Hadis 31 – Hakikat Zuhud

الحــديث الحادي والثلاثون

HADITS KETIGA PULUH SATU

 

عَنْ أَبِي الْعَبَّاس سَهْل بِنْ سَعْد السَّاعِدِي رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ : جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : ياَ رَسُوْلَ اللهِ دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إِذَا عَمِلْتُهُ أَحَبَّنِيَ اللهُ وَأَحَبَّنِي النَّاسُ، فَقَالَ : ازْهَدْ فِي الدُّنْيَا يُحِبُّكَ اللهُ، وَازْهَدْ فِيْمَا عِنْدَ النَّاسِ يُحِبُّكَ النَّاسُ .

[حديث حسن رواه ابن ماجة وغيره بأسانيد حسنة]

Terjemah hadith / ترجمة الحديث :

Dari Abu Abbas Sahl bin Sa’ad Assa’idi radhiallahuanhu dia berkata: Seseorang mendatangi Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam, maka beliau berakata: Wahai Rasulullah, tunjukkan kepadaku sebuah amalan yang jika aku kerjakan, Allah dan manusia akan mencintaiku, maka beliau bersabda, “Zuhudlah terhadap dunia maka engkau akan dicintai Allah dan zuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia maka engkau akan dicintai manusia.

(Hadits hasan riwayat Ibnu Majah dan lainnya dengan sanad hasan).

Kosa kata / مفردات :

(دلـ(ني     : Tunjukkan (kepadaku)

(أحبـ(ني  : Mencintai(-ku)

            

ازهد       : Bersikap zuhud-lah

Pelajaran yang terdapat dalam hadith / الفوائد من الحديث  :

  1. Menuntut kecukupan terhadap dunia adalah perkara wajib, sedang zuhud adalah tidak adanya ketergantungan dan terpusatnya perhatian terhadapnya.
  2. Secara syar’i, zuhud bermakna mengambil sesuatu yang halal hanya sebatas keperluan. Ibnu Taimiyah berkata, “Zuhud adalah meninggalkan apa yang tidak bermanfaat di akhirat nanti, sedangkan wara’ adalah meninggalkan sesuatu yang ditakuti bahayanya di akhirat nanti.”
  3. Bersikap qanaah terhadap rizki yang halal dan ridha terhadapnya serta bersikap ‘iffah dari perbuatan haram dan hati-hati terhadap syubhat.
  4. Jiwa yang merasa cukup dan iffah serta berkorban dengan harta dan jiwa di jalan Allah merupakan hakikat zuhud.

Fiqh Dakwi dan Tarbawi :

  1. Zuhur adalah perisai kepada orang yang beriman. Akhlak inilah yang membezakan Da’ie daripada orang awam sewaktu segala kenikmatan dunia berada di dalam genggamannya baik harta, pangkat, kedudukan mahupun segala macam materials
  2. Untuk memahami zuhud dan menghayatinya, penghayatan terhadap fitnah dunia yang bersifat sementara, tidak tetap, seringkali berubah, rendah, hina dan membawa bahaya yang besar ketika manusia menyintainya (penyakit wahn). Sesungguhnya akhirat itulah kampung kediaman kita yang kekal abadi. (al-A’la: 16-17, al-Anfal: 67, kisah Qorun al-Qoshosh: 79-83, ar-Ra’d: 26, an-Nisa’: 77, Ghofir: 38-39)
  3. Zuhud bukan bermaksud meninggalkan harta dan menagih sedekah. Zuhud terpancar ketika Allah ta’ala menguji kita dengan nikmatnya, baik harta, pengkat mahupun populariti ketikamana kita sedang melaksanakan perintahnya untuk memakmurkan bumi Allah dengan Islam.

Nabi saw. adalah qudwah dalam kerajinan kerja, bersungguh dalam melakukan amal soleh, paling tekun dalam beribadah dan paling terkehadapan dalam jihad. Tetapi beliau tidak mengambil kesempatan terhadap manfaat dunia hasil jerih payahnya dan menikmati hidup yang sangat sederhana.

Rasulullah saw. bersabda, “Demi Allah, bukanlah kefakiran yang aku takuti atas kalian, tetapi aku takut pada kalian dibukakannya dunia bagi kalian sebagaimana telah dibuka bagi umat sebelum kalian. Kemudian kalian berlomba-lomba sebagaimana mereka berlomba-lomba, dan menghancurkan kalian sebagaimana telah menghancurkan mereka.” (Muttafaqun ‘alaihi)

4. “Ya Allah, jadikanlah dunia di tangan kami, bukan di hati kami” kata Abu Bakar. Beliau menginfakkan ½ hartanya untuk medan Tabuk, khalifah pertama kaum muslimin dan di tangannya seluruh bangsa Hijjaz.

5. Zuhud terhadap apa yang dimiliki manusia, bererti menjauhkan diri dari merasa irihati terhadap apa yang dimiliki oleh manusia serta mengosongkan hati dari mengingati harta milik orang. lni bukan bererti membenci sehingga suka agar kesenangan orang lain hilang kerana itu hasad dengki yang amat dilarang.

6. Zuhud sebenar bukan bererti meninggalkan dunia atau langsung tidak berharta. Zuhud sejati ialah tidak menjadikan dunia dan kemewahan hidup sebagai matlamat hidup, walaupun kekayaannya memenuhi dunia seumpama yang terjadi pada jutawan zaman Rasulullah SAW seperti Abdul Rahman ibn ‘Auf, kerana matlamat hidup seorang mukmin ialah Allah dan keredhaanNya, bukan benda-benda selainNya.

Rasulullah bersabda, “Jadilah kamu di dunia seperti orang asing atau musafir.”(HR Bukhari).

Tema-tema hadith / موضوعات الحديث  :

  1. Zuhud     : 18 : 45-46, 29 : 64, 102 : 1-5
  2. Menghindari penyakit hasad (dengki) : 113: 5 

Leave a Comment