Dakwah Secara Terang-Terangan

Arahan awal menggerakkan dakwah:

Arahan awal supaya digerakkan dakwah secara terang-terangan adalah berdasarkan ayat terawal diturunkan mengenainya yang bermaksud: 

“Dan berilah peringatan kepada keluarga mu yang terdekat. “

Surah yang termuatnya ayat ini ialah surah al-Syuara’, diawalnya dikisahkan Musa a.s, bermula dari kebangkitan sebagai nabi hinggalah hijrahnya bersama Bani Israel, kejayaan mereka terlepas dari Firaun dan petualang-petualangnya dan penenggelaman Firaun bersama-sama orangnya ke dalam laut, kisah ini mengandungi tahap-tahap dakwah nabi Musa yang dilaluinya dalam usaha mengajak Firaun dan kaumnya untuk beriman dengan Allah. Pada saya pengisahan Musa secara terurai ini bertujuan untuk mengiringi sumhan Allah kepada nabi Muhammad s.a.w untuk berdakwah kepada kaumnya, agar kisah ini menjadi teladan tertera dihadapan mata kepala mereka, di mana mereka akan menghadapi pendustaan dan penyiksaan semasa mereka mengisytiharkan dakwah secara terbuka dan supaya dari awal-awal lagi mereka mempunyai ain basirah terhadap kerja yang bakal mereka laksanakan nanti.

Dari sudut yang lain surah ini juga menyebut kesudahan mereka yang engkar dengan utusan Allah, mereka terdiri dari kaum Nuh, ‘Aad, Thamud, kaum Ibrahim, kaum Lut, penghuni al-Aikah – selain dari Firaun dan kaumnya, agar mereka mengambil periktibaran, bahawa kesudahan mereka pun sama juga sekiranya mereka terus mendustai Rasulullah dan kaum Mukminin akan mengetahui bahawa balasan yang baik sedang menunggu mereka.

SERUAN KEPADA KELUARGA TERDEKAT

Tindakan awal yang dilakukan oleh Rasulullah sebaik sahaja turun ayat mengenai seruan cara ini ialah dengan menjemput anggota Bani Hasyim, mereka seramai empat puluh lima orang, yang juga terdiri dari keluarga Bani al-Mutalib bin Abdul Manaf. Dalam majlis ini Abu Lahab memulakan percakapan dengan katanya: Mereka ini semua bapa-bapa saudara dan anak-anak saudara kamu, ayuh bercakaplah tetapi tinggalkan persoalan al-Saba ‘ah keluar agama, kau mesti tahu di mana seluruh bangsa Arab bangsa kamu juga, mereka ini tidak berkuasa, dan aku lebih berhak memegang kamu, untuk kamu memadai setakat anak pinak bapa kamu, sekiranya kau berhenti setakat yang telah kamu lakukan itu, maka itu lebih senang diterima oleh kesemua qabilah-qabilah Quraisy, dan disokong oleh bangsa-bangsa Arab. Setakat hari ini aku belum pernah bertemu dengan seorang lelaki yang telah membawa keburukan ke atas kaumnya, seperti yang kau lakukan ini. Rasulullah s.a.w berdiam diri dan langsung tidak berkata-kata sebarang apa pun, di dalam majlis itu. Kemudian, sekali lagi Rasulullah menjemput mereka dan berkata:

Segala puji-pujian bagi Allah daku lafazkanm, denganNya laku memohon pertolongan, denganNya daku beriman, ke itasNya daku bertawakkal, daku bersaksi sesungguhnya tiada luhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya. Katanya iagi: Sesungguhnya pemimpin tidak mendustai, demi Allah tiada I\ihan melainkan Dia, sesungguhnya daku adalah pesuruh Allah, kepada kamu secara khusus dan untuk manusia secara umum. Demi Allah sesungguhnya kematian kamu itu tidak lebih seperti tidur kamu dan kamu akan dibangkitkan semula sama seperti kamu dijagakan dari tidur ini. Sesungguhnya kamu akan dihitung di atas segala amalan yang kamu lakukan, balasannya itu samada ke syurga selama-lamanya atau ke neraka selama-lamanya. Abu Talib bangun menyahut Rasulullah dengan berkata: Tidak ada suatu pun yang Allah suka bagi kami selain dari membantu kamu, menerima nasihat kamu, mempercayai kata-kata kamu itu, mereka yang berkumpul ini adalah anak keluarga bapa engkau, aku ini cuma salah seorang dari mereka tetapi aku lebih segera untuk menerima apa yang kamu senangi itu. Ayuh, teruslah dengan sesuatu yang telah diperintahkan ke atas kamu itu, demi Allah aku ini masih Iagi menjaga dan mempertengahkan kamu, namun jiwaku masih tidak berupaya dan sanggup untuk berpisah dengan agama Abdul Muttalib itu. Segera dicelah oleh Abu Lahab dengan katanya: Demi Allah ini adalah salah satu keretakan, pegang tangannya sebelum dia dipertahankan oleh orang lain. Jawab Abu Talib, demi Allah kami akan mempertahankannya selagi hayat dikandung badan.

DI BUKIT AL-SAFA

Setelah Rasul memperolehi kepastian dari penjagaan Abu Talib terhadap dirinya semasa Baginda menyampaikan risalah Tuhannya, maka Rasulullah di suatu hari telah berdiri di Bukit

al-Safa dan menyeru: Ayuh berkumpullah kamu di pagi hari ini. Maka bergegaslah keluarga qabilah Quraisy ke hadapan Rasulullah. Di sana Rasulullahmengajak mereka untuk beriman dengan Allah Yang Esa, dengan risalahnya dan dengan hari akhirat. Mengenai kisah ini Imam al-Bukhari meriwayatkan sebahagian darinya, iaitu melalui Ibnu Abbas dengan katanya:

“Dan berilah peringatan kepada keluarga mu yang terdekat. “

Setelah turunnya ayat ini, maka Rasulullah pun segera ke bukit Safa dan menyeru dengan katanya: Wahai Bani Fihr, Bani Aud, keluarga keturunan Quraisy, hingga dengan itu maka berkumpullah mereka semua, hingga kalau ada yang tidak dapat keluar, mereka menghantar wakilnya untuk mengikuti apakah yang berlaku. Abu Lahab dan sekelian Quraisy pun datang disitu. Rasulullah berkata: Bagaimana kalau ku katakan kepada kamu kalian, bahawa di sebalik bukit sana ada musuh berkuda akan menyerang kamu, apakah kamu boleh percaya cakap ku itu? Jawab mereka: Ya kami percaya, sebab selama ini belum pernah kami berpengalaman, selain dari kebenaranmu. Maka sambung Rasulullah dengan kata-katanya: Sesungguhnya aku hendak memberi peringatan kepada kamu kalian bahawa azab sengsara sedang menanti kamu! Maka kata Abu Lahab: Binasalah kau diseluruh hari ini, apakah untuk ini maka kamu mengumpul kami semua, dengan itu turunlah ayat Allah yang bermaksud:

”Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab “.

Imam Muslim pula meriwayatkan sebahagian yang lain pula dari cerita ini, iaitu melalui Hadith yang diriwayat oleh Abu Hurairah. Katanya, setelah terturunnya ayat Allah yang bermaksud:

“Dan berilah peringatan kepada keluargamuyang terdekat. “

Maka Rasulullah pun mengajak mereka secara umum dan khusus; kata Baginda: Wahai kalian Quraisy, selamatkanlah diri kamu dari api neraka, wahai kalian Ka’ab selamatkanlah diri kamu dari api neraka, demi Allah sesungguhnya daku tidak berkuasa menolong kamu dari azab Allah, apa yang ada hanyalah hubungan rahim yang akan ku cubakannya.

Inilah laungan yang berkumandang membawa maksud penyampaian yang optima. Sebenarnya Rasulullah telah menerangkan kepada yang terdekat dengannya, bahawa mempercayai dengan risalah yang dibawanya ini merupakan penyuburan kepada hubung rahim di antara Baginda dan mereka semua. Kefanatikan kekeluargaan yang menjadi pegangan bangsa Arab ini dicairkan oleh bahang kepanasaninzar-inzar (peringatan-peringatan) dari Rasulullah s.a.w. yang pasti akan disusuli dengan azab dari daripada Allah s.w.t.