Hadis 27 – Antara Kebajikan dan Dosa

الحـديث السابع والعشرون

HADITS KEDUA PULUH TUJUH

 

عَنْ النَّوَّاسِ بنِ سَمْعَانَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى الله عليه وسلم قَالَ : الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَاْلإِثْمُ مَا حَاكَ فِي نَفْسِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ. [رَوَاهُ مُسْلِم] .

وَعَنْ وَابِصَةَ بْنِ مَعْبَد رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : أَتَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : جِئْتَ تَسْألُ عَنِ الْبِرِّ قُلْتُ : نَعَمْ، قَالَ : اِسْتَفْتِ قَلْبَكَ، الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَاطْمَأَنَّ إِلَيْهِ الْقَلْبُ، وَاْلإِثْمُ مَا حَاكَ فِي النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِ، وَإِنْ أَفْتَاكَ النَّاسُ وَأَفْتَوْكَ [حديث حسن رويناه في مسندي الإمامين أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن]

Terjemah hadith / ترجمة الحديث :

Dari Nawwas bin Sam’an radhiallahuanhu, dari Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam beliau bersabda: “Kebaikan adalah akhlak yang baik, dan dosa adalah apa yang terasa menganggu jiwamu dan engkau tidak suka jika diketahui manusia “ Riwayat Muslim.

Dan dari Wabishah bin Ma’bad radhiallahuanhu dia berkata: Saya mendatangi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu beliau bersabda: Engkau datang untuk menanyakan kebaikan? Saya menjawab: Ya. Beliau bersabda: Mintalah pendapat dari hatimu, kebaikan adalah apa yang jiwa dan hati tenang kerananya, dan dosa adalah apa yang terasa mengganggu jiwa dan menimbulkan keragu-raguan dalam dada, meskipun orang-orang memberi fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya. (Hadits hasan kami riwayatkan dari dua musnad Imam Ahmad bin Hanbal dan Ad Darimi dengan sanad yang hasan).

Kosa kata / مفردات :

البـر      : Kebaikan

الإثـم    : Dosa

حاك      : Mengganggu

يطَّلِع    : Diketahui, diselidiki

Pelajaran yang terdapat dalam hadith / الفوائد من الحديث  :

  1. Al-Birr (Kebaikan)
    1. Merangkumi semua perbuatan yang baik dan sifat-sifat yang ma’ruf, persahabatan atau pergaulan yang baik.
    2. Pergaulan seorang hamba secara ihsan samada terhadap kedua ibu-bapanya atau orang lain (Al-Baqarah :177)
    3. Digandingkan Al-Birr sekali dengan Taqwa (Al-Maidah: 2)
    4. Al-Birr – Melakukan perkara yang diwajibkan, At-Taqwa – Menjauhi dari perkara yang dilarang.
  2. Al-Ithmu (Dosa)
    1. Melakukan sesuatu yang tidak halal baginya (pendapat).
    2. (Qurtubi) – Perbuatan yang layak bagi si pelakunya dicela.
    3. (Ibnu Hajar) – Semua perbuatan yang jahat dan buruk samada besar atau kecil.
    4. Hadis ini menjelaskan sebahagian tanda-tanda dosa.
      1. Dalaman – Perasaan gelisah, tidak senang hati dan hati tidak tenang.
      2. Luaran  – Tak suka kalau orang nampak.
    5. Tanda perbuatan dosa adalah timbulnya keragu-raguan dalam jiwa dan tidak suka kalau hal itu diketahui orang lain.
    6. Siapa yang ingin melakukan suatu perbuatan maka hendaklah dia menanyakan hal tersebut pada dirinya.
  3. Anjuran untuk berakhlak mulia kerana akhlak yang mulia termasuk unsur kebaikan yang sangat besar.
    1. Sesuatu yang diajak oleh Al-Quran dengan kelebihan yang ada padanya.
    2. Sayyidatina ‘Aisyah r.a berkata:  “Adalah akhlak Nabi s.a.w adalah Al-Quran.” Iaitu beradab dengan adab-adab Al-Quran , melaksanakan suruhan dan menjauhi segala larangan. Pujian Allah: Al-Qalam : 4 , Al-Mumtahanah : 6
  4. Hati seorang mu’min akan tenang dengan perbuatan yang halal dan gusar dengan perbuatan haram.
  5. Melihat terlebih dahulu ketetapan hukum sebelum mengambil tindakan. Ambillah yang paling dekat dengan ketakwaan dan kewara’an dalam agama.
  6. Ilham dan Kasyaf tidak boleh dijadikan dalil kepada hukum-hukum syariat.

Iman yang benar, ibadat yang sahih dan mujahadah adalah cahaya dan kemanisan yang dicurahkan Allah ke dalam hati sesiapa yang dikehendaki-Nya. Manakala ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi tidak menjadi dalil kepada hukum-hukum syariat. Perkara-perkara tersebut hanya dapat diterima dengan syarat tidak bertentangan dengan  hukum dan nas syariat. (Hassan al-Banna, Usul Ketiga)

7. Perhatian Islam terhadap pendidikan sisi agama yang bersifat internal dalam hati orang beriman dan meminta keputusannya sebelum mengambil tindakan.

Fiqh Dakwi dan Tarbawi :

  1. Fitrah manusia kenal dan ingin akan kebenaran, “Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah (Islam).” (HR Bukhari, Muslim, Ahmad) dan kebenaran itu adalah perkara yang tidak dapat disangkal kecuali mereka yang menolak kebenaran.
  2. Manusia tidak akan bahagia dengan jahiliyah yang menutup fitrah dan sentiasa mencari apa sahaja yang boleh membahagiakannya (kembali fitrah)
  3. Apa yang dakwah dan tarbiyah offer ? Perbersihan qolbu supaya tidak dikotori noda hitam yang memberikan kesan negatif kepada jiwa
  4. Pentingnya ‘amaliyah qalbi dalam hati setiap mu’min khususnya aktivitis dakwah kerana qalbu merupakan bashirah yang dapat menunjukkan jalan antara al-haq dan al-bathil. Justru wajib bagi kita untuk menjaga qolbu daripada dikotori maksiat
  5. Seringkali kita berhadapan dengan keadaan serba salah baik dalam kehidupan cthnya dalam pergaulan di office. Ketika kita menemukan keraguan dan keresahan di hati, maka segeralah tinggalkan hal tersebut meskipun di mata umum orang memfatwakannya halal tetapi tidak bagi jiwa yang wara’. Qolbu yang bersih sensitif kepada kemunafikan dan keburukan.
  6. Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam ketika menyampaikan sesuatu kepada para shahabatnya selalu mempertimbangkan keadaan mereka
  7. Menyapa dengan pembukaan kata-kata yang positif
  8. Mengambil kira keresahan/kegusaran mad’u (tahu latar belakang)
  9. Memberikan saranan/penyelesaian sehingga mad’u puas tanpa membiarkannnya terpinga-pinga

Tema-tema hadith / موضوعات الحديث  :

1. Kebenaran melahirkan ketenangan hati : 8 : 10, 13 : 28

2. Hati-hati dalam memberi fatwa: 17 : 36

3. Hati yang sihat sensitif terhadap keburukan: 3: 135 

Leave a Comment