Di Gua Hira’

Bila usia Baginda meningkat empat puluh tahun, renungan dan pengamatan Baginda di masanya yang silam, membawa Baginda semakin jauh lagi jurang dan cara pemikiran Baginda dari kaumnya, membawa Baginda gemar untuk mengasingkan diri berikhtila’, untuk itu Baginda membawa bekalan dan air untuk maksud ke gua Hira di bukit al-Nur dengan jarak dua batu ke bandar Makkah, ianya adalah sebuah gua yang selesa (panjangnya empat hasta). 

Turut bersama, keluarga Baginda, di sana Baginda tinggal selama sebulan Ramadhan. Baginda memberi jamuan kepada fakir miskin yang menziarahinya, di samping Baginda menghabiskan masanya di sana untuk beribadat dan berfikir mengenai alam semesta sekelilingnya, kudrat disebalik penciptaannya, Baginda tidak senang dengan akidah pegangan syirik kaumnya, yang terlalu rapuh dan reput itu, serta tasawurnya yang tidak bertunjang. Baginda mempunyai satujalan keluar yang jelas, atau satu program yang padu dan haluan arah-tuju yang boleh Baginda berpuas hati dengannya. Pemilihan Baginda untuk beruzlah itu merupakan sebahagian dari program yang disusun oleh Allah s.w.t untuk Baginda sebagai persiapan untuk menangani persoalan agung. Malah ianya suatu yang tidak dapat tidak bagi mana-manajiwa agung untuk berperanan membentuk perjalanan hidup manusia. Jiwa seperti ini hams berikhtila’ dan beruzlah untuk beberapa ketika memutus hubungan dari kesibukan bumi, kebisingan hidup dan kegawatan manusia yang memilih perjalanan hidup duniawi. 

Demikian Allah menyusun program untuk Muhammad sebagai persiapan untuk memikul amanah agung di muka bumi ini, dalam rangka untuk merombak dan merubah sistem yang sedemikian lama bermaharaja di bumi ini dan demi untuk membetulkan landasan sejarah yang diselewengkan. Allah menyusun program al-Uzlah ini, tiga tahun sebelum Baginda memikul amanah dan risalah Ilahi ini, di dalam beruzlah ini Baginda mengambil masa selama beberapa bulan, menghayati kehadiran bayu maya pada yang serba bebas dan merdeka. Di sampingnya Baginda mengamati alam di sebalik maya pada ini, sehingga tiba masanya untuk bermuamalah dan berinteraksi dengan alam ghaib itu, iaitu pada ketika yang dikehendaki Allah.

Leave a Comment