Hadis 22 – Jalan Menuju Syurga

الحـديثالثانيوالعشرون

HADITH KEDUA PULUH DUA

 

عَنْ أَبِي عَبْدِ اللهِ جَابِرْ بْنِ عَبْدِ اللهِ الأَنْصَارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا : أَنَّ رَجُلاً سَأَلَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : أَرَأَيْتَ إِذَا صَلَّيْتُ اْلمَكْتُوْبَاتِ، وَصُمْتُ رَمَضَانَ، وَأَحْلَلْتُ الْحَلاَلَ، وَحَرَّمْت الْحَرَامَ، وَلَمْ أَزِدْ عَلَى ذَلِكَ شَيْئاً، أَأَدْخُلُ الْجَنَّةَ ؟ قَالَ : نَعَمْ .

 [رواه مسلم]

Terjemah hadith / ترجمة الحديث  :

Dari Abu Abdullah, Jabir bin Abdullah Al Anshary radhiallahuanhuma : Seseorang bertanya kepada Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam, seraya berkata : “Bagaimana pendapatmu jika aku melaksanakan shalat yang wajib, berpuasa Ramadhan, Menghalalkan yang halal dan mengharamkan  yang haram[1]) dan aku tidak tambah sedikitpun, apakah aku akan masuk surga?”. Beliau bersabda : “Ya“.

(Riwayat Muslim)

 

Kosa kata / مفردات :

المكتوبات  : Shalat-shalat fardu

(أحللـ(تُ : (aku)  menghalalkan

(حرَّمـ(تُ : (aku) mengharamkan

أ / هل     : Apakah

 

Pelajaran yang terdapat dalam hadith / الفوائد من الحديث:

  1. Yang bertanya ialah :
    1. Nu’man bin Qauqal (sahabat) – menyertai perang Badar/syahid dalam perang Uhud. Keimanannya terhadap syurga dan apa yang dijanjikan oleh Allah telah mendorong beliau untuk bertanya Nabi tentang hadis ini.
    2. Justru setiap muslim dituntut untuk bertanya kepada ulama tentang syariat Islam, tentang kewajibannya dan apa yang dihalalkan dan diharamkan baginya jika hal tersebut tidak diketahuinya.
    3. Keinginan dan perhatian yang besar dari para shahabat serta kerinduan mereka terhadap syurga serta upaya mereka dalam mencari jalan untuk sampai kesana
  2. Amal saleh merupakan sebab masuknya seseorang ke dalam syurga.
  3. Menunaikan Solat Fardhu :
    1. Wajib berjamaah di masjid – pendapat kebanyakan sahabat/ tidak ada sahabat yang khilaf.
    2. Solat yang paling dicuaikan oleh orang munafiq (( Isyak dan Subuh)) – kalau mereka tahu fadhilatnya nescaya mereka akan usha untuk mendapatkannya, walaupun dalam keadaan merangkak.
  4. Wajib puasa Ramadhan.
  5. Yakin – mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah – hukumnya kufur.
  6. Yakin – menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah – hukumnya kufur.
  7. Bentuk-bentuk haram diungkapkan dengan nama yang berlainan:
    1. Larangan (nahyu) – misal (Hujuraat : 12 )
    2. Janji buruk ke atas pembuat (wa’iid) – (Aali ‘Imran : 77 )
    3. Lafaz tahrim – An-Nisaa’ : 23 ) .
  8. Penghalalan dan pengharaman adalah hak Allah – dia yang mengetahui apa yang baik bagi manusia di dunia dan di akhirat – sesiapa yang menceroboh haknya akan diazab.

 

Fiqh Dakwi dan Tarbawi:

  1. Jawaban Nabi saw berbeza ketika menjawab soalan pelbagai dari orang yang pelbagai lapisan dan latarbelakang. Ini menunjukkan keseriusan da’I dalam memahami waqi’ orang yang berada di hadapannya. Tidak semua manusia sama. Hati, perasaan, latarbelakang, pengetahuan dan segala persekitaran hidupnya membentuk manusia yang pelbagai. Oleh itu apa yang akan diberi, jawaban yang akan di jawab dan cara pengendalian mereka adalah berbeza. Seriusan ertinya meletakkan sungguh-sungguh sesuatu pada tempatnya dan menentukan suatu yang perlu dibuat itu dibuat dengan betul dan memenuhi.
  2. Di dalam soalan yang lain, Nabi saw tidak dapat menerima seseorang yang akan masuk syurga tanpa adanya jihad dan infaq: لا صدقة ولا جهاد فبم تدخل الجنة ؟ jika tanpa sedeqah dan tanpa jihad, maka bagaimana kamu akan masuk syurga? Soalan ini menunjukkan syurga bukan suatu yang mudah di capai bahkan memerlukan pengorbanan harta dan tenaga/nyawa. (Hadis petikan dari satu hadis yang panjang riwayat Hakim 6/30, Ahmad 48/38, Majma’ al-Zawa’id 1/47, Baihaqi 9/20 dll)
  3. Nabi saw sentiasa memudahkan umatnya. Da’I mesti mencari jalan untuk memudahkan mad’u beramal dengan Islam dan bukan mencari jalan untuk menyukarkan mereka mengikuti dan gembira dengan kebenaran. Walaupun kadangkala langkah yang diambil kurang sampai ke tahap minima yang diperlukan atau maksima yang diinginkan, suasana memudahkan hendaklah diwujudkan untuk beramal. Kesah Nabi saw yang bersembang baik dengan seorang sahabat yang meminta izin untuk berzina menjadi contoh yang indah untuk kita fahami dan ikuti. (Kesah terdapat dalam hadis riwayat Ahmad 48/318, Tabrani Kabir 8/162)
  4. Memahami, meyakini dan mengiklani sesuatu dari islam adalah berbeza dengan hanya beramal tanpa faham dan yakin. Islam bermula dengan faham (Surah Muhammad 47:19) dan kemudianya yakin (iman) dan seterusnya mengiklani dan beramal dengan apa yang telah di yakini. Oleh itu sesiapa yang hanya beramal dengan sesuatu amalan islam tanpa memahaminya perlu untuk duduk kembali memahami (yufaqqih) agar ia tidak hanya beramal tanpa faham.

 

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran / موضوعات الحديث

1. Evaluasi diri / muhasabah        : 59 : 18

2. Rindu syurga      : 3 : 133, 66 : 11

3. Memperhatikan halal haram dalam kehidupan: 9 : 29, 66 : 1, 7 : 157




1. Maksud mengharamkan yang haram adalah: menghindarinya dan maksud menghalalkan yang halal adalah : mengerjakannya dengan keyakinan akan kehalalannya .  

Leave a Comment