Faktor-faktor Kesabaran & Kecekalan

Manusia yang tabah pun menyaksi penuh keberanian, malah golongan berfikiran pun bertanya sesama mereka: Apakah sebab dan faktor yang membawa kaum muslimin boleh sampai ke peringkat ini dan melewati batas-batas kecekalan yang luar biasa ini? Bagaimana mereka boleh bertahan dan bersabar menghadapi ancaman dan penyiksaan yang menggerunkan, penyiksaan yang boleh menggoncang hati-hati yang berani? Memandangkan persoalan yang muncul di hati-hati naluri manusia, maka kita dapati adalah wajar untuk kita memaparkan sebahagian dari faktor-faktor ini sebagai petanda sepintas lalu, secara ringkas:

1. Faktor utama di sini ialah keimanan dan keyakinan dengan Allah (s.w.t), mengenal Allah dengan ertikata yang sebenar, kerana keimanan yang sejati apabila menguasai hati-hati rijal ianya menjadi seberat gunung yang tidak mungkin dicabar, manusia yang memiliki iman yang mantap dan keyakinan yang azam melihat kepahitan dunia, biar seberat mana dan seteruk mana, bagaikan kiambang yang terapung di permukaan arus air laju menghentak-hentak empangan dan bendungan, namun ianya tidak mungkin memecah atau menjejaskannya, demikian orang yang memiliki keimanannya yang mantap ini, langsung tidak menghirau dan mempedulikan dengan ancaman dan tribulasi yang memenatkan, malah beliau akan merasai satu kemanisan iman dan keenakan keyakinannya berhadapan dengan semua fitnah ini. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. (Al-Ra’d: 17) Dari faktor ini tercawang beberapa faktor lain yang berpadu, memberi kekuatan kepada kecekalan dan kesabaran.

2. Pimpinan yang menarik hati-hati kepadanya. Rasulullah merupakan pemimpin yang tertinggi bagi ummah Islamiah, bahkan bagi manusia sejagat, di mana Baginda terhias dengan keluhuran akhlak, jiwa yang sempurna, budipekerti yang tinggi, perangai yang mulia dan susila terpuji, kesemuanya ini membawa hati-hati manusia tertarik dengannya, sanggup dan rela berkorban apa sahaja untuk mempertahankannya, kesempurnaan Baginda melimpah ruah, yang sememangnya diidam-idamkan oleh manusia, tidak pernah ada pada mana-mana manusia, dipersada ini. Baginda merupakan mercu kemuliaan, kebaikan dan kelebihan, contoh kepada kebersihan jiwa, amanah dan kebenaran, Baginda adalah sumber danjalan kebaikan yang diakui oleh lawan lebih-lebih lagi taulan, tidak ada kalimah yang diungkapkan melainkan kesemuanya dipercayai dan diyakini kebenarannya. Tiga orang tokoh Quraisy telah berbicara sesama mereka, setiap mereka telah pun mendengar al-Quran secara rahsia tanpa diketahui oleh kawannya yang lain, namun diakhirnya rahsia mereka ini terpecah juga, salah seorang mereka telah menyoal Abu Jahal katanya: Apa pendapat tuan mengenai yang tuan dengar dari Muhammad itu? Tanya Abu Jahal: Apa yang engkau dengar? Jawabnya: Kami dan Banu Abdul Manaf telah berlumba-lumba untuk memperolehi kemuliaan, kiranya mereka memberi orang makanan kami pun berbuat demikian, mereka membawa orang ramai, kami pun membawa orang ramai, mereka memberi sesuatu kami pun boleh memberi, sehingga apabila kami hampir seri, perlawanan pejutan kami seolah-olah dua ekor kuda berlumba, hinggalah mereka berkata: Kami ada nabi yang menerima wahyu dari langit. Dan bilakah kita akan mendapatinya? Jawab Abu Jahal: Demi Allah aku tidak akan beriman dengannya? Jawab Abu Jahal: Demi Allah aku tidak akan beriman dengannya atau mempercayainya sama sekali.

Abu Jahal pernah berkata: Wahai Muhammad, sebenamya kami tidak mendustaimu, tetapi mendustai apa yang kamu bawa itu, maka dengan itu Allah menurunkan wahyu:

Sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orang yang zaiim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata)

(al-An’aam: 33)

Di suatu, hari kafir Quraisy menyindir Rasulullah tiga kali, dengan jelingan mata, pada kali ketiga Rasulullah berkata: Wahai kalian Quraisy aku telah membawakan kamu dengan sembelihan, mereka tersentak dengan kata-kata Baginda itu, hinggakan orang paling memusuhi Rasulullah pun membuat koreksi diri mereka dengan sesuatu yang terbaik padanya.

Semasa kafir-kafir Makkah mencampak uncang najis ke atas Rasulullah ketika Baginda sedang sujud, Baginda mendoakan bala ke atas mereka, menyebabkan ketawa mereka terhenti dengan tiba-tiba, dan kesangsian serta dukacita menyelubungi mereka semua, dan mereka yakin bahawa mereka pasti binasa.

Baginda pernah mendoa bala ke atas Utbah bin Abu Lahab, sepanjang hayatnya beliau meyakini di suatli masa pasti doa itu terlaksana, hingga bila beliau melihat singa terus beliau berkata: Demi Allah Muhammad membunuh daku sedang beliau berada di Makkah.

Ubai bin Khalaf pula mengugut untuk membunuh Rasulullah, tetapi jawab Rasulullah: Malahan aku yang membunuh kau! Insyaallah. Setelah Ubai ditikam di peperangan Badar, luka hanya sekadar terguris sedikit dikulit, namun Ubai melaung dengan katanya: Dia telah bersumpah di Makkah dahulu hendak membunuh daku dengan katanya: Aku yang akan membunuh kau, demi Allah kalau dia ludah ke mulutku nescaya binasa juga daku. Huraiannya akan menyusul.

Semasa di Makkah Sa’d bin Mu’az telah menyebut kepada Umaiyah bin Khalaf: Sebenarnya aku telah dengar Rasulullah berkata: Mereka yakin kaum Muslimin akan membunuh kamu, menyebabkan beliau terperanjat besar dan berjanji untuk tidak keluar dari Makkah, sebab itu bila digesa oleh Abu Jahal supaya beliau keluar berperang di Badar, beliau telah memperuntukkan belanja agak besar demi untuk membeli seekor unta pacuan yang terbaik, untuk membolehkan beliau berkejar lari ke Makkah. Isterinya telah memperingatkan beliau dengan katanya: Wahai Abu Sofwan, apakah kau telah lupa apa yang telah disebutkan di suatu ketika dahulu oleh saudaramu al-Yathribi itu? Jawab beliau: Demi Allah, tidak sekali-kali, aku ke sana pun, bukan untuk masuk ke tengah-tengah medan hanya dipinggirnya sahaja.

Inilah perasaan dan sikap musuh-musuh Rasulullah terhadap Baginda, manakala sikap para sahabatnya dan mereka bersama Baginda menjadikan Baginda sebagai roh dan jiwa mereka, Baginda adalah hati dan mata kepada mereka, kecintaan sejati membawa mereka tertarik kepada Baginda bagaikan air yang mengalir, jiwa-jiwa mereka tertarik kepada Rasulullah bagaikan besi tertarik kepada tarikan magnet, bak kata penyair:

Gambaran dirinya memenuhi pada setiap jasad Jiwanya menarik setiap hati lelaki.

Natijah kecintaan mereka dan berfana, kerananya, mereka sanggup diri mereka dibinasakan asalkan Baginda selamat, tidak terguris walau dengan sekerat duri.

Di suatu hari Abu Bakr telah dilanyak oleh kafir Quraisy di kawasan Makkah, dipukul separah-parahnya, Utbah bin Rabi’ah turut sama menerajang dengan tapak kasutnya yang berladam, menyental-nyental di seluruh mukanya, dan melanyak perutnya hingga tak kelihatan mana hidungnya mana mukanya. Kemudian diusung di dalam pakaiannya oleh Banu Tamim ke rumahnya, ketika sampai ke dalam rumah tak seorang pun menyangka yang beliau hidup lagi, disenja hari baru beliau mula bercakap, dan lafaz yang mula-mula beliau tutur, katanya: Apa yang Rasulullah buat, mereka yang melingkungi beliau pun marah dan mencelanya, kemudian mereka pun bangun dan berpesan kepada ibunya Ummu Khair: Tengoklah dia ini? dan suaplah apa saja, atau berilah minuman kepadanya, setelah ibunya bersendirian dengannya, beliau menggesa supaya Abu Bakr memakan dan meminum, tapi beliau masih lagi bertanya: Apa yang telah Rasulullah lakukan? Jawab ibunya: Demi Allah aku pun tidak ada maklumat mengenainya. Kata Abu Bakr pula: Cuba ibu pergi bertemu Ummu Jamil binti al-Khatab tanyakan dia mengenai Baginda itu? Lantas ibunya pun keluar hingga bertemu Ummu Jamil dan berkata: Abu Bakr di rumah sana bertanya khabar mengenai Muhammad bin Abdullah. Jawab Ummu Jamil: Aku tidak tahulah mengenai Abu Bakr dan tidak tahu juga mengenai Muhammad bin Abdullah? Tapi kalau pun mahukan aku pergi bersama puan menemui anak engkau itu boleh aku ke sana. Jawab Umu Khair: Ya! Apa salahnya, beliau terus bersama-sama Ummu Jamil, didapatinya Abu Bakr terlentang membujur, Ummu Jamil menghampiri beliau dan berteriak sambil berkata: Demi Allah golongan itu telah mengerjakan kau, sebagai pembalasan kepada golongan fasik lagi kafir itu, ku berdoa semoga Allah menuntut bela dari mereka itu, kemudian bertanya Abu Bakr: Apa yang telah Rasulullah lakukan? Jawab Ummu Jamil: Ini Ibumu sedang mendengar cakapmu itu: Tak usah ragu-ragukan dia. Kata Ummu Jamil lagi: Baginda selamat dan sempurna. Tanya Abu Bakr: Di mana Baginda? Jawab Ummu Jamil: Baginda di rumah Ibnu al-Arqam. Kata Abu Bakr: Aku berjanji dengan Allah, aku tidak akan menjamah sebarang makanan pun atau meminum minuman, kecuali setelah ku menemui Rasulullah, tetapi mereka berdua menangguhkan pemergian Abu Bakr, sehingga apabila Abu Bakr kembali tenang dan orang ramai pun dah reda, mereka berdua memapah Abu Bakr hinggalah mereka masuk menemui Rasulullah (s.a.w).

Kita akan cuba paparkan di sini gambaran hidup yang sukar ditemui mengenai kecintaan dan dedikasi golongan awal terhadap diri Rasulullah (s.a.w), di dalam beberapa kejadian berasingan, di dalam penulisan ini, terutama kejadian di hari peperangan Uhud dan apa yang telah dilakukan oleh Khubaib dan mereka yang seumpamanya.

3. Perasaan tanggungjawab {al-syu’ur bit mas’uliyah). Para sahabat seluruhnya penuh perasaan dan syu’ur di mana manusia kesehiruhannya dipikul dengan beban tanggungjawab ini, tidak boleh dielak atau ditolak dengan sebarang alasan, padah penolakkan tanggungjawab atau melarikan diri darinya adalah sangat buruk dan berat malah lebih buruk lagi dari penyiksaan itu sendiri, kerugian yang bakal mereka alami terlalu besarjika dibandingkan dengan kepayahan yang mereka hadapi, ekoran kesanggupan mereka memikul tugasan ini. Malah kerugian ini turut ditanggung oleh manusia sejagat.

4.Kepercayaan dengan hari akhirat. Kepercayaan ini adalah sokongan kepada syu’ur kebertanggungjawapan itu, mereka penuh keyakinan dengan apa yang mereka lakukan, itu adalah semata-mata untuk Allah Rab al-‘Alamin, di mana mereka akan dinilai dan dihisab oleh Allah dengan yang sekecil-kecil pekerjaan hinggalah kepada yang sebesar-besarnya, balasannya samada ke syurga nirwana atau neraka jahanam, mereka menghabiskan usia mereka di antara ketakutan dan harapan, mengharapkan rahmat Tuhan mereka dan takut dengan azab sengsaraNya. Pernah golongan sahabat ini memberi sedekah dengan apa yang dikurniakan kepada mereka, sedang hati-hati mereka berdegup ketakutan dengan sedekah itu, kalau-kalau tidak diterima. Sesungguhnya mereka kembali kepada Tuhan mereka.Mereka memang mengenali dunia ini samada azabnya atau kesenangannya tak lebih dari sebelah sayap nyamuk, berbanding dengan balasan di akhirat. Pengenalan dan makrifat yang mendalam ini, membawa mereka berasa ringan dengan kepahitan dunia dan kesusahannya, hingga membawa mereka tidak memberi perhatian langsung kepada dunia dan sengsaranya itu.

5.Al-Quran: Disaat yang meruncing, menakut dan menggerunkan ini, turunlah ayat-ayat al-Quran, memberi sokongan dan keterangan-keterangan kemas mengenai ajaran dasar al-Islam, di mana dakwah di peringkat itu berkisar di sekitarnya, dengan usiub danjalan bahasa yang menarik di masa yang sama menunjuk ajar kepada kaum muslimin jalan yang sebenar, kepada dasar pembinaan sebuah masyarakat contoh di dunia ini, iaitu masyarakat Islam . Ayat-ayat al-Quran menyemarakkan perasaan kaum muslimin dan menyegarkan emosi kesabaran dan kecekalan yang telah menempa contoh unggul kepada umat manusia sejagat:

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang yang terdahulu daripada kamu ? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta bcnda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkata mereka yang beriman dengannya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Maka jawab Rasul: Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

(al-Baqarah: 214)

Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman “, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan).Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta.

(al-Ankabut: 1-3)

Sebagaimana juga ayat-ayat al-Quran menolak tohmah-tohmah kaum kafirin dan mereka yang engkar, dengan hujah-hujah yang kemas, hingga tidak memberi peluang langsung kepada mereka untuk menjawab, al-Quran juga memperingatkan mereka kepada akibat-akibat buruk yang bakal mereka hadapi, kiranya mereka masih berdegil untuk tidak mahu menerima kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah itu. Peringatan yang jelas dan nyata berdasarkan kepada hari-hari Allah yang penuh dengan azabNya di masa silam dan bukti-bukti sejarah yang menjelaskan sunnah-sunnah dan ketetapan Allah kepada wali-waliNya dan musuhNya, dan di ketika yang lain ayat al-Quran berlembut dengan mereka, dan bertegas memberi kefahaman dan petunjuk serta bimbingan, agar mereka sedar dari kesesatan mereka yang nyata itu.

Dari sudut yang lain al-Quran membawa kaum muslimin di suatu alam yang lain, membawa mereka melihat dan menikmati pandangan alam semesta, keindahan ciptaan Ilahi, kesempurnaan sifat ketuhanan Allah, kesan-kesan kasihan belas Allah dan jelmaan kesayangan Allah yang mereka nostalgiakan kepadanya, yang tidak dihalang oleh mana-mana pendinding.

Di dalam ayat-ayat ini tersemat percakapan yang dibahasakan kepada kaum muslimin, memberitahu berita-berita gembira dari Tuhan mereka mengenai rahmat, keredhaan dan syurga-syurga, di dalamnya nikmat berkekalan. Al-Quran juga mendedahkan kepada kaum muslimin kedudukan seteru-seteru mereka, kafirin, penzalim, mereka dihukum, dihalau dan diseret dengan muka tertiarap untuk disumbat ke dalam neraka katanya: Ayuh kecapilah kejutan neraka Saqar.

6. Berita kejayaan – Al-Bisyarat BiAl-Najah: Walau pun segala kesengsaraan yang dialami oleh kaum muslimin namun mereka sudah mengetahui sejak di hari pertama mereka menghadapi tekanan penyiksaan, malah sebelum mereka memeluk Islam, kerana masuk sahaja ke dalam Islam bererti mereka menempah musibah dan kebinasaan, bahkan dakwah Islamiah itu sendiri memang matlamat utamanya ialah membenteras jahiliah dan sistemnya yang zaiim, di samping menyebar luas kekuasaan Islam ke atas kuasa politik dunia, demi untuk membawa umat manusia seluruhnya ke jalan yang diredhai Allah, membebaskan mereka dari perhambaan sesama manusia kepada pengabdian kepada Allah semata-mata.

Di sini al-Quran turun dengan bisyaratnya, kadang-kadang dengan bahasa nyata, kadang-kadang melalui kiasan dan kinayah, di dalam masa yang genting ini dunia bagaikan menjadi sempit untuk kaum muslimin, suasana persekitaran mencekik mereka, malah membunuh mereka, di saat-saat seumparna inilah ayat al-Quran turun membawa kisah nabi-nabi silam dah kaum sebangsa yang mendusta dan menentangnya. Ayat-ayat al-Quran ini mempamirkan persekitaran dan suasana yang menyamai dengan situasi kaum muslimin di Makkah dan sikap kaflrnya, seterusnya ayat-ayat al-Quran itu memperturunkan kisah selanjutnya mengenai akibat dan padah buruk yang diterima oleh penentang-penentang para nabi itu, di mana mereka dibinasakan oleh Allah di atas kedegilan dan keterlaluan mereka menentang dan mencabar Allah dan RasulNya diakhiri dengan pelaksanaan janji Allah, di mana bumi Allah dan kekuasaanNya diperturunkan kepada golongan beriman. Kisah ini memberi isyarat bahawa kaum kafir Makkah akan menerima nasib yang sama di mana mereka kekal di dalam penentangan mereka yang berterusan, akhirnya kejayaan berpihak kepada kaum muslimin dan kepada dakwah Islamiah.

Di dalam tempoh-tempoh ini ayat al-Quran terang-terang menjanjikan kemenangan untuk kaum mukminin.

Dan demi sesungguhnya! Telah ada semenjak dahulu lagi, ketetapan Kami, bagi hamba-hamba Kami yang diutus menjadi Rasul. Bahawa sesungguhnya merekalah orang yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan. Dan bahawasanya tentera Kami (pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang yang mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran).0leh itu berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka, (jangan hiraukan celaan mereka serta bersabarlah) hingga kesuatu masa.Dan lihat (apa yang akan menimpa) mereka; tidak lama kemudian mereka akan melihat (kemenangan yang telah Kami tetapkan untukmu). Maka tidaklah patut mereka meminta disegerakan awb (yang telah ditetapkan oleh) Kami! Kerana apabila awb itu turun dalam daerah dan kawasan mereka, sudah tentu buruklah hari orang yang tidak mengindahkan ‘ amaran yang telah diberikan.

(ash-Shaffaat: 171-177)

Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan, dan mereka pula akan berpaling lari.

(al-Qamar: 45)

(Sebenamya mereka hanyalah) satupasukan tentera dari kumpulan-kumpulan (yang menentang kebenaran), yangpada suatu masa kelak tetap akan dikalahkan.

(Shaad: 11)

Dan ayat al-Quran turun mengenai mereka yang berhijrah ke Habsyah:

Dan orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh Islam), Kami akan menempatkan mereka di dunia inipada tempatnya yang balk; dan sesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui.

(an-nahl: 41)

Kaum kafir pernah bertanya Rasulullah mengenai nabi Yusuf dan saudaranya maka tumn ayat al-Quran:

Demi sesungguhnya! (Kisah) Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya itu mengandungi beberapa pengajaran bagi orang yang bertanya “

(Yusuf: 7)

Kaum kafirin Makkah sebagai pihak yang bertanya akan menerima padah kedegilan mereka, seperti mana saudara Yusuf menerima akibat tindakan mereka yang terkutuk itu, akhirnya mereka akan tunduk kepada Yusuf, dan Allah berfirman sebagai memperingati para Rasul:

Dan berkatalah pula orang yang kafir itu kepada Rasul-rasul mereka: “Demi sesungguhnya, kami akan mengeluarkan kamu dari negeri kami atau kamu menjadi seagama dengan kami”. Lalu Tuhan wahikan kepada Rasul-rasul-Nya: “Demi sesungguhnya! Kami akan membinasakan orang yang_ wlim. “Dan demi sesungguhnya! Kami akan tempatkan kamu di negeri itu sesudah binasanya kaum, yang zaiim itu; balasan baik yang demikian, adalah bagi orang yang takut akan sikap keadilan-Ku (menghitung amalnya), dan takut akart janji-janji azab-Ku”.

(Ibrahim: 13-14)

Semasa meletusnya peperangan di antara Parsi dan Roman, pihak musyrikin mengharapkan agar Parsi musyrik seperti mereka menang di dalam peperangan berkenaan, sedang kaum muslimin mengharapkan Roman pula yang menang lantaran mereka sebagai pihak yang beriman dengan Allah dan para Rasul serta wahyu kitab dan hari akhirat, tetapi kemenangan berpihak kepada Parsi, dalam hal ini Allah menurunkan ayat al-Quran memberi berita gembira iaitu kemenangan Roman pada beberapa tahun akan datang, namun ayat al-Quran tidak berhenti setakat itu sahaja malah terang-terang menyampaikan berita yang lain, iaitu pertolongan Allah kepada kaum mukminin dengan firmanNya:

Orang yang beriman akan bergembira. Dengan kemenangan yang diberi Allah.

(al-Ruum: 4-5)

Rasululullah sendiri sering menyampaikan khabar gembira bisyarat seperti ini dari semasa ke semasa, sebagaimana kebiasaan, apabila tibanya musim haji Rasulullah berdiri di pasar Ukaz, Mijannah dan Zu al-Majaz untuk menyeru orang ramai kepada Islam, menyampaikan risalahnya, dengan tidak hanya menyampaikan khabar mengenai syurga sahaja malah menjelaskan kepada mereka dengan sabdanya yang tegas, bermaksud:

“Wahai kalian yang hadir, ucaplah La ilah ha Ilia Allah nescaya kamu berjaya, dengannya kamu memerintah bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pula akan tunduk kepada kamu, kiranya kamu mati nescaya kamu sebagai raja-raja di syurga Allah”

Sebelum ini sudah pun kita sebutkanjawapan Rasulullah kepada Utbah bin Rabi’ah semasa beliau menawarkan Rasulullah kesenangan-kesenangan dunia, di manaUtbah sendiri telah dapat memahami bahawa usaha Rasulullah ini akan menjadi kenyataan dan realiti di bumi sejagat.

Demikian juga dengan jawapan Rasulullah kepada perwakilan yang datang menemui Abu Talib, di mana Rasulullah dengan jelas meminta supaya mereka mengucap dengan satu kalimah sahaja sebagaijanji dari mereka, dengannya bangsa Arab akan tunduk kepada mereka dan bangsa-bangsa asing akan mereka kuasai.

Khabbab bin al-Arat telah berkata: Aku telah menemui Rasulullah, semasa itu Baginda sedang berbantalkan kainnya, dilindungan Kaabah, di ketika itu seluruh mereka menghadapi tentangan hebat kaum musyirikin, ku berkata kepada Baginda: Tidakkah boleh tuan hamba meminta pertolongan dari Allah. Rasulullah pun bangun dengan keadaan mukanya merah-merah sambil bersabda: Sebenarnya orang mukmin yang terdahulu dari kamu pernah disikat belakangnya dengan sikat besi hingga luluh habis dagingnya, namun tiada suatu pun boleh mengugat pegangan mereka, pasti Allah akan sempurnakan urusan agama ini, hingga seseorang musafir dapat berjalan dari San’a hingga ke Hadramaut tanpa takut sesuatu apa pun, selain dari Allah dan serigala ke atas kambingnya, tetapi kamu beristi’jal dan tergesa-gesa.

Berhadapan dengan bisyarat yang menjanjikan masa yang cemerlang di dunia ini, di samping harapan yang cerah untuk memiliki syurga Allah, para sahabat melihat penyiksaan yang silih menimpa mereka dan bala bencana yang mengelilingi mereka tidak lebih dari mendung timur yang menyelubungi suasana yang tidak lama akan hilang. Rasulullah terus mengukuhkan jiwa mereka dengan sajian kerohanian dan keimanan, mentazkiahkan hati-hati mereka dengan ajaran-ajaran al-Quran dan hikmah- hikmahnya, mentarbiahkan mereka dengan latihan yang membina budi, membimbing jiwa-jiwa mereka ke rnercu kemuliaan diri, kesucian hati, keheningan susila, kebebasan’dari rantai meterialistik, penentangan hawa nafsu, dan melonjak syahdu kehadrat Ilahi, Pencipta petala langit dan bumi. Seluruh sanubari mereka dibersihkan, hingga keluarlah mereka dari buana kegelapan ke alam cahaya dan nur, melatih mereka cekal hati menghadapi cabaran dan rintangan hawa nafsu, hingga dengannya mereka semakin kukuh berpegang dengan agama, menolak ke tepi syahwat hawa nafsu, bermatian ke jalan Allah dan keredhaanNya, penuh nostalgia kepada syurga nirwanaNya, perihatin untuk memperolehi ilmu, bertafaqquh dalam agama, menghitung diri, menunduk runtunan nafsu, mengatasi emosi, menguasai berontakan perasaan, kesemuanya ditambah dengan kesabaran, ketenangan dan ketabahan hati.

 

Leave a Comment