najm menghampiri di sini bukannya seperti yang diertikan di dalam kisah Isra’ dan Mi’ raj, menghampiri dalam surah al-Najm, ialah Jibril yang menghampiri dan mendekati, sebagaimana yang ditegaskan oleh ‘A’isyah dan Ibnu Mas’ud, gaya bahasa menunjukkan demikian, manakala penghampiran dan pendekatan di dalam hadith al-Isra’, adalah terang danjelas dinisbahkan kepada Tuhan Rubuljalil, ini bererti tidak berlaku apa-apa pertentangan di dalam surah al-Najm, malah Baginda melihatNya dikali kedua di Sidrah al-Muntaha. Ini adalah Jibril, Muhammad (s.a.w) melihatnya dalam bentuk asal dua kali, sekali di bumi dan kali kedua di Sidrah al-Muntaha. Waalahhu a’laam.

Peristiwa pembedahan dada Rasulullah pun berlaku juga dikali ini. Dan di dalam peristiwa Isra’ Mi’raj ini Baginda menyaksi berbagai-bagai perkara:

  • Telah dipersembahkan kepada Baginda susu dan khamar, namun Baginda memilih susu, maka disebutkan kepada Baginda: Kau telah tertunjuk kepada fitrah atau kau telah menepati fitrah, tapi sekiranya kau mengambil khamar nescaya sesat seluruh umat kau.
  • Baginda telah melihat empat sungai di dalam syurga, dua sungai zahir dan dua sungai batin. Dua sungai yang zahir ialah sungai al-Nil dan al-Furat ini bermakna agama dan risalah yang dibawanya akan bertapak di lembah-lembah subur di al-Nil dan al-Furat, penduduknya merupakan pendokong-pendokong agama Islam dari generasi ke generasi yang lain, bukanlah bererti yang airnya yang mengalir dari syurga.
  • Juga Baginda melihat Malik penjaga neraka, yang tidak pernah senyum, malah di mukanya tiada sedikit pun mesra atau lembut, Baginda melihat syurga dan neraka.
  • Baginda menyaksi pemakan harta-harta anak-anak yatim secara aniaya, mulut-mulut mereka bak mulut-mulut unta, dilontar ke dalam rahang mulut mereka ketulan-ketulan api neraka bak harimau meluru keluar dari dasar neraka keluar melalui dubur mereka.
  • Baginda menyaksi pemakan-pemakan riba dengan perut-perut yang besar, kerananya mereka tidak berupaya bergerak dari tempat-tempat mereka, keluarga Firaun melalui di hadapan mereka dan melanyak mereka dengan tapak kaki.
  • Penzina-penzina diletakkan di hadapan mereka daging-daging elok dan segar di samping daging-daging buruk lagi busuk, namun mereka memilih dan memakan yang busuk ditinggalnya yang segar-segar.
  • Baginda menyaksi sekumpulan wanita yang memasuki di dalam majlis lelaki bukan anak-anak mereka, mereka digantung dari payudara-payudara mereka,
  • Juga Baginda melihat sekumpulan unta penduduk Makkah dalam perjalanannya. Pada masa itu Baginda telah menunjukkan mereka unta yang kehilangan itu, dan Baginda telah meminum air dari bekas mereka yang tertutup kemas sedang mereka nyenyak tidur selepas diminum habis Baginda menutup kembali tudungnya, kejadian ini menjadi bukti kebenaran kepada peristiwa Isra’ dan mi’raj yang diceritakan oleh Rasulullah.

Ibnu al-Qayyim berkata: Setelah Rasulullah berada di Subuh pagi bersama-sama kaumnya dan menceritakan kepada mereka tanda-tanda agung (al-Ayat al-Kubra) yang diperlihatkan Allah kepada RasulNya, maka semakin engkar kafir Quraisy dengan risalah Muhammad, semakin bengis lagi mereka menyiksa kaum muslimin. Namun demikian mahu juga mereka bertanya Rasulullah supaya mengambarkan rupa bentuk Baitui Maqdis, maka Allah membuka penglihatan Rasulullah hingga ternampak Baitui Maqdis itu di hadapan matanya, dengan itu Rasulullah pun menceritakan segala sesuatu mengenai dengannya hingga mereka semua tidak berkesempatan untuk menolak atau mendustainya dan menceritakan juga mengenai kumpulan-kumpulan unta mereka, semasa pemergian dan kepulangan Baginda, juga Baginda menceritakan unta-unta yang akan tiba dan menyifatkan unta yang akan mendahului kafilahnya, dan benar sebagai yang diceritakan oleh Rasulullah, namun mereka semakin angkuh dan engkar, memang sesungguhnya orang yang zaiim itu semakin kufurlah mereka.

Adapun Abu Bakr digelarkan dengan gelaran al-Siddiq kerana pembenaran dan kepercayaan beliau dengan peristiwa Isra’ dan Mi’raj, sedang manusia ramai mendustainya. Paling padat dan agong faktor perjalanan mulia ini diaturkan oleh Allah ialah sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

…untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami.

(al-Israa’: 1)

Ini adalah sunnah dan qanun Allah kepada para anbiya’nya, sebagaimana penegasan Allah kepada Ibrahim (a.s) yang bermaksud:

Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.

(al-An’aam: 75)

Dan penegasan Allah kepada Musa (a.s) yang bermaksud:

“(Berlakunya yang demikian itu) kerana Kami hendak memperlihatkan kepadamu, sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Kami yang besar.”

(Thaahaa: 23)

Penyusunan program Isra’ dan mi’raj ini bertujuan memberi keyakinan:

dan supaya menjadilah ia dari orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.

(al-An’aam: 75)

Setelah ilmu dan makrifat para anbiya’ ini didasarkan kepada penyaksian tanda-tanda agung (al-Ayaat al-Kubra) tadi, darinya mereka memperolehi ‘Ain al-Yakin (yakin hakiki), yang tidak dapat dinilai kadarnya, kerana berita perkhabaran itu tidak boleh disamakan dengan penyaksian dengan mata kepala, hasilnya mereka lebih mampu untuk menanggung risiko dakwah yang bakal mereka garap, seluruh tenaga dunia yang menentang mereka hanya seberat sayap nyamuk sahaja, untuk itu mereka tidak menghiraukan pancaroba dan ancaman terhadap mereka.

Adapun hikmat dan rahsia-rahsia di sebalik perjalanan agung ini, secara perincian merupakan topik pembicaraan hikmah-hikmah syariat, namun di sana beberapa fakta ringkas terpancar dari buana ‘perjalanan mulia ini, yang kesemuanya membekalkan siraman subur kepada sirah Rasulullah (s.a.w), saya kira patut dirakamkan sebahagian darinya sini:

Pembaca mendapati di dalam surah Isra’ ini, bahawa Allah telah menceritakan kisah al-Isra’ hanya dalam satu ayat yang tunggal, seterusnya Allah mendedah tembelang kaum Yahudi dan jenayah-jenayah mereka, kemudian Allah memperingatkan mereka bahawa al-Quran ini hanya memberi hidayat kepada sesuatu yang lebih tulus, boleh jadi nanti pembaca menyangka tiada sebarang ikatan di antara dua ayat ini, hakikatnya tidak sedemikian, kerana Allah (s.w.t) dengan cara ini menunjukkan bahawa peristiwa Isra’ itu sesungguhnya telah berlaku di bumi Bait al-Maqdis, kerana kaum Yahudi sudah pun dipecat dari pimpinan umat manusia, lantaran kesalahan-kesalahan dan jenayah-jenayah yang mereka lakukan, sehingga tiada peluang lagi untuk membenarkan mereka menyandang tugas itu, dan sesungguhnya Allah tetap akan memindahkan tugas itu kepada RasulNya (s.a.w) dan mencantumkan kedua-dua pusat dakwah Saidina Ibrahim kepangkuan Baginda.

Memang sudah sampai masanya untuk perpisahan pemimpin kerohanian dari satu umat kepada satu umat yang lain, dari satu umat di mana sejarahnya penuh dengan penipuan, pengkhianatan dosa dan perseteruan, kepada suatu umat yang penuh dengan kebaikan dan budi, di mana RasulNya pun terus menerima wahyu al-Quran yang membimbing ke arah ketulusan dan kebenaran. Tetapi bagaimana proses pemindahan ini boleh berlaku sedang Rasulnya diburu di bukit-bukit Makkah? Persoalan ini menyingkap suatu hakikat yang lain pula, iaitu tugas dan peranan dakwah Islamiah ini hampir berakhir, dan lengkap, dan akan bermula satu peranan yang lain yang amat berlainan dari yang pertama, untuk itu kita melihat sesetengah ayat-ayat al-Quran mengandungi peringatan yang keras dan ugutan yang berat terhadap kaum musyirikin yang bermaksud:

Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang yang melampau-lampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan. lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. Dan berapa banyak umat-umat yang Kami telah binasakan sesudah zaman Nabi Niih; dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui lagi melihat akan dosa-dosa hamba-Nya.

(al-Israa’: 16-17)

Di samping ayat-ayat ini terdapat ayat-ayat lain yang menerangkan kepada kaum muslimin akan asas dan tunggak tamadun serta prinsip dan rukun-rukunnya di mana masyarakat Islam ditegakkan di atasnya, seolah-olah mereka telah bennustautin di bumi ini dengan menguasai semua aspek di dalam pengumsan mereka, di mana mereka membentuk satu kesatuan yang kemas berpadu sebagai paksi kepada perjalanan masyarakat lain, ini merupakan isyarat bahawa Rasulullah akan memperolehi perlindungan dan pemeliharaan hingga urusan dan kerja-kerja

Baginda bertapak, kelak ianya akan jadi sebagai markas penyebaran dakwah Baginda, inilah rahsia perjalanan yang mulia lagi berkat itu. Pembicaraan sebenarnya ada kaitan dengan topik kajian kami, untuk itu maka kami bicara di sini, sebagai hukum, maka sebab itu kami dapati Isra’ ini berlalcu sebelum baiah al-Aqabah atau di antara dua baiah al-Aqabah. Waallahu a’lam.