Boikot !

Dalam tempoh empat minggu terjadi empat peristiwa besar mengenai kaum musyrikin. Pertama, Hamzah memeluk Islam, kedua Umar memeluk Islam, ketiga penolakan Rasulullah terhadap tawaran yang diajukan kepadanya, keempat persetujuan Banu al-Muttalib dam Banu Hasyim, muslim dan kafimya secara bersama untuk memberi perlindungan dan pertahanan terhadap Muhammad, peristiwa-peristiwa ini menjadikan kaum musyrikin kebingungan dan memang sewajarnya mereka kebingungan. Mereka tahu bahawajika sekiranya mereka bertindak membunuh Muhammad akibatnya buruk di mana lembah Makkah akan mengalir dengan darah-darah mereka sendiri, malah mungkin akan membawa kepada kemusnahan mereka ke akar umbi, mereka pasti kesemuanya ini, untuk itu mereka bertindak menindas dan bukan membunuh, namun ianya lebih berat dan perit dari masa-masa yang lalu. 

PIAGAM PENYIKSAAN DAN KEZALIMAN

Musyrikin Quraisy dan penyokong-penyokongnya berkumpul dan bermesyuarat di halaman Banu Kinanah di Lembah al-Makhsab, mereka bersumpah setia untuk memusuhi Banu Hasyim dan Banu al-Muttalib, untuk tidak berkahwin, bermesyuarat, berkomunikasi, berziarah dan mencampuri mereka, kecuali setelah mereka menyerah Muhammad untuk dibunuh. Supaya piagam yang mereka sepakati itu direalisasikan maka mereka buktikannya sekeping watikah yang membawa maksud:

“Supaya mereka tidak menerima dari Banu Hasyim sebarang perdamaian selama-lamanya dan tidak akan berkasihan belas dengan mereka kecuali apabila mereka menyerah Muhammad untuk dibunuh”

Mengenai perkara ini Ibnu al-Qayyim menyebut: Piagam ini telah ditulis oleh Mansur bin Ikramah bin Amir bin Hasyim, tapi ada pendapat mengatakan tulisan itu dibuat oleh Nadhr bin al-Harith, namun pendapat yang sahih ialah Baghidh bin Amir bin Hasyim di mana Rasulullah berdoa dan bersumpah ke atasnya dengan takdir Allah tangannya yang menul is piagam itu lumpuh.

Piagam selesai ditulis, kemudian dibawa ke dalam Kaabah dan digantung di dalamnya. Dengan itu Banu Hasyim dan Banu al-Muttalib muslim dan kafirnya kecuali Abu Lahab sahaja, kesemua mereka terkurung di lorong Abi Talib mulai malam awal Muharam tahun ke tujuh kebangkitan Rasulullah. 

TIGA TAHUN DI LORONG ABU TALIB

Pengepungan semakin ketat, makanan dan bekalan semuanya terputus, mana-mana makanan yang masuk ke Makkah pihak musyrikin Quraisy tidak memberi lalu langsung untuk sampai ke tangan kaum muslimm. Mereka membeli kesemuanya, kaum muslimin mengalami kemuncak kesengsaraan, hingga terpaksa memakan daun-daun dan belulang-belulang kering, hingga boleh didengar keluhan, nada tangisan, jeritan wanita-wanita dan anak-anak yang kelaparan, kalau pun sampai itu pun secara rahsia mereka tidak keluar dari lorong itu untuk membeli keperluan kecuali di bulan Haram sahaja. Itu pun mereka membeli makanan yang datang dari luar Makkah dan pihak musyrikin terus menindas lagi, dengan menaikkan harga barang-barang keperluan berlipat ganda supaya kaum muslimin tidak terdaya membelinya.

Di suatu ketika Hakim bin Hizam membawa gandum untuk emak saudaranya iaitu Khadijah (r.a), diantaranya telah dihalang oleh Abu Jahal, beliau melarang dan mencegah hingga terpaksa pula Abu al-Bukhturi Tnasuk campurtangan dan membiarkan Hakim menyampaikan juga gandum berkenaan kepada Khadijah emak saudaranya itu.

Abu Talib amat prihatin tehadap Rasulullah, hinggakan apabila orang semua hendak tidur beliau menyuruh Rasulullah tidur di tempatnya, supaya dapat pula beliau melihat sesiapa sahaja yang cuba membunuh Rasulullah, dan apabila semua orang nyenyak tidur, sekali lagi Abu Talib menyuruh salah seorang anaknya atau saudaranya atau anak saudaranya tidur di tempat Rasulullah di samping menyuruh membawa kelengkapan tidur mereka.

Rasulullah bersama kaum muslimin akan keluar dari situ di musim haji, untuk menyeru orang ramai kepada Islam. Gelagat dan tindakan nakal Abu Lahab telahpun kita perkatakan sebelum ini. 

PELANGGARAN PIAGAM

Tiga tahun berlalu keadaan tetap seperti itu juga, walau macam manapun pada bulan Muharam tahun kesepuluh kebangkitan Rasulullah berlaku pelanggarart dan pencerobohan ke atas piagam perjanjian musyrikin kerana di kalangan Quraisy sendiri ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju dengan piagam itu malah membangkangnya, lantaran itulah di antara mereka ada yang berusaha mencerobohi dan melanggar piagam berkenaan.

Orang pertama yang berusaha ke arah itu ialah Hisyam bin Amru dari qabilah Banu Amir bin Luai, beliau sering berhubung secara rahsia di malam hari dengan Banu Hasyim dengan membawa makanan, beliau selalunya menemui Zuhair bin Abi Umaiyah al-Makhzumi, sedang ibunya adalah Atikah binti Abdul al-Muttalib, suatu hari beliau telah bercakap dengan Zuhair bin Abi Umaiyah katanya: Wahai Zuhair! Kamu boleh rela had untuk memakan dan meminum sedang bapa-bapa saudara kamu, seperti kau tahulah. Jawab Zuhair: Baiklah, apa aku boleh buat, aku seorang sahaja, demi Allah kalau ada orang lain bersama ku, dah lama ku langgar piagam itu. Kata Hisham: Aku ada orang kedua? Tanya Zuhair: Siapa orangnnya? Jawab Hisham: Aku! kata Zuhair: Kita perlu orang ketiga.

Dengan itu beliau terus pergi menemui al-Mut’am bin ‘Adi, beliau menyebut kepada al-Mut’am mengenai anak cucu Banu Hasyim dan Banu al-Muttalib. Kedua-duanya adalah keturunan Abdul Manaf, dan beliau mengecamnya di atas persetujuannya dengan Quraisy dan dengan piagam yang zaiim lagi menindas itu. Kata al-Mut’am: Baiklah, apa aku nak buat, kan aku ini seorang diri sahaja. Kata Hasyim: Aku dah ketemu dengan orang kedua. Kata Mut’am: Siapa? Jawab Hasyim: Aku sendiri. Kata al-Mut’am: Kita perlu orang ketiga. Kata Hasyim: Pun sudah aku ketemuinya. Kata al-Mut’am; Siapa orangnya? Jawab Hasyim: Zuhair bin Abi Umaiyah. Kata al-Mut’am: Kita perlukan orang keempat.

Kali ini Hasyim pergi bertemu Abi al-Bukhturi bin Hisyam, beliau menyuarakan pendapatnya seperti dikemukakan kepada al-Mufam, kata al-Mut’am: Ada tak orang lain yang boleh membantu usaha kita ini, jawab Hasyim, Tanya al-Bukhturi; Siapa-siapa, mereka itu, jawab Hisyam: Zuhair bin Abi Umaiyah, al-Mutam bin Adi dan aku tetap bersama kau, kata al-Bukhturi aku orang kelima.

Hisyam berkejar ke rumah Zama’ah bin al-Aswad bin al-Muttalib bin Asad, beliau mengemukakkan cadangannya itu kepada Zum’ah: Ada tak orang lain yang menyetujui perkara ini? kata Hisyam: memanglah ada orangnya, kemudian beliau membilang dengan menyebut nama-nama mereka, kemudian mereka semua bermesyuarat di al-Hujun, di mana mereka berjanji untuk memecah dan melanggar piagam yang zaiim itu, kata Zuhair: Biar aku orang yang pertama menyuarakan perkara ini.

Sebaik sahaja subuh menjelang mereka pun segera ke kelab pertemuan, Zuhair dengan pakaian istimewanya, bertawaf mengelilingi Kaabah tujuh kali kemudian beliau terus berhadapan orang ramai di situ dan melaung dengan katanya: Wahai penduduk Makkah, apakah kita memakan makanan dan memakai pakaian, sedang Banu Hasyim susah kelaparan, tidak dibenar berjual beli dengan mereka? Demi Allah aku tidak akan berdiam diri aku pecah dan langgar piagam yang zaiim itu.

Kata Abu Jahal yang sedang berada di penjuru masjid. Itu adalah dusta dari mu, demi Allah kau tidak akan melanggar piagam yang kita persetujui itu. Kata Zam’ah: Kerana kami tidak setuju piagam yang amat berdusta, kerana kami tidak setuju piagam itu dituliskan cuma kamu yang beria-ia sangat seperti yang tertulis itu, kata Abu al-Bukhturi: Memang kau benar wahai Zam’ah, sesungguhnya kami tidak rela dengan penulisannya itu dan kami tidak mengakuinya.

Kata al-Mufam bin ‘Adi pula: Kaniu berdua memang benar yang lain-lain itu dusta belaka, kami adalah bebas dihadapan Allah dengan segala apa yang tertulis. Hisyam pun berkata pula, sama seperti yang dibicarakan oleh kawannya yang lain. Kata Abu Jahal: perkara ini sudah diatur dalam satu malam, di mana kamu bermesyuarat bukan di tempat ini.

Ketika perdebatan sedang berlaku, Abu Talib berada di suatu penjuru masjid, beliau datang ke sini kerana Allah telah memberi tahu kepada RasulNya mengenai piagam yang mereka tulisnya itu, di mana Allah telah memusnahkannya dengan menghantar anai-anai memakannya, segala yang tertulis habis digeritnya, mana-mana sebutan zaiim, penganiayaan dan penindasan dimakannya, kecuali sebutan nama Allah sahaja yang ditinggalkannya, hal ini diceritakan kepada bapa saudaranya, untuk itu Abu Talib keluar menemui Quraisy, dan terus beliau menceritakan kepada mereka seperti apa yang telah dikisahkan oleh anak saudaranya Muhammad (s.a.w), sekiranya beliau berdusta aku beri laluan untuk kamu bertindak terhadapnya, tapi kalau beliau benar hendaklah kamu tarik balik tindakan kamu itu. Kata mereka: Ya! itulah yang adil dan wajar.

Setelah berlaku perbicaraan hangat di antara orang ramai dan Abu Jahal, akhirnya al-Mut’am bangun dan pergi mengambil lambaran piagam untuk dimusnahkannya, tiba-tiba didapati anai-anai telahpun menggeritnya kecuali lafaz Bismika Allahhumma dan mana-mana lafaz yang tersebut nama Allah sahaja yang tidak dimakannya.

Dengan itu selesai pemecahan dan pelanggaran ke atas piagam, dengannya Rasulullah dan orang-orang yang bersama-samanya keluar dari lorong penempatan mereka, dengan itujuga pihak musyrikin dapat menyaksi sebahagian tanda keagungan kenabian, walaupun demikian mereka tetap sebagaimana yang dikisahkan Allah mengenainya:

Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata

“(Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku”.

(al-Qamar: 2)

Malah mereka terus berpaling tadah dari tanda-tanda dan ayat-ayat Allah ini dan mereka semakin kufur.