Hadis 29 – Pintu-Pintu Kebaikan

الحــديث التاسع والعشرون

HADITS KEDUA PULUH SEMBILAN

 

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قُلْتُ يَا رَسُوْلَ اللهِ، أَخْبِرْنِي بِعَمَلٍ يُدْخِلُنِي الْجَنَّةَ وَيُبَاعِدُنِي عَنِ النَّارِ، قَالَ : لَقَدْ سَأَلْتَ عَنْ   عَظِيْمٍ، وَإِنَّهُ لَيَسِيْرٌ عَلىَ مَنْ يَسَّرَهُ اللهُ تَعَالَى عَلَيْهِ : تَعْبُدُ اللهَ لاَ تُشْرِكُ  بِهِ شَيْئاً، وَتُقِيْمُ الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ، وَتَصُوْمُ رَمَضَانَ، وَتَحُجُّ  الْبَيْتَ، ثُمَّ قَالَ : أَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الْخَيْرِ ؟ الصَّوْمُ جُنَّةٌ، وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيْئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ، وَصَلاَةُ الرَّجُلِ فِي جَوْفِ   اللَّيْلِ، ثُمَّ قَالَ :تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ (–حَتَّى بَلَغَ-  )يَعْمَلُونَ (ثُمَّ قَالَ : أَلاَ أُخْبِرُكَ بِرَأْسِ الأَمْرِ وُعَمُوْدِهِ وَذِرْوَةِ سَنَامِهِ ؟ قُلْتُ بَلَى يَا رَسُوْلَ اللهِ قَالَ : رَأْسُ اْلأَمْرِ اْلإِسْلاَمُ وَعَمُوْدُهُ  الصَّلاَةُ وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الْجِهَادُ. ثُمَّ قَالَ: أَلاَ أُخْبِرُكَ بِمَلاَكِ ذَلِكَ كُلِّهِ ؟ فَقُلْتُ : بَلىَ  يَا رَسُوْلَ اللهِ . فَأَخَذَ بِلِسَانِهِ وَقَالِ : كُفَّ  عَلَيْكَ هَذَا. قُلْتُ : يَا نَبِيَّ اللهِ، وَإِنَّا لَمُؤَاخَذُوْنَ بِمَا نَتَكَلَّمَ بِهِ ؟ فَقَالَ : ثَكِلَتْكَ أُمُّكَ، وَهَلْ   يَكُبَّ النَاسُ فِي النَّارِ عَلَى وُجُوْهِهِمْ –أَوْ قَالَ : عَلىَ مَنَاخِرِهِمْ – إِلاَّ حَصَائِدُ أَلْسِنَتِهِمْ .

[رواه الترمذي وقال : حديث حسن صحيح]

Terjemah hadith / ترجمة الحديث :

Dari Mu’az bin Jabal radhiallahuanhu dia berkata: Saya berkata: Ya Rasulullah, beritahukan saya tentang perbuatan yang dapat memasukkan saya ke dalam syurga dan menjauhkan saya dari neraka, beliau bersabda, “Engkau telah bertanya tentang sesuatu yang besar, dan perkara tersebut mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah ta’ala: Beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya sedikitpun, menegakkan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji.” Kemudian beliau (Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam) bersabda, “Mahukah engkau aku beritahukan tentang pintu-pintu syurga? Puasa adalah benteng, Sadaqah akan mematikan (menghapus) kesalahan sebagaimana air mematikan api, dan shalatnya seseorang di tengah malam (qiyamullail), kemudian beliau membacakan ayat (yang ertinya): “ Tepi-tepi badan mereka jauh dari tempat tidurnya….”.” Kemudian beliau bersabda, “Mahukah kalian aku beritahukan pokok dari segala perkara, tiangnya dan puncaknya?” Aku menjawab: Mahu ya Nabi Allah. “Kepala segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah shalat dan puncaknya adalah Jihad.” Kemudian beliau bersabda: “Mahukah kalian aku beritahukan sesuatu (yang jika kalian laksanakan) kalian dapat memiliki semua itu?” Saya berkata: Mahu ya Rasulullah. Maka Rasulullah memegang lidahnya lalu bersabda, “Jagalah ini (dari perkataan kotor/buruk).” Saya berkata, Ya Nabi Allah, Apakah kita akan dihukum juga atas apa yang kita bicarakan? Baginda bersabda, “Semoga ibu kamu kehilangan kamu 1. Tidakkah manusia akan dihumban ke dalam neraka di atas muka mereka – dalam riwayat lain, disebut: di atas lubang hidung mereka – melainkan oleh hasil tuaian lidah mereka?”

(Riwayat Turmuzi dan dia berkata, Haditsnya hasan shahih)

Kosa kata / مفردات :

يسير        : Mudah

جُنَّة        : Perisai, pelindung

تطفئ        : Memadamkan

جوف الليل : Pertengahan malam

تتجافى      : Jauh.

(جنوبـ(هم : Jamak dari جنب : Pinggang

مضاجع jamak dari مضجع : tempat berbaring, tempat tidur

عمود       : Tiang

ذروة        : Puncak

سنام        : Bonggol onta

ملاك  : kunci semuanya

كُفَّ         : Tahanlah

يكب         : Dimasukkan

مناخر(هم)  : Jamak منخر : hidung

حصائد    : Jamak dari حصيدة : hasil, buah, akibat

ألسنة jamak dari لسان : lidah

Pelajaran yang terdapat dalam hadith / الفوائد من الحديث  :

  1. Perhatian shahabat yang sangat besar untuk melakukan amal yang dapat memasukkan mereka ke syurga. Persoalan masuk syurga dan selamat daripada azab neraka adalah satu perkara yang sangat besar.
  2. Amal perbuatan merupakan sebab masuk syurga jika Allah menerimanya dan hal ini tidak bertentangan dengan sabda Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam “Tidak masuk syurga setiap kalian dengan amalnya”. Makna hadits tersebut adalah bahwa amal dengan sendirinya tidak berhak memasukkan seseorang ke syurga selama Allah belum menerimanya dengan karunia-Nya dan Rahmat-Nya.
  3. Mentauhidkan Allah dan menunaikan kewajiban adalah sebab masuknya seseorang ke dalam syurga.
  4. Shalat sunnah setelah shalat fardhu merupakan sebab kecintaan Allah ta’ala kepada hambanya.
  5. Bahaya lisan dan perbuatannya akan dibalas dan bahwa dia mencampakkan seseorang ke neraka kerana ucapannya. Penjelasan hal ini seperti dalam hadith ke-15

Fiqh Dakwi dan Tarbawi :

  1. Menerangkan/Menegaskan kepentingan untuk menyelesaikan dan mengukuhkan perkara yang paling asas sebelum cabang, wajib sebelum sunat meskipun kepada seorang sahabat yang lama dalam dakwah. (Islam, Solat dan seterusnya Jihad)
  2. Hal yang paling utama adalah pembinaan iman (Bina’ul iman), kemudian seterusnya dakwah kepada orang lain (at-Tahrim: 6)
    1. Solat merupakan ibadah yang senantiasa diberikan penekanan sejak dari awal period pembentukan jamaah Islam di Mekah hingga seterusnya. Tidak pernah satu fasa pun berlalu tanpa adanya penekanan terhadap solat.
  3. Puasa dan Qiyamullail adalah sarana penting dalam pembinaan jiwa seorang Da’ie dan bekal untuk berdakwah
    1. Qiyam al-lail merupakan solat sunat yang terbaik – Pembinaan generasi Muzammil adalah syarat asas pembentukan qaedah sulbah
    2. Meninggalkan qiyamullail, solat dhuha, tilawatul Qur’an, zikir, do’a, istigfar, jarang ke masjid dan sering meninggalkan solat jamaah tanpa uzur akan meninggalkan kesan negatif yang boleh berakibatkan kefuturan. “Bila salah seorang di antara kalian tidur maka syaithan akan mengikat bahagian atas kepala kalian dengan tiga ikatan. Setiap kali mengikat syaithan berkata, “Engkau harus bermalam panjang.” Apabila tertidur dan ia terjaga lalu mengingat Allah maka satu ikatan akan lepas, bila ia berwuhdu’, maka ikatan kedua akan lepas, dan bila ia solat maka ikatan ketiga akan lepas pula. Sehingga di pagi hari bersemangat dan tenang hatinya. Apabila tidak, maka hatinya akan kotor dan malas.” HR Muttafaqun ‘Alaih
  4. Amal soleh yang kita lakukan adalah pembuka kepada pintu-pintu untuk kita memasuki syurga sedangkan lidah yang kotor akan menutup jalan ke syurga dan menghumban kita ke neraka.
  5. Sifat bimbingan yang berjaya:
    1. Flow bahan yang tersusun daripada perbahasan utama hingga seterusnya dan tidak memeningkan pendengar untuk mengikut
    2. Memberikan khabar-khabar gembira sebelum ancaman (motivasi terhadap amalan yang memadam dosa sehingga ke bahaya lidah)
    3. Membuka topik seterusnya dengan melihat kepada keadaan/pemahaman/penerimaan audience “Mahukah kalian aku beritahukan sesuatu” etc

 

Tema-tema hadith / موضوعات الحديث  :

  1. Hakikat keselamatan; masuk syurga dan terhindar dari neraka   : 3 : 185
  2. Allah memudahkan setiap upaya kebaikan: 2 : 185
  3. Qiyamullail  : 17 : 79
  4. Keutamaan Jihad : 61 : 11, 9 : 19
  5. Menjaga lisan          : 50 : 18



Notes:

  1. Ungkapan yang membawa erti untuk melahirkan rasa hairan terhadap kelalaian Mu’az ra. tentang perkara seumpama ini, bukan untuk meminta agar ibu Mu’az benar-benar kehilangannya

Leave a Comment