Hadis 41 – Menundukkan al-Hawa

الحديث الحادي والأربعون

HADITH KEEMPAT PULUH SATU

 

عَنْ أَبِي مُحَمَّدٍ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بْنِ الْعَاصِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يَكُوْنَ هَوَاهُ تَبَعاً لِمَا جِئْتُ بِهِ 

[حَديثٌ حَسَنٌ صَحِيْحٌ وَرَوَيْنَاهُ فِي كِتَابِ الْحُجَّة بإسنادٍ صحيحٍ ]

 

Terjemah hadith / ترجمة الحديث :

Dari Abu Muhammad Abdillah bin Amr bin ‘Ash radhiallahuanhuma dia berkata : Rasulullah saw. bersabda : Tidak beriman salah seorang diantara kalian hingga hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa”

Hadith hasan sahih dan kami riwayatkan dari kitab Al Hujjah dengan sanad yang sahih.

(Hadith ini tergolong dho’if. Lihat Qowa’id Wa Fawa’id minal Arba’in An-Nawawiyah, karangan Nazim Muhammad Sulthan hal. 355, Misykatul Mashabih takhrij Syekh Al Albani, hadith no. 167, juz 1, Jami’ Al Ulum wal Hikam oleh Ibn Rajab)

 

Kosa kata / مفردات :

هواه : hawanya, keinginannya

تبعا : mengikut

 

Pelajaran yang terdapat dalam hadith / الفوائد من الحديث :

  1. Menyukai apa yang diperintah oleh Allah ta’ala dan membenci apa yang dilarang-Nya adalah wajib
  2. Mengawal nafsu agar tunduk dan patuh kepada Allah ta’ala dan Rasul-Nya saw.
  3. Menurut al-hawa punca kepada segala maksiat

 

Fiqh Dakwi dan Tarbawi :

  1. Hanya ada dua pilihan: Wahyu (syariat), atau al-hawa. Tiada yang ketiga. Oleh itu, kedua-duanya adalah berlawanan. Apabila al-haq hanya terletak pada wahyu, maka kebatilan secara otomatik terletak pada al-hawa. Dan secara langsung, pengikut al-hawa adalah bertentangan dengan al-haq.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a bahawa beliau berkata:

“Bila mana Allah menyebut perkataan ‘al-hawa’ di dalam al-Quran, pasti Dia mencelanya. Dari sini jelaslah maqasid dari syariah diturunkan ialah untuk mengeluarkan kita dari menjadi pengikut al-hawa.” (Al-Muwafaqat, Juzu’ 6, m.s. 121)

  1. Hak Allah dan Rasul-Nya lebih utama daripada bapak, anak dan semua manusia hinggakan Nabi saw. berperang melawan sanak-saudaranya, Abu Ubaidah membunuh bapaknya kerana menyakiti Rasulullah saw. dan Abu Bakar hampir-hampir membunuh anaknya Abdurrahman ketika perang Badar. (at-Taubah: 24)

 

Tema-tema hadith / موضوعات الحديث :

  1. Kesempurnaan iman : 4 : 65, 33 : 36
  2. Cinta Allah dan Rasul  : 9 : 24
  3. Menolak al-Hawa : 38 : 26, 79 : 40,41

Leave a Comment