Hadis 28 – Menjalankan Perbuatan Sunnah dan Menghindari Bid’ah

الحــديث الثامن والعشرون

HADITS KEDUA PULUH LAPAN

 

عَنْ أَبِي نَجِيْحٍ الْعِرْبَاضِ بْنِ سَاريةَ رَضي الله عنه قَالَ : وَعَظَنَا رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ الله عليه وسلم مَوْعِظَةً وَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوْبُ، وَذَرِفَتْ مِنْهَا الْعُيُوْنُ، فَقُلْنَا : يَا رَسُوْلَ اللهِ، كَأَنَّهَا مَوْعِظَةُ مُوَدَّعٍ، فَأَوْصِنَا، قَالَ : أُوْصِيْكُمْ بِتَقْوَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ، وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ تَأَمَّرَ عَلَيْكُمْ   عَبْدٌ، فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلاَفاً كًثِيْراً. فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ، وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ اْلأُمُوْرِ، فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ

[رَوَاه داود والترمذي وقال : حديث حسن صحيح]

Terjemah hadith / ترجمة الحديث :

Dari Abu Najih Al Irbadh bin Sariah radhiallahuanhu dia berkata: Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam memberikan kami nasihat yang membuat hati kami bergetar dan air mata kami berlinang. Maka kami berkata: Ya Rasulullah, seakan-akan ini merupakan nasihat perpisahan, maka berilah kami wasiat. Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda: “Saya wasiatkan kalian untuk bertakwa kepada Allah ta’ala, tunduk dan patuh kepada pemimpin kalian meskipun yang memimpin kalian adalah seorang budak. Kerana di antara kalian yang hidup (setelah ini) akan menyaksikan banyaknya perbedaan pendapat. Hendaklah kalian berpegang teguh terhadap ajaranku dan ajaran Khulafaurrasyidin yang mendapatkan petunjuk, gigitlah (genggamlah dengan kuat) dengan geraham. Hendaklah kalian menghindari perkara yang diada-adakan, kerana semua perkara bid’ah adalah sesat”

(Riwayat Abu Daud dan Turmuzi, dia berkata : hasan shahih)

Kosa kata / مفردات :

(وعظـ(نا : Menasihati (kami)

موعظة : Nasihat

(وجلـ(ت : Takut

القلوب : Bentuk jamak قلب: hati

تأَمَّر  : Memerintah

(يعش (يعيش : Hidup

 (عليـ(كم : Kalian harus

(إيا(كم : Kalian jangan

Pelajaran yang terdapat dalam hadith / الفوائد من الحديث  :

  1. Kandungan Mau’idzoh muwadda’
    1. Wasiat Taqwa
    2. Wasiat Taat kepada Pemimpin
    3. Wasiat Berpegang dengan Sunnah
  2. Bekas yang mendalam dari nasihat Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam  dalam jiwa para shahabat. Hal tersebut merupakan tauladan bagi para da’i di jalan Allah ta’ala.
  3. Taqwa merupakan yang paling penting untuk disampaikan seorang muslim kepada muslim lainnya, kemudian mendengar dan ta’at kepada pemerintah selama tidak terdapat di dalamnya maksiat.
  4. Keharusan untuk berpegang teguh terhadap sunnah Nabi dan sunnah Khulafaurrasyidin, kerana di dalamnya terdapat kemenangan dan kejayaan, khususnya tatkala banyak terjadi perbezaan dan perpecahan.
  5. Hadits ini menunjukkan tentang sunnahnya memberikan wasiat saat berpisah kerana di dalamnya terdapat kebaikan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.
  6. Larangan untuk melakukan hal yang baru dalam agama (bid’ah) yang tidak memiliki landasan dalam agama.

Fiqh Dakwi dan Tarbawi :

  1. Meminta nasihat adalah gaya hidup para Da’ie. Sahabat Nabi saw. berkata فَأَوْصِنَا (Berikanlah nasihat kepada kami). Meminta nasihat bukanlah satu keaiban melainkan ianya akan mensucikan jiwa, menjernihkan hubungan dan memantapkan gerak 
  2. Memberikan penghayatan ketika mendengar nasihat atau bimbingan sehingga ianya memberikan kesan yang mendalam terhadap jiwa. Firman Allah “Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasul, engkau melihat air mata mereka bercucuran disebabkan kebenaran yang mereka ketahui” (al-Maidah: 83)
    1. Meskipun kita telah mengetahui akan gambaran nasihat, Da’ie akan bermuhasabah akan kebenaran yang diketahui
    2. Hati orang beriman lunak mendengar firman Allah (al-Anfal: 2)
  3.  Membimbing antara tugas penting para Da’ie
    1. Yang dikehendaki dengan “wa’iezh” ialah nasihat atau peringatan dengan akibat.
    2. Memberi peringatan kepada seseorang dengan sesuatu yang boleh melembutkan hatinya daripada dosa dan pahala.
    3. Tanda bahawa ianya ada disyariatkan kerana merupakan perbuatan nabi saw.
    4. An-Nisa’ : 63, An-Nahl :125 – Nabi disuruh memberi mau’iezhoh bagi orang munafiq
  4. Sifat bimbingan yang berjaya:
    1. Mengenakan tajuk yang sesuai – yang diperlukan orang ketika itu contohnya : Bila melihat banyak manusia mengutamakan dunia dari mengingati akhirat dan tenggelam dari melakukan ketaatan.
    2. Bahasa yang cukup mantap – Bahasa yang fasih dan mudah difahami serta memberi kesan pada hati.  An-Nisa’ : 63 .
    3. Pembimbing menyampaikan sesuatu darinya dalam bentuk yang paling menarik dengan gaya bahasanya yang cukup memberi kesan kepada hati pendengar.
    4. Memilih masa dan waktu yang sesuai – Di mana orang yang akan dibimbing itu memang lapang dan tidak sibuk dengan hajat lain.
      1. Saranan Nabi adalah waktu selepas solat Fajar kerana tika itu otak berada di tahap kecergasan yang tinggi.
    5. Ringkaskan penyampaian tapi mantap (bernas)
      1. Ceramah yang terlalu panjang akan menyebabkan pendengar mudah jemu dan malas.
      2. Pesan Rasul agar panjangkan bacaan solat dan ringkaskan khutbah.
  5. Sifat Pembimbing yang Memberi Kesan :
    1. Nasihat yang memberi kesan terus kepada hati dan menghidupkan hati yang mati sebagaimana hujan menghidupkan tanah yang kontang.
    2. Yakin dengan apa yang diucapkan
      1. Rasulullah apabila memberi peringatan, dinyaringkan suaranya, merah kedua matanyanya dan mengalir air matanya sehingga sahabat bimbang takut beliau gugur dari mimbar – Cara ini amat memberi kesan di hati sahabat.
    3. Tidak ada penyakit dalam hatinya
      1. Kata-kata yang lahir dari hati yang salim akan sampai kepada hati orang yang mendengarnya.
      2. Adapun hati yang berpenyakit, kata-katanya hanya didengar tapi tidak meresap ke hati pendengar.
    4. Qudwah yang baik bagi orang yang mendengar ucapannya dan tingkahlakunya.
      1. Ini adalah orang yang mendengar akan memperhatikannya, sekiranya bercanggah tingkah laku dengan ucapan, maka mereka akan mencela dan berpaling darinya (Al-Baqarah:44 dan As-Sof:3)

Tema-tema hadith / موضوعات الحديث  :

  1. Anjuran berwasiat menjelang kematian : 2 :180
  2. Berpegang teguh kepada sunnah Rasul dan menjauhi bid’ah : 59 : 7, 57 : 27
  3. Patuh kepada pimpinan : 4 : 59 

Leave a Comment