Hadis 36 – Membantu Kesulitan Sesama Muslim

الحديث السادس والثلاثون

HADITH KETIGA PULUH ENAM

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِي اللهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِماً سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كاَنَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْهِ. وَمَنْ سَلَكَ طَرِيْقاً يَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْماً سَهَّلَ اللهُ بِهِ طَرِيْقاً إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوْتِ اللهِ يَتْلُوْنَ كِتَابَ اللهِ وَيَتَدَارَسُوْنَهُ بَيْنَهُمْ إِلاَّ نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِيْنَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ، وَحَفَّتْهُمُ الْمَلاَئِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيْمَنْ عِنْدَهُ، وَمَنْ بَطَأَ فِي عَمَلِهِ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ . [رواه مسلم]

 

Terjemah hadith / ترجمة الحديث :


 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra. daripada Rasulullah saw., Baginda bersabda: “Sesiapa yang meringankan daripada seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aurat atau keaiban) seorang muslim, Allah akan menutup (aurat dan keaiban)nya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya. Sesiapa yang melalui satu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya satu jalan ke syurga. Sesuatu kaum (kelompok manusia) tidaklah berkumpul di satu rumah (masjid) daripada rumah-rumah Allah, sambil membaca Al-Quran, saling memperbetulkan bacaan dan memahami kandungannya, kecuali as-Sakinah (satu makhluk Allah Ta’ala yang padanya terdapat rahmat dan ketenangan, serta ditemani oleh para malaikat) akan turun kepada mereka dan mereka diselubungi oleh rahmat. Mereka juga dilinkungi oleh para malaikat, serta disebut dan dipuji oleh Allah di kalanagan (para malaikat) yang ada di sisi-Nya. Sesiapa yang diperlahankan oleh amalannya (kerana amalannya sedikit), dia tidak akan dipercepatkan oleh keturunannya (keturunannya tidak akan mengangkat darjatnya).”

(Hadis Riwayat Muslim)

 

Kosa kata / مفردات :


نفَّس :

Meringankan atau  menghilangkan

(كربة (كرب :

Cubaan berat

يسَّرَ :

Memudahkan

مُعْسِر :

Orang yang kesulitan

  ستَرَ :

Menutupi

 عون:

Pertolongan

سلك :

Menempuh

سهّل :

Memudahkan

اجتمع :

Berkumpul

(يتدارسونـ(ـه :

(Mereka) saling mempelajari(nya)

السكينة :

Ketenangan

(غشيتـ(هم :

Liputi, curahkan (kepada mereka)

(حفتـ(هم :

Mengelilingi (mereka)

بطأ

Lambat

يسرع :

Segera

 

 

 

Pelajaran yang terdapat dalam hadith / الفوائد من الحديث  :


  1. Sesiapa yang membantu seorang muslim dalam menyelesaikan kesulitannya, maka akan dia mendapat syafa’at dan kemudahan pada hari kiamat yang akan memudahkan kesulitannya di hari yang sangat sulit tersebut.
  2. Sesungguhnya pembalasan disisi Allah ta’ala sesuai dengan jenis perbuatannya. “Sesunggunya Allah akan menyeksa orang-orang yang menyeksa manusia di dunia” (HR Muslim)
  3. Berbuat baik kepada makhluk merupakan cara untuk mendapatkan kecintaan/pertolongan Allah ta’ala.
  4. Membenarkan niat dalam rangka mencari ilmu dan ikhlas didalamnya agar tidak menggugurkan pahala sehingga amalnya dan kesungguhannya sia-sia.
  5. Memohon pertolongan kepada Allah ta’ala dan kemudahan dari-Nya, kerana ketaatan tidak akan terlaksana kecuali kerana kemudahan dan kasih sayang-Nya.
  6. Selalu membaca Al-Quran, memahaminya dan mengamalkannya.
  7. Keutamaan duduk di rumah Allah (masjid) untuk mengkaji ilmu dan berzikir.
  8. Keturunan tidak membantu apa-apa di sisi Allah Ta’ala jika amalan yang dilakukan adalah sedikit

 

Fiqh Dakwi dan Tarbawi :


  1. Hadis ini memberikan motivasi yang sangat besar kepada para da’ie untuk terus memberikan khidmat kepada siapa sahaja yang berada di sekelilingnya, lebih-lebih lagi kepada mad’u dan ikhwan yang memerlukan kerana;
    1. Orang yang dibantu boleh memberikan syafa’at dikala kita memerlukannya untuk menampung kekurangan amal kita
    2. Mendapat keampunan daripada Allah (cth – menangguh pembayaran hutang kepada pemiutang atau menggugurkan hutang tersebut)

“Ada seorang peniaga yang memberi hutang kepada orang ramai. Apabila dia melihat orang yang berada dalam kesulitan, dia berkat kepada anak-anaknya: “Biarkanlah dia. Semoga Allah akan mengampunkan kita.” Lalu Allah mengampunkannya.” (HR Bukhari dan Muslim

2. Wajib bagi kita untuk menutup keaiban yang berlaku pada saudara kita seperti mengumpat terhadap kesalahan atau kesilapan yang dilakukan. Akhlak yang mulia ini akan memelihara keharmonian saff harokah Islam kerana setiap daripada ahli harokah adalah tidak ma’sum (terpelihara daripada melakukan dosa) seqowi manapun dia. Mendedahkan keaibannya yang kecil (cth tertinggal solat subuh berjamaah) kepada ikhwan yang lain tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan melainkan kerosakan. Sedangkan akh tersebut bukanlah ahli maksiat[1] yang tidak boleh kita maafkan.

3. Kita perlu senantiasa mencari peluang untuk memberikan khidmat kepada akh yang memerlukan kerana “Dan sesiapa yang memenuhi hajat atau keperluan saudaranya, Allah akan memenuhi hajat atau keperluannya”. Mentaliti ‘problem solver’ adalah slogan para da’ie meskipun terhadap keperluan-keperluan yang kecil. Terkadang kita meremehkan permasalahan atau hajat akh kita kerana berbeza sudut pandang walhal hajat tersebut merupakan satu beban atau kerunsingan kepada beliau. Sedangkan Abu Bakar ra. tetap memerah susu kepada untuk sekumpulan penduduk kampung walaupun dia busy menguruskan sebuah negara Islam. Begitu juga Umar ra. yang sentiasa menjaga hal ehwal para balu. Dikisahkan beliau mengambil air pada waktu malam untuk seorang wanita tua yang buta dan lumpuh.

4. Ilmu adalah jalan ke syurga kerana ilmu menunjukkan hamba kepada Allah melalui jalan yang paling singkat dan “Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkanya”. Adalah menjadi kewajipan untuk senantiasa memperbaiki dan meningkatkan kualiti keperibadian muslim daripada setahap ketahapan yang seterusnya. “Dan Allah akan menambah hidayah (dengan bertambah keyakinan) kepada orang-orang yang telah mendapat hidayah” Surah Maryam: 7

5. Seorang da’ie yang benar semestinya adalah orang yang paling banyak zikirnya kepada Allah, ahlul masjid, dan banyak melakukan tilawah Al-Quran. Dengan itu dia mendapatkan bekalan, dan Allah memberikan kepadanya as-Sakinah.

6. Seorang da’ie yang benar tidak hidup sendirian di mana dia berusaha untuk menghidupkan liqo’ Al-Quran[2] dan mabit di mana sahaja dia berada  dan teruja untuk menghadiri liqo’ untuk dirinya. “Sesuatu kumpulan manusia tidaklah duduk sambil mengingati dan menyebut Allah ‘Azza wa jalla, melainkan mereka akan dilindungi oleh para malaikat, dan diselubungi oleh rahmat. As-Sakinah akan turun ke atas mereka. Allah akan menyebut (dan memuji) mereka di kalanagan para malaikat yang di sisiNya.” HR Muslim

 

Tema-tema hadith / موضوعات الحديث  :


  1. Menumbuhkan kepekaan sosial : 107 : 1-7, 70 : 24
  2. Menjaga nama baik seseorang : 49 : 11
  3. Menumbuhkan tradisi ilmiah : 96 : 1, 170 : 36.
  4. Berinteraksi terhadap Al Quran : 73 : 4, 47 : 24, 33 : 36

[1] Pelaku maksiat ada dua kategori (1) Orang yang sekadar melakukan satu kesalahan atau kesilapan – Perlu di maafkan (2) Ahli maksiat yang terang-terang serta tidak kisah dengan maksiatnya

[2] Majoriti ulama berdalil disunatkan berkumpul untuk tadarus Al-Quran secara umum

Leave a Comment