Kristianisasi Di Sarawak
Gerakan Kristianisasi bergiat cergas di kawasan yang mereka istilahkan sebagai “10/40 WINDOW” iaitu Negara-negara yang berada di garis peta latitude 10 ke 40 darjah. Negara-negara yang berada di garisan ini termasuklah Asia Tengah, Malaysia, Indonesia, Timur Tengah dan beberapa buah Negara di Afrika. Baca lagi »
Latihan Dakwah di Sarawak: Sorotan dan Masa Depan
Oleh Dr. Azhar Ahmad (Penolong Pengarah, Jabatan Pelajaran Sarawak)
Konsep dan Tujuan Dakwah
Konotasi dakwah bersumber dari kalimah da’a yang bermaksud menyeru kepada sesuatu perkara. Dari segi istilah, dakwah merujuk kepada usaha menyeru manusia kepada agama Allah (Abdul Karim Zaidan, 1976). Seruan kepada agama Allah bukan sekadar seruan kepada suatu gagasan pemikiran atau ideologi, tetapi juga seruan kepada penghayatan ajaran Islam sebagai ad-din atau cara kehidupan secara total. Oleh itu, usaha dakwah merupakan usaha merubah manusia dan seluruh kehidupannya sama ada dari segi pemikiran, perasaan, tingkahlaku dan tujuan kehidupan agar akur (comply) kepada tujuan dan kehendak yang ditentukan oleh Islam. Baca lagi »
Tekanan Emosi Remaja Islam
Masyarakat yang tertekan emosinya akan menunjukkan gejala seperti agresif, mudah memberontak, marah yang tidak dapat dikawal, kemurungan, penyakit mental dan membunuh diri. Pendekatan dakwah Islamiah adalah salah satu bentuk sokongan yang boleh membantu menangani masalah tekanan emosi remaja. Kajian ini dilakukan ke atas remaja di Kajang Selangor Darul Ehsan adalah bertujuan untuk mengkaji sama ada remaja mengalami tekanan atau pun tidak berdasar kepada simptom-simptom tekanan yang meliputi aspek psikologi, fisiologi dan tingkah laku sosial.
Qudwah kepada Remaja Islam
Oleh: Ust Muhammad Ismail
Alangkah besarnya peranan remaja dalam Islam, jika kita mengkaji sejarah Islam. Kebanyakkan gerakan perubahan yang berlaku dalam sejarah umat, sebahagian besarnya melalui peranan belia, ianya berlaku bukan secara spontan, bahkan ia merupakan sunnah dan peristiwa yang berulang ulang. Baca lagi »
Awas Perangkap Kristian Untuk Remaja Islam
Penulis: Web Inilah kebenaran
Pada hari Sabtu (22/07/2006) yang lalu, saya telah berkesempatan mengikuti satu sesi “Ceramah Keibubapaan” di sekolah menengah agama berasrama penuh di mana dua orang anak perempuan saya bersekolah. Penceramah jemputan yang pihak PIBG sekolah jemput adalah Dr. Rubiah Kulup Hamzah. Selain menjadi penceramah motivasi, Dr. Rubiah juga adalah pensyarah separuh masa di UM, UiTM, UKM dan OUM serta amat bergiat aktif dalam pergerakan NGO Islam. Baca lagi »
Remaja Muslim perlu bina jati diri, ketrampilan glokal
Oleh: Prof Madya Umi Kalthum Ngah
REMAJA adalah transisi usia antara kanak-kanak dan dewasa. Mereka adalah pewaris masa depan seluruh ummah. Banyak kisah daripada al-Quran dan hadis yang boleh dijiwai oleh remaja untuk diselidiki dan dicontohi. Antaranya kisah Nabi Zulkarnain. Remaja boleh terus meneliti surah al-Kahfi untuk mengetahui ciri kepemimpinan Islam yang dimiliki Nabi Zulkarnain. Baca lagi »

