remaja dan dakwah

Kristianisasi Di Sarawak
Gerakan Kristianisasi bergiat cergas di kawasan yang mereka istilahkan sebagai “10/40 WINDOW” iaitu Negara-negara yang berada di garis peta latitude 10 ke 40 darjah. Negara-negara yang berada di garisan ini termasuklah Asia Tengah, Malaysia, Indonesia, Timur Tengah dan beberapa buah Negara di Afrika.

Sejarah awal kemasukan Kristianisasi di Malaysia bermula berikutan kedatangan pedagang parsi dari puak Nestorian, Turki Timur dan Cyprus yang beragama Kristian ke Melaka beberapa tahun sebelum penaklukan Melaka oleh Portugis pada tahun 1511M. setelah kehadiran Portugis ke Tanah Melayu, Father Francis Xavier telah menjadikan Melaka sebagai pusat pentadbiran gereja Kristian (Diocase) di Tanah Melayu.

Pada tahun 1641M, Belanda pula menguasai Tanah Melayu dan diikuti penjajahan Inggeris ke atas Pulau Pinang (1786M), Melaka (1795M) dan seluruh Tanah Melayu (1824M). kehadiran Inggeris merancakkan lagi penyebaran Kristianisasi di Tanah Melayu.

Seterusnya, tahun 1810M, paderi-paderi bermazhab Katholik dari Thailand telah menubuhkan Majlis Utama Katholik di Pulau Pinang. Kemudian pada tahun 1815M, mazhab LMS telah diasaskan di Melaka dan di Pulau Pinang, seterusnya Mazhab Protestan diasaskan pada tahun 1842M dan diikuti dengan penubuhan mazhab Open Brethen pada tahun 1860M serta mazhab Methodist pada tahun 1885M. Masyarakat Cina di Johor, Pulau Pinang, Ipoh dan Kuala Lumpur telah mengasaskan mazhab Prebyterian tidak berapa lama selepas itu.

Gerakan Kristianisasi semakin hebat apabila mereka mula mendekati masyarakat orang asli dari suku kaum Sengoi pada tahun 1932M. mereka telah menghulurkan bantuan kewangan kepada suku kaum ini.

Pada tahun 1882M, gerakan Kristianisasi telah menumpukan usaha mereka kepada masyarakat Cina Hakka di Sabah. Hasilnya, kebanyakan darinya telah menganut agama Kristian. Selepas itu, mereka mengalih perhatian kepada masyarakat India di Sabah. Pada tahun 1972M, penganut Kristian di Sabah berjumlah 150 ribu orang. Untuk melicinkan kerja mereka lagi, Majlis Gereja Sabah (Sabah Council Of Churches)telah ditubuhkan.

Manakala negeri Sarawak pula, Majlis Gereja Anglicans telah menolong pemerintahan Raja Brooke untuk menyebarkan ajaran Kristian bermula dari tahun 1847M. Dalam masa yang sama, puak Cina Foochow yang bermazhab Methodist telah menggiatkan lagi usaha penyebaran agama Kristian apabila mereka berhijrah ke serata Sarawak terutama di wilayah Sibu, sehinggalah tahun 1828M, Majlis Evangelical Australia di Borneo telah memperhebatkan usaha Kristianisasi ke seluruh Tanah Melayu. Tidak lama selepas itu, Missionary di Sarawak telah membentuk Persatuan Gereja Sarawak (Association of Churches of Sarawak) untuk mengambila alih kerja-kerja yang dilakukan oleh majlis Evangelical Australia.

Selepas tamat Perang Dunia Kedua, Majlis Kristian Malaya (Malayan Chirstian Council) telah ditubuhkan pada tahun 1948M. Missionary mula memainkan peranannya seperti menghulurkan bantuan material kepada masyarakat Cina yang dipindahkan ke kampong-kampung baru ketika darurat diwartakan di Malaya.

Apabila Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada tahun 1957M, Missionary dari luar Negara telah mendapat kuasa apabila mereka boleh menetap di Malaysia selama 10 tahun tanpa memperbaharui visa mereka. Bermula 1970an, gereja-gereja di Malaysia telah diuruskan secara langsung oleh Majlis Gereja Singapura, beberapa tahun selepas itu, Majlis Gereja Singapura telah menyerahkan pentadbiran gereja kepada rakyat tempatan.

Walaubagaimanapun Majlis ini masih memberikan bantuan kewangan kepada gereja-gereja di Malaysia.

Missionary di Malaysia menumpukan perhatian mereka melalui aspek pendidikan. Mereka banyak membina sekolah-sekolah yang berdaya maju di Malaysia. Sekolah-sekolah Methodist umpamanya, bertebaran di seluruh Malaysia dan mendapat sambutan menggalakkan di kalangan rakyat Malaysia. Mereka juga menumpukan perhatian serius terhadap permasalahan sosialdengan memainkan peranan aktif dalam membantu masyarakat yang kurang berkemampuan. Aktiviti-aktiviti khidmat social seperti menyalurkan bantuan perubatan kepada sesiapa yang memerlukan menjadi agenda penting daripada organisasi Missionary seperti Malaysian CARE, YMCA, Salvation Army dan organisasi lain lagi.

Pada tahun 1983M, Majlis Kristianisasi Kebangsaan (National Evangelical Christian Fellowship / NECF) telah memperkemaskan pentadbiran gereja di seluruh Malaysia. Manakala pada tahun 1986M, mereka telah enubuhkan Persekutuan Kristian dan Gereja Malaysia (Christian Federation of Churches Malaysia) untuk bergabung di bawah Majlis Kristian Malaysia (Christian Council of Malaysia/ MCC) dan NECF.

Sehingga Mei 1999M, Malaysia mempunyai 1.421 juta penganut Kristian., 4553 buah gereja dan 3113 buah darinya merupakan milik mazhab Evangelical.

Taburan pusat Penyebaran Kristian (Dioceses) yang terbesar adalah seperti berikut :

Kuala Lumpur – 74 093 buah.

Melaka & Johor – 31 315 buah

Pulau Pinang – 65 000 buah

Kuching – 109 300 buah

Keningau – 76 827 buah

Kota Kinabalu – 171 426 buah

Miri – 56 774 buah

Sibu – 79 000 buah.

Kajian menunjukkan agama Kristian tetap menjadi agama terpantas berkembang di Malaysia pada hari ini. Maklumat menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya dua gereja dibina dalam masa seminggu.

Motto mereka : kita menyebarkan kristian bukan hanya dengan kata-kata tetapi juga dengan tingkah laku yang baik. Kita hendaklah bertindak sebagai kaki dan tangan Jesus.

Latihan Dakwah di Sarawak: Sorotan dan Masa Depan
Oleh Dr. Azhar Ahmad (Penolong Pengarah, Jabatan Pelajaran Sarawak)

Konsep dan Tujuan Dakwah

Konotasi dakwah bersumber dari kalimah da’a yang bermaksud menyeru kepada sesuatu perkara. Dari segi istilah, dakwah merujuk kepada usaha menyeru manusia kepada agama Allah (Abdul Karim Zaidan, 1976). Seruan kepada agama Allah bukan sekadar seruan kepada suatu gagasan pemikiran atau ideologi, tetapi juga seruan kepada penghayatan ajaran Islam sebagai ad-din atau cara kehidupan secara total. Oleh itu, usaha dakwah merupakan usaha merubah manusia dan seluruh kehidupannya sama ada dari segi pemikiran, perasaan, tingkahlaku dan tujuan kehidupan agar akur (comply) kepada tujuan dan kehendak yang ditentukan oleh Islam.

Sasaran dan Faktor Pencapaian Matlamat Dakwah

Sasaran dakwah ialah manusia keseluruhannya (Saba’ 34: 48) (”Tidak Kami utuskan engkau [wahai Muhammad] melainkan kepada sekalian manusia bagi menyampaikan berita gembira dan memberi peringatan”). Sasaran dakwah tidak terhad kepada manusia yang sudah Muslim (menyerah diri), tetapi juga kepada manusia yang belum menerima cahaya hidayah.

Pencapaian matlamat dakwah (membolehkan manusia menerima dan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan) perlu mengambilkira faktor-faktor kemanusiaan dan kehidupannya seperti faktor fizikal (fisiologi, keperluan hidup), mental (tahap dan pengalaman pembelajaran), perasaan dan ruh (psikologi). Oleh yang demikian, pelaksanaan dakwah bukan sekadar menyampaikan ilmu atau ajaran Islam kepada manusia yang diseru, tetapi komponen dakwah yang lebih besar adalah membawa manusia bersama menghayati ajaran Islam melalui proses merancang, mengajak, membimbing, memimpin, melaksana dan menyelesaikan masalah kehidupan secara bersama. Inilah yang telah dicontohi oleh Rasulullah SAW dan para salaf al-soleh. Mereka bukan sahaja menyeru kepada Islam tetapi mengajar, membimbing dan hidup bersama dengan masyarakat yang mereka seru di mana sahaja mereka berada.

Perkembangan Dakwah di Sarawak

Perkembangan dakwah sebahagiannya boleh diukur dari dua dimensi utama iaitu secara kuantitatif dan kualitatif. Dimensi kuantitatif dikenalpasti melalui bilangan dan peratus jumlah mereka yang menganut agama Islam pada satu-satu masa. Manakala dimensi kualitatif pula pada kebiasaannya boleh dilihat melalui kualiti kehidupan beragama (religiousity) yang ada pada individu atau umat Islam secara keseluruhannya.

Sehingga kini, belum ada data secara menyeluruh tentang kualiti kehidupan beragama umat Islam negeri Sarawak telah dikumpul melainkan dalam beberapa kelompok tertentu sahaja seperti penghayatan akhlak dalam pelajar sekolah menengah (Azhar, 2006). Namun, perkembangan bilangan dan peratus jumlah penganut beragama Islam boleh dirujuk melalui data-data yang boleh diperolehi dari banci penduduk seperti dalam Jadual 1.1 hingga 1.3 di bawah.

Jadual 1.1: Perkembangan Agama di Sarawak 1947 - 1960

(Sumber: Report on the Census of Population - Sarawak 1960. Superintendent of Census, Sarawak and North Borneo, pg 95-96).

Jadual 1.1 di atas adalah data tentang perkembangan agama-agama dalam kalangan kelompok utama penduduk di negeri Sarawak antara tahun 1947 hingga 1960. Secara keseluruhan, data tersebut menunjukkan bahawa bilangan penduduk beragama Islam menyusut sebanyak 2% dalam tempoh berkenaan. Sebaliknya, agama Kristian berkembang sebanyak dua kali ganda dalam tempoh yang sama. Fenomena ini mungkin boleh dikaitkan dengan zaman kolonialisme yang sedang dialami penduduk negeri Sarawak dalam tempoh berkenaan.

Jadual 1.2: Perkembangan Islam di Sarawak 1960 - 2000

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, Sarawak 1960-2000.

Jadual 1.2 di atas pula menunjukkan perkembangan bilangan umat Islam antara tahun 1960 hingga tahun 2000 dalam kalangan semua bangsa di negeri Sarawak. Jadual tersebut menunjukkan pertambahan bilangan dan peratus umat Islam sebanyak 7% dalam tempoh 40 tahun berbanding dengan jumlah keseluruhan penduduk di negeri Sarawak. Walaubagaimanapun, sebahagian besar pertumbuhan tersebut disumbang oleh peningkatan jumlah umat Islam dari kalangan orang-orang Melayu yang asalnya beragama Islam (4.3%). Manakala perkembangan Islam dalam kalangan penduduk bukan Melayu berkembang secara amat perlahan (2.7%) dalam tempoh yang sama. Mungkin angka tersebut boleh dianggap sebagai petunjuk kadar pertumbuhan dakwah Islam dalam kalangan bukan Islam di negeri Sarawak sehingga kini.

Jadual 1.3: Perkembangan Kristian di Sarawak 1960 - 2000

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, Sarawak 1960-2000.

Jadual 1.3 di atas menunjukkan perkembangan agama Kristian dalam kalangan semua bangsa di negeri Sarawak dalam tempoh antara tahun 1960 hingga tahun 2000. Berbanding dengan kadar pertumbuhan umat Islam yang bergerak secara perlahan seperti yang dapat dilihat dalam Jadual 1.2 di atas, perkembangan agama Kristian pula menyaksikan kadar pertumbuhan yang amat pesat iaitu sebanyak hampir tiga kali ganda dalam tempoh yang sama dalam kalangan semua bangsa bukan Melayu di negeri Sarawak. Perbandingan antara keriga-tiga jadual di atas mungkin boleh memberi gambaran tentang tahap perkembangan dakwah Islam dalam kelangan masyarakat bukan Melayu yang amat perlahan berbanding dengan apa yang telah berlaku kepada agama Kristian.

Bagi menghuraikan fenomena ini, mungkin baik sekiranya kita meneliti ulasan yang telah dinyatakan dalam laporan penduduk oleh Superitendent of Census, Sarawak and North Borneo (1960: hal. 95-96) seperti berikut:

A pagan settling in or even visiting a Muslim area might well be converted. But these conversions to Islam were the result of accident rather than proselytizing, for missionary work by Muslims is small.. It also shows that almost none of them (Sea Dayaks and Land Dayaks) have embrassed Islam despite the fact that many of them live close to, or have certainly visited, Muslim areas. This tends to confirm the statement made earlier that evangelism by Muslims is small.

Data tentang perkembangan bilangan dan perarus umat Islam di negeri Sarawak serta komentar yang diberikan di atas menggambarkan perkaitan yang kuat antara perkembangan dakwah yang perlahan dengan kemalapan usaha dakwah terutama dalam kalangan masyarakat bukan Melayu di negeri ini. Kerancakan usaha dakwah dalam kalangan masyarakat bukan Melayu kelihatan bermusim dan berkait rapat dengan kemahuan kepimpinan politik pada ketika tertentu seperti yang telah berlaku pada tahun 1977 dan 1978 (Azhar, 1988).

Konsep dan Skop Latihan Dakwah

Latihan dakwah boleh diertikan sebagai usaha memberi pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan usaha dakwah dalam ertikata yang luas. Usaha ini termasuk melatih kader-kader dakwah (du’at) yang bukan sahaja memiliki ilmu pengetahuan, tetapi juga kemahiran dan ketrampilan sakhsiah bagi membolehkan mereka melaksanakan usaha dakwah dengan berkesan. Usaha melatih para kader dakwah ini pada kebiasaannya dilakukan dalam jangka pendek melalui program-program pengisian ilmu, kesedaran dan kemahiran seperti kursus, bengkel dan seminar atau melalui proses latihan jangka panjang melalui institusi latihan seperti sekolah, madrasah, pusat latihan serta sistem tarbiah secara berterusan melalui usrah, tamrin, mu’askar, katibah dan sebagainya. Kandungan latihan dakwah meliputi keseluruhan ajaran Islam serta ilmu dan kemahiran generik kemanusiaan bagi mengupayakan pendakwah untuk melaksanakan peranan mereka dengan berkesan.

Keperluan Latihan Dakwah di Sarawak

Kombinasi konsep latihan dakwah dan realiti sasaran dakwah (mad’u) di Sarawak melahirkan keperluan latihan dakwah di negeri Sarawak yang mungkin unik berbanding dengan keperluan di tempat lain. Selain dari keperluan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran asas berdakwah, keperluan latihan di Sarawak memerlukan penguasaan aspek kemahiran berkomunikasi silang budaya. Ia juga memerlukan ketabahan selain dari kesediaan pendakwah untuk hidup bersama dalam kelompok masyarakat yang mereka ingin seru.

Sejarah Latihan Dakwah di Sarawak

Perkembangan latihan dakwah di Sarawak dapat dirumuskan seperti berikut:

1. Usaha tarbiah secara berterusan di kalangan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan seperti HIKMAH, ABIM, JIM.

2. Kursus, seminar dan konvensyen dakwah berkala yang dianjurkan oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Agama Islam, Jabatan Pelajaran, JAKIM dan juga NGOs - seperti Bengkel Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk, Out-reach dsb.

3. Penubuhan pusat latihan dakwah yang khusus oleh BINA/HIKMAH (Institut Dakwah Bina, Institut Darul Falah, Pusat Latihan Dakwah) dan JAKIM (Pusat Latihan Sarawak & Institut Kemahiran Islam Sarawak).

Institut Dakwah BINA adalah sebuah pusat latihan bagi menyediakan para daie di kalangan saudara baru secara lebih meluas dan berkesan bermula dengan penubuhan Darul Rahmah pada tahun 1975. 1983, Institut Dakwah BINA (kemudian IDDF) telah ditubuhkan untuk memberikan pendidikan formal dan informal bagi melahirkan alim ulama’ dari keturunan bukan Melayu serta para Imam, guru agama yang boleh menjadi contoh kepada penduduk setempat dalam bentuk peribadi dan cara mengendalikan kehidupan berpandukan ilmu ternakan dan pertanian. IDDF telah ditutup pada Disember 1999 (13 orang pelajar). Sepanjang 16 tahun operasinya, IDB/IDDF telah melatih seramai 517 pelajar dari pelbagai suku kaum seperti Melayu (143), Melanau (38), Iban (94), Bidayuh (109), Punan (1), Kenyah (1), Punjabi (1) dan lain-lain (33). Terdapat beberapa orang lulusan IDB/IDDF telah berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di Mesir, Arab Saudi, Jordan, Libya, Pakistan, Indonesia dan universiti tempatan (LAKDF, 2001).

4. Penghantaran para kader dakwah melanjutkan pengajian di pusat latihan dakwah PERKIM dan luar negara seperti Libya, Madinah, Pakistan, Indonesia dsb.

5. Usaha pendidikan agama dari peringkat tadika sehinggalah sekolah menengah oleh pihak kerajaan dan NGOs. SMKA telah ditubuhkan di Sarawak sejak tahun 1977 dan kini telah ada lapan (8) buah SMKA di seluruh negeri. Manakala SK Agama telah ditubuhkan sebuah di setiap bahagian.

6. Program khas pelajar Sarawak di Akademi Pengajian Islam, UM sebanyak 20 orang setahun semenjak tahun 1983.

Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan bagi memberi latihan dakwah oleh pelbagai pihak, namun ia masih perlu dipertingkatkan dari aspek kuantiti, kualiti dan keselarasan kerja. Berbagai kemungkinan boleh dikaitkan dengan kelemahan ini. Antaranya ialah faktor kesatuan fikrah dan tindakan, pembangunan modal insan, faktor ‘kesementaraan’ pendakwah, karenah birokrasi (Juanda Jaya, 2006), kekurangan data yang dikemaskini dan kekangan kewangan.

Potensi

Usaha perancangan aktiviti latihan dakwah di negeri Sarawak perlu mampu mengambilkira dan memanfaatkan beberapa potensi sedia ada seperti berikut:

1. Kemahuan politik untuk melaksanakan pendekatan Islam Hadhari dan penerapan nilai Islam dalam kalangan masyarakat.

2. Struktur organisasi, sumber kewangan dan tenaga manusia dari pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Agama Islam Sarawak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Pertanian, Jabatan Kesihatan dll.

3. Kuantiti dan kualiti guru-guru Pendidikan Islam yang bertebaran di seluruh ceruk dan rantau negeri Sarawak (pada tahun terdapat lebih 2000 orang GPI yang sedang berkhidmat di Sarawak).

4. Pengalaman dan struktur organisasi pertubuhan-pertubuhan dakwah yang telah lama melaksanakan usaha dakwah di Sarawak.

Apa yang Boleh dan Perlu Dilakukan?

Usaha untuk merealisasikan hasrat untuk melaksanakan usaha dakwah dengan berkesan khususnya di Sarawak merupakan satu perkara yang sangat mencabar. Oleh yang demikian, komitmen berterusan terhadap beberapa prinsip berikut mungkin dapat membantu kita menghadapi cabaran tersebut:

1. Mengenalpasti matlamat, realiti, kekuatan, kekangan, keperluan dan potensi dakwah (SWOT Analysis)

2. Mengenalpasti keperluan dan potensi latihan dakwah secara menyeluruh dan bersepadu

3. Perancangan strategik latihan dakwah secara bersepadu

4. Pelaksanaan latihan dakwah secara berfokus

5. Perancangan berterusan peruntukan kewangan dan logistik latihan dakwah

6. Penilaian latihan dakwah secara berterusan

7. Keterbukaan, kesatuan pemikiran dan tindakan semua pihak yang terlibat dalam latihan dakwah dan pelaksanaan dakwah.

Rujukan:

Ab Halim Tamuri & Azhar Ahmad. 2006. Prospek Pendidikan Islam di Sarawak. Dalam Cabaran dan Prospek Pengurusan Dakwah di Sarawak. IKMAS, JAKIM Sarawak, hal. 17-36.

Abdul Karim Zaidan. 1976. Usul al-Da’wah. Maktabah al-Mannar al-Islamiyyah.

Azhar Ahmad. 1988. Pengislaman dan Pengamalan Islam di kalangan Masyarakat Bidayuh di Bahagian Pertama, Sarawak. Latihan Ilmiah, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Azhar Ahmad. 2006. Strategi Pembelajaran Pengaturan Kendiri Pendidikan Islam dan Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah di  Negeri Sarawak. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, UKM.

Hazarudin Haji Baharudin. 2006. Pengurusan Dakwah: Aktiviti Pusat Latihan Sarawak. Dalam Cabaran dan Prospek Pengurusan Dakwah di Sarawak. IKMAS, JAKIM Sarawak, hal. 43-55.

Lembaga Amanah Kebajikan Darul Falah. 2001. Institut Dakwah Darul Falah Dalam Pelbagai Budaya. Kuching.

Zulkiple Abdul Ghani. 2006. Pengurusan Dakwah di Sarawak. Dalam Cabaran dan Prospek Pengurusan Dakwah di Sarawak. IKMAS, JAKIM Sarawak, hal. 2-15.

Zulkiple Abdul Ghani & Haji Abdul Kodir Sallah. 2006. IKMAS:Persedian Pendakwah Professional. Dalam Cabaran dan Prospek Pengurusan Dakwah di Sarawak. IKMAS, JAKIM Sarawak, hal. 37-42.

Wallahu a’la wa a’lam.

Tekanan Emosi Remaja Islam
Masyarakat yang tertekan emosinya akan menunjukkan gejala seperti agresif, mudah memberontak, marah yang tidak dapat dikawal, kemurungan, penyakit mental dan membunuh diri. Pendekatan dakwah Islamiah adalah salah satu bentuk sokongan yang boleh membantu menangani masalah tekanan emosi remaja. Kajian ini dilakukan ke atas remaja di Kajang Selangor Darul Ehsan adalah bertujuan untuk mengkaji sama ada remaja mengalami tekanan atau pun tidak berdasar kepada simptom-simptom tekanan yang meliputi aspek psikologi, fisiologi dan tingkah laku sosial.

Download Kajian Seluruhannya

Qudwah kepada Remaja Islam
Oleh: Ust Muhammad Ismail

Alangkah besarnya peranan remaja dalam Islam, jika kita mengkaji sejarah Islam. Kebanyakkan gerakan perubahan yang berlaku dalam sejarah umat, sebahagian besarnya melalui peranan belia, ianya berlaku bukan secara spontan, bahkan ia merupakan sunnah dan peristiwa yang berulang ulang.

Marilah kita sama sama merujuk kepada sejarah Islam..

Ketika wahyu diturunkan kepada Rasulullah saw…

Siapakah yang menjadi sasaran wahyu…?

Siapakah yang menanggung bebanan risalah Islam..?

Siapakah yang memikul tanggung jawab risalah Islam dengan amanah…?

Siapakah yang menjadi sadaran Rasulullah saw dalam merubah sistem hidup di Mekah…bahkan dalam perubahan sistem hidup umat manusia keseluruhannya… bukan pada zaman Rasulullah saw sahaja malah sehingga hari kiamat…?

Siapakah golongan digelar ‘as sabiqun’ dalam sejarah Islam..? Siapakah generasi terbaik di kalangan umat manusia? Rasulullah saw menyifatkan dengan sabdanya yang bermaksud; “sebaik baik manusia adalah yang sezaman denganku, kemudian mereka yang hidup sezaman generasi sahabat dan kemudian mereka yang hidup sezaman dengan generasi tabien” hadis dari Abdullah bin Mas’ud ra diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Siapakah yang berhadapan dengan taghut di Mekah dan di semenangjung tanah arab..? Siapakah yang menewaskan empayar Parsi dan Rom..?

Siapakah yang berjuang menentang aliran aliran memusuhi Islam dan menyengutukan Allah..?

Wahai Para Remaja!!!

Rujuklah sejarah.. bacalah buku buku sejarah… kamu akan dapati contoh contoh dan qudwah kepada para remaja….

Siapakah Zubair bin al A’wam ra?

Beliau digelar hawari Rasulullah saw dan Farisul Islam. Berapa umur beliau ketika memeluk Islam? Beliau berumur 15 tahun ketika memeluk Islam.. sebaya dengan usia remaja tingkatan 3!!!

Adakah pelajar pelajar tingkatan 3 sekarang berfikir, bermimpi, bercita cita dan berusaha seperti Zubair bin al A’wam?

Siapakah Talhah bin Ubaidullah ra?

Di antara anggota asasi dalam Jamaah Islam yang baru lahir di kota Mekah, sebagai seorang tokoh daie, seorang pahalawan yang mahir, gagah dan kedepan dan seorang dermawan fi sabililLah, sehinggakan Rasulullah saw memberi kurniaan ‘Talhah Al Khair’. Beliau hanya berusia 16 tahun ketika ia memeluk Islam.

Adakah kamu kenal Saad bin Abi Waqas ra?

Seorang sahabat yang besar….orang yang pertama darahnya mengalir kerana Islam, doanya mustajab. Satu satunya sahabat yang Rasulullah saw tebus dengan kedua ibubapanya, ketika mana Rasulullah saw berkata kepada Saad bin Abi Waqas dalam peperangan Uhud ‘irmi Saad fida’ka abi wa ummi’ yang bermaksud “Wahai Saad panah! Ganti kamu bapaku dan ibuku” yang diriwayatkan oleh Imam at Tarmizi

Beliau berusia 17tahun ketika memeluk Islam.

Adakah kamu kenal al Arqam bin Abi Arqam al Makhzumi ra?

Seorang sahabat yang menjadi sebutan semua umat Islam, kerana dia sanggup menjadikan rumahnya sebagai markaz dakwah selama 3 tahun. Dia dari kabilah bani Makhzumi, kabilah yang bersaing dengan bani Hasyim untuk memegang panji panglima perang. Rumahnya dijadikan markaz gerakan dakwah Islam yang dipimpin oleh Rasulullah saw dari bani Hasyim, apa akan berlaku kepadanya jika ia diketehui oleh pembesar-pembesar kabilah atau diketahui oleh kaum kerabatnya. Tentulah dia dituduh sebagai pengkhianat kerana bersubahat dengan kabilah seterunya. Jangan kita lupa bahawa Fir’aun umat, Abu Jahl dari kabilah bani Makhzumi adalah merupakan musuh nombor 1 dakwah Islam pimpinan Rasulullah saw. Semua halangan dan cabaran ini dapat diatasi oleh al Arqam bin Abi Arqam dan beliau sanggup mengambil segala risiko, dan sanggup berkorban demi kerana Islam. Dia hanya baru berusia 16 tahun.

Cuba bayang apakah remaja yang seusia dengannya fikirkan, apa yang dimimpikan, mungkin nak jadi juara Akademi Fantasia, Gangstarz, One In a Million dan sebagainya.

Kita ketika membaca kisah pahlawan pahlawan seperti Zubair bin al A’wam ra, Talhah bin Ubaidullah ra, Saad bin Abi Waqas ra, al Arqam bin Abi Arqam al Makhzumi ra dan ramai lagi seolah-olah kita membicarakan kisah pahlawan pahlawan agung. Memang mereka semua pahlawan pahlawan yang agung dalam usia remaja. Mereka mempunyai kedudukan yang tinggi dalam sejarah umat Islam dari segi aspek pengetahuan, kesungguhan, keimanan, akhlak dan amal. Sepatutnya remaja hari ini bangga menjadi mereka sebagai qudwah, ikutan dan impian, lebih lebih lagi mereka adalah sahabat sahabat kepada junjungan besar Rasulullah saw yang merupakan generasi terbaik bagi umat Islam.

Awas Perangkap Kristian Untuk Remaja Islam
Penulis: Web Inilah kebenaran

Pada hari Sabtu (22/07/2006) yang lalu, saya telah berkesempatan mengikuti satu sesi “Ceramah Keibubapaan” di sekolah menengah agama berasrama penuh di mana dua orang anak perempuan saya bersekolah. Penceramah jemputan yang pihak PIBG sekolah jemput adalah Dr. Rubiah Kulup Hamzah. Selain menjadi penceramah motivasi, Dr. Rubiah juga adalah pensyarah separuh masa di UM, UiTM, UKM dan OUM serta amat bergiat aktif dalam pergerakan NGO Islam.

Disini, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat yang disampaikan oleh Dr. Rubiah mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan, iaitu isu “Murtad” dan “Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan”

PERANCANGAN

Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO Islam yanglain,pihak-pihak yang memusuhi Islam, terutamanya pihak Kristian telah lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita mengetahui bahawa mereka telah berjaya menjadikan “Dunia Hiburan” dan “Dunia Sukan” sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama Islam. Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh Dr. Rubiah mengenai “perangkap” yang digunakan oleh pihak Kristian ini amat membimbangkan kami yang hadir semua.

Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.

MEMIKAT

Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan Kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka Kristian serta diberi tunjuk ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis Melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagai teknik memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama. Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja.

Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, sama ada melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga. Kemudian, mereka akan berlakon seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku anak-anak gadis kita ini. Antara ungkapan yang sering digunakan adakah

“Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?”,

“Di dalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak”,

“Saya tertarik dengan tingkah laku awak”.

“Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi”

Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka Kristian ini apabila si jejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.

PERANGKAP

Apabila si jejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu “gentleman” sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain Pendek kata, sepanjang persahabatan mereka, cubaan “ringan-ringan” pun tidak ada. Tetapi awas, para ibubapa.

Satelah sekian lama bersama serta mendapati si gadis telah mula ada perasaan cinta, si jejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan”langkah sebenarnya” yang pertama. Apabila si gadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga si gadis ternoda. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.

DILEMA

Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau seterusnya. Sebab bagi si jejaka, perangkapnya hanya dikira benar-benarmengena apabila si gadis didapati berbadan dua. Pada ketika ini, si jejaka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Si jejaka kononnya akan bertanggungjawab diatas perbuatan mereka seraya berkata “Agama kita melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama”

Seterusnya kata si jejaka “Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara.Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagaibalasan dosa.

Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak diluar nikah yang kita hasilkan bersama. Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan agama. Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya.”

Kata si jejaka lagi, “Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa. Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan di hadapan paderi di gereja untuk menghapuskan segala dosa. Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam)yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita.”

Untuk makluman semua, mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka memikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.

MURTAD

Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang lain, amat ramai gadis-gadis melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) di pejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.

Menurut Dr. Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-Faith Council) telah berjaya mendapatkan dua juta tanda tangan sokongan agar Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan ini dapat dipinda. Tetapi katanya lagi, untuk mendapatkan 1 juta tanda tangan umat melayu Islam bagi menghalang usaha mereka, adalah sesuatu yang teramat seksa. Ramai yang terlalu merasa curiga dengan alasan mereka khuatir tanda tangan mereka akan disalahgunakan untuk menyatakan sokongan atau bantahan terhadap usaha yang lain pula. Alasan demi alasan diterima….hinggalah satu masa nanti saudara mara terdekat kita tiba-tiba menjadi sebahagian dari statistik puluhan ribu mangsa.

Adalah diharap, satelah perhimpunan di Masjid Wilayah, Ahad yang lalu (23/07/06), lebih 2 juta tanda tangan telah berjaya diterima. Dimanakah semangat kita? Kita belum lagi diperlukan untuk mengangkat senjata. Maka, marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembeling tenaga agar gejala ini tidak terus melanda agama dan negara.

DOA

“Doa adalah senjata para mukmin”. Satelah kita berusaha, marilah kita bersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita akan terhindar dari menjadi mangsa. Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di Lubnan, di Iraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana.

Amin……Ya Rabbil A’lamin.

Sumber: Web Inilah Kebenaran

Remaja Muslim perlu bina jati diri, ketrampilan glokal
Oleh: Prof Madya Umi Kalthum Ngah

REMAJA adalah transisi usia antara kanak-kanak dan dewasa. Mereka adalah pewaris masa depan seluruh ummah. Banyak kisah daripada al-Quran dan hadis yang boleh dijiwai oleh remaja untuk diselidiki dan dicontohi. Antaranya kisah Nabi Zulkarnain. Remaja boleh terus meneliti surah al-Kahfi untuk mengetahui ciri kepemimpinan Islam yang dimiliki Nabi Zulkarnain.Namanya saja cukup gah dan hebat untuk kita dapat menilai siapa sebenarnya Zulkarnain. Maksud namanya ialah ‘dia yang mempunyai dua tanduk’ – disebabkan kekuasaannya yang melata dan merentasi benua Barat menjangkau ke Timur.

Dalam hal ini, Allah berfirman dalam surah al-Kahfi, ayat 84 bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada Zulkarnain di muka bumi ini dan kami memberikan kepadanya jalan bagi mencapai segala sesuatu.”

Ciri kepemimpinannya yang perlu diteladani.

# Takwa

Kekuatan pola takwa Zulkarnain tidak diganggu-gugat walaupun beliau mampu menundukkan pelosok dunia Timur dan Barat. Zulkarnain tidak mudah lupa diri dan berlagak seperti beraja di mata, bersultan di hati walaupun menguasai dunia. Dia tahu kedudukannya di sisi Allah Maha Pencipta.

Hayati kata-katanya sebelum membina tembok pemisah penghadang Yakjuj dan Makjuj seperti di dalam ayat 95, surah Al Kahfi bermaksud : “Sesungguhnya apa yang dikurniakan Allah kepadaku adalah lebih baik (daripada pemberianmu).”

Begitu juga sikap Zulkarnain yang tidak berganjak atau goyah walaupun selepas menempa kejayaan dalam pembinaan tembok itu, seperti dalam surah sama, ayat 98 bermaksud: “(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat daripada Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar.”

Betapa tingginya darjah takwa yang terpahat di hati dan jiwa Zulkarnain.

# Berwawasan, mempunyai misi dan tujuan hidup yang jelas.

Dalam surah al-Kahfi, ayat 87 hingga 88, Allah berfirman bermaksud :

“Berkata Zulkarnain, Adapun mereka yang zalim, maka kami akan menyeksanya (yakni menghukumnya dengan tegas), kemudian dia akan dikembalikan kepada Tuhannya dan Tuhan akan mengazabkannya dengan azab yang dahsyat. Adapun mereka yang beriman dan beramal salih maka baginya pahala yang terbaik sebagai balasan dan kami akan titahkan kepadanya perintah yang mudah daripada perintah-perintah Kami.”

Berdasarkan ayat ini, wawasannya untuk menegakkan kebenaran dan keadilan serta memerangi segala bentuk kekufuran dan kemaksiatan seperti yang digariskan Allah. Sungguhpun Zulkarnain dikurniakan segala keperkasaan dan kebesaran, ia tidak begitu mudah memesongkannya daripada matlamat dan hala tuju wawasan yang terpahat di jiwanya.

Segala kekuasaan yang dimilikinya dianggap sebagai alat atau wasilah yang digunakan sepenuhnya untuk menegakkan kebesaran Allah. Kaedah ini diterapkan secara konsisten dalam setiap wilayah yang berada di bawah sayap taklukannya.

# Bijak menyusun strategi

Setiap perkara untuk mencapai wawasan perlu dirancang dengan rapi. Bukan tindakan yang membuta atau ikut suka-suka. Dalam hal ini, surah al-Khafi mengulangi ayat yang bermaksud berikut: “(Zulkarnain) telah mengikuti satu jalan atau menggunakan pendekatan tertentu.”

Sebanyak tiga kali iaitu di dalam ayat 85, 89 dan 92.

Apakah makna di sebalik penekanan itu?

Ia untuk menegaskan bahawa bagi mendaki tangga kejayaan perlu kepada penyusunan strategi yang rapi, teliti dan halus. Mesti adanya pelan tindakan.

# Berfikiran luas berteraskan pandangan global.

Remaja perlu mempunyai kematangan berfikir yang menjangkaui tahap global dalam menghadapi globalisasi. Allah menyatakan dalam surah al-Kahfi, ayat 84 bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada (Zulkarnain) di muka bumi dan Kami telah memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu.”

Remaja Muslim seboleh mungkin perlu mempunyai ketrampilan ‘glokal’. Jika diselidiki, budaya glokal bermaksud mempunyai daya dan kemampuan bertindak secara bijak pada peringkat setempat dengan mengambil kira ketepatan tuntutan secara global.

Konsep ini sebenarnya menjadi pegangan negara Jepun sejak zaman Maharaja Meiji pada 1876 lagi, khususnya dalam kegiatan pertanian. Asalnya ia dipanggil ‘dochakuka’, istilah berakarumbikan kata kunci dalam bidang pertanian. Konsep ini diperkenalkan untuk amalan tani di negara itu.

Berikutan itu kegiatan pertanian Jepun mengalami perubahan sehingga dapat melahirkan industri dan produk berkualiti yang mampu bersaing di peringkat domestik dan berjaya menembusi pasaran dunia. Justeru, sikap remaja Muslim perlu dicanai sehingga mempunyai jati diri tulen yang akan menyerlahkan kebaikan ciri Islam mereka di kalangan masyarakat tempatan.

# Mahir berkomunikasi.

Dalam surah al-Kahfi, ayat 93 hingga 94, Allah berfirman: “Hingga apabila dia sampai di antara dua buah gunung dia mendapati di hadapan kedua-dua bukit itu satu kaum yang hampir tidak dapat difahami perkataannya. Mereka berkata, “Wahai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj melakukan kerosakan di muka bumi.”

Bayangkan jika seseorang pemimpin itu mampu memahami bahasa satu kaum yang hampir tidak dapat difahami perkataannya. Betapa hebatnya pemimpin itu? Bermakna, Zulkarnain juga seorang yang mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi.

Untuk memahami sesuatu, maka seseorang itu mesti menjadi pendengar yang baik supaya dapat menentukan pelan tindakan yang perlu diambil sebagai ketua. Apatah lagi, kemahiran bertutur dan berpidato, petah berbicara dan pandai berhujah hingga dapat mematahkan tohmahan lawan.

Maka, tidak hairan Zulkarnain dapat menakluki dunia dari ufuk Barat sehinggalah ke Timur.

# Mampu menguasai kecanggihan teknologi terkini.

Kita harus kikiskan budaya’hanya lihat, guna dan tahu paka’ dan menggantikannya dengan budaya mengetahui, mendalami, menyelidiki dan merekacipta sendiri. Sungguh jauh jarak perbezaannya di antara kedua-dua perkara itu.

Budaya berkemahiran sebegini memang dimiliki Zulkarnain dan jelas ditunjukkan di dalam surah al-Kahfi ayat 96 hingga 97 sehingga dapat membina tembok besar untuk membendung kemungkaran Yakjuj dan Makjuj.

“Beliau berkata, Berilah aku potongan-potongan besi. Apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua-dua puncak gunung itu, berkatalah Zulkarnain, Tiuplah (api itu). Apabila besi itu menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata, “Berikan aku tembaga yang mendidih supaya aku tuangkannya ke atas besi panas itu. Maka, mereka tidak mampu untuk mendakinya dan mereka juga tidak mampu untuk melubanginya.”

INTI PATI

# Remaja perlu mempunyai kematangan berfikir

# Kikis budaya ’hanya lihat, guna dan tahu paka’ sebaliknya dalami, selidik dan merekacipta sendiri

# Seseorang mesti menjadi pendengar yang baik supaya dapat menentukan pelan tindakan

# Remaja Muslim perlu menguasai kecanggihan teknologi terkini

Penulis ialah pensyarah Fakulti Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan boleh dihubungi pada wanitajim@jim.org.my